document3k

Upload: hasdey-harimin

Post on 06-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBHE3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

SEMESTER SEPTEMBER 2014

NAMA: HASDEY BIN SAIRIN @ HARIMINIC : 820220125897NO MATRIK : 820220125897001PUSAT PEMBELAJARAN: LABUAN

ISIKANDUNGAN MUKASURAT

1. Teks Ceramah 1-32. Borang Soalselidik 4-8

Sungguh rendah pohon cemara,Bergayut kera di balik pohonan;Lafaz Bismilah pembuka bicara,Salam sejahtera saya ucapkan.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya lafazkan kepada Yang dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kalam, Tuan haji Muhammad bin Ali, barisan penolong-penolong kanan , guru-guru, rakan pelajar sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Sekolahku Syurgaku'. Sempena hari yang mulia ini, izinkanlah saya untuk memperkatakan maksud yang tersirat dalam program 3K, yaini keceriaan, keselamatan, dan kebersihan. Keceriaan jitu ditakrifkan sebagai amalan kudsi yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang beretika secara konsisten di institusi pendidikan. Program ini semakin pudar dalam kalanga pelajar kerana kurangnya kesedaran permuafakatan dalam usaha untuk mewujudkan sekolah yang ceria dan harmoni. Sampailah masa untuk menopang dagu dan merenungi kepentingan program ini dalam gawang minda, apakah kemaslahatan program ini kepada warga sekolah? Apakah usaha-usaha paling pragmatik untuk menceriakan sekolah? Tepuklah dada tanya selera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dari segi pandangan dan persepsi masyarakat, aktiviti rewang untuk membersihkan persekitaran kawasan sekolah merupakan wadah yang mendatangkan dampak kepada setiap individu. Hal ini memanglah wajar kerana amalan ini dapat mewujudkan sekolah yang ceria, sekali gus dapat menjanakan sahsiah diri ampuh dalam kalangan anak didik. Amalan ini wajarlah dijadikan iktibar oleh semua warga sekolah kerana sekolah akan dijauhi pembiakan wabak penyakit dan tempat pembiakan vektor penyakit juga akan dibersihkan sama sekali. Kerjasama sesama warga sekolah bagai antan dengan lesung akan memudahkan kerja yang rumit, di samping menyemarakkan nilai murni dan amalan mahmudah dalam lubuk kalbu setiap warga sekolah. Alangkah baiknya sekiranya aktiviti bergotong-royong tetap digalakkan setiap bulan mengikut kelas yang berbeza ataupun sebagai hukuman amal kepada pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hanya dengan usaha bagai bukit sama didaki, lurah sama dituruni akan mewujudkan sekolah yang harmoni dan ceria.

1Tuan-tuan dan puan-puan, Warga sekolah juga mesti berpegang pada slogan 'sekolahku, syurgaku' agar menyuntik semangat cinta akan sekolah dalam atma setiap warga sekolah. Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana harumnya. Pembangunan fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan pembangunan persekitaran yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman setiap manusia supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan dengan pokok yang menghijau. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar, pencemaran akan melunturkan minat seseorang pelajar untuk belajar dengan selesa.

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

2Tuan-tuan dan puan-puan,

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini,setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.Tuan-tuan dan puan-puan,

Setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan pada pagi ini. Sebelum saya mengundurkan diri dari pentas ini, terimalah serangkap pantun daripada saya:Burung kelicap terbang sekawan,Terbang segera dari pohon baiduri,Salah dan silap harap dimaafkan,Izinkan saya untuk bermohon diri.Sekian, terima kasih.

3ORANG KAJISELIDIK KECERIAAN DAN KESELAMATAN

Kami berterimakasih atas kesediaan pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti keceriaan dan keselamatan sekolah ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan.

Demografi

1JantinaLelakiPerempuan

2ProgramSKE/DKESIT/DIP

3.BangsaMelayuCina IndiaLain-lain

4Semester1234

ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) berpandukan skala di bawah.Anda diminta untuk menyatakan secara spesifik lokasi kemudahan dan perkhidmatan di ruangan catatan sekiranya skala yang dipilih adalah 1 atau 2.

12345

Sangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

SKALACATATAN

12345

Makmal sains

1. Kemudahan asas di makmal sains adalah mencukupi

2. Tahap kebersihan makmal sains memuaskan

3. Alat keselematan di makmal sains adalah memuaskan

4. Maklumat dan informasi terkini dan dipamerkan.

5. Keadaan makmal sains yang kondusif

6Persekitaran makmal sains memotivasi diri untuk belajar

4ORANG KAJISELIDIK KECERIAAN DAN KESELAMATAN

Kami berterimakasih atas kesediaan pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti keceriaan dan keselamatan sekolah ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan.

Demografi

1JantinaLelakiPerempuan

2ProgramSKE/DKESIT/DIP

3.BangsaMelayuCina IndiaLain-lain

4Semester1234

ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) berpandukan skala di bawah.Anda diminta untuk menyatakan secara spesifik lokasi kemudahan dan perkhidmatan di ruangan catatan sekiranya skala yang dipilih adalah 1 atau 2.

12345

Sangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

SKALACATATAN

12345

Bangunan sekolah

6. Cat bangunan yang masih elok

7. Tahap kebersihan bangunan sekolah memuaskan

8. Alat pemadam api diletakan di tempt yang sesuai

9. Maklumat dan informasi terkini dan dipamerkan.

10. Keadaan bangunan yang kukuh

5ORANG KAJISELIDIK KECERIAAN DAN KESELAMATAN

Kami berterimakasih atas kesediaan pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti keceriaan dan keselamatan sekolah ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan.

Demografi

1JantinaLelakiPerempuan

2ProgramSKE/DKESIT/DIP

3.BangsaMelayuCina IndiaLain-lain

4Semester1234

ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) berpandukan skala di bawah.Anda diminta untuk menyatakan secara spesifik lokasi kemudahan dan perkhidmatan di ruangan catatan sekiranya skala yang dipilih adalah 1 atau 2.

12345

Sangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

SKALACATATAN

12345

Persekitaran sekolah (termasuk padang dan gelanggang)

11. Persekitaran sekolah sangat menarik dan selamat

12. Padang sekolah selamat untuk digunakan

13. Persekitaran bersih dari sampah sarap

14. Persekitaran sekolah yang ceria

15. Banyak tanaman bunga diusahakan

6

ORANG KAJISELIDIK KECERIAAN DAN KESELAMATAN

Kami berterimakasih atas kesediaan pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti keceriaan dan keselamatan sekolah ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan.

Demografi

1JantinaLelakiPerempuan

2ProgramSKE/DKESIT/DIP

3.BangsaMelayuCina IndiaLain-lain

4Semester1234

ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) berpandukan skala di bawah.Anda diminta untuk menyatakan secara spesifik lokasi kemudahan dan perkhidmatan di ruangan catatan sekiranya skala yang dipilih adalah 1 atau 2.

12345

Sangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

SKALACATATAN

12345

Kantin

16. Kemudahan asas di kantin adalah mencukupi

17. Tahap kebersihan kantin memuaskan

18. Kualiti makanan adalah memuaskan

19. Harga makanan di kantin adalah selaras dan dipamerkan.

20. Harga makanan di kantin lebih murah jika dibandingkan di luar kawasan sekolah

21Layanan kaunter jualan adalah mesra

7ORANG KAJISELIDIK KECERIAAN DAN KESELAMATAN

Kami berterimakasih atas kesediaan pelajar menjawab soal selidik ini. Dapatan kajiselidik ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti keceriaan dan keselamatan sekolah ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) pada petak yang disediakan.

Demografi

1JantinaLelakiPerempuan

2ProgramSKE/DKESIT/DIP

3.BangsaMelayuCina IndiaLain-lain

4Semester1234

ARAHAN :Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( ) berpandukan skala di bawah.Anda diminta untuk menyatakan secara spesifik lokasi kemudahan dan perkhidmatan di ruangan catatan sekiranya skala yang dipilih adalah 1 atau 2.

12345

Sangat tidak setujuTidak setujuTidak pastiSetujuSangat setuju

SKALACATATAN

12345

Bilik darjah

21. Kemudahan asas di bilik darjah adalah mencukupi

22. Tahap kebersihan bilik darjah memuaskan

23. Keadan bilik darjah yang kondusif

24. Pengudaraan yang lancar.

25. Susunan meja yang teratur

8