4 strategi bacaan
TRANSCRIPT
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.
Standard Kandungan Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.
2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.
Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca
2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi dengan sebutan yang betul.
2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dan ragam ayat mengikut laras daripada pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan pelbagai keterangan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.4.1 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan untuk membuat ulasan dengan betul.
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat rumusan dengan betul.
48
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan yang sesuai.
2.5.1 Membaca, memahami dan menyusun maklumat daripada pelbagai bahan bacaan dan memindahkan maklumat dalam bentuk grafik.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.
2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat dalam bentuk prosa dan puisi.
2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.
2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk membuat ulasan.
49
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
50
Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran membaca, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan selepas kemahiran membaca yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
TEMA PERPADUAN
TAJUK Generasi Perpaduan
MASA
STANDARD PEMBELAJARAN
2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. menjelaskan maksud sajak yang dibaca untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : SejarahNilai : Patriotisme, semangat bermasyarakatEMK: TMKKP : Verbal Linguistik
SISTEM BAHASASebutan dan intonasi
Ayat tunggal
BAHAN BANTU BELAJAR Lampiran sajak, borang markah, video sajak
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan yang betul dan menjelaskan maksud sajak.
REFLEKSI
51
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Perbincangan
1. Murid menonton tayangan video deklamasi sajak.
2. Guru dan murid berbincang mengenai video tersebut.
EMK : TMKENT : KP - Verbal linguistikIlmu: SejarahNilai: Patriotisme, KemasyarakatanSistem Bahasa:- Sebutan dan intonasi
VideoLaman Web :You Tube
Membaca Sajak
1. Murid membaca sajak secara kuat dengan sebutan yang betul.
2. Murid mendeklamasi sajak dengan kuat dalam kumpulan, dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
3. Murid mendeklamasi sajak secara berpasangan.
EMK :ENT : KP - Verbal linguistikIlmu : SejarahNilai: Patriotisme, perpaduan
Sistem bahasa:- Sebutan dan intonasi
Lampiran 1Sajak
Membaca Prosa
1. Murid berbincang dalam kumpulan maksud sajak berdasarkan rangkap yang ditetapkan.
2. Murid membacakan maksud sajak dalam bentuk prosa di hadapan kelas.
3. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan sajak yang dibaca.
EMK : -ENT : KP - Verbal linguistikIlmu: SejarahNilai: Patriotisme, Semangat bermasyarakat
Lampiran 2Soalan Pemahaman(Lisan )
Sajak
Penilaian (Pertandingan Mendeklamasi Sajak)
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti pertandingan mendeklamasi sajak.
EMK : -ENT : KP - Verbal linguistik
Lampiran 3 Borang pemarkahan
52
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
2. Murid mendeklamasi sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul secara bergilir-gilir di dalam kumpulan.
3. Setiap kumpulan akan menilai persembahan rakan dari kumpulan lain dengan mengisi borang markah.
4. Pemenang setiap kumpulan mendeklamasi sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul di hadapan kelas.
Ilmu : SejarahNilai : Patriotisme, Semangat bermasyarakat
Sistem bahasa: Sebutan dan intonasi
Pemulihan.
1. Murid mendeklamasi sajak dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru.
Lampiran PemulihanSajak Pendek
Pengayaan
1. Murid mendeklamasi sajak daripada bahan yang lain dan dinilai oleh rakan dalam kumpulan.
ENT : KB – Menghubung kait
Media:Lembaran kerja
53
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 1
54
Generasi Perpaduan
Masa berputar tanpa hentiGenerasiku hadir bersilih gantiBijak berbicara namun rapuh jati diriPantas bergerak tetapi silap bertindak.
Sedarlah generasi mudakuKemerdekaan ini di tanganmuCorakkan ia dengan semangat perpaduanKekalkankan ia dengan semangat kesetiaan Agar negara makmur dan aman.
BangsakuMelayu, India dan Cina mesti bersatuTeguh erat berganding bahuBiar bertingkah tidak berseteruBersatu hati dan bermuafakatDemi negara kita bertekad.
GenerasikuDikaulah pewaris perjuanganPembela negara di masa hadapanAgar negara terus gemilang
Baca dan fahami sajak di bawah.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan generasi muda?
2. Apakah tanggungjawab generasi muda terhadap negara?
3. Mengapakah kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu padu?
4. Siapakah pewaris perjuangan?
5. Apakah yang dimaksudkan dengan baris ayat ‘Biar bertingkah tidak berseteru’ ?
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 2
55
Jawab soalan pemahaman di bawah.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Penilaian
Pertandingan Mendeklamasi Sajak
Kumpulan: ......................
Bil Nama Murid Markah Penuh( 20 markah ) Kedudukan
Dihakimi oleh:………………………………
56
Tulis nama rakan anda. Dengari sajak yang dideklamasi, kemudian berikan markah yang sesuai.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Pemulihan
57
Baca rangkap sajak yang diberi oleh guru kamu dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Generasi PerpaduanGenerasikuDikaulah pewaris perjuanganPembela negara di masa hadapanAgar negara terus gemilang
Generasi PerpaduanBangsakuMelayu, India dan Cina mesti bersatuTeguh erat berganding bahuBiar bertingkah tidak berseteruBersatu hati dan bermuafakatDemi negara kita bertekad.
Generasi PerpaduanSedarlah generasi mudakuKemerdekaan ini di tanganmuCorakkan ia dengan semangat perpaduanKekalkankan ia dengan semangat kesetiaan Agar negara makmur dan aman.
Generasi PerpaduanMasa berputar tanpa hentiGenerasiku hadir bersilih gantiBijak berbicara namun rapuh jati diriPantas bergerak tetapi silap bertindak.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Pengayaan
58
BERSATU KITA TEGUH
generasi berganti silih bergantimusim berganti silih bergantihari berganti silih bergantimasa berputar tiada hentimematangkan usia dan pemikiranmendewasakan manusia dan duniamelahirkan insan integriti bangsa
hai generasi tanpamu siapalah dunia initanpamu tiada akan erti kemerdekaan inikemerdekaan yang dicapai oleh negaramu hari inikemerdekaan yang dicapai oleh dirimu sendiricorakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduancorakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaanagar negara tercinta kekal bersama kita selamanya
Melayu, India dan Cina kita adalah bersamajika bercerai kita roboh, bersatu kita pasti teguhlaksana ikatan keakraban persaudaraankita adalah insan sekelompokkita adalah insan satu gagasankita adalah insan satu Malaysiaberganding bahu tanpa mengira bangsa serta asal usulbersatu hati dalam bermuafakatdemi negara yang tercintakita satu Malaysia!!!
Baca sajak di bawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA
TAJUK Permainan Wau
MASA
STANDARD PEMBELAJARAN
2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat rumusan dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat:i. membaca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii. menyenaraikan maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan petikan yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
EMK : TMK Celik kewanganKB : Menjana IdeaKP : Verbal LinguistikBCB : Bacaan Mekanis / Bacaan IntensifNilai : Menghargai, bekerjasamaIlmu : Dunia Seni Visual
SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Hubung / Kata Sendi
BAHAN BANTU BELAJAR ICT, Bahan maujud
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Membaca dan menyenaraikan maklumat dalam bentuk grafik.
REFLEKSI
59
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Membaca Seni Kata Lagu
1. Murid membaca seni kata lagu “Wau Bulan”
2. Guru menayangkan gambar-gambar beberapa jenis wau.Contoh: wau bulan wau pari wau katak wau bayam wau merak wau kucing
3. Murid dan guru bersoal jawab tentang pelbagai jenis wau yang ditayangkan.
EMK : TMKENT : KP - MuzikIlmu : Pendidikan Muzik
& Pendidikan Seni Visual
Nilai : Menghargai seni budaya
Lagu “Wau Bulan”http://www.youtube.com/watch?v=lkKTVvHSoz0
Lampiran 1
Media: Slaid http://malaysia.pnm.
