4 egoisme

Upload: catherine-lee-cheau-yih

Post on 03-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    1/13

    1

    TEORI

    TELEOLOGI

    TEORI

    DEONTOLOGI

    TEORI

    PRINSIPKEWAJIPAN

    TEORI

    EKSISTENSIALISME

    TEORI

    UTILITARIAN

    TEORI EGOISME

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    2/13

    2

    EGOISME

    Dalam menilai atau melakukan sesuatu perbuatan,egoisme akan mengkaji terlebih dahulu kesanperbuatan tersebut dan setelah diketahuikesannya, baharulah dibuat penilaian terhadap

    perbuatan tersebut.Oleh itu, ASAS PEMIKIRAN Egoisme ialahseseorang mestilah melakukan sesuatu perbuatanyang kesannya dapat memberikan faedah kepada

    orang yang melakukan perbuatan tersebut. Setiapperbuatan yang kesannya memberi keuntungandan faedah kepada diri pelaku adalah dianggapsebagai satu perbuatan yang baik dan wajar untuk

    dilakukan.

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    3/13

    3

    Diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietsche

    (1844-1900). Beliau merupakan pengkritik kuat

    Utilitarianisme. Nietsche menentang utilitariankerana asas pemikiran utilitarian yang sangat

    mementingkan kesan sesuatu perbuatan

    terhadap majoriti manusia.

    Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau

    sangat kuat menentang teori kemoralan sosial

    dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba

    abdi (slave morality) kerana menyekatkebebasan individu. Dalam kemoralan sosial,

    individu diwajibkan menurut apa sahaja saja

    perintah yang wujud dalam masyarakatnya.

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    4/13

    4

    PENDAPAT PERTAMA

    Egoisme sangat kuat menentang teori kemoralan

    sosial. Ini kerana individu yang terikat denganperaturan masyarakat tidak akan dapatmemajukan diri sendiri. Pemikiran mereka akansentiasa terkongkong dan tidak berupaya untukmelihat jauh kehadapan.

    Bagi egoisme, sebarang undang-undang darimana-mana kumpulan atau sesiapa sahajaadalah tidak perlu. Untuk memajukan diri sendiri,peraturan mestilah ditetapkan diri sendiri. Hanyadiri sendiri yang tahu bagaimana hendakmemajukan diri. Peraturan mestilah individualistikdan sesiapa yang membuat dan mematuhiperaturannya sendiri akan menjadi manusia yangbagus, kuat dan maju . CONTOH ???....

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    5/13

    5

    CONTOH egoisme dalam konteks sekarang ialah

    sifat negara Amerika dan Israel. Dalam

    memastikan kemajuan dan keselamatan negaramereka, kedua-dua negara ini sentiasa melakukan

    tindakan tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat

    negara lain. Bagi mereka, hanya undang-undang

    ciptaan mereka yang terbaik dan semua negaralain mesti patuh kepadanya.

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    6/13

    6

    KRITIKAN DAN KELEMAHAN

    1) Ahli falsafah lainberpendapat, untuk memajukandiri sendiri, manusia sebenarnya perlu kepadaorganisasi. Manusia perlu kepada konsep tolongmenolong dalam masyarakat. Dengan mengambilsikap mementingkan diri tidak akan dapatmemajukan diri sendiri.

    Dalam konteks masyarakat, seorang yangterpinggir dan seorang diri tidak akan dapatberinteraksi dan memperolehi maklumat-maklumat penting. Untuk maju manusia perlukanketua dan peraturan bertujuan memastikankeselamatan, kesejahteraan dan kemajuan setiapindividu.

    CONTOH ???........

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    7/13

    7

    PENDAPAT KEDUA

    2) Seorang egoisme tidak akan pecaya kepada

    wujudnya Tuhan dan agama. Tidak ada konseppahala dan dosa dalam kehidupan mereka

    kerana ianya adalah kontra dengan kepentingan

    diri. Egoisme berpendapat kepercayaan kepada

    agama dan Tuhan tidak perlu kerana manusia

    akan terikat dengan undang-undang yang telah

    ditetapkan. Ini akan menyebabkan individu tidak

    bebas apabila membuat pilihan. Oleh kerana itu,mereka berpendapat manusia adalah bebas

    melakukan apa sahaja yang boleh membawa

    kepada keuntungan diri sendiri.

