4. 0 - c - rumusan aq

Upload: naim7641867

Post on 07-Jul-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    1/12

    4.0 –

    PENULISAN REFLEKTIF

    Dasawarsa ini, kita dapat menyaksikan negara kita mencapai kemajuan demi

    kemajuan yang tidak dapat kita nafikan. Namun, dalam enak kita dibuai mimpi-

    mimpi indah bertemankan bangunan pencakar langit yang gah berdiri merentasi

    awan, namun adakah kita sedar terdapat satu masalah yang saya kira tidak patut

    dipandang enteng oleh rencaman golongan?

    Jika lihat dan dengar di corong radio mahupun media massa, isu pendidikan

    menjadi topik hangat yang diperkatan, bermula daripada akar umbi pendidikan itu

    sendiri sehiggga menuju pucuknya yang teratas. Komuniti pada hari ini makin sedar 

    seolah-olah mereka baru terjaga daripada mimpi mengenai isu pendidikan. al ini

     jelas menunjukkan bahawa mereka amat menekankan pendidikan yang merupakan

    tunjang kepada pembentukan diri.

    !elain itu, mereka juga semakin lantang menyuarakan pendapat mahupun

    kritikan mengenai isu pendidikan pada hari ini. "leh sebab itu, kerajaan telah

    menyediakan metodologi yang mantap lagi kukuh untuk melahirkan rakyat

    kontemporari yang berilmu seterusnya meletakkan sistem pendidikan kita beradapada kelas yang tersendiri di peringkat dunia.

    #erbicara mengenai pendidikan, maka sudah pasti pendidik menjadi topik

    hangat dalam perbualan seharian. $mum mengetahui, kualiti pengajaran

    merupakan wahana dan wadah yang paling berkesan serta mantap untuk

    mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah seterusnya meningkatkan

    keberhasilan permata negara kelas pertama. %aka, sudah terang lagikan bersuluh,

    guru berkualiti merupakan anjakan paradigma kepada peningkatan prestasi sekolah

    dan melahirkan pelajar yang berilmu serta tidak menjadi seperti sang buta

    kehilangan tongkatnya, tergapai-gapai dalam kegelapan mencari sinar ilmu yang

    memancarkan cahaya dalam setiap langkah kita.

    &irman 'llah s.w.t dalam !urah an-Nahl( )*+, !erulah manusia ke jalan

    /uhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik serta

    0asulullah s.a.w bersabda( #ahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia

    mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Jika

    ))

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    2/12

    diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam maksud ayat al-1uran dan adis

    0asulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-

    keutamaan mengajar, khususnya dalam profesion perguruan. /egaknya rumah

    kerana kukuhnya tiang, hebatnya manusia kerana cambahan ilmu yang disemai

    dalam diri sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    2ara guru amat tertakluk kod dan etika sebagai seorang guru. 3tika dan kod

    etika ini merupakan peraturan dan landasan yang perlu dituruti oleh seseorang yang

    bergelar profesional. %alangnya, kebanyakan guru hanya melihat profesion

    keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran 242 sahaja dan

    tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan dalam dunia pendidikan

    dewasa ini. !ebagai warga pendidik, kita haruslah membuka mata terhadapmasalah yang kita hadapi sekarang dan membawa profesion ini kembali ke

    landasan yang sebenar supaya tidak lari daripada garis sempadan yang ditetapkan.

    3tika diertikan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang

    terhadap masyarakat. #erdasarkan Kamus Dewan dan 2ustaka, etika merupakan

    satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau kesusilaan yang merupakan

    prinsip moral atau set prinsip moral. %enurut perspektif 5slam, etika merujuk kepada

    tingkah laku yang betul berasaskan 'l-1uran dan ketakwaan kepada 'llah !.6./

    serta ditakrifkan sebagai akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam

    keseluruhan hidupnya.

    !eterusnya, kod etika professional bermaksud semua garis panduan yang

    bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produkti7iti dan disiplin dalam perkhidmatan

    dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

    peraturan, dan peradaban termasuk peranan nilai, setiap tingkah laku profesional

    dalam masyarakat. !esungguhnya, etika professional mencakupi sebahagian besar 

    kehidupan bagi mereka yang mengamalkan sesuatu profesion kecuali hal-hal yang

    benar-benar peribadi.

