document4

Upload: aiza-acdee

Post on 07-Mar-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bukan hak milik. copy paste sj

TRANSCRIPT

4.1Pengenalan

Statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif. Semua data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan microsoft excel dan data juga dianalisis dengan menggunakan bantuan Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Soal selidik ini mempunyai lima bahagian iaitu bahagian 1 mengenai persepsi motivasi pelajar, bahagian 2 mengenai sikap pelajar,bahagian 3 perkembangan kognitif, bahagian 4 mengenai reka bentuk antaramuka, dan bahagian 5 mengenai jangkaan atau harapan pelajar.ANALISIS DATA

4.1PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan kajian yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada murid-murid yang keseluruhannya berbangsa Melayu dari Tahun Enam Gigih, SK Bandar Easter. Soal selidik yang dilakukan berkisar kepada kajian terhadap sikap dan minat murid tentang pembelajaran koperatif Tahun Enam. Responden kajian terdiri daripada 30 responden yang mana 15 daripadanya adalah pelajar perempuan dan selebihnya pelajar lelaki.

Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science dan hasilnya ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan min dan dapatan analisis menggambarkan hasil kajian yang dilakukan. Hasil dapatan kajian juga dikelaskan kepada dua bahagian iaitu analisis latar belakang responden dan analisis mengenai soal selidik yang bertujuan menjawab persoalan kajian seterusnya memenuhi kehendak objektif kajian

4.2Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden

latar belakang responden menerangkan taburan kekerapan dan peratus responden berdasarkan jantina murid, pekerjaan ibu/bapa/penjaga dan nama murid dalam keputusan ujian pra dan ujian pos.

4.2.1Jantina

Jadual dan graf 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut jantina. Daripada jadual dan graf, bilangan responden lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 15 orang (50.0%).

Jadual 4.1Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut JantinaJantinaKekerapan (f)Peratus (%)

Perempuan1550.0

Lelaki1550.0

Jumlah30100.0

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN4.1. PengenalanKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti Rukun Tetangga (KRT) terhadap kepuasan komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan), komitmen kepimpinan dalam kalangan kepimpinan RT. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat persepsi responden kajian terhadap aktiviti serta harapan negara terhadap aktiviti Rukun Tetangga.Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 2,716 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 3000 soal selidik yang diedarkan. Ini bermakna 91% responden memberikan kerjasama menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan perbincangan mengenainya.

4.2. Latar belakang responden

Seramai 2,716 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran kajian dalam pemilihan responden adalah 300 orang minima bagi negeri-negeri yang mempunyai jumlah populasi besar seperti Kedah (365 orang), Pulau Pinang (400 orang), Perak (400 orang), Selangor (400 orang), dan Terengganu (350 orang). Manakala bagi negeri Perlis (300 orang), Melaka (350 orang), Kelantan (101 orang) dan Negeri Sembilan (50 orang) jumlah responden sasaran adalah 200 orang. Pemilihan responden kajian berdasarkan kegiatan KRT setempat. Jadual 4.1 memerihalkan jumlah responden mengikut negeri yang menjadi kawasan kajian.