document2

276
Disetenggarakan oleh Abdul Latiff Abu Bakar MELAKA dan Arus Gerakan KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: arahtuju

Post on 21-Jan-2016

135 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Document2

Disetenggarakan oleh

Abdul Latiff Abu Bakar

MELAKAdan

Arus GerakanKEBANGSAAN

MALAYSIA

Page 2: Document2

MELAKAdanAras GerakanKEBANGSAANMALAYSIA

Page 3: Document2

MELAKAdanArus GerakanKEBANGSAANMALAYSIA

Diselenggarakan oleh

Abdul Latiff Abu Bakar

(diterbitkan dengan kerja sama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka,

dan Kerajaan Negeri Melaka)

Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia

Penerbit Universiti Malaya

1OOO331145

Page 4: Document2

Diterbitkan bersama olehPenerbit Universiti Malaya Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme MalaysiaLembah Pantai GRAHA PATRIOTISME50603 Kuala Lumpur No. 8, Kompleks MutiaraMalaysia. Lot 1056, Jalan Batu Berendam

75350 Melaka.

Dengan kerja samaPersatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka, danKerajaan Negeri Melaka

Para penulis/pembentang 1996Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini bolehditerbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula ataudisiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik,mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Penerbit.

Pengatur huruf: AMAMuka taip teks: Arrus BTSaiz taip teks: 10/14

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Melaka dan arus gerakan kebangsaan Malaysia/diselenggarakanoleh Abdul Latiff Abu Bakar.ISBN 967-9940-91-8 (kulit lembut)

967-9940-93-4 (kulit keras)1. Nationalism-Malaysia-History. 2. Patriotism-Malaysia-History.3. Patriotism-Melaka-History. 4. Melaka-History.I. Abdul Latiff Abu Bakar.320.540959509

Dicetak oleh Penerbit Universiti Malaya, Lembah Pantai, 50603 Kuala Lumpur,Malaysia.

Page 5: Document2

MELAKABANDAR RAYA BERSEJARAH

NEGERI BERBUDAYA

Perpaduan dan PatriotismeWarisan Kita

Page 6: Document2

KANDUNGAN

KATA ALU-ALUANvii

— YAB Datuk Seri Haji Mohd Zin Haji Ab. Ghani —

MUKADIMAHix

— Haji Mohd. Jamil Mukmin —

PENGENALAN: Konsep Patriotisme Dan Nasionalisme1

— Abdul Latiff Abu Bakar —

Wira Melayu Dalam Konteks Patriotisme Zaman KesultananMelaka

9— Mohd. Yusoff Hashim —

Kerja Sama Serantau Mengusir Penjajah Di Persekitaran SelatMelaka

31— Yahaya Abu Bakar —

Gerakan Penentangan Terhadap Kuasa Barat Di Melaka51

— Abdullah Zakaria Ghazali —

Page 7: Document2

Pemikiran Abdullah Munshi Dan Ibrahim Munshi TentangOrang Melayu

83— Zainal Abidin Borhan —

Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan Di Malaysia99

— Abdul Latiff Abu Bakar —

Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga TokohPelopornya

117— Mohd. Sarim Haji Mustajab —

Pengaruh Indonesia Dalam Aliran Kiri Gerakan KebangsaanMelayu

147— Ahmat Adam —

Gerakan Pertubuhan Kebangsaan Dalam MemperjuangkanKemerdekaan

171— Abdul Aziz Mat Ton —

Gerakan Kebangsaan Dan Proses Pembentukan Negara:Bangsa Malaysia

195— Mahadzir Mohd. Khir —

Ketahanan Bangsa Dan Kelangsungan Negara: MalaysiaDalam Era Globalisasi

215— Mohamad Abu Bakar —

Kepimpinan Melayu 1945-1957233

— Ramlah Adam —

Page 8: Document2

KATA ALU-ALUAN

MELAKA yang mendapat jolokan "Negeri Bersejarah" adalah di antaranegeri yang terawal dan terpenting memainkan peranan dalam gerakankebangsaan di Malaysia. Gerakan ini dapat dijejak sedari zamankeemasan dan kegemilangan Etnpayar Melayu Melaka lagi sehinggalahmemasuki era pemerintahan bangsa asing iaitu Portugis, Belanda, Brit-ish, Jepun, dan British semula. Pencerobohan dan kemasukan tanparestu dan izin bangsa-bangsa ini telah mencetuskan elemen-elemengerakan kebangsaan ataupun semangat patriotisme.

TARIKAN Melaka terletak pada kemakmuran dan kedudukannya yangstrategik. Melaka menjadi rebutan sehingga mencetuskan perbalahandan penaklukan dunia luar yang ingin memiliki Melaka. Jadi tidakhairanlah banyak peristiwa penting sejarah negara sebenarnya bermuladi Melaka. Melaka pernah muncul sebagai Empayar Melayu yangterbesar di Nusantara. Sejarah penyebaran Islam secara besar-besarandi Nusantara juga bermula di Melaka. Negeri pertama dijajah Baratjuga Melaka. Sejarah gerakan kebangsaan dan seterusnya perisytiharankemerdekaan Malaysia juga bermula di negeri Melaka. Jadi bertepatansekali slogan "Melaka di mana segalanya bermula".

SECARA tabii, peradaban masyarakat berubah mengikut suasana danmasa. Ada peradaban yang telah menjadi sejarah, tidak kurang jugaperadaban yang sedang dibina masa kini berdasarkan sejarah masalalu. Apabila pemikir-pemikir masa kini seperti Francis Fukuyama danSamuel Huntington hangat memperkatakan soal dan isu akan meletussuatu pertentangan sengit dalam peradaban masyarakat akan datang,mereka sebenarnya merujuk kepada sejarah yang lalu berhubung dengan

IX

Page 9: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

tamatnya "perang dingin" di kalangan kuasa-kuasa besar dunia,lantas mereka juga mempopularkan idea unggulnya yang di-sebut sebagai penghujung sejarah (the end of history). Sama adakeunggulan yang retorik atau semata-semata akan menjadirealiti, mereka sebenarnya merujuk pada keadaan dan peristiwasejarah yang lepas. Mereka menyaksikan suasana dunia hariini, semata-mata untuk meramalkan sesuatu yang akan terjadidi dalam sejarah peradaban masyarakat. Perkara ini yangsebenarnya pernah dikatakan oleh Imam Besar al-Ghazalibahawa corak masyarakat akan datang adalah ditentukan olehkeadaan golongan muda masa kini.

SEBAGAI sebahagian daripada warga dunia, kita telah punmelalui gelombang pertama, iaitu "gelombang pertanian", kinikita sedang melalui gelombang kedua iaitu "gelombangperindustrian", dan kini sama ada disedari atau tidak, kitasedang berhadapan dengan gelombang ketiga iaitu "gelombangteknologi maklumat". Kehadiran gelombang ketiga ataupunteknologi maklumat ini tentulah sukar ditahan. Bagaimanapun,penerimaan gelombang ini menyebabkan kita terdedah padaanasir-anasir dan pembaharuan-pembaharuan global ini ataulebih dikenali dengan "era globalisasi", kita wajib mengekalkandan mempertahankan idea dan maruah, keunggulan dan ke-luhuran teras dan budaya sebagai warga dan bangsa Malaysia.

ADA bukti-bukti yang menegaskan bahawa peradaban-per-adaban yang wujud di negara ini dibawa melalui proses sejarah-nya. Suasana politik, keadaan ekonomi, sosial, kebudayaan,dan kemasyarakatan yang kita saksikan hari ini adalah hasildaripada aktiviti-aktiviti sejarah dan evolusi peradabanmasyarakat yang berabad-abad ini. Maka tentunya, salah satuinduk dan teras kebudayaan ini ialah sejarahnya. Tegasnya,pemikiran dan sikap kita harus bercorak global, tetapi akardan wadahnya hendaklah bercorak negara kita. Seperti katabijak pandai dan bestari Melayu lama "pohon dan puncak ke

Page 10: Document2

KATA ALU-ALUAN

angkasa sedangkan tunjang dan akarnya menerjah dan men-cengkam ke bumi".

KITA bersyukur, sementara ada negara di dunia ini yang cubamerubah, memutarbelitkan fakta sejarah atau memadamkanhakikat dan peri hal sejarahnya tetapi kerajaan dan masyarakatnegara kita ini terus prihatin kepada sejarah. Sementara parasarjana dan sejarawan kita giat membongkar dan menyelidikpelbagai aspek dan dimensi sejarah negara ini, ada pemimpin-pemimpin negara kita membuktikan keprihatinan secara lang-sung dan memberi komitmen total kepada ilmuan sejarah. Pe-nubuhan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia(IKSEP) yang ditunjangi oleh kerajaan negeri Melaka mem-buktikan fakta ini. Saya berasa gembira kerana gagasan kerajaannegeri Melaka ini telah mendapat sokongan penuh daripadapara sejarawan dan pencinta sejarah negara ini. Ini termasuklahjabatan-jabatan Sejarah dari Universiti-universiti tempatan danjuga Persatuan Sejarah Malaysia.

RAMAI cendekiawan dan juga ahli sejarah yang menyatakanbahawa sejarah teras tamadun bangsa. Kata-kata ini yangsebenarnya adalah dicipta daripada kajian dan juga pengalaman-pengalaman lampau bahawa sejarah adalah asas kepadapembinaan bangsa pada masa kini dan juga pada masa akandatang. Sejarah merupakan suatu proses evolusi peradabanmasyarakat yang berkesinambungan sifatnya tetapi sentiasamengalami perubahan dan bersaling kait di antara satu samalain. Pemikiran terhadap proses evolusi ini adalah penting. Iaboleh menjadi rangka kerja (frame work) untuk kita merangkasuatu proses tesis yang senantiasa mencari kebenaran danketulusan berasaskan fakta dan bukti sahih. Memahami tentangkebenaran sejarah masa silam boleh memupuk sifat jati diri,identiti masyarakat, dan semangat kewarganegaraan dalamusaha untuk membina keperibadian bangsa Malaysia. Me-nanamkan sikap toleransi dalam kehidupan bermasyarakat,semangat sivik yang tinggi, kerukunan dalam kehidupan

XI

Page 11: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

bermasyarakat, berfahaman kreatif hasil pengetahuan masa laludan seperti mana yang dialami peradaban masyarakatmasa silam adalah tanggungjawab yang perlu diberi keutamaan.

KATA seorang negarawan Barat "sesuatu bangsa yang besardan bermaruah adalah bangsa yang tahu nilai, menghargai,menghayati, dan menyelami sejarahnya", begitu juga kata-katabijak pandai ini, "sejarah bangsa zaman lampau hendaklahdijadikan rujukan di dalam membina sejarah bangsa akandatang". Sejajar dengan falsafah dan juga kata-kata itu, semi-nar "Melaka Dalam Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia" yangdianjurkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Ma-laysia (IKSEP) dan Persatuan Sejarah Malaysia CawanganMelaka (PSMCM) ini adalah suatu kegiatan yang amat pentingyang harus diberi sokongan oleh semua pihak. Diharapkanseminar ini dapat menepati matlamatnya untuk mewujudkankesedaran tentang peranan dan proses gerakan kebangsaan dikalangan masyarakat Malaysia hari ini.

YAB Datuk Seri Haji Mohd Zin Haji Ab. GhaniKetua Menteri Melaka

Teks ini dipetik daripada teks ucapan YAB Ketua Menteri Melakadi Majlis Perasmian Seminar Melaka Dalam Arus GerakanKebangsaan Malaysia, di Hotel Emperor Melaka, pada 16 Disember1994.

XII

Page 12: Document2

MUKADIMAH

SAYA bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinnya, buku,Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia dapat diterbitkan. Bukuyang pertama diterbitkan oleh Institut Kajian Sejarah dan PatriotismeMalaysia (IKSEP) ini mengandungi kumpulan 12 kertas kerja yangditulis dan dibentangkan oleh tokoh-tokoh akademik dari universiti-universiti tempatan di seminar yang bertemakan "Melaka Dalam ArusGerakan Kebangsaan Malaysia" pada 16-18 Disember 1994 di Melaka.

SEMINAR tersebut yang dianjurkan bersama oleh IKSEP danPersatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM) dengankerja sama Kerajaan Negeri Melaka adalah bertujuan untukmewujudkan kesedaran tentang peranan dan proses gerakankebangsaan di kalangan masyarakat Malaysia dengan memfokuskanMelaka sebagai negeri yang telah memainkan peranan mencetuskangerakan kebangsaan itu.

FOKUS perbincangan ialah patriotisme dan nasionalisme dan bagai-mana Melaka mengambil peranan penting dalam memupuk danmenyemarakkan proses gerakan tersebut. Umum mengetahui,nasionalisme adalah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatianbagi menentukan nasib seseorang individu, bangsa, dan negara untukmencapai kemerdekaan dan kesejahteraan hidup. Pada awal abad ke-20, nasionalisme menjadi gerakan terpenting di Asia Tenggara, diikutidengan pencapaian kemerdekaan.

DI Tanah Melayu, orang Melayu memainkan peranan penting dalammemperjuangkan nasib bangsanya daripada penjajahan Portugis,

xin

Page 13: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Belanda, Jepun, dan Inggeris yang akhirnya berjaya membebas-kan diri sebagai sebuah negara yang merdeka pada tahun 1957.Pengertian nasionalisme lebih dihayati oleh orang Melayukerana ia dikaitkan dengan perjuangan mempertahankanmaruah bangsa dan negara. Patriotisme pula merupakanperasaan kesetiaan dan kecintaan kepada negara dan ia menjadiunsur terpenting dalam gerakan nasionalisme. Perananpatriotisme lebih tertumpu kepada perasaan taat setia dan jatidiri kepada pemimpin-pemimpin negara.

SEORANG pujangga Islam yang terkenal, Mohammad Iqbaldari Pakistan pernah berkata:

Sepanjang aliran sejarah, dalam setiap tamadun, manusia tampilke hadapan dengan penuh hasrat dan wawasan untuk membaikinasib bangsanya dan manusia sejagat, hidup yang bererti dankemudian mati, meninggalkan pengaruh yang abadi dan kianmeluas dalam perkembangan peristiwa manusia. Ada kalanyamasyarakat sedar di kalangan mereka wujud seorang tokoh yangmempunyai daya pengaruh untuk meninggikan mutu kehidupanbeberapa generasi, dan tokoh ini disanjung di negaranya sertapada zamannya. Mereka sedar dia bukan hanya milik mereka,malah milik seluruh dunia.

TOKOH-TOKOH akademik yang membentangkan kertas-kertas kerja ini telah mengupas dan menyingkap persoalanatau isu patriotisme dan nasionalisme dari berbagai-bagai aspekdan sudut pandangan—pendidikan, kebudayaan, ekonomi,sosial, politik, dan sebagainya.

MASALAH kekurangan bahan-bahan bacaan khususnya yangmembincangkan tentang patriotisme dan nasionalisme telahmencetuskan rasa tanggungjawab dan komitmen IKSEP untukmenghasilkan buku ini. Buku ini molek dijadikan bahanrujukan di peringkat institusi pengajian tinggi, sekolahmenengah, dan masyarakat umum yang kita ketahui amat

XIV

Page 14: Document2

MUKADIMAH

berkurangan bahan bacaan tentang patriotisme dannasionalisme dalam bahasa Melayu.

SAYA berharap tulisan-tulisan yang terkandung di dalam bukuini dapat memberi manfaat dan menambah ilham, ilmu, sertapengetahuan kepada pembaca semua. Kita harus maklum,sejarah bangsa zaman lampau hendaklah dijadikan rujukandan renungan di dalam membina sejarah bangsa kini dan akandatang. Justeru itu, sejarah gerakan yang dipaparkan di dalambuku ini hendaklah dijadikan iktibar dalam kita membina masadepan Malaysia yang gemilang.

SAYA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberi kerja sama dalammenjayakan penerbitan buku ini khususnya Prof. Madya DatukAbdul Latiff bin Abu Bakar dari Pengajian Media, UniversitiMalaya yang bertindak sebagai penyelenggara sehingga kertas-kertas kerja ini dapat dipersembahkan sedemikian rupa untuktatapan umum. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkankepada penulis/pembentang, Persatuan Sejarah MalaysiaCawangan Melaka, Kerajaan Negeri, Universiti Malaya, danorang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidaklangsung dalam membantu dan menjayakan penerbitan bukuini. Akhir kata, sekalung budi kepada mereka.

Kuning emas masaknya padimawar merah dalam jambanganterima kasih daun keladibudi tuan jadi kenangan

Mohd Jamil MukminPengurus BesarIKSEP

XV

Page 15: Document2

PENGENALAN

KonsepPatriotismeDanNasionalisme

ABDUL LATIFF A B U BAKAR

NASIONALISME merupakah sentimen di kalangan penghuni sesuatuwilayah tertentu. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesuatuwilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu seperti sempadandan ibu kota bagi menentukan taraf negara bangsa, keperibadiankebangsaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi,kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan, dan lain-lain.1

SECARA nyata, hasionalisme ialah gerakan kesedaran yangmenumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dannegara untuk mencapai kebebasan dah kesejahteraan serta memupukkeperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asingatau penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan tertinggal dalamlapangan ekonomi, sosial, politik, dan kebudayaan.2

Page 16: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

PADA awal abad ke-20, nasionalisme menjadi persoalan yangmenonjol di Asia Tenggara. Pendidikan Barat telah memberimakna baru kepada hak asasi manusia, persamaan, kebebasaan,dan kemerdekaan.

DI Tanah Melayu, orang Melayu memainkan peranan pentingdalam memperjuangkan nasib bangsanya pada zamanpenjajahan Inggeris. Pengertian "kebangsaan" dihayati olehorang-orang Melayu kerana ia dikaitkan dengan perjuanganmenegakkan maruah bangsa dan negara dalam menentangpenjajah.

PATRIOTISME pula merupakan perasaan kesetiaan kepadanegara dan ia menjadi unsur penting nasionalisme. Perasaanpatriotik ini lebih tertumpu kepada taat setia terhadap Rajadan pemimpin negara. Pengkaji sejarah melihat semangatpatriotisme di Malaysia bermula sejak zaman KesultananMelayu Melaka dan menyemarak pada abad 17 hingga 20.

SEBAGAI sebuah negeri, Melaka mempunyai sistem politikyang kukuh sejak awal abad ke-15. Pemerintahan secara piramidtelah meletakkan Raja sebagai ketua negara dan politik sertadibantu oleh Bendahara, Laksamana, Temenggung, dan SyahBandar. Melaka pula mempunyai rakyat yang setia kepadaRaja sebagai pemerintah dan raja yang berdaulat.

CIRI-CIRI patriotisme iaitu semangat taat setia kepada Rajadan pemerintah telah diamalkan oleh rakyat Melaka sejakzaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mewujudkan kedaulat-an, kekuatan, kestabilan, dan peluasan empayar kerajaan.Rakyat Melaka sanggup berkorban demi mempertahankannegeri Melaka daripada diserang musuh dan bagaimana merekapatuh kepada perintah raja.

UNTUK melihat peranan dan perjuangan pahlawan-pahlawanMelayu menentang musuh dan sifat kesetiaan kepada Sultan,

Page 17: Document2

PENGENALAN: KONSEP PATRIOTISME DAN NASIONALISME

artikel bertajuk "Wira Melayu Dalam Konteks PatriotismeZaman Kesultanan Melaka" dibentangkan. Konsep wira Melayuini menjadi asas kepada semangat patriotisme di kalanganpahlawan Melayu yang setia terhadap pemimpinnya. Ini dapatdilihat juga dalam artikel "Kerja Sama Serantau MengusirPenjajah Di Persekitaran Selat Melaka".

PENGALAMAN rakyat Melaka mempertahankan Melakadaripada serangan Portugis dan menentang Inggeris dalamPerang Naning (1930) ialah contoh cetusan semangatpatriotisme rakyat Melaka mempertahankan kedaulatan Rajadan pemerintah Melayu di tanah airnya.

SEMANGAT ini diteruskan dengan lebih meluas di negeri-negeri lain apabila negeri-negeri Melayu yang lain wujud padaabad ke-18 seperti Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan,Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Kedatangan penjajahBelanda dan Inggeris dalam abad 18 dan 19 turutmenyemarakkan semangat patriotisme orang Melayu di negeri-negeri Melayu dalam peperangan menentang Inggeris sepertiPerang Perak 1874, Perang Pahang 1895, dan lain-lain.

SEHUBUNGAN ini, pahlawan Melaka telah menjadi juaramenentang penjajah Portugis, Belanda, dan Inggeris. Walaupungagal menghapuskan kekuasaan penjajah di alam Melayu,rakyat Melaka dan rakyat di rantau ini tetap berjuangmempertahankan kedaulatan tanah airnya. Oleh itu, artikelbertajuk "Gerakan Penentangan Terhadap Kuasa Barat DiMelaka" dibentangkan untuk melihat peranan dan semangatpatriotisme orang Melayu Melaka dan bagaimana ia menjaditeladan kepada negeri-negeri Melayu lain menentang penjajah.

ABDULLAH Munshi dan Ibrahim Munshi merupakan tokohpengkritik masyarakat pada abad ke-19 juga turut memainkanperanan penting mengkritik masyarakat Melayu denganharapan agar mereka berubah sikap demi mencapai kemajuan

Page 18: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

orang Melayu. Idea pemikiran kedua-dua tokoh ini dapatdilihat dalam artikel yang bertajuk "Pemikiran Abdullah Munshidan Ibrahim Munshi Tentang Orang Melayu".

PELUASAN kuasa Inggeris di Tanah Melayu pada awal abadke-20 telah menggabungkan penyemarakan semangatpatriotisme orang Melayu (di negeri-negeri bekas jajahanempayar Melaka) di bawah satu kekuatan baru yang dikenalisebagai semangat kebangsaan atau nasionalisme yang memper-juangkan kepentingan orang Melayu secara menyeluruh. Padaperingkat awal gerakan kebangsaan orang Melayu ini dicetuskandalam majalah dan akhbar Melayu. Majalah Al-Imam (1906)telah mempelopori gerakan kebangsaan orang Melayu denganmenyiarkan rencana yang membela nasib orang Melayu secaramenyeluruh.

BIDANG penulisan terutama akhbar, majalah, dan buku me-mainkan peranan penting untuk menyemarakkan api kebangsa-an di kalangan orang Melayu. Bidang kewartawanan menun-jangi golongan agama dengan mempelopori gerakan kebangsaandi Malaysia dan memainkan peranan penting memperjuangkankemerdekaan Tanah Melayu. Sehubungan ini, artikel bertajuk"Peranan Penulisan Dalam Gerakan Kebangsaan Di Malaysia"dibentangkan sebagai panduan. Semua pihak yang memper-juangkan kemerdekaan dan kepentingan orang Melayu telahmenggunakan bidang penulisan sebagai senjata utama.

PENGARUH Islam turut memainkan peranan penting dalamgerakan kebangsaan di Malaysia. Rencana-rencana di akhbardan majalah Melayu seperi Al-Imam, Tunas, Pengasoh, Al-Hikmah,Saudara, Warta Malaya, Utusan Melayu turut menyiarkanrencana yang berkaitan dengan Islam yang dihubungkan denganpembangunan dan kemajuan orang Melayu.

SYED Sheikh Ahmad Al-Hadi, reformis daripada golonganKaum Muda yang berasal dari Melaka turut memainkan

4

Page 19: Document2

PENGENALAN: KONSEP PATRIOTISME DAN NASIONALISME

peranan penting dalam gerakan Islah Islamiah melalui Al-Imam,Madrasah, penerbitan buku, ceramah, dan lain-lain. Oleh ituartikel yang bertajuk "Gerakan Islah Islamiah: Kajian TerhadapTiga Tokoh Pelopornya" disediakan bagi memaparkan peripentingnya peranan dan pengaruh Islam dalam gerakankebangsaan di Malaysia.

PENGARUH luar terutamanya Timur Tengah, Indonesia,Filipina, India, dan China turut memainkan peranan pentingmencambahkan gerakan kebangsaan Malaysia. Pengaruh initurut menyemarakkan semangat rakyat, untuk bersatu danmengkritik penjajahan melalui akhbar, majalah, dan persatuan-persatuan. Pengalaman negara ini yang pernah dijajah danmemperoleh kemerdekaan turut mempengaruhi gerakankebangsaan Malaysia untuk berjuang mencapai kemerdekaan.Sehubungan ini, artikel bertajuk Tengaruh Indonesia DalamAliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu" disediakan bagimemaparkan peri pentingnya pengaruh luar terutama dariTimur Tengah dan Indonesia dalam usaha menentang penjajah.

KESEDARAN rakyat Malaysia menubuhkan persatuan-persatuan berunsur politik turut menyemarakkan apikemerdekaan tanah air menentang penjajah. PenubuhanKesatuan Melayu Singapura pada tahun 1926 dan diikutipenubuhan cawangannya di Pulau Pinang dan Melaka padatahun 1937 turut memberi kesedaran rakyat untukmenubuhkan persatuan di negeri-negeri lain seperti PersatuanMelayu Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Kesatuan MelayuMuda, UMNO, PKMM, dan lain-lain. Sehubungan itu, artikelbertajuk "Gerakan Pertubuhan Kebangsaan Dalam Memper-juangkan Kemerdekaan", turut dibentangkan.

SETELAH mencapai kemerdekaan, Malaysia yang berdirisebagai sebuah negara yang bebas, mempunyai perlembagaandan bendera lalu wujud sebuah negara bangsa Malaysia yang

Page 20: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kukuh. Dalam konteks ini, artikel berjudul "GerakanKebangsaan Dan Proses Pembentukan Negara: Bangsa Malay-sia" dibentangkan untuk melihat sebuah negara merdeka yangbersatu padu. Bagi meneliti kedudukan Malaysia sebagai negarayang kukuh dan stabil di peringkat antarabangsa, artikelbertajuk "Ketahanan Bangsa dan Kelangsungan Negara: Ma-laysia Dalam Era Globalisasi" dibentangkan juga.

Untuk memerdekakan negara dan rakyat seluruhnya daribelenggu penjajah Inggeris, lahirlah tokoh-tokoh Melayu yangbegitu lantang meniupkan semangat nasionalisme untukmenyedarkan orang Melayu akan hak mereka yang telahdirampas dan betapa mereka perlu menebus maruah dan negarayang telah tergadai. Meskipun ketiga-tiga tokoh ini, Dato' OnnJaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, dan Ahmad Boestamammempunyai pendekatan yang berbeza dalam menanganimasalah orang Melayu khususnya dan negara amnya dalamusaha untuk memerdekakan negara namun visi mereka hanyasatu, untuk mengembalikan yang hak dan menebus maruahorang Melayu yang tergadai di tangan orang Inggeris. Ikutilahsemangat juang yang ketal oleh ketiga-tiga tokoh ini di dalam"Kepimpinan Melayu 1945-1947".

Page 21: Document2

PENGENALAN: KONSEP PATRIOTISME DAN NASIONALISME

Nota

1. James P. Ongkili, "Perkembangan Nasionalisme," JEBAT, JurnalPersatuan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bil. 1, 1971/72, 24-41.

2. Elie Kedourie, National (London: Hutchinson University Li-brary, 1966), 73-74. Lihat juga Abdul Latiff Abu Bakar, PuisiKebangsaan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987).

Page 22: Document2

Wira MelayuDalamKonteksPatriotismeZamanKesultananMelaka

MOHD. YUSOFF HASHIM

ARTIKEL ini menumpukan perhatian kepada era KesultananMelayu Melaka yang wujud selama kira-kira seratus tahun lebih,sehingga tahun 1511. Berbanding dengan beberapa tradisi agungMelayu di persekitaran Selat Melaka, tradisi dan era Melaka tidaklahbegitu panjang, tetapi kesan dan makna yang diberi dan ditinggalkan-nya dalam ruang ketamadunan serta perspektif sejarah Melayu dirantau ini adalah besar dan unggul sifatnya.

ASPEK-ASPEK berikut perlu diambil kira apabila memperkatakanpersoalan wira, dan unsur-unsur patriotik yang wujud dalam kesultananMelayu ini.

9

Page 23: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

1. Suasana, pemikiran, dan keadaan masyarakat pada masaitu tentu berbeza daripada suasana, pemikiran, dan keadaanmasyarakat pada hari ini.

2. Usaha pengkaji pada masa kini untuk memahami keadaan-keadaan, etos, dan falsafah masyarakat masa lampau me-rupakan persoalan yang barangkali dasar sifatnya. Pengkajitentu sukar untuk menempatkan diri dalam dua keadaandan suasana masyarakat yang berbeza, yang dalamperubahan dan putaran sejarah; keadaan itu berlaku keranakeadaan dan kehendak hidup pada masa ini berbeza dari-pada keadaan dan hambatan hidup masyarakat Melayu yangwujud hampir lima ratus tahun terdahulu daripada kita.

Kerana kejahilan kita tentang keadaan dan pengetahuantentang masyarakat masa silam itu, maka pelbagai andaianatau teka-teki yang diciptakan terhadap masyarakattersebut mencetuskan semacam ketidakadilan dalampertimbangan akademiknya. Akademia mencari sesuatuyang paling unggul, objektif, dan ampuh sifatnya.

3. Sumber tentang masyarakat tersebut, sama ada yangbercorak lisan atau tulisan dan tradisi pensejarahan Melayuserta rakaman orang-orang asing (China dan Portugis)mempunyai ciri-ciri tersendiri dan ia juga mempunyaikekuatan mahupun kelemahan.

BAGAIMANAPUN, hingga ke hari ini telah banyak diperkata-kan tentang sejarah kesultanan ini: termasuk dalam bidangpolitik dan budaya berpolitik Melayu ketika itu, terangkumlahjuga bidang-bidang sejarah yang lain. Ini termasuk undang-undang, ekonomi, dan kegiatan pelaut, adat-istiadat dan budayapemikiran masyarakat, hubungan masyarakat setempat dengankuasa luar dalam kerangka hubungan antarabangsa, persoalantentang agama Islam dan anutannya di Melaka, serta perananMelaka dalam mengukuhkan dan menyebarkan agama ini kekepulauan Melayu. Selain itu peranan tokoh-tokoh Melakadalam membina sebuah tradisi agung dalam ruang ketamadun-an di rantau ini, termasuklah pemikir-pehukir politiknya,1 tokoh

10

Page 24: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

agamanya, dan pembesar-pembesar tempatan yang banyak me-nyumbang kepada pembinaan dan kecemerlangan kerajaan-nya, unsur-unsur intelektual yang menjadi teras kepadapembinaan sebuah tamadun Melayu dan sebagainya.2

ASPEK kesinambungan dan perubahan kesultanan ataukerajaan tersebut dalam perspektif sejarah dan pensejarahannegara ini dan rantau alam Melayu juga sering dibahaskan,hingga kini.3 Bagaimanapun, dalam sekian ramai tokoh danindividu hebat yang telah ditampilkan daripada kerajaantersebut, siapa yang benar-benar layak dipanggil wira dalamkonteks patriotisme ini? Wira sering dikaitkan dengan konsep"patriot" (fellow countryman. Devoted to the welfare of one'scountry). "Patriotisme", kata nama yang diertikan ". . . loveand loyal or zealous support of ones own country".4

Kerajaan Dan Budaya Politik MelayuTUN Sri Lanang dalam Sejarah Melayu, secara simbolikmenamakan tiga unsur teras yang mendasari penubuhankerajaan Melaka. Unsur-unsur itu ialah Raja/Sultan, parapembesar daripada pelbagai hierarki, dan rakyat yang menjadiwadah, menunjangi dua unsur terdahulu.5

TIGA unsur ini bertalian erat di antara satu sama lain.Kemuncak pertalian dan persepakatan inilah yang padaumumnya menyimpulkan suatu piagam politik dan konvensyenMelayu peri hal tertubuhnya sebuah kerajaan di alam Melayuini, khususnya di Melaka pada abad ke-15 dan awal abad 16.Komponen-komponen dalam tiga unsur tersebut salingmemerlukan. Siapa dan apakah komponen yang menaikkanmartabat seorang raja atau Sultan sekiranya tidak ada rakyat,walau sekecil mana pun bilangan pengikut setia dan rakyatyang mendaulati baginda. Sebaliknya tentulah tidak akan wujudsuatu sistem, peraturan atau organisasi sesuatu kerajaan atau

Page 25: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kesultanan, masyarakat yang teratur, tata cara hidup yangbernorma dan berbudaya, sekiranya ketiadaan raja atau sultanyang didaulati sebagai unsur tertinggi dalam tata atau halacara berkerajaan dan pemerintahan. Sebagai pemimpin sebuahmasyarakat yang besar dan dalam tradisi kepimpinan Melayu-Islam ia perlu diiktiraf selaku khalifah di dunia, disebutzulillahu fil-alam atau khalifatullahu fil-ardz.

TENTUNYA apa yang dirakamkan oleh Tun Sri Lanang dalamteks magnum opusnya itu ialah petikan langsung dan rasionalisasidaripada kitab al-Quran, ayat 59, surah 4, an-Nisa.6 Malahdalam konteks Melayunya, beliau mengukuhkan pendapatnyadengan penampilan beberapa analogi tempatan atau nukilandaripada tradisi Parsi, iaitu seorang raja Islam yang adil adalahumpama dua biji permata pada sebentuk cincin. Kedua-duanyasaling melengkapi, saling memperindah apabila raja tersebutdideretkan dengan Nabi s.a.w, khusus dalam gagasan menegakkankeadilan pada perspektif dan dimensi kepimpinan Islam.

APABILA merujuk tradisi peribumi, rakyat sesebuah kerajaanatau sesuatu kesultanan dianggap sebagai tanah. Hanya unsurtanah saja yang boleh menumbuhkan pohon. Dan apakalamengambil contoh tradisi kepimpinan Parsi, raja diibaratkanpohon, rakyatnya diumpamakan akar. Hanya apakala ada akar,barulah pokoknya boleh bertumbuh dan tegap. Tanah yangsegar, akar yang kuat, tentu dapat menghasilkan pohon yangsubur dan mantap.

PERANTARAAN di antara sultan dengan rakyat adalahpembesar. Para pembesar daripada pelbagai hierarkimelaksanakan fungsi-fungsi fizikal dalam melangsungkankewibawaan dan kuasa pemerintahan seseorang raja ke atasseluruh rakyatnya. Tidak mungkin kesemua tanggungjawabitu dilakukan oleh raja. Maka memang patut hal-hal yangserba kompleks seperti itu dipertanggungjawabkan di kalanganpembesar-pembesar. Hukum Kanun Melaka, satu-satunya

12

Page 26: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

undang-undang bertulis mengenai hal-ehwal pendaratanMelaka dengan jelas merakamkan salah satu bahagian muka-dimahnya peri hal tugasan seorang raja sebaik sahaja menaikitakhta kerajaan:

Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikanBendahara, kedua menjadikan Temenggung, ketiga PenghuluBendahari, keempat menjadikan Syahbandar. Maka terpeliharalahsegala raja-raja itu dengan segala rakyatnya.7

DEMIKIANLAH, betapa raja dan pembesar saling perlumemerlukan, maka, bertepatan sekali ditamsilkan hubungan iniseperti api dengan kayu; masakan api boleh bernyala tanpa kayu?

MAKA tiga unsur inilah yang menjadi induk dalam falsafahpempolitikkan Melayu Selat Melaka dalam membentuk sebuahkerajaan dengan pelbagai kerencaman institusinya. Lantas,apakala dikaitkan secara langsung dengan kemestian hadirnyaseorang pemimpin yang berwibawa, yang tertinggi dalaminstitusi kerajaan tersebut, yang memakai gelaran sultan, makawujudlah sebuah institusi kesultanan. Institusi inilah yangmenjadi tunggak kepada pengasasan, penubuhan, perkembang-an, dan kelangsungan kerajaan Melaka dan waris-warisberikutnya.8 Begitu penting institusi ini dalam menyumbanguntuk mewujudkan sebuah kerajaan (kingdom) sehinggadiungkapkan secara falsafah dalam budaya politik Melayutradisional itu, " . . . negeri (kerajaan) alah, apabila rajanya mati".9

DENGAN demikian, faktor-faktor berikut menjadi pemangkinutama dalam menegas dan meneruskan kelangsungan institusikesultanan dan menegakkan kerajaan Melaka dalam abad-abadyang dijangkaui:

1. Hadirnya seorang raja/sultan yang didaulati. Bagindaberagama Islam. Dalam melaksanakan hukum-hakam danperundangan kerajaan maka syariat Islam diterapkan

13

Page 27: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

bersama-sama undang-undang adat setempat. Teras kepadapenegakan daulat ialah adil. Baginda menjadi pelindungkepada kesejahteraan rakyat dan kerajaan. Memangsairakyat tanpa dosanya (melainkan dosa menderhaka kepadaraja), alamat kerajaan akan binasa.10 Ketinggian daulatditandai dengan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagidan kemakmuran seluruh kerajaan. Dagang dan santerikeluar-masuk negeri tanpa henti.

2. Pembesar dan para menteri yang bertugas dan menjulangtitah perintah Sultan dengan setianya. Bidalan seringmenyebut, bahawa kerja/titah raja dijunjung, kerja sendiridikelek. Ini adalah idealismenya.

3. Orang kebanyakan, baik yang berada di Melaka induksendiri, ataupun menduduki kawasan takluk dan peganganMelaka serta menjadi rakyat ke bawah Duli Yang MahaMulia. Secara idealnya, mereka dilindungi; sebaliknyamereka adalah penegak daulat raja. Hubungan fizikalmereka dengan raja adalah renggang. Tetapi penaupkerenggangan ini ialah kepercayaan dan pendukunganterhadap daulat secara spiritual, peranan, dan fungsipembesar ke atas mereka.

4. Hadirnya kerja sama, saling topang-menopang, sokong-menyokong, sama ada secara langsung atau tidak langsungdi antara ketiga-tiga pihak di atas. Teras kepada fenomenayang menjadi konvensi masyarakat ini ialah pegangan dankepatuhan kepada wadah (perjanjian) yang dimaktubkandi antara Sang Sapurba Taram Seri Tri Buana (pihakpemerintah) dengan Demang Selebar Daun (pihak yangdiperintah). Ini adalah kepercayaan leluhur politik temurunyang diterapkan di dalam teks Sejarah Melayu apabila teksini dirawikan oleh Tun Sri Lanang.

SECARA histori dalam budaya berpolitik, menjurus ke arahterbinanya sebuah kerajaan, bilamana tunggak berkerajaan ituialah institusi kesultanannya, maka unsur yang amat mendasarikedua-dua aspek ini ialah pemegangan dan penguasaan politik.

14

Page 28: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

Kedaulatan dan usaha-usaha pembinaannya bukan setakatmuncul daripada sokongan dan pengiktirafan kalanganpembesar, menteri, dan rakyat, malah mudah didukung puladengan muluk-muluk mitos dan kepercayaan temurun perihal asal-usulnya, keturunannya, suku-sakatnya, peribadinyayang ideal belaka, lalu disusur-salurkan daripada zuriat rajaIskandar Zulkarnain yang agung itu. Memang terdapat kaitanantara seseorang individu raja/Sultan dengan kosmos atauanasir alam. Atau dalam konvensi kesusasteraan yang dirajasifatnya, hal-hal seperti ini memang sengaja ditonjolkan danbarangkali diada-adakan oleh pengarangnya, justeru untukmemancarkan hal-hal keghaiban kalangan pemerintah ini, atausebaliknya mendpta dan memberikan suatu sifat kekudusanleluhur yang istimewa coraknya kepada si pemerintahtersebut.11

Daulat Dan DerhakaKEDUA-DUA istilah ini merupakan kunci konseptual dalambudaya dan perpolitikan Melayu Melaka. Daulat dalam kontekspada masa itu mempunyai pengertian yang tersendiri dankhusus. Ia mempunyai "status politik yang terunggul untukmenjelaskan peri hal aspek-aspek kuasa dan kewibawaanpemerintah dalam melaksanakan pemerintahan/pentadbirankerajaan". Ia mempunyai unsur-unsur fizikal dan spiritual.Fizikal dimaksudkan sebagai keberkesanan dalam melaksana-kan kuasa, manakala wibawa pula yang dapat dirasai secaralahiriah, yakni daripada satu pihak yang memegang kuasa danwibawa ke atas pihak lain yang dikuasai dan diwibawai.Sementara spiritual pula berkait rapat dengan pelbagai auradan muluk-muluk keghaiban yang dihubungkaitkan denganseseorang raja/sultan yang memerintah, sama ada ia dirakamkansecara lisan atau batiniah mengenai asal-usul dan salasilahbaginda, kebolehan istimewanya (sama ada secara pencapaianperibadi atau faktor keturunan atau secara tabiinya memang

15

Page 29: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

begitu, baginda dianugerahi sifat-sifat keistimewaan oleh Al-lah), dan lain-lain.

INI bererti daulat dikaitkan secara langsung dengan keperibadi-an raja yang memerintah dan setakat mana penerimaan rakyatterhadap baginda. Sekiranya penerimaan dan sokongan tersebutadalah total, maka daulat baginda dipandang tinggi. Ketinggiandaulat juga kerap diukur secara umum daripada pelaksanaankuasa dan wibawa yang cukup berkesan, apabila para pembesarkerajaan, menteri, dan pegawai yang dipertanggungjawabkanmenjadi mekanisme kepada pelaksanaan tersebut. Pengakuaneksplisit dan lisan mengenai pemilikan daulat dilafazkan dengankalimat "daulat tuanku". Apabila kuasa dan wibawa dapatdilaksanakan dengan berkesan, maka berikutnya reaksi rantaianakan berlaku. Proses dan organisasi pentadbiran seluruh jenterakerajaan kelak dapat berjalan dengan licin dan lancar. Kegiatanbermasyarakat dapat disusun dan dilakukan tanpa banyakmasalah dan kerenah. Pokoknya ialah keadilan, baik bagi raja/sultan yang menduduki takhta kerajaan (memerintah) mahu-pun di kalangan individu yang dipertanggungjawabkan tugasdan wibawa. Secara idealnya, selain adil, raja-raja Melakadipersyaratkan dengan empat faktor utama sekurang-kurangnyauntuk menegakkan daulat sebagai pemerintah. Ini dirakamkandengan jelas dalam undang-undang:

Adapun syarat segala raja-raja itu atas empat perkara: pertamaampun (merciful), kedua murah (generous), ketiga perkasa (coura-geous), keempat melakukan hukumnya dengan kaharnya (to givehis verdict dicisively). Itulah sifat segala raja-raja itu pada zamandahulu kala, turun-temurun, datang sekarang. Inilah kanunnamanya.12

MAKA dalam politik pemerintahan serta organisasi berkerajaandaulatlah yang kelihatan menjadi pemangkinnya. Individu yangsecara konsistennya menegak dan mempertahankan daulat iniialah Bendahara Melaka, hatta walaupun mengorbankan

16

Page 30: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

kepentingan dan jiwa raganya sendiri, demi daulat, waemahkadangkala pihak raja yang didaulati itu tidak adil.

DAULAT juga dijelaskan secara lahiriah dengan penampilandan penggunaan lambang-lambang budaya. Sama ada ia warisantotok peribumi, ataupun ada pengaruh asing yang menyerapke dalamnya; di antara lambang-lambang tersebut termasuklahpengucapan bahasa (dalam dan luar); penggunaan warna(biasanya kuning, hitam dan putih); alat-alat kebesaran diraja(termasuklah kehadiran/penggunaan nobat, senjata, payung,ketur dan kendi, kipas dan persalinan); keistimewaan-keistimewaan tertentu yang dinikmati raja (perhiasan diri danistana, pakaian, kenaikan menerima sembah dan menghadapnobat, dan seterusnya). Dalam aspek-aspek tertentu, hal-ehwalkeagamaan dan peribadatan juga menjadi faktor istimewa dalampenampilan dan penegasan daulat.

BERTENTANGAN dengan daulat ialah derhaka. Tiadakesalahan jenayah dan dosa politik yang terbesar dalam sistemberkerajaan, selain derhaka. Dengan mempunyai falsafahnyasendiri, derhaka secara umum dimaksudkan sebagai menentangraja atau pemegang kuasa yang didaulatkan. Ia mengambilbentuk penafian titah/perintah raja, mencetuskan huru-haradalam negeri, membunuh tanpa kebenaran raja, memalsukancap mohor diraja. Hukuman derhaka juga muncul dalam duabentuk, secara kepercayaan temurun yang dikaitkan dengankutukan daripada Allah taala, " . . . dibalikkan Allah bumbungrumahnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas."13 Kalimat gerunyang menjadi ungkapan masyarakat ialah sama ada ditimpadaulat baginda atau ditimpa tulah, akibatnya merana sepanjanghayat. Pada abad ke-18 masyarakat Melayu amat takut dengankalimat ditimpa bisa kawi, akibat menderhaka. Penderhakaandianggap paling hina dalam masyarakat, kerana meruntuh danmemporak-perandakan sistem, mengancam, dan merobah nilaisecara mendadak, kebiadaban budaya akhirnya menghuru-harakan kerajaan. Nilai dan peradaban bangsa runtuh. Maka

17

Page 31: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

seringlah disebut, pantang Melayu menderhaka. Usaha bertubi-tubi mengelakkan daripada berlakunya gejala sosial dan politikinilah Melaka kekal dalam ketahanan peradabannya selamaseabad lebih.

MAKA itu, daulat berkait erat dengan keamanan, kesejahteraan,dan kerukunan bermasyarakat. Sedangkan derhaka ketika itumembayangkan suatu sharp distinction yang bertentangan dengandaulat. Perbuatan derhaka kerap dikaitkan, dan dihubungkandengan suasana yang kecoh, ruwet, huru-hara, menggugatkerukunan bermasyarakat. Kehidupan barangkali menjadi tidakteratur, akhirnya punah.14 Runtuh daulat, hancurlah institusimasyarakat. Kekuasaan politik pula harus ditopang dengansatu lagi kekuasaan ekonomi.

Selat Melaka Dan Politik-politik MelayuPra-MelakaSEJARAH telah membuktikan bahawa sejak abad pertamaMasihi lagi Selat Melaka menjadi laluan perairan yang cukupbermakna bagi para pedagang sebelah Timur dan Barat.15 Ke-dudukan geografi dan suasana alam semula jadinya menyebab-kan persekitaran Selat Melaka menghasilkan potensi-potensiekonomi dan peluang untuk membina dan menegakkan sesuatupolitik tempatan. Tiupan angin musim juga menjadi salah satufaktor teras yang membantu ke arah terbentuknya potensi-potensi ini. Apakala manusia berupaya menggembleng tenagafikir dan menggerakkan daya inteleknya, maka potensi-potensiyang sedia ada memang terbuka dan mudah untuk dieksploitasi.

PERIODE pra-abad ke-15 menyaksikan pertumbuhan dankemunculan beberapa kuasa politik tempatan yang bertahandan saling bertopang dengan kuasa dan peluang-peluangekonomi. Salah satu yang jelas ialah kemunculan Langkasuka.

18

Page 32: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

Dan mulai abad ke-6 sehinggalah abad ke-11 Masehi kawasanSelat Melaka dikuasai dan didominasi oleh kuasa Srivijaya.Kuasa Srivijaya yang muncul ketika zaman gemilangnya sebagaisebuah empayar Melayu awal yang terunggul di rantau inidalam bidang politik, tentunya telah meraih segala peluangekonomi yang terdapat di persekitaran kawasan tersebut.Dengan adanya sebuah kuasa politik di peringkat pusat yangberwibawa di bahagian tenggara Sumatera, penguasa politikini, ketika tahap kemuncaknya berjaya menunduk danmengawal sekurang-kurangnya 14 bandar pelabuhan yang bolehmenghasilkan pelbagai potensi ekonomi. Potensi ini munculdalam bentuk hasil percukaian daripada perairan di persekitaranSelat, juga hasil urus niaga daripada pelbagai sumber pertanian,perhutanan, dan galian yang terdapat di bahagian pesisir danpedalaman timur dan barat Selat Melaka.

ZAMAN pra-Islam Srivijaya mempunyai ciri-ciri peradabannyatersendiri: Bukti-bukti sejarah boleh ditampilkan untukmengatakan bahawa penguasa-penguasa politik pusat meraihdan menegakkan unsur apa yang disebut daulat itu dengankaedah dan cara yang tersendiri juga. Penempelan watak-watakbairawa dan Hindu-Buddha banyak dijumpai pada inskripsiraja-raja Srivijaya yang telah mangkat. Salah satu watak yangterkenal ialah Avalokitsvara. Ini juga suatu usaha untukmewujudkan semacam doktrin kesakralan di kalangan raja-raja berkenaan, semata-mata untuk menunjukkan sifat-sifatkelainan dan keistimewaannya daripada anggota dan golonganmasyarakat biasa.16 Srivijaya dilaporkan oleh tokoh pengkelanaChina, I-Tsing sebagai pusat pendidikan dan pengajaranBuddhisme.

SELAIN keadaan dan potensi yang diberikan suasana dankemudahan-kemudahan tempatan, pasang surut kekuasaanekonomi juga ditentukan oleh faktor luaran. Dasar perdaganganluar China nampaknya mempengaruhi faktor luaran ini. Apabilakerajaan China melaksanakan dasar dan sistem ufti ke atas

19

Page 33: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kerajaan-kerajaan dan bandar-bandar pelabuhan di AlamMelayu ini maka didapati ada kalangan mereka yang menjadikaya-raya dan tiba-tiba menjadi amat berpengaruh. Pasangsurut seperti ini dialami oleh Srivijaya sendiri.

KEKUASAAN politik dan ekonomi tidak akan lengkap tanpakekuasaan dan kekuatan militer. Terbukti juga bahawa pengaruhpolitik dan sumber ekonomi digunakan sebaik-baiknya untukmengumpul, menggembleng, dan menggerakkan sumber tenagamanusia untuk gerombolan dan kumpulan ketenteraan di pihaklaut. Pihak yang paling unggul didapati menguasai danmembolot sektor ini ialah pelbagai suku Orang Laut. Tenagamiliter mereka digunakan bukan secara percuma. Adahabuannya. Malah mereka disebut memberikan kerja samaerat dengan kalangan pemegang kuasa pusat, bukan saja untukmatlamat ekonomi, malah untuk menundukkan kuasa-kuasatempatan serantau dan matlamat akhirnya, menjaga danmengekalkan keamanan. Kekuasaan Srivijaya menjadi unggulatas tenaga dan faktor maritimnya.

Era Dan Tradisi MelakaTRADISI Islam di Melaka telah pun didahului dengan tradisiyang serupa di Pasai. Kesultanan yang berdaulat dan kerajaanyang kuat di bahagian utara Sumatera itu diperkukuh dengantopangan faktor ekonomi yang dipancarkan menerusi kehadiranbegitu ramai pedagang asing Islam. Manakala Hikayat Raja-raja Pasai begitu jelas menerangkan perihal istana dan institusikesultanannya, pengembara Marco Polo pula membayangkantentang ketinggian dan kemurnian sebuah peradaban Melayudi situ serta kekosmopolitan masyarakatnya.17 Begitu istimewadan kukuhnya kedudukan politik Pasai sehingga taraf Melakadisamakan dengan Pasai, selain Aru.18

20

Page 34: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

MELAKA pada abad 15 dan 16 tidak akan lupa dengansumbangan besar yang diberikan oleh Parameswara, menteri-menteri kanannya dan Orang-orang Laut yang pada asalnyamengusulkan agar baginda bertapak dan mendirikan sebuahkerajaan di situ. Kedudukan Melaka yang begitu strategik danistimewa hasil anugerah alam semula jadinya, menyebabkanpeluang untuk mengeksploitasi segala potensi yang terdapatdi sekitarnya terbuka luas. Soal meraih daulat dan prosesmembina pendaulatan ke atas baginda tidak timbul, keranafaktor salasilah dan peribadi berdarah putih yang mengalir ditubuh baginda cukup menjelaskan bahawa baginda adalahkalangan kerabat dan putera dari Palembang, saki-baki danwarisan Srivijaya yang pada penghujung abad ke-14 telahdidominasi oleh Jawa. Penubuhan sebuah kerajaan dankesultanan (selepas Islam) di muara sungai Melaka itu menjadipetanda kewajaran awal bahawa sejarah akan berulang kembali.Kegemilangan Srivijaya akan berulang di Melaka, walaupundalam konteks dan corak yang agak berbeza, terutama darisegi anutan agama dan peranan tokoh-tokoh yang berlainan,tetapi dari jurai keturunan dan salasilah yang sama.

BAGAIMANAPUN, kaedah pengeksploitasian yang nampak-nya amat terancang dari segala aspek keadaan semula jadi,suasana dan pelbagai faktor persekitaran yang paling terkinidan sesuai untuk tujuan dan matlamat tersebut, faktor luaranyang membukakan peluang ke arah pengeksploitasian dipersekitaran Selat Melaka ini, nampaknya semacam ulangankembali kepada proses tersebut sepertimana yang pernahdilakukan oleh penguasa-penguasa Srivijaya terdahulu. Antaraaspek-aspek yang perlu ditampilkan ialah:

1. Kaedah membina dan mempertahan kedaulatan raja yangmemerintah. Hanya yang berbeza ialah unsur Islam dan pra-Islamnya. Unsur kesakrakalan peribuminya masih diteruskan.

2. Pengemblengan tenaga Orang Laut yang masih mentaatiketuanan daripada jurai keturunan kerabat Palembang/

21

Page 35: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Srivijaya. Di Melaka kegiatan mereka menjadi sebuahinstitusi yang diketuai oleh seorang Laksamana.

3. Pembentukan dan pengekalan tradisi maritim Melayudalam aspek ekonomi, ketenteraan, perkapalan, dan per-dagangan. Pelaksanaan dasar perdagangan ufti oleh DinastiMing pada abad ke-15 di China.

4. Usaha gigih menakluk kawasan-kawasan pesisir untukmengawal seluruh laluan perairan Melaka yang menjanjikanpulangan dan hasil ekonomi serta sumber daripada tenagamanusia yang amat menguntungkan.

5. Kemunculan bandar pelabuhan yang terbuka kepada dunialuar.

6. Hubungan dagang dan politik di pihak sebelah timur danbarat Selat Melaka.

7. Pembentukan sebuah pelabuhan entrepot dengan pelbagaifungsinya yang menjanjikan keuntungan.

DARI sebuah petempatan kecil yang belum bernama, hanyadalam sedekad atau dua awal abad ke-15 itu, Melaka berkem-bang menjadi sebuah empayar dengan mempunyai kawasanpengaruh politik yang luas. Kedaulatannya sentiasa dilindungidan dipertahankan bagi memberi jalan pembinaan dan kewujudankerajaan yang kuat dan ditakuti. Tonggak kedaulatan ialah rajadan kesultanannya. Di situlah sebuah peradaban Melayu me-mancarkan kegemilangannya. Aspek-aspek peradaban ini dapatdilihat dan dibuktikan daripada perkara-perkara berikut.

TERTUBUHNYA beberapa kesultanan dan kerajaan yangmemancarkan tradisi agung seperti Pasai, Brunei, Palembang,Patani, Johor-Riau, dan seterusnya, itu sendiri sebenarnyamenandakan kemunculan dan ketahanan suatu peradaban didalam sebuah rantau budaya. Betapakah pula tradisi Melakayang bertahan seabad lebih, kemudian meneruskan kesinam-bungannya di Johor. Kesemuanya harus dirujuk kepada peng-gemblengan daya intelek dan tenaga fikir anggota masyarakatyang mengambil peluang dengan keadaan persekitaran semula

22

Page 36: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

jadi, kepercayaan, pengaruh luar, ciptaan para bijak pandaitempatannya, penerusan nilai-nilai murni warisan leluhur nenekmoyang, dan lain-lain.

INSTITUSI kesultanan yang serba rencam nampaknya men-dasari pola-pola budaya dalam peradaban itu sendiri. Antaraaspek yang menyangkut dengan institusi ini ialah sistem pe-rajaannya, aura, dan pelbagai mitos yang dihubungkaitkandengan sistem ini, budaya material yang disabitkan dengannya,adat-istiadat yang serba canggih termasuk perlakuan, peralatan,lambang-lambang peristiadatan yang dilaksana dan dihormatioleh semua anggota masyarakat dan yang paling unggul ialahnilai pendaulatan yang diterima sebagai konvensi daripadasistem ini.

ASPEK ini kian kukuh dan dapat memberikan makna yangtersendiri dalam sistem bermasyarakat dan budaya politikMelayu ketika itu apakala Melaka berkembang (sama adasecara sukarela atau paksaan) menjadi kuasa penakluk di rantauini. Di zaman kemuncaknya malah kesultanan Melaka menjadisumber daulat pula untuk mendaulatkan pelbagai kerajaandan kesultanan tempatan yang dikuasainya, seperti Siak, Aru,Rokan, Inderagiri, Kedah, Pahang, Terengganu, Beruas, dansebagainya.19 Dengan pengamalan adat dan sistem Temenggungyang dipusakainya, warisan ini diteruskan oleh kesultananMelayu lain pada abad-abad selepasnya. Sebagai sebuah kuasatunggal yang berpusat di Melaka induk, sistem kesultanan inibegitu kukuh kedudukannya, apakala meninggalkan Melakaselepas 1511, ia memberikan kesan dan dimensi persejarahanpada alam Melayu ini.

INSTITUSI kesultanan disokong pula oleh sistem adat danundang-undang tersendiri, menyebabkan organisasi masyarakatmenjadi tersusun dan normatif coraknya. Tome Pires, seorangPortugis yang berada di Melaka pada dekad yang paling hampirdengan tahun pengunduran raja-raja Melaka melaporkan:

23

Page 37: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

And through this custom the land lived in an orderly way andthey carried on their business. And that was done thus orderly,so that they did not favour the merchants from the ships, nordid he go away displeased; for the law and the prices of mer-chandise in Malacca are all known . . .20

TENTUNYA para saudagar (pelabur?) tidak akan mendatangiuntuk mencari untung di negeri yang kucar-kadr sistemnya.Tentulah juga ada para pelaksana dan penanggungjawab yangdiamanahkan untuk melaksana, mengawal perjalanan, danselok-belok pentadbiran di bawah sebuah kerajaan yangberdaulat kerana kehadiran sultannya. Entah dari mana asalnya,para pelaksana peringkat tertinggi dalam pemerintahan/pentadbiran yang menjadi tunggak kerajaan Melaka dandipanggil menteri menggunakan konsep empat lipatan. Empatlipatan yang pertama dikenali sebagai Bendahara, kemudiandiikuti Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana.Masing-masing mempunyai portfolionya tersendiri, sepertimenjadi ketua segala menteri, menjadi ketua hakim dalamtafahuz-mentafahuz sesuatu kes jenayah dan awam, pemegangkhazanah/perbendaharaan kerajaan, mengetuai seluruh organi-sasi ketenteraan, menjaga keamanan dalam negeri, mengetuaiangkatan tentera Melaka di laut, mengawal hal-ehwal per-saudagaran/perdagangan dan sistem urus niaga, mengawalkelancaran adat-istiadat di pihak istana, menyelia seluruhinstitusi perhambaan, dan seterusnya.

SEBAGAI masyarakat yang amat menghormati sistem dan tata-susila berkerajaan, Melaka juga didapati tegas denganprotokolnya, seperti kaedah menyambut utusan kerajaan luarberbeza mengikut taraf. Utusan dari Pasai contohnya disambutdengan penuh istiadat (bergajah, bunyi-bunyian, memayungkanmereka yang membawa warkah). Sedangkan utusan dariInderagiri setakat berpayung sahaja. Peradaban tambahgemilang dengan terserapnya nilai Islam ke dalam kehidupan,kepercayaan dan akidah, syariat dan muamalat dalam

24

Page 38: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

kehidupan harian, dan lain-lain, merujuk kepada Hukum KanunMelaka dan Undang-undang Laut Melaka, sumber-sumberundang-undangnya berteraskan hukum adat Melayu dantempatan serta undang-undang Islam dari mazhab Syafie.Kadangkala begitu tegas undang-undangnya dilaksanakansehingga hukum hudud dikuat kuasa, atau sekurang-kurangnyadirakamkan di dalam manual undang-undangnya. Kesalahanmencuri dipotong tangan. Kesalahan berzina dihukum sula.Ketua hal-ehwal agama Islam dan penanggungjawab yangmengeluarkan fatwa ialah kadi. Agama Islam amat dihormati.Kitab agama (seperti ad-Darul-Manzum) diberikan penghargaanyang begitu tinggi.

Iltizum, Wim, Dan PertanggungjawabanPENEGAKAN dan usaha gigih mempertahankan daulat pihakyang memerintah nampaknya mendasari sistem berkerajaandan masyarakat. Sistem-sistem ini tergugat dan mungkinruntuh sekiranya daulat dicabar atau dinafikan. Bukan sahajadi Melaka pada abad 15 dan 16, malah ia berterusan hinggake Johor-Riau. Fikirkan saja, betapa seluruh empayar Melayuwarisan dari Melaka ini berkecai pada tahun 1718 selepaspenafian daulat ini dicetuskan oleh seorang Orang KayaMenteri Melayu Johor pada tahun 1699, di Kota Tinggi, akibatpembunuhan Sultan Mahmud II. Daulat juga yang menjadisemacam pemangkin untuk membina sebuah tamadun Melayudengan keunggulan dan kerencaman sistem-sistem masyarakat-nya dalam bidang politik, undang-undang, ekonomi, kebudaya-an, kesusasteraan, agama, falsafah, dan sebagainya.

DI Melaka, penegak dan pelindung daulat ialah Bendahara,khususnya Tun Perak. Beliau disokong oleh pembesar-pembesarutama yang lain, termasuk Temenggung dan Laksamana,khususnya Hang Tuah. Dengan sikap dan sifat pertanggung-jawaban yang tulen untuk mempertahankan kesultanan yang

25

Page 39: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

ditopangnya, maka iltizam dan pengabdian mereka menjagadan mengekalkan keamanan di darat dan di laut Melaka, demiuntuk keharmonian bermasyarakat, dan tiada tolak ansur. Soalmelaksanakan tugas sesuai dengan jawatan yang disandangnya,suatu hal. Tetapi soal pertanggungjawaban dan kejujuran adalahsoal yang paling dasar. Maka, kewiraan dan unsur-unsurpatriotik patut dirujuk dalam konteks masa dan semangatzaman serta suasana masyarakat. Ia berlegar di sekitar usahauntuk "menegakkan daulat pemerintah, mengukuh kerajaan,dan membina sebuah tamadun Melayu". Ketahanannya bukansehingga setakat tahun 1511, malah berlanjutan berabad-abadselepas itu, hingga kini.

KASIH dan setia yang tidak berbelah bagi kepada negeri bukandiukur pada kekuatan fizikal (kuat, pahlawan, gagah beraniberperang, dan sebagainya) saja, malah, dirujuk juga padakeupayaan dan penggemblengan daya intelek yang tinggi untukmembina strategi kuasa dan menegakkan tamadun, sepertimanayang ditunjukkan oleh Tun Perak. Dalam konteks kesinambung-an dan perubahan, kasih dan taat setia ini diarahkan pulakepada negara dengan mempertahankan kedaulatan danmaruah bangsa, kini.

KESIMPULANNYA, wira dalam kesultanan Melaka perludirujuk kepada keupayaan dan kesediaan untuk menegak danmempertahankan nilai-nilai di atas, seperti, menegak daulatraja, mempertahankan keamanan dan kemakmuran negeri,membela keadilan masyarakat, membina wawasan untukmenggemilangkan bangsa, membela dan mempertahankantamadun bangsa, secara fizikal, mental/intelektual dan semangat.

26

Page 40: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

Nota

1. Rujuk Wang Gungwu, "The First Three Rulers of Malacca,"dalam Community and Nations (Kuala Lumpur: Heinemann, 1981),97-107.

2. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka (KualaLumpur, 1988).

3. Sebuah penulisan terkini mengenainya oleh L. F. R. Thomas,"The Malay Sultanate of Malacca," dalam A. Reid, (ed.), SoutheastAsia in the Early Modern Era: Trade, Power and Belief (Ithaca, 1993),

69-90. Diperkatakan juga oleh Mohd Taib Osman, "The MalaySultanate: Past and Present Functions With Reference to BruneiDarussalam" dan oleh Shamsul Amri Baharuddin, "TamadunKesultanan Melayu: Satu Analisis Konseptual." Kedua-dua kertaskerja ini dibentangkan pada Seminar Antarabangsa KesultananMelayu Brunei di Nusantara, Universiti Brunei Darussalam, 13-17November 1994 yang lalu.

4. Websters New Twentieth Century Dictionary (USA, 1983), 1314.

5. Sekurang-kurangnya tiga prinsip utama yang ditampilkan olehTun Sri Lanang berhubung dengan seorang raja dan kerajaannya, iaitu:

Kedudukannya dalam budaya perpolitikan Melayu:

Adalah raja yang adil itu dengan Nabi s.a.w. umpama dua buahpermata pada sebentuk cincin; lagipun raja itu umpama gantiAllah di dalam dunia, kerana ia zulillahu fd-alam, apabila berbuatkebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada Allahs.w.t. yakni, berbuat kebaikan kamu akan Allah dan rasulNyadan akan raja . . .

(Sejarah Melayu, 1961:190)

Kedudukan dan hubungan raja dengan para pembesarnya:

Dan lagi tiada sentosa kerajaannya, kerana raja-raja itu umpamaapi, akan segala menteri itu umpama kayu; jikalau tiada kayu,dimanakah api itu bernyala?

(Ibid, 1961:170)

27

Page 41: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Kedudukan dan hubungan raja dengan rakyatnya:

Seperti kata Parsi "ar-rayat juna ba-khasanat sultan khasad" yakni,rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalautiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri. Demikianlahlagi raja itu dengan segala rakyatnya . . . Dan segala anak Melayu,bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunuh, melainkandosanya derhaka; kerana segala anak Melayu itu tanahmu, sepertikata Arab, "al-abdu tinat ul-maulahu," ertinya, yang hamba itutanah (kepada) tuannya.

(Ibid, 1961:170-171, 186)6. Ayat suci ini diterjemahkan dengan bunyi berikut:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlahkepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa darikalangan kamu. Maka sekiranya kamu berbantahan akan satu-satu perkara, hendaklah kamu kembalikan dia kepada Allah danRasul, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yangdemikian itu sebaik-baik dan sebagus takwil.

(A. Hassan, Al-Furqan, Kelantan, 1975:170)7. Liaw Yock Fang, (ed.), Hukum Kanun Melaka (The Laws of

Melaka) (Hague, 1976), 62, (fasal 0.1).

8. Di dalam teks Sejarah Melayu, sering disebut begini apakalaseseorang kerabat dilantik menjadi raja/Sultan, . . . maka rajaAbdullah kerajaan, . . . maka raja Hussinlah kerajaan, bergelarSultan Alauddin Riayat Shah, dan seterusnya. Rujuk W. G.Shellabbear, (ed.), Sejarah Melayu (Singapore: Malayan PublishingHouse, 1961), (passim).

9. Ibid, 287.

10. Ibid, 186.

11. C. C. Berg, "The Javanese Picture of the Past," dalamSoedjatmoko, et al., An Introduction to Indonesian Historiogmphy (Ithaca,1965), 87-118.

12. Liaw Yock Fang (ed.), Hukum Kanun Melaka, 66, (Fasal 1.3).

13. W. G. Shellabear, (ed.), Sejarah Melayu, 24.

14. Contoh bersejarah yang mungkin dapat dikaitkan dengan halini ialah perihal mangkatnya Sultan Mahmud Shah II, keturunanraja-raja di Johor akibat dibunuh oleh pembesar Orang Kaya Megat

28

Page 42: Document2

WIRA MELAYU DALAM KONTEKS PATRIOTISME ZAMAN MELAKA

Sri Rama. Pembunuhan itu dianggap suatu penderhakaan yang tiadataranya dalam sejarah Melayu di Selat Melaka. Selepas pembunuhanitu kerajaan Johor-Riau kucar-kacir kerana berebutkan takhta dikalangan pembesar Johor yang diketuai oleh Bendahara Abdul Jalildan Raja Kechil dari Siak. Berikutnya muncul pula orang Bugis.Akhirnya empayar Melayu ini runtuh, mulai tahun 1718. Rujuk L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor (1975), 78-84; Muhammad YusoffHashim, (ed.), Hikayat Siak (1992), 112-113.

15. Paul Wheatley, The Golden Khersonese (Kuala Lumpur, 1961);O. W. Wolters, Early Indonesian Commerce: A Study of the Origin ofSrivijaya (1967).

16. O. W Wolters, The Fall of Srivijaya in Malay History (NewYork, 1970); O. W. Wolters, "Studying Srivijaya," dalam JMBRAS,LII, ii 1979; Nik Hassan Shuhaimi bin Ab. Rahman, "The BukitSeguntang Buddha," dalam JMBRAS, LII, ii, 1979; G. Coedes danL. C. Damais, "Srivijaya: History, Religion and Language of an EarlyMalay Polity," dalam JMBRAS, Monograf No. 20, 1992.

17. A. H. Hill, (ed.), "Hikayat Raja-raja Pasai. A RevisedRomanised Version of Raffles MS. 67," dalam JMBRAS, XXXIII, ii,1960.

18. W G. Shellabear, (ed.), Sejarah Melayu, 232-235.

19. Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, 177.

20. Armando Cortesao, (ed. dan pent.), The Suma Oriental of TomePires (London: The Hakluyt Society, 1944), 274.

29

Page 43: Document2

Kerja SamaSerantauMengusirPenjajah DiPersekitaranSelat Melaka

YAHAYA A B U BAKAR

TATKALA membicarakan mengenai keadaan keselamatan mahupuniklim perdagangan di persekitaran Selat Melaka, lebih-lebih lagi sesudahtahun 1511, seorang sarjana terkenal mencatatkan bahawa:

They (the Portuguese) had fundamentally disrupted the organization ofthe Asian trade system. There was no longer a Malay state to police theStraits of Malacca and make them safe for commercial traffic. Insteadthere was a dispersal of trading community to several ports and bitterwarfare in the Straits. After a century of success, Malacca was turnedalmost overnight into a name with a proud past, but little future.'

PENGAMATAN sedemikian sesungguhnya bukan sahaja relevan untukabad ke-16, malah bagi tempoh yang lebih lama sesudah itu.

31

Page 44: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Demikianlah peri penting dan besar ertinya sejarah KesultananMelaka selaku wadah pembentukan peradaban dan pentasdialog pelbagai manusia dan latar belakang budaya dan agamadi Alam Melayu. Kejatuhan Melaka kepada "Benggali Putih"rupanya bukan sahaja diratapi oleh pemerintah, pembesar,pedagang, ulama, dan golongan yang bersimpati dengannya,malah oleh kuasa luar termasuk China. Melalui gerak diplomasiSultan Mahmud dan Nacem Mudaliar, utusan Portugis keChina yang dikepalai oleh Tom Pires, dirantai dan dikurungoleh pihak berkuasa sana atas kesalahan menawan sebuahnegeri sahabat.

SULTAN Mahmud kehilangan Melaka, bukan takhta kerajaanatau teras kekuasaannya. Maruahnya tercabar, tetapi bagindamasih ditaati dan berwibawa ke atas sebilangan besar tanahjajahan/naungannya baik di Tanah Melayu mahupun diSumatera dan Riau-Lingga. Baginda menghabiskan hayatnyauntuk mengkotak-katik dan merebut kembali Melaka, bersamapejuang-pejuang seperti Hang Nadim, Tun Seri Udana, danlain-lain. Sekurang-kurangnya dua kali baginda melancarkanserangan ke atas Melaka; berteraskan ciri kesetiakawanan dankerja sama serantau. Kisah hidup dan peri perjuangannyamenentang penjajah, terakam abadi di dalam lipatan sumber-sumber tempatan mahupun bahan Portugis.2 Di dalam sepucukwarkah bertarikh 1 Januari 1524 yang ditulis oleh KapitanJorge de Albuquerque, kemerbahayaan berkali-kali yangditimbulkan oleh Sultan Mahmud terhadap Portugis menjadiisu utama.3 Hanya sesudah tahun 1526, bilamana setelah empatkali serangan sengit, Bentan ditewaskan. Selama itu, perdagang-an dan keselamatan Portugis cukup terancam, sehingga timbulura-ura di pihak mereka untuk meninggalkan sahaja Melakayang ternyata membebankan.

MEMANG benar, tradisi kepimpinan Melayu beraja sebagai-mana yang dibincangkan oleh Andaya,4 membenarkan kelang-sungan kekuasaan, sekalipun ibu kota kerajaan berpindah-

32

Page 45: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

randah. Namun zaman keemasan yang bersinggah-sana selamalebih seabad, berteraskan perdagangan kelautan yangmenguntungkan, menerima padah yang bukan sedikit. Berlalusuatu zaman P. Wheatiy,5 menggelarnya sebagai "a century ofMelaka," dari haribaan penglihatan masyarakat serantaumahupun arena antarabangsa. Kerajaan Johor, penyambungtradisi Kesultanan Melaka terpaksa berhempas pulasmengharungi arus pasang surut dan onak duri untuk tempohyang panjang. Ibu kota kerajaan terpaksa berpindah-randah,manakala pemerintah dan negeri menjadi sasaran seranganbertubi-tubi baik dari Portugis, Acheh, dan sebagainya.Keupayaannya untuk bertahan sebagai sebuah entiti,menjadikan sejarah Johor cukup unik dalam arah lalu sejarahMalaysia. Maka bertitik tolakan pahit getir dan senario sedemi-kianlah, keresahan penguasa-penguasa peribumi mahupunreaksi mereka terhadap kuasa penjajah harus dipaparkan.

TRADISI penentangan terhadap kuasa penjajah yangditunjukkan oleh Sultan Mahmud, Raja Ahmad, Pateh Kadir,Pateh Unus, Hang Nadim, Bendahara Paduka Raja, Sang Naya,dan lain-lain diteruskan oleh pemimpin-pemimpin MelayuNusantara untuk mengusir kuasa Portugis dan Belanda dirantau ini, khususnya dalam abad-abad yang dibicarakan.Usikan conquistadores Portugis dan pengganti mereka, rupa-rupanya cukup meruntun hati budi Melayu untuk tampilmenyapu arang yang terconteng di muka, sambil cuba mengisikelohongan yang ditinggalkan oleh Kesultanan Melaka (1400-1511). Sebagaimana yang bakal ditunjukkan nanti sejarahmenyaksikan betapa reaksi peribumi dijelmakan melaluipelbagai sebab, kesempatan bentuk dan kaedah, melawan aruspenjajahan, di samping usaha mencari identiti untuk memenuhiimpian tersendiri.

MUNCUL ibu kota-ibu kota kerajaan, pelabuhan-pelabuhanperdagangan mahupun pusat-pusat budaya ilmu yang baruberselerak di sana sini, misalnya di Johor, Acheh, Pattani,

33

Page 46: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Brunei, dan lain-lain.6 Serangan bertubi-tubi juga dilancarkanke atas Melaka untuk mengusir penjajah lalu lintas perdagangandan perkapalan, hatta monopoli Portugis dan Belanda di SelatMelaka turut dicabar. Bermula dari tahun 1511 hingga setidak-tidaknya tahun 1784, Selat Melaka yang menjadi urat nadiutama menghubungkan rantau Timur dan Barat lebih banyakmenyaksikan ketegangan dan pertempuran antarabangsa, darierti keselamatan, kesejahteraan, dan kemakmuran.7

PIHAK Portugis mahupun Belanda sesungguhnya merupakankuasa-kuasa pinggiran yang tidak dapat menunjangi sejarahTanah Melayu. Keterbatasan mereka cukup ketara baik darisegi keupayaan, kewilayahan, perdagangan, tenaga manusiamahupun kesan-kesan sosio-budaya dan agama. Sepanjangpendudukan mereka di Melaka, mereka dirundung pelbagaiancaman dan permasalahan sama ada dari dalam mahupunluar petempatan mereka. Tahun-tahun 1513, 1537, 1539,1547, 1551, 1568, 1573, 1574, 1575, 1587, 1606, 1615,1627, 1629, 1636, dan 1641 merupakan annos horribilis yangsukar dilupakan oleh para pentadbir, soldados, periwayatsezaman (oscronistas) dan mubaligh Katolik di Melaka.8 Tempoh-tempoh tersebut, memperlihatkan penentangan tegas yangdilakukan oleh penguasa-penguasa peribumi baik dari Johor,Acheh, Japara, atau Pattani, dan kemudiannya Belanda ke ataspendudukan Portugis di Melaka. Penentangan ini dizahirkansama ada secara bersendirian atau persekongkolan beberapakuasa, lebih-lebih lagi berteraskan ikatan serumpun dankepentingan bersama.

BANYAK nyawa terkorban dan harta benda musnah. Ke-buluran, kesengsaraan hidup, inflasi, dan kekurangan bekalanperubatan sering dilaporkan oleh pihak berkuasa gereja.Berikutan itu, isu pertahanan dan keupayaan angkatan tenterasering menjadi perkara yang terpaksa diberi perhatian wajar.Biaya pertahanan kian meningkat, manakala keuntunganperdagangan tersalur ke kantung para pentadbir. Jumlah

34

Page 47: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

kakitangan pentadbir soldados amat terbatas, yakni daripadapurata 200 orang sehinggalah serendah-rendahnya 28 orang.Lebih malahg lagi, harapan untuk mendapatkan bantuan dariGoa, India mahupun Portugal dalam saat-saat genting, seringditentukan dengan kelewatan atau tidak kunjung tiba,sementara kadar kematian dan kejadian lari dari tugas tidakpernah reda.9

KEGENTINGAN pertahanan Melaka dalam tahun-tahun1550-an menjadi ketara pada tahun-tahun berikutnya.Maklumat yang dikemukakan daripada Jorge de Lemosbertajuk, Historian Dos Cercos De Malacca, etc, cukup jelasmenegaskan hakikat ini.10 Sebagaimana kita sedia maklum,dalam tempoh akhir abad ke-16 dan dekad-dekad awal abadke-17 pihak Portugis di Melaka bukan sahaja diancam olehpenguasa-penguasa peribumi tempatan seperti Acheh, Johor,dan Japara, malah oleh pihak VOC. Beberapa langkahkeselamatan terpaksa diambil untuk memperteguhkanpertahanan Melaka, namun ia tetap diserang, misalnya dalamtahun 1606, 1629, 1636, dan sebagainya. Kerja sama Johor,Naning, Rembau dengan VOC berputik pada dekad awal abadke-17 di Melaka iaitu pada tahun 1641. Portugis dialahkantetapi VOC bertapak di Melaka untuk suatu jangka masa yangagak lama.11

SEBAGAIMANA pihak Portugis, pihak Belanda juga tidakbebas dari ancaman dan penentangan penguasa-penguasa peri-bumi tempatan. Polisi pengepungan, monopoli ketat, kekerasan,dan juga perjanjian-perjanjian yang dimeterai oleh Belanda keatas negeri Melayu seperti Acheh, Perak, Kedah, Johor, danlain-lain, kerapkali ibarat duri dalam daging kepada penguasa-penguasa peribumi. Seawal-awal tahun 1642, tercetus siripenentangan yang berlanjutan (beberapa dekad) terhadapBelanda di Naning dan Rembau. Mereka juga terpaksa meng-hadapi persaingan dengan saudagar Keling, di sampingpenyeludupan atau serangan daripada golongan Minangkabau.

35

Page 48: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Dalam tahun 1651 misalnya, perwakilan dagang VOC di Perakdibunuh, manakala di Kedah dipenjarakan oleh penguasatempatan. Dalam tahun 1656, tercetus perkhabaran bahawa,wujud suatu pakatan serantau diketuai oleh Johor, denganPalembang, Indragiri, Acheh, dan Mataram yang berniat mem-binasakan VOC di Melaka. Ancaman Minangkabau menjelmalagi dalam tahun 1678, diikuti dalam tahun 1710 bilamanaterbit desas-desus bahawa sebilangan orang Islam berniatmembunuh kesemua orang Belanda.

POLISI Belanda sebagaimana juga Portugis di Melaka, kadang-kadang agak sukar difahami sejauh mengenai negeri-negeriMelayu. Di suatu sudut VOC tidak berminat dan menentangcampur tangan dalam hal-ehwal peribumi tempatan, apa lagikempen ketenteraman yang melibatkan kos yang tinggi. Disuatu sudut lain, pentadbir-pentadbir Kompeni Wolanda sepertiVan Vliet dan yang bersefahaman dengannya, berpandanganbahawa, keupayaan ketenteraan, serangan, kekerasan,kepungan, ugutan, dan sebagainya perlu dilakukan untukmenjamin keuntungan. "The fruits of Melaka can only beproperly enjoyed . . . if all these people are driven from thesea forever".12 Dengan demikian, sepanjang tempoh merekaberada di Melaka, pihak Belanda seperti yang disimpulkanoleh Barbara Andaya, "for a hundred and fifty years Melakawas the mediator of policies which made the VOC appear toMalay Kings as alternatively their ally and their enemy, theirprotector and their oppressor."13 Kemuncak dari siri penentangantempatan terhadap VOC di Melaka ialah melalui serangan Bugisyang diketuai oleh Raja Ali Haji dalam tahun 1784.

BERPANDUKAN latar belakang dan ungkapan fakta di atas,maka benarlah tanggapan bahawa kesan pendudukan Portugismahupun Belanda sebenarnya agak tipis dalam sejarah TanahMelayu. Mereka cukup terbeban dengan pelbagai ragampermasalahan berbentuk dalaman mahupun luaran. Jika abadke-16 lebih merupakan abad Acheh, Johor, dan negeri-negeri

36

Page 49: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

lain dalam sejarah Tanah Melayu, maka abad-abad seterusnyapula lebih menyaksikan keterampilan peranan Johor,Minangkabau, Siak, dan Bugis di pentas Selat Melaka. Kedua,pihak (Portugis dan Belanda) hanyalah lapisan-lapisantambahan baik di bidang politik dan perekonomianperdagangan di Alam Melayu. Skop, arah hala, dan asas-asasutama perdagangan tempatan (kecuali monopoli berteraskankekuatan senjata) juga tidak menyaksikan banyak perubahan,berikutan kehadiran mereka. Benarlah seperti yang disimpulkanoleh Tregonning bahawa:

Indeed it was not until the late nineteenth century that theMalay Peninsula was affected internally by the Europeans. Untilthen it was the influence of other Asians: Indians, Achinese,Minangkabau, Chinese and Bugis in particular, that was moresignificant.14

DENGAN demikian, sejarah persekitaran Selat Melaka dalamjangka masa tersebut cukup menarik dibincangkan dari pelbagaisudut. Ini termasuklah penetapan pengaruh kekuasaan,perdagangan kelautan, pertelagahan dan diplomasi, serta tidakketinggalan kerja sama serantau ataupun reaksi peribumimenentang penjajah di rantau ini. Kajian tersebut selayaknyadilihat biar dari sudut ruang lingkup mahupun dari aspekjangka masa. Namun kesuntukan ruang dan kesempatan,menyebabkan tulisan berikut hanya akan Iebih tertumpu kepadagerakan menentang Portugis dan Belanda di Tanah Melayu.

Perdagangan Dan Penentangan TerhadapPenjajah

TERLEBIH dahulu, perlu ditegaskan di sini bahawaperdagangan, pertelagahan, diplomasi, mahupun kerja samaserantau bukanlah sesuatu yang baru dan wujud denganpembabitan kedatangan kuasa-kuasa barat di Alam Melayu.

37

Page 50: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Sejarah Kesultanan Melaka, malah lebih awal dari itu, memper-lihatkan bahawa asas-asas berkenaan telah pun mendasarirantau ini sejak zaman-berzaman. Perdagangan mahupunkaedah pengendalian diplomasi Melaka negeri serumpun diAlam Melayu bersendikan agama Islam, bahasa Melayu, tulisanJawi, perkahwinan diraja, pengiriman perutusan dan salam,serta kepentingan bersama memang cukup nyata di rantau ini.

LAUTAN rupa-rupanya bukanlah pemisah, ia laksana iajejambat yang menghubungkan penduduk di dalam lingkunganAlam Melayu. Latar belakang bahasa, budaya, dan agama yangserupa adalah tali temali yang memperteguhkan ukhwah danikatan serumpun15 di kalangan mereka. Selain mengamalkandiplomasi dan kerja sama serantau, hubungan diplomatik danekonomi juga dijalin dengan kuasa-kuasa luar seperti China,Ryukyu, India, dan Arab-Farsi. Unsur-unsur itulah sebenarnyayang menggerakkan dan merancakkan pertumbuhanperdagangan Melaka, selaku emporium ternama dan pentasdialog yang terbilang. Pihak Portugis mahupun Belanda cukupmenyedari hakikat ini, dan sedaya-upaya cuba menghidupkankembali perdagangan mahupun diplomasi yang diamalkanterdahulu. Sudah tentu mereka terpaksa melakukan beberapaperubahan mengikut selera, pertimbangan, keadaan, danketentuan semasa.

SEKALIPUN perdagangan Melaka mencatatkan keuntunganbeberapa kali sebelum dan sesudah tahun 1641, namun polaperdagangan bersifat menjurus seperti yang pada zamanKesultanan telah berubah kepada dri berselerak sesudah tahun1511. Berlalu juga keadaan bila mana perdagangandikendalikan atas unsur "peaceful oceanic navigation based onthe principles of accepted convention",16 sebaliknya ciri-driperbalahan dan pertelagahan merupakan "the order of the day".Dalam hal ini, kehadiran kuasa-kuasa Baratlah yang lebihmenyumbangkan ke arah pertelagahan tidak putus-putus diSelat Melaka pada abad-abad 16 hingga abad 18.

38

Page 51: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

TIMBUL beberapa persoalan seperti apakah punca akan sebab-musabab berlaku penentangan terhadap kuasa-kuasa penjajahdi Tanah Melayu pada tahun-tahun 1511-1795. Bagaimanapula peribumi melahir dan menyalurkan tentangan itu. Per-soalan-persoalan sedemikian sebenarnya sekaligus dapat dikait-kan dengan konsepsi kuasa, kuat, dan keabsahan pelbagai pihakyang berada di persekitaran Selat Melaka. Pihak Portugis mahu-pun Belanda sebagaimana tersedia maklum, mendasarkan hakpegangan mereka ke atas Melaka melalui penaklukan, bersendi-kan kekuatan senjata. Dengan menakluk Melaka, kedua-duanyaberanggapan bahawa ia mempunyai hak, kekuasaan, dan keber-untungan yang mutlak ke atas Melaka dan tanah jajahannya.Sudah barang tentu pendekatan sebegini bercanggah denganamalan dan tradisi kefahaman serta realiti politik peribumi.

SISTEM politik Melayu adalah berteraskan diri raja sebagaiunsur utama dalam sesebuah kerajaan. Manakala kekuasaan,keabsahan dan kesalahan politik pula ditunjangi oleh unsur-unsur jurai keturunan serta doktrin (daulat, derhaka, tulah,dan sebagainya). Mana-mana kuasa yang tidak memiliki ciri-ciri sedemikian, sudah pasti tidak dapat dianggap mempunyaidri-ciri ketuanan yang dapat dipertahankan untuk jangka waktuyang panjang. Lagipun, pihak Portugis mahupun Belanda sejakawal-awal lagi sebagaimana yang terungkap di dalam SejarahMelayu (mengenai orang Portugis) dilihat sebagai sebuah kuasaluar yang berlainan dari segi latar belakang budaya, agama,dan batas geografi serta bertujuan jahat untuk memporak-peranda dan merodakkan ketuanan Melayu. Peri laku,perbuatan, dan polisi-polisi yang mereka amalkan selama beradadi Melalca tidak disenangi dan jelas sekali mempamerkan belangmereka. Tidaklah menghairankan, kenapa mereka tidakditerima dan begitu ditentang secara berdepan oleh kuasa-kuasa tempatan.

MALAH di bidang ketenteraan dan kekuatan persenjataan yangmenjadi teras penting kekuasaan mereka pun, pihak Portugis

39

Page 52: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dan Belanda tidak dapat mempertahankan sepenuhnya ke-unggulan itu. Teknik persenjataan dan kaedah peperangan Baratsegera dihidu oleh penguasa-penguasa peribumi. Kajian yangpernah penulis lakukan khususnya mengenai Acheh17 me-nunjukkan bahawa, pemerintah-pemerintahnya menggunakanpelbagai bentuk senjata, termasuk kapal-kapal perang yangdipersenjatai dengan meriam guna untuk membanteras pihakPortugis di Melaka. Selain itu, Acheh juga dibantu oleh askarupahan dari Turki yang menggunakan senjata-senjata yang se-tanding jika tidak lebih dari pihak Portugis.

JUSTERU kerana itu, sumber-sumber Portugis kerap menyebuttentang peri bahaya angkatan perang Acheh. Maklumat yangdipaparkan oleh Thomaz mahupun MacGregor,18 menunjukkanbahawa pada tahun-tahun 1540-an, angkatan perang Achehsering mengganggu lalu lintas perdagangan dan perkapalanPortugis dari Melaka ke India, Pegu, Arakan, dan sebaliknya.Keaktifan Acheh sekali lagi terserlah bilamana di antara tahun-tahun 1564-1585, ia menguasai perairan selatan Selat Melaka,dan menjadikan Johor sebagai pusat perlindungan. KegusaranPortugis terhadap Acheh dan cita-cita menghancurkannyamungkin terpaksa dipendam sebagai impian yang tidak ter-laksana, tetapi Johor yang turut mengancam dan menyerangMelaka pada masa-masa lampau diserang mereka. Inimenyebabkan kemusnahan ibu kota Johor Lama pada tahun1587.

NAMUN seperkara yang jelas terserlah ialah keupayaan dankeunggulan senjata Barat bukanlah suatu kategori mutlak yangtidak dicabar di Alam Melayu. Sejarah merakamkan betapahanya kombinasi di antara disiplin, kesatuan tujuan, kenekatan,teknik peperangan, nasib memberi kelebihan kepada penakluk-penakluk. Sebagaimana pertahanan Portugis sering diselamat-kan oleh "the timely arrival of help from Goa", Van Braamjuga sampai kena pada ketikanya sewaktu Raja Ali Haji me-lancarkan serangan ke atas Belanda di Melaka. Kemujuran

40

Page 53: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

dan kebetulan itu menyelamatkan Melaka dari dibaham olehangkatan perang Bugis.19

DALAM pada itu, penentangan peribumi terhadap kuasa-kuasapenjajah di perairan Selat Melaka juga dipandu oleh sebab-sebab perekonomian dan perdagangan. Tradisi perdagangankelautan sesungguhnya telah lama menjiwai penduduk danpemerintah rantau ini. Perdagangan telah menjanjikan danmenyajikan kemewahan, kemakmuran, dan mendapat tempatyang istimewa ditinjau dari sudut serantau mahupun diperingkat antarabangsa. Kekayaan dan kemakmuran tersebutturut berperanan dalam menegapkan serta mengukuhkankekuasaan politik penguasa-penguasa peribumi. Dengandemikian, perdagangan kelautan adalah suatu ciri utama dalamusaha memahami khazanah peradaban Melayu. Sebarang usahake arah mengganggu, apalagi merampas kedudukan ini,sebagaimana yang terjadi dan diamalkan oleh pihak Portugisdan Belanda, sudah tentu merintis ke arah penentangan dipihak peribumi.

SEBAGAIMANA sempadan daratan bukan menjadipertimbangan utama atau penghalang kepada komunikasi danmobiliti antara manusia di Alam Melayu, lautan juga adalahpenyatu dan bukannya pemecah atau pembahagi di antaramereka. Ekoran dari itu, prinsip-prinsip Mare Clausum,monopoli tegas, sistem cartezas, percukaian yang membebankandilihat sebagai usikan-usikan fundamental yang tidak bolehditolak ansur.

JUSTERU kerana itu, serangan, kepungan penyeludupan,mahupun pelanunan adalah di antara pelbagai bentuk reaksiperibumi terhadap apa yang disebut sebagai dominasi Barat.Kapal-kapal Portugis mahupun Belanda yang diketahui besardari segi saiznya kerapkali terbukti sukar untuk mencegahkelajuan perahu-perahu, lancaras, sampan, tongkang, dansebagainya dari kegiatan-kegiatan seumpama itu. Bahaya

41

Page 54: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

serangan mengejut cukup ditakuti khususnya oleh pihakPortugis. Sementelahan lagi, lautan luas tidak mungkin dapatdikawal oleh kakitangan yang diketahui mempunyai keupayaanyang terhad. Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnyapersekitaran seperti muara-muara sungai terpencil, paya bakau,dan seumpamanya. Oleh kerana pihak Portugis dan lebih-lebihlagi Belanda terkenal dengan paksaan dan pembelian denganharga yang murah, sebaliknya menjual dengan harga yangtinggi, menyebabkan penyeludupan menjadi-jadi.

JUSTERU kerana itu, suatu lagi bentuk cabaran ataupenentangan terhadap pengaruh ekonomi penjajah ialah gejalatimbulnya pusat-pusat perdagangan yang baru di persekitaranSelat Melaka. Telah disebutkan oleh pengkaji-pengkajiterdahulu betapa Acheh, Johor, Pattani, Brunei, dan lain-lainmuncul selaku emporium perdagangan yang penting sesudahtahun 1511. Penguasaan ekonomi Acheh misalnya cukup dirasaioleh pihak Portugis, lebih-lebih lagi kerana Acheh menguasaidaerah pedalaman yang luas di Sumatera. Peluasan kekuasaandi Tanah Melayu sama ada di penghujung abad ke-16 ataudekad-dekad awal abad seterusnya, turut membantut cita-citaPortugis untuk menggunakan Tanjung Harapan selaku satu-satunya jalan laut ke Eropah.

SEBAGAIMANA yang disarankan oleh Boxer, perniagaan ladahitam dari Sumatera (Acheh) ke India dan Laut Merah melaluiNicobar dan Maldives, tergendala beberapa ketika sahaja akibatpenaklukan Melaka oleh Portugis. Bilamana ramai orang Is-lam menumpukan perhatian ke Acheh babitan tekanan dankekejaman Portugis, perdagangan itu telah kembali berkembangkhususnya pada tahun-tahun 1530 dan 1540-an.20 Malahsebagaimana yang disarankan oleh Van Leur, pada tahun-tahun1530-an, hanya 80 tan rempah-ratus berjaya dihantar keEropah melalui Tanjung Pengharapan, manakala 1,280 tankomoditi tersebut dieksport melalui India, Asia Barat, danMediterranean.21

42

Page 55: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

LETAK duduk Acheh yang strategik selaku pintu gerbang keSelat Melaka, dan kebolehannya menggunakan pantai baratSumatera dan Selat Sunda selaku laluan alternatifnya, menjadi-kan perkembangannya sebagai sebuah kuasa dagang yang tidakmudah dicabar. Johor, sekalipun terhimpit dengan pelbagaimasalah, turut mampu menyelitkan peranan perekonomiandagangnya. Maklumat-maklumat dari pada Roelofsz,22 cukupjelas memperlihatkan betapa pedagang-pedagang Johor aktifdi Tanah Melayu (termasuk Pattani) malah ke pesisir Jawadan Sulawesi.

PELABUHAN-PELABUHAN di Johor tidak sahaja didatangioleh saudagar China, dan Gujerat, malah oleh pihak Portugis,Inggeris, Armenia, Arab, Denmark, dan Belanda kemudiannya.Polisi percukaian Johor yang agak rendah, di sampingkemudahan perniagaan yang diberikan, merupakan antara dayapenarik perdagangan dewasa itu. Dengan demikian, pada akhirabad ke-17, Johor terbit selaku pusat kekuasaan danperekonomian yang cukup berketerampilan. Walhal pendudukMelaka dianggarkan sekitar 10,000 orang, Johor-Riau memilikirakyat lebih lima kali daripada jumlah itu. Sebagaimana yangdibincangkan oleh Andaya, antara barangan yang diperniagakandi Johor termasuklah "gold, eaglewood, kelembak, pedro porco,birdnest, ivory, camphor, tin, rattan, wax, pepper, salt, rice,copper, spianter, white Chinese silk, porcelain, iron, Chinesepans, cloth, red cloth, Japanese gold thread, and opium".23

SEKALIPUN tempoh gerhana dalam sejarah Johor kembalimenjelma pembabitan peristiwa Sultan Mahmud Mangkat DiJulang pada tahun 1699, kemelut tercetus sehingga membawakepada keterampilan Raja Kechil Siak, diikuti oleh kemaraanBugis, Johor-Riau masih merupakan empayar yang penting.Pengalaman jatuh bangun, tradisi kepimpinan, minat, dankemampuan berdagang adalah di antara beberapa faktor yangakhirnya mengemudi Johor-Riau selaku pentas baru dalamperadaban dan ketamadunan tanah air.

43

Page 56: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

SUATU lagi dimensi penentangan terhadap penjajah sebenarnyaperlu dikaitkan dengan sentimen keagamaan. Pihak Portugismahupun Belanda di Selat Melaka sering dilihat sebagai kuasaluar yang mengancam pertumbuhan dan perkembangan Islamdi Alam Melayu. Sentimen anti-Islam ini sebenarnya bukansahaja cukup ketara di kalangan orang Portugis, tetapi tulisanbarbara Andaya mengenai Belanda di Melaka turut memapar-kan keadaan sedemikian. Kesultanan Melaka yang suatu masadahulu menjadi pusat peradaban dan ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini, sudah tentu mempunyai erti kepentinganyang cukup mendalam di hati dan sanubari warga Alam Melayu.

POLISI-POLISI penindasan, melalui pureza de sanque, racascontaminadas, diskriminasi keagamaan, dan pemusnahan tempat-tempat peribadatan sebagaimana yang dilakukan oleh pihakPortugis cukup diketahui dan tidak disenangi oleh kaumperibumi. Pihak Belanda yang dikatakan kurang menitik-beratkan soal keagamaan juga sebenarnya tidak bebas daripermasalahan ini. Jika tidak masakan terjadi insiden apabiladalam tahun 1710 pada hari Ashura, beberapa orang Gujeratditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan ingin merusuh danmengusir VOC di Melaka. Malah jauh lebih awal dari itu pun,VOC sedar bahawa ia "was ringed by an alien, hostile people,bloodthristy and cruel, forever ready to respond to the Islamiccry of Jihad, or holy war, in order to drive out the Christians".24

JIKA inilah yang melambangkan tanggapan dan isi hati pihakpenjajah, maka tugas mengusir mereka tentulah menjadikewajipan dan visi sud penguasa peribumi. Inilah yang merekalakukan. Kepada yang gugur di medan juang, mereka dianggapmati syahid dalam memenuhi tugas keagamaan. Seiringandengan itu, timbullah pula khabar yang dikaitkan • dengankekebalan pejuang-pejuang Melayu. Raja Ibrahim Rembaudisifatkan sedemikian pada tahun 1678. Ia dan pengikut-pengikutnya ingin berjihad menentang Belanda di Melaka.Untuk kesekian kalinya, Belanda tambah yakin bahawa orang

44

Page 57: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

Melayu khususnya Laksamana Johor (1695) "adalah seteruorang Kristian".

BERIKUTAN munculnya pusat-pusat peradaban danketamadunan Melayu Islam yang baru di rantau ini, misalnyadi Acheh, Johor, Brunei, dan Pattani, landasan perjuanganmenentang penjajah berpandukan sentimen keagamaan menjadicukup nyata. Penelitian yang dilakukan oleh Profesor IbrahimAlfian terhadap Acheh misalnya, menunjukkan landasankeagamaan sebagai syariat utama dalam menentukankemakmuran, kesejahteraan, mahupun keselamatan negara dariancaman dalaman ataupun luaran, cukup diberi perhatian. Initentunya bersesuaian dengan kedudukannya sebagai "serambiMekah" dan tempat himpunan ilmuwan, cendekiawan, danulama Islam yang terbilang. Dengan demikian Kanun Syarakkerajaan Acheh Darussalam menggariskan dua puluh tugasanutama rakyat. Selain dari diwajibkan bertani, berladang,berniaga, menuntut ilmu, (termasuk ilmu kebal), kerja tanganmahupun kesenian, ilmu-ilmu keperwiraan, bertukang besi dansenjata menjadi teras utama pendidikan.25

SESUNGGUHNYA tradisi penentangan terhadap penjajahberteraskan kerja sama serantau sebagaimana yang dilakukanoleh Sultan Mahmud dan pemerintah Johor yang lain termasukSultan Alauddin telah diteruskan oleh pemimpin peribumi yanglain. Memang terdapat contoh yang dapat dikemukakan dalamhal ini. Namun kesuntukan ruang, hanya memungkinkan be-berapa contoh sahaja diketengahkan di sini. Suatu contoh yangjelas menyatakan keadaan ini ialah pakatan daiam bulan Jun1551 yang melibatkan Sultan Johor, pemerintah-pemerintah Perak,Pahang, Bruas, dan Permaisuri Japara melibatkan lebih 200 kapaldan 5,000 pejuang menentang pihak Portugis di Melaka.

TIGA belas tahun kemudian, Acheh juga melaksanakan kaedahyang sama, malah kali ini melibatkan bantuan Turki untukmengusir conqui$tadores. Sebagaimana pakatan serantau menjadi

45

Page 58: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

perjuangan menentang Portugis, Belanda juga menyaksikankeadaan yang serupa. Telah disebutkan terdahulu, bahawadalam tahun 1656 misalnya, pihak VOC dimaklumkanmengenai pakatan antara Johor, Palembang, Indragiri, Acheh,dan Mataram untuk membinasakan kompeni di Melaka.Pakatan serantau yang telah larrta menunjangi Alam Melayu,sekali lagi dijelmakan bilamana Raja Ali Haji berjayamengemblengkan tenaga orang Bugis sama ada di Johor-Riauatau sekutunya di Perak dan Selangor mengepung Melaka daripelbagai penjuru. Sekalipun Belanda tidak berjaya diusir,perkembangan sesudah tahun 1784, seperti pembukaan PulauPinang dan kemaraan kepentingan British, serta peperangandi Eropah memaksa VOC menyerahkan Melaka.

SEBAGAIMANA peribumi menunjukkan sebab dan kaedahdalam usaha mengusir penjajah-penjajah di persekitaran SelatMelaka termasuk melalui kerja sama serantau, perbalahansesama sendiri juga cukup ketara. Perbalahan ini misalnya seringterjadi antara Acheh dengan Johor dan sekutu-sekutunya diperairan Selat Melaka. Perbalahan dan serangan-serangansesama sendiri sebagaimana kita sedia maklum telah memaksaperibumi untuk bersepakat pula dengan pihak penjajah.Demikian rumit dan uniknya dimensi pertelagahan di rantauini, di tengah arus mencari identiti bersendikan perdagangankelautan dan despora ketamadunan Melayu Islam.

KesimpulanPERDAGANGAN, pertelagahan, diplomasi, dan kerja samaserantau merupakan tema-tema yang cukup ketara sepanjangtahun-tahun 1511-1784. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugisdan kemudiannya Belanda telah mewujudkan suasanapergolakan yang ditandai oleh pelbagai bentuk reaksi peribumimenentang penjajah. Penentangan-penentangan itu yangdijelmakan melalui kerja sama serantau, turut merangkumi

46

Page 59: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

dimensi-dimensi politik kedaulatan, ketuanan, perekonomian,dan tidak kurang penting ialah sudut keagamaan. Sepanjangpendudukan mereka di Melaka, pihak Portugis mahupunBelanda tidak henti-henti dihujani dengan pelbagai masalahluaran dan dalaman, khususnya daripada penguasa-penguasaperibumi. Dengan sedemikian, Portugis mahupun Belanda,bukanlah kuasa-kuasa yang dianggap dapat menerajui rantauini. Sebagaimana ikatan serumpun dan pakatan serantaupernah dan boleh diwujudkan, malangnya pertelagahan sesamasendiri juga turut terjadi. Semoga pengalaman pahit getir masalampau akan menjadi pengajaran kepada kita.

47

Page 60: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Nota

1. M. C. Ricklefs, A History of Modern Indonesia (London:Macmillan Asian Histories Series, 1981), 22.

2. F. R. R. Thomaz, "Os Portugueses Em Malacca, 1511-1580,"Vol. I & II, Faculdade de Letras, Universidade de Lisboa, 1964,Capitulo III. Juga M. J. Pintado (tr.), Portuguese Documents On Ma-lacca (Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1993).

3. Lihat ANTT: CC Parte 10, Maco 30, No. 78. Juga, YahayaAbu Bakar, "Sumber Portugis Mengenai Melaka T. M. 1511-1641:Suatu Tinjauan Mengenai Politik, Pentadbiran Dan Perbalahan KuasaDi Selat Melaka," dalam Omar Farouk Bajunid (ed.) Esei-Esei BudayaDan Sejarah Melaka, Siri Minggu Kesenian Asrama Zaaba (KualaLumpur: Universiti Malaya, 1989).

4. L. Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728: The Economicand Political Developments (Kuala Lumpur: East Asian HistoricalMonographs, OUP, 1975), 20-21.

5. P. Wheatly, Impression of the Malay Peninsula in Ancient Times(Singapore: Eastern University Press, 1964), 119-176.

6. Yahaya Abu Bakar, "Merentasi Samudra Sutera Dan RempahRatus: Melaka dan Brunei Selaku Pentas Dialog dan PertembunganDi Alam Melayu (Abad ke-XV dan ke-XVI Masehi)," SeminarAntarabangsa Kesultanan Melayu Brunei Di Nusantara, pada 13-17 November 1994. Mengenai Pattani, lihat W. A. Bougas, TheKingdom of Pattani, etc. (ATMA, UKM, 1994).

7. A. P. Rubin, International Personality of the Malay Peninsula: AStudy of International Law of the Imperialism (Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya, 1974).

8. Yahaya Abu Bakar, "Sumber Portugis Mengenai Melaka T. M.1511-1641: Suatu Tinjauan Mengenai Politik, Pentadbiran danPerbalahan Kuasa di Selat Melaka."

9. I. A. MacGregor, "Notes to the Portuguese in Malaya,"JMBRAS, Vol. XXVIII, pt. 2, May 1955, 5-47. Juga, D. R. SarDesai, "The Portuguese Administration in Malacca 1511-1641,"JSEAH, Vol. 10, 1969, 501-512.

48

Page 61: Document2

KERJA SAMA SERANTAU MENGUSIR PENJAJAH DI SELAT MELAKA

10. Jorge de Lemos, Historia Dos Cercos De Malaca . . . Os Achens& Iaos Puserao af Fortaleza de Malaca Sendo Tristao Vaz da Viega capitaodella (Biblioteca Nacional Lisboa, 1982).

11. Nik Hassan Shuhaimi dan Yahaya Bakar, "Melaka as a His-toric City," JEBAT Bil. 15, 1987, 105-109.

12. B. W. Andaya, "Melaka under the Dutch 1641-1795," dalamK. S. Sandhu &. P. Wheatly, Malaka, Transformation of A MalayCapital, etc, Vol. I & I (Petaling Jaya: OUP, 1983), 214.

13. Ibid.

14. K. G. Tregonning, A History of Modern Malaya (Singapore:Eastern University Press, 1964), 46.

15. Yahaya Abu Bakar "Melaka Sebagai Pusat Islam Abad ke-XV," SARI, Jurnal IBKKM, Jilid I, No. 1, Januari 1983, 31-55.

16. K. N. Chandhuri, Trade and Civilization in .the Indian Ocean(Cambridge: Cambridge University Press, 1985), bab 2 awalan.

17. Yahaya Abu Bakar, "Impian Tidak Terlaksana: Kes Acheh danOrang Portugis di Melaka (1511-1641 Masehi)," dalam Nik HassanShuhaimi, et al., Sumbangsih Kumpulan Esei Sejarah (Bangi: JabatanSejarah, UKM 1988), 60-75.

18. F. R. R. Thomaz, "Os Portuguese . . .", 125-126. Juga I. A.MacGregor, "A Sea Fight Singapore in the 1570's," JMBRAS, Vol.XXIX, pt. 3, 1956, 6.

19. Nik Hassan Shuhaimi and Yahaya Abu Bakar, "Melaka as aHistoric City," 114.

20. C. R. Boxer, "A Note on the Portuguese Reactions to theRevival of the Red Sea Spice Trade and the Rise Atjeh, 1540-1600,"JSEAH, Vol. 10, No. 3, 1969, 416.

21. J. C. Van Leur, Indonesian Trade and Society, 2nd Edition(Bandung: Sumur, 1960), 162. Juga Yahaya Abu Bakar, "ImpianTidak Terlaksana . . .", 64—65.

22. M. A. P. Meilink Roelofsz, Asian Trade and European Influ-ences, A.D. 1500-1630, etc. (The Hague Martinus Hijhoff, 1962),141-142.

23. Lihat, L. Y. Andaya, The Kingdom of Johor, 38.

24. B. W. Andaya, "Melaka under the Dutch," 221.

49

Page 62: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

25. Lihat, T. Ibrahim Alfian, "Kejayaan Kesultanan AcehDarussalam," International Seminar on Brunei Malay Sultan-ate in Nusantara, 13-17 November 1994, 9.

50

Page 63: Document2

GerakanPenentanganTerhadapKuasa BaratDi Melaka

ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI

DALAM sejarah Malaysia, Melaka menjadi perintis menentang kuasaBarat. Kuasa Barat yang pertama ditentang Melaka ialah Portugis;kemudiannya Belanda dan British. Segala yang berlalu tidak sewajarnyadibiarkan berlepas begitu sahaja, terutamanya yang boleh diambilsebagai teladan. Tidak ada hari ini, tanpa hari sebelumnya. Begitulahjuga dengan perjuangan bangsa Melayu menentang kuasa Barat. Asasperjuangan telah dibina oleh mereka yang terdahulu. Walau apa juabentuk landasan digunakan bagi mempertahankan negara dan bangsaserta memerdekakan tanah air, perjuangan mereka wajar disanjung.

PERJUANGAN bangsa Melayu menuntut kemerdekaan dan berhasilpada 31 Ogos 1957, bermula dari liku-liku perjuangan sebelumnya.Dalam liku-liku perjuangan inilah gerakan menentang Portugis,

51

Page 64: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Belanda, dan British di Melaka menjadi ingatan dan kenanganserta inspirasi perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah,mempertahankan maruah dan kedaulatan.

Menentang Portugis Dan BelandaKEAGUNGAN Kesultanan Melaka hancur setelah dikalahkanoleh Portugis pada tahun 1511. Kekalahan ini sewajarnya men-jadi teladan kepada bangsa Melayu. Persengketaan, cemburu,dan iri hati serta kezaliman pemerintah telah memberi laluanyang mudah kepada musuh, iaitu Portugis menawan Melaka.Melaka yang diasaskan oleh Parameswara terus makmur danmaju di bawah pemerintahan Sultan Mahmud dan BendaharaSeri Maharaja Tun Mutahir. Kemajuan Melaka ini menyebab-kan nama Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir menjadisebutan saudagar. Kini Bendahara Tun Mutahir menjadi kayadan banyak menyimpan emas.1

KEAGUNGAN Melaka sebagai pusat perdagangan termasyhurdi Kepulauan Melayu telah mencuit hati Portugis untuk samaberdagang di Melaka. Pada tahun 1509 angkatan Portugis yangterdiri daripada lima buah kapal di bawah pimpinan DiogoLopes de Sequeira berkunjung ke Melaka. Mereka membawahadiah dan surat daripada Raja Emanuel Portugal. Hadiahdan surat diserahkan kepada Bendahara Tun Mutahir. SaudagarIslam mulai cemas dengan kehadiran rombongan Portugis ini.Mereka bimbang perniagaan nanti akan dikuasai oleh Portugis.Dengan itu mereka mempengaruhi Bendahara Tun Mutahirmenghalau orang Portugis ini.

HASUTAN saudagar Islam ini telah membawa kepada tindakanBendahara Tun Mutahir menangkap beberapa orang Portugisdan pegawainya, Rui De Araujo. Ketua rombongan Portugis,Diogo Lopes de Sequiera memohon Bendahara Tun Mutahirmelepaskan orangnya. Setelah gagal, Diogo Lopes de Sequiera

52

Page 65: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

meninggalkan pelabuhan Melaka pulang ke Portugal.2

Kemudiannya Bendahara Tun Mutahir menerima pandanganseorang saudagar India di Melaka, Nina Chatu, membawa keluarorang Portugis dari penjara dan ditahan di sebuah rumah diMelaka. Mulai dari sini Nina Chatu rapat dengan orang Portugis.3

BENDAHARA Tun Mutahir kemudiannya dibunuh oleh Sul-tan Mahmud akibat fitnah Syah Bandar Melaka Raja Men-daliar. Beliau dikatakan seorang yang sangat kaya di Melakapada ketika itu. Peristiwa ini berpunca daripada persainganRaja Mendaliar dengan saudagar bernama Nina Sura Dewana.Justeru bimbangkan Raja Mendaliar memberi hadiah kepadaBendahara Tun Mutahir, pada suatu malam membawa sebaharaemas (satu bahara bersamaan 400 paun) kepada BendaharaTun Mutahir. Hadiah tersebut diambil oleh Bendahara TunMutahir. Peristiwa ini diketahui oleh Kitul. Kitul mempunyaihubungan saudara dengan Nina Sura Dewana. Beliaumengambil kesempatan ini kerana berhutang 10 kati emasdengan Raja Mendaliar, lalu menemui Raja Mendaliar padamalam hari.

DALAM pertemuan ini, Kitul membuat fitnah yang Nina SuraDewana membawa 10 kati emas kepada Bendahara TunMutahir meminta Raja Mendaliar dibunuh. Setelah mendapatberita ini Raja Mendaliar mengoyakkan surat hutang Kitul.Pada malam yang sama Raja Mendaliar membawa satu baharaemas, permata yang baik serta kain yang indah menemuiLaksamana Khoja Hasan. Laksamana Khoja Hasan sangat rapatdengan Sultan Mahmud. Raja Mendaliar berjaya mem-pengaruhi Laksamana Khoja Hasan supaya melaporkan kepadaSultan Mahmud yang Bendahara Tun Mutahir bersiap sediahendak menderhaka kepada baginda Sultan.

FITNAH Raja Mendaliar ini disampaikan oleh LaksamanaKhoja Hasan kepada Sultan Mahmud. Setelah menerimalaporan daripada orang yang dipercayai, Sultan Mahmud

53

Page 66: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

mengeluarkan titah kepada Tun Sura Diraja dan Tun InderaSegara membunuh Bendahara Tun Mutahir. Dengan itu TunSura Diraja dan Tun Indera Segara menjalankan hukumanbunuh ke atas Bendahara Tun Mutahir, Seri Nara Diraja, TunHasan Temenggung dan menantu Bendahara Tun Mutahir, TunAli suami Tun Fatimah.

DALAM pada itu datang Sang Sura membawa titah supayajangan menghapuskan semua keturunan Bendahara TunMutahir. Dengan itu Tun Hamzah yang mengalami kecederaanakibat diserang oleh seorang Benggali diselamatkan. Beliaukemudiannya dikasihi oleh Sultan Mahmud. Manakala TunFatimah diambil baginda sebagai isteri. Padiika Tuan anakBendahara Paduka Raja Tun Perak yang sangat tua dilantiksebagai Bendahara Melaka.4 Sejarah Melaka membuktikanperpecahan sesama sendiri akan membawa kerugian kepadabangsa itu.

DALAM keadaan Melaka yang tidak aman ini angkatanPortugis mengambil kesempatan menyerang Melaka. RajaEmanuel menghantar angkatan menyerang Melaka di bawahpimpinan Diogo Mendes de Vasconcelos. Setelah tiba di Goa,Alfonso de Albuquerque tidak membenarkan angkatan ini marake Melaka. Berlaku pertelingkahan di antara kedua pemimpinyang akhirnya Diogo Mendes de Vasconcelos dipenjarakan danAlfonso de Albuquerque mengambil alih tugas menyerangMelaka.5 Ketika berada di Goa ini, Alfonso de Albuquerquemendapat surat Rui de Araujo yang diseludup melalui saudagarIndia. Surat ini menyatakan beberapa orang Portugis berjayamelarikan diri dan berlindung di Pidi dan meminta Alfonsomenyerang dan menakluk Melaka.

ALFONSO de Albuquerque bersama angkatan besar ke Pidimenemui orang Portugis, bekas tawanan Melaka. Dari sinibeliau berangkat ke Melaka. Beliau menuntut Sultan Mahmudmenyerahkan tawanan dan membayar ganti rugi. Sultan

54

Page 67: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

Mahmud pula mendesak supaya perjanjian perdamaian di-meteraikan terlebih dahulu. Setelah gagal mencapai per-setujuan, Alfonso de Albuquerque melancarkan serangan keatas Melaka. Sementara itu beliau mendapat maklumat yangsangat bermakna daripada Rui de Araujo mengenai pertahanandan kekuatan Melaka dengan bantuan Nina Chatu.

KEHADIRAN angkatan Portugis dihadang oleh angkatanMelaka. Sultan Ahmad yang diserahkan kuasa oleh ayahanda-nya, Sultan Mahmud memimpin angkatan menentang ke-maraan tentera Portugis. Baginda menaiki gajah bernamaJinakji, Tun Udani di kepala gajah dan Tun Ali Hati di buntutgajah bersama guru tauhid baginda, Makhdum menuju kejambatan berjaya mengundurkan angkatan Portugis. Semangatperjuangan angkatan Melaka ditingkatkan lagi denganmembaca Hikayat Muhammad Hanafiah. Kemudian angkatanPortugis melancarkan lagi serangan. Dalam peperanganberikutnya Sultan Ahmad mengalami kecederaan di tangan.Namun baginda meneruskan perjuangan dengan dibantu olehangkatan Melaka. Walaupun berjuang mempertahankanMelaka, mereka gagal.

PADA 24 Ogos 1511, angkatan Portugis di bawah Alfonso deAlbuquerque melancarkan gerakan, membunuh sesiapa yangmenghalang atau menentang kemaraan mereka. Nina Chatudan rumahnya tidak dipengapakan oleh Portugis. Setelah tidakberdaya lagi, Sultan Mahmud bersama keluarga, pembesar, danrakyat tertentu mengundurkan diri. Sultan Ahmad berundurdi Bertam dan Sultan Mahmud di Batu Hampar. Kemudianyakedua-dua tempat ini diserang oleh Portugis. Mereka berundurke Pagoh, Hulu Muar dan mendirikan kota di Bentayan. Tidaklama kemudian Portugis melancarkan serangan di Pagoh, Sul-tan Mahmud berundur lagi melalui Penarikan ke Pahang danseterusnya ke Bintan. Sultan Ahmad mendirikan kerajaan diKopak, Bintan. Kemudiannya peri laku Sultan Ahmad yangtidak disenangi oleh Sultan Mahmud. Akhirnya Sultan

55

Page 68: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Mahmud menitahkan Sultan Ahmad dibunuh. Jenazah bagindadimakamkan di Bukit Batu.6

MULAI Ogos 1511 Kesultanan Melayu tidak lagi memerintahMelaka. Teraju pemerintahan dikendalikan oleh Portugis.Alfonso de Albuquerque mengekalkan Nina Chatu sebagai SyahBandar bagi orang India Selatan dan melantiknya sebagaiBendahara. Utimuti Raja dikekalkan sebagai Syahbandar untukorang Jawa, sehinggalah beliau dibunuh oleh Portugis keranaberpakat dengan Sultan Mahmud menyerang Portugis diMelaka. Selain itu Alfonso de Albuquerque melantik Rui de BritoPatalim sebagai Kapten Kota Melaka dan Prez de Andrade sebagaiKapten Laut. Pada awal tahun 1515 Sultan Mahmud mengepungpelabuhan Melaka; Pateh Kadir bersama kira-kira 6,000 orangbergabung dengan Sultan Mahmud dalam gerakan ini.7

SULTAN Mahmud bersama angkatan tenteranya beberapa kalimelancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Ketika ber-semayam di Bintan, 1516-1519 Sultan Mahmud menghantarpasukan mengawal Kuala Muar bagi menyekat barangan masukke Melaka. Pada tahun 1519 baginda bersama angkatanberangkat ke Muar membina kubu di Pagoh untuk melancarkanserangan ke atas Melaka. Persiapan ini diketahui oleh Portugis,lantas angkatan Portugis melancarkan serangan ke atas Muar.Angkatan Portugis dikalahkan. Akibat sekatan bekalan, Portugisterpaksa ke Burma untuk membeli barang makanan.

PADA tahun 1520 angkatan Portugis telah melancarkanserangan ke atas Pagoh. Sultan Mahmud dikalahkan, berundursemula ke Bintan. Ketika berada di Bintan, pada tahun 1521Sultan Mahmud menghantar satu angkatan untuk menyerangMelaka. Angkatan Sultan Mahmud berjaya memasuki Melaka,tetapi gagal menawan Melaka dan terpaksa pulang ke Bintan.Pada tahun 1521, 1523, dan 1524 angkatan Portugis menye-rang Sultan Mahmud di Bintan, tetapi mereka dikalahkanoleh pasukan Sultan Mahmud. Portugis berpendapat, "selagi

56

Page 69: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

Sultan Mahmud berkerajaan, kedudukan Portugis di Melakatidak akan tenteram".

DENGAN itu pada tahun 1526, angkatan yang besar terdiridaripada 25 buah kapal, 550 orang Portugis dan 600 orangMelayu menyerang Bengkalis, Pulau Bulang, dan Bintan.8

Setelah Sultan Mahmud mendapat berita yang tentera Portugismelanggar jajahan Melaka, Bengkalis; baginda menitahkanTemenggung Seri Udana bertahan di Kota Kara. TetapiTemenggung Seri Udana tidak datang menghadap kerana sibukmenentukan harta yang dipinjam orang. Pada ketika itu beliausangat miskin. Begitu juga apabila angkatan Portugis menyerangBulang, setelah dijemput menghadap oleh Sultan Mahmud,beliau memberikan alasan yang sama. Setelah selesai membuatsenarai hartanya yang ada, Temenggung Seri Udana berangkatke Kota Kara. Dalam perjalanan beliau bertemu utusan SultanMahmud yang datang menjemputnya. Beliau tidak menghadapSultan Mahmud, sebaliknya menyerahkan surat kepada utusanSultan Mahmud untuk disembahkan kepada baginda.

PADA ketika ini angkatan Portugis sudah berada di Kuala.Antara lain dalam surat tersebut Temenggung Seri Udanamencatatkan hartanya yang ada: " . . . talam tiada berbibir lagipasuk satu, dan bokor pecah alas ternang Pahang sumbingsatu, dan pinggan retak China satu, dan mangkut retak satu,dan piring karang satu, periuk tembaga satu putus bibirnya,dan belanga Keling tembaga satu dan budak tiga orang. . . . "Tetapi apa yang lebih menarik ialah semangat perjuanganTemenggung Seri Udana. Walaupun miskin dan tidak mendapatkurnia daripada Sultan Mahmud, tetapi masih setia kepadanegara dan rajanya. Beliau menyatakan di dalam suratnya tidakmenghadap Sultan Mahmud sebaliknya terus ke Kota Kara;dan ". . . jikalau Kota Kara alah, patik (Temenggung SeriUdana) itu matilah." Dengan bantuan Sang Aria, Sang Jaya,Sang Lela dan angkatan tentera, Temenggung Seri Udanabertempur dengan pasukan Portugis. Walaupun pasukan yang

57

Page 70: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

bertahan di Kota Kara mati dan melarikan diri, TemenggungSeri Udana, Sang Aria, Sang Jaya, dan Sang Lela terus meng-amuk menentang pasukan Portugis. Mereka semua terkorbandalam pertempuran tersebut. Dengan itu Kota Kara ditawanPortugis.

SULTAN Mahmud bersama panglima berangkat ingin ber-tempur dengan pasukan Portugis. Baginda bertindak demikiankerana mengikut adat raja-raja, ". . . negeri alah rajanya mati."Tetapi para pembesar yang ada menghalang dan menasihatibaginda supaya berundur. Pasukan Portugis meneruskanserangan ke atas Kopak dan membakarnya. Kemudiannyaangkatan Portugis pulang ke Melaka.9 Sultan Mahmud ber-undur ke Kampar berlindung di bekas istana Sultan Munawir,adinda baginda. Baginda mangkat di sini pada tahun 1528.

SULTAN Mahmud digantikan oleh Raja Ali, putera bagindadengan Tun Fatimah. Raja Ali mengasaskan Kesultanan Johordan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah 11. KerajaanJohor yang menggantikan kerajaan Melaka, menghadapi cabar-an Portugis dan Acheh. Portugis melancarkan serangan padatahun 1535, 1536, dan 1587 ke atas Johor. Acheh pula me-lancarkan serangan pada tahun 1564, 1570, 1582, 1613, 1615,1618, dan 1623.10 Kerajaan Johor meneruskan perjuangan me-nentang Portugis di Melaka.

PADA tahun 1639, Laksamana Johor Tun Abdul Jamilmenandatangani perjanjian dengan Philips Lucasz, pegawaiBelanda di Patani yang Johor akan membantu Belandamenyerang Portugis di Melaka. Belanda pula mengaku akanmembina kubu dan membekalkan meriam kepada Johor sertamelindungi Johor daripada serangan Portugis dan Acheh.Pengepungan ke atas Melaka bermula pada 2 Ogos 1640.Seramai 1000 hingga 2000 tentera Johor di bawah pimpinanSeri Bija Diraja, anak Laksamana Tun Abdul Jamil membantuBelanda dalam gerakan ini.

58

Page 71: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

AKHIRNYA Belanda berjaya...mengalahkan. Portugis danmenduduki Melaka pada 14 Januari 1641. Sokongan danbantuan Johor ini dirakamkan oleh Gabenor Jeneral Antoniovan Diemen dalam suratnya bertarikh 23 Disember 1643kepada Heeren XVII di Holland. Antara lain beliau menyata-kan angkatan Johor memberi sumbangan besar terhadappenaklukan Melaka dan tanpa bantuan mereka pasukanBelanda tidak mungkin dapat menawan Melaka.11

SETELAH kira-kira 130 tahun berada di bawah penjajahPortugis, Melaka dijajahi pula oleh Belanda. Belanda cubamenjadikan Melaka pusat perdagangan di Selat Melaka. Namunusaha ini tidak berjaya. Mulai tahun 1641 pelabuhan Johormuncul sebagai pusat perdagangan dan meneruskan tradisi ke-agungan kesultanan Melaka. Belanda memberi kebenarankepada Johor untuk mengendalikan perdagangan sendiri diSelat Melaka. Pada ketika ini Acheh tidaklah sekuat semasadi bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.Kelemahan Acheh di bawah pemerintahan Sultan Tajul AlamSafiatuddin Shah mulai 1641, tidak lagi mencabar Johor.

BELANDA kini berikhtiar untuk menguasai perdagangan bijihtimah di Selat Melaka. Mereka mencuba memonopoli bijihtimah Perak, tetapi tidak dibenarkan oleh Sultan MuzaffarShah II. Dengan itu Belanda menghantar wakilnya ke Achehpada tahun 1650 memaksa Sultan Tajul Alam SafiatuddinShah memeterai perjanjian, hanya Acheh dan Belanda sahajayang boleh membeli bijih timah di Perak. Selepas itu SultanTajul Alam Safiatuddin Shah menghantar wakil bagindamengiringi wakil Belanda ke Perak menghadap Sultan MuzaffarShah 11 membuat perjanjian dengan Perak. Pada 15 Ogos 1650,Sultan Muzaffar Shah menandatangani perjanjian denganBelanda membenarkan Belanda membina gudang di KualaPerak. Gudang ini tidak lama didirikan kerana, pada tahun1651, Perak melancarkan serangan ke atas gudang ini danmembunuh semua orang Belanda.12

59

Page 72: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

KEDUDUKAN Belanda di Melaka juga mendapat tentangandaripada penduduk Naning. Akhirnya pada tahun 1643,angkatan Belanda yang terdiri daripada 200 orang melancarkanserangan ke atas Naning. Suatu perjanjian ditandatangani diantara Belanda dengan Penghulu Naning pada tahun 1643.13

Di antara syaratnya, Penghulu diwajibkan menghantar satupersepuluh hasil tahunan Naning kepada Belanda di Melaka.Selain itu Naning juga dikehendaki menghantar 72 ekor ayamdan sejumlah kerbau. Tetapi Belanda tidak memaksa Naningmenghantar hasil tersebut. Malah Belanda pernah memintaNaning menghantar 400 gantang padi sahaja ke Melaka.14

Belanda tidak melakukan kekerasan kerana kos yang akandiambil untuk memaksa Naning membayar satu persepuluhtidak dapat menampung perbelanjaan peperangan.

GERAKAN menentang Belanda di Melaka lebih ketaradilancarkan oleh Sultan Ibrahim Selangor dan Yamtuan MudaJohor Raja Haji pada tahun 1784. Sultan Ibrahim mendapatpersetujuan Penghulu Rembau dan Pedas untuk melancarkanserangan ke atas Belanda di Melaka. Mereka berkubu di BatangTiga, Melaka. Sementara itu Raja Haji dan angkatan Johordari Bintan berkubu di Teluk Ketapang. Dalam pertempuranyang berlaku, Yamtuan Muda Raja Haji mangkat di TelukKetapang Melaka. Setelah Raja Haji mangkat pasukan Johorpulang ke Riau; manakala Sultan Ibrahim pulang ke Selangor.Pasukan Belanda melancarkan serangan ke atas Selangor danmenduduki Kuala Selangor pada tahun 1784.15 Sultan Ibrahimberlindung di Pahang. Kemudiannya pada tahun 1785, denganbantuan Pahang, Sultan Ibrahim melancarkan seranganmengejut ke atas Belanda di Kuala Selangor dan berjayamendudukinya. Persaingan Sultan Ibrahim dengan Belandaberakhir apabila mereka mengikat persetiaan pada tahun 1786.16

PADA tahun 1795 pentadbiran Melaka berpindah tangankepada British melalui Surat-surat Kew. Selama berkuasa 1795-1818, perselisihan seringkali berlaku di antara Naning dengan

60

Page 73: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

British. Pada tahun 1818 Belanda kembali semula berkuasa diMelaka. Kemudiannya pada tahun 1824, termaktub perjanjianInggeris-Belanda di London. Di antara lain, Belanda menyerah-kan Melaka kepada British; British pula menyerahkan Bangka-hulu di Sumatera kepada Belanda.

Gerakan Menentang BritishGERAKAN menentang British di Melaka dilancarkan olehPenghulu Dol Said Naning. Dol Said menjadi penghulu Naningketika British mengorak langkah melebarkan sayap pengaruh-nya di Tanah Melayu. Pada tahun 1786 tanpa mempedulikansyarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah Kedah, Britishmelalui Francis Light menduduki Pulau Pinang secara haram.17

Kemudiannya British mentadbir Melaka 1795-1818, yangdiserahkan Belanda buat sementara melalui Surat Kew. Ketikamenduduki Melaka, British mengakui bahawa Naning adalahsebahagian daripada Melaka. Dalam usaha mengabsahkan peng-akuannya ini British, diwakili oleh Leftenan Kolonel AldwellTaylor menandatangani perjanjian dengan Naning, yang diwakilioleh Penghulu Dol Said dan Empat Suku pada tahun 1801.

PERJANJIAN ini tidak langsung menyebut yang Naningsebahagian daripada Melaka. Tetapi Naning bersetuju denganamalan yang dilakukan oleh penghulu sebelum ini menghantarsatu persepuluh daripada hasil tahunan Naning ke Melakasebagai tanda persahabatan. Tidak puas dengan ini, pada tahun1807, Residen Konsularnya Kolonel Farquhar dengan megahmengisytiharkan yang Naning sebahagian daripada Melaka;segala kes jenayah yang berlaku di Naning hendaklahdiselesaikan di Melaka. Perisytiharan ini mencemar perjalananhukum adat, Adat Perpatih di Naning. Keangkuhan British inimenyebabkan kegentingan hubungan antara Naning-Melaka.Pada tahun 1818, Belanda kembali semula ke Melaka danmereka tidak mengganggui perjalanan pentadbiran Naning.

Page 74: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

KEBEBASAN Naning hanya berterusan sehingga tahun 1825.Pada tahun ini, berkuat kuasa Perjanjian London di antaraBritish dengan Belanda pada 17 Mac 1824, British bertapaksemula di Melaka. Sebelum ini British telah berjayamemperdayakan Sultan Husin Johor dan Temenggung AbdulRahman untuk bertapak di Singapura, mulai 1819. Kini Britishtelah bertapak di tiga buah negeri Melayu, Pulau Pinang,Singapura, dan Melaka. British seterusnya mengukuhkan lagikedudukan dengan membentuk pentadbiran Negeri Selat padatahun 1826, dengan Gabenor sebagai Ketua Pentadbir berpusatdi Pulau Pinang. Pada tahun 1828, pusat pentadbiran NegeriSelat dipindahkan ke Singapura. Pembentukan Negeri-negeriSelat menamatkan panggilan negeri Melayu ke atas Melaka,Pulau Pinang, dan Singapura. Negeri-negeri ini tidak lagidikenali sebagai negeri Melayu, sebaliknya Negeri Selat.Sehingga sampai kini masih ada yang merujuk negeri-negeriMelayu ini sebagai Negeri Selat.

KINI pentadbiran Melaka menuntut kembali Naningsebahagian daripada Melaka dan diwajibkan mematuhi undang-undang yang dilaksanakan di Melaka. Segala kes jenayah wajibdibicarakan di Melaka dan menghantar satu persepuluh hasiltahunan ke Melaka. Tuntutan ini menyinggung Penghulu DolSaid. Beliau menyifatkan British sengaja hendak memutuskanhubungan British-Naning. Walaupun mendapat amarandaripada pemerintah British Negeri Selat, Penghulu Dol Saidcekal dengan semangat perjuangannya. Dia terus menyatakankemerdekaan Naning. Segala hantaran termasuk satu perse-puluh hasil tahunan Naning ke Melaka sebagaimana dilakukanpada masa pentadbiran Belanda di Melaka dahulu adalahsebagai tanda persahabatan. Dakwaan Penghulu Dol Said initidak diterima oleh Gabenor Robert Fullerton. Dia menghantarW. T. Lewis yang bertugas sebagai Penguasa Tanah Melakamenyiasat duduk perkara Naning pada tahun 1828. Denganberdasarkan lawatannya ke Naning dan menemu bual beberapaorang tua di Naning, W. T. Lewis menyimpulkan yang Naning

62

Page 75: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

adalah sebahagian daripada Melaka. Malah dia menyarankanBritish melancarkan serangan ke atas Naning. Selain itu Brit-ish juga menghantar Thomas Church ke Naning, memberiamaran kepada Penghulu Dol Said mematuhi arahan dariMelaka. Jika ingkar Penghulu akan dilucutkan jawatan. Jugasepasukan sepoi dihantar ke Naning untuk mengawasi siasatandan bancian. Segala tindakan British ini mencabar Naning.Walaupun diberi tawaran istimewa, dan kalau ingkar PenghuluDol Said akan dilucutkan jawatan, namun Penghulu Dol Saidlangsung tidak mengendahkan amaran ini.

MALAH pada tahun 1828, beliau menyelesaikan kes jenayahdi Naning. Tindakannya ini diberi amaran oleh British. Begitujuga Penghulu Dol Said tidak pernah mematuhi jemputan atauarahan Gabenor Robert Fullerton untuk menemuinya diMelaka. Penghulu Dol Said bertindak demikian kerana beliauberpendirian bahawa Naning sebuah negeri bebas dan tidakperlu mematuhi arahan British.

KEENGGANAN Penghulu Dol Said ini dipandang berat olehGabenor Robert Fullerton. Beliau menganggap Penghulu DolSaid mengipgkari arahannya. Dengan itu beliau mencadangkanagar dalam Majlis Mesyuarat yang bersidang di Pulau PinangInggeris menakluki Naning. Cadangan ini dibantah olehSetiausaha Negeri Selat, Sir John Anderson dan Residen KonsulMelaka, Sir Samuel Garling. Majlis tidak merestui hasratGabenor Robert Fullerton. Pembatalan menyerang Naning inidisifatkan oleh Penghulu Dol Said dan penduduk Naning yangBritish tidak berani melancarkan serangan ke atas Naning.

