2013 skrip pengacara majlis anugerah cemerlang

12
1 MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK JIJAN 2013 DEWAN TERBUKA SK JIJAN 13 NOVEMBER 2013 BI L AGENDA TEKS 1. Ketibaan jemputan dan ibu bapa Nyanyian lagu Negaraku Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG ________________diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri. Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Semua hadirin dipersilakan duduk. 2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rusydan bin

Upload: yusrina-mustama

Post on 16-Feb-2017

90.707 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK JIJAN 2013

DEWAN TERBUKA SK JIJAN

13 NOVEMBER 2013

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan jemputan dan

ibu bapa

Nyanyian lagu

Negaraku

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG

________________diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke

tempat duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku

dengan iringan muzik.

Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,

Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita

mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz

Mohd Rusydan bin Osman. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima

kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 2: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

2

3. Ucapan alu-aluan

Pengerusi Majlis

Melati kuntum menghias gelas,

Tumbuh melata di tepi kali,

Anugerah Cemerlang 2013,

Murid-murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Yang Berusaha Tn. Hj. Zainal Ariffin bin Mohd Yunus selaku Guru

Besar SK Jijan,

Yang Berbahagia Naib Yang Dipertua PIBG SK Jijan

______________________________________ ,

Para jemputan khas,

Guru-guru penolong kanan,

guru-guru,

Ajk PIBG SK Jijan,

ibu-bapa,

seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah

Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam

Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2013.Pihak sekolah

mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-

murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari Anugerah Cemerlang

SK Jijan ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian murid-

murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang

akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2013 ini. Diharap agar

dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi

semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang

pada masa-masa akan datang.

Page 3: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

3

Ucapan Guru Besar

Hadirin yang dihormati,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj.

Zainal Ariffin bin Mohd Yunus selaku Guru Besar SK Jijan untuk

menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar

atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

5. Ucapan Perasmian

oleh NYDP PIBG

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara senyum tertawa,

Kata azimat simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar

ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia ___________________________ Naib Yang Dipertua PIBG SK Jijan. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

***

Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi

ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian

______________________ menyampaikan ucapan perasmian

sebentar tadi.

Page 4: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

4

6. Majlis Graduasi

Prasekolah Bestari :

Penyampaian Sijil Graduasi

&Matapelajara

n terbaik Prasekolah

& Anugerah

Khas Prasekolah

Bestari

Kedudukan dalam kelas

tahun 1 hingga tahun 6 ( sesi pagi)

&Matapelajara

n terbaik(sesi pagi)

Hadirin sekalian,

Berkebaya batik berwarna merah,

Diserikan dengan permata berlian,

Tibalah masa penyampaian anugerah,

Penerima teruja menunggu giliran.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Penolong Kanan Kurikulum SK Jijan, Pn Faridah bt Salleh ke pentas untuk

menyampaikan anugerah.

*** Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah Bestari bagi tahun 2013.

*** Anugerah seterusnya ialah Matapelajaran Terbaik Prasekolah Bestari.

*** Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah Bestari.

*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi pagi bagi tahun 1 hingga tahun 6.

*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik bagi sesi pagi bagi tahun 1 hingga tahun 6.

Page 5: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

5

****Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn.

Faridah Binti Salleh atas kesudian beliau menyampaikan anugerah

sebentar tadi.

7. Persembahan 1 :

Tarian

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh murid tahap 2

SK Jijan. Kumpulan tarian ini mendapat bimbingan daripada Pn.

Serinor Dalila bt Md. Derus dan Pn.Salwa binti Mokhtar. Dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar

tadi.

9. Penyampaian Anugerah:

Kedudukan dalam kelas

tahun 1 hingga tahun

5 ( sesi petang)

&Matapelajara

n terbaik(sesi petang)

Seterusnya, dijemput Pn. Hafizah binti Masron Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Jijan ke pentas untuk menyampaikan

anugerah seterusnya.

*** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi kelas agama petang bagi tahun 1 hingga tahun 5.

*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik sesi kelas agama petang.

****Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn.

Hafizah binti Masron atas kesudian beliau menyampaikan anugerah

sebentar tadi.

Page 6: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

6

10. Persembahan 2 : Sketsa Tahun 3

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang

akan dipersembahkan oleh murid tahun 3 Delima. Persembahan

sketsa yang bertajuk “ Amalan Bertatasusila” ini mendapat bimbingan

daripada Pn. Serinor Dalila bt Md. Derus. Dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan atas persembahan sketsa itu tadi.

11. Penyampaian hadiah

penghargaan:

Kehadiran penuh (pagi)

&Kehadiran

terbaik (petang)

Kebersihan dan

kekemasan kendiri

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.

Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Besar SK Jijan, Tn. Hj. Zainal ARIFFIN BIN MOHD YUNUS untuk

menyampaikan hadiah penghargaan kepada murid dengan

kehadiran penuh sesi pagi dan petang serta murid dengan

kekemasan kendiri tebaik, penyampaian sijil dan hadiah penghargaan

kepada ketua kelas, penolong ketua kelas, pengawas perpustakaan

dan pengawas sekolah bagi tahun 2013. Dipersilakan.

**** Penyampaian penghargaan yang pertama ialah murid dengan kedatangan penuh sepanjang tahun bagi sesi pagi.

**** Penyampaian penghargaan yang seterusnya ialah murid dengan kedatangan terbaik sepanjang tahun bagi sesi kelas agama petang.

*** Penyampaian penghargaan seterusnya ialah murid dengan kebersihan dan kekemasan kendiri terbaik.

Page 7: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

7

Penghargaan Sijil

Penghargaan dan wang

tunai:

ketua kelas dan penolong ketua kelas,

pengawas perpustakaan

pengawas 2013.

Seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan.

****Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian sijil penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua kelas SK Jijan 2013.

****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas perpustakaan SK Jijan 2013.

****Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian sijil dan hadiah penghargaan kepada pengawas SK Jijan 2013.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Tn. Hj.

Zainal Ariffin bin Mohd Yunus atas kesudian beliau menyampaikan

anugerah sebentar tadi.

12 Persembahan 3 :

Tarian Prasekolah

Bestari

Hadirin sekalian,

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan

persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh murid

Prasekolah Bestari SK Jijan. Persembahan tarian ini mendapat

bimbingan daripada Pn. Wan Sureyani binti Wan Ismail dan Pn.

Rodziah binti Zainal. Dipersilakan.

***

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu

menghiburkan hati sebentar tadi.

Page 8: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

8

13 Penyampaian Anugerah

Khas :

Murid Mithali Lelaki 2013

Murid Mithali Perempuan

2013

Tokoh Murid 2013

Hadirin sekalian,

Hadiah diatur tampak kemas,

Tuan NYDP PIBG senyum sekilas,

Tampillah Tuan ke atas pentas.

Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan sekali lagi Yang Berbahagia ___________________________ ke pentas untuk

menyampaikan anugerah kemuncak kita pada hari ini.

*** Penyampaian Anugerah Khas yang pertama ialah Murid Mithali Lelaki 2013.

*** Penyampaian Anugerah Khas yang seterusnya ialah Murid Mithali Perempuan 2013.

***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh Murid SK Jijan tahun 2013.

**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2013 ****

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini.

Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar

semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh

teladan kepada murid lain.

Page 9: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

9

14. Penyampaian Cenderahati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang

Berbahagia _________________________________ atas kesudian

beliau menyampaikan Anugerah Khas sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK Jijan Tn. Hj. Zainal Ariffin bin

Mohd Yunus untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang

Berbahagia Tn. NYDP PIBG Sk Jijan.

15. Penutup

&

Jamuan ringan.

Hadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,

Terima kasih sekalung budi,

Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,

Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,

Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa kerja

Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Jijan 2013, para ibu-bapa dan

mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi

menjayakan malis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan

menjamu selera di khemah yang disediakan.

Page 10: 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

10

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt