dr. 27.3.2003 malaysia dewan rakyat khamis, 27 mac … · mereka [tepuk] dr. 27.3.2003 3 tuan yang...

123
DR. 27.3.2003 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 27 Mac 2003 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementehan sedar Malaysia boleh dianggap sebagai negara maritim dan kerajaan sedang berusaha mewujudkan industri maritim, Berapakah wang yang telah dibelanjakan, apakah pencapaian kita masa kini dan bagaimanakah kita mengukur kejayaan ini. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Dato 1 Ir. Donald Lim Slang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan sedar bahawa dari segi definisi negara maritim ianya amat luas skopnya yang meliputi bukan sahaja pengangkutan maritim malah ianya mencakupt juga bidang keselamatan maritim atau maritime security dengan izin, di mana peranannya dilaksanakan oleh tentera laut dan juga oleh beberapa agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis marin, jabatan perikanan, jabatan kastam dan jabatan imigresen. Walau bagaimanapun, memandangkan soalan ini ditujukan kepada Kementerian Pengangkutan maka penjelasan yang akan diberikan hanyalah tertumpu kepada sektor ekonomi yang berkaitan sahaja. Dalam hubungan ini, dari sudut kedudukan geografi yang di kelilingi oleh laut dan lebih daripada 95% kargo eksport dan import Malaysia diangkut melalui pengangkutan laut, maka Malaysia bolehlah dianggap sebagai sebuah negara maritim. Selaras dengan itu, kerajaan telah dan sedang mengambil beberapa langkah serta berusaha untuk memajukan lagi industri maritim. Ini jelas boleh dilihat dengan pembangunan agresif yang diambil seperti menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pusat pemunggahan negara dan pusat transshipment serantau dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai pusat transshipment antarabangsa, menubuhkan Tabung Perkapalan untuk membangunkan industri perkapalan dan juga menggalakkan industri pelancongan dan rekreasi laut dengan pembinaan marina untuk kemudahan kapal-kapal persiaran

Upload: truongnguyet

Post on 05-May-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DR. 27.3.2003

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 27 Mac 2003

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementehan sedar Malaysia boleh dianggap sebagai negara maritim dan kerajaan sedang berusaha mewujudkan industri maritim, Berapakah wang yang telah dibelanjakan, apakah pencapaian kita masa kini dan bagaimanakah kita mengukur kejayaan ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Dato1 Ir. Donald Lim

Slang Chai]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan sedar bahawa dari

segi definisi negara maritim ianya amat luas skopnya yang meliputi bukan sahaja

pengangkutan maritim malah ianya mencakupt juga bidang keselamatan maritim

atau maritime security dengan izin, di mana peranannya dilaksanakan oleh tentera

laut dan juga oleh beberapa agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis marin,

jabatan perikanan, jabatan kastam dan jabatan imigresen.

Walau bagaimanapun, memandangkan soalan ini ditujukan kepada

Kementerian Pengangkutan maka penjelasan yang akan diberikan hanyalah

tertumpu kepada sektor ekonomi yang berkaitan sahaja. Dalam hubungan ini, dari

sudut kedudukan geografi yang di kelilingi oleh laut dan lebih daripada 95% kargo

eksport dan import Malaysia diangkut melalui pengangkutan laut, maka Malaysia

bolehlah dianggap sebagai sebuah negara maritim. Selaras dengan itu, kerajaan

telah dan sedang mengambil beberapa langkah serta berusaha untuk memajukan

lagi industri maritim.

Ini jelas boleh dilihat dengan pembangunan agresif yang diambil seperti

menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pusat pemunggahan negara dan pusat

transshipment serantau dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai pusat

transshipment antarabangsa, menubuhkan Tabung Perkapalan untuk

membangunkan industri perkapalan dan juga menggalakkan industri pelancongan

dan rekreasi laut dengan pembinaan marina untuk kemudahan kapal-kapal persiaran

DR. 27.3.2003 2

di seluruh negara dan juga mewujudkan institusi penyelidik dan latihan seperti Institut

Maritim Malaysia atau MIMA dan Akademi Laut Malaysia atau ALAM.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Yang Ketujuh, sebanyak

RM5.2 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan

awam di sektor maritim. Sementara dalam Rancangan Malaysia Kelapan bagi tahun

2001 dan 2002, sebanyak RM1.79 bilion telah dibelanjakan. Dengan itu, keseluruhan

perbelanjaan dari tahun 1996 hingga 2002 adalah berjumlah RM6.99 bilion.

Dari segi pencapaian di sektor pelabuhan, lebih banyak kargo telah

dikendalikan melalui pelabuhan tempatan. Untuk tahun 2002, sebanyak 255 juta tan

kargo telah dikendalikan berbanding dengan 190 juta tan pada tahun 2000, iaitu

penambahan sebanyak 34%.

Di sektor perkapalan pula, kapasiti kapal telah bertambah dahpada 6.6 juta

gross registered tonne atau GRT pada tahun 2000 ke 7.4 juta gross registered tonne

pada tahun 2002.

Untuk meningkatkan keselamatan pelayaran dan mengurangkan risiko

kemalangan kapal khususnya di Selat Melaka, Malaysia telah mengambil beberapa

tindakan seperti memperkenalkan Skim Pemisah Trafik dan mengadakan peraturan

bagi mengawal pergerakan trafik kapal. Skim dan peraturan ini telah diluluskan oleh

badan antarabangsa maritim iaitu International Maritime Organisation atau IMO

Kejayaan usaha kerajaan dalam sektor maritim boleh dilihat dari segi

kedudukan pelabuhan dalam mengendalikan kontena di peringkat dunia. Untuk

tahun 1995, kedudukan Pelabuhan Klang adalah tempat ke 27 dan untuk tahun

2002, Pelabuhan Klang telah menduduki tempat ke-11. Sementara untuk Pelabuhan

Tanjung Pelepas, kedudukan pada tahun 2000 adalah tempat ke 108 tetapi telah

meningkat ke-21 pada tahun 2002. Sekian.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan

tambahan. Sama ada di laut ataupun di darat, keselamatan pengangkutan dijaga

oleh polis dan juga oleh navy kita atau Polis Diraja Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, awal minggu ini, pada 23 Mac, Polis Diraja Malaysia

menyambut Hari Polis yang ke-196. Saya dan Ahli-ahli Parlimen BBC mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Polis [Tepuk] Kepada Polis negara dan seluruh anggota

Polis Diraja di Malaysia. Syabas, tahniah dan terima kasih di atas khidmat bakti

mereka [Tepuk]

DR. 27.3.2003 3

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, berapa ramai kah bumiputera

ataupun syarikat bumiputera yang menceburkan diri atau melabur dalam bidang

industri ini dan apakah program-program untuk menggalakkan bumiputera untuk

bersama dalam industri maritim dan berapakah nilai perniagaan ini daripada kaum

bumiputera. Terima kasih.

Dato' Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan

terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Soalan pertama tidak

berkaitan dengan Kementerian Pengangkutan.

Soalan yang kedua mengenai participation bumiputera di sektor maritim ini.

Memang secara amnya kementerian mengikuti arahan Kerajaan Pusat supaya

sekurang-kurangnya 30% business atau pengiibatan dalam perniagaan di sektor

maritim ini tetapi angka yang spesifik saya tidak ada di sini, saya akan jawab secara

bertulis kepada Ahti Yang Berhormat.

Tuan Ramli bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan Setiausaha

Parlimen, Kementerian Pengangkutan sebentar tadi ada menyebut tentang

pembangunan Peiabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Saya tidak

mendengar bagaimana perancangan kerajaan untuk membangun pelabuhan-

pelabuhan di Pantai Timur misalnya di Kelantan, di Tumpat seperti yang telah

diminta oleh kerajaan negeri.

Juga saya tidak mendengar disebut oleh menteri berkenaan dengan

pelabuhan di Sabah ataupun di Sarawak. Saya mahu tahu, setakat ini apakah ada

perancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kelapan misalnya untuk

membangun pelabuhan-pelabuhan di Pantai Timur ini, terutama sekali apabila kita

cuba menghubungkan perdagangan dengan negara-negara Vietnam, negara

Kampuchea dan Thailand supaya di Pantai Timur juga ada satu pelabuhan yang

boleh menampung pengangkutan laut antara negara-negara tersebut. Minta

penjelasan kalau boleh.

Dato' Ir. Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat, memang

kerajaan sedar ada permintaan dari sebuah syarikat untuk membina satu pelabuhan

di kawasan Tumpat, memang permohonan itu di peringkat akhirlah kita akan

memberi kelulusan tetapi kita ada syarat-syarat yang tertentu dan sekarang adalah di

peringkat akhir.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Yang Berhormat kata tidak ada

pelabuhan di Pantai Timur itu tidak benar, sebab kita ada Pelabuhan Kuantan,

DR. 27.3.2003 4

Pelabuhan Kemaman dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pelabuhan-

pelabuhan di East Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah di kawal selia oleh kerajaan

negeri masing-masing, hanya Pelabuhan Bintulu dijaga oleh Kementerian

Pengangkutan. Sekian.

2. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, bentuk kawalan yang dijalankan terhadap operasi siber kafe dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum kelulusan diberi.

Tfmbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk M.

Kayveas]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih juga kepada Yang

Berhormat Batu Gajah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, izinkan saya

untuk menjawab soalan ini bersekali dengan Pertanyaan Lisan daripada Yang

Berhormat Larut pada hari ini memandangkan kedua-dua pertanyaan tersebut

menyentuh isu yang sama.

Tuan Yang dl-Pertua: Baiklah.

Datuk M. Kayveas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Seperti mana Yang

Berhormat sedia maklum apabila kerajaan mengeluarkan arahan, tidak ada

sebarang penapisan dan kawalan terhadap internet, maka pihak berkuasa tempatan

teiah tidak mengenakan apa jua bentuk kawalan terhadap internet Selaras dengan

arahan ini, cyber cafe tidak dikategorikan sebagai aktiviti hiburan dan ianya tidak

dilesenkan di bawah Enakmen Hiburan.

Namun demikian PBT hanya akan mengenakan lesen ke atas premis bagi

tempat ianya beroperasi, Sekiranya cyber cafe ini beroperasi bersekali dengan

restoran makanan, PBT akan mengenakan lesen di bawah Undang-undang Kecil

Establishment Makanan.

Dalam hal ini, kerajaan amat sedar akan terdapat gejala yang tidak sihat

berlaku di cyber cafe. Bagi menangani masalah ini, antaranya kerajaan tetah

mengarahkan PBT supaya proses pengeluaran lesen premis bagi cyber cafe

diperketat dengan memastikan kesesuaian lokasi serta mendapatkan ulasan

daripada pihak polis serta jabatan bomba dan penyelamat dari segi keselamatan

bangunan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, PBT dan agensi penguat kuasa juga

disarankan supaya meningkatkan pemeriksaan dan memantau secara berterusan

DR. 27.3.2003 5

cyber cafe tersebut dan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati mereka tidak

mematuhi syarat yang ditetapkan dan tindakan boleh diambil seperti lesen premis

mereka dibatalkan atau tidak diperbaharui. Terima kasih.

Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang

Berhormat Timbalan Menteri. Bila hendak buat serbuan di Malaysia kini tidak guna

pula perkataan "tiada penapisan Internet' tetapi sekarang kata hendak jayakan ini

*tiada penapisan kepada Internet' Pusat-pusat cyber cafe masa kini tumbuh seperti

cendawan seolah-olah ia memberi perkhidmatan Internet Akan tetapi ia adalah

perubahan rupa daripada mesin kuda, tempat perjudian kepada Internet di cyber

cafe. Jadi, sekarang ini cyber cafe semua kebanyakannya telah menjadi pusat-pusat

perjudian dan pelajar lebih gemar pergi ke pusat-pusat cyber cafe daripada ke

sekolah.

Jadi, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah

Yang Berhormat sedar bahawa di pusat-pusat cyber cafe ini mereka mempunyai

satu button khas di mana bila pihak penguasa datang, semua skrin berubah dari

mesin kuda ke Internet. [Ketawa] Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri

takkan kata tak sedar, sebab budak sekolah pun tahu, orang ramai pun tahu, jangan

kata pihak penguat kuasa tak tahu. Saya minta jawapan.

Datuk M. Kayveas: Sebenarnya Yang Berhormat saya belum pernah masuk

dalam mana-mana cyber cafe dan saya tidak tahu. [Ketawa]

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sama ada daripada segt hukuman

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Larut.

Raja Dato* Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Gangguan, Tuan Yang

di-Pertua. Timbalan Menteri pun pandang sana, dia hendak jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: ini pasai hukuman

tentang penalti, masalahnya yang selalu kena yang di barisan hadapan. Yang di

belakang ini, yang terbabit, pemiliknya dan sebagainya seolah-olah mereka tidak

mengendahkan amaran pihak berkuasa tempatan, walaupun ada tindakan dibuat...

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

Raja Dato* Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Janganlah ganggu, Batu

Gajah, awak perempuan. [Ketawa] Ini serius. Kita memang menggalakkan

DR. 27.3.2003 6

pembelajaran Internet dan sebagainya. Kalau memang ikutkan hati saya, saya suruh

tutup. Sebab kanak-kanak sekolah ini yang tak tahu apa, ubun masih lembut, waktu

sebelum dia pergi ke sekolah, sebelum masuk sekolah atau balik sekolah, mula-mula

dia ghalib pergi kononnya hendak tengok apa benda itu, selepas itu dia terus leka di

situ. Ini menimbulkan masalah kepada keluarga.

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

Raja Dato* Ahmad Zainuddin bin Raja Hajf Omar: Jadi, saya hendak tahu

tentang tindakan - Batu Gajah, Tuan Yang di-Pertua tengoklah, mengganggu, nama

peguam.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Pasal saya ada telinga,

Tuan Yang di-Pertua, ganggu saya hendak bertanya kepada Timbalan Menteri, nanti

Timbalan Menteri salah jawab saya pula, kecoh Dewan, sudah beberapa kali jadi

kontroversilah, saya seorang kontroversial tak mengapa. Jadi, tentang penalti,

hukuman oleh pihak berkuasa tempatan ke atas cyber cafe kalau diteruskan,

walaupun ikut keinginan saya suruh tutup sahaja, ada cara lain untuk mendidik,

melatih pelajar-pelajar kita menggunakan Internet. Saya tak perlu sebut soal video

game dan sebagainya. Memang bila sampai ke situ ada macanvmacam aktiviti

dijalankan.

Sebab dalam pengalaman kita pihak berkuasa tempatan ini ada juga salun-

salun kononnya gunting rambut tetapi di belakangnya lain [Disampuk] Saya tak sebut

pasal rumah urut. Orang lain sebut, saya tak sebut Jadi, soalan saya tentang

penalti, hukuman ke atas pemilik-pemilik yang enggan, yang degil, yang tidak

mengendahkan undang-undang pihak berkuasa tempatan yang boleh menyebabkan

timbul masalah kepada anak-anak kita, pelajar-pelajar kita yang hendak

mendapatkan didikan.

Tentang pembukaan cyber cafe ini kadang-kadang sampai tengah malam.

Kalau bolehlah, pihak berkuasa tempatan tentukan tempat-tempat lokasi pembukaan

cyber cafe ini yang tidak menimbulkan banyak kesulitan dan masalah dalam

perjalanan sebenarnya.

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah, panjang dah itu.

Raja Dato1 Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

DR. 27.3.2003 7

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolonglah,

tolonglah!

Datuk M. Kayveas: Terima kasih, Yang Berhormat. Ini pembangkang dia ada

banyak masa, dia pergi cyber cafe dia tengok mana ada button, dia pergi belakang

kaunter semua, macam mana dia ada masa ini semua.

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Batu Gajah,

tolonglah.

Datuk M. Kayveas: Kita kerja, kita tidak ada masa pergi cyber cafe.

Tuan Yang di-Pertua: Tolong!

Datuk M. Kayveas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah kepada Larut atas

soalan itu. Kerajaan amat menggalakkan kewujudan cyber cafe kerana ianya

memberi kemudahan kepada masyarakat menggunakan kemudahan ICT tetapi

kalau sekiranya pusat cyber cafe - saya ingin beritahu perbezaan antara pusat cyber.

Pusat cyber biasanya hanya menjalankan aktiviti perniagaan Internet dan dilesenkan

di bawah undang-undang kecil trade ataupun perniagaan dan juga perindustrian dan

undang-undang kecil Iklan.

Pusat cyber cafe, ianya menjalankan aktiviti perniagaan Internet di samping

menyediakan kemudahan makanan serta minuman ringan dan dilesenkan di bawah

undang-undang kecil establishment, makanan dan undang-undang kecil Iklan juga.

Kalau pusat cafe - ini cyber cafe menjalankan aktiviti perjudian, umpamanya tindakan

boleh diambil oleh pihak polis di bawah Akta Rumah Judi, dengan izin, Gaming

House Act di bawah Kementerian Kewangan.

Kalau pusat hiburan yang menjual minuman keras perlu mendapat lesen di

bawah Akta Kastam dan Eksais. Antaranya akta memperurrtukkan minuman keras

yang tidak dibenarkan dilanggan oleh remaja di bawah umur 18 tahun. Soalan tadi

ada pemilik-pemilik ini biasanya dia terlepas kerana dia di belakang, dan orang-

orang di hadapan kena tangkap. Kalau kita dapat bukti yang boleh diberikan kepada

pihak-pihak berkuasa, kita boleh ambil tindakan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya

sedikit?

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Sudah dua soalan.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Pasal jawapan Yang Berhormat

Timbalan Menteri.

DR. 27.3.2003 8

Tuan Yang di-Pertua: Sudah dua soalan, ya. Sila.

Beberapa Ahli: [Sorak]

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ini soal akhlak anak mud a.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya hendak panggil soalan yang

ketiga. Yang Berhormat Tuan Philip Benedict Lasimbang.

Puan Fong Po Kuan: Tak boleh faham, mereka tak tahu!

3. Tuan Philip Benedict Lasimbang [Penampang] Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah kesan utama terhadap industri dan pembangunan negara kita bila WTO dan AFTA diimplementasikan sepenuhnya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan

ini bersama-sama dengan soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat bagi

Sandakan yang perlu dijawab pada 1 April 2003 kerana kedua-dua soalan ini

berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Datuk Fu Ah Kiow: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, WTO dan AFTA

dilaksanakan mengikut jadual yang dipersetujui bersama oleh negara-negara ahli

pertubuhan-pertubuhan berkenaan termasuk Malaysia. Pelaksanaan Perjanjian WTO

sekarang adalah terhadap bidang-bidang yang dipersetujui dalam Pusingan Uruguay

untuk tempoh 1986 hingga 1994. Bagi Iain-Iain isu baru, ia masih tagi di peringkat

perbincangan.

Berhubung dengan AFTA, pelaksanaan sepenuhnya bermula pada 1 Januari

2003 iaitu bagi enam negara asal ASEAN termasuk Malaysia. Secara am, kesan

utama WTO dan AFTA terhadap industri dan pembangunan negara boleh

digolongkan kepada peluang dan cabaran. Peluang-peluang yang diwujudkan oleh

WTO dan AFTA ialah:

(i) memperluaskan dan mempelbagaikan pasaran perdagangan

melalui akses kepada pasaran dunia dan serantau;

(ii) industri-industri tempatan dapat berkongsi sumber dan

bekerjasama dengan negara-negara lain termasuk negara-

negara ASEAN yang selanjutnya akan menarik kemasukan

pelaburan asing; dan

DR. 27.3.2003 9

(iii) menggalakkan pelaburan dan perdagangan di luar sempadan

melalui pengurangan halangan tarif dan sistem perdagangan

pelbagai hala yang terbuka, telus, selamat, predictable,

dengan izin, efisien.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri berikutan pelaksanaan WTO

dan AFTA ialah:

(i) komitmen terhadap peraturan-peraturan WTO dan AFTA

mengenai urusan perdagangan antarabangsa yang

dipersetujui bersama; dan

(ii) pembukaan pasaran domestik kepada syarikat-syarikat

antarabangsa akan meningkatkan persaingan kepada industri

tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan barangan buatan Malaysia dapat

terus bersaing di pasaran dunia, industn tempatan perlu mempertingkatkan daya

saing, produktiviti dan kualiti keluaran mereka.

Antara langkah-langkah yang dapat meningkatkan daya saing barangan

buatan Malaysia termasuk:

(i) meningkatkan R&D dan penggunaan automasi, ICT dan

teknologi baru dalam pengeluaran;

(ii) meningkatkan dan mengawal kualiti barangan menerusi

persijilan antarabangsa seperti GNP, ISO, OCCP, CE

Marketing dan sebagainya;

(iii) meningkatkan produktiviti bagi mengurangkan harga jualan;

(iv) mengeluarkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang

tinggi dan berkualiti;

(v) meningkatkan aktiviti outsourcing dan multi-sourcing di

kalangan syarikat tempatan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Philip Benedict Lasimbang: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Setiausaha Parlimen, soaian tambahan. Industri ataupun bidang

manakah yang akan ditekankan oleh kerajaan sebagai strategi jangka pendek dan

jangka panjang, khasnya mana bidang yang kita boleh iihat, yang kita boleh bersaing

selepas WTO dan AFTA diimplementasikan sepenuhnya.

DR. 27.3.2003 10

Berkenaan dengan buruh, apakah keputusan WTO ataupun AFTA mengenai

dengan buruh? Adakah kita akan melihat satu penghijrahan buruh ke negara ini

ataupun ke negara Barat di mana imigresen akan dilonggarkan dan sebagainya dan

selepas 2005 adakah kereta akan lebih murah? Terima kasih.

Datuk Fu Ah Klow: Tuan Yang di-Pertua, soalan pertama mengenai dengan

penghijrahan buruh, ingin saya memberitahu bahawa segala perjanjian dalam AFTA

dan WTO tidak ada kena mengena dengan tenaga manusia ataupun tenaga buruh.

Tentang harga kereta telah dijawab di Parlimen sebelum iaitu import duti

untuk kereta akan diturunkan mulai tahun ini dan menjelang tahun 2005 ia akan

diturunkan ke tahap 20%, tetapi pada masa yang sama kita akan mengenakan

eksais duti terhadap kereta duti import supaya kereta import sama dengan kereta

buatan tempatan sama-sama akan dikenakan eksais duti. Ini adalah untuk tujuan

melindungi pengeluar tempatan dan juga memastikan kereta yang dikeluarkan oleh

tempatan dan yang diimport diberi layanan yang sama tentang masalah eksais duti.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita lihat walaupun WTO dan AFTA

telah ditandatangani oleh negara-negara yang terlibat tetapi apa yang

mendukacitakan kita umpamanya Singapura selain daripada menandatangani AFTA

yang mana AFTA ini cukai tarif yang dikenakan antara 0% ke-5%, mungkin 0% ke-

10% maknanya masih ada lagi cukai kalau negara-negara tersebut ingin

mengenakan cukai. Tetapi bagaimana kesan-kesannya kepada perjanjian AFTA ini,

bilamana kita melihat umpamanya Singapura telah menandatangani separate

bilateral agreement dengan negara-negara major, negara-negara besar kepada

penanda-penanda tangan kepada AFTA.

Dan satu lagi kes yang berlaku di Filipina umpamanya, dia meng reclassify.

Maknanya umpamanya Singapura - trading partner, Malaysia - competetor, jadi

masih dia hendak mengenakan cukai untuk produk-produk yang bersaing dengan

produk-produk buatan mereka. Apakah kesan-kesan ini di dalam pelaksanaan AFTA

itu nanti. Minta penjelasan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, perjanjian bilateral Free Trade

Agreements atau FTA tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah dipersetujui

dalam Perjanjian AFTA, dengan syarat bahawa jika sesuatu negara ahli anggota

AFTA, anggota ASEAN yang menandatangani bilateral agreement dengan Iain-Iain

DR. 27.3.2003 11

negara, layanan yang diberi tidak boleh lebih baik daripada yang diberi kepada

anggota ASEAN.

Jika, dia diberi kepada negara bukan ASEAN, sesuatu layanan yang lebih

baik daripada Perjanjian AFTA maka ia perlu juga diberi layanan yang sama kepada

anggota ASEAN. Jadi, dalam syarat perjanjian AFTA memang tidak melarang

mana-mana negara yang ingin menandatangani bilateral Free Trade Agreements

dengan Iain-Iain negara.

Ingin saya juga beritahu bahawa FTA ada sedikit beza dengan Perjanjian

AFTA sebab FTA bukan sahaja mengenai penurunan duti import sahaja, ia juga

merangkumi Iain-Iain aspek kerjasama ekonomi. Sekian, terima kasih.

4. Tuan Hajl Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar] minta Menteri Tenaga, Komunikasi Dan Multimedia menyatakan:-

(a) bilakah semua kawasan bandar dan luar bandar boleh mendapat kemudahan perhubungan Internet menerusi fiber optic dan broad band; dan

(b) apakah bantuan khusus dari kementerian ini untuk memastikan sekolah luar bandar akan mendapat kemudahan, kecanggihan peralatan komputer, dan liputan maklumat yang sama dengan di bandar.

Setlausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia

[Tuan Chia Kwang Chye]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, rangkaian gentian optik sudah pun dipasang secara meluas iaitu lebih

daripada 62,000 kilometer yang menghubungi negeri-negeri dan bandar-bandar

utama di seluruh negara.

Kerajaan kini sedang mengambil langkah untuk memastikan syarikat-syarikat

pengusaha membangunkan rangkaian tempatan ke premis pelanggan, dengan izin,

menyediakan last mile connection. Langkah juga diambil oleh kerajaan untuk

memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mempercepatkan pelaksanaan

perkhidmatan jalur lebar di selusuh negara dengan meningkatkan penyediaan

rangkaian infrastruktur telekomunikasi.

Sehubungan dengan ini, Pelan Jalur Lebar Nasional sedang dirancang di

mana akan memberi tumpuan kepada pengguna pelbagai teknologi jalur lebar bagi

kelaluan kadar sederhana dan tinggi, dengan izin, medium to high speed broad band

kepada orang ramai.

DR. 27.3.2003 12

Rangkaian perkhidmatan jalur lebar ini dijangka akan menembusi 50%

kepadatan penduduk negara ini menjelang tahun 2007. Perkhidmatan yang boleh

digunakan melalui penggunaan kemudahan jalur lebar berkenaan akan meliputi

bidang-bidang pendidikan dan kesihatan awam.

Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia sedang melaksanakan

projek di bawah program yang dinamakan Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau

dengan izin, Universal Service of Provision atau USP yang bertujuan menyediakan

kemudahan infrastruktur perkhidmatan telekomunikasi bagi lokasi seperti sekolah-

sekolah luar bandar yang terpilih. Perkhidmatan yang disediakan ialah talian telefon

awam dan capaian Internet. Ini adalah bagi tujuan mengurangkan jurang perbezaan

digital di antara penduduk bandar yang dikatakan bermaklumat kepada penduduk di

luar bandar.

Projek ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan telah dimulakan pada tahun

2002 di mana melibatkan 220 buah sekolah rendah kebangsaan di kawasan

pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak. Oleh kerana belum ada talian telefon

tetap, projek USP ini dilaksanakan dengan menggunakan teknologi komunikasi

satelit v-set dengan izin, very small aperture teminat, Sekian, terima kasih.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mo named: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Pariimen. Maklum balas yang

Yang Berhormat maklumkan tadi bahawa infrastruktur jalur lebar ini yang roll-out ini,

pada 2007 cuma 50%, ia punya penetration, yang di luar bandar ini gunakan v-set.

Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat dalam OPP3 atau Third

Outline Perspective Plan pada 2010, kita punya fokus utama dalam menjana

ekonomi ialah berasaskan kepada pengetahuan atau knowledge base economy.

Jadi, pada pandangan saya pada 2007, only 50%, saya rasa ini jauh daripada

target atau sasaran, Dan, saya rasa pihak kementerian harus mengadakan satu

acceleration, program dalam perkara ini.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri - tentang masalah orang tidak ada

kemudahan, dia guna cyber cafe. Daripada segi dasarnya saya bersetuju, cyber

caf6 ini bagus, boleh bagi kemudahan kepada orang awam tetapi boleh digunakan

chip untuk kuda lari. Itu saya ingat daripada segi pemantauan operasi yang ini pihak

kementerian harus bagi tumpuan. Dasar baik tetapi operasi untuk mencegah ini kena

diselesaikan... [Disampuk] Yang itu saya setuju.

DR. 27.3.2003 13

Yang keduanya Yang Berhormat dari segi yang ini. Sekarang ini kerajaan

introduce e-perolehan. Jadi kalau rakyat luar bandar, dia tidak ada kemudahan ini,

macam mana dia hendak akses kepada e-perolehan kerajaan.

Tuan Chia Kwang Chye; Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya nyatakan

tadi ialah penebusan dari segi jalur lebar yang boleh dikatakan luas iaitu broad band

dan sasarannya ialah 50%. Ini dari segi broad band tetapi jika kita memandangkan

pada teknologi yang sedia ada dan di mana akses kepada internet dan untuk tujuan

mendapatkan maklumat dan untuk membuat perkhidmatan e-commerce dan

sebagainya teknologi yang saya ada sekarang, sama ada melalui talian tetap atau

fix line atau melalui teknologi tanpa wire atau wireless termasuk telefon-telefon bimbit

dan sebagainya. Dan, telefon bimbit juga akan menggunakan teknologi yang

dikatakan generasi yang ketiga atau 3G, third generation.

Jadi, kalau kita melihat dari pandangan di mana teknologi yang sedia ada di

mana pencapaian atau akses cuma 56 kilobit per second, dengan izin, ke teknologi

yang menggunakan ADSL yang melalui fix line, di mana pencapaian ialah 384 kilobit

per second, ini boleh digunakan tetapi kalau dari jalur lebar, kalau 50% kalau

berbanding dengan negara yang maju sekarang boleh dikatakan satu tahap yang

amat baik. Oleh kerana pada keseluruhannya boleh dikatakan pecahan boleh

digunakan atau pecahan adalah memuaskan untuk menggunakan internet

Tetapi yang mustahak sekali ialah mind set dan persediaan penduduk-

penduduk untuk menerima dan menggunakan computer technology termasuk

internet. Inilah yang mustahak sekali kerana teknologi boleh dilaksanakan tetapi

kalau mind set atau pengetahuan untuk menggunakan komputer tidak ada, kita tidak

akan mencapai satu ekonomi atau masyarakat berilmu menjelang tahun 2007.

Sekian, terima kasih.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingat pihak Setiausaha Parlimen tidak menjawab soatan sepenuhnya yang dibangkit

oleh pihak Yang Berhormat bagi Shah Alam... [Disampuk] Dalam konteks

menjayakan rangka rancangan jangka panjang kita 2010. Target yang dicapai dalam

konteks penyediaan kemudahan akses internet ini sama ada melalui fiber optic

ataupun broad band ini, kita dapati pihak kementerian mungkin lambat bertindak

dalam keadaan kesedaran rakyat saya ingat telah pun meningkat untuk mencapai

satu tahap celik IT ataupun celik maklumat int.

DR. 27.3.2003 14

Jadi, oleh kerana itu kita dapati persaingan yang berlaku begitu sengit di

peringkat pasaran terbuka sekarang ini. Saya beri contoh, misalannya Celcom

ataupun Maxis menawarkan perkhidmatan pencapaian internet melalui perkhidmatan

masing-masing dalam keadaan harga yang ditawarkan begitu mahal, pengguna

tetap menggunakan tetapi kemudahan-kemudahan rangkaian ini yang kita

bangkitkan supaya pihak kementerian mengambil satu langkah yang praktikal.

Jadi, bolehkah pihak Yang Berhormat menyediakan suatu pelan

penyelesaian dalam menyelesaikan beberapa kes yang dianggap ketinggalan dari

sudut perancangan dengan apa yang telah dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Chia Kwang Chye: Tolong ulangkan yang akhirnya.

Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Maksudnya ialah dalam usaha untuk

menjayakan apa yang dirancang tetapi apa yang dilaksanakan terlambat. Target nya

2010 contohnya tadi tetapi pelaksanaan pada peringkat sekarang ini dalam kes jalur

lebar tadi baru 50% pada tahap 3 tahun lagi hendak mencapai 2007 yang sekarang

ini di target 50%, sedangkan 3 tahun lagi 2010 ... [Disampuk] Mat la mat sebenarnya

ialah 2010 apa yang di target daripada yang dibentangkan tadi ialah 2007 baru 50%.

Ini satu perkara yang saya ingat pihak kementerian mesti mengambil satu langkah

praktis supaya apa yang dirancang tadi dapat dijayakan menerusi apa yang

dilaksanakan.

Tuan Chia Kwang Chye: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat jangan

salah faham berkenaan dengan saranan yang 50% ini. Ini adalah satu target untuk

jalur lebar bukan untuk keseluruhan akses internet. Memang kadang-kadang ada

sasaran yang di luar jangka boleh dicapai. Kadang-kadang sasaran yang ditujukan

itu tidak tercapai.

Sebagai satu contoh, di mana tidak ada orang sangka bahawa telefon bimbit

sekarang telah dua kali ganda kalau berbanding dengan talian tetap. Kalau tidak

silap saya lebih daripada 8 juta pelanggan. Jadi, ini memang satu pencapaian yang

luar biasa, tidak ada orang ingat. Jadi, memang teknologi berubah, jadi kadang-

kadang kita boleh mencapai sasaran yang berkenaan.

Jadi, kalau berharap kita semua, seperti yang saya kata mind set kita kalau

sedia untuk menggunakan sama ada teknologi yang sedia ada sekarang atau

teknologi yang baru, barulah kita dapat mencapai sasaran kita.

Memang saya tidak dapat jawab semua soalan yang dibangkitkan kerana

masa tidak mengizinkan.. [Disorak] Tetapi untuk mengurangkan jurang digital

DR. 27.3.2003 15

[Disampuk] Memang kerajaan mempunyai banyak rancangan untuk merapatkan

jurang digital khasnya di luar bandar dan di kawasan pedalaman kerana di bawah

Projek USP yang saya kata tadi, diharapkan bahawa dalam Rancangan Malaysia

Kelapan lebih daripada 2300 sekolah atau klinik atau pusat-pusat agensi kerajaan

dapat akses internet, telefon dan telekomunikasi.

tnilah satu projek yang boleh dikatakan mengurangkan jurang digital. Selain

daripada itu kita mempunyai teknologi CDMA atau Code Division Multiple Access di

mana yang digunakan sebagai satu wireless, sebagai satu wireless in local loop atau

fix wireless dengan izin. Ini boleh menggunakan internet dan sebagainya.

Kalau metalui akses seperti ini, semua tempat diharapkan dapat pencapaian

internet dan diharapkan bahawa jalur lebar pun dapat dicapai dan diharapkan

matlamat kerajaan untuk satu negara berilmu dapat dicapai. Sekian, terima kasih.

5. Puan Mastika Junaidah binti Hussin [Arau] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapakah bilangan penagih dadah masa ini. Apakah strategi baru kementerian untuk mengatasi masalah penyalahgunaan dadah yang terus meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang

di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat bagi Arau, saya mohon

untuk dapat kebenaran Tuan Yang di-Pertua bagi saya menyampaikan ucapan

tahniah dan rakaman takziah.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk merakamkan rasa penghargaan

dan tahniah kepada anggota-anggota Polis Diraja Malaysia atas tanggungjawab dan

pengorbanan mereka masa aman dan masa susah bagi kepentingan negara dan

rakyat sehingga semalam dan hari ini.

Saya juga ingin merakamkan rasa takziah dan doa atas Allahyarham SAC 1

Dato' Ahmad Fuad bin Sidek iaitu Ketua Polis Negeri Sembilan yang meninggal

dunia pada 25 Mac dan telah selamat dikebumikan pada 26 Mac. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah penagih terkumpul dari tahun 1988 hingga

2002 ialah seramai 235,495 orang. Dari jumlah ini seramai 31,000 orang penagih

adalah dikesan di seluruh negara di sepanjang tahun 2002. Strategi baru

Kementerian Dalam Negeri untuk mengatasi masalah ini ialah mengisytiharkan

Tahun Perangi Dadah habis-habisan.

Matlamat usaha memerangi dadah habis-habisan ialah untuk

mempertingkatkan dan membentuk pemikiran masyarakat agar mempunyai

DR. 27.3.2003 16

pengetahuan, rasa kemahiran mengenai risiko dan masalah berkaitan dengan gejala

dadah dan membangkitkan kesedaran, komitmen dan kebudayaan masyarakat untuk

memerangi dan menolak dadah.

Dalam strategi baru ini, Kementerian Dalam Negeri telah mengenai pasti

beberapa program baru untuk memantapkan program-program yang sedia ada. Di

antaranya ialah program ceramah dan seminar di kalangan pengetua, guru-guru

besar, guru dislplln, guru kaunseling, anggota PIBG, kakitangan dan pelajar IPTA,

IPTS, kakitangan dan pegawai kerajaan serta badan berkanun, anggota tentera,

kakitangan dan pegawai-pegawai syarikat swasta, pemimpin-pemimpin masyarakat,

ahli-ahli Rukun Tetangga, JKKK, persatuan belia, NGOs dan badan-badan sukarela

yang lain.

Seterusnya program bengkel dan berkhemah untuk golongan belia, pelajar

berisiko lepasan sekolah, ibu bapa penagih dan ibu bapa serta anak-anak yang

berisiko tinggi. Program outreach dan aktiviti yang berkaitan di rumah, masjid dan

rumah ibadat dan dewan orang ramai kepada penagih jalanan, penagih dalam

komuniti, keluarga dan orang ramai.

Program khidmat masyarakat oleh penghuni pusat serenti seperti gotong-

royong membersihkan kawasan perkuburan, rumah ibadat dan Iain-Iain. Seterusnya

program menjadikan semua pusat serenti sebagai anak angkat kepada IPT tempatan

yang berhampiran dan program pemuiihan dalam komuniti dengan kerjasama alumni

dan kumpulan pembimbing rakan sebaya.

Program untuk keluarga penagih, program penempatan kerja dan kursus

persediaan dengan kerjasama pihak swasta, jawatankuasa pemuiihan dadah dan

alumni bekas penghuni pusat-pusat serenti. Program latihan kemahiran untuk bekas

penagih dengan kerjasama JKPD dan alumni seperti kemahiran kraf, gunting rambut,

membaiki kasut dan Iain-Iain.

Tuan Yang di-Pertua, kita berharap bahawa seluruh rakyat akan bekerjasama

dalam menjayakan program pencegahan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat bagi Arau.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak

mempersoalkan kesungguhan dan juga usaha-usaha kerajaan untuk membanteras

dadah di negara ini kerana kita melihat bahawa perhatian memang diberikan oleh

kerajaan, peruntukan juga diperuntukkan begitu besar untuk usaha-usaha tersebut.

DR. 27.3.2003 17

Tetapi dari segi hasilnya kita dapati peningkatan penagih-penagih dadah ini masih

lagi berlaku dan kes berulang masih tidak dapat diatasi di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, masalah dadah ini dikendalikan oleh sebuah agensi

JKKN. Kemudian kita menubuhkan Agensi Dadah Kebangsaan, ini adalah sebagai

komitmen kerajaan untuk lebih bersungguh-sungguh lagi mengatasi masalah ini.

Tetapi saya dapati apabila Agensi Dadah Kebangsaan ditubuhkan, kita tidak dapat

melihat perubahan dari segi tindakan dan juga dari segi gerakan di peringkat akar

umbi, sebagaimana dahulu JKKN mengendaiikan banyak tugas di samping dadah

tetapi sekarang kita ada agensi khusus dan saya berterima kasih kerana tadi Yang

Berhormat Dato' telah pun menyebutkan ada usaha untuk turun ke akar umbi. Ini

saya rasa satu perkara yang baik.

Tinggal lagi di bawah Agensi Dadah Kebangsaan ini adakah mana-mana

badan ataupun NGO selain daripada PEMADAM. PEMADAM memang ada NGO

untuk mengatasi masalah dadah ini. Badan-badan NGO yang khusus membantu

Agensi Dadah Kebangsaan ataupun adakah Agensi Dadah Kebangsaan ini

kekurangan kakitangan kerana kita tidak dapat melihat hasilnya lebih baik ataupun

masyarakat tidak dapat menilai apabila ada sahaja Agensi Dadah Kebangsaan

berbanding dengan JKKN pada masa yang lalu, kita tidak dapat melihat satu

perubahan yang besar dan hasil yang besar dari segi usaha-usaha yang telah

dijalankan. Di manakah kelemahannya Yang Berhormat Dato'. Terima kasih.

Dato* Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat

bagi Arau, saya mengucapkan terima kasih di atas kepekaan dalam perkara yang

berkaitan dengan dadah ini. Saya ingin memaklumkan bahawa adanya ADK dan

program-program yang telah saya sebutkan tadi adalah di bawah penyeliaan dan

pengelolaan Agensi Dadah Kebangsaan di peringkat kebangsaan, di peringkat

negeri termasuk di peringkat daerah,

Semalam, dalam satu mesyuarat jawatankuasa yang membuat penyeliaan

dan penyusunan program bagi semua yang berkaitan dengan penyampaian dan

penerangan ini telah diadakan dan pada tengah hari ini, satu kumpulan NGO-NGO

akan bertemu bual dengan Yang Amat Berhormat Pemangku Perdana Menteri di

Kementerian Dalam Negeri. Saya yakin bahawa pertemuan pada jam 12.00 tengah

hari ini bagi mereka menyampaikan apakah program NGO-NGO yang berkaitan ini

boleh menyertai dalam membantu kerajaan.

DR. 27.3.2003 18

Dalam program yang telah disebutkan tadi bukan sahaja Agensi Dadah

Kebangsaan - ADK dan NGO seperti PEMADAM, dalam program akhir-akhir ini

Kementerian Pendidikan telah juga menubuhkan Unit Bahagian Pencegahan Dadah

di peringkat kementerian dan jabatan supaya pemantauan dan penyampaian serta

membangkitkan rasa keinsafan, kesedaran kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah,

di sekolah menengah dan sampai kepada peringkat universiti.

PEMADAM juga telah merancang selain daripada mengadakan pertemuan

dengan 5,000 lebih kalangan wanita, ibu-ibu di Genting pada bulan lepas,

PEMADAM merancang untuk menyampaikan kesedaran dan pengetahuan ini

kepada siswa dan siswi di peringkat universiti, IPTA dan IPTS dan kalau diizinkan

Allah S.W.T. dengan kerjasama daripada pihak universtti-universiti, kita akan

mengadakan satu koiokium siswa, kita jangka seramai 4,000 orang akan kita bawa

untuk memahami perkara yang dikehendaki oleh kerajaan yang patut ditolak oleh

kita semua kerana dadah merupakan satu perkara yang bahaya.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini dan Tuan Yang di-Pertua, ramai

rakyat kita mengetahui dadah tetapi dia tidak mengetahui apakah bentuknya, apakah

bahayanya, apakah kerosakannya, siapakah yang mendapat untung dan siapakah

yang akan menjadi korban yang paling banyak. Kita patut memberi penerangan ini

dan dalam koiokium yang telah kita buat, penerangan yang dibuat oieh ADK, pihak

polis Bahagian Narkotik, pihak PEMADAM dan iain-lain, kita menyampaikan

pengetahuan-pengetahuan ini kepada semua masyarakat kita sebanyak mungkin

untuk mereka menjadi ejen kepada penggerak, penyedar dan pembisik - campaign

managers bagi rakyat di negara ini mengetahui dan mengetahui tentang bahaya-

bahaya yang berkaitan dengan dadah ini.

Saya percaya dalam program yang telah disusun seperti yang dikehendaki

oleh Kabinet bahawa kita mengadakan satu pendekatan memerangi dadah habis-

habisan. Kita tidak boleh hanya mengharapkan sebilangan pemimpin, sebilangan

aktivis, sebilangan NGO tetapi kalau ianya telah diisytiharkan dan kita terima bahawa

dadah ini adalah musuh yang pertama kepada negara ini.

Semua rakyat, semua lapisan masyarakat, semua golongan cerdik pandai,

semua yang berada dan yang tidak berada mesti perangi dan bersama-sama

dengan kerajaan menolak dadah ini habis-habisan. Terima kasih.

Tuan Yang dl-Pertua: Ahli Yang Berhormat bagi Yan.

DR. 27.3.2003 19

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat penjelasan,

sebelum NAM baru-baru ini, ratusan dan mungkin ribuan penagih dadah di sekitar

Kuala Lumpur telah di round up sehingga KL dikatakan bersih daripada penagih

dadah.

Soalan saya adalah NAM sudah habis, apa jadi dengan mereka ini yang

ditahan di Penjara Pudu. Adakah mereka ini akan dibebaskan semula dan ditahan

balik sebelum OIC nanti. Imej KL sifar penagih ini dan saya ingin juga tahu tentang

status Penjara Pudu, adakah dia keka! sebagai penjara ataupun sudah pun bertukar

menjadi pusat serenti di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin bin Zin: Tuan Yang di-Pertuar dan Ahli Yang Berhormat

bagi Yan, saya amat berterima kasih di atas membangkitkan persoalan ini.

Pertamanya Penjara Pudu itu keka! disebut Penjara Pudu tetapi dia tidak menjadi

penjara, dia menjadi pusat tahanan sekarang.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, operasi yang dijalankan sebelum

NAM bukan kerana ianya akan berlaku ataupun kita akan mengadakan NAM di

negara ini tetapi dalam persediaan kita memerangi dadah habis-habisan. Oleh

sebab dia terserempak dengan program yang akan berlaku di negara kita, orang

ramai mengatakan bahawa operasi itu dibuat kerana adanya NAM. Bila habis NAM

adakah datang yang lain.

Kita menggunakan bekas Penjara Pudu itu sebagai pusat tahanan

sementara. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kita terpaksa upgrade kan

Penjara Pudu itu menjadi pusat tahanan dan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih

kurang RM3 juta supaya nanti kalau kita meletakkan penagih-penagih di dalam

bekas penjara ini, dalam keadaan yang tidak sempurna, rakyat akan mengatakan

bahawa kita menyeksa rakyat setelah mereka menjadi penagih, kita menghina

mereka maka kita terpaksa berbelanja. Itu tandanya persediaan kerajaan.

Semua yang kita letak di Penjara Pudu ini ataupun bekas Penjara Pudu ini,

dalam kemampuan kita ialah sebanyak 1,000 orang dan di Penjara Pudu ini ianya

dijadikan sebagai transit point setelah kita membuat operasi ini, kita kepung mereka

di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang berdekatan dan apabila diuji

taraf mereka ini daripada segi uji taraf, bukan larinya, daripada segi kandungan

morfin dalam badan mereka melalui air kencing dan kalau kita melihat jika sekiranya

positif, maka mereka akan dipindahkan ke pusat-pusat serenti yang ada.

DR. 27.3.2003 20

Saya telah menjawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita ada 28 buah

pusat serenti dan kemampuan 28 pusat serenti ini ialah seramai 15,000. Di dalam

pusat serenti kita, kita ada pada ketika itu sebelum operasi, sebelum Sidang NAM

kita ada 10,000 lebih sahaja. Jadi mana yang kita anggap positif kita akan

pindahkan ke pusat-pusat serenti yang ada. Yang lain kita akan tentukan sejauh

mana bahaya mereka ini.

Kita juga sudah menyediakan program untuk mengadakan satu pusat serenti

degil, pusat serenti tegar atau stubborn addict ini. Kerajaan telah lulus untuk mencari

tempat tetapi susah. Sesetengah kerajaan negeri tidak suka dan banyak pemimpin

pun tidak suka. Mereka tidak suka penagih ini ditempatkan di kawasan-kawasan

mereka tetapi kita tidak ada pilihan, kita kena mencari. Seperti yang telah

dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Arau, kita telah banyak membuat pemulihan

tetapi dia relapse dia balik semula lebih kurang 35% hingga 40%.

Ini bukan bermakna kita tidak berjaya, 100 kita bawa, 35 atau 40 balik. Yang

60 menjadi tidak bersih tetapi ini terpulang kepada relationship antara ibu bapa,

masyarakat, kawan-kawan dan Iain-Iain untuk membantu kita. Kita tidak dapat

menjaga mereka waktu di dalam dan menjaga mereka waktu di luar berterusan.

Apakah mereka yang ada di dalam ini akan kita biarkan begitu sahaja. Kita

akan terus menjayakan program ini dan di samping itu membuat pendekatan yang

lebih lagi, kita hendak diversify kan program yang ada di pusat-pusat serenti

termasuk yang ada di bekas Penjara Pudu ini, untuk mereka ini diberi latihan supaya

mereka keluar tidak lagi sibuk mencari dadah tetapi sibuk mencari rezeki dan

menjadi rakyat biasa. Ini diversify programme. Terima kasih.

[Soalan No.6 - Y.B Datuk Mustafa bin AH (Dungun) tidak hadir]

[Soalan No.7- Y.B Tuan Henry Sum Agong (Bukit Mas) tidak hadir]

8. Tuan Mat Baslr bin Rah mat [Parit] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah kerajaan bercadang supaya semua pelajar yang beragama islam diwajibkan lulus mata pelajaran Pendidikan Islam di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato* Mahadzir bin Mohd.

Khlr]: Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, semua pelajar yang beragama Islam

diwajibkan mengambil Pendidikan Islam bagi PMR dan SPM. Sistem peperiksaan

DR. 27.3.2003 21

SPM telah pun berubah kepada sistem persijilan terbuka. Di bawah sistem ini, calon

hanya perlu lulus bahasa Melayu untuk mendapat sijil SPM.

Tuan Mat Basir bin Rahmat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan terima

kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Sepatutnya Pendidikan Islam ini

diwajibkan belajar dan diwajibkan lulus.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, dia kata diwajibkan dah, ya.

Beberapa Ahli: Lulus.

Tuan Mat Basir bin Rahmat: Lulus.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, kalau tidak lulus, tidak apa.

Tuan Mat Basir bin Rahmat: Sekarang ini, tidak wajib lulus. Sepatutnya

wajib lulus, baru dapat sijil. Kita biar seimbang antara dunia dan akhirat.

Beberapa Ahli: Allah...!! [Membuat bising]

Tuan Mat Basir bin Rahmat: Sedangkan dunianya wajib seperti Matematik,

Sains dan sebagainya tetapi agama tidak wajib. Jadi, sebab itu akhlak budak-budak

semakin teruk dan semakin membimbangkan. Cuma, soalan saya, berapakah jumlah

pelajar lepasan SPM 2002 yang mendapat pangkat 'D' dan 'E' dalam subjek

Pendidikan Agama Islam? Terima kasih,

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khlr: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Parit,

saya rasa mike ini tidak faham mengenai dengan apa yang dikatakan dunia dan

akhirat. Sebenarnya, pendidikan itu menjurus atau mencakupi semua bidang. Kita

tidak ada ilmu akhirat dan ilmu dunia. Semuanya ilmu yang kita peroleh itu ialah

sama ada untuk kita di dunia ini dan juga di akhirat. Jadi, semuanya kesinambungan,

tidak ada dipisah-pisahkan tetapi, tuduhan Yang Berhormat mengenai bahawa kalau

seseorang murid itu gagal dalam mata pelajaran agama, maka akhlak dia sudah

menurun, tidak. Saya tidak kata begitu.

Saya rasa, Yang Berhormat perlu kita cermat. Sama ada kita PAS atau

UMNO, kita adalah seagama dan satu mazhab, bukan mazhab yang berbeza. Jadi,

dalam hal ini saya minta Yang Berhormat dapat memahami, apakah tujuan kita

mengadakan atau mewujudkan Pendidikan Islam di sekolah. Jadi, begitu juga

dengan bukan Islam. Kita ada Pendidikan Moral. Oleh yang demikian, saya rasa

cara pendekatan pihak kementerian ini adalah tidak bercanggah dan tidak

bertentangan dengan Islam

Oleh yang demikian, dengan soalan kedua Yang Berhormat bangkit

mengenai dengan keluiusan, dalam bilik saya hari ini, saya tidak ada kelulusan

DR. 27.3.2003 22

mengenai 2002 tetapi, saya boleh beritahu kepada Yang Berhormat bahawa

pencapaian kita begitu menggalakkan daripada setahun ke setahun. Umpamanya,

kalau saya ambil sahaja daripada segi peratusan SPM 1999 sampai 2001, misalnya

tahun 1999 sahaja, angka yang lulus meningkat daripada 89.2%. Kemudian, pada

tahun 2002 ia naik 92.4%. Kalau tahun 2001, ia naik pula 87.5%. Jadi, saya rasa

kita tidak jauh. Kalau yang gagal, mungkin itu gagal peperiksaan. Ini biasalah,

perkara biasa tetapi, tidak bermakna dia gagal dalam kehidupan dia.

Sekali lagi, saya ingin tegaskan kepada Yang Berhormat bagi Parit, bahawa

kita mari kita bersama-sama melihat anak-anak kita itu diasuh dengan baik sekali.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, masa untuk pertanyaan jawab mulut selesai.

[Masa untuk Soalan Jawab Llsan tetah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE PALAM MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG PEMBERI PIN JAM WANG (PINDAAN) 2003

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pemberi

Pinjam Wang 1991; di bawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perumahan

dan Kerajaan Tempatan [Datuk M. Kayveas]; dibaca kali yang pertama; akan

dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

DR. 27.3.2003 23

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH UCAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan

yang ditangguhkan atas masatah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian

bunyinya:

"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat

dt dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Yang Kesepuluh". [26 Mac 2003]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Llm Si Cheng]: Saya meminta Jabatan

Perdana Menteri menyambung semula jawapan

11.06 pagi.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato* Haji Noh bin Haji

Omar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Lama lagikah Yang Berhormat?

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Assalamualaikum

warahmatulfahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua

Dato* Haji Noh bin Haji Omar: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Lama lagikah?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tidak, saya sudah hendak habis dan, Tuan

Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sudah hendak habis, ya.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: [Bercakap tanpa pembesar

suara]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Peraturan Mesyuarat.

Peraturan Mesyuarat 36(9)Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

DR. 27.3.2003 24

Or. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Saya minta Tuan Yang di-

Pertua membuat ruling tentang ungkapan yang dibuat oleh Yang Berhormat

Setiausaha Parlimen semalam yang menyentuh peribadi Yang Amat Berhormat

Menteri Besar Negeri Kelantan kerana menyinggung perasaan umat Islam,

menyebut tentang janggut dan sebagainya [Dewan riuh]

Ini merupakan satu penghinaan yang besar, yang dilakukan. Dalam peraturan

ini jelas, "...Dalam apa-apa perbahasan, tidak boleh disentuh kelakuan atau sifat

siapa-siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada

kelakuan pada menjalankan urusannya sebagai Ahli Parlimen atau pegawai

kerajaan.." Kalau kita tengok (9)(c) "..perkataan-perkataan yang harus menaikkan

perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan

satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat...". Jadi, kita minta

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tarik balik penghinaan yang tertuka terhadap

seorang Menteri Besar

Puan Fong Po Kuan: Yal

Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising]

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: ....yang dipilih oleh rakyat

Malaysia. [Tepuk] Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini kita minta Tuan Yang dt-Pertua buat

ruling tentang hal ini supaya tidak berlaku precedent yang sedemikian ini boleh

hina

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: ...peribadi-peribadi, sebut

tentang janggut yang menyentuh sensitiviti umat Islam sendiri. Jadi, kalau ini ktta

biarkan Tuan Yang dt-Pertua, boleh menjadikan porak-peranda Dewan ini, dengan

menyentuh peribadi yang jelas bertentangan dengan hukum dan juga peraturan

Dewan ini sendiri. Jadi, kalau seorang Setiausaha Parlimen boleh melakukan

demikian, maka akan menjadi precedent kepada Ahli-Ahli Parlimen yang lain untuk

melakukan yang sama juga. Minta keputusan Tuan Yang di-Pertua [Tepuk] [Dewan

gamat seketika]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, setahu saya dalam soal

tata-tertib ini hendaklah dibangkitkan pada masa kejadian itu berlaku.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Kita sudah bangkitkan tetapi

masa sudah habis. Saya bangun membangkitkan tetapi masa sudah habis. Saya

DR. 27.3.2003 25

bangkit on time Peraturan itu tetapi masa sudah habis [Bercakap tanpa pembesar

suara]

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya. Janganlah begitu. Biarlah saya baca dulu.

Saya tidak baca yang itu Eagi. Saya tidak tahu lagi. Biarlah saya baca dulu. Ya, Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen, stla teruskan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa semalam

saya telah menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat mengenai tanggungjawab JAKIM, Lembaga Tabung Haji dan isu-isu yang

berkaitan dengan Islam. Mana-mana perkara yang tidak sempat dijawab, perkara

tersebut telah dicatat dan akan diambil tindakan sewajarnya. Untuk isu-isu lain di

bawah Jabatan Perdana Menteri, ia akan digulung oleh Yang Berhormat Menteri di

Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

11.09 pagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rals bin

Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam

Perbahasan Usui Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan menyentuh perkara-

perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. Sementara Setiausaha

Parlimen Jabatan Perdana Menteri telah menggulung aspek-aspek berkaitan dengan

pentadbiran agama Islam di mana yang relevan, maka saya bagi pihak jabatan

berkenaan juga ingin mohon keizinan untuk menggulung beberapa perkara yang

terlibat dengan jabatan tersebut, setakat ia retevan dalam perbahasan ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Shah Alam, penubuhan

Mahkamah Keluarga masih di peringkat perancangan dan jawatankuasa peringkat

menteri mengenai penubuhan Mahkamah Keluarga yang ura-ura dibentuk itu.

Mesyuarat terakhir diadakan kelmarin dan bentuk serta rangka sedang dikemukakan

kepada kerajaan untuk pertimbangan. Penubuhan Mahkamah Keluarga memerlukan

kajian yang mendalam kerana melibatkan beberapa akta dan kaedah-kaedah

mahkamah yang perlu dikaji dan mungkin dipinda serta keperluan kemudahan-

kemudahan yang perlu disediakan di setiap mahkamah.

DR. 27.3.2003 26

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Kuala Lumpur terdapat sebuah

Mahkamah Tinggi yang khusus mengendalikan kes keluarga yakni perceraian,

pengangkatan dan nafkah. Walau bagaimanapun, ia hanya melibatkan keluarga

bukan Islam di Kuala Lumpur sahaja. Mahkamah ini yang terletak di Jalan Sultan

Hishamuddin dilengkapi dengan bilik rundingan dan bilik kanak-kanak di samping

bilik saksi. Di samping itu, kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang baru sedang

dalam pembinaan dan akan dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik saksi, bilik

kanak-kanak, bilik rundingan dan bilik kios.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu bumiputera dan peruncitan, dimaklumkan

bahawa di samping menambah bilangan usahawan bumiputera dalam bidang

peruncitan, objektif utama projek usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan

atau PROSPER - dengan izin - adalah untuk memastikan perniagaan dan usahawan

bumiputera yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya tahan. Walaupun

pencapaian kurang sedikit daripada sasaran awal, rekod menunjukkan peningkatan

yang menggalakkan di mana sehingga ini, jumlah usahawan yang telah pun

menjalankan operasi perniagaan adalah seramai 211 orang. Bagi tahun 2003,

PROSPER mensasarkan untuk menambah sekurang-kurangnya 100 lagi usahawan

bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Marang, Kepong,

Permatang Pauh, Kemaman, Batu Gajah dan Parit Buntar telah membangkitkan isu-

isu berkaitan rasuah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Badan Pencegah

Rasuah atau BPR masih lagi menjalankan penyiasatan terhadap Ahli Dewan

Undangan Negeri iaitu ADUN Ladang, Terengganu berhubung permohonan tanah

bagi projek tanaman limau oleh syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd. Sebagaimana

yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Marang, oleh kerana penyiasatan

masih dijalankan, adalah tertalu awal untuk mengesahkan sama ada penyelewengan

berlaku ataupun tidak.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, dan Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan PROSPER tadi, Sikit

sahaja kita anjak. Bilangan yang diberikan begitu menggalakkan. Jadi, saya hendak

tanya, daripada PROSPER ini, apakah produk-produk yang asalnya bumiputera

yang dikendalikan untuk peniaga-peniaga PROSPER ini. Produk bumiputera,

DR. 27.3.2003 27

bukannya produk-produk bukan bumiputera supaya Dewan ini mengetahui produk-

produk hasil bumiputera yang dikendalikan oleh mereka yang mendapat pinjaman

PROSPER ini. Minta penjelasan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan

Mesyuarat].

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan

produk atau hasil-hasil bumiputera itu, setakat ini tidak ada cerakinan dibuat sama

ada untuk melayakkan seseorang itu diterima dalam program PROSPER ataupun

tidak tetapi, memang ada dasar dan juga ini telah diamalkan bahawa produk-produk

seperti barang-barang keluaran dan kawasan-kawasan bumiputera, hasil tani yang

boleh tahan lama ataupun produk buatan tangan, semua ini diberi peluang oleh

kerajaan. Cuma, data penentuan produk-produk kilang dari bumiputera ataupun

tidak, belum lagi dicerakinkan secara khusus.

Tuan Yang di-Pertua, saya langsungkan penjelasan tentang isu yang

dibangkitkan oleh

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri,

Shah Alam.

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

Yang Berhormat Menteri atas respons pada perkara yang saya bangkitkan mengenai

Mahkamah Keluarga dan juga skim PROSPER ini. Nampaknya, Mahkamah

Keluarga ini sebagaimana Yang Berhormat maklumkan, sedang dalam peringkat

penyusunan dan pelaksanaan dan saya mendoakan supaya Mahkamah Keluarga ini

akan dapat dipercepatkan supaya kita boleh menyelesaikan banyak masalah di

peringkat akar umbi.

Saya bangkitkan masalah PROSPER ini Yang Berhormat, kerana saya

melihat salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh peruncit-peruncit bumiputera

ini ialah tentang kewujudan, dengan izin hyper dan supermarket yang beroperasi

sepatutnya menjalankan dengan izin, wholesale business tetapi nampaknya, akhir-

akhir ini mereka juga terlibat dalam retail business. Retail ini yang akan menjadikan

pricing daripada skim PROSPER ini tertekan. Jadi, adakah pihak kementerian akan

memberhentikan hypermarket? Kalau yang sudah ada itu, tidak apalah. Yang in

future ini. Adakah satu langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan?

DR. 27.3.2003 28

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih diucapkan kepada

Yang Berhormat bagi Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, ringkasannya ialah bahawa

kerajaan sesungguhnya telah pun membincangkan tentang implikasi apa yang

dianggap sebagai the giant retailers, dengan izin dan setelah melihat suasana di

negara kita di mana syarikat-syarikat gergasi itu begitu melintasi perniagaan-

perniagaan kecil khususnya runcitan maka kira-kira tiga bulan yang lalu kerajaan

telah memutuskan supaya mencari jalan menggalakkan bagaimana peruncit-peruncit

khususnya bumiputera boleh hidup di kalangan masyarakat urban atau masyarakat

bandar dan juga di kawasan-kawasan pertumbuhan atau growth center.

Malangnya oleh kerana tempoh itu masih singkat saya yakin apabila

pengkhususan dan penjurusan kita terhadap peruncitan di kawasan-kawasan

tersebut kajiannya selesai dan akan dapat kita umumkan strategi yang lebih

berkesan dan dijalankan. Sementara ini pengawasannya sedang dibuat dan Jabatan

Perdana Menteri adalah mengawasinya agar hasil yang kita nyatakan itu dapat

dicapai dengan segera dan kerajaan maklum tentang anxiety dengan izin, perkara

ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sedikit lagi tentang isu .,,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua

Yang Berhormat bangun.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Berkaitan dengan..., saya fikir

benarkan saya menghabiskan dahulu huraian mengenai BPR dan juga sedikit isu

tentang pencegahan rasuah dan selepas itu saya akan beri peluang untuk ahli-ahli

Yang Berhormat tetapi saya harapkan agar persoalan itu kita juruskan kepada isu

yang berbangkit dan tidak memakan masa yang panjang di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, BPR akan menjalankan siasatan terus terhadap setiap

aduan yang melibatkan kesalahan rasuah, penyelewengan dan saiah guna kuasa

yang termaktub di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1967. BPR juga bersedia

menjalankan siasatan sekiranya terdapat aduan rasmi dibuat oleh pihak-pihak

berkaitan kepada BPR mengenai amalan politik wang sebagaimana yang

ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Kepong.

Berhubung dengan dakwaan Yang Berhormat bagi Kepong dan Kemaman

mengenai amalan rasuah dalam bidang kehakiman, kerajaan berharap ahli-ahli Yang

Berhormat dapat memberikan maklumat atau membuat aduan rasmi dan

bekerjasama sepenuhnya dengan BPR bagi membolehkan siasatan dijalankan.

DR. 27.3.2003 29

Sebenarnya kerajaan mempunyai keyakinan penuh di atas kewibawaan BPR yakni

agensi khusus yang bertanggungjawab membendung dan mencegah jenayah

rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini. Kerajaan juga berpuas

hati dengan keberkesanan BPR dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya.

Mengenai tanggapan Yang Berhormat bagi Kemaman bahawa pegawai-

pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik yang melakukan rasuah merasai dilindungi,

perlu ditegaskan bahawa undang-undang mencegah jenayah rasuah digubal

bertujuan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan negara serta untuk mengambil

tindakan terhadap mereka yang melakukan rasuah tanpa mengira kedudukan.

Kornitmen-komitfTien BPR untuk bertindak setelah terbukti sebelum ini dengan

siasatan terhadap kepimpinan tertinggi kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan

atau negeri malah ada antara mereka yang telah pun dihadapkan ke mahkamah dan

dijatuhi hukuman.

Yang Berhormat Permatang Pauh.,.

Tfmbalan Yang di-Pertua [Datuk Llm Si Cheng]: Yang Berhormat,

Kemaman bangun.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

ingin mendapat penjelasan mengenai beberapa laporan yang telah dibuat kepada

bekas hakim negara iaitu mengenai rasuah yang berlaku dengan peguam yang

mewakili klien yang mana Abdullah Chin?...Apa dia nama dia itu.,?

Tuan Husam bin Haji Musa: Yusoff Chin.

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Di mana Yusoff Chin terlibat dengan kes

yang dibicarakan begitu juga dengan bekas peguam negara yang mana gambar-

gambar dan laporan-laporan polis telah dibuat mengenai penglibatan mereka, dalam

percutian dan juga pemberian wang dan sebagainya tetapi setakat ini tidak ada

tindakan yang diambil begitu juga banyak laporan yang telah dibuat mengenai MAS,

mengenai pengeluar bon, PUNB dan sebagainya. Setakat ini tidak ada pendakwaan

seperti mana Yang Berhormat katakan bahawa kerajaan bertegas tetapi apa yang

nampak, tidak bertegas? Minta penjelasan.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tadi

ada soalan tetapi itu pandangan Ahli Yang Berhormat, namun suka saya

menjelaskan bahawa sesuatu kes itu apabila diselidiki dan disiasat, Seksyen 14

misalnya Akta Pencegah Rasuah yang terpakai masa ini tidak membenarkan mana-

DR. 27.3.2003 30

mana pihak memberi penjelasan sehingga selesai keputusan yang dibuat oleh

pendakwa untuk membuat dakwaan.

Dan di bawah Perkara 145 Pertembagaan Persekutuan, kuasa pendakwa

raya adaiah muktamad dalam soal sama ada suatu kes itu genap di sisi bukti

ataupun tidak dengan tujuan untuk mendakwa di mahkamah. Jadi dengan latar

belakang seperti itulah, maka perkara-perkara seperti yang telah Yang Berhormat

sebut ini muncul dalam tugas dan bidang kuasa BPR kira-kira dua tahun setengah

lalu. Namun demikian, apa-apa yang telah dikemukakan dalam bentuk pandangan

umum, sayangnya laporan terhadap kes tersebut atau mengenai kes tersebut

kepada pihak berkuasa tidak muncul tetapi di sini hams saya buat penjelasan,

tanggapan yang keluar dalam media dengan laporan yang khusus diperbuat adaiah

dua perkara yang berbeza.

Jadi yang perlu ialah sekiranya Ahli Yang Berhormat mendapati sesuatu kes

itu benar-benar jelas dan perlu dibuktikan, laporannya hendaklah disusul. Malah

saya sendiri pernah menegur dalam beberapa kes seperti yang berkaitan dengan

kehakiman ini bahawa hakim ataupun mereka yang duduk di dalam keadaan yang

tinggi dalam penghakiman, tidak bebas daripada pandangan dan assessment rakyat

tetapi itu hanya sebagai pandangan umum. Saya juga telah menasihati supaya

kedudukan hakim tidak berbeza dengan mana-mana pihak apabila berkaitan dengan

sesuatu yang didakwa sebagai mengandungi unsur rasuah.

Jadi dengan keadaan itulah maka bekas hakim yang disebut itu mungkin

telah dicerca di perenggan awam tetapi pembuktian di atas kegiatan beliau itu tidak

dapat ke perenggan yang memuaskan pendakwa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Permatang Pauh pula

mempersoalkan bahawa BPR sentiasa dihalang daripada menjalankan tugasnya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini sesungguhnya kebebasan BPR untuk

melaksanakan fungsi dan kuasa seperti yang termaktub di dalam Akta Pencegahan

Rasuah 1997, tidak pernah dihalang oleh mana-mana pihak...

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun]

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]

Datuk Sen Utama Dr. Rats bin Yatim: Saya habiskan sedikit sahaja lagi

supaya sequence idea itu dapat didengar, kemudian saya akan cuba memberi

respons.

DR. 27.3.2003 31

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan memastikan kebebasan tersebut

terjamin walaupun terdapat beberapa kes yang tidak didakwa di mahkamah atas

sebab-sebab kekurangan bukti atau lewat diambil tindakan maka ianya bukalah

ukuran untuk mengatakan BPR tidak bebas atau dihalang dalam melaksanakan

fungsi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Tuan Haji Muhyldln bin Haji Abd. Rashtd: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Datin Serl Dr. Wan Azizah Wan Ismail: [Bangun]

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada lima Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Lampu sudah dapat, lampu

sudah nyala \n\...[Ketawa]

Seorang ahli: Sila, sila.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sf Cheng]: Baiklah Hulu Terengganu.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Merujuk kepada kenyataan Yang

Berhormat Menteri berhubung dengan pemberian tanah kepada ADUN Ladang di

Terengganu, menurut Yang Berhormat Menteri bahawa ia masih dalam penyiasatan.

Saya kecewa dengan perkara ini kerana ia mengambil masa yang lama. Perkara ini

timbul daripada Januari lagi tetapi sudah 3 bulan dan hari ini pun sudah diberitahu

masih dalam penyiasatan.

Saya ingin minta penjelasan, apakah sebab-sebab kelewatan ini. Adakah

sebabnya kerana ia membabitkan kezaliman Kerajaan Barisan Nasional terhadap

bekas ADUN ini kerana ia melibatkan sebenarnya permohonan tanah yang dibuat

sebelum pilihan raya dahulu lagi? Dan beliau ini telah diberi kelulusan oleh kerajaan

lama tetapi apabila disiasat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Yang Berhormat,

soalannya?

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Bahawa ianya tidak memihak

kepada parti UMNO maka kelulusan itu ditarik balik sehinggalah sampai kerajaan

baru dan kita lihat kelulusan...

DR. 27.3.2003 32

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh

kemukakan soalanlah untuk menjimatkan masa.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Ya, soalan saya tadi, apa dia

halangan. Adakah kerana tidak mahu terbongkarnya kezaliman kerajaan lama yang

menzaliminya, yang telah mendapat kelulusan awal dan keluar belanja, sudah

membersihkan kawasan tiba-tiba ditarik baiik kelulusan, sedang lapan lagi kawan dia

yang ahli UMNO diberi kelulusan dan kawasan itu masih kosong, ada 12 lot lagi 50

hektar, 50 hektar....

Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Llm Si Cheng]: Tidak perlu berucaplah

Yang Berhormat. Cukuplah.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Ya, ya jadi saya minta

penjelasan. Terima kasih.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, kita harus

maklum iaitu dakwaan rasuah adalah sesuatu yang amat serius dan jika pihak

berkuasa dalam penyiasatan tidak teliti dan tidak mengasaskan perihal terperinci

dalam sesuatu kes itu seseorang akan terserlah kepada masa depan yang

mencemaskan, keluarga, peribadi dan masyarakat sendiri. Oleh itu penelitian harus

dibuat. Tempoh 3 bulan ke 6 bulan bukanlah sesuatu yang amat panjang dan saya

suka menyatakan di sini misalnya banyak kes lain di mana memakan masa lebih

daripada tempoh tersebut. Penyiasatan pun masih dijalankan tetapi masyarakat

jarang mengambil imbasan kes-kes yang telah pun didakwa.

Jadi dalam konteks ini saya akan menyampaikan pandangan Yang

Berhormat kepada BPR dan meminta mereka membuat ketegasan, penentuan

supaya siasatan kes-kes yang berkenaan di ketahui dalam tempoh yang berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang

Berhormat ramai yang bangun.

Tuan Husam bin Haji Musa: Sudah menyala, saya ada api! [Ketawa]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya pun ada [Ketawa]

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: [Bangun]

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: [Bangun]

DR. 27.3.2003 33

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ...menyambung sedikit dalam kes

BPR, berhubung dengan kes ini ada sedikit lagi penyampaian dan saya periu

mengambil masa sedikit.

Tuan Husam bin Haji Musa: Saya sudah nyala Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, berhubung

dengan kes aduan rasuah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang

dibangkit oleh Yang Berhormat bagi Parit Buntar sukacita saya memaklumkan

bahawa siasatan BPR terhadap dakwaan rasuah ke atas Menteri Besar Selangor

masih diteruskan, Siasatan hanya akan dianggap selesai setelah BPR memperoleh

bahan-bahan bukti yang diperlukan sebelum dikemukakan kepada pendakwa raya

untuk sebarang tindakan lanjut. Memandangkan BPR sedang berusaha

menyelesaikan siasatan yang dijalankan, wajar sekiranya semua pihak dapat

bersabardan menunggu hasil siasatan kes tersebut

BPR bertindak mengikut kuasa dan perundangan yang ditetapkan tanpa

dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Oleh itu tidak seharusnya timbul isu BPR hanya

mengambil tindakan segera ke atas kes-kes yang melibatkan pihak-pihak yang

tertentu.

