22 disember 2009 - dof.gov.my filesekerja adalah satu amalan yang tidak baik. kita adalah dalam...

5
17 Disember 2009 Y.Brs. Tn. Hj. Suhaili Bin Hj. Lee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan menyampaikan sijil kepada peserta kursus di Majlis Penutup Kursus Pembangunan Nakhoda dan Penyampaian Sijil Tahun 2009 di Institut Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu. 16 Januari 2010 Jabatan Perikanan Malaysia turut mengambil bahagian dalam pameran sempena ”Program Mesra Rakyat” Bersama Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. 8 Januari 2010 Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melawat gerai pameran Jabatan Perikanan Malaysia sempena Program Juara Rakyat di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor 24 Januari 2010 Jabatan Perikanan Malaysia mengambil bahagian dalam pameran sempena Pameran Mini MAHA, di Batu Pahat, Johor. 4 Februari 2010 Y.A.B. Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak menyampaikan geran untuk Projek Peningkatan Pendapatan Rakyat (Ternakan Ikan Keli Dalam Tangki PE) kepada penternak sempena Majlis Perasmian Program Peningkatan Pendapatan Rakyat Peringkat Kebangsaan di Betong, Sarawak. 28 Januari 2010 Y.Bhg. Dato’ Hj. Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia (tiga dari kanan) menandatangani dokumen perjanjian sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara FELDA Dengan Agensi- agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Sabah dan Malaysia Agrifood Corporation Bhd. di Bangunan FELDA, Kuala Lumpur. 22 Disember 2009 Y.B. Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Pertanian Ke-4 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEP), Serdang, Selangor. 2

Upload: lamnhan

Post on 28-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

17 Disember 2009Y.Brs. Tn. Hj. Suhaili Bin Hj. Lee, Timbalan Ketua Pengarah(Operasi), Jabatan Perikanan menyampaikan sijil kepada pesertakursus di Majlis Penutup Kursus Pembangunan Nakhoda danPenyampaian Sijil Tahun 2009 di Institut Perikanan Malaysia,Chendering, Terengganu.

16 Januari 2010 Jabatan Perikanan Malaysia turut mengambil bahagian dalam pameran sempena”Program Mesra Rakyat” Bersama Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. MohdYassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

8 Januari 2010Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysiamelawat gerai pameran Jabatan Perikanan Malaysia sempena Program JuaraRakyat di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor

24 Januari 2010Jabatan Perikanan Malaysia mengambil bahagian dalam pameran sempenaPameran Mini MAHA, di Batu Pahat, Johor.

4 Februari 2010Y.A.B. Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawakmenyampaikan geran untuk Projek Peningkatan Pendapatan Rakyat(Ternakan Ikan Keli Dalam Tangki PE) kepada penternak sempena MajlisPerasmian Program Peningkatan Pendapatan Rakyat Peringkat Kebangsaandi Betong, Sarawak.

28 Januari 2010Y.Bhg. Dato’ Hj. Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan PerikananMalaysia (tiga dari kanan) menandatangani dokumen perjanjian sempena MajlisMenandatangani Memorandum Persefahaman Antara FELDA Dengan Agensi-agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Universiti Malaysia Sabahdan Malaysia Agrifood Corporation Bhd. di Bangunan FELDA, Kuala Lumpur.

22 Disember 2009Y.B. Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysiamerasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Pertanian Ke-4 di Taman Pameran PertanianMalaysia (MAEP), Serdang, Selangor.

2

sekerja adalah satu amalan yang tidak baik. Kita adalah dalam sebuah

organisasi kerajaan yang mempunyai tugas atau amanah yang telah

diberikan kepada kita. Jadi, kepada pegawai yang menulis surat-surat

layang ini sebenarnya mereka perlu melihat diri sendiri yang juga

mempunyai kelemahan. Tidak ada orang yang tidak mempunyai

kelemahan. Tetapi mereka bernasib baik kerana tidak ada orang

yang mendedahkan kelemahan mereka. Jadi marilah sama-sama

kita tinggalkan budaya tidak sihat ini yang akan menjatuhkan Jabatan

kita sendiri.

Pada tahun 2010 kita mempunyai tugas yang lebih berat lagi kerana

tahun ini merupakan penghujung Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).

Di sinilah kita akan menilai sama ada sasaran yang telah ditetapkan

pada awal RMK-9, dapat dicapai atau sebaliknya dari segi peningkatan

pengeluaran ikan negara dan peningkatkan pendapatan golongan

sasaran. Oleh yang demikian, ini merupakan peluang bagi kita untuk

menilai balik sasaran yang telah kita tetapkan. Tahun 2010 ini adalah

tahun yang terakhir untuk RMK-9 dan kita akan menilai apakah impak,

outcome projek-projek yang telah kita laksanakan sepanjang lima

tahun ini. Tahun 2010 ini juga merupakan tahun untuk merancang

RMK-10 iaitu ke arah mencapai Wawasan 2020 dan di situ juga kita

akan merumuskan, memuktamadkan Dasar Agro Makanan Negara

atau Dasar Pertanian Negara Ke-4. Jadi banyak tugas-tugas yang

perlu kita laksanakan. Eloklah kita menyatupadukan semangat

dan sumber yang ada supaya kita dapat merumuskan satu

perancangan yang baik untuk mencapai Wawasan 2020 demi generasi

yang akan datang.

Saudara dan saudari sekelian,

Selain dari itu, Y.A.B. Perdana Menteri baru-baru ini telah pun

melancarkan “Gerakan Transformasi Kerajaan Malaysia”. Ini adalah

penerapan satu budaya kerja kepada penjawat-penjawat awam

supaya lebih cergas lagi dalam sistem penyampaian “delivery system”.

Dalam hal ini satu perkara yang dititikberatkan oleh pihak kerajaan

sekarang ialah mempercepatkan membuat keputusan dan

mempercepatkan pelaksanaannya iaitu “speed” dari segi membuat

keputusan dan pantas dalam melaksanakan kaputusan yang telah

dibuat. Kita tidak mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu

keputusan dan melaksanakan keputusan. Membuat keputusan yang

cepat adalah penting khususnya bagi mesyarakat industri untuk

memulakan perniagaan. Contohnya, jika ada peniaga memohon permit

perniagaan, tetapi jika kita melengah-lengahkan keputusan,

maka mereka tidak boleh memulakan perniagaan. Ini akan

merugikan mereka dan merugikan orang yang mendapat faedah

dari perniagaan tersebut.

Saya teringat satu pantun yang pernah dibaca Y.B. Menteri Pertanian:

“Kalau padi katakan padi, jangan kita tertampi-tampi,Kalau jadi katakan jadi, jangan kita ternanti-nanti”

Kita mesti cepat membuat keputusan, tetapi ini tidak bermakna kita

tidak perlu meneliti segala fakta-fakta sebelum membuat keputusan.

Jadi sekarang ini, kalau kita hendak membuat keputusan yang cepat

kita perlu fokus dalam kerja kita, tumpukan kerja kita dan jangan

berlengah. Sekarang ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuat

pendekatan “membuat perancangan dan keputusan di dalam makmal

atau lab”. Contohnya sekarang ini isu kerajaan hendak mengurangkan

defisit negara sebanyak RM21.4 bilion. Salah satu cara untuk

mengurangkan defisit tersebut ialah melihat, menyusun dan mengkaji

semula subsidi-subsidi yang telah diberikan seperti subsidi minyak,

subsidi harga gula dan lain-lain. Jadi untuk menyelesaikan isu ini

pegawai-pegawai daripada pelbagai kementerian yang berkaitan

dikumpulkan di dalam satu makmal untuk mencari penyelesaian

selama dua bulan. Mereka perlu mengeluarkan satu cadangan dan

syor kepada kerajaan. Tetapi dalam masa dua bulan itu mereka tidak

boleh membuat kerja lain hanya fokus untuk menyelesaikan isu

pengurangan defisit negara sebanyak RM21.4 bilion. Ini adalah kaedah

terkini untuk membuat keputusan dengan cepat yang lengkap

bersama-sama fakta.

