kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul

25
"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai." "Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga" "Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi" "Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..." "Apa itu stra..." PENDAHULUAN Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep- konsep tersebut. Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran. KAEDAH DAN TEKNIK Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau

Upload: aaron-houston

Post on 26-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Page 2: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang

Page 3: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan

Page 4: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu

Page 5: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang

Page 6: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Posted on February 21, 2011 by admin

Pengenalan

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan topik penting yang berkaitan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan.

Objektif pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat

1. mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pendidikan jasmani.

2. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani

BAHAN PEMBELAJARAN

2.0 Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran.

Page 7: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia.

Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia.

Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu.

Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(self-actualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration).

Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif.

2.1 Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

2.1.1 Pendekatan :

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan

Page 8: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).

Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;

- konkrit ke abstrak

- mudah ke kompleks

- keseluruhan ke sebahagian

- umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

2.1.2 Kaedah

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan

Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional

Ia meliputi

- Tugasan membaca buku teks

- Kuliah

- Mengucap dengan kuat

- Tumpuan kepada perbendaharaan

Page 9: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

- Laporan secara lisan oleh murid

- Mengkaji semula(riview)

- Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :

P1- Kenal pasti masalah

P2- Rancang penyelesaian

P3- Kumpul maklumat

P4- Buat tafsiran

P5- Buat kesimpulan

3. Kaedah kumpulan

- perbincangan kumpulan

- kuliah perbincangan

- kerja jawatankuasa

- main peranan

- Sesi Buzz

- Sumbangsaran

- Wawancara

- Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah

Ia meliputi

- Projek

- Tinjauan

- Penyelidikan atau penjelajahan

- Tunjukcara atau demonstrasi

- Kelab kesihatan

Page 10: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

- Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut.

1. Menganalisis dan memahami masalah

2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.

4. Membentuk jawapan yang mungkin.

5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.

6. Pilih penyelesaian yang sesuai.

7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan

1.Menggalakkan interaksi antara pelajar

2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi

3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan

1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru

2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

Page 11: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan

2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.

3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.

4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.

5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.

6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

2.1.3 Teknik

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;

- Umur

- Kebolehan

- Kecerdasan

- Minat

Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat

Page 12: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu

1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.

2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

1. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.

2. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

3. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.

4. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan

Page 13: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

2.1.4 Strategi

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik

untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ;

- Kebijaksanaan memilih pendekatan

- Kecekapan merancang kaedah dan teknik

- Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan :

Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran

yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.

Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor.

Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek.

Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu

Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam

bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut;

- Kemahiran yang khusus

- Boleh diukur

- Boleh dicapai

- Munasabah

Page 14: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

- Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran.

Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.

Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.

Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.

Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.

Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;

P1- Penerangan (semasa, maklum balas)

P2- Praktik (pengelolaan)

P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)

P4- Permainan atau pertandingan

P5- Penyeliaan atau pembetulan

Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.

Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid.

Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian.

Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Liabiliti guru Pendidikan Seni Visual

1. Bersikap positif terhadap peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah

2. Mempunyai minat dalam bidang Pendidikan Seni Visual

3. Sentiasa aktif dalam bidang kesenian dan pameran

4. mempunyai kemahiran asas dalam berbagai kegiatan seni lukis

5. Seorang yang sabar dan gemar mengajar murid-murid

6. Selalu ingin memajukan diri dalam lapangan kerjaya.

Page 15: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

Keselamatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Oleh kerana pendidikan Seni Visual melibatkan amali/kemahiran dan teori maka guru perlu memberi perhatian terhadap faktor keselamatan dari segi aktiviti yang dipilih, peralatan, kawasan atau persekitaran.

1. Adakah ada cara lain untuk menyampaikan pengetahuan?

2. Kurikulum Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di Malaysia mempunyai matlamat khusus. Nyatakan apakah matlamat Pendidikan Seni Visual?

Pendidikan Seni Visual ialah membantu murid menjadi cergas dan kreatif melalui pembelajaran pelbagai kemahiran dan pengetahuan seni.

1. Beri 5 objektif Pendidikan Seni Visual yang anda tahu?

a. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

b. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan kendiri

c. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

d. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal

e. membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran.Namakan ketiga-tiga tunjang pembelajaran tersebut yang dapat membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

1. Tunjang Kecergasan

2. Tunjang Kemahiran

3. Tunjang kesukanan

Terdapat 3 domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Jelaskan secara ringkas apakah aspek penting yang tersurat bagi setiap domain tersebut sebagaimana yang diutarakan oleh Bloom B.S(1956)

Domain psikomotor – merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor.

Domain kognitif – merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek.

Domain afektif – merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu.

Apakah nilai-nilai murni yang terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani?

Page 16: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

Nlai tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat

3.11 Soalan Tugasan

1. Nyatakan dengan jelas ciri-ciri pendekatan, strategi, teknik dan kaedah dan buatkan perbandingan di antara kenyataan di atas dari aspek pedagogi Pendidikan Jasmani.

2. Dengan menggunakan pengurusan grafik , buat lakaran analitik mengenai Tunjang Pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani KBSM dan huraiannya.

3. Berdasarkan format Rancangan Tahunan/ Semester dan Mingguan Pendidikan Jasmani beri pendapat atau pandangan anda adakah ia releven dan masih boleh digunapakai bagi mencapai objektif pembelajaran Pendidikan Jasmani masa kini. Jika anda fikirkan tidak releven beri cadangan format baru dan sokong format baru anda tersebut dengan fakta kukuh serta contoh yang sesuai.

1.0 DEFINISI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

1.1 STRATEGI

            Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1998), strategi merupakan rancangan yang

teratur untuk mencapai maklamat atau kejayaan. Strategi merupakan satu perancangan

yang melibatkan satu operasi dan aktiviti pengurusan kaedah yang digunakan untuk

mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, strategi

merujuk kepada satu set aksi pengajaran yang bertujuan untuk mencapai objektif yang

diharapkan. Strategi merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu

aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan caracuba jaya. Strategi

merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk

mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran.

            Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan

teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh

hasil pembelajaran maksimum. Aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa

menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objetif pengajaran, proses

pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya pengajaran dan

persekitaran di dalam bilik darjah.

            Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan

memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan

perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik

perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk

tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

Page 17: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

            Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran

merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan

objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang

ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut

prinsip dan teori pembelajaran. Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti

pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum,

penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik

mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih.

            Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih,

menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian

yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada

beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya

pertuturan, membaca dan menulis. Selain itu, strategi pengajaran dan pembelajaran

juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu

mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran,

strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan

strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum.

            Ringkas kata, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori

pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan

strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

1.2   PENDEKATAN

            Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan

pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998),

pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan

melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan

bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk

pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepadacara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.

            Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian

yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang

berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh

cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh

kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu

pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang

sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu

Page 18: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan

ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran

serta mempunyai unsur aksiomatik.

            Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari

sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari

elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran,

maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.

1.2.1   PENDEKATAN DEDUKTIF

            Menurut Kamarudin Hj. Husin(2002 ; 178), pendekatan deduktif bermula daripada

sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan

aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus. Rumus, prinsip atau hukum yang telah

dipelajari daripada kaedah deduktif boleh digunakan untuk mendapatkan rumus-rumus,

prinsip-prinsip, teorem-teorem atau hukum-hukum yang baru.

            Dalam pengajaran deduktif, guru akan mengajar sesuatu konsep (sebagai

contoh:konsep hujan ) terlebih dahulu sebelum meminta murid-murid untuk

mengemukakan contoh-contoh. Dalam pendekatan deduktif ini, guru akan menjelaskan

bagaimana proses hujan itu berlaku terlebih dahulu dan guru akan meminta murid

menyenaraikan unsur-unsur yang terlibat dalam proses hujan tersebut. Guru dan murid

akan bersoal jawab tentang konsep hujan yang dibincangkan dan disusuli dengan aktiviti

pengukuhan murid-murid menjawab soalan latihan daripada buku teks dan memberikan

contoh-contoh sendiri mengenai konsep hujan. Pendekatan deduktif ini berasaskan

kepada kenyataan bahawa setiap orang murid adalah berbeza daripada segi intelek,

minat, kecekapan, dan daya cipta.

1.2.2   PENDEKATAN INDUKTIF

            Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan

memberikan contoh-contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu

mengenal pasti maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-

contoh yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah

seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan supaya murid memahami dan

melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut. Daripada contoh-contoh tadi, murid

akan membuat satu kesimpulan serta membuat generalisasi mengenai konsep yang

diajar oleh guru. Guru akan membuat penyoalan serta membimbing murid dalam

mengukuhkan kesimpulan konsep. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru

supaya mereka dapat membuat kesimpulan yang tepat.

            Dalam pendekatan ini, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang

bersesuaian. Dalam model induktif, guru perlu merancang aktiviti, membuat

perlaksanaan dan penilaian sendiri. Mengikut laman webhttp//www.potralpendidikan.com

Page 19: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul

(1998), pendekatan induktif dapat dirumuskan sebagai satu pendekatan di mana guru

memberikan contoh-contoh khusus dan murid-murid memerhati, mentafsir dan mengkaji

serta generalisasi. Pendekatan ini sesuai untuk pelbagai mata pelajaran seperti Bahasa,

Sains dan Matematik

1.2.3   PENDEKATAN ELEKTIF

            Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada

istilah bahasa Inggeris “elective” bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan

pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus,

prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai

strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru

boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti

pengayaan).

            Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai

untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid

dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan

atau memberikan contoh. Dalam pendekatan ini, guru memberi input terlebih dahulu

kerana ini akan memudahkan murid-murid untuk memberi contoh dan membuat

rumusan. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-

mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus. Dalam pengajaran dan pembelajaran,

guru akan mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid. Kebiasaannya,

pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik. 

1.2.4   PENDEKATAN KOMUNIKATIF

            Bahagian Pendidikan Guru (2004) menunjukkan pendekatan ini mengutamakan

kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa

yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang

pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi

menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid

tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

            Pengajaran ini dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang

tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Ragbir Kaur

(1998) mengatakan bahawa pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan

ini dan murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi

bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pedekatan

pengajaran ini lebih bepusatkan murid.

Page 20: Kaedah Pengajaran Yang Saya Gunakan Adalah Betul