1 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
ISI KANDUNGLatar Belakang
Visi
Misi
Fungsi Kementerian
Teras Strategik
Pembangunan Modal Insan DiKementerian Kerja
Raya
Objektif Latihan
Dasar Latihan
Pelaksanaan
Strategi Latihan
Penutup
1
1
2
2
3
4
5
5
7
9
19
1.0 LATAR BELAKANG
Kementerian Kerja Raya telah
dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan pembangunan
infrastruktur awam di negara ini.
Peranan, tanggungjawab dan
sumbangan Kementerian dalam
pembangunan fizikal negara
mempunyai hubung kait dengan
Jabatan Kerja Raya yang telah
ditubuhkan sejak tahun 1872.
Kementerian Kerja Raya telah
ditubuhkan pada tahun 1955 dan
diketuai oleh Y.B. Encik Sardon bin
Haji Jubir sebagai Menteri Kerja Raya
yang pertama. Pada tahun 1956,
nama Kementerian telah diubah
kepada Kementerian Kerja Raya, Pos
dan Telekom yang bertanggungjawab
ke atas tiga jabatan iaitu Jabatan Kerja
Raya, Jabatan Perkhidmatan Pos dan
Jabatan Telekom. Selaras dengan
penyusunan semula Jemaah Menteri
pada tahun 1972, Kementerian telah
diberi nama baru iaitu Kementerian
Kerja Raya dan Tenaga. Pada tahun
1974, nama Kementerian Kerja Raya
dan Pengangkutan digunakan selaras
dengan peranan dan tugas baru yang
melibatkan sistem pengangkutan jalan
raya.
Seterusnya, nama Kementerian Kerja
Raya dan Kemudahan-kemudahan
Awam digunakan pada tahun 1976
selaras dengan perkembangan pesat
sosioekonomi negara. Bermula dari
tahun 1983, nama Kementerian Kerja
Raya digunakan semula bagi
memenuhi pengkhususan
tanggungjawab dalam merancang,
membangun dan menyenggara
infrastruktur Negara.
2.0 VISI KEMENTERIAN
Peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembinaan negara yang
terunggul menjelang 2020.
1 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
3.0 MISI KEMENTERIAN
a) Pembangunan InfrastrukturMemastikan pembangunan infrastruktur dirancang, di laksana dan di senggara
dengan cekap dan berkualiti tinggi.
b) Industri PembinaanMembangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara dan
perkhidmatan profesional yang berdaya saing di pasaran global.
c) Tenaga KerjaMemastikan pembangunan kapasiti dan keupayaan kontraktor, professional dan
tenaga kerja sektor pembinaan dilaksanakan selaras dengan dasar negara.
4.0 FUNGSI KEMENTERIAN
a) Merancang pembangunan rangkaian jalan Persekutuan di seluruh negara;
b) Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek jalan Persekutuan dan lain-lain
projek di bawah penyeliaan KKR;
c) Mengawal selia kerja penyenggaraan jalan Persekutuan yang diswastakan dan
Bangunan Guna sama Persekutuan seluruh Negara (kecuali Wilayah Tengah
Semenanjung Malaysia);
d) Pembangunan usahawan Bumiputera di dalam sektor pembinaan;
e) Memantau pembinaan, operasi, pengendalian tol dan penyenggaraan lebuh
raya bertol;
f) Merancang dan menyelaras urusan sumber manusia dan kewangan (mengurus
dan pembangunan) KKR dan JKR
g) Memantau jabatan dan agensi di bawah kawalannya;
h) Memantau pelaksanaan projek pembangunan Kementerian Pelanggan yang
dilaksanakan oleh JKR;
i) Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada CIDB di dalam pembangunan
industri pembinaan negara dan tenaga kerja mahir; dan
2 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
j) Memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada LJM, LAM dan LJBM di dalam
program pembangunan tenaga kerja profesional bagi pasaran dalam dan luar
negara.
5.0 TERAS STRATEGIK KEMENTERIAN
Strategi dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang telah dikenal pasti adalah
berdasarkan kepada 6 tugas teras KKR iaitu:
a) Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pengurusan Penswastaan Lebuh rayaMenyediakan rangkaian jalan raya yang efisien dan selamat dan berkualiti untuk
kemudahan rakyat dan keselesaan rakyat.
b) Pemantapan Industri Pembinaan & Kejuruteraan Memastikan industri binaan dan kejuruteraan negara diperkukuh melalui aplikasi
teknologi terkini dan inovasi yang dapat meningkatkan nilai tambah.
c) Pengurusan Penyenggaraan Infrastruktur Jalan & Bangunan
Memastikan aset jalan dan bangunan yang ada di negara ini di selenggara
dengan cekap, berkesan supaya dapat digunakan secara optimum.
d) Peningkatan Keupayaan & Kapasiti Penggiat Industri PembinaanMemastikan pengetahuan, kemahiran dan kompeten penggiat industri
pembinaan merangkumi kontraktor, tenaga kerja dan profesional di tingkat
selaras dengan prospek industri pembinaan yang semakin mencabar.
e) Peningkatan Daya Saing Penggiat Industri Pembinaan di Peringkat AntarabangsaPenyertaan dalam pelbagai program dan inisiatif melalui promosi misi
perdagangan dan juga perjanjian persefahaman. Program dan inisiatif ini akan
menyediakan peluang, bantuan dan rundingan kepada penggiat-penggiat
industri binaan negara untuk mengeksport perkhidmatan ke luar negara.
3 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
f) Pemantapan Pembangunan dan Pengurusan OrganisasiMemantapkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan, sumber
manusia, perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta tadbir
urus organisasi bagi menjamin kelancaran perkhidmatan sokongan.
6.0 PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Kementerian Kerja Raya menerusi
Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia sentiasa menggandakan
usaha dalam mencetuskan revolusi
idea untuk memberi penekanan
terhadap usaha membangunkan
Modal Insan sebagai satu landasan
kecemerlangan Kementerian untuk
terus kekal relevan dengan kehendak
semasa.
Bagi merealisasikan matlamat
tersebut, Kementerian sentiasa
berusaha menyediakan tenaga kerja
berwibawa dengan memberi
penekanan kepada setiap elemen
yang berkaitan iaitu kemahiran,
pengetahuan, nilai, peranan sosial,
pembangunan imej diri dan tingkah
laku seseorang. Justeru, bagi
memenuhi impian ini, Kementerian
saban tahun telah menyediakan
platform latihan yang berterusan untuk
mempersiapkan warga KKR dalam
memberikan perkhidmatan terbaik
kepada stakeholders berdasarkan
model berikut:
Gambar rajah 1: Kitaran Latihan
4 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
MERANCANG LATIHAN
PENYAMPAIAN LATIHAN
PENILAIAN LATIHAN
MENGENAL PASTI
KEPERLUAN LATIHAN
7.0 OBJEKTIF LATIHAN
Program latihan Kementerian Kerja Raya dibangunkan bertujuan untuk mencapai
objektif-objektif berikut:
a) PEMBENTUKAN SIKAP - melahirkan warga kerja yang mempunyai nilai-nilai
murni dan sikap-sikap positif dalam melaksanakan tugas;
b) PENINGKATAN PENGETAHUAN - menyediakan anggota yang berkelayakan
dan mempunyai pengetahuan yang diperlukan dalam menjalankan tugas bagi
mencapai objektif organisasi;
c) PENINGKATAN KEMAHIRAN - melahirkan pekerja yang berkebolehan,
berkemahiran dalam mencapai hasil kerja yang bermutu, berkualiti tinggi bagi
meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi;
d) MEWUJUDKAN NILAI CIPTA (value creation) dan NILAI TAMBAH (value
added); dan
e) Menyediakan HALA TUJU KEMAJUAN KERJAYA.
8.0 DASAR LATIHAN
8.1. Skop LatihanSkop latihan dalam konteks ini
bermaksud kursus jangka pendek
yang tempohnya tiga (3) bulan atau
kurang. Ia merangkumi segala aktiviti
yang dirancang dan diuruskan untuk
warga Kementerian oleh Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia dan
Bahagian-bahagian. Skop latihan juga
meliputi kursus yang dianjurkan oleh
agensi luar (awam dan swasta yang
dihadiri oleh kakitangan awam sama
ada dibiayai oleh Kementerian atau
pihak penganjur).