Mungkin kita juga perlu melaksanakan kaedah tersebut sekiranya

menghadapi satu-satu isu demi kesejahteraan rakyat. Kita hendaklah

memberi fokus kepada sesuatu isu dan menyelesaikannya tanpa

berlengah. Sebenarnya ini adalah satu cara yang berlainan sekali yang

telah diperkenalkan oleh Y.Bhg. Dato’ Idris Jalal apabila beliau

menerajui Malaysian Airlines System (MAS). Ini adalah cara yang telah

diamalkan beliau bagi menyelamatkan MAS ketika syarikat kerajaan

berkenaan menghadapi masalah besar.

Begitu juga dengan kewangan kerajaan sekarang ini, di mana defisit

kewangan kerajaan semakin melebar sejak dari tahun 1997.

Maksudnya perberbelanjaan melebihi dari pendapatan. Maka jika

berbelanja lebih daripda pendapatan, maka kita akan menghadapi

kesulitan. Jadi sudah tentu kita akan meminjam yang akan mengikat

kita dengan syarat-syarat yang ketat.

Pada tahun ini, peruntukan mengurus untuk Jabatan Perikanan telah

dikurangkan sebanyak 37%. Maksudnya, kalau dulu kita dapat RM100,

tetapi tahun ini kita hanya dapat RM63 sahaja. Jadi dengan RM63 ini

kita perlu melaksanakan tugas kita seperti tahun-tahun lepas. Oleh

yang demikian, saya mohon semua pegawai-pegawai berjimat cermat

dan mengelakkan pembaziran. Mungkin selama ini kita banyak

melakukan pembaziran. Jadi kalau kita boleh mengurangkan

pembaziran, insya-Allah kita boleh melaksanakan tugas kita seperti

sedia kala. Marilah sama-sama kita memikirkan cara untuk

mengurangkan pembaziran dan mengekalkan kualiti kerja.

Saudara dan saudari,

Pada bulan ini ada beberapa perkara yang kita akan laksanakan iaitu

mulai 4 Februari ini, Y.B. Menteri akan melawat Pelabuhan Tg. Manis,

Sarawak dan akan berdialog dengan nelayan di sana. Saya juga

difahamkan pada 4 Februari ini juga, Y.A.B. Perdana Menteri akan

melawat Serkam, Melaka yang melibatkan program perikanan. Saya

berharap pegawai-pegawai yang berkaitan dapat menyediakan

program tersebut dengan baik sekali. Pada bulan Mac pula akan

dianjurkan Seminar Akuakultur Antarabangsa bersama Kedutaan

Norway. Ini merupakan satu penghargaan kepada Jabatan oleh

Kerajaan Norway. Jadi saya berharap mereka yang terlibat dapat

menjalankan tugas dengan baik supaya menaikkan nama negara.

Pada 14 dan 15 Februari, masyarakat berketurunan Cina akan

menyambut Tahun Baharu Cina. Jadi pada mereka, saya

mengucapkan “Gong Xi Fa Cai”.

Jadi, setakat ini sahaja yang saya ingin sampaikan. Saya

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah pun

memberi sumbangan yang baik pada tahun 2009. Kita telah mendapat

prestasi dan mencapai sasaran yang baik dan ini merupakan satu

kejayaan bersama. Namun, jangan lupa pada visi dan misi Jabatan

serta perlu hayati nilai-nilai murni MUTIARA. Sekian sahaja, saya

ucapkan selamat menjalankan tugas.

Assalamualaikum wbt.

(DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 1)

3

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009

Tajuk : Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat /

Setiausaha Pejabat

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan

keputusan kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan

Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32

yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 10 Tahun 2007 kepada skim perkhidmatan

Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred

N17, N22, N27/28, N32 dan N36.

Tarikh : 21 Disember 2009

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009

Tajuk : Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan

Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan

mengenai penambahbaikan kemudahan Cuti Tanpa Gaji

kepada pegawai bagi mengikut pasangan yang bertugas

atau berkursus sama ada di dalam atau luar negara.

