(4) hasil kajian

29
1.0 BIDANG LINGUISTIK Bidang lingustik dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : i. Linguistik Am dan Linguistik Gunaan ii. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan iii. Linguistik Kontekstual 1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan Linguistik am disebut juga sebagai linguistik umum, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam tugasan ini saya hanya akan menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa 1

Upload: mika-hakimie

Post on 15-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hasil

TRANSCRIPT

Page 1: (4) HASIL KAJIAN

1.0 BIDANG LINGUISTIK

Bidang lingustik dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

i. Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

ii. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

iii. Linguistik Kontekstual

1.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan

Linguistik am disebut juga sebagai linguistik umum, iaitu bidang yang

mengkaji aspek-aspek teori ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan

juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila

bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan

teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa

dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan,

bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa

kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan

bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa

yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak

menggunakan bahasa asli pelajarnya. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga

dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi

dalam tugasan ini saya hanya akan menyebut mengenai penggunaan

linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan

dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian

aspek dan kajian secara umum. Menentukan sifat umum yang ada pada

semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan

dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin

ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan

1

Page 2: (4) HASIL KAJIAN

linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha

untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga

sebagai sains gunaan. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam

pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-

bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

1.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu

cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat

menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

“Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto,

dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa

proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada

bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang

bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem

morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara

dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah,

dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem

fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal

daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah

perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah

glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk

menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan

peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200)

yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula

matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan

bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa

membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

2

Page 3: (4) HASIL KAJIAN

Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik

tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya

sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian

linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu

bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman

kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal

usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu

zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci

dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian

perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi

menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa

tersebut.

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang

berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah

yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan

bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah

untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau

hingga kini.

Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang

membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk

melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga,

yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.

Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau

seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan

hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian

yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu.

3

Page 4: (4) HASIL KAJIAN

1.3 Linguistik Kontekstual

Menurut J. Lyons, 1968, Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji

bahasa secara saintifik. Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan

Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur 2005) pula, Linguistik ialah kajian saintifik

tentang bahasa dan berkaitan dengan bahasa. Manakala menurut Kamus

Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu

bahasa. John Lyons (1968) pula mengatakan bahawa linguistik adalah suatu

ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik.

Bagi pengertian kontekstual, menurut Kamus Dewan (edisi keempat),

Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur 2005), kontekstual iala berkaitan

dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat

merencanakan perkembangan sastera. Kontekstual membawa pengertian

sebagai perkara yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan

langsung,mengikut konteks dan juga membawa maksud sebagai makna dan

kepentingan (meaningful).

Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik

berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik

teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri,bidang-bidang

linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasaberinteraksi dengan

dunia

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan

disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji

bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara

disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik

merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi-interaksi linguistik dengan

masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang

retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan

dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk

4

Page 5: (4) HASIL KAJIAN

pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains

kognitif.

1.3.1 Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di

antarabahasa dan gejalanya dalam masyarakat. Bidang ini cenderung

berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang

kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.

Sosiolinguistik ini juga merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai

meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,

penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang

ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur, kriteria dan

persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut,

pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah

lain lagi.

Pada prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji mengenai aspek-aspek

linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang

ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam

sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistik adalah

bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat.

Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti

perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak

rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan

bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.

Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya

yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial

harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan

sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal

taraf pemakai-pemakainya.

5

Page 6: (4) HASIL KAJIAN

1.3.2 Antropologi Linguistik

Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani

“Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” bererti ilmu yang

mempelajari. Antropologi linguistik adalah satu cabang yang mengkaji

hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana

bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

Adakalanya, antropologi linguistik ini disebut sebagai etnolinguistik iaitu

bidang yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara

bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-

kumpulan etnik.

Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat

pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah

participant observation. Participant observation merujuk kepada seseorang

yang dihantar kepada sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik

berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan

penetapan jangka masa yang lama.

1.3.3 Linguistik Antropologikal

Linguistik Antropologikal pula mengkaji hubungan di antara bahasa dan

budaya. Bidang ini melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan

seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang

dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

6

Page 7: (4) HASIL KAJIAN

2.0 SIFAT BAHASA

Bahasa mempunyai sifatnya tersendiri. Sifat inilah yang menjadikan

bahasa itu berbeza pada aspek dalamannya. Setiap sifat bahasa ini akan

menjadikan bahasa itu unik berdasarkan beberapa aspek yang

mempengaruhinya.

