trafik - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · judul: trafik . sesi pengajian: 2001-2004 . saya chin siok...

24
TRAFIK Chin Siok Ling Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (Seni Paduan) 2004

Upload: others

Post on 26-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

TRAFIK

Chin Siok Ling

Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (Seni Paduan)

2004

Page 2: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

TRAFIK

CHIN SIOK LING

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Paduan)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2004

Page 3: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL: TRAFIK

SESI PENGAJIAN: 2001-2004

Saya CHIN SIOK LING

mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. TesisiLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidrnat Maklurnat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidrnat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesisllaporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *Sila tandakan 0"

D (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

D (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukanTERHAD

D oleh Organisasi I badan di mana penyelilidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap: Lot 796, Lorong 3 Off lalan Sayan, Taman Kong Ping, 93250 Kuching, Sarawak.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Satjana dan Satjana Muda *1ika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila Iampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

11

Page 4: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Projek bertajuk ''Trafik" telah disediakan oleh Chin Siok Ling dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujiaan (Seni Paduan)

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Professor Madya Fauzan Omar)

Tarikh:

III

Page 5: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Penghargaan

Melalui kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih

kepada mereka yang telah memberi galakan dan bantuan dalarn menyiapkan projek tahun

akhir ini, sarna ada secara langsung atau sebaliknya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dan

pihak Bahagian Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana sudi memberi kerjasama

kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada pihak Muzium

Sejarah Nasional Kuala Lumpur kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini pada

masa latihan praktikal.

Sekalung penghargaan buat penyelia, Prof. Fauzan Omar di atas nasihat, teguran,

pandangan, bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang saya menyiapkan projek tahun

akhir ini. Tak lupa juga kepada En. Awangko, En. Wan Jamarul, En. Sharnsu,

En.Zulkalnain, En. Anuar dan Cik Modiana yang banyak mengkongsi idea dan memberi

tunjuk ajar dalam proses membuat projek ini.

Yang penting sekali buat ahli keluarga saya yang sentiasa berada di sisi, terima

kasih atas bantuan, sokongan dan s~angat yang diberikan selama ini. Segala bantuan

dan dorongan yang diberikan akan saya hargai sepanjang hayat ini.

Akhir sekali, tak lupa juga ucapkan terima kasih kepada semua kawan

seperjuangan seni halus 200112004 yang sering membantu saya sepanjang tiga tahun ini.

Kenangan suka duka di unimas akan tetap segar diingati.

IV

Page 6: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Jadual Kandungan MIS

Halaman Tajuk

Borang Pengesahan Status Dokumentasi 11

Tandangan Penyelia 111

Penghargaan IV

Jadual Kandungan v-vi

Abstrak vii

Abstract viii

1.0 Pengenalan

1.1 Latarbelakang Kajian 1-2

1.2 Pemasalahan Kajian 3

1.3 Objektif 4

1.4 Kepentingan 5

1.5 Hipotesis 6

1.6 Skop Projek 7

2.0 Analisis

2.1 Kajian Semula Penulisan 8-9

2.2 Kajian Perbandingan

2.2.1 Kajian Lepas 10-14

2.2.2 Hasil Karya Peribadi 15-19

2.3 Analisa Maklumat 20

3.0 Hasil Kajian, Perbincangan dan Kesimpulan

3.1 Hasil Kajian 21

3.2 Perbincangan 22

V

Page 7: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

,...

3.3 Kesimpulan 23

4.0 Rujukan 24-25

5.0 Lampiran 26-29

1, 1

Vi

Page 8: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Abstrak

Keindahan yang terdapat pada pergerakan trafik di jalan raya adalah sebahagian

dari pemandangan yang boleh saya nikmati setiap hari. Keindahan ini boleh dirumuskan

sebagai sesuatu yang menarik, cantik, bagus, benar, elok, molek lebih-lebih lagi ia disinari

dengan pelbagai sifat-sifat cahaya yang memenuhi kegembiraan dan kepuasan. Saya amat

tertarik pada pemandangan dan suasana pergerakan trafik di jalan raya pada waktu

malam. Saya mendapati terdapat pelbagai cahaya yang menarik dan indah seperti

pancaran warna, jalinan, rupa bentuk dan pergerakan cahaya dalam ruang, dipenuhi

dengan kesatuan serta keharmonian. Melalui pengertian 1m, saya ingin

mentransformasikan jenis-jenis cahaya trafik yang terdapat di jalan raya. Misalnya

kelipan cahaya trafik, cahaya kawalan trafik, cahaya pergerakan perlahan kenderaan,

cahaya kelajuan kenderaan dan sebagainya yang boleh memberi pelbagai kemungkinan

artistik. Karya saya menggunakan bahan elektronik untuk menterjemahkan keindahan

cahaya trafik tersebut.

Vll

Page 9: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Abstract

The beauty of road traffic movements is part of the view that I enjoy every day.

Beauty is defined as something attractive, pretty, real, proper and adorable especially when

it is being shown by various characteristics of lightings, that fullfills happiness and

contentment. I'm quite attracted to the scenery and situation of road traffic movements

during the night time. I discovered that there are various types of beauty and attraction in

lightings, for instance the shining colours, textures, shapes and movement of lighting in

spaces fulfilled by combination and harmony. Through the understanding of this, I intend

to transform various types of lightings from traffic. For example traffic - blinking lightings,

traffLC lightings, lightings of vehicles travelling at low as well as high speed and many more

that conveys various artistic feasibility. My works used electronic materials to interpret the

beauty oftraffic lightings.

viii

Page 10: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang Kajian

Pada dasamya trafik adalah bermakna lalulintas, pergerakan kenderaan dan orang di Jalan

raya. Jadi, trafik merupakan suatu pergerakan yang sering berlaku di persekitaran kita dari satu

tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan trafik boleh didapati di kawasan lebuhraya,

kawasan jalan bandar ataupun di kawasan luar bandar. Jadi, trafik memainkan peranan yang

penting untuk menghubungkan semua aktiviti dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Secara fizikalnya, trafik di kawasan pusat bandar adalah semakin bertambah pesat. Ini

adalah disebabkan jalan raya yang sedia ada ini, semakin tidak cukup untuk menampung jumlah

penduduk dan jumlah kenderaan yang kian meningkat. J adi, suasana trafik kini bertambah sibuk

dan sesak. Maka, pada sudut pandangan estetik pula, trafik yang sibuk serta sesak ini telah

menghasilkan satu pemandangan yang unik dan menarik.

"Trafik" dipilih sebagai bahan subjek kajian saya adalah disebabkan daya tarikan

dari keindahan pergerakan trafik di jalan raya pada waktu malam. Pergerakan trafik

yang ulang alih di sepanjang jalan raya telah menghasilkan satu pemandangan yang amat

menarik perhatian saya. Keunikan 1Itan keindahan pemandangan trafik adalah

dibentukkan oleh cahaya trafik sendiri. Khasnya pada waktu malam, pergerakan cahaya

trafik di sepanjang jalan telah membentukkan garisan rupa bentuk jalan tersebut.

Pada rasionalnya, karya "Trafik" adalah diilhamkan ketika menikmati

pemandangan pergerakan trafik di jalan raya pada waktu malam. Saya amat tertarik

terhadap suasana keindahan dan estetik pergerakan trafik yang disinari oleh pancaran

1

Page 11: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

,..

cahaya pada waktu malam. Keindahan pergerakan trafik boleh didapati melalui warna

pantulan cahaya, jalinan dan rupa bentuk trafik.

Jenis pergerakan trafik adalah bergantung kepada rekabentuk jalan raya. Jadi,

rupa bentuk jalan raya yang berlainan telah menghasilkan pelbagai pemandangan yang

berlainan. Pergerakan cahaya trafik yang laju dan pantas boleh didapati di kawasan jalan

yang lulus dan tidak sesak. Manakala pergerakan cahaya trafik yang perlahan boleh

didapati di kawasan pusat bandar yang agak sesak. Selain itu, Pergerakan cahaya trafik

yang di bawah kawalan boleh didapati di kawasan yang bersimpang. Cahaya kegelipan

trafik pula boleh didapati pada kenderaan yang bergerak di sepanjang jalan raya.

