kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

6
KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO.1) ________________________________________________________ 1.0 TUJUAN Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1), Jabatan GHI, Jabatan Perdana Menteri menimbang dan menentukan sama ada Encik AAM, No Kad Pengenalan : xxxx-xx-xxxx, Pengawal Keselamatan Gred KP11 yang bertugas di Bahagian JMN, Jabatan GHI, JPM wajar dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar Peraturan 4(2)(d) iaitu berkelakuan sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atas sabitan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik dengan bon (lisan) RM 1000/dengan diri sendiri sebagai penjamin selama 1 tahun di bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) di Mahkamah Majistret Kajang yang bersidang di (kawasan) pada 15 September 2009.

Upload: dotram

Post on 31-Dec-2016

348 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIBPERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO.1)

________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk memohon Lembaga

Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1),

Jabatan GHI, Jabatan Perdana Menteri menimbang dan

menentukan sama ada Encik AAM, No Kad Pengenalan :xxxx-xx-xxxx, Pengawal Keselamatan Gred KP11 yang

bertugas di Bahagian JMN, Jabatan GHI, JPM wajar dikenakan

tindakan tatatertib kerana telah melanggar Peraturan 4(2)(d)iaitu berkelakuan sehingga memburukkan nama ataumencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 atas sabitan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) AktaDadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman bon

berkelakuan baik dengan bon (lisan) RM 1000/dengan diri

sendiri sebagai penjamin selama 1 tahun di bawah Seksyen 173

Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) di Mahkamah Majistret Kajang

yang bersidang di (kawasan) pada 15 September 2009.

Page 2: kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

2

2.0 MAKLUMAT PEGAWAI

Maklumat asas perkhidmatan Pegawai adalah seperti berikut:

i. Nama : AAM

ii. No. K/P : xxxx-xx-xxxx

iii. Tarikh Lahir / Umur : 12 Ogos 1986/y tahun

iv. Tarikh mula dilantik dalam : 18 Disember 2006perkhidmatan Kerajaan

v. Jawatan sekarang : Pengawal KeselamatanGred KP11

vi. Tarikh dilantik dalam : 18 Disember 2006jawatan sekarang

vii. Tarikh disahkan dalam : 18 Disember 2007jawatan sekarang

viii. Taraf perkhidmatan : Tetappegawai

ix. Memilih KWSP / Pencen : Pencen

x. Jawatan semasa : Pengawal Keselamatanpelanggaran tatatertib Gred KP11dilakukan

xi. Gaji sekarang dan matagaji(minimum/maksimum) : P1: RM 863.14

xii. Tarikh Pergerakan Gaji : Disember

Salinan Kenyataan Perkhidmatan Pegawai yang dikemaskini

adalah seperti di Lampiran A.

Page 3: kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

3

3.0 LATAR BELAKANG KES

3.1 Urus Setia Tatatertib telah menerima laporan daripada

Ketua Seksyen J mengenai Encik AAM yang telah

dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kajang

pada 15 September 2009 atas kesalahan jenayah melalui

memo rujukan JPMxxxxx bertarikh 13 Oktober 200x.

(Sesalinan memo seperti di Lampiran B).

3.2 Ketua Seksyen J, dalam laporannya telah menjelaskan

bahawa Pegawai telah dituduh di Mahkamah Majistret

Kajang pada 27 Julai 2009 atas kesalahan di bawah

Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]

; iaitu menyuntik dadah jenis Methamphetamine ke dalam

badannya sendiri. Pegawai telah disabitkan atas

kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta 234 pada 15 September

2009 dan dijatuhi hukuman bon berkelakuan baikdengan bon (lisan) RM 1000/dengan diri sendirisebagai penjamin selama 1 tahun di bawah Seksyen173 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

3.3 Melalui memo rujukan JPMxxxxx bertarikh 16

Oktober 200x, Ketua Seksyen J telah membuat perakuan

supaya Pegawai digantung kerja mulai 15 September

2009. (Sesalinan memo seperti di Lampiran C).

3.4 Pihak Urus Setia telah menyemak status kes Pegawai di

Mahkamah Majistret Kajang dan telah mendapati bahawa

pihak Pendakwa Raya telah membuat rayuan ke atas kes

Page 4: kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

4

tersebut. Sehubungan itu, Urus Setia telah meminta

dokumen-dokumen rayuan dari Mahkamah Majistret

Kajang pada 16 Oktober 200x melalui surat rujukan

JPMxxxxx. (Sesalinan surat seperti di Lampiran D).

3.5 Pada 5 November 2009, Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1), Jabatan

GHI, JPM telah bersidang dan bersetuju supaya perintah

gantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan 45(1)(a),

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 dikenakan ke atas pegawai berkuat kuasa

15 September 2009. Salinan minit mesyuarat dan surat

penggantungan kerja pegawai seperti di Lampiran E.

3.6 Melalui surat bertarikh 18 Jun 2010, pihak urus setia telah

mengemukakan surat kepada Mahkamah Majistret Kajang

untuk mengetahui kedudukan status kes rayuan pegawai.

Sesalinan surat seperti di Lampiran F. Namun Mahkamah

Majistret Kajang tidak mengemukakan sebarang maklum

balas terhadap surat yang dikemukakan tetapi hanya

mengemukakan maklumat kepada pihak urus setia

mengenai kes rayuan pegawai yang telah dibatalkan oleh

Mahkamah Tinggi. Sesalinan maklumat tersebut seperti di

Lampiran G.

3.7 Oleh sebab surat tersebut hanyalah salinan, Penasihat

Undang-Undang Jabatan GHI telah mencadangkan

supaya keputusan tersebut dikemukakan sendiri oleh

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kesahihan status

Page 5: kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

5

kes pegawai. Oleh itu, pihak urus setia telah

mengemukakan surat bertarikh 29 Sepember 2010

kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk

mengetahui kedudukan kes rayuan pegawai. Sesalinan

surat seperti di Lampiran H. Sehubungan dengan itu,

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui surat bertarikh 19

Oktober 2010 telah mengesahkan bahawa kes rayuan

pegawai telah selesai seperti sesalinan surat di LampiranI.

4.0 ULASAN URUSETIA

4.1 Di bawah Peraturan 29, Peraturan-peraturan Pegawai

Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Lembaga Tatatertib

Jabatan apabila dimaklumkan mengenai keputusan

mahkamah berhubung pegawai kerajaan yang dituduh

melakukan kes jenayah, rekod perkhidmatan Pegawai dan

perakuan Ketua Jabatan hendaklah memutuskan sama

ada Pegawai wajar dikenakan hukuman :

i) buang kerja atau turun pangkat;

ii) dihukum dengan apa-apa hukuman selain

buang kerja dan turun pangkat;

iii) menamatkan perkhidmatan pegawai demi

kepentingan awam; atau

iv) tiada hukuman patut dikenakan.

4.2 Urus setia Lembaga Tatatertib berpandangan sabitan kes

terhadap Pegawai boleh disifatkan sebagai telah

Page 6: kertas untuk pertimbangan lembaga tatatertib perkhidmatan awam

6

melanggar Peraturan 4(2) (d), Peraturan-peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti

berikut:

Peraturan 4(2):

- Seseorang pegawai tidak boleh –

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara

sehingga memburukkan nama atau mencemarkan

nama perkhidmatan awam.

5.0 PERAKUAN

5.1 Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1), Jabatan

GHI, JPM dipohon menimbang dan membuatkeputusan ke atas cadangan untuk mengambiltindakan menentukan jenis hukuman ke atas EncikAAM, No Kad Pengenalan : xxxx-xx-xxxx, PengawalKeselamatan Gred KP11 di Bahagian JMN, JabatanGHI, JPM kerana berkelakuan yang melanggar

tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

setelah Pegawai disabitkan dengan kesalahan di bawah

Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

5.2 Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1), Jabatan

GHI, JPM dengan hormatnya dipohon menimbang dan

membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta yang telah

dikemukakan.