8.2. Definisi Latihan
5 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
Definisi latihan KKR ialah mengambil
pakai Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 6 Tahun 2005, yang
ditakrifkan seperti berikut:
“Proses pemindahan ilmu
pengetahuan secara kemas dan
berdisiplin, bertujuan menambah
pengetahuan dan kemahiran untuk
memenuhi keperluan dan tuntutan
semasa dalam organisasi. Ini dicapai
melalui sebarang bentuk pembelajaran
seperti kursus, latihan semasa bekerja
dan program mentoring coaching atau
yang seumpama dengannya yang
menyumbang kepada pembangunan
individu dan kecemerlangan
organisasi.”
KKR juga mengambil definisi latihan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
menerusi surat edaran agensi
berkenaan rujukan JPA(L)s.1751411-
KIt 8(26) bertarikh 23 Julai 2009:
pendekatan latihan dipelbagaikan
bukan hanya melibatkan konvensional
face to face sahaja tetapi
penyampaian latihan dilaksanakan
menggunakan pendekatan blended
approach seperti program mentor
mentee, coaching (TOT), book review,
sesi perkongsian ilmu dan sebagainya.
Dengan mengambil kira dua sumber di
atas, maksud latihan di Kementerian
Kerja Raya adalah ditakrifkan seperti
Jadual 1 berikut:
JADUAL 01 Takrif Latihan Kementerian
Bil. Program Latihan Jenis Aktiviti
1. LATIHAN
Definisi:Aktiviti pemindahan ilmu yang dijalankan selama 6 jam secara berterusan dan bersemuka sama ada menerusi anjuran Kementerian, Bahagian/ Unit atau Agensi luar di dalam dan luar Negara.
1. Kursus;2. Seminar;3. Konvensyen;4. Bengkel/ makmal/ LAB;5. Forum;6. Simposium;7. Retreat; dan8. Lawatan rasmi/ korporat/ sambil belajar
Bil. Program Latihan Jenis Aktiviti
2. SESI PEMBELAJARAN 1. Sesi pembelajaran di peringkat Unit/Bahagian/ Sektor;
6 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
Definisi:Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang 6 jam anjuran Kementerian atau Agensi luar.
2. Sesi perkongsian ilmu di peringkat Unit/ Bahagian/ Sektor/ Kementerian;
3. Program Executive Talk anjuraN4. Kementerian, INTAN, Agensi luar daN5. program yang seumpamanya;6. Perhimpunan Bulanan Kementerian/
Bahagian/ Unit;7. Program penerapan nilai-nilai murni dan
ceramah-ceramah khas pada bulan Ramadhan;
8. Program sambutan hari-hari kebesaran Islam/ perayaan yang mengandungi ucapan/ ceramah/ forum;
9. Sesi pertemuan mentor mentee dan coaching (TOT);
10. Menyampaikan ceramah/ membuat pembentangan di dalam kursus/ bengkel;
11. Sesi pembelajaran ICT seperti HRMIS dan GIS.
3. PEMBELAJARAN KENDIRI
Definisi:Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran secara bersemuka atau tidak.
1. Penggunaan portal e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) anjuran INTAN atau e-Pembelajaran lain yang diiktiraf oleh KKR;
2. Penggunaan Pangkalan Repositori Ilmu Sumber Manusia (PRISMA-HRMIS); dan
3. Pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris termasuk e-book (book review hendaklah disediakan)
8.3. Pelaksanaana) Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan mesti dirancang mengikut garis
panduan struktur latihan dan memberi keutamaan keperluan latihan
semasa Kementerian;
b) Setiap pegawai dan kakitangan mestilah melalui pusingan latihan yang
lengkap bagi mempertingkatkan kualiti individu tersebut;
c) Dalam setahun, setiap pegawai dan kakitangan awam Kementerian
dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya satu latihan (sama ada
7 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
dalam bentuk kursus, seminar atau bengkel) dan tidak kurang dari 7 hari berkursus setahun;
d) Latihan hendaklah diberikan kepada semua kategori/ peringkat
perkhidmatan sama ada pengurusan dan professional mahupun
kumpulan sokongan;
e) Bagi pegawai atau kakitangan yang melaporkan diri untuk lantikan baru,
mestilah menjalani Program Transformasi Minda (PTM);
f) Latihan yang diadakan hendaklah memberi keutamaan kepada usaha
untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran diri, memenuhi tahap
keperluan organisasi dan berkaitan dengan bidang tugas;
g) Program kursus jangka pendek (kurang dari 3 bulan) luar negara perlu
mengambil kira perkara berikut:
i) Pegawai yang telah mengikuti kursus jangka pendek/ panjang di luar
Negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus- kursus jangka
pendek lain atau siri kursus jangka pendek seterusnya di luar Negara
selepas genap satu tahun tamat mengikuti kursus tersebut;
ii) Setiap pegawai dicalonkan untuk mengahadiri kursus jangka pendek
luar negara hendaklah terdiri daripada mereka yang mendapat
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang–kurangnya 85% dan ke atas serta bebas daripada tindakan tatatertib;
iii) Seminar atau kursus ke luar Negara hendaklah mempunyai kaitan dengan bidang tugas pegawai;
iv) Semua pencalonan untuk menghadiri kursus jangka pendek luar
negara anjuran JPA atau lain-lain penganjur perlu mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu sebelum
8 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
dikemukakan kepada pihak berkenaan; dan
v) Tempoh kursus jangka pendek luar Negara (kecuali seminar/
persidangan) yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya selama 5 hari dan maksimum 14 hari. Penyertaan dalam kursus di luar Negara yang tempohnya terlalu
pendek iaitu dua (2) hari ke bawah tidak dibenarkan kecuali pegawai
membentangkan kertas kerja atau seminar yang diadakan di negara
ASEAN.
9.0 STRATEGI LATIHAN
9.1. Jadual Latihan Tahunan (JLT)
Bagi mencapai dasar dan objektif yang
ditetapkan, program latihan yang akan
dianjurkan adalah meliputi kursus-
kursus generik dan fungsian yang
bersesuaian dengan kompetensi serta
berbentuk softskill dan humanity.
Pelaksanaan latihan fungsian
menjurus kepada core business KKR
serta bahagian-bahagian manakala
pelaksanaan kursus generik menjurus
kepada program-program bagi tujuan
pembangunan nilai-nilai murni,
semangat kerja berpasukan, semangat
motivasi dan program-program yang
dapat membantu job enrichment, job-
enhancement serta multi tasking.
Antara kaedah penyampaian latihan
adalah seperti berikut:
JADUAL 02 Kaedah Penyampaian Latihan
Bil Jenis Latihan Kaedah Latihan
1. Latihan peningkatan pengetahuan Kuliah, ceramah, seminar, symposium, audio-
9 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
visual, persidangan
2. Latihan peningkatan kemahiran On Job Training, work attachment, role play, tunjuk cara
3. Latihan pembentukan sikap Sensitivity training, team building, management games
Program-program yang akan dilaksanakan di bawah JLT 2015 adalah seperti
berikut:
A PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
1. Program Pembangunan Kepimpinani) Leadership At The Peak (PEAK) (Gred 52 dan ke atas)
ii) Leadership Essential Programme (LEAP) (Gred 48)
iii) Program Elit Bakat Kepimpinan Muda (Gred 41 dan 44)
2. Program Pembangunan Professionali) Program Pengurusan
ii) Pembangunan Sahsiah Diri
iii) Pembangunan Soft Skill
B PROGRAM PEMBANGUNAN BIDANG KEPAKARAN/BIDANG KEMAHIRAN
1. Program Pembangunan Kader
C PEMBANGUNAN ORGANISASI (BPSM)
1. Program Pembudayaan Ilmu (Executive Talk, Sesi Perkongsian Ilmu) sebagai usaha menjadikan KKR sebagai organisasi
pembelajaran.
10 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
2. Program Kesejahteraan Pekerja (Sosial, Kesihatan, Interaksi) bagi
tujuan keseimbangan kerjaya dan kebajikan pekerja.
3. Program Pentadbiran Pejabat bagi mengujudkan persekitaran kerja
yang ceria, teratur, diurus dengan baik serta menggembirakan
pekerja.
D PEMBANGUNAN NILAI, ETIKA DAN JATI DIRI
1. Program Psikologi dan Kaunseling
2. Program Pembangunan Nilai Positif dan Jati Diri.
E PROGRAM WAJIB, PEMBANGUNAN PEGAWAI BARU DAN PERALIHAN KERJAYA (BPSM)
1. Program yang diperlukan sebagai salah satu syarat perkhidmatan
(contoh: pengesahan jawatan).
2. Program Pendedahan kepada Pegawai Baru (pengenalan kepada
pegawai baru mengenai organisasi, aspek perkhidmatan dan
kemajuan kerjaya).
3. Program Persaraan.
F PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI
1. Generik (BPSM)i) Bahasa
ii) Penyeliaan
iii) ‘Soft Skill’
11 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
iv) Hari Latihan
v) Kursus Kemahiran Asas komputer
vi) Program umum untuk gred jawatan tertentu
2. Fungsian (Bahagian-Bahagian)i) Program Pembangunan Industri Pembinaan dan Pembangunan
TeknikaL
ii) Program Kewangan & Akaun
iii) Program Pembangunan ICT
iv) Program Integriti
v) Program Pengkhususan Lain mengikut Bahagian
G PROGRAM LUAR (TIDAK BERBAYAR/ BERBAYAR)
1. Kursus Agensi Luar (Awam dan Swasta)
2. Latihan Luar Negara
9.2. Pengenalpastian Peserta dan Penceramah ProgramPenganjur program perlu mengenal pasti penceramah dan peserta bagi
tujuan latihan berkenaan. Dokumen tuntutan bayaran penceramah (sekiranya
melibatkan bayaran penceramah) perlu dikemukakan kepada BPSM sebelum
8 haribulan setiap bulan.
9.3. Pelantikan Penceramah Swasta/ Bebas Pelantikan penceramah Swasta/ Bebas perlu dikemukakan kepada BPSM
dengan menyertakan dokumen lengkap sekurang-kurangnya 5 hari sebelum
program bermula bagi tujuan permohonan Pesanan Tempatan ke Bahagian
Kewangan.
9.4. Pelantikan Pakej Latihan
12 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
Permohonan kelulusan pelantikan penyedia pakej latihan (hotel) perlu
dikemukakan kepada Jawatankuasa Pakej Latihan di Bahagian Kewangan
sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum latihan dilaksanakan dan
minit kelulusan berserta dokumen lengkap hendaklah dikemukakan ke BPSM
untuk tujuan pengeluaran Pesanan Tempatan dalam tempoh sekurang-
kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh kursus.
9.5. Mekanisme Pemantauan Pelan Operasi LatihanPemantauan pelaksanaan program latihan dilaksanakan menerusi kaedah
seperti berikut:
a) Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)PPSM merupakan jawatankuasa tertinggi peringkat Kementerian
dalam pemantauan dan pelaksanaan program latihan Kementerian.
Panel ini akan bersidang pada bulan Januari setiap tahun bagi
meluluskan perancangan program latihan tahun semasa dan
memantau keberkesanan program latihan Kementerian.
b) Mesyuarat Sektor PengurusanPemantauan latihan juga dibuat melalui Mesyuarat Sektor Operasi.
c) Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Perlaksanaan KursusCawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI), BPSM juga turut
menjalankan pemantauan ke atas prestasi perbelanjaan dan
pelaksanaan kursus Jabatan/ Bahagian. Laporan tersebut perlu
dikemukakan kepada CPMI sebelum 25 hari bulan setiap bulan bagi
tujuan pemantauan perbelanjaan dan prestasi latihan mengikut jadual
yang telah diluluskan dalam PPSM.
13 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
d) Mesyuarat Jawatankuasa LatihanMesyuarat Jawatankuasa Latihan juga akan diadakan sekurang-
kurangnya tiga (3) kali setahun bagi memantau prestasi pelaksanaan
dasar latihan KKR.
e) Mesyuarat BPSM bersama Pegawai Latihan BahagianMesyuarat BPSM bersama pegawai latihan Bahagian juga akan
diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun bagi memantau
prestasi latihan 7 hari warga KKR dan prestasi pelaksanaan program
latihan KKR.
9.6. Peranan dan Tanggungjawab
a) Peranan Cawangan Pembangunan Modal Insan (CPMI), Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia dalam POL Tahunan CPMI, BPSM
bertanggungjawab ke atas POL Tahunan dalam perkara berikut:
i) Memastikan peruntukan untuk tujuan latihan tahunan KKR
disediakan sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan
emolumen Kementerian;
ii) Merancang dan melaksanakan kursus wajib perkhidmatan seperti
Program Transformasi Minda dan program-program lain seperti
dinyatakan di para 9.1;
iii) Melaksanakan Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis -
TNA) bagi mengenal pasti keperluan latihan warga KKR sebelum
Jadual Latihan Tahunan (JLT) disediakan;
iv) Menyelaras dan menguruskan permohonan/ pencalonan pegawai
dan kakitangan Kementerian untuk mengikuti latihan anjuran institusi
latihan awam lain/ Badan Berkanun/ Swasta;
14 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
v) Menyelaras dan menguruskan kelulusan semua permohonan/
pencalonan pegawai bagi mengikuti kursus luar negara;
vi) Memastikan semua kursus-kursus yang telah dirancang di bawah
POL Kementerian dilaksanakan sepenuhnya mengikut Pekeliling/
Surat Pekeliling Perkhidmatan dan lain-lain Pekeliling yang berkaitan;
vii) Menyelaras dan menguruskan permohonan/ pencalonan pegawai
dan kakitangan Kementerian untuk mengikuti kursus jangka pendek/
jangka sederhana/ jangka panjang samada di dalam atau di luar
negara anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
viii) Memastikan semua warga KKR mengikuti sekurang-kurangnya 7
hari latihan;
ix) Membuat penilaian Keberkesanan Kursus bagi program-program
anjurannya;
x) Memastikan Agensi-agensi/ Jabatan di bawah Kementerian
menyediakan POL masing-masing; dan
xi) Mengemukakan Laporan Perlaksanaan Dasar Latihan KKR dan
Agensi di bawahnya kepada JPA satu (1) kali setahun iaitu sebelum
31 Januari setiap tahun berikutnya untuk perlaksanaan Januari
hingga Disember.
b) Peranan Ketua-ketua Jabatan/ BahagianKetua-ketua Bahagian adalah bertanggungjawab ke atas POL dalam
perkara-perkara berikut:
15 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
i) Merancang kursus-kursus fungsian yang bersesuaian yang memberi
penekanan bagi meningkatkan Kompetensi Khusus yang berkaitan
dengan Bahagian masing-masing;
ii) Mengurus dan melaksanakan program-program fungsian yang telah
dirancang;
iii) Memastikan segala perancangan program latihan Bahagian masing-
masing dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan ditetapkan di
dalam JLT;
iv) Memastikan PPKL Bahagian masing-masing melaksanakan penilaian
ke atas keberkesanan program latihan Bahagian bagi menentukan
kursus yang diikuti oleh pegawai boleh membantu mencapai
matlamat Jabatan dan Bahagian;
v) Memastikan pegawai dan kakitangan di Bahagian masing-masing
mengikuti sekurang – kurangnya 7 hari berkursus setahun
berdasarkan takrif latihan; dan
vi) Memastikan PPKL Bahagian menyediakan dan mengemukakan
Laporan Pelaksanaan Kursus kepada Cawangan Pembangunan
Modal Insan (CPMI) bagi tujuan rekod dan penyediaan Laporan
Prestasi Latihan Tahunan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA).
c) Tanggungjawab IndividuSetiap kakitangan awam adalah bertanggungjawab ke atas POL Tahunan
dalam perkara-perkara berikut:
16 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
i) Mengikuti dan menghadiri kursus yang diluluskan atau ditetapkan
dengan penuh komitmen dan jayanya. Peserta yang telah dicalonkan
tetapi gagal menghadiri kursus dikehendaki memberikan surat tunjuk
sebab dan mendapatkan calon pengganti;
ii) Menghadiri kursus sekurang – kurangnya 7 hari dalam setahun.
Tindakan penalti akan dikenakan ke atas peserta yang gagal melengkapkan 7 hari latihan setahun iaitu pemotongan markah prestasi tahunan sebanyak 5 % dan peserta juga tidak akan dipertimbangkan untuk pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun berkenaan;
iii) Mengemas kini Buku Log Latihan masing-masing dan
mengemukakan kepada Urus setia Latihan / Unit Pentadbiran di
Jabatan / Bahagian masing-masing bagi tujuan menyediakan
Laporan Kursus kepada Cawangan Pembangunan Modal Insan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;
iv) Mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kemahiran dengan mencari peluang – peluang latihan yang
disediakan oleh Institusi Latihan Awam seperti INTAN/ Agensi
Kerajaan Lain dan sebagainya; dan
v) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
melalui kursus ke dalam tugas harian dan berkongsi ilmu
pengetahuan yang diperoleh bersama rakan sekerja.
9.7. Penilaian Program LatihanPenilaian akan dilaksanakan ke atas semua Program Latihan sama ada
anjuran CPMI, Bahagian ataupun kursus-kursus anjuran agensi luar yang
dihadiri oleh peserta bagi tujuan penambahbaikan Program Latihan dan
melihat keberkesanan program tersebut. Laporan tersebut hendaklah
direkodkan dan disimpan bagi tujuan pengauditan JPA dan MAMPU
khususnya untuk penarafan bintang dalam System Star Rating (SSR). Urus
17 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
setia bagi semua kursus-kursus yang disenaraikan dalam JLT sama ada di peringkat BPSM atau Bahagian hendaklah mengemukakan laporan penilaian kursus seperti berikut:
a) Borang KKR – B08: Laporan Penilaian Peserta Kursus
Menggunakan format KKR-B-08 (LAMPIRAN A) sebaik sahaja tamat
kursus dan laporan penilaian kursus tersebut hendaklah dikemukakan
kepada CPMI selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat kursus.
b) Borang KKR - B09: Penilaian Keberkesanan KursusMenggunakan format KKR-B-09 (LAMPIRAN B) selepas enam puluh (60) hari kursus bagi tujuan menilai impak kursus kepada peserta.
Penilaian akan dilaksanakan oleh peserta dan juga penyelia.
9.8. Pelantikan Pegawai Pembangunan Kompetensi Dan Latihan (PPKL)PPKL akan dilantik di setiap Bahagian yang akan bertanggungjawab dalam
pelaksanaan program latihan bahagian, mengemukakan maklum balas dan
mengemas kini rekod serta laporan pelaksanaan kursus termasuk kehadiran
berkursus 7 hari di Bahagian/ Unit masing-masing. Senarai PPKL 2015
adalah seperti di LAMPIRAN C.
9.9. Perancangan LatihanJadual Latihan Tahunan (JLT) 2015 akan merangkumi program-program
seperti dinyatakan di para 9.1. Jadual latihan terperinci ialah seperti di
LAMPIRAN D.
9.10. Peruntukan LatihanBagi tahun 2015, peruntukan emolumen Kementerian ialah sebanyak
RM53,977,000.00. Sebanyak RM3,000,000.00 telah diperuntukkan bagi
tujuan latihan iaitu bersamaan dengan 5.56%.
10.0 PENUTUP
18 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015
Pelan Operasi Latihan (POL) 2015 ini
telah disediakan bagi memberikan
panduan serta penerangan secara
menyeluruh dan tersusun mengenai
program latihan yang telah dirancang
pada tahun 2015. Ia juga telah
mengambil kira keperluan latihan bagi
semua warga Kementerian dalam
memenuhi teras strategik ke-6 KKR
iaitu Pemantapan Pembangunan dan
Pengurusan Organisasi. Menerusi
POL ini, diharap ia dapat dijadikan
panduan pelaksanaan program latihan
di Kementerian Kerja Raya di samping
memberi manfaat kepada semua
warga Kerja Raya bagi mencapai
objektif dalam menambah kemahiran
dan pengetahuan ketika mana
menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti.
Outcome POL ini juga diharap dapat
melahirkan pekerja yang mahir dan
terlatih dalam berbagai bidang di
samping meningkatkan kecekapan
prestasi dan produktiviti organisasi.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Kerja Raya
Januari 2015
19 | PELAN OPERASI LATIHAN 2015