202169272 klien yang enggan reluctant resistant

9
3 DEFINISI Klien yang tidak rela ( Reluctant ) Klien reluctance adalah seorang klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan klien jenis ini kerap tidak bermotivasi untuk ditolong, berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah dan mahkamah merujukkan kliennya adalah satu contoh yang baik. Mereka ini tidak berkeinginan untuk berada dalam sesi kaunseling, bercakap keseorangan tentang dirinya. Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya pada masa-masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati dengan proses-proses yang dilakukan (Tryon,2002). Klien jenis ini ialah klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa kaunselor. Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenal melalui gerak geri badan serta tingkah lakunya semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara „ verbal ‟ atau „ non verbal ‟. Klien jenis ini boleh dikendali kan dengan kaunselor menerangkan kepada klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal pertemuan lagi (Mansur Abdullah,1993).

Upload: saripuddin-mappiasi

Post on 25-Nov-2015

122 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

fasffa

TRANSCRIPT

  • 3

    DEFINISI

    Klien yang tidak rela ( Reluctant )

    Klien reluctance adalah seorang klien yang dirujuk oleh pihak ketiga dan klien jenis ini

    kerap tidak bermotivasi untuk ditolong, berubah atau menerima bantuan daripada kaunselor.

    Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah dan mahkamah merujukkan kliennya adalah satu contoh

    yang baik. Mereka ini tidak berkeinginan untuk berada dalam sesi kaunseling, bercakap

    keseorangan tentang dirinya. Kebanyakkan klien reluctance menamatkan sesi kaunselingnya

    pada masa-masa yang tidak sepatutnya dan memberitahu bahawa mereka tidak berpuas hati

    dengan proses-proses yang dilakukan (Tryon,2002).

    Klien jenis ini ialah klien yang jika diberi pilihan akan berasa tidak rela untuk berjumpa

    kaunselor. Keengganan klien tidak rela ini boleh dikenal melalui gerak geri badan serta tingkah

    lakunya semasa berhadapan dengan kaunselor yang dipamerkannya sama ada secara verbal

    atau non verbal . Klien jenis ini boleh dikendalikan dengan kaunselor menerangkan kepada

    klien tentang kepentingan proses kaunseling dan membantunya menyedari apa yang boleh

    diperolehi daripada kaunseling diperingkat awal pertemuan lagi (Mansur Abdullah,1993).

  • 4

    Klien yang menentang ( Resistent )

    Klien resistance adalah seorang klien dalam kaunseling yang mana mereka ini tidak sudi

    atau menentang untuk kepada perubahan. Kebanyakan individu mungkin bersifat dengan aktif

    untuk membuat sesi kaunseling tetapi tidak berkeinginan untuk pergi untuk melalui kepayahan

    yang mana itu adalah satu tuntutan untuk berubah. Sebaliknya, klien akan berpaut atau lekat

    kepada kepastian tingkah laku semasa walaupun apabila kebanyakan tingkahlaku adalah

    menghasilkan tingkah laku sebaliknya dan tidak berfungsi dengan baik. Sesetengah klien

    resistance enggan untuk membuat keputusan, cetek dalam perbincangan dengan masalahnya dan

    mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan masalahnya dengan kata lain, klien

    melakukan apa yang kaunselor cakap.

    Ciri-ciri resistant ini merujuk kepada halangan yang diwujudkan oleh klien yang boleh

    menyekat atau menghalang proses kaunseling untuk terus berjalan lancar. Resistant ini juga

    merujuk kepada klien yang tidak mahu menerima perubahan (Gladding, 2000).Ahli-ahli teori

    dalam kaunseling dan psikoterapi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai klien

    resistance. Di dalam perspektif psikodinamik, mereka melihat klien resistance sebagai satu cara

    menghalang personaliti yang tidak sedar menjadi sedar. Resistance jenis ini merupakan

    resistance intrapsikik dalam diri individu. Ia berlaku apabila klien menahan dirinya daripada

    dorongan yang bertentangan atau ketika berhadapan dengan konflik dalaman (Hough,2002).

  • 5

    CONTOH SITUASI KLIEN ENGGAN

    Secara umumnya, tingkah laku klien resistance boleh menggagalkan proses kaunseling.

