20121105091125unit 9 pengajaran

26
Pengajaran Karangan | 129 UNIT 9 PENGAJARAN KARANGAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. mengenal pasti aspek-aspek dalam pengajaran mengarang 2. menghuraikan teknik mendapat sumber bahan mengarang 3. menjelaskan beberapa pendekatan pengajaran mengarang Pengenalan ujuan mengarang bagi peringkat sekolah (KBSM dan KBSR) secara amnya adalah untuk membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat mengolah pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu idea dalam bentuk karangan. Selain itu aktiviti mengarang di sekolah juga dirangka sejajar dengan dengan falsafah pendidikan negara. Antara yang matlamat penting mata pelajaran mengarang di sekolah ialah: a. Melatih murid-murid melahirkan idea. b. Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea. c. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul. d. Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis karangan yang tertentu. e. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul. f. Menggunakan pengalaman menulis karangan dalam situasi sebenar. g. Sebagai persediaan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. h. Menyuburkan minat. i. Meluaskan kosa kata. j. Memberi kepuasan jiwa. k. Melatih minda ke arah pemikiran kreatif dan kreatif. T

Upload: hazril-emy

Post on 17-Feb-2015

41 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 129

UNIT 9

PENGAJARAN KARANGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. mengenal pasti aspek-aspek dalam pengajaran mengarang

2. menghuraikan teknik mendapat sumber bahan mengarang

3. menjelaskan beberapa pendekatan pengajaran mengarang

Pengenalan

ujuan mengarang bagi peringkat sekolah (KBSM dan KBSR) secara amnya adalah untuk membentuk

dan melahirkan murid-murid yang dapat mengolah pendapat berdasarkan situasi atau tajuk tentang

sesuatu idea dalam bentuk karangan. Selain itu aktiviti mengarang di sekolah juga dirangka sejajar

dengan dengan falsafah pendidikan negara. Antara yang matlamat penting mata pelajaran mengarang di

sekolah ialah:

a. Melatih murid-murid melahirkan idea.

b. Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea.

c. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.

d. Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan jenis

karangan yang tertentu.

e. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul.

f. Menggunakan pengalaman menulis karangan dalam situasi sebenar.

g. Sebagai persediaan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

h. Menyuburkan minat.

i. Meluaskan kosa kata.

j. Memberi kepuasan jiwa.

k. Melatih minda ke arah pemikiran kreatif dan kreatif.

T

Page 2: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 130

Teori Pengajaran Mengarang

Terdapat beberapa teori dan prinsip yang diperlihatkan mengenai pengajaran karangan kepada murid.

Teori yang dibawa oleh Jean Piaget (1970) menyatakan bahawa bahasa ialah suatu konsep yang

digunakan untuk membayangkan kecerdasan otak anak-anak berfikir. Kecerdasan itu mula timbul pada

peringkat umur seseorang dalam perkembangan kecerdasan otak anak-anak. Apabila seseorang anak

dapat mengkhayalkan sesuatu hal atau kelakuan atau peristiwa, maka khayalan itulah akan menjadi unsur

bahasa, termasuk penulisan. Oleh hal yang demikian, perhatian kepada penggunaan kecerdasan otak

kanak-kanak dalam seni mengarang ini adalah mustahak.

Teori Chomsky (1968) pula mengatakan bahasa itu adalah warisan yang diterima daripada gen

yang membolehkan kanak-kanak menguasai tatabahasa dan membuat analisa bahasa. Kebolehan semula

jadi ini datangnya secara intuitif dan dinamakan “Language Acquisition Device”. Oleh itu, pengajaran

karangan mestilah berpandukan kepada cara kanak-kanak memperoleh bahasa ibunda mereka. Ia harus

dimulakan daripada pengalaman-pengalaman yang terdekat dan kemudian bergerak kepada pengalaman–

pengalaman yang lebih jauh. Pengajaran harus dimulakan dengan lisan dan kemudiannya penulisan.

Segala aktiviti harus bergerak daripada pengetahuan murid itu sendiri.

Jensen (1966) sebaliknya berpendapat penguasaan bahasa mestilah ada kaitannya dengan dua

elemen dalam konsep “theory of learning”. Elemen pertama ialah konsep peneguhan pada S-O-R, iaitu

teori yang dipelopori oleh Skinner. Elemen yang kedua pula ialah konsep „pairing‟ yang dipelopori oleh

Freud. Konsep ini menekankan keperluan anak-anak membuat asosiasi antara satu perkataan dengan

satu perkataan yang lain hingga timbul satu bentuk corak makna yang aneh sekali. Berdasarkan teori-teori

ini kanak-kanak harus diberi latihan yang banyak untuk memantapkan pengukuhan kefahaman.

Dalam konteks yang sama, Breal (1910) mengatakan pengajaran penulisan harus dimulakan

dengan pembinaan ayat yang lengkap dan bukan dengan mengutamakan undang-undang tatabahasa.

Pandangan Breal selari dengan pendapat aliran Struktural yang dikemukakan menerusi teori Bloomfield

dan Skinner. Oleh hal yang demikian, nyatalah di sini bahawa penulisan karangan merangkumi semua

aktiviti yang berhubung dengan pemilihan isi, peringkat-peringkat penyampaian, dan beberapa gerak-geri

latih tubi.

Guru yang baik akan mengajar karangan melalui aktiviti. Aktiviti-aktiviti itu bertujuan mencetuskan

perkembangan bahasa, pemikiran dan motivasi. Untuk menulis dengan lebih berkesan murid perlu berfikir

dengan tenang dan menggunakan imaginasi. Murid-murid harus diberi peluang membaiki cara mereka

berfikir, kerana dengan cara itu mereka dapat memperbaiki cara mereka mengarang pula. Secara

umumnya pengajaran karangan merangkumi aspek-aspek berikut, iaitu:

i. Menggunakan pelbagai jenis ayat.

ii. Mencatat dan menyusun maklumat.

iii. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

iv. Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.

Page 3: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 131

Pendekatan Pengajaran Mengarang

Kemahiran mengarang boleh diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk mencapai objektif tersebut,

pengajaran karangan boleh diajarkan dengan menggunakan pendekatan terkawal, berpandu, bebas,

proses, komunikatif dan pengalaman bahasa.

