2016.03.07 garis panduan penilaian prestasi kontraktor .pdf

17
TERHAD 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK / KEBERSIHAN BANGUNAN & KAWASAN / KAWALAN KESELAMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP)/ Bahagian/ Institusi Induk/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai tatacara penilaian prestasi kontraktor bagi kontrak-kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan Bekalan Makanan Bermasak (BMB). Garis panduan ini merupakan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure (SOP)) yang perlu dipatuhi oleh semua JPN/ Bahagian/ Institusi Induk/ PPD/ Institusi Pendidikan di bawah KPM. 2. TAFSIRAN Bagi tujuan garis panduan ini: 2.1 “Bahagian” ertinya Bahagian Matrikulasi, Bahagian Sukan (BS). Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dan Bahagian yang mempunyai Pusat Tanggungjawab di bawahnya yang menguruskan kontrak-kontrak PKK, KBK dan BMB. 2.2 “Institusi Induk” ertinya Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Induk. 2.3 “Institusi Pendidikan” ertinya Kolej Matrikulasi, Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Seni Malaysia, Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan dan Institut Pendidikan Guru (Kampus).

Upload: lenhan

Post on 13-Jan-2017

715 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

1

GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN

BEKALAN MAKANAN BERMASAK / KEBERSIHAN BANGUNAN & KAWASAN /

KAWALAN KESELAMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN)/ Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP)/

Bahagian/ Institusi Induk/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Institusi

Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai

tatacara penilaian prestasi kontraktor bagi kontrak-kontrak Perkhidmatan

Kawalan Keselamatan (PKK), Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) dan

Bekalan Makanan Bermasak (BMB). Garis panduan ini merupakan Prosedur

Operasi Standard (Standard Operating Procedure (SOP)) yang perlu dipatuhi

oleh semua JPN/ Bahagian/ Institusi Induk/ PPD/ Institusi Pendidikan di

bawah KPM.

2. TAFSIRAN

Bagi tujuan garis panduan ini:

2.1 “Bahagian” ertinya Bahagian Matrikulasi, Bahagian Sukan (BS).

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) dan Bahagian yang

mempunyai Pusat Tanggungjawab di bawahnya yang menguruskan

kontrak-kontrak PKK, KBK dan BMB.

2.2 “Institusi Induk” ertinya Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk dan Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Induk.

2.3 “Institusi Pendidikan” ertinya Kolej Matrikulasi, Sekolah Sukan

Malaysia, Sekolah Seni Malaysia, Institut Aminuddin Baki (IAB)

Cawangan dan Institut Pendidikan Guru (Kampus).

Page 2: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

2

2.4 “Ketua Jabatan” ertinya Pengarah JPN, Pengarah Bahagian,

Setiausaha Bahagian, Pengarah IAB Induk dan Rektor IPGM.

2.5 “Timbalan Ketua Jabatan” ertinya Timbalan Pengarah JPN, Timbalan

Pengarah Bahagian, Timbalan Setiausaha Bahagian, Timbalan

Pengarah IAB Induk dan Timbalan Rektor IPGM.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Jabatan Audit Negara melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)

Tahun 2012 dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) telah

membuat teguran mengenai kelemahan dalam pemantauan prestasi

kontraktor di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3.2 Bagi memastikan teguran Ketua Audit Negara dan PAC tidak berulang,

pihak KPM telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan

dengan mengemaskini garis panduan sedia ada bagi membolehkan

keseluruhan organisasi di bawah KPM memahami tatacara

pemantauan prestasi kontraktor di KPM.

3.3 Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis

Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor Perkhidmatan (Bekalan

Makanan Bermasak/ Kebersihan Bangunan & Kawasan/ Kawalan

Keselamatan) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat

bertarikh 8 Januari 2013. Garis Panduan ini telah menetapkan

kaedah/ instrumen penilaian prestasi kontraktor bagi ketiga-tiga

perkhidmatan di atas berdasarkan:

3.3.1 Borang Penilaian Prestasi Perkhidmatan.

3.3.2 Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan.

Page 3: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

3

3.3.3 Kehadiran kontraktor ke Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor

Perkhidmatan KPM.

3.4 Sepanjang pelaksanaan Garis Panduan ini, KPM telah menerima

cadangan penambahbaikan daripada JPN/ Bahagian/ Institusi Induk/

PPD/ Institusi Pendidikan iaitu antaranya supaya KPM

mempertimbangkan untuk:

3.4.1 menggabungkan sebahagian elemen Borang Kaji Selidik

Kepuasan Pelanggan ke dalam Borang Prestasi Bulanan

perkhidmatan yang diisi oleh PPD/ Institusi Pendidikan dan

seterusnya menghapuskan penggunaan Borang Kaji Selidik

Kepuasan Pelanggan.

3.4.2 mengeluarkan elemen pemberian markah kepada kontraktor

berdasarkan kehadiran kontraktor ke Mesyuarat Laporan

Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM.

3.4.3 Markah kadar responsif kontraktor yang pada asalnya dinilai

semasa kehadiran kontraktor ke Mesyuarat Laporan Prestasi

Kontraktor Perkhidmatan KPM dimasukkan ke dalam Borang

Prestasi Bulanan.

3.4.4 PPD/ Institusi Pendidikan hanya menggunakan satu (1) borang

sahaja berbanding dua (2) borang sebelum ini.

4. PELAKSANAAN

4.1 Panduan Am

4.1.1 Carta alir Pemantauan Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM

adalah seperti di Lampiran 1.1.

Page 4: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

4

4.1.2 Format Borang Prestasi Bulanan Kontraktor bagi peringkat PPD/

Institusi Pendidikan adalah seperti di Lampiran 1.2.

4.1.3 Format Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat

PPD/ Institusi Induk adalah seperti di Lampiran 1.3.

4.1.4 Format Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat

JPN/ Bahagian/ Institusi Induk adalah seperti di Lampiran 1.4.

4.1.5 Format Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi KPM adalah

seperti di Lampiran 1.5.

4.1.6 Skor Pemarkahan bagi kegunaan Institusi Pendidikan adalah

seperti di Lampiran 1.6.

4.2 Panduan pengisian Borang Prestasi Bulanan Kontraktor di Institusi

Pendidikan/ PPD

4.2.1 Borang Prestasi Bulanan hendaklah diisi dengan menggunakan

format seperti di Lampiran 1.2. Pemberian markah kepada

kontraktor perkhidmatan hendaklah berdasarkan pemerhatian

dan pertimbangan Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan

berdasarkan Skor Pemarkahan seperti dinyatakan pada

Lampiran 1.6.

4.2.2 Selain daripada pemberian markah terhadap kesempurnaan

kerja berdasarkan skop dan spesifikasi perkhidmatan, tahap

responsif kontraktor (responsiveness) hendaklah dinilai dan

diberi markah yang sewajarnya.

Page 5: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

5

4.2.3 Dalam hal ini, PPD/ Institusi Pendidikan hendaklah sentiasa

berhubung dengan kontraktor dan mengarahkan kontraktor

melaksanakan tindakan penambahbaikan. Sekiranya tahap

responsif kontraktor adalah lemah iaitu kontraktor tidak

mengambil apa-apa tindakan atau mengemukakan maklum

balas terhadap aduan yang dikemukakan, markah yang

disyorkan adalah 1. Manakala sekiranya tahap responsif

kontraktor adalah Cemerlang iaitu kontraktor tidak pernah gagal

mengemukakan maklum balas/ tindakan penambahbaikan

dalam tempoh yang ditetapkan, maka markah yang disyorkan

adalah 5.

4.2.4 Selaras dengan Surat Arahan Pentadbiran Penguatkuasaan

Kontrak Perkhidmatan yang dikeluarkan pada 27 Mei 2015,

Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan PPD/ Institusi

Pendidikan hendaklah memastikan:

4.2.4.1 Borang Prestasi Bulanan diisi dan direkodkan pada

setiap 28 haribulan pada bulan perkhidmatan telah

dilaksanakan atau pada tarikh berikutnya sekiranya

28 haribulan tersebut jatuh pada cuti am, cuti umum

atau cuti perayaan.

4.2.4.2 Semua ruangan dalam Borang Prestasi Bulanan diisi

dengan lengkap.

4.2.4.3 Pegawai PPD/ Institusi Pendidikan sentiasa bersikap

profesional dan tiada elemen kasihan atau pilih kasih

dalam pemberian markah. Pemberian markah

hendaklah berdasarkan prestasi sebenar kontraktor

semasa menjalankan perkhidmatan.

