232216790 tugasan sejarah pt3 kepentingan perpaduan kaum di malaysia

Download 232216790 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

If you can't read please download the document

Upload: mohd-helmi

Post on 02-Feb-2016

35 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia. Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia'' yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato' Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara. Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur. Sumber http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum Assalamualaikum. Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di Malaysia. Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan kaum. PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama. Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialahmasyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa. Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama. Kepentingan Perpaduan Kaum 1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. 2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram 3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara 4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia 5. menaikkan imej negara di mata negara lain 6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang dikehendaki dalam tugasan Sejarah PT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat atau isi yang dikehendaki dalam tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan, rencana ini hanya memaparkan tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu memasukkan faktor, cabaran dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum membuat rumusa. Rujukan: 1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html Draf awal nak buat .............. 1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll ) 2. Nama penulis Nama kita 3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki (a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan ) Dasar pecah dan perintah British Sistem pendidikan zaman British Pendudukan Jepun Peristiwa 13 Mei Isu agama dan budaya- trend terkini (b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan ) mewujudkan masyarakat harmoni dan aman memelihara kedaulatan Negara mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme meningkatkan imej Negara di mata dunia membangunkan ekonomi negara mengekalkan kestabilan politik membina masyarakat yang saling menghormati (c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan ) Peristiwa 13 mei Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular Penubuhan parti politik Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan Dasar pebdidikan kebangsaan (d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan ) kewujudan pelbagai aliran sekolah parti politik berasaskan kaum kesan dasar penjajahan british Sikap individulistik dalam masyarakat Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif Campurtangan kuasa luar (e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan ) Kempen kerajaan Program RIMUP Gotong royong Rumah terbuka Sambutan perayaan Program sukan Slogan I Malaysia Aktiviti kokurikulum (f) Membuat rumusan ( cadangan ) f) Membuat rumusan ( cadangan ) Pengetahuan Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........ Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara Iktibar Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat Harapan ( saya berharap agar ) Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan Tidak terpengaruh dengan anasir luar Menghargai jasa tokoh (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/ a. Buku Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd. Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to SingaporeSeparation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press. b. Jurnal Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979. Ishak bin Tadin,1960. Dato' Onn and Malay Nationalism 1946-1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac 1960. c. Ensiklopedia Tajuk, jilid dan tahun. d. Akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. e. Orang Sumber Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur. Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak,68100 Selangor. f. Melawat Tempat Kajian Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah. Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak. g. VCD Tajuk program, terbitan. h. Radio Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. i. Televisyen Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian. j.Majalah Nama majalah, tarikh, tahun. k. Sumber lain : Jenis sumber, alamat/punca sumber. Internet http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh PMTunku AbdulRahman.htm