amanat ketua pengarah perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan...

6
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya telah memungkinkan kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam suasana aman dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Kita telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang pada Julai lalu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga Jabatan Perikanan yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2010 dan selamat maju jaya kepada warga Jabatan yang telah dan akan bersara di sepanjang tahun 2011 ini. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan serta penghargaan pihak pengurusan tertinggi kepada mereka yang berkhidmat dengan gigih dan cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua warga Jabatan untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh lagi bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus yang baik (good governance) berdasarkan semangat gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus dipupuk dan menjadi contoh kepada warga kerja lain di Jabatan ini. Pembaca yang dihormati sekalian, Seramai 187 warga Jabatan Perikanan Malaysia telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2010. Pemilihan calon-calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini dibuat menerusi Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria seperti markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus dan ke atas, telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada akhir tahun penilaian, dan sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi khususnya Perkhidmatan Awam, komuniti, daerah, negeri, dan negara secara amnya. Pemilihan APC ini juga dibuat berdasarkan pembahagian kuota yang mengambil kira semua kumpulan perkhidmatan dari Kumpulan Sokongan hingga ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Bilangan penerima APC bagi setiap Pejabat Perikanan Negeri (PPN) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) pula tidak boleh melebihi lapan peratus daripada jumlah anggota yang sedang berkhidmat pada hujung tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi. Tujuan kerajaan memperkenalkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) adalah bagi menentukan prestasi kerja penjawat awam dapat diukur dengan lebih adil. Seperti yang pembaca sedia maklum, markah LNPT ini juga digunakan sebagai salah satu kriteria bagi mempertimbangkan calon untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan agar sistem pemarkahan yang diberikan hendaklah berpatutan, wajar dan memberi gambaran yang sebenar terhadap prestasi pegawai yang dinilai berdasarkan kepada pencapaian hasil kerja, pengetahuan, kemahiran, kualiti peribadi serta sumbangan pegawai di dalam tahun yang dinilai. Terdapat markah yang terlalu ekstrem diberikan sehingga menghampiri markah 100 peratus sedangkan masih terdapat banyak ruang untuk pegawai yang dinilai tersebut memperbaiki diri dan prestasi kerjanya. Dan pertimbangan terhadap penilaian juga haruslah objektif dan realistik, bukan berdasarkan pertimbangan emosi semata-mata. Penilaian prestasi perlulah mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam. Antara lain, pekeliling ini menyatakan Pegawai Penilai yang memberi markah penilaian 90% dan ke atas hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka terhadap penghasilan nilai yang dihasilkan oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang melayakkan pegawai berkenaan menerima penilaian cemerlang 90% dan ke atas. Dengan mengikuti pekeliling ini diharap warga Jabatan dapat membuat pembaharuan atau penambahbaikan yang memberi manfaat kepada perkhidmatan awam dan negara. Pembaca yang dihormati sekalian, Semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang diadakan bagi memilih penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, didapati sebanyak 82.68 peratus daripada 2,656 pegawai Jabatan Perikanan Malaysia telah memperolehi markah purata LNPT 85 peratus ke atas. Ini bermakna ramai calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Namun, dalam pemilihan, pasti ada persaingan untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Justeru, sebagai warga kerja yang terbaik, tuan/puan haruslah sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas bekerja tanpa mengharapkan pengiktirafan semata-mata. Pembaca yang dihormati sekalian, Dalam era serba moden seperti sekarang ini, penjawat awam perlu sentiasa bersedia dengan fizikal dan mental untuk memberikan perkhidmatan yang Ogos 2011 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 4) Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: hoangnhu

Post on 14-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya

telah memungkinkan kita dapat melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang

dalam suasana aman dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kita telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

(APC) dan Jasamu Dikenang pada Julai lalu. Saya ingin mengucapkan tahniah

kepada warga Jabatan Perikanan yang telah menunjukkan perkhidmatan yang

cemerlang sepanjang tahun 2010 dan selamat maju jaya kepada warga

Jabatan yang telah dan akan bersara di sepanjang tahun 2011 ini.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan serta penghargaan pihak

pengurusan tertinggi kepada mereka yang berkhidmat dengan gigih dan

cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga

penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua warga

Jabatan untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh lagi bagi

meningkatkan kecekapan tadbir urus yang baik (good governance)

berdasarkan semangat gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus dipupuk dan

menjadi contoh kepada warga kerja lain di Jabatan ini.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Seramai 187 warga Jabatan Perikanan Malaysia telah dipilih sebagai penerima

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2010. Pemilihan calon-calon

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini dibuat menerusi Mesyuarat Panel

Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria seperti markah

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85 peratus dan ke atas, telah

berkhidmat bagi tempoh genap setahun pada akhir tahun penilaian, dan

sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi khususnya Perkhidmatan

Awam, komuniti, daerah, negeri, dan negara secara amnya.

Pemilihan APC ini juga dibuat berdasarkan pembahagian kuota yang

mengambil kira semua kumpulan perkhidmatan dari Kumpulan Sokongan

hingga ke Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Bilangan penerima APC

bagi setiap Pejabat Perikanan Negeri (PPN) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ)

pula tidak boleh melebihi lapan peratus daripada jumlah anggota yang sedang

berkhidmat pada hujung tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun had

maksimum ini tidak semestinya dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak

mencukupi.

Tujuan kerajaan memperkenalkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)

adalah bagi menentukan prestasi kerja penjawat awam dapat diukur dengan

lebih adil. Seperti yang pembaca sedia maklum, markah LNPT ini juga

digunakan sebagai salah satu kriteria bagi mempertimbangkan calon untuk

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Dalam hal ini, saya ingin mengingatkan

agar sistem pemarkahan yang diberikan hendaklah berpatutan, wajar dan

memberi gambaran yang sebenar terhadap prestasi pegawai yang dinilai

berdasarkan kepada pencapaian hasil kerja, pengetahuan, kemahiran, kualiti

peribadi serta sumbangan pegawai di dalam tahun yang dinilai. Terdapat

markah yang terlalu ekstrem diberikan sehingga menghampiri markah 100

peratus sedangkan masih terdapat banyak ruang untuk pegawai yang dinilai

tersebut memperbaiki diri dan prestasi kerjanya. Dan pertimbangan terhadap

penilaian juga haruslah objektif dan realistik, bukan berdasarkan pertimbangan

emosi semata-mata. Penilaian prestasi perlulah mengikut Surat Pekeliling

Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2009 – Pemantapan Pengurusan

Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam. Antara lain, pekeliling

ini menyatakan Pegawai Penilai yang memberi markah penilaian 90% dan ke

atas hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka terhadap penghasilan nilai

yang dihasilkan oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang melayakkan pegawai

berkenaan menerima penilaian cemerlang 90% dan ke atas. Dengan mengikuti

pekeliling ini diharap warga Jabatan dapat membuat pembaharuan

atau penambahbaikan yang memberi manfaat kepada perkhidmatan awam

dan negara.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang diadakan bagi

memilih penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini, didapati sebanyak

82.68 peratus daripada 2,656 pegawai Jabatan Perikanan Malaysia telah

memperolehi markah purata LNPT 85 peratus ke atas. Ini bermakna ramai

calon yang layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang.

Namun, dalam pemilihan, pasti ada persaingan untuk menjadi yang terbaik

dari kalangan yang terbaik. Justeru, sebagai warga kerja yang terbaik,

tuan/puan haruslah sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas

bekerja tanpa mengharapkan pengiktirafan semata-mata.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Dalam era serba moden seperti sekarang ini, penjawat awam perlu sentiasa

bersedia dengan fizikal dan mental untuk memberikan perkhidmatan yang

Ogos 2011http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 4)

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua

23 Mei 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

bertukar-tukar cenderahati sempena Lawatan Kerja Encik Vu Van Tam, Timbalan

Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam di Ibu Pejabat

Perikanan, Putrajaya.

2

28 Mei 2011Y.A.B. Dato’ Sri Mohd

Najib bin Tun Abdul

Razak, Perdana Menteri

Malaysia diiringi Y.Brs.

Tn. Hj. Ismail bin Abu

Hassan, Timbalan Ketua

Pengarah

(Pembangunan),

Jabatan Perikanan

Malaysia melawat Projek

Ternakan Ikan Keli di

Penjara Syed Sirajuddin,

Gemas, Negeri

Sembilan.

2 Jun 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Dewan

Arowana di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

3 Jun 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

menyampaikan cenderahati kepada Encik Yu Kai Feng, Timbalan Ketua

Eksekutif Daerah Feng Xian, Shanghai, China, sempena Majlis Dialog

Antara Jabatan Perikanan Malaysia mengenai peluang pelaburan akuakultur

di Malaysia.

25 Mei 2011Y.Brs. Datuk Haji Suhaili bin Hj. Lee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan Bengkel Kebangsaan, Pelancaran

Projek Serta Mesyuarat Perundingan “Transboundary Diagnostic Analysis” Projek

Ekosistem Lautan Luas Teluk Benggala di Pulau Pinang.

7 Jun 2011Y.Brs. Encik Ahmad Hazizi bin Aziz, Pengarah Bahagian Biosekuriti

Perikanan, mewakili Ketua Pengarah Perikanan, menyampaikan cenderahati

kepada peserta dari Kepulauan Solomon sempena Bengkel “InspectorTraining Workshop on the FAO Port State Measures Agreement” di Johor

Bahru, Johor. .

Page 3: Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua

17 Jun 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

bertukar-tukar dokumen sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman

Antara Kerajaan Malaysia dan Sun Woo Tech Sdn. Bhd. dari Korea Selatan

Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan Untuk Pembenihan dan Penternakan

Ikan Marin di Pusat Penyelidikan Perikanan Tg. Demong, Besut, Terengganu. Majlis

berlangsung di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

13 Julai 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia bertukar-tukar dokumen dengan Prof.

Ahmad Zahir bin Hj. Mokhtar, Timbalan Presiden

Teknousahawan dan Hal Ehwal Mahasiswa, Universiti Kuala

Lumpur sempena Majlis Menandatangani Memorandum

Persefahaman Bagi Penyerahan Kapal KL Paus Antara

Jabatan Perikanan Malaysia Dengan Universiti Kuala

Lumpur (UniKL) di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

23 Julai 2011Y.B. Dato’ Seri Mustapha bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa

dan Industri merasmikan Majlis Pelancaran Keli Pelet – Produk Program

Peningkatan Pendapatan Rakyat Parlimen Jeli di Jeli, Kelantan.

8 Julai 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

merasmikan Persidangan Tahunan Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia

Tahun 2011 di Sungai Petani, Kedah.

25 Julai 2011Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

menyampaikan sijil kepada kakitangan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2011 di Wisma Tani, Putrajaya.

3

Page 4: Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua

4

berkualiti dan sentiasa relevan. Cabaran kita sebagai penjawat awam kini

semakin besar bagi memenuhi ekspektasi stakeholders yang semakin

kompleks. Namun, jika kita sentiasa mempraktikkan dan menitikberatkan

prinsip asas bekerja seperti ketepatan masa, ketepatan fakta, teliti dan

berdisiplin serta willing to go extra miles dalam memenuhi ekspektasi

pelanggan, insya-Allah, Jabatan Perikanan Malaysia mampu

menghasilkan modal insan dan sistem penyampaian yang bertaraf dunia.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Kerajaan hari ini telah memberi penekanan menyeluruh terhadap

penghijrahan minda ke arah mentaliti kelas pertama. Ianya berasaskan

kepada tiga perkara pokok iaitu ketangkasan kerja, ketepatan dan

keberhasilan bagi memperbaiki sistem penyampaian awam. Hasil kerja

dilihat bukan lagi berdasarkan output atau bilangan kerja yang dihasilkan,

tetapi lebih kepada outcome iaitu kesan signifikan yang memberi nilai

tambah dan peningkatan secara berganda kepada prestasi Jabatan.

Kecemerlangan bukanlah sesuatu yang senang dan mudah dicapai. Ia

memerlukan pengorbanan yang besar dan iltizam yang tinggi. Saya

percaya semua orang mahu mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan

dalam kerja yang mereka lakukan tetapi tidak semua orang sanggup

melakukan perkara yang mencabar. Amalan-amalan ke arah

kecemerlangan seperti yang terkandung di dalam prinsip-prinsip

pengurusan kualiti menyeluruh, keutuhan pengurusan serta nilai-nilai

murni yang diamalkan di dalam ajaran agama masing-masing perlu

dijadikan pegangan hidup dan amalan sepanjang masa.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Persaraan adalah satu peristiwa penting dalam karier seseorang. Namun,

tanggapan terhadap persaraan berbeza antara individu. Ada yang

melihatnya sebagai satu kebebasan daripada tekanan dan kerenah rutin

kerja harian. Ada pula segolongan yang menganggap persaraan sebagai

satu permulaan kehidupan baru yang lebih mencabar dan

menyeronokkan. Mereka tidak sabar untuk memulakan kerjaya baru. Bagi

mereka ‘retirement is going to be the most exciting part of life and thereis on abundance of opportunities that can keep them busy’. Mereka juga

melihat persaraan sebagai satu peluang bagi mereka memainkan

peranan baru dan menyumbang kepada negara sambil mendapat

kepuasan peribadi. Golongan ini sebenarnya bukanlah ‘bersara’ cuma

beralih kerjaya.

Pada tahun ini, terdapat seramai 77 orang anggota Jabatan yang telah

dan akan bersara wajib dan pilihan terdiri daripada pelbagai perkhidmatan

dan gred. Jabatan sebenarnya kehilangan pegawai-pegawai dan

kakitangan yang berpengalaman. Tetapi negara tidak kerugian kerana

saya percaya mereka masih terus memberi sumbangan dan khidmat bakti

terutama dalam bidang yang sesuai dengan kepakaran, pengalaman dan

minat masing-masing. Sesungguhnya khidmat bakti yang ditabur akan

terus berkembang dan mewangi di mana sahaja kita berada dan apa juga

bidang yang kita ceburi.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para

penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 bagi Jabatan

Perikanan Malaysia. Adalah menjadi harapan saya agar kecemerlangan

ini akan dapat terus dikekalkan dan menjadi pendorong untuk kejayaan

lain yang lebih besar pada masa akan datang.

Sekian.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

Hotel Paling Tinggi Di Dunia

Hotel Hong Kong Ritz Carlton adalah hotel

yang paling tinggi di dunia. Hotel yang baru

memulakan operasi pada 29 Mac 2011 ini

adalah setinggi 1,600 kaki dan mempunyai 312

bilik. Ia ditempatkan di tingkat 102 hingga

tingkat 118 bangunan Sun Hung Kai Properties

yang terletak di West Kowloon, Hong Kong.

The King’s Walkway: Laluan pejalan kaki palingbahaya di dunia

The King’s Walkway boleh dianggap satu daripada laluan pejalan kaki yang

paling bahaya di dunia. Ia terletak di El Chorro dekat Alora di Malaga,

Sepanyol. Laluan pejalan kaki ini adalah satu meter lebar dan berkedudukan

100 meter di atas aras sungai. Ia adalah konkrit yang dibina di atas rel keluli

yang disokong oleh tiang penyangga pada kira-kira 45 darjah dari dinding

gunung.

The Great Blue Hole of Belize: Lubang di lautanterdalam di dunia

Jika anda datang ke Belize, anda mesti melawat Great Blue Hole, yang

dipercayai lubang di dalam lautan terbesar di dunia. Ia terletak berhampiran

Lighthouse Reef, iaitu pulau kecil 70 kilometer dari tanah besar dan bandaraya

Belize. Lubang bulat terbentuk lebih 300 meter lebar dan 124 meter dalam. Ia

terbentuk pada empat peringkat apabila paras laut jauh lebih rendah. Maklumat

menunjukkan bahawa peringkat pembentukan Great Blue Hole ini berlaku pada

lebih 153,000 tahun, 66,000 tahun, 60,000 tahun dan 15,000 tahun yang lalu.

Tahukah Tahukah Anda ?Tahukah Tahukah Anda ?Anda ?Tahukah Anda ?Anda ?Tahukah Anda ?

(bersambung dari muka surat 1)

Page 5: Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2011

Tajuk : Garis Panduan Bagi Pemberian Insentif Di Bawah Polisi Laluan Hijau.

Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenaiinsentif yang disediakan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)yang berinovatif berkaitan pemberian insentif tersebut di bawah PolisiLaluan Hijau (PLH) atau Green Lane Policy.

Tarikh : 6 Jun 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011

Tajuk : Kontrak Sistem Panel Bagi Perolehan Bekalan dan Pengiriman Tilam danBantal Jenis ‘High Resilient Foam’ di Semenanjung Malaysia.

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkanmengenai kontrak sistem panel bagi perolehan bekalan dan pengirimantilam dan bantal jenis ‘High Resilient Foam’ kepada semua agensiKerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 8 Jun 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2011

Tajuk : Kontrak Sistem Panel Bagi Perolehan Mereka Bentuk, Membuat,Menghantar, Mamasang dan Menyusun Perabot Logam di SemenanjungMalaysia.

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkanmengenai kontrak sistem panel bagi perolehan mereka bentuk, membuat,menghantar, memasang dan menyusun perabot logam kepada semuaagensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 26 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iv) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2011

Tajuk : Kontrak Sistem Panel Bagi Perolehan Pembekalan, Pemasangan danPenyenggaraan Integrated Light and Sound System (ILSS) Bagi KenderaanKerajaan.

