231409964-segak

16
1.0 PENGENALAN Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid sekolah di Malaysia ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk pelajar-pelajar sekolah Malaysia (SEGAK) ialah satu program yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kecergasan murid-murid. Program ini dijalankan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Matlamat utama Program SEGAK ini ialah untuk melahirkan murid yang peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum. Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Menurut Clarke (1979), Kecergasan fizikal ialah keupayaan melakukan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul. Berdasarkan kepada definisi kecergasan fizikal di atas, ini menunjukkan bahawa Program SEGAK merupakan satu program yang penting kepada murid-murid. Dengan adanya program ini, murid-murid dapat mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal mereka. Selain itu, murid-murid juga dapat menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal

Upload: syafiq

Post on 20-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dse

TRANSCRIPT

Page 1: 231409964-segak

1.0 PENGENALAN

Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk

murid sekolah di Malaysia ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian

ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan

tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara

peperiksaan berpusat.

Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk pelajar-

pelajar sekolah Malaysia (SEGAK) ialah satu program yang dilaksanakan untuk

mengukur tahap kecergasan murid-murid. Program ini dijalankan kepada murid Tahun

4 hingga Tingkatan 5. Matlamat utama Program SEGAK ini ialah untuk melahirkan

murid yang peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk

meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang

optimum.

Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang

berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu

perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti

penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk

prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam

aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran

dan sebagainya.

Menurut Clarke (1979), Kecergasan fizikal ialah keupayaan melakukan tugas

harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai

tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari

segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin

timbul.

Berdasarkan kepada definisi kecergasan fizikal di atas, ini menunjukkan bahawa

Program SEGAK merupakan satu program yang penting kepada murid-murid. Dengan

Page 2: 231409964-segak

adanya program ini, murid-murid dapat mengukur dan merekod tahap kecergasan

fizikal mereka. Selain itu, murid-murid juga dapat menganalisis dan mentafsir

kecergasan fizikal kendiri, mengetahui tahap kecergasan kendiri, merancang dan

melakukan tindakan susulan, dan mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf

berdasarkan prestasi semasa mereka.

2.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6 (Tahap 2)

3.0 MASA PELAKSANAAN

1-2 April 2015 (Jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi)

4.0 JAWATANKUASA INDUK SEGAK 2015

Penasihat:

En. Nizamuddin b. Hj. Abdul Majid

Pengerusi:

Pn. Muzi Hariani bt. Hj. Jumari

Naib Pengerusi:

Pn. Khairawati bt. Abdul Hanif

Pn. Farida bt. Mohd Junaidi

Setiausaha:

En. Mohd Syafiq Bin Sha'rani

Bendahari:

Pn. Esah bt. Muda

Page 3: 231409964-segak

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA SEGAK 2015

Pengurus SEGAK:

En. Mohd Syafiq Bin Sha'rani

Teknikal & Alatan:

En. Rahmat b. Mukri (K)

En. Shamsul Rizal b. Mohd Judi

En. Sahrom B. Suratin

Buku Program:

Cik Surianti bt. Abd Wahab (K)

Pn. Norzihan bt Mohd Sadili

Pn. Normala bt. Saniman (K)

Cik Surianti bt. Abd Wahab

Seranta, PA Sistem & Dokumentasi:

En. Aznizan b. Othman (K)

En. Shamsul Rizal B. Mohamad Judi

Jamuan Guru dan Murid:

Cik Safuah bt. Sulong

Pn. Majida bt. Md. Selidin

Pn. Akhlasunajihah bt. Mohd Salleh

Cik Siti Hawa bt. Othman

Pn. Ropeah bt. Mustar

Page 4: 231409964-segak

Minuman Murid:

Pn. Norzihan bt Mohd Sadili

Pn. Ropeah bt. Mustar

Pn. Sazalina bt. Abdul Rahman

Pn. Kamsina bt. Tukimon

Bacaan Doa:

En. Ali b. Mohd Ikhwan

Pengurus Peserta:

En. Rahmat b. Mukri

Cik Safuah Sulong

Cik Aziyanti Binti Mohamad Zainal

Stesen 1

Pn. Majida

En. Thayalan A/L Sellamuthu

Cik Surianti

Stesen 2

Tn. Hj. Mohd Rafie

Pn. Atiqah

Cik Safuah

Cik Surianti

Stesen 3

Pn. Norzihan

En. Ali

En. Aznizan

En. Mohd Syafiq

Stesen 4

Pn. Normala

Pn. Wan Nor Azlina

En. Shamsulrizal

Stesen 5

En. Rahmat

Cik Azieyanti

Cik Lydiana

Page 5: 231409964-segak

6.0 PROSEDUR UJIAN SEGAK

1. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan.

Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan

mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1

Januari untuk rujukan norma.

2. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.

Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih

dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau

keluarga mereka.

3. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri

ujian adalah seperti berikut:

i) Naik Turun Bangku ( 3 minit )

ii) Tekan Tubi ( 1 minit )

iii) Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

iv) Jangkauan Melunjur

v) Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat

sebelum melakukan ujian ini.

vi) Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan.

Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.

vii) Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain

pada bulan yang sama.

7.0 ASPEK KESELAMATAN

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika:

i) Murid disahkan oleh pegawai perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan

fizikal.

ii) Murid mengidap penyakit kronik.

iii) Murid tidak sihat pada waktu ujian.

Page 6: 231409964-segak

2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3. Kawasan ujian mesti selmat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalani ujian dan

menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

8.0 BATERI UJIAN SEGAK

Program SEGAK ini mempunyai empat bateri ujian fizikal utama yang perlu dilakukan

mengikut urutan iaitu:

1) Naik turun bangku

2) Tekan tubi / Tekan tubi suaian

3) Ringkuk tubi separa

4) Jangkauan melunjur

8.1 Naik turun bangku

Ujian naik turun tangga dilakukan adalah bertujuan untuk menilai daya tahan

kardiovaskular seseorang. Kebolehpercayaan ujian ini ialah 0.90 (mengikut protokol

daripada YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh Golding L. A.,

2000).

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku –Ketinggian 30.5cm (1 kaki)

2. Jam randik

3. Rakaman metronom (96 detik seminit)

4. Radio CD

5. Borang skor dan norma SEGAK

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.

Page 7: 231409964-segak

2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat. (Pastikan bangku tidak

bergerak semasa ujian dijalankan)

3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur pelaksanaan:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.

2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di

atas bangku.

3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.

4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun bangku (kaki kiri naik dan kaki

kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya).

Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.

5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan

kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti.

6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.

7. Penguji mengambil kadar denyutan nadi.

8. Kira kadar denyutan nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.

9. Kadar nadi diambil dalam jangka masa 1 minit.

10.Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid dibatalkan.

Rajah 1: Cara ujian Naik Turun Tangga dilakukan.

8.2 Tekan Tubi

Page 8: 231409964-segak

Ujian tekan tubi dilakukan adalah bertujuan untuk menilai keupayaan daya tahan dan

kekuatan otot tangan serta otot bahu. Bagi lelaki dan perempuan prosedur tekan tubi

adalah berbeza. Ujian Tekan Tubi adalah untuk lelaki manakala Tekan Tubi Suaian

untuk perempuan. Kebolehpercayaan ujian ini ialah 0.93 (mengikut protokol daripada

Johnson dan Nieman, 1986)

8.2.1 Tekan Tubi (Lelaki)

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata

2. Span (5cm lebar x 15cm panjang x 10cm tinggi)

3. Jam randik

4. Borang skor dan norma SEGAK (Rujuk Lampiran)

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai.

2. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh

tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.

3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span

yang tingginya 10cm.

4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan.

5. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit. Skor dikira sekiranya murid

melengkapkan prosedur 1 hingga 3.

Page 9: 231409964-segak

6. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat

murid berhenti.

7. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna

mengikut arahan 1 hingga 3.

Sokong hadapan Lakuan bengkok siku Lakuan lurus

tangan

Rajah 2: Cara ujian Tekan Tubi dilakukan.

8.2.2 Tekan Tubi Suaian (Perempuan)

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.

