2011 aktiviti panitia bahasa melayu

Upload: peter-sapit

Post on 07-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 2011 Aktiviti Panitia Bahasa Melayu

    1/3

    AKTIVITI-AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYUSEKOLAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH

    TAHUN 2011

    1.0 AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

    1.1 Kosa Kata (Perbendaharaan Kata)

    Pelaksanaan : Seminggu sekali

    Aktiviti : Guru BM setiap kelas akan menulis satu perkataan besertadengan maksudnya di satu sudut papan tulis.

    1.2 Program Pintar Bahasa

    Pelaksanaan : Setiap pagi (7.10 7.20) sebelum proses P&P dilakukan.

    Aktiviti : Guru bertugas mingguan akan memantau dan memastikanmurid membaca 1 bahan ilmiah setiap pagi (kecuali Isnin).

    1.3 Bacaan Ilmiah Mingguan

    Pelaksanaan : Seminggu sekali (sewaktu perhimpunan mingguan)

    Aktiviti : Murid-murid yang terpilih (lihat jadual) akan menyediakansendiri bahan bacaan dan merujuk kepada guru BM sendiri

    untuk kepastian.1.4 Ujian Ejaan

    Pelaksanaan : Sebulan sekali

    Aktiviti : Guru BM hendaklah menjalankan 20 ujian ejaan untuk memantapkan ejaan murid-murid. Mana-mana ejaan yangmasih lemah hendaklah diulang. Markah akan direkodkan didalam Buku Rekod Ejaan Ujian.

    2.0 SAMBUTAN BULAN BAHASA

    Pelaksanaan : Oktober 2011 (selepas UPSR)

    Aktiviti : Tahap Ii. Ujian Ejaanii. Membina 5 ayatiii. Memilih ejaan yang betul (50 soalan)

  • 8/6/2019 2011 Aktiviti Panitia Bahasa Melayu

    2/3

    Tahap IIi. Ujian Ejaanii. Pertandingan Berceritaiii. Pertandingan Mengarang

    3.0 KEM MOTIVASI MURID TAHAP II

    Kem Motivasi Bahasa Melayu akan diadakan untuk mengatasi kelemahan murid-murid Tahap IIterutamanya di dalam menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu. Penceramah-penceramah kem ini terdiridaripada guru-guru yang berpengalaman dan berkaliber sekolah ini iaitu Cikgu Rose ak Giman,Cikgu Law Kiew Ching, Cikgu Abdul Halim bin Basri dan Cikgu Peter ak Sapit. Perkara yang akandisentuh semasa kem ini nanti adalah seperti berikut:

    Guru Penyelaras Bahagian / Topik Huraian Tugas

    Pn. Rose ak Giman Bahagian A Membina 5 ayat(Gambar aktiviti & gambar Suasana)

    Pn. Law Kiew Ching Bahagian B Karangan

    (Format & ramalan)En. Abdul Halim Bahagian C Membina Ulasan(Nilai murni dan pengajaran)

    En. Peter ak Sapit AktivitiPengukuhanUjian & Penilaian(Latihan pengukuhan)

    Dalam pada itu, nota-nota dan soalan klon UPSR akan diedarkan kepada murid-murid agar merangsang semangat dan keyakinan murid yang akan menduduki UPSR kelak.

    Fokus kem ini lebih menekankan kepada pendedahan teknik-teknik dan tip-tip menjawab soalan

    peperiksaan UPSR. Selain itu, ulangkaji intensif juga merupakan tumpuan kem ini agar mengukuhkan pengetahuan sedia ada murid di samping menggerakkan dan memotivasikan muridsupaya mencapai keputusan yang cemerlang.

    4.0 Kelas Intensif Klinikal UPSR

    Memandangkan murid tahun 6 akan menghadapi UPSR pada bulan September ini, kelas intensif akan diadakan untuk membestarikan, memantapkan dan membaikpulih murid-murid sekolah ini.Untuk murid-murid yang galus, mereka akan dikelompokkan dalam kelas pembaikpulihan supayamereka dapat mencapai tahap lulus dalam UPSR. Murid-murid cemerlang pula mengikuti kelas

    pembestarian manakala murid yang near miss A mengikuti kelas pemantapan. Pada tahun ini,selain bimbingan penulisan, pemahaman iaitu kertas 1 BM juga diberi penekanan dalam kelasintesif ini.

    Hari : Selasa (setiap minggu persekolahan)Masa : 2.00 petang 3.30 petangMata Pelajaran : Bahasa MelayuGuru Bertugas : Peter ak Sapit

  • 8/6/2019 2011 Aktiviti Panitia Bahasa Melayu

    3/3

    5.0 PROTIM

    5.1 Tahun 6

    Setelah menjalankan praujian untuk memilih murid untuk mengikuti kelas PROTIM tahun 6akan dilaksanakan dari pukul 7.00 pagi hingga 8.00 pagi dari Selasa hingga Jumaat di PusatSumber. Kelas ini bermula dari 1 Oktober hingga 31 Oktober.

    5.2 Pascaujian Protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

    Pascaujian akan dilangsungkan pada bulan November oleh Guru Pemulihan. Analisis dankeputusan akan dihantar ke PPD.

    6.0 PLBS

    Borang PLBS murid harus disimpan dalam fail PLBS murid masing-masing mengikut kelas

    mereka pada tahun depan. Analisis pencapaian setiap kelas dan tahun perlu dihantarkan kepadaKetua Panitia sebelum diserahkan kepada GPK1.

    7.0 KSSR

    KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2011. Guru Bahasa Melayu (Pn. Rose ak Giman) bertanggungjawab untuk merekodkan markah terutamanya di dalam Portal Kementerian PelajaranMalaysia beserta dengan bahan bukti (evidens).

    Disediakan oleh, 12 JULAI 2011

    (PETER AK SAPIT)Ketua Panitia Bahasa Melayu,SK Tanah Putih, Sarikei.