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkanmengenai kontrak sistem panel bagi perolehan pembekalan, pemasangandan penyenggaraan Integrated Light and Sound System (ILSS) bagikenderaan Kerajaan.

Tarikh : 26 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

v) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2011

Tajuk : Pindaan Ke Atas Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004.

Tujuan : Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyelaraskan PekelilingPerbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2004 berkenaan penjenisan kod bagi hasildan perbelanjaan dan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007berkenaan tatacara Pengurusan aset alih Kerajaan berhubung hadpembelian RM500 di bawah objek sebagai 27000.

Tarikh : 19 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

vi) Surat Arahan Perbendaharaan

Tajuk : Pemansuhan Kontrak Pusat Bagi Item Senggaraan dan Bekalan Alat GantiJentera Berat Jenama Komatsu, Case Backhoe Loader dan Bomag KepadaSemua Agansi Kerjaan di Seluruh Semenanjung Malaysia.

Tujuan : Surat Arahan Perbendaharaan ini bertujuan menyemak semula kaedahperolehan bagi item senggaraan dan bekalan alat ganti jentera berat jenamaKomatsu, Case Backhoe Loader dan Bomag yang dilaksanakan secaraKontrak Pusat melalui Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) Bil. 7 Tahun2008 dan memutuskan supaya item berkenaan dikeluarkan dari KontrakPusat mulai 1 Mei 2011. Sehubungan dengan itu, perolehan bagi item di atasakan dilaksanakan oleh semua agensi Kerajaan mengikut tatacara perolehansemasa yang sedang berkuat kuasa.

Tarikh : 30 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

DARIPERBENDAHARAAN

DARIPERBENDAHARAAN

i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011

Tajuk : Peraturan Bayaran Balik Letak Kenderaan.

Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan

Kerajaan bagi menambah baik syarat dan peraturan kemudahan

bayaran balik letak kereta yang berkuatkuasa selaras dengan hasrat

Kerajaan untuk sentiasa menambah baik dan mempermudahkan

pelaksanaan dasar, syarat dan peraturan.

Tarikh : 29 Jun 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Surat Edaran

Tajuk : Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan dan Pemansuhan

Jawatan Kosong di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan

dan Badan Berkanun Negeri.

Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet

Perjawatan dan Gaji Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Y.A.B.

Perdana Menteri pada 6 Mei 2011 telah bersetuju supaya semua

jawatan kosong dimansuhkan berkuatkuasa 1 Jun 2011.

Tarikh : 20 Mei 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Edaran

Tajuk : Surat Akuan Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan Bagi Pegawai Yang

Berkhidmat Dalam Sektor Awam.

Tujuan : Untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap

Pengaduan Awam Bil. 1/2011 pada 1 Mac 2011 telah membincangkan

kertas cadangan bagi mengatasi masalah kutipan bayaran balik

pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Tarikh : 3 Jun 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran

Tajuk : Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Perhimpunan Haram Atau

Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara.

Tujuan : Untuk memaklumkan bahawa pegawai awam tidak boleh melibatkan diri

dalam perhimpunan haram atau sebarang gerakan yang boleh

mengancam keselamatan negara dan tidak melanggar Peraturan 4(1)

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tarikh : 30 Jun 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

i) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2011

Tajuk : Pelaksanaan Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan

“Standard Accounting System For Government Agencies” (SAGA).

Tujuan : Pekeliling ini bertujuan memberi garis panduan pelaksanaan dan

pemantauan Standard Accounting System for Government Agenciesatau ringkasnya SAGA di agensi Kerajaan.

Tarikh : 9 Mac 2011

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.mampu.gov.my

Dari MAMPUDari MAMPU

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

5

Page 6: Amanat Ketua Pengarah Perikanan - dof.gov.my · cemerlang dalam membangunkan sektor perikanan secara amnya. Semoga penganugerahan ini juga dapat menyemarakkan lagi semangat semua

Membantu Menangani Darah Tinggi - Hypertension

6

PETUA KESIHATAN

Mari berkongsi bagaimana anda boleh menggunakan

kalium (potassium) untuk menurunkan tekanan darah

secara ‘natural’.

Salah satu nutrien paling penting untuk badan anda dalam

menangani dan merawat tekanan darah tinggi ialah kalium

(potassium). Anda mungkin telah mengetahui bahawa

pisang adalah kaya dengan kalium, walaupun anda

sebenarnya tidak tahu apa itu kalium dan bagaimana ia

berfungsi untuk badan.

Kalium adalah unsur nutrien yang diperlukan oleh badan.

Ia membolehkan pengecutan otot-otot dan membantu

penghantaran impulse saraf ke seluruh badan. Kalium juga

membantu pengumuhan bahan buangan badan. Walau

bagaimanapun, jika terdapat terlalu banyak natrium, badan

tidak dapat menggunakan kalium bagi menjalankan

tugasnya seperti sepatutnya. Walaupun anda memiliki

cukup kalium, tetapi terlebih natrium, anda akan terlepas

kesan-kesan yang menyihatkan dari kalium. Tambahan

pula anda memakan diuretik yang mengeluarkan kalium

bersama-sama natrium dari badan, menjadikan badan

lebih defisit daripada keadaan sebelumnya.

Penyelidikan di Duke mendapati bahawa manambah

kalium menurunkan tekanan darah sehingga sebanyak 20

mata ke atas orang yang berisiko tinggi dalam kumpulan

darah tinggi. Kajian-kajian lain mendapati penurunan

sekitar empat mata bagi tekanan sistolik dan dua mata bagi

tekanan distolik, kurang lebih separuh penurunan yang

dilihat apabila menggunakan ubat-ubat darah tinggi.

Walaupun anda dapat menambah kalium dari preskripsi

doktor dan ahli farmasi, cara lebih baik atau paling baik

adalah mendapatkan kalium dari diet harian anda. Kajian-

kajian terbaharu telah membuktikan bahawa jenis kalium

yang terdapat dalam makanan adalah sama dengan

suplemen dari klinik dan farmasi.

Keperluan harian yang dibenarkan bagi kalium ialah

4,700mg. Berikut adalah beberapa makanan yang tinggi

dengan kalium:-

Makanan Yang Saiz Kalium

Kaya Kalium Hidangan (mg)

Aprikot kering 5 biji 407

Pisang mentah 1 cawan 594

Kurma kering 5 biji 271

Tembikai 1 cawan 461

Oren 1 biji 237

Prun kering 1 cawan 828

Kismis 1 cawan 1,089

Bayam dimasak 1 cawan 839

Galian dan Tekanan Darah TinggiTekanan darah secara langsung dikawal dan dipengaruhi

oleh kalsium, magnesium, natrium dan kalium. Terdapat

lapisan otot di sekeliling dinding dalam arteri. Otot dinding

ini berupaya relaks dan mengecut. Bila ia mengecut,

tekanan darah akan naik. Ini adalah tindak balas

biasa kepada stress atau tekanan yang membantu

mengeluarkan glukos dari darah ke dalam sel-sel. Walau

bagaimanapun jika urat (arteri) darah berkenaan telah

separa tersumbat, kesannya ialah tekanan darah akan

tinggi atau jika tersumbat sepenuhnya, akan

mengakibatkan serangan jantung atau strok. Ketegangan

arteri ini dikawal oleh perbezaan elektrikal dikenali juga

sebagai perbezaan elektrolitik galian dalam dan luar

dinding sel otot.

Galian kalsium, magnesium dan kalium merehatkan arteri.

Namun, natrium mengecutkannya. Jika tiga galian ini

diberikan berasingan, akan menurunkan tekanan darah

dengan signifikan. Begitu juga mengelak dari mengambil

natrium mengakibatkan kesan yang sama. Kesan setiap

satu galian adalah kurang dibandingkan dengan ubat-ubat

darah tinggi. Bagaimanapun jika pengambilan kalsium,

magnesium dan kalium ditingkatkan bersama-sama

dengan mengelakkan mengambil natrium, tekanan darah

akan menurun dengan dramatik dalam beberapa hari

sahaja sama seperti kesan ubat tetapi tanpa sebarang

kesan sampingan.

Natrium mudah dielakkan dengan tidak menambah garam

dalam makanan dan tidak memakan makanan yang telah

digaramkan. Sumber-sumber kalsium dan magnesium

terdiri dari bijirin (lenga dan biji bunga matahari) dan

kekacang (badam) sementara buah-buahan kaya dengan

kalium. Susu lembu walaupun mengandungi kalsium yang

tinggi adalah sumber magnesium yang terlalu rendah. Di

antara ketiga galian ini, magnesium adalah yang selalu

tidak mencukupi dan dengan itu menambah 500mg kedua-

duanya kalsium dan magnesium amat digalakkan

sekiranya seseorang mengidap penyakit darah tinggi.

Magnesium juga membantu jantung berfungsi pada tahap

optimal dan akan mengurangkan risiko penyakit jantung.