document3

3
3.Namakan nilai-nilai bitara yang telah anda pelajari dan berikan contoh kehidupan harian anda berdasarkan setiap nilai bitara dan petunjuknya? Terdapat enam nilai Bitara UPSI iaitu : Integrity Suatu kualiti yang dimiliki secara konsisiten yang mendokong prinsip moral tinggi seperti menjaga nama baik sekolah dan kementerian serta tidak mencemarkan profesion perguruan. Terdapat 4 petunjuk di bawah nilai bitara integrity iaitu Telus,Adil,Amanah dan Akauntabiliti. Amanah = walaupun saya bekerja secara berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan ini,saya tetap menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah saya di samping bersikap telus di atas tugasan ini kerana saya tidak mahu disebabkan saya seorang yang tidak memberi komitmen dalam menyiapkan tugasan ini,semua ahli group saya akan menerima kesan yang buruk. Profesional Merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kecekapan dan kemahiran. Petunjuk seperti Beretika,Iltizam,Cinta Ilmu,dan Kompeten berada di bawah nilai biatara UPSI profesional. Beretika = dalam kehidupan seharian sejak bergelar pelajar UPSI,saya perlu melatih diri supaya menjadi pelajar yang lebih beretika dari aspek pemakaian,bertingkah laku dan bertutur kata. Hal ini bagi melambangkan saya sebagai mahasiswi di UPSI yang merupakan salah sebuah Universiti kebanggaan ramai pihak. Beriltizam= saya dan rakan-rakan telah beriltizam untuk menjalankan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami dengan baik walaupun pada awalnya kami menempuhi banyak kesukaran untuk membiasakan diri dengan tugasan yang banyak. Namun kami

Upload: nor-asmida-azhar

Post on 03-Aug-2015

115 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document3

3.Namakan nilai-nilai bitara yang telah anda pelajari dan berikan contoh kehidupan harian anda berdasarkan setiap nilai bitara dan petunjuknya?

Terdapat enam nilai Bitara UPSI iaitu :

Integrity

Suatu kualiti yang dimiliki secara konsisiten yang mendokong prinsip moral tinggi seperti menjaga nama baik sekolah dan kementerian serta tidak mencemarkan profesion perguruan. Terdapat 4 petunjuk di bawah nilai bitara integrity iaitu Telus,Adil,Amanah dan Akauntabiliti.

Amanah = walaupun saya bekerja secara berkumpulan dalam menyelesaikan tugasan ini,saya tetap menyiapkan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah saya di samping bersikap telus di atas tugasan ini kerana saya tidak mahu disebabkan saya seorang yang tidak memberi komitmen dalam menyiapkan tugasan ini,semua ahli group saya akan menerima kesan yang buruk.

Profesional

Merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta melibatkan kecekapan dan kemahiran. Petunjuk seperti Beretika,Iltizam,Cinta Ilmu,dan Kompeten berada di bawah nilai biatara UPSI profesional.

Beretika = dalam kehidupan seharian sejak bergelar pelajar UPSI,saya perlu melatih diri supaya menjadi pelajar yang lebih beretika dari aspek pemakaian,bertingkah laku dan bertutur kata. Hal ini bagi melambangkan saya sebagai mahasiswi di UPSI yang merupakan salah sebuah Universiti kebanggaan ramai pihak.

Beriltizam= saya dan rakan-rakan telah beriltizam untuk menjalankan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami dengan baik walaupun pada awalnya kami menempuhi banyak kesukaran untuk membiasakan diri dengan tugasan yang banyak. Namun kami sentiasa mengadakan pembincangan group untuk menyiapkan tugasan yang pensyarah berikan dengan baik.

Semangat berpasukan

Walaupun saya bekerja dalam group yang berlainan kursus,group saya tetap saling hormat menghormati dan saling bekerjasama bagi mencapai matlamat kami untuk mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek seperti Pembangunan Sahsiah.Contohnya,dalam menyiapkan tugasan kumpulan yang memerlukan kami melakukan temubual dengan guru di sekolah tentang isu sahsiah guru. Setiap pandangan dan cadangan yang diberikan antara ahli akan dibincangkan bersama-sama dan kami bekerjasama dalam pembahagian tugas bagi mengelakkan rasa tidak puas hati antara ahli.

Page 2: Document3

Berorientasikan pelanggan

Setiap perkhidmatan yang diberikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan siapa guru akan berjumpa dan berhadapan. Terdapat 4 petunjuk di bawah nilai ini iaitu Responsif,Proaktif,Mesra,dan Berkualiti.

Mesra = setiap guru yang mudah mesra akan mudah disenangi oleh murid dan tetamunya. Contohnya,semasa menjalankan temubual tentang sahsiah guru di sebuah sekolah di sekitar Tanjung Malin,saya dan rakan saya telah menemubual guru yang sangat mesra dan mudah memberi kerjasama dengan kami. Komitmen dan sikap ramah guru ini telah melahirkan rasa senang hati antara kami kerana dapat menjalankan tugasan dalam suasana yang santai. Sikap mesra guru ini telah membawa kami untuk sama-sama bertukar nombor telifon dengan guru ini. Mungkin selepas ini akan ada perjumpaan antara kami dengan guru ini.

Prihatin kebajikan anggota

Mengambil berat tentang rakan dan orang di bawah tanggungjawab kita. Sikap ambil berat rakan-rakan saya terutamanya bagi program ISMP.Bimbingan & Kaunseling telah membawa satu hubungan yang erat antara kami. Contohnya,melalui ucapan selamat hari lahir yang diucapkan oleh mereka kepada saya telah menyedarkan saya bahawa walaupun kami baru sahaja berkawan,tapi kami tetap masih mencuba untuk sama-sama mempereratkan lagi hubungan persahabatan antara kami yang masih baru ini. Mungkin melalui memperingati tarikh-tarikh penting rakan-rakan saya dan mengucapkan tahniah kepada mereka akan memupuk sikap saling menghargai antara kami.

Kreatir & inovatif

Kreatif adalah merupakan kebolehan seseorang individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber asli.

Nilai tambah= setelah berhadapan dengan pelbagai tugasan yang memerlukan penggunaan IT seperti untuk membuat pembentangan,seseorang perlulah belajar untuk menggunakan kemudahan IT tersebut walaupun sebelum ini tiada kemhiran tentang IT. Contohnya,seperti yang berlaku kepada diri saya. Sebelum ini,kemahiran saya terhadap penggunaan teknologi adalah sangat rendah.Namun,apabila terpaksa membuat tugasan menggunakan teknologi seperti membuat Power Point,cara untuk menghantar e-mail dsb,saya terpaksa juga untuk belajar cara menggunakannya.