2015, special edition, journal of health …iptk.moh.gov.my/journal/pakat pasca banjir kelantan...

10
2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT 103 Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014: Pendekatan Komunikasi Kesihatan Kepada Mangsa Banjir Menangani Risiko Penyakit Berjangkit Kamarul S 1 , Zanariah Z 2 , Affendi I 2 ,M Nasir A 1 &Norrafizah J 1 1 Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan 2 Bahagian Pendidikan Kesihatan ABSTRACT Health Education Special Task Force Team (PAKAT) has been mobilized by the Health Education Division to empower the flood victims in Kelantan in preventing infection of post-flood communicable diseases. The objective of presentation is to share an experience in delivering PAKAT health message to the target group.The PAKAT team consists of 40 Health Education Officers from all the states in Malaysia. Those officers divided in four groups and they were sent to the affected localities by stages. There were 7 regions with 58 localities visited throughout the entire operating team. PAKAT was divided into twoapproach; to provide the knowledge and perception as well as skills to the flood victims. The main method used by PAKATwas delivering health messages via house to house. A total of 14,151 leaflets, posters and bunting had been distributed or displayed, 5584 individual advice was implemented, 720 demonstration, 527 small group discussions were conducted, 1678 public announcements and 6 public talks.PAKAT teams managed to move along the current operation covering seven districts in Kelantan which were Gua Musang (8 Localities), Kuala Krai (17 localities), Tumpat (13 Localities), Machang (3 Localities), Pasir Mas (6 Localities), Kota Bharu (4 Localities) and Tanah merah (7 Localities). The PAKAT has successfully promoted and educated specific and tailored health messages among community affected with flood disaster using multiple health communication methods and approaches. Keywords: PAKAT, flood disaster 2014, Kelantan ABSTRAK Pasukan Khas Pendidikan Kesihatan (PAKAT) ditubuhkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menggerakkan komuniti di kawasan bencana banjir di Kelantan. Strategi PAKAT pasca banjir adalah menggunakan pendekatan komunikasi bagi menyampaikan mesej kesihatan kepada mangsa banjir untuk mengelak daripada wabak penyakit berjangkit pasca banjir. PAKAT pasca banjir Kelantan dianggotai oleh seramai 40 orang Pegawai Pendidikan Kesihatan dari seluruh negara. Semua pegawai dipecahkan kepada 4 pasukan dan setiap pasukan dihantar secara berperingkat ke lokaliti yang telah dikenal pasti. Operasi PAKAT pasca banjir bergerak selama sebulan. PAKAT pasca banjir melakukan lawatan dari rumah ke rumah untuk menyampaikan mesej kesihatan dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan perkongsian tentang penyakit berjangkit, serta meningkatkan kemahiran cara mencegah penyakit kepada mangsa banjir. Pasukan PAKAT pasca banjir berjaya digerakkan ke semua tujuh jajahan Kelantan iaitu Gua Musang (8 Lokaliti), Kuala Krai (17 lokaliti), Tumpat (13 Lokaliti), Machang (3 Lokaliti), Pasir Mas (6 Lokaliti), Kota Bharu (4 Lokaliti) dan Tanah Merah (7 Lokaliti). supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM 103

Upload: truongkhue

Post on 10-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

103

Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014: Pendekatan Komunikasi Kesihatan Kepada Mangsa Banjir Menangani Risiko Penyakit Berjangkit

Kamarul S1, Zanariah Z2, Affendi I2,M Nasir A1&Norrafizah J1 1 Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan 2 Bahagian Pendidikan Kesihatan ABSTRACT Health Education Special Task Force Team (PAKAT) has been mobilized by the Health Education Division to empower the flood victims in Kelantan in preventing infection of post-flood communicable diseases. The objective of presentation is to share an experience in delivering PAKAT health message to the target group.The PAKAT team consists of 40 Health Education Officers from all the states in Malaysia. Those officers divided in four groups and they were sent to the affected localities by stages. There were 7 regions with 58 localities visited throughout the entire operating team. PAKAT was divided into twoapproach; to provide the knowledge and perception as well as skills to the flood victims. The main method used by PAKATwas delivering health messages via house to house. A total of 14,151 leaflets, posters and bunting had been distributed or displayed, 5584 individual advice was implemented, 720 demonstration, 527 small group discussions were conducted, 1678 public announcements and 6 public talks.PAKAT teams managed to move along the current operation covering seven districts in Kelantan which were Gua Musang (8 Localities), Kuala Krai (17 localities), Tumpat (13 Localities), Machang (3 Localities), Pasir Mas (6 Localities), Kota Bharu (4 Localities) and Tanah merah (7 Localities). The PAKAT has successfully promoted and educated specific and tailored health messages among community affected with flood disaster using multiple health communication methods and approaches.

Keywords: PAKAT, flood disaster 2014, Kelantan

ABSTRAK

Pasukan Khas Pendidikan Kesihatan (PAKAT) ditubuhkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menggerakkan komuniti di kawasan bencana banjir di Kelantan. Strategi PAKAT pasca banjir adalah menggunakan pendekatan komunikasi bagi menyampaikan mesej kesihatan kepada mangsa banjir untuk mengelak daripada wabak penyakit berjangkit pasca banjir. PAKAT pasca banjir Kelantan dianggotai oleh seramai 40 orang Pegawai Pendidikan Kesihatan dari seluruh negara. Semua pegawai dipecahkan kepada 4 pasukan dan setiap pasukan dihantar secara berperingkat ke lokaliti yang telah dikenal pasti. Operasi PAKAT pasca banjir bergerak selama sebulan. PAKAT pasca banjir melakukan lawatan dari rumah ke rumah untuk menyampaikan mesej kesihatan dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan perkongsian tentang penyakit berjangkit, serta meningkatkan kemahiran cara mencegah penyakit kepada mangsa banjir. Pasukan PAKAT pasca banjir berjaya digerakkan ke semua tujuh jajahan Kelantan iaitu Gua Musang (8 Lokaliti), Kuala Krai (17 lokaliti), Tumpat (13 Lokaliti), Machang (3 Lokaliti), Pasir Mas (6 Lokaliti), Kota Bharu (4 Lokaliti) dan Tanah Merah (7 Lokaliti).

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM103

Page 2: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

104

Sebanyak 14,151 risalah, poster dan bunting telah diedar dan digantung di lokasi yang strategik. Sebanyak 5,584 nasihat individu, 720 tunjuk cara, 527 perbincangan kumpulan kecil, 1,678 hebahan awam dan 6 ceramah telah dilaksanakan. PAKAT pasca banjir telah berjaya melaksanakan promosi dan pendidikan kesihatan kepada mangsa banjir dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi memastikan penyakit berjangkit tidak merebak di kawasan yang terjejas akibat banjir. Kata kunci: PAKAT, Banjir Kelantan

PENDAHULUAN

Pasukan Khas Pendidikan Kesihatan (PAKAT) adalah gerak kerja (task force) yang menggembling tenaga Pegawai Pendidikan Kesihatan atau Health Education Officer (HEO) dalam melaksanakan mobilisasi komuniti. Pasukan PAKAT digerakkan pada Ogos 2014 atas inisiatif Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (BPKKKM). Penubuhan PAKAT pada asalnya bertujuan untuk memobilisasi komuniti di lokaliti panas (hotspots) denggi di negeri Selangor. Pada Disember 2014, banjir besar melanda beberapa negeri di Semenjung Malaysia terutama di pantai timur. Kelantan adalah salah satu negeri yang terjejas teruk di mana seramai 339,703 orang penduduk terpaksa dipindahkan (Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat 2015). Pada 29 Disember 2014, satu mesyuarat Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) banjir yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk mengaktifkan semula PAKAT. PAKAT kali ini dikenali sebagai PAKAT Pasca Banjir kerana tumpuan diberi untuk menyalurkan maklumat kesihatan kepada mangsa banjir bagi menangani masalah kesihatan selepas banjir di pusat pemindahan serta daerah terjejas teruk akibat banjir. PAKAT Pasca Banjir adalah hasil

kerjasama BPKKKM dengan Persatuan Promosi Kesihatan Malaysia (MAHEO). Penulisan ini dilakukan bertujuan untuk berkongsi pengalaman pasukan PAKAT Pasca Banjir Kelantan dalam melaksanakan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan untuk mencegah penyakit berjangkit. Ia juga sebagai salah satu platform bagi menambah baik garis panduan pengurusan komunikasi risiko semasa banjir serta pelaksanaan PAKAT Pasca Banjir pada masa akan datang. MATERIAL DAN METODOLOGI

Tempoh operasi PAKAT

Pasukan PAKAT pasca banjir beroperasi selama sebulan bermula dari 1 Januari hingga 30 Januari 2015. Petugas PAKAT

Petugas terdiri daripada Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh anggota sokongan dari BPK, Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) dan Unit Promosi Kesihatan (UPK) negeri di seluruh negara. Bahan Bercetak Pendidikan

Kesihatan

BPK membekalkan pasukan PAKAT Pasca Banjir dengan bahan bercetak pendidikan KKM sedia ada yang berkaitan dengan penyakit berjangkit pasca banjir seperti risalah, poster dan kain rentang.