WALAUPUN begitu Gabenor Robert Fullerton terus menuntutkekuasaan Melaka ke atas Naning. Apabila Surin melaporkanpengikut Penghulu Dol Said merosakkan dusun buah-buahannya di Pancur, Melaka pada bulan Oktober 1831,Gabenor Robert Fullerton mengambil kesempatan ini memberiamaran kepada Penghulu Dol Said. Residen Konsul Melaka,

63

Page 76: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Sir Samuel Garling menyalahkan Penghulu Dol Said danmenuntut bayaran ganti rugi kepada Surin. Penghulu Dol Said,dalam jawapannya menyatakan yang dusun tersebut kepunyaanbeliau yang dipusakai daripada nenek moyangnya dahulu.Dengan itu beliau tidak sepatutnya membayar sebarang gantirugi kepada Surin.

KEGENTINGAN hubungan Naning-British berterusansehingga Gabenor Robert Fullerton digantikan oleh gabenorbaru Robert Ibbetson pada tahun 1831. Kini Penghulu DolSaid berhadapan dengan Robert Ibbetson pula. Robert Ibbetsonmenyifatkan segala tindakan Penghulu Dol Said selama inimenentang pentadbiran Kompeni. Selain itu dia sependapatdengan Robert Fullerton, bahawa Naning adalah sebahagiandaripada Melaka dan diwajibkan membayar hasil tahunan satupersepuluh ke Melaka. Sudah pasti sikap dan tindakan RobertIbbetson ini menyemarakkan lagi semangat perjuanganPenghulu Dol Said.

SETELAH menyedari Robert Ibbetson akan bertindak ke atasNaning, Penghulu Dol Said mengumpulkan pengikut danpenyokongnya bersiap sedia bagi menghadapi tindakan Brit-ish. Sementara itu British dengan angkuh yakin mereka denganmudah dapat menguasai Naning. Mereka memandang rendahkeupayaan Penghulu Dol Said. British menelah Penghulu DolSaid yang miskin tidak mungkin berupaya mengadakan sebuahpasukan yang besar untuk menangkis kemaraan mereka. Setelahmendapat jawapan daripada pihak berkuasa di London supayamengambil tindakan yang sesuai; Gabenor Robert Ibbetsonmengambil keputusan menghantar pasukan tentera menawanNaning.

SATU pasukan yang terdiri daripada 150 orang18 di bawahKapten Wyllie diarahkan bersiap sedia untuk menyerangNaning. Kapten Wyllie dibantu oleh Leftenan Milnes, LeftenanBegbie, dan Dr. Smith. Pasukan ini diarahkan menawan Tabuh,

64

Page 77: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

iaitu kediaman dan pusat pentadbiran Penghulu Dol Said sertamemberi amaran dan mengancam pembesar yang enggan me-matuhi arahan British di Melaka.19

SEMENTARA itu Penghulu Dol Said menghubungi negeri jiran,Seri Menanti, Rembau, dan Sungai Ujong untuk mendapatkanbantuan. Dalam usaha mendapatkan bantuan Rembau,Penghulu Dol Said mengingati Yamtuan Ali supaya menghantarbantuan panglima mempertahankan Naning daripada seranganBritish. Sekiranya Naning diduduki oleh British, Rembau jugaakan menerima nasib yang sama. Atas kebimbangan inilahYamtuan Ali menghantar 500 orang di bawah pimpinanmenantunya Syed Saban ke Naning. Yamtuan Ali juga meng-hantar Penghulu Remai dan Recat mengetuai angkatan Rembaumembantu Penghulu Dol Said. Di samping itu Dato' KelanaSungai Ujong, Penghulu Gemenceh, Penghulu Linggi, danPembesar Seri Menanti turut sama membantu Penghulu DolSaid.20 Bantuan ini jelas menggambarkan semangat kesatuandi kalangan bangsa Melayu untuk mempertahankan tanah airdaripada diceroboh bangsa asing.

DALAM usaha mengatasi kemaraan pasukan British, PenghuluDol Said mengarahkan panglimanya bersiap sedia menunggudi jalan-jalan yang mungkin dilalui oleh pasukan British yangbersenjata. Mereka diarahkan melancarkan serangan sebaiksahaja angkatan British melintasi kawasan kawalan masing-masing.21 Pasukan British berlepas dari Melaka menuju keSungai Petai pada pukul 4.00 pagi, Sabtu 6 Ogos 1831. SungaiPetai dipilih kerana kedudukannya strategik berhampirandengan Naning dan mudah berhubung dan menghantarbekalan.22 Semangat perjuangan yang berkobar di jiwa PenghuluDol Said dan para pejuang, menyebabkan mereka menyerangangkatan British yang bergerak dari Melaka ke Sungai Petai.Pengikut Penghulu Dol Said menggunakan serangan hendapserta melarikan diri setelah serangan dilancarkan. Selain itujalan yang mungkin dilalui oleh pasukan British dihalang

65

Page 78: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dengan menumbangkan pokok kayu. Pasukan British terpaksamembersihkan jalan terlebih dahulu sebelum meneruskankemaraan mereka. Sementara mereka sibuk membersihkan jalanini Penghulu Dol Said melancarkan serangan ke atas pasukanBritish. Aldbat serangan dan rintangan ini, pasukan Britishtiba di Sungai Petai pada pukul 1.00 tengah hari, 6 Ogos1831, setelah mengambil masa berjalan kira-kira 9 jam.23

PADA 7 Ogos 1831, angkatan British meneruskan perjalananke Tabuh, Naning. Ketika tiba di suatu tempat bernamaKelemak, kira-kira 30-40 orang Melayu melancarkan seranganhendap ke atas pasukan British. Tetapi angkatan British berjayatiba di Alor Gajah. Pasukan British pernah mengambil masa7 jam 45 minit berjalan sejauh satu perempat batu. Seranganpasukan orang Melayu ini berjaya memutuskan hubunganMelaka dengan Sungai Petai. Pasukan British terus mara danmenghadapi serangan hendap pasukan orang Melayu.Kesukaran berjalan dan serangan orang Melayu melambatkanpergerakan pasukan British. Walaupun begitu pasukan Britishini berjaya tiba di Melekek, kira-kira 5 kilometer dari Tabuh.24

Orang Melayu terus melancarkan serangan hendap sepanjangkemaraan pasukan British. Serangan demi serangan yangdilancarkan oleh orang Melayu ini sekadar melambatkan per-gerakan pasukan British. Kelambatan pergerakan ini bermaknapasukan British memerlukan bekalan makanan dan peluru yangcukup untuk menampung tentera mereka. Pasukan bantuanserta bekalan makanan dan peluru dihantar dari Melaka. Tetapipasukan ini tidak tiba di Sungai Petai kerana yang dibawamereka telah diserang dalam perjalanan. Orang salah yang di-datangkan dari Singapura membawa bekalan tersebut lari me-nyelamatkan diri.25 Ketiadaan bantuan bekalan ini menyukar-kan kedudukan pasukan British yang berada di Melekek.

ORANG Melayu terus-menerus melancarkan serangan ke ataspasukan British yang berhenti di Melekek. Serangan inimenyebabkan pasukan British di Melekek tidak boleh

66

Page 79: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

berhubung dengan markas mereka di Sungai Petai. Manakalamarkas Sungai Petai telah pun lama terputus hubungan denganMelaka. Menyedari masalah yang mereka menghadapi, pihakberkuasa Melaka mengeluarkan arahan agar misi menawanNaning dibatalkan. Padahal kedudukan mereka hanya 8kilometer dari Tabuh.

SEBAIK sahaja Kapten Wyllie mengundurkan diri, pasukanorang Melayu menggunakan peluang ini menyerang musuh.Pasukan Kapten Wyllie diserang hendap. Namun merekaberjaya tiba di Melekek. Orang Melayu terus melancarkanserangan ke atas pasukan British yang berehat di Melekek.Angkatan ini akhirnya tiba di Sungai Petai. Pada 11 Ogos1831, pasukan orang Melayu melancarkan pula serangan keatas pasukan British di Sungai Petai pada waktu malam.Pasukan penyelamat dihantar ke Sungai Petai. Sebahagiandaripada pasukan British bersama Kapten Wyllie berundur keMelaka pada pukul 3.00 pagi dan tiba di Melaka pada 16Ogos 1831.26

SEMENTARA itu pasukan British yang berada di Sungai Petaimenunggu pasukan bantuan untuk berundur ke Melaka.Pasukan British ini terus diserang hendap oleh pasukanPenghulu Dol Said.27 Satu pasukan melebihi 100 orang dandibantu oleh 120 orang salah di bawah pimpinan KaptenHibgame dihantar ke Sungai Petai untuk membantupengunduran. Pasukan ini bertolak dari Melaka pada 20 Ogos1831 dan tiba di Sungai Petai pada hari yang sama. Pada 22Ogos 1831, sebahagian lagi pasukan British berundur ke Melaka.28

KEMUDIAN satu pasukan bantuan lagi dihantar ke SungaiPetai untuk membantu pengunduran. Pasukan ini terdiridaripada 60 orang sepoi dan 50 orang salah di bawah pimpinanLeftenan Herlock. Mereka bertolak pada 23 Ogos 1831 dantiba di Sungai Petai pada 24 Ogos 1831, pukul 8.00 pagi.29

Pada 24 Ogos 1831, pasukan British di Sungai Petai menerima

67

Page 80: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

arahan berundur. Dengan itu pada pukul 8.00 malam, 24 Ogos1831 pasukan ini secara rahsia berundur ke Melaka. Pasukanorang Melayu terus melancarkan serangan hendap. Tetapipasukan ini berjaya tiba di Melaka pada 25 Ogos 1831, pukul6.00 pagi. Kini semua tentera British berada di Melaka setelahgagal dalam matlamat mereka menawan Tabuh. Kemaraanpasukan British pada 6 Ogos 1831 berakhir dengan kekalahandan berundur ke Melaka pada 24 Ogos 1831.

KEJAYAAN Penghulu Dol Said ini wajar diberi sanjungan.Pasukannya berjaya menumpaskan kuasa gergasi dunia padaketika itu. Sebelum ini dalam perang yang berlangsung padatahun 1824-1826, British berjaya mengalahkan Burma danmenguasai Hilir Burma. Kejayaan Penghulu Dol Said ini, selaindaripada taktik peperangan, juga kerana sokongan dan bantuanyang diberikan oleh negeri Melayu jiran kepadanya. Di sinilahbetapa bermakna kata-kata "bersatu teguh bercerai roboh".Kekalahan British dalam perang 1831 dengan Naning inimemberi tamparan hebat kepada maruah dan status sebagaikuasa ulung dunia pada ketika itu. Apatah lagi merekamenganggap Naning adalah sebuah negeri kecil Melayu, dipedalaman Melaka. Oleh sebab itulah tanpa mengendahkankebenaran dakwaan Penghulu Dol Said yang Naning bukansebahagian daripada Melaka, mereka mengambil keputusansekali lagi untuk melancarkan serangan ke atas Naning. PihakBritish sebenarnya membuat penyelidikan ke atas rekodBelanda yang ada di Melaka dan mendapati dakwaan PenghuluDol Said, Naning bukan sebahagian daripada Melaka adalahbenar. Nampaknya bagi British kejatuhan maruah dan statuslebih penting daripada kebenaran, kerana itulah merekamemutuskan melancarkan serangan kali kedua.

BRITISH menyedari kekalahan mereka dalam perang Naning1831, di antara lain disebabkan bantuan dari negeri jiran;seperti Rembau. Dengan itu British membuat persiapanmenjalin perjanjian dengan Rembau. Matlamat perjanjian ini

68

Page 81: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

memastikan Yamtuan Ali berkecuali dalam perang Naningdengan British.30 Gabenor R. Ibbetson bertemu Yamtuan Alidi Sempang menandatangani perjanjian pada 20 Januari 1832.31

Di antara lain Yamtuan Ali akan mengundurkan tenteranyadari Naning dan membantu British.32 Di samping itu R.Ibbetson menghantar surat ugutan kepada Yang Dipertuan SeriMenanti, Datuk Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Johol,menyatakan British akan menyerang Naning yang dianggapmenderhaka kepada British dan tidak akan menyerang merekasekiranya tidak membantu Naning.33

KINI British berjaya mengurangkan penyokong Naning danmemecahkan perpaduan di kalangan kaum Melayu. Ketiadansokongan Rembau ini memang menjejaskan kekuatan PenghuluDol Said. Namun begitu Naning tidak begitu mudah menyerahkalah. Mereka terus berjuang. Pasukan British kali ini lebihbesar daripada dahulu. Kalau dahulu di bawah pimpinanseorang Kapten kini di bawah pimpinan Leftenan KolonelHerbert. R. Ibbetson yakin pasukan kali ini akan menjalankantugas dengan baik.34 Kelengkapan mereka juga lebih daripadapasukan dahulu. Dengan matlamat yang sama seperti gerakanmereka pada tahun 1831, angkatan yang mara pada tahun1832 ini ditugaskan untuk menangkap Penghulu Dol Saiddan menawan Naning.

WALAUPUN tanpa bantuan Rembau, Penghulu Dol Said danorang Naning menghadapi kemaraan pasukan British dengansemangat perjuangan yang tinggi. Serangan hendap dan larimasih dilakukan oleh mereka. Begitu juga menghalangkelancaran gerakan pasukan British dengan menumbangkanpokok kayu menghalang jalan yang mungkin dilalui olehpasukan British. Selain itu mereka juga menanam ranjau.

DALAM bulan Januari 1832 British menyediakan satuangkatan yang lebih besar terdiri antara 1,200 hingga 1,400orang di bawah Leftenan Kolonel Herbert.35 Selain itu pasukan

69

Page 82: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

ini dibantu oleh Kapten J. S. Wyllie (Briged Mejar), LeftenanJ. H. Bell (Penguasa Jurutera), Kapten F. Bond (PemerintahPasukan Meriam), Leftenan Milnes (Pegawai BekalanMakanan), dan Mejar P. Farquharson. Pasukan ini bergerak keNaning pada 7 Februari 1832.36 Kemaraan pasukan Britishdiserang oleh angkatan Penghulu Dol Said.37 Penghulu DolSaid dalam gerakannya ini mendapat sokongan daripada Endika,Petah Melayu, Pendekar Tambi, Mohamad, dan Had (Ahat).

SEMENTARA itu perisytiharan diedarkan, mereka yang berjaya-menangkap hidup atau mati Penghulu Dol Said pihak Britishakan menghadiahkan sebanyak $1,000.00 dan $200.00 tiap-tiap seorang kepada pembesar Endika, Petah Melayu, PendekarTambi, Mohamad, dan Had.38 Perisytiharan ini diarahkansupaya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan seterusnyadisebarkan kepada penduduk Naning.39

DALAM kempen ini pihak British menghadapi pelbagaihalangan dan kemalangan. Misalnya pada 8 Mac 1832 tigaorang daripada angkatannya mengalami kecederaan keranaditimpa pokok kayu. Kemudiannya dua orang lagi tercederapada 9 Mac 1832.40 Pengikut-pengikut Penghulu Dol Saidmenggunakan perangkap ranjau untuk menghalang kemaraantentera British. Di samping itu mereka juga menjalankanserangan hendap. Kerana ranjau beberapa orang tentera Brit-ish mengalami kecederaan.41 Manakala dalam pertempuranpula, seorang terkorban terkena tembakan dijantung dan limaorang tercedera di pihak British.42

DALAM masa perjalanan ke Sungai Petai, pasukan Kompenidi bawah perintah Kapten Justice dan Leftenan Poole berjayamenawan enam buah kubu.43 Pasukan Kompeni seterusnyaberjaya menangkap anak Petah Melayu. Kemudiannya dihantarke Melaka untuk dipenjarakan. Ketika mara ke Naning, iaitusehingga 29 Mac 1832, pihak Kompeni telah berjayamemusnahkan 23 kubu; dan seorang daripada pasukan

70

Page 83: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

kompeni terbunuh dan beberapa orang cedera.44 Pada 20 Mac1832 tentera Kompeni berjaya lagi memusnahkan kubupertahanan orang-orang Melayu. Pada 15 April 1832 angkatanKompeni tiba di Alor Gajah. Dalam perjalanan ke Alor Gajahini mereka diserang oleh orang-orang Melayu.45 LeftenanHarding terbunuh dan dihantar ke Melaka.46

PADA 5 Mei 1832 orang Melayu menyerang angkatanKompeni. Dalam serangan ini Ensign Walker dari lima rejimenterbunuh. Leftenan Kolonel Herbert mengalami pelagaikesukaran dalam perjalanan ke Taboh. Disebabkan melaluihutan, paya, dan sawah Kompeni mengambil masa beberapabulan untuk sampai ke Taboh. Kesukaran ini juga disebabkanmereka sering diserang oleh orang Melayu. Tambahan pulaangkata orang Melayu pada masa ini melebihi 1,000 orang.Tetapi orang Melayu tidak mempunyai senjata yang lebihberkesan, kerana dari jumlah itu hanya separuh sahaja yangmempunyai senapang asak (musket).

DALAM gerakan ini British mendapat bantuan Rembau yangdipimpin oleh Sayid Shaban. Pada 3 Mei 1832 Sayid Shabanbersama-sama pengikutnya menyerang dan memusnahkan kubudi Pangkalan Naning. Di samping itu Sayid Shahban danpengikutnya membakar rumah-rumah kepunyaan orang-orangMelayu Naning. Sebanyak 19 buah rumah telah dibakar olehSayid Shaban. Dan di samping itu berjaya menangkap duaorang pengikut Penghulu Dol Said.47 Sayid Shaban seterusnyamenyerang kubu di Bukit Seboosa (Bukit Busuk); tetapi kubuini akhirnya dimusnahkan oleh tentera di bawah Kapten Jus-tice, Leftenan Minto, dan Poole.48 Tentera-tentera Kompenidan Sayid Shaban menerima tentangan daripada orang-orangMelayu di Buldt Seboosa. Pertempuran ini mengakibatkanbeberapa orang daripada angkatan Kompeni mengalamikecederaan. Ketika bertahan di Bukit Seboosa Datuk Malaluatau Malalu Sultan yang memihak kepada Kompeni datangmenemui pasukan Kompeni, dan mengatakan bahawa beliau

71

Page 84: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

tidak boleh bergerak cergas kerana keluarganya masih ada diTaboh.49 Sebenarnya Datuk Malalu bimbang keselamatankeluarganya. Kerana beliau menjangka kemungkinan PenghuluDol Said akan mengambil tindakan ke atas keluarganya diTaboh sekiranya beliau bergerak secara terbuka menyokongpihak British.

PERSIAPAN seterusnya dibuat untuk menyerang Taboh, ibunegeri Naning. Tentera di bawah Kapten Justice, LeftenanMinto, Leftenan Begbie, Leftenan Bell, Kapten Sinnock,Leftenan Kolonel Herbert, Kapten Wyllie, dan Kapten Bondbergerak ke Taboh. Serangan dibuat ke atas kubu Naning.Dalam pertempuran ini dua orang sepoi tercedera keranaterkena tembakan dan tiga orang lagi tercedera akibat terpijakranjau. Pihak Penghulu Dol Said juga mengalami kecederaan.Pihak Kompeni mengalami kesukaran untuk menawan Taboh.Keadaan ini lebih ketara lagi kerana adanya serangan yangdibuat oleh Datuk Membangun dan Dua Suku Sebang. Tetapiserangan ini berakhir apabila Datuk Membangun dan DuaSuku Sebang ditangkap oleh Leftenan Milnes. ManakalaPendekar Tambi berjaya menyelamatkan diri.

PIHAK Kompeni kemudiannya mendapat berita mengatakanbahawa Sultan Pahang dan Kelantan menyebelahi PenghuluDol Said dan sanggup menghantar bekalan senjata danpanglima untuk mengatasi kemaraan angkatan Kompeni.50

Berita ini membimbangkan Kompeni. Seorang pengintipdihantar dan pulang melaporkan Sultan Kelantan danTerengganu menafikan perkara itu.51

GERAKAN menawan Naning diteruskan. Pihak Britishmeminta Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Penghulu Johol,dan Temenggung Muar menyekat anak buah masing-masingdaripada membantu Penghulu Dol Said. Di samping itu Brit-ish akan mengawal sungai Linggi, Muar, dan Kesang. Langkahini diambil kerana pihak British mendapat tahu bahawa bekalan

72

Page 85: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

senjata dan bantuan-bantuan dihantar kepada Penghulu DolSaid melalui jalan ini.52 Oleh kerana tidak dapat bertahan lagi,Penghulu Dol Said bersama keluarga dan alat-alat kebesaranNaning berundur ke Chondong, Rembau dan kemudiannyaberlindung di Gunung Pasir berhampiran Seri Menanti. Segalaharta beliau dirampas oleh Kompeni.53 Manakala Empat Sukumelarikan diri ke Sebang; seterusnya bersembunyi di negeri-negeri jiran. Dua orang menteri, Melana Hakim dan Gamparmenyelamatkan diri di Miko. Tentera Kompeni kemudiannyaberjaya menduduki Taboh pada 15 Jun 1832.54 Di Tabohangkatan Kompeni menemui kembali dua meriam tembagayang mereka tertinggal dalam perang tahun 1831 dahulu.55

KEKALAHAN Naning pada 15 Jun 1832 menyebabkan iamenjadi takluk Melaka.56 Sayid Shaban dihadiahkan wangsebanyak $500.00 dan sepucuk pistol bernilai $60.00 sertadilantik menjadi Yamtuan Muda Rembau.57 Residen KonsulMelaka Samuel Garling menghantar wang sejumlah $250.00kepada Sayid Syaban untuk dibahagikan kepada pengikut-pengikutnya kerana jasa mereka berkhidmat membantu tenteraKompeni. Pihak British meletakkan tentera Madras di Naninguntuk mengawal keselamatan dan keamanan.

DUA Kompeni sepoi diletakkan di Naning itu untuk menjagakeamanan dan menjamin penduduk daripada dipengaruhi olehPenghulu Dol Said.58 Tujuh orang yang ditangkap British, AkhirLoman, Soman Panglima Besar, Haji Kadir, Sadin, Udin, Siah,dan Kemat dihantar ke Calcutta untuk dibicarakan.59

Sementara itu tawaran hadiah penangkapan Penghulu Dol Saiddinaikkan daripada $1000.00 kepada $2000.00.60 Naningdiletakkan di bawah pentadbiran J. B. Westerhout. DikatakanWesterhout mempunyai pengaruh di kalangan orang-orangMelayu.61

PENGHULU Dol Said dan Empat Suku tidak akan lagi dilantiRsebagai pemerintah Naning. Dalam bulan Oktober 1832

73

Page 86: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Ibbetson melawat Naning dan seiringan ini beliau melantiklima belas orang Penghulu bagi mukim-mukim tertentu.62 Diantara susunan Penghulu-penghulu yang dilantik seperti Rajah 1di bawah ini.

Rajah 1

Senarai Penghulu Naning

Nama Tempat

Ikan Lemak

Pikau

Melekek

Taboh

Lendu

Ayer Pa' Abas

Berisu

Sungai Siput

Penghulu Padang Sebang

Tanjung Rimau

Pulau

Kemuning

Batang Melaka

Tebong

Nama Penghulu

Bilal Manja

Mamat

Maulana Sultan

Safar

Kiman

Dol

Alaudin

Laut

Kuroh

Lengkar

Talib

Udin

Kujal

Dul Kunchi

Suku

Batu Belang

Batu Belang

Batu Belang

Semelenggang

Tiga Batu

Anak Melaka

Anak Melaka

Semelenggang

Tiga Nenek

Tiga Batu

Mungkar

Semelenggang

Mungkal

Biduanda

Sumber. Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, Hikayat Abdullah Jilid 2 (Kuala Lumpur:

Penerbitan Pustaka Antara, 1966), 357; Shahba, Pesaka Naning, 35.

PENGHULU yang dilantik ini akan menjaga keamanan dankemakmuran dalam mukim masing-masing. Sekiranya terdapatkes serius atau berat, maka ia hendaklah dibawa ke Melakadan bukan lagi kepada Penghulu atau Empat Suku. Penghulu-penghulu ini juga ditugaskan membantu kerajaan memunguthasil dalam kawasan masing-masing. Mereka tidak mendapatbayaran sebaliknya tanah dan hasil keluarannya dikecualikandaripada cukai.63

74

Page 87: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

PENGHULU yang menyokong Dol Said dilucutkan jawatanoleh Ibbetson. Mereka ialah Datuk Membangun dari SukuTiga Batu, Andika Maharaja dari Suku Anak Melaka, RajaNangkaya dari Suku Semelenggang, dan akhirnya Orang KayaKedk dari Suku Mungka.64 Pada 27 Oktober 1832 Naning di-masukkan ke dalam peraturan Negeri-negeri Selat dan di bawahpentadbiran Westerhout.65 Dalam bulan November 1832Westerhout dilantik oleh R. Ibbetson dan Samuel Garling men-jadi pemerintah Naning.66 Undang-undang tanah yang sebelumini dijalankan di Melaka kini dikuatkuasakan di Naning.67

PENGHULU Dol Said kemudiannya datang menyerah diridari Seri Menanti pada 4 Februari 1833 kepada J. B.Westerhout. Westerhout seterusnya membawa Penghulu DolSaid ke Melaka menemui Samuel Garling. Penghulu Dol Saidmasih dihormati oleh keseluruhan penduduk Naning. S. G.Bonham mengesyorkan agar Penghulu Said ditempatkan diMelaka untuk menjamin keselamatan umum.68 Semasa beradadi Melaka Penghulu Dol Said diberikan pencen dan sebuahrumah. Tetapi Penghulu Dol Said merasa tidak puas hatidengan pemberian pencen. Pihak British menaikkan pencenbeliau daripada 30 rupi kepada 100 rupi sebulan selagi beliaumasih hidup dan tidak menentang British atau cuba melarikandiri. Semasa berada di Melaka Penghulu Dol Said menjadidukun, dan beliau dihormati oleh penduduki di situ.69

Penghulu Dol Said meninggal dunia dalam bulan Ogos 1849.Perang Naning ini berjalan selama seratus lima belas hari danmenelan belanja sebanyak 100,000 paun.

PenilaianMULAI penjajahan Portugis, diikuti oleh Belanda dan British,penduduk Melaka mencetuskan tentangan. Semangatperjuangan yang dirintis oleh Melaka melalui tentanganterhadap Portugis, Belanda, dan British menjadikan Melaka

Page 88: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

negeri terawal menentang kuasa penjajah. Walaupun dalamsejarah perjuangan orang Melayu Melaka mencatat beberapakemenangan dalam pertempuran dengan kuasa Barat, kejayaanPenghulu Dol Said menentang British pada tahun 1831 sangatbermakna. Sebuah negeri Melayu yang dianggap kecil olehKompeni Hindia Timur berjaya mengalahkan British, padaketika itu sebuah kuasa terkuat di dunia.

SATU iktibar yang sangat penting, kuasa asing akan mengambilpeluang melaksanakan rancangan mereka apabila peluangterbuka. Oleh itu penyatuan dan kerja sama seperti yang pernahditunjukkan dalam kejayaan Naning mengalahkan British padatahun 1831 perlu dijadikan teladan. Perpecahan dan tanpakerja sama adalah di antara yang akan menggagalkan per-juangan mempertahankan maruah atau kedaulatan sepertimanayang tergambar dalam kekalahan Naning dalam peperangannyadengan British pada tahun 1832.

76

Page 89: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

Nota

1. Buyong Adil, Sejarah Melaka (Kuala Lumpur: DBP, 1973), 59-60.

2. M. J. Pintado (collected, translated and annoted), Portuguese Docu-ments on Malacca, Vol. 1 (Kuala Lumpur: Arkib Negara, 1993), 49-53.

3. Luis Filipe F. Reis Thomaz, Nina Chatu and the Portuegse Tradein Malacca (Bandar Melaka: Luso Malaysian Books, 1991), 24. Bukuini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh M. J. Pintado;Buyong Adil, Sejarah Melaka, 65-66.

4. W. G. Shallabear (diusahakan), Sejarah Melayu (Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995), 192-196.

5. Luis Filipe F. Reis Thomaz, Nina Chatu and the Portuguse Tradein Malacca, 25.

6. Pertempuran ini digambarkan di dalam Sejarah Melayu. Silalihat W. G. Shallabear (diusahakan), Sejarah Melayu, 202-205.

7. Jonanthan Cave, Naning in Melaka: History, The Custom, Tribe& Clans, The War, Independence Monograph No. 16 (Petaling Jaya:Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1990), 11. Luis FilipeF. Reis Thomaz, Nina Chatu and the Portuguese Trade in Malacca, 27.

8. Buyong Adil, Sejarah Melaka, 83-87.

9. W G. Shallabear (diusahakan), Sejarah Melayu, 211-213.

10. L. Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic andPolitical Developments (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975),23.

11. Ibid, 26-27.

12. Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace: A Studyof an Eighteenth Century Malay State (Kuala Lumpur: Oxford Univer-sity Press, 1979), 45-46. R. O. Winstedt & R. J. Wilkinson, AHistory of Perak (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the RoyalAsiatic Society, 1974), 28.

13. T. Braddell, "Notes on Naning, with a Brief Notice of theNaning War," Journal of the India Archipelago and East Asia (JIAEA),New Series, Vol. 1, 1986, 194-195.

77

Page 90: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

14. Colonial Office (CO). 273/1, "Chapter VIII: Malacca NaningWar," 410. L. A. Mills, British Malaya 1824-1867 (Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1966), 116. R. J. Wilkinson (ed.), Paperson Malay Subjects (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971),301. Haji Mubin Sheppard, "The Tomb of Dato Abdul Said DatoNaning," Malaysia in History, Vol. X, No. 1, 1967, 33-34.

15. Mengenai perjuangan ini sila lihat Virginia Matheson (ed.),Thufat Al-Nafis (Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,1982), 205-213. Lee Kam Hing dan Mohd. Yusoff Hashim,"Peperangan Selangor-Belanda: Sebab dan Akibat Dalam SejarahSelangor." Adnan Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman (ed.),Selangor: Sejarah dan Proses Pemhangunannya (Kuala Lumpur: JabatanSejarah Universiti Malaya dan Muzium Sultan Alam Shah SelangorD.E., 1992), 56-79.

16. Mohd. Yusoff Hashim, "Sultan Ibrahim Ibu Raja Lumu (Sul-tan Salehuddin) di Dalam Sejarah Selangor Abad Ke-18 dan Ke-19." Adnan Hj. Nawang dan Mohd. Fadzil Othman (ed.), Selangor:Sejarah dan Proses Pembangunannya, 125. Buyong Adil, Sejarah Melayu,27-28.

17. Sultan Abdullah Kedah mengemukakan enam syarat kepadaFrancis Light sekiranya Syarikat Hindia Timur ingin memajak PulauPinang. Dua daripadanya, Artikel 1 dan 6 tidak diterima oleh Brit-ish. Artikel 1, semua musuh yang datang dari laut yang akanmenyerang Sultan Kedah adalah juga musuh kompeni. Syarikathendaklah mengatasi angkatan ini atas kos syarikat sendiri. Artikel2 pula, sekiranya musuh menyerang Kedah dari darat, Sultan Kedahakan meminta bantuan tentang senjata dan peluru. Segalaperbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan Kedah. R. Bonney, Kedah1771-1821: The Search for Security and Independence (Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1974), 60, 73-74.

18. Straits Settlements Records (SSR). UI. (Governor's Lettersto Resident Councillors (GLTRC)., R. Ibbetson kepada SamuelGarling, Timbalan Residen Konsul Melaka, 13 Ogos 1831.

19. Singapore Chronicle, 11 Ogos Khamis 1831.

20. Abdullah Zakaria Ghazali, "Perang Naning 1831," JurnalSejarah Melaka, Bil. 9, 1985, 39.

21. Singapore Chronicle, 9 Februari Khamis 1832.

78

Page 91: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

22. SSR. UI. GLTRC, R. Ibbetson kepada Samuel Garling,Timbalan Residen Konsul Melaka, 13 Ogos 1831.

23. SSR. UI. Governor's Letters to Bengal (GLTB)., R. Ibbetsonkepada George Sivinton, Ketua Setiausaha Pemerintah Fort William,19 Ogos 1831. R J. Begbie, The Malayan Peninsula (Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1967), 169.

24. SSR. UI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 19 Ogos 1831. T. J. Newbold,British Settlements in the Straits of Malacca, Vol. 1 (Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1971), 227-228.

25. Singapore Chronicle, 8 September 1831. SSR. U.I. GLTB., R.Ibbetson kepada George Sivinton, Ketua Setiausaha Pemerintah FortWilliam, 19 Ogos 1831.

26. Singapore Chronicle, Khamis, 8 September 1831.

27. SSR. UI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 19 Ogos 1831.

28. Singapore Chronicle, Khamis, 2 September 1831. P. J. Begbie,The Malayan Peninsula, 185.

29. Singapore Chronicle, 8 September 1831.

30. SSR. UI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 19 Ogos 1831.

31. SSR. UI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 28 Januari 1832. SR. UI.GLTRC, R. Ibbetson kepada Timbalan Residen Melaka, 23 Januari1832. CO. Blagden, "MDNW," Gabenor Ibbetson kepada Yang di-Pertuan Raja Ali, Datuk Penghulu Lela Maharaja dan Empat SukuRembau, 12 Januari 1832.

32. L. A. Mills, British Malaya 1824-1867, 126.

33. CO. Blagden, "MDNW," Gabenor Ibbetson kepada Yang di-Pertuan Seri Menanti, Datuk Kelana Putera Sungai Ujong danPenghulu Johor, 7 Syaaban 1247 (11 atau 12 Januari 1832).

34. SSR. RI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 6 Februari 1832.

35. T. J. Newbold, British Settkments in the Straits of Malacca, Vol.1, 228.

36. L. A. Mills, British Malaya 1824-1867, 127.

79

Page 92: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

37. P. J. Begbie, The Malayan Peninsula, 202, 204.

38. Surat Peribadi. Documents Relating to Dol Said (the NaningWar 1832). "Pelekat," 9 Februari 1832. CO. 273/1, "Chapter VIII:Malacca-Naning War," 414. Juga Lihat CO. Blagden, MDNW,"Government Proclamation," 9 Februari 1832, "Pelekat," SSR. UI.GLTRT, R. Ibbetson kepada Timbalan Residen Melaka, 10 Februari1832. P. J. Begbie, The Malayan Peninsula, 204-205.

39. SSR. UI. GLTRC, R. Ibbetson kepada Timbalan ResidenMelaka, 10 Februari 1832.

40. P. J. Begbie, The Malayan Peninsula, 217.

41. Ibid., 216-217.

42. Ibid., 222.

43. SSR. UI. GLTRC, R. Ibbetson kepada Timbalan ResidenMelaka, 19 Mac 1832.

44. SSR. UI. GLTRC, R. Ibbetson kepada Timbalan ResidenMelaka, 29 Mac 1832.

45. SSR. UI. GLTRC, R. Ibbetson kepada Timbalan ResidenMelaka, 5 April 1832.

46. P. J. Begbie, The Malayan Peninsula, 209.

47. SSR. UI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 7 Mei 1832.

48. P. ). Begbie, The Malayan Peninsula, 236.

49. Ibid., 240-241.

50. Singapore Chronicle, Khamis 23 Februari 1832.

51. Singapore Chronicle, Khamis 24 Mei 1832.

52. CO. Blagden, "MDNW," Samuel Garling, Residen KonsularMelaka kepada Raja Ali Rembau, Datuk Penghulu Johol danTemenggung Muar, 29 Mei 1832. Juga lihat SSR. UI. GLTRC, R.Ibbetson kepada Residen Konsular Melaka, 4 Mei 1832 dan 20Mei 1832.

53. Shahba, Pesaka Naning (Kuala Pilah: The Sentosa Store,1951), 32. T. }. Newbold, British Settlements in the Straits of Malacca,Vol. 1, 229-230.

54. CO. 273/1, "Chapter VIII: Malacca-Naning War," 414.

55. SSR. RI. GLTRC, R. Ibbetson kepada George Shdnton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 22 Jun 1832. Singapore Chroni-

80

Page 93: Document2

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP KUASA BARAT DI MELAKA

cle, Khamis 28 Jun 1832, melaporkan bahawa pasukan kompenimenawan Taboh tanpa sebarang tentangan. Ini nampaknyabertentangan dengan apa yang tercatat di dalam surat Ibbetson.

56. Tharumaratnam, Chelliah, "War in Negeri Sembilan, 1874-1875," Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Singapura, 1955, 6. Lihatjuga Rtn. P.P.K.T. Joseph, "The British Period," Illustrated Histori-cal Guide to Melaka (Melaka: The Rotary Club of Malacca, 1973),75.

57. SSR. RI. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 30 Mei 1832; 15 Disember1832. Tharumaratnam, Chelliah, "War in Negeri Sembilan, 1874—1875," 6.

58. SSR. U.3. GLTRC, R Ibbetson kepada Residen KonsularMelaka, 13 Oktober 1832.

59. SSR. R.2. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 22 September 1832.

60. Surat Peribadi. Documents Relating to Dol Said (the NaningWar 1832). "Pelekat," 24 Julai 1832. SSR. UI. GLTRC, R. Ibbetsonkepada Residen Konsular Melaka, 17 Julai 1832.

61. SSR. R.2. GLTB., R. Ibbetson kepada George Sivinton, KetuaSetiausaha Pemerintah Fort William, 15 Disember 1832.

62. T. Braddell, "Notes on Naning, with a Brief Notice of theNaning War," 218.

63. T. J. Newbold, British Settlements in the Straits of Malacca, Vol.1, 232.

64. Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, Hikayat Abdullah, Jilid 2,357.

65. T. J. Newbold, British Settlements in the Straits of Malacca, Vol.1, 233.

66. Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, Hikayat Abdullah, Jilid 2,358.

67. T. Braddell, "Notes on Naning, with a Brief Notice of theNaning War," 218.

68. SSR. R.2. GLTB., S. G. Boham kepada G. Macsoveen,Setiausaha Kerajaan Fort William, 28 Februari 1832. Lihat jugaSSR. R.2. GLTB, T. Church kepada G. Macsoveen, SetiausahaKerajaan Fort WHKam, 28 April 1834.

8 1

Page 94: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

69. SSR. R.2. GLTB., S. G. Boham kepada G. Macsoveen,Setiausaha Kerajaan Fort William, 20 November 1834. Haji MubinSheppard, 35.

82

Page 95: Document2

PemikiranAbdullah MunshiDanIbrahim MunshiTentangOrang Melayu

ZAINAL ABIDIN BORHAN

SEJARAH ialah jambatan atau titian, atau siratan yang menghubung-kan masa lalu dengan masa kini dan mengarah ke masa depan. Dalamkonteks ini, sejarah bukan sekadar rentetan peristiwa, rakaman, ataudeskripsi sesuatu fenomena sosial tetapi ia adalah suatu usaha untukkita mengenal diri sendiri, mengenal siapa kita pada suatu titik dandari titik-titik itulah dapat diketahui segala potensi dan kemampuandiri kita. Sesungguhnya sejarah mempunyai peranan dan segalakemampuan untuk mengangkat martabat, harkat, dan darjatkemanusiaan itu. Sejarah juga memberi bukti bagaimana kemanusiaanitu diporak-perandakan oleh manusia sendiri.

DOKUMEN sejarah seperti Hikayat Abdullah, Kisah Pelayamn Abdullah,Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi ialah beberapa ekspresi

83

Page 96: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

lanjutan daripada pelbagai teks Melayu terdahulu. Keseluruhanteks tersebut mengungkapkan kesinambungan masa lalu untukkita kini membina wawasan masa depan. Dari teks-teks Melayukita mampu mencari kesatuan pemikiran, mencari titikpersamaan agar bersatu padu membina masa depan yangcemerlang, mencari titik kelainan, dan perbezaan agar kitatidak saling menghancurkan.

TEKS-TEKS tersebut mampu digunakan untuk mencaribahan Melayu, mencari aspek-aspek progresif dan dinamikMelayu, dan mencari kekuatan Melayu. Teks-teks sejarahadalah hasil budaya yang mengungkapkan prosespembudayaan sesuatu zaman. Pengungkapan dan kelemahantradisi budaya tidak wajar dilihat sebagai tunggul-tunggulkayu mati tetapi dilihat sebagai benda-benda hidup, memilikinyawa, dan semangat untuk diungkap kembali, diubah suaisebagai semangat zaman, sebagai pendorong dan motivasiuntuk membina generasi baru.

TEKS-TEKS Melayu sebagai hasil sejarah dan budaya tidaksahaja dimuziumkan, diarkibkan, atau disimpan di cucur-cucuratap, tetapi perlu diterbitkan kembali, dijadikan bahan bacaangenerasi baru untuk mereka mengenal diri mereka.

MENELITI dokumen sejarah bukan sekadar memenuhituntutan akademik, tetapi perlu digunakan untuk mengamatipsikologi, peri laku, sumber nilai, mengenal pasti irama gejolakbatik manusia masa lalu yang digunakan untuk mewarnai,membentuk wadah manusia agar dapat ditautkan agenda baruMelayu demi mengangkat martabat Melayu.

Abdullah MunshiMasyarakat Melayu yang dirakamkan oleh Abdullah Munshiialah masyarakat Melayu abad ke-19. Masyarakat Melayu ini

84

Page 97: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

memiliki dan meneruskan satu struktur sosial yang berpiramid,berhierarki, dan bersentrik raja. Struktur sosial seperti inimenuntut segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi darirakyat sehingga kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek.Walaupun secara idealnya hubungan sosial dalam strukturtersebut bersifat resiprokal, seperti terkandung di dalam kontraksosial Sang Saperba dengan Demang Lebar Daun, namun secarapraktis amalan yang resiprokal tidak berlaku.

ABDULLAH Munshi secara khusus dalam Kisah PelayaranAbdullah mengkritik Raja Melayu iaitu pemimpin Melayu padamasa itu. Kritikan Abdullah Munshi terhadap kepimpinanMelayu bertitik tolak kepada amalan negatif mereka (raja danpembesar Melayu) dan ketidakpekaan dan kesungguhan rajaMelayu bertindak sebagai pemimpin. Dalam struktur sosialyang bersentrik raja, segala kebijaksanaan, kepandaian,keintelektualan, dan keprihatinan terhadap rakyat perlu dimilikioleh seorang raja. Hancur dan majunya sesebuah negeri di-pertanggungjawabkan kepada rajanya.

SEGALA kritikan Abdullah Munshi terhadap masyarakat danbudaya Melayu pada masa itu sebenarnya kritikan kepadakepimpinan dan daya kepimpinan pada masa itu.

BEBERAPA persoalan yang bertitik tolak kepada fenomena,fakta sosial, serta realiti sosial pada masa itu merupakan bahanpemerian dan kritikan Abdullah Munshi. Di antaranyaAbdullah Munshi mengkritik:

1. Adat Melayu.2. Peri laku dan tindakan raja-raja Melayu serta anak-anak

raja, dan pembesar Melayu.3. Kemiskinan Melayu.4. Pelajaran dan ilmu.

ABDULLAH Munshi mengkritik adat berbelanja di Pahang:

85

Page 98: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

. . . darihal belanja negeri itu 16 tampang seringgit, dengantiada boleh dipecah-pecah dengan tiga suku dan setengahnyadan sesukunya . . . maka saya bertanya kepada putera Bendaharayang bernama Tengku Sulaiman, "tiadakah boleh Tengku diubah-ubah adat belanja negeri Pahang itu? Maka tertawa ia, sertakabarnya, "berapa kali sudah ayah saya hendak mengubah adatini; maka harimau pun ganas menangkap orang, dan buaya punganas disungai, sebab itulah tiada jadi diubahkan adat itu, keranadari asal negeri ini demikianlah belanjanya."

(Kisah Pelayamn Abdullah, 1961:13)

ABDULLAH Munshi juga merakamkan adat berhutang danhukuman adat, salang, dan sula terhadap mereka yangmelakukan kesalahan besar:

"Tiadakah boleh diubah-ubah adat atau barang pekerjaan yangtiada baik ini? maka jawab-nya, "Ada-lah sekalian adat danpekerjaan ini, semuanya daripada adat purbakala; jikalau barangsiapa mengubah atau memechahkan itu, nescaya ditimpa daulatmarhum yang tua-tua."

(Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:18)

ABDULLAH Munshi mengkritik adat yang tidak boleh diubah,kepada Abdullah Munshi orang Melayu bodoh dan tidakberilmu, jika orang Melayu tidak mengubah adat dan kekaldalam kebodohan, mereka akan seperti katak di bawahtempurung, kerana pada sangka katak, tempurung itu langit(Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:18).

KRITIKAN Abdullah Munshi terhadap adat dan hukum negeriMelayu seperti dikisahkan dalam Kisah Pelayaran Abdullahsebenarnya kepada saya ialah kritikan kepada pemimpinMelayu pada masa itu yang tidak bersikap dinamik danprogresif. Kepimpinan Melayu pada masa itu lebihmementingkan kedudukan sosial dan politik mereka daripadamengambil berat masalah rakyat, mengekalkan adat, dan

86

Page 99: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

berpegang kepada kedaulatan raja, mengukuhkan kedudukansosial dan politik mereka.

DUA gambaran yang dipetik itu ialah lambang pemikiran padamasa itu kerana keyakinan mengubah adat akan menimbulkanperubahan pada hukum alam, maka itu adat wajar dikekalkan.Lantaran itu mengikut Abdullah Munshi, anak-anak raja danpembesar tidak perlu diberi ilmu pengetahuan dan tidakdisosialisasikan dengan sistem nilai yang baik. Anak-anak rajadibiarkan berlaga ayam, menghisap madat, berjudi, sambildikelilingi dan dilindungi hamba raja (hamba raja atau budakraja atau orang huluran ialah bekas pesalah yang memintamaaf kepada raja akan kesalahan yang pernah dilakukan danmereka menghambakan diri kepada raja).

ANAK-ANAK raja bagi Abdullah Munshi ialah bakal pemimpindan jika dibiarkan dengan proses sosialisasi seperti itu, merekaakan memusnahkan negeri kerana memiliki nilai-nilai yangtidak bermoral. Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munshimengkritik Sultan Hussin dan isterinya kerana menolak tawaranRaffles yang mahu supaya anak Sultan belajar di India keranaRaffles mahu agar anak Sultan menjadi anak raja yang pandai{Hikayat Abdullah, 1960:215-216).

ABDULLAH Munshi yakin bahawa kemakmuran sesebuah negeriberpunca daripada raja yang baik dan adil. Katanya:

Adapun raja adil dan hukum yang baik itu adalah seperti sepohonkayu yang berbuah sentiasa; maka segala burung yang liar daridalam hutan pun sekelian berhimpunlah ke situ, sebab ia bolehmendapat kehidupannya itu; lagipun ada tempat ia melindungkandirinya dari seterunya . . . bermula yang masuk neraka itu,segala raja-raja yang zalim ia di atas rakyatnya . . . yang bermula-mula masuk syurga itu segala raja-raja yang adil . . . apabilaseorang dijadikan Allah ia raja, bukan sebab hendak memuaskannafsunya dan berbini sepuluh atau dua puluh atau mencari hartadan membunuh orang dengan aniayanya, melainkan sebab

Page 100: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

disuruh Allah memelihara manusia . . . patutlah segala raja-rajaitu menaruh kitab Tajus Salatin (ertinya mahkota segala raja-raja) . . . mencari orang yang tahu dan belajar kepadanya . . .menerima segala nasihat orang yang alim supaya boleh . . .diketahui hal segala raja yang adil dan yang zalim. . . . Kecualihal raja Melayu kebanyakan yang tiada tahu membaca surat, .. . tiada suka belajar melainkan duduk dengan huru-hara duniasahaja.

(Kisah Pelayamn Abdullah, 1961:87-88)

PERI laku raja telah diperikan kepada Abdullah Munshi oleh"lima enam orang-orang berkampung".

. . . yang sehari-hari mengerjakan pekerjaan raja; dan makanminum saya dan anak bini saya tiada diberinya, di atas sayasendiri juga. Dan lagi, baik perahu atau tanam-tanaman, danhidup-hidupan saya sekelian, jikalau dikehendaki raja diambilnyasahaja dengan tiada berharga . . . kalau ada berharta dan anakperempuan yang baik-baik jikalau berkenan raja diambilnya juga;tiada boleh ditahankan kehendak raja. Dan jikalau ditahankanatau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja.Demikianlah hak saya semuanya duduk dalam negeri Melayuseperti duduk dalam neraka.

(Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:86)

ABDULLAH Munshi mengkritik isteri para pembesar Melayu:

. .. kalau sudah menjadi isteri orang besar-besar itu maka bertambah-tambah congkaknya dan malasnya dan tingkah lakunya pun makintinggi dan tutur katanya pun sekeliannya membesar-besarkan dirinya. . . menjadi kehinaan pada sangkanya kalau bekerja panjang pendek,atau berusaha barang-barang apa yang memberatkan tubuh,melainkan duduk sahaja dengan tidur baring sahaja serta memakaidan bersanggul licin-licin, duduk memerintahkan hamba-hambanya;ia tahu nasi tersaji dilututnya.

(Hikayat Abdullah, 1963:82)

88

Page 101: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

DALAM Kisah Pelayaran Abdullah, Abdullah Munshi mendapatibahawa kemiskinan orang Melayu cukup ketara sekali diPahang, Terengganu, dan Kelantan. Tanah-tanah di Pahangtidak dikerjakan.

. . . adalah tanah Pahang itu saya lihat terlalu sayang hati sebabterbuang menjadi hutan rimba sebab malas dan lalai dalam negeriitu.

(Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:11)

DI Terengganu, Abdullah Munshi menulis:

. . . saya lihat hal orang-orang dalam negeri itu miskin belakadengan kelakuan malas dan lalai sepanjang hari . . . makaperempuan-perempuan mereka itu bekerja dan berkedai danmenjaja dan membuat segala pekerjaan akan mencari kehidupan;tetapi laki-lakinya semuanya malas. . . .

(Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:33)

BAGI Abdullah Munshi, kemiskinan berlaku bukan keranatanah tidak subur tetapi kerana masalah pucuk pimpinannegeri. Peri laku raja-raja dan pembesar yang merampas hasilkerja rakyat mematikan minat mereka untuk bekerja keras.

Maka pada sangka saya inilah sebabnya jadi miskin negeri Pahangitu, maka sekelian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasadengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang besar-besar.

(Kisah Pelayamn Abdullah, 1961:23)

. . . Adalah segala perkara ini jadi sebab aniaya rajanya dantiada betul perintahnya. Maka pecahlah hati segala rakyat. Makaadalah pada fikiran mereka baiklah aku miskin demikian, tiadasusah, dapat pagi, makan pagi, dapat petang, makan petang, .. . kalau ada berharta atau berumah baik atau berladang danberkebun besar nescaya dicarikan raja sesuatu jalan, diambilnya

Page 102: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dan dipinjamnya atau dimintanya . . . jikalau tiada diberi,dirampasnya, dan kalau melawan habis sekelian anak-anak buahdibunuhnya dan didendanya itulah sebabnya negeri Terengganuitu tiada ramai dan segalanya orang dagang takut pun masuk,dan segala saudagar pun tiada.

(Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:34)

ABDULLAH Munshi menasihati peri pentingnya ilmu:

. . . adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepadapangkat, kekayaan dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran.. . . Segala yang dijadikan Allah ada harga . . . ilmu tiadabernilai oleh manusia akan harganya . . . harta dunia dankekayaan dan kebesaran itu durjana adanya seperti perempuanjalang, yang berpindah-pindahlah ia kepada barang siapa yangdikehendakinya . . . tetapi ilmu bukan demikian, dan lagibercahaya warna mukanya, iaitu sebaik-baik taulan orang yangberbudi adanya . . . iaitu kejadian yang amat ajaib dijadikanAllah...maka sebab itulah kata arif. Apabila engkau dapat wang,belikan emas, maka jualkan emas itu, belikan intan, maka jualkanintan itu, belikan manikam, jualkan pula manikam itu, belikanilmu.

(Hikayat Abdullah, 1963:17)

ABDULLAH Munshi (Hikayat Abdullah 1960:40-42) menyebuttentang kedatangan seorang Arab dari Yaman, seorang ahlipengajian al-Quran, Sheikh ini pandai membaca al-Quransehingga tercengang orang Melayu Melaka mendengarnya.Orang Melayu Melaka memberi tumpuan kepada pelajaran al-Quran dan Abdullah Munshi mencarikan juga adat orangMelayu menghantar anak kepada guru mengaji al-Quran(Hikayat Abdullah, 1960:22).

ORANG Melayu Melaka berusaha untuk belajar ilmu agama.

Abdullah Munshi menulis (Hikayat Abdullah, 1960:42) bahawa

orang Melaka belajar agama daripada Sayyid Sheikh bin Alwi

90

Page 103: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

Bafaqih, seorang alim besar dalam bahasa Melayu juga Arab.Seramai 60 orang belajar dengan Arasimi, menggunakan kitabusul, Ummu' l-Ibmhim, kitab fiqh, dan beberapa hikayat yangmendatangkan akal fikir yang baik.

ORANG Melayu Melaka berusaha mendapatkan ilmukhususnya ilmu agama, tetapi Abdullah Munshi mengkritikakan kebodohan mereka kerana tidak belajar bahasa sendiri.

Apakah gunanya dipelajari, kerana iaitu bahasa cuba lagipundalam dunia sahaja berguna; terlebih baik bahasa Arab, bergunadunia akhirat.

(Hikayat Abdullah, 1963:43)

MASYARAKAT Melayu di mana jua di dalam dunia, kataAbdullah Munshi (Kisah Pelayaran Abdullah, 1961:14) tidakbelajar bahasa mereka sendiri melainkan mengaji al-Quran.Tetapi dari pengajian itu mereka tidak memahami ertinya.Bahasa Melayu lisan orang Melayu cukup bagus tetapi merekatidak berusaha untuk mempelajari bahasa sendiri. BagiAbdullah Munshi, mempelajari bahasa sendiri bukan sahajamemajukan bahasa tersebut tetapi juga untuk memastikansupaya nama Melayu tidak hilang di dunia (Kisah PelayaranAbdullah, 1961:16). Bahasa adalah wahana pembangunanfalsafah dan intelektualiti kerana bahasa memiliki konsep danidea-idea.

KEPANDAIAN berbahasa memberikan kemuliaan kepadaseseorang, dan kemuliaan itu diperolehi daripada kemampuandan kekuatan intelektual dan falsafah untuk membangunkanbudaya dan moral masyarakat. Abdullah Munshi mahu agarraja dan pembesar sentiasa berusaha untuk memelihara bahasadan berusaha mengajar keluarga dan rakyat sekaliannya (KisahPelayaran Abdullah, 1961:16). Dengan perkataan lain, raja danpembesar perlu memainkan peranan dalam memberikanpendidikan ilmu pengetahuan kepada rakyat mereka. Dengan

91

Page 104: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

ketidakmampuan raja dan pembesar bertindak demikian,mereka bertanggungjawab terhadap menghilangkan namaMelayu di dunia.

ABDULLAH Munshi juga mencemuh orang yang berlagakpandai dan memberikan penekanan bahawa kepandaian sahajatidak memadai tanpa kekayaan:

. . . belalang telah menjadi lang, pijat-pijat telah menjadikura, cacing telah menjadi ular naga, mengaku diri pandai,cakapnya berlebih-lebihan supaya dipercayai orang akan diapandai, tetapi cakap angin sahaja.

(Hikayat Abdullah, 1960:xi)

. . . maka jikalau hina dan bodoh sekalipun, asal ada hartanescaya ialah pandai dan termulia, maka jikalau pandai danmulia tetapi tidak bahasa, nescaya terhina juga.

(Hikayat Abdullah, 1960:xi)

Muhammad Ibrahim MunshiKISAH Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi yangdiselenggarakan oleh Muhammad Fadzil Othman (1980) adalahtentang negeri-negeri yang dilawati oleh Ibrahim Munshi sepertiJohor, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan tempattinggalnya, Singapura.

BERDASARKAN teks tersebut fokus perbicaraan ialah apayang telah dirakamkan oleh Ibrahim Munshi tentang orangMelayu Melaka. Ibrahim Munshi telah memudiki SungaiMelaka bersama-sama anggota kerabat di Melaka untuk ber-main-main di ulu Sungai Melaka. Dalam perjalanan menyusurisungai Melaka, telah dilihatnya sawah yang luas-luas dan dusunyang besar-besar dan orang Melayu rajin bercucuk tanam (Kisah

92

Page 105: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi 1980:38-42). OrangMelayu di Ulu Melaka rajin-rajin bukan seperti Melayu ditempat lain dengan malas, pemalu, serta besar hati (hlm. 39).

Maka sekelian Melayu dalam Melaka itu hidup dengan makanusaha tangannya dan bertitik peluh bertanam-tanam danberkebun dan berdusun dan bersawah dan bertanam segala jenisubi keladi, sayur-sayur dan sirih dan tebu pisang dan sebagainya.Maka setiap harilah masing-masing ini berulang ke pasar Melakamembawa segala tanam-tanamannya itu, dijual.

(Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi, 1980:39)

IBRAHIM Munshi membandingkan orang Melayu Melakadengan orang Cina Singapura yang berkebun sayur danberdusun di Singapura. Beliau menyebut bahawa segala pekerjaanseperti ini dilakukan oleh orang Melayu Melaka. Orang Melayudi Ulu Melaka tidak membesarkan diri dan tidak menunjuk-nunjuk harta mereka. Setiap orang lelald ada bidang pekerjaanmereka dan begitu juga orang perempuan.

IBRAHIM Munshi menulis tentang pekerjaan lelaki:

. . . menebang, mengerat, memintal, memikul, memanjat,mengembala kerbau lembu, mengangkat yang berat-berat,menyangkul, menggali, menebas, membajak, menyikat,menukang, menambat, menimbus, membanting padi, menjual,membeli, mengandar, bertanam-tanam, berbicara, berikhtiar,meraih, mengambil upah, memasak gula dan sebagainya.

(Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi, 1980:40)

IBRAHIM Munshi menulis tentang pekerjaan orang perempuanMelayu di Melaka:

. . . menabur benih, menyemai, mengubah, menganyam,menumbuk, menuai, menyagu, membela anak, memasak,menjahit, menekat, memungut, memetik, menampi, mengayak,

93

Page 106: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

menggelek, menjunjung, memotong, mengikat, meraut,menyimpai dan sebagainya.

(Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munshi, 1980:40)

PEKERJAAN anak-anak pula:

. . . sentiasa menanggung suruhan ibu bapanya dan membantu-bantu pekerjaan ibu bapanya, mengerjakan pekerjaan yang ringan-ringan . . . disuruh mengaji al-Quran dan berjaja.

(Ibid., 40)

TETAPI dari segi pendidikan, beliau melahirkan rasa dukacitaseperti berikut:

tetapi adalah kesusahan dan ajaib hatiku memikirkan tiadahendak mereka itu mengajar atau keraskan anak-anak itu belajarilmu tulis-menulis dan membaca surat-surat bangsanya sendiriMelayu dan belajar ilmu kira-kira dan sebagainya supaya teranghatinya dan tajam akalnya serta tinggi hematnya.

(Ibid., 40)

SEPERTI Abdullah Munshi, Ibrahim Munshi juga menyedaribahawa orang Melayu masih meneruskan pekerjaan tradisidatuk nenek mereka. Mereka tidak mahu mengubah tradisi.Kepentingan ilmu tidak ditekankan kepada anak-anak. IbrahimMunshi membandingkan orang Melayu di ulu lebih hinadaripada orang Melayu di bandar. Konsep "orang ulu" ialahkonsep hina, namun Ibrahim Munshi menyedari "orang ulu"ini lebih mulia daripada Melayu di kebanyakan negeri lainkerana mereka rajin bekerja.

94

Page 107: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

KesimpulanKETIGA-TIGA teks yang dirujuk telah mengemukakan bahawadari satu titik masa lalu hingga kini, orang Melayu berterusanmenghadapi dilema dalam diri mereka. Dilema yangdiungkapkan oleh kedua-dua pengarang khususnya AbdullahMunshi bertitik tolak daripada peri laku, tindakan, dan dayakepimpinan raja-raja dan pembesar Melayu.

RAJA-RAJA Melayu melindungkan diri mereka di sebalik konsepdaulat yang dimitoskan, dimistiskan, dan dimagiskan yangmenuntut ketaatsetiaan mutlak rakyat; keingkaran adalahderhaka. Abdul Rahman Haji Ismail (1985:32-57)mempersoalkan kekuasaan mutlak raja dan kesetiaan mutlakrakyat. Kepada beliau, yang mutlak dan berdaulat ialah institusiraja Melayu, tetapi tidak batang tubuh diri raja itu. Kepatuhandan ketaatsetiaan rakyat adalah bersyarat, bukan membabi-buta. Raja yang mampu memberi kemakmuran, kemajuan, dankesejahteraan rakyat ialah raja yang berdaulat.

APA yang dipaparkan oleh Abdullah Munshi dan IbrahimMunshi ialah tentang cara hidup dan nasib bangsa Melayupada masa itu disebabkan sinar cahaya kedaulatan raja sudahmalap dan pudar pada waktu itu. Kepudaran dan kemalapanitu dapat kita lihat dalam lambang-lambang perpecahan,peperangan antara raja, rakyat hidup derita, susah mencarimakan, bukan hidup yang sejahtera tetapi hidup yang penuhkacau-bilau dan porak-peranda. Raja sebagai bayangan Tuhandi alam ini atau Khalifah Tuhan ialah pembawa sinarkesejahteraan dan kemakmuran. Raja adil raja disembah, rajazalim raja disanggah.

BAHAN pokok dalam persoalan hubungan vertikal-resiprokalraja-rakyat atau pemimpin-rakyat ialah perkara utama yangdifokuskan oleh Abdullah Munshi. Dalam konteks semasa danakan datang, kesejahteraan hidup Melayu amnya dan Malay-

95

Page 108: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

sia khasnya bertitik tolak dari struktur hubungan antarapemimpin dan rakyat.

ABDULLAH Munshi berpendapat adat Melayu perlu diubah.Ini mungkin ada kebenarannya tetapi disedari atau tidak, ramaidi antara kita yang masih beranggapan bahawa adat ialah suatuyang statik. Adat sebenarnya dinamis. Dinamisme adat terletakpada kemampuan dan kebijaksanaan manusia melestarikannya.Adat yang tidak berubah, iaitu tetap dan kekal ialah hukumalam atau dalam kategori adat dikenal sebagai adat sebenaradat. Hukum adat itu sendiri jelas berpaksikan keadilan, sepertikata adat, "biar mati anak, jangan mati adat". Adat di sinibermaksud hukum/hukuman; siapa sahaja yang bersalah, hattaanak sendiri perlu dihukum, bukannya adat (hukum) yangdiubah atau dimatikan. Istiadat dan kelaziman boleh berubahkerana adat ini memenuhi tuntutan lahiriah manusia.

ORIENTASI, idea, falsafah, dan pandangan dunia adatterkandung dengan jelasnya dalam segala metafora, kiasan,perbilangan, pepatah-pepitih adat, peribahasa, dan sebagainya.Seluruh isi bahan ini ialah ilmu abadi Melayu. Abdullah Munshisendiri banyak mengungkapkan bahan ini dalam karyanya.Bahan ini dapat menjadi pendorong dan motivasi kita dalambertindak menghadapi peredaran zaman. Kita perlu menyedaribahawa metafora ini ada yang sesuai dan penting, dan adayang perlu diubah atau dibuang dalam konteks penggunaannyasesuai dengan isu-isu semasa.

JIKA diterjemah seluruh pemikiran kedua-dua pengarang sertapengarang-pengarang lain seperti Za'ba dan Syed Sheikh Al-Hadi, pengarang-pengarang Revolusi Mental hingga ke MalayDilemma, mereka menuntut satu manusia Melayu, seperti kataperibahasa Melayu, empat sudah bersimpul satu iaitu Melayuyang berilmu, berakal, mahir, dan berusia. Seperti kataperbilangan adat Naning, seorang menantu ialah, "dada bidangkulitnya tahan, mulut bacar masnya padan, hati berani senjata

96

Page 109: Document2

PEMIKIRAN ABDULLAH DAN IBRAHIM MUNSHI TENTANG ORANG MELAYU

tajam", atau seperti kata Bugis-Makasar, seorang Bugis ituperlu memiliki tiga hujung, "anunya, lidahnya, kerisnya",seperti kata orang sekarang bahawa di antara persediaan yangperlu dilakukan ialah persoalan pembangunan sumber manusia.

97

Page 110: Document2

PerananPenulisanDalamGerakanKebangsaanDiMalaysia

ABDUL LATIFF ABU BAKAR

UMUMNYA para pengkaji sejarah Malaysia meletakkan permulaangerakan kebangsaan Malaysia pada tahun 1906 iaitu apabila wujudnyamajalah al-Imam di Singapura yang dipelopori oleh golongan agamaseperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Abas Muhammad Taha, dan SyedSheikh Ahmad Al-Hadi.

PADA awal abad dua puluh bidang kewartawanan Melayu yangmenerbitkan akhbar dan majalah Melayu memainkan peranan pentingmenyemarakkan semangat. orang Melayu agar rajin bekerja, bersatu,dan berusaha memajukan nasib bangsa Melayu. Golongan agama yangberfahaman kaum muda dan golongan guru menggunakan akhbar,majalah dan buku sebagai alat menyedarkan orang Melayu memperolehkejayaan dalam segala bidang. Bentuk-bentuk penulisan yang digunakan

99

Page 111: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

untuk pembelaan nasib orang Melayu ialah rencana, puisi,cerpen, dan novel.

PADA peringkat permulaan gerakan kebangsaan pada 1906hingga 1926, bidang penulisan hanya tertumpu pada persoalanmasyarakat semasa dalam bidang sosial dan ekonomi.Penerbitan akhbar dan majalah seperti al-Imam, Tunas, al-Ikhwan, Utusan Melayu, al-Hikmah, Pengasas, Saudara, Idaran

Zaman, dan lain-lain lebih mengemukakan persoalan ekonomi,kemiskinan, pendidikan, Islah Islamiah dan lain-lain. Padaperingkat kedua dan ketiga gerakan kebangsaan di Malaysialebih tertumpu pada masalah sosioekonomi dan politik orangMelayu (1926-1941).

BIDANG penulisan memainkan peranan yang penting dalamgerakan kebangsaan orang-orang Melayu. Rencana-rencana didalam majalah dan akhbar Melayu seperti al-Imam (mula terbit1906), al-Ikhwan (1926), Saudara (1928), Majlis (1931),Malaya (1928), Warta Malaya (1930), dan Utusan Melayu(1939) turut memberi kesedaran dan memperjuangkan nasiborang-orang Melayu.

DI samping rencana dan puisi Melayu tradisional seperti syair,pantun, gurindam, seloka, dan lain-lain, puisi Melayu modenseperti sajak yang bertemakan semangat kebangsaan turuttersiar di dalam akhbar dan majalah ini. Puisi ini dijadikanalat untuk menyampaikan sesuatu pandangan, fikiran, dangagasan penyair. Puisi tradisional pula mendapat perhatiansebelum 1941.

HARUN Mohd. Amin merupakan antara pemuka puisi yangbertemakan kebangsaan. Dari tahun 1929 hingga 1939 beliautelah menghasilkan tidak kurang daripada lapan buah puisiyang bertema demikian. Puisi-puisi itu ialah "Mesti Ingat" (Jasa,13 Julai 1929), "Semenanjung" (Jasa, 11 September 1929),"Tenaga Kaumku" (Jasa, 10 Oktober 1929), "Seloka Harapan"

100

Page 112: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

(Temasik, 1 Mei 1930), "Rayuan Bangsamu" (Temasik, 10 Ogos1930), "Oh Bangsaku" (al-Ikhwan, 16 November 1930),"Mempertahankan Hak Kita" {Warta Ahad, 19 April 1936),dan "Perwira Melayu" (Warta Jenaka, 8 Jun 1939).