Datln Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: [Bangun]

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang

Berhormat bagi Permatang Pauh dan Kepong bangun.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kerana Yang

Berhormat Menteri mengatakan BPR tidak campur tangan, memang bebas. Dalam

satu kes yang terang-terang difihat bukan ordinary, bukan orang biasa dalam kedai-

kedai kopi tetapi bekas Pengarah BPR sendiri telah memberi kesaksian bersumpah

tetapi tidak ada apa-apa yang diberi susulan.. [Tepuk] Kalau Yang Berhormat

Menteri mengatakan tidak ada bukti yang kukuh tetapi dalam satu kes di mana Ezam

Mohd. Nor dipenjarakan kerana mendedahkan ada kes prima facie yang

ditandatangani oleh [Tepuk] [Disorak] sekarang AG ataupun pendakwa raya

sekarang ini. Jadi saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Seorang Ahli: Jawab baik-baik Datuk.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih

kepada Yang Berhormat bagi Permatang Pauh yang menimbulkan isu tersebut yang

DR. 27.3.2003 34

mana saya memahami environment ataupun perkelilingannya. Pekeliling pertama

ialah bahawa keputusan itu dibuat dalam mahkamah, bukan di luar. Oleh itu teguran

saya terpaksa tertumpu kepada dengan izin, justifiablity atas kes tersebut. Jadi jika

mahkamah dalam deliberasinya memutuskan bahawa sesuatu keterangan itu tidak

admissible, dengan izin, maka kita tidak dapat menyangkalnya lantaran itu adalah

dalam jurisdiction, dengan izin, hakim dan juga sistemnya dalam perbicaraan, Cuma

yang ada pada rakyat ialah agar sistem dan proses rayuan itu digunakan sebaik

mungkin agar pendakwaan itu dipatahkan dalam sistem admissibility dan justifiablity

berkenaan tadi.

Mengeriai kes Ezam juga sedemikian. Pandangan-pandangan keempat-

empat hakim utama dalam kes itu adalah menjurus kepada perkara yang sama dan

kita dapati kes yang berkenaan berkaitan dengan Seksyen 73 ISA telah pun secara

majority ruling, dengan izin, diputuskan oleh mahkamah seperti yang kita maklum.

Oleh yang demikian, jika pihak-pihak yang tidak puas hati dengan keputusan itu,

mereka boleh mengemukakan apa yang disebut sebagai review of decision di bawah

Court of Judicial Act 1964, dengan izin.

Dato' Dr. Hasan bin Hajl Mohamed Ali: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang

Berhormat...

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

menyambung sedikit lagi. Yang Berhormat bagi Labuan membangkitkan mengenai

pembangunan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat

Menteri...

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

ini yang tadi, yang melibatkan tuduhan rasuah Menteri Besar Selangor itu. Saya

sudah timbulkan dalam Dewan ini setahun yang lepas dan diulang lagi dalam minggu

lepas dan jawapannya Datuk sedang berikan. Saya fikir hampir-hampir dua tahun

rasanya, tidaklah tiga bulan sebagaimana yang disebutkan oleh teman saya tadi.

Walaupun begitu tempoh tiga bulan pun masih munasabah tetapi dua tahun ini,

dengan tanpa ada berita langsung, Datuk. Jika tidak ditimbulkan di Dewan ini

ataupun tidak ditimbulkan di Dewan Undangan Negeri, barangkali rakyat tertanya-

tanya.

DR. 27.3.2003 35

Yang saya timbulkan ini pasal dia Menteri Besar. Menteri Besar yang

menjalankan tugas eksekutif. Selagi tidak dibersihkan namanya di peringkat BPR,

saya rasa tanda-tanya yang begitu banyak, bila dia berucap, tanda-tanya begitu

banyak, bila dia luluskan sesuatu dari segi projek, tanda-tanya yang begitu banyak.

Sebab itu saya sangat berharap dan kalau dapat laporan itu disegerakan dan rakyat

Selangor terutamanya dimaklumkan tentang apa yang berlaku tetapi berbeza pula

misalnya Datuk ada menimbulkan sedikit dahulu tentang di Kelantan, pegawai-

pegawai kerajaan yang kononnya mendapat habuan oleh kerana perkara-perkara

yang berkaitan antara pegawai kerajaan dengan kerajaan negeri, besoknya

Timbalan Perdana Menteri mengarahkan siasatan terus dan besoknya juga tidak

salah saya pasukan dari Bukit Aman peringkat polis turun membuat penyiasatan.

Jadi saya rasa nampaknya ada duality dekat situ tentang treatment yang

diberikan kepada manusia bergelar Menteri Besar dan manusia-manusia yang tidak

bergelar Menteri Besar terutama manusia bawahan yang merupakan cactng-cacing

ini, Datuk. Terima kasih.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya

mengucapkan terima kasih di atas pandangan tersebut. Sesungguhnya di bawah

Akta Pencegah Rasuah, kuasa penuh memang diberi kepada BPR. Apa yang tidak

terkandung di dalamnya semasa undang-undang itu dibuat ialah bab berkaitan

kepada siapa BPR bertanggungjawab. BPR tidak bertanggungjawab kepada saya,

tidak bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, kepada Timbalan Perdana

Menteri. Mereka hanya bertanggungjawab kepada pendakwa raya.

Jadi, hal ini mesti kita terima sebagai hakikat undang-undang negara kita

tetapi pandangan seperti menyatakan mestilah ada reaksi dan orang ramai perlu

tahu di atas tempoh dan juga selesai atau tidaknya penyiasatan ini, itu saya terima

sebagai hak hakiki dan permohonan seperti itu memang boleh kerajaan

menyampaikan kepada Ketua Pengarah BPR untuk menelitinya dan tampil ke muka

memberi penjelasan pada satu ketika. Apatah lagi jika ia timbul dalam Dewan ini.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Husam bin Hajf Musa: [Bangun]

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Setakat ini saya cuba menyampaikan

perkara itu dan saya berharap saya diizinkan Tuan Yang di-Pertua untuk

meneruskan sebab masa sudah melampaui tempoh yang dihadkan bagi saya.

DR. 27.3.2003 36

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat...

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua

dan sekejap lagi kita berpindah kepada bab yang lain pula dalam jabatan yang

berkenaan.

Tuan Husam bin Hajl Musa: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini kuasa Yang Berhormat

Menteri.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Yang Berhormat bagi Labuan

membangkitkan mengenai pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan. Sukacita

saya memaklumkan bahawa prasarana pelancongan dan kemudahan lain diadakan

di Wilayah Persekutuan dengan lebih sempurna bagi mencapai objektif yang telah

ditetapkan oleh kerajaan...

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim SI Cheng]: Yang Berhormat, Yang

Berhormat Menteri, Kubang Kerian bangun, Yang Berhormat bagi Kepong bangun.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Oh, Keponglah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okey, Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Sering kali disebutkan

bahawa pemberi dan penerima rasuah sama-sama ke neraka.. [Ketawa] Amalan ini

masih berlaku di banyak tempat termasuk swasta. Soalan saya yang telah pun saya

kemukakan semasa ucapan saya ialah adakah negara ini, ini soalan Yang

Berhormat, adakah negara ini akan kecundang pada kancah kemiskinan kerana

rasuah yang ada sekarang ini?

Saya setuju bahawa hendak cari bukti dan saksi. Baru-baru ini ada orang

yang hendak jumpa saya mengenai hakim yang terlibat dengan perniagaan tetapi

malangnya bukti dan saksi susah hendak didapati. Walau bagaimanapun adakah, ini

soalan Yang Berhormat, adakah BPR sanggup menyiasat aduan seperti sistem

kehakiman ada yang terbuka dan ada yang tertutup. Daripada penjara, malangnya

ada segelintir polis dan juga pegawai-pegawai di dalam Mahkamah Majistret,

Seksyen dan sebagainya ada si'ndiket. Itu dakwaan. Bolehkah BPR menyiasat

semua ini sebab kita susah hendak mengemukakan saksi dan bukti. Bolehkah kita

membuat perubahan sedikit dalam cara siasatan termasuklah untuk menjadikan BPR

DR. 27.3.2003 37

sebagai badan yang benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Pariimen

sahaja. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih Yang Berhormat bagi

Kepong. Jawapannya ialah BPR harus sanggup sekiranya Yang Berhormat

mengemukakan kepadanya asas-asas aduan tersebut. Sekiranya BPR tidak

menjalankan tugas setelah diberi laporan tersebut, maka ia merupakan sesuatu yang

tidak boleh diterima di bawah konsep pembersihan negara dalam menangani rasuah.

Dalam konteks ini sukacita saya memaklumkan iaitu Jabatan Peguam

Negara sedang dalam proses untuk mengenakan tempoh penyiasatan sesuatu kes

baik yang berlaku dalam bidang tugas polis mahupun BPR ataupun dalam kes-kes

yang melibatkan pendakwaan dari jabatan berkenaan. Timbulnya perasaan dan

tanggungjawab ini ialah oleh kerana ada masa-masa tertentu, sesuatu kes itu

berjalan dalam siasatan terlalu lama dan tidak ada tempoh yang ditentukan di bawah

mana-mana undang-undang.

Bagi kita yang beramalan dalam undang-undang misalnya di bawah CPC

dengan izin, Prosedur Jenayah, tidak ada disebut di situ berapa bulan sesuatu kes

itu harus sampai ke meja pendakwa. Dan juga tidak ada disebutkan berapa bulan di

meja pendakwa harus sampai ke mahkamah. Hal inilah yang telah ditimbangkan

oleh kerajaan dan pada dasarnya bersetuju supaya tempoh-tempoh tertentu

dikenakan kepada agensi penyiasat dan lanjutan kepada itu diambil tindakan di atas

kuasa-kuasa undang-undang yang akan dipinda. Izinkan saya menyatakan

seterusnya apabila selesai home work, dengan izin, kerja rumah ini, kita akan

terlengkaplah lagi dengan Public Law Administration di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sedikit lagi iaitu hakim yang

ditanya....

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangunj

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada

dua

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Saya tidak habis lagi menjawab

Yang Berhormat bagi Kepong tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Hakim yang didakwa berniaga atau

majistret yang terlibat dengan perniagaan, ini mudah disebut, memang sukar untuk

DR. 27.3.2003 38

disiasat. Tetapi jika benar perkara ini berlaku, waima, bagaimana had condong dan

cenderungnya, kita ingin tahu dan di bawah Etika Kehakiman 1994, perkara ini

dilarang. Tidak harus bagi kita hanya menyatakan ada sekian-sekian hakim, ada

sekian-sekian majistret. Jadi Yang Bertiormat sekiranya mempunyai butiran

walaupun agak am boleh terus sampaikan kepada BPR dan kita ambil bahawa minit

Dewan ini telah mencatatkan hasrat itu disebut oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat

sendiri.

Tuan Yang di-Pertuar mengenai cadangan Yang Berhormat supaya

diwujudkan padang golf yakni saya kaitkan semula kepada Labuan tadi, sukacita

dimaklumkan bahawa dalam Pelan Induk Pembangunan Labuan atau Labuan

Development Master Plan, dengan izin, satu kawasan yang berpotensi dan

bersesuaian telah dikenal pasti untuk pembangunan padang golf yang mempunyai

kemudahan 18 lubang dengan anggaran dengan kos berjumlah RM39 juta manakala

bagi pembangunan marina, pihak Jabatan Laut Malaysia

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Llm SI Cheng]: Yang Berhormat, Yang

Berhormat Menteri...

Datuk Seri Utama Dr. Rals bin Yatlm: ...mempunyai perancangan

pembangunan marina di Malaysia. Sekejap lagi. Labuan merupakan satu dari tapak

cadangan tersebut dan pembangunan marina ini akan memerlukan peruntukan-

peruntukan tertentu dan Ahli Yang Berhormat tentu akan dimaklumkan apabila ianya

sampai ke tahap kemungkinan yang berasas kepada pembangunan setempat

Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Menteri

yang sangat arif, saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang untuk mengelakkan

Dewan kita ini menjadi kecoh seperti semalam di mana Setiausaha Parlimen

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat,

teruskanlah soalan.

Tuan Husam bin Haji Musa: Ya, teruskan kepada soalan saya. Soalan saya

ialah tentang dua perkara yang ringkas sahaja. Menteri yang arif tentulah sudah

tahu apakah perkembangan siasatan terhadap PERWAJA selepas kita meluluskan

satu akta yang baru pada tahun lepas di mana halangan pada tahun lepas ialah

kerana kita tidak mendapat maklumat daripada Switzerland dan kita telah pun

DR. 27.3.2003 39

meluluskan satu rang undang-undang ataupun akta bagi membolehkan perkara

tersebut dibereskan.

Yang kedua Yang Berhormat sendiri pernah menyebut bahawa Kerajaan

Negeri Kelantan telah merasuah BPR dengan memberikan tanah-tanah ataupun

padang golf mungkin kepada pegawai-pegawai tersebut. Saya ingin tahu kedudukan

perkara tersebut dan saya berharap lain kali Menteri boleh mewakili Jabatan

Perdana Menteri sebagai reflect kepada imej Jabatan Perdana Menteri tidak

menghantar Setiausaha Parlimen yang menimbulkan kekecohan dalam Dewan ini.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, Yang

Berhormat harus menerima hakikat bahawa di bawah Perkara 43 Perlembagaan,

Setiausaha Parlimen mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertera yakni

membantu Menteri atau Timbalan Menteri dan keanggotaan beliau adalah sebagai

anggota pentadbiran. Justeru apa-apa yang beliau kemukakan walaupun dalam

suasana yang meneguhkan pendirian kerajaan pihak pembangkang tidak harus

susah hati oleh kerana dari sana pun kami dapat bahangnya bukan kepalang.

Apabila sampai masanya bak kata Inggeris dengan izin, it doesnt rain but it pause

dari sana ke mari. Jadi, sekali sekala ada Setiausaha Parlimen seperti ini yang

menyemarakkan debat kita, ini kita terima dalam keadaan suasana yang baik demi

kepentingan perjuangan kita bersama. Cuma bagi saya pula kerjanya sedemikian

saya tidak bolehlah bertindak seperti itu oleh kerana ada had-hadnya yang

memerlukan perkara ini disampaikan secara objektif kepada semua ahli dewan kita.

Jadi, dengan pernyataan itu PERWAJA memang mempunyai masalah

penyiasatan. Saya boleh nyatakan di sini setakat yang telah diketahui oleh kerajaan

iaitu pihak di Jepun misalnya tidak dapat memberi kerjasama kepada penyiasatan-

penyiasatan yang dilakukan. Jadi, bermakna ada kes-kes di sana yang mana pihak

penguat kuasa kita tidak dapat tembusi atas dasar-dasar mereka tetapi di Hong

Kong yang berkaitan dengan penyiasatan itu ada kemajuannya walaupun siasatan

di Switzerland itu nampaknya telah beres dan pengumpulan data serta maklumat

telah pun ada di tangan BPR.

Tentang kes tanah di Kelantan, maklum balas perlu kita dapati secara

terakhir dan terperinci tetapi setakat yang diketahui oleh Jabatan Perdana Menteri

tindakan siasatan itu tidaklah sampai ke perenggan untuk membawa pendakwaan

kepada mana-mana pihak cuma memadai dengan menyatakan kepada kakitangan

kerajaan bahawa semasa dalam berkhidmat tidak harus menggunakan pangkat dan

DR. 27.3.2003 40

kedudukan meminta kelulusan sesuatu tapak ataupun kawasan tanah yang

berkenaan. Saya kira dengan nasihat Jabatan Peguam Negara sedemikian memadai

kes itu tidak berpanjangan kecuali apa-apa yang dikemukakan oleh BPR penting

dibawa juga kepada pendakwaan di sisi kuasa pendakwa di bawah Perkara 145.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Llm SI Cheng]: Yang Berhormat...

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

menyambung sedikit.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menunjukkan tangan tanda meminta jalan]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim; Bila Kota Melaka buat begini-begini

itu tidak sampai hati juga melepaskan. Stla. [Ketawa]

Tuan Kerk Kim Hock: Terima kasih. Saya sabar mendengarjawapan yang

diberi oleh Yang Berhormat Menteri. Nampaknya BPR memang menghadapi satu

masalah dalam menjalankan siasatan terhadap kes-kes yang melibatkan ahli politik

Bansan Nasional ataupun kes-kes besar seperti PERWAJA. Jadi, saya hendak tahu

apakah langkah yang harus diambil oleh kerajaan untuk memberikan gambaran

supaya BPR tidak akan dipandang sebagai satu badan yang tidak bebas dan tidak

berkesan. Saya bagi satu kes macam kita pemah buat laporan BPR terhadap

semua ahli Exco Kerajaan Negeri Melaka dan juga Adun-adun Barisan Nasional

yang telah membuat tuntutan perjalanan yang memang semua orang tahu tidak

boleh buat. Datuk Mohd. Ali Rustam pergi mesyuarat UMNO membuat tuntutan, ada

Adun MCA mesyuarat di dalam rumah sendiri membuat tuntutan perjalanan, ada

orang yang pergi berkempen di Lunas membuat tuntutan rasmi.

Saya tanya pejabat Parlimen sama ada saya boleh berbuat demikian, mereka

semua ketawa. Ini sudah satu dua tahun mana bukti semua ada. Kalau berlaku di

London semua sudah resigned. Ini masalah dia bila kita tegur akan ambil masa. Ini

semua jawapan yang sama. Jadi, saya hendak tahu apakah langkah yang berkesan

yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan supaya persepsi yang negatif itu

tidak akan berterusan.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan juga kepada rakan saya Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Saya pemah

mendengar tentang kes melibatkan tuntutan yang tidak berpatutan atau salah dari

pihak-pihak yang berkenaan tetapi juga di bawah peraturan anggota pentadbiran

DR. 27.3.2003 41

khususnya tugas-tugas yang berkaitan dengan seseorang Menteri Besar, Ketua

Menteri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri,

Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik, tidak dapat dipisahkan antara kerja-

kerja yang harus beliau jalankan dengan kerja-kerja sampingan. Misalnya seseorang

Menteri Besar katalah pergi ke Sanggang tempoh hari tetapi dalam kerja untuk pergi

ke sana beliau melawat jabatannya di daerah yang berkaitan dengan Sanggang.

Oleh itu, permohonannya untuk mendapatkan elaun perbatuan pergi ke Sanggang

bukan tujuan semata-mata menghadiri ceramah ataupun memberi ceramah tetapi

melawat jabatan di bawahnya.

• Begitu juga apabila seseorang itu dari Melaka katalah Ketua Menteri pergi ke

Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur beliau bertemu dahulu dengan Treasury untuk

mendapatkan peruntukan bagi Kota Melaka, selepas itu beliau hadir di Majlis

Tertinggi UMNO. Ini tidak salah. Beliau boleh tuntut perbatuannya dari Melaka ke

Kuala Lumpur atas asas beliau pergi ke Treasury tetapi beliau pergi selepas itu ke

Majlis Tertinggi UMNO itu tidak menjadi salah. Ini mesti kita terima sebagai hakikat.

Menjawab ambit kedua, apa cara kita untuk meminta supaya BPR

menjalankan tugasnya dalam tempoh dan dengan tertakluk kepada hak awam

mengetahui siasatan. Ini yang saya sebut tadi pindaan kepada pertamanya sama

ada CPC yang saya sebut atau kepada Akta Pentadbiran Kesalahan Jenayah 1953

yang mana sekarang sedang dikaji untuk dipinda. Jadi, saya boleh menyatakan di

sini apabila kerajaan mendapati bahawa pindaan ini perlu setelah meneliti kes-kes

seperti ini sebahagian besar daripada persoalan yang timbul dari masyarakat akan

dapat kita jawab. Insya-Allah ini akan kita terus jalankan sebagai tugas utama.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat..

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

menyambung sedikit sebab lebih banyak saya menjawab daripada menghuraikan

apa yang harus saya gulung. Jadi, izinkan saya menyambung sebentar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat tidak

ingin memberi laluan?

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Sekarang tidak dulu sebab masa

sudah suntuk sangat dan selepas ini saya harus menyampaikan tambahan.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]

DR. 27.3.2003 42

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Ha, okay.

Tuan Kerk Kim Hock: Kita mendapat jawapan yang diberikan dalam Dewan

Undangan Negeri Melaka yang mengatakan Ketua Menteri menghadiri mesyuarat

UMNO. Kalau pergi Treasury letak Treasury. Macam ADUN Duyong, Datuk Gan

Boon Leong melawat pemimpin MCA di Hospital Melaka boleh buat tuntutan secara

rasmi. Ini semua rasmi bukannya kita anggar atau kita teka sahaja. Datuk Ali

Rustam kalau pergi Treasury okay, dia tulis sana menghadiri mesyuarat UMNO di

tingkat 45 di PWTC. Semua orang kata salah. Menteri datang cakap macam ini

memanglah tidak dapat jawapan.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang

Berhormat bagi Kota Melaka, saya amat tergamamlah Yang Berhormat itu membuat

rumusan seolah-olah betul-betul tahu jalan dan juga itinerary dengan izin, yang

dibuat oleh pihak yang berkenaan. Tetapi...

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Izinkan saya menerangkan dahulu.

Saya beri Yang Berhormat peluang sekarang Yang Berhormat kena beri saya

peluang menerangkan sesuatu. Boleh jadi, Ketua Menteri ini sekarang boleh

membuat supplementary information atau informasi tambahan dengan meminta

kepadanya betul atau tidak bahawa perjalanan itu melibatkan pertemuan dengan

ketua kerajaan juga. Sekiranya Ketua Menteri pergi ke majlis tertinggi bertemu

dengan Perdana Menterinya ini sudah urusan rasmi juga. Kita tidak boleh menafikan

perkara ini.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suaraj

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Oleh kerana perkara ini tidak berada

dalam pengetahuan kita seratus peratus, saya serah kepada Yang Berhormat beri

maklumat ini dan minta beliau menyatakan perjalanan tersebut melibatkan perkara-

perkara tersebut.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

meneruskan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dm Si Cheng]: Cukuplah, Yang

Berhormat cukuplah. Teruskan.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Yang Berhormat bagi Parit Buntar

mempersoalkan sebab-sebab ketua Kerajaan Kelantan dan Terengganu tidak

DR. 27.3.2003 43

dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri. Untuk maklumat

Yang Berhormat walaupun menteri-menteri besar yang berkenaan tidak menghadiri

mesyuarat tersebut ini tidak bermakna projek-projek persekutuan di penngkat negeri

tidak boleh diselaraskan dengan baik. Di penngkat pegawai pula, mesyuarat

jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri memang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dihadiri oleh semua setiausaha

kerajaan negeri dan keputusan pentadbiran dan pembangunan diselaraskan terus

menerus.

Yang Berhormat bagi Kubang Kerian meminta penjelasan mengenai ruang

pejabat yang dikosongkan di Kuala Lumpur setelah perpindahan pejabat-pejabat

kerajaan ke Putrajaya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selepas perpindahan

kementerian dan jabatan kerajaan ke Putrajaya, bangunan-bangunan kerajaan yang

dikosongkan diisi oleh jabatan-jabatan lain yang sememangnya perlu terus berada di

Kuala Lumpur. Pada masa ini banyak di antara jabatan kerajaan sedang menyewa

ruang pejabat di bangunan-bangunan swasta di sekitar Kuala Lumpur. Dengan yang

demikian tidak ada bangunan kerajaan yang dijangka terbiar kosong disebabkan

perpindahan ke Putrajaya.

Yang Berhormat bagi Kluang menyarankan supaya rancangan projek-projek

di setiap kawasan Parlimen yang dilaksanakan sebelum ini hendaklah diteruskan.

Dato' Dr. Hasan bin Hajl Mohamed AM: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua Ahli Yang

Berhormat bangun.

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed AH: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya dalam ucapan Yang Berhormat saya menanyakan rasional dan sebab-sebab

hakiki kenapa kedua-dua Menteri Besar ini tidak dijemput dalam mesyuarat Menteri

Besar. Jawapan Yang Berhormat ialah telah memberikan jawapan tetapi saya rasa

tidak menjawab isu yang saya bangkitkan. Sebab kalau misalnya pun diwakili, ada

jabatan-jabatan persekutuan di Kelantan dan Terengganu dan diwakili juga oleh

mesyuarat yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan, saya rasa tidak sama

dengan perwakilan daripada Chief Executive yang namanya Menteri Besar. Apa

benarlah dalam mesyuarat Menteri Besar itu yang hendak dibincangkan demi

keseluruhannya untuk keharmonian, untuk pembangunan negara dengan

menyisihkan dua orang Menteri Besar ini. Sebab itu saya merasakan agaknya

DR. 27.3.2003 44

katalah ditakdirkan dalam pilihan raya yang akan datang lima negeri lagi dimenangi

oleh pembangkang adakah hanya mesyuarat...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed All: Kita boleh, ini semua Allah S.W.T

yang menentukan. Adakah format mesyuarat menteri-menteri besar itu juga pun

akan mengikut begitu akhirnya Perdana Menteri akan bermesyuarat dengan hanya

lima Menteri Besar yang lain adakah itu namanya mesyuarat menteri-menteri besar.

Sebab itu saya rasa kalau saya dapat rasional dan juga apakah alasan-alasan kukuh

yang dapat diterima oleh rakyat dan rakyat mempersoalkannya tentang mesyuarat

yang sedemikian yang tidak dihadiri oleh menteri-menteri besar itu. Terima kasih.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab

soalan Yang Berhormat itu mudah sahaja iaitu menjemput seseorang hadir bagi

mewakili negeri tidak dinyatakan bahawa Menteri Besar mesti hadir. Jadi, ini

terpulang kepada jawatan dan tanggungjawab sesuatu masa ketika yang berkenaan.

Oleh kerana Kerajaan Pusat mendapati bahawa sesiapa boleh mewakili negeri maka

dalam pentadbiran didapati lebih efficacious dengan izin, menjemput pegawai tinggi

memadai. Sebab itu maka kedua-dua negeri itu tidak diwakili oleh Menteri Besar

berkenaan.

Walau bagaimanapun perkara ini adalah perkara pentadbiran semata-mata

dan tidak ada dicatatkan dalam undang-undang negara bahawa semua Ketua

Menteri dan Menteri Besar menghadiri sesuatu mesyuarat. Ini terpulang kepada

kebijaksanaan pegawai-pegawai yang menguruskan kedudukan mesyuarat sesuatu

yang diadakan itu.

Yang Berhormat bagi Kubang Kerian telah saya maklumkan tadi mengenai

pejabat-pejabat kerajaan dan saya berharap sekiranya masalah-masalah yang timbul

daripada pandangan beliau itu dapat dijawab kemudian.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah)

mempengerusikan Mesyuarat]

Yang Berhormat bagi Kluang sekarang menyarankan supaya rancangan

projek-projek di setiap kawasan Parlimen yang dilaksanakan sebelum ini diteruskan.

Perlu dimaklumkan bahawa program dan projek kerajaan bagi setiap rancangan lima

tahun adalah bertujuan memacu negara mencapai matlamat pembangunan negara.

Usaha-usaha akan diteruskan...

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

DR. 27.3.2003 45

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang

Berhormat menteri, ada yang berdiri Yang Berhormat.

Datuk Serl Utama Dr. Rals bin Yatim: ....Akan diteruskan. Izinkan saya

menghabiskan, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, biar

dia habis dulu Yang Berhormat, sila duduk.

Datuk Seri Utama Dr. Rals bin Yatim: Usaha-usaha akan diteruskan

supaya rakyat di setiap pelosok negara dapat menikmati pembangunan yang

dilaksanakan oleh kerajaan.

Yang Berhormat bagi Tuaran meminta penjelasan mengenai kajian isi rumah

di kalangan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Sukacita saya menyatakan bahawa

Unit Perancang Ekonomi telah melaksanakan kajian mengenai penyiasatan

pendapatan isi rumah di kalangan kaum minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Kajian ini telah bermula pada 1 Mac 2002 dan berakhir pada 4 Julai tahun

berkenaan. Buat masa ini, Unit Perancangan Ekonomi sedang menganalisis dan

mengemas kini data-data tersebut. Penemuan dan keputusan kajian ini akan

dibentangkan di Parlimen dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kelapan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian menyentuh lagi

mengenai pembelian tanah Menara Berkembar Kuala Lumpur atau KLCC oleh

Petronas daripada Yang Berbahagia Tan Sri Ananda Krishnan. Untuk makluman

Yang Berhormat, tanah seluas lebih kurang 100 ekar yang kini menjadi tapak projek

KLCC adalah pada asalnya dimiliki oleh Seri Kuda Sdn. Bhd. Pemegang saham Seri

Kuda Sdn. Bhd. ketika itu ialah MAI Holdings Sdn. Bhd. dan beberapa syarikat

sekutu MAI Holdings Sdn. Bhd.

Pada tahun 1992, Petronas teiah menguasai 51% kepentingan dalam Sri

Kuda Sdn. Bhd. Penguasaan oleh Petronas itu dibuat dengan cara permodalan

semula atau dengan izin, re-capitalization saham Seri Kuda Sdn. Bhd. di mana 680

juta saham biasa telah diterbttkan pada harga RM1 sesaham untuk langganan

Petronas yang bersamaan dengan 5% ekuiti. Tiada bayaran tunai dibuat kepada

pemegang saham Seri Kuda Sdn. Bhd. untuk penguasaan 51% tersebut.

Nama Seri Kuda Sdn. Bhd. telah ditukar kemudiannya kepada KLCC

Holdings Berhad berikutan penguasaan Petronas itu. Ditukar pula kepada KLCC

Holdings dan berikutan penguasaan Petronas tersebut.

DR. 27.3.2003 46

Tuan Madius bin Tangau: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada

yang berdiri Yang Berhormat.

Datuk Serf Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu

sahajalah....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang

berdiri Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ..Penerangan yang harus saya

timbulkan dalam penjelasan....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak

bagi Yang Berhormat.

Datuk Serl Utama Dr. Rais bin Yatim: ...Dalam sesi saya menjawab....

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ...Isu-isu yang telah dibangkitkan

dan sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah

habis Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: .Pandangan terus dan persoalan

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ...Silalah kemukakan kepada jabatan

berkenaan untuk dijawab terus. Sekian.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Memang

dia sudah jawab itu, Yang Berhormat. Dia kata mana yang tidak dijawab akan

diambil perhattan. Itu biasa Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa

Yang Berhormat. Dia sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah

habis Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

DR. 27.3.2003 47

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah

habis Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia sudah

habis Yang Berhormat.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli

Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya

ialah bahawa Usui Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat bagi Shah Alam itu dipersetujui.

Usui dikemuka bagi diputuskan; dan dipersetujukan.

Diputuskan,

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan

kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian

bunyinya:

Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat

di dalam Persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan terima kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Keempat Parlimen Yang Kesepuluh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Rang

Undang-undang Bantuan Guaman (Pindaan).

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Seri Utama Dr. Rals bin Yatlm: [Mencari naskhah rang undang-

undang]

Seorang Ahli: Malulah kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila ya

menteri.

[Dewan riuh]

Seorang Ahli: Dia jawab tidak habis.

DR. 27,3.2003 48

Tfmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada

menteri?

Beberapa AhII: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya,

tidak usah main-main macam itu Yang Berhormat. Dia baru lepas menjawab, dia

tersilap letak Yang Berhormat. Itu kesilapan biasa Yang Berhormat, manusta biasa.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG BANTUAN GUAMAN (PINDAAN) 2003

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

12.05 tgh.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

mengemukakan satu rang undang-undang untuk meminda Akta Biro Bantuan

Guaman 2003 bagi bacaan kali yang kedua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, Biro Bantuan

Guaman telah ditubuhkan lebih kurang 32 tahun yang lalu dan berbanding dengan

tujuan asalnya untuk memberi khidmat bantuan guaman telah memperluaskan

khidmatnya kepada peibagai aspek.

Bantuan guaman yang dimaksudkan dikhususkan kepada mereka yang

kurang berkelayakan dalam konteks Akta Bantuan Guaman 1971. Sejak tahun 1970,

Cawangan Biro Bantuan Guaman telah dipertingkatkan kepada sebanyak 22

cawangan dan memandangkan permintaan orang ramai akan bantuan dan nasihat

guaman, maka pihak biro masih berkembang untuk memberikan perkhidmatan di

semua pelosok negara ini. Dengan demikian, Biro Bantuan Guaman merealisasikan

hasrat untuk memperkembangkan khidmatnya dengan pindaan akta iaitu Akta

Bantuan Guaman 1971.

Di dalam Rang Undang-undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2003 ini,

beberapa perkara yang berbentuk anomali dibetulkan, manakala terdapat perkara-

DR. 27.3.2003 49

perkara baru yang diperkenalkan sebagai usaha untuk mempertingkatkan

khidmatnya kepada orang ramai.

Biro Bantuan Guaman atau singkatnya, BBG merupakan satu jabatan

Kerajaan Persekutuan dan pada lazimnya, sesuatu jabatan Persekutuan diketuai

oleh seorang ketua pengarah, manakala di peringkat negeri pula diketuai oteh

pengarah negeri dan diikuti oleh ketua-ketua cawangan di peringkat negeri.

Semenjak tergubalnya akta ini, BGG telah diketuai oleh seorang pengarah,

manakala di peringkat negeri, diketuai pula oleh penolong pengarah dan cawangan-

cawangan kecil diketuai oleh pegawai bertugas. Untuk menyelaraskan amalan yang

terdapat dalam semua jabatan Kerajaan Persekutuan, maka gelaran jawatan

pengarah dicadangkan dipinda kepada ketua Pengarah Bantuan Guaman dan

dengan seterusnya cawangan pejabat biro di peringkat negeri akan diketuai pula

oleh pengarah negeri.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, semenjak penggubalan

Akta Bantuan Guaman 1971, takrif hakim telah tidak merangkumi Hakim Mahkamah

Syariah sama ada Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan,

sedangkan hampir 70% ke 80% kes yang dikendalikan oleh Biro Bantuan Guaman

terdiri daripada kes-kes syariah.

Maka untuk membetulkan kedudukan ini, rang undang-undang yang di

hadapan kita sekarang telah memasukkan takrif baru hakim yang merangkumi juga

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah

Rayuan Syariah. Dalam usaha untuk mempertingkatkan khidmat BBG kepada orang

ramai, BBG sentiasa memperkenalkan perkhidmatan yang baru kepada

khalayaknya.

Selaras dengan konsep Alternative Dispute Resolution, dengan izin, atau

ADR yang kian hari kian digunakan oleh pihak-pihak yang pertikai, maka BBG juga

telah memperkenalkan konsep pengantaraan atau mediasi di dalam organisasinya

melalui pindaan Akta Bantuan Guaman 2003.

Bahagian 5A rang undang-undang ini, memperkenalkan konsep

pengantaraan atau mediasi dan kaedah-kaedah yang berkaitan dengannya.

Tuan Yang di-Pertua, diharapkan dengan adanya khidmat ini dalam

organisasi biro, lebih banyak kes yang dibawa oleh anak guam biro dapat

diselesaikan secara damai tanpa difailkan di mahkamah untuk dibicarakan. Secara

tidak langsung, ia dapat membantu mengurangkan permasalahan sosial dalam kes-

DR. 27.3.2003 50

kes kekeluargaan dan kes-kes sosial yang lain. Khidmat ini telah dibuktikan di

negara-negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan beberapa negara

lain sebagai satu khidmat yang kadar kejayaannya boieh mencapai sehingga 70% ke

80%.

Gejala sosial di kalangan remaja kian hari kian meningkat. Pada tempoh

tahun 2000 sehingga 2002, kes-kes kesalahan jenayah yang melibatkan juvana

secara purata adalah sebanyak 4,000 hingga 5,000 kes setahun. Adalah penting

seseorang remaja diberi perwakilan semasa perbtcaraan di mahkamah. Tanpa

perwakilan, maka kemungkinan besar remaja tersebut akan mengaku bersalah

sahaja. Bukan kerana mereka telah benar-benar melakukan kesalahan tersebut

tetapi sebaliknya kerana kurang pengetahuan tentang tata cara mahkamah untuk

membela diri.

Dengan demikian, kemungkinan besar remaja tersebut akan mempunyai

rekod yang hitam. Mereka mungkin dibuang sekolah dan akan menjadi beban

kepada masyarakat. Justeru itu, adalah penting remaja yang didakwa dan

melakukan jenayah kecil diberi perwakilan semasa perbicaraan di mahkamah untuk

memastikan bahawa pengadilan di bawah Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan dapat

ditegakkan di kalangan remaja yang menjadi tiang negara dan bakal pemimpin.

Dengan demikian, Rang Undang-undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2003

mula memperkenalkan bidang kuasa jenayah kepada organisasi BBG dalam kes-kes

kesalahan jenayah kecil yang melibatkan juvana. Ini berbanding dengan bidang

kuasa jenayah Biro Bantuan Guaman yang asal iaitu memberi perwakilan hanya

dalam kes-kes litigasi.

Sebagai permulaan, BBG akan memberikan bantuan kepada golongan

juvana dalam prosiding jenayah di bawah Seksyen 378 dan Seksyen 411 Kanun

Keseksaan dan seksyen-seksyen yang berkaitan dengannya.

Selaras dengan kos saraan hidup yang kian meningkat, maka lebih ramai lagi

orang yang tidak mampu menggunakan khidmat peguam swasta sekiranya timbul

keperluan. Dengan demikian, ujian kemampuan yang ditetapkan pada asalnya dan

kini telah pun dilonggarkan dalam beberapa pindaan yang lalu telah dilonggarkan

sekali lagi. Peruntukan yang sedia ada menetapkan faktor-faktor yang mesti diambil

kira sebelum ujian kemampuan seseorang itu diluluskan.

