3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ......

12
.. mls 4 ... mls8 KARNIVAL KELUARGA KKB ... mls 10 Pelbagai A1ktiviti Meriahkan "Bulan Membaca BERNAMA" ... mls 9 Sekali lagi ... Keranamu Malaysia Meja Bantuan Oi Barisan Depan ... mls 5 BERNAMA Organises First SNNi Workshop rli 1JJ1IJ:n ? Lembaga. Pengurus Besar Syed Jamil Jaafar, yang mengetuai anggota Jawatankuasa Pengurusan dan pegawai-pegawai kanan lain, dalam taklimatnya menjelaskan sepintas lalu peranan BERNAMA dahulu, sekarang dan masa depan. Syed Jamil, yang mewakili seluruh warga BERNAMA mengucapkan tahniah dan mengalu- alukan pengerusi baru, berkata bahawa Datuk Kalimullah tldak asing lagi dalam arena kewartawanan dan kini pula seorang tokoh korporat dan sudah pasti bellau dapat membawa BERNAMA ke persada kegemilangan. Pengurus Besar berkata BERNAMA bukan lagi seperti kewuJudannya 34 tahun yang lepas, malah cabaran dan bebanan yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu agensi tunggal negara ini semakin mencabar dan berat sekali. Beliau yakin kehadiran Datuk Kalimullah ini akan dapat membimbing BERNAMA seperti pengerusi-pengerusi sebelum ini dan terus menjadikan BERNAMA sebagai sebuah agensi berita yang lengkap, dlgeruni dan terunggul di Asia. Ketua Pengarang Enclk Jaafar Hussin, dalam taklimatnya, berkata Perkhidmatan Berita masih kekal sebagal "core business" BERNAMA. Pihaknya kini dalam peringkat terakhir perancangan bagi BERNAMA mengembangkan sayapnya ke seluruh dunia selaras dengan misi BERNAMA untuk muncul sebagai sebuah agensi berita teragung di Asia. Syed Jamif (kiri) mengal/l-alukfUl Kalimullah ke BERNA/VlA. http://www.bernama.com Olell Sobre)' Jatljar, Pengllrlls Perllllbllllg(lII Korporat r anggal 1 September 2002 amat bermakna kepada Datuk Kalimullah Hassan Tarikh keramat ini membawa kembali bekas wartawan ini ke dunia kewartawanan. Kali ini Datuk Kalimullah bukan kembali ke meja be rita tetapi sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Kalimullah menggantikan Datuk A. Kadir Jasin, juga seorang wartawan handalan negara, yang tamat tempoh penggalnya selama dua tahun sebagai pengerusi BERNAMA. Dengan usia 44 tahun, pengerusi termuda dalam seJarah BERNAMA, Datuk Kalimullah mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kewartawanan. Bermula sebagal seorang pemberita dengan National Echo di Pulau Pinang pada 1979 beliau menyertai The Star setahun kemudian. Selepas ItU beliau berkhidmat dengan agensi benta Reuters dan The New Straits Times sebelum melangkah kakinya dalam dunia korporat pada 1995. Sungguhpun beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam dunia perniagaan, Jiwa dan hatinya tidak pernah tersisih dengan profesion pertamanya. Beliau sentiasa berdamping dengan rakan-rakan seperjuangan dunia kewartawanan. Beliau mempunyai empat orang cahaya mata - tiga perempuan dan seorang lelaki berusia antara 11 hingga 18 tahun - hasil daripada perkahwinan dengan buah hatinya sejak remaja lagi, Datin Helinna Hanum Dadameah, seorang peguam. Sejak pelantikannya sebagai pengerusi BERNAMA oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja Tuanku Syed Sirajuddin Al-marhum Syed Putra Jamallulail, Datuk Kalimullah tidak melengahkan masa dan terus ke Wisma BERNAMA untuk "mengenali BERNAMA dengan leblh dekat lagi dan berjumpa dengan kawan-kawan yang satu ketika sama-sama bermandikan hujan dan bercegat di tengah panas terik untuk mencari berita. Pada Khamis 12 September, satu majlis taklimat RFRNAMA rli Rilik

Upload: lexuyen

Post on 02-Mar-2018

273 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

..mls 4

... mls8

KARNIVAL KELUARGA KKB... mls 10

Pelbagai A1ktiviti Meriahkan"Bulan Membaca BERNAMA"

... mls 9

Sekali lagi ...Keranamu Malaysia

Meja Bantuan Oi Barisan Depan... mls 5

BERNAMA Organises First SNNiWorkshop

h(),·_~·nmhun(J rli 1JJ1IJ:n ~lIrf1' ?

Lembaga. Pengurus Besar Syed Jamil Jaafar, yangmengetuai anggota Jawatankuasa Pengurusan danpegawai-pegawai kanan lain, dalam taklimatnyamenjelaskan sepintas lalu peranan BERNAMAdahulu, sekarang dan masa depan.

Syed Jamil, yang mewakili seluruh wargaBERNAMA mengucapkan tahniah dan mengalu­alukan pengerusi baru, berkata bahawa DatukKalimullah tldak asing lagi dalam arenakewartawanan dan kini pula seorang tokoh korporatdan sudah pasti bellau dapat membawa BERNAMAke persada kegemilangan.

Pengurus Besar berkata BERNAMA bukan lagiseperti kewuJudannya 34 tahun yang lepas, malahcabaran dan bebanan yang dipertanggungjawabkanke atas bahu agensi tunggal negara ini semakinmencabar dan berat sekali.

Beliau yakin kehadiran Datuk Kalimullah iniakan dapat membimbing BERNAMA sepertipengerusi-pengerusi sebelum ini dan terusmenjadikan BERNAMA sebagai sebuah agensi beritayang lengkap, dlgeruni dan terunggul di Asia.

Ketua Pengarang Enclk Jaafar Hussin, dalamtaklimatnya, berkata Perkhidmatan Berita masihkekal sebagal "core business" BERNAMA. Pihaknyakini dalam peringkat terakhir perancangan bagiBERNAMA mengembangkan sayapnya ke seluruhdunia selaras dengan misi BERNAMA untuk munculsebagai sebuah agensi berita teragung di Asia.

SyedJamif (kiri) mengal/l-alukfUl Kalimullah ke

BERNA/VlA.

http://www.bernama.com

Olell Sobre)' Jatljar, Pengllrlls Perllllbllllg(lII Korporat

r anggal 1 September 2002 amat bermaknakepada Datuk Kalimullah Hassan Tarikhkeramat ini membawa kembali bekas

wartawan ini ke dunia kewartawanan. Kali ini DatukKalimullah bukan kembali ke meja berita tetapisebagai pengerusi Pertubuhan Berita NasionalMalaysia (BERNAMA)

Datuk Kalimullah menggantikan Datuk A. KadirJasin, juga seorang wartawan handalan negara,yang tamat tempoh penggalnya selama dua tahunsebagai pengerusi BERNAMA.

Dengan usia 44 tahun, pengerusi termudadalam seJarah BERNAMA, Datuk Kalimullahmempunyai pengalaman yang luas dalam duniakewartawanan.

Bermula sebagal seorang pemberita denganNational Echo di Pulau Pinang pada 1979 beliaumenyertai The Star setahun kemudian. Selepas ItUbeliau berkhidmat dengan agensi benta Reuters danThe New Straits Times sebelum melangkah kakinyadalam dunia korporat pada 1995.

Sungguhpun beliau berhadapan denganpelbagai cabaran dan dugaan dalam duniaperniagaan, Jiwa dan hatinya tidak pernah tersisihdengan profesion pertamanya. Beliau sentiasaberdamping dengan rakan-rakan seperjuangandunia kewartawanan.

Beliau mempunyai empat orang cahaya mata ­tiga perempuan dan seorang lelaki berusia antara 11hingga 18 tahun - hasil daripada perkahwinandengan buah hatinya sejak remaja lagi, DatinHelinna Hanum Dadameah, seorang peguam.

Sejak pelantikannya sebagai pengerusiBERNAMA oleh Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong, Raja Tuanku Syed SirajuddinAl-marhum Syed Putra Jamallulail, Datuk Kalimullahtidak melengahkan masa dan terus ke WismaBERNAMA untuk "mengenali BERNAMA denganleblh dekat lagi dan berjumpa dengan kawan-kawanyang satu ketika sama-sama bermandikan hujan danbercegat di tengah panas terik untuk mencari berita.

Pada Khamis 12 September, satu majlis taklimat~p(~r~ form~1 mpn(]pn~i RFRNAMA rli~rl.:lk~n rli Rilik

Page 2: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

Il E R I TAil r R N '\ 1\1 1\ I I' 1 "I I' .' II li c

OIel, Rosliwllty Ramly dariMeja Rellcallll & Herita Luar Negeri

Berita

BIL. 3/02 IVL ·SfP2002

BERNAMA-UMS Meterai MoU LancarPasaran Saham Online

DUM PERSEFABAMDAN BERNAMA

SISO 9000

Selamat Datang Pengerusi Baru!...daripada muka depan

T angga, 12 Ogos 2002 bertempat dlUniversiti Malaysia Sabah (UMS). Likas,Kota Kinabalu, Sabah, satu majlis

menandatangani memorandum persefahaman(MoU) diadakan antara UMS dan BERNAMAyang menyaksikan tertubuhnya makmalpasaran saham secara online di institusipengajian tinggi itu.

MoU itu ditandatangani oleh Naib CanselorUMS Tan Sri Dr Abu Hassan Othman danPengurus Besar BEHNAMA Syed Jamil Jaafardengan disaksikan oleh Timbalan PerdanaMenteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dengan perjanjum ini, BERNAMA membawa

Berucap pada majlis itu, Prof Dr Abu paw'an saham ke dUllia pendidikan.

Hassan berkata makmal saham itu dapat membantu UMS kh ususnya Sekolah Perniagaan danEkonominya melangkah setapak lagi ke arah pendidikan berkonsepkan e-pembelajaran

Ujarnya, antara objektif penubuhan makmal yang pertama seumpamanya di institusi pengajiantinggi di Malaysia itu ialah mewujudkan Pusat Latihan Profesiona'i Pelaburan.

Dr Abu Hassan yakin ia juga dapat memperkayakan pengendalian program serta membinapasaran untuk graduan UMS terutama dalam anal isis gunaan pelaburan saham, opsyen, derivatif,komoditi serta mata wang bag'i me'lahirkan siswazah yang berdaya saing menerusi latihan bersifatsimulasi.

Semen tara itu, Pengurus Besar BERNAMA berkata sistem itu dilengkapi dengan tutorial pasaransaham secara online yang dipanggil "Pembina Kemahiran Pasaran" dan "Pembina KemahiranBerniaga" .

Menurut beliau, tutorial berkenaan direka bentuk berdasarkan perkhidmatan pasaran sahamyang sedia ditawarkan di BERNAMA yang telah terbukti berJaya dalam pasaran.

Melalui "Pembina Kemahiran Pasaran", para penuntut dapat mempelajari risiko dan ganjaran,cara menggunakan penyenaraian saham masa sebenar, meneliti arah aliran harga melalui carta, caramengurus portfolio dan mendapatkan maklumat terkini mengenai pengumuman syarikat sertaberita semasa yang disiarkan oleh BERNAMA dan perkhidmatan agensi berita asing.

Bagi melengkapkan pembelajaran mereka, penuntut diajar cara-cara berurus niaga denganbroker secara online melalui penggunaan modul "Pembina Kemahiran Berniaga" bagi memberipendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, membuattempahan untuk membeli dan menjual serta cara-cara menguruskan portfolio yangmenguntungkan.

Syed Jamil berkata matlamat BERNAMA ialah menerusi tutorial berkenaan, para penuntut bolehmenjadi pelabur profesional setelah memperoleh pemahaman, menggunakan gerak hati danpengetahuan untuk mengatasi dan menyelesaikan pelaburan dalam dunia sebenar.

Dengan tertubuhnya makmal yang dilengkapi 25 terminal komputer itu, ia akan menjadi pusatlatihan pelaburan secara profesional dan pusat sumber serta rujukan maklumat maya bagipembelaJaran dan pengajaran berbentuk interaktif dan berkualiti. ~

Penyuntingan &Reka Letak

ANM Write Agency

FotografiUnit Foto BERNAMA

Pengedar/PenyelarasBaki Abdul Ghani

Tel: 03-2693 9933Faks: 03-2691 3972

EditorJaafar Hussin

(Ketua Pengarang)

PenasihatSyed Jamil Jaafar(Pengurus Besar)

Penolong EditorRichard TheanSobrey Jaafar

Rosliwaty RamlyHasnita Mohd TaminMustaza Mohd Yusof

PenerbitUnit

Perhubungan KorporatBERNAMA

28, Jalan 1/65A,Off Jalan Tun Razak,50700 Kuala Lumpur

SIOANC PENCARANC

Berita BERNAMAmengalu-alukan

sumbangan beritadaripada kakitangan.Sila hantarkan semua

sumbangan beritakepada PenyelarasBaki Abdul Chani.

Jaafar berkata beberapa negara strategik dikenalpasti untuk BERNAMA menubuhkan bironya ataumeletakkan perwakilan/stringer selain daripada membuka beberapa biro di negara-negara Asean yang terpaksaditutup akibat kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 90an dan menaik taraf biro yang sedia ada.

Pengurus Kanan Komersil Encik K.C. Leong pula berkata Jabatan Komersil sedang mengorak langkahuntuk menerokai bidang teknologi terkini untuk memasarkan produk-produk jabatannya.

Datuk Kalimullah, dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, berkata bahawa beliau tidak berani berjanjiuntuk melakukan sesuatu di luar jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan eksekutif. Tetapidengan nada yang tegas beliau berkata: "Saya akan berusaha sedaya upaya serta kemampuan yang ada untukmelihat kebajikan petugas terbela."

"Jika perlu, saya sanggup jumpa sesiapa sahaja demi kepentingan petugas," katanya.Seluruh kakitangan BERNAMA mengucapkan "Selamat Datang Pengerusi Baru" dan kepada Datuk Kadir,

Page 3: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

B E 1< I 1.\ II t R N .\ ,\I \ I I "I"

Cik Rashidah

LatZaharah

Oub]tmUlluJin lmuziJ,Yang Dipemuz KPPB-74

enMingguNoorHammad

Ratna

uen..enterlan

Seramai 11 petugas editorial di bawah Sistem Saraan Baru

(SSB) dinaikkan pangkat berkuatkuasa 1 September 2002.

Sdri Ratna Melan dinaikkan pangkat dari Pegawai Berita

Gred S3 ke Pegawai Berita S2 dan kini menjadi Editor Meja

Penyuntingan Bahasa Inggeris.

Tujuh orang Wartawan Gred S4 dinaikkan pangkat ke

Pegawai Berita S3. Mereka ialah Pewarta BERNAMA di

Langkawi Sdra Noor Hammad Wariman, Sdra Newmond Tibin

di Biro Kota Kinabalu, Sdra Minggu ak Simon Lhasa, Sdri

Bahara Kamarak dan Sdri Nazlee Ismail di Meja Ekonomi. serta

Sdri Lat Zaharah Abdul Mutalib dan Sdri Rosmah Mohamad

Salim di Meja Penyuntingan Bahasa Malaysia.

Wartawan Gred S5 yang dinaikkan pangkat ke Wartawan

Gred S4 ialah Sdra Che Halit Morat di Meja Berita Am, Sdra

Rudy Rukimin Ramli di Biro Kuching dan Sdri Cik Rashidah

Abdul Ghani di Meja Rencana dan Berita Luar Negeri.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya!

Satu majlis pertemuan antara Ketua SetiausahaKementerian Penerangan. Datuk Dr Arshad Hashimdengan ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi agensi­

agensi di bawah Kementerian Penerangan telah diadakan pada29 Ogos 2002.

Majlis tersebut yang diadakan di Institut Penyiaran TunAbdul Razak (IPTAR) telah dihadiri oleh Pengerusi-pengerusiMBJ dan ahli-ahli MBJ (pihak pengurusan dan wakil kesatuanatau pekerja).

Dalam pertemuan yang julung kalinya diadakan itu, DatukDr Arshad telah menerangkan tujuan MBJ diwujudkan. Selainitu perjalanan MBJ juga harus menepati kehendak danperaturan yang ditetapkan antaranya mestilah diadakan empatkali setahun dan tidak menyentuh perkara-perkara dasar danlatihan.

Bagi MBJ BERNAMA. pihak pengurusan telah diwakili olehPengurus Besar Syed Jamil Jaafar. Pengurus Kanan SumberManusia dan Pentadbiran, Cik Ainel Daina Jonid. PengurusKanan Komersil Leong Koon Choy dan Editor Eksekutif AudioVisual dan Foto Haji Azman Ujang, Ketua Pengarang JaafarHussin tidak dapat hadir kerana bercuti sakit.

Pihak Kesatuan BERNAMA diwakili Yang Dipertua KesatuanJamaludin Ismail, Naib Yang Dipertua Khairul Annuar AbdulMajid. Setiausaha Hisamudin Yahaya dan dua orang ahlijawatankuasa. iaitu Puan Siti Zabedah Sidek dan Puan RohimaTarmuji.

Menurut Datuk Dr Arshad. antara isu·isu yang sering

bayaran kerja lebih masa, keselesaan tempat bekerja, latihandan faedah-faedah sampingan.

Tambah beliau. MBJ juga harus berperanan sebagai mediumuntuk membincangkan hal berkaitan cara untuk meningkatmutu perkhidmatan dan mempromosikan jabatan dan agensiyang berkenaan.

Dalam taklimat tersebut Datuk Dr Arshad juga menekankanbahawa perlunya petugas di bawah Kementerian menjagadisiplin khususnya gaya keterampilan dan cara berpakaian.Selain itu, beliau juga merasakan perlu agar satu pendedahandiberikan kepada petugas-petugas di Kementerian Peneranganmengenai protokol dan adab ketika berada di dalam majlisrasml, khususnya ketika menghadiri jamuan rasmi.

Majlis yang berlangsung lebih dua jam itu turut memberikanpeluang kepada wakil MBJ untuk mengemukakan pandangandan soalan.

Pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja BERNAMA (KPPB-74) telahmencadangkan agar satu jawatankuasa pemantau diwujudkandi peringkat Kementerian yang berfungsi mengawasi perjalananMBJ setiap agensl di bawahnya.

Tujuannya agar perjalanan MBJ tersebut memenuhi hasratkewujudannya dan juga agar setiap ketetapan dan persetujuanyang telah dicapai dllaksanakan.

KPPB-74 juga mengesyorkan supaya wakil pekerja ataukesatuan dillbatkan dalam program-program jabatan agar pihakkesatuan dan pekerja dimaklumkan berkenaan programtersebut dan memud ka e [n'l~m~Uu:oillc"D~-

Page 4: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

•rgam e irst SNNi WorkshopS

enior journalists from Smart News Network International(SNNi) member countries attended a three-day workshopin late July in a move to make the SNNi portal more active

and to be effectively utilised.The workshop also enabled the 13 foreign and 1,2 local

participants to get to know one another and intensify futurecooperation with regard to the SNNi work.

The foreign journalists were from the Mozambique NewsAgency (AIM), Namibia Today, Bua News of South Africa, TheHerald of Zimbabwe, Daily News of Botswana, New Vision ofUganda and Laos. The local journalists were from BERNAMA,The New Straits Times, Star Publications and Utusan Malaysia.

For some of the foreign journalists, the stay in Malaysia wasan eye-opener because apart from the chance to learn moreabout the SNNi web site and the hands-orl experience ofsending news and photographs via the Internet, the participantshad a field day visiting the various interesting places in the cityand being entertained by warm and hospitable Malaysian hosts.

While the day programmes were tight with topics toenhance the editorial skills of the participants, the nightprogrammes were equally tight with dinner appointments andvisits, including to the Utusan Group's printing plant.

As the workshop was organised close to the LangkawiInternational Dialogue (LID) 2002, the foreign journalists alsohad the chance to immediately put into practice what they hadlearnt at the Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR),Angkasapuri, in Kuala Lumpur.

In his speech at the opening of the workshop on July 27,Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar remindedparticipants and the media in general to play an active role inpresenting balanced and accurate news and views in line withSNNi's other objective to create a better and closerunderstanding among peoples of developing nations.

"Foreign press reports on development in developingcountries are often seen and interpreted through lensescoloured by Western values and norms," said Syed Hamid,adding that the Western media particularly did not see thepositive side of the development carried out in these countries.

The New Straits TimesAssistant Foreign NewsEditor Ka1tlOrulzamflnMoM Sallel, (right)greeting Syed Hamid.Looking Oll are KamarulAriffin (kft), ("!JigEwcutive oftheCommonwealth Partnershipftr '[(c/molog)' Managemelll(CP7M) Dlltuk DrMihaeLl Smith (secondfrom right) 'lJId ifl'emlpardciptlllls.

The SNNi was mooted at the Southern African InternationalDialogue (SAID) in Maputo, Mozambique, in 1999 and wasendorsed by the leaders of the member countries and editors atthe Langkawi International Dialogue 2000.

SNNi, currently charged with filling in the gaps in areasdeliberately omitted or inadvertently left out by other foreignagencies, also aimed to evolve, after suitable duration, into acredible news agency that would be an alternative to theexisting news agencies such as Reuters, AFP, CNN and CNBC.

SNN i's success, nevertheless, depends much on the activeparticipation of all parties and the degree of their commitmentto make it a viable and effective agency.

The Malaysian SNNi committee under Tan Sri Kamarul Ariffinof the Utusan Group was trying to build a model that would bemutually beneficial and useful under the Smart Partnershipframework to provide a platform for leaders and mediapractitioners to discuss issues and to build bridges.

With the first stage of the Internet portal, which is toexchange news, already being carried out, the second stage, toinclude visuals and audio-visuals, is slowly coming into effect. ~

Grooming Makethhe Man

Good grooming helps you make the best possibleimpression on the people you meet. Complete poise and

self-assurance spring from the knowledge that every detail isright.

Here are some grooming tips to help you achieve theharmoniously developed and interesting YOU!

• Your tie is the most important statement of yourpersonality, your position and your power. Do not wearties that are too flashy or old-fashioned.

• If you are big-sized, wearing a tie patterned with smallpolka dots is not so interesting. You need bold ties tobalance with your body.

• Whether a meeting is planned or unplanned, a successfulman is consistent in his dressing.

• Your pen is your style. Do not stick disposable pens in yourpocket. They are for students.

• If you are in regular contact with people, it's very vital toyour success that you have good personal hygiene. Foroffice wear, aftershave or cologne should be subtle, lightand fresh-smelling.

• Extend the I,ifetime of your leather shoes. Polish them afterthree wearings, as soon as you take them off.

• If you are balding, accept the course of nature and keepyour hair short for best effect.

• For business, always wear plain dark-coloured socks thatcomplement your suits and tone with your trousers andshoes.

Page 5: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

,

HE~lr\ IJII<,\\1\ " " _ '

aea•an Di BaMeja BantOleh hham Shuhaimi Ahmad dari Sekrelarial ISO 9000 BERNAMA

P ada setiap hari operasinya, BERNAMAsering menerima banyak panggilantelefon berbentuk kenyataan akhbar,

pemberitahuan maklumat, "tip-off" danpertanyaan dari pelbagai pihak berkuasamahupun individu tertentu.

Ada di antara penggilan itu merupakansasaran kecaman lisan yang mung kin tidakpuas hati dengan layanan perkhidmatanBERNAMA. Maka oleh itu, satu mekanismebersistematik harus diselenggarakan bagimenangani pertanyaan serta kemusykilan,aduan dari pelanggan luar, mahupun pihakdalaman, iaitu warga BERNAMA sendiri.

Oleh kerana BERNAMA sudahpundianugerahi Persijilan ISO 9002: 1994, agensiberita nasional ini wajib mewujudkan MejaBantuan. Ini adalah syarat utama mengapaMeja Bantuan mesti diadakan. BERNAMAsendiri telahpun memberi jaminan dalamPiagam Pelanggannya bahawa berita yangdikeluarkannya adalah benar, tepat, lengkapdan cepat. BERNAMA wujud keranapela ngga nnya.

Meja Bantuan berfungsi seakan-akanbarisan hadapan BERNAMA. Kewujudannyamenandakan BERNAMA peka dalam urusanaduan dan maklum balas. KecemerlanganBERNAMA sebagai agensi berita pertama didunia yang memperolehi Persijilan ISO9002:1994 harus dikekalkan agar nama baiknyaterpelihara.

Jadi, menerusi Meja Bantuan yang jugalapisan pertama penerokaan soal dan jawab,orang awam atau bakal pelanggan akan dapatmembiasakan diri untuk mengenali imej

Meja SantI/an diramalkan akan menjadi komponenpenting dari mdut budaya kelja ber.'istematik.

BERNAMA secara lebih dekat lagi.Peranan penting Meja Bantuan ini ialah

bertindak sebagai pusat mengumpul dataproduk dan maklumat semasa, menerima danmenyalur permasalahan seharian pelanggankepada unit yang dipertanggungjawabkan didalam perkhidmatan BERNAMA.

Selain itu, Meja Bantuan dijadikan sumberpengumpulan jumlah aduan dan maklum balasserta kemusykilan yang akhirnya mungkindjadikan bahan kaji selidik untuk dirujukkankepada jabatan dan unit di dalam BERNAMAsupaya dapat mempertingkatkan mutu produkberitalmaklumat serta menambah baikiperkhidmatan masing-masing.

Dewasa ini, Unit Perhubungan Korporatmengendalikan Meja Bantuan yang terletak dilobi BERNAMA. Meja Bantuan ini mulaoperasinya pada 2 Mei 2002. Lapan orangwarga BERNAMA yang dilantik akan bertugassecara bergilir-gilir dalam dua syif, mulai 9 pagihingga 5 petang, setiap hari Isnin hinggaJumaat.

Selepas waktu pejabat dan hujung minggu,Meja Bantuan ini secara automatik diken­dalikan oleh Unit Teknikal, dan selain telefonbiasa, semua ikomunikasi boleh dihubungimelalui e-mel kepada laman web BERNAMA ­www.bernama.com.

Meja Bantuan diramalkan akan menjadikomponen penting dari sudut budaya kerjabersistematik sekiranya BERNAMA berjayaberhijrah ke pengurusan kualiti bertarafantarabangsa dan terkini, iaitu ISO 9001 :2000.

Pada ketika itu, Meja Bantuan mungkindikembangkan sebagai badan khas penyeli­dikan atau "Unit Seranta" untuk dijadikansumber pengumpulan data dan maklum balasyang tercanggih.

In; adalah kerana secara statistik, data-datadan maklum balas yang dikumpul akandianalisis bagi memastikan sama adaBERNAMA benar-benar mengurus kualiti kerjadan produk maklumat (mengikut apa yangdirakam di dalam dokumen prosedurBERNAMA) yang bertujuan untuk memenuhi"kepuasan pelanggan".

Penemuan fakta-fakta yang diperolehimenerusi tafsiran statistik yang sahih akandijadikan alat untuk membuat keputusan padaperancangan susulan kelak. Keputusan pengu­rusan itu adalah untuk merapatkan jurangpencapaian hakiki dengan perancanganstrategik BERNAMA.

"Facts and figures" ialah kayu ukurkecemerlangan BERNAMA. Semoga prestasikerja para petugas dan perkhidmatanBERNAMA dinilai berdasarkan fakta-fakta yangberisikan i1mu. ~

Food (Wisdom) For ThoughtLosing weight has become an obsession or so it seems.Dieters not only burn holes in their pockets on diet books but also

support a diet industry that offers, among other things, dietetic foods, healthspas, appetite suppressants and exercise devices.

Nevertheless, for those who are not ready to plunge into a diet, don't fret.Here are several bite-size tips and painless ways to diet that can payoff

when you step on the scale:• Eat a wide variety of foods in moderation and in the right proportions.• Avoid consuming foods that contain excessive salt, fat and sugar - a sure

recipe for disaster. The less fat you eat, the less fat will clog your arteriesand put you at risk for heart disease, stroke and hypertension.

• Eat frequent but smaller meals. Eating heavy meals and having minimumactivity level will definitely be the formula for gaining unnecessary weight.

• Eat healthy snacks when you feel hungry between breakfast, lunch anddinner. Keep snacks relatively low in fat, high in fibre and limited in sugarand salt.

• Eat when you're hungry, not when the clock says it's a meal hour. If youeat only when you're hungry and stop when you're satisfied, your bodywill reach its optimal weight.

• Don't go shopping on an empty stomach. And if you're going to the malland you know you're going to get a whiff of buns or cookies that will meltwhatever resolve you have, be prepared. Eat before you go out so you\Alnn't he nnon tn tornnt::lltinn

• Take stock of your shelves. Look through your pantry and your refrigeratorand get rid of any foods that don't fit in with your new goals for weightcontrol. There are lots of foods that can help you cut calories and fatwithout sacrificing taste.

• Don't sit for more than an hour without standing, stretching and walkingfor at least five minutes. Not only will you burn extra calories, you'll goback to what you were doing refreshed and more efficient.

• Never use a machine when you can use body power, like an elevator ifthere are stairs, a car if you can get there by bicycle or foot, a clothes dryerif you have a line out in the yard to help you bend and stretch.

• Don't collapse into a chair immediately after dinner. Pursue a non­strenuous hobby, do chores, find some way to be active.

• Save money and get a workout by washing and waxing the caryourself.Need more motivation? Consider this: Every lost pound helps reduce your

risk of developing a host of ills.Remember, good health is the result of total diet and lifestyle. Stay fit and

you'll feel that you have the world under control and remember, slimmer isdefinitely healthier.

Magic bullet: YOU ARE WHAT YOU EAT!

- by Rosliwaty &mly ofFeatures and Foreif;ll News Service

Page 6: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

1\ I ~ I I \ Ii I ~ , \ \\ .\ I' I 'I" ~ ,,~

Seramai 13 petugas BERNAMA telah dlkurniakanAnugera-h Perkhidmafan Cemerlang 2001. Merekaadalah antara 316 orang kakitangan Kementerian

Penerangan yang telah menghadlri satu majllsPenganugerahan Perkhidmatan Cemerlang yang di-adakandi Auditorium Perdana Angkasapuri pada 11 Jun 2002.

l azi mny a. maj II s pen yam pa ian A(l ugera hPerkhldmatan Cemerlang Kemanterian Penerangandianjurkan oleb /al)atan menglkut negeri masing-masin9.Tetapi kali inl Ia- merupakan iulung-/ulung kalinyakementerian berkenaan menghimpunkan samuakakitangannya yang dikurniakan anugeralt dari seluruhMalaysia, termasuk dari Sabah dan Sarawak. dalam acarayang penuh bersejarah terutamanya bagi penerimaanugerah tersebut.

Mereka yang mendapat anugerah khlomst camerlangsecara mellnta.ng memperolehi silil Khidmat Cemerlang2001, sebulan gail sebuah jam tangan dan sljilpelaburan amanilh saha-m bernilai RM300. Mereka yangmendapat anugarah Kllidmat Camerlang secara meoegakpula memperolehl sijil Khidmat Cemerlang 2001,setengah bulan gaiL sebuah lam tangan dan siiilpelaburan amanah saham bernilai RM300.

Ment-eri Penerangan Tan Sri KhaJH Yaakob,Se1iausaha Parlimeo Kementerian Penerangan DatukZainuddin Maidin. Kerna Setiausaha KemenUlrianPenerangan Datuk Or .Arshad Hashim dan nmbalan ~etua

Setiausaha Kemente-rian Penerangan Datuk Asmah AbdulItamid fe-Iah menyampaikan anugeran kepada parapenerlma Jre.rkenaan.

Acara lawatan ke Putrajaya dan Cyberjaya sertafawatan ke. ~uafa- Lumpur City Centre dan Men-ara Kualalumpur tekth diatur bagi panerima anugerah khususnya!farl Sabah dan Sar-awalc

Dj ScllTlplng penyamparan aAugerah, pil'a hadlrin jugadisajikan den~an hiburan dslam bantuk nyanyian olehRohana Jabl dan sketsa yang dipersemba.hkan olehpelawak-pelawak Aboll, M. RajaH dan Sharifah Sllahira.

Satu sesl b~rgambar penerima-penerima anugerahKfr~dmat Ce-merlang dengan Menteri Penetangan tu rutdiatur.

Bagaimanapun, satu bOflus buat 13 pelu.gasBERNAMA ke-rana merekaJ>erp.eluang bergambar dengan

1__-M.Irn1e . II dal iUI.UI.s..Ji.8.bcB.1ulID_---.J

Page 7: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

Oleh Mafuzah Ahmad JariUnit Projek Khas. ]abatan Pemasaran

Penerima Anugeral1 Khidmat Cemerlang ­Pergerakan Gaji Melintang

• Abdul Halim Taib, Pegawai Berita dari Meja Rencana & BentaLuar Negeri.

• Kanagaraju all Sithambaram Pillay, Pegawai Berita dan MejaPenyuntingan Bahasa Inggeris, Perkhidmatan Berita Am.

• Mohamad Zabidi Mohd Osman, Pegawai Berita dari MejaPenyuntingan Bahasa Malaysia, Perkhidmatan Berita Am.

• Jamaliah Moonier, Pembantu Tadbir dari Pusat Maklumat &Perpustakaan.

• Sartambal alp Alagan, Operator Komputer dari PerkhidmatanBerita Ekonomi.

Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang ­Pergerakan Gaji Menegak

• Abdul Latif Abd. Karim, Operator Komputer dari PerkhidmatanBerita Ekonomi.

• Mohamad Nasir Yusoff, Pegawai BeritalKetua Biro Johor.• Mohd Taib Hussein, Pemandu.• Mustaza Mohd Yusof, Ahli Fotografi.• Noor Hammad Wariman, Wartawan/Pewarta Langkawi.

Faridah Fakir Mohamad, Pembantu Tadbir dar; JabatanKewangan & Akaun.

• Mafuzah Ahmad, Penolong Editor dari Unit Projek, JabatanKomersial.

• Rusliza Sahran, Pembantu Tadbir dari Jabatan SumberM"nll<:i" /I, P"nl"rlhi,,,n

Page 8: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

Il [ K I 1 i\ Il E K I\; i\ M .\ I 1 , 'I I' " ,~

Ingin Tahu Dengan Lebih Dekat Lagi •••

Turut hadir memeriahkan acara ialahKetua Setiausaha Kementerian Pene­rangan Datuk Dr Arshad Hashim,Pengerusi BERNAMA ketika itu DatukKadir Jasin, Ketua Pengarah FINAS MohdShariff Ahmad, Ketua Pengarah FilemNegara Raja Rozaimie Raja Dalnish Shahdan Ketua Pengarah Jabatan Pene­rangan Mohamad Salleh Rafie.

Acara-acara senamrobik dan aktiviti"abseiling" serta "wall-climbing" yangdisediakan memberi peluang kepadawarga BERNAMA yang kebanyakannyaberpakaian sukan menyertainya.

Pendek kata, acara yang diadakantidak sahaja mampu menyerlahkansemangat patriotisme malah ia merupa­kan usaha untuk mengeratkan silatul­rahim di kalangan warga BERNAMA.

Hakikatnya, sebagai generasi mudahari ini, usaha sebegini wajar diadakansecara berterusan bagi menghayati danmenghargai erti perjuangan dan jasaperintis kemerdekaan yang jerih ber­juang hingga mengorbankan kepen­tingan diri dalam membebaskan negaradaripada belenggu penjajah. ~

Oleh Rosliwaty Randy dari Meja Reneana & Berita Luar Negeri

Jika tahun Iepas, warga BERNAMAbermuafakat mendirikan pintu ger­bang KERANAMU MALAYSIA sebagai

manifestasi kecintaan kepada Malaysiasempena sambutan kemerdekaan ke-44,tahun ini pintu gerbang itu masih berdiritersergam megah dan gagah.

Malah tanggal 22 Ogos lalu, BERNAMAberjaya menyuntik semangat patriotismedi kalangan warganya dengan mengan­jurkan majlis yang julung-julung kalidiadakan sempena sambutan perayaanBulan Kemerdekaan yang ke-45 pering­kat BERNAMA.

Dalam suasana pagi yang ceria danmeriah itu, tirai majlis dibuka denganbacaan doa memohon berkat sebelumacara bermula. la disusuli upacaramenaikkan Jalur Gemilang dan nyanyianlagi patriotik - Negaraku, Jalur Gemilangdan Keranamu Malaysia oleh 200 wargaBERNAMA yang berkumandang penuhbertenaga dengan iringan koirBERNAMA.

Para tetamu kehormat kemudiannyaberedar dari pentas untuk meneruskanacara penyerahan Jalur Gemilang untukdilekatkan pada kenderaan.

Sekali lagi ... Keranamu Malay9ia

Minumfln Milo diudiflkfl!f untuk yang lUlU!

ultpas mmyertfli pelbagai akli"ili.

~'ta BERNAMA menyertai senaml'Obikdel/gan penllh semang{/(.

....Aral'tl "wa/l-climbi"g" merupak'l1l salah ,'flIuakli"ili pada perayaan lersebut.

Dr Arshad mrlekalkan bendrl'a Malaysiapada rennin tUpan kentUraan.

BERNAMA terus menerima kunjungan daripada beberapakumpulan pelawat yang ingin tahu dengan lebih dekat lagimengenai agensi berita nasional itu dan operasinya.

'""!J~~ ""lrf"PADA 24 September 2002, kelas Kewartawanan Foto dari Jabatan

Komunikasi Universiti Islam Antarabanga Malaysia melawat UnitFoto di BERNAMA.

Para pelajar tersebut juga telah melawat Balai Seni Lukis Negarayang berhampiran sebelum itu.

~""lr"'!l~l'"'F~ f"PARA penuntut Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti

Putra Malaysia telah melawat BERNAMA pada 23 Ogos 2002.Mereka telah dapat berkongsi penerangan dan pengalaman dari

segi teknologi komunikasi.""lr'""!J""lr ..,'1l'1!~' F

SERAMAI 43 pelajar Pengajian Komunikasi dan Media UniversitiTeknologi Malaysia (UiTM) di Shah Alam telah melawat BERNAMApada 12 Ogos 2002.

Mereka diberi taklimat mengenai sejarah BERNAMA, fungsiBERNAMA sebagai agensi berita terunggul di Asia Tenggara,perkhidmatan yang disediakan serta masa depannya. Para pelawat

SERAMAI 38 penuntut asing dan tempatan dari Forum PenuntutKomunikasi (COSFOR) Universiti Islam Antarabangsa Malaysiamelawat BERNAMA pada 17 Julai 2002.

Mereka mendapat pendedahan dari segi operasi BERNAMAsebagai agensi berita nasional serta pembelajaran komunikasi darisegi amalan.

SERAMAI 39 peserta Program Eksplorasi Kewartawanan 2002dari Sekretariat Penerbitan Kolej Tun Dr Ismail, Universiti PutraMalaysia (UPM), telah mengunjungi BERNAMA pada 15 Julai 2002.

Mereka dibawa melawat ke jabatan-jabatan di BERNAMA dandiberi taklimat mengenai operasi agensi berita nasional.

~~ ~"'tF ~f"

SERAMAI 20 orang pelajar Pendidikan Jarak Jauh Pengkhususandi dalam bidang Komunikasi Korporat Universiti Putra Malaysia(UPM) membuat lawatan ke BERNAMA pada 9 Julai 2002 untukmenimba ilmu yang bersangkutan dengan bidang kursus yangdiambilnya.

Mereka telah diberi penerangan mengenai teknik pengumpulanho,..i+ .... rI",r" _rH·...·,....ei 1_: .... ..J: Dr:n~I"""" ....

Page 9: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

Il I R I 1·\ HER ~ \ ,\I \ I l I ,[ I' c li I) _'

Seronok, meriah dan ceria menyelubungi suasana majlis "BulanMembaca BERNAMA" yang diadakan di PerpustakaanBERNAMA atau Infolib dar! pukul 9 pagi hingga 5 petang

pada 31 Julailepas.Pelbagai aktiviti diatur semata-rnata untuk menarik minat

warga BERNAMA mengunjungi Infolib dan menggunakan bukuserta bahan-bahan rujukan yang dibekalkannya.

Antara 143 warga BERNAMA yang hadir pada majlis itu, empatorang diumumkan sebagai Pengunjung Bertuah. Namun yangtidak bertuah, Infolib tidak menghampakan kun/ungan mereka."Door gifts" dlberikan sebaik sahaja mereka mendaftarkan diri.

Jualan buku Dewan Bahasa dan Pustaka juga mendapatsambutan yang menggalakkan. Berbagai-bagai jenis buku ­akademik, keagamaan, rumah tangga dan kamus diberi diskaun10 peratus.

Jiran BERNAMA, Perpustakaan Negara turut menjayakanaktiviti dengan memberi peluang untuk warga BERNAMAmendaftarkan diri sebagai ahli. Seramai 80 orang teJah menjadl"Ahli Pustaka Gellga Belaka".

Jika saban tahun Kelab Kakitangan BERNAMA (KKB) sentiasaaktif menjayakan acara "Treasure Hunt", kini bagi memeriahkanacara dan mengukur tahap kesabaran warga BERNAMA, PengurusInfolib Puan Hasnita Ibrahim dan "anak-anak buah"nya pulaberhempas pulas memildrkan soatan-soalan yang manajawapannya boleh diperolehi dengan merujuk kepada bahan­bahan yang ada dllnfolib.

"Kami mahu para pengguna Infolib tahu apakah buku, bahan­bahan rujukan yang ada di sini serta rnaklumat yang terdapatdalam sistem BUS," kata Hasnita.

Ini juga dapat membantu mereka rnendapatkan maklumattambahan semasa menjalankan tugas harian, tambahnya.

Daripada 28 peserta, lapan orang menerlma hadiah untukkategori ini.

Mengira jumlah buku juga memerlukan kesabaran. Dan kataorang, mungk!n rezeki akan dalam kandungan membuatkankiraan Siti Balqish Rusli hampir-hampir menepatl sasarannya. Sitimenjuarai kategori inj setelah kiraannya 2,174 diisytiharkan yangterdekat iaitu 2,159.

Acara kemuncak permainan "Getting To Know You Better"dianggap paling meriah. Cetusan idea Lim Lee Eng, permainan Inibertunjangkan pada konsep memberi peluang kepada wargaBERNAMA dari pelbagai jabatanlunit mengenali antara satu samalain.

Kata orang, uTak Kenai Maka Tak Cinta". Justeru itu, untukmengenall antara satu sarna lain, permainan Inl meng9unakan kadbermacam warna dan pesertJ dlkehend, i mencari padanan

arna kad dJ

Oleh Rosliwaty RAmly

Membam mnllertkkaka/l mindn.

Seramai 55 peserta menyertainya dan 10 daripadanyamenerlrna hadiah maslng-masing.

Bagi kategorl Peminjam Buku Terbanyak, orangnya hukandaripada kalangan wartawan, t,idak juga kalangan mejapenyuntingan ... bukan ... bukan... tetapi pemenangnya ialah ...Puan Jenah Baba. Sebanyak 53 buah buku pelbagai bidang telahdipinjamnya daripada Julai 2001 hingga Julal 2002.

Infolib rnenggalakkan para pengguna untuk terus meminjambuku dan ia memberi jaminan untuk terus menambah koleksibuku-buku terkin! untuk bacaan umum.

Syabas kerana menyahut slogan "Membaca MerdekakanMinda".

Selain itu, Infolib turut menganjurkan pertandingan menulisesei dalam bahasa Inggeris, bertujuan mengasah bakat penulisanwarga BERNAMA terutamanya dalam bahasa Inggeris danmemupuk budaya membaca serta menggalakkan penggunaanbahan rujukan di Infolib.

Tiga peserta - Siti Rahmah Lehan (PRWire), Lalitha Nadarajah(Infolib) dan Yal Ban King (AV) masing-masing membawa pulanghadiah berupa wClng RM300, RM200, RM100 dan sijil penyertaan.

Banyak rnernbaca boleh memerdekakan minda. Begitu jugabanyak berjalan boleh meluaskan pengalaman. Untuk itu, seramai28 orang warga BERNAMA telah merebut peluang menyertailawatan ke Astro pada 24 Julai lalu.

Setlap yang bermula pasti akan berakhir dan bagi menutuptabir majlis, acara penyampalan hadiah telah disempurnakan olehPengurus K. an Sumber Manusia dan Pentadbiran, Cik AinelDains Jonld.

Ptrancangan fe/iti menjayak."BuumMemb

BERN.

Page 10: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

-

B E R I I /\ Il ~ R N \ ,\\ 1\ I (I 'E I' -'",,:

KARNIVAL KELUARGA KKBOkb Mohd Noor Atan

Biarpun menghadapi kesukaran menetapkan waktu

yang sesuai untuk menghimpunkan warga BERNAMA,

namun Kelab Kakitangan BERNAMA (KKB) sentiasa

berusaha menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang 2002 demi

manfaat ahli-ahlinya.

Aktiviti demi aktiviti dijalankan. Dan tanggal 11 Mei, KKB

menganjurkan Hari Karnival Keluarga BERNAMA bertempat di

ruang kantin Wisma BERNAMA.

Acara yang dipertandingkan ialah memasak berpasangan,

melukis untuk kanak-kanak, memakan buah, meneka berat

kacang dan jumlah gula-gula.

Selain memperolehi sokongan Pengurusan BERNAMA,

Karnival ini juga mendapat tajaan daripada Nestle Products

Sdn Bhd, Shell (M) Trading Sdn Bhd, Carotino Sdn Bhd dan

Serba Wangi Sdn Bhd.

Sepuluh kumpulan menyertai acara memasak yang hanya

memerlukan mereka membawa bahan mentah sama ada ikan,

daging atau makanan laut manakala rempah ratusnya

disediakan Nestle. Bahan-bahan itu perlu digoreng atau

ditumis menggunakan minyak Carotino dan jenis nasi yang

dimasak menggunakan beras tajaan Serba Wangi. Sebagai

pelengkap menu, mereka perlu menyediakan minuman panas

atau sejuk berasaskan bahan-bahan sumbangan Nestle.

Hasilnya begitu mengkagumkan kerana para peserta

berjaya mengilhamkan pelbagai hidangan yang disiapkan

dalam tempoh dua jam sahaja. Selain dari wakil penaja iaitu

Shahzam Luckman (Nestle), Francoise Lourdes (Shell) dan

N.Vijayakala (Carotino), ternyata sukar bagi para juri yang

diketuai Syed Jamil Jaafar sendiri, isteri beliau, Puan Noor

Azimah Ahmad, Cik Ainel Daina Jonid, Puan Sharifah Zaini

Syed Zain dan Puan Nor Fishah Osman membuat penilaian.

Mereka bergerak dari satu meja ke satu meja untuk merasa

kelazatan juadah yang dihias indah.

Keputusannya: Pasangan suami isteri, Safie Mohd Toha dan

AmbJa law,i) rang mtmg<Je,'arkarr kumpU'{arT mereh O"(ndan

Selera, muncul juara. Tempat kedua dimenangi pasangan

Ahmad Ghazali/Fadzilah dan pasangan Ismail Suboh dan

anaknya menduduki tempat ketiga.

Masing-masing menerima RM150, RM100 dan RM70 serta

sebuah hamper.

Hadiah khas pula direbut Khalid BorhanlBakar Samad yang

membawa pulang sebuah hamper, barangan tajaan Nestle.

Hadiah saguhati sumbangan Carotlno turut diberi kepada para

Sdra Ismail Suboh (kanan)menerima hadiah ddripadaPengurus Besar SyedJamilJaafar.

ukupkah rempah itu?

Lukislah elok-elok!

Sdra Mahrus Ibrahim ddnismi tiddk ketinggalanmencuba nasib ddlamperrandingan masakan.

Silakan makan!

Page 11: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan

o E II I TAn [ R '" 1\ M 1\ I ' , I I '",

Pertandingan melukis pula menyaksikan penyertaan 15

orang yang dlbahagikan kepada tiga peringkat umur iaitu 4-6

tahun, 7-9 tahun dan 10-12 tahun. la diadili Rohana Mustafa,

Hajah Mafuzah Ahmad, Nor Faridah Abdul Rashid, Nur Adna

Roduan dan Mohd Aminuddin Jusoh.

Keputusannya:

Kategori 4-6 tahun: Adik Nur 'Athirah Mohamod (hadiah

pertama) diikuti adik Muhamad Shukry Mazlan, Nur Athirah

Saifuddin dan Siti Nurba'yah Sheikh Faidzel Akbar.

Kategori 7-9 tahun: Adik Zaidatul Azreen Zulkiple (hadiah

pertama) diikuti Nur Syaheerah Mat Saleh, Nurminda Hanis

Mohamad Arif dan Muhammad Hariz Abdul Halim.

Kategori 10-12 tahun: Adik Muhamad Zul Azraii Zulkiple

(hadiah pertama) diikuti Mohd Amirul Syafiq Mohamod,

Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif dan Fatin Syafiqah Nur

Abdul Halim.

Acara memakan buah pula menprik penyertaan 10 peserta

dan hadiah berupa hamper tajaan KKB sendiri dibolot Minggu

Simon (Jabatan Pengarang) yang berjaya 'menelan' empat

jenis buah iaitu pisang, limau, epal dan lai dalam masa tidak

sampai pun satu min it.

Edmond Das (Unit Teknikal) membuktikan beliau rajln ke

pasar setelah berjaya meneka hampir tepat dalam acara

meneka berat kacang. Tekaannya, 483 gram hanya melebihi

tiga gram bagi berat sebenar kacang itu membolehkannya

membawa pulang sebuah hamper.

Acara meneka jumlah gula-gula pula dimenangi Mohsin

Taib (BERNAMA TV) dengan tekaan 135 biji, cuma kurang sebiji

daripada jumlah sebenar. Sembi Ian ahli juga bernasib baik

apabila nama mereka dipanggil dalam acara cabutan bertuah

dengan Johari Ishak (Unit Teknikal) menggondol hadiah utama

berupa kipas angin tajaan Bank Rakyat. Hadiah-hadiah lain

berupa sebuah hamper Nestle, tiga hamper (arotino, dua

cenderahati daripada Menara Kuala Lumpur dan dua hamper

KKB.

Secara keseluruhan, penganjuran karnival ini berjaya

menepati matlamatnya, iaitu melahirkan ramai "chef"

berkebolehan yang mampu memenuhi cita rasa banyak orang

selain daripada ahli-ahli bergembira dan merapatkan lagi

hubungan sesama petugas dan keluarga masing-masing.

Barisan Exco merakamkan penghargaan kepada semua

penaja, Pengurusan BERNAMA dan seluruh warga BERNAMA

yang hadir membantu menjayakan dan memeriahkan karnival

Pl'rtandingan makanb1lllh-buahal/.

"Saya boll'h ltlkis dengancantik. "

Sdra Khalid Borhan (dull

dari kanan) sedang meletakramuan tktlammasakmmya.

)

Inilah masalum saya. kataAhmad Ghazali Ismail.

Page 12: 3_2002.pdf · pendidikan kepada mereka tentang cara-cara membuka akaun perniagaan maya, ... Perhubungan Korporat ... jangkaan kerana beliau hanya seorang pengerusi bukan