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    8/13

    8

    Bagi egoisme, apa sahaja yang difikirkan patut

    dan wajar dilakukan demi kebaikan diri sendiri

    maka, mestilah dilakukan segera tanpamempedulikan nasib orang lain. Kehidupan

    dunia ini adalah tempat untuk manusia

    memajukan diri sendiri dan tiada lagi kehidupan

    selepas kematian. Oleh itu, seseorang yangegoisme haruslah merebut dan mengeksploitasi

    setiap peluang yang ada dihadapannya.

    CONTOH ???.....

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    9/13

    9

    KELEMAHAN DAN KRITIKAN

    Kelemahan hujah dan pemikiran sebegini pulaialah kerana ianya bertentangan dengan sifatsemula jadi manusia. Secara semulajadinya,dalam diri manusia sudah tertanam soalkepercayaan kepada Tuhan. Manusia apabila

    dilahirkan sudah ada perjanjian untuk mengakuibahawa Tuhanlah yang menjadikan manusia danseluruh makhluk di alam ini. Sebagai buktinya,apabila manusia keseorangan dan terdesakdalam sesuatu situasi membahayakan nyawa,sudah pasti sifat kepercayaan kepada Tuhan iniakan muncul .

    CONTOH ??? ..

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    10/13

    10

    PENDAPAT TIGA

    3. Bagi egoisme, dalam hidup ini, sifat pentingkan diri,

    kasihkan diri dan menjaga diri mestilah diutamakandan diberi perhatian. Egoisme tidak perlumengorbankan diri untuk orang lain. Orang lainyang harus berkorban kepada egoisme. Demikemajuan dan kekuasaan, manusia mestilahmengeksploitasi apa sahaja yang adadisekelilingnya. Manusia mesti bijak untukmengambil kesempatan atas kelemahan dankebodohan orang lain. Dengan cara ini, manusia

    akan mendapat kekuasaan dan kemajuan. Untukhidup selamat dan survival, manusia berhakmelakukan apa sahaja kepada orang lain .CONTOH ???.....

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    11/13

    11

    Egoisme perlukan musuh untuk memajukan diri.

    Ini kerana apabila mempunyai musuh, seorang

    egoisme akan dapat menilai kekuatan dirinyasama ada sudah sempurna atau masih

    mempunya kelemahan. Manusia juga sentiasa

    perlukan musuh, cabaran dan pertentangan

    untuk mendapat pengalaman dan kecekapandemi kemajuan diri. Dengan itu, hidup manusia

    akan menjadikan lebih menarik dan dipenuhi

    dengan pengalaman-pengalaman yang

    bermanfaat untuk diri sendiri. CONTOH ???...

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    12/13

    12

    KELEMAHAN DAN KRITIKAN

    Hujah egoisme adalah salah dan mengelirukan.

    Dalam kehidupan manusia, mesti adapengorbanan diri. Sifat tolak ansur dalam

    pengorbanan diri akan memajukan manusia.

    Seorang ibu mengorbankan diri demi seorang

    anak. Apabila dewasa anak pula mengorbankandiri demi ibubapanya. Seorang askar

    mengorbankan diri dan seorang guru

    mengorbankan diri mendidik anak askar tersebut.

    Setiap orang manusia harus ada pengorbanandiri. Tanpa pengorbanan diri kehidupan manusia

    akan kacau bilau dan huru-hara.

  • 7/28/2019 4 EGOISME

    13/13

    13

    Manusia akan menjadi seperti binatang liar jikapengorbanan diri tidak dipraktikkan. Dalamkehidupan binatang liar, binatang yang paling kuatdialah yang berkuasa. Binatang tidak akan sekali-kali mengorbankan dirinya kepada binatang lain.Oleh itu, pengorbanan seseorang penting dalammemastikan individu lain dan masyarakat dapat

    hidup dengan baik dan sempurna.

    Jika semua orang perlukan musuh, sudah tentumanusia akan sentiasa berperang dan tidaktenteram. Ini sudah tentulah akan menyusahkanindividu tersebut dan bertentangan dengan konsepegoisme yang mementingkan keselamatan diri