42017979 sejarah an kurikulum kbsr pendidikan seni visual sebelum dan selepas merdeka

Upload: deen-sall

Post on 14-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    1/7

    SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENI

    VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

    SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI

    VISUAL KBSR(PSV3104)

    Pendidikan Sebelum Merdeka

    Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan

    aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti

    melalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan

    Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan

    semasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata

    pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni

    diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran

    masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.

    Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal

    dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada

    pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku,dan akhlak

    yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran

    awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

    Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas

    membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah

    sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa

    memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu

    diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu

    terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk

    sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan

    kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang

    Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.

    Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk

    mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-

    sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928)

    dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad

    Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedahmengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting

    digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di

    Malaya etika itu.

    Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang

    dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Misalnya

    kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    2/7

    diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula dengan

    latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah

    kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada

    bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan

    di sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun

    1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu danorang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan

    untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkan

    kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.

    Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan

    menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar

    School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan

    sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.

    Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah

    Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali

    sebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah

    diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama

    dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat

    ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang

    untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru

    dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke

    dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks

    yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

    Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

    Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran

    banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat

    kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah

    kerumitan kaum tentang pendidikan.

    Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah -

    sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan

    kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun

    1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasaberbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai

    pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada

    sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut

    ditentang hebat oleh orang Cina.

    Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah

    memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    3/7

    Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya

    menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa

    Cina dijadikan bahasa pengantar.

    Pendidikan Malaysia

    Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di

    Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta

    Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu

    Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar

    oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa

    Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan,

    Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan

    Jasmani dan lain-lain.

    Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR

    sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai

    Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan

    pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan

    kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum

    Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah

    disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang

    dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah

    sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan

    termasuklah Pendidikan Seni Visual.

    Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam

    membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat

    dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang

    telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek

    falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran

    tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-

    19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan

    penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim

    Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan

    Seni Visual).

    Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal

    dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga

    tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran

    wajib dan mata pelajaran elektif.

    Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    4/7

    melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan

    pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam

    menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa.

    Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi

    kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.

    Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari

    oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan

    perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan

    Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah

    untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan

    asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa

    kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan

    warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat

    dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam

    mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

    (a) Melukis dan membuat gambar

    (b) Membuat corak dan rekaan

    (c) Membentuk dan membuat binaan

    (d) Mengenal kraf tradisional

    Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang

    kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan

    peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah

    kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui

    peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan

    semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media

    komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan

    identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

    Kekuatan dan Kelemahan KLSR

    Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakansejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

    1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata

    pelajaran atau antara darjah.

    2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan

    membosankan murid.

    3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada

    peperiksaan.

    4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan

    penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    5/7

    Keberkesanan KBSR / KLSR

    Kekuatan dan Kelemahan KBSR

    Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

    menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat

    dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar danperkerabangari'sahsiah .

    Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian

    Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajiantersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih

    tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang

    dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar

    yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

    Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan

    yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga

    memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan

    bertolak ansur.

    Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990. Jadi,

    satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-murid di

    luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan mengenaipenggunaan alat Bantu mengajar .

    KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke

    atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan

    semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebihberminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas,kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat

    memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran danpembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan

    dan

    bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian

    adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan

    berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah

    pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan

    dijalankan untuk mengambil kira

    bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan

    kebolehan.

    Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid

    yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebihpantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang

    menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari

    sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebihberdikari.

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    6/7

    Kelemahan KBSR

    Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini

    mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya

    melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah

    fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakanproses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk

    peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

    perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung

    mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri ciri modal insan

    cemerlang yang dihasratkan

    Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR

    y Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak kanak. Ini bermaknakaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam

    pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

    yKurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan

    manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada

    keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.

    yDalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian

    perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu

    komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.

    ySukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang

    dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.y

    Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang

    dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedahpengajaran individu dan kumpulan.

    yDalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah

    manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan

    pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.

    ySistem baru menekankan komponen nilai nilai murni Oleh yang demikian pelajar

    pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

    ySistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua

    dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan

    mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.

    yDalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan.Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah

    sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan

  • 7/30/2019 42017979 Sejarah an Kurikulum Kbsr Pendidikan Seni Visual Sebelum Dan Selepas Merdeka

    7/7