21952149 kemahiran ingat sifir melalui operasi darab dan bahagi
DESCRIPTION
sifirTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN
KEMAHIRAN INGAT SIFIR MELALUI OPERASI DARAB DAN BAHAGI
DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN EMPAT DAN TAHUN LIMA
MOHD FAIZUL HAFIZ BIN A. RAZAK( PPPS DG 41 )
JULAI 2009
1
1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Selepas semua murid tahun empat dan tahun lima menduduki Ujian Pengesanan 1
( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April 2009, penulis berasa dukacita
dan terkejut kerana semua soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi dalam Matematik
Kertas 1 dan Kertas 2 tidak dijawab dan jawapan yang diberikan adalah salah oleh murid-murid
tersebut. Impaknya, peratus lulus Matematik tahun empat dan tahun lima dalam ujian tersebut
ialah masing-masing 33 % dan 75 %. Penulis telah mengambil langkah segera dalam
permasalahan ini dengan berjumpa murid-murid tersebut pada sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berikutnya. Kelemahan yang saya peroleh ialah murid-murid tidak menghafal sifir
sepenuhnya.
Penulis memandang serius kelemahan-kelemahan tersebut dan berusaha untuk
menyelesaikan masalah melalui kajian tindakan saya yang bertajuk “ Meningkatkan Kemahiran
Ingat Sifir Melalui Operasi Darab Dan Bahagi Dalam Kalangan Murid-Murid Tahun Empat Dan
Tahun Lima ”.
2.0. ISU KEPRIHATINAN
Setelah penulis mendapati murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak dapat
menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan operasi bahagi, saya telah berusaha untuk
menyelesaikan masalah tersebut melalui kajian tindakan penulis pada tahun 2009.
Kajian tindakan penulis pada tahun ini memberi fokus kepada peringkat pertama iaitu
meningkatkan kemahiran ingat sifir dan diteruskan dengan peringkat kedua iaitu menyelesaikan
soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
2
3.0. OBJEKTIF
Objektif Umum :
Pada akhir kajian tindakan ini, akan dapat :
1. meningkatkan peratus lulus Matematik dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
( UPSR ).
Objektif Khusus :
Pada akhir kajian tindakan ini, murid-murid akan dapat :
1. menyampaikan secara lisan sifir 2 hingga sifir 12 dengan baik dan lancar di hadapan guru
Matematik.
2. menjawab 8 daripada 10 soalan operasi darab yang diberikan dengan betul.
3. menjawab 8 daripada 10 operasi bahagi yang diberikan dengan betul.
4.0. KUMPULAN SASARAN
Kajian tindakan ini menggunakan sampel kajian seramai tujuh orang yang terdiri
daripada murid-murid tahun empat dan tahun lima Sekolah Kebangsaan Sungai Durian, 36000
Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.
Jadual 1 : Bilangan Murid Mengikut Kelas dan Jantina
Kelas Bilangan Murid ( Orang )Lelaki Perempuan Jumlah
4 Bestari 2 1 35 Usaha 4 0 4Jumlah 6 1 7
( Sumber : Sistem Maklumat Murid SK Sungai Durian )
5.0. PELAKSANAAN KAJIAN
3
5.1. Tinjauan Masalah
Sebelum kajian tindakan ini dijalankan, penulis telah membuat tinjauan dan mengenal
pasti masalah melalui keputusan Ujian Pengesanan 1 ( Bulan April ) yang telah diadakan pada 31
Mac hingga 2 April 2009. Keseluruhannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima :
i. tidak menjawab langsung soalan operasi darab dan bahagi.
ii. tidak menjawab sebahagian soalan operasi darab dan bahagi.
iii. menjawab salah soalan operasi darab dan bahagi.
Selain itu, melalui sesi temu bual yang telah dijalankan, penulis mendapati murid-murid
tahun empat dan tahun lima tidak lancar dalam sifir 2 hingga sifir 12. Ini diperkukuh lagi dengan
soalan sifir diajukan secara rawak dalam tahun empat dan tahun lima.
5.2. Analisis Masalah
Hasil daripada tinjauan masalah tersebut, beberapa jadual di bina untuk menunjukkan
dapatan kajian dalam kajian tindakan ini.
Jadual 2 : Bilangan Murid Yang Menjawab Soalan Operasi Darab Dan Bahagi
Soalan Operasi Bilangan Murid Yang MenjawabBetul
( 8 dan ke atas )Salah
( 5 dan ke atas )1 hingga 10 Darab 2 511 hingga 20 Bahagi 1 6
( Sumber : Latih Tubi Darab dan Bahagi )
Rumusan daripada jadual 2 yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menjawab
salah soalan darab lebih banyak daripada bilangan murid yang menjawab betul. Seramai 2 orang
sahaja yang menjawab betul dan selebihnya seramai 5 orang telah menjawab salah. Ini
menunjukkan hanya 28 % sahaja murid yang menjawab betul bagi soalan darab. Manakala bagi
4
soalan bahagi hanya seorang sahaja yang menjawab betul dan 6 orang lagi menjawab salah. Ini
menunjukkan hanya 14 % sahaja murid yang menjawab betul.
Kenyataan yang di atas telah dikukuhkan lagi dengan analisis soal selidik yang telah
penulis jalankan. Analisis tersebut adalah seperti yang berikut.
Jadual 3 : Bilangan Murid Bersetuju Dengan Kenyataan Yang Berkaitan Matematik
Soalan Bilangan Murid Yang Bersetuju
1. Saya meminati mata pelajaran Matematik. 3 orang2. Saya suka guru Matematik saya. 7 orang3. Guru Matematik saya mengajar dengan jelas. 7 orang4. Guru Matematik saya memberikan latihan yang mencukupi. 7 orang5. Guru Matematik saya sering menyuruh saya menghafal sifir.
7 orang
6. Saya telah menghafal sifir 2 hingga sifir 4. 5 orang7. Saya telah menghafal sifir 5 hingga sifir 9. 3 orang8. Saya telah menghafal sifir 10 hingga sifir 12. 0 orang9. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara lisan.
4 orang
10. Saya boleh menyelesaikan soalan darab satu digit secara lazim.
6 orang
11. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara lisan.
1 orang
12. Saya boleh menyelesaikan soalan darab dua digit secara lazim.
4 orang
13. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara lisan.
4 orang
14. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi satu digit secara lazim.
5 orang
15. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara lisan.
1 orang
16. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi dua digit secara lazim.
5 orang
17. Saya boleh menyelesaikan soalan darab lebih daripada dua digit secara lisan dan lazim.
0 orang
18. Saya boleh menyelesaikan soalan bahagi lebih daripada dua digit secara lisan dan lazim.
2 orang
19. Saya sering bertanya dengan guru jika saya tidak faham 6 orang
5
soalan darab dan bahagi.20. Saya sering membuat latihan tambahan di rumah. 4 orang21. Saya sering bertanya ahli keluarga saya jika saya tidak faham soalan darab dan bahagi.
7 orang
22. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa Inggeris.
2 orang
23. Saya senang faham jika guru saya mengajar dalam Bahasa Melayu.
7 orang
24. Skim Baucer Tuisyen ( SBT ) dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik saya.
7 orang
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 )
Rumusan daripada jadual yang di atas jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan
tahun lima tidak menguasai sepenuhnya sifir dua hingga sifir 12. Ini dibuktikan dengan purata
bilangan murid yang bersetuju dengan soalan 6 hingga soalan 8 adalah seramai dua orang murid
sahaja. Kesannya, hanya purata seramai tiga orang murid sahaja yang berjaya menguasai
menjawab soalan darab dan bahagi dalam pelbagai bentuk soalan.
Penyataan masalah ini saya kukuhkan lagi dengan analisis Uji Sifir yang telah diadakan.
Penulis menganalisis Uji Sifir tersebut dalam bentuk catatan minit. Analisis adalah seperti yang
di sebelah.
Jadual 4 : Bilangan Murid Yang Menjawab Uji Sifir Mengikut Catatan Minit
Catatan Minit Bilangan Murid 1 hingga 10 minit 0 orang11 hingga 20 minit 0 orang21 hingga 30 minit 1 orang31 hingga 40 minit 0 orang41 minit dan lebih 6 orang
6
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 )
Rumusannya, murid-murid tahun empat dan tahun lima belum lagi menguasai sifir untuk
menjawab soalan operasi darab yang telah diuji melalui program Uji Sifir yang dijalankan.
Seramai seorang murid sahaja yang dapat menjawab dalam tempoh 30 minit. Ini tidak relevan
dengan jumlah soalan yang diberikan iaitu sebanyak 10 soalan sahaja.
Masalah ini dapat dikukuhkan buktinya melalui satu program Hafal Sifir yang dianjurkan
oleh pihak panitia. Keputusan murid yang dapat menguasai setiap sifir dipamerkan seperti yang
berikut.
Jadual 5 : Bilangan Murid Yang Menghafal Sifir Dua Hingga Sifir 12
Sifir Bilangan MuridSifir 2 7 orangSifir 3 7 orang
Sifir 4 5 orang
Sifir 5 5 orang
Sifir 6 3 orang
Sifir 7 3 orang
Sifir 8 3 orang
Sifir 9 2 orang
Sifir 10 2 orang
Sifir 11 1 orang
Sifir 12 1 orang
( Sumber : Fail Panitia Matematik SK Sungai Durian )
Rumusan daripada jadual yang di atas menunjukkan bilangan murid yang menghafal sifir
semakin menurun. Penguasaan semua murid dalam sifir hanya dalam sifir dua dan sifir tiga
sahaja. Manakala dalam sifir empat dan sifir lima masing-masing hanya lima orang dan sifir
7
enam hingga sifir lapan hanya tiga orang sahaja. Sifir Sembilan hingga sifir 12 hanya dua dan
tiga orang sahaja. Ini jelas menunjukkan murid-murid masih belum menguasai semua sifir.
Hasil daripada pengumpulan semua data analisis yang diperoleh daripada pelbagai
sumber jelas menunjukkan murid-murid tahun empat dan tahun lima tidak menguasai sifir dan
sekaligus menyebabkan mereka tidak menguasai menjawab soalan yang melibatkan operasi
darab dan bahagi.
5.3. Tindakan Yang Dijalankan
Setelah meneliti dan menganalisis masalah yang dikaji, dua kaedah tindakan telah dan
akan dijalankan. Kaedah tindakan yang dijalankan ialah adalah :-
5.3.1. Pembinaan Rumah Sifir
Setiap kali sebelum menjawab soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi, penulis
akan meminta semua murid tahun empat dan tahun lima membina rumah sifir.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 122 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 243 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 364 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 485 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 606 12 18 24 30 36 42 48 54 60 66 72
8
7 14 21 28 35 42 49 56 63 70 77 848 16 24 32 40 48 56 64 72 80 88 969 18 27 36 45 54 63 72 81 90 99 10810 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 12011 22 33 44 55 66 77 88 99 110 121 13212 24 36 48 60 72 84 96 108 120 132 144
5.3.2. Ujian Pra.
Ujian Pra Sifir akan diadakan sebelum program Hafal Sifir dijalankan. Ia bertujuan untuk
menguji tahap kemampuan seseorang murid menguasai sifir 2 hingga sifir 12. Sebanyak 10
soalan yang melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi.
Selepas keputusan ujian tersebut diperolehi, program Hafal Sifir dijalankan setiap subjek
Matematik. 10 minit pertama akan digunakan untuk hafal sifir. Tempoh masa yang digunakan
untuk program Hafal Sifir ialah selama 4 minggu sebelum Ujian Post dijalankan dengan
menggunakan soalan yang sama dengan Ujian Pra.
5.3.3. Ujian Post
Ujian Post diadakan selepas program Hafal Sifir dijalankan. Sebanyak 10 soalan yang
melibatkan operasi darab dan 10 soalan yang melibatkan operasi bahagi. Keputusannya adalah
seperti yang di bawah.
Jadual 6 ( I ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Betul Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi
Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab BetulUjian Pra Ujian Post Beza
Bil. % Bil. % Bil. %1 hingga 10 Darab 2 29 4 57 2 28
11 hingga 20 Bahagi 1 14 4 57 2 43
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 )
Jadual 6 ( II ) : Perbandingan Bilangan Murid Yang Menjawab Salah9
Dalam Soalan Operasi Darab dan Bahagi
Soalan Operasi Bilangan Murid Yang Menjawab SalahUjian Pra Ujian Post Beza
Bil. % Bil. % Bil. %1 hingga 10 Darab 5 71 3 43 2 28
11 hingga 20 Bahagi 6 86 3 43 3 43
( Sumber : Fail Kajian Tindakan 2009 )
Walaupun keputusannya tidak memberangsangkan tetapi terdapat peningkatan dalam
kedua-dua operasi yang dijalankan. Dalam operasi darab, bilangan murid yang menjawab betul
dalam Ujian Pra hanya 2 orang sahaja atau 29 % manakala bilangan murid yang menjawab salah
dalam Ujian Pra ialah 5 orang atau 71 %.
Dalam operasi bahagi pula, bilangan murid yang menjawab betul dalam Ujian Pra hanya
1 orang sahaja atau 14 % manakala bilangan murid yang menjawab salah dalam Ujian Pra ialah 6
orang atau 86 %.
Walaubagaimanapun, selepas Ujian Pra dijalankan, penulis telah mengambil langkah
untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil masa 10 minit masa pertama untuk menghafal
dan membaca sifir 2 hingga sifir 12 selama 4 minggu. Kemudian, Ujian Post akan dijalankan.
Hasilnya, berlaku peningkatan dalam murid yang menjawab betul dan berlaku penurunan
dalam bilangan murid yang menjawab salah. Dalam operasi darab, peratus murid yang menjawab
betul meningkat sebanyak 28 % atau seramai 4 orang atau 57 %. Manakala peratus murid yang
menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang atau 43 %. Dalam operasi bahagi,
peratus murid yang menjawab betul meningkat sebanyak 43 % atau seramai 4 orang atau 57 %.
Manakala peratus murid yang menjawab salah menurun sebanyak 28 % atau seramai 3 orang
atau 43 %.
10
5.4. Refleksi
Hasil kajian tindakan yang telah penulis jalankan, kekuatan-kekuatan yang dapat
ditunjukkan oleh guru Matematik ialah :-
i. guru Matematik telah mengajar dengan jelas dan terang.
ii. guru Matematik telah memberi latihan yang secukupnya kepada murid-murid.
iii. guru Matematik sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menghafal sifir.
Kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan oleh murid-murid ialah :-
i. murid-murid tidak menghafal sifir.
ii. murid-murid tidak memahami konsep darab dan bahagi.
iii. Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.
Bagi mengatasi semua kelemahan yang diperoleh, penulis telah mengambil masa 2 bulan untuk
menyelesaikan masalah tersebut seperti yang telah dijelaskan dalam para 5 : Pelaksanaan Kajian.
6. CADANGAN UNTUK TINDAKAN YANG SETERUSNYA
Penulis mencadangakan untuk tindakan yang seterusnya ialah :-
i. mengadakan program Mentor Mentee Matematik. Semasa perjumpaan bersama-sama
murid dan mentor, satu sifir mesti dihafal dan dapat disampaikan dengan lancar di hadapan
mentor.
ii. Latih Tubi soalan asas operasi seperti tambah, tolak, darab dan bahagi setiap 2 minggu
sekali dalam masa Matematik.
11
iii. Kajian dalam aspek-aspek lain dalam bidang Matematik perlu diperluas sama ada oleh
guru akademik biasa atau guru cemerlang Matematik dan dibentangkan di hadapan semua guru
Matematik.
7. BIBLIOGRAFI
Azli Bin Abdul Kadir ( 2004 ), Kajian Tindakan ‘ Mengatasi Kelemahan Murid Dalam
Menguasai Soalan Pecahan ’, Teluk Intan : Sekolah Kebangsaan Sungai Durian.
Lee Gik Lean, Rabiyah Binti Fakir Mohd dan Wan Yusof Bin Wan Ngah ( 2005 ), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 5, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzita Binti Puteh, Mohamad Khairuddi Bin Yahya dan Santi Periasamy ( 2006 ), Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah –KBSR : Mathematics Teacher’s Guidebook Year 4, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Pengembangan Kurikulum, ( 2008 ), Soalan Kemahiran Mengira Program Pemulihan 3M
– PROTIM, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
12
LAMPIRAN
13