Membaca dan Memahami
1. Murid membaca senyap petikan teks yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat.
2. Murid membaca teks secara individu, berpasangan atau berkumpulan secara mekanis.
3. Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca.
EMK : -ENT : BCB - Bacaan mekanis KP : Verbal linguistikIlmu : Celik KewanganNilai : Kerjasama
Lampiran 2
Media: Petikan teks
Menyampaikan Maklumat
1. Murid melengkapkan peta pemikiran berdasarkan teks yang dibaca secara berkumpulan.
2. Murid diminta membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
EMK : -ENT : KP - Verbal linguistik
Lampiran 3
Media:
60
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Kad petikan perenggan
Penilaian
1. Murid dalam kumpulan membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2. Bercerita berdasarkan petikan yang dibaca.
ENT : KP – Verbal linguistik
Nilai : Kerjasama
Lampiran 2
Pemulihan
1. Murid dibimbing membaca ayat dengan sebutan yang betul.
ENT : BCB – Bacaan intensif
Lampiran 4
Pengayaan
1. Murid diminta membaca petikan karangan.
2. Murid menyenaraikan tiga isi penting berdasarkan petikan yang dibaca.
ENT : KB - Menjana idea Lampiran 5
61
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 1
62
Baca seni kata lagu ini dan fahami maksudnya
ewa..ewa..ewa bulan
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
sama-sama bersuka ria 2x
ewa..ewa..ewa bulan
ewa..bulan teraju tiga 2x
cahaya bulan tempat perindu
pantainya indah kayangan jiwa
kota idaman senyum selalu
taman serendah sekebun bunga
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
sama-sama bersuka ria 2x
ewa..ewa..ewa bule
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
sama-sama bersuka ria 2x
ewa..ewa..ewa bulan
ewa..bulan teraju tiga 2x
ini malam sama-sama…
sama-sama bersuka ria 2x
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 2
63
Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau Daun, Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi sebahagian pendapatan tambahan kepada penduduk dengan menjadikan wau sebagai kraf tangan dan bahan hiasan dinding.Harga wau yang dijual berdasarkan saiz dan corak wau yang dihasilkan.
Walaupun pada masa dahulu permainan ini hanya dimainkan oleh masyarakat kampung, tetapi pada hari ini wau telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti dalam Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang. Hasil sambutan festival ini sangat memberangsangkan terutama dalam kalangan peserta dari luar negara. Ini cukup membuktikan bahawa permainan tradisional juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Jadi warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana permainan wau ini merupakan identiti budaya bangsa Melayu.
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil Juru Anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut naik tinggi ke udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah lagi kecantikan wau yang berwarna-warni itu.
Baca dan fahami petikan di bawah.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 3
64
Isi
Penting
Lengkapkan peta pemikiran berdasarkan teks yang dibaca.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 4 Pemulihan
65
Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau Puyuh, Wau Daun, Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Baca petikan di bawah dengan bimbingan guru.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 5 Pengayaan
66
Shafie bin Jusoh mula meminati bidang kraf wau sejak berada di sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, beliau sering mengikut rakan-rakannya bermain wau di bendang sehingga sanggup berhenti sekolah ketika berada di tahun tiga. Demi minat, beliau belajar membuat wau dari rakan-rakan dan cara-cara sobekan melalui pemerhatian sendiri. Shafie amat berbangga kerana minatnya tersebut mendapat dorongan daripada ibu bapanya dan sebagai tanda sokongan ayahnya telah memainkan wau besar yang telah dihadiahkannya. Dengan jualan secara kecil-kecilan, wau yang dihasilkan serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarganya.
