27 mei 2017 / jabatan penerangan edisi sabtu / … dokumen/2017/mei/pelitabrunei_270517.pdf ·...

24
EDISI SABTU / PERCUMA JABATAN PENERANGAN 1 ''PADA hemat beta, saluran terbaik untuk menyerapkan teladan yang berharga ialah melalui pendidikan ugama. Kerana itu pelaksanaan Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 pada awal tahun 2013 ini adalah amat wajar dan perlu. Ia akan menjadi wadah untuk melahirkan generasi lebih berilmu, malah lebih berakhlak serta mampu untuk menghindarkan mereka dari gejala buruk sosial dan penyakit masyarakat yang membebankan negara.'' - Titah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Bagi Tahun 1434 Hijrah / 2013 Masihi. ''WAHAI orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diamanahkan kepada kamu sedang kamu mengetahui salahnya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Anfaal, ayat 27). TAHUN 62 / BILANGAN 63 1438 Muka 4 & 5 CIPTA beri nilai tambah produktiviti negara 27 MEI 2017 / E-mel: [email protected] E-mel : [email protected] Hotline : 2382891 / 2383400 Smb: 217 Faksimile : 2381004 Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn 4.33 4.43 6.06 6.30 12.18 3.43 6.29 7.43 Umat Islam mula berpuasa hari ini Oleh : Mohamad Azmi Awang Damit, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Noraisah Muhammed, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUNGKU LINK, Jumaat, 26 Mei. - Umat Islam di Negara Brunei Darussalam mula menjalani ibadah puasa Ramadan bagi tahun 1438 Hijrah esok (27 Mei). Pengumuman tersebut telah diumumkan melalui siaran Radio dan Televisyen Brunei (RTB) malam tadi setelah rombongan yang ditugaskan melihat anak bulan Ramadan di beberapa kawasan petang tadi telah sabit kelihatan. Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie telah mensabitkan dan mengesahkan bahawa anak bulan itu kelihatan. BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap qari dan qariah negara, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman. Kedua-dua qari dan qariah tersebut telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-59 di Kuala Lumpur, Malaysia. Hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Turut hadir, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda bin Haji A.Rashid; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yusof dan jurulatih bagi peserta-peserta Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Awang Haji Md. Yusof bin Bakar. Berkenan menerima mengadap qari dan qariah negara Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap qari dan qariah negara, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit. YTM dinaikkan pangkat Kapten (Udara) Tetap TUDB BOLKIAH GARISON, Jumaat, 26 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memperkenankan bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Pemangku Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dinaikkan pangkat ke Kapten (Udara) Tetap bermula pada 9 Mei 2017. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, tahun lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat dan Memasang Lencana Pangkat Pemangku Kapten ke atas Yang Teramat Mulia pada majlis yang diadakan di Mes Pegawai Bolkiah Garison pada 31 Ogos 2016. Ke muka 6 Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan Oleh yang demikian, pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam mengumumkan bahawa awal bulan Ramadan tahun ini jatuh pada Sabtu, 27 Mei 2017. Bagi Daerah Brunei dan Muara, hadir sama di Menara DST di Bangunan Ibu Pejabat DST di sini bagi melakukan pencerapan anak bulan Ramadan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Ke muka 12

Upload: doanhuong

Post on 11-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

EDISI SABTU / PERCUMAJABATAN PENERANGAN1

''PADA hemat beta, saluran terbaikuntuk menyerapkan teladan yangberharga ialah melalui pendidikanugama. Kerana itu pelaksanaan

Perintah Pendidikan Ugama Wajib2012 pada awal tahun 2013 ini

adalah amat wajar dan perlu.Ia akan menjadi wadah untuk

melahirkan generasi lebihberilmu, malah lebih berakhlak

serta mampu untuk menghindarkanmereka dari gejala buruk

sosial dan penyakit masyarakatyang membebankan negara.''

- Titah Sempena Sambutan MauludNabi Muhammad Sallallahu Alaihi

Wasallam Bagi Tahun 1434Hijrah / 2013 Masihi.

''WAHAI orang-orang yangberiman, janganlah kamumengkhianati Allah danrasul-Nya dan janganlah

kamu mengkhianatiamanah-amanah yangdiamanahkan kepadakamu sedang kamu

mengetahui salahnya.''- (Firman Allah SubhanahuWata'ala berfirman dalamSurah Al Anfaal, ayat 27).

TAHUN 62 / BILANGAN 63 1438

Muka 4 & 5

CIPTA beri nilai tambahproduktiviti negara

27 MEI 2017 /

E-mel: [email protected] : [email protected] Hotline : 2382891 / 2383400 Smb: 217 Faksimile : 2381004 Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap qari dan qariah negara, Awangku MuhammadAdibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

4.33 4.43 6.06 6.30 12.18 3.43 6.29 7.43

Umat Islam mula berpuasa hari iniOleh : Mohamad Azmi Awang Damit, Wan Mohamad Sahran Wan

Ahmadi, Noraisah Muhammed, Ak. Syi'aruddin Pg. DauddinFoto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin,

Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

TUNGKU LINK, Jumaat, 26 Mei. -Umat Islam di Negara BruneiDarussalam mula menjalani ibadahpuasa Ramadan bagi tahun 1438Hijrah esok (27 Mei).

Pengumuman tersebut telahdiumumkan melalui siaran Radio danTelevisyen Brunei (RTB) malam tadisetelah rombongan yang ditugaskanmelihat anak bulan Ramadan dibeberapa kawasan petang tadi telahsabit kelihatan.

Yang Berhormat Ketua HakimSyarie telah mensabitkan danmengesahkan bahawa anak bulan itukelihatan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'AliSaifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamberkenan menerima mengadap qari dan qariahnegara, Awangku Muhammad Adibul Amin binPengiran Haji Marjuki dan Dayang Hajah Siti NoorDzuhairah binti Haji Awang Damit.

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di IstanaNurul Iman.

Kedua-dua qari dan qariah tersebut telah berjayamendapat tempat kedua dalam Majlis Tilawahdan Menghafaz Al-Quran Peringkat AntarabangsaKali Ke-59 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah MenteriHal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin UdanaKhatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji AwangBadaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othmandan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang MuliaDato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin HajiMohd. Daud.

Turut hadir, Setiausaha Tetap di Jabatan PerdanaMenteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda binHaji A.Rashid; Setiausaha Tetap Kementerian HalEhwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji AbdulAziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd.Yusof dan jurulatih bagi peserta-peserta NegaraBrunei Darussalam, Dato Paduka Awang Haji Md.Yusof bin Bakar.

Berkenan menerima mengadapqari dan qariah negara

Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap qari dan qariah negara, Awangku MuhammadAdibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit.

YTM dinaikkan pangkatKapten (Udara) Tetap TUDB

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 26Mei. - Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam, Menteri Pertahanan danPemerintah Tertinggi AngkatanBersenjata Diraja Brunei (ABDB)telah memperkenankan bagi YangTeramat Mulia Paduka Seri Duli 920Pemangku Kapten Pengiran Muda'Abdul Mateen ibni Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

dinaikkan pangkat ke Kapten (Udara)Tetap bermula pada 9 Mei 2017.

Menurut Siaran AkhbarKementerian Pertahanan, tahun lalu,Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam, Menteri Pertahanandan Pemerintah Tertinggi ABDBtelah berkenan berangkatmenyempurnakan Majlis KenaikanPangkat dan Memasang LencanaPangkat Pemangku Kapten ke atasYang Teramat Mulia pada majlisyang diadakan di Mes PegawaiBolkiah Garison pada 31 Ogos2016.

Ke muka 6

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian PertahananOleh yang demikian, pada

menjunjung titah perkenan KebawahDuli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar 'AliSaifuddien Sa'adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam, maka YangBerhormat Yang Di-Pertua MajlisUgama Islam Negara BruneiDarussalam mengumumkan bahawaawal bulan Ramadan tahun ini jatuhpada Sabtu, 27 Mei 2017.

Bagi Daerah Brunei dan Muara,hadir sama di Menara DSTdi Bangunan Ibu Pejabat DST di sinibagi melakukan pencerapan anakbulan Ramadan ialah MenteriPembangunan, Yang Berhormat DatoSeri Setia Awang Haji Bahrin binAbdullah.

Ke muka 12

Page 2: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

2 HALUAN

Jaga hartawarisan sejarah

negara

Bismillahir Rahmannir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

DI kesempatan ini peramba / sayamerakamkan ucapan berbanyakterima kasih atas ingatan baik

Yang Mulia Pengerusi Majlis mengundangperamba / saya hadir bersama merayakanSambutan Hari Muzium Antarabangsa hariini. Sambutan yang diadakan setiaptahun sebegini merupakan wadah untukmeningkatkan kesedaran awam mengenaifungsi muzium-muzium dalam pembangunanbangsa dan masyarakat. Peramba / sayaterpanggil untuk mengongsikan kepadaabiskita satu hipotesis mengenai putaranbudaya yang mungkin ada hubungan denganSambutan Hari Muzium Antarabangsayang kita adakan hari ini. Sesuatu idea yangdiilhamkan akan menjadi satu ciptaan yangditerima awal oleh orang sekeliling sebagaitrend atau kebiasaan. Dan apabila trend iniberleluasa serta tersebar, ia akan menjadisesuatu yang popular (digemari). Apabilaterus diamalkan dan digunakan sehinggasebati dalam kehidupan, ciptaan tersebutakan menjadi budaya. Budaya itu pulajika berterusan diamalkan akan menjadiwarisan; dan apabila ia tidak lagi diamalkanmaka ia akan menjadi khazanah dalambentuk dokumentasi ataupun artifak sejarah.

Hipotesis ini mencerminkan keperluanuntuk kitani sama-sama memelihara dayacipta datu nini kitani (generasi terdahulu)yang mempunyai nilai saintifik, kognitif danseni yang tinggi. Contoh terdekat ialah kaintenunan Brunei biasa juga dipanggil KainSongket atau Jong Sarat. Selain menunjukkankemahiran dan kreativiti penenun, ia jugamenunjukkan keintelektualan orang Bruneimelalui makna yang tersurat dan tersirat padamotif tenunan yang tertentu dan indahkanlagi dengan diberikan nama-nama yang unikdan istimewa. Industri Desa (ataupun CottageIndustry) tenunan ini telah lama wujuddi Brunei khususnya di Kampong Ayersehingga ada kampung yang 'kebilangan'(tersohor) dengan pertukangan tradisionalini. Antara lain Kampung Sungai Kedayandan Kampung Lurong Sikuna terkenal denganpenenunnya, kampung-kampung yang lainjuga ada kluster kepakarannya sepertiKampung Pandai Besi dengan pakar besinya,Kampung Pekilong Muara terkenal denganpakar menangkap ikan menggunakankilong dan Kampung Saba terkenal denganpemburis perahunya.

Bercakap tentang tema tahun ini, 'MuziumDan Cabaran Sejarah : Menyatakan YangTidak Terungkap', pada utamanya, sejarahmemainkan peranan penting dalammenghuraikan kebenaran, kesahihan danketulusan fakta terutama sekali faktapembentukan sebuah bangsa dan negara.Sejarah adalah penemuan, pengumpulan,pengurusan dan persembahan maklumatmengenai peristiwa silam. Ia merupakansatu medan penyelidikan yang menggunakansesuatu penceritaan untuk memastikan urutanperistiwa sahih dan benar, diperakui denganbukti-bukti sama ada dalam bentuk arkeologi,artifak, penulisan, cara dan amalan hidup

(atau lebih tepat dipanggil etnografi) sertatradisi lisan. Penemuan bukti-bukti terkiniboleh merubah fakta sejarah. Apatah lagijika penemuan dari pelbagai sumber kadangkala mempertikaikan kesahihan faktasejarah yang ada.

Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalammelalui Memorandum Menteri Besar Bruneipada 26 Januari 1982 telah memperkenankanbagi penubuhan Pusat Sejarah Brunei, yangmenjadi pusat sumber persejarahan negarayang autoritatif. Kedua-dua jabatan, iaituJabatan Muzium-Muzium dan Jabatan PusatSejarah Brunei berperanan dalam menjadipelengkap kepada sumber persejarahanNegara Brunei Darussalam yang berpaksikanfalsafah Melayu Islam Beraja yang kitakasihi ini.

Jauh dari itu, kita selaku rakyatdan penduduk negara ini hendaklah jugamenghargai peninggalan sejarah sama adasejarah keluarga, kampung, mukim, daerah,dan negara. Ini memang tugas kitadipelbagai peringkat untuk melestari danmencari bahan yang dapat dimanfaatkan olehgenerasi akan datang. Generasi akan datang

juga perlu diperkasa dengan peninggalansejarah yang tulen, benar dan lengkapuntuk mereka terus banggakan danperkasakan / memartabatkan.

Kepekaan orang ramai dalam menilai bahansejarah juga diperlukan dalam sama-samamenjaga harta warisan yang bersejarah.

Dalam kesempatan ini, saya sukacitamerakamkan setinggi tahniah dan ucapanberbanyak terima kasih kepada Yang MuliaAwang Daud bin Haji Bujang danSyarikat Daikyo Sendirian Berhad yang telahmenyerahkan sebuah dandang wap lama yangdijumpai di Daerah Belait pada hujungtahun lepas kepada pihak Jabatan Muzium-Muzium. Dandang wap lama ini, atau dalambahasa Inggerisnya steam generator boilermempunyai nilai sejarah yang tinggi terutamasekali dalam sejarah penggunaan teknologidandang wap di negara kita ini. Pada akhirKurun Ke-19 dan awal Kurun Ke-20, dandangwap dinyatakan sebagai mesin perindustrianyang palingsignifikan pernah diciptaoleh manusia ketika itu. Alhamdulillah,kerjasama di antara Jabatan Perdana Menteri,Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri danKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukandalam perkara ini juga peramba / sayasanjung tinggi.

'Hanya jauhari yang mengenal manikam'.Begitulah juga bahan peninggalan sejarahyang hanya akan dapat dinilai oleh merekayang tahu nilainya atau mereka yang inginmengetahui dan menghargainya. Mengenaliartifak sejarah bererti mengenali budaya dansejarah serta ketamadunan generasi sebelumkitani. Ini adalah keutamaan dalam kitasama-sama memahami nilai bangsa itu sendiri.Peramba / saya seterusnya menekankan agaradanya peningkatan kolaborasi dan mitrakerja yang tinggi di antara JabatanMuzium-Muzium, Pusat Sejarah Brunei,Universiti Brunei Darussalam dan parapengumpul untuk sama-sama meningkatkankajian dan pendokumentasian nilai sejarah.Adalah diharapkan juga agar khalayak sasaranbagi inisiatif-insiatif sebegini ialah para belia.Selaku generasi penerus mereka hendaklahmenghayati bahawa sejarah dan artifakwarisan adalah sebagai warisan bangsadan budaya, untuk dikekalkan kepadagenerasi-generasi yang akan datang.

Buat akhirnya, sekali lagi, ucapan tahniahkepada Jabatan Muzium-Muzium atasusaha yang berkebajikan ini, dan selamatmenyambut Hari Muzium Antarabangsabuat Ke-16 kali di Negara BruneiDarussalam.

Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah,Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh.

MEI RAMADAN

2728293031

1 JUN2

1234567

������������

���������

�����������

HARI SABTU 27 MEI 2017

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan,Yang Berhormat Pehin Datu LailarajaMejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri HajiAwang Halbi bin Haji Mohd.Yussof semasaberucap pada Majlis Sambutan Hari MuziumAntarabangsa 2017 pada hari Khamis,21 Syaaban 1438 Hijrah / 18 Mei 2017 Masihidi Galeri Seni, Dermaga Diraja, BandarSeri Begawan.

127 MEI 2017 BERSAMAAN 1438

4 . 334 . 334 . 334 . 334 . 324 . 324 . 33

4 . 434 . 434 . 434 . 434 . 424 . 424 . 43

6 . 066 . 066 . 066 . 066 . 066 . 076 . 07

6 . 306 . 306 . 306 . 306 . 306 . 306 . 31

12 . 1812 . 1912 . 1912 . 1912 . 1912 . 1912 . 19

3 . 433 . 433 . 433 . 433 . 443 . 443 . 44

6 . 296 . 296 . 296 . 296 . 296 . 306 . 30

7 . 437 . 447 . 447 . 447 . 447 . 457 . 45

KERJAKAN IBADAH PUASADENGAN SEMPURNA

ALHAMDULILLAH, kini kita telah melangkah ke bulanpenuh keberkatan dan kerahmatan, iaitu bulanRamadan Al-Mubarak, bulan yang dipermulaannya

rahmat, pertengahan pengampunan dan penghujungnyaterlepas daripada api neraka. Oleh yang demikian, kita sebagaiumat Islam semestinya menyambut kedatangan bulan Ramadanini dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana berpeluangmelipatgandakan amal ibadah pada bulan yang dijanjikanpahala berlipat ganda oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Pada bulan Ramadan ini umat Islam seluruh dunia diwajibkanuntuk mengerjakan ibadah puasa, iaitu salah satu daripadarukun Islam yang lima, sebagaimana firman Allah SubhanahuWata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 : “Wahai orang-orangyang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimanadiwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu supayakamu bertakwa.''

Oleh itu, berdasarkan ayat di atas, seluruh umat Islamdiwajibkan untuk mengerjakan ibadah puasa, barang siapa yangmeninggalkannya dengan senghaja tanpa ada keuzuran yangdiharuskan oleh syarak bukan sahaja doa besar baginya bahkantidak dapat ditebus dengan apa jua cara sekalipun. Tidak bolehditukar ganti, sekalipun ia berpuasa seumur hidup.Sebagaimanasabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkanoleh Al-Imam At-Termizi : “Dari Abu Hurairah Radhiallahuanhuberkata : bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa adarukhsah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, diatidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yangditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.''

Pada bulan Ramadan ini juga kita amat dituntut untukmeningkatkan amalan ibadah dengan memperbanyakkanistighfar, bertaubat, sembahyang sunat, bersedekah danmembaca Al-Quran. Di samping itu, pada bulan Ramadan inilahjuga peluang untuk kita memperbanyakkan bersembahyangberjemaah di masjid kerana pahala berjemaah di luar bulanRamadan sudah digandakan sebanyak 27 kali ganda apatahlagi pada bulan Al-Mubarak ini. Kita juga berpeluang untukbersembahyang Sunat Tarawih, yang boleh dilakukan secaraberseorangan ataupun berjemaah. Sembahyang ini sangatistimewa kerana ia hanya dapat dilakukan pada malam-malambulan Ramadan sahaja. Oleh itu, dalam kesempatan beradapada bulan Ramadan ini, tanamkanlah azam untuk menjadikanmasjid sebagai tempat ibadah sepanjang bulan Ramadan iniseperti melaksanakan Sembahyang Sunat Tarawih, membacaAl-Quran, beriktikaf dan sebagainya.

