16 september 2015

Upload: joanne-wong

Post on 03-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

catatan bm

TRANSCRIPT

16 September 20158 pagiSemua murid berkumpul di padang sekolah dengan memakai pakaian sukan. Selain itu, murid-murid juga membawa peralatan seperti penyapu, kain, penyodok dan sebagainya.

8.30 pagiMurid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan. Kemudian, setiap kumpulan bergerak ke tempat tugasan yang ditetapkan. Kumpulan saya diketuai oleh Cikgu Lee dan dan bertugas untuk membersihkan longkang di antara dua blok bangunan.

9 pagiKami mula menjalankan tugas masing-masing. Cikgu Lee mengeluarkan dedaun kering dan sampah sarap yang ada di dalam longkang dengan menggunakan penyodok. Kemudian, kami bertungkus lumus mengumpul bahan buangan dengan menggunakan pongkes dan menuangkan ke dalam plastik sampah.

10 pagiSelepas itu, kami memberus longkang itu dengan menggunakan penyapu longkang. Kami juga membersihkan longkang yang tersumbat supaya nyumuk tidak membiak di dalam air bertakung. Kumpulan lain memotong rumput, mengecat bangunan dan pasu, menanam bunga dan sebagainya.

11 pagiSetelah tugasan kami selesai, Cikgu Lee mengajak kami memberi bantuan kepada kumpulan lain. Kami bekerjasama mengumpulkan sampah sarap di tempat yang dikhaskan. Kami bekerja dengan riang sehingga lupa akan keletihan.

12 tengah hariSelepas itu, kami meletak balik peralatan ke tempat yang asal di bilik stor dan mengaturnya dengan tersusun. Kemudian, kami menjamu selera bersama-sama di kantin. Namun, kami memastikan kebersihan tetap terjaga.

1 petangAktiviti gorong royong telah pun selesai. Kami pun balik ke rumah masing-masing.

Majlis Perpisahan28 September 20158.30 pagiHari ini ialah Majlis Perpisahan Cikgu Tham. Semua murid berkumpul dan beratur di dataran sekolah. Majlis Perpisahan telah dihadiri oleh semua guru SJK(c) Serdang 2.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah juga turut meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBGdan ibu bapa murid.

9 pagiKetibaan Cikgu Tham disambut dengan meriah. Semua guru mengiringi beliau ke dataran yang berada di perkarangan sekolah. Wakil pelajar memberi ucapan Majlis Perpisahan di atas pentas bagi mewakili semua murid untuk berterima kasih kepada jasa Cikgu Tham yang menyumbang banyak tenaga dan masa demi kejayaan anak muridnya. Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Tham dengan persaraannya dan menghargai sumbangan Cikgu Tham kepada sekolah selama ini.

10 pagiKemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

11 pagiKemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Semasa menjamu selera, mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin sekolah.

12.30 tengah hariSelepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Cikgu Tham berucap untuk kali terakhir. Pengawai Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Cikgu Tham. Cikgu Tham turut menerima cenderahati daripada pihak sekolah.

1.30 tengah hariSemua murid beratur di laluan keluar di kawasan sekolah.Cikgu Tham bersalam dengan semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Cikgu Tham masuk ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah. Kemudian, Majlis Perpisahan pun tamat.