2. Span (5cm lebar x 15cm panjang x 10cm tinggi).

3. Jam randik.

4. Tilam senaman

5. Borang skor dan norma SEGAK

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh

tangan lurus lutut bengkok dan kaki bersilang. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span

yang tinggi 10cm.

3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan.

Page 10: 231409964-segak

4. Tekan tubi diteruskan sehingg satu minit. Skor dikira sekiranya murid

melengkapkan prosedur 1 hingga 3.

5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat

murid berhenti.

6. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna

mengikut arahan dua kali berturut-turut.

Sokong hadapan Lakuan bengkok siku Lakuan lurus

tangan

Rajah 3: Cara ujian Tekan Tubi Suaian dilakukan.

8.3 Ringkuk Tubi Separa

Ringkuk tubi separa adalah bertujuan untuk menguji daya tahan dan kekuatan otot

abdomen. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.82 (mengikut protokol daripada Nieman,

1999)

Alatan dan kemudahan:

1. Pita lekat bersaiz 2.5cm

2. Pita ukur

3. Jam randik

4. Metronome 50 detik

5. Pelapik getah

6. Penanda 15cm seperti pensil, lidi atau straw minuman

7. Borang skor dan norma SEGAK

Pengurusan dan organisasi:

Page 11: 231409964-segak

1. Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan

pelaku.

2. Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10cm.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.

2. Murid baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh

lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.

4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda

pertama.

5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua

tangan menggelunsur hingga menyentuh penanda kedua.

6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada

kedudukan asal. (ulang prosedur 4 sebelum melakukan ulangan yang

seterusnya).

7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan

kadar 50 detik seminit selama 1 minit.

8. Ujian akan ditamatkan sekiranya:

a) Murid berhenti melakukan ujian.

b) Jari tidak menyentuh penanda kedua.

c) Tumit terangkat.

d) Tidak dapat mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.

Sedia Ringkuk Kedudukan asal

Page 12: 231409964-segak

Rajah 4: Cara ujian Ringkuk Tubi Separa dilakukan.

8.4 Jangkauan Melunjur

Ujian ini adalah bertujuan untuk mengukur fleksibiliti bahagian belakang badan,

paha dan sendi pinggul. Kebolehpercayaan ujian ialah 0.94 (mengikut protokol daripada

AAHPERD dalam buku YMCA Fitness Testing And Assesting Manual fouth edition oleh

Golding L. A., 2000)

Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan

2. Borang skor dan norma SEGAK

Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur Pelaksanaan:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletak di belakang penanda

23cm.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan

hujung jari tengah hendaklah sama.

4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin

atas pita pengukur.

5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik diambil kira sebagai

skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam

titik perpuluhan.

Page 13: 231409964-segak

7.Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

Sedia Jangkau Rehat

Rajah 5: Cara ujian Jangkauan Melunjur dilakukan

ANGGARAN PERBELANJAAN LAIN ( B )

BIL PERKARA KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH

A MAKANAN    

  Minum Pagi 40 orang RM2.50  RM100.00

  Jamuan Pegawai + VIP 50 orang RM4.00  RM200.00

  Minuman Murid 3 tong RM25.00  RM75.00

  Air Mineral 5 kotak RM15.00  RM75.00

       

B ALATAN    

  Tali Plastik 4 gulung RM8.00  RM32.00

  Banner 1 helai RM100.00  RM100.00

Page 14: 231409964-segak

  Riben Penamat 1 gulung RM10.00  RM10.00

  Kertas A4 3 rim RM12.00  RM36.00

Persiapan Padang RM 100.00 RM 100.00

C TEKNIKAL

Bateri Pembesar Suara 16 biji RM2.50  RM40.00

* Khemah Sukan & Tetamu 4 set RM100.00  RM400.00

Air Horn 1 set RM80.00  RM80.00

PA System 1 set RM 200.00 RM 200.00

D LAIN-LAIN

Runcit/Kecemasan RM200.00  RM200.00

Pendahuluan Persiapan 

Perbarisan4 rumah sukan

RM50.00  RM200.00

  Buku Program 50 buah RM 4.00 RM200.00

JUMLAH B RM2048.00