Page 6: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

6

4.3 Panduan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat PPD/

Institusi Induk

4.3.1 PPD/ Institusi Induk hendaklah memantau prestasi kontraktor

secara bulanan. Walau bagaimanapun, bagi tujuan laporan

kepada JPN atau KPM, markah prestasi kontraktor hendaklah

dikumpulkan secara purata dengan mengikut format di

Lampiran 1.3. Kiraan purata tersebut hendaklah mengikut

tempoh yang ditetapkan seperti berikut:

4.3.1.1 Sekiranya kontraktor telah melaksanakan

perkhidmatan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh

mula kontrak, markah prestasi hendaklah dikira

secara purata selama 6 bulan dari bulan terakhir

sebelum laporan kepada JPN atau KPM dikemukakan

sehingga 6 bulan ke belakang; atau

4.3.1.2 Sekiranya kontraktor melaksanakan perkhidmatan

kurang daripada tempoh 6 bulan dari tarikh mula

perkhidmatan, markah prestasi hendaklah dikira

secara purata selama tempoh perkhidmatan telah

dilaksanakan.

4.3.2 Bagi tujuan pembentangan prestasi kontraktor kepada peringkat

yang lebih tinggi dalam Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor

Perkhidmatan KPM atau sekiranya KPM meminta maklumat

prestasi kontraktor untuk dibentangkan dalam Mesyuarat

Lembaga Perolehan KPM atau untuk tujuan penamatan kontrak,

Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan PPD/ Institusi Induk

hendaklah memastikan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor

ini sentiasa ada dan dikemaskini apabila diminta.

Page 7: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

7

4.3.3 Bagi kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan

Perkhidmatan Kebersihan Bangunan Kawasan yang

dilaksanakan mengikut zon, PPD/ Institusi Induk hendaklah

mendapatkan markah prestasi daripada setiap Institusi

Pendidikan dan mengira markah purata bagi setiap zon/

kontraktor.

4.3.4 PPD boleh meminta Institusi Pendidikan mengemukakan

Borang Prestasi Bulanan untuk dikepilkan bersama Borang

Pengesahan Kerja yang digunakan untuk tujuan pembayaran

bagi mendapatkan markah purata bagi setiap zon/ kontraktor.

4.4 Panduan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat JPN/

Bahagian/ Institusi Induk

4.4.1 Laporan yang digunakan bagi peringkat JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk adalah berdasarkan bilangan kontraktor yang mendapat

status prestasi Lemah, Tidak Memuaskan, Sederhana, Baik

ataupun Cemerlang mengikut PPD sepertimana skala yang

dinyatakan dalam Lampiran 1.3.

4.4.2 Laporan yang digunakan JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

hendaklah menggunakan format seperti dalam Lampiran 1.4.

4.4.3 Ketua Jabatan/ Timbalan Ketua Jabatan JPN/ Bahagian/

Institusi Induk hendaklah mengambil tindakan pemantauan yang

rapi terhadap setiap kontraktor yang berprestasi Lemah, Tidak

Memuaskan dan Sederhana termasuklah mengambil tindakan

penamatan kontrak atau sebagainya berpandukan Buku

Panduan Pengurusan Kontrak Tahun 2015.

Page 8: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

8

4.5 Panduan Laporan Rumusan Prestasi Kontraktor bagi peringkat KPM

4.5.1 Laporan yang digunakan bagi peringkat JPN adalah

berdasarkan bilangan kontraktor yang mendapat status prestasi

Lemah, Tidak Memuaskan, Sederhana, Baik ataupun

Cemerlang mengikut JPN/ Bahagian/ Institusi Induk.

4.5.2 Urus Setia pemantauan prestasi di KPM hendaklah

menggunakan format seperti dalam Lampiran 1.5.

4.6 Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM

4.6.1 Mesyuarat Laporan Prestasi Kontraktor Perkhidmatan KPM

hendaklah dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun

mengikut peringkat berikut:

Bil. Peringkat/ Urusetia

Mesyuarat Ahli

1. PPD/ Institusi

Induk

i. Wakil Institusi Pendidikan yang mempunyai kontraktor yang berprestasi Lemah dan Tidak Memuaskan sepertimana skala yang ditetapkan dalam Lampiran 1.3.

ii. Wakil kontraktor yang berprestasi Lemah dan Tidak Memuaskan dan berjawatan Pengurus dan ke atas.

2. JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

i. Wakil PPD/ Institusi Pendidikan.

ii. Wakil kontraktor yang berprestasi Lemah dan Tidak Memuaskan dan berjawatan Pengurus dan ke atas.

3.

Bahagian Perolehan dan

Pengurusan Aset, KPM

Semua JPN/ Bahagian/ Institusi Induk

Page 9: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

TERHAD

9

5. PEMAKAIAN

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama Perjanjian PKK, KBK dan

BMB yang dimeterai untuk premis berkenaan dan Buku Panduan Pengurusan

Kontrak Tahun 2015. Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor

Perkhidmatan (Bekalan Makanan Bermasak/ Kebersihan Bangunan &

Kawasan/ Kawalan Keselamatan) Kementerian Pendidikan Malaysia yang

dikeluarkan melalui surat bertarikh 8 Januari 2013 adalah dibatalkan.

6. TARIKH KUAT KUASA

Garis panduan ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ditandatangani. Semua

Ketua Jabatan JPN/ Bahagian/ Institusi Induk hendaklah memaklumkan dan

mengedarkan kepada PPD/ Institusi Pendidikan di bawah seliaan masing-

masing untuk mula menggunapakai Garis Panduan ini mengikut tarikh

kuatkuasa yang ditetapkan. Garis Panduan ini boleh dimuat turun melalui

laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my.

Sekian, terima kasih.

“SEHATI SEJIWA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Tarikh:

Page 10: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.1

Institusi i. Sekolah mengisi Borang Prestasi Bulanan dengan menggunakan format

Pendidikan seperti di Lampiran 1.2

ii. Mengisi Borang Prestasi Bulanan pada setiap 28 haribulan pada bulan

perkhidmatan telah dilaksanakan atau pada tarikh berikutnya sekiranya

28 haribulan tersebut jatuh pada cuti am, cuti umum atau cuti perayaan.

iii. Borang Prestasi Bulanan hendaklah dikemukakan secara bersekali dengan

Borang Pengesahan Kerja yang digunakan untuk tujuan pembayaran.

PPD/ Bahagian/ i. PPD menerima Borang Prestasi Bulanan dan merekodkannya bersama

Institusi Induk prestasi perkhidmatan Institusi Pendidikan yang lain dalam zon yang sama

ii. PPD merekodkan markah prestasi purata dengan menggunakan format

seperti di Lampiran 1.3

JPN i. JPN menerima laporan prestasi daripada PPD dengan menggunakan

format seperti di Lampiran 1.4

KPM i. KPM menerima rumusan laporan prestasi daripada JPN/ Bahagian/ Institusi

Induk dengan menggunakan format seperti di Lampiran 1.5 pada setiap

28 haribulan (pada bulan berikutnya perkhidmatan telah dilaksanakan) atau

pada tarikh berikutnya sekiranya 28 haribulan tersebut jatuh pada cuti am,

cuti umum atau cuti perayaan

CARTA ALIR GARIS PANDUAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK / KEBERSIHAN

BANGUNAN & KAWASAN / KAWALAN KESELAMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mula

Page 11: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.2

KOD DAN NAMA SEKOLAH/ INSTITUSI :

NAMA KONTRAKTOR :

TEMPOH KONTRAK :

BULAN & TAHUN :

1 Kes Salahlaku pekerja:

1. Ada Sila lampirkan dokumen sokongan

3.2 Cadangan Pihak Sekolah :

4. 2.1 Perkhidmatan Diteruskan

6.(Ulasan)

7.

10.

11.

12. Pematuhan Syarat pemilihan pekerja

F. TAHAP RESPONSIF KONTRAKTOR (RESPONSIVENESS)

Nota: Ulasan hendalah selari dengan markah prestasi

yang diberikan

%

Skala markah berdasarkan takrifan yang dinyatakan dalam Lampiran 1.6:

1 : Lemah 2 : Tidak Memuaskan 3 : Sederhana 4 : Baik 5 : Cemerlang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama

KPT/PEK/ Guru Penolong Kanan Ketua Jabatan

Tarikh: Tarikh:

13.

LAPORAN PRESTASI BULANANPERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN

Bil Perkara DinilaiMarkah

Penilaian

Catatan : Seksyen 18, akta SPRM: "Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang agen, atau sebagai seorang agen dia menggunakan, dengan niat hendak

memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengan prinsipalnya itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk

mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa pernyataan yang palsu atau tidak lengkap tentang apa-apa butir

matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya."

Tandas dan Bilik air

Bangunan/ Kawasan Sekolah/Asrama/ Kawasan

Sekolah/Asrama Keseluruhan

Kawasan sepanjang pagar, tebing parit, balapan,

kolam “titipan air” dan longkang /parit

Kualiti menepati seperti dinyatakan dalam perjanjian

8.Kuantiti mencukupi seperti dinyatakan dalam

perjanjian

5.

2.

9.

14.

15.Tindakan penambahbaikan terhadap aduan mengikut

tempoh ditetapkan

Maklumbalas/ tindakan kontraktor terhadap

teguran/laporan

JUMLAH KESELURUHAN

PERATUS =

(JUMLAH KESELURUHAN/75)*100

CatatanUlasan

Maklum balas terhadap teguran yang diberikan

Kehadiran Pekerja

Ketepatan masa bertugas

Penyiraman / Pembajaan

Mencantas / Menggembur

Pemotongan di kawasan berumput

A. KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN

B. TANAMAN POKOK/POKOK BUNGA

C. BAHAN / PERALATAN

D. PENGURUSAN PEKERJA

Pelupusan sampah

Tiada

Perkhidmatan Ditamatkan2.2

Page 12: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.2

KOD DAN NAMA SEKOLAH/ INSTITUSI :

NAMA KONTRAKTOR :

TEMPOH KONTRAK :

BULAN & TAHUN :

A. KEHADIRAN 1. Kes Kehilangan Aset Kerajaan:

Ada Sila lampirkan dokumen sokongan

Tiada

2.

2. Kes Salahlaku Oleh Pengawal :

B. KAWALAN KELUAR/ MASUK ORANG AWAM Ada Sila lampirkan dokumen sokongan

3.Tiada

4.3. Kes Pencerobohan/ Polis:

5.Ada Sila lampirkan dokumen sokongan

C. KAWALAN/ RONDAAN Tiada

6.4. Cadangan Pihak Sekolah :

7.4.1 Perkhidmatan Diteruskan

8.4.2 Perkhidmatan Ditamatkan

D. BAHAN/ PERALATAN (Ulasan)

E. PENGURUSAN

11.

12.

14.

F. TAHAP RESPONSIF KONTRAKTOR (RESPONSIVENESS)

Nota: Ulasan hendalah selari dengan

markah prestasi yang diberikan

%

Skala markah berdasarkan takrifan yang dinyatakan dalam Lampiran 1.6:

1 : Lemah 2 : Tidak Memuaskan 3 : Sederhana 4 : Baik 5 : Cemerlang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama

KPT/PEK/ Guru Penolong Kanan Ketua Jabatan

Tarikh: Tarikh:

10.

9.

1.

Kualiti menepati seperti dinyatakan

dalam perjanjian

Kuantiti mencukupi seperti dinyatakan

dalam perjanjian

Rondaan mengikut jadual

BORANG PRESTASI BULANANPERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN

Bil Perkara DinilaiMarkah

Penilaian Ulasan Catatan

PERATUS =

(JUMLAH KESELURUHAN/80)*100

Catatan : Seksyen 18, akta SPRM: "Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang agen, atau sebagai seorang agen dia menggunakan, dengan niat

hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengan prinsipalnya itu mempunyai kepentingan, dan yang dia

mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa pernyataan yang palsu atau

tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya."

Maklumbalas/ tindakan kontraktor

terhadap teguran/laporan

Tindakan penambahbaikan terhadap

aduan mengikut tempoh ditetapkan

Maklum balas terhadap teguran yang

diberikan15.

16.

13.

Disiplin

Kebersihan dan kekemasan diri & pondok

pengawal keselamatan

Pematuhan masa bertugas

Buku Log Masuk

Pas Pelawat

Kawalan Pagar/Palang Masuk

JUMLAH KESELURUHAN

Kawalan trafik di dalam kawasan premis

Jumlah pekerja yang dibekalkan seperti

dalam dokumen perjanjian

Kerjasama/ hubungan (syarikat-

pengguna)

Rondaan kawasan dan bangunan

Page 13: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.2

KOD DAN NAMA SEKOLAH / INSTITUSI :

NAMA KONTRAKTOR :

TEMPOH KONTRAK :

BULAN & TAHUN :

A. PENERIMAAN BAHAN MENTAH 1. Sajian lewat kali 1. Jumlah Notis Amaran* : kali

1. Kualiti bahan mentah basah

2. Sukatan / Saiz / Timbangan 2. Bekalan tidak dibuat langsung kali 2. Jumlah Denda dikenakan : kali

3. Kualiti bahan mentah kering

B. SAJIAN 3. Bekalan tidak ikut Borang Pesanan kali : RM

4. Kualiti sajian

5. Ketepatan masa sajian 4. Bekalan rendah mutu ( Bahan Mentah) kali 3. Pelanggaran Syarat Kontrak* : kali

6. Menepati menu

C. PENGURUSAN PEKERJA 5. Bekalan tidak cukup timbangan/ sukatan/ unit kali 4. Kes Keracunan* : kali

7. Kerjasama/Hubungan

8. Khidmat layanan 6. Sajian ditolak kerana rosak dan sebagainya kali 5. Cadangan Pihak Sekolah:

9. Kebersihan diri 5.1 Perkhidmatan Diteruskan

10. Etika Pemakaian Pengendalian Makanan 7. Kegagalan 5.2 Perkhidmatan Ditamatkan

D. PENGURUSAN PREMIS a. Mengganti bekalan yang ditolak kali (ulasan)

11. Peralatan b. Mencukupkan bekalan yang terkurang kali

12. Keseluruhan dapur c. Pematuhan menu kali

13. Dewan Makan

14. Stor bahan kering

15. Penyimpanan bahan pencuci/racun serangga

16. Longkang/Tong sampah/ sisa makanan

E. TAHAP RESPONSIF KONTRAKTOR (RESPONSIVENESS)

Nota: Ulasan hendalah selari dengan

markah prestasi yang diberikan

%

Skala markah berdasarkan takrifan yang dinyatakan dalam Lampiran 1.6:

1 : Lemah 2 : Tidak Memuaskan 3 :

Sederhana 4 : Baik 5 : Cemerlang

Ulasan Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar:

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama

Penyelia Asrama Pengetua/Guru Besar

Tarikh: Tarikh:

PERATUS =

(JUMLAH KESELURUHAN/90)*100

JUMLAH KESELURUHAN

17. Maklum balas terhadap teguran yang diberikan

18.Tindakan penambahbaikan terhadap aduan

mengikut tempoh ditetapkan

LAPORAN PRESTASI BULANANPERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK

Bil Perkara DinilaiMarkah

Penilaian Perkara Kekerapan Tindakan

Page 14: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.3

NAMA JPN / PPD :

1 2 3 4 5 6

1 Teras Kasturi Enterprise 100.00 80.00 89.00 55.00 100.00 100.00 87.33 BAIK

2 0.00 LEMAH

3 0.00 LEMAH

4 0.00 LEMAH

5 0.00 LEMAH

6 0.00 LEMAH

7 0.00 LEMAH

8 0.00 LEMAH

9 0.00 LEMAH

10 0.00 LEMAH

SKALA : 0-39 40-59 60-79 80-89 90-100

STATUS PRESTASI : LEMAHTIDAK

MEMUASKANSEDERHANA BAIK CEMERLANG

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama Nama

PT PE/ PEK / KPT

Tarikh: Tarikh:

RUMUSAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KONTRAKTOR PERKHIDMATAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KONTRAKTOR PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN/ KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN/ PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK

BAGI TEMPOH BULAN ................ HINGGA BULAN .............. TAHUN ............

Bil. Nama Kontraktor Nama ZonBulan

Status PrestasiMarkah Purata 6

Bulan

Page 15: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.4

Prestasi

Lemah%

Prestasi

Tidak

Memuaskan

%Prestasi

Sederhana% Prestasi Baik %

Prestasi

Cemerlang%

1 PPD1 2 40 0 0 0 0 2 40 1 20 5

2 PPD2 0 0 3 50 0 0 2 33.3 1 16.7 6

3 PPD3 1 33.3 0 0 0 0 1 33.3 1 33.3 3

4 PPD4 0 0 1 16.7 2 33.3 1 16.7 2 33.3 6

5 PPD5 0 0 0 0 3 60 0 0 2 40 5

3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25Jumlah

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI …… (Contoh : Johor)

LAPORAN PENILAIAN SETENGAH TAHUN PRESTASI KONTRAKTOR ……. BAGI BULAN DISEMBER HINGGA MEI / JUN HINGGA NOVEMBER TAHUN …….

Bil. PPD

Bilangan Syarikat

Jumlah

Syarikat

Page 16: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

Lampiran 1.5

Prestasi

Lemah%

Prestasi

Tidak

Memuaskan

%Prestasi

Sederhana% Prestasi Baik %

Prestasi

Cemerlang%

1 Johor 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25

2 Kedah 7 30.4 2 8.7 5 21.7 6 26.1 3 13 23

3 Kelantan 9 30 4 13.3 7 23.3 4 13.3 6 20 30

4 Melaka 1 4 3 12 5 20 7 28 9 36 25

5 Negeri Sembilan 1 4 6 24 3 12 6 24 9 36 25

6 Pahang 2 8 8 32 12 48 0 0 3 12 25

7 Perak 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25

8 Perlis 7 30.4 2 8.7 5 21.7 6 26.1 3 13 23

9 Pulau Pinang 9 30 4 13.3 7 23.3 4 13.3 6 20 30

10 Sabah 1 4 3 12 5 20 7 28 9 36 25

11 Sarawak 1 4 6 24 3 12 6 24 9 36 25

12 Selangor 2 8 8 32 12 48 0 0 3 12 25

13 Terengganu 1 4 6 24 3 12 6 24 9 36 25

14 WP Kuala Lumpur 2 8 8 32 12 48 0 0 3 12 25

15 WP Labuan 3 12 4 16 5 20 6 24 7 28 25

16 WP Putrajaya 7 30.4 2 8.7 5 21.7 6 26.1 3 13 23

59 14.6 74 18.3 99 24.5 76 18.8 96 23.8 404

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN SETENGAH TAHUN PRESTASI KONTRAKTOR ……. BAGI BULAN DISEMBER HINGGA MEI / JUN HINGGA NOVEMBER TAHUN …….

Jumlah

Bilangan Syarikat

Bil. NegeriJumlah

Syarikat

Page 17: 2016.03.07 Garis Panduan Penilaian Prestasi Kontraktor .pdf

LAMPIRAN 1.6

Skor Pemarkahan

Skor Ciri Skor Gred Skor

1

Tidak menepati spesifikasi perkhidmatan dan tiada komitmen untuk mengambil langkah penambahbaikan terhadap kesalahan yang dilakukan.

Kontraktor tidak bersikap responsif terhadap aduan yang dikemukakan.

Lemah

2

Kerapkali berlaku penyimpangan terhadap spesifikasi perkhidmatan dan kurang mengambil komitmen serta langkah pembetulan dan penambahbaikan terhadap kesalahan yang dilakukan.

Kontraktor kurang bersikap responsif terhadap aduan yang dikemukakan.

Tidak memuaskan

3

Terdapat sedikit penyimpangan dan ianya tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan seperti yang dikehendaki di dalam syarat/ terma kontrak. Selain itu, ada komitmen untuk melaksanakan langkah pembetulan dan penambahbaikan terhadap kesalahan yang dilakukan.

Kontraktor bersikap responsif terhadap aduan yang dikemukakan.

Sederhana

4

Tahap perkhidmatan yang diberikan adalah sentiasa menepati spesifikasi yang telah ditetapkan dalam syarat/ terma kontrak. Sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan yang baik.

Kontraktor sentiasa bersikap responsif terhadap aduan yang dikemukakan.

Baik

5

Tahap perkhidmatan yang diberikan sentiasa menepati spesifikasi perkhidmatan yang telah ditetapkan dalam syarat/ terma kontrak dan kerapkali melangkaui ekspektasi pelanggan. Proaktif dan komited melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang.

Kontraktor tidak pernah gagal mengambil tindakan serta merta terhadap sebarang aduan.

Cemerlang