214587911-karangan-t4

Upload: chieng-keh-ling

Post on 09-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tahun 4

TRANSCRIPT

Berkelah di tepi pantaiPada hari Rabu yang lalu, kami sekeluarga telah berkelah di tepi pantai. Sebelum bertolak, kami membawa bola, tikar, makanan, baju, radio dan lain-lain.Pada pukul 8.00 pagi, kami menaiki kereta ke tepi pantai. Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan gembira.Setiba di sana, saya dan abang berenang di dalam laut. Adik lelaki saya membina istana pasir. Bapa saya memancing ikan. Emak pula mendengar radio sambil membaca novel.Selepas sejam, kami sekeluarga makan makanan. Kemudian, kami berjalan-jalan di tepi pantai. Kami juga mengambil gambar.Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan sekeliling. Kami sekeluarga berasa letih tetapi gembira.Pengalaman bercuti di dusun datukPada cuti sekolah yang lalu, Ali telah mengikut Jason ke dusun datuknya. Mereka ke sana dengan menaiki kereta ayah Jason.Datuk Jason telah membawa mereka ke dusunnya. Di dusun itu terdapat banyak pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan langsat.Pada sebelah malam, mereka berdua mengikut datuk bermalam di dusun. Pada malam itu, mereka terdengar bunyi durian gugur. Pada keesokan hari, mereka mengutip buah durian yang telah gugur. Selain itu, mereka juga menolong datuk mengait buah manggis.Selepas itu, mereka berdua mengikut datuk ke pekan untuk menjual buah durian dan manggis. Tidak lama kemudian, buah durian dan manggis telah habis dijual.Selepas dua hari di sana, mereka pun pulang ke rumah. Mereka tidak melupakan pengalaman yang manis ini.Saya sepasang kasutSaya merupakan sepasang kasut sekolah. Saya dilahirkan di Kuching. Nama saya Bata.Saya dan kawan-kawan telah dihantar ke pasar raya di Bintulu. Saya dipamerkan di atas rak. Pada suatu hari, seorang wanita telah membeli saya. Kemudian, dia menghadiahkan saya kepada anak lelakinya. Tuan saya bernama Adam.Setiap hari Adam memakai saya ke sekolah. Kadang-kadang, saya dipakai untuk berjoging.Tuan saya menjaga saya dengan baik.Pada hujung minggu, tuan saya akan mencuci saya. Dia menggunakan sabun dan berus untuk membersihkan badan saya. Oleh itu, saya sentiasa kelihatan bersih.Saya berasa gembira kerana mempunyai tuan yang baik seperti Adam. Orang yang paling saya sayangiSetiap orang mempunyai orang yang paling disayangi. Orang yang paling saya sayangi ialah ibu saya.Nama ibu saya Mary Wong. Ibu saya kurus dan tinggi. Ibu saya seorang suri rumah tangga.Ibu saya seorang yang ringan tulang. Setiap hari dia mengemas rumah agar kelihatan bersih dan kemas. Dia juga sentiasa menyediakan makanan seimbang untuk kami sekeluarga. Ibu saya juga mengambil berat tentang pelajaran saya. Dia selalu membimbing saya membuat kerja sekolah. Dia juga sentiasa menasihati saya agar belajar dengan bersungguh-sungguh.Pada hujung minggu, saya akan menolong ibu untuk meringankankerjanya. saya akan membantu ibu menyapu lantai dan menjemur pakaian. Selain itu, saya juga menolong ibu menyiram pokok bunyanya.Saya sangat sayang akan ibu saya. Saya berharap dapat membalas jasaibu apabila saya dewasa kelak.