._____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________
Baca dan fahami petikan di bawah dan tulis isi-isi penting mengikut urutan.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
TAJUK Robot Membantu Manusia
MASA
STANDARD PEMBELAJARAN
2.5.2 Membaca, memahami, dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat:i. membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul. ii. menaakul dan menyenaraikan lima isi penting daripada petikan
yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Sains, Pendidikan MoralNilai : Bekerjasama, Berani.EMK : TMK / Celik Kewangan ,Kreatif dan InovatifKB : Verbal Linguistik, Menjana IdeaKMD : Menggunakan Imaginasi & Kreativiti BCB : Bacaan Mekanis
SISTEM BAHASA Tatabahasa : Antonim Sebutan dan intonasi
BAHAN BANTU BELAJAR
Teks berita, lembaran kerja, jadual grafik, kad manila, pen marker berwarna.
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
REFLEKSI
67
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Membaca dan bersoal jawab
1. Guru mempamerkan poster ‘Pameran Robot’.
2. Murid secara kumpulan membaca maklumat pada poster dan merumuskan kandungan yang terdapat di dalamnya.
3. Murid melaporkan rumusan yang diperoleh daripada hasil perbincangan.
EMK : Kreativiti dan inovasi Celik KewanganENT : KB – Kritis dan kreatif Ilmu : Dunia Sains dan
TeknologiNilai : Kerjasama
Lampiran 1Media :Poster ‘Pameran Robot’
Membaca
1. Murid membaca senyap petikan teks berita yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat.
2. Murid membaca teks secara individu, kumpulan dan kelas.
3. Simulasi membaca berita oleh murid.
ENT : BCB – Bacaan mekanis KP - Verbal linguistik
Nilai: Berani
Lampiran 2
Media: Petikan teks berita
Menaakul Dan Menyampaikan Pendapat
1. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang “Kegunaan Robot Kepada Manusia” dan membuat penaakulan dengan melengkapkan borang pengurusan grafik.
2. Wakil murid membaca hasil perbincangan daripada borang pengurusan grafik dengan menggunakan ayat yang betul di hadapan kelas.
KB: Menjana idea
Nilai : Bekerjasama
Lampiran 3Media:Borang pengurusan grafik
68
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
AKTIVITI PENGISIAN KURIKULUM CATATAN
Penilaian
1. Murid menjawab lima soalan yang diberi berdasarkan teks yang dibaca.
2. Murid memberikan perkataan berlawanan dalam perkataan bergaris dalam petikan.
KP: Verbal linguistik Media: Lembaran kerja
Media: Lembaran kerja
Pemulihan
1. Murid membaca cerita autobiografi secara berpandu yang bertajuk “Aku Sebuah Robot” .
Media: Lembaran kerja
Pengayaan
1. Murid membaca maklumat yang terdapat pada poster dan menulis isi-isi penting yang diperoleh.
ENT : BCB - Menjana idea Media:
69
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 1
70
Baca dan nyatakan maklumat daripada poster di bawah.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 2
71
BATU PAHAT, 30 SEPTEMBER – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Banang Jaya telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM30 ribu menerusi pameran Robot 2015 yang dijalankan sejak lima bulan yang lalu.
Pameran ini dirancang sejak menerima mandat daripada ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG. Pameran ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan murid-murid sekali gus mengumpul dana-dana yang boleh digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti laluan berbumbung, memberi bantuan kepada murid-murid miskin, menceriakan persekitaran sekolah dan sebagainya.
Selama pameran ini berlangsung, pelbagai bentuk ciptaan yang dipamerkan. Robot yang dipamerkan adalah rekaan sepenuhnya oleh murid-murid di sekolah ini. Robot-robot tersebut sangat menarik dan unik. Murid-murid yang mencipta robot ini kebanyakannya bercita-cita menjadi jurutera robotik.
Selain itu, robot-robot yang direka telah berjaya menarik minat pengunjung untuk datang ke pameran ini sekali gus menyumbangkan derma ikhlas mereka. Robot-robot ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Antara nama robot yang dihasilkan ialah Hataro, Megah Jaya, Kitamitsu, Berjaya Didik dan sebagainya berdasarkan contoh robot dari luar negara seperti Wakamaru, Aibo, dan Irobi. Murid-murid yang mencipta robot ini juga diberi peluang menerangkan fungsi robot yang dihasilkan itu. Suasana di pameran Robot 2015 ini sungguh meriah.
Ramai pengunjung teruja dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid di sekolah ini. Pihak PIBG pula melahirkan rasa syukur atas segala sumbangan yang telah dihulurkan. Mereka juga berharap usaha murid-murid ini terus dihargai dan dijadikan contoh terbaik yang pernah dilakukan dan seterusnya berharap kejayaan ini disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Baca dan fahami teks di bawah.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Lampiran 3
72
__________________________________________________
__________________________________________________
_____________________________

Nyatakan kegunaan robot kepada manusia.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Penilaian
73
Baca dan fahami teks pada Lampiran 2 dan jawab soalan di bawah.
1. Pada bulan berapakah pameran Robot 2015 ini dilancarkan?A. April C. JunB. Mei D. Julai
2. Apakah tujuan pameran ini diadakan?A. Melahirkan jurutera robotik.B. Mengumpul dana untuk kemajuan sekolah.C. Memberi bantuan kepada semua murid.D. Mencungkil kebolehan murid-murid dan mengumpul dana.
3. Bagaimanakah suasana di pameran Robot 2015 yang diadakan?A. Meriah C. LengangB. Harmoni D. Aman
4. Mengapakah pengunjung yang hadir begitu teruja?A. Kerjasama pihak PIBG sekolah tersebut.B. Mengumpul dana-dana untuk membantu murid miskin.C. Melihat pelbagai bentuk robot yang dicipta.D. Dengan kepintaran dan kebolehan murid-murid mencipta pelbagai bentuk
dan saiz robot.
5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.A. Murid-murid berpeluang menunjukkan kebolehan mencipta robot.B. Dana-dana yang dikumpul disumbangkan kepada murid miskin.C. Robot direka oleh guru dan murid.D. Robot dihasilkan dalam pelbagai saiz dan bentuk
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Pemulihan
74
AKU SEBUAH ROBOT
Aku sebuah robot. Aku dilahirkan di negara Korea Selatan. Aku bernama Gangnam.
Setelah tubuhku dan rakan-rakanku siap dipasang dan diuji, kami dihantar ke merata-rata tempat untuk dijual. Aku telah dihantar ke pusat beli belah yang terkenal. Aku diletakkan di dalam sebuah almari kaca yang dihiasi lampu yang terang dan menarik. Tubuhku yang bersinar apabila terkena cahaya telah menarik para pengunjung yang melihatku. Akhirnya, aku telah dibeli oleh seorang jutawan.
Aku ditugaskan untuk menjaga keselamatan rumah agam tuanku daripada dimasuki pencuri. Aku bertugas dengan penuh tanggungjawab dan berharap agar tubuhku sentiasa diselenggara dengan baik. Dengan kehadiranku, tiada sesiapa yang berani menceroboh rumah agam tersebut.
Tuanku sering menguji kepintaran diriku. Beliau juga akan mengarahkan pembantu rumah untuk membersihkan tubuhku pada setiap minggu. Aku berasa gembira kerana tuanku amat menyayangi dan berpuas hati dengan khidmatku.
Aku berharap agar dapat berkhidmat dengan tuanku sehingga akhir hayat. Aku akan sentiasa memastikan keselamatan rumah agam tuanku selagi khidmatku diperlukan.
Baca petikan di bawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 6
Sekolah Kebangsaan2015
Pengayaan
_____________________________________________________________________________________

75
Baca maklumat pada poster ini dan tuliskan isi-isi penting yang diperoleh.