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM104

Page 3: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

105

Strategi operasi PAKAT

BPK KKM telah menghantar surat arahan bertugas bagi mengumpul petugas PAKAT Pasca Panjir dan keperluan logistik seperti kenderaan, khemah dan peralatan memasak minima. Petugas PAKAT Pasca Banjir telah dibahagikan kepada 4 pasukan yang mengandungi antara 15 hingga 16 orang petugas. Setiap pasukan PAKAT Pasca Banjir telah menerima jadual pergerakan secara berperingkat dan senarai asas keperluan diri minima yang perlu dibawa bersama termasuk sarung tangan getah, penutup muka dan but getah. Berdasarkan jadual yang ditetapkan, pasukan PAKAT Pasca Banjir diarah berkumpul di BPK bagi mendengar taklimat penting daripada ketua PAKAT Pasca Banjir BPK KKM sebelum bergerak ke Kelantan. Sesi taklimat tersebut merangkumi maklumat keselamatan ketika bertugas, mesej kesihatan, kaedah penyampaian mesej, maklumat ringkas lokasi yang akan dilawati, pegawai bertugas dan tempat untuk melapor diri. Sebelum berlepas, BPK telah menyerahkan bahan pendidikan kesihatan dan keperluan asas penjagaan kebersihan hasil pemberian MAHEO untuk mangsa banjir seperti gel pencuci tangan, cecair mandian berubat dan cecair pembasmi kuman. Setibanya di Kelantan, pasukan PAKAT Pasca Banjir telah diberi taklimat penuh berkaitan situasi terkini lokasi bencana berdasarkan penilaian situasi dan keperluan yang telah dilakukan oleh pihak UPK Jabatan Kesihatan

Negeri Kelantan (JKNK). Pasukan PAKAT Pasca Banjir kemudian dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil terdiri daripada 5 hingga 6 orang petugas dan disediakan jadual logistik bagi memudahkan pergerakan semasa di lapangan. Sesi taklimat di lapangan dan post mortem juga diadakan setiap hari sebelum dan selepas aktiviti PAKAT Pasca Banjir dijalankan di lokaliti terpilih.

Pendekatan PAKAT Petugas PAKAT Pasca Banjir bertanggungjawab menyampaikan mesej kesihatan dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan persepsi terhadap penyakit berjangkit, serta membina kemahiran pencegahan penyakit berjangkit kepada mangsa banjir. Pendidikan kesihatan diberikan bagi membantu individu dan masyarakat mengambil tindakan yang bersesuaian dalam menangani ancaman penyakit akibat banjir. Petugas telah mengambil pendekatan secara individu, kumpulan kecil dan beramai-ramai (mass) mengikut kesesuaian keadaan dan emosi mangsa banjir di lokasi. Rajah 1 menghuraikan pendekatan dan kaedah komunikasi berkesan seperti nasihat individu, tunjuk cara, perbincangan kumpulan kecil, hebahan awam, ceramah dan edaran bahan pendidikan kesihatan yang digunakan oleh petugas PAKAT Pasca Banjir dalam memastikan mesej kesihatan sampai kepada mangsa banjir.

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM105

Page 4: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

106

Rajah 1: Pendekatan dan Kaedah PAKAT Pasca Banjir

Mesej kesihatan PAKAT

Terdapat 9 mesej kesihatan utama yang disampaikan kepada mangsa banjir mengikut kesesuaian mangsa yang ditemui di lokasi. Adaptasi mesej dilakukan tanpa menghilangkan kepentingan mesej kesihatan yang disampaikan bagi menghormati keadaan dan emosi mangsa. Sebagai contoh, mangsa banjir dinasihatkan agar m inum banyak a i r m inera l atau air suling dalam botol yang dibekalkan jika tiada kemudahan untuk memasak air minuman dan mesej kesihatan tentang penggunaan cecair pembasmi kuman ketika

membersihkan rumah dan atau peralatan di mana hanya akan diberikan kepada mangsa banjir yang masih mempunyai rumah dan atau peralatan. Mangsa banjir turut diberi penjelasan kukuh tentang kewajaran mengapa setiap tindakan harus dilakukan dengan betul berdasarkan mesej kesihatan yang disampaikan (WHO 2015 & Morgan O, 2004). Dengan cara ini, petugas PAKAT Pasca Banjir dapat mendekati mangsa dengan mudah bagi menyalurkan mesej-mesej kesihatan berikut dengan berkesan:

Pendekatan & Kaedah

Pengetahuan & Persepsi Kemahiran

Individu Individu Kumpulan

Poster

Risalah

Ceramah

Bunting

Demonstrasi

Lawatan rumah

ke rumah

Lawatan ke

pusat

pemindahan

Hebahan awam

Advokasi

melalui

pemimpin

Demonstrasi

Lawatan

rumah ke

rumah

Lawatan ke

pusat

pemindahan

Perbincangan

Kumpulan

Kecil

Demonstrasi

Perbincangan

Kumpulan Kecil

Risalah

Tunjuk cara

Nasihat individu

Kumpulan

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM106

Page 5: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

107

Kebersihan tangan (membasuh tangan menggunakan guna sabun atau gel pencuci tangan);

Minum air yang telah dimasak sempurna;

Elak makan ulam-ulaman; Guna cecair pembasmi kuman

ketika bersih rumah dan peralatan;

Memakai sarung tangan dan kasut keselamatan;

Dapatkan rawatan segera jika sakit atau demam;

Guna penutup muka; Buang sampah domestik

dengan cara yang betul;

Menanam bangkai binatang dengan cara yang betul.

HASIL

Seramai 61 orang pegawai telah menyertai PAKAT Pasca Banjir yang terdiri daripada 40 orang Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh 4 orang Juru Audiovisual, 8 orang Pembantu Kesihatan Awam, seorang Pembantu Rendah Awam dan 8 orang Pemandu. UPK negeri yang turut serta adalah Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kedah, Kelantan dan dibantu oleh BPK serta IPTK. Pasukan pertama telah digerakkan pada 1 hingga 4 Januari 2015 dan pasukan terakhir pada 19 hingga 25 Januari 2015 seperti Jadual 1.

Jadual 1: Jadual Operasi pasukan dan jumlah kekuatan PAKAT Pasca Bbanjir Kelantan

PASUKAN TARIKH OPERASI JUMLAH KEKUATAN PAKAT

KELANTAN (orang)

Satu 1- 4 Januari 2015 40 HEO &

21 anggota sokongan Dua 5-11 Januari 2015

Tiga 12-18 Januari 2015

Empat 19-25 Januari 2015

Aktiviti pendidikan kesihatan menggunakan pendekatan secara individu, berkumpulan dan beramai-ramai telah dilaksanakan di 7 jajahan Kelantan; Gua Musang (8 lokaliti), Kuala Krai (17 lokaliti), Tumpat (13 lokaliti), Machang (3 lokaliti), Pasir Mas (6 lokaliti), Kota Bharu (4 lokaliti) dan Tanah Merah (7 lokaliti). Hasil daripada aktiviti tersebut sebanyak 12,730 risalah telah diedar, 187 poster

berjaya ditampal, 1,234 bunting juga telah digantung di pusat-pusat pemindahan banjir dan klinik kesihatan serta sebanyak 1,678 hebahan awam berjaya dilakukan oleh Unit Bergerak Promosi Kesihatan (Jadual 2). Seramai 190 orang telah menghadiri ceramah, 3,925 individu mengikuti perbincangan kumpulan kecil, 2,885 orang mengikuti tunjuk cara dan 5,584 orang diberi nasihat individu.

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM107

Page 6: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

108

Jadual 2: Aktiviti dan jumlah Pendidikan Kesihatan yang dilaksanakan oleh pasukan PAKAT Pasca Banjir Kelantan

Aktiviti 1 2 3 4

Jumlah

Ceramah 2 0 0 4 6

Poster 8 27 101 51 187

Perbincangan Kumpulan Kecil

56 257 140 77 527

Tunjuk Cara 171 2429 1431 1553 720

Bunting 2 42 52 28 1,234

Hebahan Awam 55 499 570 554 1,678

Nasihat Individu 2 410 178 130 5,584

Risalah 188 4314 5941 2089 12,730

Gambar 1: Aktiviti-aktiviti yang dilakukan petugas PAKAT Pasca Banjir (Gambar ehsan: Petugas PAKAT Pasca Banjir).

