document2a

35
Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasan Fizikal Kecergasan keseluruhan adalah merangkumi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Kecergasan diri bermaksud memiliki semua komponen kecergasan yang diperlukan, yang mana sekiranya dipenuhi maka kita boleh sahaja memiliki badan yang langsing atau berotot, mempunyai tahap kecergasan yang tinggi untuk bersukan dan beriadah, tanpa menjejaskan keupayaan untuk melakukan tugasan harian dan menghadapi situasi kecemasan yang mungkin timbul dengan penuh bertenaga. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang- kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu. Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih

Upload: ferdaooz-azhar-al-moot

Post on 14-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

klkf

TRANSCRIPT

2 (a)

Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasan Fizikal

Kecergasan keseluruhan adalah merangkumi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Kecergasan diri bermaksud memiliki semua komponen kecergasan yang diperlukan, yang mana sekiranya dipenuhi maka kita boleh sahaja memiliki badan yang langsing atau berotot, mempunyai tahap kecergasan yang tinggi untuk bersukan dan beriadah, tanpa menjejaskan keupayaan untuk melakukan tugasan harian dan menghadapi situasi kecemasan yang mungkin timbul dengan penuh bertenaga. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu.

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Menurut Falls (1980), "kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya".Kecergasan yang seimbang dapat diperolehi melalui komponen-komponen kecergasan fizikal. Terdapat lima komponen kecergasan fizikal. Antaranya ialah komposisi tubuh badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan. Setiap komponen ini berkait rapat dengan kesihatan yang baik. Hoyman (1962) menyatakan kesihatan sebagai keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif.

Terdapat dua komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor.

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

I. Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiovaskular (jantung) dan respirasi (paru-paru) kita untuk memproses dan menghantar oksigen ke seluruh badan dengan cekap dan berkesan. Semakin cekap sistem kardiovaskular dan respirasi kita, maka semakin banyak oksigen dapat dihantar ke seluruh badan dalam satu-satu masa. Ini banyak berkait rapat dengan keupayaan paru-paru untuk memastikan oksigen yang kita sedut diserap secepat dan sebanyak mungkin ke dalam darah dan di hantar ke jantung untuk di pam ke seluruh tubuh badan.

Paru-paru yang sihat dan cergas akan memiliki keupayaan untuk menyerap lebih banyak oksigen pada satu-satu masa dan jantung yang cergas dan kuat akan mampu mengepam sejumlah besar darah beroksigen ke semua bahagian sel-sel badan dalam satu denyutan berbanding jantung yang lemah. Daya tahan kardiovaskular berkait secara langsung dengan sistem tenaga aerobik. Keupayaan sistem tenaga aerobik seseorang dipengaruhi oleh kemampuan daya tahan kardiovaskularnya. Contoh sukan yang memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi adalah seperti atlit larian jarak jauh dan lumba basikal jelajah. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranDaya Tahan Kardiovaskular

- skip- naik turun tangga

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, jam randik

9.OBJEKTIFPsikomotor: Melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti dengan betul dan selamat.

Kognitif : Mengira kadar denyutan nadiAfektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan - dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangang tentang aktiviti dan prosedur semasa melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular. (berjalan perlahan 1000 meter dan naik turun tangga)

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid bahagikan kepada tiga kumpulan.

Murid melakukan aktiviti secara bertiga-tiga dengan cara yang betul dan mematuhi aspek keselamatan dengan pengawasan guru.

Murid diminta mengira kadar denyutan nadi ketika rehat dan guru merekod kadar denyutan nadi murid.

Murid diberi penerangan tentang kadar denyutan nadi.

12.PENUTUP Murid melakukan aktivit penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

II. Daya Tahan Otot

Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Keupayaan otot untuk terus berfungsi tanpa mengalami kelesuan dipengaruhi oleh penghasilan asid laktik dalam tubuh.

Oleh itu, mereka yang memiliki daya tahan otot yang baik akan mempunyai kemampuan otot yang lebih cemerlang untuk bertoleransi dengan penghasilan asid laktik dan terus berfungsi pada ketika mereka yang memiliki daya tahan otot yang lemah akan menamatkan aktiviti mereka akibat kelesuan otot. Acara sukan yang boleh dikatakan amat mencabar keupayaan daya tahan otot adalah acara 400m pecut. Jika dikaitkan dengan sistem tenaga, daya tahan otot berkait atau lebih tepat lagi berhubung terus dengan sistem anaerobik-a-laktik. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranDaya Tahan Otot- lompat sisi- burpee

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, skitel, kayu

9.OBJEKTIFPsikomotor: Meningkatkan daya tahan otot.Kognitif : mengetahui aktiviti dan otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti.Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangang tentang aktiviti dan prosedur semasa melakukan aktiviti daya tahan otot. (lompat sisi dan burpee)

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid bahagikan kepada tiga kumpulan.

Murid diminta berdiri di sisi tempat permulaan dan melompat ke sisi kiri melepasi empat batang kayu secara ulang alik. Murid bergerak ke stesen kedua dan melakukan burpee sebanyak lima kali. Murid diberi penerangan tentang otot-otot yang terlibat semasa melakukan aktiviti.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

III. Kelenturan / Fleksibiliti

Kelenturan / fleksibiliti boleh dikatakan sebagai kemampuan otot-otot, ligamen dan tendon seseorang untuk meregang pada julat pergerakan maksimum bahagian tersebut. Sebagai contoh apabila kita melakukan aktiviti regangan pada bahagian otot belakang paha (hamstring), otot tersebut hendaklah diregangkan hingga ke julat pergerakannya yang maksimum.

Dalam aplikasi pergerakan untuk aktiviti fizikal contohnya, apabila kita mempunyai otot paha yang mempunyai daya kelenturan yang lebih tinggi maka dalam aktiviti berlari kita akan mempunyai julat pergerakan maksima yang lebih baik daripada atlit lain, sekaligus menambah kemampuan kita untuk melangkah lebih jauh tanpa memberi tekanan terlalu tinggi kepada bahagian otot terbabit. Dari segi biomekaniknya, larian kita akan mempunyai teknik langkahan dan hayunan yang betul, ini kerana kemampuan seseorang untuk mempunyai teknik larian atau teknik dalam sukan apa sekalipun, bukan sahaja bergantung kepada kekuatan otot bahkan juga bergantung kepada kelenturan otot terbabit. Secara umumnya, kelenturan atau sesetengah pihak memanggil fleksibiliti merujuk kepada kemampuan otot untuk bergerak bebas dalam julat pergerakan maksimanya.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranFleksibiliti- melangkah dan menyusup gelung- egg roll

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, gelung rotan

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti kelenturan untuk meningkatkan tahap kecergasan.

Kognitif : mengetahui aktiviti cara melakukan aktiviti kelenturan.

Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangang tentang aktiviti dan prosedur semasa melakukan aktiviti kelenturan. (melangkah dan menyusup gelung, egg roll) Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid diminta melangkah ke dalam gelung dan menyusup keluar tanpa menyentuh gelung. Ulang perlakuan yang sama sebanyak lima kali. Murid yang menyentuh gelung dikira batal dan melakukannya sekali lagi.

Murid bergerak ke stesen kedua dan melakukan egg roll dengan cara yang betul dan dipantau oleh guru.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

IV. Kekuatan

Kekuatan adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Ia juga boleh didefinisikan sebagai kemampuan otot-otot badan untuk menghasilkan kuasa bagi mengatasi satu-satu rintangan / bebanan dalam satu percubaan atau gerakan. Daya kekuatan otot seseorang dipengaruhi oleh jumlah dan saiz fiber otot yang dimilikinya dan yang paling penting keupayaan otot-otot tersebut diaktifkan dan direkrutkan secara menyeluruh dalam satu pergerakan. Mereka yang mampu memiliki ketiga-tiga faktor tersebut akan memiliki keupayaan kekuatan yang lebih daripada yang lain.

Kekuatan otot merujuk kepada kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal iaitu apabila otot menjadi kuat aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan tidak cepat mendatangkan keletihan. Atlit-atlit lontar peluru, angkat berat dan lontar lembing pada asasnya memiliki kekuatan otot yang lebih daripada individu lain.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranKekuatan- angkat timba- sokongan hadapan

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, gelung rotan,skitel

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti meningkatkan kekuatan otot dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif : menamakan tiga otot utama yang terlibat dapam aktiviti meningkatkan kekuatan otot.Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangang tentang aktiviti dan prosedur semasa melakukan aktiviti kekuatan. (angkat timba, sokongan hadapan)

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid diminta memilih pasangan yang mempunyai saiz yang sama. Murid diminta ampu rakan dengan tangan di bawah ketiak hingga ke skitel pertama dan menukar posisi hingga ke skitel kedua dan seterusnya. Murid bergerak ke stesen kedua dan berada dalam keadaan tekan tubi dan bergerak mengikut arah jam. Murid disoal tentang otot-otot utama yang terlibat bagi setiap aktiviti.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

V. Komposisi Tubuh Badan

Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Golongan yang mempunyai peratusan kandungan lemak yang tinggi dalam badan selalunya menjadi mangsa kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung, barah dan lain-lain.

Selain melakukan senaman, amalan pemakanan yang baik juga menyumbang kepada komposisi tubuh badan yang seimbang. Mereka yang mempunyai komposisi badan yang seimbang dapat menghindari pelbagai jenis penyakit yang membawa kepada maut. Oleh itu, setiap individu harus menjaga komposisi tubuh badan mereka dengan mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang dan rajin melakukan aktiviti fizikal yang baik supaya dapat mempunyai komposisi tubuh badan yang seimbang dan sihat.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranKomposisi Badan- kelas bentuk badan- indek jisim badan / Body Mass Index (BMI)

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanPenimbang berat, pengukur tinggi

9.OBJEKTIFKognitif menerangkan kelas dan bentuk badan dan sukan yang sesuai.

Afektif mengira BMI sendiri dan rakan dengan cara yang betul.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid ditunjukkan gambar tiga bentuk badan yang berbeza.

Murid diminta menyatakan bentuk tubuh badan yang ditunjukkan dalam gambar.

Murid diberi penerangan tentang kelas dan bentuk badan dan juga sukan yang sesuai dengan komposisi badan. Murid diterangkan mengenai indek jisim badan dan diminta mengukur tinggi dan menimbang berat masing-masing. Murid diminta mengira BMI diri sendiri dan empat orang rakan di kelas.

Murid diminta ampu rakan dengan tangan di bawah ketiak hingga ke skitel pertama dan menukar posisi hingga ke skitel kedua dan seterusnya.

Murid disoal tentang kelas bentuk badan dan cara mengira BMI.

12.PENUTUP Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor

I. Kuasa Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot. Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja dengan keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranKuasa

- standing broad jump- lompat menegak

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanKapur,pita pengukur

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti meningkatkan tahap kuasa kendiri dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif : menamakan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kuasa kendiri.

Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangan tentang kuasa dan aktiviti serta prosedur semasa melakukan aktiviti berkaitan kuasa. (standing broad jump, lompat menegak)

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid memegang kapur dan menanda titik permulaan sebelum melompat.

Murid dibenarkan membengkok lutut dan mendekam sebelum melompat setinggi yang mampu.

Murid tidak dibenarkan menghayun tangan sebelum lompatan. Skor diambil daripada tiga percubaan itu dari ketinggian maksimum tolak tanda permulaan. Murid bergerak ke stesen kedua dan diminta berdiri di belakang garisan.

Murid diminta melompat dan dibenarkan membengkok lutut dan menghayun tangan.

Tiga percubaan diberikan dengan skor terbaik dari tiga percubaan itu diambil kira.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

II. KetangkasanIalah kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh. Ia berkaitan dengan kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat secara kemas dan mudah. Ianya amat penting dalam situasi permainan contohnya ketika menggelecek bola melepasi pihak lawan dalam permainan bola sepak, hoki dan sebagainya. Ketangkasan juga dapat membantu kita mengelak kemalangan atau kecederaan semasa melakukan aktiviti harian.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranKetangkasan

- lari ulang alik- berlari zig-zag

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanJam randik, wisel, skitel,baton,pundi kacang

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti ketangkasan dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif : menerangkan cara yang selamat semasa melakukan aktiviti ketangkasan.Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangan tentang ketangkasan dan aktiviti serta prosedur semasa melakukan aktiviti berkaitan kuasa. (lari ulang alik, lari zig-zag) Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid dipecahkan kepada 2 kumpulan dan diminta berada di belakang garisan permulaan.

Murid diminta berlari dan mengambil 5 baton dan patah balik ke garisan permulaan berulang kali. Murid bergerak ke stesen dua berlari zig-zag ke arah skitel dan mengambil pundi kacang pada setiap skitel ke garisan penamat. Masa dicatat untuk kedua-dua aktiviti.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

III. ImbanganKeupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik). Imbangan yang baik dapat menstabilkan pergerakan ketika berjalan, berbasikal, bersenam dan juga aktiviti-aktiviti lain. Terdapan dua jenis imbangan iaitu imbangan static dan imbangan dinamik. Imbangan static ialah satu urutan pergerkaan yang dilakukan setempat sahaja. Manakala imbangan dinamik merupakan urutan pergerakan ke hadapan. Aktiviti ini memerlukan kita merendahkan badan untuk mendapatkn kestabilan.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranImbangan - dirian bangau- jalan atas blok kayu

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel,jam randik,blok kayu

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti imbangan dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif : menerangkan cara yang selamat semasa melakukan aktiviti imbangan.

Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangan tentang ketangkasan dan aktiviti serta prosedur semasa melakukan aktiviti imbangan. (dirian bangau,jalan atas blok kayu)

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid dipecahkan kepada 2 kumpulan dan diminta berada di belakang garisan permulaan.

Murid diminta memegang dua blok kayu dan meletakkan sekeping di hadapan dan pijak dengan kaki kiri. Letakkan blok kayu kedua dan pijak dengan kaki kanan. Murid melakukan aktiviti hingga ke garisan penamat.

Murid bergerak ke stesen dua dan diminta berada di dalam gelung rotan dan melakukan dirian bangau. Masa dicatat untuk dirian yang paling lama.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

IV. KoordinasiKoordinasi alah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Ia merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Dan mengukur kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit Pembelajarankoordinasi- menggelecek bola sepak dan hoki

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, skitel, kayu hoki, bola hoki, bola sepak,jam randik.

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti koordinasi dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif : menerangkan cara yang selamat semasa melakukan aktiviti koordinasi.

Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangan tentang konsep koordinasi dan aktiviti serta prosedur semasa melakukan aktiviti koordinasi. Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid dipecahkan kepada 2 kumpulan dan diminta berada di belakang garisan permulaan.

Murid diminta menggelecek bola sepak keliling kon dan menghantar kepada guru. Guru menghantar semula bola dan murid meggelecek hingga ke garisan penamat.

Murid bergerak ke stesen kedua dan menggelecek bola hoki keliling skitel. Catatan masa terpantas diambil oleh guru.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

V. KelajuanKelajuan adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan ditentukan dari hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelajuan memerlukan kekuatan otot, daya tahan otot dan kuasa otot. Kelajuan dapat memebantu meningkatkan prestasi dalam sukan. Ianya dapat ditingkatkan dalam aktiviti larian pecut. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranKelajuan- lari pecut dalam barisan

- larian pecut 40 meter

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, jam randik, skitel

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti kelajuan dengan teknik yang betul dan selamat.

Kognitif : menyenaraikan aktiviti yang dapat meningkatkan kelajuan.Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangan tentang konsep kelajuan dan aktiviti serta prosedur semasa melakukan aktiviti koordinasi.

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid diminta berlari secara perlahan-lahan dalam satu barisan.

Apabila wisel ditiupkan, murid pada kedudukan terakhir perlu pecut ke hadapan. Ulang akitiviti sehingga kesemua murid berada dalam kedudukan asal.

Murid berada di belakang garisan permulaan dalam keadaan sedia. Apabila wisel ditiup, murid dikehendaki berlari pecut sehingga ke garisan penamat. Catatan masa terpantas diambil oleh guru.

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.

VI. Masa tindak balasMasa tindak balas bermaksud tempoh yang diambil untuk bertindak atau memulakan pergerakan setelah menerima sesuatu ransangan. Dalam erti kata lain, reaksi terhadap sesuatu yang dilakukan dengan pantas. Hal ini akan meningkatkan kepekaan dan kelajuan tindak balas terhadap sesuatu perkara. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

1.Mata PelajaranPendidikan Jasmani Dan Kesihatan

2.Tajuk/Tunjang pembelajaranKecergasan

3.Unit PembelajaranMasa tindak balas- lambung dan sambut bola

- kod rahsia

4.Tarikh 28 Februari 2012

5.Masa07.40 08.40 pagi (1 jam)

6.Tingkatan4 Cerdik

7.Bilangan Pelajar30 Orang Pelajar

8.PeralatanWisel, jam randik, bola kecil.

9.OBJEKTIFPsikomotor: melakukan aktiviti komponen tindak balas dengan teknik yang betul dan selamat untuk meningkatkan kepekaan terhadap arahan.Kognitif : menyenaraikan aktiviti yang dapat meningkatkan reaksi.Afektif : Menunjukkan keyakinan dan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

10.PERMULAANAktiviti pemanasan badan- dikendalikan oleh seorang murid dengan tunjuk ajar daripada guru.

11.PERKEMBANGAN

Murid diberi penerangan tentang konsep masa tindak balas dan aktiviti serta prosedur semasa melakukan aktiviti.

Murid diberi penerangan tentang aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti.

Murid diberikan bola kecil dan diminta melambung dan menepuk tangan sebelum menyambutnya semula. Ansur maju lambung tinggi dan rendah, tepuk sekali dan berkali-kali mengikut arahan guru.

Murid dibahagikan secara berpasangan membaling dan menyambut bola serta menepuk tangan.

Murid diminta berdiri di tengah-tengah kawasan skitel. (grid 30mx40m). Murid bebas bergerak di dalam kawasan dan melakukan aktiviti dengan arahan guru.

1. itik duduk

2. katak melompat

3. lembu berjalan

4. ayam lari setempat

12.PENUTUP Murid melakukan aktiviti penyejukan badan dengan pengawasan guru.

Guru membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran.