217656137-rekabentuk-produk-untuk-pasaran.ppt

39
PENGENALAN FASA REKABENTUK REKABENTUK UNTUK PASARAN Kajian Pasaran Rekabentuk Konsep Pemilihan Rekabentuk Bentuk Reka Bentuk Terperinci Penghasilan Produk Analisis Produk Rekabentuk produk pengguna adalah suatu aktiviti pengeluaran dan penciptaan produk bagi memenuhi kehendak dan juga keperluan manusia. Rekabentuk produk yang dikeluarkan akan menentukan hala tuju sesebuah syarikat atau organisasi pengeluar sesuatu produk. Sebelum sesuatu produk dikeluarkan adalah amat penting untuk pengeluar mengetahui ciri- ciri penting yang perlu ada pada produk tersebut . Selain itu rekabentuk juga merupakan suatu aktiviti penyelesaian masalah yang bersistem untuk memenuhi keperluan manusia. Aktiviti rekabentuk memerlukan daya kretiviti dan inovasi untuk menghasilkan sesuatu produk baru atau menambahkan nilai pada produk sedia ada. Selaras dengan peningkatan taraf hidup manusia hari ini, kita dapati keperluan manusia dalam pelbagai bidang turut berubah. 1.0 PENGENALAN . 1/ 3

Upload: ahmad-ariffin

Post on 16-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Slide 1Rekabentuk produk pengguna adalah suatu aktiviti pengeluaran dan penciptaan produk bagi memenuhi kehendak dan juga keperluan manusia. Rekabentuk produk yang dikeluarkan akan menentukan hala tuju sesebuah syarikat atau organisasi pengeluar sesuatu produk. Sebelum sesuatu produk dikeluarkan adalah amat penting untuk pengeluar mengetahui ciri-ciri penting yang perlu ada pada produk tersebut .
Selain itu rekabentuk juga merupakan suatu aktiviti penyelesaian masalah yang bersistem untuk memenuhi keperluan manusia. Aktiviti rekabentuk memerlukan daya kretiviti dan inovasi untuk menghasilkan sesuatu produk baru atau menambahkan nilai pada produk sedia ada. Selaras dengan peningkatan taraf hidup manusia hari ini, kita dapati keperluan manusia dalam pelbagai bidang turut berubah.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan, rekabentuk adalah perancangan ataupun corak, bentuk dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu produk sama ada binaan atau sebagainya.
Ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, perolehan, digunakan dan yang mampu memberi kepuasan kepada sesuatu keperluan atau kehendak. Ia termasuk objek fizikal, perkhidmatan, perseorangan, tempat, organisasi dan idea atau percampuran kesemuanya.
2/3
.
Ialah setiap orang yang mendapatkan produk atau perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Kita sebagai individu adalah pengguna kerana apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk produk atau perkhidmatan.
3/3
PENGENALAN
Penyelidikan dan analisis pasaran dilakukan untuk menentukan sama ada produk yang baru direkabentuk atau dicipta benar-benar diperlukan oleh masyarakat berdasarkan aspek permintaan dan membolehkan anggaran jumlah yang mungkin diminta pada harga-harga tertentu. Ini kerana jika tidak ada apa-apa permintaan adalah mustahil untuk berbincang tentang keuntungan. Antara unsur yang perlu diambil kira dalam aspek ini adalah:
Menentukan jumlah permintaan.
2.0 FASA PROSES REKABENTUK
Analisis pasaran biasanya dilakukan terlebih dahulu sebelum kajian kemungkinan secara menyeluruh dilakukan. Parameter dan angkubah ini sangat penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu projek.
Tujuan kajian pasaran adalah untuk menentukan:
 
Saiz, sifat dan pertumbuhan dalam jumlah permintaan bagi produk berkenaan.
Keadaan penawaran bekalan dan jenis persaingan yang dihadapi.
Pengelasan/penjelasan bekalan dan jenis persaingan yang dihadapi.
Faktor-faktor pelbagai yang mempengaruhi pasaran.
Program pemasaran yang sesuai bagi keluaran tersebut.
PENGENALAN
2.1.2 Aspek Permintaan
Analisis permintaan dibuat untuk mengenalpasti keperluan pengguna dan menentukan sama ada mereka berupaya serta sanggup membayar dan membeli barangan yang bakal dihasilkan.
Untuk itu saiz, jenis dan pertambahan permintaan keseluruhan sesuatu barangan boleh ditentukan seperti berikut:
Siapa dan di manakah pasarannya?
Bahagikan pasaran mengikut jenis, bentuk, penggunaan, klasifikasi pendapatan,lokasi dan umur pengguna. Cara membahagikan pasaran adalah bergantung kepada jenis produk yang dicadangkan untuk dikeluarkan.
1/2
PENGENALAN
Berapakah jumlah permintaan dalam negeri bergantung kepada pengalaman yang lalu?
Adakah terdapat pasaran antarabangsa? Jika ada tentukan permintaan pada masa lalu.
Menilai corak perkembangan permintaan pada masa lalu dan anggarkan permintaan untuk masa hadapan dengan cara menggunakan kaedah-kaedah unjuran yang sesuai.
PENGENALAN
2.1.3.1 Produk Pengguna
Produk pengguna ialah produk yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi. Produk mudah beli bermaksud pengguna membeli secara kerap dan segera.
Contohnya membeli barang keperluan harian seperti gula, minyak dan lain-lain. Barangan ini biasanya berharga murah dan diletakkan ditempat yang mudah untuk di ambil oleh pengguna.
1/4
PENGENALAN
2.1.3.1 Produk Pengguna
Produk membeli-belah ialah produk pengguna di mana seseorang akan membuat proses mencari dan membeli maklumat dengan membuat perbandingan ciri-ciri produk berasakan faktor-faktor kualiti, harga, kesesuaian dan gaya. Pengguna berusaha mengumpul maklumat berkenaan sesuatu produk.
2/4
PENGENALAN
2.1.3.1 Produk Pengguna
Produk istimewa adalah produk pengguna yang menpunyai ciri-ciri unik atau berjenama di mana kumpulan pembeli sedia berusaha untuk membeli produk istimewa ini.
Contohnya pembelian tayar, kereta berjenama dan tempahan pakaian. Pembeli jarang membuat perbandingan produk istimewa sebaliknya berusaha mencari kedai yang menawarkan produk istimewa.
3/4
PENGENALAN
2.1.3.1 Produk Pengguna
Produk tidak dicari tergolong dalam produk pengguna yang kurang mendapat perhatian.
Contohnya pembelian paeralatan air dan pembelian insuran. Kebanyakan inovasi produk baru ini tidak dicari sehingga pengguna mengetahuinya.
4/4
PENGENALAN
2.1.3.2 Produk Industri
Merupakan produk yang dibeli oleh individu dan organisasi untuk pemprosesan atau digunakan untuk menjalankan perniagaan. Antara kumpulan produk industri ialah:
Bahan dan komponen di mana kebanyakannya dijual secara terus kepada pengguna industri.
Barangan modal ialah produk keperluan pengeluar atau operasi termasuk pemasangan dan aksesori peralatan pembeli.
Bekalan dan perkhidmatan biasanya untuk kerja pembaikan atau penyelenggaraan dan dibejkalkan secara kontrak.
PENGENALAN
2.1.3.3 Kajian Harga
Kajian harga dijalankan untuk menentukan harga jualan bagi produk yang serupa dan barangan gantian. Selain itu, harga barang-barang ini ditentukan pada masa lalu (termasuk lingkungan dan turun-naik harga) dan faktor-faktor yang akan mempengaruhi turun-naik harga sepanjang masa dapat ditentukan. Terdapat juga kesan perubahan harga terhadap permintaan dan membolehkan harga jualan barangan yang berkenaan dapat ditentukan.
PENGENALAN
Permintaan mungkin dipengaruhi secara langsung oleh pertambahan penduduk.
Perubahan pendapatan, citarasa, pembangunan luar bandar dan harga keluaran.
Barangan gantian dan sampingan, dan teknik-teknik pasaran seperti pengiklanan.
Promosi dan dasar-dasar kredit.
Perkembangan teknologi.
PENGENALAN
Aspek terakhir dalam kajian pasaran perlu ada program pemasaran yang komprehensif seperti berikut:
Tentukan jenis program pemasaran yang biasa terdapat dalam industri yang berkenaan dan buat ukuran ke atas keberkesanannya.