Pasukan Pasukan Pasukan Pasukan

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM108

Page 7: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

109

Gambar 2: Cabaran yang dihadapi oleh petugas PAKAT Pasca Banjir ketika menjalankan tugas (Gambar ehsan: Petugas PAKAT Pasca Banjir)

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM109

Page 8: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

110

PERBINCANGAN

Hasil kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Kawalan Banjir, Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapati terdapat peningkatan curahan hujan yang tinggi direkodkan di stesen Gunung Gagau di Gua Musang pada 21 Disember 2014 (302mm), 22 Disember 2014 (478mm) dan 23 Disember 2014 (515 mm). Keadaan ini menyebabkan terjadinya bencana banjir kuning besar di Kelantan (Berita Harian 2015). Pasukan PAKAT telah digerakkan ke lokasi bencana terpilih di Kelantan selama sebulan bertujuan memberikan promosi dan pendidikan kesihatan kepada mangsa banjir bagi mencegah wabak penyakit berjangkit bawaan air seperti demam tifiod, kolera, leptospirosis dan hepatitis A serta penyakit berjangkit bawaan vektor seperti demam denggi dan demam denggi berdarah (WHO 2015, Gayer M & Connolly MA 2005). Bermula pada 1 hingga 18 Januari 2015, dilaporkan terdapat 458 kes Leptospirosis telah berlaku di lokaliti terjejas banjir di Kelantan, namun tiada wabak diisytiharkan (KKM 2015). Ini menunjukkan bahawa, inisiatif PAKAT Pasca Banjir dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada mangsa banjir telah dapat membantu mencegah berlakunya wabak penyakit berjangkit pasca banjir.

Penyampaian mesej kesihatan

PAKAT Pasca Banjir telah menekankan penggunaan teori dalam merancang pendekatan dan kaedah penyampaian mesej kesihatan kepada mangsa banjir bagi memastikan keberkesanan mesej dan perubahan tingkahlaku berlaku

serta seterusnya, memperkasa mangsa banjir untuk melakukan tindakan yang disarankan. Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model[HBM]) merangkumi perceived severity, perceived susceptibility, perceived benefits, perceived barrier, cues to action dan self-efficacy (Rosenstock et al 1988) digunakan dalam menyampaikan 9 mesej kesihatan pasca banjir. Penggunaan teori HBM ini telah membantu petugas PAKAT Pasca Banjir mendekati dan menyakinkan mangsa banjir untuk bertindak mengikut tingkah laku dan amalan penjagaan kebersihan serta kesihatan yang betul bagi mengelak risiko jangkitan penyakit berjangkit. Bagi menjayakan misi tersebut, pasukan PAKAT Pasca Banjir telah menumpukan operasi gerakan dengan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah atau lawatan ke tapak asal rumah mangsa atau lawatan ke khemah kediaman mangsa bagi menemui mangsa banjir. Berdasarkan analisa awal situasi yang dijalankan oleh UPK JKNK, didapati nasihat individu, perbincangan kumpulan kecil dan tunjuk cara adalah antara kaedah yang paling sesuai dalam menyampaikan mesej kesihatan berkaitan tingkah laku kesihatan yang perlu dilakukan untuk mengelak wabak penyakit berjangkit. Kaedah nasihat individu merupakan kaedah utama yang dilaksanakan dalam menyampaikan mesej kesihatan. Kaedah ini sangat praktikal dan efektif kerana lebih bersifat personalized yakni individu didapati lebih mudah menerima mesej kesihatan yang ingin disampaikan. Kaedah perbincangan kumpulan kecil pula dilaksanakan di kalangan mangsa yang tinggal

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM110

Page 9: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

111

bersama atau duduk berkumpul dalam kumpulan kecil seperti di wakaf, rumah dan khemah. Kaedah ini sangat praktikal dan menjimatkan masa kerana banyak mesej kesihatan dapat disampaikan kepada mangsa banjir dalam jumlah yang ramai (Declan T Bradley 2014). Di samping itu, kaedah tunjuk cara telah dilaksanakan bertujuan untuk memberi kemahiran kepada mangsa banjir tentang cara membasuh tangan yang betul, cara membasuh rumah menggunakan pembasmi kuman serta pemakaian topeng muka yang betul. Kaedah ini membantu mangsa banjir daripada terdedah kepada risiko penyakit berjangkit ketika banjir. Aktiviti hebahan awam menggunakan alat pembesar suara yang dipasang pada kenderaan jabatan juga antara kaedah yang dilaksanakan bagi memberi maklumat secara umum kepada mangsa banjir. Kaedah ini sangat praktikal dilakukan di kawasan bencana yang mampu diakses oleh kenderaan dan mempunyai ramai mangsa yang tinggal berselerak pada skala yang lua. Ini kerana, hebahan dapat didengari oleh ramai mangsa banjir pada satu-satu masa. Pemberian risalah kepada mangsa banjir bertujuan untuk dijadikan bahan rujukan selepas semua aktiviti di atas dilaksanakan ke atas mereka. Walaupun objektif utama PAKAT Pasca Banjir adalah untuk menyampaikan mesej kesihatan dengan menerapkan ilmu pengetahuan dan persepsi terhadap penyakit berjangkit serta membina kemahiran pencegahan penyakit kepada mangsa banjir, setiap petugas telah diberi peringatan awal semasa taklimat agar mengambil kira keadaan dan emosi mangsa ketika menjalankan tugas. Petugas PAKAT Pasca Banjir

mengambil inisiatif memulakan interaksi dengan bertanya khabar, menyampaikan sumbangan barangan MAHEO dan memberi kata semangat kepada mangsa banjir untuk mewujudkan kemesraan sebelum menyampaikan mesej kesihatan. Setiap perjumpaan bersama mangsa banjir diakhiri dengan kata-kata semangat dan peringatan agar sentiasa menjaga kesihatan seperti disarankan demi diri sendiri dan keluarga untuk kelangsungan hidup. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, mangsa banjir menerima baik kehadiran petugas PAKAT Pasca Banjir dan mesej kesihatan dapat disampaikan dengan baik. KESIMPULAN

PAKAT Pasca Banjir telah berjaya melakukan promosi dan memberi pendidikan kesihatan kepada mangsa banjir di tujuh jajahan Kelantan dalam masa sebulan. Pelbagai pendekatan dan kaedah telah digunakan oleh PAKAT dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada mangsa banjir. Pendekatan PAKAT yang memberi tumpuan kepada lawatan dari rumah ke rumah atau lawatan ke tapak asal rumah mangsa atau lawatan ke khemah kediaman mangsa menunjukkan komitmen pasukan untuk memastikan mesej kesihatan disampaikan terus kepada mangsa banjir secara bersemuka supaya mereka mendapat maklumat tepat mengenai amalan yang harus dilakukan untuk mengelak risiko wabak penyakit berjangkit.

PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas kebenaran bagi menerbitkan artikel ini.

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM111

Page 10: 2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH …iptk.moh.gov.my/journal/Pakat Pasca Banjir Kelantan 2014.pdf · komuniti di kawasan bencana banjir di Ke lantan. ... pantai timur. Kelantan

2015, SPECIAL EDITION, JOURNAL OF HEALTH MANAGEMENT

112

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Timbalan Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) atas sokongan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan. Sekalung perhargaan turut ditujukan buat semua petugas PAKAT Pasca Banjir 2014 serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penulisan artikel ini.

RUJUKAN

Banjir Kuning Bagai Tsunami Ancam Kelantan. 17 Januari 2015. http://www.Bharian.com.my/Node/29743 [4 Mei 2015] Bradley Dt, Mcfarland M, Clarke M. (2014). The Effectiveness Of Disaster Risk Communication: A Systematic Review Of Intervention Studies. Plos Currents Disasters. Aug 22. Edition 1.Doi: Gayer M & Connolly Ma. Chapter 5: "Communicable Disease Control After Disasters" In Public Health Consequences Of Disasters, 2nd Edition, Eds. Noji, Ek. Oxford: Oxford University Press, 2005 (In Revision). Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jkm). 2015. Status Terkini Bencana Banjir Di Pusat Pemindahan Tahun 2014/2015. Bilik Gerakan Bencana, Bahagian Kebajikan Produktif.

Kementerian Kesihatan Malaysia (2015). Siaran Media Tindakan Kementerian Kesihatan Menangani Banjir 19 Januari 2015.www.moh.gov.my Morgan O. Infectious Disease Risks From Dead Bodies Following Natural Disasters. Rev Panam Salud Publica. 2004;15(5):307–12. Rosenstock, Irwin M.; Strecher, Victor J.; Becker, Marshall H. (1988)."Social Learning Theory And The Health Belief Model". Health Education & Behavior 15 (2): 175–183. WHO. Flooding And Communicable Diseases Fact Sheet. Http://www.who.it/Hac/Techguidance/Ems/Flood_Cds/En/[4 Mei 2015]

supplement-flood disaster.pmd 8/6/2015, 2:32 PM112