Pada bulan Ramadan ini juga peluang berbuat amal kebajikanseperti amalan bersedekah. Hal ini kerana amalan bersedekahbanyak mendatangkan manfaat dan faedah, lebih-lebih lagijika dilakukan di dalam bulan penuh berkah ini. Antaranyabersedekah adalah menjadi jalan bagi seorang hambamendekatkan dirinya kepada Allah Subhanahu Wata'ala,menambah keimanannya, menghapuskan dosa serta mendapatganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Denganamalan bersedekah itu, ia boleh membentuk akhlak yang luhurserta sifat yang mulia kepada pemberiannya, seperti melahirkansifat pemurah, belas kasihan dan berlemah lembut terhadapsaudaranya yang memerlukannya.

Oleh yang demikian, rebutlah peluang sepanjang Ramadanini untuk sentiasa berusaha mendapatkan kesempurnaan danmenghindarkan diri daripada melakukan sebarang kesalahanyang boleh mengurangkan pahala puasa Ramadan. Oleh itu,semoga ibadah puasa dan segala amal kebajikan yang akandilakukan sepanjang bulan Ramadan ini akan mendapatganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Amiin YaRabbalalamin. - Ketua Penyuntingan (Rd).

Page 3: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 3

Berkenan menerima mengadapKetua-Ketua Perwakilan Asing

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang SulaimanFoto : Hamzah Mohidin

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan HajiOmar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titahperutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan dan kerabat diraja sertakerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.

Kebawah DYMM berkenan utus tahniahsempena Hari Kemerdekaan Jordan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titahperutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia RajaAbdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan dan kerabat diraja sertakerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan HariKemerdekaan negara tersebut.

Dalam titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang MahaMulia Raja Abdullah II Ibn Al-Hussein, Raja Jordan, Kebawah DuliYang Maha Mulia merakamkan penghargaan di atas hubunganpersaudaraan yang akrab dan kerjasama yang sekian lama dinikmatioleh kedua-dua buah negara dan berharap akan berpeluang untukmeneruskan kerja bersama dengan baginda bagi mengukuhkan lagihubungan yang bernilai ini di tahun-tahun mendatang.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berdoa ke hadrat AllahSubhanahu Wata'ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia RajaAbdullah II dan kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihatwalafiat dan kebahagiaan, dan rakyat Jordan akan terus menikmatikemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMMmenyampaikan salam sejahtera dan ucapan selamat menyambutbulan Ramadan yang mubarak kepada Kebawah DYMM RajaAbdullah II.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25Mei. - Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,berkenan menerima mengadap secaraberasingan Ketua-Ketua Perwakilan Asingyang akan menamatkan perkhidmatan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mulaberkenan menerima mengadap Duta BesarIstimewa dan Mutlak Republik PersekutuanJerman ke Negara Brunei Darussalam,Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkanSurat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlisKebawah DYMM Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam pada 29 September 2012.

Mengiringi Tuan Yang Terutama RolandChristian Grafe pada Majlis Mengadap yangberlangsung di Istana Nurul Iman ialahTimbalan Duta Besar Republik PersekutuanJerman di Negara Brunei Darussalam,Mr. Thomas Heilmaier.

Kebawah DYMM seterusnya berkenanmenerima mengadap Pesuruhjaya TinggiBritish ke Negara Brunei Darussalam, TuanYang Terutama David Campbell yang telahmenyembahkan Surat Tauliah Pelantikannyake hadapan majlis Kebawah DYMM PadukaSeri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam pada 2 Oktober2013.

Baginda seterusnya berkenan menerimamengadap Duta Besar Istimewa dan MutlakJepun ke Negara Brunei Darussalam, PuanYang Terutama Noriko Iki. Puan YangTerutama telah menyembahkan SuratTauliahPelantikannya ke hadapan majlisKebawah DYMM pada 13 September 2014.

Mengiringi PYT Noriko Iki padaMajlis Mengadap tersebut ialah SetiausahaPertama, Kedutaan Besar Jepun di NegaraBrunei Darussalam, Ms. Rie Arai.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe(kiri); Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell (kanan) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang TerutamaNoriko Iki (bawah).

Page 4: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 20174

Oleh : Aimi SaniFoto : Masri Osman

Ke muka 5

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), selaku Penaung Anugerah CIPTA berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah-hadiah danAnugerah CIPTA kepada para pemenang.

CIPTA beri nilai tambah produktiviti negara

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.)Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka Seri BagindaSultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Menteri Kanan di JabatanPerdana Menteri dan Pro-Canselor UniversitiTeknologi Brunei (UTB), selaku PenaungAnugerah CIPTA berkenan berangkat keMajlis Anugerah CIPTA Pengiran MudaMahkota 2017 berlangsung di Dewan Serambi

Suluh, Tarindak D'Seni, di ibu negara, di sini.Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia

dijunjung oleh Menteri Pendidikan, YangBerhormat Pehin Orang Kaya Indera PahlawanDato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin HajiOsman; Naib Canselor UTB, Profesor MadyaDr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman danPengarah Urusan Brunei LNG SendirianBerhad, Dr. Thomas Jenke.

Majlis bermula dengan bacaanSurah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpinoleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam DatoPaduka Seri Setia Ustaz Haji AwangAbdul Hamid bin Bakal diikuti dengansembah alu-aluan oleh Naib Canselor UTB,Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah.

Naib Canselor UTB, ProfesorMadya Dr. Hajah Zohrah dalam sembah

alu-aluannya berkata, UTB berperanan pentingdalam memupuk minat ke arah pendidikan danpembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraandan Matematik (Science, Technology,Engineering and Mathematics - STEM).

Menurut beliau, salah satucaranya adalah menyediakan ekosistem yangboleh menjana bakat reka cipta dan inovasiberkualiti tinggi melalui Pertandingan CIPTAPengiran Muda Mahkota.

Pertandingan ini juga jelasnya, bolehmemberi nilai tambah pada produktivitinegara seperti yang dimaksudkan melalui temapertandingan, iaitu 'Inovasi Untuk EkonomiYang Mampan' di mana penyelidikan danpembangunan adalah pemudah cara inovasi,boleh mendorong kepada pertumbuhanproduktiviti serta ekonomi sesebuah negara.

Beliau seterusnya menambah bahawainovasi memerlukan pelbagai usaha termasukpersekitaran yang kondusif, mentor yangberpengalaman, infrastruktur, akses kepadaindustri dan pelabur pasaran.

''Sambutan dan kualiti penyertaan daridalam negeri masih di tahap yang sama padasetiap pertandingan. Pada tahun ini, seramai47 buah penyertaan di mana 10 daripadanyaadalah dari negara ASEAN dan 37 daridalam negeri. Penyertaan negara ASEANboleh menjadi pemangkin kepadapersaingan peserta dalam negeri dan menjadipetanda aras pada kualiti penyertaandi setiap Pertandingan CIPTA PengiranMuda Mahkota,'' terangnya.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan Pro-Canselor UTB, selaku Penaung Anugerah CIPTA berkenan bergambar ramaibersama pemenang-pemenang Anugerah CIPTA.

Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan takziahBANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtelah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Indonesia, Tuan YangTerutama Dato Laila Utama Joko Widodo berikutan dengan letupan bom yang mengakibatkankehilangan nyawa yang berlaku di Jakarta baru-baru ini.

Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu, baginda berasa sedih mengetahuiberita mengenai dengan kejadian letupan bom berkenaan.

Sebagai mengutuk serangan ganas tersebut, baginda bagi mewakili kerajaan dan rakyatNegara Brunei Darussalam menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalamkepada kerajaan dan rakyat Republik Indonesia terutamanya kepada ahli keluarga yang terlibatdalam kejadian tersebut.

Page 5: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 5

Dari muka 4

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan Pro-Canselor UTB, selaku Penaung Anugerah CIPTA berkenan dijunjung melawatPameran CIPTA Pengiran Muda Mahkota 2017 (atas kiri, atas kanan dan bawah kiri). Sementara gambar bawah kanan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan Anugerah CIPTAkepada pemenang.

ANTARA yang hadir pada Majlis Anugerah CIPTA Pengiran Muda Mahkota 2017 yang berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'Seni.

Majlis kemudiannya diteruskan denganringkasan penilaian keseluruhan ketuapengadil bagi penyertaan CIPTA 2017 diikutidengan pengumuman pemenang-pemenang pertandingan berkenaan yangdisampaikan oleh Pengerusi BersamaJawatankuasa Teknikal CIPTA 2017, Dr.Hajah Nor Zainah binti Haji Siau.

Sebanyak lima kategori telahdipertandingkan, iaitu Kategori 1 CiptaanProduk, Proses atau Teknologi yang Baharu;Kategori 2 Pengubahsuaian Produk, Prosesatau Teknologi yang Sedia Ada; Kategori 3Ciptaan Baharu atau Pengubahsuaian Produk,Proses atau Teknologi yang Sedia Ada olehPencipta / Pereka Muda; Pertandingan SmartJunior dan Pertandingan ASEAN di bawahKategori Ciptaan Baharu atau PengubahsuaianProduk, Proses atau Teknologi yang Sedia Adadan Ciptaan Produk, Proses atau TeknologiYang Baharu bagi Pencipta / Pereka Muda.

Bagi Kategori Pertama Ciptaan Produk,Proses atau Teknologi Yang Baharu, tiadapemenang tempat pertama dan kedua bagikategori ini.

Projek Revolving Griller hasilciptaan Awang Haji Weston binSulaiman mendapat tempat ketiga bagikategori tersebut dengan kutipan markah73.3 peratus.

Manakala bagi Kategori Kedua, ProjekGeography Teaching Aid hasil ciptaan AwangHaji Muhammad Zuwaini bin Haji Aliyani danDayang Syazana binti Mohammad Jaluddinmendapat tempat kedua manakala projek GreatHanger hasil ciptaan Dayang Amanina @Nurfatin binti Haji Bakar dan Dayang NurulBahriah binti Haji Latip pula mendapat tempatketiga dan tiada pemenang di tempat pertamabagi Kategori Kedua.

Sementara itu, bagi projek Hijau SPA (SmartPortable Aquaponics) sistem hasil ciptaanDayangku Nurul Syasya Aqilah binti PengiranHaji Omardani, Dayang Rasyidah binti

Shahrani dan Dayang Nurul Nur Sakirah bintiShahbudin dari Pusat Tingkatan EnamMeragang (PTEM) menjuarai Kategori 3Ciptaan Baharu atau Pengubahsuaian Produk,Proses atau Teknologi Yang Sedia Ada olehPencipta / Pereka Muda.

Tempat kedua bagi Kategori Ketiga inidimenangi oleh Dayang Nurul Nabiihah bintiZulsekin, Awang Waleed bin Haji Masri danDexter Poh Tzi Siang dari Sekolah MenengahSayyidina Hassan dengan hasil ciptaan merekaProjek Vacuum on Water.

Di tempat ketiga pula disandang olehpelajar-pelajar dari Sekolah MenengahBerakas iaitu, Dayang Ammera Fazia @ Adivabinti Sulaiman, Awang Abdurrahman bin HajiAhmad Yazid dengan ciptaan projek, FootballEnergy Harvester.

Bagi Pertandingan Smart Junior, tiada

pemenang pertama bagi kategori ini sementaramenduduki tempat kedua pula disandang olehpelajar-pelajar dari Sekolah MenengahBerakas iaitu Dayang Hasya Darwish bintiJohar dan Awangku Muhammad NurimtiyazSyuwar Ili Izzudin dengan projek mereka,Quenching The Thirst – A Self Watering Vase /Pots for Plants.

Projek Perpetual Spring Charger hasilciptaan Awang Habib Abdul Hakim bin HabibAbdul Rashid, Awang Albert Chong Kim Sengdan Dayang Seline Phang Min Sing dariSekolah Menengah Sayyidina Hassan pulamendapat tempat ketiga bagi PertandinganSmart Junior.

Manakala, bagi Pertandingan ASEAN dibawah Kategori Ciptaan Baharu atauPengubahsuaian Produk, Proses atau TeknologiYang Sedia Ada pula dijuarai oleh Wan Khairul

Aswandi bin Wan Mohd. Ali dan AwangSyariffuddin bin Ismail dari InstitutPerindustrian Miri, Sarawak dengan projekmereka Welder Arm V1.0.

Namun, tiada pemenang bagi KategoriASEAN Ciptaan Produk, Proses atauTeknologi yang baharu bagi Pencipta / PerekaMuda dan Piala Anugerah Pengiran MudaMahkota 2017.

DYTM kemudiannya berkenanmenyampaikan hadiah kepada semua pesertapertandingan dan kemudiannya menerimapesambah daripada Jawatankuasa CIPTA 2017yang disampaikan oleh Naib Canselor UTB,Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah.

Sejurus selepas itu, DYTM dijunjung untukmenyaksikan pameran dan berinteraksi denganpemenang-pemenang pertandingan CIPTA2017.

Page 6: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 20176

Oleh : Aimi SaniFoto : Masri Osman

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap secara berasingan Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marina Laker (kiri) dan Duta Besar Istimewadan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Christian Grafe (kanan).

DYTM berkenanmenerima mengadap

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. -Duli Yang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Muda Mahkota Pengiran Muda HajiAl-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,

berkenan menerima mengadap secaraberasingan Ketua-Ketua Perwakilan Asingyang akan menamatkan perkhidmatan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Muda Mahkota mula-mula berkenanmenerima mengadap Pesuruhjaya TinggiKanada ke Negara Brunei Darussalam,Puan Yang Terutama Marina Laker.

Puan Yang Terutama telah menyembahkanSurat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum

Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam pada 26 Januari2015.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka SeriPengiran Muda Mahkota seterusnya berkenanmenerima mengadap Duta Besar Istimewadan Mutlak Republik Persekutuan Jermanke Negara Brunei Darussalam, Tuan YangTerutama Roland Christian Grafe.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkanSurat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah ibni Al-MarhumSultan Haji Omar 'Ali SaifuddienSa'adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada29 September 2012.

Mengiringi Tuan Yang Terutama RolandChristian Grafe pada Majlis Mengadaptersebut ialah Timbalan Duta Besar RepublikPersekutuan Jerman di Negara BruneiDarussalam, Mr. Thomas Heilmaier.

Majlis-Majlis Mengadap tersebutberlangsung di Qashr Al-Meezan.

YTM dinaikkan pangkatKapten (Udara) Tetap TUDB

Tarikh kenaikan pangkat tersebut telah berkuat kuasa pada9 Mei 2016.

YTM Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda'Abdul Mateen merupakan pegawai tentera berkaliber denganlatar belakang kerjaya yang bermula sebagai seorang PegawaiKadet yang mengikuti latihan asas ketenteraan di Akademi TenteraDiraja Sandhurst (Royal Military Academy Sandhurst – RMAS)pada 9 Mei 2010.

Setelah tamat latihan di RMAS pada 15 April 2011,YTM seterusnya dikurniakan kenaikan pangkat kepada LeftenanTetap pada 9 Julai 2012.

YTM menceburi bidang kerjaya sebagai seorang juruterbangtentera dan berjaya menamatkan Latihan Elementary Flying selamatujuh bulan di Royal Air Force (RAF) Cranwell, United Kingdompada 28 April 2017.

YTM Paduka Seri Duli 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda'Abdul Mateen akan menjalani Latihan Penerbangan Single EngineRotary Wing (SERW) di RAF Shawbury, United Kingdom padaSeptember 2017 sebagai persediaan untuk menjadi juruterbanghelikopter.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanandan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)telah memperkenankan bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli920 Pemangku Kapten Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni KebawahDuli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dinaikkan pangkat ke Kapten (Udara)Tetap bermula pada 9 Mei 2017.

Penetapan harga maksimumbarangan makanan terpilih

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - JabatanPerancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), JabatanPerdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Pertaniandan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utamadan Pelancongan telah menetapkan harga maksimum ke atasbarangan makanan terpilih sempena musim perayaantahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

Penetapan harga maksimum ke atas barangan makananterpilih ini akan bermula pada 1 Ramadan 1438H sehingga7 Syawal 1438H.

Penetapan harga maksimum ini bertujuan untuk mengawalharga barangan makanan terpilih khususnya bahan-bahanasas bagi penyediaan makanan semasa musim perayaan.Penetapan harga maksimum ini juga diharap dapat membanturakyat di negara ini terutama yang berpendapatan rendahdalam menampung perbelanjaan harian mereka sempenamusim perayaan ini.

Barangan makanan yang ditetapkan harga maksimum ialahdaging ayam bulat, telur, mentega, majerin, minyak sapi(ghee), susu pekat, cair dan krim, tepung, sapuan coklathazelnut, santan pekat, krim dan serbuk, serbuk cili, udangkering dan kulit popia. Senarai barangan makanan yangdimaksudkan bersama ini dilampirkan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh berhubungterus dengan Bahagian Hal Ehwal Pengguna di JPKEmenggunakan aplikasi mudah alih 'PenggunaBijak' ataumelalui saluran seperti talian telefon +673 2230223(waktu pejabat); E-mel ke [email protected];Facebook www.facebook.com/AduanPenggunaJPKE atauterus berhubung ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Penggunadi alamat, Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Bilik 3.06,Tingkat 3, West Wing, Jabatan Perancangan dan KemajuanEkonomi, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping, BA1131,Negara Brunei Darussalam.

Di kesempatan ini, orang ramai juga dinasihatkan agarsentiasa mengamalkan konsep 'Pengguna Bijak' semasaberbelanja dan membuat perbandingan harga bagimendapatkan harga yang berbaloi dan memuaskan.

Siaran Akhbar :Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

Dari muka 1

Page 7: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 7NASIONAL

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan

MENTERI Pendidikan, Yang BerhormatPehin Orang Kaya Indera PahlawanDato Seri Setia Awang Haji Suyoibin Haji Osman (kanan) menerimakunjungan hormat daripada delegasiManagement & Science University (MSU)diketuai oleh Presiden MSU, ProfesorTan Sri Dato' Wira Dr. Mohd ShukriAb. Yajid (kiri).

IHP April 2017 menurun

Brunei - Malaysia kukuhkankerjasama bidang pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Management & ScienceUniversity (MSU) telah mengadakankunjungan kerja ke Negara BruneiDarussalam sebagai usahamemperkukuhkan kerjasamapendidikan di antara Malaysia danBrunei Darussalam.

Delegasi MSU diketuai olehPresiden MSU, Profesor Tan Sri Dato'Wira Dr. Mohd Shukri Ab. Yajid danNaib Canselor MSU, Profesor PuanSri Datuk Dr. Junainah Abd.Hamid. Rombongan tersebut telahmengadakan kunjungan hormat danperbincangan dua hala dengan MenteriPendidikan, Yang Berhormat PehinOrang Kaya Indera Pahlawan Dato SeriSetia Awang Haji Suyoi bin HajiOsman. Pertemuan tersebut diadakanpada 13 Mei lalu di Pejabat Menteri

Pendidikan dan turut disertai olehpengurusan kanan kementerian.