Dengan berdasarkan definisi yang diberikan oleh Bloch & Tragger,

maka bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat umum seperti berikut:

i. Bahasa sebagai satu sistem

ii. Bahasa Dilambangkan Secara Struktur

iii. Bahasa itu bersifat arbitrari

iv. Bahasa sebagai alat komunikasi

v. Bahasa mempunyai makna

vi. Bahasa terdiri dari bunyi-bunyi

2.1 Bahasa Sebagai Satu Sistem

Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk

bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau bentuk sintaksis.

Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan

yang sempurna dari segi strukturnya iaitu klausa, ayat dan kata. Tidak semua

pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara

tertentu. Sistem yang dimaksudkan tersebut ialah aturan dan sistem ini telah

ditetapkan oleh susunan bahasa.

Pendekata, yang dikatakan sistem ini ialah aturan. Tiap-tiap bahasa

mempunyai sistemnya yang tersendiri dari semua unit-unit yang bertugas

membentuk bahasa itu. Tugasnya, sistem itu ialah satu aturan yang telah

ditetapkan oleh susunan bahasa itu. Misalnya, dalam bahasa Melayu kita ada

struktur rangkai kata nama buku itu, sebuah buku merah, pensel ini.

Manakala dalam bahasa Inggeris strukturnya berlainan kerana sistemnya

berbeza. Rangkai kata nama tersebut dalam bahasa Inggerisnya ialah that

7

Page 8: (4) HASIL KAJIAN

book (buku itu), three red books (tiga buku merah), this pencil (pensel ini) dan

sebagainya.

2.2 Bahasa Dilambangkan Secara Struktur

Bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan satu demi satu, atau sekelompok,

yakni sejajar dengan pergerakan alat-alat pertuturan satu mengikuti yang lain.

Misalnya, dalam menyebut kuda, bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah k diikuti

oleh u, d dan a. Begitu juga dengan pengucapan yang lebih panjang seperti

Budak itu baik sekali. Dalam pengucapan ini satu kelompok lambang yang

mewakili sekelompok bunyi budak mendahulu sekelompok bunyi itu dan

kedua-duanya mendahului pula kelompok bunyi baik yang diikuti pula

akhirnya oleh kelompok bunyi sekali. Tidak akan terjadi misalnya kelompok

sekali mendahului sekelompok bunyi baik dalam rangka rangkai kata predikat

bahasa Melayu. Inilah yang dikatakan struktur dalam bahasa. Dan jika satu

struktur itu dapat menggambarkan susunan beberapa bentuk pengucapan,

maka terjadi pula apa yang dikatakan pola-pola dalam bahasa. Misalnya, kata

buku dihasilkan dengan pola suku kata KV-KV dari struktur (K)V(K).

Sesuai dengan sifat bahasa itu mempunyai struktur, unsur-unsur yang

membina bahasa itu adalah dihasilkan satu demi satu secara mendatar.

Sekelompok ucapan dari unsur-unsur inilah membentuk struktur yang

difahami oleh penutur-penutur dari masyarakat bahasa itu. Dengan kata lain,

cara menurunkan apa yang dituturkan menurut urutan mendatar itulah

bersifat linear, satu demi satu mengikut yang lain, dengan satu lambang

mewakili satu bunyi.

Namun kita perlu fahami bahawa satu bahasa tidak mempunyai

struktur yang sama dengan bahasa yang lain. Apa yang penting ialah adanya

unsur-unsur persamaan dalam cara penggabungan yang dibuat untuk

menghasilkan ayat-ayat, tetapi struktur bagaimana ayat-ayat itu dibina boleh

berlainan sekali dalam bahasa-bahasa yang berlainan.

8

Page 9: (4) HASIL KAJIAN

2.3 Bahasa itu Bersifat Arbitrari

Lambang-lambang pertuturan adalah bunyi-bunyi yang terhasil oleh

alat-alat artikulasi. Bunyi-bunyi yang dibuat oleh haiwan dan bunyi-bunyi yang

terhasil daripada gendang, alat-alat muzik adalah bukan bunyi bahasa

walaupun bunyi itu boleh memberikan isyarat yang tertentu. Bahasa yang

merupakan lambang-lambang pertuturan yang arbitrari membawa erti bahawa

bunyi bahasa yang diucapkan itu tidak semestinya ada hubungan hayati di

antara bunyi yang dilafazkan dengan benda atau objek atau peristiwa yang

dimaksudkan. Misalnya, di antara perkataan bangku dengan objek yang

dilambangkan sebagai bangku itu tidak ada hubungan langsung kerana

perkataan itu semata-mata digunakan oleh masyarakat Melayu untuk

menyatakan objek tersebut. Oleh kerana sifat arbitrari inilah maka kita dapati

bahawa tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi

menyatakan benda yang sama. Misalnya, untuk binatang yang bahasa

Melayu dilambangkan sebagai kuda, dalam bahasa Cina disebut ma, bahasa

Inggeris horse, bahasa Perancis cheval, bahasa Jerman prerd dan dalam

bahasa Belanda disebut paard.

Dalam beberapa bahasa di dunia, terdapat bunyi-bunyi imitatif seperti

membebek yang dirujukkan kepada kambing, mengiau untuk kucing dalam

bahasa Melayu. Bunyi-bunyi imitatif ini dalam linguistik dipanggil

onomatopoeia, yang jika pun kedapatan sama dalam beberapa bahasa maka

itu hanya kebetulan sahaja. Dalam pada itu pun bunyi-bunyi onomatopoeia

telah terbukti berlainan dalam bahasa yang berlainan. Misalnya :

Perancis - gnaf-gnaf (salakan anjing)

Jepun - wan-wan (juga salakan anjing)

9

Page 10: (4) HASIL KAJIAN

2.4 Bahasa Sebagai Alat Berkomunikasi

Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan

oleh penutur kepada pendengar. Namun, terdapat juga faktor yang boleh

mengakibatkan maklumat yang disampaikan tersebut berubah.

Faktor yang mengubah bahasanya ialah :

i. Pendengar : orang yang dilawan bercakap.

ii. Tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil

tempat, termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

iii. Butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan

pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

2.5 Bahasa Mempunyai Makna

Bahasa mempunyai makna ialah bererti yang dimaksudkan dan yang

dipercakapkan. Setiap suatu perkataan yang diujarkan harus mempunyai

sesuatu maksud. Maksud bererti yang dimaksudkan atau yang

dipercakapkan. Ia mungkin berupa suatu situasi yang sedang dihuraikan,

sebuah fikiran atau pendapat yang dibentangkan ataupun satu perlakuan

sosial yang diceritakan. Pendengar dapat mengerti apa yang dimaksudkan

atau dipercakapkan sesuai dengan struktur yang teratur yang diucapkan.

Struktur ini memberitahu pendengar supaya memilih beberapa ciri tertentu

dari seluruh percakapan itu serta menentukan cara-cara ia menghubungkan

unsur-unsur percakapan itu.

Makna berhubung erat dengan pengucapan, malah terdapat kaitan

yang amat rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan

keadaan kebudayaan di sekeliling. Hubungan antara makna dan pengucapan

inilah menghasilkan perhubungan.

Sebagai anggota sesuatu masyarakat seseorang itu bergantung

kepada penggunaan bahasa dalam semua aktiviti sosialnya. Tanpa bahasa

sesuatu masyarakat itu tidak dapat bejerjasama. Bahasa merupakan

10

Page 11: (4) HASIL KAJIAN

hubungan di dalam sistem saraf dan dengan yang demikian merupakan cara

dengan mana satu penggerak yang bertindak ke atas seseorang itu dapat

menghasilkan suatu gerak balas dengan pihak lain di kalangan semua

anggota satu-satu masyarakat.

2.6 Bahasa Terdiri dari Bunyi-bunyi

Bunyi di sini bermaksud bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat

pertuturan manusia saja sama ada dalam atau melalui rongga mulut, hidung

dan rongga tekak yang disertai dengan hembusan udara dari paru-paru.

Bunyi-bunyi dalam bahasa adalah lambang-lambang yang dikonsepsikan

melalui pendengaran. Berdasarkan konsep ini, bunyi dalam pengucapan

lebih dipentingkan dari tulisan. Bahasa dalam linguistik ialah ‘apa yang

dituturkan’ (Bloomfield) dan bukan tanda-tanda yang dapat dilihat seperti

tulisan. Tulisan bukannya bahasa tetapi hanya suatu pemetaan pertuturan

dengan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat seperti huruf-huruf dan

sebagainya.