Tarikh : 30 Disember 2009

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 30 Tahun 2009

Tajuk : Dasar Pengkomersialan Harta Intelek Hasil Penyelidikan

Dan Pembangunan (R&D) Yang Dibiayai Oleh Kerajaan

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menyampaikan

keputusan Kerajaan mengenai Dasar Pengkomersialan

Harta Intelek Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Yang Dibiayai Oleh Kerajaan

Tarikh : 31 Disember 2009

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

iv) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2010

Tajuk : Pelaksanaan dan Penetapan Gred Jawatan Pembantu

Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan

melaksanakan keputusan Kerajaan untuk menetapkan gred

jawatan dan kadar elaun Pembantu Setiausaha

Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/28, N32,

N36 berikutan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 27 Tahun 2009 bertajuk Skim Perkhidmatan

Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat.

Tarikh : 20 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

v) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2010

Tajuk : Pindaan Dasar Penangguhan Balik Pelajar-Pelajar Tajaan

Kerajaan Di Luar Negara

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan

pindaan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi

penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara.

Tarikh : 29 Januari 2010

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

vi) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009

Tajuk : Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga

Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan

Awam

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

memaklumkan keputusan kelayakan Sijil tinggi Agama

Malaysia (STAM) yang dikeluarkan oleh Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi maksud

lantikan terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

(KPSL) ke perkhidmatan awam.

Tarikh : 17 Disember 2009

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2009

Tajuk : Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong

Pegawai Laut Gred A29, A36, A38

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk

melaksanakan keputusan Kerajaan menambah baik syarat

lantikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred

A29, A36, A38 yang berkuat kuasa melalui Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2007.

Tarikh : 22 Disember 2009

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009

Tajuk : Kemudahan Cuti Bersalin Kepada Pegawai Bukan

Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract of

Service)

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan

penambahbaikan kepada kemudahan Cuti Bersalin bagi

pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak

mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 –

Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract Of

Service) [PP 2/2008].

Tarikh : 24 Disember 2009

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.jpa.gov.my

Dari JPA(Jab a t a n P e r k h i dma t a n Awam)

4

i) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU

Tarikh : 4 Januari 2010

Tajuk : Garis Panduan Transisi Protokol Internet Versi 6 (IPV6)

Sektor Awam

Dunia hari ini sedang membuat persediaan untuk peralihan

penggunaan Protokol Internet versi 4 (IPv4) kepada Protokol

Internet versi 6 (IPv6) dalam jaringan internet global.

Sehubungan dengan itu, agensi Sektor Awam hendaklah

memastikan kesediaan untuk beralih kepada teknologi yang

menggunakan IPv6 dalam rangkaian masing-masing bagi

memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan

menerusi rangkaian internet.

Semua Ketua Jabatan adalah dipohon untuk mengambil

tindakan berikut:-

(a) Memastikan perolehan semua perkakasan baru atau

peningkatan perkakasan sedia ada menepati ciri IPv6

(IPv6 compliance); dan

(b) Memastikan pembangunan sistem aplikasi baru atau

peningkatan aplikasi sedai ada dinaiktarafkan supaya

menepati ciri IPv6 (IPv6 compliance).

Maklumat lanjut mengenai panduan pelaksanaan peralihan

IPv6 boleh diperolehi dari “Garis Panduan Taransisi IPv6

Sektor Awam” seperti yang dilampirkan. Garis panduan ini

bertujuan untuk menerangkan kaedah transisi IPv6 secara

umum sebagai panduan bagi setiap agensi Sektor Awam

dalam pelaksanaan peralihan IPv4 kepada IPv6.

Sehubungan dengan itu, YBhg./Y.B Tan Sri/Datuk/Dato’/

Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan

sewajarnya agar garis paduan ini dipatuhi, dilaksanakan dan

dipantau spenuhnya dengan berkesan.

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.mampu.gov.my

ii) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU

Tarikh : 22 Januari 2010

Tajuk : Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan Agensi Sektor

Awam

Pelaksanaan pengurusan kesinambungan perkhidmatan di

angensi-agensi Sektor Awam adalah penting bagi

meminimumkan impak ke atas sistem penyampaian

perkhidmatan agensi akibat dari gangguan atau bencana di

samping memastikan kesinambungan dalam sistem

penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Selaras dengan itu, satu dokumen Pengurusan

Kesinambungan Perkhidmatan Agensi Sektor Awam telah

disediakan bagi agensi-agensi Sektor Awam seperti yang

dilampirkan. Dokumen ini bertujuan untuk memaklumkan

dasar pelaksanaan pengurusan kesinambungan

perkhidmatan dan menyediakan gasis panduan dan program

pelaksanaan pengurusan kesinambnungan perkhidmatan

bagi agensi Sektor Awam.

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg./Y.B.Tan Sri/Datuk/Dato’/

Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan

sewajarnya bagi meningkatkan kualiti dan kesinambungan

dalam penyampaian perkhidmatan agensi Sektor Awam

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.mampu.gov.my

iii) Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2009

Tarikh : 17 November 2009

Tajuk : Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian

Dan Sistem ICT Sektor Awam

Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk menjelaskan

pelaksanaan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian dan

Sistem ICT (Penilaian Tahap Keselamatan ICT) yang perlu

diberikan perhatian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi

Kerajaan.

Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian

dan Sistem ICT Sektor Awam adalah seperti di Lampiran

kepada surat Pekeliling Am ini.

Latar Belakang

Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Am Bilangan 3

Tahun 2000: Rangka Dasar Keselamatan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi Kerajaan berkuat kuasa mulai

1 Oktober 2000. Pekeliling tersebut memberi penekanan

terhadap aspek pengauditan dan pematuhan di dalam

pengurusan keselamatan ICT agensi.

Seiring dengan hasrat perkhidmatan awam untuk

mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan

Kerajaan ke tahap yang boleh dicapai pada bila-bila masa,

sistem ICT perlu dipastikan berada keadaan tersedia,

selamat dan dipercayai.

Sistem Pemantauan Rangkaian ICT Sektor Awam (PRISMA)

bertanggungjawab mengesan cubaan pencerobohan

terhadap sistem ICT agensi-agensi yang dipantau. Sehingga

kini cubaan pencerobohan telah berjaya dihalang kerana

agensi awam telah dapat mengenal pasti kelemahan dan

mengambil tindakan pengukuhan awal.

Program Pemantauan

Sebagai langkah menjamin sistem penyampaian

perkhidmatan 24x7, Ketua-ketua Jabatan perlu menjalankan

Penilaian Tahap Keselamatan agensi sekurang-kurangnya

sekali setahun. Melaksanakan Penilaian Tahap

Keselamatan adalah satu cara untuk memastikan agensi

memantau dan mengesan kelemahan terhadap rangkaian

dan sistem ICT supaya penambahbaikan keselamatan ICTdapat dirancang.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Semua agensi Kerajaan dikehendaki mematuhi Surat

Pekeliling ini dan melaksanakan tanggungjawab yang

ditetapkan. Untuk maksud ini, semua Ketua-ketua Jabatan

adalah diminta mengambil tindakan-tindakan berikut:-

(a) Menjalankan Penilaian Tahap Keselamatan;

(b) Mengesan kelemahan sistem ICT;

(c) Melaksanakan tindakan pengukuhan; dan

(d) Memantau keberkesanan kawalan pengukuhan.

Penilaian Tahap Keselamatan boleh dilaksanakan secara

in-house atau mendapat perkhidmatan pihak ketiga yang

bertauliah.

Maklumat lanjut sila layari laman web: http://www.mampu.gov.my

Dari MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia)

5

Seekor ikan tuna Bluefin gergasi mencapai harga 16.3 juta yen atau$177,000 dalam satu lelongan di sebuah pasar borong ikanterbesar di dunia di Jepun pada 5 Januari 2010. Harga ikan

seberat 513 pound atau 233 kilogram ini merupakan yang tertinggi sejaktahun 2001 bila mana seekor ikan seberat 440 pound (200 kg.) telahterjual pada harga 20.2 juta yen ($220,000) di Pasar Tsukiji, Tokyo.

Tuna “Gargantuan” tersebut telah dibeli secara kongsi oleh duapengusaha restoran sushi di Jepun dan seorang pengusaha sushi dariHong Kong, kata jurucakap pasar berkenaan.

Ikan tuna yang ditangkap di luar pantai utara Jepun itu merupakanantara 570 ekor tuna yang dilelong. Sebanyak 40% daripda ikan-ikantersebut datang dari luar Jepun termasuk Indonesia dan Mexico, katajurucakap tersebut.

Jepun adalah pengguna terbesar makanan laut di dunia yangmenguasai 80% daripada tuna Bluefin yang ditangkap dari LautanPasifik dan Atlantik. Dua spesies tuna berkenaan menjadi pilihan utamapenggemar sushi. Walau bagimanapun pengambilan tuna di Jepuntelah merosot kerana kegawatan ekonomi yang paling buruk melandanegara kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia itu sejak era PerangDunia Kedua.

”Pengguna kurang memakan tuna ....kami sangat bimbang trend ini”,kata jurucakap pasar berkenaan.

Selain kejatuhan permintaan tuna, pemborong juga bimbang mengenaiperaturan perikanan yang semakin ketat di tengah-tengah kemerosotansumber tuna. Suruhanjaya Pemuliharaan Tuna Atlantik Antarabangsa(The International Commission for the Conservation of Atlantic Tunas)pada November lepas telah mengurangkan kuota penangkapan untuktahun 2010 kepada 1/3 iaitu 12,250 tan metrik yang mendapat kritikanpihak pencinta alam kerana jauh dari mencukupi.

Protokol Panggilan Hormat

(.....sambungan)

Rujukan Kehormat atau Protokol Panggilan Hormat ialah kata-kata

rujukan yang dihadapkan kepada audiens menurut taraf sosial masing-

masing. Rujukan kehormat biasanya digunakan dalam sapaan atau

panggilan di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi, pada bahan-bahan

bertulis seperti buku atur cara sesuatu majlis rasmi, di dalam surat dan

di sampul surat.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas

Terdapat tiga kategori gelaran kurniaan ikhtisas:

1. Gelaran kepada mereka yang dipilih oleh rakyat melalui sistem

demokrasi pilihanraya seperti Perdana Menteri, Menteri dan

Wakil Rakyat.

2. Gelaran kepada mereka yang dilantik ke jawatan awam dalam

perkhidmatan kerajaan Malaysia seperti Pengarah, Pengurus,

Pegawai Daerah dan lain-lain.

3. Gelaran kepada mereka berdasarkan pencapaian akademik

seperti Profesor Diraja, Profesor Emeritus, Profesor Madya, Insinyur

dan Doktor.

Bil. Pangkat / Gelaran Panggilan Hormat

1 Perdana Menteri Malaysia, Rakyat Biasa:Timbalan Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat (Y.A.B)Menteri Besar / Ketua Menteri.

Kerabat Diraja:Yang Amat Berhormat Mulia(Y.A.B.M)

2 Menteri-menteri dan Rakyat Biasa:Timbalan-timbalan Menteri. Yang Berhormat (Y.B)

Wakil Rakyat atau ahli/anggota Kerabat Diraja:Parlimen, ahli/anggota Dewan Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)Rakyat dan ahli/anggota Dewan Undangan Negeri.

Ahli/Anggota Dewan Negara/ Senator.

3 Yang Dipertua Dewan Rakyat/ Rakyat Biasa:Yang Dipertua Dewan Negara/ (Dalam sidang): Tuan Yang DipertuaYang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Luar sidang): Yang Berhormat

Kerabat Diraja:Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

4 Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri: Rakyat Biasa:a) Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat (Y.B)b) Pegawai Kewangan Negeric) Penasihat Undang-undang Negeri Kerabat Diraja:

Yang Berhormat Mulia (Y.B.M)

Panggilan Hormat bagi Mereka yang Dilantik ke Jawatan dalam PerkhidmatanAwam Malaysia (Ikhtisas) melalui Sistem Pilihanraya / Berkhidmat denganKerajaan Negeri

TUNA GERGASI CAPAI HARGA $177,000

DI PASAR BORONG IKAN JEPUN

6

Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?

Betulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan Anda