3243947-pandangan-islam-terhadap-khurafat(1).pdf

3
BERKHURAFATKAH KITA ? Oleh : Us. Abd Rashid b. Abdul Halim, UniKL-MSI, Kulim, Kedah. ([email protected]) Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala- galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakkal”. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38 ) Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat di dalam amalan khurafat.

Upload: sukri-abd-majid

Post on 26-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3243947-PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-KHURAFAT(1).pdf

BERKHURAFATKAH KITA ?

Oleh : Us. Abd Rashid b. Abdul Halim, UniKL-MSI, Kulim, Kedah.

([email protected])

Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.

Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik

(pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran

terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada

Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi

mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala

kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. Kepada-Nya seluruh makhluk

bergantung. Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu

memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika

sekiranya Allah mengkehendaki ke atasku sesuatu kemudaratan

adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau

jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan

kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu.

Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-

galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang

bertawakkal”. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38 )

Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam

semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang

menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu

bukannya lintasan burung atau sebagainya yang terdapat di dalam

amalan khurafat.

Page 2: 3243947-PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-KHURAFAT(1).pdf

Dari Abu Hurairah R.A Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: “Tidak

ada jangkitan ( yang berlaku tanpa izin Allah ), tidak ada buruk

sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu

dan tidak ada bala pada bulan Safar ( seperti yang dipercayai ).”

Perkataan khurafat membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau

cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak

masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik

Lebih jelas lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan

kata, cerita atau kisah, benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan

tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau aliran fahaman yang

dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh

mendatangkan kebahagiaan/manfaat ataupun penderitaan/mudarat

kepada seseorang, sedangkan semuanya itu merupakan sesuatu yang

tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam

yang maha suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula

dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti,

kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil, yang langsung tidak

mengandungi sebarang unsur kebenaran.

Amalan khurafat yang telah berlaku sejak zaman jahiliyyah

sehinggalah kini. Pada zaman Jahiliyah, mereka yang hendak

bermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung itu

terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa alamat baik,

tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, maka mereka akan

menangguhkan pemergian, kerana di takuti bala akan turun. Pada

zaman kita ini, ada juga bermacam khurafat antara amalan memuja

dan meminta sesuatu dari kuburan atau keramat (amalan ini berlaku

dengan hebatnya di sebuah pulau di Melaka), percaya kepada batu,

Page 3: 3243947-PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-KHURAFAT(1).pdf

kayu, tangkal dan sebagainya jika digunakan akan mendatangkan

sesuatu yang baik dan menghindarkan yang buruk dan banyak lagi

contoh yang telah dinyatakan sebelum ini dalam banyak penulisan,

ceramah dan sebagainya.

Kita, sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan kebaikan

dan berada dalam keredhaan Allah mestilah menjauhi perkara-perkara

khurafat, kerana amalan khurafat adalah syirik dan merosakkan iman

serta dosanya tidak diampunkan. . Firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik

mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan

mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang

dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang

mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka

sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. Al-Nisa

48.

Marilah kita bersama-sama menilai, meneliti dengan bimbingan

sumber/rujukan Islam yang sah dalam perkara-perkara baru yang tidak

jelas kebenarannya, atau banyak keraguan mengenainya, bagi

menyelamatkan dari bahaya dan kerosakan khurafat.