12. pantun.pptx

Upload: remedialedu

Post on 04-Apr-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    1/16

    PANTUN

    Disediakan oleh:Nurul Syaheera HasbullahNurul Husna Jamaluddin

    Siti Norlela Mohamed Noor

    Normi Zarifah Mohd Isha

    Pensyarah Pembimbing:

    Puan Jaimah binti Abdul Manaf

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    2/16

    Ciri- ciri pantun

    Terdiri daripada empat baris serangkap. Jumlah perkataan dalamsebaris antara 4-5 patah perkataan manakala jumlah suku katasebaris adalah antara 8-12 suku kata.

    Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap

    rangkap terhasil daripada baris-baris yang sejajar dan berpasangan.

    Pantun juga mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi danpengecualian. Contoh:

    Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)Gunung Daik bercabang tiga, (b)

    Hancur badan dikandung tanah, (a)

    Budi yang baik dikenang juga. (b)

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    3/16

    Jenis-jenis Pantun

    1. Pantun dua kerat

    2. Pantun empat kerat- Pantun kanak-kanak- Pantun jenaka- Pantun bersukacita- Pantun berdukacita- Pantun kiasan- Pantun budi

    - Pantun nasihat- Pantun agama- Pantun kasih sayang- Pantun nasib

    3. Pantun enam kerat

    4. Pantun lapan kerat5. Pantun sepuluh kerat6. Pantun dua belas kerat7. Pantun empat belas kerat8. Pantun berkait

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    4/16

    Pantun yang lebih daripada empat kerat

    disebut juga talibun. Pantun mempunyai kedudukan yang istimewa

    dalam pertumbuhan serta perkembangan

    puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi Melayu lama yang

    tertua dan asli amat diminati.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    5/16

    Pantun digunakan secara meluas dalam

    kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni

    budaya masyarakat Melayu lama, seperti

    dalam acara permainan, hiburan, majlis

    keramaian, adat istiadat atau upacara.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    6/16

    Contohnya:

    Pantun yang isinya mengemukakantentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalahmudah dikenali serta difahami.

    Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau

    memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik danmeninggalkan yang buruk.

    Jenis Pantun : Empat Kerat - Nasihat

    Air melurut ke tepian mandi,

    Kembang berseri bunga senduduk;Elok diturut resmi padi,

    Semakin berisi semakin tunduk.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    7/16

    Terdapat jenis pantun enam kerat, lapan kerat,

    sepuluh kerat dan dua belas kerat. Pantun- pantun ini membawa fungsi dan

    maksud yang berbeza yang bertujuan untuk

    menyampaikan fikiran dan perasaan terhadapseseorang ataupun mengenai sesuatu perkara

    disamping bertujuan untuk menyindir,

    berjenaka dan memberi nasihat serta untuk

    bersuka- suka.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    8/16

    Contoh:

    PANTUN ENAM KERAT

    Belayar perahu membawa ku ini,

    Ke Tanjung Jati mengadap Paduka,

    Bunga Kemboja sembah berkarang;

    Kalaulah tahu jadi begini,

    Tidaklah hati dibawa berduka,

    Ku pilih saja orang lain.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    9/16

    Setiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu

    rangkap pembayang atau sampiran dan

    maksud atau isi pantun.

    Selari dengan kenyataan tokoh Budayawan

    Tenas Effendy (2007:3) mengatakan

    pembayang pantun di Indonesia lazim disebut

    sampiran.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    10/16

    Pantun juga mempunyai hubungan antara pembayang(2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah).

    Pembayangnya mempunyai hubungan yang rapatdengan alam dan persekitaran yang rapat denganpengucapnya.

    FrancoisRene Daillie (2002) yang menyimpulkanbahawa pantun Melayu itu suatu intisari kehidupandan alam yang diibaratkan sebagai sebutiran pasir. Di

    dalamnya tersirat segala elemen kehidupan manusiaMelayu termasuklah tentang tanah, rumah, kebun,sawah padi, sungai

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    11/16

    Setiap rangkap pantun mengandungi satu

    fikiran yang bulat dan lengkap yang dapat

    dikesan melalui maksud pantun dalam

    rangkap tersebut

    Pantun memaparkan juga bahasa yang halus,

    penuh kiasan dan sindiran serta banyak

    menggunakan unsur alam

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    12/16

    Bahasa dalam pantun terdapat dua maksudantaranya maksud tersurat dan juga tersirat.

    Bahasa yang tersurat adalah yang tertulis dandapat difahami secara terus, manakala bahasatersirat adalah maksud yang berlapis danmempunyai makna yang lain.

    Maksud isinya sarat dengan pengajaran, moraldan falsafah hidup sejajar dengan pendapat Zaba(1965:218) yang menyatakan tentang puisikhususnya pantun yang menekankan kepada

    kecantikan, keindahan bahasa, metafora,pemikiran, pendidikan, pengajaran dansebagainya.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    13/16

    Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri danbiasanya rangkap-rangkap tersebutmemerlukan beberapa rangkap lain untuk

    melengkapkan keseluruhan idea. Pantun juga sarat dengan ciri-ciri tradisional-

    penggunaan rangkap, ada pembayang danmaksud, mempunyai nilai hidup masyarakatyang menggambarkan perspektif masyarakatyang melahir dan menggunakannya

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    14/16

    Fungsi Pantun

    Masyarakat Melayu terutamanya golongan tuakaya dengan pelbagai nasihat. Oleh itu,mereka menggunakan pantun untuk

    mendidik. pantun juga dicipta dan digubal untuk

    memberikan nasihat dan pedoman kepadakita

    Pantun juga dicipta untuk menzahirkanpenghargaan dan ucapan terima kasih.

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    15/16

    Fungsi Pantun

    Pantun juga digunakan untuk meluahkan rasakasih sayang dan kerinduan.

    pantun juga digunakan dalam interaksi antara

    individu terutama untuk menguji mindaseseorang.

    pantun juga digunakan sebagai sindiriran dan

    tempelak. Pantun juga digunakan untuk menyampaikan

    mesej berunsur keagamaan

  • 7/31/2019 12. PANTUN.pptx

    16/16