13 strategi kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13strategikerjaya.pdf · masalah kepada...

31

Upload: dinhquynh

Post on 04-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan
Page 2: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Disclaimer Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis bagi anda yang baru sahaja tamat pengajian di mana-mana institusi pengajian sebagai tips untuk anda menghadapi alam pekerjaan sebenar.

Amaran!!!

• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara www.StrategiKerjaya.com • Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-

book ini kepada Pihak Lain. • Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan

tindakan undang-undang. • Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin

www.StrategiKerjaya.com jika menerima e-book ini tanpa melalui laman web www.StrategiKerjaya.com

• Tindakan Anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan

sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.StrategiKerjaya.com  sahaja.

• Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di

dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh

www.StrategiKerjaya.com  

2  

Page 3: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Ø 1. Tarik Perhatian Majikan Semasa Latihan Industri (Syarikat Kecil).................4ms

Ø 2. Pikat Penyelia, Mentor Melalui Hasil Kerja Cemerlang (Syarikat Besar) .....5ms

Ø 3. Cipta Satu Resume Untuk Satu Syarikat .........................................................7ms

Ø 4. Hadir selalu ke Karnival Kerjaya – Alert! .........................................................8ms

Ø 5. Isi Dengan Lengkap dan Tepat Permohonan Kerja Secara Online .........13ms

Ø 6 : Tulis Cover Letter, Buat Confirmation Call dan Follow Up Call .................17ms

Ø 7 : Berlatih Komunikasi Bahasa Inggeris Dengan Rakan ................................18ms

Ø 8 : Inisiatif Kerajaan (Program Fresh Graduate) ..............................................21ms

Ø 9 : Gilap Dan Tambah Kemahiran Perisian Komputer ...................................24ms

Ø 10 : Wujudkan Satu Kumpulan Kecil Untuk Perkongsian Maklumat .............25ms

Ø 11 : Hubungi Senior Anda Dan Bergiat Aktif Di Alumni Universiti ...................26ms

Ø 12 : Semak Website Syarikat Pilihan Anda Secara Berkala – Up To Date! ...27ms

Ø 13 : Hubungi Ibubapa Anda Sekarang Mohon Restu Dan Doa Mereka .....30ms

                   

Isi Kandungan

3  

Page 4: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

1. Tarik Perhatian Majikan Semasa Latihan Industri (Syarikat Kecil) Lakukan latihan industri anda dengan cemerlang. Apa yang dimaksudkan dengan syarikat kecil adalah syarikat yang beroperasi secara berskala kecil seperti di syarikat berstatus ‘interprise’ atau persendirian seperti Syarikat Komputer Interprise, Ahmad & Mahmud Concultancy. Dinasihatkan untuk anda fokus kepada tugasan yang telah diberikan kepada anda. Bagi syarikat kecil anda akan berhubung dengan majikan atau bos di syarikat tersebut secara terus. Ini bermakna anda menerima arahan secara bersemuka dengan majikan anda. Anda juga memberi laporan terus kepada majikan tanpa melalui orang tengah. Apabila anda lakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh, menghasilkan prestasi yang membanggakan majikan anda, majikan boleh menilai dengan lebih dekat prestasi sebenar anda. Jaga juga hubungan baik dengan majikan tersebut. Hubungan baik dengan majikan bukanlah bermakna anda sentiasa perlu ‘bodek’ bos anda secara berterusan. Anda perlu lakukan dengan jujur supaya ia tidak menampakkan anda terlalu menunjuk-nunjuk kerja anda. Lakukan kerja dengan ikhlas yang sentiasa menunjukkan sikap ingin belajar. Apa yang anda lakukan dengan niat yang jujur bakal mengundang sesuatu yang membanggakan anda kemudian hari. Dinasihatkan untuk anda elakkan daripada menunjuk-nunjuk atau bodek. Majikan boleh membaca karakter anda. Karakter dan prestasi yang cemerlang bakal buatkan majikan anda berminat untuk terus bekerjasama dengan anda walaupun anda masih dalam latihan industri. Mereka sanggup memberi tawaran kepada anda kelak selepas anda tamat pengajian. Ada kes dimana, ramai graduan yang bekerja di syarikat mereka jalani latihan industri selepas tamat pengajian. Ini memudahkan mereka untuk mendapat pekerjaan pertama mereka selepas tamat pengajian di institusi pengajian masing-masing.

4  

Page 5: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Prestasi yang baik di syarikat kecil bakal memberi impak yang besar kepada isi kandungan resume anda kelak. Prestasi ini merupakan aset diri anda yang diminati orang ramai majikan yang ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada anda kelak. Mereka menawarkan pekerjaan kerana mereka yakin dengan hasil kerja anda. Oleh itu, tanamkan sikap ingin bersungguh-sungguh lakukan kerja walau dimana sahaja anda berada. Anda boleh memohon latihan industry di syarikat kecil melalui kenalan anda atau syarikat saudara mara anda yang terdekat. Ramai bakal graduan memilih untuk mereka dibayar apabila lakukan latihan industri. Jika anda dibayar sepanjang latihan industri berlangsung ia adalah bonus bagi anda. Jika anda tidak dibayar, usah mengeluh. Lakukan sahaja latihan industri dengan sebaik mungkin kerana matlamat utama anda lalui latihan industry bukanlah untuk anda membuat wang. Ia lebih menjurus kepada menyediakan diri anda ke alam pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian anda kelak. 2. Pikat Penyelia, Mentor Melalui Hasil Kerja Cemerlang (Syarikat Besar) Terdapat ramai pelajar yang memohon latihan industri di syarikat-syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad, Pertonas, Telekom Malaysia, Slumberger, Shell, Sony, Panasonic dan banyak lagi syarikat yang dikenali. Walaupun hanya mendapat tawaran latihan industri di bahagian produksi atau pembuatan, dinasihatkan untuk anda lakukan dengan terbaik untuk kredibiliti anda kelak. Pertama anda perlu berbaik-baik dengan supervisor anda atau penyelia di jabatan anda. Kebiasaannya di syarikat besar anda tidak berhubung terus dengan pengarah atau majikan atasan atau lebih dikenali dengan ‘Top Management’. Anda akan banyak berurusan dengan orang tengah seperti berpangkat supervisor atau mentor anda. Syarikat besar mempunyai carta organisasi yang besar dan jabatan-jabatan tertentu. Oleh itu, apabila anda ditempat sebagai pelatih latihan industri anda bakal diselia oleh seorang penyelia dibahagian anda ditempatkan. Mereka inilah orang yang anda perlu menerima arahan untuk lakukan kerja anda.

5  

Page 6: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Sungguhpun mereka yang menyelia anda, kerja-kerja anda, anda sebenarnya dipantau oleh mereka yang berpangkat tinggi di syarikat berkenaan. Ia adalah mentor anda. Menjaga hubungan baik bermakna anda tidak memberi sebarang masalah kepada penyelia anda. Anda lakukan kerja dengan teratur dan menjaga disiplin kerja anda. Hubungan yang baik semasa latihan industri ini akan buatkan penyelia anda sentiasa mengingati anda dan prestasi kerja anda. Ini memudahkan anda dalam proses pengesahan (recommendation) kelak apabila anda memohon kerja di syartikat tersebut selepas tamat pengajian. ‘Recommendation’ amat penting untuk meyakinkan pihak majikan. Apabila pihak majikan melihat anda telah menjalani latihan industri di syarikat mereka, ini bermakna anda telah banyak mengetahui peraturan dan ‘nature of business’ syarikat tersebut. Ini memberi peratusan yang tinggi untuk anda diterima bekerja di syarikat tersebut kelak. Terdapat situasi dimana seorang pelajar yang melakukan latihan industri dengan cemerlang di sebuah syarikat besar hinggakan beliau diberi anugerah atas prestasi beliau. Beliau diberi tawaran untuk bekerja di syarikat tersebut selepas tamat pengajian di peringkat universiti. Ini merupakan kelebihan yang terbaik untuk beliau. Selain daripada itu, prestasi yang baik dalam latihan industri bakal memberi satu nilai yang besar terhadap resume anda kelak. Ramai majikan mengintai pelatih latihan industri mereka atau lebih dikenali sebagai trainee untuk menawarkan peluang pekerjaan kelak. Mereka seolah-olah sedang standby untuk memanggil anda hadir bekerja selepas tamat pengajian. Amat menarik sekali!

6

 

Page 7: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

3. Cipta Satu Resume Untuk Satu Syarikat Ramai pelajar menyediakan hanya satu resume umum untuk kesemua jawatan yang mereka mohon. Resume yang kurang spesifik memberi kesan yang kurang menarik kepada pembaca resume anda kelak. Resume harus disediakan dengan kemas dan terancang untuk memberi ‘first impression’ yang baik daripada pihak majikan kepada anda. Resume adalah laporan ringkas tentang diri anda. Jika anda seorang pembeli ebook Rahsia Resume Kerja, amat disarankan untuk anda melihat panduan membina resume kerja dengan bijak. Jika anda masih belum dapatkan lagi atau baru sahaja mendengar tentang kewujudannya, boleh dapatkan segera sebagai panduan anda kelak. Cipta satu resume untuk satu syarikat bermaksud anda perlu memberi matlamat yang jelas, apakah halatuju anda terhadap syarikat tersebut, atau lebih mudah lagi, anda menyediakan resume mengikut kehendak syarikat tersebut bukannya mengikut apa yang anda mahu tulis di dalam resume anda. Penulisan resume begini buatkan anda hilang fokus kepada apa yang pihak syarikat mahukan. Pihak majikan mempunyai sasaran mereka sendiri seperti jawatan apa sedang dalam kekosongan, berapa calon yang diperlukan, latar belakang pendidikan calon dan pelbagai lagi aspek yang mereka berikan sebagai syarat kelayakan. Kebiasaannya yang akan dilihat pada iklan peluang kerja kosong adalah kelayakan pengalaman bekerja. Oleh itu sangat penting jika anda tekankan pengalaman kerja anda semasa di latihan industri dalam resume anda. Graduan yang baru sahaja tamat tidak mempunyai banyak pengalaman bekerja. Oleh itu, disarankan untuk sediakan ruang untuk pengalaman kerja di dalam resume anda untuk maklumkan tentang pengalaman anda telah bekerja walaupun sebagai pelatih dalam latihan industri.

7  

Page 8: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Contoh : Snapshot daripada ebook Rahsia Resume Kerja 4. Hadir selalu ke Karnival Kerjaya – Alert! Sentiasa semak surat khabar, iklan di televisyen, di radio atau lihat kain rentang (banner) tentang maklumat karnival kerjaya berhampiran tempat anda. Karnival kerjaya disediakan untuk membantu graduan yang sedang mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama, karnival kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan yang banyak setiap kali tamat semester pembelajaran akan berhadapan dengan pelbagai persaingan hebat untuk mendapatkan pekerjaan pertama mereka. Ini adalah inisiatif pihak tententu bagi membantu graduan daripada pengangguran berleluasa. Semak di ruangan laman sesawang (website) utama yang menjadi rujukan seperti www.jobmalaysia.gov.my yang menyediakan maklumat kekosongan jawatan, maklumat temuduga dan sebagainya lagi. Ini dapat memudahkan anda persiapkan diri sebelum hadir ke temuduga. Ada pihak syarikat yang menyediakan temuduga terbuka kepada graduan. Amat merugikan jika anda tidak mencari maklumat yang tepat di tempat yang betul untuk mencari peluang pekerjaan anda.

8  

Page 9: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Halaman website www.jobmalaysia.gov.my Pihak Infokerjaya Resources telah menyediakan ruang untuk anda mensasarkan tempat yang tepat untuk anda melihat sendiri peluang pekerjaan yang banyak disekeliling anda. Karnival kerjaya menghimpunkan wakil-wakil syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada graduan. Kebiasaannya anda akan melihat banyak booth kecil pihak syarikat yang menyediakan maklumat tentang syarikat mereka, jawatan kosong yang disediakan dan pelbagai lagi. Terdapat juga syarikat yang menyediakan terus temuduga secara terbuka bagi pengambilan pekerja baru semasa di karnival kerjaya. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda sentiasa ‘alert’ kepada maklumat karnival kerjaya kerana melalui penganjuran karnival kerjaya ini banyak isu pengangguran berjaya diselesaikan. Setelah mendapat maklumat tentang dimana karnival kerjaya bakal berlangsung, hadir ke karnival kerjaya tersebut dengan membawa resume, salinan dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan diploma atau ijazah anda. Bawa juga dokumen yang original sebagai ‘back up’ jika sekiranya anda berpeluang untuk mencuba temuduga terbuka di sana (walk-in interview).

9  

Page 10: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Terdapat pelbagai syarikat yang turut serta dalam karnival kerjaya. Disarankan untuk anda hadir ke karnival kerjaya itu sekerap yang mungkin. Karnival kerjaya diadakan dua hingga tiga hari atau lebih. Oleh itu, kali pertama anda hadir adalah untuk melihat dengan lebih dekat syarikat apakah yang bersesuaian dengan kelulusan anda. Hadir untuk kali kedua dan terus fokus kepada syarikat yang anda sasarkan. Cara begini lebih terancang daripada anda hadir dengan drop satu resume ke satu booth untuk mencuba nasib. Inilah teknik mencuba nasib dengan penyediaan resume yang tidak fokus. Kebanyakan graduan menemui kekecewaan dengan cara begini. Sehubungan itu, untuk anda mencari maklumat secara online tentang karnival kerjaya, anda boleh melakukan pencarian di Google dengan menaip perkataan seperti ‘Karnival Kerjaya’, ‘Career Fair, dan sebagainya lagi.

Pencarian Karnival Kerjaya Di Google

10  

Page 11: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Pencarian Karnival Kerjaya Di Google

• 4.1 : Strategi Hadir Ke Karnival Kerjaya

Kali Pertama : Hadir ke karnival kerjaya untuk mengintai peluang pekerjaan di syarikat yang sesuai dengan kelayakan dan kelulusan anda. Kumpulkan maklumat dan senarai nama syarikat-syarikat yang menjadi pilihan anda. Pulang ke rumah dan lakukan penyelidikan latar belakang syarikat tersebut, sediakan resume anda (satu resume untuk satu syarikat) dan dokumen sokongan yang lain. Perhatikan juga syarikat yang menyediakan walk-in interview. Jika anda kurang yakin untuk terus ditemuduga pada hari tersebut, elakkan daripada terus ditemuduga. Kumpul maklumat terlebih dahulu tentang latar belakang syarikat sebelum ditemuduga. Temuduga dalam keadaan yang kurang bersedia, ditambah lagi dengan tekanan anda untuk cepat-cepat mendapat pekerjaan bakal memberi kesan yang kurang baik kepada prestasi jawapan anda semasa sesi temuduga.

11  

Page 12: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Elakkan daripada berfikir jika anda terlambat hadir ke temuduga terbuka, kekosongan jawatan tersebut bakal menjadi milik orang lain. Lebih baik anda bersedia terlebih dahulu daripada terus hadir tanpa apa-apa persediaan. Pihak syarikat selalunya melihat mereka yang lebih bersedia, tidak tergopoh-gapah, mempunyai karakter diri yang baik dan imej yang mempunyai kredibiliti. Oleh itu, usah risau. Pulang ke rumah terlebih dahulu untuk lakukan persediaan lengkap dan hadir semula keesokkannya.

Kali kedua : Hadir ke karnival kerjaya keesokannya dengan lebih yakin kerana anda telah membuat penyelidikan seharian semalam. Jika syarikat yang anda berminat menyediakan ruangan untuk anda drop by resume anda, letakkan resume anda pada ruangan yang disediakan. Jika mereka menyediakan temuduga terbuka, ambil peluang ini untuk ditemuduga kerana anda telah persiapkan diri hasil daripada kajian semalam. Kini anda lebih yakin untuk ditemuduga berbanding semalam yang seolah-olah anda membiarkan diri anda meredah tanpa persediaan. Ini adalah usaha anda untuk mendapat pekerjaan. Pengorbanan masa, wang ringgit merupakan pelaburan anda untuk berjaya. Jadi elakkan daripada mengeluh. Cuba sebanyak mana yang boleh untuk kejayaan anda.

• 4.2 : Strategi penyediaan resume di Karnival Kerjaya

Sekiranya anda mempunyai kekangan masa untuk hadir dua atau tiga kali ke karnival kerjaya, anda mempunyai pilihan untuk sediakan maklumat diri dengan lengkap sebelum hadir ke kernival kerjaya tersebut. Apa yang anda perlukan adalah menyediakan resume yang bijak. Disarankan untuk anda sediakan resume mengikut set-set tertentu sebelum anda hadirkan diri ke mana-mana karnival kerjaya supaya anda lebih bersedia. .

12  

Page 13: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Set 1 :

Resume pada set ini lebih bersifat umum. Sediakan 10 set atau lebih untuk anda drop sahaja resume anda di booth syarikat yang anda minati. Jika anda ditawarkan pekerjaan di syarikat tersebut adalah lebih bagus, jika tidak dipilih juga tiada masalah kerana ia bukan menjadi pilihan utama anda.

Resume sebegini juga sesuai untuk anda sertakan jika anda berpeluang mencuba sesi temuduga terbuka di karnival kerjaya.

Set 2 :

Sediakan 10 set resume mengikut kelayakan anda. Resume ini lebih fokus kepada syarikat yang mencari calon berkelulusan seperti kejuruteraan, arkitek, guaman dan sebagainya lagi. Anda boleh rujuk ebook Rahsia Resume Kerja untuk melihat dengan lebih lanjut. Tiada banyak beza resume pada set pertama dan pada set kedua. Apa yang membezakan kedua-dua resume ini adalah dibahagian objektif iaitu apakah matlamat anda ingin bekerja dengan syarikat tersebut. Cara begini buatkan resume anda lebih fokus kepada bidang pengkhususan anda.

13  

Page 14: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

5. Isi Dengan Lengkap dan Tepat Permohonan Kerja Secara Online Lakukan permohonan secara online seperti yang disyorkan oleh Inforkerjaya Resources di :

• www.jobmalaysia.gov.my • www.spa.gov.my • www.jobstreet.com.my • www.mystarjob.com.

Permohonan online memerlukan anda mengisi butiran diri anda secara online. Dinasihatkan untuk anda memasukkan butiran diri dengan lebih tepat bagi mengelakkan permohon anda tidak diproses. Ini amat merugikan anda jika ia berlaku. Permohonan online melibat penggunaan sistem tertentu.

Permohonan Kerja Online di www.jobmalaysia.gov.my

Oleh itu, jika terdapat sesuatu maklumat yang kurang tepat atau tidak mengikut arahan yang diberikan oleh sistem, borang anda anda dikeluarkan daripada terus diproses. Terdapat banyak rungutan mereka tidak berjaya dipanggil ke temuduga walaupun telah banyak kali memohon menggunakan online.

14

 

Page 15: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Hal ini berlaku berkemungkinan anda tidak mengisi borang dengan tepat. Inforkerjaya Resources menyediakan satu panduan kepada anda bagi mengisi maklumat pada keempat-empat website di atas. Anda boleh rujuk pada panduan berasingan daripada ebook ini.

Permohonan Kerja Online di www.spa.gov.my

Permohonan Kerja Online di www.jobstreet.com.my

15  

Page 16: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Permohonan Kerja Online di www.mystarjob.com

16  

Page 17: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

6 : Tulis Cover Letter, Buat Confirmation Call dan Follow Up Call Untuk setiap kekosongan jawatan yang ditawarkan, terdapat puluhan hingga ratusan orang calon yang memohon. Kemaskinikan resume anda bagi tujuan memberi makluman kepada pihak majikan tentang diri, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja anda. Resume yang banyak ini memerlukan pihak majikan menyemak kesemua resume yang telah dihantar. Kebanyakan daripada graduan yang memohon kerja tidak menyelitkan bersama satu surat penerangan diri mereka secara ringkas melalui penulisan surat iringan atau Cover Letter. Contoh Cover Letter : Snapshot Daripada Ebook Rahsia Resume Kerja

Penting untuk anda nyatakan siapa anda secara ringkas di dalam ruangan surat rasmi ini. Anda juga boleh nyatakan apakah kelayakan anda secara ringkas dan apakah hasrat anda untuk menjawat jawatan di syarikat tersebut. Oleh itu, anda sebenarnya memudahkan bakal majikan anda menyemak sambil lalu cover letter anda mengikut kelayakan yang pihak syarikat telah tetapkan.

17  

Page 18: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Resume yang disertakan dengan cover letter ini lebih kemas dan memudahkan mereka. Ini adalah laporan diri anda yang pertama kepada bakal majikan anda. Oleh itu, lakukan dengan terbaik bagi memberi first impression yang menarik mereka kepada anda. Seterusnya, apabila anda dijemput hadir ke temuduga oleh pihak syarikat, kebiasaannya yang menghubungi anda adalah di bahagian pengurusan syarikat tersebut. Panggilan mereka yang pertama bertujuan menjemput anda untuk hadir ke temuduga. Mereka akan maklumkan bersama tempat temuduga, tarikh dan masa untuk anda ditemuduga. Untuk lebih menampakkan anda lebih bersungguh-sungguh dan bersedia, hubungi pihak syarikat semula sehari sebelum anda hadir ke temuduga untuk menyatakan bahawa anda akan hadir keesokannya. Anda sedang lakukan Confirmation Call di sini. Hubungi mereka dan bertanya kepada mereka siapakah yang bakal menemuduga anda. Dapatkan maklumat penemuduga jika boleh. Ini buatkan anda lebih bersedia dengan panggilan tuan, puan atau Dato. Setelah anda ditemuduga. Selang lima hingga tujuh hari disyorkan untuk anda menghubungi pihak syarikat semula untuk bertanyakan status temuduga anda yang lepas. Anda boleh nyatakan nama anda, tarikh anda ditemuduga dan siapakah yang menemuduga anda. Anda boleh rujuk ebook Rahsia Bijak Temuduga untuk ketahui teknik yang lebih lanjut bagi menambat hati pihak majikan tersebut. Inilah yang dinamakan Follow Up Call.

18  

Page 19: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

7 : Berlatih Komunikasi Bahasa Inggeris Dengan Rakan Perasaan takut kepada bahasa Inggeris merupakan satu penghalang kepada ramai graduan untuk terus maju dalam bidang mereka. Kegunaan bahasa Inggeris sekarang amat meluas. Oleh itu, penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris memudahkan anda menapak kehadapan dengan lebih berani dan bersemangat. Tidak dinafikan walaupun bahasa Inggeris telah dilatih daripada tadika lagi sehinggalah universiti, terdapat sebilangan graduan masih belum fasih bertutur menggunakan bahasa Inggeris disebabkan kurang penggunaannya. Apa yang berlaku, penggunaan bahasa ibunda dipraktikkan apabila pulang ke rumah dan bahasa Inggeris dikurangkan penggunaannya. Hanya apabila terdapat subjek bahasa Inggeris yang di ajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi, masa inilah sahaja yang digunakan untuk menggunakan bahasa Inggeris. Ini tidak bermakna kita mengangung-agungkan bahasa lain selain daripada bahasa sendiri. Kemahiran bertutur lebih daripada satu bahasa merupakan aset diri untuk menempuh alam kerjaya dengan lebih yakin. Mereka yang mempunyai kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa akan lebih mudah dalam komunikasi harian. Bagi bahasa Inggeris, anda boleh menguasainya dengan sentiasa melatih diri berkomunikasi dengan rakan-rakan anda. Sebelum hadir ke temuduga, mohon bantuan rakan anda untuk berkomunikasi dengan anda seperti anda sedang ditemuduga oleh panel temuduga sebenar. Latih diri anda menjawab dengan ayat yang ringkas dan menjawab soalan yang diajukan secara bersahaja. Biarkan anda tergagap-gagap pada permulaan, lama-kelamaan anda akan menjadi lebih fasih. Inilah yang dinamakan “Practice Make Permanent”. Apa yang anda sentiasa berlatih dan berulang-ulang akan buatkan ia terus lekat pada minda anda.

19  

Page 20: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Kebanyakan orang yang terdedah kepada bahasa asing setiap hari akan lebih cepat cenderung berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Inilah cara bayi diajar untuk kenal bahasa. Bayi dilahirkan dalam keadaaan tidak tahu satu patah perkataan pun. Setiap hari mereka di ajar oleh ibubapa untuk menyebut beberapa perkataan dan bayi sentiasa dengar berkali-kali setiap hari. Selain meniru apa yang dicakap oleh ibunya mereka mendengar sebutan yang dikeluarkan oleh ibu mereka. Untuk lebih cepat belajar bahasa inggeris, disyorkan anda untuk melihat video atau mendengar mp3 temuduga yang dikelolakan dalam bahasa inggeris. Anda boleh dapatkan video atau mp3 ini melalui ruangan Youtube. Dengarlah sebelum anda hadir ke temuduga untuk buatkan anda lebih yakin dengan persediaan yang telah anda lakukan. Manusia mempunyai potensi untuk belajar dengan lebih cepat apabila mereka lebih yakin dengan apa yang mereka lakukan. Strategi begini sesuai untuk graduan lakukan menjalang hadir ke temuduga. Selain daripada berkomunikasi dengan rakan, anda boleh latih diri berkomunikasi bahasa inggeris dengan lebih yakin apabila anda berhadapan dengan cermin. Lihat cermin dan berkomunikasilah dengan diri anda sendiri seolah-olah anda sedang berbual dengan rakan anda. Cara begini bertujuan untuk anda melihat sendiri cara sebutan anda, melihat keyakinan pada wajah anda dan memberi satu perasaan yakin pada diri anda sendiri.

20  

Page 21: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

8 : Inisiatif Kerajaan (Program Fresh Graduate) Bagi graduan-graduan yang baru sahaja “Grad” atau menerima ijazah, sudah pasti di dalam fikirannya akan memikirkan halatuju atau peluang kerjaya selepas ini. Persaingan untuk mendapat pekerjaan idaman merupakan salah satu cabaran bagi golongan ini. Akan tetapi terdapat banyak peluang diluar sana yang memerlukan “fresh graduate” ini. Jangan berputus asa jika masih belum mendapat pekerjaan. ‘Keep the option open’. Pelbagaikan laluan. Strategi ke #8 ini kami sarankan anda menambah nilai diri dengan menyertai inisiatif kerajaan/GLC untuk graduan baru. Peluang anda mungkin di sini, siapa tahu! Antaranya ialah : Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman. Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Syarat Kelayakan :

• Graduan mestilah Warganegara Malaysia • Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan

ke atas • Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggin dalam atau luar negara

yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada kerajaan Malaysia

21  

Page 22: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

• Graduan tidak mendapat perkerjaan selepas 6 bulan menerima ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan

• Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.

• Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Bagi yang berminat, boleh merujuk http://www.epu.gov.my/sl1m untuk maklumat lanjut. Program Siswazah Perantis Selain itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ) telah memperkenalkan satu program khas untuk siswazah muda iaitu Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB. Syarat Kelayakan :

• Bumiputera, tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran. • Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma

atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan. • Menjalani latihan sepenuh masa • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan

Jika anda berminat, sila rujuk http://www.punb.com.my untuk maklumat lanjut. The Graduate Employability Management Scheme (GEMS) Bukan itu sahaja, Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah atau The Graduate Employability Management Scheme (GEMS) juga merupakan satu inisiatif pembangunan kapasiti kerajaan dibangunkan untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran komersil yang berguna dan pengalaman yang akan meningkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan.

22  

Page 23: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Ia adalah program yang dibangunkan dengan tujuan untuk menggerakkan modal insan dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara dengan mengurangkan pengangguran di kalangan graduan. Program latihan GEMS dibahagikan kepada dua (2) bahagian dengan tempoh sebanyak 8 bulan. Bahagian pertama terdiri daripada 2 bulan Program Pembangunan Eksekutif yang dikendalikan di laman masing-masing di seluruh negara. Para graduan akan melalui program-program latihan untuk memperolehi kemahiran dan ciri-ciri yang akan membolehkan mereka untuk meningkatkan keyakinan mereka dan keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan berkesan, dan juga untuk menguruskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang penting dalam kehidupan bekerja. Dan diikuti dengan bahagian kedua, yang merupakan 6 bulan latihan “on-the-work” di pelbagai organisasi di negara ini. Para graduan akan menjalani latihan “on-the-work” yang akan memberikan pengalaman kerja yang berharga dan pengetahuan untuk menyokong pertumbuhan kerjaya masa depan mereka. Sebarang maklumat, anda boleh merujuk pada http://www.mygemsportal.com.my/ PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SISWAZAH PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SISWAZAH ini anjuran Tati University College. Yuran dibiayai oleh kerajaan dan elaun diberikan. Syarat Kelayakan :

• Warganegara Malaysia • Lepasan Diploma, Ijazah IPTA/IPTS , Diploma Kolej Komuniti,Diploma

Kemahiran Malaysia yang belum / diberhentikan kerja • Siswazah yang telah tamat pengajian dan belum menerima sijil layak

memohon

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://tatiuc.edu.my/jphi/.

23  

Page 24: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

9 : Gilap Dan Tambah Kemahiran Perisian Komputer Latih diri anda untuk mahir dalam sesuatu kemahiran seperti kemahiran asas menggunakan Microsoft Office. Kebanyakan kerja-kerja di pejabat kelak menggunakan perisian asas ini seperti Microsoft Word untuk tujuan surat-menyurat. Penguasaan menggunakan Microsoft Excel memudahkan kerja-kerja pengurusan data anda kelak. Bagi tujuan pembentangan, penguasaan Microsoft Power Point diperlukan. Pembentangan mesyuarat kebiasaannya menggunakan Microsoft Power Point bagi memudahkan semua ahli mesyuarat melihat di hadapan. Ia lebih kelihatan professional dan tersusun. Selain daripada penguasaan perisian asas ini, terdapat juga perisian yang anda pelajari semasa dalam pengajian seperti AutoCAD, Photoshop dan sebagainya. Kemahiran ini kelak bakal memberi satu nilai yang tinggi kepada diri anda. Anda boleh menggunakan kemahiran yang anda ada untuk melakukan kerja di pejabat dengan mudah dan pantas. Terdapat juga mereka yang menggunakan kemahiran yang mereka miliki bagi menambah pendapatan sampingan seperti mengambil upah merekacipta design menggunakan photoshop atau merekacipta plan rumah mengguanakan AutoCad. Kemahiran yang dimiliki bukan sahaja membantu pihak syarikat malah ia dapat digunapakai bagi menambah wang poket anda kelak. Terdapat calon yang hadir ke temuduga membawa bersama ipad mereka dengan mempamerkan hasil kerja design dan plan rumah kepada bakal majikan. Ini memberi keyakinan yang lebih kepada pihak majikan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Penguasaan teknologi terkini bagi menyediakan maklumat atau mencari maklumat syarikat merupakan kemahiran bonus kepada diri anda. Oleh itu amat penting untuk anda mempamerkan kemahiran anda kepada pihak majikan di dalam resume anda. Gunakan sepenuhnya kemahiran yang ada untuk kemudahan diri dan bakal majikan anda.

24  

Page 25: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Inilah adalah aset diri anda. Walau dimana anda berada, aset tersebut kekal dalam diri anda. Ini menambah nilai diri anda bagi memohon gaji yang lebih kemudian hari. Oleh itu dinasihatkan untuk anda sentiasa menguasai perisian yang memberi faedah kepada diri anda terlebih dahulu dan kemudian secara tidak langsung kemahiran tersebut bakal membantu majikan anda. 10 : Wujudkan Satu Kumpulan Kecil Untuk Perkongsian Maklumat Lakukan perkongsian dalam kumpulan kecil anda tentang maklumat pencarian pekerjaan yang telah anda dapat. Wujudkan 3 – 5 orang dalam satu kumpulan untuk mendapatkan perkongsian informasi hasil pencarian pekerjaan. Anda boleh wujudkan kumpulan kecil ini menggunakan media sosial sekarang seperti Facebook Group atau dengan penggunaan aplikasi seperti Whatapps yang boleh berkomunikasi secara berkumpulan. Kongsikan cara anda memohon pekerjaan, menghantar resume, hadir ke temuduga. Jika anda hadir pernah hadir ke temuduga, kongsikan bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut bagi memberi gambaran jelas kepada rakan-rakan dalam kumpulan anda. Elakkan daripada wujudnya sikap tamak seperti anda ingin sorokkan maklumat anda mendapat tawaran bekerja. Apa yang anda kongsikan merupakan satu pemberian yang ikhlas kepada rakan-rakan anda di dalam kumpulan yang sama. Apa yang anda beri sudah pastinya anda akan mendapat lebih banyak kemudian hari. Ini adalah konsep rezeki yang mudah iaitu ‘What You Give, You Will Get Back More”. Selain daripada itu, sentiasa wujudkan sikap berlumba-lumba untuk mendapat pekerjaan secepat yang mungkin. Sikap yang diwujudkan ini adalah sikap yang positif dalam membantu diri anda dan rakan-rakan anda.

25  

Page 26: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Apa yang berlaku, selalunya graduan akan berpenat-lelah berseorangan mencari pekerjaan dengan sendirinya. Mereka berhempas-pulas sehingga mengalami kekecewaan apabila tidak mendapat sebarang panggilan pekerjaan. Hal ini akan buatkan mereka terus hilang fokus, demotivated dan seterusnya akan terjerumus dalam kes pengangguran. Oleh itu, amat penting untuk anda berkongsi maklumat serta mendapat sokongan moral daripada rakan-rakan anda yang lain. Pastikan rakan-rakan anda dan anda sendiri dikalangan yang sentiasa positif kerana ia bakal membantu menaikkan semangat masing-masing apabila menemui kebuntuan. Sekiranya anda terlebih dahulu ditawarkan pekerjaan, ini adalah berita baik bagi anda. Sentiasa menghubungi rakan-rakan anda yang masih belum mendapat pekerjaan kerana mereka memerlukan panduan daripada anda yang telah berjaya. Tanamkan sikap sentiasa membantu rakan-rakan anda yang lain walaupun anda telah berjaya mendapat pekerjaan kerana anda tidak pasti sama ada kerja yang anda telah dapat tersebut dapat bertahan lama atau pun tidak. 11 : Hubungi Senior Anda Dan Bergiat Aktif Di Alumni Universiti Senior bermaksud mereka yang lebih dahulu menamatkan pengajian daripada anda. Anda digalakkan berhubung dengan senior anda untuk dapatkan maklumat tentang kerja kosong di syarikat mereka bekerja. Cara begini buatkan anda mendapat maklumat dengan lebih cepat. Ini kerana setiap kekosongan jawatan yang berlaku selalunya diketahui oleh pekerja dalaman terlebih dahulu. Oleh itu, dengan mempunyai seseorang yang boleh dihubungi secara terus anda boleh menghantar resume anda secara terus melalui mereka.

26  

Page 27: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Sebelum berita kekosongan jawatan disiarkan secara umum, anda terlebih dahulu tahu tentang kewujudan kekosongan jawatan ini. Ini merupakan kelebihan bagi anda. Segera kemaskinikan resume anda untuk diberikan kepada majikan di tempat senior anda bekerja. Mereka boleh memberi tahu anda tentang tip menghadapi temuduga di syarikat tersebut atau berkemungkinan yang bakal menemuduga anda adalah rakan sekerja senior anda. Mereka boleh memberi recommendation yang kukuh kepada pihak syarikat untuk menawarkan pekerjaan kepada anda. Selain daripada menghubungi senior anda, dinasihatkan anda untuk bergiat aktif juga di dalam Alumni universiti anda. Maklumat yang banyak dapat diperolehi hasil daripada perkongsian anda di Alumni ini. Ramai yang menggunakan Facebook Group untuk menghimpunkan bekas-bekas pelajar di universiti yang sama. Melalui ini anda dapat berkongsi maklumat terkini anda dan boleh bertanyakan tentang kekosongan kerja yang ada. Sebagai graduan, anda memerlukan maklumat yang banyak dan pantas sebagai persediaan anda memohon pekerjaan pertama anda. Ramai graduan yang kecewa apabila tidak mendapat pekerjaan dengan cepat selepas tamat pengajian. Digalakkan anda untuk tidak bergerak secara sendirian. Bertanyalah kepada senior anda, bertanyalah juga maklumat di Alumni Group untuk memudahkan anda merancang strategi memohon pekerjaan mengikut kelayakan, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja anda.

27  

Page 28: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

12 : Semak Website Syarikat Pilihan Anda Secara Berkala – Up To Date! Sudah pasti anda mempunyai syarikat yang anda telah sasarkan sebelum anda tamat pengajian lagi. Strategi seterusnya, anda terus melayari website-website syarikat yang menjadi pilihan anda untuk melihat kekosongan jawatan yang mereka sediakan. Anda boleh lihat dibahagian ‘Career’ website syarikat tersebut.

Snapshot Website Petronas Bahagian Career Oppurtunities Kebiasaannya apa yang disediakan di ruangan ini adalah maklumat tentang kekosongan jawatan yang ditawarkan oeh syarikat berkenaan. Anda boleh melihat cara atau panduan untuk anda memohon terus kepada syarikat berkenaan. Senaraikan beberapa beberapa website syarikat yang menjadi pilihan anda atau mempunyai persamaan dengan latar belakang pendidikan anda. Contohnya jika anda sedang menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, senaraikan syarikat yang memerlukan jurutera sebagai tulang belakang syarikat berkenaan seperti syarikat Oil & Gas, Petronas Cari Gali, Shell, Slumberger dan sebagainya.

28  

Page 29: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

Setelah menyenaraikan nama-nama syarikat ini, lakukan pencarian pada Google bagi melihat website rasmi mereka. ‘Bookmarked’ website-website ini bagi memudahkan anda melihat semula selepas ini. Tujuan bookmarked ini adalah untuk anda menyemak website-wesbite ini secara berkala contohnya seminggu sekali anda akan semak kekosongan jawatan di kesemua website ini.

Snapshot Cara Untuk Anda Bookmarked Website Pilihan Anda

Cara begini buatkan anda sentiasa ‘Alert’ dengan perkembangan syarikat yang anda sangat minati untuk bekerja disana. Bagi syarikat yang besar dan mempunyai nama yang dikenali ramai, website mereka sentiasa dikemaskini. Oleh itu, dengan menyemak secara berkala website mereka, anda sentiasa up to date berita atau perkembangan terkini syarikat berkenaan. Ini adalah kelebihan bagi anda apabila anda berjaya di panggil ke temuduga kelak. Apa yang anda perlu lihat di ruangan website syarikat tersebut adalah, nature of business yang mereka jalankan sama ada menjurus ke arah produksi seperti kilang-kilang pemprosesan, pembuatan atau perkhidmatan seperti syarikat penerbangan.

29  

Page 30: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

13 : Hubungi Ibubapa Anda Sekarang Mohon Restu Dan Doa Mereka. Setelah anda mencuba kesemua strategi yang kami di Infokerjaya Resources syorkan kepada anda, tidak lengkap jika anda tidak memohon restu, doa daripada ibu bapa anda sendiri untuk turut sama mendoakan kejayaan anda kelak. Ibubapa merupakan tunjang kepada kejayaan anak-anak mereka. Elakkan diri daripada merasakan diri sentiasa hebat tanpa doa daripada ibubapa. Kunci sebenar kejayaan terletak kepada restu mereka berdua. Ramai yang menemui jalan kebuntuan untuk capai apa-apa sahaja kejayaan termasukkan kejayaan mendapat kerja adalah disebabkan mereka mengabaikan ibubapa mereka. Sentiasa menghubungi ibubapa anda bertanyakan khabar, bergurau senda dengan mereka, pulang ke rumah sekerap yang mungkin, mohon mereka solat hajat untuk memohon kejayaan anda (jika anda muslim) dan gembirakan hati mereka sentiasa. Keberkatan hasil daripada anda menghormati ibubapa anda memberi ketenangan dan kejayaan kepada anda kelak. Mereka lebih memahami sikap dan peribadi anak mereka. Jika anda mempunyai apa-apa sahaja kesalahan yang menginggung perasaan mereka, mohon maaf segera. Ketepikan ego anda dan hubungi ibubapa anda sekarang untuk memohon restu dan doa mereka. Kami di Infokerjaya Resources berusaha sedaya mungkin bagi membantu anda mencapai kejayaan dalam bidang pilihan anda. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan infomasi yang membina kepada anda. Infokerjaya Resources turut sama mendoakan kejayaan anda.

30  

Page 31: 13 Strategi Kerjaya - ajakrakan.comajakrakan.com/go/sk/13StrategiKerjaya.pdf · masalah kepada penyelia anda. ... kerjaya mampu mengurangkan jumlah pengangguran di negara kita. Graduan

   -Hakcipta Terpelihara-

www.StrategiKerjaya.com  

31