Dalam ilmu linguistik, bunyi-bunyi dari bahasa itu adalah lambang-

lambang pertuturan. Apa yang diucapkan oleh manusia itu merupakan

lambang-lambang kepada objek atau peristiwa yang berlaku. Maksudnya, apa

yang diucapkan ada mempunyai erti yang tertentu, ada fungsi perhubungan

atau tindak balas daripada orang lain terhadap bunyi-bunyi yang disebut itu.

Lambang-lambang pertuturan adalah berbeza daripada tanda-tanda

jalanraya, isyarat lalu lintas, siulan dan sebagainya. Tanda-tanda di jalanraya

boleh dikatakan lambang-lambang juga, tetapi seperti lambang-lambang yang

ada di dalam peta-peta, lambang-lambang lalu lintas biasanya kekal sifat dan

maknanya. Lambang-lambang pertutran berubah mengikut masa dan

perkembangan budaya manusia. Tanda-tanda lalu lintas mempunyai tafsiran

yang sama di kalangan penguna-pengguna jalanraya, sedangkan lambang-

lambang pertuturan memperlihatkan perbezaan makna di kalangan

pengguna-pengguna, sekalipun pengguna-pengguna itu berada di dalam

komuniti yang lebih kecil.

11

Page 12: (4) HASIL KAJIAN

Di antara ciri terpenting dan unik yang tidak ada pada lambang-

lambang lalu lintas tadi, ialah kebolehan lambang-lambang itu untuk

mengaitkan pengalaman-pengalaman manusia sesuai dengan bahagian-

bahagian atau jenis-jenisnya sehingga fungsi perhubungan itu dapat jelas

termakna menurut konteksnya yang tertentu.

3.0 SEJARAH PERKEMABANGAN ILMU LINGUISTIK

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang

bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India.

Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku

pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian

orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah

diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa

adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman

linguistik yang bermula di Eropah.

3.1 Zaman Yunani

Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam

bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani

merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini.

Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi,

budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500

tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung

oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh

pemikiran yang berbentuk falsafah.

Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad

ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada

bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat

ketika itu. Sebagai pengetahuan, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada

zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, yang merupakan murid Plato. Plato

12

Page 13: (4) HASIL KAJIAN

(427 – 347SM) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan

menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya

yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan

kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang

mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan

kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa

tidak nalar sepenuhnya.

Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama

berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan

masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan

antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama

sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada

perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384

– 322 Sebelum Masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam

tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan

memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato.

Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya

sistem kala atau tense dalam bahasaYunani.

Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa

sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa

bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan

yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa

sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.Secara umumnya, anda

dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu

kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak

logik dan bukannya saintifik.

3.2 Zaman Iskandariah

Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah

tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan

kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa

13

Page 14: (4) HASIL KAJIAN

pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut

mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,

participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan

bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri

daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

3.3 Zaman Rom

Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun

Yunani runtuh. Mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian

dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih

kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa

Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu

berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting

kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa

selepas zaman itu.

3.4 Zaman Pertengahan

Sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan juga dikenali

sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka

bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini

menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti

sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya

bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa

pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Harus diingatkan

bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa

dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman

pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga

dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama

bahasa Inggeris.

14

Page 15: (4) HASIL KAJIAN

3.5 Zaman Arab

Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai

sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman

gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam

yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian

mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu

fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus

lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.

3.6 Zaman India

Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan

memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah

daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih

baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Sumbangan

terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa

pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik.

Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa

yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian,hampir semua bahasa

memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir

sama.

3.7 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu

sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya

bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa

berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan

antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa

hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud

daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya

rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman

15

Page 16: (4) HASIL KAJIAN

ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu

bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula

wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Bagi sejarah perkembangan linguistik moden yang berlaku sekitar

abad ke-20, pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada

linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik

dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut

menelurkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena

sosial.

4.0 STRUKTUR LINGUISTIK

4.1 Fonetik dan Fonologi

Fonetik mengacu pada artikulasi bunyi bahasa. Para ahli fonetik telah

berjaya menentukan cara artikulasi dari berbagai bunyi bahasa dan membuat

abjad fonetik antarabangsa sehingga memudahkan seseorang untuk

mempelajari dan mengucapkan bunyi yang tidak ada dalam bahasa ibunya.

Misalnya dalam bahasa Inggeris ada perbezaan yang nyata antara bunyi tin

dan thin, dan antara they dan day, sedangkan dalam Bahasa Melayu tidak

seperti itu. Dengan mempelajari fonetik, kita akan dapat mengucapkan kedua

bunyi tersebut dengan tepat. Abjad fonetik, yang diketuai oleh laboratorium

fonetik, departemen linguistik, UCLA, penting dipelajari oleh semua

pemimpin, khususnya pemimpin negara. Dengan kemampuan membaca

abjad fonetik secara tepat, seseorang dapat memberikan pidato dalam

ratusan bahasa. Misalnya, jika seorang pemimpin mengadakan kunjungan ke

China, ia hanya perlu meminta staf-nya untuk menerjemahkan pidatonya ke

bahasa Cina dan menulisnya dengan abjad fonetik, sehingga ia dapat

memberikan pidato dalam bahasa Cina dengan ucapan yang tepat. Salah

seorang pemimpin yang telah memanfaatkan abjad fonetik antarabangsa

adalah Paus Yohanes Paulus II. Walau ke negara manapun beliau pergi,

beliau selalu memberikan ucapan dengan menggunakan bahasa setempat.

Apakah hal tersebut bermaksud bahwa beliau memahami semua bahasa di

16

Page 17: (4) HASIL KAJIAN

dunia? Belum tentu, namun cukup belajar fonetik sahaja untuk mampu

mengucapkan bunyi ratusan bahasa dengan tepat.

Fonologi pula mengacu pada sistem bunyi bahasa. Misalnya dalam

bahasa Inggeris, ada gugus konsonan yang secara realtinya sukar untuk

diucapkan oleh penutur asli bahasa Inggeris kerana tidak sesuai dengan

sistem fonologi bahasa Inggeris. Namun gugus konsonan tersebut mungkin

dapat dengan mudah diucapkan oleh penutur asli bahasa lain yang sistem

fonologinya terdapat gugus konsonan tersebut. Contoh sederhana adalah

pengucapan gugus ‘ng’ pada awal kata, hanya diterima dalam sistem fonologi

Bahasa Melayu, namun tidak diterima dalam sistem fonologi bahasa Inggeris.

Fokus utama dalam pengetahuan sistem fonologi ini adalah dalam pemberian

nama untuk suatu produk, khususnya yang akan dipasarkan di dunia

antarabangsa. Nama produk tersebut tentunya akan lebih baik jika

disesuaikan dengan sistem fonologi bahasa Inggeris, sebagai bahasa

antarabangsa.

4.2 Morfologi

Morfologi lebih banyak memberi maksud pada analisis unsur-unsur

pembentuk kata. Sebagai perbandingan sederhana, seorang ahli farmasi atau

ahli kimia perlu memahami zat apa yang dapat bercampur dengan suatu zat

tertentu untuk menghasilkan ubat flu yang efektif dan hal ini sama seperti

seorang ahli linguistik bahasa Inggris perlu memahami imbuhan apa yang

dapat direkatkan dengan suatu kata tertentu untuk menghasilkan kata yang

benar. Misalnya akhiran –en dapat direkatkan dengan kata sifat dark untuk

membentuk kata kerja darken, namun akhiran –en tidak dapat direkatkan

dengan kata sifat green untuk membentuk kata kerja. Alasannya tentu hanya

dapat dijelaskan oleh ahli bahasa, sedangkan pengguna bahasa boleh saja

langsung menggunakan kata tersebut. Sama halnya, alasan ketentuan

pencampuran zat-zat kimia hanya diketahui oleh ahli farmasi, sedangkan

pengguna ubat boleh sahaja langsung menggunakan ubat flu tersebut, tanpa

harus mengetahui proses pembuatannya.

17

Page 18: (4) HASIL KAJIAN

4.3 Sintaksis

Analisis sintaksis membawa kepada analisis frasa dan perkataan.

Salah satu maksudnya adalah peranannya dalam perumusan peraturan

perundang-undang. Beberapa teori analisis sintaksis dapat menunjukkan

apakah suatu perkataan atau frasa dalam suatu peraturan perundang bersifat

ambigu (bermakna ganda) atau tidak. Jika bermakna ganda, sudah tentu

ianya perlu ada penyesuaian tertentu sehingga peraturan perundangan

tersebut tidak disalah ertikan baik secara sengaja mahupun tidak sengaja.

4.4 Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh kerana

makna merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya

makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap

bahasa. Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan

kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan

(contextual) dan ini memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang

mengajar. Secara intuitif, bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan

(cross-reference) pada sesetengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi

penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada

bentuk. Seluruh penyelidikan sebaik-baiknya tunduk kepada konsep ‘form

underlies meaning’.

Antara perkara lain yang disentuh dalam bidang ini ialah persoalan

tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis),

penentuan perkataan-perkataan seperti (synonyms) dan perkataan-perkataan

yang berlainan erti (antonyms) dengan berdasarkan kepada kategori makna

yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat

makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategori-kategori

makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu

bahasa secara keseluruhan dan selainnya lagi.

18

Page 19: (4) HASIL KAJIAN

4.5 Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang

merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara

penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, pragmatik

juga berfungsi sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal

ekstralingual.

Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998:81) pragmatik ialah

teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna

pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa,

ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata

yang elipsis dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997:192) memerikan perihal

pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau

dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang

digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala

yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian

bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat,

kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial,

dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan

komunikasi.

5.0 STILISTIK

Menurut Abdullah Hassan (1990), Stilistik atau sylistics adalah ilmu

tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau

penggunaan bahasa. Stilistik ini memberikan fokus dan penekanan terhadap

aspek kebahasaan. Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan

diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai

wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik

tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan

sastera.

19

Page 20: (4) HASIL KAJIAN

5.1 Stilistik dari sudut Sastera

Stilistik dari sudut sastera pula ialah kajian terhadap keseluruhan karya

yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Bidang ini dapat dibahagikan

kepada cabang linguistik gunaan atau terapan. Di dalam karya sastera,

stilistik digunakan sebagai tanda kelainan dalam penggunaan gaya

bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik.

Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182), menjelaskan stilistik ialah

meneliti penggunaanbahasa yang menyimpang daripada norma dan

berusaha menemukan fungsi estetik.

Dalam kata lain, stilistik tidak lain daripada kajian gaya, yang mengkaji

segala kemungkinan gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat

kefahaman sebenar mengenai sesebuah teks sastera. Ianya merupakan

segala hubungan yang menimbulkan kelainan-kelainan gaya bahasa, baik

gaya individu, mahupun implikasi-implikasi lain yang melibatkan lahirnya hasil

sastera diperhatikan dan diberi saluran-saluran kajian khusus.

Kajian terhadap teks sastera yang secara tradisional hanya terbatas

pada kelainan-kelainan bahasa dalam hubungan dengan kehendak-kehendak

tatabahasa di samping kelainan-kelainan yang bersifat figuratif, iaitu

gangguan peribahasa, bahasa kiasan, sindiran, ungkapan dan sebagainya.

Secara stilistik kajian terhadap teks sastera tidak lagi dari sudut

kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan dengan

penggunaan bahasa itu. Justeru, stilistik disebut kajian bentuk dan kajian isi,

yang diandaikan sebagai apa yang diperkatakan dan apa cara mengatakan

( bentuk atau bahasa ).

Dengan stilistik pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan

cara pendekatan yang subjektif dan impressionis dan memasuki cara baru

yang lebih objektif dan lebih sainstifik.

20

Page 21: (4) HASIL KAJIAN

5.2 Pengenalan Am Stilistik Bahasa

Pengenalan am stilistik bahasa bermaksud bentuk variasi bersistem

yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur,

khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.

Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling

formal kepada bentuk yang agak formal.

5.3 Prinsip Stilistik

Prinsip pertama stilistik ialah menganggap dan mengiktiraf bahasa

sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan

berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. Analisis

karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan

mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam

lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat

berbahasa penulisnya.

Prinsip kedua ialah pendekatan stilistik membincangkan aspek tema

seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.

Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek

bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah

difahami, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

Ketiga pula ialah penggunaan pendekatan stilistik berhasil

memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7)

menjelaskan bahawa kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya

istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta

struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian penulisnya. Setiap penulis

mempunyai cara tersendiri dan ini akan menimbulakan perbezaan.

Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman,

pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

21

Page 22: (4) HASIL KAJIAN

Bagi prinsip yang keempat, melalui pendekatan stilistik huraian

terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan.

Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai

jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu

yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik

dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

Untuk prinsip yang kelima, pendekatan stilistik membantu mereka

memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang

digunakan oleh pengarang. Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah

atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping

merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

Prinsip keenam pula adalah merupaka pendekatan stilistik juga

menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa

berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan

yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan

menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa

terdapat unsur-unsur bahasa yangmendorong seseorang itu berkreatif.

Akhir sekali ialah prinsip yang ketujuh iaitu selain digunakan untuk

menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, pendekatan stilistik juga

digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau

khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan

penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan

keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan

daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk

mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

22

Page 23: (4) HASIL KAJIAN

6.0 BAHASA MELAYU SAINTIFIK

6.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke

tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan

tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa

tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri

keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima

pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat

berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi

rantau kepulauan Melayu.

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa

pentadbiran, perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang

dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan

di ibu negeri Sriwijaya, dia menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat

pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Bahasa Melayu

juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu

Melaka sebagai bahasa ilmu.

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa

kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara

tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka,

menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan

bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai

alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia,

kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan

agama.

6.2 Konsep

Bahasa ilmu merupakan bahasa yang mampu menjadi perantaraan

bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi (Kamus

23

Page 24: (4) HASIL KAJIAN

Dewan, 1994: 88). Konsep Bahasa Melayu sebagai “bahasa ilmu” telah mula

diperkenalkan dalam tahun 1990-an seiring dengan penekanan “budaya ilmu”

kepada seluruh masyarakat . Konsep ini membawa maksud Bahasa Melayu

sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau wadah untuk menyampaikan ilmu

pengetahuan moden seperti sains, teknologi, kedoktoran, ekonomi,undang-

undang dan sebagainya. Bahasa Melayu kini bukan hanya terhad kepada

soal kebahasaan dan sastera sahaja, malah turut merangkumi bidang-bidang

yang sebelum ini dimonopoli oleh bahasa Inggeris.

Di peringkat pengajian tinggi, Bahasa Melayu telah beperanan sebagai

bahasa pengantar ilmu peringkat demi peringkat. Di universiti, pelaksanaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa penyampai ilmu bermula dengan tertubuhnya

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970. Pada tahun 1983,

semua kursus tahun pertama di universiti-universiti tempatan menggunakan

Bahasa Melayu sebagai bahasa penyalur ilmu. Walau bagaimanapun

pelaksanaan secara menyeluruh bagi semua mata pelajaran di universiti

bermula pada tahun 1984.

Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu mempunyai perbendaharaan

kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan

pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa melayu juga memiliki

tatabahasa yang sempurna agar setanding dengan bahasa Inggeris dan

bahasa-bahasa lain di dunia dalam menjadi bahasa yang memperkatakan

konsep dan ilmu moden disamping nilai keintelektualan bahasa yang tinggi.

6.3 Ciri-ciri

Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi

merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya

dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang

sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di

sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu

dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang

24

Page 25: (4) HASIL KAJIAN

memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua

variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu,

variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu

bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau

digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina

yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai

ragam bahasa dan juga laras bahasa.

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan

(1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang

dikemukakan oleh Johannes (kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah

seperti berikut:

i. Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi

iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa

tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan

tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

ii. Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap

fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu

menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. Tulisan juga mestilah

bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata

atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak

sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis

data, berdasarkan kajian, dan seumpamanya digunakan.

iii. Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjektifan

penulisan, sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya

menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Oleh itu

ungkapan seperti ‘Berdasarkan kajian saya, saya dapati bahawa…’

dinyatakan sebagai ‘Berdasarkan kajian, penyelidik didapati

bahawa…’. Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau

penglibatan peribadi diri penulis.

iv. Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif

boleh digunakan. Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan

diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku.Ragam pasif

yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu

25

Page 26: (4) HASIL KAJIAN

ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang

digunakan dalam kajian ini…dan sebagainya.

v. Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang

khusus mengikut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain

itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

vi. Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang

biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan

penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat

tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai

pelengkap.

vii. Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang

keterlaluan, berlebihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti

amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan

seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah.

viii. Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah

tepat dan sesuai. Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-

kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah

tidak memerlukan ‘hiasan’ .

ix. Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat

majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai

sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya

mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks.

x. Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual,

rajah, gambar, peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan

ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup

tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.

Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan

bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu.

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang

demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau

tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan

tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu.

26

Page 27: (4) HASIL KAJIAN

REFLEKSI

Saya ingin memanjat kesyukuran kepada-Nya kerana akhirnya dapat

saya menyiapkan tugasan Penghantar Linguistik Bahasa ini dengan jayanya

dan menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan. Dalam penghasilan

tugasan ini, pelbagai input baharu saya dapat pelajari. Saya mula menitik

beratkan mencari bahan-bahan membuat tugasan ini seperti daripada

sumber internet, buku-buku rujukan dan meminta penerangan dan tunjuk ajar

daripada pensyarah pembimbing subjek Penghantar Linguistik Bahasa

Melayu ini iaitu Tuan Haji Izan Bin Othman. Hasil pembelajaran diambil kira

dalam menyelesaikan tugasan ini ialah mampu menghuraikan tentang

bidang linguistik dan sifat bahasa, menyusun galur perkembangan ilmu

linguistik, menerangkan tentang struktur linguistik, faktor luaran,

variasibahasa dan peraturan paradigmatik serta yang terakhir ialah

membanding beza dan menjelaskan tentang stilistik dan bahasa Melayu

saintifiq.

Setelah saya membuat kerja kursus ini, saya mengetahui betapa

pentingnya pengetahuan penghantar linguistik bahasa Mellayu di luar dan di

dalam kehidupan harian. Tugusan Penghantar Linguistik Bahasa Melayu

penting untuk dikuasai oleh semua guru kerana perkara ini amat penting bagi

guru menambahbaikkan sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

supaya murid berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, saya

dapat memperluaskan pengetahuan dalam mengetahui erti lingusitik dan

memahami cabang-cabang yang terdapat di dalmnya. Pengetahuan ini amat

berguna kepada diri saya kerana sebagai seorang bakal guru kerana

pengetahuan ini membolehkan saya memahami lebih mendalam mengenai

ilmu linguistik. Pada awalnya, semasa saya mendapat tugasan ini saya

berasa bimbang tidak dapat memberi komitmen dalam menjayakan tugasan

ini kerana saya kurang memahami dan tugasan ini sukar bagi saya untuk

melakukannya. Tetapi berkat daripada tunjuk ajar pensyarah dan juga rakan-

rakan seperjuangan saya dapat memahami dan melaksanakannya dengan

sebaik mungkin.

27

Page 28: (4) HASIL KAJIAN

Sepanjang saya membuat tugasan ini, saya begitu teruja kerana di

samping mencari maklumat saya dapat mempelajari dengan lebih meluas

tentang kemahiran itu di samping saya juga dapat mengetahui susur galur

sejarah ilmu linguistik yang telah dikaji oleh tokoh-tokoh pendidikan yang

terkenal sejak beratus tahun dahulu lagi. Saya bersyukur kehadrat-Nya

kerana banyak manfaat yang saya peroleh dalam menjayakan tugasan ini.

Saya berharap,saya dapat menggunakan manfaat yang saya peroleh ini

dengan sebaik mungkin dan berkongsi maklumat kepada keluarga, rakan-

rakan, orang ramai dan juga yang bakal menjadi anak-anak didik saya suatu

hari kelak.

Akhir kata, sekali lagi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih

yang tidak terhingga terutamanya kepada Tuan Haji Izan Bin Othman serta

semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Saya berharap

kerja ini dapat memberi impak dan faedah yang sangat berguna terhadap diri

saya yang bakal menjadi salah seorang warga pendidik.

Sekian, terima kasih.

28

Page 29: (4) HASIL KAJIAN

BIBLIOGRAFI

RUJUKAN BUKU

Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu II Siri Pendidikan Guru. Kuala

Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz(2009). Bahasa Melayu I Siri Pendidikan Guru. Kuala

Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abrak Othman (1983). Permulaan Ilmu Linguistik, Satu Pengenalan Konsep

dan Bidang Kajian Secara Teoritis. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2005). Teori Bahasa Implikasinya Terhadap

Pengajaran Tatabahasa .Tanjung Malim :Universiti Pendidikan Sultan Idris

RUJUKAN INTERNET

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Di institut Pengajian Tinggi. (2010).

Dicapai pada 24 Ogos 2012 daripada

http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/07/bm-bahasa-melayu-sebagai-

bahasa-ilmu-di.html

Amir Bin Juhari, Struktur Linguistik. (2011). Dicapai pada 24 Ogos 2012

daripada http://jpmkampusrajang.blogspot.com/2011/07/bmm-3107-

pengantar-linguistik-bahasa.html

Adnan Ahmad, Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu. (2009). Dicapai pada

24 Ogos 2012 daripada http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-

melayu-sebagai-bahasa-ilmu_17.html

29