pandangan guru terhadap pengurangan waktu …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam...

26
PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK. LIEW PUI SAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 08-Oct-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU

PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT

WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH HILIR PERAK.

LIEW PUI SAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU

PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH HILIR PERAK.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya LIEW PUI SAN__________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PM DR ABD WAHID MUKHARI 1955.P TMN HONG KONG, Nama Penyelia JLN MAHARAJA LELA, 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh : 25/4/2009 Tarikh : 25/4/2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”.

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : PM DR ABD WAHID MUKHARI

Tarikh : 25/4/2009

Page 4: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU

PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DARIPADA EMPAT

WAKTU KEPADA TIGA WAKTU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH

MENENGAH DAERAH HILIR PERAK.

LIEW PUI SAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

ii

″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………...........

Nama Penyelidik : LIEW PUI SAN

Tarikh : 25/4/2009

Page 6: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,

Teristimewa Buat ,

Mama yang tersayang…..

(Pua Cho Kee)

Dan juga ahli keluaraga saya

Kakak dan abang tersayang

Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..

menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan

sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….

Jua Buat,

Buat teman-teman yang mengenali diri ini....

menjaga diri ini ketika disambar keresahan...

Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....

Seterusnya,

Penyelia Pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

PM Dr Abd Wahid Mukhari

Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........

Page 7: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan

sehingga dapat penyelidik menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang tidak

terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, PM Dr Abd Wahid

Mukhari atas idea tentang tajuk kajian, bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh penulisan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua

Guru Besar dalam daerah Hilir Perak, yang telah memberi kebenaran dan kerjasama

kepada penyelidik untuk menjalankan kajian di sekolahnya

Penghargaan juga diberi kepada pihak Pusat Sumber Fakulti Pendidikan dan

Perpustakaan Sultanah Zanariah di Universiti Teknologi Malaysia yang menyediakan

kemudahan dan sumber rujukan yang berguna dalam penulisan tesis ini.

Akhir kata, penulis ingin berterima kasih kepada semua pihak yang memberi

kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tesis ini.

Page 8: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

v

ABSTRAK

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian

iaitu Bahagian Teras dan Bahagian Pilihan. Terdapat banyak topik yang guru perlu

mengajar bagi menghabiskan silibus dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pengurangan waktu pengajaran daripada empat waktu kepada tiga waktu seminggu

mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap kesan pengurangan waktu

pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada empat waktu kepada tiga waku di

Sekolah Menengah daerah Hilir Perak. Seramai 62 orang guru Kemahiran Hidup

Bersepadu daripada 11 buah Sekolah Menengah daerah Hilir Perak telah dipilih

sebagai responden kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal

selidik yang diedarkan kepada guru-guru tersebut. Data yang diperoleh dianalisis

secara statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Packages For

Social Sciences (SPSS) Versi 11.0. Kajian rintis memperolehi keputusan pekali alpha

sebanyak 0.845. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa (i) pengurangan waktu

pengajaran menyebabkan pelajar menghadapi kesuntukan masa untuk menjalankan

aktiviti amali di bengkel (ii) pengurangan waktu pengajaran menyebabkan responden

kesukaran menilai kerja amali pelajar.

Page 9: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

vi

ABSTRACT

Living Skills subject is divided into two sections which are the core section

and optional section. There are a lot of topics to be covered by the teachers in order

to finish the syllabus on time. The reduction of teaching period from four periods to

three periods in a week, may cause problems during learning process. The purpose of

this study is to identify the perceptions of teachers on the effect of period reduction of

Living Skills teaching period from four periods to three periods in secondary school

Hilir Perak district. A total of 62 Living Skills teachers from 11 secondary schools

Hilir Perak district were selected as respondents of this study. A set of questionnaire

was distributed to those selected teachers. Data were analysed using Statistical

Packages For Social Sciences (SPSS) Version 11.0. The value of alpha for the pilot

test conducted was 0.845. Findings of the study indicated that the reduction of the

teaching period had caused to (i) inadequate time for students to complete their

projects due to limited time in the lab (ii) inadequate time for teachers to access the

students work.

Page 10: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

I PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Definisi atau Istilah 12

1.8.1 Kemahiran Hidup 12

Page 11: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

viii

1.8.2 Guru 13

1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran 13

1.8.4 Pengurusan Bengkel 13

1.8.5 Penilaian Kerja Kursus 14

II SOROTAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sukatan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu 16

2.3 Bahagian Teras 16

2.4 Bahagian Pilihan 16

2.5 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Mata 19

Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

2.6 Pengetahuan dan Kemahiran Guru 20

2.7 Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 22

2.8 Tanggungjawab Guru di Bengkel Kemahiran 23

Hidup Bersepadu

2.9 Aspek Pengurusan Bengkel Kemahiran

Hidup Bersepadu 26

2.10 Fungsi Kerja Amali 29

2.11 Kerja Kursus 30

2.12 Peranan Guru dalam Penilaian 31

2.13 Beban Tugas 33

III METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 37

Page 12: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

ix

3.4.1 Bahagian A: Demografi dan Latar

Belakang Responden 38

3.4.2 Bahagian B: Persepsi Responden

Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu Dari Empat

Waktu Kepada Tiga Waktu. Satu Tinjauan

di Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak,

Perak Darul Ridzuan Telah Dijalankan. 39

3.4.3 Pemilihan Jawapan 39

3.5 Kajian Rintis 40

3.6 Prosedur Kajian 41

3.7 Analisis Data 42

IV ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis dan Keputusan Bahagian A 44

4.2.1 Jantina 44

4.2.2 Etnik 45

4.2.3 Bidang Pengkhususan Ketika di

Universiti 45

4.2.4 Pengalaman Mengajar 46

4.2.5 Bilangan Waktu Mengajar dalam

Seminggu 47

4.3 Analisis dan Keputusan Bahagian B 47

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 50

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 54

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 58

4.3.4 Rumusan Dapatan Persoalan Kajian 62

Secara Keseluruhan

4.4 Penutup 63

Page 13: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

x

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 64

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan Kajian 64

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 66

5.3.1 Latar Belakang Responden 66

5.3.2 Dapatan kajian Persoalan Pertama 67

5.3.3 Dapatan kajian Persoalan Kedua 67

5.3.4 Dapatan kajian Persoalan Ketiga 68

5.4 Perbincangan 68

5.4.1 Latar Belakang Responden 68

5.4.2 Persoalan 1: Apakah pandangan guru

Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai

kesan pengurangan waktu terhadap

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu? 71

5.4.3 Persoalan 2: Apakah pandangan guru

Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai

kesan pengurangan waktu terhadap

pengurusan bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu? 74

5.4.4 Persoalan 3: Apakah pandangan guru

Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai

kesan pengurangan waktu terhadap

penilaian dan pelaksanaan kerja kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu? 77

5.5 Cadangan 80

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 81

RUJUKAN 83

LAMPIRAN 91

Page 14: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tahun Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan di Sekolah Rendah

dan Menengah 7

2.1 Tanggungjawab Guru-Guru Kemahiran Hidup

Bersepadu di dalam Bengkel Dari Segi Makmal

(Bengkel) atau Ruang Kerja 24

2.2 Tanggungjawab Guru-Guru Kemahiran Hidup

Bersepadu di dalam Bengkel Dari Segi

Keselamatan Diri 24

2.3 Tanggungjawab Guru-Guru Kemahiran Hidup

Bersepadu di dalam Bengkel Dari Segi Alatan

dan Bahan 25

2.4 Definisi 5S di Dalam Bengkel 27

3.1 Bilangan guru yang mengajar Kemahiran Hidup 37

Bersepadu di Hilir Perak

3.2 Persoalan Kajian Mengikut Nombor Item 39

3.3 Pengelasan Skala Likert 40

3.4 Skala Likert 5 poin yang dikod Semula kepada 3 poin 42

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44 4.2 Taburan Responden Mengikut Etnik 45

Page 15: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

xii

4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan

ketika di Universiti 45

4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 46

4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu

Mengajar dalam Seminggu 47

4.6 Skala Likert 5 poin yang dikod Semula kepada 3 poin 49

4.7 Penilaian Mengikut Nilai Min 49

4.8 Kekerapan, Peratusan dan Min Respon Bagi Item-item

Pandangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu

Mengenai Kesan Pengurangan Waktu Terhadap

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu 51

4.9 Kekerapan, Peratusan dan Min Respon Bagi Item-item

Pandangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu

Mengenai Kesan Pengurangan Waktu Terhadap

Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu 55

4.10 Kekerapan, Peratusan dan Min Respon Bagi Item-item

Pandangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu

Mengenai Kesan Pengurangan Waktu Terhadap

Penilaian dan Pelaksanaan Kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu 59

4.11 Jadual Perbandingan Min Mengenai Pandangan

Guru Terhadap Pengurangan Waktu Pengajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu dari Empat Waktu

kepada Tiga Waku 62

Page 16: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 91

B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 97

C Surat Kebenaran daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 99

D Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran

Perak 101

Page 17: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal

ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berlaku antara satu generasi kepada generasi

yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan adalah struktur

sosial yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu pengetahuan dan kemahiran-

kemahiran berkenaan. Persekolahan pula secara khusus ialah proses pengajaran dan

pembelajaran secara formal yang berlaku dalam suasana bilik darjah di sekolah.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat harus diamalkan dan dijadikan induk dalam

pembentukan dasar pendidikan negara maju dan membangun pada masa depan.

Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran

Bersepadu yang merupakan satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi dalam

Tingkatan 1 hingga 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran

negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif

berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara (Rafie, 2000

dalam Pusat Perkembangan Kurikulum 2000). “Tujuan mata pelajaran ini adalah

untuk membekalkan pelajar-pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan

mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif dalam dunia teknologi

dan perdagangan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).

Page 18: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

2

Kandungan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada

dua bahagian iaitu Bahagian Teras dan Pilihan. Bahagian Teras meliputi bidang

pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi manakala Bahagian Pilihan merangkumi

empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,

Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2000).

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini

membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar pelajar boleh bertindak

dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi serta

industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap yang positif

seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek,

penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah

bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah. Ia berkaitan dengan pemasangan,

pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Di samping itu, masakan, jahitan,

tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2000).

Di samping itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memainkan

peranan penting dalam membekalkan pelbagai kemahiran asas vokasional yang

sesuai dan diperlukan oleh pelajar sebelum mereka menceburi bidang pekerjaan

berasaskan kemahiran teknik dan vokasional apabila tamat persekolahan nanti. Mata

pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran teras teknik dan vokasional

yang wajib diambil oleh semua menengah rendah (Tingkatan satu, Dua dan Tiga)

kerana ia adalah satu-satunya mata pelajaran yang memberi pendedahan awal kepada

pelajar tentang mata pelajaran pra-vokasional seperti lukisan kejuruteraan, teknologi

elektrik dan elektronik, pertukangan kayu serta banyak lagi (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1991).

Mengikut Utusan Malaysia, 11 Ogos 2008 Mei, Datuk Razali Ismail

(Timbalan Menteri Pelajaran) menyatakan bahawa pengajaran aliran vokasional dan

teknik seawal tingkatan satu dapat memastikan pelajar yang kurang cemerlang dalam

Page 19: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

3

pelajaran lebih terjamin masa depan mereka. Sejajar dengan langkah itu, laluan bagi

pelajar aliran vokasional dan teknik untuk menyambung pelajaran ke institusi

pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan. Usaha itu akan diteruskan dari semasa ke

semasa dalam usaha memastikan hala tuju masa depan pelajar berada di landasan

yang betul.

Secara umumnya, mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan

satu cabaran kepada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu. Tanggungjawab guru

Kemahiran Hidup Bersepadu bukan sekadar hanya mengajar tetapi juga memastikan

proses pembelajaran pelajar berjalan dengan berkesan. Menurut Esah (2003),

sebagai profesional dalam apa sahaja bidang, seseorang itu perlu menguasai ilmu

dengan mendalam. Guru yang profesional bukan setakat cekap mengajar di bilik

darjah dan dalam mata pelajaran tertentu sahaja, tetapi perlu mahir dalam pelajaran

yang lain, aspek pengurusan, kepimpinan, penyelidikan, kemahiran interpersonal dan

lain-lain kemahiran yang diperlukan pada masa kini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di dalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan

dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan

pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Wan Zah

(2000), setelah menjalani proses pembelajaran, seseorang itu mengetahui, melakukan

ataupun berfikir tentang sesuatu yang tidak diketahui sebelumnya. Di samping itu,

proses pembelajaran tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti mendapatkan dan

menggunakan pengetahuan. Apabila pengetahuan telah diperoleh dan digunakan,

maka perubahan yang diharapkan akan menjadi kenyataan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian

iaitu Bahagian Teras dan Pilihan dan boleh menimbulkan masalah kepada pelajar

dalam menghadapi proses pembelajaran kerana terdapat banyak topik yang dihendaki

Page 20: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

4

belajar. Selain itu, masa pembelajaran untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu

adalah suntuk. Menurut Asmah (1989), kadar penerimaan pembelajaran adalah

berbeza bagi setiap individu kerana setiap individu adalah unik. Adakalanya

pembelajaran berlaku dengan cepat, sederhana atau lambat.

Abdul Rahim (1998), turut menyokong kenyataan bahawa kegiatan

pembelajaran mengikut pendekatan secara semula jadi; terlibat dalam proses

pengajaran-pembelajaran yang berlandaskan minat, kecenderungan, kebolehan,

kesediaan, serta kemahiran setiap individu dan terlibat dalam kegiatan ke arah

perkembangan individu mengikut keunikannya.

Menurut Asmah (1989), seseorang boleh terlupa tentang apa yang

dipelajarinya sekiranya dia kurang memahami tentang apa yang dipelajarinya, atau

dia harus menghafaz sahaja tanpa memahami, tidak suka terhadap tajuk yang diajar,

tidak gemar terhadap guru yang mengajar atau kerana emosinya terganggu dan

mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran lain yang tidak

menggalakkan ingatan.

Peruntukan waktu untuk sesuatu tajuk sama antara kelas cemerlang dan kelas

potensi sedangkan tahap pencapaian berbeza. Menurut Lee Shok Mee (1986),

masalah ketidakseimbangan penerimaan pelajaran di kalangan pelajar dalam

sesebuah bilik darjah adalah masalah kurang kecerdasan. Sesetengah pelajar bersifat

leka dan lambat berfikir, lemah dalam gerakbalas, lekas lupa, sukar memahami

sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya. Menurut Dr. Mahathir, Menteri

Pelajaran pada tahun 1974 menyatakan bahawa mendapati anak-anak Melayu di luar

bandar ketinggalan ekoran dasar pendidikan yang dibawa oleh penjajah. Beliau

hendak bantu merapatkan jurang pendidikan di bandar dan luar bandar.

Pelajar-pelajar diwajibkan menyediakan pelbagai jenis kerja kursus daripada

setiap pecahan komponen, baik samada berupa projek ataupun penulisan berbentuk

folio, sebagaimana yang telah disyaratkan untuk menduduki peperiksaan bagi

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Peperiksaan Mengah Rendah (PMR).

Page 21: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

5

Penilaian markah bermula dari Tingkatan 1 (10%), Tingkatan 2 (20%) hingga

Tingkatan 3 (10%). Jumlah markah adalah 40 peratus ini akan dimasukkan ke dalam

keputusan PMR. Penilaian pada kerja kursus akan dibuat oleh guru yang

mengajarnya (Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2000).

Kerja kursus ini menjadi beban kepada pelajar kerana kebanyakan masa

belajar diperuntukkan dalam pelaksanaan kerja kursus dan masa belajar teori adalah

singkat. Menurut Lee Shok Mee (1986), kadangkala murid memerlukan masa

panjang dan berbagai-bagai jenis aktiviti untuk mempelajari sesuatu kemahiran.

Dalam keadaan begini, aktiviti sokongan boleh diselitkan dalam proses pembelajaran

ini supaya memberi kerehatan dan secara tidak langsung mengukuhkan penguasaan

atas kemahiran itu.

Kelemahan yang ada pada guru adalah tidak mempunyai keyakinan serta

kemahiran mengubah suai teknik dan bahan untuk memenuhi desakan dan keperluan

pembelajaran yang baru. Menurut W.A. Dodd (1979), guru baru mempunyai

kesulitan untuk mengajarkan kerana mengambil masa yang lama untuk set induksi

semasa pengenalan di suatu topik sehinggakan isi pelajaran tidak tercapai seperti

yang diingini.

Menurut Trigwell (1997) dalam kajian Wan Zah (2000), guru yang baik

menunjukkan keupayaan untuk mengubah dan mengembang atau melebarkan

pengetahuan daripada sekadar menyampaikan pengetahuan itu. Mereka dapat

menggariskan pengetahuannya tentang sesuatu mata pelajaran, pengetahuan tentang

pelajarnya, dan pengetahuannya tentang pedagogi yang membolehkan sesuatu

konsep diubah dalam bentuk yang mudah difahami oleh pelajarnya.

Guru harus memajukan diri sendiri dengan melanjutkan pelajaran ke

peringkat lebih tinggi atau menjalani kursus yang membolehkan pengajaran

dilaksanakan secara lebih berkesan. Menurut Trigwell (1997) dalam kajian Wan Zah

(2000), guru yang baik menyedari kepentingan konteks dan menyesuaikan

pengajaran menurut konteks tersebut, mereka tahu bagaimana untuk mengubahsuai

Page 22: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

6

strategi pengajaran mereka berpadanan dengan keperluan pelajar, mata pelajaran dan

persekitaran pembelajaran.

Mengikut Utusan Malaysia, 20 Mei 1991 dalam kajian Saw Bee Kheng

(1997) menyatakan bahawa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)

mengemukakan bantahan ke atas pelaksanaan Kemahiran Hidup dengan menyatakan

para guru dan pelajar belum bersedia, permasalahan bengkel dan peralatan, gangguan

pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM serta pelajar tidak

berminat.

Dari segi fizikal, mungkin sebuah bilik darjah dan bengkel Kemahiran Hidup

di sekolah kampung berada dalam serba kekurangan, dan bilik darjah dan bengkel

Kemahiran Hidup di sekolah Bandar pula lengkap dengan pelbagai bahan dan alat

kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Asmah (1989), organisasi dan

pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan strategi pengajaran dan

pembelajaran tersebut. Di antaranya ialah:

i. Penyusunan benda-benda fizikal seperti kerusi,meja dan alat perabot

lain.

ii. Mewujudkan pelbagai ruang mata pelajaran.

Pada tahun 2005, mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

mula diperkenalkan di semua sekolah rendah dan menengah yang melibatkan

Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Tujuan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan diperkenalkan adalah untuk membentuk murid yang seimbang dan

dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara,

adalah wajar satu mata pelajaran yang dapat memberi kesan ke arah kesedaran sivik

dan perpaduan kaum diperkenalkan. Mata pelajaran ini diharap dapat melahirkan

generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara,

menghargai perpaduan dan mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia

(Surat Pekeliling Ikthisas Bil. 6/2004). Mata pelajaran ini akan dilaksanakan secara

berperingkat-peringkat seperti berikut:

Page 23: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

7

Jadual 1.1 : Tahun Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di Sekolah Rendah dan Menengah

Tahun Tahap

2005 Tahun 4 dan Tingkatan 1

2006 Tahun 5 dan Tingkatan 2

2007 Tahun 6 dan Tingkatan 3

2008 Tingkatan 4

2009 Tingkatan 5

Masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan ialah dua waktu. Kesan langsungnya ialah waktu mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu dikurangkan waktu pengajaran iaitu daripada empat

waktu kepada tiga waktu. Dapat disimpulkan bahawa pengambilan satu waktu itu

dari mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah diberikan kepada mata

pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Pada tahun 1991, peruntukkan waktu mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu adalah empat waktu. Perubahan berlaku kerana mata pelajaran

Pendidikan Sivik diperkenalkan maka waktu mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu berubah kepada tiga waktu. Impak perubahan jadual waktu ini memberi

kesan kepada guru terutamanya mengendalikan pengajaran dan pembelajaran.

Walaupun perubahan waktu daripada empat waktu seminggu kepada tiga waktu

seminggu jumlah sukatan adalah tetap sama bagi Tingkatan Satu, Dua dan Tiga.

Pelaksanaan amali tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut sukatan kerana

kekangan masa.

Jadi perancangan masa untuk pelajar adalah padat untuk pembelajaran dan

pengajaran. Guru akan menentukan masa, apa yang dipelajari dan buku yang

produktif. Selain itu, pelajar juga dikehendaki mengejar masa untuk membuat kerja

amali. Dalam masa yang pendek ini adalah sukar untuk pelajar tahu arah tuju

mereka apa yang telah dipelajari. Menurut Sabri Ahmad (2003), kualiti kerja adalah

Page 24: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

8

sama pentingnya dengan kuantiti. Sebenarnya, tidak berfaedah untuk belajar

beberapa jam tetapi tidak efektif.

Menurut Abdul Rahim (1999), penggunaan masa yang berkesan amat penting

dalam sesuatu sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Penstrukturan masa

dibuat berpandukan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu

dicapai. Penggunaan masa juga boleh dinilai dari segi peranan guru dan pelajar, iaitu

siapakah yang banyak berperanan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Wan Zah

(2000), turut menyokong kenyataan bahawa pengajaran hanya berlaku sekiranya

pelajar berjaya mempelajari sesuatu daripada pengajaran tersebut sekiranya

pengajaran efisien, tetapi pelajar tidak memperoleh apa-apa daripada pengajaran

tersebut, maka pengajaran itu tidak bererti.

