1_modul keselamatan dalam bengkel

Upload: hafie-jay

Post on 03-Mar-2016

537 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

  • MODUL KESELAMATAN DALAM BENGKEL

    KURSUS

    KERJA KAYU, LOGAM DAN PAIP (VET3032)

    TUGAS PERATURAN KESELAMATAN DIDALAM BENGKEL

    OBJEKTIF

    MELALUI PENGETAHUAN LANGKAH KESELAMATAN BENGKEL YANG AKAN DIPELAJARI , PELAJAR AKAN DAPAT MEMINIMUMKAN RISIKO KECEDERAAN ATAU KEMALANGAN SEMASA MELAKUKAN KERJA AMALI DIDALAM BENGKEL.

    PER: PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN TUJUAN : Peraturan dan langah-langkah keselamatan ditujukkan adalah untuk mengelakan daripada berlakunya kemalangan yang boleh mendatangkan kecederaan atau maut.Oleh itu setiap pelajar adalah perlu mengetahui serta mengambil berat tentang aspek-espek keselamatan ini. PENERANGAN : Keselamatan didalam bengkel adalah suatu perkara yang amat penting bagi menggelakkan kemalangan daripada berlaku ketika kerja-kerja didalam bengkel dijalankan. Kemalangan yang berlaku boleh mengakibatkan kecacatan anggota, kehilangan jiwa, kerosakkan peralatan dan mesin, kemusnahan harta benda dan boleh mengurangkan produktiviti. DEFINASI (Keselamatan) : Ia boleh ditakrifkan sebagai suatu langkah persediaan atau langkah berwaspada pada setiap masa bagi mengelakan diri, orang awam atau harta benda ditimpa bencana. Malang tidak berbau, sedikit kecuaian atau kelalaian akan mengundang padah.Pelajar yang sering menghabiskan masa dibengkel berpeluang terdedah kepada bahaya kemalangan. Oleh itu, pelajar perlulah memastikan keselamatan diri terjamin bagi memininumkan risiko kecederaan atau kemalangan di dalam bengkel.

  • PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN: Kemalangan yang sering berlaku di dalam bengkel adalah disebabkan oleh faktor kemanusiaan, persekitaran tempat kerja dan peralatan atau mesin. Sikap semasa menjalankan kerja-kerja di bengkel juga boleh mengundang kemalangan. Contohnya bergurau, kurang menumpukan perhatian terhadap kerja, tidak sihat sewaktu bekerja dan kurang pengetahuan dalam pengendalian peralatan atau mesin. Oleh sebab itu maka diwujudkan peraturan-peraturan keselamatan dalam bengkel. Keselamatan terbahagi kepada 6 perkara iaitu:

    Keselamatan Am

    a. Berfikir dahulu sebelum bertindak b. Jangan berlari atau bergurau semasa sedang bekerja c. Tentukan kedudukan alat pemadam api, jenis alat pemadam api dan cara

    menggunakannya. d. Jangan berjalan dibawah beban yang berat e. Jangan meletak barang yang berat diatas tangga. f. Apabila menggunakan tangga pastikan tangga dalam keadaan baik dan selamat. g. Jangan cuba memberi pertolongan cemas sekiranya tidak tahu cara-caranya. h. Minta kebenaran daripada pengajar atau juruteknik apabila hendak menjalankan

    mesin. i. Laporkan segala kemalangan walaupun kecil. j. Jangan membuang sampah dimerata-rata tempat. k. Tanya pengajar jika menghadapi sebarang masalah didalam bengkel. l. Jangan merokok di dalam bengkel.

    Keselamatan Am

    Keselamatan Diri

    Keselamatan Alat Tukang

    Keselamatan Jentera dan Mesin

    Keselamatan Elektrik

    Keselamatan Ketika Mengangkat

  • Keselamatan Diri

    a. Rambut mestilah sentiasa pendek dan kemas. b. Kuku mestilah pendek bersih dan kemas c. Menggunakan jeket semasa kerja-kerja amali dijalankan. d. Gunakan safety boot semasa bekerja didalam bengkel. e. Gunakan pakaian yang bersesuaian semasa menjalankan kerja.

    Keselamatan Alat Tukang

    a. Gunakan alat tukang yang bersesuaian dengan kerja. b. Simpan alat tukang di tempat yang selamat. c. Gunakan peralatan yang bersempadan. d. Jangan menggunakan alt tukang yang telah rosak. e. Gunakan tool box apabila membawa peralatan dari satu tempat ke satu tempat

    lain f. Letakkan alat tukang ditempat yang selamat semasa kerja sambil baring. g. Jangan menggunakan alat yang tiada pemegang. h. Jangan membawa alat yang tajam didalam apron. i. Jangan menggunakan tukul yang berkepala longgar. j. Jangan gunakan pahat yang berkepala cendawan.

  • Keselamatan Jentera Dan Mesin

    a. Pastikan mempunyai pengetahuan mengendalikan mesin semasa menghidupkan atau mematikan.

    b. Pastikan semua alat yang bergerak mempunyai pelindungan keselamatan. c. Pastikan keselesaan dan kedudukan mesin semasa mengendalikannya. d. Matikan mesin dengan serta merta jika berlaku sebarang kerosakan.

    Keselamatan Alat Elektrik

    a. Jangan menggunakan kabel yang tidak berpenebat. b. Pastikan alat elektrik kering dan bersih. c. Jangan menggunakan alat elektrik yang rosak. d. Jangan sambugkan wayar punca utama pada soket lampu. e. Jangan cuba membaiki alat elektrik sekiranya tidak tahu. f. Laporkan sebarang kerosakan elektrik kepada pengajar.

    Keselamatan Semasa Mengangkat Barang.

    a. Gunakan otot kaki dan tulang belakang semasa mengangkat barang berat. b. Pastikan jumlah berat barang sebelum mengangkatnya. c. Pastikan alat pengangkut dalam keadaan baik. d. Jangan mengangkat barang melebihi berat badan.

  • LANGKAH-LANGKAH PENGUATKUASAAN: Keselamatan perlu dipastikan, maka langkah-langkah penguatkuasaan perlu ditekankan. Oleh itu beberapa perkara di bawah perlu dititikberatkan supaya keselamatan terjamin.

    a. Amalkan sikap mengambil berat, bertanggungjawab dikalangan pelajar. b. Amalkan setiap langkah-langkah keselamatan pada setiap pekerjaan. c. Buangkan nilai-nilai positif dalam diri yang mana boleh mengundang kecelakaan. d. Tamankan sikap murni dan bantu membantu dalam apa jua pekerjaan. e. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang di larang f. Hormat menghormati diantara satu sama lain. g. Tumpukan minat pada setia pekerjaan yang dilakukan.

    SIMBOL PAPAN TANDA KESELAMATAN 1. WARNING SIGN

    2. CAUTION SIGN

  • 3. DANGER SIGN 4. GANERAL SAFETY SIGN

    5. FIRE SAFETY SIGN