1.a. contoh perlembangaan

5
SEKOLAH KEBANGSAAN BABAGON, PETI SURAT 234 , 89507 PENAMPANG , SABAH Tel / Fax : 088 – 719884 PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN Fasal 01 : Nama Persatuan / Kelab Kelab Bola Sepak SK Babagon Fasal 02 : Alamat ( tempat perjumpaan ) Sekolah Kebangsaan Babagon , Penampang Fasal 03 : Objektif Persatuan / Kelab 3.1 Mewujudkan masyarakat murid yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara melalui aktiviti yang dijalankan. 3.2 Membantu murid-murid meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran melalui aktiviti kurikulum dan ko kurikulum. 3.3 Memupuk kerjasama antara rakan sebaya dalam kelab / persatuan. 3.4 Meningkatkan disiplin yang baik dikalangan murid-murid. 3.5 Melatih murid-murid mengendalikan sesebuah persatuan / kelab masyarakat Fasal 04 : Lambang dan Cogankata Kejayaan Matlamat Kami Fasal 05 : Pentadbiran 5.1 Penaung : Guru Besar 5.2 Penasihat : Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum 5.3 Pentadbiran Persatuan / Kelab Segala urusan pentadbiran persatuan / kelab ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dalam mesyuarat tahunan pada awal persekolahan , iaitu ; 5.3.1 Seorang Pengerusi

Upload: kalilullail

Post on 05-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Page 1: 1.a. Contoh Perlembangaan

SEKOLAH KEBANGSAAN BABAGON,PETI SURAT 234 ,

89507 PENAMPANG , SABAHTel / Fax : 088 – 719884

PERLEMBAGAAN KELAB / PERSATUAN

Fasal 01 : Nama Persatuan / Kelab

Kelab Bola Sepak SK Babagon

Fasal 02 : Alamat ( tempat perjumpaan )

Sekolah Kebangsaan Babagon , Penampang

Fasal 03 : Objektif Persatuan / Kelab3.1 Mewujudkan masyarakat murid yang berilmu pengetahuan,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara melalui aktiviti yang dijalankan.

3.2 Membantu murid-murid meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran melalui aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.

3.3 Memupuk kerjasama antara rakan sebaya dalam kelab / persatuan.3.4 Meningkatkan disiplin yang baik dikalangan murid-murid.3.5 Melatih murid-murid mengendalikan sesebuah persatuan / kelab

masyarakat

Fasal 04 : Lambang dan Cogankata

Kejayaan Matlamat Kami

Fasal 05 : Pentadbiran5.1 Penaung : Guru Besar5.2 Penasihat : Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum5.3 Pentadbiran Persatuan / Kelab

Segala urusan pentadbiran persatuan / kelab ditadbir oleh Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik dalam mesyuarat tahunan pada awal persekolahan , iaitu ;5.3.1 Seorang Pengerusi5.3.2 Seorang Timbalan Pengerusi5.3.3 Seorang Setiausaha5.3.4 Seorang Penolong Setiausaha5.3.5 Seorang Bendahari5.3.6 5 atau 7 orang Ahli Jawatankuasa Kecil

Page 2: 1.a. Contoh Perlembangaan

Fasal 06 : Pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan / Kelab6.1 Pemilihan dipengerusikan oleh Pengerusi yang sebelumnya.6.2 Pemilihan dibuat dalam Mesyuarat Tahunan secara UNDI.6.3 Keputusan pengundian adalah MUKTAMAD6.4 Ahli Jawatankuasa akan berkhidmat selama satu ( 1 ) tahun mengikut sesi

persekolahan.

Fasal 07 : Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa7.1 Pengerusi

Mempengerusi setiap mesyuarat yang diadakan Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan

yang diputuskan dalam mesyuarat yang telah diambil Membincangkan segala program dan aktiviti tahunan bersama guru

penasihat persatuan Mempastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat

sambutan

7.2 Timbalan Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab Mempengerusi mesyuarat jika pengerusi tidak hadir

7.3 Setiausaha Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkan kepada ahli Menyediakan laporan penggal / tahunan

7.4 Penolong setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

7.5 Bendahari Mengutip yuran Menyerahkan semua kutipan kepada guru penasihat Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan Mencatatkan penyata kewangan dalam mesyuarat

7.6 Ahli Jawatankuasa Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti

persatuan

Fasal 08 : Keahlian8.1 Terbuka kepada semua murid Tahap II ( Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah

Kebangsaan Babagon, Penampang

Fasal 09 : Tanggungjawab dan Hak Ahli9.1 Sanggup menerima dan mematuhi syarat-syarat / peraturan-peraturan

dalam perlembangaan9.2 Menjaga dan memelihara nama baik persatuan / kelab jika perlu9.3 Menjaga nama baik dan disiplin9.4 Menghulurkan sumbangan kepada persatuan / kelab jika perlu9.5 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan

Page 3: 1.a. Contoh Perlembangaan

9.6 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan / kelab

Fasal 10 : Punca Kewangan10.1 Yuran keahlian ialah sebanyak RM ______-_____ sebulan yang mengikut

keputusan mesyuarat. ( perlu mendapat kebenaran dari Guru Besar SK Babagon, Penampang )

10.2 Sumbangan sekolah 10.3 Lain-lain sumbangan

Fasal 11 : Mesyuarat11.1 Mesyuarat Agung / Tahunan diadakan pada awal semester persekolahan11.2 Mesyuarat Agung / Tahunan hanya sah apabila satu pertiga daripada

ahli-ahlinya hadir 11.3 Mesyuarat ahli jawatankuasa diadakan dua minggu sekali pada setiap bulan11.4 Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat selewat-lewatnya sehari

sebelum mesyuarat diadakan 11.5 Setiap ahli mestilah mematuhi peraturan mesyuarat supaya mesyuarat

berjalan dengan lancar, licin dan sempurna

Fasal 12 : Pindaan Perlembangaan12.1 Pindaan Perlembangaan boleh dibuat pada bila-bila masa yang diperlukan

atas nasihat Guru Besar atau GPK Ko-Kurikulum 12.2 Mana-mana perkara atau masalah yang timbul ; yang tidak terdapat dalam

perlembangaan persatuan / kelab hendaklah dirujuk kepada GPK Ko-Kurikulum / Guru Besar untuk dibincangkan