2.0 pertimbangan moral

18
1.0 PENDAHULUAN Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.

Upload: ieyzaieyjoe

Post on 09-Nov-2015

337 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sains pemikiran dan etika

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANMoral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.Mengikut kamusOxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebutconscience, conscientia, gewissen, gewetendan dalam Bahasa Arab disebutqalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan.Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut,Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh. (Mohd. Janib Johari, 1994).2.0 PERTIMBANGAN MORALMengapa moral menentukan kemajuan dan peradaban suatu bangsa?J.J. Rosseau: kemajuan seni dan teknologi tidak akan menjamin sempurnanya peradaban bangsa.F. Fukuyama: trust (kepercayaan) adalah penentu peradaban dankeberhasilan suatu bangsa. Kwik K.G.: karena tingkat kepercayaan yang rendah, biaya keamanan dan biaya transaksi menjadi tinggi.Persoalan moralitasapa yang benar dan apa yang salahdalam hubungan antara manusia adalah persoalan pokok untuk zaman kita ini. Beberapa persoalan yang biasanya dikira lebih penting daripada soal tersebut di atas, umpamanya: Bagaimana manusia harus bersikap menghadapi teknologi, bagaimana bangsa-bangsa harus bertindak untuk memelihara perdamaian, dan persoalan hari kemudian dunia yang beradab, semua itu juga merupakan soal moralitas. Isu-isu moral dengan cepat telah menjadi perhatian kehidupan kemanusiaan. Pelajaran etika sekarang diberikan tidak hanya dalam kurikulum sekolah menengah tetapi juga dalam sekolah-sekolah profesional. Tabib, ahli hukum, para pendidik dan pamong praja berduyun-duyun mendatangi seminar tentang soal-soal moralitas. Adalah suatu kenyataan bahwa teknik dan kemampuan kita telah berkembang lebih cepat daripada pemahaman kita tentang apa yang kita anggap sebagai tujuan kita dan nilai-nilai. Barangkali perhatian yang telah diperbarui terhadap tujuan-tujuan tersebut akan membantu kita dengan jawaban-jawaban yang sangat kita perlukan untuk menjawab krisis dan keresahan yang merupakan bagian dari dunia modern.Peribadi-peribadi selalu mengadakan pertimbangan terhadap tingkah laku mereka sendiri dan tingkah laku orang-orang lain. Ada tindakan-tindakan yang disetujui dan dinamakan benar atau baik. Tindakan-tindakan lain dicela dan dinamakan salah atau jahat. Pertimbangan moral selalu berhadapan dengan tindakan manusia, khususnya tindakan-tindakan mereka yang bebas, dari segi benar atau salah. Tindakan-tindakan yang tidak bebas, yang pelakunya tidak dapat mengawal, jarang dihubungkan dengan pertimbangan moral, karena seseorang tidak dapat dianggap bertanggung jawab tentang tindakan yang tidak ia kehendaki.Istilah moral atau etika mempunyai hubungan erat dengan arti asalnya. Istilah moral berasal dari kata Latin: moralis, dan istilahethicsberasal dari bahasa Yunani:ethos. Keduanya bererti: kebiasaan atau cara hidup. Istilah-istilah tersebut kadang-kadang dipakai sebagai sinonim. Sekarang, biasanya orang berminat untuk memakaimoralityuntuk menunjukkan tingkah laku itu sendiri, sedangethicsmenunjuk kepada penyelidikan tentang tingkah laku. Kita berkata:moral actdanethical code.Istilah benar (right) dan baik (good) sering dipakai dalam etika dan perlu dijelaskan. Katarightberasal dari bahasa Latinrectus, yang berarti lurus. Dalam pemakaian biasa kata tersebut mengandung arti sesuai dengan suatu ukuran. Istilahgoodmenunjuk kepada sesuatu yang mempunyai kualitas yang diinginkan, memuaskan suatu hajat dan bernilai untuk manusia.Banyak filosof yang mengatakan bahawa dalam bidang etika, benar atau salah itu tidak dapat dierti menjadi sesuatu yang lain dan hal tersebut dapat dimengerti secara langsung. Teori seperti tersebut di atas bertentangan dengan etika yang didasarkan atas nilai dan yang menjadikan kebaikan (goodness) sebagai konsep etika pusat. Teori-teori teleologi menopang pandangan bahawa tindakan yang benar harus memberi sumbangan kepada kebaikan manusia dan dunia.Dalam moralitas dan etika terdapat beberapa permasalahan. Pertama, terdapat penyelidikan yang dinamakan etika deskriptif (descriptive ethics). Di situ kita mempelajari tingkah laku peribadi-peribadi ataupersonal morality; tingkah laku kelompok atausocial morality; kita menganalisis bermacam-macam aspek dari tingkah laku manusia seperti motif, niat dan tindakan-tindakan terbuka. Pemeriksaan di sini hanya bersifat deskriptif tentang apa yang terjadi; ini harus dibezakan dengan etika normatif (normative ethics) yang mendasarkan penyelidikannya atas prinsip-prinsip yang harus kita pakai dalam kehidupan kita. Semenjak orang-orang Yunani kuno, prinsip-prinsip penjelasan sudah dibentuk dan teori etika sudah disusun. Plato menjelaskan pentingnya prinsip-prinsip tersebut semenjak lebih dari 2000 tahun yang lalu. Kerana engkau lihat, hai Callicles, bahawa perbincangan kita adalah mengenai suatu subjek yang mendapat perhatian dari orang yang hanya mempunyai sedikit kecerdasan yaitu, cara hidup bagaimanakah yang terbaik.Terdapat juga bidang etika kritik ataumetaethics. Di sini perhatian dipusatkan kepada analisa dan erti dari istilah dan bahasa yang dipakai dalam diskusi, serta corak fikiran yang dipakai untuk membenarkan suatu pernyataan etika. Bidang ini mendapat perhatian yang besar pada akhir-akhir ini, akan tetapi melibatkan soal-soal teknik yang sulit. Kita akan lebih memperhatikan etika deskriptifbahan-bahan dari situasi moraldan etika normatif kerana kita ingin membentuk ukuran-ukuran yang biasa dipakai untuk mempertimbangkan apakah suatu tindakan itu benar atau salah. Sudah bertahun-tahun orang mencoba membentuk ukuran bagi pertimbangan moral seperti kecondongan alamiah (natural inclination), pendapat umum, hukum, kekuasaan keagamaan, akal dan hati sanubari. Seringkali ukuran-ukuran itu bertentangan dalam hal semacam itu orang memerlukan tingkatan-tingkatan nilai yang dapat memimpinnya kepada keputusan moral yang memuaskan.2.1 PERNYATAAN NORMATIF MORAL DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF MORALPengenalanSebagai seorang pelajar yang mula memahami aspek asas etika dan jenis nilai moral adalah penting untuk memahami pernyataan normatif dan pernyataan deskriptif ini dengan lebih mudah dan secara langsung. Etika dan moral biasanya dilihat sebagai sama dalam konteks Malaysia yang bermaksud cara berkelakuan. Oleh kerana etika berasal daripada perkataan Greek dan moral berasal daripada perkataan Latin, latar belakang kedua-dua tempat dan masa perlu difahami. Semasa falsafah Greek berkembang, tidak ada banyak fakta tentang agama dan kebanyakan agama belum lahir pada masa itu. Maka, etika biasanya dikaitkan dengan pemikiran rasional, logikal dan sebagainya.Pada zaman Pemerintahan Roman, konsep moral sudah mula dipengaruhi oleh keagamaan dan kerohanian. Di Malaysia kedua-dua konsep ini juga dipengaruhi oleh agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan pelbagai agama lain yang dipraktikkan oleh masyarakat bukan Islam sejak turun-temurun lagi.

2.2 PERNYATAAN NORMATIFNormatif mempunyai maksud spesifik berdasarkan bidang disiplin yang berbeza. Oleh kerana Pendidikan Moral boleh dianalisis dari perspektif falsafah dan perspektif psikologi, pernyataan normatif akan diterangkan dalam konteks tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar tentang satu konsep yang kompleks dan mengelakkannya menjadi lebih kabur sekiranya dicampuraduk dalam pelbagai bidang disiplin.Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik.Grassian,V.(1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logik, sistematik, dan wajar kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika normatif. Ini bererti etika moral tertumpu kepada kenyataan normatif yang mempunyai implikasi kepada perlakuan manusia. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa penyataan normatif adalah satu pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Sebagai contoh, Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral ialah pernyataan normatif.Etika normatif berbeza daripada kajian falsafah tentang moral, iaitu etikameta yang mengandungi sesuatu penyataan terhadap erti dan logik bahasa moral (Grassian,V.1981). Penyataan normatif biasanya adalah dalam bentuk pertimbangan nilai. Mengikut Frankena,W.K. (1973), ada pelbagai jenis pertimbangan moral atau etika. Pertimbangan moral itu boleh dibahagikan kepada pertimbangan khas dan am.Mengikut beliau, dalam sesetengah pertimbangan moral, kita boleh mengatakan sesuatu tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau tidak wajib,perlu atau tidak perlu dilakukan. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan kewajiban moral atau pertimbangan deontik.Kita dapat membincangkan perkara yang bukan tindakan atau jenis tindakan, tentang seseorang insan, motif, tujuan, dan sifat (trait) kelakuan atau peribadinya. Begitu juga kita boleh mengatakan bahawa mereka adalah secara moralnya baik, buruk, mulia, jahat, bertanggungjawab, boleh dipersalahkan, bersifat wali, keji, dan sebagainya. Penilaian ini dipanggil pertimbangan nilai moral atau pertimbangan aretaik. Rajah di bawah telah meringkaskan penjelasan tentang kedua-dua pernyataan normatif ini.2.2.1 PERNYATAAN NORMATIF DALAM BIDANG FALSAFAHDalam bidang falsafah, pernyataan normatif menentukan bagaimana sesuatu perkara atau situasi sepatutnya berada atau berfungsi, bagaimana untuk menilai sesuatu, yang mana baik dan yang mana tidak, perlakuan yang mana betul dan perlakuan yang mana tidak betul.

PERNYATAAN NORMATIF : Pertimbangan Deontik dan Pertimbangan Aretaik

Sebagai contoh, pernyataan Orang ramai tidak patut membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi ialah pertimbanan deontik, kerana niat berjudi ini adalah sesuatu perkara dan perbuatan yang tidak boleh diterma di sisi undang-undang atau agama. Sebagai seorang insan yang bermoral, orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menjual saham dengan cara dan niat untuk berjudi. Kita menggunakan perkataan dinasihati, kerana perbuatan jual dan beli saham tidak salah di sisi undang-undang dan agama, tetapi caranya (umpamanya, dengan cara contra) dan niatnya (semata-mata hendak mendapat untung dengan cepat) secara moralnya tidak boleh diterima. Oleh yang demikian, menjadi kewajipan kita untuk tidak melibatkan diri dalam perbuatan berjudi ini.Satu contoh pernyataan normatif dengan pertimbangan aretaik ialah Pelabur yang bijak tidak pernah berjudi dalam jual-beli saham. Pernyataan ini sebenarnya menilai atau membicarakan tentang personality pelabur yang bijak dan dikaitkan dengan cara dia melabur di pasaran saham, iaitu tidak berjudi ketika melibatkan diri dalam kegiatan jual-beli saham. Kita boleh membuat andaian bahawa mungkin pelabur ini hanya melabur di kaunter-kaunter saham yang mempunyai asas yang kukuh dan mungkin dia berasa lebih selamat dan lebih beruntung sekiranya dia berbuat demikian. Perbuatan ini dianggap sebagai bijak dan bukan berbentuk perjudian. Pernyataan pertimbangan aretaik ini tidak menyentuh kewajipan seseorang sebaliknya hanya menilai dari sifat kemoralan, iaitu sifat bijak (tidak berjudi) yang ada pada seorang pelabur.Walau bagaimanapun, pernyataan normatif bukan sentiasa dikaitkan dengan pertimbangan nilai moral. Pretimbangan nilai dalam domain bukan moral ini adalah menilai perkara-perkara yang lain daripada yang disebutkan tadi. Ia adalah berkaitan dengan kereta, lukisan, pengalaman, bentuk kerajaan, dan sebagainya. Kita boleh mengatakan ia baik atau buruk (contohnya, ini sebuah novel yang menarik.), perlu atau tidak perlukan ( contohnya, Kita perlu belajar melalui kaedah pembelajaran yang betul.), dan lain-lain. Kita tidak bermaksud mengatakannya secara moral sama ada baik atau buruk, perlu atau tidak perlu dan sebaganya. Ini bermaksud ia adalah bebas daripada nilai moral.2.2.2 CONTOH-CONTOH PERTANYAAN NORMATIF1. Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan MoralKhasAm

Pertimbangan kewajipan moral(Pertimbangan deontik atau obligasi)a. Saya tidak suka mencaci orang.

b. Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi.

c. Apa yang dilakukan oleh Alu adalah salah.

d. Awak tidak patut memaksa anak awak berkerja sehingaa larut malam.a. Kita perlu menunaikan perjajian kita.

b. Semua pemimpin dictator pandai menipu rakyat.

c. Semua manusia memerlukan hak kebebasan.

d. Rasuah adalah salah di sisi undang-undang.

Pertimbangan nilai moral(Pertimbangan aretaik)a. Bapa saya penghulu kampung yang baik hati.

b. Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasnya.

c. Anda patut didenda

d. Motif Ali adalah baik.a. Orang yang baik tidak menipu atau mencuri.

b. Benevolence adalah sesuatu yang mulia.

c. Jealousy is an ignoble motive.

d. Orang yang dapat memaafkan kecuaian ini adalah seorang wali.

2. Pernyataan Normatif dengan Pertimbangan Bukan MoralKhasAm

Pertimbangan kewajipan bukan moral(Pertimbangan deontik atau obligasi bukan moral)a. Anda perlu membeli kasut baru.

b. Anda hanya perlu membeli tiket untuk konsert ini.

c. Dia sepatutnya tidur lebih awal.

d. Lisa perlu makan di kantin sekolah setiap hari.a. Untuk membuat sebuah meja, kita menggunakan paku, bukannya pita scotch.

b. Kaedah yan baik adalah dengan menghantar tentera ke medan perang.

c. Untuk menjawab dengan betul, calon perlu membaca soalan dengan teliti.

d. Semua penghuni asrama perlu menjaga keselamatan diri.

Pertimbangan nilai bukanmoral(Pertimbangan aretaik bukan moral)a. Kereta itu elok.

b. Kehidupannya tidak bahagia.

c. Saya tidak memberus gigi dengan cara yang betul.

d. Kamarul mencuba mempertahankan hujahnya dengan perdebatan itu.a. Keseronokan itu adalah baik dalam dirinya.

b. Demokrasi adalah bentuk kerajaan yang terbaik.

c. Demonstrasi aman dibenarkan di kebanyakan Negara barat.

d. Makanan manis tidak baik untuk kesihatan badan kita.

Selain pernyataan normatif dengan pertimbangan moral dan bukan moral yang baru dibincangkan, kita juga boleh mengenal pasti pernyataan normatif yang mempunyai sesuatu kesan langsung atau implikasi terhadap tingkah laku manusia. Contohnya, Isteri tidak boleh berahsia dengan suami, oleh itu, isteri mesti memberitahukan semua hal yang berkaitan dengan dirinya kepada suaminya. Kita juga ada pernyataan normatif yang berbentuk arahan dan perintah, iaitu mengarahkan atau memerintahkan seseorang individu atausemua orang supaya mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang. Contohnya, ibu bapa mesti dihormati.2.2.3 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF MORAL DENGAN PERNYATAAN NORMATIF BUKAN MORALPernyataan normatif dalam bidang selain daripada bidang falsafah berbeza dengan pernyataan normatif dalam bidang falsafah. Itu yang membeza dan mewujudkan konsep pernyataan normatif moral dengan pernyataan normatif bukan moral. Namum begitu, dalam karya Barat dan karya falsafah Greek, pernyataan normatif merujuk kepada pernyataan normatif moral.Contoh:PernyataanAyat

Pernyataan Normatif Bukan MoralMasyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya.

PernyataanNormatifMasyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya yang bersopan santun dan bertata susila.

2.3 PERNYATAAN DESKRIPTIFPernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Contohnya, Di Malaysia, rombakan cabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif.

2.3.1 PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN DESKRIPTIF DENGAN PERNYATAAN NORMATIFSetelah memahami maksud normatif, mudah untuk membezakan dengan pernyataan deskriptif. Pernyataan deskriptif menerangkan sesuatu benda, watak atau keadaan.Contoh:PernyataanAyat

Pernyataan Deskriptif

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran wajib bagi pelajar bukan beragama Islam.

PernyataanNormatif

Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang membantu pelajar mengenali moral masyarakat Malaysia dan mengamalkan moral tersebut dalam kehidupan seharian

2.4 PERNYATAAN NORMATIF DAN KEHIDUPAN BERMASYARAKATPernyataan normatif dan norma masyarakat merupakan sebahagian daripada kehidupan kita di Malaysia. Terdapat beberapa cara pemikiran tentang status pernyataan normatif dan rasionalnya. Dari aspek tradisi, tokoh falsafah Greek seperti Aristotle berpendapat bahawa cara merasionalkan sesuatu pemikiran atau tingkah laku adalah dengan berbincang secara rasional. Pemikir moden seperti Habermas mecadangkan komunikasi aktif dapat menentukan kebenaran sesuatu pernyataan normatif. Kedua-dua pemikir ini walaupun hidup pada zaman berbeza tetapi menyentuh satu cara pemikiran yang menggunakan akal fikiran dan kerasionalan dalam kehidupan bermasyarakat. Tetapi perlu difahami bahawa kerasionalan ini bergantung kepada situasi dan norma dalam masyarakat tersebut.

2.5 KEPENTINGAN PERNYATAAN NORMATIFApakah kegunaan Pernyataan normatif dalam Pendidikan Moral? Pernyataan normatif adalah akar umbi untuk menentukan matlamat dalam mengurus dan merancang pemikiran, kepercayaan, perasaan, dan perlakuan dalam kehidupan. Pernyataan normatif merupakan asas kepada diskusi etika dan politik yang mengambil tempat dalam kehidupan harian.2.6 BAGAIMANA PERNYATAAN NORMATIF DAN PERNYATAAN DESKRIPTIF DIAPLIKASIKAN DALAM PERGAULAN SOSIAL

Situasi ini merupakan pernyataan normatif. Pergaulan antara dua orang di dalam gambar telah memaparkan nilai kesabaran. Watak A merupakan seorang yang mempunyai EQ yang rendah, tidak dapat mengawal perasaan sendiri, bertindak mengikut perasaannya.Sebaliknya, Watak B pula mempunyai kesabaran yang tinggi, dia cuba untuk menasihati dan menghalang Watak A supaya tidak bertindak secara terburu-buru. Watak B mengatakan bahawa segala perbuatan yang salah di sisi undang-undang akan diambil tindakan oleh undang-undang. Hal ini telah menunjukkan satu teladan yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.2.7 PERBEZAAN PERNYATAAN NORMATIF MENGIKUT BUDAYA MESYARAKATCara bagaimana seseorang individu atau sesuatu masyarakat menentukan jenis amalan yang bermoral, mengikut standard normatif mereka berbeza mengikut budaya, agama dan kepercayaan masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai amalan agama, kepercayaan, dan kebudayaan.Pernyataan normatif menyuarakan penakulan sesuatu situasi sama ada sesuai atau tidak. Contoh, bandaraya akan lebih aman sekiranya tidak ada kes ragut. Tidak ada cara untuk menyatakan pernyataan ini tidak benar, dalam keadaan di mana banyak berlaku kes ragut, seseorang tidak boleh menafikan pernyataan di atas.

Situasi yang ditunjukkan juga merupakan satu pernyataan normatif. Kedua-dua watak berbual-bual dan bersetuju bahawa Negara kita adalah kaya dengan moral dan etika. Mereka berasa bangga kerana walaupun Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dengan agama dan kebudayaan yang kepelbagaian, tetapi perpaduan masih dapat diwujudkan dengan adanya nilai moral yang kukuh. Ia berkaitan dengan moral dan etika yang diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia telah berjaya mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Hal ini telah mencapai hasrat Satu Malaysia.

Law, E. ( 2010, November 23 ). Pernyataan normatif moral dan pernyataan deskriptif moral. Capaian 28 November 2014, dari http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/pernyataan-normatif-moral-dan.html

Hoon, C.L. ( 2013, September 19 ). Konsep asas dalam pendidikan moral. Capaian 28 November 2014, dari http://psv3.blogspot.com/2013/09/konsep-asas-dalam-pendidikan-moral.html