216563071-kritikan-sosial-dalam-filem-seniman-p-ramlee.docx

5
Kritikan sosial dalam filem Seniman P Ramlee MAR 30, 2014 ZAIRIL KHIR JOHARI KOMEDI adalah salah satu tema besar, jika tidak yang paling utama, dalam karya Seniman Agung P Ramlee. Daripada Bujang Lapok (1957) sehinggalah filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi (1972), ramai dalam kalangan kita masih boleh ketawa pada adegan lucu yang sama, meskipun sudah berulang-kali menontonnya. Walaupun tidak kurang bilangan filem komedi Melayu sekarang yang cuba menyalin kembali lawak-lawak P Ramlee, namun saya pasti kita semua bersetuju bahawa P Ramlee itu tiada galang gantinya. Malam ini, sempena Festival P Ramlee Pulau Pinang 2014, Penang Institute bangga untuk menganjurkan sebuah lagi Forum Nusantara, yang kali ini bertajuk “Satira Dalam Filem Melayu.” Bagi mewacanakan unsur komedi dalam filem-filem tempatan dan P Ramlee secara khusus, kami telah mendatangkan sebagai panelis tokoh-tokoh seni tempatan seperti Hassan Mutalib, seorang pensyarah filem di UiTM serta pengasas animasi di Malaysia. Turut serta adalah Disman yang merupakan pengarah teater absurd di Kuala Lumpur, serta Abu Mamu Raja Lawak, iaitu seorang bintang yang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Pengerusi forum pada malam ini pula ialah Dr Mahyuddin Ahmad daripada USM. Kawan-kawan sekalian, Saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan soal filem tetapi sebagaimana kalian semua, saya adalah peminat filem P Ramlee. Saya melihat sesuatu yang menarik dalam karya Seniman Agung kita, termasuk filem komedi beliau, adalah kritikan sosial yang tersirat dalam jalan ceritanya. Lihat sahaja kisah dalam Bujang Lapok (1957)

Upload: muhamad-ali

Post on 19-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Kritikan sosial dalam filem Seniman P RamleeMAR 30, 2014ZAIRIL KHIR JOHARIKOMEDI adalah salah satu tema besar, jika tidak yang paling utama, dalam karya Seniman Agung P Ramlee. Daripada Bujang Lapok (1957) sehinggalah filem terakhirnya, Laksamana Do Re Mi (1972), ramai dalam kalangan kita masih boleh ketawa pada adegan lucu yang sama, meskipun sudah berulang-kali menontonnya.

Walaupun tidak kurang bilangan filem komedi Melayu sekarang yang cuba menyalin kembali lawak-lawak P Ramlee, namun saya pasti kita semua bersetuju bahawa P Ramlee itu tiada galang gantinya.

Malam ini, sempena Festival P Ramlee Pulau Pinang 2014, Penang Institute bangga untuk menganjurkan sebuah lagi Forum Nusantara, yang kali ini bertajuk Satira Dalam Filem Melayu. Bagi mewacanakan unsur komedi dalam filem-filem tempatan dan P Ramlee secara khusus, kami telah mendatangkan sebagai panelis tokoh-tokoh seni tempatan seperti Hassan Mutalib, seorang pensyarah filem di UiTM serta pengasas animasi di Malaysia. Turut serta adalah Disman yang merupakan pengarah teater absurd di Kuala Lumpur, serta Abu Mamu Raja Lawak, iaitu seorang bintang yang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Pengerusi forum pada malam ini pula ialah Dr Mahyuddin Ahmad daripada USM.

Kawan-kawan sekalian,

Saya bukanlah orang yang arif untuk membincangkan soal filem tetapi sebagaimana kalian semua, saya adalah peminat filem P Ramlee.

Saya melihat sesuatu yang menarik dalam karya Seniman Agung kita, termasuk filem komedi beliau, adalah kritikan sosial yang tersirat dalam jalan ceritanya. Lihat sahaja kisah dalam Bujang Lapok (1957) yang berlatarbelakangkan zaman selepas perang, dengan suasana mendesak dan perit namun penuh dengan harapan.

Filem tersebut menggambarkan bagaimana terhimpitnya kehidupan selepas perang sehingga ramai yang licik mengambil kesempatan. Dalam satu adegan, watak Ramli telah ditipu setelah meminjamkan RM10 kepada seorang wanita bernama Nani yang kononnya mahu pulang ke rumah untuk mengambil kad pengenalannya yang tertinggal. Dalam adegan lain, tabiat berjudi seorang bapa hampir mendorong anaknya, Sapiah, untuk membunuh diri. Dalam satu lagi adegan, Ramli sekali lagi kena tipu dengan seorang wanita dan adik-adiknya seramai 11 orang sehinggakan Ramlee kehilangan baju dan seluar akibat tidak mampu membayar tauke restoran. Jangan marah.

Namun, P Ramlee tidak pernah menghukum watak-watak yang penuh muslihat ini, malah beliau menzahirkan perasaan simpati terhadap mereka. Barangkali, beliau sedar bahawa orang miskin hanya berbuat jahat apabila kehidupan kian terdesak.

Sebaliknya, P Ramlee tidak begitu baik hati dengan watak yang mewakili golongan kaya dan berkuasa, khususnya apabila mereka menindas si miskin. Sebagai contoh, sementara bapa Sapiah yang giat berjudi itu akhirnya insaf dan meminta maaf dengan anaknya, lintah darat lakonan Shariff Dol yang tergamak mahu memperkosa Sapiah atas ketidakmampuan bapanya untuk membayar hutang judi pula dipukul teruk.

Pun begitu, jangan pula kita lekas terjun kepada kesimpulan bahawa P Ramlee itu seorang yang anti-kelas atasan atau bermusuh dengan orang kaya. Dalam filem yang sama,Bujang Lapok, Ramli akhirnya kena ekor apabila menikahi Cik Normah, iaitu seorang tuan rumah yang kaya. Malah, watak Cik Normah dibayangkan sebagai wanita yang terhormat sehingga menjadi perantara bagi membaiki hubungan antara keluarga Zaiton dan Sudin.

Demikianlah, P Ramlee membentangkan kepada kita berkenaan kehidupan selepas perang di saat baru Merdeka penuh derita tetapi tetap sarat dengan belas kasihan dan harapan. Tambah menarik, kisah mengenai kesusahan hidup diangkat melalui filem komedi yang bersahaja sehingga kita ikut tertawa melupakan sengsara.

Itulah serba sedikit pandangan saya sebagai peminat filem P Ramlee. Sudah tentu, panelis kita pada malam ini akan memberi pengulasan yang lebih mendalam serta perspektif yang lebih menarik untuk diwacanakan bersama. Semoga perbincangan malam ini akan menyumbang kepada usaha untuk membina semula tradisi keintelektualan dan pemikiran kritis dalam kalangan masyarakat kita.

Sekian, terima kasih dan selamat berforum.

Rencana di atas adalah teks ucapan Zairil selaku Ahli Parlimen Bukit Bendera pada Forum Nusantara ke-8 di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang sempena Festival P Ramlee 2014.Mahathir di luar negara semasa Memali - AspanMAR 30, 2014HARAKAHDAILYKUALA LUMPUR:Setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah ke luar negara semasa kejadian Memali itu, tulis Aspan Alias di dalamblognya.

Menurutnya, tidak kiralah sama ada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya ke luar negara itu, tetapi yang beliau rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.

Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya, tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Dr Mahathir yang juga mengetuai kementerian dalam negeri, pada tahun tragedi itu berlaku. Isu ini pernah disebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang diberikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.

Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang disebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.

Kami pernah mendapat penerangan dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah ke hadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius yang memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.

TMH berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau ke negara China semasa itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah diuruskan terlebih awal.

TMH telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu. Inilah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang di mana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.

Kenyataan TMH di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.

Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.

Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.

Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk diingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.

Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya ke luar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.

Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.