Menurut Lee Shok Mee (1986), pembelajaran tidak akan berjaya dan tidak

berkesan sekiranya ia dijalankan dengan hanya sekadar memenuhi jadual waktu

sahaja. Guru mengajar semata-mata hanya memenuhi sukatan pelajaran. Dalam

jadual waktu yang singkat guru tidak dapat memperkembangkan isi pelajaran dari

segi teknik dan kaedah. Pembelajaran tidak akan berkesan sekiranya guru hanya

mengajar sepanjang proses dan kurang memberi perhatin pada pelajar. Selain itu,

interaksi kurang berlaku antara guru dengan pelajar menyebabkan guru kurang

mengetahui tahap penguasaaan pelajar dalam pembelajarannya. Menurut Mok Soon

Sang (1993), proses pembelajaran mesti berlaku di kalangan murid terhadap

pengajaran guru atau interaksi di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Penggunaan pengajaran secara kelas tidak akan memberi penilaian secara

objektif. Kadang kala sesuatu kerja yang diusahakan bersama-sama dianggapkan

sebagai pencapaian setiap orang dalam kelas. Menurut Asmah (1989), guru yang

hendak mengajar seharusnya memikirkan objektif pengajaran yang hendak dicapai

secara tepat dan jelas. Bidang (domain) mana yang hendak diperkembangkan dalam

diri murid-murid harus dikenali iaitu sama ada bidang kognitif (mental), psikomotor

atau afektif. Objektif yang ditentukan haruslah sepadan dengan kebolehan dan

kemampuan murid-murid dan bukannya bersesuaian dengan kebolehan guru.

Page 25: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

9

Mengikut Sim dalam kajian buku Asmah (1989), proses pengajaran

melibatkan interaksi di antara beberapa komponen iaitu objektif, guru, isi pelajaran

dan murid dalam persekitaran-persekitaran yang tertentu. Persekitaran di sini

meliputi segala aspek budaya, sosioekonomi, organisasi, lokasi dan masa yang

melibatkan dalam satu-satu proses pengajaran. Isi adalah segala ilmu pengetahuan,

saranan , mesej, alatan, media dan cara-cara yang digunakan.

Pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu sering melibatkan diri dalam segala

aktiviti di sepanjang pelajaran, sama ada secara fizikal atau mental. Masalah yang

yang dihadapi pada pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup Bersepadu adalah penglibatan kerja-kerja amali yang banyak. Hanya tiga

waktu disediakan untuk guru Kemahiran Hidup Bersepadu, dalam masa yang singkat

guru dikehendaki mengejar sukatan pelajaran di samping itu, pelajar juga perlu

mengejar masa untuk menyiapkan kerja kursus amali seperti yang ditetapkan oleh

Jabatan Pendidikan. Sudah tentu tugasan ini akan menjadi beban kepada pelajar dan

menambahkan beban kerja kepada guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu.

Menurut Mok Soon Sang (1993), kaedah seluruh kelas ini melibatkan banyak

aktiviti pengajaran guru seperti penerangan dan demontrasi. Kebanyakan masa

pembelajaran murid adalah di dalam keadaan pasif, iaitu duduk diam dan dengar

sahaja. Oleh itu, penggunaan pengajaran secara kelas tidak boleh mendorongkan

semua murid melibatkan diri secara aktif dalam pelajaran mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan guru terhadap

pengurangan waktu pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu daripada empat waktu

kepada tiga waktu. Satu tinjauan di sekolah Menengah dalam daerah Hilir Perak.

Page 26: PANDANGAN GURU TERHADAP PENGURANGAN WAKTU …€¦mungkin menimbulkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kajian ini Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan

10

1.4 Objektif

Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1.4.1 Mengenalpasti pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan

pengurangan waktu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.4.2 Mengenalpasti pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan

pengurangan waktu terhadap pengurusan bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu.

1.4.3 Mengenalpasti pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan

pengurangan waktu terhadap penilaian dan pelaksanaan kerja kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan

pengurangan waktu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu?

1.5.2 Apakah pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan

pengurangan waktu terhadap pengurusan bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu?

1.5.3 Apakah pandangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu mengenai kesan

pengurangan waktu terhadap penilaian dan pelaksanaan kerja kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu?