majlis pelancaran pakaian seragam baru jpam -16 september

8
Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM Tanggal 13 September 2009, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekali lagi melakar sejarah apabila melancarkan pakaian seragam yang baru , menunjukkan peningkatan yang setanding dengan agensi pertahanan awam antarabangsa. Pakaian seragam asal berwarna kelabu kehijauan telah ditukarkan kepada warna biru, melambangkan kemegahan serta kesiapsiagaan JPAM dalam menangani apa jua cabaran. Warna pakaian seragam baru JPAM ini, adalah selaras dengan warna uniform International Civil Defence Organisation (ICDO) yang turut digunakan di Singapura, Ireland, United Kingdom dan New Zealand. Ianya tidak menyerupai pakaian seragam agensi lain dan mudah dikenali kerana masih mengekalkan aksesori yang sedia ada seperti beret, mufla, jambul dan kemeja dalam berwarna oren, tanda pangkat pegawai berwarna emas dan tali pinggang Belt 70 berwarna hitam. Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang di Akademi Latihan Pertahanan Awam ini, telah dirasmikan oleh Y.B. Dato` Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir, Y.B. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop , Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg .Dato' Sri Mahmood b. Adam, Ketua Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato' Haji Abdul Halim Abdul Hamid , Ketua Pengarah JPAM

Upload: abadie

Post on 13-Jun-2015

2.311 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM

Tanggal 13 September 2009, Jabatan Pertahanan

Awam Malaysia (JPAM) sekali lagi melakar sejarah

apabila melancarkan pakaian seragam yang baru ,

menunjukkan peningkatan yang setanding dengan

agensi pertahanan awam antarabangsa. Pakaian

seragam asal berwarna kelabu kehijauan telah

ditukarkan kepada warna biru,

melambangkan kemegahan

serta kesiapsiagaan JPAM dalam menangani apa jua

cabaran. Warna pakaian seragam baru JPAM ini,

adalah selaras dengan warna uniform International

Civil Defence Organisation (ICDO) yang turut

digunakan di Singapura, Ireland, United Kingdom dan

New Zealand. Ianya tidak menyerupai pakaian

seragam agensi lain dan mudah dikenali kerana masih

mengekalkan aksesori yang sedia ada seperti

beret, mufla, jambul dan kemeja dalam

berwarna oren, tanda pangkat pegawai

berwarna emas dan tali pinggang Belt 70

berwarna hitam.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30

petang di Akademi Latihan Pertahanan Awam ini, telah dirasmikan oleh Y.B.

Dato` Seri Hishamuddin bin Tun Hussein,

Menteri Dalam Negeri. Turut hadir, Y.B.

Datuk Wira Abu Seman bin Yusop ,

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg

.Dato' Sri Mahmood b. Adam, Ketua

Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato' Haji Abdul

Halim Abdul Hamid , Ketua Pengarah JPAM

Page 2: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

serta dua Timbalan Ketua Setiausaha KDN . Majlis ini ternyata istimewa kerana

turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri yang lain.

Majlis dimulai dengan tabik hormat

oleh perbarisan kehormat JPAM, diikuti

ucapan pelancaran uniform baru oleh

Y.B. Dato` Seri Menteri Dalam Negeri.

Dalam majlis tersebut, Y.B. Dato` Seri turut

menyaksikan satu demonstrasi uniform

baru oleh pegawai dan anggota JPAM

Kuala Lumpur. Turut mengisi majlis pelancaran, perbarisan pasukan khas

pertahanan awam (PASPA) beruniform baru, memberi penghormatan terakhir

kepada uniform yang lama. Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah kemudiannya

mengiringi Y.Bhg. Dato` Seri ke sidang media.

Menurut Y.Bhg Dato` Ketua Pengarah, perubahan pakaian seragam ini

dapat mengurangkan kekeliruan orang ramai yang beranggapan bahawa

JPAM adalah juga sebahagian atau cabang pasukan tentera. Selain itu, ianya

dapat memberi rangsangan dan anjakan paradigma kepada imej JPAM untuk

bersaing serta meningkatkan kemampuan secara global setara dengan agensi

sama di seluruh dunia.

 

 

 

 

 

 

Page 3: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

 

 

 

 

 

 

Page 4: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

 

 

 

 

Page 5: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

 

 

 

 

Page 6: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

 

 

 

 

Page 7: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September

 

 

 

 

Page 8: Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM -16 September