1249 3 soalan 6[1]

Upload: jia-hui

Post on 07-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

Contoh Soalan dan Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 2013

Kertas 3MENJANA IDEAContoh 6Sebagai wargenegara yang cintakan keamanan, nyatakan harapan anda kepada pemimpin supaya keamanan serantau berkekalan?

Jawapan :

Saya mengharapkan agar pengharaman penggunaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dikuatkuasakan secara serta merta. Perlumbaan senjata nuklear dikalangan negara-negara maju dihentikan. Peperangan yang melibatkan kematian ramai nyawa yang tidak berdosa dihentikan dan kuasa-kuasa barat juga perlu mengelakkan peperangan tercetus. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah. Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif. Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan. Generasi Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman. Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.

Contoh

SOALAN 6: CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.

a) CABARAN-CABARAN NEGARA SERANTAU1. Persengketaan akibat salah faham .

2. Berkongsi kepentingan atau sempadan.

3. Pencerobohan nelayan asing dalam perairan negara.

4. Isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant abu Sayaf.

5. Kemasukan pendatang asing tanpa izin.

6. Demonstrasi jalanan.

7. Menjana kemajuan Negara dari aspek politik,ekonomi dan social.

8. Gejala rasuah.

9. Penyeludupan dadah.

10. Pemerdagangan manusia.

11. Mendapat pengiktirafan dari negara maju.

12. Masalah kemiskinan.

13. Masalah pengangguran.

14. Nilai mata wang turun naik.

15. Teknologi atau kemudahan ICT terhad.

16. Persaingan dari Negara-negara maju.

17. Peluang menembusi pasaran antarabangsa.

18. Pasaran terhad

19. Tekanan nasionalisme agar Negara serantau diterima setaraf dengan Negara lain di dunia.

20. Kemampuan kewangan yang terhad kerana Negara dalam keadaan serba kekurangan.Keadaan politik tidak stabil dan ekonomi yang begitu lemah.

21. Rantau Asia merupakan rantau yang strategik tetapi lemah kerana kucar kacir dan berpecah belah.Ia merupakan tumpuan perebutan kuasa barat dengan komunis.

22. Pelbagai isu yang timbul seperti perebutan sempadan.contoh:isu perebutan pulau batu putih antara Malaysia dengan singapura.

23. Perbezaan pandangan ideology seperti Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina sebagai Ranting Asia Amerika Syarikat manakala Vietnam pula Nasional Komunis.

24. Masalah PATI di Malaysia.

25. Sektor buruh dimonopoli oleh warga asing.Contohnya di Malaysia.Terdapat ramai buruh asing yang bekerja di sektor pembinaan.

26. Pengaliran wang negara ke negara luar.

27. Tambakan laut oleh Singapura yang menyebabkan perairan Malaysia menjadi cetek.28. Penyeludupan subsidi minyak Malaysia ke Negara jiran iaitu Thailand.

29. Masalah sosial yang dilakukan oleh warga asing.

30. Ideologi politik yang berbeza dalam kalangan Negara ASEAN.

31. Dasar luar yang berbeza dalam kalangan Negara ASEAN.

32. Dijajah oleh kuasa barat yang berbeza.b) BAGAIMANA MALAYSIA MENGATASI CABARAN

1 .Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime.

2. Merealisasikan wawasan 2020.

3.Menjayakan konsep 1 Malaysia.

4. Melahirkan modal insane berkualiti.

5. Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala social.6.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.

7.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.

8.Pertukaran maklumat teknik kepakaran.menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.

9.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.

10.Penubuhan ZOPFAN.

11.Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuklear.

12.Menguatkuasakan Undang-undang.TERANGKAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA SERANTAU DAN BAGAIMANA NEGARA KITA MENGATASI CABARAN TERSEBUT.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Negara-negara serantau ialah persengketaan akibat salah faham dikalangan Negara anggota.Selain itu Malaysia terpaksa berkongsi kepentingan atau sempadan seperti pencerobohan nelayan asing dalam perairan Negara dan isu keselamatan maritime seperti tuntutan bertindih antara beberapa Negara jiran seperti di selat Melaka, diperairan Johor,diperairan Gugusan Semarang Peninju (spratlys ), diperantauan Sulawesi dan juga ancaman penyusupan melalui Laut sulu oleh kumpulan militant Abu Sayaf.Selain itu juga kemasukan pendatang asing tanpa izin untuk mencari peluang pekerjaan yang membawa kepada perkampungan haram. Negara serantau juga menghadapi masalah gejala rasuah,penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia ,masalah kemiskinan dan masalah pengangguran.Cabaran seterusnya ialah nilai mata wang turun naik,teknologi atau kemudahan ICT terhad serta menghadapi persaingan dari Negara-negara maju danpeluang menembusi pasaran antarabangsa.Antara langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran diatasi ialah Negara meningkatkan keupayaan dalam aspek keselamatan dan juga pertahanan maritime bagi mengelakkan pencerobohan nelayan asing dalam perairan Malaysia.Langkah kedua, merealisasikan wawasan 2020 untuk melahirkan modal insane yang berkualiti. seterusnya menjayakan konsep 1 Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum. Seterusnya, peranan masyarakat penting dalam bersama-sama mengatasi gejala social seperti penyalahgunaan dadah dan pemerdagangan manusia.Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.Selain itu juga pertukaran maklumat, teknik kepakaran. Malaysia juga telah menggalakkan pelancongan untuk meningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.Penubuhan ZOPFAN dan Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.Akhir sekali Menguatkuasakan Undang-undang untuk mengekalkan keamanan dan kedaulatan Negara.

Isu dan masalah di peringkat ASEAN dan cara penyelesaian yang dibuat oleh Malaysia

a) Isu dan masalah:

Isu pelarian Rohingya di Myanmar

Isu tuntutan Pulau Batu Putih oleh Singapura

Pencerobohan Lahad Datu oleh militan Suluk

Kemiskinan Negara anggota Vietnam, Kemboja, Myanmar

Kebanjiran PATI ke Negara Malaysia

Isu membakar bendera Negara lain

Dadah

Pemerdagangan orang

Pencerobohan perairan antarabangsa

b) Cara penyelesaian:

Perundingan meja bulat peranan UNICEF

Penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Kerjasama ketenteraan antara dua Negara iaitu Malaysia dan Filipina

Kerjasama ekonomi dalam menarik kemasukan pelabur

Menghantar balik PATI yang datang secara tidak sah

Menanam sikap kejiranan /muhibbah di kalangan rakyat

Kerjasama antara Negara anggota untuk membasmi dadah

Kerjasama ketenteraan dan dalam mengawasi pintu masuk Negara.

CONTOHCABARAN/ISU/MASALAH/HALANGAN/ANCAMAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA DALAM HUBUNGAN NEGARA SERANTAU

Antara cabaran yang dihadapi Malaysia adalah pencerobohan wilayah. Contohnya pencerobohan di Lahad Datu oleh kumpulan minoriti Filipina. Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran apabila ruang udara dicerobohi oleh Singapura untuk melakukan latihan penerbangan. Malah, telah berlakunya penyeludupan subsidi minyak secara besar-besaran di kawasan sempadan Malaysia Thailand. Hal ini, menyebabkan negara terpaksa menanggung kerugian yang banyak.

Di samping itu, Malaysia turut berdepan dengan kebanjiran PATI dari negara-negara serantau misalnya kemasukan pembantu rumah asing dan buruh binaan dari Indonesia serta Filipina. Sehubungan dengan itu, sektor perburuhan di Malaysia telah dimonopoli oleh warga asing. Hal ini sekali gus telah merugikan negara kerana berlaku pengaliran keluar wang secara berleluasa.

Sementelahan pula, aktiviti negara serantau seperti Singapura yang membuat tambakan laut berhampiran perairan negara telah menjadikan kawasan laut cetek, menghalang laluan kapal besar, menggugat mata pencarian nelayan serta menjejaskan aktiviti maritim negara. Malahan, isu lain yang turut mengancam keamanan negara adalah masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing yang berhijrah ke sini. Contohnya, berleluasanya aktiviti jenayah. Isu pemerdagangan manusia turut menjadi ancaman besar kepada negara.

Perbezaan pandangan ideologi turut menjadi satu isu besar. Contohnya Thailand terikat kuat dengan Amerika Syarikat, Filipina pula dianggap sebagai Ranting Asia Amerika Syarikat manakala Vietnam dikelompokkan sebagai National Communist.

Selain itu, antara isu besar yang turut dihadapi oleh Malaysia adalah tekanan nasionalisme negara serantau kerana pertubuhan serantau masih lagi dipandang rendah oleh pertubuhan antarabangsa yang lain. Malah, dalam hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dengan pertubuhan dunia, Negara Malaysia sering dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil seperti cukai yang tinggi.

Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Negara serantau turut menimbulkan ancaman lanun kepada penduduk setempat. Di samping itu, penyeludupan beras, mercun dan senjata api dari Negara-negara jiran atau serantau terpaksa dihadapi oleh Malaysia. Pelbagai isu lain turut timbul seperti perebutan sempadan. Contoh isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura serta konflik Pulau Sipadan dan Ligitan di Sabah.

Langkah-langkah mengatasi:

Malaysia telah mencadangkan isu Antartika sebagai warisan dunia,Dasar pandang Ke Timur,Pelaburan Imbal balik untuk meletakkan Malaysia setaraf dengan dunia lain.

Untuk mengatasi masalah ekonomi terdapat kerjasama dalam bidang ekonomi seperti dalam bidang perkapalan dan penerbangan.

Pertukaran maklumat teknik kepakaran.menggalakkan pelancongan untuk mrningkatkan ekonomi Negara serta menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Malaysia.

Terdapat juga pertukaran tenaga pengajar dari Universiti Filipina dengan Universiti Malaya.

Penubuhan ZOPFAN.

Perjanjian SEANWFZ untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang bebas dari nuclear.

Menguatkuasakan Undang-undang.

Langkah-langkah Mengatasi

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan isu yang sering menggugat hubungan baik dalam kalangan negara jiran ialah mengadakan rundingan diplomatik di antara ketua-ketua Negara. Selain itu, Pertubuhan ASEAN juga boleh memainkan peranan dengan mengadakan mesyuarat dikalangan Menteri.

Dalam isu pemerdagangan manusia, kerjasama antara pihak polis dan pasukan keselamatan dalam kalangan Negara serantau direalisasikan. Contohnya gambar-gambar dan penjenayah di edar kepada pihak berkaitan.

Berkaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu,peranan Kerajaan Filipina dengan tidak menyokong dan membantu kumpulan pengganas sangat dialu-alukan.

Selain itu, isu pendatang asing tanpa izin dapat diselesaikan melalui rundingan antara Negara. Malaysia mengadakan rancangan Pemutihan dan peluang balik tanpa dikenakan tindakan.

Malaysia juga menyerahkan isu tuntutan bertindih seperti isu Pulau Sipadan dan Pulau Batu Putih kepada Mahkamah Antarabangsa(ICJ) diselesaikan.

Dalam isu alam sekitar iaitu isu jerebu, pasukan bomba Negara kita telah dihantar ke Indonesia untuk membantu usaha memadamkan kebakaran.

4