Seterusnya, pergerakan trafik bukan sahaja berjaya menimbulkan pelbagai

pemandangan trafik yang indah pada cuaca yang baik. Malah pada cuaca hujan,

pemandangan terhadap pergerakan trafik juga adalah menarik dan unik dari segi ciri

keindahan yang berlainan. Suasana hujan telah menghasilkan pemandangan yang kurang

jelas dan agak kabur. Dengan bantuan pantulan cahaya pergerakan trafik, maka telah

menimbulkan suatu pemandangan dari segi ciri keindahan yang berlainan.

Jadi, saya in gin mengkongsi idea dan kepuasan terhadap keindahan dan estetik

cahaya trafik kepada semua audien. ~elalui kajian, pergerakan cahaya melalui trafik

telah mengutarakan keunikan trafik secara unggulnya.

2

Page 12: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

/

1.2 Pemasalahan Kajian

Isu kesesakan trafik bukan lagi menjadi perkara asing kepada warga kota dan ia

hangat diperbincangkan pada tahun 1990-an. Masalah kesesakan trafik dikatakan

berpunca daripada jumlah bilangan kenderaan yang kian bertambah berlipat kali ganda

dari setahun ke setahun, malah saiz dan bilangan jalan raya yang tetap digunakan tidak

berubah, jadi timbullah masalah kesempitan jalan~

Menurut kenyataan di atas, saya mendapati bahawa masalah trafik tidak dapat

dielakkan khasnya di pusat bandar. Jadi, saya ingin melihat permasalahan kecantikan

trafik. Melalui pemerhatian saya, pelbagai pergerakan trafik khasnya pada waktu malam

telah menghasilkan pergerakan cahaya trafik yang begitu indah dan menarik. Pergerakan

cahaya trafik adalah sering berubah pada setiap saat. Oleh itu, ia memiliki keindahan dan

keunikan yang tersendiri. Jadi, yang penting adakah anda pernah peka terhadap suatu

panorama yang unggul serta unik di persekiaran kita?

3

Page 13: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

1.3 Objektif

Objektif kajian saya adalah bertujuan mengkongsi idea mengenai kecantikan

cahaya trafik. Melalui karya, saya in gin menggambarkan pelbagai rupa bentuk,

pergerakan dan warna cahaya trafik yang begitu indah dan menarik. Pada masa yang

sarna, saya ingin mentransformasikan jenis-jenis trafik ke dalam bentuk seni kontemporari

menerusi cahaya trafik yang menarik.

4

Page 14: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

I'

1. '

,....

1.4 Kepentingan

Karya ''Trafik'' adalah bertujuan menunjukkan persekitaran kita adalah kaya

dengan suasana panorama yang indah dan estetik tanpa mengira ia secara alam

semulajadi ataupun hasil perkembangan sains dan teknologi. Pergerakan cahaya adalah

unik kerana dapat mengindahkan sesuatu suasana trafik yang berada dalam fokusnya.

Pergerakan cahaya trafik sering berubah pada setiap saat dan ia turut

menghasilkan pelbagai pemandangan yang berlainan dan menarik. Perubahan

pemandangan pada cahaya trafik ini memiliki keindahan dan keunikan yang tersendiri.

Audien haruslah peka kepada keindahan dan estetik persekitaran seperti panorama trafi_k,

sebab ia adalah berharga dan dianugerahkan oleh tuhan.

5

l

Page 15: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

1.5 Hipotesis

Saya ingin menghasilkan karya trafik dengan menurut ahli falsafah "catan mestilah

indah meskipun ia menggambarkan peristiwa yang pedih dan menyakitkan. Catan tidak

seharusnya hodoh atau anti-keindahan" dari Syed Ahmad Jamal, Interviews with the artist,

Monday 5 June 2000.

Menurut ahli falsafah Syed Ahmad Jamal juga "estetika bererti sesuatu yang

berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang

menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekan aspek kegunaannya".

Menurut ahli falsafah St. Thomas Aquinas, "Ciri warna cerah dapat

dihubungkaitkan dengan simbol cahaya dalam tradisi Neoplatonik Zaman Pertengahan.

Cahaya dianggap sebagai simbol kebenaran dan keindahan kudus".

Menurut ahli falsafah Ralph Waldo Emerson, "Dengan panduan struktur mata dan

hukum-hukum cahaya, setiap yang dilihat akan menjadi indah dan cantik". Ini terbukti

semasa saya menghasilkan karya trafik yang fokus kepada pergerakan cahaya trafik

adalah amat indah dan unik atas pantulan cahaya dari pergerakan trafik.

Menurut ahli falsafah Edward ~lough, konsep jarak psika adalah penting dalam

menikmati sesuatu panorama. "Seseorang harus memisahkan sesuatu fenomena atau

sesuatu objek daripada dirinya ketika menikmati sesuatu karya seni". Misalnya, audien

haruslah memisahkan diri dari realiti ketika menyaksi suasana keindahan dan estetik

pemandangan trafik. Jika tidak, audien tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri keindahan

karya trafik dan tidak dapat menikmati unsur estetik yang dimiliki dari karya trafik.

6

Page 16: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

t

1.6 Skop Projek

Skop kajian saya ialah melihat suasana panorarna trafik di antara tahun 2000-an.

Mengkaji suasana trafik yang indah menerusi pergerakan cahaya trafik. Dengan itu, saya

ingin memberi tumpuan kepada pelbagai rangsangan warna, jalinan, rupa, bentuk, ruang

cahaya, pergerakan melalui kesatuan dan keharmonian. Pada masa yang sarna, saya ingin

mentransformasikan jenis-jenis trafik ke dalarn bentuk seni kontemporari.

7

I..

Page 17: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

,...

2.0 Analisis

2.1 Kajian Semula Penulisan

Ahli falsafah Plotinus yang lahir di Lycopolis, Mesir, berpendapat "keindahan

didapati wujud pada banyak benda. Objek paling ketara yang memiliki keindahan ialah

objek-objek yang dilihat. Benda-benda kompleks yang dapat dikatakan indah kerana

benda kompleks mempunyai lebih daripada lebih satu bahagian. Setiap bahagian dalam

benda kompleks ini boleh dikatakan indah apabila setiap bahagian ini bergabung menjadi

satu benda atau objek yang sempuma". Plotinus juga mengasaskan wawasan merenung

dan meneliti dengan mendalam sebagai idea utama dalam teori keindahan.

Saya bersetuju terhadap teori Plotinus di atas. Ini adalah kerana kita boleh

menerima keindahan sesuatu objek yang dapat dilihat dengan mudah sekiranya ia dapat

dilihat, tanpa mengira secara visual atau fizikal. Dengan kata lain, kita boleh

menunjukkan bukti keindahan tersebut melalui sesuatu objek yang dapat dilihat. Jadi,

keindahan dan estetik trafik dari segi pergerakan cahaya juga terdapat bukti

keindahannya. Selain itu, teori keindahan Plotinus yang memerlukan perenungan dan

penelitian dengan mendalam juga adalah penting, untuk menikmati keindahan sesuatu

objek.

Menurut ahli falsafah Ralph Waldo Emerson dari Boston, Massachusetts, Amerika

Syarikat, "keindahan alam dilihat sebagai objek Intelek. Keindahan alam tidak sahaja

mempunyai hubungan dengan kebajikan, malah keindahan alam juga mempunyai

hubungan dengan pemikiran. Keindahan alam yang menjadi objek intelek untuk

dinilunati dan dihayati akan membantu manusia mencipta sesuatu yang barn. Sewaktu

8

Page 18: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

menikmati alam, manusia tidak hanya bersikap pasif (menikmati), malah bersikap positif

(mencipta). Kesan keindahan alam terhadap manusia adalah berbeza. Ada manusia yang

hanya menikmati alam begitu sahaja. Terdapat juga manusia yang begitu kagum dengan

keindahan alam sehingga mereka cuba menghasilkan (mencipta) sesuatu yang meniru

keindahan alam dalam bentuk-bentuk baru".

Saya juga bersetuju terhadap teori Ralph Waldo Emerson di atas. Ini adalah

kerana keindahan berhubungan dengan pemikiran. Jika manusia tidak pernah fikir

keindahan terdapat di persekitaran kita, maka keindahan alam tidak dapat menjadi objek

intelek yang dinikmati dan dihayati serta tiada juga ciptaan baru yang dapat dihasilkan.

J adi, dengan adanya intelek keindahan alam maka boleh menggalakkan manusia yang

kagum keindahan menghasilkan ciptaan baru. Misalnya, karya trafik juga adalah ilham

ketika menikmati suasana pemandangan pergerakan trafik yang estetik pada waktu

malam.

9

Page 19: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

2.2 Kajian Perbandingan

2.2.1 Kajian Lepas

Kajian lepas ini terbahagi kepada tiga iaitu rnengkaji karya-karya Ternpatan, Asia

dan Barat yang rnengenai isu trafik. Karya-karya ini adalah seperti:

Garnbarajah 1: Artist: Arthur Teng (Pengkarya Ternpatan) Tajuk: Malaysia Highway Media: FoWafi

Merujuk kepada karya Arthur Teng, beliau rnenggunakan unsur-unsur seni iaitu

garisan dan warna untuk rnenggambarkan suasana pergerakan trafik. Menerusi karya ini,

saya mendapati idea rnenggunakan unsur garisan untuk rnenggarnbarkan bentuk-bentuk

jalan. Pada masa yang sarna, saya juga rnenggunakan unsur warna iaitu warna putih

menggambarkan warna lampu depan kenderaan dan warna rnerah rnenggambarkan warna

iampu belakang kenderaan dengan berkesan.

10

Page 20: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Gambarajah 2: Artist: Lam Siong Onn (Pengkarya Tempatan) Tajuk:"Rush Hour Traffic" 1999 Mpr1i~' r.~t. ~ir fifW-m ')( 7fW-m

Merujuk kepada karya Lam Siong Onn, beliau menggunakan unsur-unsur seni iaitu

warna panas dan ruang yang sempit untuk menggambarkan suasana waktu pergerakan

trafik yang sesak. Menerusi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur warna

panas untuk menimbulkan suasana waktu pergerakan trafik dengan berkesan.

Gambarajah 3: Artist: Raja Azhar Idris (Pengkarya Tempatan) Tajuk: Jalan Tun Razak Media: Cat Minyak, 1996, 42cm x 36cm

11

Page 21: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Memjuk kepada karya Raja Azhar Idris, beliau menggunakan unsur-unsur sem

iaitu jalinan, mang, garisan, warna, rupa dan bentuk untuk menggambarkan suasana

pergerakan trafik pada masa hujan. Menerusi karya ini, saya mendapati idea

menggunakan unsur jalinan untuk menggambarkan suasana trafik pada masa hujan.

Cennin tingkap yang berjalinan digunakan untuk menggambarkan suasana trafik yang

kabur. Kesan kabur ini dihasilkan dari pancaran pergerakan cahaya lampu.

Gambarajah 4: Artist: Kevin Hogg (Pengkarya Barat: Video artist, Music Composer and painter)

Tajuk: Hot City Traffic Media: Digital paintings 1999

Memjuk kepada karya Kevin Hogg, unsur-unsur seni seperti garisan dan warna

telah digunakan untuk menggambarkan arus pergerakan trafik dan suasana yang sibuk.

Menemsi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk

menggambarkan arah pergerakan trafik. Selain itu, unsur warna panas seperti warna

kuning dan merah telah digunakan untuk menggambarkan suasana pergerakan trafik

yang sibuk dengan berkesan.

12

Page 22: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Gambarajah 5: Artist: Lewis Lang (Pengkarya Barat) Tajuk: Rush Hour Media: Photography ,Exhibition / print sales, Film Kodachrome

Merujuk kepada karya Lewis Lang, unsur-unsur seni seperti garisan dan warna

telah digunakan untuk menggambarkan arus dan kepantasan pergerakan trafik.

Menerusi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk

menggambarkan suasana pergerakan trafik yang pantas. Selain itu, unsur warna panas

seperti warna kuning dan merah telah digunakan untuk menggambarkan pergerakan

trafik yang pantas dan sibuk dengan berkesan.

Gambarajah 6: Artist: Josh wood (Pengkarya Barat) Tajuk: Traffic Media: Website. resolution 883 x 590

13

Page 23: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Merujuk kepada karya Josh wood, unsur-unsur seni seperti garisan dan warna juga

digunakan untuk menggambarkan arus dan kepantasan pergerakan trafik. Menerusi

karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk menggambarkan

suasana pergerakan trafik yang pantas. Selain itu, unsur warna iaitu pelbagai warna juga

digunakan untuk menggambarkan pergerakan trafik yang pantas dan sibuk dengan

berkesan.

Gambarajah 7: Artist: Laskowitz (Pengkarya Asia) Tajuk: Traffic Hong Kong,China Media: Fotografi

Merujuk kepada karya di atas, unsur-unsur seni iaitu jalinan, ruang, garisan,

warna, rupa dan bentuk digunakan untuk menggambarkan suasana pergerakan trafik.

Menerusi karya ini, saya mendapati idea menggunakan unsur garisan untuk

menggambarkan suasana pergerakan trafik. Unsur garisan yang bercondong

menghasilkan kesan pergerakan untuk suasana pergerakan trafik.

14

Page 24: TRAFIK - ir.unimas.my (24 pgs).pdf · JUDUL: TRAFIK . SESI PENGAJIAN: 2001-2004 . Saya CHIN SIOK LING . mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

2.2.2 Hasil Karya Peribadi

Merujuk kepada kajian lepas, saya telah menggunakan beberapa unsur seni seperti

garisan, warna, jalinan, ruang, rupa dan bentuk untuk menghasilkan karya peribadi saya.

Hasil karya saya adalah berbentuk karya seni elektronik. Saya menggunakan media

campuran untuk menghasilkan karya iaitu menggunakan lampu klip-klip, kayu, papan

dan cermin. Karya-karya ini adalah seperti di bawah:

• -0.'. •• • • -•.. ::?...•..' .:::- ..-- .... ,.: ' .-.-::. ,.." : :. ' . # t"~_•.•0....... .. .:.-. ...... -.. -.

.• - ••• .. .• " -t": • ••.. .. . ., .. .. .. ~... - .. '. .. .... ... . ..; : ..~ ": ...- ~ .. ­.... - ... ...

-: ~ .. ..--.. .. ;,-... .. .. -;:.-. .. . ". .:.. .­..... . .. ............... .. ..

~.... -'............ ..-; ..X ... . "! . .. ... • •••-- - ..... .-.-.. ...~ ...-. ..,,-.:..: -.-.:-. . .-. .~.. ....... .':-=.. .... • .... .• · .. -. -:r.,; ::.. : -. ..·z-"": ,, .... • .....::.;: ~ :."...:.::-. -: .. -. ;.-....:.::..;: - : ­"-... .. . r.. • . ........... .. ..

i:. .. . .- . " .•~.. ::~ : .;;~~.:. .- ..•.,:~..-:.:.;, .

-:r-. . . • •..•.•. -~:: .. -ft.. _ e ..... •• ::-... :.-:::. -. .... -. e..::..- _ ..•.-. .. -. .. - . .... ..... . .......: . ... ..,...-:..... . .... .. =.-­

.: .. .:. -..-:-::

Karya 1: Tajuk: Kelipan Trafik Media: Media Campuran

(Lampu klip-klip, papan) Saiz: 122cm x 122cm Year: 2003

Karya "K.elipan Trafik" adalah karya yang menunjukkan cahaya kegelipan trafik

pada aktu malam. Dalam pemerhatian saya, mendapati pantulan cahaya trafik adalah

15