cara-cara penyakit dipindahkan - dof.gov.my · fomit fomit adalah objek yang boleh memindahkan...

2
Fomit Fomit adalah objek yang boleh memindahkan patogen di antara kawasan pemeliharaan atau tapak pengeluaran. Objek tersebut menjadi tercemar selepas sentuhan dengan ikan yang dijangkiti atau sumber air tercemar. Contohnya termasuklah peralatan seperti jaring, baldi, hos sifon, kasut, pakaian atau kenderaan tercemar (termasuklah tayar). Sumber Air Sumber air boleh memindahkan organisma penyebab penyakit. Pencemaran berlaku akibat najis ikan, bendalir pembiakan dan mukus ikan yang berpenyakit. Pergerakan air tercemar semasa mengangkut ikan boleh merebakkan patogen ke lokasi baru. Beberapa patogen ikan (iaitu, Ichthyophthirius multifilis, Ich) telah diketahui boleh merebak melalui aerosol, semburan atau percikan di antara tangki, walaupun ini agak jarang berlaku dan biasanya memerlukan sumber-sumber yang terletak di dalam jarak yang berdekatan. HOW THE DISEASE IS TRANSMITTED CARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN Memahami bagaimana penyakit ikan disebarkan dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah biosekuriti yang sewajarnya. Penyakit ikan boleh merebak melalui sentuhan langsung, sumber air, fomit, pengingesan (oral) dan vektor. Bukan semua patogen disebarkan melalui semua laluan; sesetengahnya mungkin disebarkan melalui berbilang laluan. Sentuhan Sentuhan merupakan satu daripada punca penyebaran penyakit dalam akuakultur. Ini melibatkan pemindahan agen penyebab penyakit melalui sentuhan langsung dengan ikan yang dijangkiti. Kemasukan mungkin berlaku melalui kulit, luka terbuka, membran mukus atau insang.

Upload: dinhnhan

Post on 02-Mar-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN - dof.gov.my · Fomit Fomit adalah objek yang boleh memindahkan patogen di antara kawasan pemeliharaan atau tapak pengeluaran. Objek tersebut menjadi

Fomit Fomit adalah objek yang boleh memindahkan patogen 

di antara kawasan pemeliharaan atau tapak pengeluaran. Objek tersebut menjadi tercemar selepas sentuhan dengan ikan yang dijangkiti atau sumber air tercemar. Contohnya termasuklah peralatan seperti jaring, baldi, hos sifon, kasut, pakaian atau kenderaan tercemar (termasuklah tayar).

Sumber Air Sumber air boleh memindahkan organisma penyebab 

penyakit. Pencemaran berlaku akibat najis ikan, bendalir pembiakan dan mukus ikan yang berpenyakit. Pergerakan air tercemar semasa mengangkut ikan boleh merebakkan patogen ke lokasi baru. Beberapa patogen ikan (iaitu, Ichthyophthirius multifilis, Ich) telah diketahui boleh merebak melalui aerosol, semburan atau percikan di antara tangki, walaupun ini agak jarang berlaku dan biasanya memerlukan sumber-sumber yang terletak di dalam jarak yang berdekatan.

HOW THE DISEASE IS TRANSMITTEDCARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN

Memahami bagaimana penyakit ikan disebarkan dapat membantu mengenal pasti langkah-langkah biosekuriti yang sewajarnya. Penyakit ikan boleh merebak melalui sentuhan langsung, sumber air, fomit, pengingesan (oral) dan vektor. Bukan semua patogen disebarkan melalui semua laluan; sesetengahnya mungkin disebarkan melalui berbilang laluan.

Sentuhan  Sentuhan merupakan satu daripada punca 

penyebaran penyakit dalam akuakultur. Ini melibatkan pemindahan agen penyebab penyakit melalui sentuhan langsung dengan ikan yang dijangkiti.  Kemasukan mungkin berlaku melalui kulit, luka terbuka, membran mukus atau insang.

Page 2: CARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN - dof.gov.my · Fomit Fomit adalah objek yang boleh memindahkan patogen di antara kawasan pemeliharaan atau tapak pengeluaran. Objek tersebut menjadi

HOW THE DISEASE IS TRANSMITTEDCARA-CARA PENYAKIT DIPINDAHKAN

JABATAN PERIKANAN MALAYSIA Department of Fisheries MalaysiaWisma Tani, Aras 1-6, Lot 4G2, Blok Menara, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 Putrajaya.

Bahagian Biosekuriti PerikananTelefon : +6-03-8870 4000 Faks : +6-03-8890 3794 Email : [email protected] Website : http://www.dof.gov.my

Edisi pertama Januari 2011

Zoonotic Walaupun bukan penyebab penyebaran penyakit kepada 

ikan, zoonotic adalah punca penyakit ikan yang boleh merebak kepada manusia, menyebabkan penyakit. Contohnya termasuklah sebilangan organisma bakteria seperti Mikobakterium, Erisipelotriks, Klebsiella, Edwardsiella. Langkah-langkah biosekuriti mestilah juga menangani sebarang risiko zoonotic terhadap diri anda dan para pekerja anda dan juga risiko terhadap stok ikan anda.

Vektor Vektor adalah binatang, seperti ikan dan burung 

pemangsa ikan yang boleh merebakkan patogen. Haiwan ini boleh memindahkan penyakit ikan di antara lokasi dengan membawa patogen pada badan atau kaki atau dengan membuang ikan atau bahagian ikan di lokasi lain. Roden dan ikan mungkin membawa sesetengah patogen ikan di dalam najis atau air kencingnya, mencemari persekitaran atau makanan ikan. Orang juga boleh menjadi vektor, memindahkan patogen kepada ikan semasa pengendalian

  (cthnya., tangan).

Oral Organisma penyakit boleh disebarkan secara oral 

melalui pengambilan makanan yang tercemar, ikan hidup atau sejuk beku yang dijangkiti atau kanibalisme terhadap ikan yang sudah mati atau hampir mati dari unit yang sama. Air yang tercemar dengan produk sisa ini daripada ikan yang dijangkiti juga boleh menjadi laluan penyebaran penyakit.