agama mutiara hikmah gema jumaat - …pusatislam.uum.edu.my/images/bil-11-2013.pdf · saya ada...

2
Aqiqah Saya ada mengambil anak angkat sejak kecil. Bolehkah saya buat aqiqah untuknya? Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang me- nanggung nafkah si anak (iaitu bapa atau datuknya. Bagi anak luar nikah, aqiqahnya dilakukan oleh ibu kerana ibunya yang wajib menanggung nafkahnya). Jika hendak dilakukan oleh orang lain, hendaklah dengan keizinan mereka. Tanpa keizinan mereka, aqiqah itu tidak dikira. Itulah yang menjadi pandangan jumhur ulama termasuk mazhab Syafiie. Ada juga ulama berpandangan, asalkan berlaku sembel- ihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi SAW; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ke 7, diberi nama dan dicukur kepalan- ya” (Jami‟ at-Tirmizi; 1522, hasan soheh). Dalam hadis ini Nabi SAW hanya menyebutkan „disembelih (ternakan) untuknya‟ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, maka dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah, terhasillah aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulus Salam; 2/542). MUTIARA HIKMAH Berkata si bijaksana: Bukan hari raya itu dengan berpakaian baru, sebaliknya hari raya sebenar adalah takut akan hari akhirat. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Setiap Rabu– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis - PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ 10-11 Oktober 2013 - KEM AL MUQARRABIN 15 Oktober 2013 - SOLAT SUNAT AIDIL ADHA, MAJ- LIS IBADAH QURBAN DAN KENDURI KESYUKU- RAN Hubungi talian... 049285867/64/60/08/18/ 36 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Imam Muslim lebih dikenal dengan nama Abu Al-Husain. Nama lengkapnya ialah Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Ward. Para ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mere- ka berpendapat bahawa beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun (206) Hijrah. Imam Muslim adalah ahli hadis yang kedua termasyhur selepas Imam Bukhari. Imam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu kaji selidik hadis serta mengerti bahasa yang sulit. Beliau berpegang kepada kefahaman yang tepat, pengetahuan tentang sunnah-sunnah dan athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka dikalangan pakar ilmu hadis. Beliau banyak berbincang dan mengkaji dalam bidang ini dengan baik, tepat dan kemas serta sempurna malah banyak karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini. Kitab be- liau yang paling terkenal ialah Sahih Muslim. Imam Muslim meninggal dunia pada hari Ahad bulan Rejab iai- tu pada tahun (261) Hijrah ketika berusia dalam lingkungan 50-an. AZ BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T Mengenal Allah SWT Tiap-tiap orang Islam yang sudah mukallaf wajib mengenal Allah SWT yang mencipta seluruh alam. Cara mengenal Allah SWT itu tidaklah melalui dengan pancaindera yang ada kepada kita seperti mata, telinga dan sebagainya. Mengenal Allah juga tidak dapat melalui kajian dengan menggunakan akal fikiran semata-mata. Hal ini kerana Allah itu adalah suatu zat yang tidak termasuk dari kalangan benda yang berjirim yang boleh dipegang seperti ma- khluk-makhluk yang lain yang ada di alam ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Babaqarah ayat 55 yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika kamu berkata, wahai musa kami tidak akan beriman sehingga kami melihat Allah SWT dengan nyata.lantaran itulah kamu disambar petir sedangkan kamu menyaksikannya.” Manusia tidak ada kuasa hendak mendapatkan hakikat dan kenal zat Allah SWT, tetapi mereka boleh megenal dan mempercayai Allah SWT dengan mengkaji kejadian- kejadian dan kekuasaan Allah SWT yang ada didalam alam ini. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah SWT dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah SWT kerana kamu tidak sekali-kali berkuasa mencapai akan darjat ketuhanan”. Ada dua cara untuk mengenal Allah SWT: Menggunakan akal untuk memikirkan sesuatu dari ciptaan Allah SWT. Mengetahui nama-nama yang elok (asmaulhusna) dan sifat-sifat yang agung. Seluruh anggota dan akal fikiran manusia hendaklah digunakan untuk membuktikan wujudnya pencipta yang maha agung. Firman Allah SWT ayat 101, surah Yunus yang ber- maksud: “Katakanlah wahai Muhammad hendaklah kamu perhatikan apa-apa yang ada di langit dan di bumi”. Perkara yang paling dekat sekali hendaklah kita fikirkan diri kita sendiri yang dulunya tiada kemudiannya ada. Dulunya kecil kemudiannya besar. Dulunya lemah kemudian kuat, dulunya muda kemudian tua, ada pendengaran, penglihatan boleh berkata, ada perasaan marah, suka, duka dan sebagainya. Ahli hukama’ pernah berkata: “Barang siapa mengenal dirinya pasti ia mengenal Tuhannya”. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 11/2013 Gema Jumaat

Upload: buikhanh

Post on 10-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aqiqah Saya ada mengambil anak angkat sejak kecil. Bolehkah saya

buat aqiqah untuknya?

Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang me-

nanggung nafkah si anak (iaitu bapa atau datuknya. Bagi anak

luar nikah, aqiqahnya dilakukan oleh ibu kerana ibunya yang

wajib menanggung nafkahnya). Jika hendak dilakukan oleh orang lain,

hendaklah dengan keizinan mereka. Tanpa keizinan mereka, aqiqah itu

tidak dikira. Itulah yang menjadi pandangan jumhur ulama termasuk

mazhab Syafiie. Ada juga ulama berpandangan, asalkan berlaku sembel-

ihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya

tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi

SAW; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih

(ternakan) untuknya pada hari ke 7, diberi nama dan dicukur kepalan-

ya” (Jami‟ at-Tirmizi; 1522, hasan soheh). Dalam hadis ini Nabi SAW

hanya menyebutkan „disembelih (ternakan) untuknya‟ tanpa Nabi

menentukan siapa sepatutnya melakukannya, maka dengan berlakunya

sembelihan dengan niat aqiqah, terhasillah aqiqah untuk si anak

sekalipun dilakukan orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulus

Salam; 2/542).

MUTIARA

HIKMAH

Berkata si bijaksana: Bukan hari raya itu dengan berpakaian baru, sebaliknya hari raya sebenar adalah takut akan hari akhirat.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis - PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dan

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’

10-11 Oktober 2013 - KEM

AL MUQARRABIN

15 Oktober 2013 - SOLAT

SUNAT AIDIL ADHA, MAJ-

LIS IBADAH QURBAN

DAN KENDURI KESYUKU-

RAN

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/

36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Imam Muslim lebih dikenal dengan nama Abu Al-Husain. Nama

lengkapnya ialah Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim bin Ward. Para ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mere-

ka berpendapat bahawa beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada yang berpendapat beliau dilahirkan pada tahun (206) Hijrah.

Imam Muslim adalah ahli hadis yang kedua termasyhur selepas

Imam Bukhari. Imam Muslim amat mendalami dan memahami ilmu kaji selidik hadis serta mengerti bahasa yang sulit. Beliau berpegang kepada

kefahaman yang tepat, pengetahuan tentang sunnah-sunnah dan athar. Imam Muslim dianggap antara orang yang terkemuka

dikalangan pakar ilmu hadis. Beliau banyak berbincang dan mengkaji

dalam bidang ini dengan baik, tepat dan kemas serta sempurna malah banyak karangan beliau yang amat bernilai dalam bidang ini. Kitab be-

liau yang paling terkenal ialah Sahih Muslim. Imam Muslim meninggal dunia pada hari Ahad bulan Rejab iai-

tu pada tahun (261) Hijrah ketika berusia dalam lingkungan 50-an.

AZ

BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T

Mengenal Allah SWT

Tiap-tiap orang Islam yang sudah mukallaf wajib mengenal Allah SWT yang mencipta seluruh

alam. Cara mengenal Allah SWT itu tidaklah melalui dengan pancaindera yang ada kepada

kita seperti mata, telinga dan sebagainya. Mengenal Allah juga tidak dapat melalui kajian

dengan menggunakan akal fikiran semata-mata. Hal ini kerana Allah itu adalah suatu zat

yang tidak termasuk dari kalangan benda yang berjirim yang boleh dipegang seperti ma-

khluk-makhluk yang lain yang ada di alam ini.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Babaqarah ayat 55 yang bermaksud: “Dan ingatlah

ketika kamu berkata, wahai musa kami tidak akan beriman sehingga kami melihat Allah SWT

dengan nyata.lantaran itulah kamu disambar petir sedangkan kamu menyaksikannya.”

Manusia tidak ada kuasa hendak mendapatkan hakikat dan kenal zat Allah SWT,

tetapi mereka boleh megenal dan mempercayai Allah SWT dengan mengkaji kejadian-

kejadian dan kekuasaan Allah SWT yang ada didalam alam ini. Sabda Nabi Muhammad

SAW yang bermaksud: “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah SWT dan jangan kamu berfikir

tentang zat Allah SWT kerana kamu tidak sekali-kali berkuasa mencapai akan darjat

ketuhanan”.

Ada dua cara untuk mengenal Allah SWT:

Menggunakan akal untuk memikirkan sesuatu dari ciptaan Allah SWT.

Mengetahui nama-nama yang elok (asmaulhusna) dan sifat-sifat yang agung.

Seluruh anggota dan akal fikiran manusia hendaklah digunakan untuk membuktikan

wujudnya pencipta yang maha agung. Firman Allah SWT ayat 101, surah Yunus yang ber-

maksud: “Katakanlah wahai Muhammad hendaklah kamu perhatikan apa-apa yang ada di

langit dan di bumi”.

Perkara yang paling dekat sekali hendaklah kita fikirkan diri kita sendiri yang dulunya

tiada kemudiannya ada. Dulunya kecil kemudiannya besar. Dulunya lemah kemudian kuat,

dulunya muda kemudian tua, ada pendengaran, penglihatan boleh berkata, ada perasaan

marah, suka, duka dan sebagainya. Ahli

hukama’ pernah berkata: “Barang siapa

mengenal dirinya pasti ia mengenal

Tuhannya”.

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 11/2013

Gema Jumaat

m/s 2

BERSEGERA DALAM MENGERJA AMAL SOLEHBERSEGERA DALAM MENGERJA AMAL SOLEHBERSEGERA DALAM MENGERJA AMAL SOLEH

Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah

kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti

malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebe-

lah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebe-

lah petang dia mukmin dan sebelah pagi dia kafir, dia menjual agamanya

dengan kepentingan dunia yang sedikit”. (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadith:

Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh dengan aga-

ma (Islam) bersegera dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan se-

masa muda selagi badan sihat dan masih ada masa kerana halangan yang

akan berlaku di masa hadapan tidak akan diketahui.

Rasullullah SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati dengan fitnah

dan halangan kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat.

Pada akhir zaman terdapat manusia yang menjadi kafir dan menjual agama.

TANDA BACAAN

TANDA

BACAAN CONTOH

Bacaan Pendek

Baris Fathah, kasrah dan dhommah

Satu harakat

كتب كتب كتب

Bacaan Panjang(mad)

Huruf sebelum alif berbaris atas.

Huruf sebelum wau berbaris hadapan

Huruf sebelum Ya‟ berbaris bawah

با بى بو

Dua harakat

ق ول ق يل ق ال ي

m/s 3

“PENGAJARAN AIDIL ADHA”“PENGAJARAN AIDIL ADHA”“PENGAJARAN AIDIL ADHA”

Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan

segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memohon agar kita semua tidak mati

melainkan dalam Islam .

Aidil Adha adalah suatu bentuk ibadah yang murni yang dilakukan sebagai pengabdian diri

kepada Allah SWT Kerana itu Aidil Adha mestilah disambut selaras dengan kaifiat syarak, iaitu dengan

solat sunat Aidil Adha, bertakbir, bertahmid, bertasbih, bertahlil dan menyembelih binatang korban se-

bagai lambang pengabdian setulusnya kepada Allah. Korban jua adalah suatu pernyataan tanda kesyuku-

ran yang setinggi-tingginya kepada Allah SWT.

Aidil Adha mengingatkan kita kepada ucapan Saidina Umar, "Sesungguhnya Al-Quran diturunk-

an pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-

Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah SAW menunaikan ibadah haji yang terakhir

( Haji Wada' ), maka ia disambut dengan Aidil Adha" .

Aidil Adha juga disebut sebagai Hari Raya Korban, ianya mengingatkan kita dengan sejarah

korban yang paling agung. Kisah penyerahan dan kepatuhan paling ikhlas kepada Allah SWT yang dil-

akukan oIeh nabi Ibrahim as bersama anaknya nabi Ismail as. Baginda berdua menjadi contoh keluarga

mithali yang tahan diuji, pejuang yang sanggup berkorban meninggalkan kampung halaman dan rela

kehilangan segala yang disayangi demi mematuhi perintah Allah SWT.

Sebagai umat Islam yang benar-benar dapat memahami dan ingin menghayati pengajaran

korban nabi Ibrahim as bersama anaknya nabi Ismail as itu, maka Hari Raya korban kali ini, kita sama-

sama mengorbankan binatang korban. Namun demikian, adakah dalam masa yang sama kita sanggup

mengorbankan sifat „asobiyah, nafsu buruk, kejahatan yang ada dalam hati kita?. Sanggupkah kita

korbankan sifat hasad, memfitnah, menzalimi, menghalang orang membuat kebajikan, menjatuhkan an-

tara satu sama lain dan pelanggaran hukum Allah dengan membiarkannya berlaku di hadapan mata kita.

Tepuk dada, tanyalah iman.

Aidil Adha yang kita sambut dengan takbir yang membesarkan Allah SWT dan mengagungkan-

Nya; mengajar kita umat Islam supaya membesarkan apa sahaja yang ada dalam Islam, menuntut kita

supaya menjunjung syi'ar Islam, melarang kita dari berpecah-belah, menegah kita dari hidup berpuak-

puak, mengharamkan kita bermusuh-musuhan. Allah SWT membenci kita hidup saling berdendam,

sangat memurkai hamba-Nya yang suka fitnah-memfitnah, caci-mencaci dan apa jua sifat-sifat keji dan

buruk terutama kepada sesama hamba-Nya yang beriman.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dari Pengarah dan Seluruh Warga Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dari Pengarah dan Seluruh Warga Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Islam UUMKerja Pusat Islam UUMKerja Pusat Islam UUM