1.pduan&lgkh kslmtn 2015

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK JAYA KUALA LUMPUR PANDUAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MENJALANKAN KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH / LUAR SEKOLAH (PERATURAN) SEBELUM MENJALANKAN KEGIATAN 1. Pastikan tempat latihan / perjumpaan selamat untuk digunakan. 2. Semakan dan pastikan peralatan yang diperlukan bagi menjalankan kegiatan bersesuaian dan tidak membahayakan kesihatan. 3. Sediakan alatan perubatan kecemasan (first aid kit) jika menjalankan kegiatan di luar sekolah. 4. Pastikan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak ibu bapa / penjaga jika membawa murid-murid menjalankan aktiviti luar daripada kawasan sekolah. 5. Pastikan mendapat kebenaran pihak JPNWP dan mana-mana institusi yang berkaitan sebagaimana yang di syaratkan. 6. Jika menggunakan pengangkutan awam pastikan ada perakuan insurans keselamatan untuk guru-guru dan murid-murid. SEMASA MENJALANKAN KEGIATAN 1. Berikan arahan / panduan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menjalankan kegiatan yang berisiko tinggi. 2. Jika berlaku kecederaan / kemalangan i) hentikan dengan segera kegiatan yang dijalankan. ii) bawa murid / ahli yang cedera ke sebuah tempat yang lapang dan berikan bantuan kecemasan. iii) Jika kecederaan yang dialami serius, dapatkan bantuan pakar atau pihak yang bertanggungjawab. iv) Sentiasa bersedia dengan nombor telefon kecemasan (ambulans, bomba atau klinik yang berdekatan) SELEPAS MENJALANKAN KEGIATAN & PERKARA-PERKARA LAIN.

Upload: rosdan-jadid

Post on 09-Sep-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

eeeee

TRANSCRIPT

3 JANUARI 2005

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK JAYAKUALA LUMPUR

PANDUAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MENJALANKAN KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH / LUAR SEKOLAH (PERATURAN)

SEBELUM MENJALANKAN KEGIATAN

1.Pastikan tempat latihan / perjumpaan selamat untuk digunakan.

2.Semakan dan pastikan peralatan yang diperlukan bagi menjalankan kegiatan bersesuaian dan tidak membahayakan kesihatan.

3.Sediakan alatan perubatan kecemasan (first aid kit) jika menjalankan kegiatan di luar sekolah.

4.Pastikan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak ibu bapa / penjaga jika membawa murid-murid menjalankan aktiviti luar daripada kawasan sekolah.

5.Pastikan mendapat kebenaran pihak JPNWP dan mana-mana institusi yang berkaitan sebagaimana yang di syaratkan.

6.Jika menggunakan pengangkutan awam pastikan ada perakuan insurans keselamatan untuk guru-guru dan murid-murid.

SEMASA MENJALANKAN KEGIATAN

1.Berikan arahan / panduan mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menjalankan kegiatan yang berisiko tinggi.

2.Jika berlaku kecederaan / kemalangan

i) hentikan dengan segera kegiatan yang dijalankan. ii) bawa murid / ahli yang cedera ke sebuah tempat yang lapang dan berikan bantuan kecemasan. iii) Jika kecederaan yang dialami serius, dapatkan bantuan pakar atau pihak yang bertanggungjawab. iv) Sentiasa bersedia dengan nombor telefon kecemasan (ambulans, bomba atau klinik yang berdekatan)

SELEPAS MENJALANKAN KEGIATAN & PERKARA-PERKARA LAIN.

1.Ikut panduan bahagian B (semasa menjalankan tugas)

2.Sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menjalankan kegiatan terutama di luar sekolah.

3.Patuhi panduan dan arahan daripada guru yang bertugas semasa menjalankan kegiatan.

TUGAS GURU PEMBIMBING SUKAN DAN PERMAINAN (PENGURUS PASUKAN DAN JURULATIH)

1.Menjalankan Mesyuarat AJK Pengurusan dikalangan guru pembimbing (K) / pembantu pada awal perjumpaan.

2.Membimbing ahli menjalankan mesyuarat Agong / Pemilihan pada awal perjumpaan.

3.Merancang sekurang-kurangnya satu aktiviti luar bilik darjah / projek luaran sepanjang tahun.

4.Memohon pertukaran bagi membiayai aktiviti luar sekolah / projek luaran sepanjang tahun.

5.Menulis laporan aktiviti mingguan di dalam buku Pelaporan Aktiviti Kokurilkulum dan menandatanganinya.

6.Menanda kehadiran murid bagi setiap kali sesi perjumpaan di dalam jadual kedatangan.

7.Menyerahkan Buku Pelaporan Aktiviti Kokurikulum kepada GPK KK / Penyelaras hari Isnin untuk semakan dan tandatangan Guru Besar.

8.Menyediakan giliran bertugas bagi Guru Pembimbing.

9.Memajukan kemahiran murid - murid dalam permainan yang dijaga dengan :-

a) Melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan ataupun pada waktu lain dengan persetujuan Guru Majlis Sukan / Setiausaha Sukan. b) Mengatur seberapa bnayak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan lain.

10.Mencari pengadil dalam sesuatu perlawanan persahabatan.

11.Menempah dan mengatur pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan atau persahabatan.

12.Mengiring dan menjaga disiplin pelajar-pelajar dalam satu-satu perlawanan.

13.Membahagikan alat-alat dan pakaian permainan kepada pemain-pemain serta mengumpulkan semula dan juga menjaga keselamatan peralatan tersebut.

14.Berada di tempat perlawanan / latihan untuk mengawasi disiplin dan kebajikan serta menambahkan semangat murid.

15.Menghubungi atau menghantar ke hospital / ke rumah sekiranya berlaku kecederaan yang serius ke atas pemain.

TUGAS GURU PEMBIMBING KELAB & PERSATUAN UNIT BERUNIFORM

(No. 1 hingga 8 sama seperti di atas)

9.Membimbing murid-murid mengedalikan aktiviti kelab / persatuan / unit beruniform.

10.Membantu dan membimbing ahli / murid mengendalikan mesyuarat AJK.

11.Mengisi dan menandatangani Kad Pelaporan Kokurikulum Murid.

12.Menghadiri dan mengurus kegiatan kokurikulum sukan dan permainan dengan terancang dan sistematik.

13.Mengenal pasti murid-murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam aktiviti anjuran JPWP / Badan Gabungan / Persatuan Unit Beruniform.

14.Membentuk jawatankuasa gabungan dengan ibubapa bagi mengendalikan projek luaran aktiviti luar sekolah.

15.Mengenal pasti murid-murid yang berpotensi untuk menerima anugerah cemerlang kokurikulum.

TUGAS GURU-GURU PEMBIMBING PEMBANTU

1.Menjalankan tugas sebagai guru pembimbing ketua jika guru pembimbing ketua tidak hadir (cuti sakit, kursus dll).

2.Menghadiri mesyuarat AJK Pengurusan dapa awal perjumpaan.

3.Membantu guru pembimbing ketua menjalankan perkara 2,3,4,5,6,7,8,10,11,12,13,14, dan 15 seperti di atas.