Pendekatan Terkawal

Pendekatan terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid-murid menimba

pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain itu, pendekatan ini dapat

mengelakkan murid-murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi bahasa mahu pun dari segi isi.

Dengan berpandukan kepada bahan yang disediakan oleh guru, murid diajar menjalankan aktiviti berikut:

a. Mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah disediakan terlebih

dahulu.

b. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah

karangan yang lengkap.

c. Menyusun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah

karangan yang lengkap dan berstruktur.

Pendekatan Berpandu

Pendekatan ini boleh dijalankan oleh guru dengan menggunakan teknik berikut:

a. Isi karangan telah diberikan oleh guru.

b. Murid membina ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang telah diberikan oleh

guru.

c. Murid mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi

melengkapkan isi dalam perenggan.

d. Kad-kad imbasan dan kad perkataan digunakan bagi membantu murid.

e. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan atau pengakhiran cerita yang telah diberikan

oleh guru.

f. Latihan memadankan ayat diberikan terlebih dahulu kepada murid.

g. Murid yang pandai diberikan aras latihan yang lebih mencabar.

h. Penulisan karangan dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk

wacana yang lengkap.

Page 4: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 132

Pendekatan Bebas

Dalam pendekatan bebas, guru digalakkan mengaplikasikan kaedah berikut:

a. Sesuai untuk kumpulan murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik.

b. Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.

c. Murid-murid mencari isi karangan sendiri.

d. Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan.

e. Guru memberikan beberapa perkataan atau rangkai kata tertentu bagi membantu

murid memantapkan pengolahan.

f. Penggunaan peribahasa digalakkan.

Pendekatan Proses

Dalam pendekatan proses pula guru digalakkan mengaplikasikan kaedah berikut:

a. Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh murid.

b. Murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.

c. Boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu.

d. Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio.

e. Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan

yang diberikan kepada mereka.

f. Penggunaan sumber bahan berasaskan ICT adalah sangat digalakkan.

g. Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk digunakan pada tajuk

karangan yang lain.

Aktiviti pengukuhan:

a. Murid menyusun isi.

b. Pada peringkat menyusun isi, murid-murid berbincang dengan guru.

c. Isi yang telah disusun, ditulis dalam bentuk rangka karangan.

d. Rangka karangan yang telah mantap, ditulis pula dalam bentuk penulisan yang lengkap.

e. Murid mengedit karangan yang telah disiapkan sambil melakukan pembetulan.

f. Setelah siap dan lengkap, karangan dihantar kepada guru untuk dinilai.

Pendekatan Komunikatif

Dalam pendekatan komunikatif, aktiviti berikut harus diberi perhatian, iaitu:

a. Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan.

b. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi

Page 5: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 133

cerita dan kurang pada aspek penstrukturan karangan.

c. Murid diberi latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea.

d. Murid diminta bercerita tentang sesuatu isu dalam konteks perbincangan yang autentik.

e. Bentuk penulisan murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks

dan suasana kejadian sebenar.

f. Penggunaan bahan ransangan seperti bahan multimedia dapat membantu murid

Mengemuka idea dan melancarkan penceritaan.

Pendekatan Pengalaman Bahasa

Pendekatan ini boleh dijalankan oleh guru dengan menggunakan teknik berikut:

a. Guru meransang perbincangan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih.

b. Murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina jalan cerita.

c. Perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut diutarakan oleh guru dalam

perbincangan.

d. Murid diminta membina ayat berdasarkan idea mereka sendiri.

e. Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita.

f. Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis.

g. Setelah cerita selesai, guru membaca secara nyaring dan murid mendengar.

h. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.

i. Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.

j. Guru meminta murid menggunakan perkataan sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

mereka.

Kemahiran Memperolehi Maklumat

Pengajaran mengarang di sekolah perlu mengambil kira aspek aktiviti peringkat kemahiran memperoleh

maklumat, peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang. Murid perlu diberikan

pendedahan yang secukupnya sebelum mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang serius.

Dari sini kita dapat bayangkan bahawa aktiviti menulis menghendaki murid berfikir, menaakul, menyusun

dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu

menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Pada tahap sebelum menulis, pelajar perlu mempunyai maklumat lengkap dan terkini tentang perkara

yang hendak dituliskan. Pelajar seharusnya telah mempunyai kemahiran membuat rujukan, menjalankan

penyelidikan dan melakukan tinjauan dalam pengumpulan maklumat. Maklumat boleh diperoleh daripada

sumber-sumber maklumat. Sumber maklumat terbahagi dua, iaitu:

Page 6: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 134

a. Bahan bercetak - buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar, kamus dan istilah, abstrak dan indeks,

panduan dan pangkalan data, bibliografi, penerbitan ulasan, panduan perseorangan dan institusi,

risalah dan bahan-bahan rujukan am.

b. Bahan tidak bercetak/elektronik. Kemahiran memperoleh maklumat melalui bahan bercetak dilakukan

melalui tiga peringkat, iaitu:

1. Mengenal pasti Sumber Maklumat

Pelajar hendaklah mencatatkan tentang sumber seperti judul, nama pengarang, tahun dan tempat

terbit. Guru hendaklah memberitahu pelajar tentang cara-cara mencatatkan maklumat yang

berbeza mengikut sumber yang digunakan.

2. Memahami Bahan

Setiap bahan biasanya mengandungi isi utama, huraian dan contoh-contoh untuk membantu

pembaca memahami isi dengan lebih jelas. Pelajar-pelajar hendaklah dilatih mengenal komponen-

komponen ini.

3. Menyusun dan Merekod Maklumat

Selepas memahami bahan bacaan, pelajar hendaklah menyusun dan merekod isi-isi supaya

mudah dirujuk semula. Cara merekod maklumat hendaklah sistematik dan boleh membantu

pelajar. Pelajar hendaklah menggunakan bentuk penulisan yang ringkas yang boleh difahaminya.

Maklumat yang diperoleh dapat direkodkan dalam buku catatan, buku skrap, kad kecil, buku khas,

mengikut subjek dan cakra komputer.

