234834101 alat muzik ambira

4
Apa Itu Mbira Mbira adalah suatu alat muzik yg merupakan suatu aspek utama di kalangan masyarakat sub-Sahara Afrika. Mbira juga dikenali sbg ‘thumb piano’ kerana pemain akan menggunakan ibu jari (thumb) utk memetik jaluran besi yg menghasilkan not-not tertentu. Secara kebiasaanya dua Mbira dimainkan serentak di mana seorang pemain memainkan alunan melodi penyanyi, manakala pemain Mbira kedua pula memainkan barisan bass (bourdon). Sesetengah Mbira mempunyai jaluran besi (tongues) yg sedikit, manakala terdapat juga Mbira yang mempunyai jaluran besi yang banyak. Mbira yang lebih canggih pula mempunyai dua set jaluran besi, di mana ini akan membolehkan seorang pemain memainkan bahagian harmoni dan melodi pada masa yg sama dgn menggunakan satu Mbira. Mbira tergolong dalam kategori muzik lamellaphone, dan ada juga yg berpendapat bahawa ia turut boleh digolongkan dlm kategori muzik idiophones. Sejarah Mbira Mbira merupakan antara alatan muzik penting dlm muzik kebudayaan Afrika selama lebih 800 tahun.Sejarah Mbira bermula pada zaman ‘Great Zimbabwe’, iaitu permulaan luluran kaum Shona bermula.Great Zimbabwe merupakan Kerajaan Momomotapa yg muncul di Afrika Selatan pada kurun ke 14. Menurut sejarah, roh yg menyerupai manusia telah turun ke bumi Afrika pada masa tersebut dan dipercayai bahawa roh tersebut telah mengajar masyarakat Shona cara menghasilkan alat Mbira. Cara Pembinaan Mbira yg biasa dimainkan pada masa sekarang adalah Mbira yg dihasilkan oleh puak Shona Zimbabwe.Ia merangkumi di antara 22 hingga 28 kekunci besi yg dipasang kepada kekotak bunyi kayu, atau grariva. Kekunci Mbira sekarang biasanya adalah besi yg dikitar semula dari spring katil, jejari basikal, spring kerusi kereta, atau produk besi lain yg biasanya dikitar semula. Mbira yang siap dipasang akan dipasang pula di dlm calabash resonator, iaitu kotak yg berfungsi sebagai pembesar suara. Bebola besi, penutup botol atau kulit kerang pula dipasang di bawah kotak bunyi Mbira yang mampu menghasilkan bunyi perlahan dan juga bunyi yang menyerupai muzik tamborin. Bunyi yang dihasilkan ini dianggap penting kerana ia dipercayai dapat menenangkan fikiran pendengar dan juga pemain Mbira. 1

Upload: nazri-hussein

Post on 18-Jan-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 234834101 Alat Muzik Ambira

Apa Itu MbiraMbira adalah suatu alat muzik yg merupakan suatu aspek utama di kalangan masyarakat sub-Sahara Afrika. Mbira juga dikenali sbg ‘thumb piano’ kerana pemain akan menggunakan ibu jari (thumb) utk memetik jaluran besi yg menghasilkan not-not tertentu. Secara kebiasaanya dua Mbira dimainkan serentak di mana seorang pemain memainkan alunan melodi penyanyi, manakala pemain Mbira kedua pula memainkan barisan bass (bourdon). Sesetengah Mbira mempunyai jaluran besi (tongues) yg sedikit, manakala terdapat juga Mbira yang mempunyai jaluran besi yang banyak. Mbira yang lebih canggih pula mempunyai dua set jaluran besi, di mana ini akan membolehkan seorang pemain memainkan bahagian harmoni dan melodi pada masa yg sama dgn menggunakan satu Mbira. Mbira tergolong dalam kategori muzik lamellaphone, dan ada juga yg berpendapat bahawa ia turut boleh digolongkan dlm kategori muzik idiophones.

Sejarah MbiraMbira merupakan antara alatan muzik penting dlm muzik kebudayaan Afrika selama lebih 800 tahun.Sejarah Mbira bermula pada zaman ‘Great Zimbabwe’, iaitu permulaan luluran kaum Shona bermula.Great Zimbabwe merupakan Kerajaan Momomotapa yg muncul di Afrika Selatan pada kurun ke 14. Menurut sejarah, roh yg menyerupai manusia telah turun ke bumi Afrika pada masa tersebut dan dipercayai bahawa roh tersebut telah mengajar masyarakat Shona cara menghasilkan alat Mbira.

Cara PembinaanMbira yg biasa dimainkan pada masa sekarang adalah Mbira yg dihasilkan oleh puak Shona Zimbabwe.Ia merangkumi di antara 22 hingga 28 kekunci besi yg dipasang kepada kekotak bunyi kayu, atau grariva. Kekunci Mbira sekarang biasanya adalah besi yg dikitar semula dari spring katil, jejari basikal, spring kerusi kereta, atau produk besi lain yg biasanya dikitar semula. Mbira yang siap dipasang akan dipasang pula di dlm calabash resonator, iaitu kotak yg berfungsi sebagai pembesar suara. Bebola besi, penutup botol atau kulit kerang pula dipasang di bawah kotak bunyi Mbira yang mampu menghasilkan bunyi perlahan dan juga bunyi yang menyerupai muzik tamborin. Bunyi yang dihasilkan ini dianggap penting kerana ia dipercayai dapat menenangkan fikiran pendengar dan juga pemain Mbira.

Cara Permainan MbiraMbira dimainkan dengan cara memetik jejalur besi dengan menggunakan ibu jari kiri dan kanan ke arah bawah, manakala jari telunjuk memetik ke arah atas. Muzik yang dihasilkan adalah kepelbagaian melodi yang disusun dalam bentuk ayat. Set muzik kesuluruhan Mbira berbentuk cyclic. Apabila dimainkan, jari kecil tangan kanan dimasukkan dalam lubang di bahagian kanan papan suara, dan ini dilakukan untuk menstabilkan Mbira dan lantas membenarkan ibu jari dan jari hantu tangan kanan memetik jejalur kanan dari atas dan bawah.Jari tangan kiri pula mencapai bahagian belakang alat ini.

1

Page 2: 234834101 Alat Muzik Ambira

CONGA Alat muzik Conga adalah atau muzik satu kepala Afrika yang bersaiz tinggi dan sempit.Bentuk Conga Cuba konvensional adalah lubang melengkung, seolah tong kayu. Terdapat anggapan bahawa Conga pada asalnya dihasilkan daripada tong kayu terbiar. Walaupun alat muzik ini dipopularkan dengan panggilan Conga, namun di negara kelahirannya iaitu Cuba, alat ini sebenarnya dikenali dengan nama tumbadora. Terma conga hanya digunakan untuk merujuk kepada drum dan ritma yang dimainkan sewaktu perayaan Carnaval.Conga digunakan secara meluas dalam muzik Latin, termasuk salsa, merengue, dan reggae. Conga termasuk dalam kategori gendang.

Sejarah CongaWalaupun jangka masa tepat ciptaan Conga tidak dapat dipastikan, namun terdapat bukti bahawa generasi pertama Conga muncul di kalangan pra-kononial Congolese di Afrika Tengah.Ahli kaji muzik, Nolan Warden menyatakan bahawa conga merupakan instrument hybrid, iaitu kombinasi pengaruh Cuba dan Afrika.Conga dihasil dan diperincikan di Cuba. Mengikut aliran zaman, dagangan hamba trans-Atlantik dan penggabungan budaya dan masyarakat membolehkan ciptaan Conga era moden. Pada era kepincangan politik Cuba pada kurun ke 20, kerajaan Cuba telah mengharamkan penggunaan Conga kerana khuatir akan implikasi politik. Ini ditambah dgn usaha pihak2 tertentu dalam Cuba yg menggunakan Conga utk berkongsi dan menghantar informasi politik. Conga juga pada awalnya digunakan secara meluas dlm upacara keagamaan dan kebudayaan Cuba dan Puerto Rico.

Bentuk CongaConga Africa dibuat drpd kayu dan lebih lurus berbanding Conga sekarang yg mempunyai profil melengkung. Kepala drum pula dihasilkan daripada kulit lembu dan dipakukan kepada kayu Conga. Paku yang digunakan kemudiannya dipanaskan dan ini akan menyebabkan terhasilnya ketegangan kepala drum. Conga zaman moden pula dibuat daripada kayu ataupun gentian kaca. Walaupun kulit lembu masih digunakan secara meluas, bahan sintetik seperti plastik juga digunakan pada masa kini.Kepala Conga masa kini dikettkan dengan gegelung besi khas yang turut digunakan untuk melaraskan tahap ketegangan mengikut keperluan atau citarasa pemain.

Cara Permainan CongaWalaupun mempunyai persamaan dengan drum Bongo, namun cara permainan Conga dilihat lebih ‘elegent’ atau perlahan. Terdapat beberapa cara Conga dimainkan, dan akan dilihat secara satu persatu.

Open ToneMerupakan teknik paluan yang paling asas. Satu tangan di atas kepala drum, jejari dirapatkan. Tangan dinaikkan beberapa inci dari kepala drum dan memalu drum di tempat asal. Bila dipalu, tangan diangkat serta merta dari kepala drum.Alunan tangan perlu lebih lembut dan tidak keras. Tona resonan penuh akan terhasil.

2

Page 3: 234834101 Alat Muzik Ambira

Bass ToneTona ini akan menghasilkan frekuensi terendah Conga. Tapak tangan atau tangan penuh boleh digunakan untuk paluan. Kepala drum dipalu tepat pada poin tengah.

Mute / Muffed ToneTangan dikembalikan ke bentuk Open tone, tetapi tona ini hanya memerlukan jejari untuk berada atas kepada drum. Apabila dipalu, jejari kekal di atas kepala drum, menghentikan kepala drum dari bergetar atau resonate. Kepala drum ditekan dengan jejari untuk memastikan paluan lengkap.

Palm / HeelUntuk tona ini, tangan diletakkan di atas kepala drum dan tapak tangan pula diantara tengah dan penjuru kepala drum.Sesiku tangan memainkan peranan penting iaitu untuk mengangkat tangan terus ke atas, menaikkan tapak tangan, kemudiannya memalu sekali lagi dan mengangkat jejari selepas paluan.

Fingers / ToeJejari diangkat, namun pergelangan tangan masih menekan tapak tangan ke bawah.Pergelangan tangan dinaikkan serta merta ke atas, membawa tapak tangan kembali ke atas. Jejari akan memalu kepala drum.

Slap ToneIni kemungkinannya merupakan teknik yang paling sukar. Tangan dikembalikan kepada bentuk Open Tone, dengan tangan berehat atas kepala drum. Tangan digerakkan lebih kurang 1 inci ke arah poin tengah kepala drum, dan tangan dicekupkan sedikit. Ibu jari disembunyikan di bawah telapak tangan.Dengan tangan masih dalam posisi dicekup, kepala drum dipalu dan kambali kepada bentuk tangan asal.Teknik ini agak sukar untuk dipelajari.

3