nota khas gtp - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notakhasgtp.pdf · nota ringkas: khas gtp...

20
Nota Khas GTP

Upload: lehanh

Post on 04-Apr-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Khas GTP

Page 2: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 2

Legal Notice

Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.pembangunanMasyarakat.com kelolaan Infokerjaya Resources (002091193-K)

Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta.

Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.pembangunanMasyarakat.com, sila laporkan kepada kami melalui email [email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda

Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk Assessment Center dan Temuduga di masa hadapan

Disclaimer

Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources dari www.pembangunanMasyarakat.com. Ianya

diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang

liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat ini adalah tepat pada

masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya Resources, JUN 2013

Edisi Pertama Januari 2010

1st revision: Mac 2010 (Gred 41) 2nd revision Oktober 2010 (PTD)

3rd revision Julai 2011 (PTD) 4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah)

5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam) 6th revison Februari 2012 (Juruaudit)

7th revision Mei 2012 (PTD) 8th revision April 2013 (PTD)

9th revision Jun 2013 (Pegawai Pembangunan Masyarakat)

Page 3: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 3

Government Transformation Programme (GTP)

GTP = Program Transformasi Kerajaan

Diperkenalkan pada 27 Julai 2009 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib

ketika itu, GTP diperkenalkan dengan 6 NKRA (National Key Result Areas/ Bidang Keberhasilan

Utama Negara)

Selepas genap 2 tahun, iaitu 27 Julai 2011 satu lagi tambahan NKRA diumumkan oleh Dato’ Seri

Najib iaitu NKRA COL

Jadi semuanya dirangkum; Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara

Ianya adalah arah tuju kerajaan dalam untuk menangani permintaan rakyat (dengan pantas)

Inisiatif Kerajaan (TIMELINE)

2009

o Julai 2009: Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)

2010

o Klinik 1Malaysia

o Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M)

o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)

o Program Susu 1Malaysia

o Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia

Page 4: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 4

2011

o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

o Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

o Menu Rakyat 1Malaysia

o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

o Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

o Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)

2012

o Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia

o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)

o Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M)

o Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)

o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

o Rawatan Perubatan Percuma Bagi Warga Emas

o Kad Keistimewaan 1Malaysia

o Inisiatif Kembali Ke Sekolah

o Interaktif Tuisyen 1Malaysia (i-TR1M)

o Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)

o Pusat Transformasi Bandar (UTC)

o Kedai Kain 1Malaysia(KK1M)

o Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia

2013

o Pasar Bergerak 1Malaysia

o Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Page 5: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 5

Inisiatif Kerajaan (*HighLight)

PR1MA

o Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

o Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak

mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak

untuk memohon skim perumahan kos rendah.

o Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali

pertama

o Terbuka kepada individu/keluarga dengan pendapatan isi rumah (suami dan

isteri)bulanan antara RM2,500 – RM7,500 tidak kira sama ada mereka sedang bertugas

di sektor kerajaan, sektor swasta atau bekerja sendiri.

o Pemohon dan pasangan TIDAK BOLEH memiliki lebih dari satu hartanah

o Para pemohon yang berjaya, layak untuk menerima pinjaman 105% (tambahan lima

peratus adalah untuk perlindungan insurans dan yuran undang-undang) daripada harga

rumah dan tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.

o Namun, para pemohon tidak dibenarkan menjual rumah mereka dalam tempoh 10

tahun pertama. Mereka juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem. Bagi

menyokong inisiatif itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia telah ditubuhkan

bagi merancang dan menyelaras projek di bawah program PR1MA

BR1M 1.0 & 2.0

o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

o Pemberian RM500 (sekali bayar)

o Kepada yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000

Page 6: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 6

o BR1M 2.0, pemberian diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas

dengan jumlah pendapatan kasar RN2,000 sebulan. Pemberian RM250 untuk golongan

ini.

o Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan

Persekutuan dan cawangan-cawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam

Negeri (LHDN), dan agensi-agensi kerajaan negeri

BB1M

o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)

o Baucar buku RM200

o Khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat

Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi

1AZAM

o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)

o Usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi

rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada

belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri.

o Rujuk NKRA LIH

KAR1SMA

o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)

o Bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU

KR1M

o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

o Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah

o Menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA

o Memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak

Page 7: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 7

KIR1M

o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia

o Unjuran daripada KR1M dengan konsep yang sama pada asas harga ikan 40% lebih

murah

o Ikan-ikan terpilih sahaja seperti kembong dan bawal

o Setakat April 2012, hanya sebuah KIR1M beroperasi di Setiawangsa

Menu Rakyat 1Malaysia

o Menawarkan sarapan pada harga maksimum RM2 dan makan tengah hari pada harga

maksimum RM4.

o Terdapat di restoren-restoren terpilih dan di institusi pengajian

o Ianya adalah hidangan yang lengkap dan berkhasiat terdiri daripada nasi, daging, sayur-

sayuran dan minuman.

o Menu Rakyat diperkenalkan untuk memberikan pilihan alternatif kepada orang ramai

dengan harga yang berpatutan bagi sarapan pagi dan makan tengah hari.

Klinik 1Malaysia

o Kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia

o Kos rawatan percuma kepada warga emas

o Sebanyak 100 klinik 1Malaysia dilancarkan di seluruh Negara (50 buah pada tahun 2012)

Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah

o RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah

o Yuran sekolah kerarajaan dimansuhkan (bermula tahun 2012)

eKasih

o Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat (eKasih)

o Diigunakan oleh agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin

Page 8: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 8

o Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara dalam talian (on-line)

dengan memberikan maklumat asas

o Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi terhadap semua kes

yang didaftarkan di portal

o Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih

LINUS

o Inisiatif Prasekolah dan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)

o Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan standard asas pendidikan negara dengan

memastikan bahawa setiap kanak-kanak memperoleh pendidikan awal serta berpeluang

untuk menjadi individu yang celik huruf dan angka menjelang tahun ketiga

persekolahannya

SBT

o Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

o Matlamat untuk mengenal pasti 100 SBT pada tahun 2012

o Sekolah yang beraspirasi dan mempunyai potensi tinggi untuk menjadi SBT diberi

bimbingan oleh kementerian melalui Program “Handholding” untuk melonjakkan

sekolah tersebut setaraf dengan sekolah pada peringkat antarabangsa.

o Semua sekolah yang berhasrat menjadi SBT perlu memastikan mereka tergolong dalam

sekolah berprestasi tertinggi di seluruh negara dan berada dalam Band 1 dalam ranking

Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

o Selain itu, sekolah tersebut perlu memenuhi kriteria ketat instrumen Annex Sekolah

Berprestasi Tinggi, yang menguji etos, perwatakan, alumni dan jalinan dan jaringan

antarabangsa setiap sekolah.

Page 9: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 9

National Key Result Areas (NKRA)

Tunggak kepada mencapai matlamat GTP

7 NKRA

o NKRA Jenayah

Mengurangkan jenayah

Menteri Dalam Negeri

o NKRA Rasuah

Membanteras rasuah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

o NKRA Pendidikan

Mempertingkatkan pencapaian pelajar

Menteri Pelajaran

o NKRA LIH (Low Income Household)

Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendaj

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

o NKRA COL (Cost of Living)

Menangani kos sara hidup yang kian meningkat

Timbalan Perdana Menteri

o NKRA UPT (Urban Public Transport)

Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar

Menteri Pengangkutan

o NKRA RBI (Rural Basic Infrustructure)

Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Page 10: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 10

NKRA Jenayah

Mengurangkan jenayah, diperkenalkan pada Julai 2009

Antara pencapaian NKRA Jenayah

o Malaysia diiktiraf

#12 Paling Selamat diantara 19 negara berpendapatan sederhana tinggi (World

Justice Project)

#1 Paling Selamat dan Aman di Asia Tenggara (Global Peace Index)

#4 Paling Selamat dan Aman di Asia Pasifik (Global Peace Index)

#19 Paling Selamat dan Aman di peringkat Global (Global Peace Index)

o Pengurangan Jenayah Indeks sebanyak 11.1%

o Pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 39.7%

o Kepuasan terhadap Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meningkat kepada 70.5%

Memperbanyakkan sukarelawan

o Lebih 3,000,000 sukarelawan berdaftar dengan RELA dan JPAM.

o 3,931 anggota RELA dilatih sebagai Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve - PVR).

o 1,607 anggota JPAM dilatih sebagai Sukarelawan Polis (PVR).

o 30,000 ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) tambahan direkrut menjadikan jumlah

keseluruhan. kepada 147,000.

Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan (Customer Service Rating - CSR) dilancarkan di 82 balai

polis di Selangor dengan 95% responden melahirkan rasa puas terhadap perkhidmatan yang

diberikan oleh Anggota/Pegawai Pejabat Pertanyaan.

Program Bandar Selamat dilaksanakan di 151 PBT (Pihak Berkuasa Tempatan atau majlis

perbandaran tempatan) di seluruh negara dengan pemasangan 8,329 tiang lampu yang lebih

cerah, 1,311 cermin keselamatan, 104.3 km rel penghadang dan tonggak jalan

Lebih 8,000 rampasan dan tangkapan Gerakan Negara (Ops Lejang, Rentap, Pintu, Lusuh).

Perkhidmatan MyDistress (http://mydistress.net/background.html) dilancarkan dengan 68,925

pengguna berdaftar (Laporan Tahunan 2011 oleh PEMANDU)

Page 11: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 11

NKRA Rasuah

Membanteras Rasuah diperkenal pada Julai 2009

Kempen Pencegahan Rasuah – Maskot: Ejen Lang

Antara inisiatif dan pencapaian di bawah NKRA Rasuah;

o Pakatan Integriti (Integrity Pacts)

Menangani rasuah berkaitan isu perolehan dalam kerajaan

o Ikrar Integriti Korporat (Corporate integrity Pledge, CIP)

Menangani rasuah sektor swasta

64% daripada syarikat yang diumumkan dibawah Projek Permulaan (Entry Point

Project - EPP) untuk Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation

Programme - ETP) telah menjanjikan komitmen terhadap Ikrar Integriti Korporat

(CIP).

Pada tahun 2011, sebanyak 64 syarikat telah menandatangani ikrar tersebut

o Pendakwaan dalam tempoh satu tahun

Lebih 424 kes telah diproses dan 249 kes diselesaikan oleh 14 mahkamah khas

rasuah pada tahun 2011

o Akta Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act)

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 berkuat kuasa pada 15 Disember

2011 sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu untuk membanteras rasuah

dan amalan penipuan dengan menggalakkan dan memudahkan penzahiran

kelakuan yang salah di sektor awam dan juga swasta.

Matlamatnya adalah untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang

menyediakan maklumat yang sedemikian.

o Unit pematuhan

Unit pematuhan di kelima-lima agensi penguatkuasaan telah diwujudkan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM),

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Page 12: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 12

Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

o masing-masing mempunyai unit khas untuk memantau dan

memastikan pegawai agensi masing-masing mematuhi tingkah

laku yang sewajarnya

o Garis panduan ganjaran dan penghargaan

Pada bulan Jun 2011, garis panduan berkaitan dengan pemberian ganjaran

kepada kakitangan awam yang melaporkan kes rasuah hingga membawa

kepada pendakwaan yang berjaya telah dikeluarkan

o Buku kecil Pembaharuan Perkhidmatan Awam

Diterbitkan pada tahun 2011, buku kecil ini merupakan pengumpulsemakan

semua perubahan yang dilakukan oleh setiap kementerian dan agensi dalam

usaha memperbaharui semula proses dan tatacara birokratik.

NKRA Pendidikan

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar – diumumkan pada Julai 2009

Merapatkan jurang pendidikan

o Pendidikan presekolah

o Meningkatkan adar literasi dan numerasi

Meningkatkan standard pendidikan

o Sekolah berprestasi tinggi (SBT)

o Program pembangunan prestasi sekolah

o ‘Tawaran Baru’ untuk guru besar dan pengetua

Insentif/ganjaran untuk meingkatkan prestasi dan pencapaian mereka sebagai

pemacu utama bagi perubahan dalam system persekolahan

Tawaran ganjaran kecemerlangan khas untuk SBT

Page 13: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 13

o Guru besar dan pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi – RM7,500

o 5% guru paling cemerlang – RM1,800

o Lain-lain guru – RM900

Pada Laporan pencapaian NKRA Pendidikan, inisiatif yang diambil menunjukkan pencapaian

berikut:

o Mencapai kadar enrolmen prasekolah sebanyak 77.23% pada Disember 2011

o Melancarkan 3,089 kelas prasekolah dengan bantuan Kementerian Pelajaran, Jabatan

Kemajuan Masyarakat(KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(JPNIN) dan sektor swasta.

o Mencapai kadar literasi sebanyak 97.5% dan numerasi 98.6% bagi pelajar Tahun 2 dalam

program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)

o Mencapai kadar literasi sebanyak 91.0% dan numerasi 95.4% bagi pelajar Tahun 1 dalam

kohort kedua program LINUS

o Menganugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kepada 32 buah sekolah pada

2011, tambahan kepada 20 SBT yang telah dikenal pasti pada 2010

o Jumlah sekolah berprestasi terendah (Sekolah-sekolah band 6 dan 7) berkurangan

sebanyak 40.25% dari tahun sebelumnya

Tambahan beberapa inisiatif baharu pada tahun 2011;

o Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK), dibangunkan untuk mengumpul data

berkaitan dengan prasekolah dan kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ serta 5+ yang

mendaftar untuk prasekolah

o Sebuah instrumen untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai simptom

masalah pembelajaran telah dibangunkan dan sebanyak 3,916 pelajar dari kalangan

kanak-kanak Tahun 2 telah dikenal pasti

o Sebuah sistem data kebangsaan yang berasaskan laman sesawang, Sistem Analisis

Peperiksaan Sekolah atau SAPS telah dibangunkan untuk semua sekolah awam Malaysia

Page 14: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 14

NKRA LIH

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah – diumumkan pada Julai

2009 oleh Dato’ Najib Tun Razak

Inisiatif 1AZAM (peruntukan latihan dan pembiayaan)

o AZAM Tani

Aktiviti pertanian dan asas tani

Golonagn miskin luar Bandar melibatkan diri dalam perniagaan asas tani

(ternakan ayam iti dan akuakultur)

o AZAM Niaga

Perniagaan kecil-kecilan

Menggalakkan program keusahawanan perniagaan kecil (Gerai kecil, kedai

runcit, catering)

o AZAM Khidmat

Perkhidmatan (bekerja sendiri)

Menggalakkan perniagaan kecil inovatif (mencuci kereta, memotong rumput,

pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang tua etc)

o AZAM KERJA

Pemadanan/penempatan pekerjaan

Mendapatkan prospek kerja untuk golongan miskin (pembantu rumah, atendan

pam minyak, pengawal keselamatan, kelasi kapal dan pekerja restoran makanan

segera (KFC etc)

o AZAM Sabah

AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja

o AZAM Sarawak

AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja

Insurans 1AZAM

Page 15: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 15

o Pada tahun 2011, lebih 500,000 ahli isi rumah miskin telah dapat menikmati kemudahan

skim perlindungan insurans 1AZAM yang diuruskan oleh Allianz Insurance.

o Hanya mereka yang berdaftar dengan sistem eKasih Jabatan Perdana Menteri yang

layak menyertai skim ini.

o Skim ini sah untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 Januari hinga 31 Disember 2011,

merangkumi perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal.

Antara pencapaian NKRA LIH ini (setakat tahun 2011);

o Penyertaan 63,147 isi rumah miskin dalam program 1AZAM

o 317,359 atau 96% kes tertunggak berkaitan dengan verifikasi eKasih berjaya diproses

o 1,100 orang usahawan wanita dimajukan

NKRA UTP

Mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar – diumumkan pada Julai 2009

Bidang tumpuan utama

o Keandalan dan masa perjalanan

Menitikberatkan ketepatan masa

Mengurangkan tempoh perjalanan dari pintu ke pintu

o Keselesaan dan kemudahan

Memperbaiki pengalaman perjalanan pengguna (end to end)

o Ketercapaian dan kesalinghubungan

Akses yang mudah kepada pengangkutan awam

o Ketesediaan dan keupayaan

Menyediakan kapasiti pengangkutan awam yang mengcukupi

Antara pencapaian NKRA UTP yang dilaporkan dalam Laporan GTP 2011;

o Pengenalan sejumlah 470 bas RapidKL yang meningkatkan kekerapan bas di sekitar

Lembah Klang.

Page 16: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 16

o Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya

yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun

2011 daripada 254,745 penumpang pada tahun 2010.

o Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%

o Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan (dikenali juga sebagai Integrated

Transport Terminal Bandar Tasik Selatan atau ITT BTS) telah beroperasi sepenuhnya. ITT

BTS ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan

mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air memasuki pusat bandar (CBD)

o Pengubahsuaian dan naik taraf Hentian Puduraya kepada Pudu Sentral menawarkan

kemudahan moden bertaraf dunia

o Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa

perjalanan bas di tiga laluan utama

o Tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu

merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan oleh Syarikat Prasarana Nasional

Berhad (Prasarana)

o Penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan

Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana

Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi

perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011

NKRA RBI

Mempertingkatkan infrastruktur Asas luar Bandar – Julai 2009

Mencakupi peningkatan 4 perkara asas di luar Bandar

o Jalanraya

o Air

o Elektrik

o Perumahan

Page 17: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 17

Antara pencapaian NKRA RBI setakat tahun 2011

o 1,796.1 km jalan raya telah dibina atau dinaik taraf

o 109,500 buah rumah telah mendapat bekalan air bersih

o 54,270 buah rumah telah menerima bekalan elektrik

o 31,327 buah rumah telah siap dibina atau dibaik pulih lebih awal dari jadual

NKRA COL

Cost of Living – untuk menyara kos sara hidup. Diperkenalkan pada Julai 2011

Fokus utama NKRA COL o Menyediakan langkah segera meringankan beban o Mengurangkan kos pengangkutan o Mengurangkan kos makanan o Menyediakan perumahan dengan harga berpatutan dan berkualiti

Lebih 5.2 juta isi rumah mendapat manfaat BR1M berupa bantuan kewangan one-off (bayaran

sekali sahaja) sebanyak RM500. Sebanyak RM2.6 bilion yang diperuntukkan untuk program ini

Di bawah inisiatif “Kembali Ke Sekolah”, kira-kira 5.3 juta pelajar rendah dan menengah

menerima bantuan RM100. Sebanyak RM530 juta diperuntukkan.

Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bermula sesi persekolahan tahun ini (2012). Buat julung-

julung kalinya dalam sejarah negara, pendidikan awam adalah percuma

Inisiatif BB1M (baucar buku RM200), kira-kira 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam

dan swasta tempatan, aliran matrikulasi dan Tingkatan 6 meraih manfaat. Sebanyak RM260 juta

diperuntukkan

Klinik 1Malaysia diwujudkan memberi rawatan hampir percuma kepada semua rakyat.Bayaran

RM1 untuk rawatan manakala warga emas pula layak mendapat rawatan percuma

Page 18: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 18

Dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat Malaysia kini mampu membeli

barangan runcit pada harga penjimatan sebanyak 30-40% lebih rendah berbanding dengan

harga pasaran

Melalui pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan

sarapan dan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan melalui pakej sarapan pagi yang

ditetapkan pada kadar standard sebanyak RM2 dan RM4 untuk makan tengah hari

Hasil dari perlaksanaan GTP, kandungan ucapan Dato’ Seri Najib Tun Razak

Antara pengiktirafan yang telah diterima daripada institusi bertaraf dunia adalah seperti berikut:

Pertama, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit

Kedua, menurut Institute of Management Development di dalam

laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, Malaysia adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. Kedua-dua agensi tersebut juga meletakkan Malaysia di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur

Perunding pengurusan global AT Kearney mengeluarkan beberapa

indeks yang menunjukkan pencapaian Malaysia sebagai negara ke-10 bagi Destinasi Menarik Pelaburan Langsung Asing dalam Indeks keyakinan Pelaburan Langsung asing 2012. Malaysia turut diiktiraf sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China.

Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan

Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membelibelah kedua terbaik di Asia Pasifik.

Page 19: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 19

International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.

Manakala, dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia

mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember 2012. Ia telah menyaksikan kenaikan “market capitalisation” daripada 999 bilion ringgit pada Disember 2009 kepada 1.47 trilion ringgit atau peningkatan sebanyak 47 peratus. Ini bererti, sebanyak 466 bilion ringgit kekayaan

telah berjaya dijana sejak semua inisiatif transformasi dimulakan. Sebagai peneraju kewangan Islam di dunia dan sebagai pemacu utama sukuk global pula, Malaysia juga telah menerbitkan sukuk yang bernilai 97.1 bilion dolar Amerika pada tahun 2012.

Page 20: Nota Khas GTP - ajakrakan.comajakrakan.com/go/peners27/notaKhasGTP.pdf · Nota Ringkas: Khas GTP 2013 Forum Kerjaya | 3 Government Transformation Programme (GTP) GTP = Program Transformasi

Nota Ringkas: Khas GTP 2013

Forum Kerjaya | www.SembangKerjaya.com 20

Dokumen di bawah ini adalah edaran umum yang diedarkan PERCUMA oleh Kerajaan Malaysia mengenai pencapaian Program Transformasi Negara. Kami di Infokerjaya Resources lampirkan di sini untuk

bacaan tambahan anda

TEKS UCAPAN OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN

PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA PADA 19 MAC 2013 (SELASA), JAM 8.05 MALAM

BERTEMPAT DI AUDITORIUM PERDANA ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR.