document3

Upload: racik

Post on 10-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pqrs

TRANSCRIPT

3. Huraikan permasalahan Guru Pendidikan Islam semasa dan nyatakan cara-cara untuk mengatasinyaBagaimana kita ingin mengembalikan kegemilangan pendidik dan pendidikan islam

3.0PENGENALAN

Pendidikan Islam pula ditakrifkan oleh Ahmad Mohd Salleh (2004) sebagai suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.Melalui definisi dan maksud di sebalik Pendidikan Islam seperti yang dihuraikan di atas, dapatlah kita fahami betapa besarnya peranan guru Pendidikan Islam dalam mendidik pelajar-pelajar agar tujuan yang Pendidikan Islam itu benar-benar dicapai. Namun begitu, untuk mencapai tujuan tersebut guru Pendidikan Islam masa kini menghadapi banyak cabaran khususnya dalam melaksanakan persekitaran bilik darjah dan sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam. Sebelum melihat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam, lebih elok diteliti apakah maksud cabaran, kondusif dan apakah pula prinsip-prinsip Islam.

Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, permasalahan diertikan sebagai sesuatu yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Kondusif membawa erti sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu.Prinsip-prinsip asas ajaran Islam pula ialah sesuatu yang dilakukan itu mestilah berteraskan al-Quran, as-Sunnah, ijma ulama, qias serta selari dengan nilai-nilai Islam. Jadi di sini, dapat kita fahami bahawa yang dimahukan di sini ialah apakah cabaran atau indikator-indikator yang menguji kemampuan guru Pendidikan Islam dalam menagani sebarang masalah sebagai seorang guru dan cara mengatasinya berteraskan sumber Islam yang dibenarkan.

Permasalahan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-

3.1. Masalah dalaman diri sebagai guru pendidikan islam melaksanakan tugas selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.3.2. Masalah mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

3.1.1 Pernyataan Masalah : Kesamaran Peranan Sebagai Guru Pendidikan Islam.

Guru pendidikan Islam lebih bersikap menjalankan tugas sahaja bagi memenuhi arahan dari pihak atasan samada pengetua, Pegawai Pelajaran Daerah atau Kementerian Pendidikan. Guru akan kurang berusaha menentukan pembelajaran yang berkesan dan lebih mudah memenuhi keperluan pentadbiran kerana ia diperhatikan dan dihargai oleh orang atasan. Oleh itu mereka mengabaikan keperluan pelajar di bilik darjah. Ini menimbulkan rasa tidak ikhlas di dalam diri guru dalam mendidik. (Ishak Haron, 1993)Mereka lupa bahawa Islam memandang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Guru adalah murabbi, muallim, mudarris, alim atau ulama pada kaca mata Islam. Mereka menyampaikan ilmu-ilmu Allah supaya setiap yang dididiknya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. (Ahmad Mohd Salleh, 1995)Cadanganpenyelesaiannya:

Sebagai guru Pendidikan Islam, amalan muhasabah diri perlu dilaksanakan. Fungsi dan peranan dalam membentuk ummah perlu direnung semula. Kegagalan memahami fungsi dan peranan yang sebenar akan memberi kesan yang amat besar kepada pembentukan ummah.Selain itu, guru perlu mengetahui, memahami dan menghayati isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam melangkaui batasan sukatan pelajaran, menguasai ilmu naqliyyah dan ilmu aqliyyah pada tahap yang membanggakan, dan pelbagai lagi. Guru juga perlu mengetahui dengan luas berkaitan pedagogi dan psikologi pembelajaran di samping melengkapkan diri dengan kemahiran pengurusan bilik darjah. (Nik Azis Nik Pa, 1993)Perkara yang penting juga ialah sebagai seorang pendidik, guru harus mempamerkan sifat-sifat terpuji yang dapat diterima oleh pelajar, masyarakat dan rakan sekerjanya. Antara sifat seorang guru ialah tegas, ramah, suka berjenaka, adil, dedikasi, toleransi, pandangan luas dan dinamik. Sifat dinamik ini perlu dimiliki oleh guru supaya tidak ketinggalan di belakang dalam arus pengetahuan yang semakin berkembang.Oleh itu guru Pendidikan Islam perlu memahami, menghayati dan berusaha mencapai apa yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Peranannya sebagai penyemai nilai-nilai murni, pembimbing, fasilitator, kaunselor, sebagai contoh teladan, hakim dalam memberi hukuman sewajarnya kepada pelajar-pelajarnya perlu diambil berat. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999)3.1.2. Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Al-Quran adalah sebuah mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepadaRasulullaha SAW bagi membenarkan ajaran syariat sebelumnya dan juga menyempurnakanhukum-hukum Allah SWT sehingga terbentuk suatu ajaran yang universal dari berbagaiaspek sama ada material, spiritual, jasmani, rohani, dunia dan akhirat. Begitulahkesempurnaan Al-Quran yang wajib dipelihara melalui penguasaan bacaan dan hafazan Al-Quran dengan baik mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan. Walau pun demikian,terdapat segelintir guru yang hanya menguasai kemahiran atau pengetahuan yang sederhanadalam membaca Al-Quran. Mereka didapati kurang menguasai kemahiran atau pengetahuanyang lebih tinggi dan mencabar. Contohnya, ilmu tajwid dan tanda-tanda bacaan, menghafazayat-ayat Al-Quran dan membaca Al-Quran di khalayak ramai. Masalah-masalah tersebutboleh dikaitkan dengan faktor-faktor seperti ketiadaan pembimbing, kurang penekananterhadap ilmu Tajwid dan sikap ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca Al-Quran. Sesetengah guru mendapat pendedahan awal pembelajaran membaca Al-Qurandaripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai dibimbing oleh para guru dan ibu bapasendiri yang tidak dilatih khas untuk membimbing membaca Al-Quran. Ini bererti gurutersebut tidak dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca Al-Quran. Inimengakibatkan tahap kebolehan membaca Al-Quran yang rendah di kalangan guru tersebut.Faktor kedua yang mempengaruhi keadaan ini pula berpunca dari kurangnya penekananterhadap Ilmu Tajwid semasa belajar membaca Al-Quran. Apabila pembelajaran danpengajaran yang tidak sistematik berlangsung maka banyak menjadi penyebab kepadakelemahan penguasaan bacaan Al-Quran. Keadaan ini menjadi bertambah parah apabiladalam pendidikan Islam di sekolah, Ilmu Tajwid hanya disampaikan melaluipenggabungjalinan kemahiran Tilawah Al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk IlmuTajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru PendidikanIslam sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Islam di sekolahsudah membebaskan mereka dari tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak merekakhususnya yang berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain, termasuk Ilmu Tajwid. Lebihmenyedihkan lagi apabila kita meneliti banyak hasil dapatan kajian menunjukkan sangatramai ahli masyarakat yang buta huruf Al-Quran. Apabila peranan ibu bapa yang mementingkan pencapaian akademik berbanding penguasaan pembacaan Al-Quran maka situasi runcing seperti yang dinyatakan oleh para sarjana ini akan terus berlarutan tanpa had sempadan.. Kesannya apabila anak tersebut meningkat dewasa dan ada yang dipertanggungjawabkan mengajar Al-Quran kepada pelajarnya maka hasil yang dapat diperolehi hanya minimum berikutan guru juga kurang menguasai kemahiran tersebut.Cadanganpenyelesaiannya:Isu ini boleh diatasi dengan baik apabila semua pihak mula melakukan perubahan diri.Perlu diberi perhatian bahawa perkara ini hendakalah dimulai dengan aspek mengenal Al-Quran secara syumul. Ini bertujuan mengajak pembaca mengenal dan mengetahui hakikatdan kepentingan Al-Quran.. Fadilat Al-Quran yang dijelaskan oleh para ulamak jelas bertujuan supaya kita lebih merasa senang dengan Al- Quran, sama ada membacanya, menghayatinya ataupun sekadar mendengar bacaannya.Walaupun siapa kita dan di mana kita berada, Al-Quran adalah pembimbing kita. Kita perlusentiasa dibimbing oleh Al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan kita menguasaikemahiran membaca Al-Quran akan menjejaskan diri kita daripada mendapat petunjuk Al-Quran. Setiap kelemahan perlu dipelajari daripada pihak yang mempunyai kemahiran dalambidang tersebut seperti mengadakan kursus.Cadangan kedua dalam usaha mengatasi isu ini ialah merubah bentuk pelaksanaankurikulum sekolah. Apabila timbul isu penguasaan Al-Quran lemah maka setiap pihak tidakterkecuali sukatan kurikulum wajar dikaji semula. Jika sebelum ini kurikulum tidak memberipenekanan khusus kepada ilmu Tajwid yang hanya disampaikan melalui penggabungjalinankemahiran Tilawah Al-Quran sahaja, maka perlu diubah dan diberi penekanan khusus sebagaijalan keluar kepada masalah ini. Wajar diperuntukan masa khas untuk ilmu Tajwid diajar dandibincangkan dengan bersistematik di kalangan pelajar. Walaupun masa kini pihak kementerian telah menjalankan program jQAF namun usaha ini masih belum mampu menyelesaikan masalah penguasaan al Quran di kalangan murid. 3 .1.3 Pernyataan Masalah :Penguasaan ICT Di Kalangan Guru Pendidikan IslamPendidikan Islam merupakan mata pelajaran penting yang memberi penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia. Namun, sehingga kini kemampuan mata pelajaran ini dalam menjana akhlak mulia terus menjadi persoalan. Justeru itu, corak P&P Pendidikan Islam yang sering dianggap mundur dilihat sebagai punca yang menjadi penyumbang kepada masalah ini.Justeru itu, pendekatan yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) dalam menyampaikan pengajaran mereka seharusnya lebih mampu untuk mendekatkan ilmu-ilmu agama ini dengan jiwa pelajar. Untuk mewujudkan keadaan ini, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan ICT sebagai cara terbaik untuk menarik perhatian dan minat pelajar mempelajari ilmu.Namun, permasalahan yang dapat dilihat pada hari ini ialah penggunaan ICT dalam kalangan GPI tidak diaplikasikan. Kaedah chalk and talk menyebabkan pengajaran Pendidikan Islam kelihatan lesu dan hambar. Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Cadanganpenyelesaiannya:Di bawah kerangka behaviorisme ,Menurut Skinner (1974), dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagaipenerima (Merill, 1996).

Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru pendidikan islam sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. . Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi.Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan tahap murid.

3.1.4. Pernyataan Masalah : Minat Dan Perspektif Murid Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam.

Kebanyakan murid berpandangan bahawa Pendidikan Islam hanyalah salah satu dari mata pelajaran yang terdapat di sekolah. Bagi pelajar yang beragama Islam, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran ini. Ramai di antara mereka yang bersungguh-sungguh menguasai mata pelajaran ini semata-mata untuk memperolehi A di dalam keputusan peperiksaan. Sedangkan fungsi Pendidikan Islam jauh lebih besar daripada itu. (Che Noraini Hashim, 2005)Apabila sudah begitu perspektif murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, mana mungkin akan timbul minat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Jauh sekali untuk menghayati pelajaran tersebut. Kesannya apabila tiba giliran mata pelajaran ini, murid-murid tidak melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah. Hanya segelintir sahaja murid yang mungkin memberikan tumpuan. Tetapi diganggu pula oleh murid-murid lain yang bising di dalam kelas. Apabila situasi ini berlaku, pembelajaran yang kondusif di dalam kelas tidak dapat diwujudkan.Cadanganpenyelesaiannya:Jadi di sini, nampak bahawa guru perlu memainkan peranan yang penting. Guru perlu menerangkan hakikat Pendidikan Islam di sekolah di mana ia mempunyai dua tujuan besar iaitu untuk memberi pengetahuan agama Islam kepada pelajar sebagai satu pelajaran untuk tujuan peperiksaan dan peranan paling besar ialah untuk membimbing murid sekolah agar menghayati agama Islam untuk tujuan amalan dan penghayatan. Jadi, selain pelajar menguasai fakta-fakta untuk tujuan peperiksaan, mereka juga harus dibimbing untuk mengamal dan menghayati agama Islam. Tugas kedua ini adalah sesuatu yang tersirat dalam tugas guru Pendidikan Islam. Ini harus disedari oleh semua guru Pendidikan Islam kerana tugas mereka tidak hanya terhad kepada memberi pengetahuan agama sahaja sebagaimana yang digariskan dalam sukatan pelajaran tetapi juga menanam minat dan cinta terhadap agama yang menjadi pegangan hidup mereka. (Azman Wan Chik, 1987)Namun persoalannya ialah berapa ramai guru yang menyedari hakikat ini? Adakah mereka berusaha lebih daripada menyalurkan ilmu untuk tujuan peperiksaan sahaja? Adakah mereka mampu menjadikan bilik darjah itu menarik dan murid-murid minat untuk mendalaminya?

3.1.5. Pernyataan Masalah : Masalah Disiplin Dan Keruntuhan Akhlak Pelajar.Namun akibat pengaruh dari barat, media massa dan sebagainya, kita dapat lihat betapa runtuhnya akhlak dalam kalangan murid Islam pada masa kini. Rakan sebaya juga mempengaruhi akhlak pelajar. Sebagai contohnya, pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim Mamat,1997) Pelajar-pelajar seperti inilah yang selalu menimbulkan masalah dan gangguan apabila berada di dalam bilik darjah.Untuk mewujudkan bilik darjah dan sekolah yang kondusif itu bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Ada sesetengah sekolah dihadapkan dengan masalah disiplin dan keruntuhan akhlak yang teruk dalam kalangan murid-muridnya. Menurut Zawawi Ahmad (1996), akhlak ialah suatu menifestasi hidup yang luas yang mencakupi kegiatan menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan semua makhluk Allah yang lain di dunia ini. Akhlak manusia adalah sangat peka dan mudah berkesan dengan sebarang tingkah laku sama ada baik ataupun buruk. Oleh yang demikian Rasulullah sering mengingatkan umatnya tentang mustahaknya akhlak dibentuk dengan baik.Cadanganpenyelesaiannya:Untuk mengatasi masalah ini guru Pendidikan Islam memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak lain samada ibu bapa, guru-guru lain, pihak sekolah dan juga perhatian masyarakat. Apabila semua turut memberikan perhatian terhadap masalah ini, sedikit sebanyak ia akan mengurangkan masalah ini. Pihak sekolah sebagai contohnya perlu mengenakan tindakan disiplin bagi murid-murid yang terlibat dengan masalah ini. Apabila pelajar-pelajar seperti ini sudah dapat dikawal, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih kondusif.Selain itu, guru Pendidikan Islam perlu mempelbagaikan kaedah yang digunakan untuk membolehkan murid tertarik untuk belajar mata pelajaran Pendidikan Islam ini. Antara kaedah tersebut ialah kaedah perbandingan, kaedah soal jawab, kaedah perbincangan, kaedah syarahan, kaedah hafalan, kaedah tulisan, kaedah pemahaman, kaedah ulangan, kaedah permainan, kaedah amali dan demonstrasi, kaedah eksperimen, kaedah bercerita dan kaedah pelaziman.(Ghazali Darussalam, 2004).Kaedah dan teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. ( Mok Soon Sang,1991) Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) merupakan untuk memastikan murid menerima pengetahuan dan kemahiran yang diajar. Ia memberi peluang kepada murid untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran. Contoh alat bantu mengajar ialah tayangan video,MP4, tayangan slide, kad manila, komputer, buku teks, buku rujukan, kertas mahjong, kertas A4 dan lain-lain lagi. (Ahmad Mohd Salleh, 2004)Penggunaan kepelbagaian teknik dan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dibantu dengan alat bantu mengajar membolehkan pelajar terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. Dari situ, pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Azman Wan Chik (1987) mengesyorkan guru agar berusaha untuk menjadikan bilik darjah Pendidikan Islam sebagai satu medan yang indah dan menarik sehingga murid di dalamnya tidak ingin keluar dan murid yang di luar berebut-rebut untuk masuk ke dalam.

3.2. Masalah guru pendidikan islam dalam mewujudkan suasana sekolah yang kondusif selari dengan prinsip-prinsip ajaran Islam.

3.2.1 Masalah:Budaya danpengurusansekolah

Kebanyakan sekolah pada hari ini lebih menumpukan kepada aspek kecemerlangan akademik seperti mengadakan program motivasi, bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan dan seumpamanya. Aktiviti-aktiviti bercorak pemupukan nilai kurang mendapat sambutan.Contohnya aktiviti gotong royong, ceramah-ceramah kerohanian dan sebagainya lagi. (Shahril Marzuki & Habib Mat Som, 1999). Hal-hal berkaitan program-program sekolah dan sebagainya ini berkait rapat dengan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Cadanganpenyelesaiannya:Pihak pengurusan hendaklah mempunyai misi dan wawasan yang jelas berlandaskan budaya, nilai agama dan akhlak yang didokong oleh warga sekolah. Kurikulum dirangka dan dilaksanakan harus memberi kepada peneguhan ilmu tentang akidah dan akhlak samada dalam buku teks, pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti dalam bilik darjah dan sekolah. Aspek agama dan nilai perlu ditekankan merentasi kurikulum dan kesepaduan ilmu wahyu dan ilmu sains tabii dan sains kemanusiaan. Kegiatan ko-kurikulum juga harus menyokong pemupukan aqidah dan akhlak di samping menyediakan ruang untuk penambahan pengalaman ilmiah, disiplin dan tanggungjawab kepemimpinan. Sewajarnya pihak pengurusan menyediakan prasarana untuk melaksanakan aktiviti ko-kurikulum berbentuk ibadah seperti berkhemah dan bertamrin hujung minggu di sekolah,di luar dan sebagainya.Pihak pengurusan sekolah juga hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nlai-nilai aqidah dan akhlak supaya pelajar berasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi iaitu mencari keredhaan Allah bukan hanya untuk menggembirakan warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian dari budaya ini adalah sifat muraqabah iaitu merasa Allah sentiasa memerhati mereka dan muhasah iaitu Allah akan menghitung perbuatan mereka untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya jika setiap warga sekolah bermula dari pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar menghayati nila-nilai akhlak ini, sudah tentu sekolah yang kondusif berdasarkan nilai-nilai Islam ini dapat diwujudkan. ( Jabatan Pendidikan UniversitiIslamAntarabangsaMalaysia,1999).

3.2.2. Pernyataan Masalah: Ketidakselarasan pendidikan ibu bapa di rumah dengan pendidikandi sekolah.

Situasi ini akan berlaku apabila guru Pendidikan Islam mengajar sesuatu yang tidak menjadi suatu amalan di dalam keluarga murid tersebut. Misalannya, murid diajar tentang kewajipan menunaikan solat walau di mana sahaja berada. Tetapi apabila pulang ke rumah, dia melihat ibu bapanya tidak menunaikan solat. Maka pengaruh ibu bapanya akan melebihi ajaran guru di dalam bilik darjah. Tambahan pula jika guru tersebut tidak mempunyai kualiti dan daya sebagaiseorang pendakwah yang berkesan. (Azman Wan Chik, 1987)Contoh yang lain ialah di sekolah, guru mengajar berkaitan budi pekerti, atau adab pergaulan dan akhlak yang baik. Umpamanya bercakap dengan menggunakan suara yang lemah lembut, mesra dan saling hormat menghormati, menunaikan suruhan Allah dan nilai-nilai murni yang lain. Namun, lain pula suasana yang wujud di dalam keluarga atau masyarakat pelajar tersebut.

Cadanganpenyelesaiannya:Dalam menghadapi cabaran di atas, di awal pembelajaran lagi, guru Pendidikan Islam menjelaskan apakah pendidikan Islam, tujuan dan matlamat Pendidikan Islam dan kesan sekiranya tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Guru juga perlu bersungguh-sungguh memikirkan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk memberi kefahaman yang benar-benar boleh meyakinkan murid bahawa apa yang disampaikan oleh guru di dalam kelas itu adalah benar untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan ibu bapa yang tidak menunaikan ajaran Islam. Pertemuan antara guru dan ibu bapa boleh diaturkan melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru. Melalui pertemuan tersebut,guru Pendidikan Islam perlulah memainkan peranan menyelitkan unsur-unsur Pendidikan Islam dan memberi kesedaran peri pentingnya ibu bapa berpegang dengan ajaran Islam serta kepentingan ibu bapa menyelaraskan pendidikan tidak formal di rumah dengan pendidikan formal di sekolah. Tugas guru bukanlah beralih kepada seratus peratus mengubah masyarakat pula, tetapi usaha semua itu penting demi mencapai tujuan Pendidikan Islam di sekolah agar pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah dan sekolah secara Islam dapat diwujudkan.

3.2.3. Pernyataan Masalah : Ketidakselarasan pendidikan masyarakat dengan pendidikan di sekolah.Menurut Atan Long (1983), kepentingan guru tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan tiap-tiap ahli masyarakat di dalam zaman moden ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru dan proses pendidikan yang lain. Walaupun pendidikan lain yang berupa pendidikan tidak formal itu penting, tetapi oleh kerana pendidikan formal yang disampaikan di sekolah merupakan pendidikan yang bersistem, maka masyarakat lebih menumpukan harapan kepada pendidikan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Namun, di dalam banyak hal tidak terdapat keselarasan di antara apa yang dikemukakan di sekolah dengan apa yang diamalkan di dalam masyarakat.Contohnya guru mengajar tentang haramnya judi, tetapi murid melihat judi berleluasa di dalam masyarakat. Maka, konflik akan timbul dalam diri mereka. Hal ini akan menyebabkan kurangnya kepercayaan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh guru di sekolah terutama bagi murid-murid yang masih mentah. (Azman Wan Chik, 1987). Inilah yang dikatakan cabaran kepada guru Pendidikan Islam.3.2.4. Pernyataan Masalah : Kekurangan Infrastruktur Dan Prasarana Yang Lengkap.

Sesetengah sekolah khususnya yang terletak di kawasan pedalaman, masih kekurangan infrastruktur dan prasarana yang lengkap. Semua ini akan menyukarkan guru Pendidikan Islam untuk mewujudkan suasana sekolah yang Islamik. Contohnya tiada kemudahan surau.

Cara penyelesaiannya :

Menurut Razali Ismail (1992), kemudahan dan infrastruktur pendidikan guru perlu disediakan dengan secukupnya. Antaranya kemudahan pusat sumber, pusat penyuburan ilmu, makmal teknologi dan vokesyenal, makmal komputer, bahan rujukan, bilik kuliah, bilik pengajaran mikro, asrama, gimnasium, dewan perhimpunan, perabot, peralatan rekreasi, kenderaan dan staf sokongan.Mengikut Mohd Yusuf Ahmad (2004), surau sekolah adalah untuk pelajar-pelajar melakukan praktikal ibadat serta kegiatan lain termasuk solat berjemaah, tilawah al-Quran, tazkirah dan lain-lain. Pihak sekolah bertanggungjawab mendirikan surau di sekolah masing-masing. Ini semua adalah untuk memantapkan Pendidikan Islam yang telah diberikan dalam bilik darjah dan juga untuk menghidupkan amalan dan penghayatan Islam secara yang lebih berkesan.Namun bagi guru Pendidikan Islam yang kreatif, sementara menunggu proses pembinaan surau dibuat, mana-mana bilik darjah yang tidak digunakan, boleh diganti sebagai surau.