document3k

4
PROGRAM 3K (KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN) SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA SELURUH NEGARA 1.PENDAHULUAN Sekolah sebagai Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk karektor kanak-kanak dan remaja untuk menjadi masyarakat dan bangsa yang mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keindahan. Oleh itu perlunya konsep sekolah bersih dan persekitaran indah dilaksanakan di sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Inisiatif yang berdasarkan pendekatan menyeluruh bagi menangani faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan fizikal, mental, sosial dan alam sekitar di kalangan murid-murid adalah selaras dengan ajaran atau tuntutan Agama sebagaimana Hadith Nabi salallahu 'alaihi wasallam riwayat Muslim terjemahannya "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" dan sebuah lagi Hadith Nabi yang terjemahannya "Sesungguhnya Allah itu cantik dan ia menyukai keindahan" serta kata-kata hikmah "Otak yang bijak atau pintar terletak pada badan yang sihat". Maka adalah wajar Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat strategi mengukuhkan pendidikan Agama dengan melaksanakan aktiviti Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan (3K), melalui dasar dan struktur sekolah serta praktikal, melibatkan semua yang berkaitan seperti para pelajar, warga sekolah, keluarga dan mesyarakat dapat menjayakan inisiatif 3K. 3K merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi keupayaan untuk belajar, maka peringkat umur muda, kanak-kanak adalah golongan yang paling tepat bagi membentuk, menyemai asas Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan. Mereka adalah pewaris yang akan menjadi bangsa yang akan menghayati elemen-elemen tersebut di masa hadapan. Dalam konteks sekarang di mana sebahagian besar waktu kanak-kanak itu berada di sekolah, maka peluang terbaik untuk mempengaruhi emosi dan menghalang tingkah laku berisiko tinggi akan dapat diperolehi di persekitaran sekolah tempat pembentukan individu yang mempunyai impak yang sangat tinggi. Sekolah boleh menyediakan suasana yang optimum bagi membentuk dan mempengaruhi akhlak, cara hidup. keperibadian dan membekalkan pengetahuan 3K. 2.MATLAMAT 2.1Melahirkan sekolah cemerlang. 2.2Mencipta sekolah dalam taman. 2.3Melahirkan tokoh pemimpin. 3.OBJEKTIF 3.1Mengasuh pelajar berdisiplin. 3.2Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan selamat. 3.3Mengasuh warga yang berakhlak mulia. 3.4Menyediakan asas pendidikan yang syumul 4.KRITERIA 3K Sebagai garispandu pelaksanaan aktiviti 3K di Sekolah-Sekolah Ugama disenaraikan elemen- elemen penting yang perlu dipenuhi oleh setiap sekolah iaitu:- 4.1KESIHATAN Pentadbiran sekolah hendaklah sentiasa mengambil perhatian tentang kesihatan warga sekolah dengan menjaga kebersihan persekitaran sekolah, kebersihan dalam bangunan, permakanan dan merancang aktiviti kesihatan. 4.1.1Mempastikan makanan yang dijual di kantin sekolah yang diakui kehalalannya, bersih dan berkhasiat untuk murid-murid. 4.1.2Mengadakan kempen hari sihat seperti hari berolahraga, mengadakan ceramah kesihatan, kempen menderma darah, pemeriksaan kebersihan kuku murid dan sebagainya. 4.1.3Seluruh sempadan sekolah adalah zon bebas rokok dan mempastikan warga sekolah tidak merokok. 4.2KEBERSIHAN Fizikal sekolah , blok pentadbiran, blok bilik-bilik darjah hendaklah dihiasi dengan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian, bilik darjah juga perlu dihiasi dan diisi dengan bahan-bahan alatan mengajar yang bersesuaian dan disusun kemas. 4.2.1Bilik air atau jamban hendaklah sentiasa bersih, air sentiasa ada, disediakan dengan bahan seperti sabun pencuci tangan, tissu, penyangkut (hooks) topi atau tudong, selipar, hose atau gayung, tempat pembuangan sampah, alat pengering

Upload: syamimi-yusoff

Post on 09-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

3k

TRANSCRIPT

Page 1: Document3k

PROGRAM 3K(KESIHATAN, KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN)

SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA SELURUH NEGARA1.PENDAHULUANSekolah sebagai Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk karektor kanak-kanak dan remaja untuk menjadi masyarakat dan bangsa yang mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keindahan. Oleh itu perlunya konsep sekolah bersih dan persekitaran indah dilaksanakan di sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Inisiatif yang berdasarkan pendekatan menyeluruh bagi menangani faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan fizikal, mental, sosial dan alam sekitar di kalangan murid-murid adalah selaras dengan ajaran atau tuntutan Agama sebagaimana Hadith Nabi salallahu 'alaihi wasallam riwayat Muslim terjemahannya "Kebersihan itu sebahagian daripada iman" dan sebuah lagi Hadith Nabi yang terjemahannya "Sesungguhnya Allah itu cantik dan ia menyukai keindahan" serta kata-kata hikmah "Otak yang bijak atau pintar terletak pada badan yang sihat".Maka adalah wajar Kementerian Hal Ehwal Ugama membuat strategi mengukuhkan pendidikan Agama dengan melaksanakan aktiviti Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan (3K), melalui dasar dan struktur sekolah serta praktikal, melibatkan semua yang berkaitan seperti para pelajar, warga sekolah, keluarga dan mesyarakat dapat menjayakan inisiatif 3K.3K merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi keupayaan untuk belajar, maka peringkat umur muda, kanak-kanak adalah golongan yang paling tepat bagi membentuk, menyemai asas Kesihatan, Kebersihan dan Keindahan. Mereka adalah pewaris yang akan menjadi bangsa yang akan menghayati elemen-elemen tersebut di masa hadapan.Dalam konteks sekarang di mana sebahagian besar waktu kanak-kanak itu berada di sekolah, maka peluang terbaik untuk mempengaruhi emosi dan menghalang tingkah laku berisiko tinggi akan dapat diperolehi di persekitaran sekolah tempat pembentukan individu yang mempunyai impak yang sangat tinggi. Sekolah boleh menyediakan suasana yang optimum bagi membentuk dan mempengaruhi akhlak, cara hidup. keperibadian dan membekalkan pengetahuan 3K.2.MATLAMAT2.1Melahirkan sekolah cemerlang.2.2Mencipta sekolah dalam taman.2.3Melahirkan tokoh pemimpin.3.OBJEKTIF3.1Mengasuh pelajar berdisiplin.3.2Mewujudkan persekitaran sekolah yang indah dan selamat.3.3Mengasuh warga yang berakhlak mulia.3.4Menyediakan asas pendidikan yang syumul4.KRITERIA 3KSebagai garispandu pelaksanaan aktiviti 3K di Sekolah-Sekolah Ugama disenaraikan elemen-elemen penting yang perlu dipenuhi oleh setiap sekolah iaitu:-4.1KESIHATANPentadbiran sekolah hendaklah sentiasa mengambil perhatian tentang kesihatan warga sekolah dengan menjaga kebersihan persekitaran sekolah, kebersihan dalam bangunan, permakanan dan merancang aktiviti kesihatan.4.1.1Mempastikan makanan yang dijual di kantin sekolah yang diakui kehalalannya, bersih dan berkhasiat untuk murid-

murid.4.1.2Mengadakan kempen hari sihat seperti hari berolahraga, mengadakan ceramah kesihatan, kempen menderma

darah, pemeriksaan kebersihan kuku murid dan sebagainya.4.1.3Seluruh sempadan sekolah adalah zon bebas rokok dan mempastikan warga sekolah tidak merokok.4.2KEBERSIHANFizikal sekolah , blok pentadbiran, blok bilik-bilik darjah hendaklah dihiasi dengan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian, bilik darjah juga perlu dihiasi dan diisi dengan bahan-bahan alatan mengajar yang bersesuaian dan disusun kemas.4.2.1Bilik air atau jamban hendaklah sentiasa bersih, air sentiasa ada, disediakan dengan bahan seperti sabun pencuci

tangan, tissu, penyangkut (hooks) topi atau tudong, selipar, hose atau gayung, tempat pembuangan sampah, alat pengering tangan (hand dryer), kipas pengeluar angin (exhaust fan), hiasan-hiasan tambahan seperti bunga hidup atau pot pouri dan lain-lain.

4.2.2Menghapuskan longokan sampah-sarap, longokan kursi meja yang rosak,barang-barang yang difikirkan perlu dimusnahkan. Longkang hendaklah bersih atau aliran airnya tidak tersekat dengan benda-benda seperti sampah sarap, rumput yang boleh menghalang aliran air.

4.3KEINDAHANKawasan sekolah hendaklah, mempunyai taman yang indah dan terjaga rapi, dihiasi dengan pohon-pohon bunga hiasan dengan diberi tanda nama atau jenis spesis tumbuhan pada pohon-pohon tersebut, terdapat pondok-pondok tempat rehat atau tempat menunggu yang beranika bentuk seperti model payung, bentuk kulat, bentuk minang, bentuk lagoon dan sebagainya, jika berkemampuan disyurkan membina landscape, fountain dan gerbang dipintu masuk sekolah.4.3.1Membuat poster atau papan tanda bagi pejabat pentadbiran, bilik Guru Besar,�jamban lelaki, jamban perempuan,

bacaan doa sebelum masuk dan keluar jamban, adab-adab masuk dan keluar jamban, kata-kata peringatan seperti biasakan mencuci tangan selapas menggunakan jamban, zon bebas rokok, terima kasih kerana tidak merokok atau terjemahan-terjemahan Hadith seperti "kebersihan itu sebahagian daripada iman", "menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam" dan lain-lain.

5.BUDAYA SEKOLAH5.1Mendorong murid / penuntut supaya terbiasa berpegang kepada nilai-nilai keimanan dan tauhid.5.2Menanamkan semangat untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya dalam

ibadah, pakaian, tingkah laku, proses pembelajaran, ujian dan sentiasa taat kepada pemimpin dan peraturan sekolah.

Page 2: Document3k

5.3Menghormati guru, asas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pentadbiran sekolah perlu melakukan kaedah bimbingan yang terbaik.

5.4Persaudaraan iaitu pergaulan mesra antara murid, menimbulkan suasana harmoni dapat memberikan ruang lebar kepada ketenteraman sekolah.

5.5Kebebasan bersuara, suatu kesempatan kepada murid / penuntut menyampaikan pendapat / pandangan yang berasaskan hujjah-hujjah yang benar.

5.6Membentuk suasana Islami sepanjang tempoh persekolahan, pergaulan Islami, tegur sapa Islami.5.7Hubungan guru dan murid adalah ikatan kasih sayang ibu dan anak sentiasa lembut dan mesra,

contoh teladan yang berkesan.6.PELAKSANAANKementerian Hal Ehwal Ugama, melalui Jabatan Pengajian Islam telah memperkenalkan inisiatif 3K ke Sekolah-Sekolah Ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama di seluruh negara mulai April 2006. Dalam pada itu, usaha juga akan di teruskan untuk melaratkan ke Sekolah-Sekolah Ugama di bangunan gunasama, di mana di peringkat awal sekolah-sekolah digalakkan untuk melaksanakan program ini mengikut keupayaan masing-masing dan diteruskan untuk dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan berpandu kepada strategik berikut:-6.1Program ini diletakkan di bawah tugas atau Urusetia Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan Jabatan Pengajian

Islam.6.2Promosi atau perbincangan atau mengedarkan bahan (booklet) kepada pentadbiran sekolah bagi menghuraikan

konsep 3K.6.3Membantu pihak sekolah dengan memberikan khidmat nasihat dan tindakan program 3K.6.4Mengadakan lawatan berjadual ke seluruh Sekolah Ugama.6.5Membuat pelaksanaan jangka panjang.6.6Merangka buku bacaan khas teks dalam usaha memperkukuhkan Program 3K dan pelancaran buku berkenaan (jika

perlu)7.AKTIVITI SOKONGANDi samping aktiviti-aktiviti dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah, adalah juga digalakkan murid mengambil bahagian dalam aktiviti bersifat 3K mengikut rancangan sekolah masing-masing seperti:-7.1Mendatangkan penceramah bagi menghuraikan tajuk-tajuk seperti Fungsi Alam Sekitar Terhadap Kehidupan, Alam

Sekitar� Dengan Kesihatan, Bengkel Tunjukcara Penanaman, Memelihara Pohon-Pohon Hiasan Dan Jenis-Jenis Tanah Dan Pohon Yang Bersesuaian.

7.2Mengadakan peraduan antara kelas.7.3Melantik jawatankuasa murid (kelab). Setiap sekolah hendaklah menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di

kalangan murid sekolah itu sendiri seperti;7.3.1Jawatankuasa Kebersihan dan Keindahan Kawasan Sekolah.7.3.2Jawatankuasa Kebersihan Bilik Air Atau Jamban.7.3.3Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah (Library) dan sebagainya.Jawatankuasa ini hendaklah diberikan autonomi dalam bidang tugas masing-masing serta pihak sekolah digalakkan untuk memberikan penghargaan atau mengadakan pakaian (uniform) khas atau lencana tertentu atau tanda pengenalan yang sesuai. Tujuannya untuk mengenalkan dirinya sebagai seorang penguatkuasa atau ahli jawatankuasa berkenaan.�7.4Peraduan melukis poster atau kata-kata hikmah seperti "Amalkan Sikap Pembersih", "Kebersihan Itu

Sebahagian Daripada Iman", "Sekolahku Sayang" dan sebagainya.7.5Mengadakan kerjasama dengan pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar Dan Rekreasi Taman, Pejabat Tanah,

Jabatan Bandaran, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan sebagainya.7.6Mengadakan Seminar "Sekolah Dalam Taman".7.7Lawatan Sambil Belajar sama ada dalam negeri seperti Sekolah Antarabangsa, Jerudong atau luar negeri seperti

Sekolah Bestari, Kuala Lumpur Malaysia.7.8Bertukar-tukar maklumat terkini di antara sebuah sekolah dengan sekolah lain demi untuk meningkatkan kefahaman

dan pengurusan program 3K sama ada melalui laman web, e-mail, telefon, atau kunjungan.8.FAEDAH-FAEDAH8.1Menjadikan 3K sebagai etos dan budaya sekolah.8.2Mengukuhkan hubungan sesama warga sekolah.8.3Meningkatkan kerjasama warga sekolah dengan ibu-bapa serta masyarakat.8.4Menjimatkan kos pemeliharaan bangunan.8.5Meningkatkan sikap rasa cinta, banga dan suka kepada sekolah dikalangan warga sekolah.8.6Mendorong pentadbiran sekolah menyediakan suasana yang kondusif yang boleh membantu keselesaan

pembelajaran.8.7Memberikan peluang kepada pentadbiran sekolah memegang peranan utama melatih murid-murid menghayati

kemahiran-kemahiran hidup serta dapat mengatasi kesan negatif bermasyarakat.8.8Mengurangkan sifat pemugut (vandalism).8.9Mengukuhkan pendidikan Agama dengan mengamalkan sikap pembersih, menyukai kebersihan dan mencintai

keindahan, sajak kecil hinggalah mereka dewasa.9.AUTONOMIBagi melaksanakan program ini, pihak sekolah perlu diberi kuasa atau tanggungjawab melaksanakan pengusaian, pembaikan kerosakan bangunan, harta benda sekolah dan kerja-kerja mempercantikkan taman, dengan memberikan kebenaran untuk menggunakan kewangan sekolah.Disamping itu pihak sekolah bolehlah berusaha dengan cara melibatkan ibu bapa atau penjaga secara tidak langsung untuk mendapatkan bahan-bahan seperti sumbangan bunga-bungaan, pohon-pohon tanaman yang bersesuaian atau

Page 3: Document3k

sumbangan berupa tenaga seperti sama-sama membersihkan sekolah, menjaga kawasan sekolah, atau membina pondok-pondok tempat menunggu dan sebagainya.10. PEMANTAUANUntuk mempastikan program 3K berjalan disemua sekolah maka Bahagian Bangunan dan Perkhidmatan-Perkhidmatan. Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Pentadbiran akan membuat pemantauan secara berterusan dan membuat laporan setiap 3 bulan sekali kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.11.PENUTUPAsas Program 3K ini adalah juga menjadi satu landasan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan sekolah-sekolah ugama cemerlang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan organisasi yang teratur, mampunyai daya kepimpinan yang mantap berdisiplin dan berdaya saing yang sihat di kalangan warga sekolah dengan demikian pentadbir sekolah dapat menyediakan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan prestasi murid-murid serta guru-guru sekolah dengan bantuan prasarana-prasarana yang lengkap yang boleh menggalakkan proses perkembangan kanak-kanak, yang mempunyai ciri-ciri berikut;11.1Semua murid sekolah-sekolah ugama akan patuh kepada disiplin.11.2 Program 3K boleh mengwujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.11.3Bangunan sekolah dan persekitarannya adalah sebuah taman yang sangat menarik, yang dapat menimbulkan

suasana damai�amat sesuai dengan alam pendidikan.