    %arcapada ini, masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering

    kali kita dengar serta menjadi buah mulut orang ramai. 5su mengenai masalah ini

    sering kali dijadikan topik utama yang dibincangkan oleh masyarakat di seluruh

    %alaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. 2elbagai masalah

    yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah

    )*

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    3/12

    laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera

    dan sebagainya.

    8angguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah,

    kawasan awam atau tempat kerja. 0isiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah.

    %angsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja

    sekolah menengah. %ereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat

    pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. %alangnya terdapat

    segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu

    bagaimanakah gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apakah yang

    perlu dibuat untuk menanganinya.

     'ntara jenis gangguan seksual yang sering berlaku terhadap pelajar di

    sekolah ialah terdapat guru yang menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan

    pengajaran yang berbentuk lucah, bercerita atau membuat lawak jenaka berbau

    lucah, membuat perlakuan atau isyarat lucah, mengejek atau menggelar pelajar 

    dengan panggilan lucah, memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan

    seksual, menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual, melakukan

    sentuhan yang berunsur seksual, memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar 

    dan akhirnya menyebar khabar angin berunsur seksual.

     !elain itu, perlu kita ketahui bahawa gangguan seksual berbentuk ugutan

    ialah gangguan yang memberikan kesan secara langsung kepada mangsanya.

    9ontohnya, seseorang pelaku mempunyai kuasa untuk cuba mengugut mangsanya

    untuk mendapatkan kepuasan mereka. %anakala gangguan seksual secara peribadi

    ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan

    atau penghinaan.

    Kementerian !umber %anusia )::: mengkategorikan bentuk-bentuk

    gangguan seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara

    isyarat, gangguan secara 7isual, gangguan secara fi;ikal dan gangguan secara

    psikologikal. 8angguan secara lisan ialah bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam

    penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-

    bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual

    ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau akti7iti seksual

    sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut.

    )

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    4/12

    Kod 'malan )::: mentakrifkan gangguan seksual contohnya melakukan

    seks oral ialah merujuk kepada tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan

    memberi kesan sama ada secara lisan, isyarat, 7isual, psikologi atau fi;ikal.

    8angguan seksual boleh dikategorikan kepada * bahagian iaitu gangguan seksual

    berbentuk ugutan sexual coercion dan gangguan seksual berbentuk ancaman

    terhadap ketenteraman peribadi sexual annoyance.

    2ara guru yang tidak berperikemanusiaan ini sanggup mengenepikan nilai

    moral dan etika profesionalisme dengan meminta imbuhan seks sebagai balasan di

    atas sesuatu pertolongan yang akan diberi. 8angguan seksual menyebabkan

    trauma psikologi kepada pelajar. 2erasaan malu dan takut menyebabkan

    kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri. #agaimanapun, ibu bapa danguru boleh melihat beberapa perubahan ke atas tingkah laku pelajar terbabit bagi

    menyiasat kebarangkalian berlakunya kes gangguan seksual tersebut.

    2erlu untuk para ibu bapa dan guru ketahui perubahan demi perubahan yang

    berlaku oleh setiap pelajar. !elepas para pelajar dicabuli, tekanan emosi yang

    mengganggu mereka pada peringkat awal menyebabkan mangsa merasa malu dan

    rendah diri, ditambah dengan khabar angin cepat tersebar dalam kalangan pelajar 

    lain. al ini menyebabkan mereka mencari alasan untuk ponteng sekolah atau tidak

    menghadiri akti7iti kokurikulum.

    /ambahan lagi, mangsa yang tinggal di asrama penuh pula akan meminta

    untuk ditukarkan ke sekolah harian. Di rumah mangsa kelihatan murung dan kerap

    menyendiri. 'dakala mangsa cepat melenting dan membuli adik yang lebih kecil.

    %ereka juga melawan arahan ibu bapa dan bersikap kurang ajar, malah ada yang

    bertindak lari daripada rumah. al ini disebabkan oleh perasaan marah pelajar 

    terhadap ibu bapa yang dituduh sebagai gagal menghalang gangguan seksual

    tersebut.

    Di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. %ereka selalu kelihatan

    termenung semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun

    secara mendadak. Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. 'da

     juga yang mengalami histeria. 5ni berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak

    mampu meluahkan masalah secara terbuka. #agi pelajar remaja pula, mereka

    cenderung untuk belajar menghisap rokok atau mengambil dadah. Dalam kes

    )=

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    5/12

    pencabulan seksual atau perkosaan, perubahan tingkah laku yang ditunjukkan

    berbe;a mengikut umur.

    Kanak-kanak biasanya tidak membenarkan ibu bapa menyentuh bahagian

    bawah semasa membersihkan diri. %ereka mengadu sakit di kawasan kemaluan

    atau anal. 'pabila diperiksa tanda kecederaan seperti kemerahan dan pengeluaran

    cairan dari kemaluan boleh dilihat. 2elajar remaja pula biasanya gagal

    menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia berlaku. 2erubahan bentuk

    badan, penambahan berat dan muntah-muntah pastinya mengundang kecurigaan.

    5bu bapa terutamanya dinasihatkan untuk bertanya tarikh haid terakhir pelajar.

    /rauma yang dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh

    menyebabkan kemurungan teruk dan percubaan membunuh diri.

    !eterusnya, suka saya membicarakan mengenai isu gangguan seksual yang

    disiarkan oleh %alaysia Kini pada = %ac *>)). %edia melaporkan bahawa seorang

    guru disiplin bertindak memegang payu dara murid. 5su ini amat mengejutkan

    %alaysia kerana mangsa dalam kes ini bukan sahaja seorang malah adalah ))

    orang pelajar perempuan yang berusia antara )+ dan ) tahun. 8uru lelaki yang

    didakwa dalam kes ini merupakan seorang guru disiplin di sebuah sekolah

    menengah di 'mpang. 8uru tersebut yang berusia =@ tahun hendak melakukan

    pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu

    sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

    Dalam kejadian kira-kira jam A. pagi itu, semua pelajar yang terbabit

    dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mahu menyiapkan kerja

    sekolah di dalam kelas. Ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat

    kumpulan )) pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas

    sebelum memarahi mereka. 8uru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan

    terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan. #iarpun

    semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak

    mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan

    kesihatan iaitu tahap degupan jantung terhadap semua mereka sebelum mengambil

    tindakan. 8uru lelaki terbabit mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar 

    perempuan berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami

    masalah jika dirotan membuta tuli. Difahamkan dia mengambil masa kurang

    )+

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    6/12

    daripada )> saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat

    pertama dengan memegang payu dara mereka. !emua pelajar akur dengan

    tindakan guru terbabit disebabkan ketakutan. 8uru disiplin terbabit sekali lagi

    melakukan tindakan yang keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan

    pemeriksaan kali pertama. Dia memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar 

    perempuan terbabit dan selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan

    semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan. 8uru disiplin tersebut didakwa

    mengikut !eksyen

    tahun atau denda atau sebatan selepas pelajar berkenaan membuat laporan.

    #erdasarkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru disiplin tersebut,

     jelas terbukti menunjukkan guru tersebut telah melanggar kod etika perguruandengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya. 5su gangguan seksual yang

    dilakukan oleh guru semakin berleluasa dari hari ke hari. 8angguan seksual yang

    dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab

    dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. a ini memberikan

    gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat lagi jika hal ini

    dilakukan sendiri oleh guru.

    Kod 'malan $ntuk %encegah dan %embasmi 8angguan !eksual Di /empat

    Kerja menerangkan, gangguan seksual adalah sebarang perlakuan berunsur 

    seksual yang tidak diingini penerima atau mangsa. 8angguan seksual merangkumi

    bermacam-macam tingkah laku seksual yang boleh dibahagikan kepada lima jenis.

    8angguan secara lisan merupakan yang mana pelaku menggunakan kata-kata,

    komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan

    seksual. 8angguan seksual jenis bukan lisan ataupun gangguan seksual dalam

    bentuk isyarat pula wujud apabila pelaku memandang atau mengerling yangmembayangkan niat, menjilat bibir, memegang sesuatu secara menggoda, membuat

    isyarat tangan, menggunakan bahasa isyarat yang menunjukkan perlakuan seks

    atau tingkah laku mengurat yang berterusan.

     #agi gangguan seksual jenis 7isual pula, pelaku menunjukkan bahan lucah,

    melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, menayangkan bahagian sulit

    badan yang tidak sepatutnya didedahkan dan sebagainya. !elain itu, jika pelaku

    mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu berterusan untuk

    )

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    7/12

    keluar bersama atau ingin bercumbuan, ia digelar gangguan seksual psikologi.

    %anakala gangguan seksual jenis fi;ikal ialah di mana pelaku akan menggunakan

    cara sentuhan seperti memegang, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel

    badan, memeluk, mencium atau serangan seksual tanpa kerelaan mangsa.

    8angguan seksual mencabul adalah satu isu tingkah laku yang negatif yang

    dilakukan oleh guru terhadap muridnya sehingga mangsa menjadi trauma dan takut

    untuk ke sekolah. Keselamatan murid telah terancam kerana perbuatan guru

    tersebut sangat keterlaluan. !trauss, !.)::

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    8/12

    mengikut profesional masing-masing. #erdasarkan kod etika profesion perguruan,

    guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh

    dilakukan. Dalam kes ini yang terjadi adalah sebaliknya.

      !elain itu, masalah rumah tangga juga merupakan punca berlakunya tingkah

    laku negatif di kalangan guru. 8uru yang mengalami masalah keluarga akan

    mengalami tekanan emosi yang tidak stabil. %ereka tiada tempat untuk mengadu

    dan meluahkan perasaan kasih sayang. al ini menyebabkan guru tersebut

    mengambil jalan mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak

    muridnya sendiri bagi melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka.

    /eori seksualiti menjelaskan perkembangan hidup dan tingkah laku manusia

    adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti 'bd 0ahim *>>

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    9/12

    perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap

    kerja yang dilakukan. al-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat

    peribadi yang positif seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan tekanan yang

    dihadapi. 8uru terbabit menganggap gangguan seksual yang dilakukan ini boleh

    mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi namun kesan dari perkara itu lebih teruk

    dari apa yang dijangkakan. 2engurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru

    tersebut menggunakan murid sebagai alat untuk melepaskan tekanan.

      !elain itu, pengaruh media massa juga antara punca yang menyumbang kepada

    tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tersebut. 2erkembangan media massa

    seperti internet membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dengan meluas

    tanpa sekatan. 5ni menyebabkan guru tersebut mengaplikasikan apa yang dilihat dandipelajari ke atas murid dengan membuat gangguan seksual.

      /iada kesedaran agama juga merupakan punca berlakunya kes mencabul

    tersebut. Kesedaran agama yang kurang menyebabkan seseorang guru sanggup

    melakukan perkara terkutuk itu demi kepuasan sendiri. 8uru dengan kesedaran

    agama yang kurang tidak menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari

    menyebabkannya tidak dapat membe;akan yang mana betul dan yang mana salah.

    /ambahan lagi, guru tersebut juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan

    anak muridnya. Dengan pengetahuan etika profesionalisme, guru tidak sepatutnya

    terlalu memanjakan pelajar sehingga membabitkan emosi dan perasaan pelajar 

    terganggu, terutama pelajar atau guru yang berlainan jantina. Keadaan ini

    membuatkan ada pelajar yang memendam perasaan cinta kepada guru mereka dan

    disebabkan perhubungan mesra ini ada guru lelaki yang mengambil kesempatan

    terhadap pelajar perempuan seperti mencabul dan merogol pelajar berkaitan.

    KESAN APABILA BERLAKU GANGGUAN SEKSUAL GURU TERHADAP

    PELAJAR

      2erbuatan tingkah laku guru yang negatif akan memberi kesan kepada

    mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah, masyarakat dan juga diri guru

    tersebut. %angsa yang mengalami gangguan seksual akan menanggung stres yang

    tinggi, termasuk perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan

    kurang moti7asi untuk belajar Koss dan rakan-rakan, )::=. %aka secara tidaklangsung prestasi pelajar dalam kerja kursusnya juga akan turut terganggu, dan

    ):

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    10/12

    ramai juga akan menggugurkan diri dari kursus atau program itu, akhirnya ia akan

    memberi kesan ke atas prestasi pelajar. /ambahan pula, mangsa gangguan seksual

    akan phobia dengan guru terutama guru lelaki. %angsa mengalami tekanan emosi

    dan jiwa yang tinggi mungkin akan melakukan perkara yang tidak diingini seperti

    membunuh diri. /ingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini menyebabkan

    profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat.

      !elain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat di

    mana mereka tidak mempunyai keyakinan bahawa profesion ini dapat membantu

    anak mereka mendapat pendidikan yang berkesan dan selamat. 5bu bapa dan

    murid-murid juga tidak lagi menghormati profesion ini. 'kibat kes mencabul ini,

    reputasi dan imej sekolah akan menurun menyebabkan ibu bapa tidak berani untukmenghantar anak mereka ke sekolah tersebut.

    !eterusnya, sekolah tidak lagi dianggap sebagai institusi pendidikan yang

    member pendidikan berkualiti kepada murid. Kes ini akan menyebabkan hubungan

    ibu bapa dan guru menjadi rengang kerana ibu bapa tidak menpercayai kredibiliti

    guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna. 5bu bapa tidak

    berpuas hati dengan guru dan menyalahkan guru sehingga dia dibenci dan dicaci

    oleh masyarakat. !elain itu, ibu bapa akan membawa isu gangguan seksual ini

    kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi menuntut keadilan bagi pihak

    anak mereka.

      0amai yang menganggap bahawa gangguan seksual adalah masalah kecil

    dan remeh. 5anya tidak perlu difikirkan dan tidak perlu diadakan langkah-langkah

    pencegahan daripada sekarang. 6alaubagaimanapun,saya berpendapat bahawa

    mencegah adalah lebih baik daripada merawat. 2encegahan memerlukan suatu

    tindakan holistik dan menyeluruh daripada semua pihak. $ntuk mengatasi gangguan

    seksual, pendidikan merupakan kaedah yang terbaik. Kita boleh membangunkan

    kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka

    terhadap murid-murid.

    CARA UNTUK MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL GURU

    TERHADAP PELAJAR

      Kerajaan boleh memperkenalkan pendidikan seks kepada semuamasyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran

    *>

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    11/12

    mengenai gangguan seksual seperti hak asasi wanita, diskriminasi seksual,

    pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya. 2endidikan seks bukan sahaja

    sesuai kepada murid, guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguang

    seksual itu sendiri. 2endidikan seks bertujuan untuk memberi maklumat yang

    sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan kepada murid-murid.

    !ementelahan itu, untuk mengatasi masalah ini, semua guru perlu menghadiri

    kursus, ceramah atau bengkel yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan

    mereka tentang tanggungjawab sebagai pendidik. 5ni dapat meningkatkan nilai-nilai

    dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutama yang melibatkan

    penjawat awam contohya guru. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai

    moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu diterapkan ke dalam diri semuaguru dalam program-program ini. Nilai hidup yang baik dapat memelihara guru

    daripada melakukan gungguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup

    yang perlu dipertahankan.

      !elain itu, untuk menangani masalah gangguan seksual guru, kerajaan

    harus menyediakan khidmat kaunseling sebagai saluran untuk penuntut yang

    menjadi mangsa gangguan seksual dan juga guru yang melakukan gangguan

    seksual. 'ntara strateginya ialah mewujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling

    yang dikhaskan untuk guru yang dikendalikan oleh indi7idu yang pakar dalam

    masalah ini bagi menangani isu gangguan seksual.

    Di samping itu, sekolah boleh melaksanakan program-program kaunseling di

    sekolah dan menyediakan perkhidmatan pelajar yang mempunyai kaunselor yang

    profesional berkhidmat kepada pelajar-pelajar sekolah tetapi di luar bilik kelas

    mereka. Khidmat bimbingan dan kaunseling bertujuan untuk membolehkan guru

    mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak

    dengan masalah ini. #agi pihak pelajar pula, perkhidmatan kaunseling yang

    diberikan harus dapat membantu pelajar memahami isu gangguan seksual dan

    bagaimana untuk mengendalikan permasalahan gangguan seksual yang berlaku ke

    atas diri mereka serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa

    gangguan seksual.

      'khirnya, penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan

    seksual di kalangan pendidik perlu dibanteras dengan segera supaya kes seumpana

    *)

  • 8/19/2019 4. 0 - C - rumusan aq

    12/12

    ini dapat diatasi dengan secepat mungkin. ukuman, sebatan, penjara dan cara

    yang berbagai-bagai perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan masalah ini dari terus

    berleluasa. Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, guru mungkin tidak

    berani untuk melakukan tingkah laku yang negatif. 8uru yang melanggar kod etika

    perguruan perlu dilucut jawatannya supaya dapat memberi pengajaran kepada guru-

    guru lain untuk tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.

    /untasnya, semua pihak haruslah mengambil tempat, mengembleng sinergi

    serta tidak berpeluk tubuh dalam menangani masalah yang menconteng arang

    sistem pendidikan negara kita. !esungguhnya, pendidikan merupakan tulang

    belakang negara kita serta merupakan pencetus kreati7iti dan penjana ino7asi yang

    melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaingdalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan. Komitmen dan usaha

    mempertingkat kualiti pendidikan merupakan sebahagian daripada pelaburan utama

    Kementerian ke arah menjamin kesejahteraan rakyat %alaysia pada masa depan.

    **