Selain itu, delegasi MSU turutmengadakan kunjungan rasmi ke duabuah institusi pengajian tinggiterkemuka di negara ini, iaituUniversiti Brunei Darussalam (UBD)dan Universiti Teknologi Brunei(UTB). Kunjungan ini antara lainuntuk membincangkan aspekkerjasama pendidikan termasuklahpertukaran pelajar dan kakitanganakademik, pembaharuan dan teknologipendidikan baharu dan mana-manabidang kerjasama yang lain untuk man-faat bersama.

Manakala Majlis Makan MalamMesra MSU turut diadakan di TheEmpire Hotel & Country Club,Jerudong. Majlis dihadiri oleh MenteriPendidikan dan Presiden MSU.

Turut hadir ialah TimbalanSetiausaha Tetap (Pengajian Tinggi)Kementerian Pendidikan, Dr. AwangHaji Azman bin Ahmad dan PegawaiTugas-Tugas Khas Kanan / KetuaBahagian Pengajian Tinggi, DayangHajah Anis Faudzulani bintiHaji Dzulkiflee serta kakitanganpengurusan kanan KementerianPendidikan dan institusi pengajiantinggi dari UBD dan UTB.

Siaran Akhbar :Jabatan Perancangan dan Kemajuan EkonomiSiaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

Pelantikan TimbalanSetiausaha Tetap

(Pendidikan Teras),Kementerian Pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. - Pada menjunjung titahperintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan PerdanaMenteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi PengarahKenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang NadiaLee Siew Hoon binti Abdullah, dilantik menjadi Timbalan SetiausahaTetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan.

Tarikh pelantikan pegawai tersebut berkuat kuasa bermula Khamis,28 Syaaban 1438 bersama 25 Mei 2017.

Majlis keagamaan serikan rukyah

BERAKAS, Jumaat, 26 Mei. - Bagimenunggu hasil merukyah awal bulan

Ramadan 1438 Hijrah, KementerianHal Ehwal Ugama (KHEU)

mengadakan majlis keagamaan diDewan Multaqa, Bangunan TambahanBaru KHEU, Berakas, di sini.

Hadir sama ke majlis tersebut ialahMenteri Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pehin Udana Khatib Dato

Paduka Seri Setia Ustaz Haji AwangBadaruddin bin Pengarah DatoPaduka Haji Othman dan MenteriKebudayaan, Belia dan Sukan, YangBerhormat Pehin Datu Lailaraja MejarJeneral (B) Dato Paduka Seri Haji

Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussofyang juga Pemangku MenteriKesihatan.

Juga hadir, Ketua Hakim Syarie,Yang Amat Arif / Yang BerhormatPehin Orang Kaya Paduka Seri UtamaDato Paduka Seri Setia Haji AwangSalim bin Haji Besar; TimbalanMenteri Hal Ehwal Ugama, YangMulia Dato Paduka Awang Haji AbdulMokti bin Haji Mohd. Daud; YangDimuliakan Pehin-Pehin ManteriAgama; Setiausaha Tetap KHEU,Dato Seri Setia Awang Haji AbdulAziz bin Orang Kaya Maharaja LelaHaji Yussof; Timbalan SetiausahaTetap KHEU, Awang Roslan bin HajiTaja’ah; jemputan-jemputan khas,ketua-ketua jabatan dan bahagianKHEU.

Acara dimulakan dengan bacaanayat-ayat suci Al-Quran dari pesertaSkim Tilawah Al-Quran Remaja,Awang Muhammad Azib binMuhammad Azim dan diikuti denganbacaan Tahlil serta Doa Tahlil yangdipimpin oleh Awang Haji AbdulAzis @ Abdul Aziz bin Mohd. Yassinyang seterusnya mengimamkanSembahyang Fardu MaghribBerjemaah.

Hasil merukyah awal bulanRamadan pada petang tadi telahdiumumkan secara langsungmelalui Radio Televisyen Bruneike seluruh negara.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (tujuh, kiri) dan MenteriKebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga Pemangku MenteriKesihatan (enam, kiri) menyertai para jemaah semasa Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Awang Haji Abdul Azis @ Abdul Aziz bin Mohd. Yassin.

Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Indeks Harga Pengguna(IHP) bagi bulan April 2017 menurunsebanyak 0.6 peratus berbandingbulan Mac 2017. Indeks Makanan danMinuman Ringan dan Indeks BukanMakanan masing-masing mencatat-kan penurunan sebanyak 0.1 peratusdan 0.7 peratus.

Penurunan Indeks Keseluruhan bagibulan April 2017 sebahagian besarnyadisebabkan oleh Indeks Pengangkutandan Indeks Rekreasi dan Kebudayaan

yang mana masing-masing menurunsebanyak 2.0 peratus dan 1.1 peratus.Ini adalah kerana harga rendah bagitiket penerbangan dan juga pakejpercutian / umrah yang kembalikepada harga asal selepas mengalamiharga tinggi semasa musim cutipersekolahan pada bulan lepas.

Indeks yang mencatatkanpeningkatan termasuk Restoran danHotel (0.5 peratus) dan Perhubungan(0.2 peratus). Peningkatan inidisebabkan oleh harga tinggi barangan

seperti telefon dan peralatan telefaksdan juga perkhidmatan penginapan.Manakala Indeks Pendidikan pulatidak mencatatkan sebarangperubahan.

Bagi perubahan tahun ke tahun pula,IHP bagi April 2017 telah menurunsebanyak 0.6 peratus berbandingdengan April 2016, yang manaIndeks Makanan dan MinumanRingan dan Indeks Bukan Makananmasing-masing mencatatkanpenurunan sebanyak 1.1 peratusdan 0.5 peratus.

IHP mengukur perubahan hargabarangan dan perkhidmatan yangdibayar oleh pengguna dalam satutempoh masa ditetapkan dandikumpulkan setiap bulan.

Page 8: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 20178 NASIONAL

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHBmenyampaikan sumbangan berbentuk kewangan, barang keperluan asasi dan makanan dan peralatan keperluan pesakit khusus untuk sebahagian warga emas kepada para penerima(kiri dan kanan).

SEBAHAGIAN daripada sumbanganYSHHB.

Oleh : Rohani Haji Abdul HamidFoto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja MejarJeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa memulakanderma menggunakan DST bagi Tabung Anak Yatim Kebangsaan.

ANTARA yang hadir pada MajlisPelancaran SMS Brunei Prihatin untukTabung Anak Yatim Kebangsaantersebut.

Oleh : Marlinawaty HussinFoto : Hamzah Mohidin

27 keluarga terima bantuan YSHHB

SMS Brunei Prihatin Tabung AnakYatim Kebangsaan dilancarkan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Pelancaran SMS BruneiPrihatin untuk Tabung Anak YatimKebangsaan dihasrat dapat memberikemudahan kepada orang ramai untukmenghulurkan derma kepada tabunganak yatim berkenaan.

Sehubungan itu, majlispelancarannya diadakan di DewanDigadong, Bangunan KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan

(KKBS).Majlis pelancaran itu

disempurnakan oleh MenteriKebudayaan, Belia dan Sukan, YangBerhormat Pehin Datu Lailaraja MejarJeneral (B) Dato Paduka Seri HajiAwang Halbi bin Haji Mohd.Yussof.

Antara yang hadir pada majlispelancaran itu, Setiausaha TetapKKBS, Datin Paduka Dr. Dayang

Hajah Norlila binti Dato PadukaHaji Abdul Jalil; Pengarah RadioTelevisyen Brunei (RTB), Awang HajiMuhammad Suffian bin HajiBungsu; Pemangku Pengarah UrusanPerkhidmatan Pelanggan DST, DatinHajah Umikalthum bin Haji Mat Dauddan Ahli Lembaga Pengarah ProgresifCellular Sdn. Bhd. (PCSB), AwangEdzwan Zukri bin Pehin OrangKaya Johan Pahlawan Dato Seri SetiaAwang Haji Adnan.

SMS Brunei Prihatin adalah projektahunan yang diungkayahkan bersamaJabatan Pembangunan Masyarakat(JAPEM), Jabatan Radio TelevisyenBrunei (RTB), DST dan PCSB.

Orang ramai boleh mendermamelalui perkhidmatan SMS denganmenaip YATIM (tanpa jarak) diikutidengan jumlah derma iaitu 1, 5, 10, 15atau 20.

Sebagai contoh, YATIM20, bagiderma berjumlah BND20, dan hantarke 38111 bagi pelanggan DST danPCSB.

Kutipan derma tersebut akanberakhir pada 2 Julai 2017.

TEMBURONG, Rabu, 24 Mei. -Sebanyak 27 buah keluarga di MukimAmo dan sebahagian Mukim Bangar,Daerah Temburong, yang memerlukanbantuan dan kurang berkemampuantelah menerima sumbangan daripadaYayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah(YSHHB), dalam lawatan kerjadan penyampaian sumbangan didaerah ini.

Mengetuai rombonganmenyampaikan sumbangan kerumah-rumah penerima berkenaanialah Menteri Pendidikan, YangBerhormat Pehin Orang Kaya InderaPahlawan Dato Seri Setia AwangHaji Suyoi bin Haji Osman, selakuPengerusi Lembaga PengarahYSHHB.

Turut serta dalam rombongan iniialah Pengarah Urusan YSHHB,Awang Haji Brahim bin Haji Ismail;Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB,para pegawai kerajaan yang berkenaanserta pegawai dan kakitanganYSHHB.

Sumbangan-sumbangan bantuanyang dihulurkan adalah berbentukkewangan, barang keperluan asasi danmakanan, peralatan keperluan pesakitkhusus untuk sebahagian warga emasdan juga bantuan membaik pulihsebuah rumah warga emasyang berjumlah BND41,732.00keseluruhannya.

Lawatan kerja dan penyampaiansumbangan berkenaan merupakanprojek amal pihak YSHHB sempenabulan Ramadan.

Keluarga-keluarga yang menerimasumbangan berkenaan dikenal pastihasil daripada kaji selidik yang telahdijalankan sebelum ini oleh pihakYSHHB dengan kerjasama JabatanDaerah Temburong, KementerianHal Ehwal Dalam Negeri.

Projek amal menghulurkansumbangan kepada mereka yangkurang berkemampuan, dan inibertujuan bagi membantu keluarga-keluarga berkenaan dalammenyediakan keperluan keluarga dibulan Ramadan supaya mereka dapat

menjalankan ibadah puasa denganselesa dan sempurna.

Bantuan ini juga dihasratkan dalammenyediakan keperluan menjelangHari Raya Aidilfitri yang bakalmenjelang.

Selain bantuan asasi, sebahagianpenerima yang mengalami kesukaranberjalan turut menerima sumbangantongkat dan kerusi roda serta tilamkhas.

Penubuhan YSHHB adalah sebagaiwadah amal jariah atau derma khairatKebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamdan kerabat baginda iaitu sebagai tandapemedulian dan kasih kepadarakyat baginda di samping menjadipembentukan masyarakat di NegaraBrunei Darussalam yang sejahtera danmakmur.

Page 9: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 9NASIONAL

Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

PENGARAH Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman (tengah) semasa sidang media tersebut.

Siaran Akhbar : AutoritiMonetari Brunei Darussalam

Siaran Akhbar dan Foto :Kementerian Hal Ehwal Ugama

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kanan) semasamenerima Kunjungan Perpisahan Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell (kiri).

AMBD champion PMIdi bawah EODB

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 25 Mei. - Autoriti MonetariBrunei Darussalam (AMBD) dilantikselaku juara (champion) bagi petunjukPerlindungan Pelabur Minoriti atauProtecting Minority InvestorsIndicators (PMI) di bawah inisiatifWorld Bank Ease of Doing Business(EODB) dengan objektif untukmempertingkatkan perlindungan bagipelabur-pelabur minoriti di negaraini.

Perkara demikian dijelaskan olehPengarah Urusan AMBD, AwangYusof bin Haji Abdul Rahman padasidang media yang berlangsung diAMBD, bangunan Kementerian

Kewangan, di sini.Menurutnya, AMBD telah

menubuhkan satu Taskforce, di manakeahliannya terdiri daripadawakil-wakil dari AMBD, PejabatPendaftaran Syarikat dan Nama-NamaPerniagaan, Kementerian Kewangan(ROCBN), Darussalam Assets Sdn.Bhd., dan Brunei Law Society.

''Taskforce tersebut telah menelitiAkta Syarikat-Syarikat, denganmemberi tumpuan kepada peningkatanperlindungan yang diberikan kepadapelabur minoriti, terutamanya yangberkenaan dengan percanggahankepentingan dan hak-hak pemegangsaham dalam urus tadbir korporat,''

ujarnya.Beliau menjelaskan, taskforce

tersebut juga telah membuat penelitiandan perbandingan ke atas prestasiNegara Brunei Darussalam di bawahindeks PMI dengan prestasi RepublikSingapura dan New Zealand dan iniadalah mengambil kira kedua-duabuah negara tersebut mendudukiempat pertama bagi indeks PMI.

Dalam membarigakan pindaanterhadap akta tersebut ini tambahnya,AMBD dengan kerjasama ROCBN,telah mengadakan satu bengkel kepadapihak-pihak yang berkepentingantermasuk firma-firma perundangantempatan serta agensi-agensi kerajaandan syarikat-syarikat yang berkaitan.

Tambahnya, inisiatif ini adalah satuinisiatif yang amat penting bagiNegara Brunei Darussalam ke arahpelaksanaan infrastruktur undang-undang yang moden dan mantap, dan

diharap ia juga akan dapatmeningkatkan lagi kedudukan NegaraBrunei Darussalam dalam WorldBank EODB Ranking.

PMI adalah salah satu daripadapetunjuk bagi World Banks EODBuntuk mengukur kekuatanperlindungan pelabur minorititerhadap penyalahgunaan asetkorporat oleh pengarah-pengarahsyarikat bagi keuntungan peribadiataupun dari segi hak pemegangsaham, perlindungan tadbir urus dankeperluan corporate transparencybagi mengurangkan risikopenyalahgunaan.

Hasil daripada analisis ini,AMBD dan ROCBN telah membuatpemindaan kepada Akta Syarikat-Syarikat bagi memastikan hak-hakasas tertentu dicatat secara jelas dalamAkta Syarikat sebagai hak mutlakyang tidak boleh dihadkan oleh

perlembagaan syarikat di sampingbeberapa perkara yang telah dikenalpasti akan ditetapkan untuk kelulusanpemegang saham dan bukannyakelulusan lembaga sahaja.

Selain itu, memasukkan peruntukanyang melindungi pelabur minoritidaripada penindasan, keputusan yangtidak adil atau diskriminasi danmemberi mahkamah hak untukmenerima aduan mengenainya;dan memasukkan peruntukan yangmembolehkan pemegang saham untukmembuat tindakan pada nama syarikatapabila terdapatnya kesalahan, di manapihak pengurusan syarikat juga bolehuntuk tidak mengambil tindakan.

Maklumat lanjut mengenai denganPMI ini, orang ramai boleh memuatturun AMBD App melalui App Storedan Google Playstore; ataumelayari laman sesawang AMBDdi http://www.ambd.gov.bn.

Menteri HEU terima kunjungan perpisahan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Berhormat Pehin Udana KhatibDato Paduka Seri Setia Ustaz HajiAwang Badaruddin bin PengarahDato Paduka Haji Othman telahmenerima Kunjungan PerpisahanPesuruhjaya Tinggi British keNegara Brunei Darussalam, TuanYang Terutama David Campbell.

Hadir sama pada Majlis KunjunganPerpisahan tersebut, ialah TimbalanSetiausaha Tetap (Pentadbiran danKewangan), Awang Roslan bin HajiTaja'ah dan Pengarah PentadbiranKementerian Hal Ehwal Ugama,Awang Haji Zulkifli bin PanglimaAsgar Dato Paduka Haji Abdullah.

Dalam Kunjungan Perpisahantersebut, kedua-dua pihak menghargaihubungan erat yang sedia adadi antara kedua buah negaradan berkesempatan bertukar-tukarpandangan mengenai isu semasadan perkara-perkara yang menjadikepentingan bersama.

Kunjungan Perpisahan berlangsungdi Bilik Dhiyafah, Tingkat 5,Bangunan Tambahan BaharuKementerian Hal Ehwal Ugama.

Tuan Yang Terutama telah

menyembahkan Surat TauliahPelantikannya ke hadapan majlisKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan HajiOmar 'Ali Saifuddien Sa'adul KhairiWaddien, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalampada 2 Oktober 2013.

Waktu operasiAMBD di bulan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - Autoriti Monetari BruneiDarussalam (AMBD) memaklumkan orang ramai bahawa Pejabat AMBDakan tutup pada hari Isnin, 2 / 3 Ramadan 1438 Hijrah bersamaan dengan29 Mei 2017 Masihi dan akan dibuka semula pada hari Selasa, 30 Mei 2017.

Ini termasuk Galeri Mata Wang, Kaunter Perkhidmatan PelangganBiro Kredit dan kaunter-kaunter perkhidmatan AMBD yang lain.

AMBD juga ingin memaklumkan bahawa Sistem Real Time GrossSettlement (RTGS) AMBD, Sistem Automated Clearing House (ACH) danSistem Central Securities Depository (CSD) akan beroperasi pada hari Isnin, 29Mei 2019, jika 1 Ramadan 1438 Hijrah jatuh pada hari Sabtu, 26 Mei 2017.

Bagaimanapun, jika 1 Ramadan 1438H jatuh pada hari Ahad, 28 Mei 2017maka RTGS; ACH dan CSD akan ditutup.

Sehubungan itu, AMBD juga ingin memaklumkan bahawa waktu operasibagi AMBD pada bulan Ramadan adalah seperti berikut, iaitu Isnin hinggaKhamis jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang dan Jumaat, jam 7.30 pagi hingga11.30 pagi.

Waktu operasi Galeri Mata Wang ialah Isnin hingga Khamis 8.30 pagi hingga2.00 petang manakala hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Waktu Perkhidmatan Kaunter (Termasuk Kaunter Perkhidmatan PelangganBiro Kredit, Kaunter Bayaran dan semua Kaunter Perkhidmatan AMBDyang lain) pula ialah hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 pagi hingga1.30 petang manakala hari Jumaat jam 8.15 pagi hingga 10.30 pagi.

Waktu operasi ACH pula hari Isnin hingga Khamis, jam 8.45 pagi hingga1.45 petang dan Jumaat dari jam 8.45 pagi hingga 10.45 pagi.

Sementara waktu operasi RTGS / CSD ialah pada hari Isnin hinggaKhamis jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang manakala hari Jumaat ialah darijam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

AMBD memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami dan inginmengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua Muslimindan Muslimat di Negara Brunei Darussalam.

Page 10: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201710 NASIONAL

Berita dan Foto :Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

Sidang Akhbar : Mahkamah-Mahkamah SyariahFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di JPM, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad semasamenghadiri Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains dan Teknologi (ASEAN COST) Ke-72 dan mesyuarat-mesyuarat yangberkaitan berlangsung di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri.

KETUA Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Syariah, Awang HajiHassan bin Haji Metali semasaSidang Media Mahkamah-MahkamahSyariah.

Kad Nikah bermula15 Mei 2017

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 24 Mei. - PejabatPendaftaran Perkahwinan,Perceraian, Pembatalan danRuju' Orang Islam telahmengeluarkan satu dokumentambahan kepada Sijil Nikahyang sedia ada, iaitu Kad Nikahbermula 15 Mei 2017.

Kad Nikah tersebut dikeluarkanbagi memenuhi kehendakperuntukan di bawah bab 22(1)dari Akta Undang-Undang KeluargaIslam Penggal 217 dan hanyadikeluarkan kepada mana-manapasangan yang berkahwin dari1 Januari 2017. Perkara itu dijelaskanoleh Ketua Pendaftar Mahkamah-Mahkamah Syariah, Awang HajiHassan bin Haji Metali semasaSidang Media Mahkamah-Mahkamah Syariah di BilikPersidangan Utama, BangunanMahkamah Besar Brunei danMahkamah-Mahkamah Syariah.

Menurut Awang Haji Hassan,proses permohonan bagimendapatkan kad tersebut adalahselaras dengan permohonanperkahwinan yang dibuat olehpasangan semasa menghadapkanpermohonan perkahwinan diPejabat Pendaftaran di mana tempatpasangan bermastautin. Kos yangdikenakan ialah BND20 bagidua keping kad tersebut.

Buat masa ini, jelas KetuaPendaftar Mahkamah-MahkamahSyariah, pihak Pejabat Pendaftaranmenghadkan pengeluaran Kad Nikahuntuk perkahwinan yang bermula1 Januari tahun ini sahaja dan jika

ada keperluan pada masa-masaakan datang untuk perkahwinansebelum dari tarikh tersebut, pihakmahkamah akan memaklumkankemudian kepada orang ramai.

Beliau juga menegaskan,mengenai maklumat berhubungdengan Kad Nikah yang tersebar dimedia sosial yang menggambarkanKad Nikah seorang suami denganempat orang isteri adalah tidak benardan palsu. Pihak Mahkamah hanyamengeluarkan bagi setiap Kad Nikahyang menpunyai maklumat bagisuami dan seorang isteri sahaja.

Memandangkan pengeluaran kadini masih di peringkat awal, pihakMahkamah mengharapkan agar parapemohon memahami situasi semasaproses pengeluaran tersebut.

Mesyuarat ASEAN COST Ke-72 bincangpelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Mesyuarat JawatankuasaASEAN mengenai Sains danTeknologi Ke-72 (ASEAN COST - 72)dan mesyuarat-mesyuarat yangberkaitan bertujuan untukmembincangkan pelaksanaan PelanTindakan ASEAN dalam bidangSains, Teknologi dan Inovasi 2016 -2025 (APASTI) serta projek-projekdan inisiatif baharu yang akandijalankan.

Majlis Pembukaan MesyuaratASEAN COST Ke-72 berlangsungdi Bangunan Jabatan PerdanaMenteri (JPM) dan dipengerusikan

oleh Setiausaha Negara KementerianIndustri dan Kraf Tangan (MIH)Kerajaan Kemboja, Tuan YangTerutama Dr. Tung Ciny.

Sementara itu, Naib Pengerusibagi mesyuarat berkenaan ialahTimbalan Setiausaha Tetap (Ekonomidan Kewangan) di JPM, PengiranHajah Siti Nirmala binti PengiranHaji Mohammad yang jugadalam kapasiti sebagai PengerusiNational COST bagi Negara BruneiDarussalam yang menjadi tuanrumah bagi mesyuarat tersebutuntuk tahun ini.

ASEAN COST - 72 dan

mesyuarat-mesyuarat yang berkaitantelah diadakan selama empat harisehingga 25 Mei ini bersama negaraanggota ASEAN serta rakan dialogdari negara Jepun dan RepublikKorea. Mesyuarat-mesyuarat tersebutdiadakan di Pusat PersidanganAntarabangsa dan JPM.

Objektif mesyuarat adalah untukmengkaji semula, penilaian danpanduan mengenai pelaksanaankeputusan berkaitan untuk dialogperingkat lebih tinggi yang akandatang seperti Sidang KemuncakASEAN dan Dialog, SummitPartner, Mesyuarat Peringkat MenteriASEAN mengenai Sains danTechnology (AMMST) dan MesyuaratMenteri-Menteri ASEAN TidakRasmi mengenai Sains danTechnology (IAMMST).

Kejayaan qari, qariah negara contoh kepada generasi mudaBANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 24 Mei. - Dalam menzahirkankesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata'ala atas kurniakejayaan yang diperolehi oleh qaridan qariah negara di Majlis Tilawahdan Menghafaz Al-Quran PeringkatAntarabangsa Ke-59 yangberlangsung di Kuala Lumpur,Malaysia baru-baru ini, qari dan qariahnegara telah diraikan dalam satuMajlis Penyampaian Skim GalakanKecemerlangan Membaca Al-Quranbagi wakil Negara Brunei Darussalamyang yang telah diadakan di SeasonRestaurant, The Centrepoint Hotel,Gadong, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormatpada majlis tersebut ialah Menteri HalEhwal Ugama, Yang Berhormat PehinUdana Khatib Dato Paduka Seri SetiaUstaz Haji Awang Badaruddin binPengarah Dato Paduka Haji Othman.

Majlis dimulakan dengan bacaanSurah Al-Fatihah yang dipimpinoleh Penguasa Masjid Omar 'AliSaifuddien, Awang Haji Zulkifli bin

Haji Murad dan seterusnya diikutidengan ucapan alu-aluan PengerusiMajlis, selaku Ketua BahagianKemajuan Syiar Islam, KementerianHal Ehwal Ugama (KHEU),Awang Haji Idris bin Haji Aji.

Dalam ucapan alu-aluan PengerusiMajlis menyatakan, sejak SkimGalakan Kecemerlangan MembacaAl-Quran diperkenankan pada tahun1989, ia dikurniakan sebanyak13 kali kepada seramai empatqari dan sembilan qariah yangmendapat tempat di Majlis Tilawahdan Menghafaz Al-Quran PeringkatAntarabangsa yang berlangsungdi Kuala Lumpur, Malaysia. Manakalasebagai usaha kerajaan dalammeningkatkan mutu bacaan kelasintensif telah mula diperkenalkansemenjak tahun 2000 di bawahtenaga pembimbing pakar dalamnegeri.

Sementara itu, semasa berucap padamajlis tersebut, tetamu kehormat,Menteri Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pehin Udana Khatib Dato

Paduka Seri Setia Ustaz HajiAwang Badaruddin turut bersyukuratas kejayaan qari negara, AwangkuMuhd. Adibul Amin bin Pengiran HajiMarjuki dan qariah negara, DayangHajah Siti Noor Dzuhairah bintiAwang Haji Damit pada MajlisTilawah dan Menghafaz Al-QuranPeringkat Antarabangsa Ke-59.

Menurut Yang Berhormat,kemenangan tersebut adalah sejarahyang sangat bermakna kepadanegara, prestasi qari dan qariahyang ditunjukkan menampakkanpeningkatan dengan bimbingandaripada pembimbing dedikasi danikhlas yang seterusnya boleh dijadikancontoh generasi muda dan dunia luar.

Beliau turut berkata bahawaKerajaan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultandan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam sentiasa mengambil beratakan perkembangan ilmu Al-Qurandi negara ini dengan mengadakankelas-kelas intensif dan mendatangkanpakar dalam bidang TarannumAl-Quran serta menyediakan gurupembimbing yang berkemahiran untukmemberi tunjuk ajar dan petua-petuadalam penjagaan suara kepada qari danqariah untuk terus meningkat ilmupengetahuan dalam bidang Al-Quran.

Pada majlis tersebut, qari dan qariahnegara turut memperdengarkan bacaanmasing-masing serta turut menerimaSkim Penggalak KecemerlanganMembaca Al-Quran di atas kejayaanmasing-masing menduduki naib johanpada Majlis Tilawah dan MenghafazAl-Quran Peringkat AntarabangsaKali Ke-59 serta menerima wang tunaisebanyak BND7,000 setiap seorangberserta hadiah iringan daripadatetamu kehormat. Juga menerimahadiah penghargaan ialah pembimbingqari dan qariah negara, Dato PadukaAwang Haji Mohd Yusof bin Bakar.

Majlis diakhiri dengan bacaan doayang dibacakan oleh Penguasa MasjidOmar 'Ali Saifuddien, Awang HajiZulkifli.

QARI dan qariah negara, Awangku Muhd. Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki (kiri)dan Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Awang Haji Damit (kanan) semasamemperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka SeriSetia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kiri) semasamenyerahkan hadiah penghargaan kepada pembimbing qari dan qariah negara,Dato Paduka Awang Haji Mohd. Yusof bin Bakar (kanan).

KAD Nikah mula digunakan pada 15 Mei 2017.

Page 11: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 11NASIONAL

Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

Siaran Akhbar dan Foto :Jabatan Pertanian dan

Agrimakanan

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

WAKIL CSCEC, Huang Ke Qi (kanan) menyerahkan sumbangan berupa alat permainankanak-kanak kepada Pegawai Daerah Temburong, Awang Muhammad Amir Hairilbin Haji Mahmud (kiri) untuk diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah di daerah ini.

SALAH satu peralatan permainan yang disumbangkan bertempat di Taman Perayaan,Pekan Bangar.

Perasmian TamanPermainan Kanak-Kanak

Daerah Temburong

TEMBURONG, Rabu, 24 Mei. -Daerah Temburong kini menpunyaiTaman Permainan Kanak-Kanakbaharu. Taman tersebut merupakansumbangan dari ChinaState Construction EngineeringCorporation (CSCEC). Majlisperasmiannya berlangsung dikawasan Taman Perayaan, PekanBangar, di sini.

Perasmian taman permainantersebut disempurnakan oleh DutaBesar Istimewa dan Mutlak RepublikRakyat China ke Negara BruneiDarussalam, Puan Yang Terutama

Yang Jian dan Pegawai DaerahTemburong, Awang MuhammadAmir Hairil bin Haji Mahmud sertawakil CSCEC, Huang Ke Qi.

Juga hadir, pegawai-pegawaikanan kerajaan, ketua-ketuakampung serta pegawai dankakitangan CSCEC.

Majlis diselajurkan denganpenyerahan sumbangan dari wakilCSCEC berupa alat-alat permainankanak-kanak kepada PegawaiDaerah Temburong untukdiagih-agihkan kepada sekolah-sekolah di daerah tersebut.

Pengusaha sayur-sayuranterima sijil kursus

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 24 Mei. - Jabatan Pertaniandan Agrimakanan, KementerianSumber-Sumber Utama danPelancongan mengadakan MajlisPenyampaian Sijil kepada peserta-peserta Kursus 'Mengenal SeranggaPerosak dan Penyakit Utama TanamanSayur serta Kawalannya' bagi limaorang pengusaha sayur-sayuranDaerah Brunei dan Muara, dua orangpenuntut IBTE Agro-TechnologyCampus dan 15 pegawai dankakitangan Bahagian PengembanganPertanian.

Majlis berlangsung di Bilik Permai,Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Hadir selaku tetamu kehormatmajlis, Pengarah Pertanian danAgrimakanan, Dayang Hajah Aidahbinti Haji Mohd. Hanifah.

Turut hadir, Ketua BahagianPengembangan Pertanian, pegawaidan kakitangan Jabatan Pertanian danAgrimakanan serta tenaga pengajarkursus yang terdiri daripada duaorang Pegawai Unit PengembanganPertanian, Daerah Brunei Muaraselaku penyelaras kursus tersebut.

Tujuan utama kursus adalah untuk

memberi tunjuk ajar kepada pengusahasayur-sayuran di Daerah Brunei danMuara mengenal pasti masalahperosak dan penyakit utama yangmenyerang sayur-sayuran tempatan.

Di samping itu, peserta juga dibawamelawat ke ladang sayur-sayuran,Makmal Musuh dan PenyakitTanaman di Pusat PenyelidikanPertanian Brunei, Kilanas, disamping diberi penerangan mengenaiteknologi-teknologi pengawalan yangberkesan dan sistem pengurusanladang yang baik bagi menghasilkanproduk sayur-sayuran yang berkualititinggi di negara ini untukmeningkatkan sumber ekonomipengusaha-pengusaha berkenaan danseterusnya untuk mempelbagaiekonomi negara ke arah pasaraneksport.

Kursus ini dihasratkan untukmelatih pegawai dan kakitanganbahagian Pengembangan DaerahTutong, Temburong dan Belait untukmengukuhkan kapasiti dan keupayaansumber manusia jabatan dalammemindahkan ilmu pengetahuan, sainsdan teknologi dari penyelidikansaintifik kepada peladang danpengusaha pertanian untukmeningkatkan penghasilan pertaniandan jaminan makanan negara denganteknologi tinggi di samping bagimempelbagaikan ekonomi bukansektor minyak dan gas.

Warga KHEU terima P.K.LBANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 25 Mei. - Seramai 128pegawai dan kakitangan KementerianHal Ehwal Ugama (KHEU)dikurniakan Pingat Kerja Lama(P.K.L) atas perkenan Kebawah DuliYang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibniAl-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei Darussalam sempena UlangTahun Hari Keputeraan BagindaKe-70 Tahun.

Majlis tersebut disampaikan olehMenteri Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pehin Udana Khatib DatoPaduka Seri Setia Ustaz Haji AwangBadaruddin bin Pengarah Dato

Paduka Haji Othman yangberlangsung di Dewan Multaqa,Bangunan Tambahan Baharukementerian berkenaan, di sini.

Pengurniaan pingat-pingatkehormatan kepada penerima-penerima dalam kalangan wargakementerian berkenaan merupakantanda ataupun pengiktirafan akanketekunan dan kesetiaan kerja parapenerima serta mempunyai rekodyang bersih juga baik dalam aspek-aspek keselamatan, di sampingberkhidmat sekurang-kurangnya20 tahun.

Pada majlis itu diselajurkan denganpenyampaian sijil-sijil bersarakepada 89 warga KHEU yang telahmenamatkan tempoh perkhidmatandengan Kerajaan Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri BagindaSultan dan Yang Di-Pertuan NegaraBrunei sepanjang tarikh 1 Oktober2015 hingga 30 September 2016.

Sijil-sijil tersebut juga telahdisampaikan oleh Yang BerhormatMenteri Hal Ehwal Ugama.

Terdahulu, Pegawai Tugas-TugasKhas Kanan KHEU, Pengiran AnakDr. Haji Amiruddin Alam Shahbin Pengiran Anak Haji Ismail, selakuPengerusi Bersama Majlis dalamucapannya berharap pengurniaantersebut akan menyuntik semangatmereka untuk memberi pekhidmatandengan lebih cemerlang lagi padamasa akan datang juga sebagaimotivasi kepada para pegawaidan kakitangan yang lainnya dikementerian berkenaan.

Hadir sama ialah ketua-ketuajabatan dan bahagian sertapegawai-pegawai kanan, pegawaidan kakitangan KHEU.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka SeriSetia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othmanmenyampaikan Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada Timbalan Setiausaha TetapKementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah (atas), manakalagambar bawah, Yang Berhormat menyampaikan P.K.L. kepada pegawai dan kakitanganyang berkhidmat lama dalam kerajaan.

PENGARAH Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd. Hanifah(kiri) menyampaian sijil kepada peserta kursus 'Mengenal Serangga Perosak danPenyakit Utama Tanaman Sayur serta Kawalannya'.

Page 12: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201712 NASIONAL

Oleh : Saerah Haji Abdul GhaniFoto : Mohd. Sahrizal Haji Said

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja MejarJeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (dua, kiri) yang jugaselaku Pemangku Menteri Kesihatan semasa hadir pada majlis berkenaan.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (tiga, kiri) memimpin bacaan Surah Al-Fatihah dikuti dengan bacaanSurah Al-Baqarah untuk memulakan tadarus.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang SulaimanFoto : Mohd Zul-Izzi Haji Duraman

KKBS dan MBB anjur program'Ahlan Ya Ramadan'

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 25 Mei. - Program AhlanYa Ramadan anjuran KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS)dengan kerjasama Majlis BeliaBrunei (MBB) dihasratkan bagimenyemarakkan lagi ketibaan bulanRamadan dalam kalangan generasibelia dengan aktiviti ilmiah dan

kerohanian.Hadir selaku tetamu kehormat pada

majlis yang berlangsung di DewanRiadah, Pusat Belia, di sini ialahMenteri Kebudayaan, Belia danSukan, Yang Berhormat Pehin DatuLailaraja Mejar Jeneral (B) DatoPaduka Seri Haji Awang Halbi binHaji Mohd. Yussof yang juga selaku

Pemangku Menteri Kesihatan.Atur cara dimulakan dengan bacaan

Surah Al-Fatihah dan Doa Selamatdipimpin oleh Johan Qari MusabaqahTilawatil Quran Belia KebangsaanPeringkat Akhir 1438 Hijrah / 2017Masihi, Awang Ahmad Zulwaqar binSuhaili diikuti dengan PersembahanZainol Quran (Surah Al-Baqarah Ayat183-186) oleh Awang AhmadZulwaqar dan Awangku Sallehinbin Pengiran Kambar.

Acara diteruskan dengan ceramahbertajuk 'Ahlan Ya Ramadan' yangdisampaikan oleh Pengarah Pusat IlmuTeras, Kolej Universiti PerguruanUgama Seri Begawan (KUPU SB),Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

Beliau dalam ceramahnya antaralain menyentuh, bagaimana umatIslam meraih pahala dalam bulanRamadan dan memperolehikesempurnaan puasa serta balasankepada orang yang tidak menghormatibulan Ramadan.

Menurutnya lagi, ada tiga kategorijenis manusia apabila tibanya bulanRamadan iaitu, orang yang benar-benar menunggu Ramadan kerana ia

tahu kelebihan dalam bulan itu, orangyang menunggu Ramadan kerana adabulan selepasnya iaitu bulan Syawaldan orang yang menunggu Ramadanseperti bulan-bulan lain.

Pada majlis itu, Yang BerhormatMenteri Kebudayaan, Belia danSukan kemudiannya menyampaikancenderamata dan bantuan Projek-Projek Belia di bulan Ramadan kepadaPersatuan weCARE, Alumni ProgamBelia Cinta Tanah Air, BeliaMasjid Sengkurong dan KumpulanAl-Hufazz.

Seramai 400 orang peserta beliamenyertai program tersebut terdiridaripada ahli-ahli persatuan belia,Program Khidmat Bakti Negara,Pusat Pembangunan Belia, mahasiswainstitusi-institusi pengajian tinggi,penuntut-penuntut sekolah, Alumni /bekas-bekas peserta ProgramPertukaran Belia Antarabangsa sepertiRancangan Kapal Belia Asia Tenggaradan Jepun, Japan - East Asia Networkof Exchange For Student and Youths(JENESYS), Singapore - BruneiYouth Leaders Exchange Programme(SBYLEP) dan lain-lain.

Program ini adalah pembuka padaprojek-projek agama kebeliaan dibulan Ramadan seperti, ProgramBertahlil di Tanah PerkuburanOrang-Orang Islam di Daerah-Daerah,Program Kembara Amal RamadanKKBS, Majlis Bertahlil Di KubahMakam Diraja, Majlis PerhimpunanBertadarus Al-Quran Belia Senegara,Majlis Pertemuan Belia danKepimpinan Belia Bulan Ramadan danProgram Beriktikaf, Qiyamulail,Tazkirah Subuh Bagi Belia dan JalinanKasih Belia.

Antara tujuan program diadakanialah bagi melengkapkan para beliadengan ilmu pengetahuan mengenaitata cara dan adab di dalammenunaikan ibadah puasa di bulanRamadan dengan sempurna.

Turut hadir ialah Ahli MajlisMesyuarat Negara, Yang BerhormatDayang Nik Hafimi binti AbdulHaadii, Setiausaha Tetap-SetiausahaTetap KKBS, Datin Paduka Dr HajahNorlila binti Dato Paduka Haji AbdulJalil dan Awang Haji Noor Jusminbin Haji Abd Samad serta Pegawai-pegawai Kanan KKBS.

Tadarus Al-Quran mula bergema

BANDAR SERI BEGAWAN,Jumaat, 26 Mei. - Masjid Omar 'AliSaifuddien menjadi tumpuan MajlisPembukaan Tadarus Al-Quran bagi

Masjid / Surau / Balai Ibadat SeluruhNegara malam tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat padaMajlis Pembukaan Tadarus tersebut

ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, YangBerhormat Pehin Udana Khatib DatoPaduka Seri Setia Ustaz Haji AwangBadaruddin bin Pengarah Dato PadukaHaji Othman.

Majlis dimulakan dengan bacaanSurah Al-Fatihah yang dipimpin olehYang Berhormat Menteri Hal Ehwal

Ugama diikuti dengan bacaan SurahAl-Baqarah bagi memulakan tadarus.

Doa Allah Peliharakan Sultan danNegara Brunei Darussalam puladibacakan oleh Pegawai Masjid Omar'Ali Saifuddien, Yang DimuliakanPehin Khatib Datu Paduka Awang HajiEmran bin Haji Kunchang.

Majlis Pembukaan TadarusAl-Quran Bagi Masjid / Surau / BalaiIbadat Seluruh Negara tersebut telahdikendalikan oleh Kementerian HalEhwal Ugama melalui Jabatan HalEhwal Masjid dengan kerjasama AhliJawatankuasa Takmir Masjid Omar'Ali Saifuddien.

Umat Islam mula berpuasa hari iniOleh : Mohamad Azmi Awang Damit, Wan Mohamad Sahran Wan

Ahmadi, Noraisah Muhammed, Ak. Syi'aruddin Pg. DauddinFoto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin,

Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah(depan, dua dari kiri) semasa merukyah anak bulan Ramadan di Menara DST.

Dari muka 1Rombongan yang ditugaskan

merukyah anak bulan Ramadan tahunini terdiri daripada Hakim-hakimSyarie dan para pegawai kanan dari

Mahkamah Tinggi Syariah, JabatanKehakiman Negara, Jabatan PerdanaMenteri, Kementerian Hal EhwalUgama, Jabatan Mufti Kerajaan danJabatan Ukur.

Sementara itu, hadir bagi merukyahanak bulan dikendalikan di Bukit Agokialah Hakim Mahkamah RendahSyariah, Tuan Hakim Haji Ali-Bolkiahbin Haji Md. Diah.

Majlis dimulakan dengan sesitaklimat ringkas mengenai kedudukanhilal yang disampaikan oleh AbdulKhaliq bin Bujang dari Jabatan Ukur.

Manakala di Daerah Tutong hadir diBukit Ambok bagi merukyah anakbulan tersebut ialah Pegawai DaerahTutong, Awang Shamsul Bahrin binHaji Mohd. Hussain.

Juga hadir ialah Ketua PegawaiUgama Daerah Tutong, Awang Hassanbin Amat; Hakim Mahkamah RendahSyariah Daerah Tutong, Pengiran HajiMd. Shahril Azman bin Pengiran HajiMatussin serta pegawai-pegawai dariJabatan Perdana Menteri, JabatanMahkamah Syariah, Kementerian HalEhwal Ugama, Jabatan Mufti Kerajaandan Jabatan Ukur.

Sementara itu,bagi Daerah Belait,rukyah telah dilakukan di BukitLumut. Antara yang hadirmenyaksikan rukyah tersebut ialahAhli Majlis Mesyuarat Negara, YangBerhormat Haji Abdul Hamid bin HajiMumin, Penghulu Mukim Liang;Pegawai Daerah Belait, Awang HajiHaris bin Haji Othman.

Juga hadir sama Hakim MahkamahSyarie Daerah Belait, Awang HajiKaharuddin bin Mohd. Ali, beberapaorang pegawai-pegawai MahkamahSyariah Daerah Belait, JabatanKehakiman Negara, Jabatan PerdanaMenteri dengan beberapa pegawai dari

Kementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU) dan pegawai-pegawaidari Jabatan Mufti Kerajaandengan kerjasama pegawai-pegawaiJabatan Ukur, Belait, KementerianPembangunan bagi tujuan berkenaan.

Pengumuman mengenai hasilmerukyah anak bulan Ramadandisiarkan ke seluruh negara melaluiRadio dan Televisyen Brunei.

Sementara itu, Sembahyang SunatTerawih dan Witir dan majlis-majlisbertadarus akan dimulakan dimasjid-masjid, surau-surau danbalai-balai ibadat di seluruh negaramalam ini.

Page 13: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 13NASIONAL

Oleh : Nooratini Haji AbasFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

MENTERI Pembangunan, Yang BerhormatDato Seri Setia Awang Haji Bahrin binAbdullah (kiri) semasa menyampaikanPingat Kerja Lama (P.K.L) kepada salahseorang penerima.

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, selaku Naib YangDi-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (tiga, kanan) menyampaikan Modal Berusaha menangkap ikan kepada Awang Khairul Nawarbin Esmed (dua, kanan).

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (dua, kanan) ketikamendengarkan tazkirah di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

207 warga KementerianPembangunan terima P.K.L

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 25 Mei. - Seramai 207pegawai dan kakitangan yang terdiridaripada 132 lelaki serta 75 perempuandari Kementerian Pembangunandan jabatan-jabatan di bawahnyamenerima Pingat Kerja Lama (P.K.L)sempena Perayaan Ulang Tahun HariKeputeraan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda SultanHaji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddinWaddaulah ibni Al-Marhum SultanHaji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adulKhairi Waddien, Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam.

Hadir selaku tetamu kehormatmenyempurnakan penyampaian pingattersebut ialah Menteri Pembangunan,Yang Berhormat Dato SeriSetia Awang Haji Bahrin binAbdullah.

Para penerima P.K.L merupakanpara pegawai dan kakitangan yangtelah mencapai perkhidmatandengan kerajaan tidak kurang dari20 tahun dan dikenal pasti telahmemenuhi ciri-ciri kelayakan yang

dipersyaratkan, iaitu memilikirekod-rekod perkhidmatan yang bersihserta mencapai tahap prestasi sangatbaik tidak kurang dari tiga tahunkebelakangan.

Turut hadir ialah Timbalan MenteriPembangunan, Yang Mulia DatoPaduka Awang Haji Suhaimi binHaji Gafar; Setiausaha-SetiausahaTetap dan Timbalan Setiausaha Tetap,ketua-ketua jabatan, divisyen danunit di Kementerian Pembangunan danjabatan-jabatan di bawahnya.

MUIB bantu ringankan beban

TEMBURONG, Khamis, 25 Mei. -Dalam usaha membantu meringankanbeban kehidupan golongan asnaf fakirmiskin di negara ini, Majlis UgamaIslam Brunei (MUIB) menyerahkan

agihan zakat kepada asnaf fakir danmiskin di Daerah Temburong, yangberlangsung di Pejabat Hal EhwalUgama Daerah Temburong, di sini.

Penyerahan disempurnakan oleh

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama,Yang Mulia Dato Paduka Awang HajiAbdul Mokti bin Haji Mohd. Daudjuga selaku Naib Yang Di-PertuaMUIB.

Bantuan Modal Berusaha berupaperahu, enjin dan peralatan menangkapikan diberikan kepada AwangKhairul Nawar bin Esmed, 27 tahun.

Ia adalah dari peruntukan KumpulanWang Zakat Majlis Ugama IslamAsnaf Fakir Miskin berjumlahBND16,929.00.

Modal tersebut diharapkan akandapat membantu Awang KhairulNawar yang tidak mempunyaipekerjaan tetap untuk berusahamencari rezeki bagi menyarakehidupan sehariannya bersamaisteri dan dua orang anak yang belumbersekolah.

Awang Khairul Nawar semasaditemui melahirkan rasa syukur danberterima kasih kepada KerajaanKebawah Duli Yang Maha Muliakhasnya MUIB di atas bantuanperahu dan peralatan memancingyang dihulurkan kepadanya.

Tambahnya, beliau sebelum initerpaksa menumpang perahu rakan-rakannya tiga atau empat kaliseminggu untuk mencari rezekidengan memancing ikan dan berazammemanfaatkan sebaik mungkinbantuan yang diberikan kepadanya

bagi membiayai keperluan seharian ke-luarganya.

Pada majlis yang sama, TimbalanMenteri Hal Ehwal Ugama jugamenyerahkan agihan barangan asasikepada 21 buah keluarga dari asnaffakir miskin di Daerah Temburong.

Timbalan Menteri Hal EhwalUgama dan rombongan juga bergerakke Pos Dakwah Kampung Selapon,di mana beliau menyerahkan bantuanbarangan asasi sumbangan PersatuanBulan Sabit Merah Negara BruneiDarussalam kepada empat buahkeluarga asnaf mualaf, selainmengadakan lawatan muhibah kekediaman Jau anak Maje juga diKampung Selapon bagi meninjaukebajikan dan perkembangan semasapenduduk di kawasan tersebut.

Rombongan Timbalan MenteriHal Ehwal Ugama juga berkunjungke rumah kediaman beberapaasnaf fakir miskin di KampungSelapon, iaitu kediaman AwangMuhammad Mu'in bin MohammadEmran, Awang Ahmad Bukhari binMohammad Emran, Awang Norhijanbin Osman dan Awang Jainal binKurus.

Beribadat semata-mata kerana AllahTEMBURONG, Khamis, 25 Mei. -Ke arah memakmurkan masjid sebagairumah Allah serta meraih keberkatandaripada Allah Subhanahu Wata'ala,para jemaah di Masjid UtamaMohammad Salleh, Pekan Bangarberpeluang memperdengarkan satusesi Tazkirah Subuh yang berlangsungselepas para jemaah menunaikanSembahyang Fardu Subuh di masjidberkenaan, di sini.

Hadir sama ialah Timbalan MenteriHal Ehwal Ugama, Yang Mulia DatoPaduka Awang Haji Abdul Moktibin Haji Mohd. Daud dan Datin;Pemangku Ketua Pegawai UgamaDaerah Temburong, Awang HajiKamarulzaman bin Kamis; pegawaidan kakitangan Kementerian HalEhwal Ugama (KHEU) sertajemaah masjid.

Tazkirah Subuh disampaikan olehPemangku Setiausaha Majlis UgamaIslam, KHEU, Awang Abdul Azizbin Haji Akop dengan tajuk 'GolonganYang Tidak Diperdaya Syaitan'.

Awang Abdul Aziz antara lainmenghuraikan bahawa sememangnyatermaktub di dalam Al-Quran bahawatujuan utama manusia itu diutus di atas

muka bumi ini adalah semata-matauntuk beribadat serta menghambakandiri menyembah Allah Ta'ala.

Manakala iblis pula telah berikrardi hadapan Allah Subhanahu Wata'alauntuk menyesatkan manusia dari jalanyang benar dan mengheret sebanyakmungkin umat manusia untukbersama-samanya masuk ke dalamneraka dengan menyeru padakekufuran, syirik, kelalaian danberbuat maksiat.

Awang Abdul Aziz menambah lagi,di dunia ini memang sukar kita hendakmenemukan golongan manusia yangtidak mampu diperdaya syaitan dansemua manusia adalah tidak terlepasdari menjadi sasarannya lebih-lebihlagi para Nabi, para wali danpara solehin.

Beliau berkongsi bahawa taubatadalah satu-satunya cara untukmenghapuskan dosa-dosa dankesalahan-kesalahan yang pernah kitalakukan khususnya dengan TaubatNasuha, iaitu dengan berhenti darimelakukan dosa dan menyesalinyaserta berazam tidak akanmengulanginya pada masa akandatang.

Page 14: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201714 JAWATAN KOSONG / IKLAN

JABATAN PELABUHANKEMENTERIAN PERHUBUNGAN

INSTRUCTION TO TENDERERSJP / SH27 / 2017 - 2018

REPLACEMENT OF DEFECTIVESPLIT TYPE AIR CONDITIONINGUNITS AT CRUISESHIP CENTRE,

MUARAPORTS DEPARTMENT

1. TENDERERS are invited fromsupplier company who registered withMinistry of Development, Negara BruneiDarussalam under Work Category M01 (5j)and Class I.

2. Tender document can be obtainedfrom :

Tender and Quotation Unit2nd Floor, Head Quarters BuildingPorts Department, Muara, BT1728

Negara Brunei Darussalam.Monday until Thursday8.00 Am until 11.00 Am1.30 Pm until 2.30 Pm

Saturday8.00 Am until 10.00 Am

Bidding documents will be issuedup to 1 JUNE 2017, a few weeks

before closing date.

TIME & PLACE FOR SUBMISSIONOF TENDERS :

3. The tender(s) must be sent in a sealed,plain envelope with the followingrequirements :

a) JP / SH27 / 2017 - 2018 -REPLACEMENT OF DEFECTIVESPLIT TYPE AIR CONDITIONINGUNITS AT CRUISESHIP CENTRE,MUARA, PORTS DEPARTMENTmust be clearly written on the front sideof the envelope.

b) The envelope used must NOT bare thename or logo of any company of supplier.

c) The envelope must be put inside'PETI SEBUT HARGA' addressed to :

The ChairmanQuotation Committee

Ports DepartmentMinistry of Communications

Muara, BT1728,Negara Brunei Darussalam.

d) The tenders will be received onlyuntil WEDNESDAY, 7 JUNE 2017 at2.00 Pm.

JABATAN PELABUHANKEMENTERIAN PERHUBUNGAN

PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA

BILANGAN SEBUT HARGA :JPKK / JKSH1718 - QTN.09 / FSS

TAJUK SEBUT HARGA :MEMBEKALKAN KANVAS HIJAU

BAGI KOMPLEKS STOR GADONG,JABATAN PERBENDAHARAAN

Tarikh Tutup / Jam :29 Mei 2017 (Isnin), 9.00 Pagi

DIUBAH KEPADA5 Jun 2017 - Isnin (9.00 pagi)

Tempat Menghantar Sebut Harga :Peti Sebut Harga

Jabatan PerbendaharaanTingkat 2, Tower Block

Bangunan Kementerian KewanganCommonwealth Drive, BB3910

Negara Brunei Darussalam.

Syarat-Syarat Penyertaan1. PEMOHON adalah dipelawa dari

syarikat-syarikat yang berdaftar terdiridaripada Rakyat Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2. Pemohon hendaklah menggunakanborang asal yang dikeluarkan oleh JabatanPerbendaharaan, Kementerian KewanganNegara Brunei Darussalam dan bolehdiperoleh di Kaunter PenyambutTetamu, Tower Block, Tingkat 2,Bangunan Kementerian Kewangan.

3. Borang pengakuan penenderhendaklah diisikan dengan lengkap denganmenyatakan bahawa syarikat yang ikut sertatidak mempunyai kepentingan atau pertalian

keluarga dalam syarikat-syarikat lain yangmenyertai tawaran sama dan menyenaraikannama-nama pekerja tempatan yang berkerjadi syarikat yang mengikuti tawaran.

4. Borang tawaran hendaklahdisertakan salinan SIJIL PENDAFTARANPERNIAGAAN 16 dan 17 yang masih sahyang menyenaraikan butir-butir perniagaanseperti nama, bilangan pendaftarandan negeri asal, nombor kad pengenalanatau paspot pemilik.

5. Setiap satu borang tawaran yanglengkap diisikan dan disertakan dengandokumen-dokumen yang diperlukanhendaklah dimasukkan ke dalam satusampul surat yang tertutup rapi dan menulisdengan jelas dengan menyatakanTAJUK dan BILANGAN TAWARANserta TARIKH TUTUP tanpa membubuhsebarang pengenalan atau identitisyarikat / pemborong.

6. Borang tawaran hendaklahdikembalikan dan dimasukkan ke dalamPETI TAWARAN SEBUT HARGAJABATAN PERBENDAHARAAN yangditujukan kepada :

PENGERUSIJAWATANKUASA SEBUT HARGAJABATAN PERBENDAHARAANTINGKAT 2, TOWER BLOCKBANGUNAN KEMENTERIAN

KEWANGANCOMMONWEALTH DRIVE, BB3910NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

7. Mana-mana tawaran yang diterimaselepas tarikh dan masa yang ditetapkanTIDAK AKAN DILAYAN.

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEIJABATAN PERDANA MENTERI

1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawabagi pembekalan dan penghantaran "Supply,Deliver, Testing and Commissioning of HeavyDuty Camera Drone and GoPro CameraSystems for the Golden Jubilee Celebrationof His Majesty's Accession to the Throne"bersesuaian dengan keperluan am dan tertaklukkepada syarat-syarat yang dinyatakan.

2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalamsampul surat yang tertutup, bertulis dengan :

TAWARAN : "Supply, Deliver, Testing andCommissioning of Heavy Duty Camera Droneand GoPro Camera Systems for the GoldenJubilee Celebration of His Majesty's Accessionto the Throne"

No. Tawaran : RTB / 08 / 2017

tanpa menunjukkan identiti pembekal /pemborong dan ditujukan kepada:

PengerusiLembaga Tawaran KecilJabatan Perdana Menteri

Level 1 Bangunan Jabatan PerdanaMenteri

Jalan Menteri BesarBandar Seri Begawan

Negara Brunei Darussalam.

dengan memasukkannya ke dalam Peti Tawaranyang terletak di :

Level 1Jabatan Perdana Menteri

Jalan Menteri BesarNegara Brunei Darussalam.

tidak lewat Selasa,20 Jun 2017, pukul 2.00 Petang

3. Salinan Bahagian Teknikal tawaran berkenaanhendaklah dihantar kepada :

PengarahRadio Televisyen Brunei

Jabatan Perdana MenteriJalan Stoney

Bandar Seri Begawan, BS8610Negara Brunei Darussalam.

UP. : Jurutera Penguasatidak lewat Selasa,

20 Jun 2017, pukul 2. 00 Petang

4. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah diperoleh dari :

Seksyen KewanganTingkat 2

Bangunan Radio Televisyen BruneiBandar Seri Begawan, BS8610

Negara Brunei Darussalam.

dengan yuran yang tidak dikembalikansebanyak BND10.00 dan BND5.00 bagi

dokumen softcopy.

5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam tidak semestinyamenerima tawaran-tawaran yang rendah ataulain-lain tawaran.

6. Pembayaran bagi dokumen tawaranhendaklah dibuat dalam bentuk tunai ataucek tempatan.

Page 15: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 15IKLAN

Page 16: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201716 IKLAN

JABATAN PERKHIDMATAN POSKEMENTERIAN PERHUBUNGAN

REQUEST FOR INFORMATION FOR THE LEASING OF LETTERSORTING MACHINE

JABATAN Perkhidmatan Pos mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berdaftardi Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri bagi sesi 'Request for Information forThe Leasing of Letter Sorting Machine' yang akan diadakan pada :

Tarikh : 7 Jun 2017Masa : 9.00 pagi

Tempat :Bilik Latihan

Tingkat 1Bangunan Pusat Memproses Mel dan Bungkusan

Lapangan Terbang Lama Berakas

Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah menghubungi pegawai berkenaan :(Awang Mohamad Ali bin Haji Momin)Pegawal Pos (Bahagian Operasi)Pusat Memproses Mel dan BungkusanLapangan Terbang Lama Berakas, BB3510Negara Brunei Darussalam.Telefon : +673 8 661114.

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAANKEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

PEJABAT PENERBANGANKEBAWAH DULI YANG MAHA MU-

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIKJABATAN PERDANA MENTERI

TAWARAN BAGI MEMBERSIHDAN MEMELIHARA BANGUNAN

DAN KAWASAN IBU PEJABATJABATAN IMIGRESEN

DAN PENDAFTARAN KEBANGSAANBILANGAN TAWARAN :

03 / IMMB / 05 / 2017

Syarat-Syarat Tawaran :1. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke

dalam Peti Tawaran di alamat yang tersebutdi bawah tidak lewat pada 30 Mei 2017, Selasa,jam 2.00 Petang.

PENGERUSILEMBAGA TAWARAN KECILBANGUNAN KEMENTERIAN

HAL EHWAL DALAM NEGERITINGKAT 1, JALAN JAMES PEARCE

BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Kelayakan : PEMBEKAL YANGBERDAFTAR DENGAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNANKATEGORI : S02, S03 & KP12

KELAS : II

2. Tawaran yang lewat diterima daritarikh dan masa yang telah ditetapkan di atastidak akan dilayan.

3. Tawaran hendaklah dihantar dalamdua (2) salinan berserta dengan BorangPengakuan Penender (Tenderer Declaration)Salinan Pendaftaran Perniagaan (BusinessRegistration).

4. Tawaran mestilah dihadapkan dalamsampul surat yang bertutup rapi (sealed) tanpamenunjukkan identiti penender dengan

menulis di luar sampul surat berkenaanseperti berikut :

BILANGAN TAWARAN :03 / IMMB / 05 / 2017

TAWARAN BAGI MEMBERSIHDAN MEMELIHARA BANGUNAN

DAN KAWASAN IBU PEJABATJABATAN IMIGRESEN

DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

TARIKH TUTUP : 30 MEI 2017

5. Syarikat atau pengusaha yang berhajatuntuk ikut serta hendaklah menyatakansebut harga bagi kerja-kerja pembersihandan pemeliharaan termasuk peralatandan detergent yang digunakan jugamenyenaraikan kerja-kerja pembersihandan pemeliharaan secara harian atau berkaladalam masa seminggu, sebulan dansebagainya.

6. Syarikat atau perusahan yang berhajat untukikut serta bagi tawaran yang tersebutdi atas hendaklah membayar yuran tawaransebanyak BND30.00 (tidak dikembalikan).Dokumen dan pembayaran wang cagaranboleh didapati dan dibuat di BahagianPentadbiran dan Kewangan, Tingkat 4,Ibu Pejabat Jabatan Imigresen danPendaftaran Kebangsaan, Jalan MenteriBesar pada bila-bila waktu pejabat dibuka.

7. Tawaran ini adalah bagi tempoh dua (2)tahun bermula dari tarikh kontrak perjanjiandipersetujui dan ditandatangani.

8. Kerajaan Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtidak semestinya menerima tawaran-tawaranyang rendah atau lain-lain tawaran.

JEMPUTAN UNTUK MEMBERI TAWARANJABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

***Jabatan Perdana Menteri

Negara Brunei Darussalam

Bilangan Tawaran :JPE / LTK / BP / 015 / 2017

Tajuk Tawaran :SUPPLY AND DELIVERY OF COVRAD VALVE CAGE RADIATOR CORES

FOR MAJOR MK3 ENGINES AT BELINGUS POWER STATION, TEMBURONG

Tarikh Tutup :20 JUN 2017 (SELASA, 2.00 PETANG)

Yuran Tawaran :BND30.00 (tidak dikembalikan)

Tempat Tutup :'PETI TAWARAN'

LEMBAGA TAWARAN KECILJabatan Perdana Menteri

Jalan Menteri BesarNegara Brunei Darussalam.

Kelayakan :PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

BAGI KATEGORI : P01 ATAU P05KELAS : II ATAU KE ATAS

DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehdi Tingkat Empat (4), Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Elektrik, di atasPengawasan Bahagian Unit Tawaran.

PERHATIAN : Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambildokumen di Kaunter Tawaran, Tingkat Empat (4), Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

JABATAN KERJA RAYAKEMENTERIAN PEMBANGUNAN

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTARDI DALAM

KELAS : V & VI SAHAJAKATEGORI : (KA01)

TARIKH MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN :24 MEI 2017

TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN : TIDAK LEWATDARI JAM 12.00 TENGAH HARI, SELASA, 20 JUN 2017

TARIKH TUTUP TAWARAN :TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG,

SELASA, 4 JULAI 2017

BILANGAN TAWARAN : JKR / DOR / SRC 03 / 2017

NAMA PROJEK :MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN PENYIMPANAN JADUAL BAS AWAMBAGI DAERAH BRUNEI MUARA, DAERAH TUTONG DAN DAERAH BELAIT

YURAN TAWARAN : BND100.00(TIDAK DIKEMBALIKAN)

E-DOKUMEN : -

Syarat-Syarat Tawaran :TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga

Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas, BB3510,Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklanatau dokumen tawaran.

Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkantidak akan dilayan.

Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) denganmenyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantarke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran.

Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit PembahagianDokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama,Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaranyang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulaidengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Kontrak,Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam.

Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama adaberjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan.

Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendakimembawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawapemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkandan dikehendaki membayar yuran tawaran.

Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaranyang telah disediakan.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yangterendah atau lain-lain tawaran.

Page 17: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 17

Siaran Akhbar dan Foto :Autoriti Monetari Brunei Darussalam

Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perdana Menteri

PEMANGKU Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud juga selaku Ahli Lembaga Pengarah AMBD hadir selaku tetamu kehormatpada Majlis Hari Menabung Kebangsaan 2017 dan Financial Showcase di The Mall, Gadong (kiri). Sementara gambar kanan, Yang Mulia Dato Paduka (kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Promo Radiodan Pertandingan Promo Video.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar bertukar cenderahati dengan Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama NikolaiPatrushev (kiri). Sementara gambar kanan, Yang Mulia Dato Paduka (tengah) semasa hadir pada Mesyuarat Antarabangsa Pegawai Berpangkat Tinggi Yang Bertanggungjawab Ke Atas Hal Ehwal Keselamatan Ke-8 di Taman NegaraZavidovo, Rantau Tver, Persekutuan Rusia pada 23 - 25 Mei 2017.

Hari Menabung Kebangsaan 2017 anjuran AMBD

BANDAR SERI BEGAWAN,Jumaat, 26 Mei. - Autoriti MonetariBrunei Darussalam (AMBD)mengadakan Majlis HariMenabung Kebangsaan 2017 danFinancial Showcase di The Mall,Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormatialah Pemangku Menteri Tenaga danPerindustrian di Jabatan Perdana

Menteri (JPM), Yang Mulia DatoPaduka Awang Haji Mohd. Roselanbin Haji Mohd. Daud juga selakuAhli Lembaga Pengarah AMBD.

Turut hadir pada majlis tersebutialah Ahli-ahli Lembaga PengarahAMBD, Pesuruhjaya-pesuruhjayaTinggi dan Duta-duta BesarNegara-negara Sahabat ke NegaraBrunei Darussalam; Ahli-ahli Majlis

Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalanSetiausaha Tetap, pegawai-pegawaikanan kerajaan dan ketua-ketuaeksekutif institusi-institusi kewangandi negara ini.

Tetamu kehormat berucap padamajlis itu dan seterusnya merasmikanpenubuhan Brunei Capital MarketAssociation (BCMA).

Beliau juga menyampaikanhadiah kepada pemenang-pemenangPertandingan Promo Radio yangdibukakan kepada penuntut-penuntut

sekolah menengah kerajaan dan swastajuga Pertandingan Promo Videobagi orang ramai sempena HariMenabung Kebangsaan 2017.

Sejurus itu, Yang Mulia DatoPaduka seterusnya melawat FinancialShowcase, iaitu pameran yangmengetengahkan produk danperkhidmatan pengurusan kewangan.

Antara institusi-institusi kewanganyang turut mempamerkan produkdan perkhidmatan masing-masingadalah AMBD, Tabung AmanahPekerja (TAP), Baiduri Bank Berhad,

Bank Islam Brunei Darussalam(BIBD), Standard Chartered Bank,AIA Co. Ltd., Great Eastern LifeAssurance dan Takaful BruneiKeluarga (TBK) Sdn. Bhd.

Sempena Hari MenabungKebangsaan 2017 tersebut, AMBDdengan kerjasama KementerianPendidikan, Kementerian Hal EhwalUgama, Radio Televisyen Brunei(RTB), TAP serta institusi-institusi kewangan dan agensi-agensi berkenaan telah mengadakanbeberapa jerayawara.

Usaha bersepadu tangani ancaman siber

TAMAN NEGARA ZAVIDOVO,RANTAU TVER, PERSEKUTUANRUSIA, Jumaat, 26 Mei. - Usaha-usaha bersepadu dan kerjasama diperingkat serantau dan antarabangsaamat penting dalam menanganiancaman siber, iaitu melaluipembinaan pengukuhan keupayaansiber dan pendidikan untukmeningkatkan kesedaran diri kearah perlindungan keselamatansiber.

Timbalan Menteri di Jabatan

Perdana Menteri (JPM), Yang MuliaDato Paduka Awang Haji Hamdanbin Haji Abu Bakar menekankanperkara tersebut semasa MesyuaratAntarabangsa Pegawai BerpangkatTinggi Yang BertanggungjawabKe Atas Hal Ehwal KeselamatanKe-8 (8th International Meeting ofHigh-Ranking Officials Responsiblefor Security) di Taman NegaraZavidovo, Rantau Tver, PersekutuanRusia pada 23 - 25 Mei 2017.

Yang Mulia Dato Paduka

menegaskan, 86 peratus daripadapenduduk Negara Brunei Darussalamadalah pengguna internet, salahsatu penembusan internet tertinggidi dunia yang memerlukan ekosistemkeselamatan siber negara, justerumenjadikannya sebagai salah satukeutamaan strategik teratas, iaitumenerusi pembangunan kapasitidan latihan penguatkuasaan undang-undang dan kempen kesedaranuntuk orang ramai.

Yang Mulia Dato Paduka jugamenyatakan bahawa Negara BruneiDarussalam juga bekerja rapatbersama-sama dengan negara anggotaASEAN yang lain melalui pelbagai

inisiatif termasuk Mesyuarat PegawaiKanan ASEAN mengenai JenayahRentas Sempadan (SOMTC);Mesyuarat ASEAN Peringkat Menterimengenai Jenayah Rentas Sempadan(AMMTC); dan Mesyuarat PeringkatMenteri Telekomunikasi ASEAN(TELMIN ASEAN).

Mesyuarat tersebut dihadiri olehpara Menteri, Timbalan-TimbalanMenteri dan kementerian-kementerianyang bertanggungjawab mengenaiperkara-perkara keselamatan dari 94negara dan Pejabat Bangsa-BangsaBersatu Mengenai Dadah dan Jenayah(United Nations Office of Drugs andCrime - UNODC).

Pada mesyuarat sampingan, YangMulia Dato Paduka Awang HajiHamdan juga membuat kunjunganhormat kepada Setiausaha MajlisKeselamatan Persekutuan Rusia, TuanYang Terutama Nikolai Patrushevyang juga Pengerusi Mesyuaratberkenaan.

Ahli-ahli delegasi Negara BruneiDarussalam termasuk Duta BesarIstimewa dan Mutlak Negara BruneiDarussalam ke Persekutuan Rusia,Tuan Yang Terutama Awang HajiHaini bin Haji Hashim serta pegawai-pegawai kanan dari JPM danJabatan Keselamatan DalamNegeri.

NASIONAL

Page 18: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201718 AGAMA / NASIONAL

Persiapandi bulan Ramadan

MARILAH kita sama-samameningkatkan ketakwaan kitakepada Allah Subhanahu Wata'ala

dengan penuh keyakinan dan keikhlasandengan melakukan segala suruhan-Nyadan meninggalkan segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita menjadi insan yangberiman dan bertakwa serta selamat di duniadan selamat di akhirat.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadratAllah Subhanahu Wata'ala atas nikmat rezeki,kesihatan dan lain-lain nikmat yang tidakterhitung banyaknya. Dengan nikmat tersebutpada hakikatnya, kita telah pun diberi peluanguntuk meningkatkan amal ibadat kepadaAllah Subhanahu Wata'ala. Kita telah pundiberi peluang untuk meningkatkan amal ibadatkepada Allah Subhanahu Wata'ala. Lebih-lebihlagi kita akan memasuki bulan yang kitarindui bulan yang penuh rahmat, berkat dankeampunan, iaitu bulan Ramadan al Mubarak.pada bulan inilah umat Islam diwajibkanberpuasa. Allah Subhanahu Wata'ala dalamSurah Al-Baqarah, ayat 183 :

Tafsirnya : ''Wahai orang-orang yangberiman, diwajibkan atas kamu berpuasasebagaimana diwajibkan atas orang-orangyang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.''

Sebagai umat Islam, marilah kitamengambil peluang ini menguatkan azamuntuk beramal ibadat dan merebut fadilat,pahala dan ganjaran yang dijanjikan olehAllah Subhanahu Wata'ala. Antara amalibadat yang perlu kita lakukan di bulanyang mulia ini ialah :

- Menambah amal ibadat umpamanyamemperbanyakkan sembahyang sunat,membaca Al-Quran, berzikir, bersembahyangfardu berjemaah di masjid, Qiyamulail danseumpamanya.

- Mendalami ilmu agama khususnyadalam perkara ibadat puasa seperti hukum-hukum puasa dan adab-adabnya. Antaraadab-adab tersebut adalah seperti menjaga diridari melakukan perkara-perkara yangdiharamkan ketika berpuasa seperti menjagapandangan, pendengaran, percakapan,perbuatan daripada perkara-perkara yangdiharamkan dan sia-sia. Begitu juga menahanperut daripada makan makanan dan minumanyang syubhah. apatah lagi yang haramterutamanya ketika berbuka puasa danbersahur.

- Memperbanyakkan amal bersedekah.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammerupakan seorang yang paling sukabersedekah dan dermawan serta Bagindalebih dermawan di dalam bulanRamadan. Sabda Rasulullah SallallahuAlaihi Wasallam :

Maksudnya : ''Wahai Abdullah bin Abbas,Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialahorang yang paling dermawan. Dan Bagindalebih dermawan lagi di bulan Ramadan di saatBaginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya

setiap malam di bulan Ramadan untukmengajarkan Al-Quran. KedermawananRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammelebihi angin yang berhembus,'' (RiwayatAl Imam Al Bukhari)

Selain daripada persediaan-persediaanrohani tersebut, terdapat juga perkara pentingyang perlu kita jaga dalam melakukan ibadatpuasa, iaitu penjagaan kesihatan. Ini kerana,dengan tubuh badan yang sihat akanmemudahkan kita menjalankan ibadah puasadan ibadat-ibadat yang lain seperti Solat SunatTarawih, Qiyamulail, membaca Al-Quran,iktikaf dan sebagainya. Antara perkara-perkarakesihatan yang perlu dititikberatkan semasadi bulan Ramadan adalah :

Pertama : Memilih dan menyediakanmakanan daripada sumber yang halal dan bersih.Bagi mereka yang terlibat dalam penyediaandan pengendalian makanan, sama ada untukkegunaan sendiri atau berurus niaga. Pastikanmakanan itu hendaklah daripada sumber yanghalal lagi baik dan bukannya dari sumberyang syubhah. Ingatlah kepada peniaga-peniaga bahawa tujuan berniaga bukan sahajauntuk mengaut keuntungan akan tetapi yanglebih utama adalah untuk mencari keberkatanrezeki hasil perniagaan tersebut.

Kedua : Mengamalkan makanan yangseimbang dan sederhana. Membanyakkanmeminum air putih dan kita juga disunatkanbersahur bagi mendapatkan keberkatan.

Ketiga : Meneruskan aktiviti-aktiviti harianyang menjurus kepada kegiatan fizikal sepertisenaman ringan dan sebagainya mengikutkemampuan masing-masing keranaibadah puasa bukan penghalang untukmelakukan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja ha-rian tersebut.

Keempat : Berpuasa merupakan satulatihan yang amat berfaedah untuk mengatasi

tabiat merokok dan perokok-perokok bolehmengambil kesempatan di bulan Ramadanini untuk berazam berhenti merokok.Agama Islam melarang keras umatnya darimelakukan apa jua perkara yang bolehmembinasakan diri.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalamSurah Al Baqarah, ayat 195 :

Tafsirnya : ''Dan belanjakanlah (hartayang ada pada kamu) pada jalan Allah danjanganlah kamu sengaja menjerumus dirikamu sendiri ke dalam kebinasaan. Danberbuat baiklah kamu, kerana sesungguhnyaAllah menyukai orang-orang yang berbuatkebaikan.''

Menjelang 1 Ramadan ini, marilahsama-sama membuat persiapan dengansebaik-baiknya sama ada dari segi rohanimahupun jasmani. Ambillah peluang di bulanini, dengan melipatgandakan amal ibadatdan mengamalkan cara hidup sihat. Isilahruang dan masa yang ada dengan melakukanperkara-perkara kebajikan kerana belumpasti pada tahun yang akan datang, kitadipertemukan lagi untuk menikmati bulanRamadan. Semoga dengan tibanya Ramadanpada tahun ini, kita akan dapat melaksanakanamal ibadat dengan sempurna dan diterimaserta mendapat ganjaran dan rahmatdaripada Allah Subhanahu Wata'ala. AminYa Rabbal Alamin.

Surah An Nahl, ayat 97 :Tafsirnya : ''Siapa yang mengerjakan

amalan soleh sama ada lelaki atauperempuan, sedang dia orang yang beriman,maka sesungguhnya kami sudah tentuakan menghidupkannya dengan kehidupanyang baik dan kami sudah tentu akanmengurniakan mereka dengan ganjaranyang lebih daripada apa yang merekatelah kerjakan.''

Berita dan Foto : Hamzah Mohidin

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar AlamDato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato Paduka Awang Haji Sabtu menyampaikanderma kepada para penerima.

Warga kurang berkemampuandiberikan perhatian

BANDAR SERI BEGAWAN,Rabu, 24 Mei. - Warga yangkurang berkemampuan terusdiberikan perhatian oleh pelbagaipihak di negara ini.

Sehubungan dengan itu,Jawatankuasa Takmir danMuslimah Masjid MohamedBolkiah, Kampung Serusopmengadakan majlis penyerahan

sumbangan bagi membantumereka yang memerlukandengan mengadakan MajlisPenyerahan Derma kepadaAnak-anak Yatim, Ibu tunggaldan Fakir Miskin yangbermastautin di sekitar kawasanKampung Pancha Delima,Kampung Delima Satu, KampungAnggerek Desa, Kampung Orang

Kaya Besar Imas dan KampungSerusop.

Hadir selaku tetamu kehormatmenyempurnakan penyampaianderma tersebut ialah AhliMajlis Mesyuarat Negara, YangBerhormat Pehin Orang KayaPendikar Alam Dato PadukaSeri Awang Haji Hasrin bin DatoPaduka Awang Haji Sabtu.

Seramai 67 anak yatim,12 fakir miskin dan 11 orangibu tunggal terpilih menerimasumbangan berkenaan yangdiadakan di masjid tersebut.

Sumbangan dihulurkan olehJawatankuasa Takmir danMuslimah masjid tersebut, orangperseorangan dan Nazmi TextileMall.

ANTARA para penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan asnaf fakir miskin pada majlis tersebut.

Page 19: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 19WARISAN

Oleh : Khartini Hamir

Majlis Perkahwinan :Budaya badudunmasih diamalkan

Kenali budaya dan tradisi masyarakat kitani

SESETENGAH masyarakatberpendapat keriuhandan kemeriahan keluarga

serta jiran tetangga yangdatang berkumpul membantumenjayakan majlis-majlisperkahwinan kini kian malap danhilang, begitu juga dengansenario kaum wanita menghiris

bawang dan kaum lelaki melapahkerbau atau lembu sudah jarangkita temui hari ini.

Walau bagaimanapun masihterdapat sejumlah besar kaumkeluarga di Negara BruneiDarussalam yang mengadakanmajlis-majlis kenduri sebagaicontoh majlis perkahwinanyang masih mempraktikkansenario-senario sedemikian malahkadangnya hingga melibatkanmasyarakat sekampung yangsama-sama 'badudun' membantusesebuah keluarga untukmenjayakan dan melancarkanmajlis yang akan berlangsung.

Malah apa yang lebihmembanggakan, masyarakatdi negara kitani masih kekal danterus mengamalkan acara-acarakeagamaan sebagai 'pembuka'majlis sebelum berlangsungnyamajlis akad nikah antaranyayang sering dihadiri sendiri olehpenulis ialah Majlis KhatamAl-Quran, Majlis Berdikir danMajlis Doa Selamat bagi sama-sama mengharapkan rahmat,perlindungan dan reda Allahagar dilindungi dari sebaranganasir jahat dan memohon untukdipermudahkan segala urusanmajlis berjalan dengan lancar.

Di samping itu juga seringdiadakan di sesetengahmajlis-majlis perkahwinan yangturut melibatkan ramai pihak bagisama-sama memeriahkan lagimajlis-majlis tertentu ialah sepertimajlis malam berinai, majlis

berbedak, upacara 'masukpengangunan', majlis bersanding,majlis berambil-ambilan, majlismulih 3 hari atau 7 hari dansebagainya.

Selain dari itu, masyarakatdan kaum keluarga sertasahabat handai juga masihmengamalkan budaya 'badudun'dan bergotong-royong membantukeluarga yang diraikan denganaktiviti keramaian seperti'memasukkan campur','membungkus makanan ringan'seperti kuih-muih yang diberikanoleh jemputan yang datangbertandang untuk dihidangkan,menjemput dan mempelawapara tetamu yang datang,memberikan 'campur' kepadapara tetamu dan sebagainya.

Yang mana ini jelasmenunjukkan bahawamasyarakat kitani masihbelum 'camah mata' mengenaiperkara-perkara seumpamanya.

Menjelaskan serba sedikitlagi mengenai peranan keluargadan masyarakat bergotong-royong dalam majlis-majliskenduri juga sebenarnyamempunyai rasa ikatan mesrayang lebih mendalam, keranamereka sama-sama merasakanpenat dan puas dalammengendalikan sesuatu majlisatau kenduri dan keadaan inimungkin sahaja akan berterusandalam kalangan satu generasi kesatu generasi yang mendatanginsyaaAllah.

Page 20: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201720 RENCANA

Oleh : Noriah Haji Abdul HamidFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Haji Ahmad Haji Salim

KURMA Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji HassanalBolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dinantikanrakyat saban tahun.

INILAH kurma kurnia peribadi baginda yangmenjadi santapan rakyat berbuka puasa padatahun ini (kiri).

Kurma kurniaKebawah DYMMamat disyukuri

SEPERTI lazimnya di tahun-tahun yangsudah, pada tahun ini rakyat danpenduduk di Negara Brunei Darussalam

sepertimana lazimnya akan menerimapembahagian buah Kurma Kurnia PeribadiKebawah Duli Yang Maha Mulia PadukaSeri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan YangDi-Pertuan Negara Brunei Darussalamsempena bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017Masihi kepada seluruh rakyat dan pendudukyang berugama Islam di Negara BruneiDarussalam. Ini bermakna setiap umat Islamyang menetap di negara ini tanpa mengirahad umur dan taraf kerakyatan akan menerimasatu kotak kecil kurma yang mengandungi300 gram setiap seorang.

Pengurniaan peribadi ini sudah begitusinonim dan sentiasa segar dalam sanubarisetiap umat Islam di negara ini apabilamenjelangnya bulan Ramadan untuk dijadikansebagai juadah berbuka puasa. Ini setentunyamencerminkan sikap pemedulian dan kasihsayang baginda kepada rakyatnya sertamerupakan salah satu anugerah yang berterusandaripada Allah Subhanahu Wata'ala yangperlu kita syukuri.

Ke arah pelaksanaan tersebut, YayasanSultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB)sebagai sebuah organisasi yang mengendalikanamal jariah Kebawah Duli Yang Maha Muliaterlibat sepenuhnya dalam pengurusanpembelian buah kurma kurnia peribadibaginda sementara pengagihannya

dilaksanakan dengan kerjasama beberapaagensi kerajaan yang berkenaan. Projek khasini merupakan projek tahunan yangdilaksanakan oleh YSHHB sejak tahun1415H / 1995M.

PENGAGIHANMajlis Pelancaran Pengagihan Buah Kurma

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang MahaMulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara BruneiDarussalam yang disempurnakan oleh YangTeramat Mulia Paduka Seri Duli PengiranMuda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB pada18 Mei lalu bertempat di Dewan Banquet,Jabatan Perdana Menteri.

Selepas sahaja Majlis PelancaranPengagihan, Buah Kurma Kurnia KebawahDYMM mula dibahagi-bahagikan kepadaorang ramai dan pembahagiannya diserahkankepada penghulu-penghulu mukim danketua-ketua kampung, pemerintah-pemerintah dan komandan-komandan ABDBserta pengarah-pengarah formasi danpegawai-pegawai pemerintah Pasukan PolisDiraja Brunei.

Pada tahun ini, sejumlah 157.5 tan metrikbuah kurma jenis Safawy dibekalkan olehAl-Madinah Dates Company, sebuah syarikatdari Arab Saudi telah dipertanggungjawabkankepada semua ketua-ketua kampung di seluruh

negara untuk menggunakan kebijaksanaanmereka masing-masing supaya buah kurmaperibadi ini akan diterima oleh setiap orangyang berugama Islam di negara ini, iaitu bagimenjunjung hasrat dan niat suci bagindatersebut.

Dalam perkara ini, marilah kita sama-samamenghayati dan menjunjung sabda YangTeramat Mulia Paduka Seri Duli PengiranMuda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli YangMaha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan HajiHassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulahantara lain menekankan :

''Menyentuh mengenai pembahagian kurmakurnia peribadi paduka ayahanda, parapenghulu mukim dan ketua-ketua kampungselaku pemimpin akar umbi yang terlibatsecara langsung dalam pengagihan buah-buahkurma berkenaan, hendaklah memiliki sifatkepimpinan yang jitu pada memastikanpengagihan buah-buah kurma kurnia peribadipaduka ayahanda dilaksanakan dengan penuh

tanggungjawab dan amanah.''KHASIAT

Sesungguhnya buah kurma atau buah tamarbukan sahaja dikenali hanya sebagai buahsahaja malahan sekali gus menjadi ubat,minuman, pemanis dan makanan berkhasiat.Allah mempunyai maksud tertentu mengenaikepentingan kurma. Kurma mengandungi 50peratus kandungan gula dan amat berkhasiatkerana isi buahnya mengandungi fruktosadan glukosa berkalori tinggi dan mudah sertacepat dicerna.

Kandungan gulanya berupaya menenangkansaraf yang gelisah serta memberikan rasatenang pada jiwa. Kurma mampu menggantikangula dalam darah dan memberikan tenaga.Jika dimakan tanpa membuang kulitnya dapatmelancarkan pencernaan dan mencegahperadangan usus. Bagi perempuan yangmenyusu anak, kandungan zat besi dankalsium dalam kurma dapat menambahkuantiti air susu.

Menurut hasil penelitian, buah kurmayang dijadikan jus dapat memperkuaturat-urat rahim dan membantu memudahkanproses melahirkan. Ia juga mengurangkanpendarahan ketika melahirkan sertamenguatkan organ rahim. Anak damityang disusui oleh ibu yang menjadikankurma sebagai amalan pemakanan akanmembesar menjadi anak yang cerdas danmembantu menguatkan daya ingatan.Justeru itu, kita dianjurkan untuk memakankurma sebagai sebahagian daripadaamalan sunnah dan untuk menjagakesihatan tubuh apa tah lagi di bulanRamadan nanti untuk dijadikan sebagaijuadah berbuka puasa dan ketika bersahur.

MENJUNJUNG KASIHPengurniaan Kurma Peribadi Kebawah

DYMM ini merupakan salah satu amal jariahbaginda serta kaum kerabat baginda yangdihasratkan dapat dinikmati sebagaijuadah berbuka puasa pada bulan yang penuhMubarak oleh semua golongan rakyatdan penduduk Islam di negara ini. Justeru itu,adalah wajar bagi seluruh umat Islam dinegara ini menyembahkan setinggi-tinggimenjunjung kasih ke hadapan majlisKebawah DYMM atas kurnia ini danmerafakkan doa semoga sentiasa berada dibawah pemeliharaan dan perlindunganAllah Subhanahu Wata'ala, sihat sejahteradan kekal karar memerintah Negara BruneiDarussalam di bawah petunjuk dan inayahAllah Subhanahu Wata'ala jua.

Page 21: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 21NASIONAL

Jerudong Park ditutupsepanjang bulan Ramadan

JERUDONG, Rabu, 24 Mei. - Taman Permainan Jerudong akan ditutupkepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan dan akan memulakanoperasinya seperti biasa selepas bulan mulia ini.

Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh berbuka puasa diMedan Selera Jerudong Park yang akan beroperasi di bulan Ramadan.Kebanyakan restoran akan mula beroperasi jam 2.00 petang.

Kaunter pembayaran Jerudong Park Country Club Sdn. Bhd., akandibuka pada Isnin hingga Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang,Jumaat pada pukul 9.30 pagi hingga 11.15 pagi.

Pengurusan dan kakitangan Jerudong Park Country Club (JPCC)semoga umat Islam akan mendapat rahmat dan ganjaran sepanjangbulan Ramadan.

Penempahan gelangtangan haji

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. - Jabatan urusan HajiKementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa merujuk peraturanKementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang menghendaki semua bakaljemaah yang akan menunaikan fardu haji adalah dimestikan untuk memakaigelang tangan haji sebagai tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci.

Sehubungan itu, semua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalamyang telah terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji Tahun1438H / 2017M adalah dikehendaki untuk menempah gelang tangan hajitersebut pada tarikh yang telah ditetapkan dengan membawa bersama BukuRekod Kesihatan dan Panduan Kesihatan, di kedai yang dilantik, iaituSyarikat Manggo Tree Advertising di alamat Unit No. 103, Tingkat I,Bangunan Kumbang Pasang, KM 3.5 Jalan Gadong, BandarSeri Begawan, Negara Brunei Darussalam melalui talian +673 2241651 /+673 7121287.

Waktu perniagaan syarikat berkenaan pada hari-hari biasa ialah Isninhingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petangmanakala Jumaat mulai 8.30 hingga 11.30 pagi dan 2.00 hingga5.00 petang.

Sementara waktu perniagaan sepanjang bulan Ramadan ialah Isninhingga Khamis dan Sabtu bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petangmanakala Jumaat mulai 8.30 hingga 11.30 pagi dan 2.00 petanghingga 4.00 petang.

Syarikat berkenaan tidak beroperasi pada Ahad.

Siaran Akhbar : Jerudong Park Country Club (JPCC)

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN

• Sembahyang

• Berdoa

• Berusaha

• Pastikan tempat belajar sentiasakemas dan teratur

• Gunakan carta atau nota-nota keciluntuk belajar

• Sentiasa kemas kinikan setiap catatan

• Semua pelajar adalah cerdik pandai

• Selalu berfikiran untuk maju

• Ibu bapa memainkan peranansupaya anak-anak berkeyakinan diriyang tinggi

• Tawakal

Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu, katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallambersabda : "Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkanbaginya suatu jalan menuju ke syurga."

Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan

Siaran Akhbar : Jabatan Pengangkutan Darat

Siaran Akhbar : Jabatan Muzium-Muzium

Perkhidmatan kaunter JPDsepanjang bulan Ramadan

Waktu persekolahan semasa bulan Ramadan

Dewan Pameran dan Galeri ditutuppada 1 Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Kementerian Pendidikanmemaklumkan mengenai perubahanwaktu-waktu persekolahan semasabulan Ramadan bagi sekolah-sekolahrendah dan menengah / maktab-maktab di seluruh negara bagi Tahun1438 Hijrah / 2017 Masihi. Waktupersekolahan bagi sekolah-sekolahrendah untuk sesi pagi bermula jam7.45 pagi hingga 11.40 pagi dan bagi

sesi petang pula, bermula jam 12.00tengah hari hingga 3.55 petang bagisekolah rendah yang mempunyaidua sesi.

Sementara waktu persekolahan bagisekolah-sekolah menengah / maktabuntuk sesi pagi bermula jam 7.30 pagihingga 11.50 pagi dan untuksesi petang pula bermula jam 12.00tengah hari hingga 4.00 petang bagisekolah menengah yang mempunyai

dua sesi.Kementerian Pendidikan dalam

kenyataannya turut memaklumkanbahawa semua pelajar termasukprasekolah di sekolah-sekolah rendahakan bersekolah semasa hari-haripersekolahan pada bulan Ramadan.Walau bagaimanapun, pelajar-pelajarprasekolah akan diberikankelonggaran waktu belajar mengikutbudi bicara sekolah masing-masing.

Sesi persekolahan semasa bulanRamadan akan bermula sejurusselepas cuti awal bulan Ramadanhingga 15 Jun 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Jabatan Pengangkutan Darat(JPD) memaklumkan kepada orangramai bahawa kaunter-kaunterperkhidmatan JPD sepanjang bulanRamadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi diIbu Pejabat JPD, Beribi; KompleksLatihan dan Ujian Memandu, SungaiAkar; Cawangan-Cawangan JPD disetiap daerah akan beroperasi padaIsnin hingga Khamis dan Sabtubermula jam 8.15 pagi hingga12.30 tengah hari.

Pusat Pemeriksaan Kenderaan di IbuPejabat JPD, Beribi dan PusatPemeriksaan Kenderaan di CawanganJPD di daerah-daerah juga beroperasipada Isnin hingga Khamis dan Sabtumulai jam 8.15 pagi hingga12.30 tengah hari.

Sementara waktu perkhidmatanpada Jumaat di Ibu Pejabat JPD, Beribibagi Permohonan Membaharui LesenMemandu dan Lesen Kenderaan akanbemula jam 8.15 pagi hingga11.00 pagi. Manakala Pemeriksaan

Kenderaan di Ibu Pejabat JPD akanberoperasi pada setiap Jumaat minggupertama dan terakhir mulai jam 8.15pagi hingga 10.30 pagi.

Bagi Cawangan JPD Daerah Tutongdan Daerah Belait, PerkhidmatanMembaharui Lesen Memandu danLesen Kenderaan adalah pada Jumaatminggu pertama dan terakhir, mulaijam 8.15 hingga 11.00 pagi.

Manakala Pemeriksaan Kenderaandi Cawangan JPD Daerah Tutongdan Daerah Belait hanya pada Jumaatminggu pertama dan terakhirdari jam 8.15 pagi hingga 10.30 pagi.

Kompleks Latihan dan UjianMemandu JPD Sungai Akar danCawangan JPD Daerah Temburongbagi Perkhidmatan MembaharuiLesen Memandu dan Lesen Kenderaanserta pemeriksaan kenderaanadalah ditutup pada Jumaat. Kesemuaperkhidmatan akan ditutup pada Ahaddan hari-hari kelepasan awam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Dewan-dewan Pameran danGaleri Jabatan Muzium-Muzium akanditutup pada Sabtu, 1 Ramadanbersamaan 27 Mei (tertakluk kepadapenglihatan anak bulan).

Oleh itu, Muzium-muzium dangaleri akan dibukakan untukkunjungan pelawat pada 2 Ramadan143 Hijrah.

Muzium-muzium dan galeri yangdimaksudkan ialah Muzium TeknologiMelayu (MTM); Muzium MaritimBrunei Darussalam; Taman ArkeologiKota Batu; Galeri Seni, DermagaDiraja Bandar Seri Begawan;Bangunan Alat Kebesaran Diraja;Galeri Sukan, Stadium NegaraHassanal Bolkiah; Taman WarisanTasek Merimbun dan Muzium Daerah

Belait.Sementara Muzium Brunei dan

Bubungan Dua Belas masih ditutupuntuk kunjungan orang ramai.

Waktu lawatan sepanjang bulanRamadan ialah Sabtu hingga Khamisbermula jam 9.00 pagi hingga 3.00petang dan Jumaat dari jam9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Manakala Muzium Daerah Belaitditutup pada Jumaat dan Khamis.

Pintu dewan galeri akan ditutup 30minit sebelum waktu lawatanberakhir.

Page 22: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 201722 NASIONAL

Semangat patriotisme perlu disalurkanke seluruh peringkat masyarakat

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed

KUALA BELAIT, Rabu, 24 Mei. -Program Taklimat MenghayatiBendera dan Lagu KebangsaanNegara Brunei Darussalam merupakansatu usaha berterusan JabatanPenerangan dalam menyemaisemangat patriotisme para pelajaruntuk menghormati serta menjiwailagu kebangsaan dan bendera negara.

Program kali ini diadakan diSekolah Menengah Perdana Wazir(SMPW), Kuala Belait yangdisampaikan oleh PegawaiPenerangan, Awang MohammadHisyam bin Idris, selaku KetuaCawangan Penerangan Daerah Belait.

Program dihadiri seramai 72 pelajarTahun 7 sekolah berkenaan.

Para pelajar juga menyaksikan klipvideo 'Kibarkanlah Dengan MegahBendera Negara' dan video animasi'Tatacara Mengibarkan Bendera'serta berpeluang menyertai KuizKenegaraan yang dikendalikan olehJabatan Penerangan.

Timbalan Pengetua Akademik

SMPW, Awang Saidin Hidayat binAbdullah Lasit semasa ditemu bualoleh Pelita Brunei berkata, usahaJabatan Penerangan ke arah programseumpamanya sangat bagus untukmenghayati, mendalami dan menanamnilai-nilai patriotik selaku rakyatBrunei dan ia bukan sahaja khususbuat pelajar, kefahamannya juga harusdisalurkan kepada semua peringkatmasyarakat.

Sementara itu, dua pelajar Tahun 7,Dayang Siti Nuriffa DahiyatulNazihab binti Azmi dan KhairulFadhilah Hayat Habibahana bintiRoslin juga sama-sama menyatakanmengenai perolehan maklumatberguna menerusi taklimat tersebutdan juga berpeluang untuk memahamidan mempelajari mengenaikepentingan lagu kebangsaan danbendera negara.

Program berkenaan dihadiri olehtenaga pengajar sekolah tersebutdan juga kakitangan JabatanPenerangan.

ANTARA pelajar lelaki Tahun 7 yang hadir pada Program Taklimat Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan NegaraBrunei Darussalam.

Lahirkan generasi Al-Quran

KELAS pembelajaran bagi hafizdan hafizah di Masjid Kampung SungaiTeraban.

KUALA BELAIT, Rabu, 24 Mei. -Seramai 11 murid Kelas PengajianTahfiz Kali Pertama di Daerah Belaittelah menamatkan hafalan 30 juzukAl-Quran yang bermula sejak Mei2016 hingga Mei 2017.

Penyampaian sijil kepada hafizdan hafizah disempurnakan olehPegawai Hal Ehwal Masjid Zon 1,Awang Akup bin Haji Lamat.

Pengajian tahfiz bertemakan'Melahirkan Generasi Al-Quran'itu diungkayahkan oleh AhliJawatankuasa Takmir MasjidKampung Sungai Teraban.

Ketika ditemu bual oleh PelitaBrunei, penganjur yang jugamerupakan salah seorang tenagapengajar kelas tersebut, DayangNursyukriah binti Haji Omaraliberkata, tujuan kelas tersebut adalahuntuk memberi peluang kepada

kanak-kanak dan remaja berumur10 - 18 tahun untuk menghafazAl-Quran secara berperingkat-peringkat dengan cara sistematik.

Usaha tersebut diharapkan akandapat melahirkan ramai generasi mudauntuk mempelajari Al-Quran danseterusnya melahirkan para hafizdan hafizah di Daerah Belait. Kelasmengaji tersebut diadakan dua kaliseminggu setiap hari Selasa danRabu, dari jam 7.00 malam hingga8.30 malam di Masjid KampungSungai Teraban.

SESI Perkongsian Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) 2016 berlangsung di Bangunan MSD.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Mohd. Sahrizal Haji Said

Perkongsian kertasprojek ACPA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Jabatan PerkhidmatanPengurusan (MSD) mengadakan SesiPerkongsian Anugerah CemerlangPerkhidmatan Awam (ACPA) 2016berlangsung di BangunanMSD.

Sesi berkenaan adalah salah satulangkah berterusan bagi program ituuntuk mengongsikan beberapa kertasprojek dan kertas cadangan yang telahdikenal pasti dan berpotensi untukdijadikan rujukan atau contoh yangboleh diaplikasikan sebagai inisiatifataupun best practice di jabatan ataukementerian.

Menurut kenyataan yangdikeluarkan MSD, wakil dariKementerian Hal Ehwal Ugama(KHEU), Jabatan Pentadbirandi KHEU dan Majlis Ugama Islam

Brunei (MUIB) dijemput di sesiberkenaan.

Sesi perkongsian tersebut adalahdaripada kertas cadangan bertajuk'Wakaf aplikasi Usin Qu MenjanaCelik Kewangan Islam' dibentangkanoleh Kumpulan Al-Wafa dari QistinaConsultant iaitu Dekan FakultiPerniagaan dan Sains PengurusanUNISSA Dr. Abdul Nasir bin HajiAbdul Rani; Dayang Hajah Raeidyahbinti Haji Bujang; Dayangku HajahSiti Khadijah binti Pengiran Ahmaddan Dayang Siti Aminah bintiHaji Abdul Rahman.

Projek tersebut merupakan inisiatifbaru iaitu inovasi aplikasi teknologibaru yang diberi nama 'Usin Qu' yangmemfokuskan dalam meningkatkancelik kewangan Islam dalam kalanganpenduduk Negara Brunei Darussalam.

Page 23: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

HARI SABTU 27 MEI 2017 23SUKAN / NASIONAL

Ma'had Islam Brunei juaraBola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah

TUTONG, Rabu, 24 Mei. - Ma'hadIslam Brunei muncul juara KejohananBola Jaring Peringkat AkhirSekolah-Sekolah Rendah Kluster 5yang telah pun bermula 18 Mei hingga23 Mei 2017 di Dewan SerbagunaKompleks Sukan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormatdan seterusnya menyempurnakanhadiah pada kejohanan tersebut ialah

Siaran Akhbar dan Foto :Jabatan Pendidikan Kokurikulum Cawangan Daerah Tutong

ANTARA aksi perlawanan pada Kejohanan Bola Jaring Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Rendah Kluster 5.

PEGAWAI Pendidikan Tingkat Khas / Pegawai Kluster 5, Kementerian Pendidikan,Dayang Noraipah binti Haji Awang Ismail menyampaikan hadiah kepada penjaringterbanyak, iaitu Adeq Hazirah Rosli dari Sekolah Rendah Penapar, Tutong.

Pusat Kesihatan beroperasi semasabulan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 25 Mei. - KementerianKesihatan memaklumkan kepadaorang ramai bahawa PerkhidmatanPenjagaan Kesihatan Asasi di beberapapusat kesihatan akan beroperasimengikut yang dinyatakan di bawahdi sepanjang bulan Ramadan padatahun ini.

Menurut Siaran AkhbarKementerian Kesihatan, PusatKesihatan Berakas, dari Isninhingga Khamis dan Sabtu, waktuperkhidmatannya adalah dari jam 8.00pagi hingga 4.00 petang (bagiPenduduk di bawah tadahan PusatKesihatan Berakas sahaja) dan 7.30malam hingga 10.00 malam(dibukakan untuk semua).

Sementara itu, pada Jumaat, Ahaddan hari-hari kelepasan awam, waktu

perkhidmatannya bermula jam 2.00petang hingga 4.00 petang dan jam7.30 malam hingga 10.00 malamdan dibukakan untuk semua.

Bagi Pusat Kesihatan PengiranAnak Puteri Hajah Muta-WakillahHayatul Bolkiah Gadong, dari Isninhingga Khamis dan Sabtu, waktuperkhidmatannya ialah dari jam8.00 pagi hingga 4.00 petang yangdibukakan bagi Penduduk di bawahtadahan Pusat Kesihatan PengiranAnak Puteri Hajah Muta-WakillahHayatul Bolkiah, Gadong sahaja.

Manakala itu bagi PusatKesihatan Sungai Liang, dari Isninhingga Khamis dan Sabtu, waktuperkhidmatannya bermula dari jam8.00 pagi hingga 2.00 petang bagipenduduk di bawah tadahan pusatberkenaan sahaja.

Sementara pada Jumaat, Ahad danhari-hari kelepasan awam, waktuperkhidmatannya bermula dari jam2.00 petang hingga 5.00 petang dan7.30 malam hingga 9.00 malam dandibukakan untuk semua.

Bagi pusat-pusat kesihatan yanglain (semua daerah), Isnin hinggaKhamis dan Sabtu, waktuperkhidmatannya bermula dari jam8.00 pagi hingga 2.00 petang bagiPenduduk di bawah tadahanpusat-pusat kesihatan berkenaansahaja.

Dari itu, orang ramaidinasihatkan untuk hadir 30 minitsebelum waktu perjanjian bagimemastikan perkhidmatan dapatdiberikan dengan lancar.

Bagi sebarang maklumat lanjut,orang ramai bolehlah melayarilaman sesawang KementerianKesihatan atau menghubungi talianDarussalam 123.

Perkhidmatan Kaunter Jabatan Tanahdi bulan Ramadan

Sesi pembelajaran SekolahArab dan Ugama dipendekkan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - Menjelang bulan Ramadanyang akan tiba tidak lama lagi, Jabatan Pengajian Islam (JPI) sukacitamemaklumkan mengenai waktu-waktu persekolahan bagi Sekolah Arab danUgama di bulan Ramadan Tahun 1438H / 2017M.

Menurut Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama, waktu pem-belajaran bagi pelajar-pelajar Sekolah Arab dan Sekolah Ugama, bagi DarjahPra, I, II dan III (dicutikan), sementara bagi Darjah IV, V, dan VI bagi sesi pagibermula dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi dan sesi petang bermula dari jam12.30 tengah hari hingga 2.00 petang.

Sementara bagi Sekolah Persediaan Arab (Tahun 5 dan 6), waktupembelajaran bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Manakala, bagi Sekolah Menengah Arab (Tahun 7 hingga Pra U), waktupembelajaran bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Kaunter JabatanPerkhidmatan Pos pada

Cuti Awal Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 25 Mei. - Jabatan Perkhidmatan Posingin memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter Jabatan Perkhidmatan Posakan ditutup sempena Cuti Awal Ramadan bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017Masihi.

Pemberitahuan Jabatan Perkhidmatan Pos, jika Awal Ramadan jatuh padaSabtu, 27 Mei ini, kaunter akan ditutup pada Sabtu, 27 Mei dan kaunter akanberoperasi semula mulai Isnin, 29 Mei.

Manakala, jika Awal Ramadan jatuh pada Ahad, 28 Mei, kaunter akanditutup pada Isnin, 29 Mei dan kaunter akan beroperasi semula mulai Selasa,30 Mei.

Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Pos

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan

Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 25 Mei. - Jabatan Tanah,Kementerian Pembangunanmemaklumkan kepada orang ramaibahawa perkhidmatan KaunterPenerimaan Pembayaran danKaunter Perkhidmatan Pelanggan di

Jabatan Tanah dan semua cawangan-nya di seluruh daerah sepanjangbulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017Masihi adalah seperti berikut :Kaunter Penerimaan Pembayaranakan beroperasi pada Isninhingga Khamis dan Sabtu bermula

8.15 pagi hingga 12.00 tengah hari.Sementara Kaunter Perkhidmatan

Pelanggan juga akan beroperasipada Isnin hingga Khamisdan Sabtu bermula jam 8.15 pagihingga 1.00 petang.

Manakala kaunter-kaunterberkenaan akan ditutup padaJumaat, Ahad dan hari kelepasanawam.

Pegawai Pendidikan Tingkat Khas /Pegawai Kluster 5, KementerianPendidikan, Dayang Noraipah bintiHaji Awang Ismail.

Naib johan disandang oleh SekolahRendah Penapar, Tutong. Manakalatempat ketiga disandang oleh SekolahRendah Perpindahan Kampung BukitBeruang II. Dayang Nurul Farhanabinti Muhd. Eddie Sufiyani dari

Ma'had Islam Brunei dinobatkansebagai pemain terbaik kejohanan.Penjaring terbanyak pula dimilikioleh Adeq Hazirah Rosli dari SekolahRendah Penapar, Tutong dengan25 jaringan.

Turut hadir semasa majlis itu ialahpara pegawai kanan, guru-guru besar,tenaga pengajar, kakitangan Jabatan

Pendidikan Kokurikulum dan jugapara ibu bapa murid-murid.

Kejohanan ini disertai 19 buahsekolah rendah di kawasan Kluster 5anjuran Jabatan PendidikanKokurikulum, KementerianPendidikan melalui CawanganKokurikulum Daerah Tutongbertujuan untuk memastikan

kanak-kanak di daerah ini berpeluangmerasai pengalaman bertanding,di samping dapat membina danmengembangkan minat kanak-kanakuntuk menyertai sukan yang diminati.

Pada tahun ini, Sekolah RendahSinaut, Tutong telah menjadi tuanrumah bagi kejohanantersebut.

Page 24: 27 MEI 2017 / JABATAN PENERANGAN EDISI SABTU / … Dokumen/2017/Mei/pelitabrunei_270517.pdf · terus diamalkan dan digunakan sehingga sebati dalam kehidupan, ... lagi dengan diberikan

24

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG :www.pelitabrunei.gov.bn

SUKAN HARI SABTU 27 MEI 2017

Kontinjen negara selamat tiba di LTAB

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Kontinjen Negara BruneiDarussalam yang menyertai SukanPerpaduan Islam Keempat selamat tibadi Lapangan Terbang AntarabangsaBrunei (LTAB), di sini.

Pada kali ini, kontinjen negara yangmenyertai dua acara, iaitu Olahraga

200M Lelaki dan Karate bagiAcara Kumite 60 Kilogram kurangbernasib baik apabila tidakmemperoleh sebarang pingat.

Hadir mengalu-alukan kedatangankontinjen di sini ialah PemangkuSetiausaha Tetap KementerianKebudayaan, Belia dan Sukan, Awang

Haji Amer Hamzah bin Pehin OrangKaya Amar Pahlawan Dato SeriSetia Awang Haji Zakaria.

Mengetuai sebagai Chef de Missionkontinjen negara pada sukan yangbermula 12 hingga 22 Mei itu ialahKolonel (B) Pengiran Haji Zulkiflibin Pengiran Haji Ismail.

Prestasi kontinjen kali ini gagalmengekalkan pencapaian pada sukanberkenaan di Palembang, tahun 2013yang lalu.

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan AhmadiFoto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

PEMANGKU Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Amer Hamzah bin Pehin Orang Kaya AmarPahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria (kiri) bergambar ramai bersama kontinjen negara setelah menyertai Sukan PerpaduanIslam Keempat, Baku, Azerbaijan 2017 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Jabatan Ukur juara Kejohanan Bola SepakKementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu,24 Mei. - Jabatan Ukur muncul juaraKejohanan Peringkat Akhir BolaSepak Kementerian Pembangunan danJabatan-Jabatan Di Bawahnya bagiTahun 2017 selepas menewaskanJabatan Perkhidmatan Air dengankeputusan 4 - 2. Kejohananberlangsung di Kompleks SukanPadang dan Balapan.

Sementara itu, Anugerah PenjaringTerbanyak disandang oleh Md.

Nurhalimin Shaminan dari JabatanKemajuan Perumahan, manakalaAnugerah Pemain Terbaik dimenangioleh Safwan Amalidin Sabli dariJabatan Ukur.

Hadir menyaksikan perlawanandan seterusnya menyempurnakanpenyampaian hadiah kepada parapemenang ialah MenteriPembangunan, Yang Berhormat DatoSeri Setia Awang Haji Bahrin binAbdullah selaku tetamu kehormat.

Oleh : Marlinawaty HussinFoto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

Kejohanan dikelolakan bersamaoleh Jabatan Perkhidmatan Teknikaldan Jabatan Kemajuan, JabatanKerja Raya itu disertai oleh 12 buahpasukan.

Turut menyaksikan perlawananialah Timbalan Menteri Pembangunan,Yang Mulia Dato Paduka AwangHaji Suhaimi bin Haji Ghafar;Setiausaha Tetap (Pentadbirandan Kewangan) KementerianPembangunan, Awang Haji

Muhammad Lutfi bin Abdullahdan Timbalan Setiausaha TetapKementerian Pembangunan,Dr. Dayang Nor Imtihan bintiHaji Abdul Razak.

Kejohanan tersebut bertujuanuntuk mengeratkan silaturahim di

antara para pegawai dan kakitanganKementerian Pembangunan danjabatan-jabatan di bawahnya danmeningkatkan kecerdasan mentaldan fizikal serta memupuk sikapbekerjasama, berkomunikasi dansemangat berpasukan.

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (kiri) menyampaikan Piala Juara kepadapara pemain Jabatan Ukur.

ANTARA aksi perlawanan Kejohanan Peringkat Akhir Bola Sepak KementerianPembangunan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya bagi Tahun 2017.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

MASJID Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkaraidibina atas tanah berkeluasan lima ekar dan siap sepenuhnya pada

3 Februari 2017 dengan perbelanjaan berjumlah BND3,833,535 yangmenggunakan peruntukan Majlis Ugama Islam Brunei melalui WangZakat Asnaf Al-Gharimin.

Masjid ini boleh menampung seramai lebih kurang 1,000 jemaah.SUMBER : Tunaikan Sembahyang Fardu Jumaat pertamadi Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Pelita Brunei, edisi Sabtu,8 April 2017.