2 berita minggu | 9 julai 2017 sediakan sekitaran simptom dan gangguan deria yang boleh menyebabkan...

1
TUMPAHAN minyak di Ekspres- we Seletar (SLE) pagi semalam men- cetuskan beberapa kemalangan, yang mengakibatkan 12 orang ce- dera lalu dikejarkan ke hospital. Pasukan Pertahanan Awam Si- ngapura (SCDF) menerima panggi- lan sekitar 7.20 pagi. Mereka dimaklumkan tentang terjadinya beberapa kemalangan se- panjang SLE selepas Woodlands Avenue 2. Kemalangan berlaku di kawasan yang menghubungkan jalan susur ke- luar ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE). Polis berkata tumpahan minyak itu disebabkan kemalangan yang melibatkan treler dan dua moto- sikal. Video di laman media sosial menunjukkan beberapa kemalan- gan berhampiran lokasi tersebut, melibatkan sembilan motosikal, em- pat kereta dan sebuah lori. SCDF mengerahkan dua kereta bomba dan lapan ambulans ke tem- pat kejadian. Mereka yang cedera di- hantar ke Hospital Khoo Teck Puat. Pemandu treler berusia 34 tahun kini membantu polis dengan siasa- tan. Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam laman twitter-nya menulis pada 10.33 pagi bahawa SLE ditutup selepas Woodlands Ave- nue 2. Pembaca Berita Minggu turut mengadu tentang kesesakan teruk sepanjang ekspreswe yang terjejas itu. MENTERI Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim akan melawat Amerika Syarikat dan Canada mulai hari ini hingga Jumaat. Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Kesela- matan Siber, akan berada di Wa- shington mulai hari ini hingga Se- lasa untuk mengadakan perbin- cangan dengan pegawai kesela- matan siber Rumah Putih dan Pemimpin Siber Kongres. Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dalam kenyataannya semalam berkata lawatan itu bertujuan memper- luas kerjasama AS-Singapura dalam bidang keselamatan siber. Singapura dan AS telah me- nandatangani Memorandum Per- sefahaman (MOU) Ogos lalu, dengan kedua-dua negara berilti- zam mahu bekerjasama membi- na ruang siber selamat dan ber- daya tahan. Dari Rabu hingga Jumaat pu- la, Dr Yaacob akan berada di Canada. Beliau dijangka menemui ba- risan menteri Canada yang ber- tanggungjawab bagi aspek tek- nologi dan inovasi. Mereka dijangka bertukar pandangan dan idea mengenai inovasi, ekonomi digital dan kesediaan digital. Dr Yaacob juga akan mela- wat perpustakaan dan arkib Otta- wa dan Montreal untuk menge- tahui lebih lanjut tentang usaha pendigitalan dan pemuliharaan. Dr Yaacob akan diiringi pe- gawai MCI, Agensi Keselamatan Siber dan Lembaga Perpusta- kaan Negara. EFARAH REZAL [email protected] ANGGOTA masyarakat harus menyokong dan saling membantu mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Malah, mereka juga harus me- mastikan sekitaran selamat supaya dapat mencegah orang terjatuh. Demikian menurut Menteri Per- hubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Eh- wal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika berucap di acara Falls Awareness Day anjuran Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam. Acara di Kelab Masyarakat Kolam Ayer itu bertujuan me- ningkatkan keprihatinan terhadap kejadian jatuh dalam masyarakat serta cara mencegahnya. Menurut TTSH, sekitar 15 pera- tus pesakit berusia 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan TTSH merupakan kes berkaitan jatuh. Oleh sebab itu, keprihatinan ter- hadap hal itu harus dipertingkat. Bertema Sentiasa Sihat dan Ber- diri Tegap, acara itu bermatlamat membantu semua generasi memaha- mi lebih lanjut tentang risiko dan pencegahan kejadian jatuh, teruta- ma sekali dalam konteks penyakit kronik. Di acara tersebut, terdapat kegia- tan pendidikan buat orang ramai. Profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin seperti doktor, juru- rawat dan ahli fisioterapi juga mem- bantu menjawab soalan orang ra- mai tentang kejadian jatuh. Dr Yaacob berharap agar mere- ka yang hadir dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang hal terse- but. Disebabkan Singapura mempu- nyai penduduk yang semakin me- nua, Dr Yaacob berkata masyarakat harus memainkan peranan menjaga satu sama lain. Kecederaan akibat jatuh boleh membawa kesan serius kepada kesi- hatan, katanya. “Masyarakat harus menggalak- kan satu sama lain agar sering men- jalani pemeriksaan kesihatan, berse- nam bersama dan mengekalkan per- sekitaran yang selamat supaya kita boleh menghalang kejadian jatuh berlaku. “Kejadian jatuh boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan atau fungsi dalaman. “Oleh sebab itu, penting bagi ki- ta memahami risiko jatuh dan bagaimanamenghalangnya bagi diri kita sendiri dan orang tersayang. “Jatuh boleh berlaku akibat pel- bagai faktor dalam kehidupan kita seperti persekitaran luar atau di dalam rumah, kesihatan dan gaya hidup,” kata Dr Yaacob. Ketua Jabatan, Pusat Perubatan Geriatrik, Dr Mark Chan, berkata: “Penyakit kronik seperti ken- cing manis, tekanan darah tinggi dan osteoartritis, boleh mencetus- kan simptom dan gangguan deria yang boleh menyebabkan kejadian jatuh jika tidak dikawal baik. “... (Jatuh) boleh dicegah jika ki- ta tahu apa yang perlu dilakukan, seperti menyediakan persekitaran yang selamat, mengekalkan kese- jahteraan individu dan meng- gunakan bantuan sesuai bagi men- gurangkan kejadian jatuh.” DEMI membina masyarakat lebih utuh, kita harus saling memaafkan dan menerima mereka yang telah membuat kesilapan. Itulah mesej yang disampaikan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kedua Pemba- ngunan Negara Desmond Lee di acara larian Un- labelled Run, yang diadakan di Punggol Water- way, semalam. Acara tersebut bukan sahaja menyokong usa- ha memberi bekas pesalah peluang kedua, malah mengenal pasti usaha mereka yang telah me- ngubah kehidupan serta membawa perubahan ke- pada keluarga, tempat kerja dan masyarakat. Acara anjuran badan bukan mencari keuntu- ngan The New Charis Mission itu diadakan buat kali kedua tahun ini. Seramai 4,500 orang menyertai acara se- malam, yang bertujuan membuang stigma negatif terhadap bekas pesalah, terutama sekali mereka yang mempunyai tatu. Menariknya, sekitar 500 peserta ialah bekas banduan sendiri dan keluarga mereka. Peserta berkerusi roda dan berkaki prostetik juga telah menyerikan acara. Encik Lee, yang juga Menteri di Pejabat Per- dana Menteri, menekankan bahawa selain pera- nan pemerintah, masyarakat perlu meningkatkan sokongan buat golongan itu kembali ke pangkuan masyarakat. “Majikan mestilah bersedia mengambil mere- ka bekerja atas dasar mereka sudah merubah ke- hidupan. Keluarga pula perlu memberi sokongan, terutama sekali ketika mereka baru sahaja dibe- baskan kerana itu masa mencabar dan sukar. Rel- awan masyarakat juga mesti memberi sokongan dan peluang kedua,” ujar Encik Lee. Pengarah Eksekutif The New Charis Mission, Encik Don Wong, mengasaskan acara tersebut tahun lalu bagi meningkatkan kesedaran orang ra- mai terhadap usaha baik yang bekas pesalah laku- kan demi kebaikan masyarakat. Semalam, Encik Lee, yang merasmikan larian itu, telah menggayakan lengan tatu sementara bersama peserta lain. Selepas acara itu, mereka mengoyakkan lengan tatu itu bagi mencerminkan kesungguhan masyarakat membuang label nega- tif yang diberi kepada bekas pesalah. Encik Lee menambah: “Kita memerlukan contoh baik, bekas pesalah yang telah melakukan kebaikan dan mereka dike- nali. Kita perlu mereka berdiri dan memimpin melalui contoh.” – FARAH REZAL Sediakan sekitaran selamat cegah jatuh: Yaacob 12 cedera dalam deretan kemalangan akibat minyak tumpah di SLE Yaacob lawat AS, Canada demi cungkil ilmu pendigitalan, arkib Desmond: Maafkan, terima bekas pesalah KEMALANGAN DAHSYAT: Deretan kemalangan melibatkan sembilan motosikal, empat kereta dan sebuah lori berlaku dekat dengan lokasi tumpahan minyak akibat kemalangan antara treler dan dua motosikal. – Foto PEMBACA THE STRAITS TIMES SEPADU BERI SOKONGAN: Encik Lee (tengah) bersama peserta acara larian ‘Unlabelled Run’ di Punggol Waterway semalam memakai lengan tatu sementara demi menunjukkan sokongan terhadap bekas pesalah. – Foto JOHARI RAHMAT Fikir Sihat, Jadi Sihat Dianjurkan oleh: Seminar Kesihatan 2017 29 Julai 2017 Sabtu, 1.30ptg Auditorium SPH • Kenali dan atasi 3 penyakit kronik – kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. • Pelajari tentang diet sihat dan sertai senaman mudah. HADIAH CABUTAN BERTUAH Bernilai $1500 Untuk Dimenangi! Dapatkan cenderahati bernilai lebih $50. Bayaran: $28 setiap peserta. Tarikh tutup pendaftaran: 23 Julai 2017. Untuk Mendaftar, Hubungi: 6747 4544 (Nour Nutralab LLP) 6749 9949 (Natures Ville Pte Ltd) 6742 5100 (Health Seed Lifestyle) • sihatsegar.sg/seminar/ Brand Your Assets Call 6289 8822 or e-mail [email protected] to publicise your Financial Statements NOTICES 2 Berita Minggu | 9 Julai 2017 Berita

Upload: dinhkhuong

Post on 09-May-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2 Berita Minggu | 9 Julai 2017 Sediakan sekitaran simptom dan gangguan deria yang boleh menyebabkan kejadian jatuh jika tidak dikawal baik. “... (Jatuh) boleh dicegah jika ki-ta

TUMPAHAN minyak di Ekspres-we Seletar (SLE) pagi semalam men-cetuskan beberapa kemalangan, yang mengakibatkan 12 orang ce-dera lalu dikejarkan ke hospital.

Pasukan Pertahanan Awam Si-ngapura (SCDF) menerima panggi-lan sekitar 7.20 pagi.

Mereka dimaklumkan tentang terjadinya beberapa kemalangan se-panjang SLE selepas Woodlands Avenue 2.

Kemalangan berlaku di kawasan yang menghubungkan jalan susur ke-luar ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Polis berkata tumpahan minyak itu disebabkan kemalangan yang melibatkan treler dan dua moto-sikal.

Video di laman media sosial menunjukkan beberapa kemalan-gan berhampiran lokasi tersebut, melibatkan sembilan motosikal, em-pat kereta dan sebuah lori.

SCDF mengerahkan dua kereta bomba dan lapan ambulans ke tem-pat kejadian. Mereka yang cedera di-hantar ke Hospital Khoo Teck Puat.

Pemandu treler berusia 34 tahun kini membantu polis dengan siasa-tan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam laman twitter-nya menulis pada 10.33 pagi bahawa SLE ditutup selepas Woodlands Ave-nue 2.

Pembaca Berita Minggu turut mengadu tentang kesesakan teruk sepanjang ekspreswe yang terjejas itu. MENTERI Perhubungan dan

Penerangan Dr Yaacob Ibrahim akan melawat Amerika Syarikat dan Canada mulai hari ini hingga Jumaat.

Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Kesela-matan Siber, akan berada di Wa-shington mulai hari ini hingga Se-lasa untuk mengadakan perbin-cangan dengan pegawai kesela-matan siber Rumah Putih dan Pemimpin Siber Kongres.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dalam kenyataannya semalam berkata lawatan itu bertujuan memper-luas kerjasama AS-Singapura dalam bidang keselamatan siber.

Singapura dan AS telah me-nandatangani Memorandum Per-sefahaman (MOU) Ogos lalu, dengan kedua-dua negara berilti-

zam mahu bekerjasama membi-na ruang siber selamat dan ber-daya tahan.

Dari Rabu hingga Jumaat pu-la, Dr Yaacob akan berada di Canada.

Beliau dijangka menemui ba-risan menteri Canada yang ber-tanggungjawab bagi aspek tek-nologi dan inovasi.

Mereka dijangka bertukar pandangan dan idea mengenai inovasi, ekonomi digital dan kesediaan digital.

Dr Yaacob juga akan mela-wat perpustakaan dan arkib Otta-wa dan Montreal untuk menge-tahui lebih lanjut tentang usaha pendigitalan dan pemuliharaan.

Dr Yaacob akan diiringi pe-gawai MCI, Agensi Keselamatan Siber dan Lembaga Perpusta-kaan Negara.

EFARAH [email protected]

ANGGOTA masyarakat harus menyokong dan saling membantu mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Malah, mereka juga harus me-mastikan sekitaran selamat supaya dapat mencegah orang terjatuh.

Demikian menurut Menteri Per-hubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Eh-wal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika berucap di acara Falls Awareness Day anjuran Hospital Tan Tock Seng (TTSH) semalam.

Acara di Kelab Masyarakat Kolam Ayer itu bertujuan me-ningkatkan keprihatinan terhadap kejadian jatuh dalam masyarakat serta cara mencegahnya.

Menurut TTSH, sekitar 15 pera-tus pesakit berusia 65 tahun ke atas yang mendapatkan rawatan di unit kecemasan TTSH merupakan kes berkaitan jatuh.

Oleh sebab itu, keprihatinan ter-hadap hal itu harus dipertingkat.

Bertema Sentiasa Sihat dan Ber-diri Tegap, acara itu bermatlamat membantu semua generasi memaha-mi lebih lanjut tentang risiko dan pencegahan kejadian jatuh, teruta-ma sekali dalam konteks penyakit kronik.

Di acara tersebut, terdapat kegia-tan pendidikan buat orang ramai.

Profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin seperti doktor, juru-rawat dan ahli fisioterapi juga mem-bantu menjawab soalan orang ra-mai tentang kejadian jatuh.

Dr Yaacob berharap agar mere-ka yang hadir dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang hal terse-but.

Disebabkan Singapura mempu-nyai penduduk yang semakin me-nua, Dr Yaacob berkata masyarakat harus memainkan peranan menjaga satu sama lain.

Kecederaan akibat jatuh boleh membawa kesan serius kepada kesi-hatan, katanya.

“Masyarakat harus menggalak-kan satu sama lain agar sering men-jalani pemeriksaan kesihatan, berse-nam bersama dan mengekalkan per-sekitaran yang selamat supaya kita boleh menghalang kejadian jatuh berlaku.

“Kejadian jatuh boleh menjadi tanda awal masalah kesihatan atau fungsi dalaman.

“Oleh sebab itu, penting bagi ki-ta memahami risiko jatuh dan bagaimanamenghalangnya bagi diri kita sendiri dan orang tersayang.

“Jatuh boleh berlaku akibat pel-bagai faktor dalam kehidupan kita seperti persekitaran luar atau di dalam rumah, kesihatan dan gaya hidup,” kata Dr Yaacob.

Ketua Jabatan, Pusat Perubatan Geriatrik, Dr Mark Chan, berkata:

“Penyakit kronik seperti ken-cing manis, tekanan darah tinggi dan osteoartritis, boleh mencetus-kan simptom dan gangguan deria yang boleh menyebabkan kejadian jatuh jika tidak dikawal baik.

“... (Jatuh) boleh dicegah jika ki-ta tahu apa yang perlu dilakukan, seperti menyediakan persekitaran yang selamat, mengekalkan kese-jahteraan individu dan meng-gunakan bantuan sesuai bagi men-gurangkan kejadian jatuh.”

DEMI membina masyarakat lebih utuh, kita harus saling memaafkan dan menerima mereka yang telah membuat kesilapan.

Itulah mesej yang disampaikan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kedua Pemba-ngunan Negara Desmond Lee di acara larian Un-labelled Run, yang diadakan di Punggol Water-way, semalam.

Acara tersebut bukan sahaja menyokong usa-ha memberi bekas pesalah peluang kedua, malah mengenal pasti usaha mereka yang telah me-ngubah kehidupan serta membawa perubahan ke-pada keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

Acara anjuran badan bukan mencari keuntu-ngan The New Charis Mission itu diadakan buat kali kedua tahun ini.

Seramai 4,500 orang menyertai acara se-

malam, yang bertujuan membuang stigma negatif terhadap bekas pesalah, terutama sekali mereka yang mempunyai tatu.

Menariknya, sekitar 500 peserta ialah bekas banduan sendiri dan keluarga mereka. Peserta berkerusi roda dan berkaki prostetik juga telah menyerikan acara.

Encik Lee, yang juga Menteri di Pejabat Per-dana Menteri, menekankan bahawa selain pera-nan pemerintah, masyarakat perlu meningkatkan sokongan buat golongan itu kembali ke pangkuan masyarakat.

“Majikan mestilah bersedia mengambil mere-ka bekerja atas dasar mereka sudah merubah ke-hidupan. Keluarga pula perlu memberi sokongan, terutama sekali ketika mereka baru sahaja dibe-baskan kerana itu masa mencabar dan sukar. Rel-

awan masyarakat juga mesti memberi sokongan dan peluang kedua,” ujar Encik Lee.

Pengarah Eksekutif The New Charis Mission, Encik Don Wong, mengasaskan acara tersebut tahun lalu bagi meningkatkan kesedaran orang ra-mai terhadap usaha baik yang bekas pesalah laku-kan demi kebaikan masyarakat.

Semalam, Encik Lee, yang merasmikan larian itu, telah menggayakan lengan tatu sementara bersama peserta lain. Selepas acara itu, mereka mengoyakkan lengan tatu itu bagi mencerminkan kesungguhan masyarakat membuang label nega-tif yang diberi kepada bekas pesalah.

Encik Lee menambah:“Kita memerlukan contoh baik, bekas pesalah

yang telah melakukan kebaikan dan mereka dike-nali. Kita perlu mereka berdiri dan memimpin melalui contoh.” – FARAH REZAL

Sediakan sekitaran selamat

cegah jatuh: Yaacob

12 cedera dalam deretan kemalanganakibat minyak tumpah di SLE

Yaacob lawat AS, Canadademi cungkil

ilmu pendigitalan, arkib

Desmond: Maafkan, terima bekas pesalah

KEMALANGAN DAHSYAT: Deretan kemalangan melibatkan sembilan motosikal, empat kereta dan sebuah lori berlaku dekat dengan lokasi tumpahan minyak akibat kemalangan antara treler dan dua motosikal. – Foto PEMBACA THE STRAITS TIMES

SEPADU BERI SOKONGAN:

Encik Lee (tengah) bersama peserta

acara larian ‘Unlabelled Run’ di Punggol Waterway semalam memakai

lengan tatu sementara demi

menunjukkan sokongan terhadap

bekas pesalah. – Foto JOHARI

RAHMAT

Fikir Sihat,Jadi Sihat

Dianjurkan oleh:

SeminarKesihatan

2017

29 Julai 2017Sabtu, 1.30ptg

Auditorium SPH

• Kenali dan atasi 3 penyakit kronik – kencing manis, penyakitjantung dan tekanan darah tinggi.

• Pelajari tentang diet sihat dan sertai senaman mudah.

HADIAHCABUTAN BERTUAH

Bernilai $1500Untuk Dimenangi!

Dapatkan cenderahati bernilai lebih $50.

Bayaran: $28 setiap peserta.Tarikh tutup pendaftaran: 23 Julai 2017.

Untuk Mendaftar, Hubungi:• 6747 4544 (Nour Nutralab LLP) • 6749 9949 (Natures Ville Pte Ltd)• 6742 5100 (Health Seed Lifestyle) • sihatsegar.sg/seminar/

Brand Your AssetsCall 6289 8822 or

e-mail [email protected] to publiciseyour Financial Statements

NOTICES

2 Berita Minggu | 9 Julai 2017

Berita