Sediakan satu pelan pemasaran yang mengenalpasti serta menentukan
matlamat pasaran, harga penjualan, pembungkusan, rangkaian
pengedaran, mekanisme pengurusan jualan dan kegiatan promosi.
Membuat rekabentuk sebuah organisasi pemasaran yang melaksanakan pelan yang ditentukan serta menentukan kos yang dibelanjakan.
PENGENALAN
Di dalam rekabentuk industri, terdapat dua perkara penting yang perlu ditekankan dalam penghasilan sesuatu produk. Perkara tersebut ialah elemen dan prinsip rekabentuk. Elemen merangkumi unsur-unsur seperti garisan, tekstur, nilai, warna,corak, ruang. Komunikasi, dan pergerakan manakala prinsip pula mengandungi perkara-perkara seperti imbangan, perkadaran, titik tumpuan, penekanan, irama, peralihan, harmoni dan kesepaduan.
Di bawah piawaian rekabentuk, produk seharusnya mengandungi keindahan dari segi garisan, warna, nisbah, atau kadar dan tekstur. Ia juga merangkumi kecekapan yang tinggi semasa beroperasi dalam keadaan yang selamat, selesa digunakan, mudah dibaiki dan diselenggara, serta ketahanan sesuatu rekabentuk.
PENGENALAN
Garisan ditakrifkan sebagai titik-titik bergerak dihasilkan dengan menggunakan alatan khas diatas satu permukaan yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Ianya mungkin berbentuk lurus atau melengkung, kelok, pendek atau panjang, kecil atau nipis, zig zag atau bengkang bengkok.
(ii) Tekstur
Tekstur merupakan ciri-ciri permukaan bahan yang terhasil melalui sentuhan atau ilusi sentuhan dan ia menghasilkan kuasa semulajadi atau menerusi unsur-unsur seni yang dimanipulasikan
PENGENALAN
(iii) Nilai
Merupakan kecerahan atau kegelapan warna atau objek. Nilai boleh berubah bersama keadaan sekeliling dimana ianya sering digunakan untuk menunjukkan ruang, kedalaman, dan perspektif dalam kerja-kerja seni. Ini akan menjadikan benda yang dicipta dapat dilihat secara tiga dimensi.
(iv) Warna
.
(vi) Ruang
.
Meliputi unsur-unsur seperti garisan, warna, tekstur, dan lain-lain yang mengandungi bentuk yang padat (solid) atau satu jasad. Ianya boleh bersama isipadu dalam tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan tinggi.
(viii) Pergerakan
Juga dikenali sebagai gerakan bagi menggambarkan unsur tindakan atau atau proses tempat perubahan atau arah, orientasi dan kedudukan melalui ilustrasi visual untuk menunjukkan tempat bermula atau berhentinya sesuatu titik, kabur tindakan sebagainya. Ia jug abukan animasi, walaupun animasi adalah produk akhir pergerakan.
PENGENALAN
(i) Imbangan
Imbangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu imbangan visual dan imbangan sebenar. Imbangan visual merujuk kepada cara penyusunan sesuatu objek apabila dilihat dengan mata. Ia dianggap sebagai pencapaian sebenar melalui menurut saiz. Berat pula merujuk berat objek dalam susunan.
Imbangan visual - merujuk kepada cara penyusunan sesuatu objek apabila dilihat dengan mata. Objek bertekstur kasar kelihatan lebih berat berbanding tekstur lembut. Objek berat pula diletakkan berhampiran asas dan terang pula ditempatkan dibahagian tepi dalam imbanagan visual.
PENGENALAN
.
Imbangan sebenar atau mekanikal merupakan susunan objek yang seimbang diatas sesuatu paksi samaada dalam keadaan statik atau dinamik. Jika imbangan mekanikal tidak tercapai, penyusunan boleh menjadi tumbang atau gagal.
(ii) Perkadaran
Objek bertekstur kasar kelihatan lebih berat berbanding tekstur lembut. Objek berat pula diletakkan berhampiran asas dan terang pula ditempatkan dibahagian tepi dalam imbangan visual. Imbangan sebenar atau mekanikal merupakan susunan objek yang seimbang diatas sesuatu paksi samaada dalam keadaan statik atau dinamik. Jika imbangan mekanikal tidak tercapai, penyusunan boleh menjadi tumbang atau gagal.
PENGENALAN
Kadar didefinasikan sebagai perbandingan diantara elemen dari segi saiz, kuantiti, dan tahap penekanan. Kadar boleh melahirkan bentuk nisbah yang ditetapkan seperti kembar sebagai besar, kemudian gelap atau kemidian lebih penting.
(iii) Titik Tumpuan
Tujuan titik tumpuan ialah untuk menarik perhatian terutamanya dalam rekabentuk mukasurat dan kerja seni. Lakaran atau lukisan memberi perhatian lebih kepada kepentingan elemen dalam mukasurat. Dua cara mencipta titik tumpuan ialah melalui penekanan kepada kontras dan penempatan.
PENGENALAN
Prinsip penekanan di dalam rekabentuk industri ialah membentuk pusat yang menarik iaitu melambangkan pengaruh dan dominan dan mementibngkan keseimbangan tema kecil supaya sentiasa menarik semua yang membentuk kombinasi permukaan yang melebihi elemen individu.
(v) Irama
Irama ialah berterusan aliran atau pergerakan perasaan yang dicapai melalui pengulangan unit visual. Ia mementingkan harmoni iaitu perasaan
PENGENALAN
Pemilihan rekabentuk produk mestilah menepati ciri-ciri rekabentuk. Ianya penting dalam menentukan sama ada sesuatu produk yang akan dihasilkan mendapat perhatian masyarakat ataupun tidak.
Antara ciri-ciri yang perlu dipatuhi oleh rekabentuk ialah fungsi, sistem mekanikal, ergonomik, keselamatan, fleksibel, kefahaman, keseimbangan, penyambungan, kesesuaian bahan, bentuk keseluruhan, nilai estetika serta masa kitaran pengeluaran.
PENGENALAN
Ia adalah kebolehan produk berfungsi termasuklah keseluruhan, keboleharapan, ketepatan, kesenangan beroperasi dan baikpulih. Tahap kualiti mestilah diutamakan bagi menentukan produk dapat berfungsi dngan baik dan berkesan. Kualiti sesuatu produk juga bermakna kualiti berdasarkan prestasi yang konsisten dan matlamat kualiti secara menyeluruh ialah pembaikan nilai pelanggan yang berterusan.
PENGENALAN
Produk yang bergantung sepenuhnya kepada sistem mekanikal mestilah mempunyai satu sistem yang mengikut urutan yang lancar dan berkesan. Biasanya ia perlu digerakkan dahulu menggunakan tenaga manusia dan ianya berbeza-beza memerlukan penggunaan peralatan sistem mekanikal yang bersesuaian. Produk-produk yang menggunakan sistem mekanikal lebih banyak berada di pasaran pada masa ini.
PENGENALAN
2.3.4 Keselamatan
Keselamatan sesuatu produk ialah sesuatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kecederaan dan kehilangan nyawa. Produk yang dicipta perlu menekankan aspek keselamatan pengguna bagi memastikan pengguna dapat menggunakan produk dengan selamat.
PENGENALAN
Penghasilan Produk
Analisis Produk
2.3.5 Fleksibel
Fleksiblel ialah produk yang direka boleh digunakan dalam semua keadaan ataupun pelbagai tujuan. Setiap produk yang fungsinya fleksiblel akan mendapat perhatian dan pilihan kepada pengguna ia dapat memberi banyak manfaat.
2.3.6 Kefahaman
Penting kepada pelanggan untuk mengenalpasti keperluan yang boleh digunakan ke atas produk. Setiap produk yang dikeluarkan akan disertakan dengan manual atau penerangan mengenai produk tersebut. Ianya dapat memudahkan pengguna untuk memahami serba sedikit produk yang dikeluarkan.
PENGENALAN
2.3.7 Keseimbangan
Ianya berkaitan dengan keselamatan dan kekukuhan sesuatu produk. Contohnya dalam industri pembuatan kereta, penyambungan antara bahagian dengan bahagian lain dalam pembuatan kereta haruslah kukuh. Sekiranya berlaku kemalangan, kereta yang digunakan tidak akan putus atau tercabut.
PENGENALAN
2.3.9 Kesesuaian Bahan
Bahan yang digunakan mestilah berkualiti dan memenuhi citarasa contohnya dalam pembuatan botol mineral. Pengeluar produk haruslah memikirkan bagaimana untuk menggunakan bahan yang sesuai dan selamat. Ini kerana hasil kajian mendapati bahawa penggunanaan botol mineral yang kerap boleh membawa penyakit kanser. Ini menyebabkan pengguna tidak mahu menggunakan produk tersebut.
2.3.10 Bentuk Keseluruhan
Rupa bentuk dapat membezakan produk dengan produk pesaing. Ini berkaitan dengan gaya dan fungsi produk termasuk menarik, selamat, mudah digunakan dan ergonomik untuk dibuat dan diagihkan.
PENGENALAN
Berkaitrapat dengan kecantikan semulajadi iaitu dalam kerja-kerja seni. Estetika ialah kualiti kecantikan sesuatu produk yang berupaya memberi kesan kepada perasaan dan emosi manusia. Oleh itu, perekabentu mestilah orang yang memiliki daya imaginasi yang tinggi serta kreatif dalam mempelbagaikan sesuatu rekabentuk mengikut citarasa pengguna yang berbeza dapat dipenuhi.
2.3.12 Masa Kitaran Produk
Ianya penting bagi memastikan produk yang dihasilkan dapat dikeluarkan dalam tempoh masa yang tertentu. Ianya mestilah bersesuaian dengan produk yang dihasilkan. Semakin rumit sesuatu produk maka masa yang diambil lebih lama. Pengunaan teknologi dapat menjimatkan masa kitaran produk.
PENGENALAN
Berikut adalah aspek yang perlu dalam rekabentuk perincian :
Pengoptimum prinsip;
Pengoptimum pengeluaran.
Pada peringkat penghasilan produk, konsep produk dibangunkan menjadi produk fizikal untuk memastikan idea produk dapat ditunjukkan kepada produk yang boleh diusahakan dan digunakan. Kebiasaannya, bahagian penyelidikan dan pembangunan akan membangunkan beberapa versi konsep fizikal produk dan menguji fungsi, ciri produk dan sebagainya bagi menghasilkan prototaip produk.
Prototaip bermaksud penghasilan produk mengikut saiz sebenar dan dapat berfungsi dengan baik. Ianya juga dikenali sebagai model berfungsi dan ianya perlu dibina mengikut spesifikasi konsep produk yang dipersetujui termasuklah memiliki sifat kefungsian yang ditetapkan dan mempunyai ciri yang menepati keperluan kos yang paling minimum. Prototaip yang mestilah tidak mempunyai kelemahan atau kecacatan kerana proses pembaikan dan pengujian telah dilakukan sebelum itu.
2.5 Penghasilan Produk
Pembinaan prototaip dapat dijalankan mengikut carta aliran kerja seperti berikut :
Ya/Tidak
Kemasan
Ya/Tidak
Pemasangan
Pengujian
PENGENALAN
Prototaip diuji untuk mengetahui samada ianya berfungsi atau sebaliknya. Terdapat dua kaedah untuk menguji prototaip yang telah dihasilkan iaitu :
Ujian makmal : ujian yang dilakukan di bengkel dan dalam keadaan terkawal
Ujian parameter : ujian yang dilakukan dalam situasi
sebenar di dalam atau di luar makmal
dalam keadaan tidak terkawal.
PENGENALAN
Prototaip yang berjaya merupakan prototaip yang tidak mempunyai sebarang kelemahan yang minima. Sekiranya prototaip tersebut mempunyai kelemahan setelah diuji, proses pembaikan dibuat semula pada peringkat pemasangan atau peringkat sebelumnya. Prototaip yang baik perlu mempunyai ciri seperti berikut :
Suatu produk yang dihasilkan dengan kerja tangan.
Bahan dan ukuran perlu sama seperti produk sebenar.
Mempunyai fungsi yang sama seperti produk sebenar.
Diuji dan dibaiki semula jika perlu.
PENGENALAN
Apakah tujuan dan fungsi produk?
Apakah bahagian-bahagian yang terdapat di dalam produk dan bagaimanakah ianya berfungsi?
Bagaimanakah bentuk, warna dan tekstur yang digunakan terhadap produk tersebut?
Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk tersebut?
Apakah komponen yang digunakan dalam produk tersebut?
Siapakah kumpulan sasaran untuk produk yang dihasilkan?
Apakah kelebihan produk tersebut berbanding produk yang sedia ada di pasaran?
PENGENALAN