A. Samad Ahmad yang menggunakan nama samaran Anumturut memberi sumbangan penting dalam perkembangan puisikebangsaan. Beliau yang bertugas sebagai wartawan akhbarMajlis pada tahun 1940 telah diberi tanggungjawabmengendalikan ruangan Sudut Pujangga. Di samping menulispuisi, Anum turut menyiarkan puisi yang bertemakankebangsaan yang ditulis oleh Rajawali, Bayu (AhmadBoestamam), Mohamad Hashim Bahalddin, Roslaini (AbdullahHussein), Teruna Kelang, Pujangga Baru, dan lain-lain.

ANUM ialah antara penulis puisi yang agak produktif. Dalamtempoh lima bulan, beliau telah menghasilkan sekurang-kurangnya enam buah puisi kebangsaan yang disiarkan dalamakhbar Majlis. Puisi-puisi itu ialah "Encik Onn" (2 Mac 1940),"Taraf Melayu Selepas Perang" (6 Mac 1940), "Kapal TiadaNakhoda" (8 Mac 1940), "Serunai Pujangga" (23 Mac 1940),"Kami Sedar" (14 Mac 1940), dan "Hari Kejatuhan Kita" (10Julai 1949).

ANEHNYA puisi-puisi yang membawa persoalan cintakantanah air tidak banyak dihasilkan. Di antara puisi yangmempunyai tema ini ialah "Timang-timangan Bagi Semenan-jung Tanah Melayu" (tanpa nama yang tersiar di dalam majalahMalaya pimpinan Mohd. Yunus keluaran Mei 1926 yang cukupjelas menggambarkan perasaan penulis terhadap tanah airnyayang terdnta.

Alangkah permai dipandang mataNegeri Semenanjung bumi yang ratabukit berbarisan laksana kotamolek dan gerun bersama serta.

101

Page 113: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Pantai menganjur kanan dan kiriombak memecah membanting dirialunan deras sema selarikepala belayar pergi dan mari.

PUISI yang bertajuk "Tanahairku" (tanpa nama) tersiar dalamAl-Hikmah, 27 Ogos 1936 turut mengemukakan persoalan cintakepada tanah air.

Ayuhai negeri tanahairkukaulah tempat tumpah darahkudaripada tumbuhanmu berhidup dirikukepadamu juga kembali aku.

Engkaulah ibu, bapa pun engkautempat perhimpunan kaum dan sukukayu batu bukit dan bukumengandungi keindahan indahnya lakuoh engkaulah tanah airku.

PUISI-PUISI yang membawa persoalan tentang keadaan dannasib bangsa Melayu yang ketinggalan di belakang dalam segalabidang baik ekonomi, pendidikan, sosial, dan kehidupanseluruhnya mendapat perhatian penyair-penyair seperti A.Samad Ahmad, Ibrahim Hj. Yaakob, Haron Mohd. Amin,Ahmad Ismail, dan lain-lain. Seorang penyair lain, KhadamPetani dengan puisinya bertajuk "Mutu Kebangsaan", (al-Hikmah, 23 April 1936) telah mendedahkan keadaan dan nasiborang-orang Melayu di tanah airnya sendiri.

Kalau dipandang alatan bandarberdukalah hati hendak dikhabaroleh tersangat kita membiarbegitu keadaannya belum tersedar.

Padahalnya kuasa kita membuatsebarang rekaan ringan dan berat

102

Page 114: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

hanya dinantikan tidak dibuatkemudian harus juga melarat.

Sayangnya tuan bukan kepalangadat istiadat kita yang teranghabis ditinggal serta dibuangakhirnya kelak menumpang orang.

BEGITU juga puisi yang ditulis oleh Ibrahim Hj. Yaakob yangbertajuk "Tanahairku" yang tersiar dalam Warta Negeri, 3Februari 1930:

Ayuhai Semenanjung tanahairkutempatku besar didiknya ibuIlahi ra'bi-bi tolonglah bangsakutinggal di belakang memakan debu.

Ayuhai Semenanjung tanahairkutempatku duduk setiap haribangsaku miskin sudahlah tentukeadaannya lemah tidak berdiri.

Ayuhai Semananjung tanahairkutempat bermain di dalam puritidakkah belas amboi bangsakumelihat harta terlepas di jari.

PUISI-PUISI yang membawa persoalan tentang bencana orangasing dan penjajah Inggeris turut mendapat perhatian parapenyair sebelum 1941. Harun Mohd. Amin dalam puisinyabertajuk "Mempertahankan Hak Kita" (Warta Jenaka, 19 April1936), telah mengingatkan orang Melayu tentang bahayanyaorang asing di Tanah Melayu. Beliau tidak berpuas hati dengansikap tauke-tauke dan wakil-wakil Cina dalam majlis-majlismesyuarat yang mendakwa bahawa mereka yang telah banyakberjasa dan memberi kemakmuran kepada Tanah Melayu.Mereka menuntut persamaan hak seperti kerakyataan, tanah,

103

Page 115: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dan kemudahan lain dengan alasan mereka telah membantupenjajah Inggeris memajukan negeri ini. Di samping itu Harunberanggapan bahawa orang Cina gembira kerana orang Melayuketinggalan dalam segala lapangan akibat kedatangan orangasing di Tanah Melayu. Ini jelas apabila Harun menggambarkansikap orang Cina terhadap orang Melayu dalam sajak-sajaknyaitu:

Aku senang aku kayaorang Melayu habis kudaya!habis kuhalau masuk ke payaaku bersenang di jalanraya.

Hartanya habis dapat kutipuundurlah ia ke gunung menumpuhabislah semuanya dapat kusapumenggeleparlah Melayu seperti kena palu.

Demikianlah perasaan si Tongsan itumemandang kita rendahnya tentudikira Melayu semuanya batutiada bersuara walau dilutu.

Dengan sebab itu mereka bersuarakepada pemerintah ia berkirameminta kekuasaan menjadi perwirakecurangan pemerintah ia nan mara.

DALAM bidang prosa, terutama rencana, cerpen, dan novelturut memainkan peranan penting dalam usaha menyemarak-kan api kebangsaan di kalangan orang Melayu. Di antaragolongan yang telah mengukir namanya dan menggunakanbidang penulisan dalam gerakan kebangsaannya ialah golonganagama seperti Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi, Abas Mohd. Taha,golongan guru, seperti Yusof Ahmad dan golongan wartawanseperti Abdul Rahim Kajai, Ibrahim Yaacob, Ishak Hj.Muhammad, Onn Jaafar, dan lain-lain.

104

Page 116: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

ABDUL Rahim Kajai merupakan wartawan Melayu yangpopular dalam tahun 30-an. Beliau bertugas sebagai ketuapengarang akhbar yang popular seperti Majlis, Warta Malaya,dan Utusan Melayu, telah menggunakan ruangan rencanapengarang sebagai medan mengkritik penjajah Inggeris, orangasing dan membela nasib orang Melayu untuk mencapaikemajuan.1

PADA tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS)diasaskan. KMS ialah pergerakan semi-politik Melayu pertamadan dipimpin oleh Mohd. Yunus Abdullah. Di antara tujuanpenting KMS ialah untuk menggalakkan ahli-ahlinya bergerakaktif dalam urusan-urusan pentadbiran, memperjuangkankemajuan dan kepentingan orang Melayu dalam lapanganpolitik dan pelajaran, membuat permohonan kepada Inggerisberhubung dengan hak kebebasan orang Melayu danmengambil berat tentang pelajaran tinggi serta teknik dikalangan orang Melayu.

KMS yang wujud di Singapura telah mendapat perhatianpenduduk di Tanah Melayu. Kewartawanan Melayu telahmemainkan peranan penting dengan memberi kesedaran kepadapembaca-pembaca tentang perlu diwujudkan persatuan politikdi negeri-negeri Melayu seperti ICMS. Wartawan dan penulisini tidaklah bertujuan untuk menghindarkan penjajah Inggeris;mereka ingin menjadikan persatuan-persatuan tersebut sebagaisalah satu saluran bagi membela nasib orang Melayu dalamhubungan dengan pihak Inggeris. Persatuan-persatuan tersebuthendaklah menyusun satu perlembagaan mengikut undang-undang negeri serta mentaati kerajaan Inggeris dan raja-rajaMelayu.

Dl antara akhbar dan majalah Melayu yang turutmembincangkan pergerakan politik orang Melayu ialah IdaranZaman, Saudara, Warta Malaya, Majlis, Majalah Malaya, danlain-lain. Idaran Zaman (Pulau Pinang) melalui rencananya yang

105

Page 117: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

bertajuk "Persatuan Melayu" (11 September 1926) bersetujudengan penubuhan KMS dan ia turut memberi perangsangkepada orang Melayu supaya mewujudkan persatuan politikseperti KMS di seluruh Tanah Melayu dan mengadakanperjumpaan persatuan-persatuan Melayu. Dengan penuhharapan, Idaran Zaman yang dipimpin oleh Mohd. Yunus binAbdul Hamid, menyeru:

Mudah-mudahan kita harap pada segenap penjuru tanahsemenanjung ini akan terambanglah cawangan persekutuanMelayu itu bagi pihak jawatankuasanya di Singapura itu moleklahjika diadakan suatu perhimpunan ramai dengan menjemputsekelian ketua-ketua dan wakil-wakil kumpulan Melayu darisegenap negeri di Semenanjung ini bagi mengetahuipersetujuannya masing-masing guna meluaskan masuk kebajikan.

Bertambah moleklah jika perhimpunan ramai itu bolehdiadakan di Kuala Lumpur atau pada salah satu tempat yangterletak pada bahagian pertengahan daripada negeri semenanjungini supaya memudahkan bagi wakil-wakil atau utusan-utusanyang akan hadir kepadanya. Mudah-mudahan . . .

AKHBAR Saudara yang diterbitkan di Pulau Pinang (1928)telah mengambil berat tentang penubuhan persatuan-persatuanMelayu yang bercorak politik di samping membincangkan hal-hal agama mengikut fahaman pembaharuan Islam (kaummuda). Ketika Abdul Rahim Kajai bertugas sebagai penolongPengarang Saudara (Mac 1930), beliau menyeru orang Melayusupaya bersatu memperbaild pergerakan bangsa dan tanah airyang dipimpin oleh orang Melayu. Pergerakan ini untukmengelakkan orang Melayu jatuh secara beransur-ansur. BagiKajai, dta-cita politik tidak akan tercapai melainkan perjuanganmelalui pergerakan kesatuan. Kesatuan pula tidak akan berhasilmelainkan dengan sikap kerja sama. Oleh itu, kesatuan bolehdianggap tubuh yang satu manakala sikap kerja sama ialahjiwanya. Untuk mencapai cita-cita ini, orang Melayu hendaklahmenghapuskan segala faktor yang boleh mendatangkan

106

Page 118: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

perpecahan, menghapuskan kesatuan, dan menghilangkantimbang rasa serta maruah kebangsaan di tanah airnya.

PADA tahun 1931, Saudara telah mencadangkan supayadiadakan kongres di kalangan orang Melayu di seluruh TanahMelayu. Tiap-tiap negeri hendaldah menghantar wakil-wakildi perhimpunan besar kongres Melayu dan orang Melayuhendaklah mengemukakan masalah yang dihadapi danseterusnya mewujudkan Persekutuan Melayu. Kajai, bagi pihakakhbar Saudara mencadangkan supaya Kongres Melayudiadakan di Johor Bahru kerana ia kawasan moden. PersekutuanMelayu yang dicadangkan oleh akhbar Saudara adalahberhaluan kanan iaitu mengikut undang-undang negeri danpatuh kepada raja-raja Melayu dan kerajaan Inggeris. Disamping itu, Persekutuan Melayu ini cuba membantu kerajaanInggeris memajukan orang Melayu dan cuba mengatasikemajuan bangsa asing di Tanah Melayu. Oleh itu orang Melayudiharap agar dapat bergerak sendiri dalam Persekutuan Melayuyang hendak ditubuhkan itu.

CADANGAN Kajai untuk mengadakan Kongres Melayu dandihadiri oleh wakil-wakil seluruh Tanah Melayu telah mendapatsokongan dari akhbar dan majalah seperti Warta Malaya, Majlis,dan Malaya. Mohd. Yunus bin Abdul Hamid melalui rencana-nya yang bertajuk "Kongres bagi Umat Melayu Dalam Negeri"dalam majalah Malaya, keluaran April 1931 telah menyokongcadangan Saudara. Di antaranya beliau berkata:

Kita fikir ini bukanlah suatu hal yang ganjil akan tetapi itulah halyang patut dan mesti kejadian. Teristimewa di dalam masa sekarangini yang boleh dikatakan kedudukan dan keadaan orang Melayu didalam negerinya ini amnya seumpama telur di hujung tanduk;serba payah! . . . Inilah yang kita bersetuju akan mendengar danmelihat orang-orang Melayu mengadakan suatu kongresnya bagimerundingkan hal-hal tersebut dan beberapa hal lagi denganpemimpin pembesar-pembesar dan ketua-ketuanya berhimpunkepada salah suatu negeri di Semenanjung ini seberapa segera.

Page 119: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

ISHAK Hj. Muhammad merupakan golongan wartawan yanggiat menulis rencana, cerpen, dan novel yang mengemukakanpersoalan semasa dan kepincangan masyarakat sepertiketidakadilan penjajah Inggeris, golongan pembesar, danbirokrat yang tidak bertanggungjawab membela nasib orangMelayu, kesan negatif kedatangan orang asing dan sebagainya.Ishak berjaya mengetengahkan persoalan semasa dan kepincang-an masyarakat dan membuat pembelaan nasib orang Melayumelalui cerpen dan dua buah novelnya, Anak Mat Lela Giladan Putera Gunung Tahan.2

DI antara wartawan Melayu yang prolifik dan menggunakanbidang kewartawanan dan persatuan untuk mengkritik penjajahdan membangkitkan kesedaran orang Melayu ialah IbrahimHaji Yaakob (IBHY). Beliau yang pernah menjadi wartawanakhbar Majlis dan Warta Melayu dan memimpin KesatuanMelayu Muda pada tahun 1938 telah menggunakan bidangkewartawanan untuk gerakan kebangsaannya.3

DASAR kerajaan Inggeris yang melantik wakil-waldil Melayudaripada golongan aristokrat tidak dipersetujui oleh IBHY.Dasar ini adalah semata-mata untuk kepentingan kerajaanInggeris. Ini menyebabkan IBHY berharap agar kerajaanmemilih wakil-wakil Melayu di dalam Majlis itu yang terdiridaripada . . . ahli bukan berjawatan yang sebenar-benarnyaorang kebanyakan iaitu orang yang tidak bersangkut-pautdengan jawatan kerajaan. Sekiranya kerajaan ingin memilihwakil-wakil tersebut, IBHY mencadangkan agar memilih orang-orang yang berperasaan dan mengerti kemahuan dan kehendakrakyat Melayu.4

BAGI IBHY, pemilihan wakil-wakil Melayu dalam majlis harussecara demokrasi. Dengan cara ini nasib orang Melayu dapatdibela dengan kerelaan dan kepuasan hati orang Melayu. Inimenyebabkan IBHY mengemukakan beberapa soalan tentangpemilihan wakil-walcil itu, iaitu:

108

Page 120: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

1. Adakah ahli-ahli mesyuarat itu dipilih dengan menggunakanpersetujuan undi rakyat umum?

2. Adakah sebenar-benarnya ahli mesyuarat itu orang yangtidak bersangkut-paut dengan jawatan kerajaan?

3. Adakah sebenar-benarnya ahli mesyuarat itu daripada orangkebanyakan?5

BAGI IBHY terdapat dua faktor utama yang menyebabkankejatuhan dan kemunduran orang-orang Melayu dalam segalabidang, iaitu:

1. Pelajaran dalam Bahasa Melayu tidak mencukupi.2. Ekonomi orang Melayu tersangat buruk.

OLEH yang demikian, kejatuhan dan kemunduran orangMelayu ini hendaklah dibela oleh wakil-wakil Melayu dalamMajlis Mesyuarat Persekutuan terutamanya:

(i) hendaklah meluaskan jalan pencarian hidup mereka itu supayaorang-orang Melayu itu menjadi satu bangsa yang kaya, (ii)hendaklah meluaskan pelajaran mereka itu supaya orang Melayumenjadi satu bangsa yang pandai dan taat kepada kerajaan biarlahorang-orang Melayu itu tahu hal ehwal dunia dan mengertipergerakan siasat dunia yang luas ini.6

IBHY dengan tegas mengkritik sikap sesetengah wakil Melayudalam- majlis yang duduk diam sahaja. Sikap mereka ini tidakmendatangkan faedah kepada orang Melayu sebaliknya untukfaedah dirinya sahaja. Ini dapat dilihat apabila IBHY denganberani menyifatkan wakil-wakil tersebut sebagai:

. . . lupa akan tanggungannya kepada umum hanyalahmengeluarkan fikiran untuk faedah diri sahaja. Saya sebagaiseorang Melayu memang berasa malu di atas pekerti wakil-wakilMelayu sebegitu lupa akan nasib orang-orang ramai atau khaskepada pemakan-pemakan gaji. Yang demikian tidaklah hairankita sekarang orang Melayu tinggal membawa nasibnya hina

Page 121: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dan daif. Suara-suara umum Melayu tidak ada harga sedikit punkebanyakannya wakil-wakil Melayu tidak gemar mengutip fikiranorangnya sama ada dari surat-surat khabar atau surat rayuanyang sampai kepada mereka itu.7

SEKIRANYA wakil-wakil Melayu ini tidak dapat memper-juangkan untuk kepentingan bangsanya, IBHY mencadangkansupaya tugas wakil-wakil Melayu diserahkan kepada rakyatMelayu daripada golongan biasa. Seperti kata IBHY:

. . . sekiranya jika mustahak dihormatkan suara-suara rakyat iturasanya haruslah diberi peluang kepada orang Melayu dalam halmenjaga tanah air supaya mereka itu boleh menerangkan fikirandan kemusykilannya.8

IBHY turut mengambil perhatian terhadap kepentingan dankemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi, pelajaran, danagama. Bagi beliau, kemunduran orang Melayu dalam bidangini bukan disebabkan mereka malas, tetapi kerana dasar peme-rintahan Inggeris yang mementingkan kemajuan ekonomi yangmendatangkan keuntungan yang lumayan. Bagi menjayakanekonomi kapitalismenya maka ramai buruh dari China danIndia dibawa masuk ke Tanah Melayu tanpa memikirkan nasiborang Melayu.

GERAKAN kebangsaan di Malaysia lebih bersemarak lagiselepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1945.Pada peringkat ini orang Melayu bergerak lebih padu, agresif,berkeyakinan, dan secara terang berjuang menuntut kemerdeka-an. Akhbar dan majalah Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis,Warta Negara, Suluh Malaya, dan Pelita Malaya memainkanperanan penting mengkritik dasar Inggeris dan menuntutkemerdekaan.

INI jelas apabila kerajaan Inggeris mengisytiharkan pelaksanaanrancangan Malayan Union 1946, akhbar dan majalah menjadisaluran untuk meniupkan serta membangkitkan semangat

110

Page 122: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Melayu dan kebangsaan menentang penjajah dan menyerurakyat bersatu melalui parti-parti Melayu.

AKHBAR Utusan Melayu menjadi saluran yang pentingmenuntut kemerdekaan dengan menyiarkan rencana-rencanatentang kemerdekaan dari segi ekonomi, pelajaran, politik, danlain-lain.

SELEPAS pendudukan Jepun, penyair-penyair dengan beranimengkritik kerajaan Inggeris terutama rancangan penubuhanMalayan Union pada tahun 1946. Selari dengan pertumbuhangerakan kebangsaan, penyair-penyair ini tidak berdiam dirimalah menggunakan puisi sebagai alat komunikasi bagimencurahkan hatinya terhadap semangat dnta, berjuang, danmembela nasib agama, bangsa, dan negara.9

AKHBAR dan majalah yang memainkan peranan penting dalammenyiarkan puisi-puisi bertema kebangsaan ini ialah Majlis,Majalah Guru, Mastika, Hiburan, Kencana, Medan Masyarakat,Utusan Zaman, Suara Merdeka, dan lain-lain. Penyair-penyairyang muncul pada peringkat permulaan ialah mereka yangsudah mencipta nama dalam menghasilkan puisi-puisi semasaatau sebelum pendudukan Jepun seperti Abdul Samad Ahmad(Anum), Embong Yahya (Ngumba), Masuri S. N., AhmadyAsmara, Ahmad Boestamam, dan lain-lain. Di samping itu,terdapat penyair-penyair baru seperti Tongkat Warrant, ZulkifliMuhammad, Burhan Md Yaman, A. Samad Said, MariamGhani, Siti Aishah, dan lain-lain.

PUISI "Memperingat Semangat Berperistiwa" karya Anum(Majlis, 12 Jun 1946) memperingati pembentukan PertubuhanKebangsaan Melayu Bersatu yang dikenali sebagai Perkembar(kemudiannya UMNO).

PENYAIR puisi "Memperingat Semangat Berperistiwa"merakamkan penghargaan kerana penubuhan UMNO:

111

Page 123: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Peringatilah diaWahai putera-puteri harapan bangsa!Catatkanlah dengan tinta emasKe dalam buku sejarahUntuk pujaanmu silang masa.

Saat yang tak luput dari kenanganSaat kita menanam cita-dta dengan angan-anganSaat kita menyusun barisanBerjuang menuju kemenangan dan kebahagiaanmasa, oh masa! tibalah kami kiranyaAgar memenuhi impian pujanggaMeningkat setangga demi setangga

Melayu berparlimenMelayu berkerajaanMelayu raya—Melayu merdeka!

DALAM puisi seperti "Hiduplah Melayu" karya Saidin Ahmad(Majlis, 13 Jun 1946) dan dalam "Malayan Union JikalauDatang" karya Hashim Gera (Majlis, 2 Julai 1940) jelas mem-bayangkan perasaan mereka yang memperjuangkan nasibbangsa Melayu dengan menentang rancangan Malayan Unionyang dianggap sebagai pengkhianatan kepada orang Melayu.Ini jelas seperti yang dinyatakan oleh penulis puisi tersebut:

Hidupkanlah nama dan bangsayang bersusah sepanjang masadapatkanlah sampai merasawajiblah membantah sentiasapada Malayan Union yang dusta.

Lawanlah bersungguh-sungguh hatihapuskanlah yang telah terjadimarilah kita bersatulawanlah sepanjang waktu.

112

Page 124: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

KJBMERDEKAAN yang dicapai oleh Indonesia (1945) danFilipina (1946) turut memberangsangkan para pejuang danpenyair kebangsaan. Pernyataan ini dapat dilihat dalam puisi'Tilipina Merdeka" karya Roslan {Majlis, 10 Julai 1946). Diantaranya penyair berkata:

Betapa nan lagi lebih gembiraputera-puteri yang kesatriayang berada di tanah Filipinahidup mengecap tanah merdeka.

Oh rakyat Melayuingin hidup di alam bahagiaambillah teladan dari Filipinarakyatnya bersatu hidup sempurna.

PUISI "Penderitaan Kita" (Medan Masyarakat, Mac 1947) karyaZulkifli Muhammad adalah contoh puisi yang mengemukakanpersoalan nasib bangsa. Dalam puisi ini penyair menggambar-kan keadaan nasib orang Melayu yang bernaung di bawah pe-merintahan Inggeris. Pemerintah Inggeris yang disifatkan se-bagai penipu rakyat dan penjajah keji bertanggungjawab me-mecah-belahkan masyarakat Melayu. Puisi Zulkifli menyebut:

Berkurun-kurun penjajah memijak nusamerampas merebut kekayaan negara kehormatan bangsakita tertindas jatuh gugur terlentang tertiarapkucar-kacir hina-dina terayap-rayap

Kemegahan dipuja hilang lenyap hapus pupusdarah diminum tulang dihisap hingga kurusnusa luas riang ria kaya makmurrosak terhempas susah pecah hancur leburBercerai-cerai rakyat murba merata cerukpecah-pecahkan kemudian perintah cita-cita busukasas penjajah menipu rakyat mendaya murbamenjadikan bangsa gah mulia budak hamba.

Page 125: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman (1951)menggunakan slogan Merdeka dalam usaha membebaskanTanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Parti politik yangmewakili bangsa-bangsa utama di negara ini iaitu UMNO(Melayu), MCA (Cina), dan MIC (India) telah bergabungmewujudkan Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaanmelalui rundingan.

KALI ini para penyair lebih berani mengemukakan hasratnyauntuk membela nasib agama, bangsa, dan negara dan denganlantang menuntut kemerdekaan. Umpamanya dalam puisi"Berjuang" (Majalah Guru, April 1954), karya Mahmud Joh,penyair dengan penuh semangat menyeru orang Melayu bersatudan berjuang menuntut kemerdekaan:

Jangan ragu-ragu dalam berjuangbuangkan semangat bosankita tidak sanggup lagi dikongkongkita tidak ingin lagi dijajahkita ingin dan sanggup bebas MERDEKAberilah kami kebebasan!berilah kami KEMERDEKAANkami tetap memperjuangkan

BEGITU juga dalam puisi "Ke arah Kemerdekaan" (SuaraUMNO, 1 April 1954), karya Affrini Adham, penyair menyerurakyat Tanah Melayu agar tidak bosan dan bekerja keras dalammenuntut kemerdekaan dari tangan penjajah Inggeris. Diantaranya beliau mengingatkan:

Antara satu lagi cara perhitungan baru yang belum selesaipekikan Merdeka sudah tak dapat disumbat lagiantara suatu lagi caranya perjuangan berhabis-habisanpengertian demokrasi telah benar mendarah dagingseluruhnya bukanlah asing buat kita lagidalam tindakan mengakhiri tujuan

114

Page 126: Document2

PERANAN PENULISAN DALAM GERAKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

dalam perbuatan mengembalikan kesejahteraanperalihan dan perdamaiankesatuan cita-dta kebangsaankebangkitan dan kemerdekaan

PEMIMPIN-PEMIMPIN negara yang memainkan perananpenting dalam gerakan kebangsaan turut mendapat perhatianpenyair-penyair. Tokoh-tokoh seperti Dato' Onn Jaafar, Dr.Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Haji Yaacob dan Tunku Abdulrahman diharapkan jasa dan bakti mereka untuk memimpinnegara ini. Ahmady Asmara dalam puisinya "Oh Pemimpin"(Majlis, 18 Jun 1946) menyifatkan Dato' Onn sebagaipemimpin Melayu yang dapat menyatukan orang Melayumelalui politik (UMNO). Oleh itu beliau berharap Dato' Onnmeneruskan usahanya memimpin orang Melayu sepertiungkapannya:

Pimpinlah kami dengan gagahsampai kembali nama yang gahbilakah dengan cekangbumiputera ada di belakang

Ambillah gerakan penganjur bestarimembela bangsa di seluruh negeribagaimana pemimpin di dalam duniabekerja ke jurusan bahagia.

115

Page 127: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Nota

1. Abdul Latiff Abu Bakar, Abdul Rahim Kajaj.: Wartawan danSasterawan Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1985).

2. Abdul Latiff Abu Bakar, Ishak Haji Muhammad: Penulis dan AhliPolitik (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1977).

3. Abdul Latiff Abu Bakar, "Ibrahim Haji Yaakob: Kegelisahandan Impian Seorang Pejuang Melayu," dalam Imej dan Cita-cita(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982).

4. Agastja, "Wakil Melayu dalam Federal Council" Warta Ahad,29 Mac 1936, 5.

5. Ibid.

6. Silawatan, "Wakil-wakil Melayu," Majlis, 18 Jun 1937, 10.

7. Silawatan, "Wakil-wakil Melayu dalam Masyarakat," Majlis,11 Jun 1936, 1.

8. Silawatan, "Adakah Negeri Bersekutu Demokrasi," Majlis, 30Julai 1937, 3.

9. Abdul Latiff Abu Bakar, Puisi Kebangsaan (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987).

116

Page 128: Document2

GerakanIslahIslamiah:KajianTerhadapTiga TokohPelopornya

M O H D . SARIM HAJI MUSTAJAB

SEHINGGA kini para cendekiawan dan sejarawan yang mengkajitentang sejarah Islam dan kebangkitan arus nasionalisme di kalanganorang-orang Melayu sepakat bersetuju bahawa semangat nasionalismedi kalangan orang-orang Melayu di rantau ini khususnya di Malayatercetus ekoran dari kegiatan golongan intelek Melayu berpendidikanagama. Kelahiran majalah Al-lmam pada tahun 1906 dan tercetusnyaperselisihan pendapat di antara ulama Kaum Muda dan Kaum Tuamenjadikan senario agama di Tanah Melayu begitu kompleks sekali.Berkaitan dengan hal ini juga umum bersetuju bahawa Gerakan IslahIslam yang bertiup di Alam Melayu pada zaman sebelum perar.g,diilhami oleh gerakan pembaharuan atau fundalimentalisme yangberlaku di Mesir, dipelopori oleh tiga orang tokoh pembaharu Islamseperti Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan

117

Page 129: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Muhammad Rashid Ridha. Percambahan idea yang munculekoran dari buah fikiran tokoh-tokoh ini menambah rancakkanlagi suasana dan iklim beragama umat Islam di Asia Barat.

SEBAGAIMANA juga dengan keadaan di Asia Barat, alamMelayu turut merasai tempias gagasan Islah tersebut dan tokoh-tokoh yang menjadi pelopor penyebaran idea Islah itu terdiridaripada tiga orang intelek Melayu berpendidikan agama yangsecara kebetulan berada di Singapura. Gabungan tenagadaripada tiga orang ulama iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin, HajiAbbas bin Mohd Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi menjadikanjeritan Islah yang dilaung-laungkan itu dapat berkembang jauh.Walaupun terdapat perbezaan dari segi latar belakangpendidikan, pengalaman, dan pendedahan di antara ketiga-tiga orang tokoh ini, ternyata terdapat satu persamaan rasadan komitmen mereka khususnya dalam memperkatakan soalpembaharuan di dalam Islam. Memandangkan peri pentingnyaperanan ketiga-tiga tokoh ini dalam merealisasikan gagasanbaik di Tanah Melayu ataupun di Nusantara, maka artikel iniakan melihat secara terperinci latar belakang serta kegiatanketiga-tiga tokoh ini.

DI antara ketiga-tiga tokoh ini, Syeikh Tahir Jalaluddin bolehdianggap paling terkemuka. Kegigihan beliau dalam menyuara-kan gagasan Islah ini terjelma ekoran dari perhubungan beliausecara langsung dengan tokoh-tokoh Islah di Mesir sepertiSyeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Ridha.Beliau jugalah yang telah memperkenalkan Hj. Abbas MohdTaha dan Syed Syeikh Al-Hadi kepada tulisan-tulisan sertaperjuangan Muhammad Abduh dan Rashid Ridha. Walaupundari segi pendidikan, Syeikh Tahir Jalaluddin lebih kukuhkedudukannya, ternyata di antara Hj. Abbas Taha dan SyedSyeikh al-Hadi semangat Islah Islam mereka itu tidak banyakberbeza. Terdapat persamaan rasa dan komitmen apabila soalIslah diperkatakan. Sebagaimana dengan Syeikh Tahir, Hj.Abbas, dan Syed Syeikh Al-Hadi banyak mengabdikan diri

118

Page 130: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

mereka dalam bidang penulisan dan penerbitan, baik dalambentuk buku, akhbar, mahupun majalah. Melalui media cetakfikiran dan pandangan mereka dapat berkembang jauh. Dandalam melaksanakan tugas menyebar, mendidik, serta meng-kritik masyarakat Melayu serta pemimpin agama yang terlaluleka dengan persoalan bidaah, taklid buta, serta kelalaian dalammenyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap agama danbangsa, ketiga-tiga tokoh ini telah dicap dengan pelbagai labelseperti "kaum sesat", "Wahabi", "Kaum Muda", "Kaum Al-Manar", dan sebagainya. Tidak kurang pula dalam proses mem-pertahankan pendirian mereka, tokoh-tokoh ini sering kalidiheret ke dalam perbahasan atau perdebatan masalah agamayang muncul ketika itu. Yang jelasnya ialah penglibatan pelopor-pelopor gerakan Islah ini dalam majlis-majlis muzakarahtersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada gerakan danarus nasionalisme yang mula bertiup kencang di Tanah Melayu.

Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-FalakiKEGIATAN Islah yang begitu hebat berlaku di Mesir turutmempengaruhi Syeikh Tahir Jalaluddin, seorang penuntut Jawiyang datang ke Al-Azhar waktu itu untuk meneruskanpengajian agamanya. Konsep Islah yang diperjuangkan olehSyed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh di Mesiritu menarik minatnya untuk mendalami pengetahuannya dalambidang itu. Beliau juga digelar sebagai Syeikh Tahir Jalaluddinal-Azhar.1 semata-mata untuk menghubungkan beliau denganinstitusi pendidikan yang dipelajarinya.

LAHIR di Kota Tua, Ampek Angkek, Bukit Tinggi, Minang-kabau di Sumatera Barat pada tahun 1869, beliau menjadiyatim tatkala umurnya dua tahun. Ayahnya Tuan AhmadJalaluddin seorang guru agama, ketika terjadi perjuangan

119

Page 131: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

menentang adat Jahiliyah di Minangkabau.2 Begitu juga ibunya,Tuanku Nan Rancak, meninggal sewaktu umurnya lapan tahun.Setelah beberapa waktu tinggal bersama emak saudaranya, padatahun 1297, beliau kemudian dihantar ke Mekah untukmempelajari ilmu agama Islam dan di sinilah beliau tinggalbersama-sama saudara sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yangmenjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di masjidil Haram.3

Syeikh Ahmad Khatib4 adalah seorang guru yang ditauliahkanuntuk mengajar masyarakat Jawi di Mekah.

SELAMA dua puluh tahun menuntut ilmu agama di Mekah,Syeikh Tahir Jalaluddin berkesempatan bertugas sebagai seorangSyeikh Haji atau Pilgrim Broker dan juga sebagai Mutawif atauPilgrim Guide bagi orang-orang Jawi yang hendak menunaikanibadat Haji, terutama mereka yang datang dari daerah Medan,Deli, Langat, Serdang (Sumatera Timur), Batu Bhara, Lesahan,dan Minangkabau.5 Tatkala menghantar pulang orang-orangHaji itu beliau berkesempatan membawa turun kitab-kitabagama dari Mekah untuk dijual di Pulau Pinang. Pernah dalamtahun-tahun sebelum beliau melanjutkan pelajarannya ke Al-Azhar, beliau telah berkahwin dengan dua orang gadisMinangkabau, bagaimanapun perkahwinan itu singkat usianya.6

Pada tahun 1893 Syeikh Tahir melanjutkan pelajarannya keMesir dalam bidang ilmu falak. Selama empat tahun di Mesirfikirannya mula terbuka untuk memahami konsep Islah SyedJamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.

BELIAU juga sempat bersahabat dengan pengikut Abduh yangterkenal iaitu Muhammad Rashid Ridha, yang menerbitkanmajalah Al-Manar.1 Tamat pengajiannya di Al-Azhar, Syed Tahirkembali ke Mekah dan selama dua tahun mengajar guru-guruagama di bandar suci itu tentang ilmu falak.8 Pada waktuinilah dipercayai beliau mengambil kesempatan mengajar danmenyemai fahaman pemodenan Islam ataupun konsep IslahIslam, kepada penuntut-penuntut ]awi yang datang menadahldtab di Mekah dan ini dengan sendirinya memberi kesan

120

Page 132: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

kepada perjuangannya untuk menggerakkan Islah Islam diNusantara, khususnya di Tanah Melayu.9

DIKATAKAN bahawa beliau datang ke Tanah Melayu padatahun 1899.10 Semasa berada di Tanah Melayu, beliau kerapkali belayar berulang-alik ke Mekah dan Mesir sama adamembawa bakal-bakal haji ataupun untuk menguruskanperniagaannya di Singapura serta juga di Pulau-pulau Riaudan Sumatera Timur." Pada mulanya kedatangan beliau kePerak untuk menghadiri perbicaraan di Taiping tetapi lepas itubeliau terus menetap dan berkahwin di Kuala Kangsar, Perakpada 28 September 1899.12 Pada tahun berikutnya keranakealimannya dan juga disebabkan keahliannya dalam ilmu falak,beliau akhirnya dilantik oleh Sultan Perak untuk menjadiPemeriksa Kiblat Masjid13 di negeri itu dan diberi kuasamengarah Penghulu, Kadi, dan Naib Kadi di Perak supayamenurut aturan Kiblat yang telah ditetapkannya. Di sampingitu pula pada tahun 1902 beliau mencuba nasibnya dalamlapangan perniagaan, bersama-sama dua orang teman HajiAbdul Jame dan Haji Yusof bin Syeikh Batu Mandi, beliaumem-buka kedai kain di bandar Taiping. Setahun lepas itukedai itu terpaksa ditutup kerana rugi dan pecah kongsi.14

Kealiman Syeikh Tahir dalam ilmu agama menyebabkan Sul-tan Perak berkenan melantik beliau menjadi Ahli MesyuaratOrang Besar-besar dan Ulama Perak.15

KECENDERUNGANNYA untuk belayar menarik beliau sekalilagi ke Singapura untuk meneruskan pekerjaan lamanya sebagaiPilgrim Broker. Semasa di Singapura beliau berkesempatanmenghubungi beberapa orang kaya di Kota Singa itu untukmenerbitkan majalah Al-Imam. Begitu juga hubungan rapatyang sering dilakukan antara Singapura dan Mesir berke-mungkinan besar memberi peluang kepadanya untuk men-dalami pengetahuan tentang fahaman Islah Abduh serta jugamemberi kesempatan kepadanya mengadakan hubungandengan Rashid Ridha.16

121

Page 133: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGALAMANNYA di Johor dikatakan paling lama. Padatahun 1907 beliau dijemput ke Johor untuk mengajar beberapaorang hakim Johor mengenai perundangan Islam.17 Di antarahakim-hakim yang mendapat petunjuk termasuk Engku OmarAhmad; Engku Che Ismail Ahmad, dan Engku Abdul Rahmanserta beberapa orang Hakim Johor, beliau dipilih oleh SultanPerak untuk mengiringi baginda sebagai imam raja.18 Pada tahun1914 beliau bertugas semula di Johor sebagai guru agama diSekolah Ugama Johor Bahru dan menjadi pemeriksa pelajaranAgama untuk daerah Muar dan Batu Pahat.19 Dalam jangkamasa antara 1918-1920 beliau dipanggil oleh temannya SyedSyeikh Al-Hadi untuk menjadi guru di Madrasah al-MasyhurPulau Pinang bersama-sama seorang tokoh Islah, SyeikhAbdullah Maghribi.20

PEMBERHENTIAN Syed Syeikh Al-Hadi sebagai MudirMadrasah itu membuka hatinya untuk berkhidmat semula diJohor, kali ini ke Muar untuk menjadi guru agama di SekolahArab Parit Jamil21 dan tatkala melawat Sumatera pada bulanJulai 1928 beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan olehBelanda di Bukit Tinggi selama enam bulan kerana disyakimenghasut penduduk daerah itu supaya menentang Belanda.22

Bagaimanapun enam bulan selepas itu beliau dibebaskan sebabtidak ada bukti beliau terlibat. Pembebasan itu membawa beliausemula ke Johor dan kali ini diberi jawatan sebagai guru ilmufalak di Jabatan Agama Johor.23 Pada masa inilah beliau telahdihubungi oleh beberapa orang tokoh pendidik Muhamadiyahseperti Yunos Abdul Hamid supaya beliau datang ke Medandan memberikan pandangannya mengenai SekolahMuhammadiyah di negeri itu.24 Di samping itu beliau jugapernah memegang jawatan pengarang akhbar Saudara sehingga1934 selepas kematian teman karibnya Syed Syeikh Al-Hadi.25

SEPANJANG hidupnya Syeikh Tahir telah mengabdikan dirinyauntuk menyebarkan cita-cita Islah Islam di kalangan umatIslam, bukan sahaja di Tanah Melayu, malah juga di Nusantara.

122

Page 134: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

Kepercayaannya kepada kemurnian cita-dta Islah yang di-dukung oleh al-Afghani, Abduh, dan Ridha di Mesir, meng-ilhamkan beliau untuk menerbitkan Al-Imam. Kemunduranmasyarakat Islam yang dilihat rata-rata di Nusantara meyakin-kan beliau bahawa jalan penyelesaian untuk mengatasi masalahitu ialah dengan cara mengemukakan pandangan Islah terhadapagama Islam yang dirasakan menjadi punca segala kekeliruandan kelemahan itu.26 Beliau merasa bahawa umat Islam dirantau ini memerlukan pimpinan sebagaimana juga dengansaudara Islam mereka di Asia Barat. Dengan cara ini, beliauyakin kelemahan dan kemunduran itu dapat diatasi. Begitujuga dalam segala aspek tindak-tanduk, beliau senantiasa mem-buka fikirannya untuk menerima dan menganalisis masalahyang dihadapi oleh masyarakat Islam dengan cara rasional ber-dasarkan lunas-lunas ajaran Islam yang murni.27 Sebaliknyapula Syeikh Tahir juga tidak takut-takut mempertahankanIslam dari dipengaruhi dan diracuni oleh pandangan-pandanganagama yang dikatakan bertentangan dengan ajaran al-Qurandan Hadith serta juga pandangan-pandangan agama yangmenyeleweng dari amalan ahlil sunnah waljamaah.28

UMUMNYA dapat dikatakan bahawa sebahagian besardaripada konsep Islah yang dikemukakan kepada masyarakat,tersiar melalui majalah dan akhbar Islah yang terbit waktu itu.Salah satu dari yang penting ialah majalah Al-Imam, bila manabeliau sendiri pernah menjadi pengarangnya.29 Di dalam sebuahrencana yang diterbitkan oleh majalah itu beliau cubamenganalisis faktor-faktor yang menyebabkan kelemahanmasyarakat Islam. Beliau melihat bahawa salah satu faktorpenting menjadi punca kejatuhan umat Islam di sebelah Timurini ialah kerana mereka tidak mematuhi ajaran Islam sebenar-nya.30 Sebilangan besar umat Islam dilihatnya mengamalkanperkara yang terang-terang ditegah oleh Islam di sampingmemperkecil-kecilkan perkara yang disuruh oleh agama. Dilihatjuga bahawa kelemahan itu berpunca dari penyalahgunaankonsep "kada dan kadar",31 terutama mereka yang menggelar

123

Page 135: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

diri guru agama. Penyalahtafsiran inilah juga dianggap sebagaipunca yang menjumudkan keinginan individu Islam itu untukmenjalankan aktiviti memperbaiki hidupnya.

DI dalam rencana mengenai kada dan kadar yang diketengah-kan itu beliau menerangkan bahawa kejayaan manusia di dalamdunia sebenarnya berpunca dari usaha dan ikhtiarnya dan tidakada kaitan sama sekali dengan faktor kada dan kadar.32 Sikapseorang Islam yang baik itu, yang kerap ditekankannya ialahtidak menyerah secara pasif kepada apa yang datang dan ber-anggapan apa yang terjadi kepada mereka itu sebenarnya kudratkuasa Tuhan semata-mata. Malah ditegaskan seorang ituhendaklah senantiasa menjalankan kegiatan sebagaimana yangdikehendaki oleh Tuhan.33 Manusia sebenarnya bertanggung-jawab kepada segala perbuatannya dan juga kepada segala per-kara yang memberi kepentingan kepada masyarakat. Jika ke-gagalan yang dihadapi maka itu adalah kesalahan dirinya sendiriyang tidak boleh dielak. Untuk menguatkan hujahnya, beliaumemetik ayat dari al-Quran yang bererti Tuhan tidak mengubahnasib manusia tetapi manusia sendiri yang mengubahnya.34

SETERUSNYA dijelaskan, Islam tidak mengajar bahawa semuaperkara yang berlaku kepada manusia adalah perintah mutlakdaripada Tuhan. Ditekankan seseorang Islam itu seharusnyadapat menentukan dan membezakan di antara kepercayaankepada paksaan (Jabr) dengan kepercayaan kepada konsepkada. Di antara dua konsep itu beliau menerangkan bahawakeperGayaan kepada kada dan kadar itu sebenarnya tulen.35

Dengan kada dan kadar diertikan bahawa segala perkara yangberlaku dalam dunia ini sebenarnya berlaku atas faktor sebabdan akibat dan Tuhan dalam proses ini cuma menjadi tenagapenggeraknya sahaja. Keputusan manusia sebenarnya pentingdalam hal ini. Sebagai individu, manusia bebas melakukansesuatu dan Tuhan memberikan mereka pemikiran serta rasuluntuk memimpin dan memberi petunjuk, bagaimana sesuatuitu patut dilaksanakan. Kepercayaan kepada kada dan kadar

124

Page 136: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

ini sebenarnya adalah satu hakikat kepercayaan bahawasekiranya manusia bertindak dengan cara yang benar dan betulmaka Tuhan senantiasa bersamanya. Dalam hal ini manusiaseharusnya jangan bersikap pasif malah sebaliknya kepercayaanitu seharusnya menggerakkan manusia untuk menjalankankegiatan yang boleh memajukan hidup mereka.

SELAIN daripada Al-Imam terdapat beberapa buah akhbar danmajalah lagi yang banyak menyiarkan rencana Islahnya.Antaranya ialah Al-Ikhwan, Semangat Islam, Saudara, dan sedikitdalam Bumiputera, kesemuanya diterbitkan di Pulau Pinang.Manakala di Kelantan pula sebilangan besar rencananya turuttersiar di dalam majalah Pengasuh. Hubungan persahabatanmesra yang terjalin antara Syeikh Tahir dengan PengarangPengasuh iaitu Haji Muhammad Said, memungkinkanpenerbitan rencananya di dalam majalah itu. Malah bolehdikatakan Haji Muhammad Said kerap berhubung dengaSyeikh Tahir untuk mendapatkan pandangan beliau jikaterdapat beberapa masalah agama yang dihadapinya.36

KETEGASAN Syeikh Tahir dalam mengemukakan cita-citaIslahnya tidak terhenti setakat itu malah selepas Al-lmamdiberhentikan penerbitannya beliau menulis pula di dalam Al-Ikhwan sebuah lagi majalah Islah yang diterbitkan oleh SyedSyeikh Al-Hadi di Pulau Pinang pada tahun 1926.37

Rencananya yang bertajuk "Membetulkan Perjalanan Ugamaatau Peraturan Perjalanan kaum Islam", disiarkan secara bersiridi dalam Al-Ikhwan. Keradikalan dan keberanian beliausebagaimana yang dimanifestasikan di dalam rencana ituakhirnya menimbulkan suasana pertentangan di antara beliaudengan beberapa orang ulama yang bertugas di Institusipentadbiran agama yang terdapat di Tanah Melayu waktu itu.

SELAIN memperkatakan soal agama di dalam tulisannyaSyeikh Tahir juga turut memperkatakan tentang soalpendidikan atau pelajaran untuk orang-orang Melayu. Beliau

125

Page 137: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

berpendapat bahawa salah satu cara untuk mengatasi kelemah-an orang Melayu ialah dengan cara meninggikan lagi mutuilmu pengetahuan mereka. Pandangan beliau mengenai peripentingnya pendidikan disuarakan di dalam satu rencana yangditulisnya dalam akhbar Saudara (21 Mac 1934), beliaumengatakan:

. . . bahawasanya hidup sesuatu umat yang sunyi daripadapelajaran adalah ia seperti keadaan gambar yang bergerak yangditunjukkan dalam wayang gambar, ditengok akan dia berjalanpergi mari mundur mara, berkerut kening masam muka, menangismeratap senyum gelak-gelak suka ria tetapi gambar itu tiadalahia kenal keadaan dirinya ada. Apatah lagi akan gerak gerinyadiam tetapnya maka yang demikian ialah perumpamaan hidupsesuatu bangsa atau umat yang tiada baginya pelajaran samasekali. . . .

Dalam konteks ilmu pengetahuan inipun beliau menegaskanbahawa pelajaran yang dimaksudkan:

Bukanlah kita jumlahkan daripada pelajaran-pelajaran yangdikatakan (menuntut ilmu Allah) sebagaimana di pondok-pondok dan surau atau di serambi-serambi mesjid itu tapiyang kita maksudkan iaitu pelajaran-pelajaran yang sebenar-sebenarnya Islam menuntut dan memahamkan hukum-hakam dan pengetahuan-pengetahuan adab dan ketukangan,kepandaian di dalam perusahaan perniagaan dan pergaulanhidup serta ubat-ubatan jua sebagaimana yang dapat dikenalidaripada tawarikh-tawarikh dan kitab-kitab pengetahuan Is-lam ini semenjak kezahirannya di dalam pimpinan yangdibenarkan dan disukai oleh tuntutan agama yang sebetul-sebetulnya dahulu dan sekarang.

PANDANGAN Syeikh Tahir tentang pendidikan ini, amat jauhsekali berbeza dengan pandangan ulama yang menjalankanpentadbiran agama baik di pejabat agama mahupun di MajlisAgama Islam Negeri. Sudut pandangan yang progresif inimembezakan beliau daripada ulama lain dewasa itu.

126

Page 138: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

Haji Abbas Bin Mohd. TahaPADA bulan Mac 1908 tatkala pengurusan matbaah Al-Imambertukar tangan, Haji Abbas Taha ditugaskan untukmengendalikan majalah itu sebagai pengarang,38 malah sebelumpertukaran itu pun beliau pernah bertugas sebagai penolongpengarang, membantu Syeikh Tahir Jalaluddin ketika ulamaitu belayar ke luar negara. Dapat dikatakan persahabatannyadengan beberapa orang tokoh Islah di Matbaah itu membukafikirannya untuk terus berjihad menyebarkan cita-dta Islah dikalangan umat Islam di Tanah Melayu. Penerbitan akhbarNeracha39 pada tahun 1910 dan turuti pula dengan kemunculanmajalah Tunas Melayu40 pada tahun 1913 meletakkan beliausebagai seorang ulama dan tokoh Islah yang berjayamenyambung semangat Islah Islam yang diasaskan oleh Al-Imam.

TIDAK banyak yang ditemui berkenaan latar belakanghidupnya. Beliau dikatakan lahir di Tanjung Pagar, Singapurapada tahun 1885 dan sejak kecil lagi dihantar oleh ayahnyamenuntut ilmu agama di Mekah al-Mukarramah sehingga tahun1905 apabila beliau kembali semula ke Singapura.41 Sebelumbertugas sebagai pengarang Al-Imam beliau pernah bekerjasebagai guru agama. Selain dari itu beliau juga turut menyan-dang jawatan Imam Masjid, Tanjung Pagar.42 Keaktifannyamenyuarakan konsep Islah Islam ini menarik perhatianmasyarakat Islam ketika itu sehingga apabila Al-Imam mem-berhentikan penerbitannya beliau dilantik menjadi Kadi bagikawasan Tanjung Pagar, Singapura.43

KEMUNCULAN akhbar Neracha mendapat sambutanmasyarakat Islam bukan sahaja di Singapura malah akhbar ituturut dibaca pembaca-pembaca di Negeri-negeri Melayu sertajuga oleh umat Islam di Mekah.44 Begitu juga halnya denganTunas Melayu, penerbitannya disambut oleh masyarakat Melayusebagai majalah yang pertama sekali memuatkan blok gambaruntuk hiasan halamannya. Dipercayai melalui kedua-dua pe-

127

Page 139: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

nerbitan ini, beliau berjaya memperhebatkan pelaksanaan cita-cita Islahnya. Mengenai kecenderungan Haji Abbas Taha,seorang penulis mengatakan:

Like Syed Syeikh, he a stounch advocate of modernism in Islam.He was a prolific writer. In his, editorials, Tuan Haji Abbas fre-quently emphasised that Islam was a dynamic religion and wasnot opposed to progress. He urged the necessity of reform andthe adjustment of the Malays to modern needs. . . . To TuanHaji Abbas the salvation of the Malays lay in Islam. He attrib-uted their backwardness to the fact that they had been neglect-ing the teaching of their religion.45

KESEDARANNYA kepada kedudukan pelajaran anak-anakMelayu yang begitu jauh ketinggalan ke belakang mendorongbeliau untuk menulis sebuah buku bertajuk Kitab SempurnaanPelajaran, terbit pada tahun 1906 oleh Matbaah Al-lmam.46

Dibanding dengan Syeikh Tahir, beliau tidak banyakmenghasilkan karya-karya yang bercorak agama, bagaimanapun,pandangan Islahnya senantiasa dikemukakan melalui akhbardan majalah yang banyak terdapat waktu itu.47 Kekeliruanyang selalu timbul di kalangan pemimpin-pemimpin Islam,terutama mengenai sesuatu fatwa mengilhamkan beliau untukmencadangkan penubuhan sebuah Persekutuan ulama KaumSemenanjung pada tahun 1936.48 Penubuhan Persekutuan itudirasakan boleh menolong mengatasi masalah agama umatIslam istimewa mengenai perkara-perkara yang seringdiperselisihkan oleh ulama yang digelar pada masa itu sebagaiKaum Muda dan Kaum Tua. Bagaimanapun rancangan ituterpaksa diabaikan setelah timbul tentangan dari golongan yangtidak bersetuju dengan rancangan tersebut.49 Pada tahun 1937sewaktu memegang jawatan kuasa Kadi Besar, Singapura, beliautelah diminta oleh ulama Haji Wan Musa, bekas muftiKelantan, supaya datang ke Kota Bharu untuk turut sertadalam perbahasan mengenai masalah Jilatan Anjing yang akandiadakan di bandar itu. Kesanggupan Haji Abbas Taha untuk

128

Page 140: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

mempertahankan konsep Talfiq di dalam bertaklid yangdikemukakan oleh Hj. Wan Musa itu meyakinkan kita tentangkepercayaannya terhadap konsep keislaman agama. Hasildaripada perdebatan yang diadakan di Kota Bharu beliaubersama-sama Haji Wan Musa telah menerbitkan sebuah risalahbertajuk, Risalah Penting pada Masalah Jilatan Anjing di atasEmpat Mazhab, diterbitkan di Singapura pada tahun 1937.50

Sebahagian besar daripada isi buku itu menyentuh pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh ulama-ulama daripada empatMazhab.

UMUMNYA dapat dikatakan, sebagai seorang ulama IslahHaji Abbas Taha telah membuktikan keberaniannya melawanapa saja gejala yang dilihatnya sebagai menyalahi ajaran al-Quran dan Hadis. Malah rencana-rencana yang ditulisnya didalam Neracha membuktikan betapa beliau tidak sanggupbertolak ansur dengan perkara-perkara yang boleh menjatuhkankeutuhan agama Islam.

Syed Syeikh Al-HadiMEMANG sudah ada beberapa penulisan mengenai tokoh ini.51

Kepentingannya dalam konteks ini terletak kepada fungsi yangdipegangnya untuk menyebar dan mempergiatkan cita-dta IslahIslam. Di samping Syeikh Tahir Jalaluddin beliau boleh dikata-kan tokoh Islah yang paling vokal menyuarakan kritiknyabukan saja kepada pemimin-pemimpin agama, malah kritiknyaturut ditujukan kepada pemimpin masyarakat Melayu yanglalai dan alpa dalam menyempurnakan tugas mereka kepadamasyarakat.52 Lahir di kampung Hulu, Melaka, lebih kurangpada tahun 1862, dari keturunan Arab-Melayu, sejak kecillagi beliau dihantar ke Sekolah Melayu Negeri-negeri Selatdan kemudian beberapa tahun, dihantar pula belajar ilmuagama di Kuala Terengganu.53

129

Page 141: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

KETIKA umurnya meningkat empat belas tahun, Syed Syeikhdibawa oleh ayahnya ke Pulau Penyengat di Riau di sinilahbeliau dijadikan anak angkat Raja Ali Kelana iaitu saudarakepada Sultan Riau. Riau yang sejak awal abad ke-19 terkenalsebagai pusat kegiatan agama Islam, memberi peluangkepadanya untuk memperdalami lagi pengetahuan agamanya.54

Dikatakan melalui seorang ulama, Tuan Haji Hussein beliauberkesempatan mempertajamkan penge-tahuan agamanya.55

DI Riau selain bertugas menjaga rumah wakaf yang diperuntuk-kan kepada pelawat yang datang ke negeri itu, Syed SyeikhAl-Hadi berkesempatan membuka sebuah PersekutuanRashidiyah,56 iaitu sebuah kelab yang menggalakkan minatmembaca di kalangan ahlinya. Hubungan rapat dengan keluargadiraja Riau memberi peluang kepadanya melawat Mesir danMekah al-Mukarramah.57 Besar kemungkinan pada waktu itubeliau berkesempatan menemui Syeikh Tahir Jalaluddin yangtatkala itu menjalankan aktiviti sebagai Pilgrim Broker danMutawif Haji. Tidak jelas sejauh mana Syed Syeikh berjayamemperdalami konsep Islah yang diperjuangkan olehMuhammad Abduh ataupun berkesempatan mempelajari cita-cita Islah daripada pemimpin itu, bagaimanapun seorangpenulis yang pernah hidup sezaman dengannya dan menjaditeman karib mencatatkan.58

Ialah seorang daripada mereka dari Tanah Melayu yang telahdapat bertemu dengan Al-Ustaz al-Hakim al-Syeikh Mohd. Abduhal-Masri, tatkala lawatannya ke sana dan ia seorang daripadayang sangat menghargakan ajaran-ajarannya dan fikiran-fikiranbeliau dan guru beliau Syed Jamaluddin al-Afghani yang telahmengubahkan muka fikiran alam Islam semenjak empat puluhtahun dahulu.

TIDAK dapat dinafikan, di Asia Barat inilah beliau berke-sempatan memperdalami pengetahuannya tentang dta-dta Islahitu. Pada'tahun 1901 Syed Syeikh ditugaskan oleh Raja AliKelana, untuk menguruskan perusahaan kilang batu-bata diPulau Bantam yang dinamakan Bantam Bricks Works.59 Tatkala

130

Page 142: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

berkhidmat di Singapura beliau berkesempatan mengemukakanpandangan Islahnya melalui majalah Al-Imam majalah Islahyang pertama kali diterbitkan di Pulau itu. Kejatuhan masya-rakat Islam yang dilihat sekelilingnya sewaktu berada di Singa-pura membuka fikirannya untuk menulis agar dengan cara itumasyarakat akan sedar tentang kelemahan-kelemahannya.

WALAUPUN beliau bukan seorang yang berkaliber alim sepertiSyeikh Tahir Jalaluddin tetapi kecekapannya untuk menulissecara berkesan memberi peluang kepadanya untuk memuatkanrencana-rencana Islah di dalam majalah itu. Rencana bersiriyang ditulisnya di dalam Al-Imam bertajuk "Pemeliharaan danPelajaran"60 berjaya dicetak semula dan dibukukan. Begitu juga"Tarikh Al-Islam" rencana yang muncul secara bersiri akhirnyaditerbitkan semula di dalam majalah Al-Ikhwan pada tahun1926.61 Selain menerbitkan rencana-rencana agama beliau turutmenterjemahkan rencana Muhammad Abduh seperti "Puji YangSebenar Makanan Nyawa Manusia" dan Syeikh MuhammadAbduh, "Ral-Syarif Kemuliaan dan Kehormatan". Kedua-duarencana turut diulang cetak di dalam Al-Ikhwan serta jugadimuatkan di dalam buku yang dieditkan iaitu HadiahKebangsaan.62 Besar kemungkinan kecenderungan menterjemahini juga yang mengilhamkan beliau untuk terus menterjemahsiri cerita mata-mata gelap yang digelar Cerita Rokambul.63

KESEDARAN Islah Syed Syeikh begitu jelas kelihatan dalamrencana yang ditulisnya di dalam Al-Imam bertajuk "MenuntutKetinggian Akan Anak-anak Negeri".64 Rencana ini berjayamencakup faktor-faktor yang menjadi punca kelemahan dankejatuhan umat Islam. Amalan khurafat umat Islam dan sikapstatis pemimpin agama dan sekular waktu itu, dikritiknya sebagaipunca menimbulkan keadaan kejatuhan masyarakat Melayu.

KEALPAAN pemimpin masyarakat dalam memberi pimpinankepada anak negeri, dilihatnya sebagai faktor yang melemahkankeinginan umat Islam untuk bangun dan bertanding dengan

131

Page 143: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

bangsa Cina yang berhijrah di tanah air mereka. Pembesar-pembesar dan raja-raja Melayu dikritik sebagai golongan yangsuka kepada keseronokan, menindas orang miskin dengan caramenghabiskan harta benda mereka serta menghabiskan se-bilangan besar waktu mereka dengan jalan minum danberjoget.65 Di dalam rencana itu beliau seolah-olah mengingat-kan umat Islam bencana yang akan dihadapi oleh orang-orangMelayu, sekiranya mereka tidak mengubah sikap malas danstatis mereka itu. Mengenai hal ini dijelaskan:

Patutlah kita sekarang mengambil ibarat dengan barang yangtelah jadi atas kaum kita pada masa yang lalu dan pada masasekarang di dalam negeri kita dan tanahair kita dan watan kitayang dikasihi. Awal dahulu kediaman bangsa Melayu dan Arabdi Singapura di dalam masa suku kurun yang lalu sebelahjambatan besi (High Street) dan sebelah Cross Street dansekelilingnya. Maka apabila naik sahaja sewa rumah keranameriurut kenaikan harga rumah dan tanah, undurlah sekaliannyakesebelah Tanjong Pagar dan Kampung Glam. Maka diturut olehlumrah negeri kepada kedua tempat itu larilah pula kebanyakkanmereka itu ke Gelang dan seumpamanya. Dan jika diturut pulaoleh lumrah negeri lagi akhirnya kelak entah terpaksa kita sekelianlari hingga ke Pulau Puah-puah atau tempai segala orang yangbertelanjang. Apa sebabnya kepada kita hal yang demikian itu?Tidak syak lagi daripada sebab malas dan lekas meninggalkanilmu dan amal serta gemar kita akan tiap-tiap sesuatu itu kulitnyasahaja dan bergantung kita dengan segala angan-angan dan karut-karut dan meninggalkan masuk kepada satu rumah itu daripadapintunya dan meninggalkan menuntut akan tiap-tiap sesuatu itudengan sebabnya. Sesiapa yang berkehendak akan harta atausebagainya pergi ke kubur atau pada segala dajal yang buta lagimembisu atau sebagainya daripada pekerjaan yang berlariandengan suruhan Quran dan Syariat.66

RENCANA itu jelas membuktikan ketajaman penulisnya untuk

melihat bukan saja masalah yang dihadapi oleh masyarakat,

sebaliknya beliau seolah-olah dapat menunjukkan dengan tepat

punca yang menyebabkan masalah itu dan juga mencari

132

Page 144: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

penawar kepada menyelesaikan penyakitnya. Pada tahun 1909,disebabkan kesihatannya yang terganggu67 dan kebetulan pulaAl-lmam tidak lagi diterbitkan, Syed Syeikh berhijrah ke Johordan di sini berkhidmat sebagai Peguam Syariah. Beliau menutuppejabatnya pada tahun 1913 setelah diketahui dengan tetapbahawa kerajaan Johor akan menggunakan Undang-undangBritish bagi manggantikan Undang-undang Islam yang begitulama digunakan di negeri itu.68 Dikatakan pada penghujung1913 beliau kembali ke Melaka dan bersama-sama temankaribnya Haji Abu Bakar mendirikan sebuah sekolah di BandaKaba, bergelar Madrasah Al-Hadi.69 Disebabkan fahamanIslahnya, dan juga disebabkan suasana di Melaka yang begitubanyak dipengaruhi oleh ulama-ulama tradisional, beliauakhirnya memilih Pulau Pinang sebagai tapak untukmeneruskan perjuangannya membasmi khurafat dan bidaahdalam Islam. Dedikasinya terhadap ilmu pengetahuan danpengajaran Islam menarik beliau untuk berkhidmat sebagaiMudir Madrasah al-Masyhur, apabila madrasah itu ditubuhkanpada pertengahan tahun 1914. Semasa menjadi Mudir dimadrasah inilah beliau berjaya memanggil ulama-ulama Islahseperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Maghribiuntuk berkhidmat sama. Tidak syak lagi, al-Masyhur dan PulauPinang menjadi tempat yang paling selamat dan sesuai bagibeliau mempraktikkan cita-cita Islahnya. Syed Syeikh merasa-kan bahawa bidang karang-mengarang adalah lebih cocok untukmelahirkan idea-idea progresifnya. Lantaran itu beliau me-ninggalkan al-Masyhur dan menceburkan diri dalam lapanganpenulisan. Dikatakan dalam lapangan inilah beliau lebih berjaya.

SEBAGAI menunaikan cita-citanya untuk meneruskanperjuangan Al-Imam pada tahun 1926, Syed Syeikh bersama-sama hartawan Haji Abu Bakar, mula menerbitkan majalahAl-Ikhwan di Pulau itu.70 Media pengucapan yang dimilildSyed Syeikh waktu itu menyebabkan suara dan ajarannyaberkembang jauh. Pendukung-pendukung fahaman Islam yangkolot menyerang beliau melalui berbagai-bagai media dan Syed

133

Page 145: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Syeikh serta kawan-kawannya dengan berani menghadapi krisisitu. Al-Ikhwan dianggap oleh segolongan ulama di Tanah Melayusebagai majalah yang membawa aliran baru dalam Islam. BagiSyed Syeikh beliau harus berani menerima risiko dari tindakandan fikirannya yang bebas itu. Keadaan ini dijelaskan dalamrencana pendek berjudul "Kebebasan Perkataan Itu AlamatKemajuan Kaum".

Bermula yang dikehendaki dengan kebebasan perkataan itu ialahbahawa berkata-kata seseorang itu apa-apa jua yangdiiktikadkannya di dalam hatinya dengan tidak bermuka-mukaatau berkulum-kulum. Ertinya tidak ia berkata yang lain daripadaapa yang difikirkannya benar.71

BERDASARKAN ilmu pengetahuan dan kebebasan berfikirdengan menggunakan intelek, Syed Syeikh meneruskanjihadnya mencipta, menyadur, dan mendidik masyarakatnyamelalui majalah Al-Ikhwan. Dengan kekuatan penanya, SyedSyeikh menghasilkan bukunya yang pertama, Al-Tarikh al-Islamipada tahun 1922. Antara tahun 1925-1926 beliau menerbitkannovel saduran Hikayat Setia Ashek Kepada Maashoknya yanglebih dikenali dengan nama Hikayat Faridah Hanum.12 Kelahirannovel itu menjadikan beliau sebagai tokoh Islah yang palingkontroversial sekali. Orang-orang yang mengkritiknya melihatbeliau bukan saja sebagai juara Kaum Muda, malah kemunculanhikayatnya seolah-olah menggalakkan pula perdntaan bebasantara teruna dan dara.73 Faridah Hanum dikatakan menjadibuku laris waktu itu sehingga dengan keuntungan itu beliaubisa mendirikan percetakannya sendiri digelar The JelutongPress.74

KEJAYAAN Syed Syeikh Al-Hadi mendirikan Jelutong Pressmembuka peluang padanya melaksanakan dta-cita untukmenerbitkan akhbar Saudara. Melalui akhbar inilah beliauberpeluang memberi kesempatan kepada umat Islammengemukakan pendapat mereka di dalam ruang akhbar.

134

Page 146: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

Dalam konteks Gerakan Islah Islamiah di Tanah Melayu, ke-munculan Saudara dikatakan mempercepatkan lagi perselisihandi antara dua golongan yang terkenal waktu itu—kaum mudadan kaum tua. Pada tahun-tahun 30-an konotasi kaum mudabertambah hebat diperkatakan di ruang akhbar-akhbar Melayu,Saudara yang terkenal dengan aliran Islahnya dicap olehgolongan yang tidak bersetuju dengan keislahannya sebagaiakhbar kaum muda.75

KEBERANIAN Syed Syeikh mengemukakan pandangan-pandangan Islah, ini menjadikan seorang eksponen intelekMelayu yang sangat penting dalam tahun-tahun 20-an danawal 30-an. Kekuatan penanya menunjukkan ketokohannyadalam bidang kewartawanan. Malah hingga peringkat ini tentutidak keterlaluan jika beliau diklasifikasikan sebagai sasterawan-wartawan76 yang berjiwa Islah. Sebagai seorang tokoh yanglahir dari keluarga kelas menengah dan juga sebagai seorangSyed yang begitu dihormati oleh masyarakat Melayu waktuitu, maka ketokohannya sebagai ulama radikal dapatdipertahankan. Kedua, sebagai seorang yang hidupnya tidakbergantung kepada kerajaan, beliau bebas mengeluarkanpendapat-pendapatnya. Seperkara lagi yang memberi banyakkemudahan kepada Syed Syeikh ialah kedudukannya sebagairakyat Negeri Selat iaitu undang-undang dan peraturan tidaktertakluk di bawah perintah Sultan. Dengan demikian kecamanpedas yang dilemparkan terhadap alim ulama kolot sertasemangat keislahan yang menjalar dalam Al-Ikhwan, Saudara,dan buku-bukunya, bisa diterbitkan tanpa tekanan dari kerajaanNegeri Selat.77 Besar kemungkinan kerajaan Inggerismenganggap bahawa polemik antara kaum muda dan kaumtua merupakan perselisihan faham di kalangan orang-orangMelayu tentang pengajaran agama Islam.

SYED Syeikh meninggal di Pulau Pinang pada malam 20Februari 1934. Tatkala memperingati kematiannya, seorangpenulis menyatakan:

135

Page 147: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Syed Syeikh . . . seorang sahabat yang dikasihi yang apabilaseseorang kita duduk bercakap-cakap dengan dia tidaklah terasalagi perbezaan di antara tua dan muda. Hanyalah pahlawanyang berani dan perkasa yang telah membantingkan tulangnyadan segala kekuatan tenaganya pada hari-hari yang akhir daripadaumurnya ini bagi memperkatakan hak ugama Islam sejati danmenyedarkan orang-orang Melayu daripada kejahilan dankekolotan. Hanyalah sorang yang sungguhpun ianya bukan jadiMelayu tetapi telah menjadikan dirinya dan hatinya dan segalatujuan-tujuan hidup Melayu seMelayu-Melayunya . . . ia seorangdaripada mereka yang tiada ramai di negeri ini yang senantiasaterbakar hatinya oleh hiba dan insaf melihatkan kejatuhan orang-orang Melayu pada segala pihak medan kemajuan—dunia danakhirat.78

PENJELASAN di atas mengenai ketokohan tiga peloporgerakan Islah Islam sebelum perang membuktikan bahawawawasan Islah yang terpancar dari buah fikiran mereka telahberjaya menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islamkhususnya di Tanah Melayu. Kemunculan beberapa buahinstitusi pendidikan agama di Singapura, Pulau Pinang, danPerak sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, yang membawanafas pembaharuan ini dengan sendirinya menunjukkanbahawa kegiatan mereka sudah menampakkan kesan yangpositif. Walaupun sebelum perang tidak muncul satu organisasipolitik berlandaskan agama tetapi kemunculan beberapa buahorganisasi sosial dan syarikat-syarikat kerja sama di kalanganorang Melayu demi untuk meningkatkan kedudukan orang-orang Melayu dalam bidang sosial dan ekonomi dengansendirinya menunjukkan bahawa telah timbul kesedaran dankeinginan di kalangan mereka untuk mencari jalan bagaimanahendak meninggikan lagi kedudukan masyarakat Melayu yangselama itu begitu jauh ketinggalan ke belakang dibandingkandengan kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa-bangsa lain.Munculnya beberapa orang tokoh Islah yang lain di meratanegeri di Tanah Melayu yang turut memperjuangkan konsepIslah Islam selepas ini membuktikan bahawa masyarakat

136

Page 148: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

Melayu sudah mula menerima hakikat bahawa mahu tidakmahu, gerakan Islah Islam yang bertiup waktu itu merupakansatu angin perubahan yang tidak dapat ditahan lagi.Perkembangan selepas perang membawa banyak perubahan danimplikasi yang menakjubkan baik dari sudut sosio-ekonomidan juga politik.

137

Page 149: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Nota

1. Deliar Noer, The Modernist Muslim Movement in Indonesia 1900-1942 (Singapore: Oxford University Press, 1973), 34. Juga lihatv4J-Imam, Bil. 5, Jil. 1 (17 November 1906), 160.

2. Hamdan Hassan, Syeikh Tahir Jalaluddin Pelopor Pemikiran hlamdi Malaysia (Dewan Bahasa, Jil. XVII, Bil. 9, September 1973), 405-419; Deliar Noer, Modernist, 33; dan Hamka, Ajahku (Djakarta,Djajamurni, 1967), 232.

3. Hamdan, Syeikh Tahir, 408. Juga Syeikh Tahir Papers (SP10)1900-1958 (STP). Dikatakan beliau menuntut di Mekah selamatiga belas tahun. Di antara mata pelajaran yang dipelajarinya ialahNahu, Bayan, Maani (ilmu syair), Mantik, Tauhid, Fiqh, Usul Fiqh,Hadith, Hisab, Hisah Hindasah (ilmu kira-kira sukat menyukat),Hai-ah (ilmu bintang), dan ilmu falak (astronomi) [Sebahagian besarbahan mengenai Syeikh Tahir Jalaluddin terkumpul di dalamkumpulan Syeikh Tahir Papers dan disimpan di Arkib Negara Ma-laysia. Kebanyakan terdiri dari catatan harian yang ditulisnya sendiri,buku-buku, potongan akhbar, surat menyurat, gambar kitab, dansebagainya. Selanjutnya akan digunakan singkatan (STP)].

4. Untuk keterangan lanjut mengenai Syeikh Ahmad Khatib, lihatDeliar Noer, Modernist, 31-33.

5. STP "Catatan Latar Belakang dan Riwayat Hidup," n.d.

6. Ibid.

7. Lihat C. C. Adams, lslam and Modernism, 180.

8. STR "Catatan Riwayat Hidup", di dalam catatan mengenai riwayatdan pengalamannya beliau menyatakan tiga orang penuntut iaitu SyeikhKhalifah Ahmad an Nibhani, Syeikh Muhammad Djamil Djambi, danHaji Saad bin Fakih Abdu Daim dari Permatang Pauh, Seberang Prai,Pulau Pinang (meninggal di Mekah) pernah berguru dengannya.

9. Roff., Origins, 60-61.

10. STR "Catatan Riwayat Hidup."

11. Ibid.

12. Ibid. Di Kuala Kangsar beliau berkahwin dengan Aisah btHj. Mustafa bin Datuk Menteri. Dicatatkan bahawa perkahwinan

138

Page 150: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

itu turut dihadiri oleh Tuan Syeikh Muhammad al-Hiyat dan HajiKuzin Kelantan.

13. Lihat Surat Perlantikan, Sultan Perak (Sir Sultan IdrisMurshidil Aazam Shah K.C.M.G.) kepada Syeikh Tahir Jalaluddin,3 Oktober 1900, STP. Di dalam surat kuasa yang diberikan kepadaSyeikh Tahir, baginda menerangkan Syeikh Tahir sebagai seorang,"Who is learned religious man in every knowledge and Qiblah, andwe trust and empower him to go about and examine all mosqueand other places of Islamic worship in Perak and correct the Qiblah,wherever it is incorrect."

14. STP.

15. Lihat Surat Duli Yang Maha Mulis Sultan Perak kepadaSyeikh Tahir Jalaluddin, Bil. (5) dlm. "Sultan Perak 30/04, 10 Ogos1904". Beliau juga mencatatkan bahawa persidangan pertama orang-orang Besar dan Ulama Perak diadakan pada Sabtu 12 Ogos 1904,di Istana Iskandariah. Sekali lagi pada tahun 1943, beliau dilantikoleh Sultan Abdul Aziz, Perak untuk menganggotai JawatankuasaMajlis Orang Besar-besar dan alim ulama Perak, STP.

16. Lihat Al-Imam, Bil. 9 Jil. 2, (5 Mac, 1908), 291-293. Beliaudilaporkan oleh majalah itu telah belayar ke Mesir untukmenguruskan perniagaannya.

17. STP. "Diary 1909." Tugas itu dikatakan bermula pada hariAhmad 11 Julai, 1907 dengan bayaran gaji sebanyak seratus ringgitsebulan. Bagaimanapun tugas penting ini tidak lama dipegangnyakerana pada 3 Julai 1912 beliau menulis surat kepada Engku AbdulKhalid, Engku Omar Ahmad dan Engku Che Ismail, menyatakanniatnya untuk berhenti pada awal Ogos 1912.

18. Roff., Origins., 61-62. Beliau dijemput oleh Sultan Idris Perakke London untuk menghadiri istiadat kemahkotaan Duli Yang BesarKing George, tanggal 22 Jun 1911.

19. Lihat STP, "Catatan."

20. Ahmad Nawawi b. Muhamad Ali, "Al-Sh. Muhammad TahirJalaluddin"; ATTAKWA, Bil. 10, (Oktober, 1947) Taiping, Al-Ziniyah.

21. STP. "Dairy 1914". Pelantikannya sebagai guru agamadilaporkan bermula pada 25 Jun, 1914.

22. Lihat risalah yang bertajuk Kiyai Sumatra yang keluar padahari Sabtu tanggal 7 Julai 1928, No. 152. Tuan Sh. Mohamed Taher

139

Page 151: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

akan ke Digoel?, STP. Beliau dilaporkan ditangkap sesampainya diFort de Koch. Penangkapan itu dikatakan berdasarkan kepadalaporan yang menunjukkan ajaran agamanya berhaluan PKI. Risalahitu juga menerangkan penyiasatan dijalankan untuk memastikansama ada beliau benar-benar terlibat atau tidak.

23. STP, "Catatan".

24. Surat Yunos Abdul Hamid kepada Syeikh Tahir 1 Oktober1932.

25. Lihat salinan surat Syeikh Tahir Jalaluddin kepada Syed AlwiAl-Hady, pengarang Saudara, 1934. Ct. Nik Ahmad Hj. Nik Hassan,"The Malay Press," JMBRAS Vol. 36, Pt. 1, No. 201, 51-55.

26. Syeikh Tahir Jalaluddin, "Surat Terbuka Kepada SegalaUlamak," Al-Imam, Bil. 1, Jil. 1, 23 Julai 1906, dan Utusan Melayu,22 Mei 1941, 5.

27. Dalam sebuah makalah yang ditulis dalam bahasa Arab beliaumenegur sikap orang-orang Melayu yang selalu terikut-ikut denganadat orang Arab. Begitu juga beliau tidak ketinggalan merayu orangMelayu supaya meninggalkan adat-adat yang tidak menguntungkanmereka seperti memandang rendah kepada sesetengah pekerjaan.Lihat Syeikh Tahir Jalaluddin, "Kai Tatagaddama Ummatul-Malayu,"bererti Bagaimana caranya orang Melayu hendak maju. Juga lihatsebuah lagi rencananya yang ditulis dalam Bahasa Arab yang turutmengkritik sikap dan kepercayaan orang Melayu yang menganggaphari Rabu akhir Safar itu sebagai hari turun bala, bertajuk, "Rubuul-Akhiri al-Safar" dalam STP.

28. Lihat karangannya yang menentang mazhab orang-orangQadiani, Syeikh Tahir Jalaluddin, Perisai Orang Beriman Pengisi Mazhab

Orang Qadiani (Singpura: Setia Press, 1930). Rencana ini pernahterbit secara bersiri dalam majalah Semangat Islam yang terbit diPulau Pinang. Lihat Syeikh Muhammad Tahir, "Keadaan MelayuQadiani dan Kenyataan yang benar," Semangat Islam, Th. 1, No. 8,(1 Jun 1930), 147-152; Th. 1, No. 9, (1 Julai 1930), 171-176.(passim). Rencana Syeikh Tahir mengenai Qadiani itu mendapatjawapan dari Setiausaha Sulit, KhaMatul Masih Qadian, lihat suratSetiausaha Sulit, "Holines: The Khalifatul Masih Qadian," 3Disember 1926.

29. Al-Imam, Bil. 5, Jil. 1, (17 No. 1906) 150.

140

Page 152: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

30. STP, "Khutbah Jumaat."

31. "Kadza dan Kadar," Al-Imam, Bil. 3, Jil. 1, (19 September1906), 74-76. Rencana ini diterbitkan semula oleh Syed SyeikhAl-Hadi di dalam Al-Ikhwan. Lihat "Kadza dan Kadar," Al-Ikhwan,Peng. 3, Jil. 1, (16 Nov. 1926), h. 45-47 dan Peng. 4, Jil. 1, (16Disember 1926), 69-71.

32. Ibid.

33. Ibid.

34. Al-Quran, Suran XIII. 10.

35. "Kadza dan Kadar," Al-Ikhwan. Peng. 3, Jil. 1. (16 November1926), 45-47 dan Peng. 4, Jil. I, (16 Disember 1926), 69-71.

36. STP. Surat Setiausaha Majlis, Haji Muhammad Said kepadaSyeikh Tahir, 4 Februari 1926. Dalam surat itu beliau memintaSyeikh Tahir menulis sebuah rencana bagi menentang pertubuhanAhmadiah di Betawi. Sepucuk surat lagi yang ditujukan kepadaSyeikh Tahir tanggal 2 Jan 1927 Haji Muhammad Said memintapandangan beliau mengenai tafsir al-Quran yang dikarang olehMohamad Ali, di dalam Bahasa Inggeris. Meneruskan permintaanitu beliau turut memberi pandangannya tentang fahaman agamakebanyakan alim ulama di Kelantan. Beliau mengatakan, "Adapundi Kelantan sebenarnya banyak ada orang-orang yang alim tetapidikecualikan seorang, nampaknya kesemua mereka itu tidak mahucampur dalam perkara-perkara yang seumpama ini, maklumlah tok-tok alim tua tidak berkenan akan peraturan baharu pada agamabahkan benci nampaknya mereka itu kepada perusahaan orang mudadan tidak alim seperti adinda ini." Lihat surat Haji MuhammadSaid kepada Syeikh Tahir Jalaluddin, 2 januari 1927.

37. Sebagai seorang ulama yang terkenal alimnya beliau banyakmenghasilkan buku-buku sama ada yang menyentuh soal agamaataupun ilmu falak. Antara karangannya yang ditulis dalam BahasaArab ialah, Attihafu al-murid fi ahkami al-tajwid (Muar, Matbaah al-Jamaliyah, 1928) (Buku Tajwid untuk murid darjah satu); Natijahal-Ummi (Pendapat kira-kira pada takwin tarikh Hijrah dan Miladi,hala kiblat Mazhab Syafie); Al-Qiblah (Taiping: Matba'atul al-Zainniyah, 1951). (Kenyataan segala nas-nas ulama Syafie dalamperkara yang berkenaan dengan menghadap kiblah Syrak, di muka1 daripada ibu-ibu Kitab Mazhab Shafii); Tatimmah Irshad al-Haidh,liilmi al-Faraidh (Singapura: al-Matbaah al-Muhamadiyah, 1952).

Page 153: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

(ilmu membahagi pusaka) dan Tazkiratu Qabla al-Jumaati (PulauPinang: Maktabah Hj. Abdullah Mohd. Nordin Arrawi, 1953) (Kitabyang menyatakan penolakan pendapat atas pendapat-pendapat yangmengatakan sunat sembahyang dua rakaat sebelum sembahyangJumaat). ICarangannya di dalam bahasa Melayu, Perisai Orang Berimanpengisi Mazhab Orang Qadiani (Singapura: Setia Press 1930); IniHuraian Yang membakar Taman Persuratan Haji Bakar, PadaMenyatakan Hukum Dua Rakaat Kabliyati al-Jumaah (Kaherah, al-Mutbaah al-Mubawiyah, 1932). Pati Kiraan Pada Menentukan WaktuYang Lima dan Hal Kiblat Dengan Logarithma (Singapura: Al-AhmadiahPress, 1938); Risalah Penebas Bidaah-bidaah di Kepala Batas (PulauPinang: Persama Press, 1953).

38. Al-Imam, Bil. 9, Jil. 1,16 Mac, 1907, 292 dan Bil. 1, Jil. 2,12 Julai, 1907, 22.

39. Neracha dikatakan terbit dua tahun selepas pemberhentianAl-Imam.

40. Lihat Neracha, Bil. 65, th. 2, 25 Disember 1912, 1. Majalahini terbit sebulan sekali dikelolakan oleh sidang pengarang Neracha.Lihat, hlm. 147.

41. C. F. Roff., Origins, 63 dan Nik Ahmad, The Malay Press,47.

42. Neracha, Bil. 51, th. 2 (18 September 1912), 3 dan UtusanMelayu, 12 September 1912.

43. Roff., Origins, 63-64.

44. Lihat "Kiriman dari Mekah al-Musyarafah," Neracha, Bil. 108,th. 3, 22 Oktober 1913, 2.

45. Nik Ahmad, The Malay Press, 48.

46. Lihat Haji Abbas Mohd. Taha, Kitab Sempurna Pelajaran(Singapura: Matbaah Al-Imam, 1906). Dikatakan buku inimerupakan adaptasi dan terjemahan daripada buku dalam bahasaArab, dan Syria. C. Roff., Origins, 63.

47. Untuk melihat pandangan agama serta kritiknya kepadamasyarakat Melayu lihat rencana beliau dalam Neracha. "Agama danKemajuan," Neracha, Bil. 86, th. 3, 21 Mei 1913, 1; Bil. 70, thn.1, 29 Januari 1913, 1; Sesetengah daripada golongan kemajuan,Neracha, Bil. 38, thn. 2, 19 Jun 1912, 1; Bil. 39. thn. 2, 26 Jun1912, 1; "Tingkah Laku Semut," Neracha, Bil. 41, thn. 2, 10 Julai,

142

Page 154: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

1912, thn. 1 dan "Rencana Pengarang," Neracha, Bil. 43, thn. 2,24 Julai 1912, 1. Passim.

48. Lihat Al-Hikmah, Bil. 92, thn. 3, 18 Jun 1936, 18-19.Mengenai seruan Haji Abbas Taha untuk mengadakan PersekutuanUlamak Semenanjung, Pengarang majalah Al-Hikmah, Kelantanmengatakan, "Seruan hendak mengadakan Persekutuan UlamakKaum Semenanjung, ialah sebesar seruan yang amat berguna . . .kita di Semenanjung ini terlalu mustahak memperoleh persekutuanyang boleh memimpin kaum bangsa kita daripada gelap kepadaterang dan menolak serbuan dari luar istimewa ketimbulannya itutersangat kena di dalam hari-hari yang hampirlah kumpulan kitayang sedang leka dengan perjuangan agama dan api godaan Kristianyang mulai nyata bumi Semenanjung ini dan Persekutuan ulamakini ialah dia yang menanggong hajat yang besar itu." Juga lihatRencana Pengarang, Al-Hikmah, Bil. 95, 3, 9 Julai 1936, 5 dan HajiAbbas Taha, "Majlis Ulamak," Warta Malaya, Bil. 226, thn. 7, 26September 1936.

49. Rancangan Haji Abbas Taha itu ditentang oleh PengarangWarta Malaya, Lihat Rencana Pengarang, Warta Malaya, Bil. 226,th. 7, 26 September 1936, 8. Juga lihat akhbar Majlis, Bil. 494,thn. 6, 1 Oktober 1936, 10. Polemik mengenai persoalan ituberpanjangan beberapa minggu dalam ruangan pembaca akhbar-akhbar itu. Lihat Warta Malaya, Bil. 229, thn. 7, 30 September1936, 7-8 dan Majlis, Bil. 495, thn. 6, 5 Oktober 1936, 5.

50. Mengenai risalah yang ditulis oleh Haji Abbas Taha itu lihatRisalah Penting pada Masalah Jilatan Anjing Diatas Empat Mazhab(Singapura: Ahmadiah, 1937).

51. Lihat Alwi bin Syeikh Al-hady, "Riwayat Hidup Syed Syeikhbin Ahmad bin Hassan Al Hady," dalam Syed Syeikh al-Hadi 1916(SP 24.) Arkib Negara Malaysia; S. H. Tan, "The Life and Timesof Sayyid Shaikh Al-Hadi," Unpublished B. A. Hons. Excise His-tory Depatment, University of Singapore, 1961; William, R. Roff,Origins, 62-63; Yahya Ismail, "Syed Shaikh Ahmad Al-Hadi(Reformis, Ahli Fikir, Novelis Progresif)," Dewan Sastera, Jil. 2, Bil.1, 15 Januari 1972, 3, 49, 53; Li Chuan Siu, Ikhtisar SejarahKesusasteraan Melayu Baru, 1830-1945 (Kuala Lumpur, PustakaAntara, 1966), 152-160 dan Agus Salim, Tokoh Yang Kukoh(Singapura: Pustaka Nasional, 1966), 150-158 dan Zaaba, "Mod-

143

Page 155: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

ern Developments of Malay Literature," dalam R. O. Winsstedt,JMBRAS, Vol. XVIII, Pt. II, Januari 1940, 142.

52. Syed Syeikh al-Hady, "Bukan Kejatuhan Kaum Islam keranaUgamanya," Al-Mwan, Peng. 3, Jil. 5, November 1930, 75.

53. Alwi bin Syeikh al Hady, "Riwayat Hidup Syed Syeikh," 2.Beliau dihantar ke Kuala Terengganu untuk belajar ilmu agama danBahasa Arab di salah sebuah sekolah pondok di bandar itu.

54. Pada awal abad kesembilan belas, Pulau Penyengat memangterkenal sebagai pusat dimana banyak berlaku aktiviti pelajaranagama bercorak mistis. Lihat Winstedt, "A History of Malay Litera-ture," JMBRAS, 31 Jun 1958, 126.

55. Alwi, Riwayat Hidup, 5.

56. Ibid., 4 dan Roff, Origins, 62.

57. Lihat, Syed Alwi bin Syed Sheikh Al-Hady, "Bapa NovelMelayu Syeikh al-Hadi 1916, (SSAH)," Arkib Negara Malaysia.Beliau mengatakan semasa di Pulau Penyengat, dengan titah YangDipertuan Besar dan adindanya Raja Ali Kelana, Syed Syeikh telahmembawa anak-anak raja Riau berkali-kali pergi ke Mesir dan Mekahkerana melanjutkan persekolahan mereka. Tiap kali beliau melanjut-kan persekolahan mereka. Tiap kali beliau terpaksa tinggal bersama-sama anak raja itu hingga beberapa bulan sebelum mereka mesradengan tempat itu.

58. Saudara, Bil. 386, thn. 6, 24 Februari 1934, 4.

59. Beliau dikatakan telah dilantik sebagai pengelola BesarSyarikat itu. Pejabat besar Bantam Bricks Works itu terletak di JalanPrince Street, Singapura. Lihat Syed Alwi, "Bapa Novel Melayu,(SSAH)," 130, C. F. Roff, Origins, 63.

60. Lihat Syed Syeikh al-Hadi, "Pemeliharaan dan Pelajaran," Al-Imam Bil. 3, Jul. 1, 19 September 1906, 48-52 dan Cf. Syed Syeikhal-Hadi, Pemeliharaan dan Pelajaran (Singapura: Al-Imam Printing Co.1908).

61. "Tarikh al-Islam," Al-Imam, Bil. 7, Jil. 2, 5 Januari 1908,201-205, passim.

62. Lihat Syed Syeikh al-Hadi, Hadiah Kebangsaan (Pulau Pinang:Jelutong Press, 1933), 1-21; 22-47. Di dalam buku ini selain darikarangan yang ditulisnya sendiri serta terjemahan rencana-rencanaMuhammad Abduh yang dipetik dari Al-Manar, dimasukkan juga

144

Page 156: Document2

GERAKAN ISLAH ISLAMIAH: KAJIAN TERHADAP TIGA TOKOH PELOPORNYA

rencana Zaaba mengenai kemiskinan orang-orang Melayu, yangpernah diterbitkan di dalam Al-Ikhwan.

63. Siri cerita detektif ini disiarkan di dalam Al-Ikhwan yang diberinama Cerita Rokambul seperti, "Cerita Rokambul Dalam Jel diParis"; "Cerita Rokambul Dalam Siberia"; "Cerita Rokambul DenganPuteri Rusian Yang Ashek"; "Cerita Rokambul Dengan KorbanHindi"; "Cerita Rokambul Dengan Mailinni Kaum Nur"; "CeritaRokambul Dengan Taman Penglipor Lara", dan "Cerita Rokambuldengan Perbendaharaan Hindi"; Cerita detektif ini diterbitkan didalam al-Ikhwan cuma sebagai hiburan tanpa motif-motif Islah.

64. Lihat rencananya yang bertajuk "Menuntut Ketinggian BagiAnak-anak Negeri", Al-Ikhwan, Bil. 1, Jil, 2, 12 Julai, 1907, 25.

65. Kritiknya terhadap golongan ulama yang telah mempermain-mainkan agama banyak sekali dikemukakan bukan saja di dalamAl-Ikhwan dan Saudara tetapi juga di dalam sebuah buku yangditulisnya berjudul Kitab Ugama Islam dan Akal. Di dalam buku ituSyed Syeikh dengan beraninya mengkritik para ulama yangmenjadikan agama sebagai satu kerjaya untuk mencari nafkah hidupdan kemegahan. Beliau menyatakan, "Guru-guru dengan gelaran alimulamak yang dipermegahkan oleh mereka itu, pada hal kepandaianmereka itu hanyalah pada menjalankan tipu daya mengumpulkanharta dan kemegahan di hadapan mata orang yang menjadi murid-murid mereka sahaja! Bahkan jahil sama sekali mereka akan hikmatdan tuntutan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad . . . keranamereka itu tidak menuntut ilmu yang mereka namakan ilmu ugamaIslam ini melainkan hendak menjadikan dia alat perkakas mencarinafkah hidup dan kemegahan mendapat gelaran atau dipanggil alimulamak sahaja!" Lihat Syed Syeikh Al-Hadi, Kitab Ugama Islam danAkal (Kelantan: Pustaka Dian, 1965).

66. Ibid.

67. Lihat Utusan Melayu, Bil. 17, 14 Disember 1907, 1 mengenairancangan Syed Syeikh untuk berhenti bertugas dari Bantam BricksWorks. Cf. Syed Alwi al-Hadi, "Bapa Novel Melayu, Syed Syeikhal-Hadi," 131.

68. Syed Alwi, "Bapa Novel Melayu," 131.

69. Ibid. Juga Cf. S. H. Tan, The Life and Times of Sayyid SheikhAl-Hadi.

145

Page 157: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

70. Al-Ikhwan diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1926, untukketerangan selanjutnya mengenai majalah ini lihat hlm. 179 infra.Juga Yahaya Ismail, Syed Syeikh Al-Hadi, 49.

71. Syed Syeikh al-Hadi, "Kebebasan Perkataan Itu AlamatKemajuan Kaum," Al-lkhwan, Peng. 3, Jil. 4, 16 November 1929.

72. Cerita Hikayat Faridah Hanom atau Hikayat Setia Ashek kepadaMaashoknya ini sebelum dibukukan disiarkan secara bersiri di dalamAl-Ikhwan. Besar kemungkinan kebagusan ceritanya yang menolongmenghidupkan majalah Al-Ikhwan. Lihat juga Syed Syeikh al-HadiFaridah Hanom (Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964).

73. Zaaba di dalam tulisannya berkata bahawa roman tersebutsangat terkenal di kalangan pembaca Melayu hingga ada yangmenamakan anak-anak mereka sebagai Hanum dan Hanim untukmengambil sempena nama dalam roman itu. Lihat Zaaba, ModernDevelopments of Malay Literature, 142.

74. Ibid., Cf. S. H. Tan, The Life and times of Sayyid Sheikh Al-Hadi.

75. Sebagai sebuah akhbar yang pandangannya mirip kepadapandangan kaum muda, Saudara terlibat secara langsung dalamperdebatan pena yang hangat dengan akhbar kaum tua iaitu LidahBenar yang diterbitkan di Kelang, Selangor. Lihat hlm. 189.

76. Sebagai seorang penulis yang profilik Syed Syeikh banyakmenghasilkan karya-karya sama ada bercorak agama mahupun novel.Antaranya ialah Al-Tarikh al-Islami (1922), Hikayat Setia Ashek KepadaMaashoknya (1925-1926), Tafsir Juz Amma (1927), Taman CintaBerahi (1928), Tafsir Al Fatihah (1928), Hikayat Cermin Kehidupan(1929), Hikayat Puteri Nur al-Ain (1929), Kitab Alam Perempuan(1930), dan Kitab Agama hlam dan Akal (1931)

77. Yahaya Ismail, Syed Syeikh Al-Hadi, 49.

78. Saudara, Bil. 386, thn. 6, 24 Februari 1934, 4. Kematianbeliau disebabkan penyakit otak yang dialami begitu lama. Beliaumeninggal tatkala berumur 71 tahun. Juga lihat Rencana Pengarang,Saudara, Bil. 381, thn. 6, 7 Februari 1934, 6 dan Bil. 386, thn. 6,'24 Februari 1934, 1.

146

Page 158: Document2

PengaruhIndonesiaDalamAliran KiriGerakanKebangsaanMelayu

AHMAT ADAM

DALAM karyanya, Melihat Tanah Air, Ibrahim Hj. Yaacob, ketikamelahirkan rasa prihatinnya terhadap keciciran orang Melayu (yangmenurut pandangannya berada dalam keadaan yang cemas lantarantanah air meskipun ada, serupa tidak keadaannya), menyimpulkanbahawa:

Sebab-sebab yang menjadikan orang-orang saya berkeadaan Tanahair adaserupa tidak ada, ialah kerana kehidupannya terdesak. Mereka yangmendesaknya itu ialah: (I) Modal luar, (2) Buruh daripada luar denganbawaan modal luar, (3) Barang-barang dari luar dengan bawaan moclaldan buruh (kaum pekerja) daripada luar, iaitu untuk membuka negeri inidengan seluas-luasnya dengan tidak menghiraukan hal kehidupan orang-orang saya (Orang Melayu).1

147

Page 159: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

IBRAHIM seterusnya berkata:

Orang-orang Melayu menjadi bangsa yang tersingkir di luarbandar tidak ada di daerah perniagaan tanah airnya sendiri.Hal inilah yang menimbulkan kesedihan hati saya melihat tanahair saya dan bangsa saya yang menjadi bangsa yang ditaklukdikuasai oleh orang asing. . . .2

KESIMPULAN yang dibuat oleh Ibrahim Yaacob ini menarik,justeru kerana ada persamaannya dengan pandangan seorangpejuang kemerdekaan Indonesia:

Tjilaka soenggoeh tak dapat bangsa Indonesia (baca Malayu) diSemenandjoeng Malaka mempertahankan diri dari kebandjiranbangsa dan Tiongkok jang teroes mengalir kesana. Perniagaanindoestri boleh dikatakan semoeanja ada ditangan asing.Boemipoetera di kota-kota pesisir senantiasa didesak kepinggirkota, dan jang tinggal di darat makin sehari makin dijaoehmenjingkir kepoentjak-peontjak goenoeng. Fabrik2, kereta api,kantor2, goebernemen dan pemiagaan sama sekali ditanganbangsa asing. . . .3

PANDANGAN Ibrahim mengenai kemunduran dan tekananyang dialami oleh orang Melayu itu berdasarkan pemerhatian-nya ketika mengelilingi Tanah Melayu yang dimulakannya pada2 Jun 1940, yang hasilnya dibukukan dalam karya yang ter-sebut di atas.4

Bagi saya, perjalanan Ibrahim mengelilingi Tanah airnya untukmelihat orang-orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu. . . sebagai Yang di Pertua Agung Kesatuan Melayu, Muda(K.M.M.) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur tahun 1937, . . .(dengan maksud) mengadakan rundingan dengan perkumpulanmurud-murid Sekolah Agama, pondok-pondok, Persekutuan Belia-Belia Melayu, yang hendak . . . (di)ajak bersatu padu, supayadapat mendirikan Melayu Raya. . . .5 Amatlah menarik keranadalam sejarah gerakan kebangsaan di Indonesia saya menemukangejala yang serupa apabila tokoh perintis kebangkitan bangsa

148

Page 160: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

Jawa, Raden Mas Tirto Adhi Soerjo, melakukan perjalananmengelilingi tanah Jawa dalam tahun 1906 demi mencarisokongan di kalangan bangsawan priyayi Jawa untuk menubuhkanSarekat Priyayi. Pertubuhan yang diwujudkan oleh Tirto AdhiSoerjo dalam tahun yang sama itu sebenarnya mendahuluipenubuhan Budi Utomo yang muncul dalam tahun 1908.

JIKA Tirto Soerjo itu seorang aristokrat Jawa,6 yang dalamtahun 1909 telah mendirikan Sarekat Dagang Islamiah7 diBogor, Ibrahim Yaacob hanyalah seorang Melayu biasa yangdari segi akar sosialnya hanyalah berasal daripada keluargapetani. Dari segi pendidikannya, Ibrahim Yaacob hanyamendapat pendidikan yang sederhana, yakni sekolah aliranMelayu sehingga ke tahap pengajian perguruan selama tigatahun di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di TanjungMalim. Maktab yang melatih bakal guru yang mengajar disekolah Melayu.

SEKALIPUN pendidikan yang diterima Ibrahim tidak setinggiTirto Adhi Soerjo8 namun Ibrahim berjaya menubuhkan sebuahpertubuhan kebangsaan yang pertama sekali mengungkapkanhasrat menentang penjajah Inggeris dengan dasar politik tidakbekerja sama menuntut Malaya Merdeka.9 Menurut Ibrahim,dasar tidak bekerja samanya itu diilhamkan oleh gerakan yangdidakyahkan oleh Soekarno melalui Partai Nasional Indonesiayang menuntut kemerdekaan Indonesia serta-merta.10 BahkanIbrahim juga mendakwa beliau dan beberapa orang rakannyatelah pun menganggotai Partai Nasional Indonesia yangditubuhkan oleh Soekarno dalam tahun 1927.11

PENGAKUAN Ibrahim bahawa peristiwa pemberontakanmelawan Belanda di Jawa dan Sumatera tahun 192612

menambahkan kesedaran anti-kolonial orang Melayu danbahawa perasaan kebangsaan cendekiawan Melayu jugadipengaruhi oleh peristiwa Sumpah Pemuda tahun 1928 jelasmenampakkan pengaruh Indonesia pada gerakan kebangsaanMelayu sejak akhir tahun 20-an lagi.13

149

Page 161: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

BETAPAPUN demikian, oleh kerana pengakuan Ibrahim Yaacobitu hanya diungkapkan dalam tahun 1957, ketika beliau sudahdua belas tahun berada di Jakarta dan justeru itu pandangankilas baliknya mungkin banyak diwarnai oleh keadaan semasadan kepentingan peribadi semasanya sebagai warga negararepublik Indonesia, dakwaannya itu perlulah disemak, diolah,dan ditimbang lagi.

BAHAWA gerakan kebangsaan Melayu menentang penjajahantelah dipengaruhi oleh peristiwa di Indonesia di sampingdidorong oleh faktor-faktor dalaman tanah air memang telahbanyak diperkatakan dan bahkan diakui oleh ramai orang.Kertas ini pun ingin membicarakan persoalan pengaruh dariPulau Jawa dan Sumatera yang dewasa ini terangkum dalamnegara Republik Indonesia. Tumpuan pembicaraan adalah padamenelusuri unsur keradikalan atau aliran kiri mewarnai gerakankebangsaan Melayu seperti yang kelihatan dalam KesatuanMelayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Yangingin ditanyakan di sini ialah dari manakah unsur kiri itumuncul dan bagaimanakah ia boleh mencirikan gerakankebangsaan Melayu yang anti-penjajah?

SEPERTI yang dinyatakan oleh Rustam A. Sani, dalam kajian-nya mengenai asal-usul gerakan kiri Melayu, pemimpin danaktivis KMM bukan datang dari satu aliran pendidikan yangtertentu, tetapi sebaliknya terdiri daripada mereka yangberpendidikan Melayu, Inggeris, dan Arab. Tetapi ada sesuatukesepunyaan yang jelas dari kelompok ini, mereka itu mem-punyai akar sosial yang bukan aristokrat atau bangsawan dantidak membataskan tumpuan kesetiaan mereka pada kesetiaanradisional yakni pada raja atau pada negerinya sahaja sepertiyang terdapat pada kelompok elit pemerintah tradisional yangmenerajui pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan politikkenegeriart. Sebaliknya para anggota kelompok elit baru yangmuncul daripada lapisan rakyat biasa itu berasa bangga untukmenggolongkan diri dalam kelompok bangsa Melayu yang lebih

150

Page 162: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

luas.14 Apa yang tidak dijelaskan oleh Rustam ialah mengapakelompok ini lebih mudah tertarik pada aliran kiri, sedangkanRustam sendiri merumuskan kesepunyaan ciri-dri yang adapada KMM dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya iaitu: (1)sikap anti-penjajah yang kuat; (2) sikap pro-Indonesia yangamat ketara; dan (3) kepimpinannya yang bukan dari kalanganaristokrat atau elit bangsawan.15

KESIMPULAN yang dibuat oleh Rustam bahawa unsur kiridalam kedua-dua badan pergerakan tersebut tidak boleh dibuatdari sudut ideologi sosialis seperti yang ditanggap oleh Baratbarangkali boleh diterima tetapi, sayangnya, Rustam terhentidi situ dalam perbahasannya tanpa cuba menjernihkanargumennya. Sebaliknya dia mengelak membincangkan asalusul ideologi itu dengan menyatakan bahawa dia hanyamembicarakan gejala kiri dan makna kiri yang dimaksudkan.16

Bahkan dia menolak sama sekali kemungkinan akar umbiorientasi ideologi kiri KMM dan PKMM dapat ditelusuri padakemasukan orang-orang komunis dari Indonesia yang berhijrahke Tanah Melayu. Rustam juga meremehkan peranan paralulusan MPSI dalam mengembangkan ideologi KMM. Namun,anggapannya bahawa KMM dan PKMM, masih terikat dengannasionalisme penyelamatan Melayu memang ada asasnya.Tetapi dengan hanya mengatakan bahawa kemunculan KMMadalah justeru kerana kelahiran elit Melayu bukan bangsawantradisional yang merasa dipinggirkan dalam arus politik yangsekian lama dibolot oleh kaum elit politik aristokrat tidakdapat meyakinkan kita faktor luaran yang nampaknya sangatjelas memainkan peranan penubuhan kedua-kedua pertubuhanjika laporan-laporan perisik British diselidiki. Dan di sini inginditanyakan: apakah faktor luaran itu?

APAKAH yang tidak ditekankan dalam kajian Rustam ialahbahawa yang konsekwen dalam perjuangan nasionalis alirankiri Melayu ialah cita-cita menentang penjajah danmerealisasikan pewujudan Melayu Raya. Bagi nasionalis kiri

151

Page 163: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Melayu itu, Melayu Raya itu adalah sama dengan IndonesiaRaya yang diperjuangkan oleh nasionalis Indonesia sepertiMuhammad Yamin.17 Dalam tahun 20-an, ketika konsep negarabangsa Indonesia itu semakin diungkapkan oleh perhimpunanIndonesia, di Netherlands, dan semakin meluas pula pengguna-an nama Indonesia itu di Jawa dan pulau-pulau sepertiSumatera dan Sulawesi, dan kalangan tertentu yang telah cubamempopularkan nama Indonesia Raya. Ungkapan terakhir inidisebarkan dengan maksud untuk menekankan betapa perlunyapara nasionalis mencapai kebulatan membuang dasarkepulauan, kedaerahan, dan kenegerian. Hanyalah dengan caraitu dikira dapat diwujudkan suatu Indonesia Raya yang bersatu.

Bilakah Istilah "lndonesia Raya"Digunakan?JIKA nama Indonesia didpta oleh orang Eropah18 dipopularkanpenggunanya oleh kaum Theosophist dan Indo-Peranakan yangbergiat cergas dalam National Indische Partij (Parti KebangsaanHindia) sekitar tahun 1919 melalui surat khabarnya, PersatoeanHindia,19 maka nama Indonesia Raya pula mulai diperkenalkanpada akhir tahun 1925 dan dengan cepat menjadi popularsejak awal tahun 1926 apabila persatuan-persatuan pemudadi Betawi menghebahkan rancangannya untuk mengadakankongres pertama para pemuda yang dihadiri oleh persatuan-persatuan pemuda dari pelbagai daerah, pulau, dan jajahan.Indonesia Raya diterjemahkan sebagai Groot Indonesia (GeratIndonesia). Bahkan kegigihan para pemimpin persatuanpemuda itu menyebarkan idea Indonesia Raya itu dianggapoleh setengah-setengah pihak sebagai reinkarnasi dari gerakanNationaal Indische Partij yang telah mati.20

PADA mulanya memang nama Indonesia Raya itu dipakaidengan maksud menanamkan rasa persatuan atau seperti kata

152

Page 164: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

pengarang Soeling Hindia, makna Indonesia Raya ialah Indo-nesia menjadi satu.21 Tetapi bagi para pemikir politik dewasaitu Indonesia Raya membawa erti Indonesia yang merangkumiseluruh wilayah gugusan Kepulauan Melayu termasukkepulauan Filipina dan Tanah Semenanjung Melayu.

BARANGKALI tiada tokoh yang lebih jelas mengungkapkanpengertian Indonesia Raya itu selain Tan Malaka. Ketika beradadi Singapura pada tahun 1926, Tan Malaka telah menerbitkansebuah risalah yang berjudul Massa Actie. Risalah yang membuatanalisis mengenai pergerakan kebangsaan di Indonesia danmenghuraikan punca kegagalan parti-parti politik menentangBelanda (termasuk Partai Komunis Indonesia) merumuskanperi mustahilnya Indonesia menyingkirkan kolonialisme danimperialisme Belanda secara perlementer selagi kaum modaltuan tanah bumiputera dan kaum intelektualnya yang bersuaradi parlimen lemah. Melalui risalah ini Tan Malaka menekankanbahawa satu-satunya jalan menuju kemerdekaan itu ialah jalanrevolusioner dengan menggembleng seluruh kekuatan rakyatatau massa actie. Menurut Tan Malaka, masalah ketiadaanfaktor-faktor ekonomi, sosial, dan intelektual yang menggalak-kan ini juga dihadapi oleh semua bangsa kulit berwarna yangdikuasai Barat di seluruh benua Timur. Dan jalan mencapaikemerdekaan itu hanyalah melalui revolusi.

DALAM huraiannya Tan Malaka juga mengungkapkan betapaperlunya Indonesia tidak membataskan perjuangannya hanyapada menentang imperialisme Belanda sahaja kerana:

Kekoeasaan atas Semenandjoeng Tanah Malajoe dengan poesatarmada Singapoera didalam tangan Imperialisme Inggeris, bagikita (baca Indonesia) sebagai satoe strategisch Umfasung(pengepungan strategik) senantiasa memaksa kita (Indonesia)mendjaoehi medan perdjoeangan. Umfasung (pengepungan) inidilengkapi dengan Australia poetih, anti koelit berwarna disebelahSelatan.

153

Page 165: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Dalam arti ekonomi, Semenandjoeng bagi kita (Indonesia)sangat penting sebab negeri itoe soedah mendjadi pasar terbesarbagi berbagai-matjam hasil boemi Indonesia; tambahan poelabanjak perhoeboegannja dengan seloeroeh doenia. Kedoedoekankita (Indonesia) diantara Malaya dengan Australia, dan kapitalInggeris yang sangat besar di Indonesia, membesarkan danmengekalkan perhatian politik imperialisme Inggeris atas sekaliankejadian di Indonesia.

Kita (bangsa Indonesia) tak akan dapat merampas kemerdeka-an Indonesia dengan tidak riboet, dan bila riboet soldadoeInggeris tentoelah akan siap dengan senapanja.22

SETERUSNYA, Tan Malaka menyatakan:

. . . Semenandjoeng dan Philipina dengan tak oesah dibitjarakandoeloe kepoelauan Oceaania dan Madagaskar jang djoemlahnjaboekkan sedikit adalah sine qua non sjarat oentoek merampasdan mendjaga kebebasan kita.23

MENGULAS tentang desakan kehidupan ekonomi, sosial, danpolitik dan negeri oleh bangsa Benua Asia terhadap orang Melayudi Semenanjung,24 Tan Malaka mengalu-alukan kelahiranKesatuan Melayu25 yang katanya perlu diberi perhatian. Katanya:

Meskipoen masih soeram dalam perkataan dan ragoe-ragoe dalamaksi, satoe badan politik seperti itoe haroeslah dianggap sebagaikedjadian mengoentoengkan dan mesti kita perhatikan denganperhatian jang sepenoeh-penoehnja. Sekalian daja-oepajangembang-ngembangkan (sic) dan mentjiptakan satoe persatoeanIndonesia Raya diseloeroeh kepoelauan Indonesia, mesti danperloe ada dan didirikan. Tambahan lagi boleh diharapkan, bahwabesok atau loesa bangsa Indonesia (baca Melayu) Semenandjoengakan berichtiar melahirkan satoe pergerakkan, jang maksoednjaakan memindahkan bangsa Indonesia Selatan kesana. Dengandjalan seroepa itoe dapatlah dibatasinja proces pendesakan itoe26

dan ditjiptakannya satoe dasar, tempat Indonesia Merdekabersandar dan achirnja akan mewoedjoedkan KemerdekaanSemesta Indonesia.27

154

Page 166: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

DALAM khayalan Tan Malaka sebuah persatuan seluruh bangsaIndonesia yang merangkumi Filipina, Semenanjung TanahMelayu (termasuk Singapura) tidaldah mustahil. Tujuannyamewujudkan Indonesia Raya itu adalah demi kepentinganstrategik negaranya apabila merdeka. Tan Malaka menggunakanistilah Indonesia Selatan untuk merujuk kepada wilayah HindiaTimur Belanda, dan Indonesia Utara untuk kepulauan Filipina.Dalam pemikiran Tan Malaka, bagi menyelamatkan orangMelayu di Semenanjung (yang juga dinamakannya Indonesia)orang perantauan dari Jawa, Sumatera, Borneo, dan Sulawesi28

yang disebutnya bangsa Indonesia Selatan haruslah dipindah-kan ke Semenanjung. Saranan itu juga dibuatnya untukFilipina. Katanya, walaupun bangsa Filipina menentang imigrasikaoem boeroeh dari benua Timur tetapi mereka setuju denganimigrasi dari Indonesia Selatan, biarpun besar jumlahnya.29

Bahkan dia menganjurkan agar semua pihak berusaha darisaat itu untuk merealisasikan penubuhan apa yang disebutnyaFederasi Republik Indonesia. Katanya:

ER.I. didalam arti sebenarnja persatoean dari djoemlah100,000,000 jang tergentjet lagi mendiami poesat strategi danperhoeboengan seloeroeh benoea Asia dan Samoedera . . . danbersamaan dengan itoe pembangoenan keboedajaan baroe, jaknikebangoenan satoe bangsa dari kekoeasaan baroe di Timoer . . .30

FIKIRAN Tan Malaka mengenai konsep Indonesia Raya danpenggunaan istilah Indonesia sebagai kata generik untuk padabangsa-bangsa rumpun Melayu amatlah menarik. Sebagaiseorang putera Minangkabau, Tan Malaka sendiri adalahseorang Melayu. Berasal daripada Suliki, Sumatera Barat, TanMalaka yang lahir dalam tahun 1897 dengan Ibrahim dansetelah dewasa memakai nama bergelarnya (seperti ke-biasaannya pada orang Minangkabau), iaitu Ibrahim gelarDatuk Tan Malaka, adalah seorang tokoh yang sangatkontroversial. Hamka menyebutnya sebagai seorang pemimpinbesar yang setaraf dengan Soekarno dan Hatta dari segi

155

Page 167: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

sumbangannya kepada perjuangan meraih kemerdekaan untukIndonesia.31

PENDIDIKAN awalnya diterima di Bukit Tinggi dankemudiannya dalam usia mentah 13 tahun dia dihantar keBelanda untuk melanjutkan pelajarannya sehingga luluspengajian di maktab perguruan di Belanda. Seketnbalinya keIndonesia dalam bulan November, tahun 1919, Tan Malakamenjadi guru pada anak-anak kuli yang bekerja di ladang tem-bakau Belanda di Sumatera Timur. Pendedahan kepada idea-idea komunis ketika menuntut di Holland telah menjadikannyaseorang yang sangat radikal dan pada tahun 1920 dia terlibatdalam permogokan kaum buruh kereta api di Deli. Mulai tahunitu dia pun menganggotai Partai Komunis Indonesia. Tulisan-tulisannya mendapat tempat di dalam surat khabar komunis,Het Vrije Woord (Suara Merdeka) dan Soeara Rajat.

PADA awal tahun 1921 dia berangkat ke Jawa dan mulaibergiat dalam PKI sebagai penggubal sistem pendidikan ala-komunis dengan mendirikan Sekolah Rakyat. Tidak lamaselepas itu dia pun dilantik sebagai Pengerusi Serikat(persatuan), Pegawai Percetakan, dan menerajui beberapakesatuan sekerja yang lain sehingga akhirnya berjaya merangkuljawatan Pengerusi Partai Komunis Indonesia pada penghujungtahun 1921, bagi menggantikan Semaun yang telah dibuangnegeri oleh pemerintah Belanda. Akibat kegiatannya menganjurpemogokan para pekerja pajak gadai dalam bulan Februari1922, Tan Malaka pun diusir keluar dari Hindia Timur Belandaatas perintah Gabenor Jeneral Belanda. Dan dari ketika itulah,selama 20 tahun, Tan Malaka berkelana sebagai tokohrevolusioner yang memperjuangkan konsep IndonesiaMerdekanya dengan wadah fahaman komunisnya yang tidakselalunya disetujui atau disokong oleh para komunis yang lain.

DALAM persidangan Komunis Antarabangsa (Kuomintang)yang ke-4 di Moscow, pada akhir tahun 1922, Tan Malaka

156

Page 168: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

telah menempa nama apabila dia menekankan dalam pidatonyatentang pentingnya komunis menyokong pergerakan nasionalisdan pan-Islam yang pada pandangannya adalah bersifatprogresif dan anti-kapitalis. Pada tahun 1923 dia dihantar keCanton bilamana dia ditugaskan menjalankan kegiatannyasebagai ejen Kuomintang di Asia Tenggara. Pengembaraannyaitu yang melalui detik-detik cemas dan gangguan kesihatanakhirnya membawanya ke Filipina, Singapura dan TanahMelayu dan Thailand, dan secara menyamar beberapa kalimemasuki Manila, Singapura, Pulau Pinang, Bangkok, danKuala Lumpur dalam tahun antara 1925 dan 1942. Dalamperkelanaannya sebagai Lang-Lang Buana inilah salah satukaryanya yang penting telah dihasilkan dan diterbitkan diSingapura dalam tahun 1926 iaitu Massa Actie.

BAHAWA Tan Malaka memang memberikan perhatian kepadapersoalan kebangkitan orang Melayu dapat dilihat padakenyataannya yang diluahkannya sekali lagi dalamautobiografinya, Dari Pendjara ke Pendjara yang dihasilkannyadalam tahun 1948. Dia rnerumuskan bahawa ada tiga faktoryang menyebabkan orang Melayu terdesak ke dalam kancahkemiskinan dan kedaifan bangsa, yakni:

1. Pembanjiran kaum Cina dan India ke Malaya.2. Mudahnya modal asing mendapatkan tanah yang subur

untuk pembukaan ladang dan tanah yang mengandungibijih timah, besi, dan arang batu untuk dijadikan lombong.

3. Wujudnya polis dan pegawai yang rasuah yang ditugaskanuntuk melindungi orang Melayu.32

TAN Malaka juga melahirkan rasa kesalnya melihat keadaandi Singapura. Katanya, ketika dia singgah di kota itu dalamperjalanan pulangnya dari Belanda dalam tahun 1919, diamasih menemui kedai-kedai milik orang Indonesia (Melayu)di High Street. Bahkan terdapat pula beberapa rumah yangbesar yang didiami mereka. Di Kampung Gelam, yang juga

157

Page 169: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dikenali sebagai Kampung Jawa, katanya, boleh dikatakansemua rumah dan kedai di situ adalah milik orang Melayudan mereka masih lagi menjalankan perniagaan emas, tembaga,dan perak. Mereka juga memiliki kedai tekstil, dan kilang,kedai yang menjual barang perkakas rumah, dan kedai makan(restoran), malahan gedung yang besar juga. Di KampungGeylang pun penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu.Tetapi, menjelang 1927, semua ini telah berubah, kata TanMalaka. Di High Street tidak kelihatan lagi rumah dan kedaiMelayu. Separuh daripada Kampung Gelam telah diisi olehorang Cina, Hindu, dan Tamil.33

KEPRIHATINAN Tan Malaka mengenai nasib orang Melayuitu membuatnya mengungkapkan di dalam biografinya kata-kata berikut:

Pemusnahan orang Melayu Indonesia, atau pun tenggelamnyamereka itu di tengah-tengah bangsa Asia Timur yang masih lagimenganggap negara leluhur mereka sebagai tanah ibunda mereka,adalah persoalan yang akan secara langsung mahupun tidak langsungmemberi kesan kepada hidup matinya republik (Indonesia).34

KEPRIHATINAN ini diungkapkan lagi oleh Tan Malaka dalamKongres Persatuan Perjuangan yang diadakan di Madiun pada17 Mac 1946. Dalam usul yang diluluskan mengenai urusanluar negara, kongres itu antara lain bersetuju bahawa:

Negara Republik Indonesia hendaldah merangkumi Malaya, Bor-neo Utara, dan pulau Timor dan daerah papua.35

BAHKAN Tan Malaka yang menjadi penggerak kongres ituberpendirian bahawa ikatan antara rakyat Indonesia (bacarumpun Melayu) di Indonesia dan Malaya adalah suatu perkarayang penting.36

MELIHAT tulisan-tulisan Tan Malaka yang menyentuh masalahorang Melayu, penulis merasa amat berat sekali untuk bersetuju

158

Page 170: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

dengan pendapat penulis dan pengkaji sejarah gerakan ke-bangsaan kiri Melayu yang menolak faktor pengaruh gerakankiri Indonesia dalam gerakan kiri yang dirintis oleh KesatuanMelayu Muda dan yang kemudiannya dilanjutkan oleh PartaiKebangsaan Melayu Malaya.

PENGAKUAN Tan Malaka bahawa dia pernah menghubungiseorang pemimpin pergerakan di Semenanjung (yang namadan tempat kediamannya dirahsiakan oleh Tan Malaka demimengelakkan hiduan Cawangan Khas British), kira-kira dalamtahun 1937 menunjukkan percubaan untuk mempengaruhiorang Melayu memang ada di kalangan orang-orang komunis,terutama selepas peristiwa pemberontakan komunis 1927 yangberlaku di Silungkang, Sumatera Barat.37

PEMBERONTAKAN 1926/27 anjuran Partai Komunis Indo-nesia itu, anehnya, selain berlaku di Betawi, juga meledak didaerah-daerah yang kuat keislaman penduduknya. Di Jawa,pemberontakan yang meletus pada 12 November 1926 itumendapat sokongan kuat di Jawa Barat, daerah yangpenduduknya terkenal kuat keislamannya. Selain itu, kawasan-kawasan di pesisir Utara Jawa, yang juga merupakan daerahIslam, seperti Pekalongan, Tegal, Ceribon, dan kawasanSurakarta di Jawa Tengah juga menyaksikan pemberontakan.Di antara tempat-tempat ini di Bantenlah, iaitu di Jawa Barat,pemberontakan itu mengambil bentuk yang paling ganas danberlandaskan agama. Para pemberontak melihatnya sebagaiperang sabillillah.38

PEMBERONTAKAN hanya merebak di Sumatera pada awalJanuari 1927. Kawasan yang terlibat ialah daerah SumateraBarat, khususnya kawasan Padang Panjang, Silungkang, danSawah Lunto. Tetapi dalam masa beberapa hari sahajapemberontakan itu dapat dipatahkan. Penangkapan secarabesar-besaran dilakukan terhadap semua anggota PartaiKomunis Indonesia dan Sarekat Rakyat, pertubuhan yang

159

Page 171: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

menampung mereka yang belum diterima sepenuhnya sebagaianggota PKI tetapi bukan sahaja orang komunis yangditangkap; mereka yang dianggap kiri dan aktif dalam kegiatankesatuan buruh yang anti pemerintah juga ditangkap.Menjelang pertengahan 1928 ribuan telah dibuang ke daerahBoven Digul di Irian Barat. Mana-mana anasir komunis ataunasionalis kiri yang terlepas oleh jaringan polis Belanda telahmelarikan diri ke Singapura dan Semenanjung Tanah Malayu.

SINGAPURA sejak awal tahun 20-an memang telah menjaditempat bertemu orang komunis Indonesia. Biro perisikan Brit-ish memang telah mengikuti perkembangan gerakan menentangpenjajahan di Hindia Timur Belanda dan mengekori gerak-geri orang Indonesia, baik komunis mahupun nasionalis, yangbergerak di Singapura dan Semenanjung. Pada awal 1926perisik British misalnya melaporkan kehadiran Boedisoetjitro39

(dari Jawa) dan Hamid bergelar Sutan Perpatih,40 (dariSumatera Barat), dua orang komunis yang beberapa waktuberada di Pulau Pinang dan Singapura.

BAHAWA orang-orang komunis Indonesia memang adamenghubungi individu Melayu tempatan jelas kelihatan jikakita meneliti laporan perisik British.41 Tetapi bukan tujuanpokok kertas ini untuk membincangkan khusus tentangkegiatan komunis Melayu/Indonesia di Singapura danSemenanjung. Sebaliknya persoalan yang ingin dikupas ialah:setakat manakah kegiatan orang-orang kiri dari Indonesia initelah membentuk pandangan kiri di kalangan nasionalis Melayuyang bergerak di dalam KMM dan PKMM?

SEKITAR tahun 1934 perisik British mengekori kegiatanseorang tokoh komunis Indonesia yang memainkan perananpenting dalam mengilhamkan penubuhan parti politik kiriMelayu yang pertama. Tokoh itu ialah Sutan Jenain. SutanJenain yang juga dikenali oleh perisik British dengan namaMa(t) atau Amat, dikatakan telah berhijrah ke Tanah Melayu

160

Page 172: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

pada tahun 1910. Tetapi tidak berapa lama kemudian diakembali ke Jawa dan di sana dia bergerak aktif dalam Sarekat(kesatuan) Postal dan Kereta Api di Bandung sehinggalahkesatuan itu diharamkan pada tahun 1924. Antara tahun 1926dan 1928 Sutan Jenain datang semula ke Tanah Melayu selepasberlakunya pemberontakan PKI dan kali ini dia datang sebagaipelarian. Menurut laporan Inggeris pada tahun 1948 SutanJenain adalah anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malayadan pernah menganggotai Liga Pembebasan Bangsa Melayu iaitusebuah organisasi yang berada di bawah pengaruh Parti KomunisMalaya yang bertujuan untuk mendakyahkan fahaman komunisdi kalangan orang Melayu dan India. Sutan Jenain jugadipertanggungjawabkan tugas menubuhkan barisan Tani.

WALAUPUN surat pembuangan negeri pernah dikeluarkankepada Sutan Jenain dalam tahun 1936, dia berjaya meng-elakkan dirinya daripada diusir. Menjelang pertengahan tahun1937, dia muncul dalam perjumpaan menubuhkan KesatuanMelayu Muda di Kuala Lumpur.42 Mengenai peranannya dalampenubuhan KMM, Mustapha Hussain, bekas Naib YangDipertua penubuhan itu menulis: "Perlu juga disebutkan disini Pak Sutan Jenain yang telah lama menasihati kamimenubuhkan satu badan politik Melayu untuk tujuan mencapaikemerdekaan telah turut hadir pada hari penubuhan itu."43

KEMUNCULAN Partai Kebangsaan Melayu Malaya pada 17Oktober 1945 sekali lagi menampilkan peranan seorangpenganut fahaman kiri yang juga menganggotai partai KomunisMalaya. Orang itu ialah Mokhtaruddin Laso yang, dengandibiayai oleh partinya, telah memprakarsai penubuhan PKMMbersama-sama dengan Arshad Ashaari, Ahmad Boestamam, danDahari Ali. Mokhtaruddin sendiri telah dipilih sebagai YangDipertua ketika diadakan kongres PKMM yang pertama pada30 November; manakala Dr. Burhanuddin al-Helmy dan DahariAli, masing-masing dipilih sebagai Naib Yang Dipertua danSetiausaha Agung. Seperti KMM, Partai Kebangsaan Melayu

161

Page 173: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Malaya juga berpendirian anti-kolonialisme dan emperialismedan berdta-dta untuk memasukkan Malaya ke dalam Indone-sia Raya. Seperti Tan Malaka, Mokhtaruddin, yang juga diberigelar Lang-lang Buana adalah seorang nasionalis Indonesia.

JIKA diteliti kegiatan para anggota komunis dari Indonesiayang bergerak di Singapura dan Semenanjung, amatlah jelaspendirian serampang dua mata mereka itu, iaitu memper-juangkan komunisme dan kemerdekaan Indonesia sambil cubamenyebarkan fahaman kiri mereka di kalangan nasionalisMelayu. Di kalangan mereka yang berketurunan Minangkabau,baik yang berjiwa nasionalis kiri mahupun yang tulen komunis,yang bilangannya jauh lebih besar daripada mereka yangberketurunan Jawa, matlamat perjuangan mereka diSemenanjung dan Singapura adalah juga untuk merealisasikansebuah Indonesia Raya seperti yang diimpikan oleh Tan Malaka.Justeru itu tidak menghairankan apabila nama-nama Minang-kabau seperti Jamaluddin Tamin, Sutan Jenain, Jamil SutanMangkuto, Arif Sutan Pamuntjak, Taharuddin Ahmad, AnwarMuin, dan Khatijah Sidek, yang kesemuanya mempunyaijaringan kerja sama di Singapura dan Pulau Pinang dalampembelian senjata api untuk dikirimkan ke Indonesia, diekorioleh pegawai perisik British dalam gerak-geri mereka pada tahunsekitar 1947-1948.44 Sayugia diingat, dalam pergerakan kirinasionalisme Melayu, para pemimpinnya juga kebanyakannyaterdiri daripada mereka yang berketurunan Minangkabau.

OLEH itu jika makna kiri dalam pergerakan kebangsaan Melayuhendak diberikan penjelasan maka ciri yang menonjolkan ke-kirian pendirian para anggota pergerakan itu harus ditekankan:

1. Kegigihan semangat untuk membebaskan tanah air dari-pada belenggu Inggeris.

2. Lantaran perasaan anti-penjajahan begitu kuat, merekasanggup melakukan apa sahaja, termasuk bersekongkol de-ngan anggota Parti Komunis Malaya.

162

Page 174: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

3. Cita-cita mewujudkan persatuan Melayu Raya (yang dipihak Indonesia disebut Indonesia Raya).

4. Memperjuangkan kedaulatan rakyat, yakni mencabarpegangan politik tradisional orang Melayu yang meletakkankedaulatan raja sebagai sesuatu yang tidak boleh digugat.

5. Mempertahankan simbol bangsa Melayu seperti yangterdapat dalam tuntutan memberikan kedudukan martabatyang tinggi pada bahasa Melayu dan menggunakan namaMelayu untuk rupa bangsa warga negara Malaya merdeka.

KELIMA-LIMA dri ini, walaupun secara keseluruhannya belumbegitu jelas diungkapkan dalam perjuangan Kesatuan MelayuMuda, tetapi telah terangkum dalam garis besar haluan per-juangan Partai Kebangsaan Melayu Malaya. Ciri pertama hinggaempat itu jelas membayangkan pengertian kiri yang dihayatioleh semua badan perjuangan kebangsaan Indonesia sejak di-lafazkan Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928 dankemudian mempengaruhi anggota pergerakan kebangsaanMelayu sebelum berdirinya UMNO. Ciri kedua pula sangatjelas terpancar dalam gerakan Angkatan Pemuda Insaf,Angkatan Wanita Sedar, Pusat Tenaga Rakyat, dan badan-badan radikal yang dipayunginya. Manakala ciri terakhir itumembayangkan manoeuvre atau muslihat pemimpin PartiKebangsaan seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, AhmadBoestamam, dan Ishak Haji Muhammad dalam menghadapipolitik pergerakan kiri kaum bukan Melayu seperti yangdiwakili oleh All Malaya Council of Joint Action.

KesimpulanSEBAGAI rumusan kertas ini, saya ingin menyimpulkan bahawapertumbuhan dan perkembangan gerakan kiri orang Melayudi Semenanjung tidaklah boleh dipisahkan daripada jalurpemikiran yang bersifat kiri yang sudah pun mewarnaipergerakan pertubuhan nasionalis yang utama di Indonesia,

163

Page 175: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

seperti Sarekat Rakyat, Sarekat Islam, National Indische Partij,Perhimpunan Indonesia, Partai Nasional Indonesia, PartaiIndonesia Raya, dan lain-lainnya sejak bertapaknya fahapnansosialisme di Indonesia selepas tahun 1914.

DALAM konteks perjuangan orang-orang seperti Tan Malaka,Sutan Jenain, dan Mokhtaruddin Laso, fahaman komunismeyang mereka anuti tampaknya berbaur dengan ideologinasionalisme dan justeru itu timbul pertanyaan: apakahmungkin mereka digolongkan sebagai komunis nasional?Pertanyaan ini timbul apabila kita melihat jolokan yang serupadiberikan kepada Tan Malaka oleh seorang yang telah mengkajisecara mendalam mengenai tokoh ini:

If on the other hand national communist is taken to mean anideology that embraces both nationalism and communism, andthat implies a locally oriented approach without question fromabove, then ano can unquestionably assign Tan Malaka to thiscategory.45

164

Page 176: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

Nota

1. Ibrahim Haji Yaacob, Melihat Tanah Air (Kuantan: PercetakanTimur, edisi 1975), 16.

2. Ibid., 30.

3. Lihat Tan Malaka, Massa Actie (Djakarta-Raya: PoestakaMoerba), 66. Naskhah ini adalah cetak ulang daripada karya yangterbit dalam tahun 1926 di Singapura.

4. Tarikh lawatan Ibrahim itu diperolehi daripada suratnya kepadaMustapha Hussain (setebal 14 halaman), bertarikh 20 Mei 1975.Mengikut Cheah Boon Kheng, "The Japanese Occupation of Malaka,1941-45: Ibrahim Yaacob and the Struggle for Indonesia Raya dalamIndonesia," No. 28, Oktober 1979, hlm. 89, edisi pertama MelihatTanah Afr, yang menggunakan tulisan Jawi, diterbitkan oleh (KotaBahru: Al-Asmaliah Press, 1941).

5. Ibrahim Yaacob, Melihat Tanah Air, 13-14.

6. Rad n Mas Tirto Adhi Soerjo adalah anggota kerabat BupatiBojonegoro, iaitu satu daripada keluarga raja-raja Jawa yang terkenaldalam zaman kolonial. Lahir dalam tahun 1878 di Blora, JawaTimur, Tirto adalah bumiputera yang merintis kegiatan persurat-khabaran Melayu di Jawa. Untuk maklumat lanjut mengenai Tirto,lihat Ahmat Adam, "The Vernacular Press and the Emergence ofModern Indonesian Consciousness" (Ithaca: Southeast Asia Program,Cornell University), (dalam percetakan), terutamanya bab 5. Untukgambaran watak Tirto yang diromantiskan, lihat karya-karyaPramoedya Ananta Toer yang terkenal, Bumi Manusia, Anak SemuaBangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca, semuanya diterbitkan olehHasta Mitra (Jakarta) dan Wira Karya (Melaka) dalam tahun-tahun80-an. Lihat juga karya Pramoedya, Sang Pemula (Jakarta: HastaMitra, 1985).

7. Sarekat Dagang Islamiah yang didirikan oleh Tirto dengansokongan dan keahggotaan beberapa orang hartawan Arab di Bogortelah dilarang oleh pemerintah Belanda sebaik sahaja ia ditubuhkan,dengan alasan bahawa undang-undang yang menyangkut orang Arabberbeza dengan yang berkaitan dengan bangsa bumiputera Indone-sia. Wahu bagaimanapun, badan yang bernama Sarekat Dagang

165

Page 177: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Islam kemudiannya didirikan di Solo dalam tahun 1911 atas inisiatifHaji Samanhudi yang meminta bantuan R. M. Tirto Adhi Soerjountuk menubuhkannya. Badan inilah yang kemudiannya bertukarnama menjadi Sarekat Islam pada tahun 1912 di bawah pimpinanOemar Said Tjokroaminoto.

8. Tirto belajar di sekolah Dokter Jawa (School tot Opleidingvan Inlandsce Artsen) selama enam tahun tetapi gagal mendapatkanijazah.

9. Ibrahim Yaacob, Sekitar Malaya Merdeka (Jakarta: Kesatuan Ma-laya Merdeka Bhg. Penerangan, 1957), 25.

10. Ibid., 20.

11. Dakwaan Ibrahim ini amat sukar dipercayai jika diingatbahawa bukan mudah bagi seorang pelajar berusia sekitar 17 tahunyang belajar di sebuah maktab yang disiplinnya sangat ketatberhubung surat dengan ibu pejabat PNI di Jakarta. Sementelahnyapula tidak mudah bagi Ibrahim untuk melakukannya tanpapengetahuan penguasa maktab dan pegawai Inggeris. Keraguan inijuga diungkapkan oleh Mustapha Hussain, yang menjadi Naib YangDipertua KMM. Lihat Mustapha Hussain, "Riwayat Hidup danPerjuanganku," manuskrip yang tidak diterbitkan, 1976, bab 17.

12. Ibid. Agak aneh apabila Ibrahim tidak menjelaskan tentangpemberontak yang dianjurkan oleh Partai Komunis Indonesia danmeletus di Jawa pada akhir 1926 dan di Sumatera Barat pada bulanJanuari 1927. Tentang pemberontakan ini lihat Ruth T. McVey, TheRise of Indonesian Communism (Ithaca: Cornell University Press, 1965).

13. Lihat teks ceramah Ibrahim Yaacob yang dijadualkan untukdisampaikan (tetapi tidak disampaikan sendiri olehnya) di seminarSejarah Perintis Kemerdekaan Malaysia di Jabatan Sejarah, UniversitiKebangsaan Malaysia, pada 28 Ogos 1973, Passim.

14. Lihat Rustam A. Sani, "The Origin of the Malay Left: AnAnalysis of the Social Roots," tesis M.A., University of Kent atCanterbury, 66-70.

15. Ibid., 41-42.

16. Ibid., 43.

17. Muhammad Yamin semasa hayatnya yakin bahawa IndonesiaRaya yang merangkumi semua pulau dan wilayah, di dalam gugusanKepulauan Melayu, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, akan

166

Page 178: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

menjadi kenyataan. Indonesia Raya tanpa Malaya adalah suatuchajal, kata Yamin dalam tahun 1955. Lihat Muhammad Yamin,Sumpah Indonesia Raja iaitu Uraian tentang Rumusan dan Wujud Sumpah

Pemuda tanggal 28 Oktober 1928 Untuk Membentuk Indonesia Merdeka

(Bukit Tinggi-Djakarta-Medan: N. V Nusantara, 1955), 32-38.

18. Kata Indonesia mula dipakai dalam pengertian geografi olehJ. R. Logan dalam tahun 1850 dalam pengertian etnologi oleh AdolfBastiaan dalam tahun 1884.

19. Tentang penggunaan kata Indonesia secara politik, lihat AhmatAdam, "The Origins of the Name 'Indonesia' and the Idea of Selt-Goverment: Sources from the Indonesia Press," kertas kerja yangdibentangkan pada International Workshop on Historiography andNational History, 18-22 September 1994, di Universiti BruneiDarussalam, Brunei.

20. Lihat Keng Po, no. 727, 13 Januari 1926. Menurut akhbarini juga, Persatuan Jong Java (Jawa Muda), dalam kongresnya padapenghujung tahun 1925 di Bandung telah meluluskan usulmemasukkan di dalam perlembagaannya cita-cita untuk menyebarkanperasaan Indonesia Raya di kalangan para anggotanya.

21. Soeling Hindia no. 1, 28 Februari 1926.

22. Tan Malaka, Massa Actie (Jakarta: Poestaka Moerba, cetakan1947), 66.

23. Ibid., 66.

24. Lihat kutipan pada halaman 1 dan 2 di atas.

25. Mungkin kesatuan yang dimaksudkan ialah Kesatuan MelayuSingapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos Abdullah,seorang yang berketurunan Minangkabau, pada 14 Mei 1926.Keanggotaan dalam persatuan ini terbatas pada orang dari rumpunmelayu yang bertaraf peribumi baik di Semenanjung mahupun digugusan kepulauan Melayu. Tentang KMS, lihat W. R. Roff, TheOrigins of Malay Nationalism (Kuala Lumpur dan Singapore: Univer-sity of Malaya Press, 1967), 190-195.

26. Yakni proses menghalangi pembanjiran bangsa bukan Melayuyang mendesak orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi.

27. Tan Malaka, Massa Actie, 67. Garisan bawah dibuat olehpenulis makalah ini untuk maksud penekanan.

28. Ibid.

167

Page 179: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

29. Ibid., 68.

30. Ibid., 68.

31. Lihat pengantar pada risalah berjudul "Islam dalam Madilog,"tulisan Tan Malaka mengenai Islam yang dicabut daripada karyabesarnya, Madilog [akronim untuk Materialisme, Dialectica danLogica] dan diterbitkan semula oleh Toko Buku dan PercetakanNusantara, Bukit Tinggi, 1948. Di dalam pengantarnya itu, Hamkamenyatakan rasa kagumnya terhadap fikiran Tan Malaka yangmenyanjungi Nabi Muhammad sebagai nabi yang terbesar antarasemua nabi. Kata Hamka, Jang mula-mula sekali menjadi perhatiansaja ialah pengakuan terus terang daripada Tan Malaka, bahwasumber Islam itulah jang terutama hidup dalam hati beliau . . .

32. Lihat Tan Malaka, From Jail to Jail (terjemahan bahasa Inggerisdalam tiga jilid oleh Heko Jarvis), vol. 2 (Athens: Ohio UniversityCenter for International Studies, 1991), 96.

33. Ibid., 105.

34. Ibid., 107.

35. Lihat nota kaki no. 54 olah Helen Jarvis dalam ibid., 243.

36. Ibid., 106.

37. Ibid., 107-108.

38. Ruth T. McVey, The Rise of Indonesian Communism, 323-246.Untuk pandangan seorang peserta dalam pemberontakan tersebut,lihat, A. Muluk Nasution, Pemberontak Sarikat Rakyat SilungkangSumatera Barat 1926-1927 (Jakarta: Mutiara, 1981).

39. Boedisoetjitro pernah memegang jawatan editor surat khabarApi, di Semarang. Dia melarikan diri ke Singapura untukmengelakkan daripada dihukum pemerintah Belanda kerana bersalahmelanggar undang-undang percetakan di Hindia Timur Belanda.Lihat CO. 273/534/C 13350, Malayan Bulletin of PoliticalInteligence No. 38, April 1926. Untuk seterusnya hanya singkatanMBPIJ digunakan.

40. Hamid pernah terlibat dengan surat khabar komunis di PadangPanjang, Djago-Djago.

41. Dokumen mengenai ini telah pun dihimpun sebagai suatukoleksi Dr. Cheah Boon Kheng (ed.), From PKJ to the Comintern,1924-1941: the Apprenticeship of the Malayan Communist Party (Ithaca:Southeast Asia Program, Cornell University, 1992).

168

Page 180: Document2

PENGARUH INDONESIA DALAM ALIRAN KIRI GERAKAN KEBANGSAAN

42. Menurut Ibrahim Yaacob, para pemuda dari Persatuan BeliaMelayu, Kuala Lumpur, telah mengundang Ibrahim dalam bulanMac 1937 bermesyuarat di Asrama Kampung Bahru, bersama-samaYusuf Ahmad (adik Zaaba), Hassan Manan, dan A. Karim Rashid.Ibrahim diangkat sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Setelahbertambah ahli jawatankuasanya, pertubuhan itu telah mengadakanmesyuarat di Sekolah Melayu Gombak Lane dalam bulan Mei 1937dan nama Belia Melayu pun diubah menjadi Kesatuan MelayuMuda. Kata Ibrahim lagi Sama Ismail menyetujui nama itu lantaranmencontohi nama pergerakan Young Turk di Turki, manakala bagiIbrahim pula, nama itu seperti yang dinyatakan oleh Sutan Jenain,amat sesuai bagi mencontohi gerakan Indonesia Moeda di Indone-sia.

43. Mustapha Hussain, Riwayat Hidup dan Perjuanganku, 2, Bab16.

44. Lihat laporan perisikan politik dalam CO 537/3751, Politi-cal Intelligence Journal, khasnya bahagian Pertubuhan-pertubuhanMelayu dan Indonesia.

45. Lihat pengantar oleh Helen Jarvis dalam Tan Malaka, FromJail to Jail (diperkenalkan dan diterjemahkan oleh Helen Jarvis),dalam tiga volum), vol. 1 (Athens: Ohio University Center for In-ternational Studies, 1991), cv.

169

Page 181: Document2

GerakanPertubuhanKebangsaanDalamMemperjuangkanKemerdekaan

ABDUL AZIZ MAT TON

MALAYSIA kini merupakan sebahagian daripada sebuah negara yangdahulunya terkenal dengan nama Melaka yang melingkungi wilayahpolitiknya beberapa petempatan di Pantai Timur Sumatera, KepulauanRiau termasuk Singapura, Sabah, dan Sarawak yang dahulunya adalahtanah jajahan Brunei, mempunyai ikatan yang rapat dengan negaraMelaka melalui hubungan Brunei dengan Melaka. Bagaimanapun, olehkerana tumpuan artikel ini pada tahun-tahun sebelum kemasukankedua-dua wilayah itu ke dalam Malaysia, maka perhatian diberikankepada Semenanjung Malaysia sahaja.

GERAKAN kemerdekaan di sini (dengan tumpuan kepada jangka waktusekitar 1900-1957), dirujuk kepada kegiatan politik moden yang seringjuga disebut sebagai gerakan kebangsaan Tanah Melayu. Istilah gerakan

171

Page 182: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kebangsaan merujuk apa yang secara popularnya sebagaigerakan nasionalisme. Penjelasan penggunaan istilah denganlebih tegas ditekankan bagi mengelakkan debat istilah yangmungkin timbul. Begitu juga mesti ditegaskan bahawa lazimnyasecara longgar gerakan kemerdekaan itu sama-sama diertikandengan gerakan nasionalisme. Hal ini berlaku kerana hanyamelalui kemerdekaan barulah sesebuah negara itu mendapatsemula kedaulatan politiknya, berikutnya lahirlah sebuah negarayang diiktiraf sebagai sebuah negara moden.

MELALUI pengertian itu, kita perlu melihat kelahiran suatuperasaan kesengsaraan penduduk Semenanjung bagi mem-bentuk gerakan politik yang memperjuangkan kemerdekaandalam mendapatkan kedaulatan negara ini untuk rakyatnyadengan memberi pengalaman atau peranan Melaka dalamperjuangan kemerdekaan Malaysia.

Pengalaman Terjajah: Melaka DanTanah MelayuPADA umumnya, ramai yang mengetahui bahawa negeriMelaka menjadi wilayah terasing milik kerajaan Melayu danyang terawal dijajah oleh kuasa asing di Nusantara. Sejak 511Melaka dijajah silih berganti oleh kuasa-kuasa Eropah mulaiPortugis, kemudian Belanda (1641-1795), Inggeris (1795-1814), Belanda (1815-1824), dan akhirnya Inggeris (1824-1957).

KEBANYAKAN sarjana sejarah terawal menganggap kejatuhanMelaka itu sebagai ketaklukan negara Melaka dahulu itukepada kuasa kolonial. Nyatalah hal ini tidak benar dalamsejarahnya. Untuk beberapa abad, apa yang tegas berlaku ialahhanya kawasan bandar-pelabuhan Melaka yang dikuasaisepenuhnya oleh kuasa-kuasa penjajah, Hanya selepas tahun

172

Page 183: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

1824 barulah negeri Melaka dan seterusnya Pulau Pinang danSingapura secara menyeluruh dapat dikuasai oleh British.

PADA kurun ke-19 itu secara beransur-ansur kemerdekaanpemerintah-pemerintah tempatan mulai digugat oleh Inggeris,sebuah kuasa kolonial dan imperialis teragung di dunia padamasa itu. Bersama-sama bendera Union Jack, Inggeris jugamembawa perutusan sucinya yang biasa disebut sebagai thewhite-man burden atau "tanggungjawab orang kulit putih". Secarakasarnya, perutusan itu adalah untuk mentamadunkan orangkulit bewarna yang menurut mereka, orang yang masih"biadab". Penjajahan mereka bersifat politik, mereka menguasaipemerintah untuk mengaut kepentingan ekonomi. Pemerasan

ekonomi tidak dapat berjalan dengannya. Prasarana terpenting untuk itu

terbaik tanpa prasarana-ialah sistem pendidikan

melalui sekolah-sekolah. Maka dengan itu tertubuhlah sistempendidikan kolonial. Selewat-lewatnya sehingga dekad keduaabad 20, seluruh Semenanjung mengalami kesamaanperkembangan prasarana pemerintahan kolonial dan denganitu, membentuk kesamaan pengalaman sejarah masyarakatnya.

Perang KemerdekaanPERJUANGAN kemerdekaan masyarakat Semenanjungbukanlah suatu gejala politik baru yang muncul dalam kurunke-20. Sebelum itu, peperangan-peperangan menentangpenjajahan berlaku sejak tahun 1511. Usaha menentang Brit-ish berlaku sepanjang kurun ke-19 seperti yang berlaku diNaning (1831-1932), Perak (1875), Pahang (1885), Kelantan(1914), dan Terengganu (1928).

SEPERKARA yang penting dicatatkan tentang peperangan ituialah keadaan keterasingan perjuangan itu. Dalam keadaansedemikian, pihak kolonial tidak mengalami masalah untukmengatasi kuasa-kuasa tempatan. Kebijaksanaan diplomasi

173

Page 184: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

British dan perpecahan pemerintah-pemerintah tempatanmenyebabkan peperangan itu sebagai peristiwa kedl dalamsejarah tempatan. Kuasa kolonial pula dapat menumpaskankuasa tempatan dalam masa yang pendek sahaja.

Parti Politik: Perjuangan BaruMENJELANG suku akhir kurun ke-19, kumpulan intelektualIslam tempatan yang masih belum tergugat kepercayaannyaterhadap warisan budaya meneruskan budaya ilmuannya keAsia Barat. Di Asia Barat sendiri pada masa itu, negara-negaraIslam baru terlibat dalam perjuangan mempertahankankemerdekaan mereka daripada penjajahan kuasa-kuasa Eropah.Dalam pergelutan dengan kuasa-kuasa kolonial Eropah itulahmunculnya tokoh-tokoh Jamaluddin al-Afghani, MuhammadAbduh, dan Rashid Redza. Mereka dikenali kemudiannyasebagai golongan al-Manar.

JAMALUDDIN sebagai mujaddid dan mujtahid kumpulan initelah merencanakan kerangka perjuangan berhadapan dengankemaraan penjajah dan imperialis Barat pada masa itu.Muhammad Abduh kemudiannya, setelah menjadi "bayangan"Jamaluddin, melakukan semacam imbangan baru kepadaperjuangan Islam masa itu dengan menekankan pendidikan.Melalui pendidikan golongan ini cuba mengislahkan(memulihkan tanggapan keislaman) masyarakat Islam (untukkepentingan dunia dan akhiratnya) untuk berhadapan dengankuasa-kuasa kolonial. Al-Manar di bawah bimbinganMuhammad Abduh dan kemudiannya melalui penyuntingan,Muhammad Rashid Redza menjadi sumber-sumber hujahperjuangan mereka.

PADA 23 Julai 1906, sekumpulan golongan yang terpengaruhdengan gerakan al-Manar itu melancarkan perjuangan yangselaras dengan matlamatnya dengan menerbitkan majalah al-

174

Page 185: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

Imam di Singapura. Mereka kemudiannya bergelar kaum muda.Al-Imam merupakan majalah bulanan yang memperingatkankhususnya pemimpin Nusantara terutama raja-raja, orang besar,orang kaya, dan ulama tentang tugas mereka dalammemperjuangkan kemerdekaan bangsa, tanah air, dan agamaIslam. Golongan yang disebutkan itu sebenarnya sangatberpengaruh.

WALAUPUN golongan sasaran al-Imam beberapa kali disebuttetapi sasaran Islah itu lebih bersifat merata. Saluran utamayang ditekankan oleh kaum muda ini untuk pengislahanmasyarakatnya adalah melalui persekolahan atau madrasah.Ajaran lain yang ditegaskan oleh al-Imam dalam pendidikanpolitiknya ialah mengadakan persatuan atau persekutuan ataupertubuhan.

Kepimpinan BaruSECARA umumnya, pendidikan merupakan alat perubahankemasyarakatan. Perubahan kemasyarakatan bergantung kepadakepimpinan. Pemimpin pula biasanya ialah orang yang terdidik.Dalam masyarakat Melaka warisan tradisional, nampaknyakehampiran kedudukan status seseorang dalam hubungannyadengan pemerintah merupakan faktor penting. Dalam keadaanyang sebegitu, peranan pemerintah British seharusnyadiperhatikan bagi mengenali kepimpinan yang baru dalammasyarakat setempat.

USAHA British memperkenalkan sistem pendidikan Barat,sama ada Sekolah Melayu atau Inggeris telah berjalan sejakawal abad ke-19 melalui kegiatan para pengembang agamaKristian yang mula-mula menubuhkan Anglo-Chinese School(1815) dan Malacca Free School (1826) dan seterusnyasekolah-sekolah Melayu pada pertaftgahan tahun 1850-anmenyebabkan pendidikan masyarakat Melayu menjadi rencam.

175

Page 186: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

MENJELANG kurun ke-20, perkembangan pendidikan Cinapula tumbuh dan berkembang sejajar dengan perkembanganrevolusi China. Walau bagaimanapun, pemerintah kolonialmemainkan peranan minimum. Di kalangan masyarakat Indiapula, walaupun tidak begitu berjaya dalam usaha pengembangagama Kristian tetapi dalam jangka panjang ia menyediakankepimpinan golongan tersebut.

OLEH kerana tidak terdapat pernyataan perjuangankemerdekaan untuk Tanah Melayu di kalangan orang bukanMelayu sebelum tahun 1946, maka tumpuan perbincangan inidiberi kepada masyarakat Melayu sahaja. Percubaanmeningkatkan pandangan hidup masyarakat Melayu/Islamserantau ke arah bangsa yang merdeka dimulai denganmenubuhkan madrasah. Madrasah kaum muda menyediakanpelajaran agama Islam dan cabang-cabangnya termasuk bahasaArab, bahasa Inggeris, Melayu, dan pelajaran ilmu duniawi.Konsep pendidikan ini mungkin lebih tepat disebut sebagaipendidikan dunia dan akhirat. Inilah yang cuba diperkenalkanoleh Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi pada tahun 1917 melaluiSekolah atau Madrasah Al-Hadi di Jalan Chan Koon ChengBanda Kaba, Melaka. Pada tahun 1934, anak beliau, SyedAlwi pula mengusahakan persekolahan swasta di Bandar Hilir,Melaka. Amat malang, di sebalik minat orang Melayu Melakaterhadap karya-karya Al-Hadi, kedua-dua usaha pendidikanketurunan Al-Hadi ini gagal di Melaka.

USAHA golongan kaum muda nampaknya lebih berjaya untukmelahirkan sistem pendidikan khusus mengenai agama Islam.Ini terbukti melalui kegiatan Madrasah Ittiba Ussunnah danMadrasatul Diniyah di Terentang, Jasin yang kemudiannyadiubah menjadi Madrasah Ansar ul-Sunnah. Sistem pendidikanIslam di Melaka secara umum kemudiannya merupakan syn-cretism (adunan meniru model madrasah kaum muda walaupunajaran kaum tua dijalankan dalam institusi madrasah. Namunbegitu, tradisi pondok masih tetap wujud walaupun bersifat asing.

176

Page 187: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

PENDIDIKAN Sekolah Melayu di Melaka merupakan sistempersekolahan masyarakat Melayu yang paling berjaya danutama. Sistem ini menghasilkan masyarakat umum Melayu dikampung-kampung sebagaimana yang dirancang oleh British.Mereka terdiri daripada kaum petani dan nelayan. Sekelompokkecil terdiri daripada guru-guru sekolah Melayu yang biasanyaterdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang lulusan pendidikantersebut. Sejarah awal pemodenan masyarakat Melayu Melakabagaimanapun memperlihatkan betapa pentingnya elit ini yangberfungsi sebagai pemimpin peringkat kampung.

KEADAAN pendidikan yang pelbagai menyebabkan keadaankepimpinan masyarakat Melayu ditafsirkan secara agak aneholeh sarjana—khususnya yang kurang faham tentang masya-rakat Melayu. Menurut mereka, terdapat tiga aliran yang se-olah-olah begitu tegas terasing yang memisahkan perjuanganmasyarakat Melayu. Di katakan bahawa aliran-aliran itu sebagaialiran agama (Islam), aliran Inggeris, dan aliran pendidikanMelayu yang masing-masing ada parti tersendiri. Ini sukar di-pertahankan kebenarannya sama ada di peringkat nasional atautempatan. Kemungkinan kesilapan analisis ini akan dihuraikandalam perbincangan tentang kelahiran parti-parti politik.

PERKARA yang diperjuangkan dalam politik masyarakatMelayu di peringkat nasional boleh dikelompokkan ke dalamdua aliran utama. Pertama, anti kolonial yang diusahakan olehmereka yang menyedari kesan kolonialisme terhadapmasyarakat Melayu seperti yang diasaskan oleh al-Imam. Kedua,golongan pro kolonial yang mendapat kedudukan dalampemerintahan kolonial.

KUMPULAN elit yang terpengaruh dengan ajaran kaum mudatidak semestinya terdiri daripada mereka yang berpendidikanaliran agama. Mereka datang daripada pelbagai latar belakangmemilih wadah yang memperjuangkan kemerdekaan dan bencipada kolonialisme Barat. Dengan sentimen ini mereka

177

Page 188: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

menatarkan konsep kesatuan yang dicanangkan oleh al-Imamberlandaskan bahasa, agama, dan keturunan yang satu.Golongan intelek ini dalam pernyataan umum tradisi perjuang-an yang disampaikan melalui bahasa Melayu, mereka memper-kenalkan kemelayuan itu. Konsep sebegini mungkin melahirkanapa yang kemudiannya disebut sebagai Melayu Raya.

KELAHIRAN Jepun sebagai kuasa Asia, sebelum kelahiran al-Imam begitu mengagumkan bangsa-bangsa Asia yang telahterjajah. Ilham daripada perkembangan politik Asia Baratmembuatkan al-lmam menyanjung Jepun dan meletakkanharapan sebagai kuasa pengimbang Barat. Kelahiran sentimenpro-Jepun yang muncul kemudian, mungkin bermula di sini.Sebahagian yang lain pula menaruh harapan terhadapperlindungan yang lebih baik daripada British. Dengan itu,sentimen pro-Jepun terus dikembangkan walaupun secaraberbisik-bisik atau rahsia di sebalik suara puji-pujian terhadapInggeris.

DI samping harapan kepada Jepun, kesedaran politik masya-rakat Melayu telah melewati batas-batas negeri. Nusantara,khususnya ikatan Malaysia dan Indonesia bertambah suburperkembangannya. Selain pertubuhan-pertubuhan sosio-ekonomi seperti syarikat-syarikat kerja sama dan JamiyahIslamiah, kegiatan pertubuhan berunsur politik turutberkembang di Melaka seperti Kesatuan Melayu CawanganMelaka (1937) dan Kesatuan Melayu Muda (1941).

MUNGKJN kerana pengetahuannya tentang perkembangankesedaran politik sebegini di Semenanjung, Inggeris telahmembenarkan penubuhan "parti-parti politik" kenegerianseperti Persatuan Melayu Selangor, Pahang, Perak dan kesatuan-kesatuan Melayu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.Persatuan ini kemudiannya dibenarkan mengadakan kongresnasionalnya; yang pertama sekali diadakan di Singapura padabulan Ogos 1939 dan yang kedua di Kuala Lumpur pada tahun

178

Page 189: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

1940. Keseluruhannya, kongres ini merupakan kempen untukmeningkatkan imej keagungan empayar British dan pernyataantaat setia anak-anak jajahannya yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Berikutan daripada kongres itu lahirlah kempen-kempen memungut derma bagi menyelamatkan empayar danmaruah British.

DALAM kerangka pemikiran kolonial sebegitu, bagaimanapun,masih ada rahmat yang tersembunyi seperti kemunculankesedaran orang Melayu untuk membincangkan masalahkebangsaan dan masalah politik, ekonomi, serta sosial orangMelayu dari Perlis hingga ke Brunei dan Sarawak. Merekamengambil keputusan untuk merayakan tarikh 6 Ogos setiaptahun sebagai Hari Kebangsaan Melayu. Hal ini membuktikanbahawa sehingga tahun 1941, sifat-sifat kenegerian pertubuhanMelayu sebahagiannya dapat diketepikan. Ia juga bermaknaapa yang dikatakan sebagai nasionalisme Tanah Melayusebelum tertubuhnya Perlembagaan Rakyat (1947) atauPerikatan UMNO-MCA (1952) merupakan kesilapan dalamtanggapan sejarah nasionalisme Tanah Melayu.

Perjuangan Kemerdekaan Pada ZamanJepun

ALIRAN politik dunia yang ditunjangi oleh kegiatanimperialisme yang diterokai oleh kuasa-kuasa Eropah akhirnyamelahirkan Perang Pasifik. Keghairahan politik kolonialismedan imperialisme akhirnya berjangldt ke Asia. Jepun di luarjangkaan negara-negara Asia, menjadi jaguh imperialisme diAsia dengan Negara Persekemakmuran Asia Timur Raya(NPATR) atau Asia Co-Prosperity Sphere. Tulang belakangNPATR ini ialah Doktrin Monroe Jepurt yang melingkungikawasan Asia Selatan hingga ke pesisiran Pasifik Barat. Negarainduk NPATR ini ialah Jepun, China, dan Korea.

179

Page 190: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

PEREBUTAN tanah-tanah jajahan dan kawasan lingkunganpengaruh politik menyebabkan Jepun mengambil kesempatandaripada peperangan di Eropah yang telah meletus sejak tahun1939. Peperangan di Pasifik dimulakan oleh Jepun denganbedilan pertamanya di Tanah Melayu dan beberapa minitkemudian Pearl Harbour dihujani bom-bom Jepun.Kelumpuhan tentera Eropah di Pearl Harbour menyebabkankehancuran pertahanan British yang dijangka mampu bertahankira-kira enam bulan tetapi jatuh dalam masa sembilan minggusahaja. Oleh itu untuk selama tiga tahun lapan bulanberikutnya, Malaysia diperintah oleh Jepun.

PEMERINTAHAN zaman Jepun dilakukan secara ketenteraan.Kebebasan masyarakat amat terhad. Jika adapun, untukmemenuhi keperluan perjuangan. Dalam pemerintahan serupaini, tidak ada parti politik yang memperjuangkan kemerdekaanMalaysia yang boleh hidup; tidak juga KMM yang banyakberjasa kepada tentera Jepun. Ini kerana polisi Jepun yangmenanggap bahawa Semenanjung (termasuk Singapura) akandijadikan tanah jajahan yang kekal untuk Jepun. Kalau ada-pun gerakan pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaanialah Gerakan Mara ke Delhi (Chalo Delhi) yang ditaja olehJepun di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose.

SEMASA pendudukan Jepun, masyarakat tempatan menyedaribetapa nasib mereka hidup sebagai bangsa terjajah. Jepunmemanglah mempunyai polisi yang melebihkan kepentinganbumiputera daripada kepentingan bangsa-bangsa asing tetapipada amalannya mereka tidak berbeza dengan penjajah Barat.Kesatuan Rakyat Istimewa (KRIS) yang biasa dikaitkan denganperjuangan kemerdekaan itu tidak lebih sebagai helah politikJepun semasa ia diambang kehancuran. Jepun terpaksamemikirkan cara pengunduran yang terhormat iaitu untukmengelakkan diri daripada menyerah kalah tanpa syarat. Apayang lebih penting difikirkan oleh Jepun ialah bagaimana KRISakan digunakan jika takdirnya mereka terpaksa berperang

180

Page 191: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

dengan Inggeris yang akan merampas kembali Semenanjung.Daripada kenyataan-kenyataan di atas, dapat dipersoalkanapakah kebenarannya bahawa Jepun telah memberi sumbanganmengajar atau menanamkan semangat atau menggalakkankemerdekaan kepada orang Melayu secara khususnya dalammasyarakat Tanah Melayu. Persoalan yang lebih penting ialahapakah wujud pertubuhan pergerakan kemerdekaan? Ini tidakbermakna orang Melayu belum inginkan merdeka; hanya belumkukuh kemampuan mereka berpersatuan. KRIS yang dikatakanakan merundingkan "kemerdekaan" itu belum pun tertubuh.Mesyuarat penubuhannya, jika sebenarnya akan berlaku, hanyapada 17 Ogos 1945. Tarikh ini di luar dugaan para pengasasnyaiaitu dua hari terlewat daripada tarikh Jepun menyerah kalah.Dengan itu, kemerdekaan dan KRIS telah menjadi debu menjelang15 Ogos 1945 bersama-sama leburnya impian Jepun mendptaNPATR dengan hancurnya bandar Hiroshima dan Nagasaki.

Pertubuhan-pertubuhan Politik SelepasPerang Dunia KeduaAPABILA perang tamat dengan penyerahan Jepun tanpa syarat,tentera British belum sempat kembali ke Malaysia. KembalinyaBritish disambut oleh sebahagian masyarakat setempat denganlinangan air mata kegembiraan. British pula untuk menunjuk-kan keprihatinannya telah menyampaikan rasa simpati kerajaanmereka terhadap penderitaan masyarakat tempatan. Oleh itumereka merayu masyarakat tempatan memberi kerja samauntuk memulihkan keadaan. Sebagai menunjukkan kewibawa-an, mereka mengadakan demonstrasi persenjataan tentera dibeberapa bandar Semenanjung.

APABILA tentera British mendarat semula, Semenanjung TanahMelayu dalam keadaan kacau-bilau dilanda masalah. Tragedipolitik yang amat mencabar ialah rusuhan kaum antara Melayu

181

Page 192: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dengan Cina yang menggugat kewibawaan hak politik orangMelayu. Inilah kebangkitan pertama orang Melayu daripadaigauan politik kolonialisme.

DI peringkat kebangsaan, lahirlah pernyataan kesedaran politikyang merata tentang bagaimana bencana yang menimpa orangMelayu itu dapat diselamatkan. Secara keseluruhannya,masyarakat Melayu mungkin sependapat bahawa merekaseharusnya mempunyai kuasa politik dan bebas menentukancorak pemerintahan negara mereka. Tetapi, persoalannyabagaimana dan bila ia boleh mendapat kuasa itu? Hal-hal inilahyang membezakan peri laku pertubuhan Pekemam (PKMM)serta Pekembar dan badan-badan yang berkembar dengannyapada satu pihak. Pada pihak lain ialah pertubuhan sepertiMalayan Demokratik Union, MIC, MCA, PEMAS, PAS, dansebagainya.

Melaka Dalam Pertubuhan PolitikKemerdekaanPKMM ditubuhkan melalui daya utama Parti Komunis Ma-laya sebagai persediaan berjuang secara berperlembagaan.Aktivis awalnya terdiri daripada beberapa tokoh dari Perak.Melalui akhbar Suara Rakyat dan Voice of the People yang menjadisumber petikan akhbar-akhbar lain maka berita penubuhannyamerebak ke seluruh Semenanjung. Nama Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad digunakan dalam gerakanuntuk mempopularkan gerakan PKMM pada peringkat awalpenubuhannya.

WAKJL PKMM yang tidak dikenali juga datang ke Melakauntuk menubuhkan cawangannya, tetapi ia lambat mendapattempat kecuali beberapa orang yang memandang usaha itusebagai amat berharga. Perjuangannya adalah kemerdekaan

182

Page 193: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

dalam lingkungan Indonesia Raya atau Melayu Raya. Namun,istilah popular baginya kemudian disebut sebagai Malaya-In-donesia Satu. Dalam kempen awal bagi menubuhkan cawanganperjuangannya disebutkan juga untuk membela mereka yangdituduh sebagai tali barut Jepun. Pertubuhan PKMM tidakmempunyai cawangan di Melaka kecuali selepas seorangpesuruhjaya PI<MM, M. Mustaza dilantik sebagai wakilnya.M. Mustaza adalah orang yang tidak terkenal bahkan di Melakapada masa ini. Beliau terpaksa dilantik kerana perwakilanMelaka (ahli Kesatuan Melayu Melaka) ke kongres pertamaPKMM yang diadakan di Ipoh pada tahun 1945 tidak mahudilantik sebagai anggota pusat PKMM.

BAGAIMANAPUN, menjelang pertengahan 1946, PICMMbersama-sama sayap pemudanya telah menyaingi KesatuanMelayu Melaka dan Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka.Kawasan yang menjadi semacam kubu PKMM Melaka ialahAlor Gajah khususnya di sekitar Naning dan Melaka Tengah.Kemudian cawangan-cawangannya merebak ke Jasin sepertisekitar pekan Jasin, Kesang, dan Merlimau.

TOKOH-TOKOH yang memainkan peranan penting ialahmereka yang pernah terlibat dalam gerakan KMM Melakasebelum itu. Dari sekitar Naning di bawah pimpinan KarimBakar, Jaafar Tan; di Sungai Baru seperti Othman Shawal,Abdul Ghani Ishak, Haji Muid Kassim; di Bandar Melakaseperti Ahmad Abdul Rahman, Haji Yusuf Sulung, SyarifSukkar; di Cheng pula terdapat tokoh-tokoh seperti AhmadDaud, Abdul Hai dan Hasnul Hadi; di Air Molek seperi KiyaiHaji Hashim, Haji Muluk, Abu Samah Aziz, Yahya Hashim,Ahmad Jantan; di Jasin Ibrahim dan Othman Ma'anas; diMerlimau terdapat tokoh seperti Said Kemat, Jamaat Idris,Md. Jahi Sahabudin, dan Abdul Hamid Abdul.

PADA bulan Januari 1946, Pergerakan Melayu SemenanjungJohor (PMS Johor) ditubuhkan di Batu Pahat. Pergerakan ini

183

Page 194: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

mendapat tempat di Johor dan ketokohan Onn Jaafar menjadilebih terserlah. Tokoh yang menjadi lebih popular selepasperang melalui krisis Melayu-Cina ini segera menjadi lambangpolitik nasional orang Melayu. Mungkin pengaruh segeranyayang terpenting ialah kelahiran PMS Melaka, cawangan dariPMS Johor. Bagaimanapun, pertubuhan politik kenegerian yangtelah dihidupkan kembali tidak meleburkan pertubuhanmasing-masing. Dalam keadaan begini, sehingga UMNOmuncul sebagai parti politik melalui keahlian terus, PKMMMelaka bergerak berasingan dengan PMS Melaka dan KesatuanMelayu Melaka.

DALAM kes Melaka, pengaruh PKMM sebenarnya tidak bolehdiperkecilkan. Organisasinya lebih tersusun sejak awalpenubuhannya. Badan induk PKMM mempunyai anak-anakparti seperti API (Pemuda) dan AWAS (Wanita). Badanekonominya ialah Barisan Tani, Badan Perniagaan, dan PerusaanKampung. Apabila Majlis Islam tertinggi (MATA) ditubuhkan,cawangannya juga terdapat di Melaka. UMNO yangditubuhkan agak lewat daripada PKMM kemudian menyaingigerakan PKMM ini melalui badan-badan pergerakannya yangmencontohi badan pergerakan PKMM. Dengan menyatukanPMS Melaka dengan Kesatuan Melayu Melaka ke dalamUMNO selepas Mac 1948, UMNO Melaka menjadi lebih kuatuntuk bersaing dengan PKMM. Masing-masing mempunyaikubu-kubu tersendiri.

PKMM nampaknya berkubu di Mor Gajah dan Melaka Tengahwalau tidak kurang pentingnya, beberapa tempat di Jasin.Kekuatan PKMM Melaka mengilhamkannya untuk meng-adakan kongres keduanya di Melaka. Keupayaan Melakamengendalikan kongres ini melahirkan pula pusat latihanketenteraan API untuk seluruh Malaya. Laporan perisikan dantindakan British menunjukkan bahawa PKMM ialah parti yangakan menjadi musuh politiknya. Dengan itu, sebagai pengamaldan penatar demokrasi, tindakan secara tertib dilakukan untuk

184

Page 195: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

menjatuhkan pengaruh PKMM. Larangan kegiatan PKMMdikenakan. API diharamkan kemudian kerana Inggerismenganggap ia pertubuhan yang berbahaya kepada ke-tenteraman awam.

BRITISH sebaliknya memberikan sokongan kepada UMNO.Pemimpin UMNO dipujuk supaya memberi jalan kepadanasionalisme terbuka kepada seluruh penduduk Tanah Melayuyang sedia taat setia kepada negara ini. Hal ini sesuai denganpolisi Malayan Union. Bagaimanapun, UMNO sehinggabeberapa ketika kemudiannya masih tidak berganjak denganprinsip nasionalisme tertutupnya (kenegaraan untuk Melayusahaja), dengan slogan Malaya untuk Melayu. British bersabardengan keadaan itu; ia sedia berunding dengan UMNO untukmenggantikan Malayan Union dengan perlembagaan baru.Akhirnya lahirlah Persekutuan Tanah Melayu pada Februari1948. Dalam perubahan ini pemimpinan pusat PKMMmenggambarkan persekutuan dan Malayan Union tidak banyakberbeza. Maksudnya jelas iaitu kekayaan perjuangan UMNOsetakat itu amat terhad sekali.

CARA British melayan kerenah politik Semenanjung sebeginimenimbulkan kemarahan golongan radikal, khususnya PartiKomunis Malaya dan Putera-AMCJA. Kegiatan mereka di-tingkatkan untuk melumpuhkan kekuatan British bagimencapai kemerdekaan. Masing-masing dengan cita-dta politiktersendiri walaupun pada dasarnya mereka ingin menuntutkemerdekaan segera mengikut lunas-lunas perkembanganpolitik. Misalnya dengan mengadakan perlembagaan secarademokrasi dan melangkah ke arah pilihan raya. Untukmenunjukkan betapa serius perjuangan mereka, mereka meng-adakan demonstrasi seperti rapat umum untuk menjelaskanperlembagaan rakyat yang dilancarkan. Bermula di Melakapada Oktober pada tahun 1947. Kempen yang dilakukan olehparti-parti yang anti-Persekutuan semakin menyemarakkansemangat anti kolonial.

185

Page 196: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

GOLONGAN komunis mengambil kesempatan bertindak lebihjauh mengikut taktik perjuangannya dengan mengadakanpemogokan bagi melemahkan ekonomi kolonial. Sehingga Jun1948, kegelisahan buruh menyebabkan berlaku rusuhan yangmembabitkan kematian pegawai estet berbangsa Eropah dantiga orang Cina. Lantaran itu pemerintah mengisytiharkankeadaan darurat yang diikuti oleh kelahiran Undang-undangDarurat. Undang-undang ini memberi pemerintah kolonialkuasa yang luas sehingga boleh membuat penggeledahan sertapenangkapan tanpa bicara terhadap orang yang disyakimenyokong komunis. Dengan itu PKM dan AMCJA menjadiparti yang diharamkan. Melalui kekuasaan pemerintahan serupaitu, pemerintah dapat mengendurkan ketegangan politikSemenanjung. Dato' Onn merupakan tokoh penting sebagaipemimpin anti-komunis dan politik radikal.

SELEPAS penahanan tokoh-tokoh politik kerana keadaandarurat Dato' Onn telah diberi "hadiah" lawatan sambil belajarke England. Apabila beliau kembali Malcolm MacDonald meng-ambil daya usaha untuk mengadakan pertemuan pemimpin-pemimpin kaum di tempat kediaman Dato' Onn di Johor Bahrupada penghujung Disember 1949. Dari sinilah lahirnya satuidea baru yang wadahnya kemudian dikenali sebagaiJawatankuasa Perhubungan Kaum. Usaha British ini bolehdianggap sebagai percubaan bagi UMNO ke arah perubahankepada politik perpaduan pelbagai kaum. Ia juga sebagai pilihanlain bagi pengikut parti-parti politik yang telah dilumpuhkan.

KEKUATAN semangat perjuangan kemerdekaan masa ini tidakmudah dipadam. Bahkan PKM pun sudah menjadi parti untukorang Melayu walaupun jumlahnya masih kecil. Simpati merekamungkin berdasarkan bertambah sengitnya kempen-kempenpemerintah untuk menumpaskan gerakan ini. Tambahan pula,berikutan Undang-undang Darurat, ribuan tahanan Melayuterpaksa merengkok di kem-kem tahanan. Sehingga tahun1950, berlaku peristiwa yang lebih membuka mata pemerintah

186

Page 197: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

kolonial dengan kematian Sir Henry Gurney yang ditembakdalam serangan hendap oleh segerombolan komunis di BukitFraser. Akibatnya, apabila British bertindak lebih keras, PKMterpaksa membuat pujukan dan layanan yang lebih meyakinkankepada perjuangan kemerdekaan.

SEJAK tahun 1950, Sistem Ahli iaitu pemerintahan melaluikabinet diperkenalkan. Kedua-dua kabinet yang bertarafmenteri dilantik oleh pemerintah daripada tokoh-tokohtempatan. Dato' Onn diberi jawatan Menteri Dalam Negeriiaitu portfolio yang paling kanan dan berpengaruh di sisipemerintahan kolonial. Secara beransur-ansur, imbuhan politikkhususnya kerakyatan diberi kepada orang bukan Melayu. TanCheng Lock yang mulanya terlibat dengan gerakan radikalbersama-sama dengan Putera-AMCJA dan kemudiannyamenjadi tokoh penting CLC, pada Februari 1949 mula me-mimpin MCA. Perkembangan politik yang terdekat setakat inikelihatan dinamik menuju ke arah kemajuan berpolitik, kearah berpekerjaan sendiri di bawah pimpinan Dato' Onn.

UMNO telah hampir dibawa kepada perjuangan CLC yangdipimpin oleh Dato' Onn. Sejak Mac 1951, elemen politikradikal sudah mula menyerapi pergerakan pemudanya denganmengubah slogan perjuangan dari hidup Melayu kepadamerdeka. Dato' Onn terus menyarankan kepada UMNO supayamengubah konsep UMNO daripada United Malays kepadaUnited Malayan National Organization yang bererti UMNOakan membuka ahlinya kepada bukan Melayu. Saranan ituditolak oleh Majlis Tertinggi UMNO pada Ogos 1951. Dato'Onn meninggalkan UMNO untuk selama-lamanya. Tigaminggu kemudian, pada 19 September 1951, Dato' Onnmelahirkan Independence Malayan Party (IMP) dengan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi terdiri daripada tokoh-tokoh CLC.

PADA dasarnya IMP seperti kebanyakan parti politik yanglain pada masa itu bergerak ke arah kemerdekaan secara setapak

187

Page 198: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

demi setapak. Ia menular menerusi perubahan-perubahanmelalui rancangan secara beransur-ansur di dalam organisasipentadbiran seperti "memalayankan" pentadbir, mengadakanrancangan pembaikan sosio-ekonomi, dan rancangan ke arahberkerajaan sendiri. UMNO pula mula diserapi oleh golonganradikal khususnya daripada PKMM yang diharamkan.Perjuangan yang berslogankan Merdeka dengan itu nampaknyalebih dinamik.

KEPEMIMPINAN Tunku Abdul Rahman lebih tegas denganancaman terhadap British supaya memerdekakan negara inidan menyeru pengikutnya supaya sedia berkorban nyawa.Saranan ini sama seperti slogan API (Merdeka dengan darah)yang menyebabkan Ahmad Boestamam ditahan oleh Britishpada tahun 1947 di bawah Akta Hasutan. Di sampingkenyataan-kenyataan Tunku yang radikal, UMNO juga mem-bela tahanan-tahanan Darurat yang sedikit sebanyak meraihsimpati awam.

PERUBAHAN yang ditunjukkan dalam kegiatan politikperjuangan kemerdekaan boleh dikatakan menempuh tahapbaru sejak tahun 1950. Ia ditandai dengan peristiwa kematianGabenor Sarawak dan pengharaman PKMM yang dikatakanberkaitan dengan peristiwa itu. Pengharaman PKMMmenyebabkan anli-ahlinya kehilangan wadah perjuangan. Inimenyegerakan pengikut-pengikutnya yang masih tidaktertangkap. Peristiwa seterusnya ialah kematian PesuruhjayaTinggi British ke Semenanjung. Ini semua menunjukJkan betapaseriusnya perjuangan politik tempatan dan menggoncangkankeyakinan British untuk meneruskan kolonialismenya. Bagimengelakkan keadaan berterusan, British terpaksa berlembutdan mengubah taktik dalam mengekalkan kepentingannya dirantau ini. Bukanlah sesuatu yang mustahil dalam suasanabegini untuk Oliver Lyttleton mengunjungi Semenanjung padatahun 1951 untuk meninjau suasana sebenar Darurat. Apabilamenyedari akan kesungguhan pejuang-pejuang politik

188

Page 199: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

tempatan, Lyttleton bertindak segera untuk mengadakanpilihan raya Majlis Bandaran di seluruh Semenanjung.

Politik Pilihan RayaPILIHAN raya ini bermula di Pulau Pinang pada bulanDisember 1951 dan di Kuala Lumpur pada bulan Febuari 1951.Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur melahirkan gejalapolitik yang unik tetapi ternyata berkekalan sebagai satukenyataan politik yang berkesan dan berkekalan hingga hari ini.

SEHINGGA peristiwa Kuala Lumpur ini, dua model pernahdicuba ke arah politik perpaduan Tanah Melayu. Yang pertamaseperti yang dicontohkan oleh Putera-CJA dalam merencanakanPerlembagaan Rakyat 1947. Berbagai-bagai parti mewakili kaummasing-masing untuk bekerja sama dalam satu pertubuhaninduk membincangkan atau memperjuangkan nasib kaummasing-masing. Model kedua, seperti yang direncanakan olehpegawai tinggi kolonial, pemimpin pelbagai kaum duduk dalamsebuah parti membincangkan masalah mereka secara langsung.

IMP secara umumnya dipimpin oleh tokoh-tokoh JawatankuasaPerhubungan Antara Kaum yang terdiri daripada tokoh-tokohterkenal seperti Dato' Onn, Tan Cheng Lock, E. E. C.Thuraisinggam dan R. Ramani di peringkat nasional danMenteri-menteri Besar di peringkat negeri. Cawangan MCA diMelaka belum sempat menubuhkan IMP Melaka apabilapilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur dilangsungkan.Dengan itu, Tan Cheng Lock masih belum bersedia untukterlibat dalam pilihan raya. Sementara itu, Dato' Onn dengansikap terburu-burunya tidak mengambil perhatian beratterhadap kepimpinan MCA Selangor Ialu berlaku salah faham.Ini menyebabkan MCA Selangor berkecil hati dan membuatpakatan dengan UMNO Selangor. Keadaan ini menyebabkangambaran parti IMP agak rapuh dalam proses politik.

189

Page 200: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Menjelang pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada Februari1952 membuktikannya; Perikatan UMNO-MCA yangdilakukan secara tergesa-gesa telah memenangi sembilandaripada dua belas kerusi. Kemenangan besar ini mengilhamkankemunculan bentuk perpaduan seperti yang diteruskan olehBarisan Nasional hari ini.

BERIKUTAN itu perikatan ini dikekalkan dalam perjuanganuntuk mencapai kemerdekaan mengikut syarat British iaitukemerdekaan hanya akan diberikan setelah masyarakat bersatupadu. Perikatan menjadi bertambah kukuh sehingga merekamemenangi keseluruhan pilihan raya Majlis Perbandaran yangdiadakan di seluruh Tanah Melayu. Dengan itu perjuanganmereka semakin berkesan dan dihormati British. Parti-partilain patah dan tumbuh. Yang penting antaranya ialah PartiNegara pimpinan Dato' Onn.

SETELAH menempuhi kekalahan demi kekalahan, pemimpinIMP menyedari mereka mempunyai masalah dalam meraihkepercayaan rakyat. Keadaan ini cuba dibetulkan oleh mereka.Persoalan penting ialah faktor Melayu. Mereka menjadi pentingkerana warisan sejarah dan jumlah undi yang dimiliki. IMPtelah memberi perhatian terhadap faktor ini. Dengan itu, usahameningkatkan imej memperjuangkan kemerdekaannya, satuorganisasi iaitu Nasional Conference telah diusulkan olehMenteri-menteri Besar untuk menggembleng tenaga pejuangkemerdekaan. semua parti politik dijemput menganggotainyadi bawah tajaan IMP. Sebagai penentang kuat IMP, PerikatanUMNO-MCA memanggil pertemuan untuk melahirkanKonvensyen Nasional. Taktik UMNO-MCA jelas tidakmembiarkan parti-parti kecil mengikut pimpinan IMP dalammenuju kemerdekaan. Isu yang dijadikan percaturan ialahPilihan Raya Persekutuan. UMNO-MCA mendesak pilihan rayadiadakan secepat mungkin dan anggota Majlis PerundanganPersekutuan berjumlah tidak kurang daripada tiga perlimadiwakili oleh anggota yang dipilih. Menyedari kedudukan

190

Page 201: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

politik mereka kukuh, mereka mendesak British dan Raja-rajaMelayu serta kemudiannya bertindak menghantar perunding-nya ke London untuk menekan Setiausaha Tanah Jajahan agarmenerima cadangan mereka.

DALAM perkembangan ini, Melaka seolah-olah dijadikan pusatgerakan politik kemerdekaan Semenanjung. Ini mungkin keranasejarah negeri itu sendiri. Selain itu, pemimpin tertinggi MCA,Tan Cheng Lock berasal dari Melaka. Ibu pejabat UMNOpula terletak di Johor Bahru. Dengan itu, beberapa sirirundingan politik UMNO-MCA dalam Konvensyen Nasionaldijalankan di bangunan Chinese Chamber of Commerce diMeng Seng Club, Melaka khususnya dalam menyediakanmemorandum pilihan raya yang akan dihantar kepada pihakBritish dan Raja-raja Melayu. British sebagai pemerintahmelakukan imbangan antara tuntutan UMNO-MCA dengantuntutan IMP tentang pilihan raya. Akhirnya UMNO-MCAterpaksa berpuas hati dengan tolak ansur yang diberikan olehBritish terhadap tarikh dan jumlah anggota DewanPerundangan Persekutuan. Dalam percaturan ini, mungkin MICmelihat dinamisme Perikatan berbanding IMP (parti gabunganMIC selama ini). Dengan ini, pada Oktober 1954, Perikatanmenjadi gabungan tiga kaum terbesar di Semenanjung.

IMP yang tidak menunjukkan kemajuan dalam siri pilihanraya yang dipertandingkan di peringkat Majlis Perbandarandan Majlis Mesyuarat Negeri lalu menukar strateginya denganmenubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Negara. Ia lahirmelalui usaha penyokong-penyokong Dato' Onn, istimewanyaDato' Hamzah Abdullah, Menteri Besar Selangor. Tidakdisangsikan juga bahawa penubuhan itu pada Februari 1954sebagai persediaan untuk bertanding dalam Pilihan RayaPersekutuan yang dicadangkan oleh mereka pada tahun 1955.Parti Negara dengan itu adalah di bawah kepimpinan golonganpembesar-pembesar negeri yang rapat dengan Dato' Onn.

191

Page 202: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Penekanan isu-isu politiknya pula kembali kepada isu yangdipegang oleh UMNO pada peringkat awal perjuangannya.

DI Melaka, suasana politik menjelang pilihan raya tidak kuranghebat dan meriahnya. Perikatan di bawah pimpinan AbdulGhafar Baba dan Parti Negara dipimpin oleh Dato' Naning.Bagaimanapun, pertandingan hebat berlaku di kawasan Jasin.Wakil Perikatan iaitu Abdul Ghafar menggunakan lambangkapal layar dan Parti Negara diwakili oleh Jaafar Tanmenggunakan lambang Segumal Padi. Telah disebutkan bahawaPerikatan telah menakluki Melaka dan Semenanjung denganmemenangi 51 daripada 52 kerusi. Satu kerusi dimenangi olehParti Islam Se-Tanah Melayu di Perak. Kegemilangan inimemberi mereka hak mencorakkan politik Semenanjung danseterusnya kemerdekaan negara ini.

WALAUPUN pada asasnya perjuangan kemerdekaan sudahhampir dicapai melalui mandat yang diberi namun ia belumlagi diisytiharkan. Sementara itu, rombongan menuntutkemerdekaan telah dihantar ke London dan akhirnyaperisytiharan kemerdekaan dibuat pada 31 Ogos 1957.

PenutupMELAKA hari ini muncul sebagai negeri bersejarah yangmungkin menggantikan ibu kota kerajaan Melayu Srivijayadalam pergeseran politik serantau. Kegemilangan Melakasemasa keagungannya membayangkan masyarakat Melayu tidakmahu dikuasai oleh bangsa lain. Pemodenan sistem politikdunia melanda juga dunia Melayu. Bangsa Melayu yangmempunyai sendi-sendi kebudayaan yang dinamik telah berjayamenyesuaikan diri dengan perkembangan itu. Menjelang kurunke-20, arus penyesuaian diri menjadi tegas dalam arusperjuangan kemerdekaan negara ini.

192

Page 203: Document2

GERAKAN PERTUBUHAN DALAM MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN

APABILA perjuangan kemerdekaan meniti perjalanannasionalnya, Melaka telah digambarkan dengan kegemilangansilamnya. Perwira-perwira dijadikan lambang kekuatan Melayu.Dengan itu, beberapa detik bersejarah dalam perjuangankemerdekaan, Melaka sering dijadikan rujukan. Hal ini bolehdilihat seperti dalam cadangan mengadakan Kbngres PenubuhanUMNO (1946), Kongres PKMM/API (1946) dan sebagaitempat pelancaran Perlembagaan Rakyat, tempat bertolaknyarombongan kemerdekaan, dan tempat perisytiharan tarikhkemerdekaan dan sebagainya. Bahkan Dato' Onn pada zamankegemilangan politiknya pernah digelarkan sebagai "Hang TuahModen".

SEJARAH perjuangan kemerdekaan yang dicincangkan di ataswalaupun dalam skop dan ruang yang amat terbatas merupakanaliran umum dalam sejarah kebangsaan Semenanjung. Di sana-sini walau bagaimanapun, mungkin terdapat variasi sejarahtempatan; suatu yang lumrah dalam perkembangannasionalisme. Dan ilham sejarah tentang Melaka pula mungkinjuga tidak berupa sebagai suatu kegemilangan palsu. Sejarahperjuangan politik ke arah kemerdekaan negeri Melaka jugamenampilkan tokoh-tokoh pejuang yang berketerampilan.

SEBAHAGIAN daripada kita dan pejuang-pejuangkemerdekaan telah mengecapi rahmat kemerdekaan. Sebahagianyang lain pula gugur dalam perjuangan. Bakti mereka tidakharus dilupakan kerana keringat, air mata, dan darah merekamembolehkan kita menemui dunia yang kita kecapi hari ini.

193

Page 204: Document2

GerakanKebangsaanDanProsesPembentukanNegara: BangsaMalaysia 9

MAHADZIR M O H D . KHIR

HARI ini kita sedang menyaksikan keruntuhan sebuah negara komunisiaitu Rusia apabila hampir semua negeri kecil di bawah pengaruhnyatelah mengisytiharkan kemerdekaan masing-masing. Dengan itu, negeri-negeri naungan itu kini muncul sebagai negara-negara baru yangmempunyai kawasan yang tersendiri. Kita juga sedang menyaksikanpeperangan antara puak Serb dengan Bosnia sedangkan pada masadahulu kedua-duanya adalah sebahagian daripada Yugoslavia yangberideologikan komunis.

PERSOALAN yang timbul di sini apakah yang mendorong pertentanganitu berlaku? Adakah untuk mewujudkan sebuah negara baru ataukerana perbezaan ideologi? Atau kedua-duanya sekali? Adakah soaletnik atau agama turut menjadi puncanya? Pelbagai soalan dapat

195

Page 205: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

diajukan tetapi jawapan hanya satu iaitu desakan untuk mem-bebaskan diri. Manusia sanggup bertentangan dan berbunuhansesama sendiri atas perasaan untuk menegakkan kedaulatanbangsa dan negara. Sebagai contoh dapatkah Bosnia Herze-govina sebagai satu kumpulan manusia yang memerlukan ke-bebasan bagi menentukan masa depan mereka mencapai cita-cita mereka. Mereka ingin mewujudkan sebuah pemerintahandan menjadi pengurus organisasi negara baru iaitu Bosnia tetapiditentang dan ditekan oleh pihak Serb. Seluruh komunitiantarabangsa cuba menyelesaikan perbalahan yang mengorban-kan jiwa yang tidak berdosa. Namun penyelesaian masihmenemui jalan buntu. Komuniti antarabangsa bukan sahajagagal di Bosnia tetapi kegagalannya dapat juga dilihat daripadakeadaan di Palestin iaitu kebebasan hanya sekadar memulihkankeadaan autonomi sedangkan hakikatnya ia masih cerikatkepada Israel. Adakah Palestin sebenar masih tidak berjayauntuk mendaulatkan sebuah negara Palestin yang bebas danboleh menentukan nasib masa depan mereka sendiri. Buatsuatu ketika, Palestin mempunyai penduduk yang bergelarPalestin tetapi kemudian kawasannya dikuasai oleh pihak Is-rael sejak tahun 1984. Beberapa siri peperangan telah diaturuntuk mengembalikan negara Palestin tetapi hingga kini masihbelum dapat dikatakan sudah berjaya dalam erti kata sepertiyang dimahukan oleh rakyat Palestin sendiri walaupun sudahada kemajuan dalam usaha mereka.

RINGKASNYA kita melihat di sekeliling kita bagaimana per-golakan dan proses yang mewujudkan sesebuah negara sedangberlaku dan bagaimana semangat nasionalisme di kalanganorang-orang yang tertekan ini menjadikan mereka tidak pernahjemu dan putus asa untuk berjuang demi kebebasan danmembentuk negara sendiri.

DALAM kes Malaysia yang sudah bebas daripada kolonialBritish, apakah nasionalisme atau semangat kebangsaan yangmenjadi pendorong kepada kebebasan itu masih berperanan.

196

Page 206: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

Apakah peranan nasionalisme dalam pembentukan negara ataunation-building yang sering disebut-sebut. Ada yang beranggapandengan tercapainya pelbagai kemajuan, peranan nasionalismesudah dianggap lapuk atau out-dated dari segi pemakaian untukmenyatakan pembangunan negara Malaysia. Dari sudut itu,nasionalisme dilihat sebagai unsur' yang bersifat fashionablesahaja dan hanya popular apabila negara Malaysia sedangmenghadapi kolonial British. Selepas kemerdekaan dicapai danPersekutuan Tanah Melayu dan Malaysia dibentuk,nasionalisme dianggap tidak lagi sesuai. Begitu juga denganbeberapa gerakan lain yang turut sama dalam usaha untukmembina negara sehingga tercapainya kemerdekaan, turutterhenti setakat itu sahaja. Peranan gerakan tersebut diambilalih oleh gerakan-gerakan lain yang tidak berasaskan semangatnasionalisme. Misalnya sebelum dan ketika baru mengecapitaraf kemerdekaan, terdapat parti-parti politik yang merupakanorganisasi politik waktu itu tetapi kini tidak lagi berperanan.

DALAM menghuraikan gerakan kebangsaan dalam pembinaannegara bangsa Malaysia ia perlu diteliti dari beberapa aspek.Antaranya aspek sejarah bangsa Malaysia itu sendiri, masalahkonsep, dan cabaran pada masa akan datang. Oleh ituperbincangan ini akan menjurus kepada tiga bahagian. Pertama,aspek konsep dalam pembentukan negara bangsa. Kedua,masyarakat Melayu sejak pertembungan dengan kuasa Eropahhingga lahirnya masyarakat majmuk. Ketiga, tentang cabaranmasa akan datang dalam pembentukan negara.

Permasalahan Konsep

Bangsa Dan Kebangsaan

KONSEP kebangsaan sering dikaitkan dengan perkataannasionalisme. Dalam sesetengah pemakaian istilah nasionalisme,

197

Page 207: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

lebih kerap digunakan daripada istilah kebangsaan yangmemperlihatkan seolah-olah kedua-duanya menyatakanmaksud yang sama. Nasionalisme yang digunakan ialah istilahyang dipinjam dari Barat iaitu perkataan nasionalisme berasaldaripada bahasa Latin iaitu natio yang bermaksud kelahiran.Jelasnya ia membawa maksud tempat kelahiran seseorangindividu dan kaitan individu dengan tempat kelahirannya dalambentuk rasa kecintaan terhadap tempat kelahirannya itu.Dengan perkataan lain, terdapat satu bentuk hubungan emosidengannya. Di situlah seseorang individu itu dibesarkan danmendapat didikan dalam kelompok masyarakat yangkemudiannya membudayakan dirinya. Oleh itu, pertaliandengan tempat lahirnya juga mengaitkannya dengan budayamalah ikatannya juga terpaut kepada kaum keluarga yangmempunyai pertalian darah dan seterusnya dengan anggotamasyarakat yang lebih luas. Ikatan itu seterusnya akanberkembang kepada satu-satu kawasan tertentu atau kawasangeografinya termasuk ilkim.

ISTILAH natio telah bertukar menjadi nation dan apabiladiterjemah, ia membawa maksud bangsa. Oleh yang demikian,apabila kita menyebut bangsa dengan maksud nation,pengertiannya ialah sekelompok orang yang lahir danmempunyai pertalian emosi khususnya kecintaan terhadaptempat kelahirannya itu. Ini selari dengan konsep "tanahtumpahnya darahku" yang merujuk negeri tempat kelahiranyang sudah dirangkum dengan emosi cinta dan kewajipanmemelihara kedaulatannya. Dengan nasionalisme, ia bolehdimaksudkan sebagai kebangsaan yang membawa maksudpuncak kepada emosi cinta itu tadi. Walau bagaimanapun,terdapat juga penggunaan nation dengan maksud lain tetapiditerjemah sebagai "Bangsa-bangsa Bersatu", walaupun maksudyang sebenar ialah Negara-negara Bersatu.

JIKA berdasarkan ketetapan terjemahan bangsa dan negara,nasionalisme juga boleh dimaksudkan dengan kenegaraan dan

198

Page 208: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

bukan kebangsaan. Namun, pemilihan istilah "bangsa" bukannegara sudah diterima dengan maksud yang kita terima sepertiyang dinyatakan. Pengertian ini khusus kerana ia mempunyaiunsur-unsur budaya yang maksudnya dilihat dari kaca mataMelayu itu sendiri yang sudah diubah suai dengan budayaMelayu.

Nationality Atau KewarganegaraanSEHUBUNGAN dengan konsep bangsa itu juga ia bolehmembawa maksud nationality. Berpunca daripada istilah nation(tempat kelahiran), ia juga boleh bermaksud ras dan etnik—terdapat ciri kesamaan seperti budaya, bahasa, dan agama.Tetapi, istilah nationality lebih dikaitkan dengan pembentukannegara-negara yang bercirikan politik dan perundangan, yangmelahirkan konsep warganegara atau citizenship. Konsep inibermaksud seseorang itu diterima sebagai ahli kepada sesebuahnegara berasaskan prinsip undang-undang atau perlembagaan.Dalam hal ini, seseorang itu walaupun bukan dari kaum negaraasal, tetapi berasaskan perkembangan negara tertentu, ia bolehmempunyai hak seperti rakyat asas negara itu. Sebagai contoh,di Malaysia, seseorang yang berketurunan Cina atau India dapatditerima sebagai warganegara dengan syarat yang diperuntuk-kan dalam perlembagaan Malaysia. la juga mempunyai hakyang sama sebagai warganegara Malaysia walaupun merekabukan warga asal negara ini.

PERSOALAN selanjutnya, apakah istilah nasionalisme itudipinjam kerana disesuaikan dengan perkembangan seiringdengan pembentukan negara yang juga diertikan sebagai stateIstilah state juga bermaksud sebagai pemerintah yang dikaitkandengan government. Manakala terjemahan kepada governmentialah kerajaan dalam bahasa Melayu. Jika perkataan ituditerjemah semula ke dalam bahasa Inggeris ia bermaksudkingdom. Oleh itu untuk mencari ketepatan dalam terjemahan,

1 9 9

Page 209: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris dan sebaliknya amatlahsukar. Walau bagaimanapun, apa yang penting ialah konsepitu sendiri. Pemakaian istilah kerajaan adalah dengan maksudkonsep government, bukan kingdom. Oleh itu, pengertian konsepdalam pemakaian adalah penting untuk memahami keadaan.Ia tidak boleh diterjemah semula tanpa merujuk maksudnya.

DARIPADA apa yang dinyatakan di atas, jelas bahawa konsep-konsep seperti nasionalisme, nation, nationality, dan governmentperlu diperjelas terlebih dahulu. Sekiranya penterjemahanberlaku ia hendaklah disesuaikan dengan maksud masyarakatsetempat yang mempunyai ciri-dri budaya yang berbeza. Disamping itu juga, istilah tersebut juga berkembang danmaksudnya juga mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.

Pembentukan Negara Bangsa

Pengertian

KEDUA-DUA perkataan tersebut mempunyai pengertian yangtertentu. Nation-state dikatakan sebagai negara bangsa.Penggunaan konsep tersebut seiring dengan istilah nation-buildingdan state-building. Pengertian nation-building dan state-buildingagak berbeza. State-building bermaksud pembentukanpemerintahan atau kerajaan. Proses ini melibatkan bagaimanaorganisasi pemerintahan dapat dibentuk sehingga iadiperlihatkan sebagai jentera yang dapat menguasai anggotamasyarakat di dalam satu-satu kawasan yang tertentu. Ia jugaberjaya mengawal susunan serta perjalanan sistem organisasidi mana ia dapat mengawal semua anggota masyarakat disamping mengekalkan kawasan-kawasannya di dalam satu unit.

MANAKALA nation-building pula boleh dilihat dari golonganyang diperintah. Golongan ini dapat menzahirkan ketaatan

200

Page 210: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

kepada pemerintah yang dapat hidup atas semangat kekitaan.Masyarakat dapat mempraktikkan budaya sepunya serta dapatmewujudkan satu identiti dalam satu-satu kawasan yangdipanggil negara. Oleh itu state-building dan nation-building dapatdilihat sebagai saling berkaitan. Dengan yang demikian, apabilakita membicarakan nation-building atau pembentukan negara,kita tidak terpisah untuk menjelaskan sistem pemerintahan.

Proses: Daripada Negeri Kepada NegaraMALAYSIA yang sedia wujud hari ini telah melalui beberapafasa pembentukan dan proses pemasyarakatan. Ini dapat dilihatdari perkembangan masyarakat kita sendiri. Sebagai gambaranumum, proses yang dilalui dapat diletakkan dalam tigaperingkat. Pertama, di peringkat zaman sebelum kolonial, keduazaman kolonial dan ketiga, selepas kemerdekaan.

PENULISAN sejarah awal Malaysia lebih tertumpu kepadaKesultanan Melayu Melaka. Kesultanan tersebut digambarkandengan pembentukan kerajaan Melayu Melaka dalam tahun1400, diikuti oleh sistem dan susun lapis pemerintahan yangberasaskan undang-undang yang dipanggil hukum kaum.

JIKA kesultanan di Tanah Melayu dikatakan bermula padatahun 1400, tidakkah kita melakukan satu ketidakadilankepada sejarah? Apakah sebelum Kesultanan Melayu Melaka(KMM) tidak wujud sebarang Kerajaan Melayu? Apakahsejarah Malaysia kita hari ini hanya bermula dari tahun 1400?Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan danperbahasan di kalangan ahli-ahli sejarah tentang bilakahbermula kerajaan Melayu dan juga sejarah masyarakat Melayu.Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan isu yangberbangkit kerana ahli-ahli sejarah tidak sepakat dalammengkelaskan kerajaan yang wujud sebelum ini; ada yangmenganggap kerajaan-kerajaan tersebut tidak dapat dianggap

201

Page 211: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

sebagai kerajaan Melayu. Tidakkah kerajaan seperti Srivijaya,Majapahit, Langkasuka, dan Funan yang bertapak di AlamMelayu ini dianggap kerajaan Melayu?

PADA tahun 1511 Melaka ditakluk oleh Portugis. Dari itubermula pula pertembungan antara masyarakat Melayu danEropah. Walaupun Portugis dan kemudian Belanda hanyamenguasai Melaka, pada sesetengah ahli sejarah ia digambarkanseolah-olah seluruh kawasan kerajaan Melayu sudah dikuasaioleh kedua-dua kuasa Barat tersebut. Bagaimana kerajaanMelayu menghadapi unsur baru iaitu kolonialisme bentukPortugis dan Belanda juga turut dihuraikan. Ekoran itu,kerajaan Melayu yang lain seperti Johor, Kelantan, Perak, dansebagainya turut tumbuh selepas itu. Di sini, persoalannyaadakah pertumbuhan negeri Melayu tersebut sebagai satupenyelesaian dalam menghadapi Portugis dan Belanda.

BERIKUTNYA, selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824bermula pula satu perkembangan baru dan pembahagian"sphere of influence" antara British dan Belanda. Pembahagianitu sebagai fait accompli yang dianggap sangat tragis kepadadunia Melayu dan ia berlaku tanpa disedari oleh pendudukkawasan ini. Dengan perkataan lain, ia dapat digambarkansebagai satu historical accident iartu masyarakat dibahagi-bahagimengikut kehendak hati kedua-dua kuasa tersebut. Dalam halini, kita sekali lagi diasuh sedemikian untuk terus raenjuruskanperhatian kepada wilayah yang kedl sahaja iaitu di Semenanjung.Adakah tindakan ini bertujuan untuk memberi orientasi bahawaMelayu wujud dalam satu kawasan yang kedl sahaja.

LIMA puluh tahun selepas tahun 1874, termeterai PerjanjianPangkor dan bermula satu era kolonialisme yang jauh berbezadaripada kolonialisme Portugis terdahulu. Walaupun diperintahsecara tidak langsung, sebenarnya British berjaya untukmenjadikan Semenanjung dan Singapura sebagai koloninya.Pada dasarnya ia diperlihatkan sebagai protected states atau

202

Page 212: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

negeri-negeri naungan British. Dalam banyak tulisan sejaraholeh penulis-penulis British Semenanjung Malaysia dikenalisebagai British Malaya. Ini memperlihatkan pada konsepnya,British Malaya sebagai kepunyaan British dan dengan itu Britishmempunyai kuasa sebagai harta miliknya.

DALAM zaman kolonial British pihaknya telah berjaya me-wujudkan dan mengembangkan sistem pentadbiran yang di-anggap berkesan untuk tujuan perkembangan ekonomi kolonial.Sistem yang diperkenalkan hampir sama dengan sistem yangdilakukan di British India. Daripada sistem residen, pihakBritish telah berjaya kemudiannya mewujudkan tiga jenis sistempentadbiran iaitu Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu,Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat. Disamping itu juga pengenalan kepada sistem perundangan yangdikenali sebagai Kanun Jenayah India. Tetapi hal yang berkaitandengan adat istiadat Melayu dan agama Islam diletakkan dibawah Raja-raja Melayu yang terikat kepada undang-undangkolonial. Ini menyebabkan wujudnya dualisme dalam sistemperundangan Malaya yang masih terus diamalkan sehinggahari ini.

BAGI menjayakan kegiatan ekonomi kolonial, dasar buka pintukepada pendatang-pendatang asing telah diperkenalkan.Dengan itu lahir pula masyarakat bersifat majmuk di TanahMelayu. Masyarakat itu menjadi aset kepada kolonial Britishuntuk menentukan dan mengekalkan kuasa mereka. Dalambanyak tulisan sejarah Malaysia, zaman ini sering digambarkansebagai zaman "pembangunan". Untuk mengendalikanpendatang-pendatang tersebut, dua jabatan turut diperkenalkaniaitu Jabatan Buruh untuk mengendalikan hal-ehwal buruhIndia dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Cina untuk mengendalikanhal-ehwal kaum Cina.

BAGI sistem pendidikan diwujudkan pula sistem dualisme iaitupendidikan Inggeris dan Melayu. Sekolah-sekolah agama orang

203

Page 213: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Melayu memang telah lama wujud sebelum itu. Tetapi pihakInggeris tidak berminat untuk mengembangkannya dan denganitu keadaannya sangat daif kerana tidak mendapat sokonganpihak kolonial. Begitu juga dengan pendidikan Cina yangdianggap sebagai perkara kaum Cina dan sekolah-sekolah Indiaterletak di bawah bantuan syarikat ladang-ladang getahkepunyaan syarikat-syarikat British.

PADA umumnya sistem kolonial British telah mendatangkankesan kepada masyarakat Melayu. Rata-rata masyarakat Melayujauh tersisih daripada arus pembangunan kolonial British jikadibandingkan dengan kaum pendatang yang lain khususnyaorang Cina. Tetapi ada pula pandangan umum yangmenganggapnya dasar British lebih bersifat pro-Melayu denganwujudnya pelbagai keistimewaan seperti Rizab Tanah Melayu,Kelas Melayu KJias, Kolej Melayu, Malay Administrative Serv-ice, Maktab Latihan Perguruan Melayu, dan sebagainya.

ZAMAN kolonial British adalah pengalaman unik kepadamasyarakat Melayu. Mereka berhadapan dengan dua perkara.Pertama, berhadapan dengan sistem pentadbiran dan pem-bangunan ekonomi British dengan syarikat gergasi Britishdengan modal dan sistem perbankan yang dianggap asingkepada masyarakat Melayu. Kedua, masyarakat Melayu ber-hadapan dengan masyarakat pendatang dengan budaya asingyang dibawa bersama.

FENOMENA baru ini melahirkan pelbagai reaksi. Secarapsikologi ia telah mencetuskan perasaan bimbang terhadaporang asing. Kebimbangan ini bukan sebagai perasaan takutkepada sesuatu yang lebih gagah tetapi takut kerana tidak adakuasa yang dapat menahan keadaan yang terus menguasaikedudukan masyarakat Melayu. Atas kesedaran daripadapengalaman yang dinyatakan itu, usaha mula berkembanguntuk menimbulkan kesedaran politik dalam masyarakat. Padatahap ini, gerakan hanya terbatas di peringkat menyedarkan

204

Page 214: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

sahaja dan tidak sampai kepada peringkat politik yang aktifseperti berlaku kemudian.

PADA waktu itu, secara kasar masyarakat Melayu dapatdigolongkan kepada dua kelompok. Pertama, golonganaristokrat dan birokrat yang rata-rata mendapat pendidikanInggeris dan kedua golongan orang kampung yang rata-ratamendapat pendidikan Melayu dan agama. Keadaan merekadianggap daif dari segi ekonomi.

DI samping itu, kita juga harus menyedari bahawa pada masaitu sifat kenegerian masih begitu menebal di kalangan orangMelayu yang datang dari berbagai-bagai daerah. Merekamerasakan sebagai rakyat sesebuah negeri dan taat setia merekadicurahkan kepada negeri-negeri tertentu sahaja. Pada waktuitu, belum ada satu organisasi yang boleh mencerminkan ataumewakili seluruh bangsa Melayu di Semenanjung. Jika adapun hanyalah menjelang Perang Pasifik melalui KesatuanMelayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob.

SELEPAS perang, satu kesedaran baru telah wujud apabilapihak kolonial British mahu menjadikan British Malaya benar-benar sebagai British Malaya dengan rancangan MalayanUnionnya. MacMichael yang pernah bertugas sebagaiSetiausaha British di Palestin, dihantar ke Semenanjung untukmendapat tanda tangan daripada Raja-raja Melayu sebagaitanda penerimaan mereka kepada pembentukan Malayan Un-ion. Walaupun kemudiannya terdapat protes, tetapi hanyadengan menghantar telegram dan "titisan air mata" sahaja.Secara de facto dan de jure kuasa Melayu telah diserahkan bulat-bulat kepada British untuk dijadikan seluruh Semenanjungsebagai koloni British.

EPISOD Malayan Union merupakan satu perkara yangdianggap titik tolak dalam sejarah pembentukan negara Ma-laysia. Beberapa perkara penting menyusul kemudiannya

205

Page 215: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

sebagai reaksi kepada Malayan Union. Antaranya pembentukanUMNO, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, PilihanRaya Pertama 1955, dan seterusnya kemerdekaan 1957.

PEMBENTUKAN UMNO itu sendiri dapat digarap sebagaisatu organisasi yang pertama berbentuk dan bersifatkebangsaan. Seperti yang disebut, sebelum ini tidak terdapatsebarang organisasi yang benar-benar mencerminkankebangsaan. Di samping itu buat pertama kalinya perkataankebangsaan diperkenalkan kepada organisasi Melayu. Perkataantersebut sebenarnya telah dicadangkan oleh Za'ba. (Apa yanganehnya sehingga hari ini namanya tidak terdapat di mana-mana bangunan UMNO—sebenarnya Za'ba juga merupakanpengerusi serta orang terpenting untuk menjayakan pertemuanKongres Melayu Ketiga di kelab Sultan Sulaiman yangkemudian melalui UMNO di Johor Bahru pada 11 Mei 1946).

UMNO bukan sahaja berbicara tentang Malayan Union dankuasa Melayu tetapi turut mengatur beberapa kedudukanekonominya. Oleh kerana bangsa Melayu pada ketika itusebagai kumpulan yang paling daif dari segi ekonomidibandingkan dengan kaum-kaum pendatang yang lain. Denganitu UMNO bukan sahaja bertindak dalam hal-hal politik se-masa, malah ia juga sebagai organisasi yang berperanan mem-bela nasib orang Melayu.

JUSTERU itu UMNO dianggap sebagai jurucakap kepadaorang Melayu Semenanjung. Selain itu terdapat beberapaorganisasi Melayu yang lain seperti PKMM, Saberkas,Persatuan-persatuan Negeri seperti Kelantan, Terengganu,Selangor, dan sebagainya yang bergabung dengan organisasiUMNO, tetapi ekoran timbul perasaan tidak puas hati sepertidi kalangan pemimpin PICMM yang keluar dari UMNO,termasuk Dato' Onn sendiri yang telah keluar dalam tahun1951 dan kemudian menubuhkan IMP dan Parti Negara. Begitujuga dengan sayap ulama UMNO yang keluar dan telah

206

Page 216: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya yang akhirnyabertukar menjadi Parti Islam Se-Malaya (PAS). Kesemua partitersebut kecuali PKMM yang telah diharamkan pada tahun1948 memberi tentangan hebat kepada UMNO dalam pilihanraya kemudiannya.

PADA tahun 1948, termeterai perjanjian Persekutuan TanahMelayu sebagai hasil persetujuan antara Raja-raja Melayu,UMNO dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yangterbentuk pada tahun yang sama dengan perisytiharan daruratkerana keganasan Parti Komunis Malaya merupakan asas utamadalam pembentukan negara bangsa Tanah Melayu. Antaraperkembangan penting yang berlaku selanjutnya selepaskelahiran Persekutuan Tanah Melayu ialah seperti bermulanyakonsep Federalisme iaitu wujudnya kerajaan pusat danpembahagian kuasa antara negeri dan pusat. Hal ini memper-lihatkan bahawa negeri-negeri telah menyerahkan sebahagianbesar kedaulatannya kepada pusat iaitu Kuala Lumpur. Disamping itu pula, bermulanya Majlis Perundangan Persekutuandan garis pemisahan antara kehakiman, eksekutif, danperundangan diperkenalkan.

SEHUBUNGAN itu, proses pemilihan juga diperkenalkandengan bermulanya pilihan raya di peringkat bandaran PulauPinang pada tahun 1951 dan pada tahun 1952 di KualaLumpur. Dengan terdapatnya pilihan raya bandaran KualaLumpur pada Febuari 1952, UMNO memulakan pendekatanbaru untuk mendapat sokongan dengan mewujudkan pakatanelektoral. Menjelang pilihan raya 1955, pakatan tersebut men-jadi satu coalition yang bersifat satu parti tetapi mengekalkanidentiti "perkauman". Parti tersebut ialah Perikatan atau Alli-ance yang bersimbolkan kapal layar dan terdiri daripada tigakomponen iaitu UMNO, MCA, dan MIC.

DUA tahun berikutnya iaitu antara tahun 1955 hingga 1957,Perikatan memulakan perundingan dengan pihak British sebagai

207

Page 217: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

usaha memenuhi janji mereka seperti yang terkandung dalammanifesto pilihan raya 1955 untuk mendapatkan kemerdekaanbagi Semenanjung Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayuakhirnya diisytiharkan sebagai sebuah negara moden. Denganperisytiharan itu sebuah negara yang merdeka telah wujud.Negara baru ini tegak atas prinsip yang memenuhi syaratsebagai sebuah negara—seperti mempunyai kawasan atauwilayahnya yang jelas, warganegara, kedaulatan, dan peme-rintahan. Apa yang penting dalam hal ini ialah adanya per-lembagaan bertulis yang memaktubkan beberapa perkarapenting seperti pembahagian kuasa antara negeri dan pem-bahagian kuasa antara negeri dan persekutuan, warganegara,bahasa, agama, raja, sistem pemilihan, kerajaan, perundangan,dan sebagainya. Perlembagaan ini merupakan undang-undangtertinggi bagi negara dan dianggap sebagai persetujuan oleh semuaanggota masyarakat sebagai satu persetiaan sakral antara kaum.

KONSEP warganegara ialah sesuatu yang baru bagi masyarakatMelayu. Dalam konteks kerajaan Melayu orang ramai yangdiperintah oleh raja dalam sesebuah negeri dianggap sebagairakyat. Dengan perkataan lain, rakyat dihubungkan denganraja, tetapi wargarregara memperlihatkan pertalian dengannegara yang dilindungi oleh undang-undang. Warganegara jugaturut mengubah kedudukan rakyat Melayu dalam erti katamenyamakan kedudukan mereka dengan orang asing yang turutditerima sebagai warganegara yang menjadi syarat kemerdekaanyang ditentukan oleh pihak British. Sekaligus kemerdekaantelah mengubah corak penduduk Tanah Melayu.

CORAK kuasa juga turut berubah begitu pantas sekali. Hampirsemua kuasa pemerintahan berpindah daripada raja kepadarakyat melalui sistem pemerintahan berparlimen dan rakyatberhak memilih wakil yang dikehendaki untuk mentadbirkandan menerajui negara. Walau bagaimanapun, kedudukan rajaterus dikekalkan, malah diperkukuhkan lagi di bawah naunganperlembagaan. Dari satu sudut taraf kemerdekaan telah

208

Page 218: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

membawa perubahan-perubahan drastik kepada masyarakatMelayu.

Dari Persekutuan Tanah Melayu KeMalaysiaPEMBENTUKAN Malaysia berlaku dalam keadaan ketikadunia sedang menghadapi "perang dingin" di antara "blok duniabebas" dan "blok komunis". Sementara itu Asia Tenggara men-jadi medan peperangan serta proksi kepada dua blok tersebut;Vietnam terbahagi dua dan begitu juga dengan Korea. Indo-nesia juga tidak terlepas daripada kancah politik peperangantersebut iaitu PKI dan pihak militer bersaing untuk menentukankuasa di Indonesia. Dengan itu, konsep Malaysia yang meng-hasilkan Malaysia sebagai sebuah negara telah mendapat tentanganhebat daripada Indonesia dengan melancarkan dasar konfirontasiterhadap Malaysia yang dianggap sebagai neo-kolonialis.

CABARAN pembentukan Malaysia bukan dari konfrontasi In-donesia sahaja malah Filipina pula cuba membuat tuntutan keatas wilayah Malaysia iaitu Sabah. Sehubungan itu, Malaysiamenjadi perhatian antarabangsa, khususnya PBB yang telahmengisytiharkan supaya satu referendum perlu diwujudkandengan membuat satu tinjauan ke atas Sabah dan Sarawakuntuk memastikan penyertaan mereka ke dalam Malaysia tanpapaksaan. Walaupun Indonesia memprotes dan Filipina terusbersikap negatif, Malaysia tetap ditubuhkan sebagai sebuahnegara yang berdaulat.

PERLEMBAGAANNYA dibentuk seperti yang terdapat dalamPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi ia diluaskandengan memberi beberapa peruntukan khas untuk Sabah,Sarawak, dan Singapura. Singapura tidak kekal dalam Malay-sia dan pada tahun 1965 ia dikeluarkan daripada Persekutuan.

209

Page 219: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

PermasalahanSEJAK tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian-nya Malaysia, perkara yang membawa masalah ialah konflikantara kuasa pusat dengan kuasa negeri. Memang menjadikebiasaan dalam sistem federalisme, walaupun terdapat batas-batas tertentu dalam pembahagian kuasa antara pusat dengannegeri, terdapat beberapa litar pintas yang mengeruhkansuasana hubungan akibat politik kepartian dan pemimpin.

DALAM hal tersebut, beberapa kes dapat dijadikan contoh.Antaranya Kelantan dalam tahun antara 1959 sehingga 1969.Hal ini disebabkan kerana PAS membentuk kerajaan negerisementara kerajaan Pusat dikuasai oleh Perikatan. Soal-soalpembangunan telah menjadi isu kerana Kelantan menuduhPusat tidak memberi peruntukan yang cukup kepada pem-bangunan infrastruktur. Menurut Kelantan, negeri-negeri lainmendapat keistimewaan di samping pemberian geran. KesSingapura juga dikatakan berpunca daripada dasar Memalaysia-kan Malaysia, PAP diperlihatkan tidak serasi dengan sikaptegas pusat yang berpegang kepada perlembagaan Malaysia.Begitu juga dengan Sarawak dalam kes Kalong Ningkan yangberbangkit daripada soal pelantikan Ketua Menteri yang tidakdipersetujui oleh Pusat kerana Pusat mahukan calon lain sebagaipengganti. Seterusnya di Sabah terdapat kes Fuad Stepheniaitu pusat tidak berpuas hati dengan dasar pembangunannyadan memihak kepada calon lain.

MASALAH-MASALAH tersebut berpunca daripada ketidak-samaan antara Pusat dan negeri. Ini dapat dilihat dalamperspektif centrijugal dan centripetal dalam erti kata bahawa adapihak yang hendak mengekalkan kuasa kepada pihak Pusatdan di satu pihak pula ada cita-cita membebaskan diri dariPusat dengan mewujudkan sedikit autonomi. tetapi dalam haltersebut, Pusat sentiasa berjaya mengatasi keadaan. Pihak Pusatsedapat mungkin cuba menekan pihak negeri agar sentiasa

210

Page 220: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGARA: BANGSA MALAYSIA

seia sekata dan memastikan dasar negeri selari dengan dasarPusat. Perlembagaan sentiasa memberi peruntukan yang mem-bolehkan Pusat mengatasi negeri.

BERIKUTNYA kes Kelantan sekali lagi timbul dalam tahun1977/1978 apabila Kelantan diisytiharkan darurat kerana kespelantikan Menteri Besar dan permasalahan antara parti dalamparti semasa PAS masih berada dalam BN menemui jalanbuntu. Akibatnya, PAS telah keluar dari BN dan diikuti dengankekalahan PAS sebagai kerajaan negeri. Demikian juga dengankes Sabah dalam tahun 1990 sehingga 1994 yang berpuncadaripada sikap tidak sehaluan antara dasar PBS dengan BN diPusat yang mengakibatkan PBS keluar dari BN. WalaupunPBS menang dalam pilihan raya berikutnya tetapi kemudianBN berjaya mengambil alih kerajaan negeri akibat perpecahandalam PBS yang mengakibatkan tertubuhnya parti-parti baruyang kemudiannya menyertai BN.

DALAM hal tersebut, dapat disimpulkan bahawa politik antaraparti juga boleh mengakibatkan permasalahan antara parti dankerajaan. Ini dapat dilihat dalam tiga peringkat iaitu parti,pimpinan, dan kerajaan. Demikian juga dengan hubunganantara kaum yang turut menimbulkan masalah. SejakPersekutuan Tanah Melayu sehingga Malaysia perkara-perkaraseperti perhubungan kaum dan integrasi merupakan antaraperkara atau agenda yang masih belum diselesaikan. Iniberpunca daripada masyarakat berbilang kaum atau etnik.Puncanya dapat dikesan daripada warisan kolonial kerana dasarpentadbiran dan ekonomi kolonial telah melahirkan masyarakatyang bercorak majmuk. Tidak ada galakan untuk kaum-kaumbetoperasi dalam satu sistem sama ada dalam bentuk identitimahupun dalam proses sosialisasi peringkat formal sepertisistem persekolahan dan bahasa. Sifat majmuk iaitu hidupberdampingan tetapi berasingan terus-menerus diamalkansehingga kemudiannya menimbulkan masalah. Satu bentukkewarganegaraan tidak pernah wujud sehingga tahun 1948

211

Page 221: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

apabila kewarganegaraan diperkenalkan. Begitu juga dengansistem pendidikan, hanya selepas merdeka satu bentukpendidikan kebangsaan diperkenalkan apabila Laporan Razakdan Rahman Talib yang mendasari sistem pendidikankemudiannya dibentuk. Bahasa juga turut berperanan apabilabahasa Melayu diperkenalkan dan dijadikan bahasa kebangsaan.

SELANJUTNYA proses integrasi nasional juga berperanandalam pembentukan negara bagi melahirkan bangsa Malaysia.Integrasi bukan sahaja dari segi pembangunan masyarakatMalasyia malah integrasi supaya semua wilayah dalamPersekutuan Malaysia dapat dikekalkan. Segala perancangandan dasar pembentukan bangsa Malaysia hendak diasaskankepada sejarah bangsa Melayu walaupun transformasi daripadaMelayu kepada Malaysia tidak dapat dinafikan. Dalam duniahari ini, sistem perhubungan dan teknologi canggih merupakanelemen yang boleh mencabar bangsa Malaysia.

Bangsa Melayu Atau Bangsa MalaysiaPADA umumnya, segala perbincangan dan huraian tentangnegara bangsa Malaysia hendaklah berasaskan proses sejarah.Sejarah dalam hal ini bukanlah membawa maksud pem-bentukan negara (state) atau golongan pemerintahan sahaja.Ia hendaklah dilihat sebagai proses perkembangan masyarakatitu sendiri. Dengan yang demikian pembentukan negara dilihatdari kedua-dua aspek iaitu pembentukan bangsa (nation-build-ing) dan pembentukan pemerintahan (state-building). Adabeberapa implikasi terhadap perkembangan bangsa yang dapatdibuat daripada perbincangan di atas.

PERTAMA, tentang konsep asing yang dipinjam ke dalammasyarakat Malaysia hari ini seperti nation yang bermaksudbangsa dan nationalism yang bermaksud kebangsaan. Dankebangsaan pula membawa maksud budaya setempat iaitu

212

Page 222: Document2

PROSES PEMBENTUKAN NEGAKA: BANGSA MALAYSIA

Melayu yang tidak membawa pengertian kepada ras. Begitujuga dengan pengertian nationality yang boleh membawamaksud keturunan dan bukan ras. Di samping itu, dalam prosestersebut konsep warganegara yang bermaksud sebagai ahli dananggota masyarakat yang berasaskan perlembagaan Malaysia.

KEDUA, bagaimana perkembangan masyarakat Melayu meng-hadapi perubahan dan respon mereka kepada kolonialisme.Kita melihat perubahan yang telah mengubah sikap sertatindakan yang diambil untuk mencari satu penyelesaian bagimewujudkan sebuah negara yang merdeka serta dapatmerencanakan masa depannya sendiri. Perubahan ini juga dapatdilihat berlaku dalam pertembungan antara feudalisme dankolonialisme yang kemudian melahirkan konsep demokrasi.Ini beroperasi dalam proses pemilihan dalam bentukpemerintahan yang berasaskan undian popular dan sokongandiperoleh melalui sistem kepartian. Selanjutnya sistem politikkepartian merupakan wahana bagi menjaminkan masyarakatberpeluang dalam organisasi yang dapat merealisasikan pro-gram, kerja sama, dasar, serta tindakan kolektif.

KETIGA, sejauh mana parti politik dapat menjamin sistemnegara dalam erti kata kepentingan negara dipertahankan samaada dalam negara mahupun dalam persaingan di arena antara-bangsa. Ini bermakna sejauh mana pembentukan pemerintahandapat menjamin kedaulatannya dari segi keabsahan dalamproses menjamin kedaulatan rakyatnya.

KEEMPAT, perubahan dramatik yang sedang berlaku di seluruhdunia iaitu banyak negara baru muncul selepas pasca perangdingin antara blok bebas dengan blok komunis. Zaman ideologikhususnya komunisme hampir berlaku. Di samping itu juga,fenomena baru muncul dengan sistem komunikasi yang ber-teknologi tinggi yang melahirkan dunia dalam bentuk tanpabatasan (borderless). Perimbangan kuasa politik antarabangsajuga turut berubah dengan perpecahan yang berlaku di Rusia.

213

Page 223: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Sehubungan itu pula pola migrasi atas sebab ekonomi dansektor perburuhan berubah, seperti orang Asia ke Eropah dankemasukan buruh asing ke Malaysia. Adakah ini semua akanmengubah pola masyarakat Malaysia kemudiannya?

214

Page 224: Document2

KetahananBangsa DanKelangsunganNegara:MalaysiaDalam EraGlobalisasi 10

MOHAMAD ABU B A K A R

ERA globalisasi yang akhir-akhir ini menjadi rujukan meluassesungguhnya menandakan mercu kepada proses pensejagatan yangtelah berkembang semenjak bermulanya sejarah hubungan antara-bangsa. Malah "pertentangan tamadun" yang diheboh-hebohkan olehSamuel Hutington1 bukanlah sesuatu yang baru; cuma ia berke-mungkinan menjadi realiti yang membesar dalam dunia yang semakintidak bersempadan ini. Negara bangsa sebagai unit terpenting dalampolitik internasional akan terdedah kepada situasi dan suasana yangsemakin mencabar dalam konfigurasi kuasa yang tidak lagi ditentukanoleh Perang Dingin.

NEGARA merdeka Malaya yang muncul pada tahun 1957 sebenarnyabukan sekadar berkedudukan sebagai pelaku internasional yang telah

215

Page 225: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

"internalized" banyak nilai luar, khususnya yang bersumberkanBarat, tetapi telah juga diantarabangsakan oleh pihak tersebutuntuk tujuan antarabangsanya. Proses globalisasi yangmenguasai negara ini pada periode satu dekad pertama selepaskemerdekaan telah menempatkannya dalam orbit Dunia Bebasdan sekaligus meletakkannya berkonfrontasi dengan blokKomunis.2 Pensejagatan yang ditentukan oleh konflik ideologiini telah mencorakkan politik domestik dan dasar luar, dankeadaan ini berpanjangan hingga ke tahun-tahun akhir 80-an.Dengan tamatnya Perang Dingin, Malaysia turut sama terlepasdaripada belenggu lama tetapi pembebasan ini menghumban-kannya ke dalam pelukan globalisasi yang lebih menyeluruh.

Ciri-dri Globalisasi MutakhirGLOBALISASI pasca Perang Dingin serentak mengandungidri-dri lama dan baru dan kedua-dua aspek ini ternyata telahdan sedang berinteraksi dengan Malaysia selaku pelakuinternasional semasa. Ciri lama termasuklah nilai-nilai politik,ekonomi, dan saintifik yang tersebar akibat daripada penjajah-an, perkembangan pengangkutan dan perhubungan, penyebaranilmu dan pemindahan teknologi, dan kebanyakannya berasaldaripada Barat. Budaya politik asing terutama sekali telahmewujudkan saliency tersendiri dalam bentuk amalandemokrasi, manakala impak proses ekonomi luar menghasilkansistem ekonomi bebas atau laissezfaire di samping merangkaikannegara kepada multi-national corporation yang berpusat di me-tropolis-metropolis luar. Pertalian transnasional yangberkembang pada dekad 70-an, yang mewujudkan keadaanbergantungan antara negara, diperkukuhkan lagi oleh komitmenbersama dan kerja sama untuk mengawasi pergerakan modal,hak asasi, dan alam sekitar pada dekad 80-an. Perhubunganekonomi dan perdagangan antarabangsa terutama sekali telahmemberi kesan besar dan meluas, dan ini dipercayai ber-tanggungjawab membawa kepada penaklukan berbentuk baru

216

Page 226: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

negara-negara sedang membangun di samping melumpuhkanbudaya tradisional. Kritikan-kritikan terhadap apa yangdigembar-gemburkan sebagai neo-kolonialisme dan neo-imperialisme menjelaskan betapa merebaknya pengaruh politikdan ekonomi asing itu.3

DENGAN berakhirnya Perang Dingin, dunia komunis lamaumumnya telah terserap sama dalam pergerakan globalisasiBarat. Kehancuran sistem sosialis itu membuka jalan kepadapenyertaan negara-negara bekas Soviet di Eropah Timur danAsia Tengah khususnya untuk mengambil bahagian dalamperkembangan demokrasi dan kapitalisme dan serentakmengukuhkan arus pensejagatan nilai yang ditaja oleh AmerikaSyarikat dan negara-negara seangkatan dengannya. Idea "TheEnd of History" yang diutarakan oleh Francis Fukuyamasebenarnya merujuk kepada pencapaian ini.4 Dengan kejayaanideologi Barat ini, maka dunia keseluruhannya menjadi semakinterdedah kepada mainan dan manipulasi Washington, Lon-don, Paris, dan Bonn. Perkampungan antarabangsa ini bukansahaja merapatkan manusia untuk bekerja sama dengan lebihberkesan, tetapi juga membolehkan yang kuat, yang kaya, danyang berpengetahuan menggunakan kelebihan mereka untukmemeras, memperdaya, dan paling tidak meminggirkan yanglemah, yang miskin dan yang jahil. Seiring dengan persyarikatanekonomi serantau, umpamanya, ialah konflik antarabangsaserantau yang membabitkan kuasa utama dari luar dan kuasapertengahan tempatan, sebagaimana yang berlaku ketika PerangTeluk.5

GLOBALISASI semasa bertindak dalam pelbagai dimensi,sambil mengaut ciri lama dan baru. Pensejagatan demokrasiyang diusahakan oleh Amerika Syarikat dan sahabat-sahabatnyadi Barat,6 dan penjajaan idea hak asasi manusia oleh pihakyang sama, telah bertukar menjadi satu bentuk penjajahan.Negara-negara lain semacam dipaksa menganut falsafahdemokrasi dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh

217

Page 227: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Washington, London, dan Paris. Nilai-nilai tradisi yangbertunjang pada sejarah dan fahaman politik tempatan cubadikoyak dan diubah suai agar selari dengan ideal demokrasiBarat. Dunia yang semakin mengecil dipercayai lebih mudahdiurus dan ditangani, dan inilah yang sedang dilakukan olehAmerika Syarikat dan sekutunya dalam usaha pemasarandemokrasinya.

BARAT juga tidak ketinggalan memperkenal atau merancangidea morality, seolah-olah itulah sahaja nilai kehidupan yangbaik untuk mencapai kehidupan yang sempurna. Perkampunganantarabangsa menjadi sasaran, kerana medan itu bukan sahajasemakin mengecil tetapi juga semakin terbuka dengan ketiadaansosialisme sebagai pencabar dan ketiadaan Soviet Union sebagaikuasa utama dan kuasa saingan. Di antara dri-dri lama yangterus-menerus menjadi aspek menonjol dalam perkampunganantarabangsa ini ialah penjajahan budaya yang diakibatkanoleh penularan nilai-nilai Barat khususnya, yang kinidipermudahkan lagi oleh pengenalan media elektronik yangpelbagai jenis. Penyeragaman sikap dan fahaman yang terhasildaripada pendedahan kepada anasir-anasir asing mengikatanggota masyarakat dari pelbagai negara, dan menjalinkanhubungan emosi dan sentimen antara mereka; tetapi pada masayang sama ia telah melumpuhkan budaya tempatan. Ketahananbangsa turut terhakis akibat proses ini.

DIMENSI penting globalisasi semasa ialah peranan membesarblok ekonomi, atau daerah ekonomi, yang merangkumikawasan-kawasan yang tidak semestinya sama dengan negara-bangsa. Kalau dahulunya syarikat multinasional begitumencabar kedudukan negara sebagai unit antarabangsa, makakemunculan region state7 sebagai zon ekonomi dengan kegiatancross-border dan rangkaian internasionalnya juga mampumenggugat kestabilan politik dan kehidupan sosio-ekonomi,khususnya apabila kehadirannya menjadi transnational foci ofloyalty atau seumpamanya. Agenda ekonomi boleh menguasai

218

Page 228: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

dan mengatasi kesedaran bangsa, agama, dan sejarah yangselama ini bertindak sebagai fundamental dalam kehidupannegara-negara.8 Keadaan menjadi parah apabila blok ekonomiatau daerah ekonomi tadi beroperasi di bawah naungan pihak,bangsa atau puak tertentu sebagaimana EC yang kuatditentukan oleh kepentingan politik dan ketenteraan Barat.

DUNIA ketiga yang semenjak dahulu lagi menjadi objekglobalisasi luar kini sesungguhnya berada dalam keadaan yangsemakin terhimpit. Negara-negara yang sebelumnya berpihakkepada Barat, sama ada sebagai anggota pakatan tentera atausebagai penyokong biasa dalam konflik blok, telah kehilangannilai strategis apabila musuh tradisi demokrasi dan kapitalisberada dalam kehancuran. Dahulunya Barat tidak begitumenghiraukan sama ada negara sahabatnya itu sebuah negarademokrasi, atau sebuah negara autoritarian atau sebagainya,selama ia menguntungkan. Oleh itu ia sanggup bersekongkoldengan regim tentera di Mesir, kerajaan beraja Arab Saudi danpemerintahan diktator di Filipina. Objektif pembendungankomunisme atau containment policy menjadi perkiraan utamadalam skim politik dunia Barat. SEATO, CENTO, dan OASbertindak sejajar dengan NATO dan ANZUS kerana kesemua-nya bermatlamatkan penyelamatan "dunia bebas". Dunia dua-pusatan (bi-polar) yang berkembang semenjak Perang DuniaKedua kini semakin bertukar menjadi dunia satu-pusatan (uni-polar) dengan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa tunggalatau penentu konfigurasi kuasa dalam politik antarabangsa.

SETERUSNYA, negara-negara yang bersyarikat dalam bentukkerja sama serantau lebih mudah mengurus pakatan danpersahabatan mereka ketika berdepan dengan ancamankomunisme. Perpaduan dalaman umumnya lebih senangdiwujudkan dalam keadaan negara ahli sama-sama merasatertekan oleh kehadiran musuh luar. Dialog politik dankomitmen pertahanan menjadi saluran penting dalampemupukan regionalisme. Tetapi dengan ketiadaan komunisme

219

Page 229: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

sebagai bahaya utama, perpaduan lama turut terjejas. Apatahlagi sebagai negara pengeluar komoditi utama, merekakadangkala terpaksa bersaing sesama sendiri. Konflik lamadalam bentuk perbalahan sempadan, perebutan kawasan, dansebagainya semakin menonjol sebagai isu-isu internasional diperingkat serantau. Konilik dalam rantau (intra-regional con-

JJict) ini mungkin berlaku dalam banyak bahagian duniatermasuk di Asia Tenggara.9

DALAM suasana ini jugalah negara-negara Asia Tenggaramengorak langkah menuju abad ke-21. Lantaran Asia Tenggaraadalah sebahagian daripada dunia yang semakin mengecil, makarealiti-realiti sama yang kedapatan di daerah lain, turut jugadihadapi oleh negara-negara rantau ini. Dari satu segi, ruangdan peluang untuk bekerja sama antara negara di Asia Tenggaratelah bertambah, dengan meningkatnya jumlah negara sahabatdan yang berpotensi menjadi sahabat seperti Kemboja danVietnam. Tetapi kepentingan ekonomi nasional berkemungkin-an mendesak negara-negara berkepentingan bertelagah untukmendapat habuan sebesar yang dapat dalam perebutan ini.Perebutan Kepulauan Spratlys yang dipercayai kaya denganminyak dan gas, dan berkedudukan strategik itu telahmempertemukan China, Filipina, Malaysia, Indonesia, dan Vi-etnam dalam keadaan yang boleh bertukar menjadi episodkonflik yang berpanjangan. Kemunculan pemimpin yangbercita-cita besar, yang cenderung membina empayar, dikalangan negara-negara ASEAN juga bukanlah sesuatu yangmustahil. Itu akan menambahkan lagi kegentingan keadaan.Sementara keperluan bekerja sama menentang komunis yangsemakin berkurangan dan kekosongan kuasa (power-vacuum)akibat pengunduran British dan Amerika akan merancakkanpertelingkahan antara mereka. Dalam situasi ini, negara-negaraASEAN boleh menjadi negara anggota yang lebih banyakmenumpukan perhatian pada konflik dan penyelesaian konfliksesama mereka dan ASEAN menjadi organisasi serantau yanglemah dan tidak stabil lagi.

220

Page 230: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

Ketahanan Bangsa Dan KelangsunganNegaraSEJARAH moden memerihalkan kejayaan beberapa buah negarabertahan dan mengekalkan kedudukan setelah menghadapisituasi krisis yang mampu menghancurkannya. Ketahanan atauresilience bangsa yang terlibat membolehkan negara membangunkembali dan seterusnya berkembang maju. Paling tidak, negaratersebut berupaya mengembalikan status asalnya dengan cepatsetelah perang berlangsung. Jerman yang terlibat secara besar-besaran dalam dua perang dunia telah bangkit semula apabilatamatnya konflik dan menjadi negara yang gagah dalam politikdan ekonomi antarabangsa. Keutuhan dan kekuatan birokrasinegara berkenaan menjadi faktor terpenting dalam kebangkitanini, di samping kualiti bangsa Jerman yang menjanjikankejayaan itu.

SEBELUM Perang Dunia Kedua lagi, Jepun muncul sebagainegara moden yang mencabar negara jirannya terutama Chinadan Korea dan keupayaan ini sering dihubungkaitkan dengandisiplin dan kemajuan sains dan teknologi bangsa terbabit.Kehebatan Jepun dalam Perang Pasifik sebagaimana terbuktidaripada pencapaiannya menawan sebahagian besar AsiaTenggara dan memusnahkan angkatan laut Amerika di PearlHarbour dan kebolehan Jepun membangun kembali selepasperang berkenaan sehingga menjadikannya gergasi ekonomidunia, mempunyai kaitan dengan tradisi hidup dan kualitibangsa tersebut. Sementara ketahanan yang diperlihatkan olehCuba di bawah Fidel Castro selama lebih tiga dekad danketahanan yang ditunjukkan oleh Vietnam di sepanjangbeberapa perang Indo-China, dipercayai mempunyai hubungandengan ideologi yang menjadi anutan pemimpin dan massa.

GAMBARAN-GAMBARAN di atas mungkin bersifat simplistikkerana persoalan yang terlibat dalam perjuangan sesuatu bangsaadalah lebih kompleks dan tidak terhad kepada faktor-faktor

Page 231: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kualiti ras dan ideologi semata-mata. Benar sekali bahawademokrasi berfungsi dalam kebangkitan dan kekuatan AmerikaSyarikat sebagai sebuah kuasa utama, sebagaimana komunismeberperanan dalam pendekatan dan pelakuan internasionalSoviet Union sebagai kuasa utama, tetapi tiap-tiap negara jugaditunjang oleh kedudukan geografi, kemajuan ekonomi, dankekuatan ketenteraan. Beberapa nukilan berikut menjelaskankepelbagaian sebab atau sebab-sebab yang berbeza, bergantungpada keadaan yang telah bertanggungjawab memberi ketahanankepada sesuatu bangsa dan seterusnya kelangsungan kepadanegara mereka.

KEBANGKITAN Jepun menjelang Perang Dunia Kedua pernahdiperkecilkan. Antara lain, orang Jepun yang bermata sepetdianggap tidak berkemampuan menembak dengan tepat.Dengan berlakunya konflik meluas di rantau Pasifik sehinggamembawa kehancuran pangkalan laut Amerika di Pearl Har-bour, stereotaip tentang ketidakupayaan askar Jepun menembakmusnah.

KETIKA perang Dunia ke II, Switzerland begitu terdedahkepada kemaraan bala tentera Jerman, dan ini membuatpimpinan Nazi, Herman Georing bertanya kepada seorangpegawai Swiss tentang keupayaan bangsanya bertahan. "Howmany men can you put into the field?" Maka jawab pegawaiberkenaan, "Five hundred thousand, sir." Ini membuat Georingbertanya, "What will you do if I send an army of one millionacross your borders?" Pegawai Swis menjawab, "Each of us willhave to shoot twice, sir."

DALAM pertentangan berdarah antara bangsa Kurdis denganrejim Baghdad yang memakan masa berpuluh-puluh tahundan korban ribuan manusia, ternyata puak Kurdis yangberjuang mendapat pembebasan itu masih mampu bertahanhatta dalam keadaan mereka tidak mempunyai kelengkapansenjata yang baik. Apabila perkara ini dibangkitkan, maka satu

222

Page 232: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

jawapan yang pernah diberikan oleh askar Kurdis ialah bahawa"only God and the mountains are on our side."

NAMUN begitu, aspek-aspek ideologi dan kualiti bangsasesungguhnya amat ketara dalam pencapaian pelbagai bangsayang digambarkan di atas, dan ini amat sukar dipisahkan begitusahaja dalam pemerihalan ketahanan bangsa dan kelangsungannegara. Faktor-faktor lain sememangnya berinteraksi pada masa-masa tertentu atau dalam keadaan-keadaan tertentu. Geografi,kekuatan ketenteraan dan perpaduan rakyat umpamanyamemang berfungsi dan telah turut sama menyumbang kepadapertahanan nasional tetapi ia bukan merupakan dri-ciri mutlakyang mampu memberi kekuatan berpanjangan dan berterusan.Kekuatan dan kecanggihan senjata Amerika tidak berupayamemenangkan kuasa utama itu ketika ia berdepan denganbangsa Vietnam yang begitu berpengalaman dalam peranggerila, begitu berkesedaran tentang sejarah dan begitu kuatdiresapi komitmen komunisme. Perpaduan rakyat India yangturut dilindungi oleh pergunungan Himalaya gagal membentengnegara demokrasi terbesar dunia itu daripada kemaraan TenteraMerah China yang kuat dirangsang oleh cita-cita ideologi dalampeperangan awal enam puluhan. Soviet Union yangberkelengkapan senjata termoden dan dibantu oleh askarpelbagai kaum akhirnya mengaku kalah dan mengundurkandiri dari bumi Afghanistan setelah bertahun-tahun berdepandengan realiti tindak balas penganut Islam di negara jirannyaitu yang memang terkenal sebagai askar yang tahan lasak,berinspirasikan sejarah, dan dirangsang oleh idea Islam.

KESIMPULAN yang boleh dibuat ialah ideologi atau sistemkepercayaan memainkan peranan besar dan definitif dalamketahanan bangsa dan kelangsungan negara. Dalam konteksIslam, ini bermakna akidah Islamiah yang mewujudkankesatuan berfikir dan bertindak, dan dengan berbekalkansemangat Islam, penganut agama tersebut semestinyamempunyai daya tahan, daya juang, dan daya saing iaitu

223

Page 233: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kualiti-kualiti penting dalam politik dunia. Islam sebagaiideologi mampu memberi misi, visi, dan identiti. Ciri-ciri iniSehubungan ini, Islam membentuk keperibadian anggotanyasebegitu rupa sehingga mereka terjelma dengan akhlak tersendiridalam bentuk jiwa istiqamah dalam perjuangan dan sebagainya.Nazisme, Shintoisme, Demokrasi, dan Komunisme, masing-masing memberi kesan serupa kepada bangsa-bangsa yangmenganutnya walaupun cara dan keadaan yang berlainan.Ertinya kualiti bangsa adalah sebahagian kesan akibatketerlibatan ideologi sebagai kuasa penggerak dan pengurusdalam masyarakat negara.

TETAPI ketahanan mental dan intelektual yang diwujudkandengan keterlibatan atau persekitaran ideologi ini akan pudarseandainya ia tidak diperkukuh atau dilengkapi oleh kekuatanmaterial. Soviet Union yang berkedudukan sebegitu hebatketika mercu Perang Dingin akhirnya terpaksa mengalamikelumpuhan berikutan kemerosotan ekonomi dalam negeri danterpaksa bergantung kepada Barat untuk mendapat pembelaan.Begitu juga nasib yang menimpa Vietnam yang suatu masadahulu pernah mengalahkan Perancis dan Amerika Syarikat;oleh kerana kedudukan ekonominya yang lemah, Vietnamterpaksa melutut untuk mendapatkan bantuan luar bagi tujuanpembangunan sosio-ekonominya. Ini berbeza sekali denganAmerika Syarikat. Ia mempunyai peralatan perang yang canggihdengan disokong oleh ekonomi yang agak kukuh sertapenduduk yang ramai dan ini membolehkannya untuk campurtangan dan kadangkala mengawal kawasan-kawasan yang jauhdari sempadannya.

BAGI kebanyakan negara Islam, pembebasan dan kemerdekaanyang diperoleh tidak membawa kejayaan besar dalam kehidupanbernegara dan bermasyarakat. Ketiadaan Islam sebagai ideologipenggerak dan pengurus dan keadaan ekonomi yang beradadalam porak-peranda, sehingga menyebabkan wujudnya situasipergantungan kepada kuasa luar, meletakkannya dalam keadaan

224

Page 234: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

yang lemah. Jumlah umat Islam yang besar menyerupai "buih"yang pernah digambarkan oleh Rasulullah, iaitu ia berkeadaanrapuh dan begitu mudah dibawa arus. Akibatnya orang Islamsebagaimana yang juga ternukil dalam sebuah Hadith yanglain adalah seperti "hidangan" kepada manusia lain. "Akandatang waktunya nanti bahawa nasib kamu ibarat makananyang dihidang untukmu di meja makan, tetapi telah direbutoleh orang lain."

Malaysia: Menangani PerubahanGLOBALISASI mutakhir begitu mencabar dan ia mampuditangani menerusi pembabitan ideologi yang diiringi olehkekuatan fizikal, mental, intelektual yang sekaligus berertikekuatan peribadi, masyarakat, dan negara dari segi politik,ekonomi, sosial, dan ketenteraan. Ketika berlangsungnya PerangDingin, Malaysia semacam dibentangi oleh suatu counter-ideol-ogy, apabila ia bertentangan dengan komunisme yang berpusatdi Moscow dan Peking dan yang berkembang di merata daerahdi Dunia Ketiga; kemelayuan, keislaman, kebangsaan,demokrasi, kapitalisme telah berinteraksi menjadi suatukeseluruhan yang agak berpadu ketika bangsa dan negaraMalaysia tertekan oleh ancaman komunis. Seiring dengan ituialah perpaduan nasional yang berjaya diwujudkan dan yangkemudiannya diperkukuh oleh kestabilan politik, kemajuanekonomi, dan keberkesanan polisi sosial. Ini pula dipermantapdan dipertingkatkan oleh sistem pertahanan negara yangberangkaian dengan kuasa-kuasa luar menerusi AMDAterutama sekali dan secara tidak langsung dengan pergerakantentera Amerika di Asia Tenggara. Kesemua ini berperananserentak sehingga membolehkan Malaysia bertahan dalamkeadaan ia terhimpit oleh konflik blok.

SEBAHAGIAN daripada aspek-aspek dalam pertahanan bangsadan negara lama ini boleh dikatakan sudah tidak wujud lagi

225

Page 235: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

atau tidak beroperasi dengan berkesan lagi. Ketiadaankomunisme sebagai ancaman internasional mengurangkankekuatan counter-ideology yang dimaksudkan, kerana paduannyalebih banyak ditentukan oleh tekanan luar bukannyadinamisme dalaman. Rangkaian pertahanan yang pernahmenjalinkan Malaysia dengan Britain suatu masa dahulu, danyang mengikatkan Malaysia secara tidak langsung kepadaAmerika Syarikat, juga tidak kedapatan dalam bentuk yanglama lagi. Ketahanan bangsa dan kelangsungan negara yangditentukan oleh tradisi dan campur tangan luar ini telahmembuahkan keadaan baru yang mengandungi elemen-elemenyang menjaminkan survival Malaysia dalam dekad-dekadterakhir. Tradisi yang berasaskan sejarah dan disuburi denganpencapaian dalam pembinaan negara selepas merdeka dipupukdengan pelbagai cara sehingga ia dipatuhi seperti sebuahideologi, apatah lagi setelah ia berkemampuan memberi identitikepada bangsa dan negara Malaysia. Kecintaan kepada tanahair, kesayangan kepada kejayaan material dan ketiadaan tempatlain sebagai negara pilihan yang lebih baik, turut merangsangMalaysian nationalism ini, jika itulah deskripsi yang masih bolehdigunakan. Sungguhpun campur tangan begitu terhad akhir-akhir ini terutama berikutan pengunduran British dari rantautimur Suez dan kekalahan Amerika Syarikat di Vietnam,ancaman komunis juga turut berkurangan. Regionalisme yangterpupuk dalam acuan ASEAN membolehkan Malaysia hidupbergantungan dengan negara-negara jiran dalam aspek pertahan-an, ekonomi, dan sosial. Ini sedikit-sebanyak membantu prosespeningkatan ketahanan bangsa dan kelangsungan negara.

PADA masa yang sama, suata macam ideologi Malaysia telahmuncul dalam persekitaran yang terbentuk oleh keadaan-keadaan lama dan baru yang berinspirasikan sejarah tempatan,kebangsaan Melayu, dan politik pemerintah, dan bersumberkanIslam. Sungguhpun intisarinya tidak begitu jelas sebagaimanaideologi-ideologi lain, ideologi Malaysia ini sebenarnyaberoperasi dan mempunyai dinamisme tersendiri. Ciri-ciri

226

Page 236: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

utamanya termasuklah kesedaran tentang kegemilangan sejarahMelaka, perjuangan anti-kolonial, kebangkitan menentangMalayan Union kemerdekaan tanahair, dan sumbangan Islamdalam proses pembinaan negara yang mengalami pengembanganyang nyata, dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru, DasarKebudayaan Kebangsaan, Rukun Negara dan Dasar PenerapanNilai-nilai Islam. Pemupukan berlaku agak perlahan tetapikehadirannya mampu mengawas dan mengurus pengaruh luar,sama ada demokrasi ala Barat, kapitalisme atau budaya sensateyang kini semakin mencabar institusi keluarga, kehidupanberkomuniti, malah seluruh tradisi.

DARI segi perkembangan ideologi, ternyata Malaysia belummenempa kejayaan serupa seperti di Indonesia dengan Pancasilayang pada umumnya menguasai pemikiran bangsa dan men-dasari perjalanan sejarah. Kejayaan material lebih berperananmengikat sentimen rakyat daripada kesetiaan kepada sesuatuideologi, walaupun pencapaian material juga mampu membantuatau memantapkan ideologi yang berkembang.

ISLAM yang pernah dicanangkan sebagai suatu cara hiduppernah dibentangkan sebagai ideologi bukan sahaja untuk orangMelayu yang beragama Islam tetapi juga untuk keseluruhanrakyat Malaysia kerana ia mampu memayungi semua kaumdan agama. Setakat ini penyebaran idea Islam sebagai penye-lesaian kepada persoalan ketahanan bangsa dan kelangsungannegara hanya berlaku di kalangan orang Melayu sahaja,sedangkan bangsa lain masih mencurigai terhadap penularanagama itu. Dalam keadaan sedemikian, komitmen kepadakejayaan kebendaan masih berada pada tahap tertinggi dalampembinaan nasional.

SEHUBUNGAN ini, perkembangan ekonomi yang dahulunyalebih berpusat pada kehidupan bukan-Melayu, semakin dirasaioleh orang Melayu. Bangsa Malaysia yang terbentuk olehpersekitaran kejayaan material pada akhir-akhir ini kelihatan

227

Page 237: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

gagah menghadapi dunia luar, dan sebahagian daripadanyatelah meneroka masyarakat antarabangsa sebagai pelabur danpeniaga. Kestabilan ekonomi negara membolehkannya memainperanan besar, bukan saja dari segi penyediaan bantuan kepadapihak-pihak yang memerlukan tetapi juga dari segi penyediaandiri dalam bidang pertahanan.

PEROLEHAN ekonomi ini juga seharusnya menghalakan kitakepada rancangan penyelidikan10 agar negara meneroka jauhdalam pelbagai bidang dan tidak hanya bergantung kepadapakar-pakar dan perolehan luar untuk mendapatkan sesuatumaklumat teknologi atau apa sahaja rahsia berhubungkemajuan dan ketahanan bangsa. Wang yang banyak perludicurahkan untuk melatih ilmuan dan penyelidik keranaternyata dalam sejarah bahawa penyelidikan biasanyamendahului segala perancangan lain sama ada ekspedisi biasa,penjajahan, peperangan, atau perkembangan perdagangan.Ringkasnya, pengetahuan adalah kuasa dan pengumpulannyabererti penguasaan ke atas peralatan kuasa seperti kekuatantentera, teori ekonomi, dan latar belakang sejarah. Dalamkeadaan-keadaan genting, terbukti penyelidikan yangberterusan merupakan jawapan segera kepada persoalanberbangkit dan ini adalah faedah yang tidak diperoleh olehnegara-negara yang ketiadaan penyelidikan di sebalik komitmeninternasionalnya.

PEMBABITAN Malaysia yang semakin meluas, sehinggamelangkaui ke Amerika Latin dan pembabitan negara yangmendalam sehingga membawa keterlibatan yang pelbagai dinegara-negara seperti Kemboja menuntut dijalankanpenyelidikan intensif. Kejayaan Malaysia hari ini tidak dapatbertahan lama tanpa penyelidikan tentang negara jiran dannegara jauh. Sedang kita asyik meneroka ke dalam, memunggahkhazanah lama untuk membongkar warisan dan mengukuhkantradisi, kita juga seharusnya mempergiat dan mempertingkatkanpenerokaan keluar.

228

Page 238: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

PenutupREKOD pencapaian Malaysia selama ini umumnya mem-banggakan: penglibatan antarabangsa di Somalia, Bosnia, danKemboja membuktikan keupayaan sebagai pelaku internasional,di samping menjelaskan kekuatan dalaman dari segi politikdan ekonomi. Kedudukan terbaru Kuala Lumpur dalam kontekshubungan internasional semasa juga mengangkat imejnya; inipenting kerana ia membolehkannya memainkan peranan yanglebih definitif. Retorik dan realiti berkembang bergandingan.

PERDANA Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir pernah menganjur-kan supaya Malaysia menjadi kuasa besar untuk mempertahan-kan agama dan umat Islam di seluruh dunia." Mengikut beliau,kedudukan itu akan membuat negara lain menghormatipendapat dan desakannya. Menteri Luar pula dalam satukenyataannya menjelaskan bahawa "sebagai satu bangsa yangingin menjadi agung, kita harus bercita-cita besar." Sorotankita menunjukkan betapa pentingnya ideologi dan kekuatanlain dalam menjayakan rancangan ini. Malaysia tidak bolehmengharapkan mekanisme dan proses rundingan selama-lamanya untuk mendapat penyelesaian internasional. RantauAsia Tenggara belum tentu merupakan sebuah komuniti negarawalaupun ia tidak lagi berupa sebuah belantara yangmengamalkan hukum rimba (law of the jungle).

229

Page 239: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Nota

1. Samuel P. Hutington, "The Clash of Civilization," Foreign Af-fairs, Summer 1993.

2. Untuk perbincangan berkaitan, lihat Mohamad Abu Bakar,"Pengaruh Luar dan Proses Sejarah: Pembentukan Negara MerdekaMalaysia dalam Konteks Perkembangan Hubungan Antarabangsa,1957-1967," kertas kerja Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malay-sia, Melaka, 16-18 Ogos 1994. Pensejagatan nilai-nilai luar jugaturut membantutkan aliran politik dunia Islam sehingga ia membawakepada pengukuhan trend pro-Barat dan anti-Komunis dalam dasarluar Malaysia. Lihat juga Mohamad Abu Bakar, "Malaysia dalamPolitik Dunia Islam: Aliran Masa Lalu, Arus Masa Kini dan AgendaMasa Depan," kertas kerja, Wacana Minda, Kuala Lumpur, 2Disember 1994, passim.

3. Aspek ini dibahaskan dengan mendalam dalam karya-karyapolitik seperti Kwame Nkrumah, Neo-Colonialism: The Highest Formof Imperialism (International Publishers Co., 1966).

4. Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man (Pen-guin Book, 1992).

5. Aspek ini telah diperkatakan dengan kadar yang agakmenyeluruh dalam Mohamad Abu Bakar, "PerkampunganAntarabangsa: Realiti dan Ritorik Dalam Kehidupan Semasa," kertaskerja, Seminar Keselamatan, Johor Bharu, 21-24 November 1993.

6. Untuk keterangan lanjut, lihat Mohamad Abu Bakar,"Pensejagatan Demokrasi: Orde Baru Dunia dan Haluan PolitikAntarabangsa," kertas kerja, Seminar Sehari Senario Antarabangsa,Universiti Malaya, 23 Oktober 1993.

7. Lihat Kenichi Ohmae, "The Rise of the Region State," ForeignAffairs, Spring 1993.

8. Lihat C. B. Rau, "Managing Global Change-A Vision," TheRound Table, 330, 1994, 158-161.

9. Kuala Lumpur pernah menerajui kerja sama banyak hala sepertiASAS dan ASA yang bertujuan untuk membentengi wilayah inidaripada bahaya komunisme. Persyarikatan dengan Thailand dan

230

Page 240: Document2

KETAHANAN BANGSA DAN KELANGSUNGAN NEGARA

Filipina dalam pakatan-pakatan tersebut memastikan komitmenkerjasama mengatasi perkiraan lain sekalipun ASA kemudiannyaterkubur akibat tuntutan Manila ke atas Sabah. Penubuhan ASEANdalam tahun 1967 sebenarnya mengembangkan lagi tema "hidupbersama" ini serta membabitkan jumlah negara Asia Tenggara yangbertambah. Pendirian anti-Komunis dan kecenderungan pro-Baratanggota persatuan itu menjadi tali pengikat utama yangmembolehkan kerja sama antara mereka kekal untuk satu jangkawaktu yang agak panjang.

10. Perkara ini telah diulas dalam Mohamad Abu Bakar,"Penyelidikan dan Survival Negara," Berita Harian, 24 November1994.

11. Utusan Malaysia, 18 Julai 1992.

231

Page 241: Document2

KepimpinanMelayu1945-1957 11

RAMLAH ADAM

KETIGA-TIGA tokoh ini, Dato' Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy,dan Ahmad Boestamam adalah nama yang tidak asing lagi kepadakita, terutama dalam kegiatan nasionalisme tempatan sebelum merdekadan beberapa tempoh selepas merdeka. Mereka telah mencorakkansejarah politik negara ini dengan kegiatan-kegiatan politik yangmenggemparkan dan sangat menarik. Dengan itu tidak hairanlah namamereka menjadi sebutan; sentiasa menghiasi di dada-dada buku sejarahdan menjadi kajian akademik yang sentiasa mencabar. Semakin banyaksumber yang menceritakan tentang kejagoan mereka, semakin kompleksinterpretasi dan perdebatan mengenai keperwiraan mereka. Namun,paling tidak usaha menganalisis ketokohan mereka dikira cara terbaikuntuk terus menghidupkan ketokohan mereka iaitu melalui bidangkajian akademik.

233

Page 242: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

KEPIMPINAN mengikut seorang penulis adalah satu keadaanyang menunjukkan "the influence of one, who is voluntarilyaccepted by the group, and two, is himself influenced by thenorms, sentiments, and aspirations of the other members ofthe group". Kepentingan kepimpinan ini sentiasa dilihat dalambentuk satu hubungan nyata di antara pemimpin dan merekayang dipimpin.

Leadership has been in relation to group activities in specificsituations. It does not reside in individual having specific traits,but rather in the acts which help to (a) achieve its objectives,and (b) maintain its existence, i.e. a group remains a unit inwhich the members continue to interact and to derive satisfac-tion from doing so.1

DALAM erti kata lain, kepimpinan itu adalah satu keadaanyang membolehkan sesuatu kumpulan orang ramai menerimaketokohan seorang yang dianggapnya ketua tanpa ada paksaanataupun peraturan-peratuan atau undang-undang yang merekamemaksa mereka berbuat begitu. Penerimaan mereka kepadakepimpinan ketua mereka itu berdasarkan kepada kepercayaanmereka terhadap kebolehan ketua itu membawa perubahanbaru atau idea-idea baru yang akan meningkatkan lagi martabatdan kedudukan mereka. Penerimaan ini juga kadang-kadangberdasarkan kepada latar belakang keluarga, pendidikan, dankarisma pemimpin tersebut. Bagaimanapun, penerimaan itukadang-kadang boleh berlaku autoriti tokoh itu dalampentadbiran dan pemerintahan kawasan atau kumpulanmasyarakat tersebut. Kepimpinan seperti ini tidaklah asli danlebih bersifat terpaksa. Ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai pihakberkuasa, yang kadang-kadang ditolak apabila ditawarkandalam kegiatan politik mereka.

KONSEP kepimpinan secara sukarela dalam politikSemenanjung Tanah Melayu terdapat dalam ketiga-tiga tokohini. Bagaimanapun, sebagai permulaan, kerana ia mem-

234

Page 243: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

pengaruhi gaya kepimpinan, ideologi, dan pencapaian merekadalam sejarah politik negara ini, masyarakat yang dipimpinoleh mereka mempunyai reaksi yang berbeza terhadap mereka,akibat latar belakang tokoh-tokoh tersebut.

JIKA dibandingkan di antara ketiga tokoh tersebut, ternyatamereka datang dari status quo sosial dan pendidikan yangberbeza. Dato' Onn Jaafar yang lahir pada tahun 1895 diJohor Bahru, adalah berketurunan bangsawan. Keturunanbeliau berasal daripada jurai Bendahara Melaka, BendaharaTepok. Keturunan bendahara ini kemudian terus mengembaramengikut Sultan Melaka dan keturunannya untuk mendirikankerajaan-kerajaan di Sumatera, Johor, dan Riau Lingga sebelumkembali mengikut Temenggong Abdul Rahman ke Singapurapada tahun 1816. Haji Mohamad bin Dato' Abdul Jabar tinggaldi Telok Belanga sebagai orang Temenggong dan membukakedai jahit, manakala abangnya Ahmad dilantik sebagai MenteriTemenggong IbEahim. Jaafar, anak Haji Mohamad kemudianmenjadi kerani di pejabat bapa saudaranya, sebelum MaharajaAbu Bakar, pemerintah Johor, melantiknya sebagai MenteriBesar pada tahun 70-an. Oleh kerana bapanya yang seringmenjadi Pemangku Sultan Johor dan pemegang amanah hartabeberapa orang isteri Sultan Johor, Dato' Onn mendapatpendidikan yang baik bersama-sama anak Sultan Ibrahim diEngland. Kedudukan bapanya juga membolehkan beliaumemasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mempelajaritulisan Jawi dan bahasa Melayu. Didikan adat resam Melayujuga diberikan kepadanya oleh Dato' Jaafar, yang memegangsecara tegas adat istiadat dan kesusilaan Melayu Melaka-Johor-Riau-Lingga.

DR. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam (AB) pula datangdari kelas bawahan Melayu dari Sumatera-Minangkabau.Mereka merupakan generasi pertama yang lahir di SemenanjungTanah Melayu. Mereka lahir dari kegigihan kaum pendatangIndonesia membuka tanah perkampungan baru jauh dari

235

Page 244: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kawasan istana dan kebangsawanan Melayu. Dengan itu merekatidak termasuk dalam lingkungan elit tradisional Melayu yangmemegang kuasa pentadbiran dan penyokong sistem berajamasyarakat dan kebudayaan Melayu. Penghijrahan keluargamereka adalah kerana kesempitan hidup dan penolakan kepadapenindasan Belanda di Indonesia. Sebagai petani, kehidupanmereka adalah sederhana sekali. Mereka bersekolah denganberjalan kaki, meredah denai dan sungai; persekitaran merekaadalah kampung dan bukannya istana seperti Dato' Onn Jaafar.Mereka bersekolah Melayu bersama-sama dengan rakyatbawahan lain. Walaupun Ahmad Boestamam bersekolahInggeris, tetapi ia hanyalah untuk rakyat biasa dan bangsa-bangsa lain. Kehidupan mereka tidak bersifat bangsawan sepertiDato' Onn Jaafar.

DARI latar belakang seperti ini, tentulah hasil yang dilahirkanberbeza. Di satu pihak, Dato' Onn Jaafar terdidik dengan carahidup kaum bangsawan yang penuh dengan adat istiadat, adatresam dan peraturan-peraturan dan sifat-sifat duniakebangsawanan itu sendiri. Beliau dididik untuk menerimakuasa dan kedaulatan raja sebagai orang yang dihormati dansebagai ketua politik dan masyarakat Melayu. Daripenerimaannya terhadap status quo itu, keluarganya mendapatkedudukan yang baik dan menjadi penting dalam negeri danmasyarakat Melayu Johor. Ini adalah asas kepada sikapkonservatifnya dalam memimpin UMNO nanti.

DR. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pula, sebagai rakyatbawahan, hidup dengan cara yang amat sederhana. KeluargaAhmad Boestamam terpaksa bersusah payah membuka hutanuntuk dijadikan tanah bendang dan kebun getah dan meng-usahakan untuk mendapatkan hasilnya. Keluarga Dr.Burhanuddin juga sangat sederhana: ayahnya menjalankanusaha-usaha pertanian dan mengajar agama Islam secara kecil-kecilan. Kerana kesederhanaan hidupnya, Dr. Burhanuddinmenerima biasiswa daripada saudagar India Pulau Pinang,

236

Page 245: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

untuk melanjutkan pelajaran ke India. Ahmad Boestamam puladitanggung oleh abang iparnya, seorang guru lepasan MaktabPerguruan Sultan Idris, untuk belajar di Sekolah Anderson,Ipoh. Kesederhanaan dan kadang-kadang kesusahan hidupmereka mempengaruhi perspektif mereka terhadap kegiatanpolitik mereka yang menegakkan kedaulatan rakyat danmenentang penguasaan kaum bangsawan, seperti Dato' Onn,dalam politik orang Melayu.

KETIGA-TIGA tokoh ini mempunyai budaya kehidupan yangsangat berbeza di antara satu sama lain. Dato' Onn Jaafartelah dididik sebagai elit tradisional, yang mempunyai unsur-unsur moden iaitu pelajaran Inggeris, tetapi dalam masa yangsama, menguasai terus kepimpinan masyarakat Melayu secaraketurunan, yang sebenarnya menjadi asas kepada penguasaankepimpinan tradisional masyarakat Melayu. Dalam erti katalain, Dato' Onn dengan mudah mendapat tempat dankedudukan yang baik, kerana status quo tradisional yangdimiliki oleh keluarganya. Kedudukan ayahnya sebagai MenteriBesar, telah menjadi tiket yang memudahkan beliau mendapatjawatan sebagai kerani dan kemudian menjadi PenolongPemungut hasil Tanah Muar dan Batu Pahat dalam tahun 20-an. Kedudukan sosial tradisionalnya telah memberi keselesaandan semangat kehidupan yang positif kepada ideologikonservatisme, yang dipegangnya.2

AHMAD Boestamam pula dari kalangan orang kebanyakan,yang mendapati sangat sukar untuk mereka mendapat kerjadalam perkhidmatan awam British atau negeri Perak. AhmadBoestamam, kerana gagal dalam peperiksaan Junior Cambridge,tidak dapat menjadi kerani. Beliau sedar, oleh kerana keluarga-nya bukan orang Melayu tempatan, sokongan penghulu adalahsukar didapatinya.3 Penghulu, yang selalunya dilantik darikalangan orang berada dan ternama di satu-satu mukim, jugadianggap sebagai pihak berkuasa tradisional Melayu, keranapelantikan itu juga selalunya berdasarkan keturunan.

237

Page 246: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

SEBENARNYA ini adalah dasar pecah dan perintah British.Bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang didpta sepenuhnyaoleh British. Pada dasarnya, masyarakat Melayu sebelumkedatangan British memang telah mempunyai kelas yangmemerintah dan yang diperintah. British, sebagai penjajah,mendapati keadaan ini sangat sesuai untuk dijadikan polisiimperialismenya. Pembahagian itu diteruskan sehingga iamenjadi sesuatu yang semakin mendalam. Keutamaan terusdiberikan kepada golongan pemerintah tradisional Melayu (rajadan pembesar Melayu); Raja-raja Melayu dan kaum bangsawanMelayu pula terus mempertahankan dan mendesak kedudukantradisional mereka, terutama semasa Desentralisasi dijalankanpada tahun 20-an dan 30-an. Maktab Melayu Kuala ICangsartelah dikhaskan untuk anak-anak kerabat raja dan pembesar-pembesar Melayu. Ini dianggap sebagai satu ganti rugi kepadamereka; ini kerana dalam pentadbiran British di Negeri-negeriMelayu Bersekutu, kuasa mentadbir pembesar-pembesarMelayu yang wujud di zaman kerajaan Melayu, telah diambiloleh pegawai-pegawai British yang didatangkan dari England.Ini mengecewakan Raja-raja Melayu dan para pembesar itusendiri; Sultan Idris, Sultan Iskandar Shah, Perak, Raja Chulandan Dato' Abdullah Dahan telah membangkitkan hal ini. MalayAdministrative Service (MAS) dibentuk oleh British untukketurunan raja dan pembesar Melayu, sebelum membuka MCS{Malayan Civil Sewice) yang dikuasai oleh pegawai-pegawaiBritish kepada orang Melayu pada tahun 1928.

DR. Burhanuddin pula hanya menjadi seorang guru agamabahasa Arab di Madrasah Al-Junid, Singapura, sesuai denganpendidikan Islam yang diterimanya dari Sumatera, PulauPinang, dan India sendiri. Beliau tidak dapat memasukiperkhidmatan awam British, bukan sahaja kerana sekatan diatas tetapi juga, dasar British yang tidak mementingkanpendidikan Islam dalam dasar imperialismenya. Ini keranaIslam, boleh menjadi satu alat politik untuk membangkitkankesedaran kebangsaan tempatan, akibat dari gerakan Pan-

238

Page 247: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

Islamisme yang berlaku sejak akhir abad ke-19. PenjajahanBritish di negara-negara Islam di Asia dan Afrika telahmelahirkan kesedaran kebangsaan yang bukan sedikit kepadamereka yang mendapat pendidikan Islam seperti Dr.Burhanuddin. Penolakan British kepada golongan ini, menjadi-kan mereka hanya sebagai satu unsur pinggiran dalam arusutama kepimpinan tradisional masyarakat Melayu, yangdilindungi dan disuburi terus oleh British.

TINDAK balas Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamammenentang golongan konservatif seperti Dato' Onn adalahsesuatu yang memang sesuai dengan latar belakang danpendidikan mereka. Mereka terpengaruh dengan idea revolusiyang menjadi pegangan Revolusi Indonesia, tempat tanahtumpah darah mereka. Sebuah ideologi revolusi sering kalimempersoalkan legitimasi institusi-institusi tradisional, yangtidak memberi peluang kepada kedaulatan rakyat iaitu kuasarakyat untuk beroperasi. Kedaulatan rakyat, yang telahditegakkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1779, dankemudian munculnya ideologi liberalisme dan kemudiannyademokrasi, memang merupakan titik tolak dalam sejarahideologi politik. Ia menjadi garis pemisah zaman tradisionaldan zaman baru.

DR. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam, dalam kegiatan-kegiatan mereka melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) pada tahun 1945, mempersoalkan hak dan kuasagolongan tradisional Melayu itu sebagai pemerintah merekadan menentang British kerana meneruskan dan menyokongpenguasaan golongan tersebut. Mereka menolak Raja-rajaMelayu sebagai pelindung mereka. Alcibat daripada penen-tangan mereka kepada golongan ini mereka digolongkan sebagaigolongan radikal dan anti-establishment, atau kadang-kadangdirujuk juga sebagai golongan kiri. Ini bermakna, mereka tidakmenerima sifat tradisional masyarakat Melayu sebagai peganganmereka.

239

Page 248: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

DATO' Onn di satu pihak lain, menerima dan menyokongsepenuhnya unsur-unsur dan kerangka tradisional masyarakatMelayu. Dengan melalui UMNO (United Malaya NationalOrganization), yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946, Dato'Onn mengumpulkan Raja-raja Melayu dan orang Melayu dariseluruh negeri-negeri Melayu, untuk menentang penjajahanBritish secara mutlak ke atas Tanah Melayu melalui pengenalanMalayan Union. Kongres 1946, yang dipengerusikannya telahmenggabungkan golongan kiri dan kanan dalam masyarakatMelayu bagi menentang Malayan Union pada tahun 1946.

KEHADIRAN Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam dalamKongres 1946 sebagai pemimpin-pemimpin utama PKMMmencacatkan konsep liberalisme dan kedaulatan rakyatnya.Penentangannya kepada penguasaan golongan konservatifMelayu, yang menyokong dan mendesak British supayamengembalikan semula kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu,pada tahun 1945 dan awal 1946 menjadi sesuatu yang tidakbersesuaian dengan pegangan politiknya. Malah, apabila merekamenegakkan semula institusi Raja-raja Melayu sebagai rajaberperlembagaan dalam Perlembagaan Rakyat 1947, ternyata,mereka tidak tetap pendirian politiknya. Walaupun, itu satustrategi untuk mengekalkan kebangsaan Melayu, yang menjadicara untuk mereka menguasai orang bukan Melayu, namun,penerimaan institusi raja dalam perlembagaan telahmemperlihatkan mereka tidak sepenuhnya menegakkan konsepliberalisme dan kedaulatan rakyat. Akibatnya, mereka gagalmengubah secara tegas struktur dan hierarki tradisionalmasyarakat Melayu.

SEBAGAI pemimpin seharusnya mempunyai wawasan ataucadangan-cadangan idea yang diajukan kepada pengikutnyadan dapat diterima oleh mereka. Seorang pemimpin juga patutbertindak sebagai penyelamat kepada masyarakatnya denganmembawa idea-idea baru yang boleh mengubah kedudukanmasyarakatnya, dari satu tahap yang kurang elok kepada suatu

240

Page 249: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

kemajuan yang memberi manfaat kepada mereka. Dalam ertikata lain, pemimpin harus boleh membina sejarah masyarakatyang dipimpinnya.4

DEFINISI ini juga boleh dilihat dengan jelas dalam kegiatanpolitik ketiga-tiga tokoh ini di antara tahun 1927 sehingga1957. Walaupun permulaan mereka bergiat dalam nasionalismedan politik Semenanjung Tanah Melayu tidak sama keranaperbezaan umur, namun, ketiga-tiganya telah melalui zaman-zaman yang penting dalam sejarah negara ini, sebelum merdeka.Antaranya termasuklah dekad-dekad pentadbiran British diawal kurun ke-20. Kebangkitan nasionalisme Melayu,pendudukan Jepun, pemerintahan British selepas perang duniakedua, kemerdekaan dan pasca merdeka. Tentunya persepsimereka terhadap tempoh-tempoh itu adalah berbeza; persepsiyang berbeza ini melahirkan ideologi dan tindakan-tindakanyang berbeza juga dari mereka.

KETIGA-TIGA mereka adalah wartawan-wartawan akhbar, yangtelah menjadi pengkritik dan reformis masyarakat Melayusebelum 1945. Memang telah menjadi satu fenomena yangjelas, bahawa dalam dunia ketiga, golongan wartawan telahmemainkan peranan yang penting sebagai pembangkit gerakankebangsaan masyarakat bangsanya. Mereka menjadi penggerakkerana tahap intelektualnya yang tinggi dan kebebasan bersuarayang diberikan oleh pihak penjajah,5 terutama British. Merekamembidas apa sahaja yang tidak menguntungkan peribumi,terutama saingan daripada orang dagang dan tekananpenjajahan Barat.

DATO' Onn ternyata telah memulakan satu tradisi mengguna-kan akhbar sebagai alat untuk membidas pihak berkuasa, iaituBritish dan Raja Melayu (Sultan Johor) itu sendiri, sejak tahun1926 lagi. Bidasan beliau adalah bersifat sekular; beliaumenggunakan idea liberalisme dan keadilan kepada rakyatsebagai satu cara membela rakyat Melayu dan negeri Melayu.

241

Page 250: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Sebagai wartawan akhbar bagi Warta Malaya, Lembaga, LembagaMalaya, dan Warta Ahad, beliau menjadi seorang reformisdengan membincangkan segala hal yang berkaitan denganmasalah sosio-politik dan ekonomi bangsanya. Misalnya, beliaumembangkitkan isu kuasa minoriti Raja-raja Melayu di bawahsistem Residen dan Desentralisasi. Beliau juga merasa tertekandengan keadaan orang Melayu yang masih berpecah-belahkerana tidak ada persatuan kebangsaan dan pemimpin yangbenar-benar cekap untuk menyatukan mereka. Beliau jugamengingatkan orang Melayu supaya memajukan diri dalambidang ekonomi untuk menyaingi penguasaan ekonomi orangdagang di negara ini.

DR. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam lebih lambatmemasuki dunia kewartawanan, iaitu hanya pada tahun 1937,disebabkan faktor umur yang masih muda. Justeru itupandangan mereka sebagai pembela bangsa tidak begitumenyengat dan menonjol. Terlebih pula adanya tokoh-tokohwartawan yang lebih kanan seperti Abdul Rahim Kajai, IbrahimHaji Yaakob, dan Dato' Onn Jaafar. Mereka adalah pengarang-pengarang utama, dibandingkan dengan Dr. Burhanuddin danAhmad Boestamam, yang hanya menjadi penulis sambilan danpemberita pelatih. Bagaimanapun, setelah menerima banyakpendedahan, kedua-duanya berjaya mengasah pena merekadalam mengetengahkan gerakan kesedaran kebangsaan orangMelayu dan isu-isu negara melalui akhbar-akhbar seperti UtusanMelayu, Majlis, Warta Malaya, Suara Kinta, dan Saudara.Akhbar-akhbar ini sering menerima tulisan-tulisan mereka,terutama Ahmad Boestamam.

LATAR belakang ini sangat penting untuk muncul dalamkegiatan nasionalisme Melayu pada tahun 1945 dan selepasnya.Walaupun mereka nampaknya bersatu dalam tempohpemerintahan Jepun, kecuali Ahmad Boestamam yang membinatapaknya di Perak,6 tetapi akhirnya mencari jalan sendiri dalampersepsi politik mereka.

242

Page 251: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

PADA tahun 1945 dan seterusnya, ketiga-tiga tokoh inibergerak dalam arah berbeza. Dato' Onn Jaafar telah memimpinUMNO dengan ideologi yang sangat berbeza dengn Dr.Burhanuddin dan Ahmad Boestamam, yang bergiat cergasdalam PKMM dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Ketiga-tigamereka sebenarnya berusaha untuk mendapatkan kuasa dankepimpinan orang Melayu, yang benar-benar tercabar denganpengenalan Malayan Union oleh British pada tahun 1946.

DALAM memimpin UMNO, Dato' Onn telah menggunakankonsep Ketuanan Melayu Semenanjung sebagai satu ideologipolitiknya. Beliau menggunakan perkataan Semenanjung dalampartinya yang mendasari UMNO iaitu Pergerakan MelayuSemenanjung, Johor, (ditubuhkan pada Januari 1946) sebagaisatu cara memintas pengaruh PKMM, yang ditubuhkan lebihawal (17 Oktober 1945). Dato' Onn sedar, PKMM mengguna-kan simpati rakyat Indonesia yang lari ke Tanah Melayu,dengan memungut wang bagi menyokong Revolusi Indonesiamenentang Belanda, di samping menggunakan bendera SangSaka Merah Putih dan lagu Indonesia Raya sebagai benderalagu kebangsaannya. Dato' Onn juga ingin menjadikanpersatuannya itu sebagai satu persatuan kebangsaan, denganmempunyai cawangan-cawangan seperti di Melaka.7

KETUANAN Melayu Semenanjung sebagai satu ideologipolitiknya juga diterjemahkannya dalam menolak konsep In-donesia Raya/Melayu Raya yang dikemukakan oleh PKMMdan API. Dalam kongres-kongresnya, sama ada di Ipoh, KualaLumpur, Melaka, dan Singapura, PICMM dan API membuatresolusi untuk merdeka bersama Indonesia dan Malaya danIndonesia adalah satu, di samping terus menyokong revolusikemerdekaan Indonesia.8 Hal ini juga dicatatkan dalamperlembagaan PKMM.9

DATO' Onn menolak kehendak Dr. Burhanuddin dan AhmadBoestamam ini secara halus. Baginya, perpaduan dan kerja

243

Page 252: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

sama orang Melayu di Semenanjung adalah sangat mustahakuntuk menentang rancangan Malayan Union. Kedua, bagi Dato'Onn, soal penjajahan British ke atas Tanah Melayu adalahlebih utama dari gabungan dengan Indonesia. Ketiga, beliaumahu satu-satu hal diselesaikan supaya yang dikendong jangantercicir dan yang dikejar tak dapat. Keempat, soal darah danbaka itu tidak perlu dirisaukan, kerana beliau percaya padasatu masa nanti ia akan berguna bagi perpaduan yang besar.Kelima, Dato' Onn bimbang ada pihak-pihak tertentu yangakan mengambil kesempatan dari perpecahan orang Melayuitu. Keenam, orang Melayu patut mempunyai persediaan yangcukup sebelum memikirkan gabungan dengan Indonesia Raya.10

DR. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pula melihat Indo-nesia Raya atau Melayu Raya itu sebagai satu ideologi politikgolongan radikal yang penting. Ini adalah satu cara untukmengembalikan semula keagungan bangsa Melayu sebagaisebuah kuasa penting di Kepulauan Melayu, seperti sebelumkedatangan penjajahan Barat. Dr. Burhanuddin, dalam buku-bukunya, Perjuangan Kita dan Falsafah Kebangsaan Melayu dengantegas memperkatakan hal ini. Konsep bidok lalu kiambangbertaut dilihat sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam gerakanmenyatukan Semenanjung Tanah Melayu dengan IndonesiaRaya. Kepentingan Srivijaya, Majapahit, dan Melaka adalahdasar sejarah dan kebudayaan serta politik yang patut menjadidasar kepada Melayu Raya/Indonesia Raya sebagai satu inspirasibeliau untuk berpolitik.

AHMAD Boestamam melihat kehebatan karisma Sukarno pulasebagai pemimpin revolusi dan pembebas Indonesia daricengkaman penjajah Belanda, sebagai satu panduan untuk terusgigih mempertahankan keyakinan politiknya. Kehebatanpemuda-pemuda Indonesia seperti Bong Sutomo menentangBelanda dijadikan dasar semangat API. Latihan-latihanketenteraan yang dijalankan di pusat-pusat latihan API diMelaka dan tentera semut yang didakwanya beroperasi di

244

Page 253: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

kalangan anak-anak sekolah juga mengambil contoh dari In-donesia. API juga meniru harapan-harapan pertubuhan PemudaIndonesia seperti Young Java, Young Sumatera, dan PETA,untuk menjadi pembela tanah airnya dari dijajah, di sampingmemajukan pendidikan di kalangan para anggotanya. APImemakai semboyan merdeka dengan darah, yang jelasmempamerkan satu unsur revolusi dalam perjuangannya.Revolusi Indonesia adalah yang paling dekat dengannya. LaguIndonesia Raya dan bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putihmenjadi benderanya. Bukunya yang terkenal Merintis JalanKepuncak, menjelaskan harapannya untuk bergabung denganIndonesia; ini kerana di kemuncak gunung yang didald olehramai orang, terdapat bendera Sang Saka Merah Putih, benderaRepublik Indonesia. Malah, sehingga beliau ditahan pada tahun1963, beliau mengatakan, "Saya orang Indonesia, walaupunsaya lahir di sini.""

KEGAGALAN mereka mengatasi UMNO dan Dato' Onn,berpunca dari ketidakfahaman mereka terhadap selera politikkonservatif masyarakat Melayu itu sendiri. Kerja sama merekadengan Pati Komunis Malaya (PKM) adalah sesuatu yang tidakdisukai oleh orang Melayu. Penguasaan Bintang Tiga, anakPICM terhadap pentadbiran Tanah Melayu dan hukumansewenang-wenang oleh PKM terhadap orang Melayu yangdianggap bekerja sama dengan Jepun, sehingga meletusnyapertempuran di antara orang Melayu dan Cina hampir diseluruh Semenanjung Tanah Melayu pada akhir tahun 1945,12

menjadikan mereka sangat sensitif dengan PKM. Oleh itupersahabatan PKMM dengan PKM, dengan sendirinya menolakPKMM dari minat orang Melayu yang konservatif dan patriotikkepada Semenanjung Tanah Melayu.

KERJA sama ini berlaku dalam keadaan yang begitu intimsekali; terutama apabila PKM bertanggungjawab menggalakkanpenubuhan PKMM itu sendiri melalui Mokhtaruddin Lasso,Ketua Rejimen 10 PKM. Akhbar-akhbar PKMM juga dibiayai

245

Page 254: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

oleh PICM seperti Suara Rakyat, Voice of the People, dan Pelita

Malaya.. PKM juga, dalam menjalankan dasar Malayan UnitedFrontny3L untuk menyebarkan idea komunisme dan mendapatsokongan dari orang ramai dari semua bangsa, telahmemasukkan orang-orangnya seperti Arshaad Ashaari, RasyidMaidin, Musa Ahmad, Abdullah C. D., dan beberapa oranglain dalam jawatankuasa PKMM. Dengan cara itu, merekaboleh mempengaruhi dasar dan pendekatan politik PKMM.Pemimpin-pemimpin PKMM seperti Ahmad Boestamam, IshakHaji Mohamad, dan Aishah Gahani sendiri, mendapat latihan-latihan ideologi dari penganjur-penganjur PKM seperti PakSantos dan Sutan Djenain di beberapa tempat pusat kegiatanPKM seperti di Ampang, Selangor dan Kuala Lipis, Pahang.Mereka juga, mengikut pengakuan pemimpin-pemimpinnyabersedia untuk mengadakan sebuah revolusi bersenjata apabilakeadaannya tiba dengan dipimpin oleh PKM.13

IDEOLOGI ketuanan Melayu Semenanjung yang diperjuang-kan oleh Dato' Onn, telah meletakkan institusi raja sebagaisalah satu agenda perjuangannya. Institusi raja yang menjaditunggak kepada kebudayaan dan kerajaan Melayu itu14

diteruskan sebagai satu sistem politik dan institusi politik dalamPerjanjian Persekutuan 1948. Malah, jika ditinjau dengan telitiperjanjian itu, ternyata Raja-raja Melayu telah mendapatsemula segala kuasa eksekutif dan perundangan yang telahdiambil oleh British dalam pentadbirannya dari tahun 1874sehingga 1941. Raja-raja Melayu telah diakui oleh Britishmelalui Perjanjian ini secara bertulis dan dilembagakan sebagaiketua pemerintah dan berdaulat di negeri Melayu.15 Ini adalahsatu peningkatan yang sangat berguna yang telah menaikkansemula martabat institusi Raja-raja Melayu sebagai raja mutlakdan raja berperlembagaan16 dalam pemerintahan mereka diNegeri-negeri Melayu. Ini memudahkan mereka mendapatkankedudukan yang tegas dalam Perlembagaan Merdeka 1956.Malah, dalam banyak hal, hal ini diteruskan sahaja.17 PelantikanYang di-Pertuan Agong dengan kuasa perundangan dan

246

Page 255: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

eksekutif yang tegas juga berpunca dari pembelaan Dato' Onndan UMNO terhadap institusi ini dalam Perjanjian Persekutuan1948.

PANDANGAN Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam agakberbeza dengan Dato' Onn dalam soal menegakkan institusiraja dalam budaya politik Melayu. Oleh kerana sejakpenubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), dasar menentangkaum bangsawan, termasuk Raja-raja Melayu, telah menjadidasar mereka, maka apabila PKMM dipimpin oleh kedua-duatokoh di atas, dasar yang sama juga telah dipegang. Merekamenyokong idea republik seperti Indonesia dan melihat kuasarakyat sebagai tunggak budaya politik Melayu itu sendiri.Mereka menolak institusi Raja Melayu dikekalkan keranainstitusi itu tidak dapat memajukan rakyat Melayu danmemberi kepimpinan yang sewajarnya. Namun, semangatseorang rakyat Melayu itu tetap kuat apabila berdepan denganorang dagang yang cuba menghapuskan institusi itu. DalamPerlembagaan Rakyat 1947, kedua-dua tokoh tersebutmenyokong Ishak Haji Mohamad bagi mempertahankaninstitusi raja dan mencadangkan sebagai raja berperlembagaan,demi untuk mengekalkan prinsip politik ketuanan Melayu diPersekutuan Tanah Melayu. Di sinilah, Dato' Onn dan merekabertemu sebagai pejuang nasionalisme Melayu.

IDEOLOGI ketuanan Melayu Dato' Onn terus kuat denganusahanya mempertahankan hak kerakyatan secara jus soli hanyakepada orang Melayu dan orang asli dalam konsep TanahMelayu untuk Melayu. Dalam penentangannya kepada Ma-layan Union, cadangan Communities Laison Committee (CLC)yang menghasilkan State Nationality 1952, melaksanakan PartiKemerdekaan Malaya dan menentang liberalisme kerakyatanmerdeka 1956. Dato' Onn melihat, bahawa politik bangsaMelayu di Semenanjung Tanah Melayu, yang terdiri daripadaNegeri-negeri Melayu adalah jelas dan asli, sebagai bangsa yangtelah mengadakan satu kebudayaan yang tegas di Negeri-negeri,

247

Page 256: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Melayu dengan sistem politik, pentadbiran, sosial, dan adatistiadat serta ekonomi sebelum kedatangan British dan orangdagang, Dato' Onn cukup yakin pemilikan orang Melayu keatas bumi ini. Tanda pemilikan mereka ialah dengan menjadiRakyat Raja Melayu bagi tiap-tiap negeri Melayu yang sebenar-nya merdeka di antara satu sama lain. British kemudian meng-iktiraf ketuanan itu dengan membuat perjanjian dengan Raja-raja Melayu sebagai ketua kerajaan dan pentadbiran NegeriMelayu.18

INILAH teras kepercayaan dan tindakan politik Dato' Onnapabila menentang Malayan Union, British dan kehendak orangdagang. Dalam Malayan Union, British ingin menjajah TanahMelayu dengan menghapuskan status quo Negeri-negeri Melayusebagai negeri yang dilindungi yang diamalkannya sebelum1941. Dari segi pemilikan hak politik pula, kerakyatannyadibuka kepada semua bangsa yang ingin menjadikan MalayanUnion sebagai tanah airnya. Kerakyatan berganda (dual nation-ality) dibenarkan. Nama Semenanjung Tanah Melayu, yangmenggambarkan pemilikan bangsa Melayu ke atasnya, kiniditukarkan menjadi Malayan Union; satu nama yang asingdan tidak membayangkan ketuanan Melayu yang pernah wujuddi dalamnya. Bangsa dagang, yang selama ini bersifat penduduksementara, menyokong Malayan Union, yang memangdiperjuangkan oleh mereka sejak tahun 20-an lagi. Desakanmereka melalui suara-suara di Singapura Straits Council danMajlis Persekutuan, akhbar-akhbar, dan badan-badanperdagangan mereka, akhirnya diterima oleh British. Denganmembentuk Malayan Union, satu asas pembinaan negara-bangsa Malayan, yang membuang terus kerangka politiktradisional Melayu dan ketuanan Melayu, telah diterima sebagaidasar pembentukan politik negara ini. Institusi raja, yangmenjadi dasar kerajaan Negeri Melayu diketepikan, merekahanya boleh membincangkan soal agama Islam, tetapipemutusnya adalah Gabenor Malayan Union, yang dilantikoleh Raja England. Kesemua ini ditentang oleh Dato' Onn

248

Page 257: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

dan UMNO, demi untuk menegakkan terus ketuanan Melayudi Semenanjung Tanah Melayu.

DATO' Onn, sebagai pemimpin UMNO, dapat semulamemaksa British mengiktiraf semula ketuanan Melayu dalampolitik dan pentadbiran Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan1948 berjaya memperkukuhkan semula ketuanan Melayu,dengan memulangkan semula taraf Negeri-negeri Melayu YangDilindungi kepada Negeri-negeri Melayu, mengiktiraf semulainstitusi raja sebagai ketua negeri Melayu dan dilembagakansebagai satu institusi pentadbiran dan perundangan Negeri-negeri Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran diperingkat negeri Melayu, menerima orang Melayu sebagaiperibumi dengan tarafnya sebagai rakyat raja, dan undang-undang tubuh Negeri-negeri Melayu telah diadakan.Kedudukan istimewa Melayu dicatatkan sebagai tanggungjawabPesuruhjaya Tinggi British, agama Islam dan adat istiadat,tanah, dan pelajaran tempatan dibawah raja Melayu, manakalaketua eksekutif Melayu, Menteri Besar, menggantikan ResidenBritish yang kini hanya digelar sebagai Residen Kaunselorsahaja. Ini adalah satu perubahan yang besar kerana ia me-lambangkan penguasaan orang tempatan dalam hal-ehwal pen-tadbiran Negeri Melayu, seperti zaman tradisional.

DR. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam pula mempunyaiideologi yang berbeza dari Dato' Onn dalam soal kerakyatanjus soli ini. Oleh kerana mereka bekerja sama dengan PartiKomunis Malaya dan orang bukan Melayu dalam gabunganPUTERA-AMCJA, maka, soal menguntukkan kerakyatan jussoli kepada orang Melayu dan orang asli seperti tuntutan Dato'Onn dan UMNO, tidak menjadi pegangan mereka. Kedua-duatokoh di atas, bersetuju dengan kehendak AMCJA, pimpinanTan Cheng Lock, untuk memberikan kerakyatan jus soli samarata di antara orang Melayu dan orang dagang. Dr.Burhanuddin dan Ahmad Boestamam sebagai pemimpinPKMM, telah pun menyokong kerakyatan jus soli Malayan

249

Page 258: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Union Iebih awal lagi sebelum kerja sama itu dibuat.Rombongan PKMM telah menemui Edward Gent pada bulanJanuari 1946, sebaik sahaja rancangan Malayan Uniondiisytiharkan oleh British. Perlembagaan Rakyat 1947 yangterhasil daripada kerja sama PUTERA-AMCJA itu jugamenyaksikan kesediaan Dr. Burhanuddin dan AhmadBoestamam melepaskan kerakyatan jus soli kepada AMCJA.

TERNYATA sekali Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam,tidak melihat pemilikan kuasa politik orang Melayu melaluipengawalan kerakyatan semula jadi itu sebagai dasar kepadaketuanan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu sahaja. Inikerana mereka mencadangkan kerakyatan jus soli itu dibukabagi keseluruhan Kepulauan Melayu; ini bertujuan untukmenambahkan kekuatan bangsa Melayu yang berjumlah 65juta di Nusantara. Namun, dalam masa yang sama, dasar pintuterbuka British itu juga boleh membawa lebih banyak orangdagang ke Malayan Union, dan ini akan menjadikan jumlahbangsa Melayu akan menjadi kecil. Ini cuba diatasinya denganmemaksa AMCJA menerima "kebangsaan Melayu" sebagainama bangsa Malayan yang dibentuk oleh Malayan Union. Initerkandung sebagai satu prinsip Perlembagaan Rakyat 1947.19

DENGAN pembukaan kerakyatan jus soli begitu luas, Dr.Burhanuddin telah menghilangkan konsep bumiputera/peribumiMelayu dan teras kebangsaan Melayu serta konsep negeri-negeriMelayu yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu sebelumkedatangan British dan bangsa dagang. Ada pendapat yangmengatakan mereka berjuang untuk satu konsep Tanah Melayuuntuk Melayu. Ini sangat diragukan kerana tindakan-tindakanmereka tidak menuju ke arah tersebut, kecuali merekamendakwa berbuat begitu.20

ANTARA tindakan mereka yang diragui ialah sokongan merekakepada rakyat jus soli, yang diperkenalkan oleh British dalamMalayan Union. Malah, mereka secara sedar menyokong

250

Page 259: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

kerakyatan jus soli Malayan Union. Serombongan pemimpinPKMM, telah menemui gabenor Malayan Union untukmenyatakan sokongannya itu. Malah, kenyataan rasmi jugadikeluarkan bagi tujuan tersebut.21 Bagi Dr. Burhanuddin,misalnya, yang penting bagi beliau ialah semangat dankesediaan seseorang itu menerima alam persekitarannya danmencurahkan taat setianya kepada negara itu. Dengan itu bakaMelayu itu tidak lagi penting sebagai dasar kebangsaanMelayunya dalam kerja samanya dengan AMCJA. KebangsaanMelayu yang hanya mementingkan bangsa Melayu seperti yangdiutarakannya sebelum ini, terutama konsepnya, MelayuRaya,22 telah di perluaskan lagi. Katanya, "Kebangsaan Melayuitu bukan dibina semata-mata kerana seseorang itu bangsaMelayu atau bapanya bangsa Melayu, datuknya Melayu. . . .Kita hendak mendirikan kebangsaan Melayu diatas dasarkebangsaan, menurut keadilan, dan kemanusiaan yang luassama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yangsempit, jauh dari berbau perkauman dan perasaan yang kolotdan kuno."23

INTERPRETASI Dato' Onn sebagai pemimpin UMNO dansebahagian besar orang Melayu dalam UMNO pula sangatberbeza terhadap soal ini. Orang Melayu, melalui persatuan-persatuan negeri dan Raja-raja Melayu sendiri menentang halitu semasa MacMichael mendapatkan tandatangan mereka padabulan Oktober 1945. Sultan Selangor, Perak, Terengganu danKelantan serta Kedah, telah membangkitkan hal ini. Merekabimbang orang Melayu akan menjadi kecil dan bertambah daifkerana kemiskinan ekonomi dan pendidikan. Persatuan-persatuan Melayu yang menghantar telegram ke Pejabat TanahJajahan dalam tempoh tersebut juga, menentang dan menolakMalayan Union di atas dasar yang sama, di samping hal-hallain seperti cara tandatangan Raja-raja Melayu diambil.24

AHMAD Boestamam pula menerima kerakyatan jus soli diatas dasar mengambil anak angkat dari kedl adalah lebih baik

251

Page 260: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

setelah mereka dewasa. Nadanya, tidak lari dari Parti KomunisMalaya yang menggalakkan Malayan United Front, iaitu kerjasama semua bangsa bagi melahirkan satu pemerintahan sendirimelalui pilihan raya. Malah, Ahmad Boestamam, sebenarnyaboleh dianggap telah menerima konsep jus soli itu sesuai dengankehendak no. 1. Perlembagaan PKMM 1946 yang mengatakanbahawa: Menyatupadukan bangsa Malaya dan tujuan no. 7,yang mengatakan: "Parti kebangsaan Melayu hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain . . . bekerja untuk perpaduanpenduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikanMalayan Merdeka makmor dan bahagia". (UMNO/SG 96/146).

KEMERDEKAAN juga satu isu yang menarik untuk dibincang-kan dalam menilai tokoh-tokoh ini. Terdapat perbezaan yangsangat nyata diantara Dato' Onn di satu pihak dan Dr.Burhanuddin serta Ahmad Boestamam di pihak yang lain dalammenangani dan menginterpretasi soal kemerdekaan negara ini.Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam melihat kemerdekaanadalah satu perkara yang mesti dilaksanakan dengan seberapasegera. Untuk itu bergabung dengan Indonesia dan mendapat-kan kemerdekaan bersama dengan Indonesia Raya atau MelayuRaya, adalah jalan yang mudah dan memberi faedah yanglangsung kepada Semenanjung Tanah Melayu. Kematanganpolitik dan kegigihan bangsa Indonesia memperjuangkanrevolusi dan mempertahankan kemerdekaan ciptaan merekasendiri sangat mengagumkan tokoh-tokoh di atas dan pengikut-pengikut mereka sejak dari penubuhan Kesatuan Rakyat Indo-nesia Semenanjung (KRIS) pada tahun 1945. Malah, ia menjadiresolusi yang sangat konsisten dalam PKMM setiap kalikongresnya diadakan di Ipoh, K. Lumpur, Melaka, dan Singa-pura. Merdeka, yang menjadi semboyan PKMM kemudian telahdiperhebatkan lagi oleh API, pimpinan Ahmad Boestamam,dengan menggunakan slogan "Merdeka dengan Darah" danbuluh runcing sebagai senjata revolusi yang bakal diadakanoleh API. Ketaksuban Ahmad Boestamam kepada Sukarno,pemimpin revolusi Indonesia, tidak dapat disembunyikan dalam

252

Page 261: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

Wasiat Politik API, yang dikarangnya. Malah dalam setiaptindakannya, lagu Indonesia Raya dan Bendera Indonesia, SangSaka Merah Putih tetap menjadi buah hatinya.25

KONSEP merdeka bersama Indonesia itu merupakan usahategas dari Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam untukmelahirkan hubungan darah yang mengalir dalam tubuh merekadengan tanah asalnya. Kedua-dua mereka berasal dariMinangkabau, Sumatera. Kecintaan mereka kepada tanah asalmereka, telah disuburkan dengan ingatan dan perhatian bapamasing-masing kepada keturunan mereka, kaum pendatang diSemenanjung Tanah Melayu. Dr, Burnanuddin, misalnya telahdibawa kembali oleh ayahnya, Haji Mohd. Noor, untuk melawatkaum keluarganya di samping mendapat pendidikan agamadaripada gurunya dan sahabatnya sendiri di Bukit Tinggi.Seorang lagi anaknya, Halim, adik Dr. Burhanuddin mendapatpendidikan agama sehingga ke peringkat maktab di kampungasalnya. Malah, ayahnya kemudian telah berkahwin denganseorang wanita di kampungnya sebagai tanda ikatanya dengantanah tumpah darahnya. Beliau meninggal di Bukit Tinggi,tanpa disaksikan oleh anak-anak dan isterinya di Semenanjung.

DR. Burhanuddin menjadi pengganti ayahnya di kalangan kaumkeluarganya di kampung asalnya. Beliau kerap kembali keSumatera, untuk menziarahi kubur ayahnya dan adiknya,Hayati, hasil dari perkahwinan ayahnya dengan wanita tersebut.Di kalangan kaum keluarga ayahnya di Bukit Tinggi, Dr,Burhanuddin dianggap paling berjaya dan sentiasa dipandangtinggi. Malah, Dr. Burhanuddin, untuk menyatakan perasaankasih sayangnya kepada kampung asalnya, telah menamakanseorang anak saudara perempuan, hasil perkahwinan adiknyadengan anak murid dan sahabatnya dalam perubatanhomeopati, Dr. Mohd. Dali, dengan nama Melasutra, iaitugabungan dari Malaya dan Sumatera. Wanita ini boleh dianggapsebagai bukti hidup kepada ikatan darah dan kecintaan Dr.Burhanuddin kepada Sumatera, tempat asal keturunan bapanya

253

Page 262: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dan Malaya, tempat kegiatan politiknya, yang ingin digabung-kannya dalam Indonesia Raya.

SIKAP politik Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam inijuga menunjukkan adanya satu ikatan dan pola politik yangberkait rapat di antara Semenanjung dan Sumatera dan Indo-nesia umumnya. Pembinaan konsep negara-negara Nusantaratajaan tokoh komunis Indonesia yang terkenal iaitu TanMalaka, yang berasal dari Tanah Minangkabau memang disedarioleh Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang selalumelalui pembacaan mereka terhadap buku-buku terbitan In-donesia, seperti kebiasaan cerdik pandai sekolah Melayu padamasa itu. Pelarian-pelarian politik Indonesia yang berfahamkomunis seperti Sutan Djenain, Mokhtaruddin Lasso, PakSantos, Zainoen dan Abdul Salim Harahap telah menjadikanSemenanjung Tanah Melayu sebagai pusat kegiatan mereka.Mereka menjadi mentor ideologi kepada pemimpin-pemimpinPICMM dan API, termasuk tokoh-tokoh di atas. Kerja samabekas-bekas anggota Parti Komunis Indonesia dengan PartiKomunis Malaya adalah kuat kerana mereka terletak di bawaharahan Kuomintang Rusia. Kesemuanya ini boleh memberi satukerja sama yang erat di antara pihak nasionalis radikal Seme-nanjung, yang berasal dari Sumatera/Indonesia, untuk bekerjasama bagi merealisasikan konsep negara-bangsa Melayu/Nusantara atau Dunia Melayu atau Alam Melayu seperti yanggarap diperkatakan oleh Dr. Burhanuddin dalam buku-bukunya.26

KONSEP merdeka bersama Indonesia, atau bergabung denganIndonesia Raya, yang dipegang oleh Ahmad Boestamam danDr. Burhanuddin ini, dilihat oleh Dato' Onn dan UMNOsebagai satu penjajahan ke atas Semenanjung oleh Indonesia.Dato' Onn, dalam usahanya untuk memikat British bekerjasama atau menerima UMNO sebagai jurucakap orang Melayusemasa menentang Malayan Union dalam perebutan kuasapolitiknya dengan PKMM, telah menakut-nakutkan Britishdengan unsur-unsur revolusi Indonesia yang boleh mengguna-

254

Page 263: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

kan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap MalayanUnion; dengan itu akan merumitkan British untuk menyelesai-kan masalah itu. Gerakan komunis di kalangan orang Melayuradikal yang juga dikuasai dan didalangi oleh pelarian politikIndonesia dan persatuan-persatuannya yang berpusat diSingapura dan kerja sama mereka dengan Parti Komunis Malayajuga diutarakan oleh Dato' Onn. Ini diakui oleh ejen perisikBritish, yang begitu cekap mengikuti perkembangan ejen-ejenpolitik Indoneia di Singapura dan Semenanjung.27

DATO' Onn, juga dalam mengatasi konsep merdeka bersamaIndonesia Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam ini, telahmenggunakan pendekatan psikologi untuk memenangi perasaanpendatang-pendatang Indonesia, yang menjadi tumpuan tokoh-tokoh di atas dan parti-parti mereka. Dalam ucapannyamemujuk dan menggalakkan perpaduan di kalangan orangMelayu dalam menentang Malayan Union, beliau memberisatu definisi yang tegas terhadap makna bangsa Melayu sendiri.Bagi beliau "pergerakan Melayu Semenanjung adalah me-nunjukkan menepati yang duduk dalam Tanah Melayu. . . .Saya minta sekalian orang Melayu, yang menamakan dirinyaMelayu, hendaklah membantu pergerakan kebangsaan Melayu."Tambahnya lagi:

. . . Samada Melayu disini berasal dari Bugis, dari Bowean, ataudari mana sekalipun tetapi apabila ia sudah duduk tingal disini,akulah dia Melayu dan ia mempunyai kebiasaan dan hak sepertianak-anak Johor (Semenanjung) juga. . . . Semua orang Melayu,samada Melayu Semenanjung, Melayu Indonesia, Melayu NegeriChina semua sekali Melayu dan hendaklah bersatu padu sertaberpadu fikiran. . . 28

INI bermakna, Dato' Onn mengiktiraf kedudukan orangmendatang Indonesia sebagai orang Melayu Semenanjung. Bagibeliau dari mana asal kedatangan mereka tidaklah penting,tetapi baka Melayu yang dimiliki oleh mereka sudah cukupuntuk menjadikan mereka bertanggungjawab menegakkan

255

Page 264: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

kebangsaan Melayu Semenanjung yang sangat-sangat diperlu-kan pada masa menentang Malayan Union. Strategi ini dapatmenjadikan orang Indonesia, yang cuba dipikat oleh Dr.Burhanuddin dan Ahmad Boestamam, merasa tidak terasingdari kegiatan kebangsaan Melayu Semenanjung, terutamanyaUMNO, dalam menentang British dan Malayan Union.

KONSEP kemerdekaan yang dibawa oleh Dato' Onn dalamUMNO adalah satu konsep kemerdekaan yang total tetapiagak lambat; iaitu beliau mahu kemerdekaan yang akan dicapaiitu patut mengambil kira kemerdekaan ekonomi danpendidikan. Dalam menentang konsep merdeka bersama In-donesia Dr. Burhanuddin dalam pertemuan Pemuda KRIS diKuala Lumpur pada 17 Ogos 1945, Dato' Onn menegaskanbahawa kemerdekaan ekonomi orang Melayu dalam pertanian,pembangunan koperasi dan pembangunan tanah orang Melayu,patutlah diutamakan.29 Dalam ucapan-ucapannya kepada orangMelayu dalam tahun 1946 juga Dato Onn menolak kemerdeka-an yang terlalu cepat tanpa persediaan yang cukup. Baginya,kemerdekaan bukanlah sesuatu yang hanya patut dijerit-jeritkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi dengan usaha-usahayang konkrit. Baginya orang Melayu belum layak untukmenuntut kemerdekaan politik kerana, "dirinya sendiri tiadaberupaya menggerakkan anggotanya—cakap tinggal cakapsahaja, pergerakan ini bukan mengikut perintah orang sahajamelainkan muafakat ramai" dan "semua orang mahu menjadimenteri dan raja, tetapi itu boleh dapat di atas pentas wayangsahaja; kedua-duanya berkuasa pada malam itu sahaja tanpamengira roboh pada esok pagi."30

KEPENTINGAN Islam juga menjadi isu politik bagi kaumnasionalis Melayu ini. Dato' Onn bukan seorang yangberpendidikan Islam seperti Dr. Burhanuddin. Namun, sebagaipemimpin UMNO, perhatiannya kepada Islam sebagai satusistem kepercayaan dan sosio-budaya masyarakat Melayu tetapjelas. Jabatan Islam merupakan salah satu jabatan yang paling

256

Page 265: Document2

KEPIMPINAN MELAW 1945-1957

awal ditubuhkan dalam UMNO. Sokongan para ulama Islamdari seluruh negeri Melayu melalui persatuan-persatuan ulamadan negeri yang bergabung dengan UMNO, adalah jelas sekali.Persidangan alim ulama UMNO telah dibuat di Muar danKuala Lumpur pada tahun 1950 dan 1951. Dalam persidangan-persidangan ini, resolusi-resolusi dibuat bagi keseragamanpentadbiran Islam, peraturan-peratuan naik haji, puasa, danHari Raya, penubuhan pusat pendidikan Islam tertinggi diSemenanjung dan pembentukan sebuah persatuan ulama Ma-laya bagi menjadi badan gerakan dakwah dan fatwa IslamSemenanjung. Persatuan ini kemudian menjadi sebuah partipolitik, Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), apabila golonganulama UMNO ini menarik diri dari UMNO pimpinan TunkuAbdul Rahman pada akhir tahun 1951. Haji Ahmad Fuad,kawan karib Dato' Onn telah menjadi pengerusinya.

DR. Burhanuddin pula melihat Islam sebagai satu alat politikMelayu demi untuk melahirkan perasaan dnta kepada negaradan bangsanya. Bukunya, Falsafah Kebangsaan Melayu danPerjuangan Kita, jelas menggunakan hadith dan ayat-ayat Quranuntuk meyakinkan pengikut-pengikutnya terhadap Islamsebagai satu alat kebangkitan politik Melayu. Beliau telahmemulakan hal itu sejak dari tahun 1936 apabila beliaumengeluarkan majalah Taman Bahagia, yang membincangkannasib orang Palestin yang ditekan oleh British, sehingga beliaudipenjarakan untuk beberapa bulan.

PEMBELAANNYA kepada masalah Pattani, Thailand juga satumanifestasi kepada keprihatinannya kepada Islam.Penglibatannya dalam penubuhan parti Hizbul Muslimin padatahun 1948 dan badan-badan ekonomi dan pendidikan Islamjuga adalah satu komitmennya kepada Islam sebagai satu ideo-logi politik. Kepimpinannya dalam PAS, yang cuba menegak-kan konsep Darul Islam di celah-celah perjuangan kebangsaanMelayunya pada tahun-tahun 1956-1969, juga adalah salahsatu dari kegiatannya yang mencerminkan ideologi Islamnya.

257

Page 266: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

ISU ekonomi juga merupakan satu unsur penting dalamkepimpinan Dato' Onn dan Dr. Burhanuddin. ManakalaAhmad Boestamam pula di peringkat ini tidak begitu jelasdasar ekonominya terhadap orang Melayu. Perhatian beliaulebih banyak tertumpu kepada soal politik sahaja. Pencapaianmereka tentulah berbeza, tetapi sumbangan mereka tetap jelassecara langsung dan tidak langsung kepada sejarahpembangunan ekonomi orang Melayu. Sebagai pemimpinUMNO. Dato' Onn dan partinya bertanggungjawabmewujudkan satu badan bantuan ekonomi kepada orangMelayu. Rural Industrial Development Authority (RIDA) yangditubuhkan pada tahun 1950 adalah desakan Dato' Onnkepada British sebagai tukar ganti kepada kelonggarankerakyatan perjanjian Persekutuan 1948. Penubuhan RIDAadalah pengiktirafan secara perlembagaan oleh British danorang bukan Melayu terhadap bantuan ekonomi, pendidikandan kebajikan orang Melayu dan penduduk luar bandar.31 Dr.Burhanuddin pula, telah memberi idea-idea dalam penubuhanLEPES dan PERPEMAS, iaitu badan-badan ekonomi danpendidikan Islam oleh golongan Melayu-Islam, yang kemudianmembawa penubuhan Hizbul Muslimin, sebagai sebuah partiIslam.32

PADA kesimpulannya, bolehlah dikatakan, ketiga-tiga tokohini mempunyai daya kepimpinan yang agak berbeza, keranapengertian mereka terhadap isu-isu yang berbangkit danpendekatan mereka untuk menanganinya juga adalah berbeza.Namun, mereka bertemu dalam konflik politik yang jelas,ketiga-tiganya berusaha untuk mendapatkan pucuk pimpinanpolitik Melayu itu dan kadang-kadang Malayan denganmengutarakan pendapat-pendapat yang berbeza yangdiharapkan dapat menarik seberapa ramaipengikut yang boleh.Di antara ketiganya, manipulasi politik yang telah dilakukan,seperti yang telah dibincangkan di atas, ternyata telahmelahirkan seorang jaguh yang berjaya mendapatkankepimpinan itu dan mengalahkan lawannya; namun begitu,

258

Page 267: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

kepentingan jaguh dan pencabarnya sebenarnya adalah satumangkin yang sangat penting dalam mewarnai kepimpinandan pencapaian politik Melayu itu sendiri.

259

Page 268: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Nota

1. Gehan Wijeyewardene (ed.), Leadership and Authorithy: A Sym-posium (UMP, 1968), 83-101.

2. Mengikut satu pendapat, konservatisme adalah satu ideologipolitik yang, "To a very large extent, the conservative response toliberalisme was not to develop new ideas but to cling to old andlong familiar ways of thought. Against the new ideology many con-servatives were simply concern to reassert the values of the old older.The duty of obedience to magistrates, clergymen and other tradi-tional authorities had been inculculated for generations by the com-bines force of church and states. To be content with your appoimentplace in the social hierarchy, to do your duty in the station of lifeto which God has chosen to call you, had long been the primerequirements of political and social virtue. To abide by these oldhabits of thought and action was the natural response of those whorejected the liberal revolution". Frederick M. Watkins, The Age ofIdeology-Political Thought, 1750 to the Present, 30.

3. Lihat pengakuan Ahmad Boestamam dalam Abdul RahmanMd. Yusuf, "Rahmad Boestamam: Ahli Politik, Wartawan danSasterawan," Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,1977.

4. E. E. Jennings, berpendapat: "Leaders exists so that they maybe better organization, better adaption. They are viewed as assentialin that they formulate theories, policies and ideals that give direc-tion, and character to an age anf their presence and character helpto define the character of society. The quality of their contributionis such history is substantially of changed." Anatomy of Leadership,Princes, Heroes and Superman (New York: McGraw Hill Book Com-pany, 1972), 6-7.

5. Edward Skills, "The Intelectuals in the Political Developmentof the New States," dalam Jason L. Rinkle dan Richard W. Gables(ed.), Political Development and Social Change Second Version, New

York, 263.

6. Ahmad BoeStamam telah dihantar pulang ke kampungnya olehpucuk pimpinan KMM; oleh kerana beliau terlalu marah dengan

260

Page 269: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

Ibrahim Haji Yaakob, beliau cuba memintas pengaruh Ibrahim danDr. Burhanuddin, dengan menubuhkan Kita (Gerakan Kiri TanahAir) dan Barisan Pemuda Melayu (BPM) pada tahun 1942 dan 1944sebagai pusat kegiatannya. Dengan asas inilah beliau berjayamengumpul pengikut-pengikutnya, yang memudahkan pula beliaubekerja sama dengan ahli-ahli Parti Komunis Malaya, untukmenubuhkan PKMM, pada 17 Oktober 1945. Namun, kepimpinanPKMM terserah kepada Dr. Burhanuddin, setelah MokhtaruddinLasso meninggalkan Tanah Melayu.

7. Utusan Melayu, 6 April 1946.

8. Malaya Tribune, Kuala Lumpur, 18 Oktober 1946.

9. Salinan perlembagaan PKMM terdapat dalam UMNO/SG 19/46; PKMM sebagai ahli bergabung UMNO dikehendaki, sepertipersatuan-persatuan Negeri Melayu yang lain, menghantarperlembagaannya ke Pejabat Setiausaha Agung UMNO di IpohPerak, di bawah pimpinan Dato' Panglima Bukit Gantang, HajiAbdul Wahab bin Dato' Muda.

10. Utusan Melayu pada peringkat awalnya memang menyokongDato' Onn sebagai pemirnpin kebangsaan Malayu pada tahun 1946;maka ucapan-ucapan Dato' Onn diturunkan dengan agak mendalamdi dalam akhbar tersebut di antara bulan Mac sehingga Jun 1946,sebelum PKMM menarik diri dari UMNO. Namun, selepas itu HajiDahlan Masaoud, ketua pengarang akhbar itu dengan terang-terangmenarik sokongannya kepada Dato' Onn dan UMNO atas beberapaalasan, yang tidak berbeza dengan pendirian politik PKMM dangolongan radikal Melayu yang menentang Dato' Onn. Mengikut HajiDahlan sebab-sebab itu adalah: (a) Keluarnya PKMM, berertiUMNO tidak lagi boleh mengaku sebagai wakil orang Melayu; (b)Working Comitee British-UMNO yang, mendraf Perjanjian Perse-kutuan 1948 tidak melaksanakan konsep demokratik dan UMNOtidak berhak bercakap untuk semua orang Melayu; (c) Dato' Onnmengatakan orang Melayu belum layak merdeka, lantas menolakjemputan Hatta ke Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia dan me-nolak jemputan Pan-Asian Inter-Relations Conference di New Delhi.Utusan Melayu, 24 Januari 1947 dan Malayan Tribune, Singapura, 25Januari 1947. PKMM juga menolak perkara-perkara yang dibangkit-kan oleh Utusan Melayu dengan begitu hebat sekali. Antaranya, ia telahdimuatkan di dalam Sunday Tribune, Singapura pada 29 Disember 1946.

261

Page 270: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

11. Pengakuan Ahmad Boestamam dalam Indonesian Intentions To-wards Malaysia (Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan, 1964). Iaditerjemahkan oleh Berita Harian, pada 14 Februari 1963.

12. Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini, lihat Cheah BoonKheng, Red Star Over Malaya, 148-240.

13. Lihat pengakuan dan cerita Aishah Ghani, sebagai pemimpinpertama AWAS, anak buah PKMM, dalam Memoir Seorang Pejuang(Kuala Lumpur: DBP, 1992), 18-36.

14. Empayar Kerajaan Melayu Melaka (1405-1511) adalahcontoh bagaimana institusi raja telah membentuk kekuatan kerajaanMelayu dengan konsep daulat dan pantang derhaka yang mengikatrakyat Melayu mencurahkan taat setia mereka yang bilat kepadaraja. Dengan kekuatan daulat itu, tradisi kesusasteraan, bahasa,sistem perundangan, politik, perdagangan antarabangsa, sistemkepimpinan tradisional, dan sistem kekeluargaan Melayu telah dapatdibentuk dan kukuh untuk tempoh yang panjang dan kemudianmenjadi asas kebudayaan Melayu bagi negeri-negeri yang barumuncul atau yang terpengaruh dengan Melaka di SemenanjungTanah Melayu. Dato' Onn memang bangga dengan tradisi ini keranabeliau adalah produk langsung dari sistem kesultanan dankebudayaan Melaka itu sendiri.

15. Bahagian IX, Perjanjian Persekutuan 1948, Negeri-negeriMelayu, Kuasa Memerintah, mengatakan: (87) Kuasa memerintahdalam tiap-tiap negeri Melayu itu hendaklah dijalankan oleh YangMaha Mulia Raja Negeri itu samada dengan sendirinya ataumenerusi pegawai-pegawai kerajaan negeri itu: (91) . . . maka tiadaboleh seorang ahli itu duduk atau ia mengangkat danmenandatangani dihadapan Duli Yang Maha Rajanegeri itu atausesiapa yang dikuasakan oleh Yang Maha Mulia . . .: (92) Makatiada boleh dipanggil sesuatu Majlis Mesyuarat Kerajaan melainkandengan titiah Yang Maha Mulia Raja Negeri itu: (93) HendaklahYang Maha Mulia itu hadir dan mengetuai persidangan-persidanganMajlis Mesyuarat Kerajaan dan jika baginda tidak hadir hendaklahmana-mana ahli yang dilantik olehnya dengan surat mengetuai Majlistersebut. The Federation Of Malaya Agreement 1948, 58-59. Banyaklagi fasal-fasal yang boleh didapati dalam Perjanjian ini yang memberikuasa kepada Raja Melayu mentadbir negerinya dengan bantuanpegawai-pegawai yang dilantiknya. Untuk keterangan lanjut lihat,

262

Page 271: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

Persekutuan Tanah Melayu, Federation of Malaya Agreement 1948,Goverment Gazette 1949.

16. Konsep Raja Berperlembagaan memang diasaskan olehPerjanjian Persekutuan 1948, bukannya Perlembagaan Merdeka1956. Ini kerana konsep menasihat raja telah dicatatkan dengantegas dalam Perjanjian 1948, yang kemudiannya diikuti olehPerjanjian Merdeka 1956 dalam bahagian IX seperti di atasdisebutkan bahawa: (94) Yang Maha Mulia Raja tiap-tiap Negerihendaklah berunding dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeridalam menjalankan segala kuasa-kuasanya dan perintah-perintahnya,kecuali dalam perkara-perkara: (a) yang berkaitan denganperkhidmatan Yang Maha Mulia; (b) perkara yang sangat kecil; (c)perkara yang sangat segera sehingga tiada sempat mengambil nasihatMajlis, Federation of Malaya Agreement 1948, 61. Walaupun konsepraja berperlembagaan telah diperkenalkan, namun dilihat dariperuntukan Perjanjian Perlembagaan 1948, dalam Bahagian IX jugayang mengatakan bahawa: (96) Yang Maha Mulia Raja bagi tiap-tiap Negeri Melayu tiada wajib mengikut nasihat yang diberikepadanya oleh ahli-ahli majlis Mesyuarat Kerajaan jika dalam mana-mana perkara nampak pada pertimbangannya layak dijadikan begitu.(hlm. 61).

17. Lihat Jadual 8, Perlembagaan Merdeka 1957. Di sini, konsepraja berperlembagaan itu ditegaskan dengan Raja mentadbirmengikut nasihat Majlis Mesyuarat Negeri, di samping baginda jugadiberi peluang boleh mengetepikan nasihat itu jika baginda inginberbuat begitu dalam hal-hal tertentu. Segala pelantikan ahli MajlisMesyuarat Negeri masih lagi dilantik oleh Raja dan ketua eksekutifyang diwakilkan oleh Raja masih lagi Menteri Besar. Jawatan initelah diwujudkan serentak dan seragam di kesemua Negeri Melayudi bawah Perjanjian Persekutuan 1948.

18. Kebanyakan orang tidak menyedari perjuangan Dato' Onndalam hal ini. Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai hal inilihat Ramlah Adam, Dato' Onn Jaafar: Pengasas Kemerdekaan (KualaLumpur: DBP, 1992). Kegagalan Dato' Onn dalam melaksanakanIMP adalah kerana ketegasannya mempertahankan kerakyatan jussoli bersyarat. Orang bukan Melayu dalam CLC dan IMP mendesakDato' Onn supaya menerima jus soli terbuka bagi sesiapa sahajayang berminat untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negerinya

263

Page 272: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

dan dalam masa yang sama mengekalkan kerakyatan berganda (dualnationality) mereka. Ketegasan Dato' Onn telah menyebabkan iaditentang oleh MCA dan MIC, yang menjadi ahli IMP. Kedua-duapertubuhan ini kemudian menyokong UMNO, pimpinan TunkuAbdul Rahman, yang bersetuju dengan kerakyatan jus soli terbuka.Pada tahun 1962, Tun Abdul Razak terpaksa meminda perlembagaandan mengetatkan kerakyatan Tanah Melayu dengan menamatkankerakyatan bagi 1.4 juta penduduk dagang di Tanah Melayu.

19. Hal ini telah banyak diperkatakart orang; tetapi sehingga kiniinterpretasi penulis-penulis mengenai Perlembagaan Rakyat adalahsangat positif. Mereka melihat ia satu kemajuan politik Malaya danpermulaan kerjasama Melayu dan bukan Melayu yang pertama.Namun, mereka harus ingat bahawa Perjanjian Persekutuan 1948telah menjadikan semula ini sebagai negeri Melayu dengan raja danrakyat Melayunya sebagai penguasa politik Tanah Melayu. Dasarpolitik ini sangat penting kerana Malayan Union telah mencabutdasar pra-1941 British yang mengiktiraf Semenanjung Tanah Melayusebagai Negeri Melayu. Pengiktirafan semula British ke atas dasarpra-1941 itu membolehkan kemerdekaan 1957 memberi keutamaankepimpinan politik dn pentadbiran negara ini kepada orang Melayu.Oleh kerana itu penentang kepada Malayan Union adalah lebihpenting dari kemerdekaan 1957, yang telah menjadikan bangsaMelayu sebagai satu etnik sahaja.

20. Ahmad Boestamam, Merintis Jalan Kepuncak (Pustaka Kejora,1972), menjadikan konsep itu sebagai tema tulisannya, sehinggasesiapa sahaja yang membacanya tanpa merujuk kepada dokumen-dokumen lain, terutama yang bersifat rasmi dan sezaman dengannya,akan menjadi begitu terpengaruh sekali. Malah, para ahli akademikjuga turut terpesona dan menerima bulat-bulat dakwaan AhmadBoestamam. Saya gembira kerana akhirnya ada seorang sarjana yangturut mengingatkan kita terhadap hal itu dengan mengatakan:walaupun memang diakui beberapa karya yang ditulis oleh tokoh-tokoh yang terlibt dalam pergerakan kiri Melayu sedikit sebanyaktelah menambahkan lagi perbendaharaan maklumat mengenaiPKMM, namun pada umumnya tulisan mereka itu banyakberdasarkan ingatan semata-mata dan seorang penyelidik sejarah yanggiat membaca dokumen kolonial yang tersimpan di Public RecordOffice di London pasti akan mendapati betapa tidak tepatnya

264

Page 273: Document2

KEPIMPINAN MELAYU 1945-1957

maklumat yang diberikan . . . Ahmat Adam, Partai Kebangsaan MelayuMalaya: Satu Mimpi Nusantara, 1.

21. Utusan Melayu, 2 Mei 1946.

22. Sikapnya menentang orang dagang menuntut kuasa (politikdan usaha jelas dalam bukunya Perjuangan Kita, yang diterbitkanpada tahun 1946 di Singapura, konsep seperti Tak kan MelayuHilang di Dunia dipegangnya. Keseluruhan buku itu menceritakankeagungan bangsa Melayu dengan empayar-empayar Melayu diKepulauan Melayu. Beliau juga memberi 21 persoalan yang menitik-beratkan penguasaan politik bangsa Melayu di Semenanjung TanahMelayu. Tegasnya, dengan membaca buku ini, nada beliau adalahtegas mempertahankan kebangsaan Melayu yang berdasarkan baka,kebudayaan, sejarah, adat istiadat, tabii, dan hak mempertahankanSemenanjung Tanah Malayu dari dikuasai. oleh penjajah dandicerobohi oleh bangsa dagang. Untuk keterangan lanjut lihat Ibid,hlm. 23-60.

23. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, "Falsafah Kebangsaan Melayu,"dalam Kamaruddin Jaffar, Dr. Burhanuddin, Politik Melayu dan Is-lam (Kuala Lumpur: Penerbitan Yayasan Anda, 1980), 111.

24. Lihat fail-fail CO 537/1529-1550, yang memberi bukti-buktiyang begitu banyak terhadap perkara itu. Untuk keterangansebahagian besar daripadanya, lihat Ramlah Adam, Dato' Onn Jaafar:Pengasas Kemerdekaan, 81-111.

25. Ahmad Boestamarn, dalam tulisannya yang bertajuk "MerintisJalan Kepuncak," memperlihatkan hal inr dengan jelas sekali. AkhbarPelita Malaya, Suara rasmi PICMM dan API yang diterbitkan padatahun 1946 di Kuala Lumpur, juga sentiasa memperlihatkan halini. Malah, pada zaman pendudukan Jepun pada 1942-1945,beberapa akhbar yang dipegang oleh golongan radikal Melayu sepertiIbrahim dan Ishak Haji Mohamad, telah memperlihatkan sokongantotal mereka kepada Indonesia. Tulisan-tulisan beberapa orang tokohseperti Abdul Rahim Kajai, Sheikh Tahir Jalaluddin, Hamka,Sukarno, Sanusi Pane, dan Zaaba juga menyokong ke arah konsepMelayu Raya yang berpusat ke Indonesia. Untuk keterangan lanjutlihat, Ramlah Adam, "Semangat Asia dan Fajar Asia: A Study oflocal Magazines During the Japanese Occupation in the Malay Pe-ninsular, 1942-1945," Kertas kerja yang dibentangkan di IAHA Con-ference, University of Sophia, Tokyo, pada 5-9 September 1994.

265

Page 274: Document2

MELAKA DAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

26. Lihat fail BMA/ADM 9/16-Intelligence Reports Malaya Com-mand and Formation Under Command. Lihat juga Ahmat Adam,"Partai Kebangsaan Melayu Malaya: Sebuah Mimpi Nusantara,"kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan Nasionalisme danPembangunan di Malaysia, pada 15 November 1994 di UKM Bangi.

27. Lihat fail-fail CO 537/4792, 7297, 1548, 1531, 1528, 2141,dan banyak lagi yang terdapat dalam koleksi CO 537-SupplimentaryCorrespondence Straits Settlement, Federated Malay States and Sin-gapore 1946-1953. Lihat juga fail-fail di bawah koleksi BMA/ADM9/16-Intelligence Reports Malaya Command and Informations Un-der Command.

28. Utusan Melayu, 4 Mei dan 26 November 1946.

29. Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya (Singapura: SUP,1983), 121.

30. Utusan Melayu 2 November 1946.

31. Ramlah Adam, "Communities and RIDA: A Political Bar-gaining in Malaya." Kertas kerja yang dibentangkan di 34th ICANASConference, University of Hong Kong, pada 22-28 Ogos 1993.

32. Untuk keterangan lanjut lihat Nabir Haji Abdullah, "MaahadIlihya Assyariff Gunung Semanggol 1934-1959," Jabatan Sejarah,UKM, Bangi, 1976.

266

Page 275: Document2

LATAR BELAKANGPENULIS

DATUK ABDUL LATIFF ABU BAKAR bertugas sebagai ProfesorMadya di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

DATUK DR. MOHD. YUSOFF HASHIM bertugas sebagai Profesordan Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

YAHAYA ABU BAKAR bertugas sebagai Pensyarah di JabatanSejarah, Universiti Malaya.

DR. ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI bertugas sebagai ProfesorMadya Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.

ZAINAL ABIDIN BORHAN bertugas sebagai Pensyarah di AkademiPengajian Melayu, Universiti Malaya.

DR. MOHD. SARIM HAJI MUSTAJAB bertugas sebagai ProfesorMadya di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DR. AHMAT ADAM bertugas sebagai Profesor di Universiti Ma-laya Sabah.

ABDUL AZIZ MAT TON bekas Pensyarah di Jabatan Sejarah,Universiti Malaya.

MAHADZIR MOHD. KHIR bertugas sebagai Profesor Madya diJabatan Sejarah, Universiti Malaya.

MOHAMAD ABU BAKAR bertugas sebagai Profesor Madya diJabatan Sejarah, Universiti Malaya.

DR. RAMLAH ADAM bertugas sebagai Profesor Madya di JabatanSejarah, Universiti Malaya.

267

Page 276: Document2

MELAKADAN ARUS GERAKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Telah acap kali percakapan ini bergemeretak di mana-mana hingga keperingkat nasionai, sedikit cuma coretan yang dapat didokumentasikanmahupun dibukukan untuk tatapan generasi kini, kisah semangat juangwira-wira bangsa yang meniti zaman sebelum dan selepas merdeka.

Sebagai menambah bahan bacaan yang ada, senaskhah lagi bukudipersembahkan dengan membawa pembaca kepada persoalan patriotismcdan nasionalisme, peranan serta faham politik pejuang-pejuang kebangsaan,serta memaparkan Melaka sebagai negeri yang suatu waktu dahulu menjadirebutan penjajah-penjajah Barat telah menjadi inspirasi kepada paranasionalis Malaysia untuk berjuang menentang penjajah dan juga perananpenting yang dimainkan oleh Melaka dalam mencetuskan gerakankebangsaan itu.

Walau apa pun faham politik yang didukung, visi mereka tetap satu,"memerdekakan negara". Inilah realisme di sebalik perjuangan mereka yangpatut direnungi dan dihayati bersama, demi mempertahankan maruahbangsa dan negara nyawa menjadi taruhan hingga mengatasi segala.

Keduabelasan artikel yang mengisi ruang di dalam buku ini adalahhimpunan daripada seminar yang bertemakan "Melaka Dalam ArusGerakan Kebangsaan Malaysia". Penulis/pembentangnya terdiri daripadatokoh-tokoh akademik yang arif dalam bidang nasionalime Malaysia.

Buku ini sesuai dibaca dan disandarkan sebagai bahan rujukan pemimpin-pemimpin persatuan, masyarakat, politik, kerajaan, dan amat bergunakepada penuntut Sekolah Menengah Atas dan Pusat Pengajian Tinggi sertawarga yang mencintai ilmu dan menghormati perjuangan wira bangsanya.

SBN

9 789679 940930

0 3 5 0 0Institut Kajian Sejarah danPatriotisme Malaysia

Penerbit Universiti Malaya