    Dalam situasi berhadapan dengan klien resistance, kaunselor perlu bijak menggunakan kaedah-

    kaedah tertentu (Mansur Abdullah,1993).

    Contoh:

    Situasi 1

    Seorang suami yang ingin berkahwin dua. Dia akan mengatakan bahawa; dia tidak mahu untuk

    menceraikan isterinya sebab dia masih lagi sayang terhadap isterinya tetapi dalam masa yang

    sama dia mahu berkahwin dengan perempuan lain . Disini telah wujud satu keadaan

    ketidaksamaan dalam diri klien yang menjadi konflik kepadanya.

    Situasi 2

    Sepasang adik-beradik melakukan pembunuhan. Abang akan mengatakan bahawa; dia mengaku

    membunuh mangsa tersebut secara sepenuhnya tetapi tidak akan mengaku bahawa dia dan

    adiknya bersama-sama membunuh mangsa.Sedangkan adiknya bersama-sama melakukan

    pembunuhan itu dan serta-merta adiknya akan lepas dari dakwaan.

  • 6

    Klien yang enggan bekerjasama.

    1. Dipaksa menjalani proses kaunseling oleh autoriti kehendak sendiri klien.

    - Klien dipaksa untuk menghadiri sesi kaunseling kerana didapati klien ini mempunyai

    masalah.

    2. Menyebabkan klien degil dan tidak komited.

    - Klien dipaksa untuk menghadapi sesi kaunseling dan perkara ini menyebabkan klien

    mempunyai perasaan terpaksa menghadiri sesi kaunseling sehingga tiada istilah mahu

    atau tidak mahu dalam hal itu.

    3. Kebanyakkan klien ini telah dimasukkan ke institusi umum seperti:

    Pusat-pusat serenti.

    Pusat-pusat tahanan.

    Sekolah budak-budak nakal.

    4. Klien yang enggan bekerjasama terbahagi kepada dua jenis iaitu:

    Klien yang degil dan tidak komited.(RESISTENT)

    - Seorang yang mempunyai masalah dan dipaksa untuk menerima sesi kaunseling dengan

    kaunselor.

    Klien yang degil tetapi komited.(RELUCTANT)

    - Seorang yang mahu menerima kaunseling secara suka rela tetapi tidak mahu mengubah

    pendirian selepas kaunseling bersama kaunselor.

  • 7

    PERBEZAAN 2 JENIS KLIEN YANG ENGGAN

    -Resistent-

    Klien yang degil (tidak komited)

    -Reluctant-

    Klien yang degil (tetapi komited)

    Takut untuk mengetahui diri dengan

    mendalam dan mengetahui kelemahan

    dan keburukan diri sendiri.

    Klien datang dengan sukarela.

    Takut untuk membuat perubahan.

    (Sesuatu yang diketahui oleh klien itu

    sendiri adalah selesa dan selamat tetapi

    pada masa yang sama klien merasa

    ragu-ragu untuk memberitahu sesuatu

    yang kaunselor tidak patut ketahui

    kerana hal itu mungkin akan menggugat

    rasa selamat diri klien)

    Sanggup membina hubungan

    dengan kaunselornya.

    Takut atau tidak tahu bagaimana

    hendak meluahkan perasaan.

    Melibatkan secara aktif dalam

    proses kaunseling.

    Tidak memahami proses

    kaunseling dan tidak tahu apa yang

    akan berlaku kalau melaluinya.

    Tetapi tidak mahu mengubah

    perasaannya,pemikirannya dan

    kelakuannya yang bermasalah.

  • 8

    5. Beberapa contoh tingkah laku klien Resistance dan Reluctance yang biasa dihadapi oleh

    kaunselor ialah :

    Resistance Reluctance a) Klien enggan bercakap. a) klien mahu bercakap.

    b) Klien tidak memberi kerjasama. b) klien yang memberi kerjasama sepenuhnya.

    c) Klien tidak menepati janji. c) klien menepati janji pada peringkat awal

    sahaja.

    d) Klien terlalu kerap menggunakan helah bela

    diri.

    d) klien tidak mengunsurkan helah bela diri.

    e) Klien memanipulasikan kaunselor. e) klien berempati dengan kaunselor.

    f) Klien mengubah atau tidak menepati

    matlamat awal.

    f) klien masih dengan pendiriannya yang asal

    pada peringkat akhir sesi kaunseling.

    g) Klien lambat datang ke sesi kaunseling. g) klien datang secara suka rela dan menepati

    masa ke sesi kaunseling.

    Pendapat tokoh terhadap jenis resistance.

    Menurut Sack (1988) didalam buku Counseling a comprehensive profession, yang paling

    banyak atau sering kali klien jenis Resistance cakap dengan kenyataan yang mudah iaitu

    saya tidak tahu . Tindakbalas seperti ini akan menyebabkan kaunselor susah untuk bergerak

    pada peringkat seterusnya (Gladding, 2000).

    Otani (1989) didalam buku Counseling a comprehensive profession, mencadangkan empat

    kategori untuk klien Resistance : amount of verbalization, content of message, style of

    communication and attitude toward kaunselor and counseling session. Sebanyak 22 bentuk

    klien Resistance termasuk di dalam kategori ini (Gladding, 2000).

  • 9

    Punca Masalah Klien Yang Resistent Terhadap Sesi Kaunseling

    Klien yang tidak bermotivasi untuk mendapatkan pertolongan dan biasanya tidak percaya

    kepada proses kaunseling.

    Klien ini tidak akan bekerjasama dalam proses kaunseling kerana menganggap proses

    kaunseling menceroboh konsep sendiri dan ingin mengubah cara hidup mereka.

    Mendiamkan diri dan tidak menjawab solan serta tidak menunjukkan minat.

    Mengelak daripada berbincang isu sebenar.

    Rajah 1: Merujuk kepada kaunselor cara untuk mengatasi klien yang degil.

    1. Terima hakikat tahap pencapaian kaunseling.

    - Kaunselor harus bersedia terima hakikat bahawa tidak banyak yang boleh dicapai.

    - Jangan merasa kecewa bila mengalami jalan buntu.

    2. Harapan yang realistik.

    - Harapan untuk berjaya mestilah realistik dan dapat elakkan rasa tertekan.

    - Tumpukan banyak perhatian kepada kefahaman kendiri klien itu.

    - Sedarkan klien sifat yang ditunjukkan tidak produktif.

    - Ambil langkah mengurangkan sifat ini contohnya dengan interpretasi perlakuan.

    - Perlu ada sikap toleransi ikhlas dan hendak menolong serta memahami klien.

    Panduan menangani

    klien yang degil bagi

    kaunselor

    2 Harapan yang realistik

    3 Sikap kaunselor perlu betul

    1 Terima hakikat tahap pencapaian kaunseling

    4 Fahami punca sikap keengganan

  • 10

    3. Sikap kaunselor perlu betul.

    - Kaunselor harus menunjukkan sifat keyakinan diri yang tinggi terhadap klien.

    - Kaunselor haruslah sentiasa menganggap klien sebagai diri sendiri(berempati).

    - Jadikan diri sebagai kaunselor contoh yang baik bagi klien.

    - Sentiasa berfikiran secara positif terhadap klien.

    4. Fahami punca sikap keengganan.

    - Kenali klien dan menyelidik dengan lebih terperinci tentang masalah klien daripada

    keluarga terdekatnya.

    - klasifikasikan sikap keengganan itu dengan membezakan reluctance dan resistant

    sebelum memulakan sesi kaunseling.

    Mencari maklumat tentang klien.

    Mengenali klien sendiri sebelum menjadi klien.

    Mendapat maklumat dari orang terdekat dan yang mengenali klien.

    Menyelidik latar belakang klien dengan borang-borang.

    Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien.

    Membuat pemerhatian ke atas apa yang diceritakan dan pergerakan badan klien

  • 11

    Menghadapi Klien Yang Degil.

    Elak reaksi negatif. - elak perbuatan yang boleh timbulkan kemarahan klien

    Terima klien. - hormati

    Sikap tidak putus asa. - bersabar

    Fahami punca kedegilan. - Kenal pasti punca masalah klien sebenarnya dengan lebih teliti.

    Atasi kedegilan dengan positif . beri jalan yang membina/menolong.

    Tiada toleransi Mulut celupar Suka mengkritik Suka menentang Tingkah laku

    lansang

    Banyak helah Tidak

    bertanggungjawab

    Mudah merungut Sifat bergantung Bela diri

    CIRI-CIRI KLIEN DEGIL