Walau bagaimanapun, adalah didapati faktor-faktor itu tidak sepatutnya

dinyatakan dalam akta, memandangkan bahawa faktor-faktor itu boleh berubah dari

DR. 27.3.2003 51

masa ke semasa. Dengan demikian, faktor-faktor tersebut akan dimasukkan ke

dalam peraturan-peraturan yang akan disediakan selaras dengan pindaan undang-

undang. Kelonggaran yang dimaksudkan ialah bagi kategori pertama iaitu yang

layak menerima bantuan dengan percuma, pemohon bantuan guaman hendaklah

memiliki sumber kewangan yang tidak melebihi RM25 ribu setahun. Ketika ini hanya

mereka yang memiliki modal boleh guna tidak melebihi RM2.000 atau pendapatan

boleh guna tahunan tidak melebihi RM3.000 layak diberi bantuan guaman percuma.

Bagi kategori kedua iaitu yang layak menerima bantuan dengan bayaran

RM300, seorang, pemohon bantuan guaman hendaklah memiliki sumber kewangan

yang metebihi RM25.000 setahun tetapi tidak melebihi RM30 ribu setahun. Ketika ini

hanya mereka yang memiliki modal boleh guna tidak melebihi RM13,000 atau

pendapatan tahunan tidak melebihi RM12,000 boleh mendapatkan perkhidmatan

sedemikian.

Adalah diharapkan bahawa dengan cadangan-cadangan yang dibentangkan,

BBG dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada lebih ramai orang

yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan guaman dan juga khidmat

perantaraan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu, perlu diumumkan iaitu BBG mulai tahun

ini akan menjayakan program-program reach out, dengan izin, yakni menggunakan

perkhidmatan informasi dan penerangan kepada kawasan-kawasan luar bandar

menerusi ikhtiar-ikhtiar yang boleh diterima oleh masyarakat.

Saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya,

sokong?

Menteri Kesihatan [Datuk Chua Jui Meng]: Tuan Yang di-Pertua, saya

mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima

kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-

undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971 dibacakan

kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Tuan Haji Wan Junaidin bin Tuanku Jaafar: [Bangun]

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

DR. 27.3.2003 52

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya

bagi Batang Lupar dulu.

Tuan Husam bin Hajl Musa: [Menekan suis pembesar suara] Saya merah,

Tuan Yang di-Pertua.

SeorangAhli: Dua jam.

12.15 tgh.

Tuan Haji Wan Junaidl bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Kalau Yang

Berhormat beri dua jam, insya-Allah saya boleh, empat jam pun boleh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan

Yang Berhormat, teruskan.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, bagi peluang saya membahaskan Akta Bantuan Guaman (Pindaan) ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai mukadimah saya mengalu-alukan pindaan ini

sebagai pindaan yang amat wajar sekali, kerana kita lihat dalam pindaan ini

merangkumi tiga perkara penting iaitu perkara yang pertama, soalan pentakrifan

hakim yang telah merangkumi Hakim Mahkamah Syariah di semua peringkat.

Yang kedua, memberi kedudukan yang setahap ataupun setara dengan

kedudukan pegawai-pegawai lain dalam Biro Bantuan Guaman ini di peringkat negeri

kepada peringkat pengarah. Jadi, kenaikan pangkat ini amatlah juga dialu-alukan.

Yang ketiga, iaitu penambahan milik sumber kewangan sebagai seorang

yang berkelayakan memohon bantuan di bawah perundangan ini juga memang wajar

dan patut dan kena pada masanya.

Yang keempat, penyediaan perkhidmatan penghantaran amatlah wajar sekali

dalam memperlengkapkan sistem perundangan yang diperlakukan di bawah Biro

Bantuan Guaman ini,

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan yang sedemikian, kita perlu juga

melihat bahawa sebab dan dasar kerajaan untuk mengadakan Rang Undang-undang

Bantuan Guaman kerana konsep undang-undang sebagaimana kita semua maklum,

equality under the law, ini mungkin akan menjadi satu mitos ataupun satu myth

sahaja kalau infrastruktur ataupun prasarana undang-undang itu tidak diwujudkan

dengan sempurna, kerana equality under the law ialah berkehendak setiap orang

yang perlu bantuan perundangan mestilah mendapat bantuan tersebut.

Kadang-kadang masalahnya bukan kita tidak boleh mendapat bantuan

undang-undang, tetapi masalah yang besar ialah kerana kos untuk mendapat akses

DR. 27.3.2003 53

kepada undang-undang ini mempunyai conditions ataupun syarat-syarat berlainan

iaitu syarat-syarat ekonomi, kemampuan kewangan dan sebagainya.

Jadi, ini mewujudkan satu disparity of access ataupun tidak equal access

kepada undang-undang. Jadi, kita tidak mahu bahawa hanya yang kaya itu more

equal than the others yang miskin itu less equal than the other group.

Jadi, niat kerajaan ini amat mulia dan amat murni, mesti patut disokong

begitu rupa dan memperkenalkan apa yang telah saya sebut tadi empat perkara

asas di bawah pindaan rang undang-undang ini memang wajar sekaii untuk

memperkukuhkan iagi konsep equality under the law ini kepada semua masyarakat

Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kita mengatakan cukup dengan semua perkara

yang telah dirangka di sini masih banyak perkara yang penting perlu kita bincangkan

di bawah undang-undang ini sebagai spin off kepada pindaan dan impak kepada

pindaan ini kepada masyarakat keseluruhannya.

Sebagaimana kita tahu, kalau kita lihat kenapa saya kata impak dan spin off,

kalau kita lihat di negeri Sarawak umpamanya, kalau Sarawak itu, kita letakkan

Sarawak itu kepada map Semenanjung Malaysia, nescaya kita dapati bahawa

terkeluar bahagian Sri Aman dan Limbang itu daripada map Semenanjung Malaysia

kerana ia jauh lebih panjang kalau dibandingkan dengan map.

Jadi, dengan keadaan yang sedemikian Sarawak masih sebuah negeri dan

mendapat layanan sebagai sebuah negeri dan mendapat keanggotaan sebagai

sebuah negeri dan semua peruntukan juga sebagai sebuah negeri.

Dalam keadaan yang sedemikian pengarah yang bakal menjadi pengarah

Biro Bantuan Guaman di Perils, di Pahang ataupun di Melaka juga mendapat

layanan kemudahan dan kemampuan yang sama, tetapi dalam masa yang sama,

yang di Sarawak itu, terpaksa terbang 1,400 kilometer pergi ke Limbang ataupun ke

Lawas yang mana pergi dari penghujung negeri Kedah ataupun Perlis ke satu

tempat mungkin memakan masa sejam ataupun dua jam menaiki kereta.

Jadi, kos logistik, masa yang digunakan amat berlainan, jadi dalam keadaan

yang sedemikian juga kita akan melihat bahawa equality under the law ini mungkin

masih boleh terjejas oleh kerana keadaan persekitaran dan sekeliling akan memberi

satu kesan kepada kehendak kerajaan yang begitu baik sekaii.

Tuan Yang di-Pertua, jadi kalau kita melihat kepada pelaksanaan ini, orang

pada masa dahulunya kalau suami isteri berpendapatan joint income RM3,000 satu

DR. 27.3.2003 54

tahun baru dibolehkan mendapat bantuan secara free, bantuan guaman ini tetapi

sekarang sudah dipinda kalau tidak salah RM25.000, jadi ia meningkat daripada

RM200 sebulan kepada RM200 lebih sebulan, jadi ini kita mengucapkan syabas dan

tahniah, terima kasih banyak-banyak terutama sekali masyarakat yang tidak

berkemampuan, bukan sahaja di Sarawak atau di Sabah, yang di luar bandar, tetapi

juga di seluruh negara kita ini patut berterima kasih kepada kerajaan yang memberi

bantuan yang begitu rupa, yang begitu banyak sekali, yang begitu mendadak sekaii.

Kepada pihak-pihak ini, daripada RM200 kepada RM2.000 yang layak sekarang.

Jadi, ini yang layak - free. Bebas daripada apa-apa pembayaran. Tetapi

yang sekarang ini ada dua, satu scale lagi iaitu scale yang RM30.000 setahun,

yang dikatakan di sini dahulunya barang siapa yang mendapat pendapatan RM3.000

ke RM12,000, ia dikehendaki membayar RM300 sebagai asas pembayaran kepada

biro guaman sebelum mendapat bantuan daripada Biro Bantuan Guaman.

Tetapi kadang-kadang masyarakat kita di luar bandar, saya minta maaflah,

kalau hendak cari RM100 atau RM50 itu memang susah juga, jangankan ini pula

RM300.

Jadi, kalau kes itu, incase klasifikasi yang berbeza, berlainan mungkin dua

approach dibuat, dua-dua kes dibuat berkemungkinan terkena dua peringkat

pembayaran, jadi ini lebih besar lagi.

Jadi, saya melihat pengalaman sendiri, melihat macam mana orang dari

kawasan kampung dikehendaki keluarga mengeluarkan duit RM300 kadang-kadang

tidak berkemampuan. Jadi, dahulunya RM300 dibayar dahulu, lepas itu kalau

pendapatannya di antara RM3.000 ke RM12,000 ini akan dibela oleh pihak bantuan

guaman tetapi alhamdulillah sekarang kerajaan telah menaikkan pula ini kepada

RM30,000. Persoalannya daripada RM12,000 ceiling tadi kepada RM30.000, jadi

persoalannya adakah kerajaan juga, saya hendak tanya ini, soalannya, macam

mana pula pendahuluan awal, pembayaran awal ini,

Kalau dapat janganlah dinaikkan, oleh kerana ceiling dinaikkan RM30.000

kalau floor dinaikkan sampai RM100,000, apa nama ini, teruklah kawan. Jadi, kita

minta supaya ceiling naik, floor tidak payah naiklah, yang bawah ini tidak payah naik.

Ini RM300 sudah jadi satu masalah, kalau ia naik tinggi lagi mungkin jadi satu

masalah pula.

Jadi, mungkin tidak di spell out ataupun disebut dalam perundangan,

mungkin menjadi satu arahan yang tertentu. Kita berharap perkara ini diambil kira,

DR. 27.3.2003 55

pihak kementerian dan pihak pentadbiran untuk menguruskan supaya hasrat

kerajaan untuk membuat satu-satu perkara yang baik ini tidak terjejas oleh kerana

mekanisme yang kurang memuaskan.

Jadi, satu lagi persoalannya, apabila ia macam piramid, macam bumbung

macam ini, apabila diperbesarkan base nya, ataupun dataran bawahannya, dengan

sendirinya banyaklah orang yang boleh mendapat bantuan daripada Biro Bantuan

Guaman ini, kerana dahulu kita kata RM12,000 pendapatan, tetapi sekarang kita

sudah expand kepada RM30.000 dengan sendiri orang yang dapat RM30.000

setahun sekarang, sudah boleh meminta kepada Biro Bantuan Guaman bantuan,

sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang ini.

Memang ini amat indah sekali, champion kerajaan buat ini, saya puji betul.

Tetapi yang kita ingatkan di sini, ingatkan kita sernua, bahawa apabila base dia

besar, maknanya kalau dahulu 10,000 manusia, ataupun satu juta manusia yang

layak, tetapi oleh kerana dibuka dua ini, mungkin sudah jadi 6 juta yang layak

mendapat bantuan di bawah bantuan guaman ini. Dalam keadaan yang sedemikian

pembangunan sumber manusia, pejabat-pejabat bantuan guaman ini mesti selaras

dengan dasaryang disediakan oleh pihak undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai misalan, saya beri di Sarawak juga oleh

kerana maklumat data dan sebagainya itu saya tidak boleh mendapat daripada

negeri-negeri yang lain, jadi saya dapat daripada negeri Sarawak yang dekat dengan

saya, saya sendiri berulang-alik, jadi sekaii sekala berhubung dengan kawan-kawan

dapatlah bantuan.

Umpamanya kita mempunyai tiga pejabat, satu di Kuching, satu di Sibu, satu

di Miri. Yang di Kuching kita mempunyai lapan staf, dua orang peguam, satu

peguam sivil dan satu lagi peguam syarie. Lepas itu ada pegawai perundangan

dikatakan para legal, sebenarnya tidak ada perbezaan seorang peguam dengan para

legal ini.

Saya mendengar terminologi para legal ini saya ingat dia buat draftsman,

nasihat begitu sahaja, tetapi sebenarnya dia orang sebut para legal ini pada

terminologi yang mungkin tidak sesuai lagi pada masa sekarang, seseorang yang

mempunyai kelulusan diploma, yang diberi satu kemaafan ataupun exemption oleh

mahkamah, untuk appear before the court, untuk pleading the case, sebagai seorang

peguam juga.

DR. 27.3.2003 56

Jadi, semua privilege dan right dia itu semua sama dengan peguam yang

mempunyai ijazah penuh. Jadi, persoalan para legal dan legal ini tidak ada wujud

dalam persoalan ini. Kita mempunyai dua pegaum, satu syarie dan satu sivil, dan

seorang para legal officer dan iima orang supporting staff 6\ Kuching.

Ternyata ini belum mencukupi, kerana seorang peguam ini ia juga cover the

whole Sarawak. Oleh kerana di Sibu tidak ada legal officer yang ada empat orang

staff termasuk seorang summons server. Summons server seorang di situ, sedihlah

dengar ini.

Jadi, balik saya kepada cerita saya yang awal tadi, soalan equality before the

law ini tadi. Jadi, kalau kita tidak boleh implement persoalan ini, dengan sendirinya

equality itu jadi satu mythos ataupun satu myth sahaja kepada tujuan yang suci

murni kerajaan ini.

Jadi ini pada peringkat implementasi, penyampaian ini belum dapat kita

sempurnakan. Dan alhamdulillah di Miri kita mempunyai seorang para legal, lagi

saya gunakan ini taitu seorang peguam yang bertahap diploma yang juga boleh

mempunyai hak dan kebolehan appear di mahkamah dan dengan tiga supporting

staff.

Dalam keadaan sedemikian pembantu dari Kuching itu, peguam yang di

Kuching itu selalulah terpaksa berulang-alik. Yang masalahnya satu, mahkamah.

Mahkamah ini terpaksa dibuka pukul 9.00 pagi, jadi kalau peguam itu hendak appear

pukul 9.00 pagi, dia tidak boleh hendak gunakan gamble on the flight 7.00 o'clock in

the morning, dengan izin, oleh kerana keadaan cuaca tidak boleh, landing tidak

boleh dan sebagainya ataupun kelambatan sedikft penerbangan MAS dari Kuala

Lumpur datang ke Kuching, dengan sendirinya mungkin tergendala kes itu dan

mungkin dia pun kena contempt of court kerana tidak hadir di mahkamah, peguam

ini.

Jadi, dia terpaksa datang sehari sebelum itu. Bila dia datang sehari sebelum

itu, dengan sendirinya kita sudah kerugian. Satu hari atau setengah hari itu tidak ada

kerja lain, kerja penerbangan pergi ke Miri sahaja ataupun ke Sibu. Dalam

penerbangan ini buang masa banyak. Jadi, dengan keadaan sedemikian sepatutnya

tiap-tiap bahagian.., Sarawak terbahagi kepada region, nampaknya tiga region,

region Kuching, region Sibu, dan kawasan Miri. Dan tiap-tiap kawasan ini sepatutnya

kita mempunyai peguam sivil yang juga cover criminal cases dan juga peguam syarii

yang juga cover semua family matters di bawah perundangan syarii. Tiga kawasan

DR. 27.3.2003 57

ini sepatutnya kita mempunyai sivil syarii, jenayah dan keseluruhannya dan

mempunyai supporting staff yang mencukupi.

Di samping itu, juga kita pehulah, oleh kerana kalau Miri hendak cover Bintulu

dengan sendiri peruntukan untuk pengangkutan mesti diwujudkan. Takkanlah ada

penerbangan, kadang-kadang di Sarawak orang semua naik kapal terbang, Tuan

Yang di-Pertua. Jadi, kadang-kadang kapal terbang penuh tauke-tauke, tycoon-

tycoon, orangnya banyak gunakan ini, jadi pegawai kerajaan dapat less phorlty. Jadi,

dia kena naik kereta. Jadi, kereta mesti kena ada juga, kerana dia kena cover pergi

ke Bintulu, kena cover pergi ke Marudi, kena cover pergi Limbang dan Lawas. Jadi,

kalau tidak ada penerbangan dia bolehlah naik kereta sendiri dan pemandu sendiri.

Jadi, ini satu kemudahan asas, amat asas bagi mereka yang berk hid mat di sini.

Saya memuji, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat data maklumat yang baru

saya terima. Ini pun kertas orang Parlimen kata tulis tangan sahaja Y.B., maklumlah

dari Jabatan Parlimen ini kadang-kadang tangan pun cukuplah asal boleh masuk fax.

Saya tengok workload, average cases handle by Biro Bantuan Guaman 800 setahun.

Jadi saya beritahu dengan Setiausaha kepada Setiausaha Parlimen tadi, kalau satu

kes caj RM1,000 kalau dia pergi berjumpa saya, peguam ini sudah earn RM800.000

a year. Woi, boleh tahan Tuan Yang di-Pertua, banyak untung ini tetapi seluruh

Sarawak umpamanya 1,000 lebih kes, 619 di Kuching, 620 di out station. Maknanya

kalau 1,000 iebih kes, RM1 juta Eebih. Kalau inilah satu pendapatan base on

RM1,000 per case, dengan sendiri orang sudah dapat RM1.2 milion a year. Jadi, turn

over ini Tuan Yang di-Pertua, kalahlah kita. Ahli Parlimen jauh ke betakanglah sekati.

Patut dapatlah ke depan sedikit, pasal pendapatan.

Jadi, dalam keadaan ini, Tuan Yang di-Pertua, kita tidak kira pendapatan ini.

Ini persoalan workload, pekerjaan, 800 kes ini banyak kerana tiap-tiap kes ini saya

percaya dia perlu berjumpa dengan orang sebagai klien dia, terpaksa pergi ke

mahkamah untuk pleading. Ini lagi karenah orang sebelah mungkin dia minta kes

ditunda. Sudah macam mana saya bincang semalam dengan Ahli Parlimen, pergi ke

Miri sampai di sana, peguam sebelah kata minta tunda oleh kerana masalah

keadaan tertentu. Jadi, kadang-kadang mahkamah, oleh kerana keadilan mendengar

hujah-hujah pihak sebelah mengatakan penundaan ini ataupun adjournment ini

adalah penting demi untuk keadilan, bersetuju dengan adjournment Dengan

sendirinya dia datang ke Miri balik semula. Hadir ke mahkamah mungkin lima minit

sahaja for the purpose adjourning the case.

DR. 27.3.2003 58

Jadi, dalam keadaan sedemikian 800 kes, it is a lot of cases kalau dipandang

daripada segi sumber kewangan dan pendapatan. Jadi, maknanya workload dia,

kertas dia, kerana amalan peguam ini belum lagi menggunakan, bahkan belum lagi

boleh difikirkan macam mana menjalankan perkara-perkara mahkamah ini dengan

tidak menggunakan kertas ataupun 'paper less', bukan 'paperless'. Paper less ~

kurang kertas. Belum lagi ada mekanismenya. Fail-fail mesti semua berbentuk dalam

hard copy. Jadi, dengan sendirinya peguam banyak benda yang hendak dibaca,

kerani-kerani, pembantu-pembantu banyak benda yang ditulis, word processor tak

berhenti-henti bekerja siang dan lama pun masih, a lot of work. Terutama sekali

kalau kita lihat di Kuching tadi hanya dua peguam syarii dan civil handling 609 kes

satu tahun, this is 2002.

Jadi, ini menunjukkan bahawa justifikasi untuk menaikkan, ini adalah

berlandaskan 12,000 setahun. Tetapi macam mana kalau dia naik sampai 25,000 ke

30,000 setahun, dengan sendiri logically, arithmetically kita boleh katakan pada

tahun yang akan datang, insya-Allah, apabila undang-undang ini diluluskan dan guna

pakai, pada tahun 2003 sampai 12 bulan selepas itu kalau dibancikan, kita percaya

kes ini akan menjangkau kepada mungkin juga 2,500 kes. Kalau inilah keadaannya.

Jadi, dalam keadaan sedemikian saya meminta kepada pihak kementehan supaya

membawa perkara ini kepada JPA supaya restructuring ataupun pengaturan semula

anggota-anggota bukan sahaja daripada peguamnya tetapi juga supporting staff nya

dan perkakas-perkakas yang diperlukan, kerana kalau kita tambah tiga orang kerani

kalau tiga komputer tidak diberi, kerani itu duduk macam itu sahaja. Bermakna

komputer kena bagi, tempat ruang pejabat kena diberi, kerusi meja kena diberi, ini

kena semua.

Tuan Yang di-Pertua, saya masih ingat kerana Tuan Yang di-Pertua pun lebih

kurang sama dengan sayalah duduk di belakang dahulu. Saya pernah membawa

perkara ini, soal ini kadang-kadang komputer ada, ruang duduk tidak ada. Komputer

dihantar dahulu, operator komputer tidak ada. Komputer tinggal sendiri, kadang-

kadang komputer pun menangis. Ini kita tidak hendak. Begitu juga sekarang orang

canggih, dia dilantik untuk menjadi operator komputer, menjalankan kerja secara

komputer, kita tak guna type writer lagi, semua guna komputer sebab cepat.

Jadi, dalam keadaan sedemikian manpower problem ini mestilah ditekankan

oleh pihak kementehan. Walaupun saya telah juga diberi maklumat bahawa pihak

JPA sekarang telah membuat penyelidikan ataupun membuat rancangan untuk

DR. 27.3.2003 59

melaksanakan peningkatan dan pengambilan orang-orang untuk mengisi tempat

kekosongan ataupun tempat yang perlu diisi oleh kerana petaksanaan undang-

undang ini. Bahkan saya telah diberi maklumat, minta maaflah maklumat ini saya

harap ia betullah, nampak baik, saya harap ia betul-betul terjadi iaitu biro ini ataupun

jabatan ini akan mengambil tidak kurang daripada 600 anggota bam untuk mengisi

kekosongan yang disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang ini. Dan tidak

kurang daripada 30 akan dthantarkan ke Biro Bantuan Guaman di Kuching.

Jadi, saya berharap ini menjadi satu kenyataan, dan kalau ini menjadi satu

kenyataan, satu yang tidak akan menjadi masalah ialah soal manpower. Jadi, dalam

kita telah menyelidik soal manpower ini kita juga berkehendakkan supaya perkakas

pejabat itu juga dikenal pasti dan beri secukupnya dengan seberapa cepat yang

boleh supaya operasi ini tidak tergendala. Juga oleh kerana dia blotted dengan izin,

ia turut membesar begitu cepat begitu rupa, saya melihat tidak ada kemungkinan

masalah mencari peguam untuk mengisi tempat-tempat yang tertentu di seluruh

negara ini dari Periis sampai ke Sabah, jadi peguam kita banyak, kelulusan yang

banyak keluar tiap-tiap tahun, boleh dilatih dan beri Chambering sebelum

menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka di tempat-tempat yang tertentu.

Tetapi walau bagaimanapun, saya ingin menyentuh persoalan yang tidak

disebut dalam perundangan ini. Kadang-kadang kalau seseorang itu berjumpa

dengan seseorang peguam ataupun seseorang yang dikatakan spesialis ataupun

expert, orang luar ataupun orang awam bertanggapan bahawa seseorang itu telah

lulus dan menjalankan satu proses, dia dianggap memang telah mahir. Tetapi Yang

Berhormat Menteri lebih arif daripada saya persoalan ini. Peguam yang baru lulus

daripada universiti dan melalui proses apa yang dikatakan Chambering dan 12 bulan

Chambering itu belum lagi boleh dikatakan peguam yang mahir dan berkemampuan

member! nasihat yang baik ataupun mendapat maklumat yang mencukupi untuk

memberi nasihat kepada siapa sahaja yang berjumpa dengan mereka.

Jadi, dalam keadaan yang sedemikian saya juga ingin menyarankan supaya

dalam kita hendak looting besar-besaran pengambilan ini nanti, proses sebelum

peguam ini dihantar mestilah dibuat satu kursus ataupun Eatihan yang khusus untuk

melatih mereka ini, bukan sahaja daripada segi, saya ingat soal mengerti dan

pengertian undang-undang ini tidak menjadi satu masalah kepada mana-mana

peguam. Walaupun saya, Yang Berhormat Menteri ada kesangsian sedikit untuk

penjelasan dalam seksyen 15 ini iaitu para 8 disebut di sini saya baca, "..Dia berpuas

DR. 27.3.2003 60

hati bahawa permohonan itu memiliki sumber..,.", dia gunakan memiliki sumber

"....kewangan tidak melebihi RM25.000 setahun." Jadi, dia tidak kata mengatakan

gaji, pendapatan, dia gunakan sumber. Jadi, macam mana penilaian mempunyai

sumber ini.

Umpamanya kalau seseorang itu mempunyai sebiji rumah yang nilainya

RM25.000 adakah ini dikatakan sumber kewangan. Oleh kerana rumah itu pun nilai

juga, sumberjuga. Jadi, ini perlu satu pentakrifan, penjelasan yang khusus daripada

segi pelaksanaan undang-undang ini dan juga amalan perundangan yang very local,

dengan izin. Jadi, yang very local yang saya sebut ini, karenah undang-undang

banyak, keadaan undang-undang banyak. Undang-undang di Semenanjung

berlainan dengan others undang-undang yang terlibat di Sarawak dan juga undang-

undang yang wujud di Sabah.

Jadi, ini maknanya latihan kepada peguam-peguam dan legal officer yang

akan dilantik ini nanti perlu berkemampuan menerima, ketahui semua ini. Jadi,

latihan tidak boleh dilihat daripada segi di Semenanjung sahaja kerana mereka ini

akan berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan undang-undang di Sabah dan Sarawak

itu banyak perbezaan. Kerana saya sebutkan ini nampak tak sedap, parochial

statement pada saya adalah tidak enak tetapi kalau saya lihat dalam schedule yang

ketiga perundangan yang asal ada mengatakan, saya sebut di sini "Right and

Liability Under Money Lenders Act 1951" dalam paragraf 9.

Ini dengan sendirinya, Tuan Yang di-Pertua, kalau undang-undang ini masih

menggunakan schedule ini maknanya undang-undang yang di bawah Money

Lenders Act 1951 sahaja yang dibenarkan peguam mengambil tindakan. Tetapi apa

berlaku dengan Money Lending Ordinance di Sarawak, apa berlaku dengan Money

Lending Ordinance di Sabah. Maknanya orang Sabah dan Sarawak tidak boleh

menggunakan ini sebagai satu - dia kata kalau Money Lender Offences of Cases di

Semenanjung boleh digunakan, yang di Sabah dan Sarawak boleh digunakan, tak

boleh. Kalau ketua audit hendak scrutinize pengauditan dia memang tak boleh sebab

undang-undang dia is very spesific. Maknanya the men who drafted this law was

unfortunate, dia pandang dari Johor ke Pedis, ituiah Malaysia. Sebenarnya Malaysia

ini dari Pedis sampai ke Sabah.

Jadi, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, schedule ini kena dilihat semula.

Umpamanya the rights and liabilities under the Small Estates (Distribution) Act 1955,

DR. 27.3.2003 61

ini mungkin tidak wujud di Sabah, tidak mungkin wujud di Sarawak. Jadi, what is the

corresponding Iaw6\ Sarawak dan Sabah? Lepas itu dimasukkan.

Begitu jugalah banyak perkara-perkara di sini yang bukan undang-undangnya

iaitu bukan Federal in nature, maknanya bukan covering the whole of Malaysia,

dengan izin, tetapi merangkumi hanya Semenanjung Malaysia. Undang-undang

Sarawak dan Sabah itu mestilah dimasukkan juga ke dalam schedule ini supaya

membolehkan peguam ini mengambil tindakan undang-undang ke atasnya. Kalau

tidak peguam sebagai seorang yang mengetahui undang-undang, kalau dia

mengetepikan provision yang spesifik ini, dengan sendirinya dia sendiri yang telah

menyalahgunakan undang-undang itu.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja dari segi human resources nya,

bukan sahaja daripada equipments nya, bukan sahaja dari segi ruang pejabat dan

kemudahannya dan transportation, logisticsnya, tetapi juga kita kena sekali lagi,

Tuan Yang di-Pertua, membuat pindaan jikalau perlu dalam schedule yang kedua ini.

Saya ingat pun, dalam schedule yang kedua ini pun ada juga mungkin perlu

kita lihat semula criminal proceedings under the Child Protection Act 1991 ini

mungkin kita sudah seluruh Malaysia, tetapi criminal proceedings under the Minor

Offences Act 1955, ini berkemungkinan covers Semenanjung. Maknanya dengan

sendiri apa yang di Sabah, apa yang di Sarawak tidak termasuk dalam schedule ini.

Dengan sendirinya Biro Bantuan Guaman di Sarawak dan di Sabah tidak boleh

mengambil tindakan sewajarnya atas kes yang sama.

Jadi, kita balik kepada dasar saya sebut tadi, murni dan mulia tetapi ada

kadangkala peringkat penyampaian terbatas oleh kerana sebab-sebab yang tertentu,

jadi kita kena melihat satu persatu. Insya-Allah kalau undang-undang Moneylenders

Act nanti di bawa ke Parlimen ini akan dipinda dan disampaikan ke seluruh negara,

ini mungkin paragraph 9 ini tidak perlu dipinda.

Buat sementara ini sebelum perkara ini berlaku, masih patut, kalau tidak ada

cara lain secepat yang mungkin supaya pemindaan kepada second schedule dan

third schedule Biro Bantuan Undang-undang atau Biro Bantuan Guaman ini perlu

diambil kira dengan secepat mungkin supaya pindaan diambil tindakan dan di bawa

ke Dewan ini, kalau tidak masa sekarang, sekurang-kurangnya pada sesi bulan Jun

ini nanti supaya apa yang berlaku di Sarawak dan Sabah itu boleh disamaratakan

dengan apa yang diambil tindakan di Semenanjung ini.

DR. 27.3.2003 62

Jadi, dalam masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya sudah

bincangkan persoalan schedule ini, saya ingin meminta kepada pihak Menteh

Perundangan iaitu kalau kita lihat di bawah schedule ini, masih banyak perkara

common cases yang involving common people yang tidak mempunyai kemampuan

dan pendapat yang tertentu, yang perlu bantuan undang-undang tetapi malangnya

tidak dapat bantuan di bawah ini.

Umpamanya, di Sarawak, pertelingkahan ataupun perbalahan berhubung

dengan tanah-tanah adat umpamanya, kebanyakan manusia yang mempunyai tanah

adat ini adalah orang-orang miskin, orang-orang luar bandar, orang kampung

daripada awareness pun tidak ada, daripada apa benda pun tidak ada. Jadi, jauh

sekali dart segi sumber kewangan untuk mencari peguam yang betul-betul tahu dan

mahir dari segi undang-undang adat di Sarawak dan mungkin juga di Sabah dan di

negeri lain.

Jadi, saya berharap persoalan berhubung dengan pertelingkahan di antara

masyarakat dengan kerajaan, di antara masyarakat dengan masyarakat itu sendiri,

tuan tanah, tuan hak adat, di antara mereka sendiri dan di antara mereka dengan

kerajaan pun patut dibolehkan, di masuk dalam schedule ini juga sebagai satu lagi

perkara baru dimasukkan dalam persoalan yang boleh dibela oleh pihak Biro

Bantuan Guaman.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut ini kerana banyak orang datang, saya

sebagai wakil rakyat, melihat banyak orang datang ke pejabat saya, "Yang

Berhormat,..." katanya. "... tanah saya diambil oleh pihak kerajaan tetapi ganti

ruginya sebanyak ini, tetapi kawan di sebelah itu dia dapat sebanyak itu". Dia tidak

sedap, ada disparity dalam soalan ini.

Jadi, persoalan ini, persoalan yang dia perlu berkehendakkan peguam. Jadi,

kita hendak suruh - saya masih ada satu sijil Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat

Datuk Menteh, saya masih ada satu sijil praktis saya, tetapi sudah 10 tahun tidak

pergi mahkamah, minta maaflah. Masih ingat sedikit undang-undang ini.

Tuan Chow Kon Yeow: Ada diskaunkah?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Ketawa] Bukan diskaun, free

pun boleh beri. Tetapi yang masaiahnya sudah 10 tahun tidak pergi mahkamah.

Jadi, hendak serahkan pada peguam-peguam di pejabat saya, mereka ini bercakau.

Katanya: "Yang Berhormat, nilai tugas kita sekurang-kurangnya banyak ini,

DR. 27.3.2003 63

sekurang-kurang parking fee kita kena bayar." Katanya, "Minyak saya pergi ke

mahkamah pun kena bayar." Macam-macam lagi dia sebutlah.

Jadi, kalau benda macam ini pun sekurang-kurangnya ada minta

RM300/RM400, macamlah permintaan yang dikehendaki oleh pihak Biro Bantuan

Guaman. Tetapi oleh kerana benda ini tidak boleh diserah dengan Biro Bantuan

Guaman, kita kena terpaksa, oleh kerana orang, pengundi kita, orang daripada

kawasan kita, kita kena bela.

Jadi, kalau hendak cari duit, kadang-kadang can, mana elaun yang lebih itu,

daripada Parlimen yang lebih itu, kena bayar peguam pejabat kita sendiri kerana

tidak boleh minta free juga daripada pejabat ini, kerana kita sendiri tidak buat, suruh

orang lain yang buat. Jadi, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara ini

berlaku, ini saya sebut tempat saya sahaja.

Di Sarawak pada masa sekarang, oleh kerana pembangunan negeri yang

begitu pesat sekali dan bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk membangun negeri

Sarawak itu begitu pesat sekali, jalannya, perparitannya, pembangunan sekolahnya,

pembangunan pejabat-pejabat kerajaannya, macam-macam yang dibangunkan oleh

kerajaan tetapi dalam masa yang sama, impak kepada masyarakat umum adalah

begitu besar sekali.

Tetapi perkara ini tidak ada tempat selain daripada wakil rakyat untuk pihak

ini mengadu. Hendak berjumpa wakil rakyat yang berkelulusan peguam mungkin dia

ada pejabat sendiri yang boleh menolong, tetapi kepada pihak Yang Berhormat lain,

yang mungkin tidak ada kelulusan peguam dan tidak juga mempunyai syarikat

peguam, mungkin langsung tidak terbela. Jadi, habislah sebagaimana Tuan Yang

di-Pertua sendiri sudah sebut tadi, kadang-kadang oleh kerana kejahilan mereka,

oleh kerana kemampuan mereka, jadi mereka ini jadi satu gotongan yang tidak

terbela. Jadi, ini Tuan Yang di-Pertua, di bawah konsep.

Satu lagi yang saya sebut tadi equality before the law yang dimatlamatkan

oleh pihak kerajaan yang begitu indah dan murni sekali ini akan tidak tercapai oleh

kerana masalah-masalah yang saya sebutkan tadi. Bahkan banyak lagi perkara-

perkara yang kita lihat tidak dapat dibela, yang secara menyeluruhnya mengena

orang-orang kampung, mengena orang-orang luar bandar, orang yang tidak

berkemampuan, tidak mendapat pendapatan khusus yang telah tidak dapat dibela

oleh ini.

DR. 27.3.2003 64

Tetapi tindakan kerajaan ini amat baik, Tuan Yang di-Pertua. Saya secara

peribadi, ini bukanlah saya kata hendak - apa saya semalam kata - tarik kaki, pull

your leg, bukan erti pukul gendang, pukul sendiri - apa benda. Jadi, bukan, bukan

kerana saya dari Backbenchers, dari kerajaan yang begitu sekali memuji kerajaan,

tetapi tindakan ini adalah satu tindakan yang begitu indah sekali sejajar dengan

keadaan inflation, kita punya duit, nilai harga wang kita dan peningkatan orang kita.

Jadi, masyarakat yang tidak terbela ini telah diambil kira oleh pihak kerajaan

begitu rupa, bukan sahaja dengan tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar

menolong orang-orang miskin dan sebagainya. Kita dari segi ini pun, daripada sudut

perundangan, hak dan keutamaan masyarakat yang tidak terbela ini kita wujudkan

perkara-perkara yang begin! rupa.

Jadi, pagi ini saya amat berasa begitu

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Bersemangat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: ...bersemangat. Ha, Yang

Berhormat bagi Tambun sebut bersemangat. Oleh kerana kerajaan Barisan Nasional

ini begitu peka sekali mewujudkan satu prasarana bukan sahaja dari segi jalan

rayanya, perparitannya, apinya, electricity nya... kita sebut sudah berminggu-minggu

soaian ini tetapi prasarana abstrak ini, yang tidak dilihat ini tetapi pengeluaran

daripada sumber wang kerajaan begitu banyak sekali untuk melaksanakannya

supaya mendapatkan kesempurnaan masyarakat Malaysia.