Bagaimana Guru Menjana Bahan Pengajaran

(a) Bahan sumber daripada internet

Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-bahan berkenaan disimpan

dalam folder. Bahan-bahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD

semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan

sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

(b) Bahan sumber digital

Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas atau

bahan terpilih yang diturun muat daripada cakra digital. Cakra padat CD rom berinformasi itu kemudian

boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

Page 7: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 135

(c) Bahan audio dan audio visual

Berdasarkan daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid sebagai

bahan ransangan.

(d) Gambar-gambar

Dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan

kamera SLR atau DSLR.

(e) Filem

Filem jalur atau filem slaid.

Ciri Bahan Sumber yang Baik

Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa

mengajar.

Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan peralatan ICT.

Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya

melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri.

Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-

murid.

Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa.

Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru.

Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaran, terutama

sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam

mengadakannya.

Bagaimana Pelajar Boleh Mendapat Bahan Mengarang

Pengumpulan maklumat dilakukan melalui teknik-teknik berikut :

1.

Pelajar perlu mengumpulkan maklumat berdasarkan isu, gagasan atau kejadian, apa (what), bagaimana

(why) dan siapa (who) yang terlibat, di mana (where) waktu berlaku (when), latar belakang isu atau idea,

bagaimana (how) sesuatu isu itu berlaku dan sebab sesuatu isu itu berlaku.

Teknik Rukun 5W+1H

Page 8: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 136

2.

Diperkenalkan oleh ahli falsafah Greek, Aristotle. Beliau menggunakan teknik „ topoi‟ / tajuk untuk

mengklasifikasikan sesuatu perkara. Teknik ini dibina sebagai alat untuk membantu pemidato-pemidato

Greek mengumpul maklumat kerana Aristotle berpendapat bahawa kategori yang dikemukakan melalui

teknik ini dapat memperkembangkan sesuatu topik yang hendak diperkatakan. Kategori-kategori yang

terdapat dalam teknik ini ialah definisi konsep, perbandingan, perkaitan kemungkinan dan bukti. Ia juga

membantu pelajar berfikir secara mendalam dan kritikal berkenaan tajuk penulisan mereka. Pelajar juga

boleh mengenal pasti bahan rujukan yang diperlukan dan seterusnya memilih maklumat yang berkaitan

untuk penulisan mereka.

3.

Pelajar perlu mencatatkan isi sebanyak mungkin tentang tajuk yang diberikan. Isi dan idea boleh

dicatatkan di papan tulis dalam bentuk peta minda. Dengan cara ini pelajar dapat menyenaraikan dan

mengelompokkan idea-idea di bawah tajuk-tajuk kecil yang saling berkaitan.

4.

Aktiviti pelajar seluruh kelas. Pelajar-pelajar perlu mengeluarkan seberapa banyak idea tentang

tajuk. Idea dan pendapat tersebut boleh digunakan oleh pelajar dalam penulisan mereka. Idea boleh

berbentuk setuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu tajuk yang diberikan. Contohnya pelajar diberikan

tajuk tentang „Industri Pelancongan.‟ Mereka akan mengemukakan pendapat atau idea tentang kebaikan

dan keburukan industri pelancongan terhadap negara.

5.

Pelajar diberi bahan ransangan seperti petikan, risalah bahan grafik atau nota. Isi-isi daripada

bahan ransangan ini disenaraikan berdasarkan soalan-soalan yang disediakan oleh guru atau pelajar

sendiri. Proses menyenaraikan isi-isi boleh dilakukan secara individu atau kumpulan dan dibincangkan.

Senarai isi-isi tersebut diproses, diselaras dan disusun dalam bentuk rangka piramid dalam aktiviti tindakan

susulan.

6.

Dijalankan secara kelas atau berkumpulan. Setiap pelajar berpeluang mengemukakan idea secara

bebas, kritis dan analitis tentang sesuatu tajuk yang dikemukakan secara bergilir-gilir. Semua idea mesti

Teknik Kategori Aristotle

Teknik Peta Minda

Teknik Rajah Idea

Teknik Rangka Piramid

Teknik Sumbang Saran

Page 9: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 137

diterima dan tidak boleh ditolak oleh guru. Teknik ini bertujuan menyediakan pelajar untuk kemahiran

menulis karangan, menyelesaikan masalah dan sebagai persediaan awal untuk pemahaman. Teknik ini

dapat mengukuhkan keyakinan pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan memilih dan merumuskan

idea-idea yang terbaik yang telah dikemukakan, selain dapat meningkatkan tahap keintelektualan pelajar.

Teknik Menyusun Idea

Terdapat beberapa teknik menyusun idea dan maklumat yang boleh diajar oleh guru kepada murid. Antara

yang popular ialah teknik peta minda, teknik menulis secara bebas dan teknik analitikal.

Teknik Peta Minda

Peta minda ialah sejenis nota ringkas yang dapat memudahkan pembelajaran dari aspek meningkatkan

daya ingatan murid. Teknik peta minda dapat mengatasi masalah keupayaan otak untuk mengingati

pelbagai bahan yang rumit berbanding dengan penggunaan teknik ingatan yang konservatif. Idea yang

terpenting dalam peta minda ialah dengan memusatkan segala yang dihafal kepada suatu gambaran

ringkas, padat serta menarik, atau dengan erti lain yang menjadi satu titik permulaan. Dari sini, semua

informasi yang diperlukan itu akan terkandung dalam satu peta tunggal. Semua proses mengingat kembali

akan bermula dari titik pusat. Kesemua fakta akan saling berhubungan dan membentuk suatu gambaran

idea yang luas.

Teknik mengingatkan kembali ini akan membantu murid menjelaskan fakta yang berguna atau

tidak berguna mahupun mengenal fakta yang terkeluar daripada jaringan titik pusat. Jika murid terlupa

sesuatu fakta, ia tidak akan menghindari mereka daripada mengingati fakta-fakta lain. Sebaik sahaja murid

menciptakan suatu gambaran pusat untuk mewakili segala informasi yang perlu diingati, ia akan

membolehkan mereka mengaitkan kesemua informasi. Dengan adanya cabang dan ranting dalam teknik

peta minda ini ia akan memudahkan murid menyusun idea secara tepat , jitu dan sistematis.

Teknik menggunakan peta minda merupakan salah satu mekanisme untuk membantu murid mengukuhkan

penguasaan mereka menulis karangan dan juga mencari isi-isi penting. Hal ini demikian, kerana teknik

peta minda merupakan teknik belajar yang telah diasaskan oleh Tony Buzan, seorang ahli fikir dan pakar

pendidikan.

Kaedah Melakar Peta Minda

Untuk membuat peta minda seseorang itu perlu melakukan perkara-perkara berikut:

a. Mulakan dengan membuat imej yang berwarna di bahagian tengah muka surat kertas berdasarkan

tajuk atau idea utama. Bentuk imej sama ada dalam bentuk segi empat, bulatan dan apa sahaja

bentuk.

Page 10: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 138

b. Kembangkan atau tambahkan ranting-ranting dari imej bahagian tengah ke semua arah. Bilangan

ranting bergantung kepada seberapa banyak idea. Sebaiknya gunakan warna yang berbeza bagi

setiap ranting dan gubah bentuknya supaya lebih menarik.

c. Tuliskan kata kunci atau perkataan bagi setiap ranting dan tambahkan ranting-ranting kecil dengan

lebih terperinci bagi setiap ranting utama.

d. Tambahkan simbol, gambar atau objek tertentu supaya lebih menarik dan berkesan.

e. Gunakan huruf besar, boleh juga digariskan di bawah perkataan tersebut. Sebaiknya perkataan

tersebut dihitamkan (bold).

f. Semua idea yang utama dan penting dituliskan dengan saiz yang lebih besar.

g. Gunakan warna yang terang supaya lebih menarik dan dapat menambahkan keupayaan

mengingat.

h. Tuliskan setiap kata kunci atau perkataan di atas garisan yang dibina.

i. Peta minda yang dilakar mestilah berdasarkan kreativiti tersendiri dan asli.

j. Tenangkan fikiran ketika membina peta minda. Jangan tergopoh-gapah. Jadikan peta minda

sesuatu yang menghiburkan (mind mapping is fun).

k. Sebaiknya peta minda dibina di atas satu halaman yang melintang (sideways).

Peta minda mempunyai beberapa kebaikan dan kelebihan. Dalam penulisan karangan,

penggunaan peta minda dapat membantu murid menggunakan semua maklumat yang diperlukan dalam

penulisan karangan. Semua maklumat ini dapat dimuatkan dalam satu halaman sahaja. Dengan cara ini

memudahkan mereka untuk melihat isi-isi penting yang dibuat dalam pelbagai warna, bentuk, dan saiz

tertentu mengikut keutamaan. Maklumat ini disusun mengikut keutamaan dan urutan. Selain daripada itu

kebaikan peta minda kepada pelajar ialah:

a. Dapat membandingkan satu tajuk dengan tajuk lain dengan tersusun.

b. Isi dan idea dapat dibaca dan difahami dengan lebih cepat.

c. Perkaitan antara isi atau tajuk utama dengan isi dapat dilihat dengan lebih jelas.

d. Pemahaman konsep sesuatu tajuk menjadi lebih jelas dan menyeluruh.

e. Menjimatkan masa bagi mengulang kaji sesuatu idea.

f. Maklumat dapat diingat dengan lebih lama dan berkesan.

g. Persembahan yang spontan, kreatif dan tidak membosankan.

h. Dapat melihat hubungan idea utama dengan rantingnya.

Kajian menunjukkan 15 - 20 peratus tahap ingatan dapat ditingkatkan melalui penggunaan peta

minda. Peta minda yang menarik berupaya menggabungkan warna dan juga cabang-cabang yang sesuai,

hasil daripada percambahan fikiran. Peta minda membantu murid menjana idea secara terancang dan

tersusun. Bermula dari idea utama, idea sampingan dan dikembangkan melalui percambahan dalam

bentuk cabang-cabang dan ranting. Peta minda boleh dibina, dilakar dan ditulis menggunakan perisian

komputer.

Page 11: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 139

Teknik Penulisan Bebas

Dalam teknik ini, guru perlu memberi banyak latihan menulis secara bebas berhubung sesuatu tajuk sama

ada yang diberi atau dipilih sendiri oleh murid. Aspek yang dititikberatkan oleh guru ialah keupayaan murid

bertindak balas dengan tajuk melalui penglahiran pendapat dan curahan perasaan tanpa mementingkan

bentuk sesuatu penulisan. Teknik ini memperakui bahawa apabila isi penulisan yang berupa fakta,

pendapat, pandangan, dan perasaan telah dilahirkan di atas kertas, perkara-perkara lain seperti

penggunaan kata, tatabahasa, pemerengganan, wacana, dan gaya akan secara automatik dikuasai oleh

murid. Melalui pendekatan ini, guru mesti menegaskan kepada murid tentang proses menulis menerusi tiga

langkah:

Aktiviti Penulisan Bebas

Boleh dijalankan oleh guru di dalam kelas seperti :

Menyambung cerita dengan ayat sendiri.

Menulis pesanan yang hendak dibuat.

Menulis kenyataan untuk sesuatu pengumuman.

Menulis karangan autobiografi dan biografi.

Menulis karangan cerita sendiri.

Menulis dialog untuk dua atau tiga orang pelajar.

Mengarang puisi seperti pantun, sajak dan syair.

Menulis surat untuk keluarga atau kawan-kawan.

Menulis ucapan seperti: Ucapan terima kasih, ucapan tahniah atau takziah, ucapan perpisahan,

ucapan penerangan, ucapan perasmian, ucapan simpati.

Menulis laporan ringkas tentang sesuatu kejadian untuk catatan harian, sesuatu lawatan, sesuatu

kegiatan.

Teknik Penulisan Analitikal

Terdapat tiga bentuk karangan yang boleh diaplikasi menerusi teknik ini, iaitu jenis

1- Pramenulis 2- Membuat Rangka dan Draf 3- Menyemak dan Memeriksa Kembali

Page 12: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 140

i. Klasifikasi

ii. Proses

iii. Analisis Musabab

Karangan Klasifikasi

Proses menyusun sesuatu idea atau isi mengikut kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri khusus. Jenis

ini memerlukan pelajar menyusun dan mengelompokkan sesuatu maklumat yang diperoleh berdasarkan

sesuatu tajuk yang telah diberikan oleh guru mengikut kategori isi-isi tersebut. Sesuatu kategori maklumat

perlu disusun mengikut ciri-ciri khusus kategori tersebut.

Contoh, tajuk karangan yang ditetapkan oleh guru adalah tentang „Pengangkutan di Negara Kita.‟

Pelajar-pelajar telah mengumpulkan maklumat tentang jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara

ini. Maklumat tersebut perlu disusun mengikut jenis-jenis pengangkutan seperti pengangkutan udara darat

dan air. Selepas pembahagian kategori pengangkutan itu dilakukan, murid akan menyusun jenis-jenis

pengangkutan mengikut kelasnya pula, iaitu pengangkutan berjentera atau pengangkutan tidak berjentera.

Karangan Proses

Penyusunan maklumat atau idea sesuatu perlakuan atau peristiwa mengikut urutan lojik. Tiga langkah

aktiviti penulisan ini :

i. Mengenal pasti sesuatu maklumat dengan terperinci.

ii. Membahagikan keseluruhan proses mengikut urutan atau peringkat.

iii. Menghuraikan setiap peringkat dengan lengkap.

Apabila langkah-langkah di atas telah dilakukan oleh pelajar, maklumat atau idea yang diperoleh

itu hendaklah dihuraikan dengan jelas mengikut proses-proses yang berlaku dalam sesuatu perlakuan

tersebut. Terdapat empat karangan dalam kategori ini, iaitu :

i. Karangan penerangan

ii. Karangan pemerihalan

iii. Karangan fungsional

iv. Karangan proses musabab

Page 13: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 141

Karangan Analisis Musabab

Karangan jenis ini bermaksud proses membahagikan idea kepada beberapa bahagian supaya dapat

menggambarkan perkaitan sebab antara bahagian-bahagian. Ia mungkin dimulakan dengan punca berlaku

sesuatu kejadian atau proses, dan seterusnya melihat peringkat-peringkat hubungan sebab dengan akibat

yang akan berlaku. Jenis ini memerlukan daya taakulan pelajar yang tinggi terhadap sesuatu kejadian. Ia

menguji kematangan pelajar berfikir kerana pelajar diminta menghubungkan antara punca dan akibat

sesuatu kejadian.

Pelajar juga perlu menganalisis sebab-sebab sesuatu kejadian itu dan kemungkinan faktor-faktor

lain yang saling mempengaruhi. Selain itu pelajar perlu kritis terhadap akibat yang akan timbul daripada

punca kejadian tersebut yang berkemungkinan menyebabkan kesan-kesan lain yang tidak diduga.

Contohnya, guru memberikan tajuk karangan “Bincangkan kesan-kesan dari segi ekonomi dan

sosial terhadap penduduk tempatan dengan kemasukan beramai-ramai pendatang tanpa izin ke negara

ini”. Pelajar mengemukakan isi tentang punca kemasukan pendatang tanpa izin disebabkan peluang-

peluang pekerjaan yang terdapat di negara ini.

Isi yang dikemukakan oleh pelajar mungkin mempunyai hubungan dengan punca lain, contohnya

adanya sindiket membawa masuk pendatang tanpa izin dengan tujuan mencari keuntungan. Kemudian

pelajar mengemukakan isi tentang kesan kemasukan pendatang tanpa izin terhadap penduduk tempatan

seperti wujudnya gejala sosial yang negatif. Kesan yang dikemukakan boleh dirincikan lagi kepada faktor-

faktor lain seperti peningkatan kadar jenayah pecah rumah, gejala ragut, pencopet, samun dan

sebagainya.

Tahap-tahap Pengajaran Mengarang

Proses untuk menghasilkan bahan penulisan bukanlah merupakan satu proses yang spontan. Proses ini

memerlukan latihan mental secara sedar supaya murid dapat berfikir, memilih dan mencatat ayat-ayat bagi

menggambarkan fikiran mereka. Selain itu, mereka juga perlu menyusun ayat-ayat yang pada mulanya

dalam bentuk abstrak dapat ditukar dalam bentuk tulisan untuk menggambarkan buah fikiran mereka

secara menyeluruh. Ruggiero dan McCrimmon berpendapat terdapat tiga peringkat dalam proses menulis.

Ruggiero (1981:3)

i. Perancangan (planning) ii. Menulis (writing) iii. Menyunting (editing)

McCrimmon (1980:3)

i. Prapenulisan (prewriting) ii. Menulis (writing) iii. Penulisan semula (rewriting)

Page 14: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 142

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P), proses menulis dapat dibagikan kepada tiga

tahap, iaitu persediaan/pra mengarang, penyusunan/semasa mengarang dan penyemakan/pasca

mengarang.

1. Persediaan atau pra mengarang bermaksud penulis menentukan maklumat berdasarkan judul

karangan. Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:

a. Berbincang untuk menentukan format.

b. Berbincang untuk menentukan isi.

c. Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain.

d. Membuat peta minda atau carta aliran cerita.

e. Menentukan watak.

f. Menyaring bahan.

g. Menulis draf.

2. Penyusunan atau semasa mengarang bermaksud penulis harus menyediakan rangka penulisan

yang mengandungi susunan idea-idea berdasarkan format yang tertentu. Aspek yang perlu

diberikan perhatian ialah:

a. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan.

b. Menentukan forma.t

c. Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa,

tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.

d. Mengambil kira aspek kohesi dan koheren.

3. Penyemakan atau pasca mengarang bermaksud bacaan semula karangan yang telah ditulis.

Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:

a. Menyemak karangan.

b. Melakukan pembetulan.

c. Membuat penambahan sekiranya perlu.

d. Menghantar karangan kepada guru.

Tahap penyemakan penting kerana sesuatu penulisan itu ditujukan kepada pembaca atau guru.

Oleh sebab pembaca tidak mungkin bersama-sama penulis ketika membaca, maka penulis harus

memastikan semua idea yang ditulis itu jelas, tepat dan mudah difahami. Sebarang kekeliruan ayat atau

idea akan memberi impak negatif sekali gus akan menunjukkan kelemahan seseorang pengarang.

Page 15: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 143

Penulisan merupakan kemahiran komunikasi yang sangat penting dalam kehidupan pelajar.

Justeru amat wajar diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-

sekolah. Perhatian khusus yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan perancangan strategi pengajaran,

penilaian dan aspek-aspek lain yang menepati konsep dan kepentingan bidang tersebut seperti yang

digambarkan dalam rajah di bawah :

Rajah 1:

Peringkat-peringkat dalam proses pengajaran mengarang

Penyampaian idea yang jelas,

tepat dan berkesan

RETORIK & STILISTIK Pemilihan teknik retorik dan

stilistik, dll

TATABAHASA Rumus bagi unsur-unsur bahasa seperti stuktur ayat, kata kerja, kata ganti, kata

penghubung dll.

MEKANIS PENULISAN

Tulisan, ejaan, tanda baca

PEMILIHAN KATA Perbendaharaan kata,

peribahasa, istilah, dll

PENYUSUNAN Para, tajuk dan huraian tajuk,

ikatan dan kesatuan ayat

TUJUAN Sebab penulisan dibuat

KHALAYAK Pembaca yang ditujukan

PROSES MENULIS Mendapat idea, Memulakan penulisan, Menulis draf dan

Menyemak

ISI

Tepat, jelas, asli, logik, dll

PENYEDIAAN Mental

Penentuan Bidang

Penentuan Judul

Penentuan Sasaran

Pemerolehan Maklumat

PENYUSUNAN

Rangka Isi

Pengembangan Isi

Pemerengganan

Penjalinan

Penataan Format Pengeditan

SUMBER Media, buku, internet,

temubual, dll

Page 16: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 144

Penilaian Dalam Kemahiran Menulis

Menulis karangan adalah teknik pengujian paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan

pelajar, terutamanya di peringkat sekolah menengah. Namun demikian, memarkahkan sesuatu karangan

bertulis bukannya satu kerja yang mudah, terutamanya jika mahukan pengukuran dan penilaian yang

benar-benar tepat dan bermakna.

Kepentingan Skema Pemarkahan dalam Teknik Penilaian

Skema pemarkahan dianggap sangat penting bagi seorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa jika dilihat

dari sudut ketekalan pemarkahan dan kebolehpercayaan pengukuran. Skema pemarkahan karangan

sesuatu bahan pemeriksaan membuktikan antara lain sub-sub kemahiran yang perlu diukur dan dinilai.

Menurut Koh Boh Boon (1981), beliau telah mencuba membina satu skema pemarkahan karangan bahasa

Melayu bagi tingkatan empat dan lima, berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang berkenaan.

Skema pemarkahan tersebut menekankan penilaian berdasarkan 3 aspek kebolehan dalam karangan:

a. Isi kandungan

b. Penyusunan

c. Bahasa

Skema pemarkahan disediakan untuk para guru atau pemeriksa dengan tujuan:

a. Mengkuantitikan kemahiran dalam bentuk markah.

b. Mengawal ketekalan pemarkahan bagi seseorang pemeriksa atau kumpulan pemeriksa

dengan menggunakan panduan gred yang standard dalam proses pemarkahan dan

mengawal kebolehpercayaan pengukuran yang dihasilkan.

c. Mengurangkan unsur-unsur subjektif dengan memasukkan unsur-unsur keobjektifan

dalam sistem pengukuran dengan menggunakan skala tertentu.

d. Menyenarai semak sub-sub kemahiran penting yang berkaitan dengan sesuatu

kemahiran.

Teknik Penilaian Dalam Karangan

Terdapat dua teknik utama skema penilaian dalam karangan. Para pengkaji lain telah menggunakan istilah

yang berbeza bagi kedua-dua teknik tersebut. Namun demikian, maksudnya adalah sama. Menurut Abdul

Aziz Talib (1993:155):

a. Kaedah Tanggapan (Impression Method)

b. Kaedah Analisis (Anlythic Method)

Page 17: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 145

Teknik Global dan Teknik Perincian

Istilah yang akan digunakan ialah Teknik Global dan Teknik Perincian.

Teknik Global

Skema pemarkahan teknik ini memerlukan seseorang pemeriksa menilai kualiti sesuatu karangan

berdasarkan tanggapan pemeriksa secara keseluruhan. Namun begitu, satu kelemahan yang jelas adalah

sesuatu karangan itu boleh jadi menarik kepada seseorang pemeriksa dan mungkin tidak kepada seorang

yang lain. Unsur-unsur prasangka dan nasib mungkin terdapat dalam teknik ini.

Satu cara untuk mengelakkannya, cadangan Heaton (1979: 135), However, if assessment is based on

several (falliable) judgements, the net result is for more reliable than a mark based on a single judgement.

Menurut beliau, sebaik-baiknya tiga atau empat orang pemeriksa menilai satu karangan dan satu

persetujuan diambil untuk menentukan mutu karangan itu. Terdapat skala pemarkahan yang menggunakan

skala 5 mata, 10 mata dan sebagainya.

Menurut Azman Wan Chik (1982: 95), skema pemarkahan yang menggunakan teknik global bagi

Tingkatan Lima adalah seperti berikut:

Markah

Pencapaian

Peringkat Kemahiran Bahasa

10 Cemerlang

Daripada semua aspek prestasinya tinggi – untuk pengajian tinggi dan perhubungan yang matang. Cemerlang dalam perbendaharaan kata, tatabahasa, gaya dan lain-lain.

9 Amat Baik

Lebih tinggi pencapaian daripada 8 tetapi belum sampai 10.

8 Baik

Walaupun jelas, prestasinya tidak begitu cemerlang, tetapi tidak langsung menyusahkan pembaca yang kritis untuk memahaminya. Luas perbendaharaan kata.

7 Hampir baik

Mencapai darjah yang lebih tinggi daripada keperluan minimum untuk pengajian tinggi tetapi belum sampai taraf 8 atau lebih.

6 Sedang

Jelas kelihatan mencapai taraf yang diperlukan dalam pengajian tinggi tetapi perbendaharaan kata dan lain-lain kurang meluas walaupun memuaskan untuk berhubung secara tulisan.

Page 18: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 146

5 Boleh diterima

Membuat kesalahan tatabahasa dan kesalahan-kesalahan bahasa lain yang senang-senang tetapi tidak menyusahkan pembaca untuk memahaminya, penghuraian memuaskan, tetapi tidak begitu kompleks.

4 Lemah

Agak rendah daripada pencapaian yang diperlukan untuk pengajian tinggi, terhad perbendaharaan kata dan struktur-struktur yang lain.

3 Terlalu lemah

Ada tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan untuk lebih baik pada masa-masa akan datang.

2 Buruk

Terlalu rendah darjah kemahiran untuk pengajian tinggi, sukar difahami oleh pembaca biasa.

1 Tidak berkemampuan langsung

Tidak dapat difahami oleh pembaca biasa dan tidak ada kaitan langsung dengan tajuk.

0 Tidak ada sambutan

Tidak menjawab soalan.

Contoh lain skema pemarkahan karangan secara teknik global adalah melalui skala 5 mata. Menurut Abdul

Aziz Abdul Talib (1993: 159), skema skala 5 mata lebih mudah menilai karangan.

Skala Pengukuran Penilaian Sifat-sifat Utama Karangan

5 (atau A) Cemerlang i. Karangan menepati tajuk dan bahasanya sangat baik, lancar dan berkesan.

ii. Tidak ada kesalahan bahasa

iii. Struktur ayat dan perbendaharaan kata beragam dan luas.

iv. Bagus dan tersusun secara sistematik dan jelas

v. Perenggan, ejaan dan tanda baca digunakan dengan betul.

vi. Keseluruhan persembahan karangan berkesan dan menarik.

vii. Pendapatnya matang.

Page 19: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 147

4 (atau B) Baik i. Karangan berkaitan dengan tajuk dan bahasanya baik.

ii. Struktur ayat dan perbendaharaan kata memuaskan.

iii. Isinya cukup dan pengolahannya agak menarik.

iv. Kemahiran mekanis memuaskan.

3 (atau C) Sederhana i. Karangan masih berkaitan dengan tajuk.

ii. Terdapat kesilapan kecil tabahasa

iii. Struktur ayat dan perbendaharaan kata agak terhad dan mudah.

iv. Isinya hanya mencukupi dan pengolahan- nya agak sederhana sahaja.

v. Terdapat sedikit kesilapan ejaan.

2 (atau D) Lemah i. Kurang pemahaman tentang tajuk karangan.

ii. Terdapat kelemahan tatabahasa dan

perbendaharaan kata.

iii. Isinya kurang mencukupi.

iv. Pengolahan dan penyusunan lemah.

1 (atau E) Sangat Lemah i. Kurang pemahaman tentang tajuk atau terpesong langsung.

ii. Penguasaan bahasa sangat lemah.

iii. Banyak kesalahan tatabahasa.

iv. Isinya tidak mencukupi.

v. Pengolahan dan penyusunan sangat lemah.

vi. Keseluruhan karangan tidak menarik dan sukar difahami.

Teknik Perincian

Teknik ini merupakan cara pemarkahan yang menganalisa atau memecahkan kemahiran seseorang itu

mengarang dan pada beberapa aspek subkemahiran yang dianggap penting dalam menghasilkan

karangan yang baik. Tiap-tiap satu aspek subkemahiran itu dinilai secara berasingan.

Page 20: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 148

Menurut Heaton (1979: 137), lima aspek penting yang perlu diteliti secara berasingan dengan

menggunakan skala 5 mata bagi tiap-tiap satu aspek adalah seperti yang berikut:

i. Tatabahasa

ii. Perbendaharaan kata

iii. Kaitan isi dengan tajuk

iv. Kelancaran / gaya dan kelicinan komunikasi

v. Aspek mekanis (tanda baca dan ejaan)

Contoh format borang penilaian yang pernah digunakan oleh Heaton adalah seperti berikut:

Jumlah = 14

Kunci/Petunjuk:

5 = Sangat baik

4 = Baik

3 = Sederhana

2 = Lemah

1 = Sangat lemah

Pendapat beberapa pakar dalam bidang pengajaran dan pengujian bahasa seperti Heaton (1979),

Oller (1979), Cooper (1979), Raimes (1983) dan lain-lain dapat dikenal pasti 5 subkemahiran yang kerap

digunakan dalam kemahiran mengarang.

Skala

Aspek

5

4

3

2

1

Tatabahasa

X

Perbendaharaan kata

X

Kaitan dengan isi tajuk

X

Kelancaran

X

Mekanis

X

Page 21: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 149

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993: 162), mengatakan bahawa subkemahiran adalah seperti berikut:

i. Kemahiran struktur dan gaya

Ia menekankan kebolehan menulis ayat yang betul, memanipulasi ayat dan menggunakan

bahasa secara berkesan.

ii. Kemahiran memilih isi

Ia menekankan kebolehan memilih isi karangan yang sesuai dengan tajuk.

iii. Kemahiran perbendaharaan kata

Ia mencakupi kebolehan memilih, menggunakan perkataan yang beragam dan luas dengan

tepat dan berkesan.

iv. Kemahiran menyusun

Ia memerlukan kebolehan menyusun isi atau idea yang berkaitan secara teratur dalam turutan

yang paling logik dan berkesan.

v. Kemahiran mekanis

Ia mencakupi kebolehan mengeja, menggunakan tanda baca, pemerengganan dan tulisan

yang boleh dibaca.

Berdasarkan senarai subkemahiran di atas, satu skema pemarkahan yag menggunakan teknik

perincian dapat dibentuk bagi peringkat sekolah rendah dan menengah. Bagi murid-murid sekolah rendah,

pengagihan markah tertumpu pada kemahiran struktur dan gaya, kemahiran mekanisme. Hal ini demikian

kerana subkemahiran tersebut lebih penting dikuasai pada peringkat sekolah rendah. Pada peringkat

menengah, imbangan markah memberatkan kemahiran isi dan kemahiran menyusun.

Contoh format skema pemarkahan karangan skala perincian seperrti di bawah:

Contoh A

SKEMA PEMARKAHAN KARANGAN SKALA ANALISIS UNTUK SEKOLAH RENDAH

1. Struktur dan gaya

Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan bahasa.

(Markah maksimum = 30)

26 – 30 Cemerlang

22 – 25 Baik

17 – 21 Sederhana

10 – 16 Lemah

0 – 9 Sangat lemah

Page 22: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 150

2. Isi

Kaitan idea / isi dengan tajuk, keragaman, keaslian, perkembangan dan huraian idea dan isi.

(Markah maksimum = 15)

14 – 15 Cemerlang

12 – 13 Baik

9 – 11 Sederhana

5 – 8 Lemah

0 – 4 Sangat lemah

3. Perbendaharaan kata

Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas

(Markah maksimum = 15)

14 – 15 Cemerlang

12 – 13 Baik

9 – 11 Sederhana

5 – 8 Lemah

0 – 4 Sangat lemah

4. Penyusunan

Perkembangan tema / cerita yang logik, sistematik, bertalian dan jelas.

(Markah maksimum = 15)

14 – 15 Cemerlang

12 – 13 Baik

9 – 11 Sederhana

5 – 8 Lemah

0 – 4 Sangat lemah

5. Mekanis

Ejaan, tanda baca perenggan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebolehbacaan tulisan

tangan.

(Markah maksimum = 25)

23 – 25 Cemerlang

18 – 22 Baik

14 – 17 Sederhana

9 – 13 Lemah

0 – 8 Sangat lemah

Page 23: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 151

Contoh B

SKEMA PEMARKAHAN KARANGAN SKALA ANALISIS UNTUK SEKOLAH MENENGAH RENDAH

1. Struktur dan gaya

Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan bahasa.

(Markah maksimum = 25)

23 – 25 Cemerlang

18 – 22 Baik

14 – 17 Sederhana

9 – 13 Lemah

0 – 8 Sangat lemah

2. Isi

Kaitan idea / isi dengan tajuk, keragaman, keaslian, perkembangan dan huraian idea / isi.

(Markah maksimum = 20)

18 – 20 Cemerlang

15 – 17 Baik

12 – 14 Sederhana

7 – 11 Lemah

0 – 6 Sangat lemah

3. Perbendaharaan kata

Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas.

(Markah maksimum = 20)

18 – 20 Cemerlang

15 – 17 Baik

12 – 14 Sederhana

7 – 11 Lemah

0 – 6 Sangat lemah

4. Penyusunan

Perkembangan tema / cerita yang logik, sistematik, bertalian dan jelas.

(Markah maksimum = 20)

18 – 20 Cemerlang

15 – 17 Baik

12 – 14 Sederhana

7 – 11 Lemah

0 – 6 Sangat lemah

Page 24: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 152

5. Mekanis

Ejaan, tanda baca perenggan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebolehbacaan tulisan

tangan.

(Markah maksimum = 15)

14 – 15 Cemerlang

12 – 13 Baik

9 – 11 Sederhana

5 – 8 Lemah

0 – 4 Sangat lemah

Contoh C

SKIM PEMARKAHAN KARANGAN SKALA ANALISIS UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS

1. Struktur dan gaya

Ketepatan tatabahasa, kompleksiti ayat, keragaman struktur dan keberkesanan bahasa.

(Markah maksimum = 20)

18 – 20 Cemerlang

15 – 17 Baik

12 – 17 Baik

12 – 14 Sederhana

7 – 11 Lemah

0 – 6 Sangat lemah

2. Isi

Kaitan idea / isi dengan tajuk, keragaman, keaslian, perkembangan dan huraian idea / isi.

(Markah maksimum = 30)

26 – 30 Cemerlang

22 – 25 Baik

17 – 21 Sederhana

10 – 16 Lemah

0 – 9 Sangat lemah

Page 25: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 153

3. Perbendaharaan kata

Pemilihan kata yang tepat, beraneka dan luas.

(Markah maksimum = 15)

14 – 15 Cemerlang

12 – 13 Baik

9 – 11 Sederhana

5 – 8 Lemah

0 – 4 Sangat lemah

4. Penyusunan

Perkembangan tema / cerita yang logik, sistematik, bertalian dan jelas.

(Markah maksimum = 25)

23 – 25 Cemerlang

18 – 22 Baik

14 – 17 Sederhana

9 – 13 Lemah

0 – 8 Sangat lemah

5. Mekanis

Ejaan, tanda baca perenggan, penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebolehbacaan tulisan

tangan. (Markah maksimum = 10)

9 – 10 Cemerlang

7 – 8 Baik

9 – 6 Sederhana

3 – 4 Lemah

0 – 2 Sangat lemah

KATA KUNCI

1.`Teori Pengajaran 4. Teknik Peta Minda 7. Ujian diagnostik

2. Teknik Bebas 5. Skala Pengukuran 8. Ujian Pencapaian

3. Teknik Global 6. Ujian Pencapaian 9. Kemahiran Mekanis

Page 26: 20121105091125UNIT 9 PENGAJARAN

P e n g a j a r a n K a r a n g a n | 154

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah perbezaan pendekatan terkawal dan pendekatan bebas?

2. Nyatakan 5 komponen kemahiran menulis berserta huraian dan contoh yang sesuai?

3. Huraikan teknik-teknik penilaian berserta contoh yang sesuai.

4. Bincangkan skema pemarkahan skala analisis untuk sekolah rendah dan menengah.

Bahan Rujukan

Awang Sariyan (1992) Asas Penulisan Deskriptif. Kuala Lumpur: Menara Ilmu Sdn Bhd.

_____________ ( 2006. Tertib Mengarang. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Henry Guntur Tarigan (1986) Menulis sebagai Satu Ketrampilan Berbahasa. Bandung: Penerbit Angka.

Sulaiman Masri et al. (2007) Bahasa Melayu; Rujukan Menengah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.