3.sejarah penubuhan kumpulan sokongan ibu bapa sk muzaffar syah

2
SK Muzaffar Syah Mengorak Langkah Bersama Komuniti Sejarah Penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SK Muzaffar Syah Tanggal 10 Mac 2013, Bonda Hjh. Bibi Sakinah juga telah memaklumkan kepada semua pihak sekolah mengenai apakah itu Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Ini adalah penting kerana melalui pendedahan ini, pihak sekolah akan menjadi lebih celik dan juga mempunyai matlamat yang sama melalui kebersamaan mereka. Pihak sekolah menyambut baik Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah kerana ianya menguntungkan semua pihak. Pada 17 Mac 2013 pula, suatu taklimat pendedahan telah dianjurkan bagi AJK PIBG. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Taklimat ini juga berfungsi sebagai pendedahan kepada AJK PIBG mengenai Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Ianya juga bertindak sebagai persediaan awal bagi AJK PIBG dalam menyumbangkan bakti terhadap sekolah dan seterusnye kecemerlangan anak-anak mereka. SK Muzaffar Syah juga amat bertuah kerana untuk pertama kalinya Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Tan Sri Syed Hamid Albar telah bersetuju untuk merasmikan penutupan Mesyuarat Agong PIBG kali Ke-38. Menyedari hal ini, PIBG sebulat suara telah bersetuju untuk melancarkan Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa pada majlis ini. Pelancaran ini juga serentak dengan penyerahan watikah perlantikan bagi AJK PIBG dan juga wakil biro-biro KSIB SK Muzaffar Syah. Ini juga membuktikan pengiktirafan terhadap Bonda Hjh. Bibi Sakinah yang telah menjadikan SK Muzaffar Syah sebagai sekolah yang pertama di daerah Kota Tinggi yang telah melancarkan Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.

Upload: zaini-mohd-bakry

Post on 29-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

skms

TRANSCRIPT

Page 1: 3.Sejarah Penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SK Muzaffar Syah

SK Muzaffar Syah Mengorak Langkah Bersama Komuniti

Sejarah Penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SK Muzaffar Syah

Tanggal 10 Mac 2013, Bonda Hjh. Bibi Sakinah juga telah memaklumkan kepada semua pihak sekolah mengenai apakah itu Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Ini adalah penting kerana melalui pendedahan ini, pihak sekolah akan menjadi lebih celik dan juga mempunyai matlamat yang sama melalui kebersamaan mereka. Pihak sekolah menyambut baik Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah kerana ianya menguntungkan semua pihak.

Pada 17 Mac 2013 pula, suatu taklimat pendedahan telah dianjurkan bagi AJK PIBG. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Taklimat ini juga berfungsi sebagai pendedahan kepada AJK PIBG mengenai Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Ianya juga bertindak sebagai persediaan awal bagi AJK PIBG dalam menyumbangkan bakti terhadap sekolah dan seterusnye kecemerlangan anak-anak mereka.

SK Muzaffar Syah juga amat bertuah kerana untuk pertama kalinya Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Tan Sri Syed Hamid Albar telah bersetuju untuk merasmikan penutupan Mesyuarat Agong PIBG kali Ke-38. Menyedari hal ini, PIBG sebulat suara telah bersetuju untuk melancarkan Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa pada majlis ini. Pelancaran ini juga serentak dengan penyerahan watikah perlantikan bagi AJK PIBG dan juga wakil biro-biro KSIB SK Muzaffar Syah. Ini juga membuktikan pengiktirafan terhadap Bonda Hjh. Bibi Sakinah yang telah menjadikan SK Muzaffar Syah sebagai sekolah yang pertama di daerah Kota Tinggi yang telah melancarkan Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.

Usaha yang berterusan adalah diharapkan bagi menjadikan SK Muzaffar Syah sekolah berbudaya, komited dan berintegriti.