Jadi, dalam kita melaksanakan kesempurnaan ini masih banyak yang

mungkin perlu lagi kita refine ataupun memperbaiki ataupun improve keadaan ini

supaya ia betul-betul menggambar ataupun mencerminkan keindahan yang kita

kehendaki itu.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, persoalan perkhidmatan penghantaran ini. Jadi,

saya ingin bertanya kerana saya juga melihat perkara ini adalah satu perkara yang

amat baru di bawah Biro Bantuan Guaman ini dan macam manakah mekanisme

yang digunapakai oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan khidmat penghantaran ini

nanti supaya ia boleh betul-betul membantu terutama sekali dalam bidang yang saya

sarankan tadi iaitu bidang land dispute dan sebagainya, dengan kerajaan di antara

orang yang berkenaan, sesama mereka sendiri, orang kampung.

Jadi, pulangannya kepada kita ialah masyarakat tidak akan berbalah

berpanjangan. Yang menyedihkan berlaku di negeri Sarawak sampai peringkat

pembunuhan oleh kerana masalah tidak ada intermediary antara satu kumpulan

DR. 27.3.2003 65

dengan kumpulan yang lain dan mekanisme kita hanya mekanisme mahkamah.

Jadi, kepada mereka yang tidak berkemampuan mereka gunakan cara lain iaitu

gunakan cara fizikal yang sepatutnya di bawah payung negara yang telah celik,

civilized people, penggunaan secara fizikal ini sepatutnya tidak berlaku.

Jadi, ini menunjukkan kita punya civilization itu maju, hidup, tamadun kita

baik. Jadi, tamadun ini juga Tuan Yang di-Pertua, kita kena memperbaiki, budi

pekerti, cara bercakap dan sebagainya. Jadi, jangan kita, orang lain marah sedikit

sudah kita melenting tetapi kita memaki hamun boleh. Ini kena dua-dua ini.

Ketamadunan ini ada mencerminkan budaya kita sendiri.

Jadi, jangan kita orang kata perkara yang kecil ini sudah menjadi salah

kepada kita tetapi kita maki hamun orang itu tidak salah. Ha, ini berlaku petang

semalam. Jadi, saya pun rasa sedih juga, saya sentuh dalam peringkat ini kerana

soalan civilization dan tamadun ini. Terutama sekali di antara kita orang Melayu,

lebih lagi pada orang yang mengata dirinya orang Islam.

Islam ini menunjukkan jalan yang begitu indah dan begitu murni sekali tetapi

pengamalan yang kita kata sendiri Islam ini tidak mencerminkan agama Islam yang

suci murni. Tetapi ini kita secara sepintas lalu saya sebutkan, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya berharap sebagai saranan yang ketiga, itu kedua tadi, yang ketiga,

yang saya hendak sebutkan di sini ialah persoalan negeri Sarawak lagi Tuan Yang

di-Pertua. Kalau kita lihat negeri Sarawak sebagaimana saya sebutkan tadi,

daripada Perils pergi ke Johor, jauh lebih pendek perjalanannya, daripada perjalanan

daripada Lunduk, Sematan pergi ke

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang

lagi, Yang Berhormat? Panjang lagi?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak berapa Tuan Yang di-

Pertua. Tetapi tidak boleh

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau anu,

sambung petang.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ha, petang Tuan Yang di-

Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]:: Ya. Ahli-

ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1,00 tengah hari.

DR. 27.3.2003 66

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan

Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya menjemput Ahli

Yang Berhormat bagi Batang Lupar menyambung ucapan. Panjang lagi Yang

Berhormat?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tidak panjang Tuan Yang di-

Pertua. Saya akan habis dalam masa 30 minit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, sila.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pukul 3.00 petang, habis.

Insya-AHah tetapi kalau kawan-kawan ganggu, panjanglah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Janganlah. Jangan

benarkan mereka ganggu.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Ketawa] Pukul 3.00 petang

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Baik.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Bukan malam, bukan pagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau belum habis, saya

akan tegurlah.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Ketawa] Pukul 3.00 malam,

Speaker pun sudah tidur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Saya

sambungkan masalah yang saya sebutkan tadi, yang saya kata Sarawak itu besar,

panjang

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ini interpretasi berlainan,

undang-undang ini memang macam itu Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita kata besar

dan panjang itu, dia kata lain. Jadi, besar dan panjang, jadi makna dia, kawasan-

kawasan yang ditempatkan pejabat iaitu di Kuching, Sibu dan Miri tidak lagi dilihat

sebagai mencukupi untuk menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat. Jadi

saya mencadangkan supaya tiap-tiap Bahagian, tiap-tiap Bahagian Sarawak iaitu

Kuching, Sri Aman, Kota Samarahan, Bintulu, Miri, Sarikei, Kapit dan Limbang

diadakan cawangan-cawangan Biro Bantuan Guaman 'siap', kata orang Indonesia,

DR. 27.3.2003 67

'siap' dengan dia punya Peguam dan pegawai-pegawai pembantu termasuk summon

server dan juga kemudahan-kemudahan pengangkutan.

Jadi pengangkutan Tuan Yang di-Pertua, kalau di luar bandar ada kawasan-

kawasan yang tertentu jangan hantar Four-Wheel Drive sahaja, motobot pun kena.

Jadi ini penting. Saya juga dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah, saya

juga dimaklumkan bahawa Bahagian Bintulu dan Sri Aman akan dibuka juga

cawangan Biro Bantuan Guaman pada tahun yang akan datang.

Jadi saya berharap supaya, ini yang penting saya minta, kerana Bintulu kita

ucapkan terima kasihlah Sri Aman saya ucapkan terima kasih. Samarahan itu boleh

dilambatkan sedikit tetapi Limbang, Tuan Yang di-Pertua, Limbang/Lawas ini satu

kawasan yang amat terpencil. Pada zaman dahulu, bukan dahulu kala, zaman

dahulu iaitu pada tahun 60-an dan 70-an kawasan Limbang/Lawas ini kata orang is a

forgotten division. Makna dia, satu Bahagian yang dilupakan. Jadi dia dipencilkan

oleh kerana negara Brunei Darussalam yang kita terpaksa rentas sebelum kita

sampai ke Limbang dan Lawas. Jadi Lawas sekarang sedang pesat membangun.

Saya menyarankan supaya untuk tahun hadapan atau tahun-tahun

berikutnya selepas itu supaya membuka juga cawangan Biro Bantuan Guaman di

kawasan Limbang untuk memberi kemudahan kepada mereka yang perlukan

bantuan di Lawas/Limbang kerana kawasan ini juga memerlukan perhatian daripada

kita. Pengangkutan ataupun pemergian dartpada pejabat di Miri adalah amat sukar

kerana menerusi Bandar Sri Begawan. Jadi saya berharap ini diambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya sebagai memudahkan persoalan, saya

akan pergi kepada persoalan undang-undang yang dipinda kerana saya hendak

cepat habis ini. Saya hendak cepat habis kerana saya ada 20 minit lagi.

Pindaan yang saya sebutkan tadi, saya mintalah Menteri ataupun Setiausaha

Parlimen atau sesiapa sahaja yang menjawab persoalan yang saya tanya dalam

soalan Seksyen 15 ini tadi, apa ertinya 'milikan sumber kewangan yang tidak

melebihi RM25,000'. Apa ertinya itu? Adakah ini bermakna harta benda yang

dipunyai itu juga dinilai ataupun ini memang kemudahan dari segi pendapatan, gaji,

elaun dan sebagainya dan macam mana menilai wang ini. Macam mana dia boleh

dilaksanakan kerana terminologi yang diguna pakai dalam undang-undang asal

berbeza sedikit dengan pindaan yang ada sekarang ini.

Jadi, saya berpindah daripada situ kepada soalan Schedule yang saya

sentuh pada awal tengah hari tadi iaitu Schedule Dua, Second Sehedule and the

DR. 27.3.2003 68

Third Schedule. Dalam Schedule yang kedua ini ada hubung kait, yang saya pegang

ini Tuan Yang di-Pertua ialah undang-undang asal [Menunjukkan dokumen

berkenaan] Undang-undang papak, undang-undang induk, bukan bapak - induk.

Schedule yang kedua ini dibaca bersama dengan Seksyen 10. Seksyen 10

ini menyebutkan, saya tolong baca, "...prosiding-prosiding jenayah yang boleh diberi

bantuan guaman ialah apa perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua."

Okey saya baca Jadual Kedua.

Jadual Kedua mengatakan, dalam bahasa Inggeris kerana yang kedua ini

daripada pejabat saya. Nombor 1 - 'all criminal proceedings in which the accuse not

being represented by council leaded pleads guilty to the charge or charges and

wishes to make a plea in mitigation in respect thereof.

Jadi kalau dibaca kedua-duanya ini, ternyata sekali bahawa bantuan yang

boleh diberikan oleh pihak Biro Bantuan Guaman di bawah soalan jenayah ialah

hanya tergolong kepada soalan mitigation sahaja. Pembicaraan tidak boleh, mewakili

daripada peringkat awal tidak boleh dan membuat bantuan lain tidak boleh, hanya

untuk mitigation sahaja. Apabila seseorang itu sudah mengaku salah, bila dia sudah

mengaku salah, dia takut hukuman itu nanti sampai maksimum umpamanya lima

tahun, enam tahun, tujuh tahun mengikut undang-undang, Jadi dia boleh berjumpa

dengan seorang peguam dari Biro Bantuan Guaman, dan peguam ini mengatakan

dia ada saklt, otak dia kurang sedikit, anak dia banyak, isteri dua dan macam-

macamlah ceritanya itu, pendapatan sudah kurang, dia tidak boleh hidup jadi siapa

hendak menjaga anak isteri dan sebagainya. Macam mana?

Jadi dengan keadaan yang sedemikian mungkin Hakim kata, hukumannya

setahun. Jadi untuk mitigation ini sahaja. Untuk leading kepada leniency kesalahan

dia. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon kepada pihak Menteri, pihak

kementerian supaya perkara seksyen 10 ini dan perkara Second Sechedule ini

dipinda supaya semua pembelaan daripada peringkat awal, daripada orang itu

dituduh, apabila dia berjumpa dengan peguam di pejabat Biro Bantuan Guaman dan

menceritakan apa masalah dia, sudah ditangkap polis dan sebagainya, kastam

ataupun apa sahaja ataupun pegawai tempatan sudah menangkap beliau dan

pembelaan boleh dibuat daripada peringkat itu, daripada mula sampai ke akhir, Ke

akhir maknanya habis pembicaraan pertama, rayu kepada peringkat rayuan kedua,

sampai peringkat habis rayuan. Ini yang saya sarankan dan ini tidak boleh dibuat

DR. 27.3.2003 69

oleh pihak Menteri. Ini mesti dibuat menerusi pindaan perundangan di Parlimen ini.

Kalau ini periu, saya bermohon supaya pindaan ini dibuat.

Yang kedua, soalan Second Schedule juga, di sini member! satu peruntukan

di bawah seksyen 10, Menteri boleh dengan perintah, meminda ataupun mengubah

Jadual Kedua. Saya mintalah, ini persoalan senarai criminal proceedings under

Child Protection Act 1991, criminal proceedings in the Minor Offences Act 1955

kerana ini undang-undang spesifik, undang-undang spesifik yang hanya merangkumi

Semenanjung Malaysia.

Jadi kita hendak supaya kesalahan-kesalahan yang sama di bawah undang-

undang yang sama yang mempunyai peruntukan undang-undang yang berasingan di

Sabah dan di Sarawak juga dimasukkan ke dalam Schedule Kedua ini. Jadi ini

boleh dibuat secara administrative di bawah kuasa undang-undang yang diberi

kepada Menteri Perundangan. Saya memohon dua perkara di bawah Schedule

Kedua ini.

Di bawah Schedule Ketiga, jangan bimbang ya, 15 minit, insya-Allah saya

akan tamat.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Menyampuk] [Bercakap tanpa

pembesar suara]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Mengalihkan pandangan

kepada Ahli Yang Berhormat bagi Setiu] Yang Berhormat, saya cakap di sini cerita

lain. Itulah tanya. Kalau dengar betul-betul saya ini terang dan jelas cakap

saya. Betul, betul, betul, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan ucapan, Yang

Berhormat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi ini penting Yang

Berhormat. Ini untuk kepentingan orang ramai ini. Jadi persoalan di bawah Third

Schedule ini, ini tadi saya telah buat dan kalau kita lihat Third Schedule ini, ada

peruntukan dalam perundangan asal di bawah seksyen 12. Jadi persoalan untuk

meminda undang-undang ini ada diberi kepada Menteri.

Yang pertama prosiding sivil yang boleh diberi bantuan guaman ialah perihal

prosiding yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga. Jadual Ketiga ini saya minta pihak

kementerian untuk menyelaraskan peruntukan undang-undang di Sarawak, di

Semenanjung dan di Sabah sekali supaya apabila seseorang itu umpamanya

melakukan sesuatu kesalahan di Semenanjung boleh dibantu walaupun kesalahan

DR. 27.3.2003 70

itu di bawah satu undang-undang Semenanjung yang khas untuk Semenanjung.

Jadi, kalau kesalahan yang sama dilakukan di Sarawak dan di Sabah tidak dapat

diberi bantun oleh Biro Bantuan Guaman oleh kerana peruntukan undang-undang

yang disenaraikan di sini ialah undang-undang Semenanjung, undang-undang yang

tidak ada di Sarawak dan di Sabah.

Jadi kita hendak diselaraskan undang-undang ini. Mana-mana undang-

undang yang mempunyai tiga undang-undang iaitu Sarawak, Sabah dan

Semenanjung, ketiga-tiga undang-undang itu mestilah dimasukkan ke dalam senarai

yang sama. Dalam keadaan yang sedemikian ini pihak Menteri mempunyai kuasa.

Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual Ketiga.

Jadi, saya berharap pihak Menteri melihat persoalan yang saya bangkitkan ini

sebagai satu soalan yang amat konstruktif untuk menyelaraskan peruntukan supaya

semua orang yang mendapat kemudahan di Sarawak, di Sabah juga sama dengan

yang telah diterima dan diberi kepada masyarakat yang menerima di Semenanjung

Malaysia.

Jadi, selain daripada itu, saya juga menyarankan pihak kementerian untuk

membuat penyelidikan berasingan. Perkara-perkara baru yang berbangkit yang

menjadi satu masalah kepada masyarakat-masyarakat setempat, sebagaimana yang

saya sebutkan awal perbahasan saya pada tengah hart tadi, iaitu persoalan

umpamanya minor land dispute di antara kerajaan dengan tuan tanah adat di

Sarawak, mungktn juga di Sabah, mungkin juga tuan tanah commoner rizab Melayu

di Semenanjung. Kalau ada dispute dengan pihak kerajaan, ini boleh buat atau

ditangani oleh pihak bantuan guaman ini. Peguam ini dibenarkan untuk memberi

bantuan. Dispute ini dua, ttga perkara. Dispute dengan kerajaan, dispute dengan

sesama mereka sendiri, persoalan boundary dan sebagainya boleh diambil kira.

Kalau tidak di bawah peruntukan pindaan untuk mitigation factors ini akan juga

terbatas kerana, kalau dia tidak dibenarkan di bawah peruntukan asal seksyen 10

dan seksyen 12, nescaya peruntukan di bawah seksyen 29 ini juga akan menemui

batasan-batasan yang sama.

Jadi, dengan keadaan yang sedemikian Tuan Yang di-Pertua, saya

bermohon dan mencadangkan supaya ini diambif kira ofeh pihak kementerian, apa

yang boleh dipinda oleh menteri secara sebagai Menteri Perundangan, diambil

tindakan secara administrative dan perkara yang tidak boleh diambil tindakan oleh

menteri oleh kerana kuasa masih di tangan Parlimen, saya bermohon satu pindaan

DR. 27.3.2003 71

baru dicadangkan untuk dibawa ke Parlimen supaya anomali ataupun discrepancies

di antara perundangan dan pelaksanaan perundangan ini di Semenanjung dengan di

Sabah, juga di Sarawak, itu yang pertama.

Yang kedua, untuk mengelakkan perkara-perkara yang ada implikasi sosial

yang dulu mungkin tidak berapa dirasai oleh masyarakat, oleh kerana

pembangunannya kurang dan sebagainya, tetapi setelah dirasai begitu rupa oleh

masyarakat keseluruhannya oleh kerana kerajaan bertindak tegas, banyak

pembangunan dibuat, banyak pembinaan dibuat, jadi implikasi persoalan tanah,

penggunaan tanah adat dan sebagainya dirasai oleh masyarakat. Jadi, dalam

keadaan yang sedemikian, saya bermohonlah tiga, empat perkara ini diambil kira

oleh pihak kementerian.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak membuang masa semua orang

dan saya sudah bercakap tidak begitu panjang dan saya mengucapkan terima kasih

sekali lagi serta mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang begitu

peka dan mengetahui kehendak-kehendak masyarakat keseluruhannya. Terima

kasih dan saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tanjong.

2.48 ptg.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

kerana diberi kesempatan ini untuk turut membahaskan satu akta untuk meminda

Akta Bantuan Guaman, Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dihujahkan oleh

Yang Berhormat Menteri tadi, akses kepada keadilan adalah satu hak asasi manusia

dan syaratnya tidak harus bergantung kepada keupayaan seseorang untuk

membayar seorang peguam yang handal untuk membela mereka. Tanggungjawab

asas untuk memastikan bahawa di negara kita ini ada equal access to justice dengan

izin bagi golongan yang miskin dan under privilege, haruslah dipikul oleh kerajaan

dan Iain-Iain pihak yang berkenaan.

Saya amat mengalu-alukan bahawa di negara ini, kita nampak ada iltizam

untuk memastikan rakyat dapat menikmati hak asasi ini iaitu equal access to justice.

Dengan tertubuhnya institusi-institusi dan tergubalnya undang-undang yang

berkenaan. Walau bagaimanapun, hasrat ini selalunya periu menghadapi batasan-

batasan kewangan dan juga masalah-masalah structural.

Satu matlamat yang unggul dalam masyarakat kita ialah untuk mencapai

kesamarataan di sisi undang-undang. Akan tetapi, hasrat ini tidak akan dapat kita

DR. 27.3.2003 72

capai jika profesion undang-undang tidak sedia untuk membekalkan representasi

yang mencukupi kepada orang-orang yang tidak mampu membayar untuk mendapat

perkhidmatan. Kerja legal aid selalunya dilakukan oleh junior lawyers yang

mengambil kes-kes untuk mendapat pengalaman dalam urusan dalam mahkamah.

Dengan ini, kita boleh menyoalkan sama ada bantuan guaman ini mempunyai mutu

yang memuaskan.

Saya juga mengalu-alukan pindaan kepada akta untuk menaikkan kadar

pendapatan sehingga RM25.000 setahun bagi melayakkan menerima khidmat

Badan Biro Bantuan Guaman yang akan memberi manfaat kepada lebih banyak

rakyat yang memerlukan khidmat guaman. Langkah ini akan membantu kita

mencapai matlamat equal access to justice. Akan tetapi, saya ingin tahu apakah

persediaan yang akan diambil oleh pihak kerajaan demi memastikan bahawa jentera

kerajaan dapat menyokong penambahan orang yang layak untuk mendapat bantuan

guaman ini, yang dihujahkan secara panjang lebar oleh Yang Berhormat bagi Batang

Lupar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa Biro Bantuan Guaman ada

menghadapi acute shortage of staff, dengan tzin. Walaupun bilangan kes yang

diuruskan oleh biro ini telah meningkat dengan banyaknya dalam beberapa tahun

kebelakangan ini, tetapi tidak ada usaha ataupun kurang usaha untuk menambah

bilangan stafnya. Apakah langkah yang akan diambil oleh Jabatan Perkhidmatan

Awam dan kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Lebih-Iebih Iagi dengan pindaan

tentang kelayakan yang akan membanyakkan Iagi orang-orang yang boleh dapat

khidmat guaman.

Saya juga ingin tahu, apakah kerajaan akan mewujudkan legal aid fund

sebagai satu usaha untuk membantu orang yang memerlukan equal access kepada

representasi dalam mahkamah. Saya juga ingin menyeru kerajaan mengkaji

kemungkinan untuk menggunakan wang yang didapati daripada faedah, daripada

clients accounts yang diuruskan oleh para peguam bagi pihak anak guaman

mereka. Setahu kita, pada satu-satu masa, kita mendapati dalam clients accounts

yang diuruskan oleh peguam, berjumlah beratus-ratus juta ringgit. Faedah ini boleh

disalurkan untuk membantu skim bantuan guaman. Pada hakikatnya, pada tahun

1997 kerajaan juga ada umumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji kemungkinan

untuk menubuhkan legal aid fund ini. Jadi, saya ingin tahu Tuan Yang di-Pertua,

DR. 27.3.2003 73

apakah keputusan yang telah diambil oleh kerajaan tentang perlunya untuk

menubuhkan legal aid fund ini.

Saya ingin tahu sama ada kerajaan akan membuat dasar baru bagi

mewajibkan graduan undang-undang dan juga peguam yang baru dimasukkan ke

dalam bar untuk melakukan khidmat masyarakat melalui Biro Bantuan Guaman di

mana dasar ini akan sememangnya membantu Biro Bantuan Guaman ini

menghadapi ataupun mengatasi kekurangan pakar dan kekurangan staf yang

mereka hadapi untuk menguruskan kes-kes yang sememangnya akan tambah

selepas pindaan ini, Oleh kerana pada masa sekarang kerajaan memberi peruntukan

untuirmenyediakan khidmat ini kepada rakyat yang tidak mampu dan memerlukan

kita sebagai Ahli Dewan ini untuk menuntut bahawa kerajaan memberi penjelasan-

penjelasan kepada beberapa persoalan yang dapat membantu kita memahami urus

tadbir biro ini dengan lebih teliti.

Saya ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa sama ada, ada

protokol ataupun prosedur untuk menentukan sesiapa selain daripada qualification

atas pendapatan mereka, apakah kriteria yang lain yang harus ditimbangkan

sebeium seseorang ini dapat khidmat dari Biro Bantuan Guaman? Dengan pindaan

ini, walaupun pendapatan telah dinaikkan, kelayakan dinaikkan sehingga RM25.000

apakah akan terjadi sekiranya suami atau isteri orang yang minta khidmat ini juga

mendapat pendapatan yang kalau dicampurkan dengan orang yang minta khidmat

itu melebihi RM25,000 yang ditetapkan dalam pindaan akta ini, sama ada individu ini

akan juga iayak mendapat khidmat dari biro ini?

Saya juga ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan kepada Dewan ini

sama ada kementerian ataupun biro ini ada apa-apa kriteria ataupun garis panduan

untuk memijih solicitor yang akan menguruskan kes-kes tertentu, supaya solicitor

ataupun peguam yang paling sesuai diberikan tugas ini bagi melindung mereka yang

minta khidmat. Saya juga harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan apakah

kriteria yang digunakan oleh biro ini untuk memilih peguam-peguam untuk duduk

dalam panel, legal aid ini. Saya juga berharap sama ada biro ini ada apa-apa

mekanisme untuk menentukan sama ada kemungkinan sebilangan peguam yang

akan dapat wang ataupun Iain-Iain faedah daripada orang yang meminta khidmat ini,

under the free tax of sebab-sebab yang berlainan.

Saya berharap Menteri juga dapat menjelaskan kepada Dewan ini iaitu

apabila litigant ataupun orang yang diberi khidmat ini, setakat manakah beliau boleh

DR. 27.3.2003 74

menuntut tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh peguam bagi mewakilinya. Jika

pilihan yang dituntut oleh orang yang minta khidmat ini melibatkan satu proses yang

panjang ataupun satu proses yang mungkin tidak dapat menghasilkan sesuatu,

adakah Biro Bantuan Guaman ini dapat menolak tuntutan-tuntutan orang yang

meminta khidmat bantuan ini.

Saya berharap sebab ini melibatkan wang rakyat dan wang pembayar cukai,

kerajaan juga walaupun telah meningkatkan kelayakan ataupun membuka ruang

begitu besar kepada lebih ramai untuk mendapat khidmat ini, kita juga dalam masa

yang sama harap kerajaan dapat mengetatkan sistem ini supaya tidak ada apa-apa

abuse oleh mereka yang sememangnya layak, tetapi kerana ada loopholes dafam

ststem ini diberi khidmat oleh kerajaan atas pembayar cukai.

Saya juga ingin menimbulkan satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua iaitu

berkenaan dengan orang yang disyaki di tahan, itu suspect tapi dinafikan hak

mereka untuk mendapat nasihat guaman dan perwakilan iaitu bertentangan dengan

aspirasi kita untuk menyediakan eco-access to justice, dengan izin.

Satu kes yang saya dapati ialah pada 18 November 1998, ada peguam-

peguam dari pusat khidmat guaman, Bar Council telah berjumpa dengan Hakim

Mahkamah Tinggi, Yang Ariff, Datuk Abdul Wahab Patail untuk mengemukakan

kepada hakim supaya mengulang kaji remand proceedings, prosedur itu pada 19

November bagi orang-orang yang ditahan kerana perhimpunan haram, kerana

peguam-peguam ini telah dinafikan akses apabila perkara ini diperdengarkan,

walaupun nama peguam ini direkodkan untuk mewakili mereka yang ditahan.

Tuan Yang di-Pertua, Asian Human Rights Commission telah melaporkan

bahawa di mahkamah-mahkamah majistret di Kuala Lumpur lebih dari 60% orang

yang ditahan tidak ada legal representation dalam remand proceedings. Percubaan

untuk memberi nasihat dan representasi untuk menghadapi pelbagai masalah,

kadangkala orang yang ditahan dibawa menghadap majistret secara sulit dan pada

waktu yang tidak dapat ditentukan, khususnya orang yang ditahan di perhimpunan

yang dianjurkan oleh aktivis reformasi pada satu ketika dahulu, walaupun peguam-

peguam telah merekodkan nama mereka ada kala mereka tidak dipanggil. Amalan

ini Tuan Yang di-Pertua, akan menjejaskan nama dan imej badan kehakiman kita,

kerajaan harus memastikan hak asasi seorang yang ditahan untuk mendapat nasihat

dan representation oleh seorang peguam tidak dinafikan.

DR. 27.3.2003 75

Saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan

untuk memastikan masalah orang yang tidak diwakili ataupun di remand terlalu lama

untuk mengatasi masalah yang saya bangkitkan tadi.

Saya juga mengalu-alukan satu seksyen yang baru berkenaan dengan

perantaraan iaitu mediation, sememangnya dengan wujudnya satu alternatif kepada

apa yang sedia ada, ini akan membantu penyelesaian kes-kes yang begitu backlog

di dalam sistem penghakiman negara ini. Tapi saya ingin Yang Berhormat Menteri

menjelaskan siapa yang boleh menjadi perantara ini, apakah kelayakan seseorang

ini sama ada latihan akan diberi dan sebagainya.

Dan akhirnya saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat

Menteri tentang majlis bantuan guaman yang walaupun digubal dalam akta tidak

pernah ditubuhkan semenjak permulaan kuat kuasa Akta 26. Saya ingin tahu

apakah sebab majlis bantuan guaman ini tidak ditubuhkan, dengan tiba-tiba dalam

pindaan kepada akta ini, majlis yang mungkin boleh memberi faedah kepada legal

aid di Malaysia ini dibubarkan sama sekali. Saya harap Yang Berhormat Menteri

dapat menjelaskan apa sebab musabab majlis bantuan guaman ini dihapuskan.

Sekian.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada tiga wanita ingin

berucap jadi saya beri peluang kepada wanita dahululah, bermula daripada yang

hujung sekali iaitu Petaling Jaya Utara.

3.03 ptg

Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih kepada Tuan

Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan rang

undang-undang ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada

kerajaan kerana membentangkan pindaan rang undang-undang yang sejajar

dengan perkembangan zaman ini, dengan meningkatkan had jumlah pendapatan

orang yang berkelayakan mendapatkan bantuan guaman daripada modal boleh

guna tidak melebihi RM2,000 atau pendapatan tahunan boleh guna tidak melebihi

RM3.000 kepada seseorang yang sumber kewangannya tidak melebihi RM25.000

setahun. Pindaan ini akan membolehkan lebih ramai orang awam yang

berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan guaman terutama golongan wanita

yang secara amnya lebih lemah dari aspek ekonomi memperpleh bantuan guaman

secara percuma.

DR. 27.3.2003 76

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, tanggungan bagi seorang bujang

yang berpendapatan tahunan sebanyak RM25.000 dengan seseorang yang sudah

mendirikan rumah tangga dan perlu menyara kehidupan beberapa orang anak

adalah jauh berbeza, justeru itu saya berharap semasa memproses permohonan

bagi mendapatkan bantuan guaman, Biro Bantuan Guaman dapat memberi

keutamaan kepada mereka yang tanggungan lebih besar dalam kehidupan harian

atau meningkatkan lagi had jumlah pendapatan orang yang berkelayakan

mendapatkan bantuan guaman mengikut tanggungan sebenar seseorang.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 16 Akta 26 menyatakan bahawa seseorang

yang pendapatan tahunannya melebihi RM25.000 tetapi kurang daripada RM30.000

rakyat memperoleh perkhidmatan bantuan guaman setelah membayar sumbangan

kepada Pengarah Biro Bantuan Guaman.

Berapakah jumlah sumbangan ini? Bagaimanakah untuk menentukannya?

Apakah perbezaan di antara bantuan guaman yang diberikan kepada mereka yang

berpendapatan kurang daripada RM25 ribu setahun dengan perkhidmatan bantuan

guaman yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM30

ribu setahun?

Tuan Yang di-Pertua, dengan peningkatan had jumlah pendapatan, bilangan

rakyat yang memperoleh bantuan guaman percuma akan bertambah. Bilangan

orang yang memohon bantuan guaman juga pasti akan bertambah dengan

banyaknya. Memandangkan keadaan sekarang yang hanya membenarkan mereka

yang memiliki modal boleh guna tidak melebihi RM2 ribu atau pendapatan tahunan

tidak melebihi RM3 ribu, memohon bantuan guaman sudah menghadapi masalah

kekurangan kakitangan sehingga tidak dapat memberikan bantuan yang cepat dan

berkesan.

Saya agak khuatir setelah rang undang-undang ini diluluskan dan

dilaksanakan akan timbul masalah kekurangan kakitangan yang lebih serius dan

menyebabkan lebih banyak kes yang ditangguhkan lantas mengakibatkan mereka

yang sudah pun kurang bernasib baik dan amat memerlukan bantuan perlu

menanggung derita dengan lebih lama. Saya mendapati bahawa rang undang-

undang ini akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang

amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini. Saya berharap tambahan wang

perbelanjaan ini akan untuk tujuan menambahkan bilangan kakitangan bagi

mempercepatkan pemprosesan kes. Ini adalah kerana banyak kes khususnya kes

DR. 27.3.2003 77

yang melibatkan keselamatan anak dan kaum ibu dalam keganasan domestik tidak

boleh dilambatkan dan perlu ditangani dengan seberapa segera.

Di samping itu saya berpendapat kerajaan perlu mengambil satu langkah lagi

dengan menetapkan semua kes yang melibatkan keselamatan individu seperti kes

keganasan domestik perlu diambil tindakan dengan segera. Sementara kes-kes

yang lain juga perlu diuruskan dalam masa dua minggu atau satu jangka masa yang

munasabah setelah pengadu menyerahkan permohonannya demi untuk

mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan ini.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan pengalaman yang lepas, kami mendapati

bahawa bilangan kaum Cina dan kaum India yang cuba mendapatkan bantuan dari

Biro Bantuan Guaman adalah tidak ramai dan sebabnya bukanlah tidak diberikan

layanan yang saksama tetapi adalah kerana mereka yang ingin mendapatkan

bantuan guaman secara percuma biasanya merupakan golongan yang

berpendidikan lebih rendah dan selalunya tidak fasih dalam Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris sehingga merasakan rendah diri dan tidak berani untuk meminta

bantuan. Sehubungan ini, untuk mengelakkan hak mereka terjejas semata-mata

kerana halangan bahasa, saya berpendapat kerajaan perlu melantik kaum yang

berlainan sebagai peguam dan kakitangan Biro Bantuan Guaman di mana peguam

dan kakitangan ini sebaik-baiknya inengetahui pelbagai bahasa termasuklah dialek.

Selain daripada itu kerajaan juga perlu mengambil langkah proaktif

menjemput pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dari pelbagai kaum untuk

memberi bantuan dengan menjemput mereka, melantik peguam sukarela dan ahli-

ahli yang mempunyai tahap penguasaan yang tinggi menubuhkan pasukan

sukarelawan. Ahli-ahli pasukan sukarelawan ini akan berkhidmat mengikut jadual

yang ditetapkan dengan memberi nasihat kepada mereka yang memerlukan bantuan

dan membantu mereka mengisi borang permohonan bantuan guaman.

Melalui cara ini pasukan sukarelawan ini akan dapat memainkan fungsi

sebagai wadah komunikasi di antara Biro Bantuan Guaman dan pihak majikan untuk

memastikan masalah golongan yang memerlukan bantuan ini dapat disampaikan

dengan jelas dan seterusnya membolehkan hak mereka dijamin dengan lebih

sempurna.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cadangan-cadangan di atas, saya menyokong

penuh Pindaan Rang Undang-Undang Akta Bantuan Guaman 2003. Sekian, terima

kasih.

DR. 27.3.2003 78

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Klang, sila Yang

Berhormat bagi Klang.

3.10 ptg.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Klang]: Ten ma kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Perdana

Menteri yang membawa pindaan Akta Bantuan Guaman 1971 hari ini. Pindaan rang

undang-undang yang dibentangkan ini adalah tepat pada masanya, khususnya

pindaan tentang jumlah sumber kewangan yang dimiliki seseorang yang layak

mendapatkan bantuan guaman.

Dengan pindaan yang dibentangkan itu, sumbangan kewangan telah

dinaikkan ke tidak melebihi RM25 ribu, suatu amaun yang lebih rasional atau

berpatutan. Jumlah yang ada dalam akta sekarang ini adalah terlalu rendah

dibandingkan dengan kos kehidupan hari ini yang telah meningkat beberapa kali

ganda sejak akta ini digubal pada tahun 1971. Dengan menaikkan hak sumber

kewangan, maka skop bagi orang yang layak mendapat bantuan guaman

diperluaskan dan sudah tentu akan membenarkan lebih ramai orang dari golongan

berpendapatan rendah itu mendapat penghakiman mahkamah atau redress untuk

menentukan kesalahan yang dilakukan terhadapnya.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bantuan guaman telah berjaya

membantu ramai orang miskin mendapatkan khidmat guaman. Tanpa bantuan

guaman, ramai tidak akan dapat merasai keadilan di bawah sistem keadilan kita.

Institusi Bantuan Guaman ini telah memberi satu jaminan dan keyakinan kepada

mereka bahawa keadilan adalah untuk semua, justice is for all, sama ada dia kaya

atau miskin. Oleh itu kita harus sentiasa cuba memperbaiki mekanisme bantuan

guaman supaya ia dapat terus berkembang mengikut masa dan terus membantu

orang yang memerlukannya.

Dalam hal ini, saya berpendapat, selain daripada meningkatkan had sumber

kewangan, satu lagi aspek yang perlu kita ambil perhatian iaitu senarai menunggu

yang begitu panjang, the long waiting list untuk mereka yang meminta khidmat

Bantuan Guaman. Saya difahamkan dalam satu tahun, seorang peguam harus

menangani beberapa ratus kes. Selain daripada itu pusat ada pejabat bantuan

guaman juga adalah tidak mencukupi. Saya dapati hanya 22 di seluruh Malaysia.

Ramai orang melepaskan bantuan untuk mendapatkan bantuan guaman

sebab di bandar yang mereka tinggal tiada pejabat bantuan guaman. Misalnya di

DR. 27.3.2003 79

Selangor pejabat bantuan guaman terletak di Shah Alam. Katakanlah orang dari

Sabak Bernam harus menaiki bas dan tukar bas dua kali baru sampai ke Shah Alam.

Ini mungkin akan mengambil masa satu hari untuk pergi ke pejabat bantuan guaman.

Selain daripada masalah tersebut, mereka kena menunggu satu masa yang panjang

sebelum mereka mendapatkan khidmat sebab bilangan peguam di panel bantuan

guaman adalah terhad sedangkan orang yang memerlukan perkhidmatan adalah

ramai. Dengan pindaan ini Tuan Yang di-Pertuar lebih ramai orang akan layak untuk

mendapatkan bantuan guaman dan masalah yang disebutkan ini akan menjadi lebih

serius.

Untuk mengatasi masalah seperti ini, saya minta supaya mekanisme

bantuan guaman dijadikan lebih fleksibel dan lebih accessible untuk mereka yang

memerlukannya, misalnya memberikan mereka yang layak mendapat bantuan

guaman itu mencari peguam sendiri. Mereka boleh mencari peguam yang mereka

kenal dan berasa selesa, feel comfortable with, boleh berkomunikasi dengan mereka

dalam bahasa yang mereka sama-sama memahami serta pejabatnya yang terletak

di bandar mereka.

Peguam yang mewakili mereka itu boleh membuat tuntutan kepada kerajaan

ke atas perkhidmatan mereka. Saya percaya ramai peguam mempunyai komitmen

sosial dan berminat memberi bantuan kepada mereka yang tidak mampu dengan

membenarkan mereka ambil kes-kes bantuan guaman di pejabat mereka sendiri.

Saya percaya lebih banyak kes bantuan kewangan akan dapat diselesaikan dalam

masa yang singkat dan lebih ramai orang yang tidak mampu akan dapat

perkhidmatan ini. Tambahan kerajaan akan dapat jimat perbelanjaannya walaupun

perkhidmatan itu diperluaskan. Kerajaan tidak perlu membina pejabat baru dengan

sistem yang saya cadangkan itu khidmat bantuan guaman akan menggunakan

kemudahan atau facilities peguam swasta sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang ingin saya sentuh di sini ialah

berkenaan dengan bayaran guaman atau legal fees. Hari ini permintaan khidmat

peguam telah meningkat atas sebab kesedaran hak-hak orang ramai. Akan tetapi

mereka takut mendapat perkhidmatan peguam sebab mereka tidak tahu berapa

mereka kena bayar nanti. Mereka takut akan dikenakan suatu bayaran yang tinggi

yang mereka tidak mampu membayarnya. Kebimbangan mereka bukan tidak

berasas sebab adanya golongan peguam yang mengenakan bayaran yang begitu

tinggi. Sometimes the fees charge dengan izin, is a forbidden. Ada peguam yang

DR. 27.3.2003 80

charge RM800 sejam untuk consultation sahaja. Kadang-kadang pelanggan bukan

sahaja dikenakan bayaran consultation untuk peguam tetapi juga penolongnya yang

nadir.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini hanya conveyancing terdapat suatu

garis panduan yang jelas tentang bayaran perkhidmatan. Manakala bagi kes-kes

litigation langsung tidak ada garis panduan untuk bayaran. Jumlah bayaran yang

dikenakan ditentukan oleh pihak peguam dan pelanggan terpaksa menerimanya jika

ia tidak setuju tentang amaun yang dikenakan di bawah sistem yang ada sekarang

dia boleh minta bil bayaran berkenaan di tax tetapi untuk membuat demikian dia

harus mendapat satu lagi peguam untuk mewakilinya untuk menangani kes di

mahkamah. Ini bermakna kos perbelanjaan bertambah. Dalam hal seperti ini mereka

tidak ada pilihan lain sebaliknya membayar sahaja walaupun bayaran yang

dikenakan terialu tinggi dan tidak adil. Inilah menyebabkan orang ramai takut

mengambil tindakan mahkamah walaupun mereka sedar akan hak mereka di sisi

undang-undang. Ini juga merupakan sebab-sebab utama mengapa orang ramai

terpaksa mendapat consultation percuma yang diberikan oleh NGO atau parti politik

ataupun pusat khidmat wakil rakyat mereka.

Hah ini oleh sebab kesedaran hak pengguna dan tekanan dahpada orang

awam, ramai pembekal barang-barang atau perkhidmatan telah diwajibkan

mempamerkan harga barangan atau perkhidmatan mereka. Misalnya jika kita pergi

ke kedai kopi kita boleh nampak harga secawan kopi dipamerkan di papan senarai

harga di kedai itu walaupun harganya hanya RM1 sahaja. Baru-baru ini bengkel

kereta juga dikehendaki mempamerkan bayaran sebarang jenis perkhidmatan.

Bayaran consultation perubatan walaupun tidak dipamerkan di klinik-klinik swasta

tetapi terdapat juga suatu garis panduan yang ditetapkan oleh MMA.

Tuan Yang di-Pertua, hah ini apabila perkhidmatan peguam sering diminta,

saya rasa sudah tibalah masanya bagi kerajaan dan Bar Council sama-sama

mengkaji masalah ini supaya dapat mengeluarkan suatu garis panduan untuk

bayaran guaman khususnya bayaran consultation dan litigation. Saya percaya

hanya dengan adanya garis panduan yang jelas kepentingan pelanggan akan

mendapat perlindungan yang sewajarnya dan saya yakin dan percaya dengan

menyeragamkan sistem bayaran guaman, sistem guaman kita dapat berkembang

maju dalam suatu aspek yang sihat.

Ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

DR. 27.3.2003 81

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi

Batu Gajah.

3.20 ptg.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-

undang Bantuan Guaman ini. Saya menyambut baik pindaan yang akan diluluskan

pindaan kepada Seksyen 10 dan Seksyen 15 memberikan lebih ramai layak untuk

menerima bantuan guaman secara percuma terutama kepada mereka yang kurang

mampu yang merupakan wanita dan kanak-kanak. Biro Bantuan Guaman telah

dimulakan sejak tahun 1970 - sudah lebih 33 tahun. Persoalannya apakah Biro

Bantuan Guaman ini dengan izin, accessible kepada orang ramai terutamanya orang

yang kurang mampu.

Orang ramai tidak akan pergi cari peguam atau untuk meminta nasihat

undang-undang kecuali apabila mereka mempunyai masalah yang melibatkan

undang-undang. Jadi, saya rasa adalah perlu sepanjang masa mereka dimaklumkan

atau mereka dapat lihat atau mengetahui kewujudan Biro Bantuan Guaman ini.

Sudah sampai masanya mahkamah-mahkamah, balai polis atau penjara diletakkan

poster-poster untuk mereka mengetahui bahawa wujud satu bantuan percuma

kepada mereka agar mereka tidak akan terasa tidak ada wang tidak akan dapat

keadilan. Kalau saya diberi sedikit masa saya ingin bagi satu contoh. Buat masa

kini mereka yang telah dibawa ke balai polis ahti keluarga mereka apabila dihubungi

bahawa anak mereka telah ditangkap oleh polis, the first thinking to their mind is to

look for the lawyer, dengan izin.

Walaupun mereka tidak mampu, ramai yang datang cari wakil rakyat rninta

bantuan kami tidak mampu untuk cari yang swasta, mereka tidak mengetahui

kewujudan Biro Bantuan Guaman yang boleh bagi bantuan percuma. Ada satu

masalah lagi yang wujud ada ramai caught dengan izin, orang tengah di mahkamah.

Apabila seseorang itu dituduh di mahkamah ahli keluarganya nadir ke mahkamah

orang tengah ini datang kata cari peguam saya, peguam saya ini boleh pasti dia

akan lepas, guarantee you datang cari saya, saya bagi kad. Ini ialah orang tengah di

luar mahkamah. Mereka tidak tahu kewujudan Biro Bantuan Guaman. Ini perkara

pertama.

Yang kedua itu, juga ada polis di lokap-lokap dia datang tanya, ini sudah ada

peguam tidak? Berapa you mampu bayar? Kalau bayar RM1000 nama ini, kalau

DR. 27.3.2003 82

mampu bayar RM500 hah kad ini, kalau mampu RM200, kad ini. Jadi, saya rasa

sudah sampai masa pegawai juga dimaklumkan agar mereka boieh bersama-sama

menjadikan sistem kehakiman ini accessible to a//termasuk yang kurang mampu ini.

Ini adalah keadaan sebenaryang sedang berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat pun

seorang lawyer juga.

Puan Fong Po Kuan: Tetapi saya seorang wakil rakyat sepanjang masa

walaupun saya seorang peguam tetapi yang penting ialah saya mesti pastikan yang

kurang mampu akan dapat nasihat guaman yang percuma [Tepuk]

No, we dont be profit oriented, dengan izin. Ini obligasi sosial dengan izin.

Saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri ambil perhatianlah kerana apa yang

berlaku.

Dato* Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, minta jalan ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan

Menteri minta penjeiasan.

Puan Fong Po Kuan: Terima kasih, tidak payahlah saya rasa. Ambil

perhatian sudah cukuplah.

Dato' Chor Chee Heung: Tidak payah. [Ketawa]

Puan Fong Po Kuan: Biar kita jimat masa Dewan. Ini adalah satu perkara,

poster di mahkamah, poster di penjara, poster di balai polis dan kalau boleh

tempatkan satu pegawai dari Biro Bantuan Guaman di mahkamah sepanjang masa

biar accessible. Maklumkan jurubahasa bahawa kalau ada kes macam ini rujuk

kepada legal aid officer yang ada di sekitar atau di kawasan mahkamah.

Perkara lain yang saya ingin cadangkan ialah online system. Saya ada pergi

buat rujukan di homepage, laman web, tarikh akhir dikemas kini ialah Jun 2002.

How can we make this accessible? Jangan kita harapkan orang di Gerik naik bas

atau teksi pergi ke Ipoh untuk dapatkan nasihat guaman. Make it accessible online

sepanjang masa, pegawai ditempatkan untuk sesiapa yang hendak minta nasihat,

immediately boleh diberi jawapan. Laman web, 2002 - jangan jadikan ia satu lagi

sarang labah-labah, cobweb. Saya haraplah. Mereka tidak perlu take a bus all the

way from Gerik to Ipoh. Di Perak hanya ada dua Biro Bantuan Guaman.

Saya pernah rujukkan kes, masa itu ada seorang pegawai wanita yang

bertanggungjawab kepada Biro Bantuan Guaman di Ipoh, Perak, prestasinya amat

baik dan sangat efisien. Ini saya hendak pujilah tetapi sekarang ini dia sudah pindah

DR. 27.3.2003 83

ke tempat yang lain. Persoalannya ialah seperti yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat bagi Petaling Jaya Utara tadi, tidak ada pegawai yang boleh berbahasa

lain kecuali bahasa Melayu.

Ada pernah sekali seorang wanita tua datang dari kampung, dia hubungi

saya, dia minta saya tolong. Saya kata saya boleh tolong rujuk kes ke Biro Bantuan

Guaman. Saya kata you bawa teksi pergi sana, dia akan bantu. Selepas itu dia

sampai sana, dia beritahu saya, dia call saya, "Saya tidak tahu cakaplah". Sebab dia

tidak tahu, dia hanya tahu dialek Hakka. Dia berumur 60 tahun lebih. Suami dia

hendak bercerai dengan dia, dia tidak tahu.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Ketawa]

Puan Fong Po Kuan: Cerai juga tetapi mahkamah tidak meluluskan, okey.

Persoalannya bukan yang penting mereka cerai atau tidak cerai. Yang penttng ialah

sama ada [Ketawa] Ini sama ada Biro Bantuan Guaman boleh friendly-service

accessible untuk semua. Jadi, selepas itu dia kata, "Macam mana sekarang?".

Selepas itu, saya kata, "Tidak apar bertenang, nanti saya minta jalan". Selepas itu

dia call balik, dia kata pegawai sana kata tidak payah datang sebab pemandu teksi

tolong dia jadi juru bahasa.

Selepas itu pegawai di Biro Bantuan Guaman, bila saya kata saya hendak

tanya perkembangan kes ini, dia kata, "Oh yang pemandu teksi jadi juru bahasa itu".

Saya kata, "Ya, betul". Jadi, masalahnya ialah kita perlukan pegawai yang pelbagai

bahasa. Saya harap diambil perhatian tentang perkara ini.

Satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan adalah lawatan oleh Biro

Bantuan Guaman. Harap mereka boleh buat lebih banyak lawatan ke kampung,

pergi buat penerangan berkenaan hak-hak mereka. We have to make ourselves

accessible, you know, approachable. Bukan mereka datang untuk minta nasihat

atau minta makiumat tetapi kita pergi kepada mereka.

Satu perkara tagi adalah berkenaan dengan prosedur permohonan. Ini ada

ramai yang datang kepada saya. Dia kata, "Sekarang saya tidak bekerja". Dia

hendak pengesahan bahawa saya tidak bekerja. Yang diberi, syaratnya ialah ketua

kampung tetapi mereka sekarang tinggal menyewa rumah di taman" Dia kata,

"Mana saya ada ketua kampung?". Dia minta saya buat pengesahan. Saya kata

saya tidak boleh. Saya tidak kenal latar belakang dia. "Saya tidak boleh

mengesahkan sama ada anda benar-benar tidak bekerja." Secara terang saya

DR. 27.3.2003 84

beritahu dia sebab kalau tidak, saya akan dihadapkan ke mahkamah kalau didapati

dia bekerja.

Masalahnya bagaimana, saya harap prosedur ini dapat dijadikan lebih

fleksibel. Saya cadangkan buat surat akuan bahawa dia tidak bekerja sudah

memadai daripada letak syarat ketua kampung.

Perkara fain yang saya ingin cadangkan adalah filing....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Urn SI Cheng]: Yang Berhormat, banyak

perkara ya.

Puan Fong Po Kuan: Ini masalah yang memang wujud sekarang ini. Saya

hendak bantu bersama dengan kerajaan. Make it access untuk semua yang kurang

mampu. Kita pun sebuah masyarakat penyayang, Tuan Yang di-Pertua.

Buat masa kini, filing yang dibuat oleh Majlis Peguam dari Legal Aid Center

dan mereka membantu kes-kes yang mereka ambil dari Legal Aid Center di bawah

Majlis Peguam itu, mereka balik kena bayar tetapi bagi Biro Bantuan Guaman, tidak,

dikecualikan dari bayaran. Saya harap boleh diseragamkan untuk menggalakkan

lebih peguam swasta juga melibatkan diri untuk membuat kerja-kerja sosial ini

kepada mereka yang kurang upaya.

Jadi, saya juga ingin tanya, setakat ini berapa peguam panel di bawah Biro

Bantuan Guaman ini sebab kalau saya lawat laman web, tidak ramai, hanya 20 lebih

di seluruh Perak.

Jadi, bagaimanakah cadangan untuk menggalakkan lebih ramai, terutama

yang baru tubuhkan pejabat peguam sebab mereka akan dibayar juga oleh kerajaan

apabila mereka dirujukkan kes iaitu mengendalikannya.

Akhir sekali, perkara yang saya hendak tanya adalah berkenaan jumlah kes

setakat ini pada tahun 2001 yang telah dirujuk atau yang diminta nasihat oleh orang

ramai kepada Biro Bantuan Guaman dan jenis kes. Apakah jenis kes yang mereka

rujuk kepada Biro Bantuan Guaman?

Saya rasa setakat ini, saya ingin sokong apa yang dicadangkan oleh kerajaan

berkenaan pemindaan ini tetapi harap jangan setakat buat cadangan ke atas kerja,

biarlah kita bersama-sama lakukan kerja on the ground, dengan izin. Sekian, terima

kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Machang.

DR. 27.3.2003 85

3.31 ptg.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang]: Assalamuataikum dan

salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah rnemberi saya

peluang untuk ikut sama dalam perbahasan mengenai rang undang-undang yang

ada di hadapan kita ini. Rang undang-undang pindaan kepada Akta Bantuan

Guaman 1971.

Satu rang undang-undang yang saya rasa tidaklah kontroversi dari segi

politik. lanya dikendalikan oleh sebuah jabatan yang dikenali sebagai Biro Bantuan

Guaman yang diwujudkan pada asasnya untuk membantu orang-orang yang tidak

beradaatau berkemampuan untuk mengambil tindakan-tindakan undang-undang

untuk mendapat haknya yang telah dinafikan atau hak-haknya yang perlu dipohon

melalui undang-undang.

Sebenarnya tadi, Yang Berhormat bagi Batang Lupar menyebut bahawa

bantuan guaman ini adalah selaras ataupun selari dengan Perlembagaan kita iaitu

Artikel ataupun Perkara 8 yang menyatakan bahawa setiap orang adalah mempunyai

hak yang sama di sisi undang-undang.

Sebenarnya, United Nations atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah

membuat deklarasi yang dinamakan sebagai Human Rights Declaration yang

menyatakan bahawa hampir sama dengan apa yang ada di dalam Perlembagaan

kita. Ini bererti bahawa legal aid ataupun bantuan guaman ini adalah satu bantuan

yang ditujukan untuk rnemberi hak kemanusiaan yang tiap-tiap orang perlu dapat.

Jadi, oleh kerana itu, memanglah Akta Bantuan Guaman ini satu akta yang

sepatutnya tidak menjadi kontroversi dan oleh kerana itu saya berdiri di sini dengan

harapan bahawa apa-apa kritikan ataupun apa-apa pandangan yang saya berikan,

bukanlah bermaksud ke arah untuk mencetuskan kontroversi.

Sebenarnya bantuan guaman di negara kita ini bukan sahaja dijalankan di

bawah Akta Bantuan Guaman ini tetapi ada dua lagi bantuan guaman yang sedang

berjalan. Satu, sebagaimana disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah tadi

iaitu di bawah kelolaan Majlis Peguam yang pada sesetengah tempatnya

diseiaraskan dengan bantuan guaman di bawah akta ini dan di sesetengah tempat

adalah bergerak masing-masing.

Satu lagi bantuan guaman ialah yang diberi kuasa kepada hakim di dalam

kes-kes yang melibatkan capital punishment ataupun hukuman bunuh, perkara ini

telah berjalan lama, ini kuasa hakim dan sebenarnya perkara ini, saya sebut di sini

DR. 27.3.2003 86

untuk memberi gambaran bahawa bantuan guaman ini adaiah suatu perkara yang

telah berjalan di negara kita ini.

Sebelum saya pergi kepada akta pindaan yang di hadapan kita ini,

sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi bahawa tujuan akta ini ialah untuk

memberi kepada setiap orang, setiap rakyat negeri ini peluang akses, access to the

law, peluang untuk mendapat haknya di sisi undang-undang.

Kadang-kadang peluang ini ada yang kerana ignorant ataupun kerana

kejahilan mungkin tidak dapat ataupun kerana tekanan-tekanan dalam sistem

undang-undang itu sendiri, yang menyebabkan orang takut untuk mengambil

tindakan undang-undang.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merujuk Yang Berhormat Menteri kepada

suatu perkara yang saya rasa walaupun tidak directly ataupun secara langsung

bersangkut dengan akta ini, tetapi telah disentuh oleh Yang Berhormat bagi Kapar

tadi, tentang masalah kos yang dimaksudkan oleh beliau tadi ialah kos yang

dinamakan solicitor and clients cost, ertinya tetapi perkara ini bagi saya tidak

berbangkit banyak, oleh kerana apabila seseorang pergi untuk mendapatkan

peguam, tentulah dia akan bertanya berapa bayaran yang kena dibayarnya.

Tetapi masalah yang timbul, yang menyebabkan orang berasa takut untuk

pergi ke mahkamah ialah masalah yang dinamakan kos parti and party cost. Yang

sejak akhir-akhir ini telah meningkat begitu tinggi, saya telah berada dalam profesion

undang-undang selama 30 tahun, saya ingat pada asalnya, pada mula-mula saya

praktis dahulu, kos parti and party cost ini pada dahulunya kalau RM10,000 itu amat

tinggi, tetapi sekarang ini sudah meningkat kepada satu kes RM500.000.

Kadang-kadang kos ini terpaksa dibayar oleh orang yang kalah, bukan

kerana kesalahannya sendiri, sebagai contoh kita kata kes dalam petition pilihan

raya misalnya, wakil bagi Gua Musang pernah terpaksa membayar sebanyak

RM80.000 sedangkan dia tidak buat kesalahan, kes dia tidak membuat apa-apa

kesalahan, tetapi oleh kerana permohonan yang dibuat oleh orang lawan itu, telah

diterima oleh mahkamah, maka terpaksa mahkamah membuat perintah mengenai

kos, apa yang dinamakan party and party cost.

Di dalam kes ini, saya rasa pihak kerajaan perlulah memantau kerana kalau

tidak, ia akan lebih, akan meningkat dan akan menjadi dengan izin, prohibitive

kepada orang-orang yang hendak bawa kes ke mahkamah.

DR. 27.3.2003 87

Peguam-peguam pun merasa takut kadang-kadang untuk menasihatkan

supaya kes ini dibawa ke mahkamah takut sebab kes, you may have a good case,

dengan izin, tetapi kita boleh katah mengikut daripada segi prosedur, yang

menyebabkan kos apa yang dinamakan, saya namakan tadi party and party cost.

Jadi oleh kerana itu, saya dengan itu meminta supaya kerajaan memantau

perkara ini dan kalau boleh diadakan peruntukan undang-undang khusus kalau tidak

perkara ini akan spiral akan naik tinggi menyebabkan orang takut, terutama sekarang

ini yang pergi kepada mahkamah ialah pihak-pihak korporat yang mempunyai wang

yang banyak dan mereka dalam sesetengah keadaan boleh sebelum kes dijalankan,

boleh meminta perintah supaya parti ataupun orang yang hendak melawannya itu

mendepositkan ataupun membuat pertaruhan kos di mahkamah. Dan ini

menyebabkan accessibility to the court, dengan izin, akan menjadi payah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan Akta Bantuan Guaman ini, sebelum

saya pergi kepada perkara-perkara yang berikut, saya hendak tunjukkan, hendak

dikatakan di sini bahawa, walaupun dalam Akta Biro Bantuan Guaman ini, kalau kita

lihat list perkara-perkara yang boleh dibawa, diberi bantuan guaman adalah begitu

banyak, seperti description of criminal proceedings dalam kes-kes jenayah misalnya,

kita dapati dalam kes-kes di mana yang kena tuduh telah mengaku salah, maka

bantuan guaman boleh diberi.

Kemudian ada lagi di sini, dengan izin, criminal proceedings under The

Children and Young Persons Ordinance 1947, Young Persons Act now, jadi saya

tidak nampak, saya faham apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi

bahawa kita tngin memberi bantuan kepada juvana.

Jadi, saya tidak nampak kenapa criminal Children and Young Persons

Ordinance 1947 disebut dalam Jadual ini, sebab ordinan ini, akta ini untuk memberi

perlindungan kepada anak-anak, orang-orang muda ataupun children kepada kanak-

kanak dan kepada orang-orang yang berumur rendah untuk memberi perlindungan.

Maka yang menjadi accused ataupun yang dituduh di bawah akta ini,

biasanya orang yang membuat zaltm kepada kanak-kanak, kenapa kita perlu

memberi bantuan kepada accused ataupun orang yang kena tuduh dalam kes ini.

Kes-kes ini adalah satu criminal proceedings dan yang mangsanya tidak diwakili oleh

peguam mengikut acara kita.

Jadi, oleh kerana itu, saya minta kalau perlu dibuat kajian, saya rasa, kalau

teguran saya ini betul, saya rasa perlu dibuat pindaan kepada Second Schedule ini

DR. 27.3.2003 88

iaitu dengan memasukkan juvana sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Juvenile

Court Act iaitu orang-orang yang dituduh di bawah Juvenile Court Act, di juvenile,

orang-orang yang di juvana yang dimaksudkan, saya rasa ttulah yang dimaksudkan

oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Begitu juga criminal proceedings under the Minor Offences Ordinance,

perkara ini saya rasa tidak perlu sangat ada dalam akta ini oleh kerana minor

offences ini biasanya dendanya kecil-kecil dan sebagainya.

Yang kedua pula, mengenai dengan Third Schedule, description of civil

proceedings, dalam kes-kes sivil kebanyakannya walaupun kalau kita tengok list ini

panjang tetapi oleh kerana orang tidak berapa tahu apa hak mereka yang boleh

mereka tuntut di bawah akta ini, biasanya yang kebanyakan kes ini adalah kes untuk

nafkah, untuk menguatkuasakan nafkah dan sebagainya dan saya telah mendapat

butir-butir sedikit sebanyak daripada mereka yang terlibat dalam kes ini, saya dapati

majoriti ataupun kebanyakan kesnya ialah mengenai nafkah.

Kemudian kes keluarga lain, dan kes kemalangan jalan raya. Kemalangan

jalan raya ini memang sedikit, mungkin kebanyakan orang kalau ada kemalangan

jalan raya pergi kepada peguam, kebanyakan peguamnya tidak mengambil fee atau

pembayaran tetapi memotong daripada apa yang didapati daripada damages

ataupun kerosakan, bayaran kerosakan.

Walaupun dalam Seksyen 2 ini kita dapati banyak, izinkan saya baca,

proceedings under the Maintenance Orders, Ordinance 1949, proceedings under the

Married Women and Children i(Enforcement of Maintenance) Act 1968, proceedings

relating to maintenance, custody, divorce and harta sepencarian in courts

administering muslim laws, rights and liabilities under the Workmen's Compensation

Ordinance.

Ini nampaknya, di bawah Workmen's Compensation Ordinance ini tidak

banyak yang pergi berjumpa dengan Biro Bantuan Guaman, rights and liabilities

under the padi cultivators, kes ini memang saya tidak pernah jumpa iagi, walaupun

akta ini ada tetapi tidak ada kes di mahkamah.

Rights and the liabilities under the Small Estates (Distribution) Act. Ini pun

orang ramai tidak tahu. Saya rasa perlu diberitahu kepada orang ramai sebab

banyak kes pusaka yang tidak selesai kerana orang tidak tahu macam mana hendak

selesaikan, sedangkan kita ada Biro Bantuan Guaman yang >boleh menyelesaikan

masalah kes-kes pusaka.

DR. 27.3.2003 89

Rights and liabilities in respect of civil action for damages arising out of

accidents involving motor vehicles within the meaning of the Road Traffic Ordinance

1958. Yang ini ada sedikit sahaja. Rights and liabilities under the Moneylenders

Ordinance, saya rasa tidak ada langsung orang pergi ke...

Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat,

sekarang kita berada di akta pindaan.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jadi, saya fikir tak perlu

kita jauhkan diri daripada pindaan inilah. Saya ingatkan.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: Maksud saya begini, Tuan Yang di-

Pertua. Saya hendak mengatakan sebab saya rasa pihak Biro Bantuan Guaman ini

perlu merapatkan diri kepada orang ramai supaya orang ramat tahu ...

Timbalan Yang dl-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya bersetuju tetapi

sekarang kita menghadapi akta pindaan. Sebagaimana ternyata dalam Peraturan

Mesyuarat kita hanya dibenarkan membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan

dengan pindaan.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: Saya faham, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya hendak minta

kerjasama Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: Tadi saya bangkitkan perkara itu tadi

oleh kerana benda ini ada bersangkut paut dengan bil hari ini yang saya rasa perlu

dibuat pindaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam bil yang kita hadapi sekarang ini ada perkara-

perkara yang saya rasa perlu dibincangkan. Yang saya hendak tahu daripada

Menteri ialah kita ada dalam rang undang-undang ini suatu bab mengenai

pengantara, Pengantara ini ertinya orang-orang dengan tujuan supaya kes ini dapat

diselesaikan di luar mahkamah, kes-kes yang melibatkan bantuan guaman. Saya

ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa dalam kes-kes nafkah dan

kes-kes perceraian di mana Biro Bantuan Guaman terlibat, di dalam enakmen negeri

masing-masing sudah ada peruntukan yang dinamakan mengenai "consolation".

Jadi, dalam kes-kes perceraian misalnya, banyak kes yang jadi lambat

hendak diselesaikan oleh kerana consolation tadi, proses untuk berdamai tadi. Jadi,

kalau kes-kes yang dibawa oleh biro ini ada pengantaranya dahulu, kemudian tidak

dapat diselesaikan, pergi ke mahkamah syarii, di bawah kepada pihak pendamai

DR. 27.3.2003 90

tadi, kemudian apabila tidak selesai lagi di bawa kepada apa yang dinamakan

sebagai hakam. Jadi, saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri, dalam

kes-kes di mana peruntukan undang-undang sudah ada mengenai pendamai tadi,

adakah pengantara ini akan dipakai juga.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada

pindaan mengenai dengan sumber, dahulu yang dipanggil disposable property

ataupun sekarang dipanggilkan sumber kewangan yang dinaikkan daripada

RM25.000 kepada RM30.000. Saya rasa RM25.000 pendapatan orang itu, sumber

kewangannya itu sebanyak RM2,000 lebih sebulan. Jadi, kalau dahulu yang dikira

boleh mendapat bantuan ini ialah sebanyak lebih kurang RM200 lebih sahaja.

Sekarang RM3.000 dinaikkan kepada RM25.000. Kalau dahulu dikira RM250

sebulan, sekarang sudah jadi RM2.000 lebih. Jadi, kalau RM250 dahulu itu mungkin

orang ini miskin. Sekarang diubah kepada RM2.000. RM2.000 saya rasa bukan

orang miskin lagi.

Jadi, saya hendak tahu macam mana dengan perluasan orang-orang yang

boleh menerima bantuan guaman ini dengan menaikkan kadar sumber kewangan

kepada RM25,000 ini, saya rasa daripada segi peruntukan akan terhad. Jadi, saya

takut nanti orang yang dapat pendapatan kita katakan RM2,000 sebulan ini, oleh

kerana dia punya pengaruh dalam masyarakat dan sebagainya akan mendapat

bantuan guaman sedangkan orang yang betul-betul miskin yang mendapat RM450

pendapatan sebulan, mungkin akan tertinggal. Saya rasa kerajaan perlu memantau

perkara ini.

Satu lagi perkara yang sebagaimana disebutkan oleh Batang Lupar tadi

masalah sumber kewangan ini tidak didefinisikan, ditakrifkan. Dalam akta ini seksyen

17 dibatalkan atau deleted dan tidak ada ganti kepada seksyen 17. Saya rasa

sepatutnya diganti, sebab sumber kewangan ini mungkin daripada wang sewa,

ertinya dia orang yang berada tetapi mempunyai property yang sewanya kurang

daripada RM2.000. Jadi, oleh kerana itu perlu saya rasa kepada definisi, tetapi oleh

kerana bil ini tidak mempunyai definisi, terserah kepada pihak yang menjalankan

bantuan guaman ini.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini dalam kes-kes yang dikendalikan

bantuan guaman ini sebagaimana yang disebutkan oleh Batu Gajah tadi, begitu juga

dalam Akta 71 itu ada peruntukan untuk panel and solicitors. Saya takut begini,

kadang-kadang mereka memilih kepada peguam-peguam baru yang tidak

DR. 27.3.2003 91

mempunyai experience, sedangkan kes-kes yang dihadapi oleh orang yang meminta

bantuan itu kes-kes yang orang panggil payah untuk dikendalikan.

Jadi, oleh kerana itu saya mengharapkan bahawa bayaran kepada peguam

itu tidak sepatutnya ditimbangkan kepada - kalau peguam yang senior, yang sudah

lama berkhidmat, yang mempunyai pengalaman jauh mungkin dibayar lebih tinggi

daripada yang baru kerana takut peguam-peguam yang lama berkhidmat tidak mahu

memberi perkhidmatan oleh kerana bayaran yang dikenakan.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini kita dapati orang yang

mendapat pertolongan - aid, bantuan di bawah akta ini tidak perlu membayar costs

sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta 1971 tetapi sebagaimana saya

katakan tadi kadang-kadang orang yang pergi, kalau mempunyai income lebih

kurang RM2.000 dia menggunakan legal aid} sedangkan orang lain yang mendapat

income yang sama tetapi lawannya itu tidak menggunakan legal aid, mengikut

peruntukan yang ada hari ini lawannya itu kena bayar costs kalau kalah tetapi kalau

dia kalah dia tidak kena bayar costs. Ini yang menjadi masalah saya rasa daripada

segi itu.

Kalau dalam kes-kes di mana legal aid yang terlibat, saya rasa tidak perlu

diberi costs. Tidak kira sama ada yang melawan ataupun salah satu daripada party

to the litigation. Ertinya tidak patutlah diberikan costs sebab mungkin mengakibatkan

ketidakadilan pada akhirnya. Itulah sahaja ucapan saya dalam Dewan ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Husam bin Hajl Musa: [Bangun]

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua lagi. Tidak

panjang ya, kedua-dua.

Tuan Husam bin Haji Musa: Tidak panjang. Sangat tidak panjang.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas kedua-dua Yang

Berhormat, Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Jadi, Yang Berhormat bagi

Kubang Kerian dululah.

3.55 ptg.

Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Saya ambil bahagian untuk membincangkan sedikit sahaja daripada

pindaan akta ini, iaitu akta ini telah memperkenalkan dua perubahan yang agak

besar di samping perubahan-perubahan lain. Iaitu perubahan tentang masuknya

DR. 27.3.2003 92

hakim Mahkamah Syariah dan juga meningkatkan had sumber kewangan untuk

seseorang boleh mendapat perkhidmatan daripada Biro Bantuan Guaman ini.

Selain daripada itu, sebelum itu saya ingin tahu daripada Yang Berhormat

Menteri dalam kes Kerajaan Negeri Kelantan yang dituduh memberikan tanah

kepada pegawai-pegawai BPR, adakah Kerajaan Kelantan boleh terima bantuan

guaman di bawah biro ini untuk menyamankan mana-mana pihak yang membuat

tuduhan tersebut?

Dalam penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sekejap tadi

pada pagi ini, ada dua aspek yang harus ditimbangkan iaitu aspek pertama pegawai-

pegawai memohon. Ini adalah satu kesalahan jika mereka memohon untuk

kepentingan diri. Aspek yang kedua ialah, sama ada kerajaan negeri meluluskan

permohonan itu. Jika, kerajaan negeri tidak pernah menimbangkan permohonan itu,

kerajaan negeri tidak harus dibabitkan dengan keadaan tersebut.

Saya balik kepada pindaan akta ini iaitu tujuan kita memasukkan pindaan

untuk membolehkan seseorang yang mempunyai pendapatan yang lebih besar

daripada had yang sebelumnya ialah untuk membolehkan lebih ramai rakyat yang

berpendapatan tidak besar mendapatkan khidmat guaman bagi membela diri mereka

dalam kes-kes sivil dan juga jenayah dan juga kes Mahkamah Syariah ataupun

undang-undang syariah yang telah kita bincangkan secara agak kecoh semalam

daripada jawapan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

Yang saya ingin tekankan di sini, tujuan kita meninggikan had ini ialah untuk

membolehkan keadilan ditegakkan. Jika, seseorang tidak mempunyai representasi

dalam kes undang-undang ataupun dalam perbicaraan mahkamah ini adalah satu

ketidakadilan, oleh kerana itu kita memberi peluang kepada mereka walaupun

pendapatan mereka agak besar untuk mereka mempunyai representasi.

Persoalan yang saya ingin penjelasan di sini ialah sama ada Biro Bantuan

Guaman boleh memberikan representasi yang berkesan ataupun tidak? Selain

daripada mempunyai representasi, keadilan hanya boleh dicapai jika kita mempunyai

representasi yang baik. Representasi yang baik inilah yang akan menyelesaikan

kes-kes yang kita hadapi supaya tidak berlarutan.

Umpamanya, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Machang

daripada senarai kes yang diberikan bantuan oleh Bantuan Guaman sebahagian

besar ialah laporan-laporan oleh wanita-wanita berkenaan dengan kes-kes rumah

DR. 27.3.2003 93

tangga, sama ada kerana kes perceraian, penjagaan anak, tuntutan nafkah dan

sebagainya.

Saya mendapat rungutan daripada sebahagian daripada pengadu bahawa

mereka mengalami masa yang panjang untuk menyelesaikan sesuatu kes. Adakah

masa yang panjang ini disebabkan oleh representasi yang diberikan oleh bantuan

guaman ini tidak berkesan ataupun tidak ada kesungguhan? Saya mohon penjelasan

dalam perkara tersebut selain daripada menyokong apa yang dibangkitkan oleh

Yang Berhormat bagi Batu Gajah, iaitu tentang jumlah pegawai-pegawai yang wujud

di Biro Bantuan Guaman dan kualiti mereka.

Saya bukan hendak memperkecilkan mereka tetapi saya berharap bahawa

peguam-peguam yang dilantik di bawah Biro Bantuan Guaman ialah peguam-

peguam yang selain daripada ada kesungguhan, ada kemampuan dan kemahiran

untuk proses di mahkamah. Saya rasa, satu daripada cara yang kita boleh lakukan

ialah dengan memberikan satu skim galakan tertentu kepada pegawai-pegawai yang

berkhidmat di bawah Biro Bantuan Guaman supaya peguam yang terbaik dapat

kekal di bawah perkhidmatan kerajaan, mereka tidak akan membuka firma mereka

sendiri dan dengan itu orang yang miskin, yang memperoleh khidmat bantuan

guaman ini akan hanya memperoleh peguam-peguam yang tidak berapa mahir

dalam kes-kes mahkamah.

Oleh yang demikian, satu indeks performance yang boleh kita lakukan iaitu

mana-mana pegawai yang telah menyelesaikan kes-kes ini. . .

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah)

mempengerusikan Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya,

teruskan.

Tuan Husam bin Haji Musa: Selamat datang Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Selamat

bercakap [Ketawa]

Tuan Husam bin Haji Musa: No fight today [Ketawa] Iaitu mereka diberikan

skim galakan kenaikan pangkat, kenaikan gaji umpamanya, jika mereka dapat

menyelesaikan lebih banyak kes daripada rakan-rakan mereka. Ini saya bangkrtkan

ialah kerana kita tidak mahu melihat bahawa pengadu membuat aduan dan

kemudian mereka diberikan perkhidmatan tetapi kes-kes mereka tidak dapat

diselesaikan.

DR. 27.3.2003 94

Saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberitahu Dewan ini

daripada jumlah yang telah diadukan di bawah Bantuan Guaman ini, berapakah kes-

kes yang telah diselesaikan dan tempoh masa mereka ataupun kes ini diselesaikan

termasuk kes-kes Mahkamah Syariah, termasuk kes-kes kesalahan jenayah remaja.

Selain daripada itu sebelum saya pergi kepada kedudukan Mahkamah

Syariah di bawah rang undang-undang ini, Yang Berhormat semasa pembentangan

tadi telah menyebutkan peningkatan kejadian jenayah dan saya tidak ingin

menyentuh panjang perkara ini walaupun pihak Bukit Aman telah membekalkan

kepada saya kedudukan jenayah yang terkini yang semakin meruncing termasuk

kejadian jenayah pada remaja-remaja kita.

Saya hanya ingin mengambil kesempatan untuk mengajak kita merenung

mengapakah peningkatan ini berlaku. Peningkatan yang a mat mendadak melebihi

50% peningkatan setahun bagi setengah-setengah kes. Apabila kita rujuk kepada

penyelesaiannya, sebahagian besar daripada kes hanya diselesaikan di bawah

paras 50% daripada kes-kes yang telah di report ataupun diadukan.

Ini adalah satu fenomena yang amat membimbangkan yang harus kita teliti,

termasuk dalam kes suami-suami meninggalkan isteri mereka tanpa tuntutan nafkah.

Menteri Besar Kelantan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru

ini telah mencadangkan supaya suami-suami yang meninggalkan isteri mereka

dengan begitu rupa tanpa memberikan nafkah yang secukupnya termasuk pada

anak-anak yang masih kecil dikenakan hukuman sebat supaya satu tanggungjawab

sosial dapat mereka lakukan dengan lebih baik.

Selain daripada itu, saya melihat bahawa satu sistem pendidikan sosial yang

lebih menyeluruh dapat kita lakukan. Umpamanya apabila seseorang

diakadnikahkan, saya lihat keragaman khutbah nikah di antara satu imam dengan

satu iman yang lain tetapi saya pernah menghadiri satu majlis akad nikah di mana

imamnya telah membacakan khutbah yang betul-betul menjadi satu pengajaran

kepada pasangan yang akan berkahwin. laitu iman ini mengingatkan bahawa

seseorang suami apabila mengambil seseorang isteri, seorang wanita untuk menjadi

isterinya mereka perlu memenuhi beberapa kewajipan mereka iaitu dalam lmaskad'

dalam tempat tinggal, 'matam' dalam makan dan minum dan dalam 'malabis' iaitu

pakaian sebagai tanggungjawab asas mereka.

Tetapi saya yakin sebahagian daripada suami yang mengambil isteri mereka

masing-masing tidak didedahkan perkara ini sedangkan ini adalah suatu tuntutan

DR. 27.3.2003 95

Islam, satu pendidikan rumah tangga mengikut perspektif Islam mesti diberikan

kepada pasangan-pasangan Islam yang ingin berkahwin. Kita tidak boleh take for

granted bahawa mereka telah faham tanggungjawab ini mengikut fahaman dan

kewajipan agama mereka. Mungkin mereka faham tentang sembahyang dan puasa

tetapi kewajipan mereka mengikut agama mereka sendiri dalam rumah tangga

mungkin tidak difahami sepenuhnya.

Walaupun ini bukan tugas bantuan guaman, saya berharap Jabatan Perdana

Menteri dapat mengerakkan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri

supaya satu pendidikan rumah tangga yang berkesan dapat kita dedahkan kepada

pasangan-pasangan yang akan berkahwin supaya gejala-gejala kezaliman ataupun

kekejaman rumah tangga ini dapat kita kurangkan pada masa-masa yang akan

datang.

Dalam kes gejala sosial, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membacakan apa

yang disebutkan oleh seorang profesor daripada Jepun Hydio Takaici, "The goal of

Japan post war education was to support economic development..." dengan iztn,

".. ,by cultivating high quality researchers and workers and to that extent it succeeded

but emphasizing technology education was detached from any values which such

morality may be breathing ground for future social disasters."

Ini telah dialami di Jepun, di mana kajian menunjukkan bahawa gejala

jenayah sosial remaja bukan dllakukan oleh remaja yang datang daripada golongan

miskin lagi, walaupun ini trend yang berlaku pada suatu masa dahulu tetapi

penjenayah remaja ini sudah datang daripada golongan kelas menengah. Mereka

melakukan jenayah bukan kerana kekurangan wang lagi tetapi mereka melakukan

jenayah kerana sebab-sebab sosial yang lain.

Adakah trend yang sama berlaku di Malaysia ataupun tidak saya tidak dapat

merumuskannya pada petang ini tetapi yang penting daripada teks ini ialah bahawa

pada pendapat profesor ini detach daripada moral values itulah antara sebab di

mana kejadian jenayah itu berlaku. Saya telah menyebut sedikit tentang perlunya

kita membina semula moral vision dan moral agenda untuk generasi kita di seluruh

negara kerana lack of moral vision and lack of moral agenda akan membawa negara

kita ke arah keadaan yang lebih buruk pada masa yang akan datang.

Dengan pandangan itu saya menyokong cadangan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang

Berhormat bagi Tumpat, lepas ini Yang Berhormat Menteri menjawab.

DR. 27.3.2003 96

4.06 ptg.

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya juga ingin turut terlibat dalam perbahasan mengenai rang undang-undang

untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971. Saya sekadar ingin memberi beberapa

pandangan, sealiran dengan pendapat dan pandangan kebanyakan daripada Ahli-

ahli Yang Berhormat yang antaranya adalah peguam-peguam yang memberikan

pandangan-pandangan yang begitu baik untuk menambahbaikan lagi cadangan

pindaan kepada Akta Bantuan Guaman ini.

Sebagaimana kita maklum akta ini sudah berusia 32 tahun, diaktakan dalam

tahun 1971 dan dipinda tujuh, lapan kali daripada tahun tersebut hinggalah ke hari

ini. Secara umumnya, saya fikir Tuan Yang di-Pertua, tidak ada pandangan yang

mengatakan bahawa Biro Bantuan Guaman ini tidak berfungsi atau tidak berperanan

sebaliknya kebanyakan daripada kita menganggap bahawa Biro Bantuan Guaman

yang diwujudkan di bawah akta ini adalah amat penting. Yang kita hendak tekankan

ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain juga ialah

betapa pentingnya biro ini dan oleh itu betapa perlunya kita memberikan sokongan

dan memperbaiki lagi perkhidmatan yang ada dl bawah akta ini melalui Biro Bantuan

Guaman.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita maklum ada juga disebutkan tadi

bahawa kos peguam, kos guaman telah meningkat begitu tinggi, telah melambung

berbanding dengan usia awal profesion guaman dalam negara kita Inf. Dan, kos

dendaan ataupun akibat daripada tindakan guaman khususnya dalam kes-kes sivil

juga adalah melambung sebegitu tinggi. Oleh sebab itu perkhidmatan guaman yang

berkos rendah dan khususnya di bawah biro ini yang tidak mengenakan kos yang

signifikan kepada lebih ramai rakyat Malaysia sudah tentulah dialu-alukan.

Tuan Yang di-Pertua, trend dalam masyarakat kita akhir-akhir ini telah

menunjukkan bahawa hubungan masyarakat dengan masyarakat yang lain, yang

dalam istilah saya, dengan izin, berbentuk contractual relationship, hubungan yang

berbentuk kontrak dari sudut undang-undangnya telah meningkat begitu tinggi sekali.

Kalau dahulunya misalnya anak-anak kita yang layak untuk ke universiti atau pusat-

pusat pengajian tinggi akan mendapat biasiswa daripada jabatan kerajaan JPA dan

sebagainya dan akan tamat pengajiannya dan dapat kerja.

Sekarang ini tidak lagi begitu, paling baik dia akan dapat biasiswa tetapi

kebanyakannya akan mendapat bantuan pinjaman daripada PTPTN misalnya. Dan,

DR. 27.3.2003 97

ini bermulalah hubungan contractual yang ketat antara anak muda kita, belasan

tahun, 20 tahun, umur 19 tahun, berkontrak dengan suatu autoriti kerajaan dan

bermulalah pelbagai implikasi kontrak-kontrak tersebut.

Jadi ini adalah contoh yang jelas bahawa kita lebih banyak sekarang ini diikat

dengan kontrak-kontrak tertentu. Kalau dahulu sisa rumah kita, kita buang dan diatur

oieh PBT, Penguasa Tempatan tetapi sekarang ini sisa rumah kita akan diambil oteh

Indah Water Konsortium dan kita sign kontrak sekali lagi. Maknanya kalau ada

kesilapan-kesilapan, kecuaian-kecuaian dan khususnya ketidakmampuan

pelanggan-pelanggan yang kita semua menjadi peianggan, anak-anak kita jadi proxy

kepada kontrak PTPTN dan sebagainya maka adalah implikasi undang-undang.

Kaiau ada implikasi undang-undangnya, adalah peranan mahkamahnya,

adalah peranan peguamnya. Maka saya bermaksud untuk memberikan penjelasan

sejelas-jelasnya bahawa mahu tidak mahu masyarakat kita hampir keseluruhannya

sekarang ini mesti terikat dengan satu-satu perjanjian kontrak yang semuanya

mempunyai implikasi undang-undang. mempunyai penglibatan dengan peguam dan

mahkamah. Oleh sebab itu, maka saya amat sealiran dengan pandangan supaya

unsur-unsur undang-undang ini dipermudahkan akses kepadanya sama ada melalui

bentuk on-line atau pun dipermudahkan istilah-istilah, bentuk-bentuk undang-undang

supaya dapat difahami oleh masyarakat ramai dengan semudah-mudahnya supaya

tidak mengelirukan mereka.

Satu lagi trend yang berlaku selain daripada banyaknya contractual

relationship ini ialah bahawa oleh kerana masyarakat kita dari sudut politiknya

sekarang ini iebih cergas. Maka sekali lagi pertembungan yang dianggap sebagai

kesalahan jenayah yang di pihak yang terlibat di pihak rakyat ini dianggap sebagai

hak asasi berlaku.

Rakyat berhimpun kerana rakyat menganggap itu hak asasinya. Kerajaan

menentang dan menangkap kerana kerajaan menganggap itu sebuah jenayah. Jadi

ini sekali lagi melibatkan adanya peguam mellbatkan kes-kes ini dibawa ke

mahkamah. Oleh sebab itu, saya hendak secara ringkas merujuk kepada Jadual

Kedua yang memprihalkan presiding jenayah yang layak menerima bantuan guaman

daripada Biro Bantuan Guaman ini yang disebut di sini ialah sebagaimana Yang

Berhormat bagi Machang ulas tadi jenayah di bawah Akta Perlindungan Kanak-

kanak, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil dan kes-kes prosiding jenayah yang mana

DR. 27.3.2003 98

tertuduh tidak diwakili peguam mengaku salah, maka untuk tujuan mendapat

permohonan rayuan meringankan hukuman maka tertakluk kepada ini.

Saya ingin mencadangkan bahawa jenayah-jenayah yang dipanggil jenayah-

jenayah hak asasi di masukkan ke dalam senarai Jadual Kedua ini. Maknanya anak-

anak muda kita, orang-orang kampung, orang-orang biasa, rakyat yang menganggap

bahawa dia melakukan sesuatu berasaskan hak asasinya. Hendak berhimpun di

mana-mana pun tetapi dia merasa ini benar-benar hak asasinya berhimpun, kena

tahan, kena tangkap, kena lokap dan sebagainya, dia seharusnya dapat bantuan

automatik daripada Biro Bantuan Guaman kerana saya yakin bahawa sebagaimana

Ahli Yang Berhormat bag) Machang sebut tadi, undang-undang ini pun hasil daripada

pendirian kita mempertahankan hak asasi rakyat maka rakyat yang memperjuangkan

hak asasi rakyat seharusnya berada dl bawah bantuan Biro Bantuan Guaman ini.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada pindaan ini

Fasal 5 yang memotong seksyen asal Akta Ibu 7, 8 dan 9. Seksyen 7 ini ialah

mengenai penubuhan Majlis Bantuan Guaman yang dalam seksyen ini menerusi

pindaan ini akan dimansuhkan. Saya tidak dapat bersetuju dengan cadangan

memansuhkan Majlis Bantuan Guaman. Alasannya ialah alasan ala sekolah agama

rakyat. Dia tidak aktif, dia tidak efisien kononnya, dia kena tutup. Ini saya fikir suatu

logik yang tidak betul mengikut huraiannya memotong ini kerana Majlis Bantuan

Guaman tidak pernah ditubuhkan semenjak permulaan kuat kuasa akta dan

sebagainya.

Saya ingin berhujah sebaliknya, kalau ianya tidak ditubuhkan, belum

ditubuhkan Majlis Bantuan Guaman ini, maka di bawah menteri yang aktif, menteri

yang saya fikir mempunyai pandangan depan yang jauh patut ditubuhkan. Saya

beranggapan bahawa bentuk Majlis Bantuan Guaman ini boleh mengambil kira

banyak pandangan dan perhatian kita dengar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat

dalam membahaskan hal ini tentang peri pentingnya ia benar-benar memberi

khidmat yang sebaiknya, tentang peri pentingnya peguam-peguam baik dikekalkan

dalam perkhidmatan kerajaan, tentang peri pentingnya seluruh anak kaum tidak kira

daripada kaum keturunan mana dillbatkan dalam khidmat Biro Bantuan Guaman ini,

saya fikir antara pihak yang berwibawa untuk mengambil kira hasrat-hasrat murni ini

ialah melalui Majlis Bantuan Guaman.

Jadi saya tidak nampak alasan dan hujahnya mengapa sudah cantik ada

dalam Akta Ibu hendak dibatalkan dan hendak dimansuhkan hanya dengan alasan

DR. 27.3.2003 99

bahawa ianya tidak pernah diwujudkan walaupun ada termaktub dalam akta.

Sebaliknya, saya ingin mencadangkan bahawa tubuhkanlah dengan segara Majlis

Bantuan Guaman ini, libatkan orang-orang yang berwibawa, berkemahiran dalam

bidang perundangan dan dalam bidang bantuan guaman ini untuk duduk di majlis ini

dan laksanakanlah aspirasi-aspirasi mulia yang ada melalui akta ini. Jadi saya

hendak mencatatkan tidak bersetujunya pihak saya untuk memansuhkan Majlis

Bantuan Guaman.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga sealiran dengan pandangan Ahli-

ahli Yang Berhormat yang lain yang menekankan tentang peguam-peguam

memberikan sumbangan mereka, khidmat mereka kepada negara. Kita dengar tadi

beberapa Ahli Yang Berhormat menyatakan biasanya yang menjadi peguam dalam

Biro Bantun Guaman ini ialah peguam-peguam muda yang tidak berpengalaman dan

ini menyebabkan kes-kes yang mungkin tidak begitu berjaya dalam mem bantu

orang-orang yang memerlukan bantuan guaman ini.

Saya ingin mencadangkan bahawa kerajaan mengambil pendirian dasar

untuk mewajibkan bukan sahaja peguam-peguam baru tetapi peguam-peguam

kanan, kalau dalam istilah Bar Council England, United Kingdom - Queen Council

misalnya QC, kalau dalam istilah kita, saya tidak tahu tetapi peguam-peguam kanan

misalnya diwajibkan. Setahun mereka mesti berkhidmat sekali misalnya dalam kes

BBG ini supaya ada khidmat yang peguam-peguam kanan kita lakukan untuk

negara yang mereka ini menerima pendapatan yang lumayan hasil daripada negara

kita membehkan khidmat kepada mereka melalui rakyat dan melalui sistem guaman

ini maka selain daripada anak-anak peguam muda, peguam-peguam kanan negara

juga seharusnya menurut suatu dasar diwajibkan untuk memberi khidmat mereka

kepada kerajaan dan kepada rakyat yang pentingnya melalui Biro Bantun Guaman

ini.

Jadi inilah beberapa perkara, Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin

sampaikan dalam perbahasan ini. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya

jemput Yang Berhormat Menteri mengemukakan jawapan.

4.18 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin

Yatim]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Ahli-ahli

Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan kepada

DR. 27.3.2003 100

Akta Bantuan Guaman 2003. Bolehlah saya rumuskan di antara pandangan-

pandangan yang telah dikemukakan ini sebahagian besar danpada amat

constructive dan membawa pengertian serta dorongan yang positif kepada kerajaan

supaya lebih mengambil berat tentang hak-hak guaman yang ada di sisi undang-

undang apatah lagi di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Saya sangat menghargai pandangan-pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat

dan saya mulakan dengan menyatakan bahawa cadangan dari Ahli Yang Berhormat

bagi Tumpat agar peguam-peguam diwajibkan berkhidmat di bawah beberapa

urusan rasmi pembelaan di bawah khidmat BBG sangatlah dihargai. Ini selaras

dengan pandangan sebahagian besar daripada masyarakat guaman di negara ini.

Oleh kerana pindaan kepada akta profesion guaman kita akan dipinda tidak berapa

lama lagi, kerajaan akan cuba menyelitkan di dalamnya elemen untuk member! satu

peruntukan agar perkhidmatan dari para peguam di seluruh negara dijuruskan

kepada bantuan guaman seperti yang disebutkan itu.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini hampir 11,000 orang

peguam telah didaftarkan di negara ini. Memang menjadi satu kumpulan yang

bertenaga sekiranya sebahagian besar atau kesemua mereka itu melibatkan diri

dengan khidmat sosial yang boleh dihargai secara rasmi oleh kerajaan. Insya-Allah,

kita akan teliti cadangan itu dan akan memasukkan ke dalam para undang-undang

yang berkenaan.

Tetapi pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, saya harus menghargai

juga khidmat Majlis Peguam pada masa ini sama ada menerusi Majlis Pusat ataupun

jawatankuasa di negerhnegeri bahawa memang ada khidmat bantuan guaman

mereka sendiri dan Unit Bantuan Guaman mereka itu sentiasa bekerjasama dengan

BBG atau Biro Bantuan Guaman di bawah kerajaan.

Mengenai pemotongan Majlis Bantuan Guaman yang difikirkan oleh kerajaan

tidaklah begitu penting sekarang. Penerangan yang dapat saya beri ketika ini ialah

bahawa sebenarnya pada masa ini pun pelbagai jawatankuasa telah wujud dan

jawatankuasa-jawatankuasa itu disertai oleh para peguam, mereka yang mempunyai

pengalaman di bidang pentadbiran, mereka yang mempunyai pengalaman dalam

kehakiman dan Iain-Iain termasuk kepolisian, penjara dan sebagainya sedia memberi

khidmat kepada BBG. Jadi setelah diteliti, maka menerusi pelbagai sumber ini maka

majlis yang ditubuhkan di bawah akta asai tidaklah wajar diteruskan dan ianya

dipotong daripada kedudukan rasminya.

DR. 27.3.2003 101

Tentang Jadual Kedua maka perkara yang telah disebut oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat agar dipinda ataupun dimasukkan ke dalamnya beberapa khidmat

menerusi akta-akta tertentu, ini sedia dapat diterima dan kita akan cuba meneliti

bukan sahaja Jadual Kedua tetapi Jadual Ketiga akta ini melihat dari segi keperluan

masyarakat bagaimana khidmat BBG ini lebih berkesan.

Oleh yang demikian, saya menerima baik cadangan-cadangan supaya di

bawah Jadual 2 yang berkaitan dengan mitigasi jenayah dan Jadual Ketiga yang

berkaitan dengan kes-kes sivil, syariah dan sebagainya dapat kita mengemaskinikan

supaya khidmat yang diberi oleh BBG kian lama kian meningkat.

Pada masa ini didapati lebih kurang 220 orang kesemuanya pegawat dan

kakitangan termasuk para Legal ataupun mereka yang sepenuh masa menjadi

penasihat dalam urusan memberi nasihat kepada masyarakat berkaitan dengan

pelbagai kes yang dikendalikan oleh BBG yang keseluruhannya dirumuskan lebih

kurang 15,000 kes pada satu tahun dan kumpulan-kumpulan kes tersebut, ini bagi

menjawab soalan-soalan dan query dari Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin tahu

kedudukan data mengikut kepentingan kawasan ataupun dari segi kenegaraan,

Menurut daftar kes-kes Biro Bantuan Guam Malaysia yang berakhir Disember

2002, kes-kes yang dibawa ke hadapan ialah:

Bll..

1.

2

3

4

5

6

7

v .' *^*^m4V0riVKM Nafkah

Perintah mendapatkan keputusan nafkah

Kuasa perintah nafkah

Mengenai cerai-berai

Jagaan (custody)

Harta sepencarian

Mutaah

Jumlah yang dibawa ke hadapan:

3.000

415

1.270

3,922

987

842

945

11,081

Daripada itu, kes-kes yang telah selesai menerusi inisiatif BBG termasuk

sama ada yang dibawa di dalam mahkamah atau menerusi usaha pendamaian ialah

lebih kurang:

DR. 27.3.2003 102

2 Di mahkamah yang telah selesai 297

3 Menerusi usaha perdamaian dan fail yang d itu tup 2.040

4 Kes yang belum selesai, yang masih aktif di bawah kes 1,795

kekeluargaan syariah

Sekarang, Tuan Yang di-Pertua, saya bawa kepada kes keluarga atau sivil.

Harta sepencarian yang ada terjumlah sebagai masih belum selesai hanya satu.

Nafkah - 271, perintah nafkah - 24, menguatkan perintah nafkah - 84, cerai - 1,179.

Angka ini mungkin ada kaitan dengan pertanyaan ataupun asas hujah yang

dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, kenapa masalah atau gejala

sosial itu meningkat dalam masa yang diperakukan kebelakangan ini. Tentang

jagaan - 182 dan jumlah kes yang belum selesai di bawah kategori kes keluarga -

1,741.

Sekarang kes sivil pula. Topik-topiknya ialah; pampasan pekerja - 66,

penanam padi - 12, harta pusaka kecil - 147, kemalangan - 321, pinjaman wang -

25, sewa beli - 203, sewa-menyewa - 72, tadbir pusaka - 35, anak angkat - 60.

Kuasa yang dilaksanakan ini sama ada di bawah kuasa menteri ataupun di

bawah kuasa pentadbiran pengarah terus adalah mengumpulkan 1,288 kes

semuanya. Adalah diharapkan dengan sedikit bekalan data ini, maka persoalan-

persoalan sama ada daripada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian ataupun

daripada Yang Berhormat bagi Batu Gajah terjawab hendaknya.

Tuan Yang di-Pertua, pandangan Yang Berhormat bagi Tumpat bahawa kian

lama kian banyak, apa yang dianggap oleh beliau sebagai contractual relationship.

Ini harus dipandang sama ada daripada kaca mata kajian sosial ataupun daripada

kaca mata keselamatan dalam negara adalah relevan belaka. Apa yang dapat saya

rumuskan ketika ini, dengan melihat keadaan sekitar di negara kita, sama ada

lantaran lebih celtknya masyarakat dalam hak-hak perundangan atau dalam interaksi

kita membuat tanggungjawab berkaitan dengan soal commerce, perdagangan dan

sebagainya, satu perkara memang sudah menonjol iaitu apa yang boleh dibantu oleh

BBG kira-kira sedekad yang lalu tidak boleh dipakai lagi nisbah atau perhitungannya

atau evaluasinya terhadap sesuatu kes.

Dengan itu, perlu dipersetujukan bahawa contractual relationship ini memang

sudah menonjol dan harus diberi perhatian. Tinggal lagi, menjawab persoalan yang

DR. 27.3.2003 103

dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kenan, apakah katanya servis atau

khidmat yang diberi oleh BBG merupakan representasi yang berkesan. Saya kira,

data yang saya berikan sebentar tadi sekati gus memberi jawapan bahawa

representasi yang diberi oleh BBG berkesan. Jika tidak, masakan begitu banyak kes

yang dikendalikan oleh biro sehinggakan kian lama, kian banyak kes yang terlonggok

di meja pegawai-pegawai kita di negeri-negeri dan di seluruh 22 cawangan yang

telah diwujudkan di negara kita. Tentang contractual relationship tadi, kita akan

berusaha menerusi dasar bantuan guaman dan dasar pemberian nasihat guaman

bahawa, semua jenis khidmat yang diajukan demi kepentingan rakyat hendaklah

berkualiti.

Saya akui iaitu, dengan bilangan pegawai yang begini terhad, kita tidak akan

dapat mengadakan satu skim perkhidmatan yang cemerlang oleh kerana dihimpit

oleh ketidakcukupan bilangan pegawai. Oleh yang demikian, satu usaha yang amat

tegas sedang dijalankan agar angka yang disebut ini meningkat kepada 1,065

pegawai dan staf BBG bagi tahun-tahun akan datang. Bagi kita yang biasa dengan

karenah birokrasi, tentulah soalan dalam hati kecil kita, bolehkah JPA memberikan

ini? Pada saya, soalan itu boleh dijawab sekarang iaitu, sekiranya kes-kes yang

dikemukakan oleh rakyat, perlu kita bela menurut keperluan dan kepentingan serta

hak masyarakat kita di bawah Perkara 8 khususnya Perlembagaan Persekutuan,

permohonan ini perlu mendapat sokongan dan juga keputusan oleh pihak yang

tertinggi di negara kita.

Saya akan cuba memainkan peranan yang aktif agar permohonan

kepegawaian BBG ini menjadi realiti dalam usaha kita yang cemerlang itu. Tentang

kos tinggi yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Tumpat dan juga Yang

Berhormat bagi Machang, sebahagian daripadanya telah dijawab pun oleh Yang

Berhormat bagi Machang iaitu semasa beliau menyatakan tentang kos party and

party atau pihak-pihak yang terlibat tetapi, satu perkembangan yang saya sendiri

dapati membebankan masyarakat ialah tidak setujunya masyarakat peguam di

negara ini dikenakan had bayaran atau fee guaman tertentu. Ada satu ambit atau

satu bahagian di dalam kos yang biasanya disebut getting up. Jadi, perkataan

'getting up' ini, ada peguam yang mengenakan RM500,000 bagi kes tertentu. Ada

peguam mengenakan RM50.000.

Jadi, yang tidak dapat dikawal setakat ini ialah penempahan yang dibuat

terhadap peguam tertentu tidak dapat dikawal oleh BBG ataupun oleh pihak yang

DR. 27.3.2003 104

mengatakan bahawa kos itu sangat tinggi. Ini hams diputuskan oleh Majlis Peguam

sendiri tetapi, kita boleh menyuarakan kepada Majlis Peguam dengan menyatakan

agar kita tidak mempunyai masyarakat yang begitu litigious dengan izin. Kita periu

mempunyai satu skim bayaran atau fee guaman yang berpatutan tetapi, mereka

akan menyoal kalau doktor pakar kata mereka, boleh mengenakan fee mereka

lantaran kepakaran mereka yang khusus tentang sama ada jantung atau penyakit

yang lain, buah pinggang ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan rumitnya

sesuatu rawatan itu, kenapakah peguam pula yang boleh khusus dalam

pengajiannya, yang berkemampuan mempertahankan guamannya, tidak boleh

mengenakan fee yang tertentu?

Saya balik kepada hujah Yang Berhormat bagi Tumpat mengatakan

contractual relationship tadi, Kalau pelanggan sudah setuju bahawa dia akan

dihimpit oleh fee RM500.000 dan dia sedia bayar, siapakah kita hendak mengatakan

jangan terima RM500.000? Ini persoalan yang wujud di kalangan masyarakat

peguam kita. Bukan saya mengatakan kerajaan tidak setuju menurunkan. Kerajaan

akan cuba dengan interaksi yang sekarang berjalan antara Majlis Peguam dengan

Jabatan Perdana Menteri serta kehakiman kita, satu penyelesaian atau satu

persefahaman harus didapati tetapi, dalam kes-kes yang melibatkan kos yang

particular atau kos yang disenaraikan yang boleh SAR iaitu Senior Assistant

Registrar mengenakan kepada pihak-pihak tertentu, ini sudah dijadualkan seperti

halnya dalam kes-kes convincing.

Tuan Yang di-Pertua, ini tidaklah berkaitan sangat dengan pindaan ini tetapi

oleh kerana masalah ini sentiasa.timbul, sebab itu saya mencelah untuk memberi

sedikit penjelasan. Kepada Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, bolehkah BBG

memberi representasi yang baik? Saya sudah jawab dan kita akan cuba terus

melatih pegawai-pegawai BBG sama ada di institusi-institusi yang diiktiraf oleh

kerajaan atau dengan interaksi dengan pegawai-pegawai guaman yang

berpengaiaman dan ini akan melibatkan juga interaksi kita dengan fakulti-fakulti

undang-undang yang ada di negara ini, agar penjenisan dan khidmat yang diberi

adalah penjenisan dan khidmat yang cemerlang.

Tuan Yang di-Pertua, skim khas dicadangkan oleh Yang Berhormat bagi

Kubang Kerian agar galakan diberi bagi peguam-peguam kerajaan. Pandangan ini

adalah positif dan sektranya JPA tidak ada halangan, maka memang boleh

dikemukakan, oleh kerana di kalangan peguam-peguam kerajaan pun, kebolehan

DR. 27.3.2003 105

dan juga prestasi itu tidak sama. Justeru sekiranya ini merupakan satu galakan

yang boleh diterima pakai dan menjadi logik dalam perkhidmatan tidak bercanggah

dengan perintah-perintah am dan juga prinsip perkhidmatan ia akan dikemukakan

sebaik mungkin.

Bagi ahli dari Machang juga, tentang bayaran kepada peguam, pada masa ini

kita ada lebih kurang 500 anggota panel peguam kita di bawah BBG dan mereka itu

btasanya oleh kerana melibatkan khidmat untuk masyarakat dan demi keadilan

mereka telah diberikan bayaran dalam lingkungan RM500 pendahuluan dan ini telah

mendapat sambutan yang baik. Kita tidak dapat pada masa ini membuat cerakin

atau pencerakinan bagi peguam yang senior misalnya dapat lebih atau peguam yang

kurang senior pengalamannya kurang. Oleh kerana kita mengasaskan pemberian

khidmat ini kepada kerja amal dan kerja bantuan, jika BBG sudah mula mengelaskan

jenis peguam yang harus kita terima mengikut bayaran pula maka dari segi

pembayaran dan juga dari segi prinsip Perbendaharaan ini tidak dapat kita lakukan.

Oleh yang demikian saya harap Ahli Yang Berhormat dari Machang bersedia dan

bersabar sebentar sama ada cadangan tersebut menerima hakikatnya ataupun

diasaskan kepada kehendak yang ada pada masa ini.

Pertanyaan juga dari Machang ialah kenapa senarai jadual di bawah jadual

tiga tidak munasabah. Saya suka merujuk kepada Seksyen 12, Akta Bantuan

Guaman 1971 di mana Menteri berkuasa dari semasa ke semasa meminda jadual

tersebut dan juga di Seksyen 10 ceraian 2, Menteri berkuasa boleh meminda jadual

kedua di bawah akta ini. Oleh itu sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai

pandangan yang khusus dan adif supaya sesuatu perkara itu diletakkan di bawah

mana-mana jadual sama ada jadual satu atau jadual tiga akta ini saya bersedia

menimbangkannya dan kemudian mengarahkan pengarah atau kemudiannya Ketua

Pengarah BBG untuk memasukkan di bawah jadual berkenaan. Masalah yang

timbul di bawah jadual dua ialah oleh kerana di situ diletakkan hanya perenggan

mitigasi, tidak merupakan satu pengambilan kes jenayah. Ini periu kita fahamkan.

Setakat ini pandangan umum ialah BBG yang diwujudkan oleh kerajaan tidak

seharusnya menjadi peguam kepada mereka yang disyaki melakukan jenayah.

Kalau BBG sudah mula membuat khidmat ini sekiranya seseorang itu benar-benar

melakukan jenayah meminta khidmat daripada BBG maka BBG sudah dalam satu

pengertian melanggar asas bantuan guaman itu sebab menggalakkan seseorang

DR. 27.3.2003 106

yang telah melakukan satu jenayah tetapi sekiranya biro bantuan guaman membuat

mitigasi dan sekarang ini memberi khidmat kepada juvana ini berpatutan.

Namun demikian jalan keluar iatah sekiranya seseorang itu dalam suasana

dan keadaan yang telah diperakukan memerlukan bantuan guaman maka itu periu

diperhitungkan dan jenis-jenis kes seperti itu harus dihalusi dan dalam usaha kita

untuk mewujudkan the national legal aid policy dengan izin, bagi tahun ini dan

seterusnya tahun-tahun akan datang perkara yang berat ini akan kita bawa untuk

penyelesaiannya.

Tuan Yang di-Pertua, accessibility to justice yang dibangkitkan oleh ahli dari

Batu Gajah, pandangan beliau tentang promosi BBG ini diterima baik. Dan saya

sendiri merasakan bahawa pandangan untuk promosi seperti itu memang sampai

masanya tetapi dalam pada masa yang sama BBG sendiri telah pun menjalankan

ikhtiar dan kegiatan-kegiatan menerusi media elektronik agar khidmat-khidmat yang

dijadualkan dapat diterima oleh masyarakat pada masa ini dan di dalam konteks ini

juga sekiranya website yang telah disebutkan itu tidak kemas kini insya-Allah saya

lihat dan pastikan ianya dikemas kini dan ini pun merupakan satu sumbangan bagi

kita untuk memberi perimbangan kepada gambaran yang baik kepada jabatan

berkenaan.

Lawatan ke kampung-kampung kata beliau harus diperbanyakkan dan

prosedur permohonan untuk bantuan guaman dipermudah dan pandangan ini jua

adalah positif dan untuk pengetahuan Yang Berhormat serta Ahli-Ahli Yang

Berhormat mulai tahun ini kita akan merancang dan menjalankan kegiatan mobil

menerusi kegiatan- dan khidmat bantuan guaman menerusi kegiatan dan khidmat

bantuan guaman, menerusi jentera ke kampung-kampung yang dibawa khusus untuk

membantu penduduk luar, kampung-kampung baru dan juga menyenaraikan kes-kes

ataupun perkara-perkara yang seharusnya diketahui masyarakat umum.

Saya sentiasa minat untuk berhadapan dengan realiti iaitu bila seseorang itu

masuk ke balai polis bahawa beliau akan dikenakan pendakwaan, memang

perasaan pada masa itu bagi masyarakat sangat gawat. Dan tidak ada orang pada

masa itu yang hendak memberikan hujah atau nasihat, Jadi dengan situasi

sedemiktan kita akan terima pandangan-pandangan ini dan saya akan bawa kepada

mesyuarat penyeiarasan dan tindakan undang-undang yang diadakan di Jabatan

Perdana Menteri untuk kita terjemahkan dalam promosi-promosi akan datang.

DR. 27.3.2003 107

Mengenai tort'di mahkamah, di polis stesen ataupun di balai-balai polis saya

tidaklah dapat mengetahui sebenarnya bagaimana operasi ini. Jika Yang Berhormat

tahu operasi ini berjalan, sepatutnya sebagai MP mesti tegur pada masa itu dan tidak

boleh hanya dibawa ke Dewan dan dibiarkan mereka di sana. Walau bagaimanapun

ini adalah sesuatu yang hams kita lihat sebagai amalan yang tidak sihat dan marilah

kita bersama-sama mencegahnya dan cara pencegahannya supaya masyarakat

mempunyai leeway dengan izin, terhadap kepentingan guaman mereka.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kepong

berdiri Yang Berhormat.

Datuk Sen Utama Dr. Rais bin Yatim: Ya, saya nampak, saya nampak.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang Berhormat kita

mesti bersama-sama membanteras kegiatan distorting ini. Adakah Yang Berhormat

tahu bahawa setelah mereka pergi ke peguam membuat aktiviti ini kemudian

mendapat masalah barulah berjumpa dengan kita tetapi terlalu lewat [Ketawa]

Ituiah masalahnya Yang Berhormat, bukan kita tidak mahu membanteras. Cuma

akibat daripada kegiatan ini satu dua tahun kemudian baru kita tahu. Macam mana

hendak membanteras Yang Berhormat?

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih Yang Berhormat dari

Kepong, jika saya katakan bahawa pihak kerajaan tidak maklum tentang adanya 'fort'

ini memang sesuatu yang tidak boleh diterima. Kisah tort' ini sama ada berkaitan

dengan kes-kes ambulance cases atau Iain-Iain memang telah dilaporkan tetapi kita

mesti merujuk perkara ini kepada tanggungjawab majlis peguam lebih daripada yang

lain. Dan sekiranya kegiatan tort' ini berlaku saya sendiri ingin tahu secara jelas

supaya boleh kita bawa kes itu kepada panel disiplin Majlis Peguam yang mana

dipengerusikan oleh seorang hakim mahkamah tinggi. Dan saya harap Ahli-ahli Yang

Berhormat bersabar tentang masalah guaman yang lain pula kita akan bawa pindaan

kepada Akta Profesion Undang-undang pada bulan Jun dan Julai insya-Allah, dan

pada masa itu saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat secara jelas dan grafik

membantu kerajaan supaya kita lebih tegas menghadapi kecurangan dalam khidmat

guaman di luar daripada bantuan guaman.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara sangsi

bahawa bukan bumiputera yang ketinggalan mendapat khidmat BBG, katanya

adalah lantaran bukan kakitangan bumiputera yang tidak mencukupi. Keadaan ini

perlu diatasi dan pihak BBG memang telah cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan

DR. 27.3.2003 108

jurubahasa dari kalangan bukan bumiputera. Bukan sahaja BBG tetapi juga

mahkamah atau kehakiman tetapi entah bagaimana mungkin lantaran syarat-syarat

perkhidmatan tidak menarik, maka tidak ada yang mengisi kekosongan-kekosongan

yang diiklankan dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, apa yang harus kita lakukan sekarang ialah sekiranya

seseorang itu memeriukan bantuan guaman dalam satu famili, takkanlah dalam

famili itu tidak ada yang boleh berbahasa kebangsaan atau yang boleh memahami

level atau peringkat pencapaian bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua pihak.

Ini cara kita sementara untuk mengatasinya sebelum pihak kerajaan melihat syarat-

syarat perkhidmatan yang lebih baik bagi jurubahasa.

Tuan Yang di-Pertua, apakah garis-garis panduan dalam memilih peguam

panel? Ini soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tanjong, antara lain.

Ini sebenarnya mudah dijawab dan telah pun digariskan oleh jabatan berkenaan iaitu

menunjukkan rekod integriti, pengalaman dan kesungguhan untuk membantu

masyarakat. Tentu sekali rekod seseorang peguam itu juga diambil kira dan dalam

usaha sebegini, kita dapati ada beberapa kategori peguam. Satu jenis langsung

tidak mahu melibatkan diri dengan usaha-usaha bantuan guaman. Kita maklum

bayarannya tidak tinggi. Yang kedua ialah mereka yang sanggup membantu tetapi

menurut perhitungan BBG mereka itu tidak mempunyai satu aptitude atau

kesungguhan untuk menjayakan sesuatu kes.

Kategori yang satu lagi ialah mereka berkemampuan dan boleh bermuafakat

serta mengenakan syarat-syarat yang praktikal. Biasanya kategori ketiga inilah

diterima oleh BBG dan daripada panel yang 500 itu mereka sentiasa dikelaskan

menurut kemampuan yang sedia ada.

Ada juga masanya di mana peguam-peguam berkenaan meninggalkan

khidmat bantuan guaman setelah mereka menceburkan did dalam bidang itu buat

seketika, mereka itu terpaksa diganti pula tetapi saya suka membuat satu pengakuan

iaitu jarang peguam yang berpengalaman yang mempunyai nama tinggi dalam

guaman yang mahu membantu masyarakat dalam kerja-kerja seperti ini. Sebab itu

cadangan Yang Berhormat bagi Tumpat tadi sangat relevan dan insya-Allah kita

akan cuba sesuatu taktik atau mendapatkan jalan agar semua peguam harus

memberi khidmat sosial dalam bentuk yang dikirakan munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Batang Lupar panjang lebar

mengemukakan pandangan-pandangan dan semua pandangan beliau ini adalah

DR. 27.3.2003 109

relevan belaka. Sesuatu yang dirasakan penting bagi beliau dan juga dipersetujui

oleh kerajaan ialah equality before the law atau kesamarataan taraf dan masalah

impak di Sarawak yang besar, masalah kekurangan pegawai dan pertanyaan yang

berkaitan dengan mereka yang mempunyai modal yang boleh digunakan RM30 ribu

berkaitan dengan hak mereka mendapatkan khidmat guaman.

Bagi menyatakan bahawa kita akan dapat mengatasi masalah di Sarawak

dan Sabah sekali gus, mungkin tidak munasabah dengan perkiraan dan bilangan

pegawai yang ada; tetapi dengan adanya azam kerajaan untuk mengisi kekosongan-

kekosongan yang sedang dialami dan dipersetujui untuk diatasi, apa yang

dihasratkan oleh Yang Berhormat bagi Batang Lupar insya-Allah akan dapat kita isi

dalam tempoh yang diberikan kepada jabatan ini.

BBG di Kuching yang mempunyai masalah pentadbiran akan diambil

perhatian oleh jabatan tersebut dan apa-apa bantuan yang boleh diberikan kepada

jabatan itu - termasuk supporting staff- akan mula dipantau dan diberi perhitungan

yang segera supaya bantuan tersebut dirasai bagi mereka.

Tentang pandangan supaya kes-kes tanah adat di Sarawak yang tidak

termasuk di bawah Jadual Tiga tadi, saya boleh memberi jaminan di sini iaitu kita

akan masukkan kategori masalah perundangan di bawah Jadual Tiga untuk

disamakan dengan khidmat-khidmat yang sedia tertera di bawah jadual tersebut.

Penilaian terhadap modal boleh digunakan.

Sebenarnya sekarang ini sudah menjadi perkara yang tidak perlu

dipertikaikan lagi yakni sekiranya seseorang itu dapat membuktikan bahawa gajinya

atau pendapatan sampingannya, jumlahnya tidak melebihi RM25 ribu maka beliau

dengan membayar RM2 boleh mendapat bantuan guaman, Bagi mereka yang

mendapat pendapatan antara RM25 ribu ke RM30 ribu, Ketua Pengarah nanti akan

hanya mengenakan RM300 dalam bayaran untuk pemfailan, pentadbiran dan

sebagainya. Kemudian mereka bolehlah mendapatkan khidmat tersebut.

Ada satu kuasa dalam akta ini yang menteri berkenaan boleh menyisihkan

atau mengecualikan ini semua dan setelah pengarah atau ketua pengarah nanti

memastikan bahawa seseorang itu benar-benar boleh dibawa kesnya tanpa syarat-

syarat yang terlibat dengan yang diumumkan tadi, boleh mendapatkan bantuan

tersebut dan setakat ini kita telah memberi khidmat ini di perenggan yang amat besar

juga bilangannya.

DR. 27.3.2003 110

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali izinkan saya pergi kepada query yang

dibawa oleh Petaling Jaya Utara iaitu tentang masalah sukarelawan bantuan

guaman. Sukarelawan bantuan guaman ini sekarang hanya disumbangkan oleh

Majlis atau Jawatankuasa Peguam dan setakat ini kerajaan belum lagi mengadakan

Skim Sukarelawan Khas tetapi jika pada masa-masa akan datang, keperluan bagi

khidmat-khidmat seperti ini menonjol atau meningkat tinggi, kerajaan akan

menimbangkannya. Pada masa ini kita akan membuat penilaian terhadap peguam-

peguam yang memberi khidmat nasihat menerusi Majlis atau Jawatankuasa Peguam

di negeri masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang

Berhormat bagi Batang Lupar, Yang Berhormat bagi Tanjong, juga kepada Yang

Berhormat bagi Petaling Jaya Utara, Yang Berhormat bagi Klang, Yang Berhormat

bagi Batu Gajah, Ahli Yang Berhormat bagi Machang, Ahli Yang Berhormat bagi

Kubang Kerian dan Ahli Yang Berhormat bagi Tumpat yang telah mengambil

bahagian secara ikhlas memberi pandangan yang baik dan bernas supaya BBG

lebih cemerlang bagi masa-masa akan datang. Sama ada kita akan dapat

membawa ke dalam Jadual Kedua seperti Yang Berhormat bagi Tumpat nyatakan,

kes-kes yang berbentuk masalah hak asasi, ini bergantung kepada kemampuan biro

ini dan sekiranya biro pada suatu hah mempunyai kemampuan yang cukup dari segi

kepegawaian dan kepakaran, kita akan cuba mengisi keperluan itu. Dan saya

memang insaf bahawa masih banyak kekurangan yang ada pada biro, tetapi dengan

sikap yang ditunjukkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan ini, saya yakin ianya

akan mencapai tahap yang lebih tinggi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima

kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi

diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang

kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada

Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah)

mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal-fasal 1 hingga 17 dikemukakan kepada Majlis sekarang.

DR. 27.3.2003 111

Fasal-fasal 1 hingga 17 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang

Undang-undang.

Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali

yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG KANUN TANAH NEGARA (PENGESAHAN) 2003

Bacaan Kali yang Kedua dan Ketiga

5.55 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato" Adnan bin Tengku

Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-

undang bernama Suatu Akta Kanun Tanah Negara (Pengesahan) 2003 dibaca kali

yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila.

Tengku Dato" Adnan bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua,

pembentangan rang undang-undang ini perlu dibuat bagi tujuan mengesahkan

semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur bagi beberapa seksyen di bawah Kanun Tanah Negara

(Akta 56) yang belum lagi diwakilkan kuasa kepadanya oleh Jemaah Menteri.

Semenjak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1974,

Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan kuasanya di bawah peruntukan-peruntukan

yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara 1965 kepada Jawatankuasa Kerja Tanah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari masa ke semasa. Perwakilan kuasa

tersebut dibuat sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13

Kanun Tanah Negara 1965 dan diwartakan melalui PU(B) 597-1974 bertarikh 21

November 1974. Melalui perwakilan kuasa tersebut, Jawatankuasa Kerja Tanah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat menjalankan fungsinya untuk

menimbangkan dan meluluskan jenis-jenis permohonan, rayuan dan urusan-urusan

lain mengenai pentadbiran yang melibatkan kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah

seksyen-seksyen tertentu tanpa perlu merujuk dan mendapatkan kelulusan Jemaah

Menteri.

DR. 27.3.2003 112

Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 1974 beberapa pindaan telah dibuat

kepada Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pindaan melalui Akta A587/1984, Akta

A615/1985, Akta 752/1990, Akta A832/1992 dan Akta A1104/2001. Melalui pindaan-

pindaan tersebut terdapat beberapa kuasa baru Pihak Berkuasa Negeri telah

diwujudkan. Kuasa-kuasa baru tersebut adalah meliputi perkara-perkara seperti

berikut:

(i) kuasa bagi meluluskan permohonan untuk mendapatkan

lesen menduduki sementara dan permit bagi permohonan

penggunaan ruang udara di atas tanah kosong kerajaan.

Seksyen-seksyen yang terlibat adalah Seksyen 68A, 75A,

75B(2), 75E, 75F dan 75G;

(ii) kuasa bagi permohonan pelupusan tanah-tanah kerajaan di

bawah tanah. Seksyen-seksyen terlibat adalah seksyen 92Br

92C, 92D, 92E, 92F dan 92G;

(iii) kuasa bagi mengenakan syarat dan sekatan kepentingan

bagi permohonan untuk membangunkan tanah, Seksyen-

seksyen yang terlibat adalah Seksyen 124A dan 129;

(iv) kuasa bagi meluluskan permohonan penyerahan batik dan

permohonan semula tanah yang sama oleh pemilik yang

sama. Seksyen-seksyen terlibat adalah 204D dan 204E; dan

(v) kuasa bagi meluluskan permohonan pindah milik hartanah

yang melibatkan warganegara asing. Seksyen-seksyen

terlibat adalah 433B dan 433E.

Seksyen-seksyen baru tersebut telah pun diwakilkan kuasa kepada

Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui PU(B)

108/2003 dan berkuat kuasa mulai 5 Februari 2003.

Melalui pewujudan perwakilan kuasa yang baru ini, semua kuasa yang perlu

telah diwakilkan kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur meliputi kuasa-kuasa bagi seksyen-seksyen baru yang telah dinyatakan.

Oleh yang demikian, pertimbangan ke atas cadangan rang undang-undang ini

adalah yang melibatkan kuasa-kuasa di bawah seksyen-seksyen baru yang

diwakilkan kuasa kepada jawatankuasa kerja tanah bagi tempoh sehingga 5 Januari

2003 dan juga seksyen 42 iaitu kuasa pelupusan tanah melalui rang undang-undang

DR. 27.3.2003 113

ini tindakan dan keputusan jawatankuasa kerja tanah berhubung kuasa-kuasa

tersebut akan menjadi sah dan berkuat kuasa.

Saya mohon mencadangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Serl Utama Dr. Rals bin

Yatim]: Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, terima

kasih

Ahli-ahli Yang Berhormat, masatah di hadapan majlis ialah "Rang undang-

undang bernama Suatu Akta untuk mengesahkan perbuatan atau benda yang telah

dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di

bawah Kanun Tanah Negara", dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka

untuk dibahaskan.

Dr, Tan Seng Giaw: [Berdiri separuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong

berdiri betul-betullah Kepong. Hat Kepong. [Ketawa]

5.02 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertuar daripada rang undang-

undang ini tidak ada banyaklah di dalamnya dan hujah pun dia hendak

mengesahkan apa yang telah diluluskan sahaja tetapi walau bagaimanapun, dari

prinsip kelulusan undang-undang di dalam Dewan yang mulia ini kita mestilah

mengambil kira membert perhatian yang cukup, tambah pula Yang Berhormat

Menteri ini kali yang pertama membentangkan rang undang-undang itu [Disampuk]

Macam mana sokong pun kali yang pertama dia pun tidak tahu macam mana

hendak buat penggulungan, jawapan dan sebagalnya. [Disampuk]

Sebelum ini sebagal Timbalan Menteri saya nampak...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang

Berhormat teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: ...jawapan itu kurang tepatlah [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya,

teruskan Yang Berhormat,

Dr. Tan Seng Giaw: ..sehingga timbulkan kucar kacir di dalam Dewan.

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan

Yang Berhormat. Tidak ada kena-mengena itu, Yang Berhormat.

DR. 27.3.2003 114

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada kena mengena [Ketawa] Tuan Yang dl-

Pertua, yang pertama saya dengan singkat sahajalah, saya nampak ada kuasa baru

bagl kelulusan TOL dan sebagalnya. TOL sebenarnya lesen mendudukl sementara.

Saya ada baca di dalam syarat-syarat yang dikenakan biasanya untuk tanaman

sahaja. Tanah itu tidak dlgunakan dan sementara itu ada pemohon biasanya petani

yang mohon hendak tanam sayur-sayuran dan sebagainya, Itulah dikenakan syarat-

syarat termasuklah apabila plhak kerajaan hendak menggunakan tanah itu dan

mereka terpaksa undurkan sendiri dengan cepat.

Dan di sini saya hendak bertanya Yang Berhormat, bagaimana Yang

Berhormat menyelesatkan masalah TOL yang dl mana mereka anggap TOL ini

sebagai geran, pajakan tanah dan dljual kepada orang lain. In) memang melanggar

syarat-syarat yang terkandung di dalam TOL Itu. TOL Ini tiap-tiap tahun, ia mesti

bayar lesen dan ia dljual kepada orang lain, apakah tindakan yang diambil oleh pihak

kementerian apabila berlakunya pelanggaran seperti ini. Ini berlaku dengan kerap

kali. Bukan jarang, ini kerap kali dilakukan dan saya hendak tahu apakah dasar

kerajaan sekarang setelah dlluluskan kuasa baru Ini.

Kemudian, misalnya dl Jlnjang terdapat lebih kurang 800 TOL sekarang dan

ada plndah milik dan sebagalnya. Dl dalam hampir 30 tahun atau 20 tahun Ini

dibiarkan dengan begitu sahaja. Apakah dasar kerajaan? Ini saya hendak tahulah.

Bagl Yang Berhormat Menteri kerja sedlkit. Apakah dasar kerajaan sekarang dengan

kawasan-kawasan yang penduduknya mempunyal pemegang lesen seperti ini untuk

lama-lama, dua atau tiga dekad? Adakah mereka akan diberi geran? Kalau tidak,

apakah tindakan yang akan diambil?

Saya mencadangkan kalau kita tidak dapat memberi lesen atau tukar kepada

geran itu, maka pihak kerajaan mesti mengadakan projek-projek pembangunan.

Misalnya kalau lebih 800 TOL dl Jlnjang, di kawasan-kawasan yang terllbat, kita

adakan projek pembangunan untuk pelbagal jenis rumah dan juga pusat-pusat

komersial dan sebagalnya.

Saya pernah dengar projek-projek yang diadakan di dalam kawasan TOL dan

sebagainya tetapi nampaknya tidak ada tindakan. Saya berharap dengan menteri

baru, kita dapat penyapu yang baru dan kita akan selesaikan masalah ini dengan

lebih cepat, yang pertama.

Di sini saya hendak bertanya Yang Berhormat, prosedur apabila lupusnya

satu geran hak millk. Misalnya di Jinjang dan Salak Selatan pun ada juga, apabila

OR. 27.3.2003 115

hak milik untuk pos dimohon semula, diserahkan balik kepada pihak Jabatan Tanah.

Di Wllayah Persekutuan ini, 'galian' sudah tldak ada tetapi saya nampak nama Itu

Jabatan Tanah dan Galian pula. Dan saya tidak tahulah apakah maksud 'galian' di

situ, PTG. Sebenamya di Wllayah Persekutuan, PT sahajalah.

Dato' Othman bin Abdul: Pasirl

Dr. Tan Seng Giaw: Pasir kah? Tidak adalah. Tanya Menterl Ini macam

mana ada pasir dl Wilayah Persekutuan [Dis&mpuk] Tldak ada. Saya hendak tahu

apa maksud galian di sin).

Seorang Ahll: Lombong!

Dr. Tan Seng Olaw: Lombong. Kalau ada lombong itu, bekas lombong bijih

sahajalah. Itu pun sudah jadl retention pond sekarang. Adakah maksud galian?

Apakah tlndakan yang akan dlambil oleh plhak kementerian untuk mengkaji same

ada JPT ini, dlgugurkan T" itu. Kalau tldak dlgugurkan, mungkin satu nama yang

baru, mungkin nama Jabatan Tanah dan Penjagaan Bekas Lombong atau

sebagainya.

Seorang Ahll: Panjang sangat.

Dr. Tan Seng Glaw: Macam mana panjang pula? Ini relevan. Hendak tolong

menteri kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, kemudlan, yang akhlr sekall, satu perkara yang

penting, kuasa yang dimlnta harl ini untuk menyelesaikan masalah serahkan ballk

hak milik dan kemudlan mohon semula. Ini di Jinjang, di Salak Selatan dan juga dl

Ayer Panas, ada hal seperti ini dan banyak lagi di kawasan-kawasan Kuala Lumpur.

Misalnya di Jinjang. Pada tahun 1989. lupuslah tempoh hak mfllk tetapi itu

AA sahaja. AA sahaja yang lupus itu. Bukan hak milik yang - apa dlpanggilnya,

permanent

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Mak milik

kekal.

Dr. Tan Seng Glaw: Ha, hak milik kekal, bukan, bukan tetapi bolehkah Yang

Berhormat siasat? Apabila dia lupus dengan AA ini. pihak jawatankuasa rnembuat

keputusan untuk membenarkan pemohon mempunyai hak milik tempoh selama 99

tahun Itulah cara yang betu! tetapi masalahnya, saya nampak apabila pihak

pemohon pergi ke Jabatan Tanah, didapati bahawa mereka perlu membayar sekian*

seklan banyak untuk perrnohonan dan sebagainya dan mereka tunggu macam mana

hendak dapatkan geran hak milik.

DR. 27.3.2003 116

Walaupun sebahagian besar sudah selesai tetapi ada masalah. Misalnya,

ada kes-kes, kalau ikut geran yang kekal itu, tidak lupus lagi. AA lupus tetapi bila

geran kekal dikeluarkan, dia memang tarikh yang kemudian dan pelupusan ini

mengikut geran kekal, bukan menglkut AA tetapi plhak segelintir orang dl dalam Itu

menganggap AA itulah yang bermulanya tarikh pelupusan tetapi bukan. Dan inilah

yang timbul masalah, pihak pemohon menghadapi kesusahan, kelewatan dan

menganggap pihak JT atau JPT berlengah-lengah untuk menguruskan hal ini,

Saya berharap Yang Berhormat dapat mengkaji bagaimana kita boleh

elakkan maklumat yang lengkap tidak diberi kepada pihak pemohon dan sebagainya.

Bagaimana kita boleh melicinkan hal ini supaya mereka tahu sebab kalau ini bertaku

dengan birokrasi dan red tape ini, memang ada segelintir dikhuatiri terlibat dengan

rasuah. Kalau ada birokrasi, ada red tape, memang faktor-faktor yang pentlng yang

mewujudkan rasuah.

Pihak Yang Berhormat Menteri mestilah berwaspada mengenai hal-hal

seumpama ini. Kemudian, selepas permohonan mereka diluiuskan tetapi Jabatan

Ukur tidak mempunyai kakitangan yang cukup dan tanah tidak diukur untuk

bertahun-tahun, walhal bayaran sudah dibuat. Dia buat bayaran untuk ukuran tanah

tetapi bertahun-tahun tidak diukur, kerana apa, Jabatan Ukur tidak mempunyai

kakitangan yang cukup untuk mengukur tanah. Kalau itulah yang berlaku, saya

sebab itulah pada mulanya saya bercadang suapay kita gugurkan galian itu, dan

mungkin juga masukkan Jabatan Tanah dan Ukur pula.

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya,

Pendang berdiri Yang Berhormat, hendak minta penjelasan, boleh?

Dr. Tan Seng Giaw: Penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]; Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Tetapi Pendang tidak serupa dengan Wilayah

Persekutuan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau

hendak beri, berilah sahaja Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak beri, beri

sahajalah. Hendak beri jalan? Hmm, sila. [Ketawa]

Dato' Othman bin Abdul: Ini bekas ADO hendak bercakap ini. Saya agak

tuduhan Yang Berhormat itu tidak betul. Sebabnya, bayaran diminta selepas disukat

baru diminta bayaran, premium, mana orang bayar dahulu baru hendak sukat tanah,

tidak jadi Yang Berhormat, kenyataan Yang Berhormat tidak betul.

DR. 27.3.2003 117

Dr. Tan Seng Giaw: Hah, itu sebablah di Pendang ini berlainan sedikit.

Saya ada kalau hendak bukti saya ada. Dia bayar dan tidak keluarkan geran kekal

tak keiuar lagi, geran sementara sahaja dan dia bergantung kepada ukuran tanah.

Tidak ada, dia bayar dahulu, biasanya RM200, RM300, hahr di Pendang itu masalah

berlainan. Sungguh pun ....

Dato' Othman bin Abdul: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak

beri jalan Yang Berhormat? Ya.

Dato' Othman bin Abdul: Saya ini bekas pegawai tanah ini Yang

Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Hai, itulah masalahnya teruk lagi.

Dato' Othman bin Abdul: Saya jadi ADO tanah ini, saya boleh tahu,

mungkin bayaran permohonan betul. Permohonan itu dikenakan sedikit bayaran,

tetapi tidak ada tidak pernah dikenakan bayaran oleh kerajaan atau pejabat tanah

sebelum ditukar tanah itu keluasannya premiumnya dikira atas keluasan tanah.

Itu Yang Berhormat tidak boleh buat kenyataan tidak betul, saya kerja

undang-undang ini.

Dr. Tan Seng Giaw: Itulah masalah itu, sudah bersara berapa tahun dah.

[Ketawa]

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang

Berhormat, biar Menterl yang menjawab Yang Berhormat. Hmm, biar Menteri yang

menjawab.

Dr. Tan Seng Giaw: Berapa tahun dah, hendak bangkitkan masalah,

seolah-olah pengalaman itu kekal untuk selama-lama dah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan

Yang Berhormat. Biar Menterl yang menjawab Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Ya.ya.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Pantunlah.

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak payahlah, Pendang tidak payah pantun.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus

sahaja Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Pendang dia padamkanlah. Ya, Yang Berhormat

Menteri, ini benar, dia bayar, dia buat satu senarai kosnya, dia bayar dahulu, kalau

tidak percaya, saya bawa kepada Jinjang, tengok macam mana dia dapat geran

DR. 27.3.2003 118

sementara, kemudian tidak ada geran yang kekal, oleh kerana apa, kerana ukuran

tidak ada, walaupun premium itu berdasarkan kepada ukuran yang tertentu tetapi

dibayar dahulu, bayar dahulu kemudian kerana kakitangan Jabatan Ukur tidak cukup

dan tidak diukurdengan tepat untuk geran yang kekalnya, hah inilah.

Saya gunakan kesempatan ini, kebetulan pun saya pun tidak tahu sama ada

ada orang yang membahas

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada, ada.

Dr. Tan Seng Giaw: Tetapi kebetulan saya terllntas di dalam akal saya ini.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Bagus,

baguslah itu.

Dr. Tan Seng Glaw: Dan Yang Berhormat, saya berharap Yang Berhormat

dapat menyiasat dan memperbetulkan dan berlbu-rlbu geran dikeluarkan dan

sementara sahajalah dan bilakah geran kekal yang akan dikeluarkan oleh pihak

Jabatan Tanah di Wilayah Persekutuan, Ini memang beribu-ribu penduduk sudah

sedang menunggu dan saya berharaplah hal ini dapat diselesaikan dan sedikft

sahaja sebelum saya mengakhirinya, ia pejabat tanah dan hal ini juga serahkan ballk

dan kemudian memohon semula dan pihak Jabatan Tanah ini tetapkan satu bayaran

misalnya RM60.000 dan diminta dalam tempoh tiga bulan bayar semua, dan boleh

membuat rayuan.

Rayuannya kena bayarlah RM150. Saya ada kes-kes misalnya, dia kata kita

hendak pohonlah rayuan bayaran ansuran, jangan tiga bulan, kalau dua, tiga tahun

pun lebih baik. Ada yang mampu, yang mampu itu kita tidak kisahlah.

Misalnya ada yang membuat aduan kepada saya ini, ia bekas pesara

daripada TNB, juruteknik dan dua orang yang berkongsi, waris daripada ayah, abang

bersara juga tidak bekerja, jadi mlnta tempoh untuk bayaran buat ansuran, tetapi

setelah bayar RM150 untuk rayuan itu, dia tunggulah jawapan tidak ada, dia pun

kumpulkan wang dalam dua tiga tahun, dia kumpulkan cukup wang bayar, masalah

dia hendak bayar tidak boleh bayar, memang tidak boleh, dia tendangkan chek itu,

tidak diterima, hah, inilah masalah.

Saya bermaksud kepada golongan yang tidak mampu. Yang terpaksa

mencari jalan untuk mengumpulkan wang tetapi bila dia ada wang hendak bayar,

tidak boleh bayar kerana dia tidak mengikut

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tempoh

dan masa sudah habis.

DR. 27.3.2003 118

sementara, kemudian tidak ada geran yang kekal, oleh kerana apa, kerana ukuran

tidak ada, walaupun premium itu berdasarkan kepada ukuran yang tertentu tetapi

dibayar dahulu, bayar dahulu kemudian kerana kakitangan Jabatan Ukur tidak cukup

dan tidak diukurdengan tepat untuk geran yang kekalnya, hah inilah.

Saya gunakan kesempatan ini, kebetulan pun saya pun tidak tahu sama ada

ada orang yang membahas

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada, ada.

Dr. Tan Seng Giaw: Tetapi kebetulan saya terllntas di dalam akal saya int.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Bagus,

baguslah Itu.

Dr. Tan Seng Glaw: Dan Yang Berhormat, saya berharap Yang Berhormat

dapat menyiasat dan memperbetulkan dan beribu-ribu geran dikeluarkan dan

sementara sahajalah dan bilakah geran kekal yang akan dikeluarkan oleh pihak

Jabatan Tanah di Wilayah Persekutuan, ini memang beribu-ribu penduduk sudah

sedang menunggu dan saya berharaplah hal ini dapat diselesaikan dan sedikft

sahaja sebelum saya mengakhirinya, ia pejabat tanah dan hal ini juga serahkan ballk

dan kemudian memohon semula dan pihak Jabatan Tanah ini tetapkan satu bayaran

misalnya RM60.000 dan diminta dalam tempoh tiga bulan bayar semua, dan boleh

membuatrayuan.

Rayuannya kena bayarlah RM150. Saya ada kes-kes misalnya, dia kata kita

hendak pohonlah rayuan bayaran ansuran, jangan tiga bulan, kalau dua, tiga tahun

pun lebih baik. Ada yang mampu, yang mampu itu kita tidak kisahlah.

Misalnya ada yang membuat aduan kepada saya ini, ia bekas pesara

daripada TNB, juruteknik dan dua orang yang berkongsi, waris daripada ayah, abang

bersara juga tidak bekerja, jadi mlnta tempoh untuk bayaran buat ansuran, tetapi

setelah bayar RM150 untuk rayuan itu, dia tunggulah jawapan tidak ada, dia pun

kumpulkan wang dalam dua tiga tahun, dia kumpulkan cukup wang bayar, masalah

dia hendak bayar tidak boleh bayar, memang tidak boleh, dia tendangkan chek itu,

tidak diterima, hah, inilah masalah.

Saya bermaksud kepada golongan yang tidak mampu. Yang terpaksa

mencari jalan untuk mengumpulkan wang tetapi bila dia ada wang hendak bayar,

tidak boleh bayar kerana dia tidak mengikut

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tempoh

dan masa sudah habis.

DR. 27.3.2003 119

Or. Tan Seng Glaw: .... tempoh masa walaupun itu bayaran sudah dibuat

untuk rayuan dan sebagainya dan hal ini memang perlulah diperhatikan oleh Yang

Berhormat supaya semua hal ini dapat diselesaikan, dibereskan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato'Hajl Muhamad btn Abdullah]: Ya, Arau.

5.21 ptg.

Puan Hajah Mastika Junaldah binti Husin [Arau]; Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana

memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Akta Kanun Tanah Negara

yang mana melibatkan perkara-perkara yang terlibat dengan Witayah Persekutuan.

Sungguhpun saya di Arau, Tuan Yang dl-Pertua, boleh katakan Anil Parllmen

ini separuh berada di Wilayah, masa separuhnya ada di kawasan. Dan saya pun

belajar sebenamya di Kuala Lumpur, lama berada di Kuala Lumpur, saya

menganggap bahawa Kuala Lumpur adalah tempat yang menjadi banyak nostalgia

yang ada di sini dan juga kitajuga hendak melihat Kuala Lumpur

Seorang Ahli: Jumpa abang pun di Kuala Lumpur.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Ya, hah jumpa boyfriend pun di

Kuala Lumpur [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa semua rakyat Malaysia, kita hendak melihat

Wilayah Persekutuan menjadi satu tempat yang boleh kita banggakan dan hari ini

kita memang berbangga melihat pembangunan yang telah pun dapat dilakukan oleh

kerajaan, walaupun akta ini dibentangkan pada hari ini untuk kita menyelesaikan

perkara-perkara y3ng telah berlaku, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan

dan saya rasa bagus daripada pihak kita di Dewan ini, sama ada pembangkang

ataupun wakil kerajaan, kita berfikiran begitu raslonal kerana apa yang dibuat oleh

kerajaan ini adalah untuk pembangunan.

Dan dalam pembangunan yang begitu pesat, sudah pastilah kadang-kadang

ada perkara-perkara yang perlu dilakukan dahulu dan dalam masa kita menjalankan

proses-proses pembangunan ini, kalau ada kelemahan-kelemahan kita mengatasi

kelemahan-kelemahan itu dan disesuaikan dengan peraturan-peraturan yang ada di

negara, lebih-lebih lagi ke arah kita hendak menjayakan program-program yang akan

kita laksanakan pada masa akan datang.

Jadi, atas dasar itu, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian,

saya juga menyokong apa yang telah dibentangkan pada hari ini dan kita harap

DR. 27.3.2003 120

pembentangan Akta Kanun Tanah Negara ini akan dapat membawa perubahan yang

lebih baik lagi kepada pembangunan Kuala Lumpur sebagai bandar pusat

pembangunan ekonomi negara, di mana pusat pentadbiran negara telah pun kita

pindahkan ke Putrajaya secara beransur-ansur dan bandar Putrajaya dan Kuala

Lumpur ini akan menjadi macam twin tower kalau dipandang dari segi struktur, kalau

boleh dilihat ia akan nampak sebagai twin tower, kalau ia dapat dllihat secara

objeknya,

Jadi, ini saya bangun untuk menyatakan sokongan.

Tuan Yang di-Pertua, keduanya, saya juga hendak bertanya kepada Yang

Berhormat Timbalan Menteri

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato* Hajl Muhamad bin Abdullah]: Menteri,

Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastlka Junaidah blntl Husln: Mlnta maaf, Yang Berhormat

Menteri. Minta maaf Dato' [Ketawa]

Tak, saya hendak tengok Ahli-ahli Parlimen ini tidurkah masa sekarang ini,

kerana dah lewat. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang

Berhormat terlupa itu.

Puan Hajah Mastika Junaidah blntl Husln: Saya juga hendak bertanya

kepada Yang Berhormat, kadang-kadang di Kuala Lumpur harga tanah dl Kuala

Lumpur ini begitu mahal, nilainya begitu tinggi, tetapl kita nampak ada juga

sesetengah kawasan yang terbiar. Bagaimana dalam keadaan Kuala Lumpur yang

mempunyai tanah yang begitu terhad, dan harga tanah macam harga emas, tetapi

ada kawasan-kawasan yang tebiar, sudah tentu tanah-tanah ini mempunyai pemilik-

pemilik di mana kerajaan kemungkinannya tidak dapat melakukan apa-apa pun

kerana ia dimiliki oleh orang perseorangan ataupun syarikat-syarikat.

Jadi, adakah pihak kerajaan di Kuala Lumpur ada satu jawatankuasa yang

mengkaji keadaan ini kerana ia mencacatkan pandangan kita dan juga merugikan di

mana tanah di Kuala Lumpur ini begitu mahal tidak dapat kita bangunkan disebabkan

oleh ownership dan sebagainya, tidak ada usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan

untuk mengatasi masalah ini.

Ketiganya, Tuan Yang di-Pertua, kita dapati tanah-tanah yang dimiliki oleh

agensi-agensi kerajaan dan juga tanah-tanah yang tidak dimiliki ataupun tanah-tanah

rizab jalan, rizab sungai, setakat ini pembangunan memang telah pun dibuat, dibaiki,

DR. 27.3.2003 121

landskap dilaksanakan oleh agensi-agensi yang terlibat, tetapi saya rasa masih ada

lagi kawasan-kawasan yang boleh kita perelokkan, yang boleh kita cantikkan.

Misafnya sepanjang jalan kereta api, saya naik kereta api dahutu, oleh kerana

senator dahulu tak dapat tiket kapal terbang, tak boleh naik kapal terbang pun

semasa saya mula-mula jadi senator. Saya naik kereta api pergi batik daripada Perlis

ke Kuala Lumpur, di tepi jalan tanah-tanah nzab ini kita lihat terbiar begitu sahaja

dengan rumput, dengan semak samun, tidakkah ada usaha-usaha ataupun ada

tindakan-tindakan yang boleh dibuat sama ada menggesa pihak-pihak yang

berkenaan, kereta api, agensi yang terlibat dengan penjagaan sungai Ini untuk

mereka mengambil tindakan supaya Kuala Lumpur Ini benar-benar menjadi bandar

yang boleh kita banggakan di negara ini.

Saya sedar bahawa Keretapi Tanah Melayu ini tiap-tiap kali dalam

pembentangan bajet terpaksa kita bagi peruntukan tambahan. Selalunya dia rugi,

saya tahu constrain itu. Kalau kata kereta api tak dapat hendak mengatasi masalah

ini adakah pihak pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri dapat

memberikan perhatian kepada perkara ini.

Yang keempatnya Tuan Yang dl-Pertua, saya ingin bertanya pembangunan

Kampung Baru, ia terlibat dengan tanah. Ini adalah pembangunan Kampung Baru

sudah lama, kita tak dengar apa pun dan kita tidak lihat pun pencapaiannya. Saya

selalu membayangkan semasa saya menjadi Ahll Lembaga Tourism, bila pergi

melihat di tempat-tempat yang lain dan kembali ke Kuala Lumpur, kita nampak ada

kawasan-kawasan perniagaan. Di Petaling Street ada menjual barang-barang

daripada China, kita nampak melambangkan masyarakat China yang ada di negara

kita. Kalau kita pergi belakang Masjid India, melambangkan masyarakat India yang

ada di negara kita. Tetapi kalau pergi Kampung Baru, melambangkan orang Melayu

yang ada tak bangun, tak ada pembangunan. Apa hal dengan Kampung Baru ini.

Apa masalah yang dihadapi oleh kerajaan sehingga ia dormant, la tak bergerak dan

tidak ada perubahan. Ini ada Menteri.

Adakah Menteri ada wawasan bagaimana dapat kita bangunkan Kampung

Baru supaya bila orang datang ke Kuala Lumpur, bila hendak melihat multi-racial

yang ada di negara kita dapat tengok. Bila pergi Petaling Street, bila pergi ke Jalan

Masjid India, bila pergi ke Kampung Baru kita dapat lihat satu corak kehidupan,

pembinaan, architecture dan sebagainya yang boleh kita banggakan.

DR. 27.3.2003 122

Jadi, dalam hal ini dahulu saya nampak ada usaha-usaha ke arah itu, tetapi

nampaknya kebelakangan ini semua orang melupakan. Kemungkinan ada masalah-

rnasalah yang tak dapat diatasi. Kita hendak dapat penjelasan daripada Yang

Berhormat Menteri.

Satu minit lagi yang akhirnya. Tuan Yang di-Pertua, sebab ini pun pendek

sahaja kita punya rang undang-undang ini. Yang akhirnya saya ingin merujuk,

membawa dan mengimbas kembali ingatan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada

peristiwa-perlstiwa sedih yang berlaku di Kuala Lumpur. Bila Highland Tower

tumbang, selepas itu diikuti runtuh pula banglo...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Panjang

lagi Yang Berhormat?

Puan Hajah Mastika Junaidah bintl Husin: ....General (B). Boleh saya

habiskan satu minit lagi?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah

masuk itu Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah bintl Husin: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah

masuk 5.30 Yang Berhormat,

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Yalah sambung tak mengapalah

Tuan Yang di-Pertua. Tetapi point saya dekat hendak habis, esok insya-Allah.

Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang

Berhormat sambung esok ya, Bukan, hari Isnin Yang Berhormat.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Ya, hari Isnin. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato* Haji Muhamad bin Abdullah]: Minta maaf

Yang Berhormat, sama-sama lupa Yang Berhormat. [Ketawa]

Puan Hajah Mastika Junaidah bintl Husin: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato1 Haji Muhamad bin Abdullah]: Minta maaf.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sekarang sehingga hari Isnin,

jam 10.00 pagi minggu hadapan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.